Projek Dialog

Mahasiswa Pasca ‘Listen, Listen, Listen’

Oleh Zul Fikri Zamir

“Be curious. Read widely. Try new things. I think a lot of what people call intelligence just boils down to curiosity.”

– Aaron Swartz (1986-2013).

Swartz, pengasas bersama Reddit.com, bertanggungjawab mencipta kod RSS ketika berumur 14 tahun. Dia kemudiannya memimpin Demand Progress, pertubuhan aktivis yang mencabar undang-undang anti cetak rompak SOPA/PIPA yang dirangka oleh US Congress. Pada 2008, beliau mencipta sebuah program yang membolehkan orang awam memuat turun sehingga 20 juta fail dari laman PACER dan sekitar 4.8 juta fail akademik dari laman Jstor secara percuma. Beberapa hari yang lalu, saya menulis sebuah surat terbuka kepada saudari Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Saya menulis kerana rasa sedih terhadap perkembangan dunia akademik serta hak mahasiswa yang telah dilanggar dengan begitu angkuh sekali. Dan perkara yang membuatkan saya paling kecewa ialah kerana ribuan mahasiswa Melayu-Islam bertepuk tangan ketika hak seorang mahasiswa India untuk bertanya dan memberikan pendapat dinafikan dengan cara yang paling naif sekali. We Are All Sharifah Zohra            Untuk mereka yang membaca lapis makna diantara surat tersebut, mereka akan dapat memahami tujuan saya menulis surat tersebut. Saya menulis bukan dengan niat untuk menanti balasan dari saudari Sharifah atau mahukan surat tersebut dibaca oleh beliau. Saya menulis dengan harapan mahasiswa akan bangkit dan sedar dari penjara indoktrinasi ideologi yang selama ini memenjarakan mereka. Insiden ‘Listen, Listen, Listen’ ini sebenarnya bukan isu baharu. Semenjak Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan AUKU pada 1971, sistem ‘Listen, Listen, Listen’ ini dipasangkan ke dalam minda kita tanpa sedar. Hasilnya setelah 40 tahun indoktrinasi, ciri-ciri seperti ‘bongkak’, ‘tidak peduli’ dan ‘menurut arahan’ memang telah menjadi sebahagian dari budaya dan DNA kita. Foucault di dalam makalahnya ‘Discipline & Punish: The Birth of the Prison’ (1975) menyatakan tentang kesan utama ‘Panoticism’ialah untuk memastikan banduan kekal dalam keadaan sedar tentang fungsi automatik kuasa ke atas mereka. Di dalam penjara berbentuk ‘Panoptic’ (mengambil konsep Jeremy Bentham), banduan sedar diri mereka diperhatikan melalui menara tanpa mengetahui siapa di dalam menara tersebut. Foucault menegaskan penjara sebagai mekanisme disiplin paling penting untuk meng-ilustrasikan disiplin sebagai alat kepada kuasa. Melalui operator menara yang dikenali sebagai ‘anonymous power’, mekanisme pemantauan kekal tidak dikenali seterusnya memastikan projek ini efisien. Realitinya di Malaysia, saya melihat menara sebagai Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti, operator menara sebagai Menteri dari  Kementerian Pengajian Tinggi serta model penjara ‘panopticon’ sebagai AUKU dan mahasiswa kekal berada di dalam sel-sel penjara. Tidak sukar untuk membuktikan perkara ini. Buka Facebook dan selongkar akaun rasmi persatuan mahasiswa universiti tempatan. Perbincangan mereka seringkali berkisar soal parking, asrama, harga makanan di cafetaria ataupun kursus kahwin. Untuk aktivis peringkat lebih tinggi, mereka berpolitik partisan pula. Saya tidak katakan perkara ini tidak bagus, tetapi mahasiswa harus sedar bahawa masyarakat lebih memerlukan mereka ketika mereka sibuk berpersatuan untuk mengadakan kursus kahwin. Ironi bukan? Tidak gemar orang lain menyuarakan pendapat, tidak gemar perbahasan berat, sukakan perkara remeh temeh seperti ‘kucing ada masalah, anjing boleh menggonggong’ serta tidak suka mendengar pendapat orang lain; kita semua sebenarnya sama seperti Kak Listen. We Are All Sharifah Zohra. ‘Slacktivist’ & Budaya pop Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah gambaran kecil kepada masalah besar isu kebebasan akademik dan mahasiswa. Masyarakat lebih gemar menuntut permohonan maaf dari saudari Sharifah daripada melihat kepada 2300 mahasiswa lain yang berada di dalam dewan dan bertepuk tangan. Kita bersikap reaktif lebih pantas daripada kita muhasabah sikap dan masalah kita sendiri. Dalam situasi ini, apa gunanya jika saudari Sharifah membuat permohonan maaf sekalipun? Apakah selepas itu aktivis Twitter, pejuang Facebook dan semua ‘slacktivist’ ini akan kembali melayari laman Zalora.com, berkongsi fakta kucing melalui butang ‘share’ atau sibuk ketawa dengan 9gag.com dan kembali tidak peduli kepada masalah asas ketidakpedulian di kalangan mahasiswa? Anak muda hanya mengambil kesempatan terhadap isu-isu sebegini untuk mensensasikan keadaan tanpa mengambil pengajaran darinya. Bermula dari insiden Adam Adli, demonstrasi mansuhkan PTPTN sehingga isu Kak Listen, hampir tiada satu gerakan terancang dijalankan oleh mahasiswa untuk mengubah norma dan cara berfikir di kalangan mahasiswa. Sampai bila mahasiswa akan terus-terusan mabuk dilambung ombak budaya pop sebegini? Projek Dialog vs Projek Pembodohan Penting sekali agar isu Kak Listen vs Bawani ini diperhalusi oleh setiap pemimpin mahasiswa di peringkat universiti serta gerakan-gerakan mahasiswa bersifat partisan atau non partisan dari segi ideologi dan ‘substance’ lebih dari bentuk material yang mereka lihat. Penghinaan fizikal yang dialami oleh Bawani sebenarnya menggambarkan betapa rancu dan rosaknya sistem hak asasi yang selama ini dipegang oleh pihak berkuasa dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka. Mahasiswa harus melihat isu ini dari sudut ‘the oppressed and the oppressor’ [yang tertindas dan yang menindas]. Paling penting indoktrinasi yang melibatkan penderaan mental ini akan menyebabkan mahasiswa tidak boleh berfikir sendiri sehingga sanggup menepuk tangan beramai-ramai ketika pendapat rakannya diperlekehkan. Paling serius, idea pendidikan percuma Bawani diperlekeh hanya menggunakan analogi haiwan 1 Malaysia, di dalam institusi pengajian tinggi dengan tepukan dan sorakan dari rakan-rakannya – ‘the so called intellectual’! Pemimpin mahasiswa sedia ada mempunyai kerja berat di bahu mereka iaitu untuk mengubah sudut pandang mahasiswa dan rakan mereka yang lain dahulu sebelum bergerak ke tahap seterusnya. Saya mendengar ura-ura gerakan mahasiswa yang akan bertanding di Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Tanpa memperlekehkan niat dan stamina yang dipunyai mereka, saya berpendapat pemimpin dan gerakan mahasiswa harus mengupayakan mahasiswa lokal untuk turun ke bawah dan melihat masalah masyarakat dahulu. Perbincangan dan dialog intelektual harus segera dilaksanakan membabitkan isu ekonomi, sosial serta pelbagai masalah merangkumi budaya dan golongan terpinggir. Selain berjuang untuk hak mahasiswa, mereka terlebih dahulu harus fokus isu dalam iklim ‘politic of fear’ dan ‘politic of patronage’ ini untuk memastikan mereka dilihat non-partisan serta berjuang untuk masyarakat. Projek-projek pembodohan harus segera diubah kepada projek dialog membabitkan isu perkauman, agama dan golongan marginal. Sebelum bertanding mereka harus segera memastikan golongan mahasiswa mengurangkan menonton Adam dan Hawa ataupun fanatik membaca Harian Metro. Zaman autoritarian Mahathirisme telah lama berakhir. Mahasiswa harus segera bangkit dengan melihat diri mereka sendiri , melihat kepada bahan bacaan dan membina ideologi yang mantap sebelum keluar berjuang. Dengan bantuan media digital seperti Facebook dan Twitter, tidak mustahil mahasiswa mampu bangkit sebagaimana yang telah dibuktikan oleh mahasiswa luar seperti Revolusi Jasmin. Mahasiswa juga tidak perlu menunggu Fahmi Reza untuk masuk ke dalam universiti dan mendengar ucapan beliau sebelum berubah. Mengapa tidak ada seorang Fahmi Reza-pun di kalangan mahasiswa sendiri? Mengapa tidak ada 10 atau 100 Adam Adli di kalangan mahasiswa sedia ada kini? Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini, Bawani hanyalah sosok. Yang diperlukan kini ialah 1000 atau 10,000 Bawani yang akan lahir dari sistem baharu pasca insiden Kak Listen. Individu seperti Aaron Swartz, Mark Zuckerberg, Steve Jobs atau Bill Gates mengubah dunia tanpa memikirkan CGPA mereka. Swartz ‘drop-out’ dari Stanford University selepas setahun pengajian, kemudiannya menjadi felo di Harvard University. Malangnya mahasiswa di Malaysia asyik dan sibuk berfikir untuk ‘meluluskan’ diri dari universiti sehingga terlupa dunia berubah tanpa penglibatan mereka. Foucault kemudian menegaskan rekabentuk ‘Panoptic’ ini boleh digunakan terhadap apa jua bentuk populasi termasuk sekolah, pesakit di hospital ataupun pekerja; “If the inmates are convicts, there is no danger of a plot, an attempt at collective escape, the planning of new crimes for the future, bad reciprocal influences; if they are patients, there is no danger of contagion; if they are madmen there is no risk of their committing violence upon one another; if they are schoolchildren, there is no copying, no noise, no chatter, no waste of time; if they are workers, there are no disorders, no theft, no coalitions, none of those distractions that slow down the rate of work, make it less perfect or cause accidents” ]]>

