Projek Dialog

Kuil Sri Kandaswamy

Kuil Sri Kandaswamy yang berumur 110 tahun ini adalah kuil tertua di Brickfields! Yang unik tentang kuil ni berbanding dengan kuil-kuil Hindu yang lain ialah mereka dengan tekun mengamalkan setiap pantang larang mengikut amalan dan kepercayaan tradisi Hindu. Sebagai contoh, menjadi kebiasaan kuil-kuil Hindu untuk mengamalkan cara pemakanan vegetarian (sayur-sayuran), tetapi di kuil Sri Kandaswamy mereka langsung tidak membenarkan daging atau makanan dari luar dibawa masuk ke dalam kawasan kuil. Hanya makanan yang dimasak di dalam dapur kuil oleh sami-sami Hindu sahaja yang dibenarkan.

]]>

Kuil Buddhist Maha Vihara

FAKTA MENARIK: Kuil Buddhist Maha Vihara di Brickfields ini dibina pada tahun 1894 untuk penganut Theravada Sri Lanka. Menurut En. Hema, salah seorang pengurus kuil ini, ada secebis tulang dari Siddhārtha Gautama Buddha yang disimpan di hujung bumbung bangunan pagoda.

]]>

Khabar dan Angin: Excursus on Faith in Kelantan

KhabarAngin_A5 Flier_Landscape_v1-01   Khabar dan Angin: Excursus on Faith in Kelantan Baru-baru ini, pameran seni Khabar dan Angin, anjuran Projek Dialog bersama Suruhanjaya Tinggi Kanada baru sahaja selesai di Balai Seni Visual Negara. Projek tersebut telah membawa 8 seniman untuk menanggapi realiti kehidupan dan kepelbagaian agama dan kerohanian di Kelantan. Hasilnya ialah pameran seni ini, yang telah mendapat sambutan baik dari kalangan ramai. Banyak yang telah kami pelajari, dari merenung kembali pengalaman ini dan menerima maklumbalas daripada para pelawat tentang karya seni yang dihasilkan. Untuk memanjangkan perkongsian dan dialog yang dicetuskan oleh projek ini, kami telah menghasilkan sebuah naskah yang memuatkan pemerhatian dan buah fikiran daripada pihak penganjur, para kurator, seniman, dan pengkritik seni – mengimbas kembali proses ini, menimbal kelebihan dan kekurangannya, dan apa yang dapat diperolehi dari kesemuanya. Harapan kami ialah untuk membuka perbincangan ini ke ruangan awam, bagi mereka yang tidak berpeluang untuk melihat pameran ini, supaya pertukaran ini mungkin mampu meluaskan pandangan kita tentang tanggapan dan kepelbagaian yang wujud di kalangan kita. Muat turun di sini secara percuma! Kami mengalu-alukan maklumbalas dari anda!  

