Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Projek Dialog menganjurkan siri Konvoi Rumah Ibadat ke masjid, kuil, gereja, tokong, wat dan gurdwara sejak 2010. Pada 24 November 2013 (Ahad), konvoi akan berkunjung ke Arulmigu Maha Mariamman Thirukkovil di Seksyen 23, Shah Alam. Kuil ini pernah mendapat perhatian ramai pada tahun 2009 berikutan insiden perarakan kepala lembu oleh pihak tertentu. Penyertaan konvoi ini terbuka kepada umum sebagai usaha murni membantu meningkatkan persefahaman, perpaduan, tolak ansur dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya, adat dan agama. Semasa empat konvoi sebelum ini, peserta hanya berpeluang meluangkan masa sekitar 45 minit di setiap rumah ibadat yang dikunjungi. Maka, pada kali ini, penganjur memilih sebuah sahaja rumah ibadat supaya peserta dapat menggunakan masa sekitar dua jam untuk mengenali sejarah, seni bina, ritual, budaya, adat dan keunikan rumah ibadat yang dilawati. Kesemua peserta dalam rombongan ini tidak mempunyai apa-apa agenda politik. Sebaliknya ikhlas dalam memupuk perpaduan serta perasaan saling memahami dan menghormati. Penganjur memohon jasa baik para peserta supaya berpakaian sopan serta mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah ibadat yang dikunjungi dalam siri Konvoi Rumah Ibadat. Selepas berkunjung ke kuil pada bulan ini, penganjur akan mengaturkan pula konvoi ke rumah-rumah ibadat seperti masjid, gereja, gurdwara, wat dan tokong pada bulan-bulan akan datang. Kavyan berjaya menganjurkan Konvoi Rumah Ibadat melibatkan enam rumah ibadat pelbagai agama di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 dan 2 Mei 2011. Pada 17 Februari 2013, konvoi berlangsung di Seremban dengan kerjasama Hidayah Centre Negeri Sembilan. Konvoi pada 12 Oktober 2013 dijalankan di Kuala Lumpur dengan kerjasama Projek Dialog dan mendapat liputan media antarabangsa. Konvoi sama sedang dirancang di Melaka pada Disember 2013 dan di Georgetown, Pulau Pinang pada Februari 2014. Semasa konvoi ke Arulmigu Maha Mariamman Thirukkovil pada 24 November 2013, peserta akan dapat melihat sendiri suasana, seni bina dan aktiviti melibatkan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di kuil berkenaan. Peserta juga akan berkongsi pengalaman menerusi perbualan dan dialog santai. Perbincangan tidak hanya mengenai kuil dan agama Hindu, tetapi juga mengenai rumah-rumah ibadat dan agama-agama lain. Dialog ini selaras motif “raikan kepelbagaian, tolak perkauman”. Orang ramai yang berminat menyertai konvoi ini boleh melayari www.kavyan.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Mana-mana pihak yang berminat hadir sebagai “pemantau” dan “pemerhati” juga dialu-alukan; dengan syarat mengisi borang penyertaan yang disediakan di blog.