Terlepas Dari Sumpahan ‘LISTEN LISTEN LISTEN’

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

Satu soalan yang sering diungkapkan oleh orang awam ialah, apakah itu hak asasi manusia? Apakah kita benar-benar memerlukannya? Apakah hak asasi manusia boleh dididik untuk generasi baharu Malaysia? Hak asasi manusia terbina berasaskan tiga tunjang moral iaitu kebebasan, persamaan dan maruah manusia; ‘human rights are undeniably based upon an appeal to three moral ideals; freedom, equality and human dignity’ (Andrew Fagan, 2011: 3). Oleh kerana definisi hak asasi manusia menurut kaca mata barat itu memelihara dan mengiktiraf hak setiap individu iaitu kebebasan, persamaan dan maruahnya, maka ya, ia benar-benar diperlukan malah didambai oleh setiap individu yang waras. Untuk menjawab soalan berikut, apakah hak asasi manusia boleh dididik untuk generasi baharu Malaysia, jawapannya ya, semestinya boleh, wajar dan wajib hak asasi manusia diasuh, dipupuk dan dididik untuk generasi baharu Malaysia. Sebelum poin berasaskan soalan-soalan di atas dihuraikan, satu kenyataan yang penting untuk dihadami ialah sebahagian besar aktivis dan penggiat hak asasi manusia bersetuju bahawa hak asasi manusia dicabul dan dinodai oleh mereka yang minda dan akalnya tidak tercerahkan, atau mereka yang mengalami gejala ketidakpedulian. Hal ini misalnya ditekankan oleh Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Universiti Essex, dan juga pengarang buku The Atlas of Human Rights, Andrew Fagan. Menurut Fagan (2011: 2-3), ‘in a sense, those who continue to violate and abuse human rights may be thought of as suffering from a lack of suitably enlightened mind. Human rights violations are blamed on ingrained ignorance, and the mean for overcoming ignorance in any form is eduaction.’ Satu-satunya jalan yang ada untuk mencerahkan akal minda serta mengeluarkan seseorang manusia dari gejala ketidakpedulian adalah dengan mendidiknya, justeru, poin penting yang terkait dari perenggan-perenggan di atas adalah pendidikan hak asasi manusia menjadi keperluan. Sebahagian besar pendidik hari ini dijangka dapat bersetuju bahawa metode pengajaran yang memaksakan dengan kaedah listening passively telah berlalu, bahkan kelompok manusia yang diajar atau dididik perlulah ‘actively engaged in their own learning’ dan dalam hal ini, pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah pendidikan hak asasi manusia. Terma pendidikan hak asasi manusia mencakupi pendidikan mengenai nilai-nilai demokratik serta pendidikan mengenai ‘mutual respect and understanding’. Ia didefinisikan ‘sebagai pendidikan, latihan, penyaluran maklumat yang bertujuan untuk membangunkan budaya hak asasi manusia di mana ia adalah komprehensif dan bukan sahaja untuk memberitahu mengenai hak asasi manusia itu semata-mata bahkan mengenegahkan skil-skil yang diperlukan untuk mempromosi, mempertahankan dan mengaplikasinya dalam hidup’. Pendidikan mengenai nilai-nilai demokratik menumpukan aktiviti-aktiviti yang digubal khusus untuk membantu manusia memain peranan penting dalam kehidupan demokratik. Di mana setiap individu mengamalkan hak mereka dan dalam masa yang sama bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling. Ia juga menekankan pendidikan mengenai ‘mutual respect and understanding’ yang berhasrat untuk mengutara dan menjelmakan rasa hormat diri, rasa hormat terhadap individu lain dan pembaikan hubungan antara individu pelbagai tradisi budaya. Di Barat, pendidikan hak asasi manusia diajarkan bukan sahaja kepada anak-anak sekolah, tetapi lebih penting kepada guru. Ia bukan sahaja diajarkan kepada pelajar universiti tetapi pendidikan hak asasi manusia kini dilatih, diajar dan dikursuskan buat penguatkuasa undang-undang, pembuat polisi dan dasar, para administrasi, seniman dan tentunya ibu-bapa (OSCE, 2009: 9). Di peringkat sekolah, dan pengajian tinggi antara komponen-komponen besar yang terkandung dalam pendidikan hak asasi manusia yang mensasarkan generasi baharu ini antara lain adalah a) pendidikan gender; b) pendidikan inter-budaya anti rasisme; c) pendidikan personal dan nilai-nilai sosial; d) pendidikan global; e) pendidikan untuk pembangunan berterusan; f) pendidikan kewarganegaraan; g) pendidikan keamanan; h) pendidikan sivik (Nancy Flowers, 2011: 4-5). Sudah tiba masanya hak asasi manusia dididik untuk generasi baharu Malaysia, malah pendidikan hak asasi manusia ini seharusnya diterapkan kepada semua peringkat masyarakat bagi membolehkan hak-hak asasi seseorang individu dihormati serta dipertahankan. Sehingga hari ini, cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia supaya pendidikan hak asasi manusia diajarkan di sekolah-sekolah menengah masih dipandang sepi (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, 2006). Pun tanpa menunggu kelengahan tersebut, pendidikan hak asasi manusia masih perlu diperkenalkan di semua peringkat. Sebagai contoh, untuk permulaan, sesebuah universiti boleh mengundang figur publik yang dapat diteladani untuk satu sesi bersama siswa baharu. Figur tersebut hendaklah faham, mahir dan lebih jelas, mengamalkan hak asasi ke darah dagingnya supaya ia dapat ditonjolkan dalam sesi tersebut. Ketika figur tersebut mempromosi hak-hak demokratik seorang warganegara misalnya, para siswa hendaklah tidak mendengar sahaja atau listening passively, siswa sebaliknya digalakkan supaya menyuarakan rasa dan gejolak dalam