]]>

Transgender & Agama

Transgender Flag Salahkah Transgender? Benarkah kewujudan golongan transgender dianggap salah di sisi agama? Umumnya, seperti yang dinyatakan menerusi makalah bertajuk “Transgender dalam Mitos Hindu”, kehadiran golongan berkenaan bukan sesuatu yang baru dalam budaya India-Hindu. Di Malaysia pula, topik berkaitan transgender amat kurang diperkatakan secara positif, adil dan bermaruah. Sebaliknya, selalu sahaja diberikan gambaran paling buruk oleh media arus perdana. Saya menyebut dalam makalah “Minoriti Perlu Berani Bersuara” bahawa golongan minoriti tidak sekadar merujuk kepada “kumpulan kecil” berdasarkan kaum dan agama. Sebaliknya turut merujuk kepada pendirian politik, ideologi, mazhab, sosial, bahasa, seksualiti dan pelbagai lagi kedudukan yang menjadikan kelompok itu hilang peluang untuk bersuara; selain ditindas golongan majoriti yang berkuasa. Atas dasar mahu memberikan ruang dan peluang kepada golongan transgender bersuara, maka saya mengaturkan pertemuan dengan Sharan Suresh di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 14 November 2013. Beliau bukan sahaja seorang transgender tetapi juga terlibat secara langsung dalam usaha murni dan berani memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai golongan berkenaan. Berikut adalah sebahagian transkrip perbualan kami yang boleh dijadikan asas bagi memulakan dialog dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, ideologi dan agama. [caption id="attachment_2770" align="aligncenter" width="381"]PD 1Pelajar Usaha dilakukan untuk mendidik mahasiswa dan orang ramai mengenai transgender.[/caption] Uthaya: Orang sering mengaitkan golongan transgender dan homoseksual dengan aktiviti seks tidak bermoral. Apakah komen anda? Sharan: Istilah homoseksual, heteroseksual, biseksual dan sebagainya hanyalah label yang digunakan orang. Identiti gender tidak ada apa-apa kaitan dengan orientasi seks seseorang. Sudah terbukti secara saintifik bahawa setiap lelaki, pada salah satu peringkat hidupnya (khususnya pada usia remaja), dia akan tertarik kepada sebilangan wanita dan sebilangan lelaki. Individu lelaki itu tidak semestinya tertarik secara seksual kepada lelaki lain. Cuma, hubungannya dengan individu yang dia tertarik itu lebih intim berbanding dengan individu lain. Situasi seperti ini pula tidak semestinya hanya berlaku dalam kalangan pelajar lelaki di sekolah lelaki, atau pelajar perempuan di sekolah perempuan seperti selalu diperkatakan. Sebaliknya boleh juga berlaku di sekolah campur. Bagaimanapun, norma masyarakat yang menjadi penghalang dan membuatkan remaja heteroseksual berkenaan terpaksa memendamkan terus perasaan tertarik itu, walaupun dia bukannya tertarik secara seksual kepada rakannya itu. Norma dalam masyarakat menetapkan bahawa seorang lelaki hanya boleh tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Kononnya kasih-sayang hanya boleh dikongsikan dengan orang yang kita cintai dan tertarik secara seksual – iaitu individu daripada jantina yang berlainan. Pandangan seperti ini sebenarnya berasaskan pendirian berciri politik dalam agama tertentu pada zaman dahulu yang mahu supaya pasangan berlainan jantina segera berkahwin dan melahirkan anak. Supaya jumlah penganut agama berkenaan dapat ditambah dengan kadar paling segera. Transgender Case Bercakap mengenai agama, apakah kewujudan golongan transgender bertentangan dengan ajaran agama? Kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa ajaran agama sebenarnya tidak menghalang kewujudan golongan transgender, iaitu individu yang memiliki anggota tubuh lelaki tetapi mempunyai identiti gender wanita. Hakikat yang perlu diakui adalah bahawa kewujudan individu transgender berlaku secara biologikal sejak dalam kandungan dan bukannya dibuat-buat atau ditiru semasa kanak-kanak atau remaja. Tuhan yang menciptakan lelaki dan wanita jugalah yang menciptakan golongan transgender. Tuhan tidak pernah melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugas-Nya. Pihak yang keliru adalah manusia sendiri; bukannya Tuhan. Misalnya, wujud pelbagai perkara yang bertentangan dan bercanggah dalam ajaran agama seperti difahami oleh manusia. Sebab itulah ada pelbagai agama, kepercayaan, mazhab dan aliran pemikiran. Terdapat juga klasifikasi