]]>Respon Marina Mahathir kepada ISMA: Islam menegakkan keadilan
Marina Mahathir Saya kecewa ISMA tetap menegaskan keputusan mereka untuk memfitnah saya sebagai ‘dalang ‘ di sebalik COMANGO. Tambahan pula, ISMA meneruskan taktik membuli dengan menyelewengkan kata-kata saya dalam kenyataan mereka yang terkahir. Memang saya bangga menjadi ahli Sisters in Islam yang telah giat berjuang selama dua puluh tahun untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan bagi golongan Muslimah di Malaysia. Sejak peringkat awal penubuhan lagi, Sisters in Islam adalah antara gerakan wanita yang utama yang merujuk kepada Quran dan Sunnah untuk menekankan prinsip-prinsip etika dalam membela keadilan untuk kaum wanita. Kini, usaha kami sudah menjadi ilham kepada organisasi-organisasi wanita di negara-negara Muslim yang lain dalam pendirian kita bahawa Al-Quran ke arah keadilan dan kesaksamaan. Ini adalah asas kepercayaan saya, bahawa semua manusia dicipta oleh Tuhan yang Satu, Maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Berbeza dengan manusia, Tuhan tidak membuat kesilapan dan oleh itu dia mencipta setiap insan mengikut kehendak-Nya. Oleh itu, peranan kami adalah untuk menghormati keputusan Allah dan ciptaan-Nya. Ia satu keharusan untuk kita menilai setiap insan ciptaan Tuhan dengan maruah, rasa hormat dan perikemanusiaan, tanpa mengira bangsa, agama, orientasi seksual dan keupayaannya. Seperti yang difirman Allah dalam Surah Al -Hujurat, ayat 13: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. Saya ingin mengulang penegasan saya bahawa ISMA menyebar fitnah dengan mengatakan bahawa saya adalah dalang di sebalik COMANGO . Saya sedar bahawa SIS adalah sebahagian daripada peserta Comango. Saya juga sedar bahawa laporan Comango disediakan untuk proses UPR. Tetapi saya tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat atau terlibat secara peribadi dalam menghasilkan laporan tersebut, yang hanya salah satu daripada 28 laporan NGO mengenai keadaan hak asasi manusia di Malaysia. Sepertimana yang semua orang tahu, laporan-laporan NGO adalah sebahagian daripada proses kajian semula PBB dan tiada apa-apa yang luar biasa mengenai laporan Comango. Saya tahu mengenai laporan itu dan saya menyokongnya tidak kurang kerana ia bukan seperti apa yang ISMA katakana. Ini jelas bagi sesiapa yang cukup mengambil berat untuk membacanya melalui laman web Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia akan tahu. Jadi amatlah tidak jujur bagi ISMA untuk menyatakan bahawa COMANGO ke luar negara untuk memusnahkan imej Malaysia dan Islam. Seluruh dunia memangpun sudah peka terhadap apa yang berlaku di Malaysia dengan adanya internet. Seperti apa yang dijelaskan COMANGO, kerajaan Malaysia sering hadir ke mesyuarat-mesyuarat PBB untuk melaporkan perekembangannya dalam memenuhi kewajipan untuk akur kepada pelbagai perjanjian dan peretujuan PBB. Biasanya, kerajaan menyetujui dan melaksanakan perjanjian-perjanjian berikut. Satu contoh baru-baru ini ialah alokasi 30% untuk wanita menganggotai jawatankuasa sesebuah syarikat, dasar yang disarankan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention for the Elimination of Discrimination Against Women / CEDAW). ISMA enggan untuk mengaku bahawa mereka sudah mencetak dan menyebar 70,000 flyer yang mengandungi fitnah terhadap saya. Ini aduan saya. ISMA berlaku tidak jujur apabila mereka ingin mengubah isu. Surah Al-Hujurat, Ayat 12 menyatakan: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Ini Islam kepercayaan saya. Saya amat berharap bahawa ia juga Islam kepercayaan ISMA.
]]>Jemputan: Konvoi Rumah Ibadat 4
Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka kepada umum
Anjuran: Projek Dialog dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)Pendahuluan
Walaupun masyarakat pelbagai kaum, etnik, budaya, adat dan agamatinggal bersama di negara ini sejak berkurun-kurun lamanya, persefahaman dan perasaan saling menghormati dalam kalangan Bangsa Malaysia sering dipolitikkan pihak berkepentingan.Dewasa ini, pelbagai isu berbaur perkauman dan konflik agama disensasikan pelbagai pihak dan media. Gambaran negatif yang ditonjolkan ini tidak dipersetujui majoriti Bangsa Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan integrasi.