diri yang bergumulan. Mereka harus secara aktif berpartisipasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tentang hak-hak demokratik seorang warganegara dengan membantah jika berasa perlu, atau menyumbang pandangan berbeza. Penglibatan sedemikian meski terlihat vokal dan melulu hendaklah disambut serta disahut oleh pihak universiti atau educator dengan baik. Pihak universiti malah sewajarnya mencambah semangat, membaja harapan dan idea baharu dan tidak memperolokkannya. Pendidikan hak asasi manusia bermula secara sangat halus, iaitu dengan menghormati hak setiap manusia untuk berbeza pandangan lantas menghormati pilihan kehendaknya. Selain diperlakukan secara terhormat, seorang siswa, atau individu yang berbeza hendaklah tidak dinafikan haknya untuk bersuara. Merujuk kepada insiden antara Suara Wanita 1 Malaysia yang direpresentasikan oleh Sharifah Zohra Jabeen dan cik Bawani KS, pendidikan hak asasi manusia sama sekali tidak akan berjaya dalam kerangka ‘when I speak, you listen’ kerana era Hamurabi dengan kuasa kudus (divine right) telah lama berakhir. Kerangka ‘when I speak, you listen’ adalah natijah dari ‘you owe me, so shut up’. Kerangka listen, listen listen ini adalah ciri autoritarianisme kerana kuasa menjadi kudrat (might is right). Ia diterjemahkan oleh Sharifah Zohra Jabeen dengan menolak hak cik Bawani untuk bersuara secara verbal dan secara aksi di mana mikrofon beliau ‘dirampas’. Ia adalah lambang jelas bagaimana suara seorang siswa dirampas secara kasar. Lebih menyedihkan ia berlaku di sebuah universiti di mana-mana pendidikan hak asasi manusia wajar diajarkan. Namun secara positifnya, klip video selama 24 minit yang tersebar secara meluas di laman sesawang dan laman sosial antara Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS itu dengan sendirinya telah menjadi satu bentuk pendidikan hak asasi (secara informal) yang mempunyai impak meluas, tersendiri dan sungguh fenomenal di Facebook dan forum Internet. Klip tersebut membocorkan ‘rahsia’ bagaimana peredaan sikap dilakukan di kampus-kampus. Dalam analisis psikologi sosial, forum yang dihadiri oleh Bawani KS dan diceramahkan oleh Sharifah Zohra Jabeen tersebut adalah pengesahan apa yang pernah dinyatakan oleh K. Ramanathan (1989: 53) sebagai ‘teknik-teknik brainwashing digunakan dalam penyiaran sesuatu ideologi’ di mana propaganda dan indoktrinasi politik dilakukan terhadap rakyat. Satu hal yang menjadikan forum itu berbeza ialah apabila Bawani KS bingkas dan menyuarakan pandangannya. Samada hujah cik Bawani KS berwibawa atau benar, adalah satu soal lain, beliau ternyata terdidik dengan hak-hak asasi dan fahami sepenuhnya ‘respect and human rights’ lalu mahu merungkaikan ‘cengkaman kerangka when I speak, you listen’ tersebut. Sekiranya cik Bawani KS tidak bangun dalam forum itu, kita akan melihat satu senario di Pyongyang, Korea Utara, di mana semua orang bersorak dan bertepuk tangan mengeyakan propaganda dan indoktrinasi politik yang sedang berjalan. Apa yang Suara Wanita 1 Malaysia tidak sedar ialah, dalam era laman sosial, boleh dan telah pun menjadi medium pendidikan hak asasi yang ampuh, tindakan mensenyapkan Bawani KS menjadi satu sukatan pelajaran hak asasi manusia yang sungguh berkesan. Klip video selama 24 minit itu mendatangkan kejijikan buat sebahagian besar pengulas di internet, kerana secara mendadak mereka sudah terlepas dari sumpahan ‘listen listen listen’. Secara mendadak pengunjung dan penonton klip video tersebut di internet tersedar bahawa selama ini mereka sendiri pernah menjadi tukang sorak yang tidak berani itu, dan dengan sendirinya figur Bawani KS yang berani telah menjadi figur terhormat. Natijah ini dapat dirungkai berdasarkan kerangka sosiologi tertentu. Sebagai seorang sosiolog, saya sangat tertarik melihat insiden antara Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS  ini kerana ia menjelaskan apa yang diungkap oleh Karl Wolfgang Deutsch’s (1964) mengenai ‘political behavior’ dalam buku beliau yang tersohor, The Nerves of Government. Terdapat tiga sumber yang membentuk political orientation seseorang individu. Tiga pengaruh dari sumber berbeza ini memberikan efek kekal. Salah satu pengaruh paling besar yang membentuk pandangan atau sikap politik seseorang itu adalah keluarganya.  Adalah satu kelaziman ibu-bapa akan mewariskan pandangan atau nilai ideologi yang mereka sikapi kepada anak-anak. Kedua, pandangan politik seseorang individu akan diperolehi daripada ‘educational authority figures’ seperti guru di sekolah, atau pensyarah di universiti. Akhir sekali, ‘peers’ turut memain peranan yang kuat, malah sebenarnya paling kuat berbanding dua pengaruh sebelumnya. Dalam hal ini  ‘peers’ bermaksud kumpulan teman-teman yang saling membentuk pengetahuan, tabiat dan orientasi seseorang individu. Dalam erti kata lain ‘peers’ adalah entiti sosial yang merubah cara pandang atau meneguhkan pandangan politik seseorang. Hari ini, sosialisasi dimudahkan oleh jaringan yang tidak dapat dibendung iaitu Facebook dan Twitter. Ia menjadi satu bentuk jaringan ‘peers’ yang sangat berpengaruh  khususnya untuk para remaja (dan siswa) menyalur pandangan, saling bertukar idea dan harapan. Bahkan, hari ini, ‘peers’ dalam kalangan Facebook dan Twitter ini melampaui teman mereka secara fizik. Dalam erti kata lain juga, laman sosial ini dapat berfungsi menjadi pendidik hak asasi manusia yang berkesan meski tidak langsung. ‘Peers’ seumpama ini sudah pun ditelah oleh Deutsch sejak tahun 60an. Menurut Deutsch, komputer dan alam siber akan memberi perubahan besar pada aktivisme masyarakat. Aspek paling dominan yang dibincangkan oleh Deutsch dalam bukunya adalah apa yang beliau namai sebagai ‘feedback and equilibrium’. Menurut beliau, ‘feedback’ adalah jaringan komunikasi yang berupaya menggerakkan perubahan tabiat ekoran berlakunya pertukaran informasi; ‘that produces action in response to an input of information, and includes the results of its own action in the new information by which it modifies its subsequent behavior (Karl Wolfgang Deutsch, 1964: 88).’ Secara mudahnya, ‘feedback’ adalah sejenis ‘output’ yang kembali kepada sistem sebagai ‘input’. Sementara itu, ‘equilibrium’ adalah kembali kepada keadaan asal ketika ia dikecahkan; ‘return to a particular state which was disturbed.’ Apa yang menarik, ‘feedback’ ini dapat dianalisa dengan formula ‘lag and gain’. Menurut Deutsch, analisa ‘lag and gain’ ini diperhatikan pada tempoh masa yang membolehkan satu-satu ‘feedback’ negatif itu bergetar dalam masyarakat sehingga ia akhirnya kembali kepada posisi asal dalam bentuk yang telah dibaikpulihkan sebagai satu ‘gain’ yang positif; ‘lag is the time that elapses between the moment a negative feedback system reaches a certain distance from its goal and the moment it completes corrective action corresponding to that distance. Gain means the extent of the corrective action taken.’ Dalam insiden Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS, ‘lag’ yang diambil memakan minggu, dalam tempoh itu Bawani KS menjadi ‘mangsa’ dan mengalami ‘kesunyian’ sebelum ia terjelma kembali dalam bentuk yang telah dibaikpulihkan lalu disambut sebahagian besar masyarakat atau paling tidak kelompok ‘peers’ sebagai sesuatu yang harus dibela. Seolah-olah masyarakat, paling tidak penumpu internet, tersedar dan dipulihkan dari satu sumpahan ‘listen listen listen’ selama beberapa dekad. Analisa berasaskan ‘lag and gain’ ini menunjukkan Sharifah Zohra Jabeen dan propaganda yang direpresentasinya di pihak yang salah lantas memerlukan korektif yang besar. Maka tidaklah menghairankan, pemimpin-pemimpin parti yang diasosiasikan dengan Sharifah Zohra Jabeen dengan segera menjarak diri daripadanya, malah menafikan pengetahuan mereka dengan beliau (lihat http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-varsity-video-goes-viral-umno-leaders-move-to-head-off-storm/). Getar yang berjalan dalam tempoh minggu itu menjadikan Bawani KS kini mendapat momentum ‘peers’ yang lebih besar, lebih besar daripada jumlah tukang ejeknya di dalam dewan tersebut. Analisa ‘lag and gain’ malah menunjukkan kerugian di pihak  Sharifah Zohra Jabeen yang kini mengalami ‘kesunyian’ seperti yang dialami oleh Bawani KS sebelumnya. Berasaskan analisa atau formula yang dikemukakan oleh Karl Wolfgang Deutsch ini, kerugian adalah jelas ditempiasi oleh parti yang diasosiasikan dengan Sharifah Zohra Jabeen. Maka, tidak juga menghairankan jika parti yang bertentangan dan membangkang gagasan yang diwakili oleh Sharifah Zohra Jabeen itu memanfaat dan menuai hasil ‘lag and gain’yang tidak terjangka ini demi kepentingan mereka. Tambahan pula, keadaan sekarang adalah sangat sensitif memandangkan setiap kelompok politik sedang merebutkan pengaruh dan dokongan. Nilai-nilai kemanusiaan (hablumminannas) mendapat tempat yang besar dalam Islam malah disangkutkan dengan nilai-nilai ketuhanan (habluminallah). Hak-hak asasi manusia memang dididik secara tegas dalam ajaran Islam. Bahkan transendensi budaya hak asasi tersebut terbentuk dari tiga asas utama: ‘Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.’ (Ali-Imraan 104). Islam melihat umat yang gagal dan tidak baik adalah umat yang gagal mempertahankan budaya hak asasi dengan membiarkan hak asasi manusia dicabul dan dinodai oleh mereka yang minda dan akalnya tidak tercerahkan. Islam juga mengecam mereka yang mengalami gejala ketidakpedulian. Kelihatannya satu-satu pengamal transendensi budaya hak asasi manusia dalam klip video tersebut adalah Bawani KS. Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, apa yang paling menarik dari insiden ‘listen listen listen’ ini adalah pendidikan hak asasi manusia telah diajarkan secara tidak tersangkakan sehingga membuahkan kesedaran demokratik yang sihat.   RUJUKAN Deutsch, KW. 1964. The Nerves of Government: Models of Political Communication and Control. Free Press. New York. Fagan, A. 2011. An Education in Human Rights. Dlm. Soka Gakkai International Quarterly. October: 2-3. Flowers, N. 2011. Preparation for a Responsible Life. Dlm. Soka Gakkai International Quarterly. October: 4-5. OSCE Organization for Security and Co-operation in Europe. 2009. Human Rights Education in the School Systems of Europe, Central Asia and North America: A Compendium of Good Practice. Office for Democratic Institutions and Human Rights. Warsaw. Ramanathan, K. 1989. Asas Sains Politik. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 2006. Research on Knowledge and Practice of Human Rights in Secondary School. Human Rights Commission of Malaysia. Kuala Lumpur. The Malaysian Insider. 2013. As varsity video goes viral, Umno leaders move to head off storm. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-varsity-video-goes-viral-umno-leaders-move-to-head-off-storm. 15 Januari. ]]>