yang berbeza-beza bagi Tuhan; walaupun dalam kalangan agama yang mengakui hanya ada satu Tuhan. Perbezaan kepercayaan, mazhab, agama dan pandangan turut membawa kepada persengketaan dan perang kerana masing-masing percaya bahawa apa yang dipercayainya sahaja adalah betul. Walaupun mereka menegaskan Tuhan adalah satu, mereka masih berbalah kerana mempunyai pendirian yang berbeza. Sekiranya diperhatikan dalam soal agama, apa yang diperjuangkan pihak tertentu adalah berdasarkan apa yang mereka percayai sebagai benar; tetapi tidak semestinya seratus peratus seperti apa yang ditetapkan oleh Tuhan. Adalah tidak adil jika penganut satu agama memaksa penganut agama lain menerima apa yang dipercayainya. Janganlah semata-mata kerana orang lain mempunyai cara dan kepercayaan yang berbeza terhadap Tuhan, maka kita membuat keputusan bahawa mereka berdosa dan tidak akan diterima oleh Tuhan. Perbandingan yang sama boleh digunakan dalam isu berkaitan transgender. Situasi berkaitan perubatan dan biologi cuba disempitkan menerusi pandangan sempit pihak tertentu berdasarkan pengetahuan mereka yang amat sedikit terhadap ajaran sebenar dalam agama. Mereka tidak tahu apa itu transgender. Mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang sepenuhnya. Akan tetapi mereka mahu menetapkan peraturan terhadap apa yang mereka sendiri tidak tahu! Istilah yang biasa digunakan dalam filem Tamil adalah “aravani” apabila merujuk kepada golongan transgender. Apakah label ini sesuai? [caption id="attachment_2769" align="alignleft" width="195"]Sharan Suresh menerima realiti bahawa dia adalah transgender. Sharan Suresh menerima realiti bahawa dia adalah transgender.[/caption] Saya ada menyebut tadi mengenai beberapa label seperti homoseksual, heteroseksual dan biseksual. Semua itu hanyalah label yang diberikan oleh orang untuk memudahkan rujukan. Bagi individu yang memiliki anggota tubuh (fizikal) lelaki tetapi identiti gender wanita, istilah yang diperakui dan digunakan pada peringkat antarabangsa adalah “transgender”. Pelbagai istilah lain turut digunakan di pelbagai negara. Di beberapa negara, termasuk Filipina, label/istilah yang digunakan adalah “gay” tanpa melakukan klasifikasi sama ada homoseksual, biseksual, lesbian, transgender atau sebagainya. Penggunaan istilah atau label ini adalah bagi menggambarkan kedudukan identiti individu berkenaan yang berada pada persimpangan antara identiti seks (tubuh dan alat kelamin) dan identiti gender (biologikal dan tertanam dalam minda sejak dalam kandungan). Istilah binari yang biasa digunakan apabila merujuk kepada gender adalah “lelaki” (male) dan “perempuan/wanita” (female). Dalam keadaan ini, kita lupa bahawa gender bukan berciri binari (dua) kerana sudah terbukti secara saintifik bahawa gender tidak hanya terikat kepada “lelaki” dan “perempuan”. Atas sebab itulah mana-mana individu yang tidak termasuk – atau tidak memenuhi sepenuhnya kriteria konvensional dalam masyarakat – bagi kategori “lelaki” atau “wanita” diletakkan di bawah label “transgender”. Kriteria konvensional yang saya maksudkan adalah norma dalam masyarakat yang hanya melihat pada kategori “lelaki” dan “wanita” berdasarkan anggota tubuh dan alat kelamin lelaki (zakar) atau alat kelamin wanita (faraj). Secara konvensional, apabila seorang bayi yang dilahirkan itu ada zakar, maka diberikan identiti gender sebagai “lelaki”. Amalan ini tidak tepat kerana kehadiran zakar atau faraj adalah “identiti seks” dan tidak semestinya mewakili “identiti gender”. Bagaimana pula dengan individu transeksual? Istilah “transeksual” merujuk kepada individu yang sedar bahawa identiti seks yang dimilikinya (fizikal) adalah berbeza dengan identiti gender dalam mindanya (sejak dalam kandungan). Misalnya seorang individu yang dilahirkan dengan alat kelamin lelaki tetapi memiliki identiti gender wanita. Individu berkenaan memilih untuk hidup sebagai wanita, iaitu berdasarkan identiti gender wanita yang dimiliki (dalam minda) dan bukan identiti seks (alat kelamin). Individu transeksual tahu bahawa identiti seks – iaitu alat kelamin dan ciri-ciri fizikal lain – boleh diubah. Bagaimanapun, identiti gender yang tertanam dalam minda sejak dalam kandungan akan terus kekal hingga akhir hayat. Secara mudah, “transgender” merujuk