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berjaya menganjurkan Konvoi Rumah Ibadat di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 dan 2 Mei 2011. Pada 17 Februari 2013, konvoi dijalankan di Seremban dengan kerjasama Hidayah Centre Negeri Sembilan.Konvoi Rumah Ibadat IV
Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul, Kuala Lumpur
Peserta: Terbuka kepada umum
Rumah-rumah Ibadat (cadangan dan tertakluk pindaan)
1. Kuil Subramaniam Chettiar, Jalan Ipoh (tempat berkumpul mulai 9:30 pagi –RUJUK PETA SUPAYA TIDAK SESAT)2. Gurdwara, Jalan Sentul
3. Gereja Katolik St Joseph, Jalan Sentul
4. Tokong Dewa Pengawal, Jalan Sentul
5. Masjid Al-Hidayah, Sentul
6. Wat Budha Sri Lanka, Jalan Sentul (tempat bersurai)
Tujuan Konvoi
Kunjungan ini dilakukan dalam usaha murni membantu meningkatkan persefahaman, perpaduan dan nilai persaudaraan dalam kalangan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama.
Peserta sendiri akan bertindak sebagai penyampai maklumat mengenai rumah-rumah ibadat yang dikunjungi supaya dapat dilakukan dengan cara yang mudah dan mesra.
Kunjungan ini diharapkan akan dapat menghindarkan segala salah tanggap dan pandangan tidak benar mengenai rumah-rumah ibadat pelbagai agama.
Peserta Konvoi
Rombongan ini boleh disertai peserta pelbagai kaum, etnik, budaya, bahasa dan agama yang berminat untuk mengeratkan perpaduan, persefahaman dan mengeratkan persaudaraan.
Peserta digalakkan membawa ahli keluarga kerana dapat membantu generasi muda menimba ilmu yang amat berguna ke arah pembinaan Bangsa Malaysia.
Kesemua peserta yang berminat akan diterima tanpa prejudis.
Kesemua peserta dalam rombongan ini tidak mempunyai apa-apa agenda politik. Sebaliknya ikhlas dalam memupuk perpaduan serta perasaan saling memahami dan menghormati.
Tidak ada had minimum dan maksimum jumlah peserta.
Tidak ada had umur minimum dan maksimum.
Para peserta perlu mematuhi peraturan dan norma di rumah-rumah ibadat yang dikunjungi.
Para peserta wajib berpakaian sopan dan sesuai.
Pengisian Konvoi
Kunjungan ke rumah-rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong, gereja, wat dan gurdwara secara berkonvoi.
Mendapatkan penerangan mengenai sejarah rumah-rumah ibadat dan agama berkenaan.
Melihat sendiri aktiviti di rumah-rumah ibadat berkenaan.
Berkongsi pengalaman menerusi perbualan dan dialog santai.
Peserta digalakkan merakan foto/video untuk dipaparkan menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hubungiinfokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 11 Oktober 2013. ]]>Islam sebagai gerakan pembebasan
oleh Megat Hanis. Agama sering dilihat sebagai nadi dalam kehidupan masyarakat sejak zaman berzaman dalam meneruskan proses kelangsungan hidup. Dari dahulu lagi, masyarakat primitif memuja-muja semangat pokok, batu, kayu, menyembah matahari , bagi “melindungi” populasi mereka dari pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan mereka. Tidak kurang juga yang menyembah semangat padi bagi meningkatkan hasil-hasil tanaman mereka. Di zaman pasca-industrial ini, di mana strata sosialnya semakin jelas kelihatan, dengan peratusan kecil populasi elit yang semakin kaya dan giat mengumpulkan kekayaannya, tertinggal sejumlah besar golongan kelas menengah dan miskin yang bergasak dan bekerja hari demi hari bagi mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup. Justeru,fokus terhadap agama (dalam konteks artikel ini, Islam) menjadi kurang kerana keperluan hidup yang semakin mendesak berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan agama tidak mempunyai ruang untuk difikirkan dan