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”

– William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013. Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari. Universiti atau Tadika? Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan. Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu. Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia. Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz ‘Listen’ oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani? Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas ‘Listen’.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika? Hujah vs hujah Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai ‘When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’, ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?), ‘you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’, ‘animals have problem’,   ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makan shark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’. Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak. Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status ‘degree holder’ seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah. Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  ‘When I speak, you listen!’. Fungsi Mahasiswa Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara. Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan. Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut. Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan ‘settle down’. Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri. Apa selepas ini? Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas ‘politik-merengek’ sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka. Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan ‘Ideologi Kaum Intelektual’. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan ‘Suara Wanita 1 Malaysia’, saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari. Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka. Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka; Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja. Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas; Kalau mahasiswa setakat belajar, Lembu di padang juga belajar. (Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)  * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org (Untuk data lebih komprehensif, sila rujuk Blindspot: http://www.facebook.com/blindspot.msia) ]]>

Menganyam impian

Oleh: Uthaya Sankar SB Saya tidak mengamalkan budaya membuat azam tahun baru. Hal ini kerana bagi saya, setiap hari adalah anugerah Tuhan dan saya sudah pun amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk terus hidup dan terus melakukan apa-apa yang saya suka: membaca, menulis, menonton filem dan tidur seenaknya. Dalam pada itu, hidup saya amat aman dan bahagia kerana saya tidak menyokong mana-mana parti politik dan politikus; walaupun saya memang ada beberapa rakan (dan musuh) daripada kalangan politikus dan penulis. Memandangkan tahun 2013 adalah suatu tahun yang amat penting – selain daripada umat manusia kononnya “terselamat” daripada kehancuran dunia yang “dinanti-nantikan” pada Disember 2012 – maka ramai juga yang bertanya apakah “senarai impian” (wish list) saya bagi tahun ini dalam hal-hal berkaitan politik. Berikut antara perkara yang sering saya nyatakan apabila ditanya oleh rakan-rakan dan kenalan semasa kami berbual-bual “hal dunia-akhirat” dan “gosip artis tempatan” di restoran/warung mamak. Tentu sahaja susunannya tidak mengikut sebarang urutan. Bil Air dan Elektrik [caption id="attachment_1325" align="alignleft" width="150"] Pembiayaan bil air dan elektrik ada kesan positif.[/caption] Saya hanya seorang penulis sepenuh masa dengan pendapatan tidak seberapa. Saya tinggal di Shah Alam, Selangor dan rumah saya juga adalah pejabat serta tempat kerja saya sejak Mac 2011. Sebagai seorang penduduk yang memang perlu menggunakan elektrik dan air setiap hari, saya berpuas hati dengan sikap “murah hati” yang ditunjukkan oleh kerajaan – Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Umum mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Selangor menanggung bil air bagi 20 meter padu yang pertama. Maklumat “bayaran air 20 meter padu pertama oleh Kerajaan Negeri Selangor” tertera pada bil. Bagi saya sebagai seorang marhaen, jumlah itu sudah cukup lumayan dan mengurangkan tanggungan saya. Pada masa sama, sejak 1 Oktober 2008, Kerajaan Persekutuan membiayai RM20 daripada jumlah bil elektrik saya setiap bulan. Amaun rebat berkenaan dicatatkan pada bil bulanan dan dinyatakan sebagai “dibiayai oleh Kerajaan Malaysia”. [caption id="attachment_1329" align="alignright" width="150"] Rakyat adalah “raja” sebenar dalam sistem demokrasi.[/caption] Harap maklum bahawa saya menyebut “Kerajaan Negeri Selangor” dan “Kerajaan Persekutuan” tanpa menyentuh mana-mana parti politik. Hal ini amat wajar diberi perhatian kerana sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR), apa yang penting bagi saya adalah bahawa mereka melakukan kerja dan tanggungjawab demi Rakyat (huruf besar disengajakan), iaitu “raja” sebenar dalam sebuah negara demokrasi. Impian saya adalah agar “bayaran air 20 meter padu pertama oleh Kerajaan Negeri Selangor” dan “RM20 bil elektrik dibiayai oleh Kerajaan Malaysia” berterusan walau siapa yang memegang tampuk kerajaan negeri/persekutuan. Namun, jika BN menguasai kerajaan negeri dan persekutuan – seperti sejak 1957 – tentulah pula kedua-dua manfaat (pembiayaan bil air dan elektrik) tidak mampu dinikmati penduduk marhaen seperti saya. Iklan Sayangi Selangor [caption id="attachment_1326" align="alignright" width="300"] Stesen Komuter “dijajah” iklan pembangkang.[/caption] Pada 22 Disember 2012, saya menaiki Komuter dari stesen Shah Alam ke stesen Kuala Lumpur (KTM) untuk bertemu penulis terkenal, Roslan Jomel untuk sesi perbualan “hal dunia-akhirat” dan “gosip artis tempatan” di Pasar Seni. Pada 1 Januari 2013 pula, saya menaiki Komuter dari Shah Alam ke Seremban untuk bertemu Atriza Umar dan Khalid Abideen bagi menguruskan Konvoi Rumah Ibadat yang dijadualkan pada 17 Februari ini. Saya muak melihat poster kecil-sederhana-besar yang memujuk pengundi di Selangor supaya “Sayangi Selangor” dan mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Harap maklum bahawa “pembangkang” merujuk kepada BN dalam konteks Negeri Selangor berikutan pilihan pengundi negeri itu pada PRU-12 (2008). Entah berapa banyak wang Rakyat – ulang: wang Rakyat – yang dibazirkan untuk menguruskan kempen besar-besaran “Sayangi Selangor” itu. Impian saya adalah agar BN menghentikan segera kerja sia-sia dan membazir wang Rakyat melalui cara ini. Harap maklum bahawa saya menyebut “BN” di sini kerana kerja-kerja “memujuk” pengundi di Selangor melalui poster-poster yang memaparkan wajah ceria Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak tentu dilakukan BN dan bukannya Kerajaan Malaysia. Kalau Kerajaan Malaysia, tentu kerajaan yang prihatin dan melaungkan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” akan menggunakan wang berkenaan untuk manfaat Rakyat; bukan untuk perang poster memujuk pengundi dengan cara licik tetapi kurang cerdik. Apa Khabar Pak Samad? Bercakap mengenai Kerajaan Negeri Selangor, saya langsung teringat akan Anugerah Sasterawan Tamu Selangor yang diumumkan pada September 2012. Hal ini mungkin dekat dengan jiwa saya kerana ia melibatkan Datuk A. Samad Said (Pak Samad). [caption id="attachment_1327" align="alignright" width="150"] Pak Samad diumum sebagai Sasterawan Tamu Selangor.