kepada keadaan umum individu yang memiliki identiti seks (fizikal) dan identiti gender (naluri) yang bertentangan. Keadaan “transeksual” pula umpama subset iaitu salah satu daripada pelbagai label yang berada di bawah kategori “transgender”. Misalnya, saya sendiri. Saya dilahirkan dengan alat kelamin lelaki (zakar) tetapi identiti gender saya sejak bayi adalah perempuan. Maknanya saya menyedari bahawa saya sebenarnya seorang individu perempuan. Sejak kanak-kanak hingga kini, saya hidup sebagai seorang wanita. Identiti gender ini akan kekal hingga akhir hayat saya. Adakah transgender akan berusaha menjalani pembedahan bagi mengubah identiti seks mereka? Apabila bercakap mengenai golongan transgender, tidak semestinya mereka perlu membuang “identiti seks” (zakar) melalui pembedahan. Memang ada transgender yang membuat pembedahan membuang zakar kerana mereka mampu dari segi kewangan. Akan tetapi, ramai yang tidak mampu menampung kos pembedahan yang memang amat mahal. Pada masa sama, ada juga transgender yang tidak memikirkan soal membuang alat kelamin mereka kerana apa yang lebih penting adalah identiti gender (minda) dan bukannya identiti seks (alat kelamin). Sebenarnya, sehingga awal tahun 1980-an, pembedahan membuang zakar bagi golongan transgender dilakukan secara sah di Hospital Universiti (kini Pusat Perubatan Universiti Malaya). Selepas seorang individu transgender selesai menjalani pembedahan membuang zakar (identiti seks) di sana, maklumat jantina pada kad pengenalan boleh diubah secara sah di Jabatan Pendaftaran Negara. [caption id="attachment_2771" align="aligncenter" width="388"]Sesi perbincangan khas mengenai transgender berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Sesi perbincangan khas mengenai transgender berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini.[/caption] Mengapa pula perkhidmatan pembedahan itu dihentikan? Masalah hanya berlaku selepas tahun 1982 apabila keluar fatwa mengharamkan pembedahan menukar jantina di kalangan orang Islam. Apa yang menyedihkan adalah bahawa ramai yang tidak memahami hakikat bahawa golongan transgender bukan mahu “menukar jantina”. Sebaliknya transgender mahu memastikan “identiti seks” (fizikal) selaras dengan “identiti gender” yang tertanam dalam minda sejak masih berada dalam bentuk embrio di dalam kandungan ibu. Seperti saya katakan, identiti seks boleh diubah tetapi identiti gender kekal hingga mati. Kalau kita perhatikan, istilah “mukhannathun” terdapat dalam Hadis sahih untuk merujuk kepada golongan transgender iaitu individu yang lahir dengan alat kelamin (identiti seks) lelaki tetapi memiliki sepenuhnya identiti gender wanita. Dinyatakan dengan jelas bahawa jika keadaan “mukhannathun” (transgender) itu wujud sejak kecil (kanak-kanak), maka individu terbabit tidak perlu rasa bersalah atau malu dengan keadaan dirinya. Menurut Hadis, “mukhannathun” atau “mukhannas” adalah seorang individu (lelaki) yang menyerupai wanita. Ada dua jenis “mukhannathun” dirujuk di mana salah satu adalah lelaki (identiti seks) yang benar-benar memiliki identiti gender wanita dan mempunyai adab serta tingkah-laku yang sama seperti wanita secara semula jadi (bukan dibuat-buat). Ternyata Hadis itu merujuk kepada golongan transgender. Dinyatakan secara jelas bahawa golongan itu tidak berdosa selagi mereka tidak melakukan perzinaan, dosa dan maksiat. Hukum terhadap zina, dosa dan maksiat itu sama juga bagi golongan heteroseksual. Apa yang ditegah dalam agama Islam, Quran dan Hadis adalah apabila seorang individu dengan identiti gender lelaki dan identiti seks lelaki – iaitu “lelaki sejati” – mahu mengubah keadaan itu. Di sinilah muncul kelompok lelaki yang suka berpakaian seperti wanita (cross-dressing) walaupun mereka bukannya transgender. Malangnya, akibat kejahilan dan kerana tidak cukup maklumat serta pengetahuan, pihak tertentu menganggap transgender sama dengan cross-dresser. Akibatnya, golongan transgender yang tidak berdosa selalu menjadi mangsa. Saya berharap penindasan berikutan kejahilan seperti ini akan berakhir. Masyarakat dan pihak berkuasa perlu diberikan maklumat tepat dan benar mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan transgender. [Ulangsiar makalah yang diterbitkan pada 21 November 2013]