dihayati maknanya. Penghayatan sempit Kalaupun ada, masa-masa terluang yang berbaki hanya diisi dengan solat berjemaah di masjid, zikir-zikir harian, bacaan Quran dan segala macam ritual yang berkaitan dengan spiritual. Kuliah-kuliah agama, motivasi-motivasi pula selalunya berbentuk bagaimana mengurus masa, menjadi muslim professional, menjadi ibu bapa yang baik, menjadi insan yang sabar dan bersyukur, dan segala macam kursus-kursus dan forum mengenai membentuk akhlak insani yang syumul. Bagi remaja pula, forum-forum cinta Islamik pula menjadi tarikan dimana-mana dengan memberikan ceritera-ceritera kemanisan bercinta masa belajar, diselitkan adegan-adegan manja para agamawan-agamawan populis yang menceritakan pengalaman berkahwinnya semasa berlajar. Yang menghairankan,begitu kurangnya kuliah-kuliah agama, forum-forum yang berbentuk menentang penindasan dan kezaliman: keadaan sosio-ekonomi yang membimbangkan, kebanjiran orang-orang tidak berumah, rakyat-rakyat miskin di jalanan, kebejatan sosial yang semakin parah hasil pembahagian ekonomi yang tidak sekata dan segala macam sisi gelap kapitalis-kapitalis besar yang mengaut keuntungan besar dengan meminggirkan sebahagian besar masyarakat majoriti yang terdesak. Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah Islam itu agama yang mengajar perkara yang indah-indah seperti pahala, beramal soleh, mendapatkan syurga, bidadari, cinta Islamik yang membahagiakan sahaja? Ataupun Islam hanya agama yang mengajar tentang ancaman-ancaman neraka, siapa yang termasuk golongan kafir, meredah kelab-kelab malam, menerjah penzina-penzina di dalam hotel-hotel semata? Ataupun Islam hanya agama yang mengajar motivasi-motivasi bagaimana menjadi muslim berakhlak mulia, menjadi anak soleh, menjadi ibu bapa contoh, menjadi usahawan cemerlang, menjadi qari-qariah dan membuat lebih banyak pertandingan-pertandingan tilawah, tahfiz Quran semata? Islam dan pembebasan Ashgar Ali (1990) dalam bukunya “Islam dan Teologi Pembebasan” membahaskan banyak perkara-perkara penting yang seharusnya menjadi rujukan dan pelajaran bagi mengubah persepsi kita terhadap bagaimana agama Islam seharusnya dianggap dan difikirkan. Beliau berpendapat, Islam seharusnya bersifat membebaskan manusia dari kezaliman dan penindasan, membela dan melindungi golongan- golongan “mustadh`afin” (yang lemah) dan menentang golongan-golongan “mustakbirin” (yang kuat dan sombong) . Islam seharusnya membawa keadilan Tuhan kepada masyarakat dan membebaskan mereka dari keadaan hidup yang tertindas. Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengajak manusia menegakkan keadilan dalam masyarakat antaranya Surah An-Nisa , 4 :75 yang bermaksud “Dan mengapa kamu tidak berjuang di jalan Allah dan membela orang yang tertindas, laki- laki dan perempuan dan anak-anak yang berkata. `Tuhan kami! Keluarkan kami dari kota ini yang penduduknya berbuat zalim. Berilah kami perlindungan dan pertolongan dariMu!” Allah juga berfirman : “Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil” (5:8) dan juga Surah Al-A`raf (7: 29) “Katakanlah: Tuhanku memerintahkan supaya kamu berbuat adil” Ashgar juga memetik pendapat Nawab Haider Naqvi (1981), pakar ekonomi Pakistan di dalam bukunya “Ethics and Economics- An Islamic Synthesis” yang mengatakan bahawa “….keadilan sosial dalam Islam berakar pada tauhid. Sebenarnya, keyakinan kepada Tuhan itu secara otomatis mempunyai konsekuensi untuk menciptakan keadilan. Salah satu tidak akan ada tanpa yang satunya….”