[/caption] Akhbar Sinar Harian (28 September 2012) melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata, pengiktirafan itu sejajar dengan perjuangan Pak Samad yang gigih dan konsisten menulis serta memperjuangkan isu kemasyarakatan melalui penulisan. Umum mengetahui bahawa Pak Samad sering terlibat dalam ceramah dan acara baca puisi di Selangor sebelum dan selepas diumumkan menerima anugerah berkenaan. Setahu saya, Pak Samad bukanlah seorang seniman dan sasterawan yang mengejar kebendaan. Namun begitu, anugerah yang diberikan pasti menaikkan semangat serta membuka ruang yang lebih luas kepada Pak Samad untuk melakukan pengisian yang wajar dalam aktiviti seni dan sastera di Selangor. Dengar khabar, Rahmat Haron sedang menyelenggaran antologi “Unjuk Rasa” yang memuatkan sajak-sajak Pak Samad. Menurut maklumat yang tersebar menerusi laman rangkaian sosial, antologi berkenaan akan terbit pada Fabruari ini. Saya percaya bahawa kelahiran antologi ini juga sebahagian daripada “sumbangan” Pak Samad selaku Sasterawan Tamu Selangor. Apabila Wira Bukit Sdn Bhd menerbitkan novel “Salina: Edisi Khas” (2012), saya perhatikan sambutan golongan politikus (PR) kurang mengujakan. Edisi kulit lembut (paperback) novel itu kini sudah ada secara eksklusif di kedai-kedai buku Popular. Impian saya adalah agar sesiapa yang memberikan alasan “Salina: Edisi Khas” terlalu mahal akan tampil membeli – dan membaca – edisi kulit lembut ini; sementara menanti kelahiran “Unjuk Rasa. Pilihan Raya Bersih, Adil, Bebas Seperti saya nyatakan sejak awal, tahun 2013 tidak dapat dipisahkan daripada PRU-13. Walaupun Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN merangkap Presiden Umno kelihatan sedang cuba “mencuri masa”, tempoh wajib membubarkan Parlimen mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan semakin hampir. [caption id="attachment_1328" align="alignright" width="150"] Najib wajar menyarung baju kuning. (Sumber: Internet)[/caption] Sebagai seorang Rakyat dan pengundi berdaftar, impian saya adalah agar proses pilihan raya itu nanti dijalankan secara telus, adil, bebas dan bersih. Tugas itu tentulah terletak pada pundak (bahu) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi amat malang apabila badan bebas itu sendiri bagaikan (ulang: bagaikan) menentang proses pilihan raya yang bebas dan adil. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) sudah mengesahkan “pihaknya tidak akan campur tangan atau mengadakan perhimpunan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan itu (12 Januari 2013)” kerana presidennya, Datuk Ibrahim Ali sedar “kehadiran Perkasa hanya akan mengeruhkan keadaan” (mStar, 4 Januari 2013). Kalau saya menjadi Najib (namun, mohon Tuhan jauhkan!) pula, saya akan memakai kemeja-T kuning bersama-sama Pak Samad, Datuk Ambiga dan Rakyat sebagai usaha murni dan ikhlas menyokong pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. Sebagai pengerusi kepada gabungan parti-parti politik yang mantap dan sesungguhnya sudah mendapat mandat serta sokongan padu Rakyat/pengundi sejak negara merdeka, masakan saya (selaku Pengerusi BN) tidak mahu membuktikan kepada dunia bahawa BN terus berkuasa – dulu, kini dan selama-lamanya – menerusi proses pilihan raya yang adil, telus, bebas dan bersih. Impian saya – yang tentu sahaja tidak akan menjadi kenyataan – adalah untuk melihat para pemimpin dan penyokong tegar BN tampil menyokong perhimpunan yang khabarnya dijadualkan pada 12 Januari ini untuk menyeru proses pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Tidak keterlaluan, bukan? Jika Suka, Boleh Kekalkan Pada 7 Januari 2012, saya tertarik dengan kenyataan yang dipaparkan oleh seorang rakan, Amin Ahmad, pada ruangan status Facebook. Kata pemerhati politik itu, “orang ramai perlu dididik untuk memahami bahawa tujuan pilihan raya dibuat secara berkala adalah untuk membolehkan adanya kawalan rakyat terhadap pemerintah. Dalam bahasa mudah, jika suka, boleh kekalkan; jika tidak, boleh undi pihak lain”. Saya sangat bersetuju serta menyokong pandangan itu kerana demikian juga pendirian saya selaku individu yang bersikap apolitikal dan tidak pandai mengampu politikus. Dalam hal ini, terus-terang, sebagai seorang penduduk dan pengundi di Selangor, saya berpuas hati dengan apa yang sedang cuba dilakukan oleh Kerajaan Negeri sejak PRU-12 pada 8 Mac 2008. Kebetulan, kerajaan negeri yang saya maksudkan adalah Kerajaan PR. Walaupun mereka tidak sempurna, saya masih berpuas hati. Ya, memang ada suara-suara sumbang daripada juak-juak politik sejak 2009 yang mengatakan “Kerajaan PR” gagal menyelesaikan isu itu dan isu ini. Hello! Mereka baru sahaja diberi peluang oleh Rakyat (ulang: Rakyat) untuk “bekerja bagi Rakyat Selangor” pada 2008. Antara 50 tahun dan 5 tahun, pastilah ada perbezaan. Untuk berlaku adil, BN telah diberi peluang demi peluang demi peluang – serta diletakkan harapan demi harapan demi harapan – sejak negara merdeka (1957) untuk “bekerja bagi Rakyat Selangor”. Akhirnya, Rakyat/penduduk sendiri yang menggunakan akal dan budi bicara serta kuasa yang ada untuk mengubah tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka, jangan menghina pilihan Rakyat dengan menghina kerajaan negeri yang dipilih oleh Rakyat Selangor. Tentu sahaja apa yang berlaku di Negeri Perak lebih wajar diberi perhatian dan tumpuan apabila bercakap mengenai “kerajaan negeri yang dipilih oleh Rakyat untuk bekerja bagi Rakyat”. Walaupun saya lahir dan membesar di Taiping, Perak, biarlah saya tidak mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya percaya Rakyat/penduduk negeri itu lebih tahu akan hak, kuasa dan kemampuan mereka apabila tiba tarikh PRU-13 nanti. Sebagai pengundi berdaftar di Selangor, sekiranya tiba masa saya mendapati “Kerajaan PR” sudah tidak mampu “bekerja bagi Rakyat Selangor”, tentu saya akan menolak PR. Malah, saya tidak akan teragak-agak untuk sama-sama mendidik Rakyat “untuk memahami bahawa tujuan pilihan raya dibuat secara berkala adalah untuk membolehkan adanya kawalan rakyat terhadap pemerintah” seperti dinyatakan Amin. Impian Bonus Akhir sekali, sebagai seorang penulis sepenuh masa yang menerbitkan sendiri buku-buku saya, impian bonus saya bagi 2013 adalah agar ada “Datin-Datin” dan “Datin Politikus” yang sudi tampil membeli buku-buku saya. Kalau mereka mahu menaja kembara saya ke beberapa tempat di Malaysia untuk mengumpul bahan bagi penulisan, memang lebih bagus dan amat dialu-alukan. Tentunya, tanpa sebarang ikatan (no strings attached). Tidak salah menganyam impian di negara bertuah ini, bukan?  