]]>

Melawan Ungkapan-Ungkapan Kebencian

Sumber gambar: Frum Forum Sumber gambar: Frum Forum[/caption] Oleh Mohd Izzuddin Ramli Tanpa sedar sudah dua minggu kita meniti tahun baru 2016. Setiap kali menyambut tahun baru, sudah menjadi lumrah bagi kita untuk menyatakan azam-azam serta impian-impian yang ingin dicapai. Ada yang impiannya untuk melangsungkan perkahwinan, ada juga impiannya untuk menimang cahaya mata, ada yang ingin mengembara dan sebagainya. Dalam meniti jalan ke depan, tidak dapat tidak kita juga perlu menoleh masa lalu untuk menimbang sukar atau tidaknya masa depan yang sedang direncanakan. Hal ini kerana, persoalan-persoalan masa depan kerap kali dipergaruhi oleh masa lalu. Peristiwa-peristiwa masa lalu yang tidak terselesaikan akan sangat mempengaruhi dan mengganggu tercapainya azam-azam masa depan. Bagi negara ini, sekalipun warganya yang secara individu telah berjaya mememenuhi keinginan-keinginan peribadi, namun ketika dihadapkan dengan persoalan-persoalan masyarakat secara umum, kita tetap harus memikul lambakan-lambakan beban yang tidak terselesaikan menuju ke tahun baru untuk terus dipolemikkan. Sebagai sebuah negara yang memiliki beraneka jenis masyarakat dan budaya, tahun-tahun yang telah kita lalui tidak terlepas dari terpalit dengan pelbagai peristiwa yang sangat mengganggu keharmonian kehidupan kita. Hubungan antara masyarakat semakin merenggang dengan berlangsungnya peristiwa-peristiwa yang bersulamkan kebencian. Ucapan-ucapan yang berunsurkan kebencian berleluasa di media-media sosial mahupun di tempat awam tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat pelbagai latar belakang. Kita tampaknya lebih senang untuk mencipta lebih ramai musuh daripada melahirkan lebih ramai teman dan saudara. Lebih malang apabila kita mencipta musuh hanya kerana ingin menutup kelemahan diri-sendiri serta meretakkan lagi persatuan antara masyarakat dengan mempertegaskan lagi perbezaan berdasarkan agama dan kaum. Peristiwa-peristiwa seperti perhimpunan baju merah yang berlangsung tahun lalu misalnya, merupakan salah satu contoh bagaimana unsur kebencian terhadap pihak yang berbeza ditanam. Ucapan yang sangat mengganggu seperti “ajar Cina jangan jadi biadap terhadap Melayu”, “Cina pendatang” dan sebagainya sedikit sebanyak telah mencetuskan suasana ketegangan. Di media sosial, kita pernah dihebohkan dengan isu ketidakpekaan Alvin Tan terhadap perasaan umat Islam dengan secara sengaja melontarkan pelbagai kata penghinaan. Lebih menyedihkan apabila ada khutbah-khutbah Jumaat yang sepatutnya bertujuan menyemai keharmonian, sebaliknya digunakan untuk menyuntik semangat kebencian dan kemudiannya mengatasnamakan kebebasan bersuara. Yang jelas, ucapan berunsur kebencian bukan sebahagian daripada kebebasan bersuara yang kita perjuangkan selama ini. Kebebasan perlulah diikuti dengan tanggungjawab untuk tidak menyinggung atau mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Dengan mengepilkan rasa tanggungjawab dan kepekaan terhadap sensitiviti semua pihak, barulah usaha untuk menjamin kebebasan bersuara dapat dilakukan. [caption id="attachment_5456" align="aligncenter" width="512"]Sumber gambar: Zazzle Sumber gambar: Zazzle[/caption] Mencari “musuh bersama” Hakikatnya, perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini akan semakin parah jika usaha-usaha untuk merawatnya tidak dilakukan. Hal ini diperburukkan apabila perpecahan ini semakin memperkukuhkan lagi prasangka-prasangka antara sesama masyarakat yang berbeza. Dalam bahasa yang lain, ia akan menjadi minyak untuk menyemarakkan lagi api sesuatu masalah. Perkara sebegini sering kita lihat berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Tidak sedikit daripada kita lebih gemar mengambil sikap untuk berburuk sangka dalam kehadiran pihak lain dalam kehidupan kita. Prasangka-prasangka ini kemudiannya diterjemahkan dengan bermacam ungkapan-ungkapan yang berbaur permusuhan dan kebencian. Lihat misalnya isu kitab Bible dalam Bahasa Melayu yang pernah menjadi pertikaian suatu ketika dahulu, presiden Perkasa Ibrahim Ali dengan lantang mencadangkan agar kitab Bible versi Bahasa Melayu itu dibakar. Begitu juga dengan kes Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang pernah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan mengatakan bahawa kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu adalah satu “kesilapan” yang perlu “diperbetulkan”. Dalam menghadapi perkara ini, penciptaan “musuh bersama” dilihat penting dalam usaha mempersatukan masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya seperti di negara ini. Dalam ertikata yang lain, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini dipersatukan dengan cara menghadirkan suatu kepentingan untuk dipermasalahkan secara bersama. Keharmonian akan dapat dicapai salah satunya dengan mengembalikan rasa kesatuan dalam kepelbagaian dan rasa saling menghormati antara satu sama lain. [caption id="attachment_5457" align="aligncenter" width="1024"]Sumber gambar: World Peace Day Sumber gambar: World Peace Day[/caption] Melawan ucapan-ucapan kebencian Kebebasan bersuara yang dimiliki hari ini perlulah dijaga dengan sebaiknya. Menjaga kebebasan ini adalah melalui perlawanan terhadap kebebasan yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan pengungkapan kata-kata yang berunsur kebencian dan permusuhan. Sikap tidak berkompromi dan perlawanan terhadap ucapan-ucapan kebencian inilah yang perlu menjadi “musuh bersama” kita. Usaha untuk melawan ungkapan-ungkapan kebencian sebagai “musuh bersama” inilah yang telah direncanakan dan sedang dilakukan oleh Pelan Tindakan Rabat yang merupakan sebuah dokumen praktikal untuk membendung unsur-unsur kebencian dalam bersuara tidak mengira afiliasi agama, kaum dan sebagainya. Jelas sekali bahawa takuk perjuangan kita bukan lagi berada pada fasa untuk menuntut kebebasan bersuara. Akan tetapi, bagaimana kebebasan bersuara yang telah dimiliki ini mampu untuk diuruskan dengan sebaiknya agar ia tidak menjadi penyebab berlakunya kemusnahan dan kerosakan dalam masyarakat. Musuh baru kita adalah ucapan-ucapan kebencian yang mungkin keluar dari mulut kita sendiri ataupun orang lain. Dalam hal ini, semua pihak harus bahu-membahu dalam mewujudkan suasana harmoni dalam meraikan kebebasan serta melakukan perlawanan ke atas ucapan kebencian. Ucapan kebencian adalah musuh bagi semua orang dan juga musuh bagi kemanusiaan.