. Jika dilihat pada penurunan Rasul-Rasul ke muka bumi bertujuan membuat satu gerakan mencabar status quo yang menindas dan menzalimi rakyatnya. Nabi Musa A.S diturunkan membantu kaum Israel yang tertindas melawan regim zalim Firaun. Nabi Isa A.S diturunkan bagi membantu yahudi menentang regim zalim Rom dan Nabi Muhammad (SAW) juga membina gerakan menentang pembesar-pembesar Quraiysh yang sombong dan menindas fakir miskin dan mengumpulkan kekayaan berlipat ganda . Di dalam buku “Speeches that Changed the World “, diterbitkan pada tahun 2005, menghimpunkan lebih 50 ucapan-ucapan penting dari orang ternama dan revolusiner yang memberi impak dan mencorakkan peristiwa-peristiwa agung dunia. Tidak hairan lagi, 3 tokoh pertama yang dimuatkan ialah ucapan dari Nabi Musa, Isa dan Muhammad yang ketiga-tiganya mempunyai asas perjuangan yang sama, yakni membebaskan manusia dari dizalimi dan menjadi hamba kepada manusia lain kepada hanya menjadi hamba kepada Tuhan yang satu dan berpegang hanya kepada kedaulatanNya. Raif Khoury (1979), seorang Marxist dari Lebanon , di dalam bukunya “Marxisme and the Muslim World” menyatakan makna penting disebalik laungan takbir yang sering kita dengari tapi tidak dihayati dalam erti kata yang sebenar. Beliau menyebut : “ Betapa sering kita mendengar suara adzan dari menara di kota-kota Arab yang abadi ini.Allahuakbar! Allahuakbar! Betapa sering kita membaca atau mendengar Bilal, seorang keturunan Abyssinian, mengumandangkan adzan untuk pertama kalinya sehingga menggema di jazirah Arab….Namun apakah kalian sudah merenungkan apa yang dimaksud dan apa isi dari panggilan itu? Apakah setiap mendengarkan panggilan suci itu , kamu ingat bahawa Allahu Akbar bermakna (dalam bahasa yang tegas): berilah saksi kepada para lintah darat yang tamak itu! Tariklah pajak dari mereka yang menumpuk-numpuk kekayaan! Sitalah kekayaan para tukang monopoli yang mendapatkan kekayaan dengan cara mencuri! Sediakan lah makanan untuk rakyak banyak! Bukalah pintu pendidikan lebar-lebar dan majukan kaum wanita! Hancurkan cecunguk-cecunguk yang membodohkan dan memecah-belahkan umat! Carilah ilmu sampai ke negeri Cina (bukan hanya cina zaman dahulu, namun juga sekarang). Berikan kebebasan, bentuklah majlis syura yang mandiri dan biarkan demokrasi yang sebenar-benarnya bersinar!” Matlamat Asas Islam Begitu jelas dan tegas pernyataan ini yang saya kira wajar kita ambil sebenar-benar perhatian setiap kali azan dilaungkan. Islam agama yang memecahkan strata sosial yang menindas. Islam agama yang memberi ruang pendidikan yang mencukupi. Islam agama yang menjanjikan keadilan sejagat yang buta kaum, warna kulit ,status mahupun agama lain. Islam bukan sekadar agama rohani berbentuk ritual-ritual keagamaan semata, malah suatu gerakan yang mencabar status quo yang zalim dan memacakkan keadilan Tuhan melalui pesan-pesan dan firmannya, bukan sekadar mengambil dan memetik Quran dan Hadith bagi meredakan kesakitan dan keperitan masyarat tertindas seperti candu yang menjadikan mereka pasif terhadap kezaliman. Islam seharusnya menjadi agama yang berupaya menjadi senjata melawan regim autokratik, agamawan-agamawan pro-status quo seperti yang ditunjukkan oleh sosok Islam terkemuka sepanjang sejarah Islam, Abu Zar Al-Ghiffari, seorang sahabat nabi yang revolusioner sehingga digeruni oleh pemerintah-pemerintah despotik dan kaum ulama-ulama yang pro-regim. Salah satu bab di dalam buku “Dari Kanan Islam hingga Kiri Islam”, iaitu “Antara Marxisme, Islam dan Syiah Revolusioner”, penulis mengutip petikan dari karya Ali Shariati, Intizar yang menyebutkan : “Islam has two separate Islams. The first can be considered a revolutionary ideology. By this I mean beliefs, ciritical