]]>

Binatang politik dan pluralisme agama

Oleh: Uthaya Sankar SB Selain menulis, membaca dan bercakap, satu lagi aktiviti yang amat saya gemari adalah menonton filem pelbagai bahasa. Saya tidak menganggapnya sebagai hobi atau aktiviti mengisi masa lapang. Sebaliknya sebagai aktiviti intelektual yang mencambah minda; sekiranya kita bijak memilih filem untuk ditonton. Sejak sekian lama, saya tidak membazir masa menonton televisyen yang ketara menyajikan sampah dan propaganda semata-mata. Televisyen di rumah digunakan khusus untuk menonton filem dan siri televisyen bermutu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD). [caption id="attachment_1298" align="alignleft" width="300"] Siri “Political Animals” membuka ruang memperkatakan isu
mengenai “binatang politik”.[/caption] “It’s such a pity that ‘Political Animals’ (2012) starts and ends with Season One. There’s so much hope in the political and journalism theme it portrays.” Demikian saya berfikir – saya memang berfikir dalam Bahasa Inggeris – semasa menonton keenam-enam episod dalam siri itu pada 23 Disember 2012. Pada 2 November lalu, USA Network mengumumkan “Political Animals” tidak akan diteruskan. Sebelum ini, pada 13 Mei 2012, National Broadcasting Company (NBC) mengumumkan bahawa siri “The Firm” (2012) tidak akan disambung bagi musim kedua. Drama televisyen 22 episod itu menggambarkan kisah penuh mendebarkan dan mencabar minda berhubung apa yang berlaku kepada watak Mitch McDeere (lakonan Josh Lucas) dan keluarga peguam itu dalam tempoh sepuluh tahun selepas peristiwa dalam novel “The Firm” (1991) tulisan John Grisham dan filem “The Firm” (1993) lakonan Tom Cruise. [caption id="attachment_1301" align="alignright" width="300"] Kisah penjajahan makhluk asing disulam indah dengan tema
konspirasi politik dalam “The Event”.[/caption] Tepat setahun sebelum itu – 13 Mei 2011 – NBC membatalkan siri televisyen fiksyen sains berunsur politik, “The Event” (2010) selepas 22 episod (satu musim). Kisah penuh mendebarkan dan mencabar minda itu pula menampilkan isu konspirasi politik semasa dan kisah makhluk asing yang dijadikan tahanan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak 66 tahun lalu. Ada dua watak yang amat menarik perhatian saya, selain watak Sean Walker (lakonan Jason Ritter). Laura Innes memegang watak Sophia Maguire, ketua kumpulan makhluk asing yang ada beberapa kuasa istimewa dan sudah hidup dalam kalangan manusia. Misinya adalah menyelamatkan orang-orangnya. Untuk itu, Sophia sanggup melakukan apa sahaja; termasuk membunuh Presiden AS. Fiksyen meniru realiti Presiden yang baru dipilih ialah Elias Martinez (lakonan Blair Underwood) dan politikus Afrika-Amerika itu mungkin segera mengingatkan kita kepada presiden ke-44, Barack Hussein Obama II. Walaupun Elias cuba menjadi pemimpin berjiwa rakyat, suasana politik kebinatangan – dan suatu rahsia keluarga – sentiasa menjadi penghalang. Berbalik pada “Political Animals”, Sigourney Weaver yang baru-baru ini saya tonton dan suka akan penampilannya sebagai profesor psikologi bernama Margaret Matheson dalam filem “Red Lights” (2012), kali ini memegang watak Elaine Barrish, bekas Wanita Pertama AS – bukan Wanita Farsa Pulau Cinta atau ‘First Lady’ Malaysia – yang juga bekas Gabenor Illinois dan kini Setiausaha Negara AS. Lakonan mantap Sigourney mengingatkan saya kepada kehebatan Meryl Streep yang saya kagumi sejak “mengenalinya” menerusi filem “The French Lieutenant’s Woman” (1981); hingga kepada “The Iron Lady” (2011). [caption id="attachment_1302" align="alignleft" width="300"] Populariti novel/filem “The Firm” gagal menjamin hayat drama thriller ini.[/caption] Menonton “Political Animals” mungkin segera mengingatkan kita kepada Hillary Rodham Clinton. Watak bekas suaminya, Donald ‘Bud’ Hammond iaitu bekas Presiden AS dan bekas Gabenor North Carolina pasti mengingatkan kita kepada presiden ke-42, Bill Clinton – walaupun penampilan diri Ciaran Hinds yang memegang watak lelaki gila seks itu tiada persamaan fizikal. Anak kembar kepada pasangan yang sudah bercerai itu ialah Douglas (lakonan James Wolk) dan Thomas (lakonan Sebastian Stan) yang berumur 30 tahun. Untuk makluman, Hillary dan Bill Clinton hanya ada seorang anak, iaitu Chelsea Victoria. Secara langsung dan tidak langsung, pasangan kembar itu terlibat sama dalam “politik binatang” sejak kecil. Tambahan pula sejak Thomas mendedahkan orientasi homoseksual pada usia remaja. Dia juga penyalahguna kokain dan pengamal seks bebas yang sukar meninggalkan ketagihannya. Watak wartawan, Susan Berg lakonan Carla Gugino turut perlu diberi perhatian kerana kehadirannya dalam hidup/dunia politik Elaine sejak tahun 1990-an sangat memainkan peranan. Pasti sahaja etika kewartawanan dipaparkan secara tersirat dan terbuka menerusi siri televisyen ini. Etika penulisan dan kewartawanan Namun, rata-rata golongan wartawan dan pengamal media arus perdana di negara kita tidak perlu ambil tahu perihal isu ini (etika kewartawanan) kerana selalunya mereka hanya perlu berperanan sebagai penyampai propaganda pemerintah dan parti politik tertentu. Dalam