]]>

Kunjungan Silaturahim dan Dialog Harmoni KMU

Oleh Ahmad Salami Kunjungan Silaturahim dan Dialog Harmoni KMU Pada 21 Februari lepas, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berstatus‘faith-basedyouth-led’, Komuniti Muslim Universal (KMU) Malaysia telah menganjurkan kunjungan harmoni dan dialog perpaduan dengan inisiatif bersama sebuah pertubuhan Kristian Protestan di Bangsar. Seramai 24 orang peserta terlibat yang rata-ratanya adalah berumur 20-an dan mempunyai latar pendidikan serta pekerjaan yang pelbagai. Yang pasti, semuanya berjiwa besar untuk menghubung jambatan silaturahim bersama. Lawatan ini juga sebagai manifestasi kepada moto KMU sendiri iaitu ‘Unity in Diversity’ (Penyatuan dalam Kepelbagaian). Kami merasa terpanggil akan tanggungjawab sebagai Bangsa Malaysia dan Bangsa Manusia untuk mengeratkan hubungan antara agama di negara ini denganmencaripeluang sertamengisi vakum yang amat signifikan ini, yang mana ramai telah abaikannya. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan peserta dengan kepercayaan agama berlainan, memberi peluang kepada peserta untuk dialog berkaitan pengalaman agama dan cabarannya di Malaysia, serta membina hubungan yang akrabatas dasar kemanusiaan dan persaudaraan yang cintakan keamanan, perpaduan dan impikan kehidupan penuh harmoni bersama. 20160221195804 KMU sendiri mengambil semangat anjuran Quran dalam konteks dialog persaudaraan kali ini daripada Firman-Nya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Para peserta sepakat dan mengakui bahawa setiap agama menyeru kepada kebaikan. Manusia tiada hak mutlak untuk menghukum antara satu dengan yang lain. Ternyata Tuhan menciptakan kita berbeza-beza untuk kita saling mengenali dan meraikan kepelbagaian tersebut dan bukan untuk membenci atau saling menindas. 851331680_108735 Tentangan kepada kewujudan persefahaman Kami juga menyedari walaupun masyarakat pelbagai agama, kaum, etnik, budaya, bahasa, dan adat tinggal bersama di negara ini sejak sekian lamanya, persefahaman dan kesatuan sering dirobek dengan api sentimen oleh pihak tertentu yang berkepentingan atas nama kekuasaan politik dan agama. Perkara ini tidak mendatangkan apa-apa pulangan positif, bahkan hanya akan mencetuskan ketegangan agama di dalam negaramajmuk ini. Kami mengambil peluang ini untuk saling berkongsi dan mendapatkan penjelasan secara terus berkaitan salah faham, prejudis, stereotaip dan pelbagai elemen negatif lain berkenaan pengamalan agama masing-masing, yang tersebar secara sengaja mahupun tidak di ruang-ruang awam. Kami dapat kenal pasti mentaliti buruk ini adalah natijah kurang toleransi, tidak mahu mendengar serta berbincang, dan kurang memahami serta menghormati kepercayaan orang lain. Contohnya; ‘Muslim adalah penyokong ISIS’, ‘Kristian ancaman kepada Islam’, ‘Salib menjejaskan akidah umat’, ‘Quran promosi kebencian’ dan banyak lagi prasangka buruk berlegar tanpa penjelasan. Kami akui ‘masalah’ ini wujud dalam komuniti masing-masing yang patut ditangani dengan hemah dan hikmah. Banyak pencerahan berkaitan radikalisme, ekstremisme dalam konteks lokal dan global dan diskusi teologi dengan kritis berjaya dicapai bersama. Tidak lupa juga kami berdoa mengikut cara agama masing-masing demi keberkatan dan keamanan seluruhnya diakhiri dengan meng-amin-kannya bersama. Kami juga menikmati juadah dan bermain beberapa ‘game’ bersama dengan penuh kemesraan yang membuktikan kami dan kita semua sebenarnya mempunyai persamaan yang jauh lebih banyak berbanding perbezaan yang sedikit. 851334053_109144 Anti-provokasi dan tomahan Peserta yang terlibat telah membuktikan bahawa kami adalah rakyat Malaysia yang tidak mudah termakan dengan provokasi dan ancaman murahan seperti itu untuk menggoyahkan hubungan antara Muslim-Kristian di negara ini sekaligus terus komited menghulurkan tali silaturahim bahkan mengukuhkannya dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat antara agama tertua dunia ini. Kami juga menyeru ahli politik, jabatan agama, pertubuhan berasaskan agama, dan setiap individu sepatutnya sedar, majoriti rakyat mahukan negara yang lebih baik untuk semua, bukan dibezakan dengan agama atau kepercayaan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Demokrasi dan kebebasan beragama tidak harus terpilih dan ia patut dinikmati semua dalam sebuah negara merdeka ini. Keunikan kepelbagaian dalam negara adalah aset berharga pertiwi yang patut dijaga oleh semua dengan menghindari elemen-elemen permusuhan daripada dalam dan luar. Korbankanlah ego dan kepentingan peribadi demi nusa bangsa dan agama tercinta. Kita natijahnya adalah sama dan yang menjadikan kita mulia adalah kebaikan dan kemanusiaan yang kudus dalam diri setiap insan.  Kita semuasepatutnya menjadi ‘peacemaker’ bukan ‘peacebreaker’. KMU amat bertuah dapat menganjurkan serta terlibat secara langsung dalam usaha murni ini dan mengharapkan lebih banyak aktiviti seumpama ‘interfaith-dialogue’ ini dianjurkan bagi memperkukuh perpaduan antara agama. Semoga usaha dan niat murni para penganjur kali ini menjadi pemangkin kepada saudara Muslim-Kristian khususnya, dan sahabat lain-lain agama umumnya untuk lebih proaktif dalam membina hubungan yang harmoni untuk masyarakat saling memahami, menghormati, bertolak-ansur dan egalitarian tanpa prejudis, diskriminasi dan penindasan. Penulis meninggalkan tulisan ini dengan kata-kata daripada Michael Walzer “Toleration makes difference possible, difference makes toleration necessary” (1997, OnToleration)