programmes and aspiration whose goal is human development. This is true religion. The second can be considered `scholastic Islam`. By this I mean philosophy, oratory, legal training and scriptural learnings.Islam in the first sense belongs to mojtaheds,Abu Zarr, and now the intelegentsia. Islam in the second sense belong to mojtaheds, Abu Ali Sina, and the seminary theologians. The second form can be grasped by academic specialist, even reactionary ones. The first can be grasped by uneducated believers. This is why sometimes true believers can understand Islam better than the faqih (religious jurist) the `alem (scholars), and the philosophers” Petikan ini jelas menunjukkan peranan yang sepatutnya diambil oleh muslim dengan menjadikan Islam sebagai ruang membentuk aspirasi kearah pembangunan manusia melalui perjuangan keadilan sosial dan bukan hanya berfalsafah dan berintelektual sehingga melangit dan tidak mampu membawa mesej yang jelas dan merakyat. Agamawan-agamawan seharusnya mengambil tanggungjawab ini memimpin umat dan mengerakkan wahyu-wahyu Tuhan dalam membela masyarakat tertindas dan terkebelakang, dan bukan hanya menjadi duta-duta produk , membuat kem-kem motivasi dan mengumpul kekayaan dan secara ironis menggunakan ayat-ayat Tuhan menyuruh mereka bersabar dengan kesusahan dan penindasan. Akhir kata, marilah sama-sama membina kesedaran dan menggerakkan umat akan tuntutan sebenar wahyu Tuhan dan apakah makna sebenar kehidupan beragama. Pesan-pesan nabi-nabi dan rasul-rasul perlu kita jadikan slogan perjuangan yang berterusan dan menghidupkan jiwa-jiwa yang dalam kelalaian dan bangkit berubah dari keadaaan kesusahan mereka.
]]>Pengharaman penggunaan “Allah”: Perdebatan teologi dan hegemoni ideologi
Ng Kam Weng Pengharaman Penggunaan “Allah”: Perdebatan Teologi dan Hegemoni Ideologi Tujuan makalah ini adalah untuk membantu umat Kristian 1) memahami trajektori sejarah pertikaian tentang perkataan Allah, 2) mengenal pasti sumber-sumber sejarah, linguistik dan teologi yang menjadi alasan bagi penggunaan sah akan perkataan itu oleh umat Kristian, 3) mematahkan hujah-hujah tidak berasas yang dikemukakan oleh cendekiawan Muslim yang menuntut monopoli Muslim dalam penggunaan perkataan Allah dan 4) memahami bagaimana konsep bahasa suci menyebabkan orang bukan-Muslim tidak dibenarkan daripada menggunakan perkataan Allah. Trajektori Sejarah tentang Cubaan Melarang Penggunaan ‘Allah’ dan Beberapa Perkataan yang Berkaitan Keputusan Kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk melarang orang bukan-Muslim daripada menggunakan perkataan ‘Allah’ bukan suatu keputusan ad-hoc (tanpa perancangan). Keputusan itu menyusul satu siri gerakan oleh pihak berkuasa untuk menguatkuasakan dengan berterusan polisi yang membatasi kebebasan orang Kristian. Perkara ini jelas jika kita melihat perkara ini daripada sudut pandangan sejarah yang lebih luas. Permulaan krisis ini berlaku pada tahun 1980-an apabila para pemimpin Gereja menerima arahan daripada Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri (Bahagian Kawalan Penerbitan) yang menyatakan bahawa perkataan berikut (senarai dalam kolum pertama) tidak boleh digunakan di dalam Alkitab. Pihak berkuasa juga mencadangkan agar Gereja menggunakan perkataan lain (kolum kedua) untuk menggantikan perkataan larangan. Perkataan Larangan // Perkataan Alternatif
Al-Kitab // BaibelAllah // TuhanFirman // BerkataRasul // UtusanIman // Percaya Ibadah // Amalan | Injil // BaibelWahyu // RevelasiNabi // PropetSyukur // Terima KasihSolat // Sembahyang Doa // Memohon |
Hentikan tuduhan tak berasas