  • Penulis adalah Research Analyst di KMU
  • Penulis adalah penuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia
]]>

Pameran Khabar Dan Angin: Meneliti Kepercayaan di Kelantan

Projek Dialog dengan besar hatinya ingin menjemput anda ke KHABAR DAN ANGIN: Excursus on Faith in Kelantan, pameran seni hasil pertembungan antara pelbagai kepercayaan masyarakat di Kelantan.

 
Sekumpulan 8 seniman telah menjelajahi Kelantan, bertemu dengan komuniti-komuniti dan tradisi di Kelantan, seperti:
  • perkampungan Orang Asli Temiar, untuk melihat upacara penyembuhan Sewang 
  • wat-wat bersejarah komuniti Thai-Buddha di Tumpat 
  • ritual penyembuhan Main Puteri di perkampungan Kelantan
  • Rumah Sahabat, sebuah rumah perlindungan buat pesakit HIV yang sedang pulih dari ketagihan dadah 
  • Masjid Kg Laut, masjid tertua di Malaysia 
  • gereja Katolik, tokong Guanyin, dan satu-satunya kuil Hindu dan Gurdwara Sikh di Kota Bharu
Pameran ini membawa sebuah pengalaman tentang Kelantan di zaman moden, dengan kesan-kesan sejarahnya, dalam sebuah perjalanan menanggapi fahaman dan kepercayaan masyarakat rencam di sana, yang sering dilepas pandang.
 
Para Seniman: 
poodien . Engku Iman . KG Krishnan . Nadia J Mahfix . Alex Lee . Khatijah Rahmat . Wiliam Sim . Yoke Tan .
 
Kurator:
Ong Jo-Lene . Yana Rizal .
 
Pameran ini bermula 24 Feb – 16 Mac, di Galeri Reka, Balai Seni Visual Negara. Percuma dan terbuka kepada semua.
KhabarAngin_A5 Flier_Landscape_v1-01
Kemasukan adalah terbuka dan percuma kepada semua.
Penerangan Kurator: 
  • Sabtu, 27 Feb (2pm)
  • Sabtu, 12 Mac (2pm)
Majlis Perasmian: 
  • Sabtu, 5 Mac (2pm). Tayangan dan Forum Dialog Jalanan (4pm)
Sesi bersama Seniman (pemudahcara: Yap Sau Bin):
  • Sabtu, 12 Mac (4pm)
KhabarAngin_Online-Event-Change_v1
Jumpa di sana!
  ]]>