konteks negara ini, kita lebih sering terpaksa berdepan dengan rata-rata politikus – pemerintah mahupun pembangkang – yang “cakap tak serupa bikin” dan menepati gelaran “janji dicapati”. Karya seni seperti filem, drama televisyen, novel dan cerpen arus perdana pula belum cukup berani untuk mengkritik politikus; khususnya pemerintah. Dan kita semua tahu mengapa. Dalam karier politik, Elaine dari Parti Demokratik tetap bercita-cita untuk bertanding dan mengalahkan Presiden Paul Garcetti (lakonan Adrian Pasdar) untuk muncul sebagai Presiden Wanita Pertama AS – bukan sekadar “wanita pertama” atau “wanita farsa” (farce lady) seperti diimpikan individu tertentu yang tidak berkelayakan di Pulau Cinta. Harus juga dinyatakan bahawa watak Paul selaku Presiden AS dalam siri televisyen ini bukan lelaki Afrika-Amerika seperti presiden ke-44, Barack Obama dalam realiti. Tidak juga seperti watak Elias dalam “The Event”. Siri “Political Animals” yang lahir daripada idea Greg Berlanti mungkin mampu memberi inspirasi kepada politikus wanita – atau isteri politikus – untuk turut memikirkan kemungkinan bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti politik dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia. Masakan hanya Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar yang berhak mengimpikan masa depan seperti itu. Berbalik pada kisah Elaine, pelbagai dugaan – dalam politik dan keluarga – membuatkan fikirannya berbelah-bagi antara mahu melepaskan jawatan yang ada sekarang, bertanding merebut jawatan presiden atau menerima satu jawatan penting yang ditawarkan kepadanya. Namun, amat sayang kerana siri ini – yang menarik perhatian saya tetapi mungkin membosankan bagi orang lain – tamat pada Musim Pertama dengan episod keenam bertajuk “Resignation Day” (Hari Peletakan Jawatan). Pengalaman menonton serta mengulas “Political Animals” sekurang-kurangnya memberi ruang dan peluang untuk memperkatakan pelbagai kisah “politik kebinatangan” yang berlaku dalam kehidupan sebenar. Membuka ruang untuk orang ramai berdialog lebih lanjut dengan bersandar kepada filem dan siri televisyen. Keamanan sejagat Saya pernah belajar mengenai sultan Mughal ketiga di India, Jalaluddin Muhammad Akbar (Akhbar the Great) dalam buku teks di sekolah. Sebagaimana Nabi Muhammad (s.a.w), Akbar juga menggalakkan dialog antara agama – walaupun pada peringkat awal, putera kepada Sultan Humayun itu dilaporkan menindas penganut agama-agama lain. [caption id="attachment_1303" align="alignright" width="229"] Filem “Jodhaa Akbar” turut dialih bahasa ke Tamil dan Telugu.[/caption] Filem Hindi “Jodhaa Akbar” (2008) lakonan Hrithik Roshan membantu kita lebih memahami Islam liberal, sekular dan plural yang diamalkan, ditegakkan dan disebarkan oleh penganut mazhab Syiah-Sunni itu. Filem ini bukan sekadar hiburan, tarian dan lagu-lagu. Akbar mengasaskan ajaran (agama) baru yang dinamakan “Sulh-e-kul” (keamanan sejagat) yang menumpukan pada keamanan, perpaduan dan tolak-ansur sejagat tanpa sebarang diskriminasi agama. Perkara seperti ini pasti kurang didedahkan dalam sistem pendidikan negara. Walaupun dalam versi filem “Jodhaa Akbar” arahan Ashutosh Gowariker, Akbar dikisahkan berkahwin dengan puteri beragama Hindu, Hira Kunwari @ Jodhaa (lakonan Aishwarya Rai), dalam realiti, sultan yang buta huruf itu dilaporkan mempunyai 30 isteri. Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Jodhaa sebenarnya isteri kepada Jahangir iaitu anak Akbar. Wallahu A’lam. Pada akhir Oktober 2012, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengeluarkan kenyataan rasmi menyelar penyiaran filem Hindi “My Name Is Khan” (2010) di TV3 sempena Hari Raya Korban (26 Oktober 2012). Saya ada menulis mengenai isu itu dalam makalah bertajuk “My Name Is Jaclyn Victor” (Projek Dialog, 29 Oktober 2012). Antara alasan yang diberikan Abim adalah bahawa “adegan hero (Rizwan Khan, lakonan Shah Rukh Khan) yang berkahwin dengan heroin yang beragama Hindu (dalam filem itu) jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampur-aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam”. Kalau puak tertentu berpeluang menonton dan memahami mesej serta paparan yang disajikan menerusi “Jodhaa Akbar” maka tentu filem ini juga akan diminta supaya diharamkan segera. Hal ini kerana filem hampir tiga setengah jam itu yang sempat saya tonton pada 23 Disember lalu mendedahkan terlalu banyak fakta sebenar yang mungkin sukar diterima golongan etnosentrik dan fanatik agama. Saya percaya bahawa kata-kata saya tidak keterlaluan dan tidak wajar dilabel sebagai berunsur perkauman. Ulasan saya adalah berdasarkan penelitian terhadap realiti di sekeliling sebagai usaha kecil membuka ruang bagi dialog dan perbahasan intelektual. Namun, saya akui bahawa usaha seperti ini tidak mudah di sebuah negara di mana “bahas bukan budaya kita”. Semuanya berbalik pada “politik kebinatangan” yang diamalkan oleh “binatang politik” yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekali pun. Politikus yang gagal menjiwai keperibadian mulia Nabi Muhammad (s.a.w), satu-satunya pemimpin Islam yang paling saya kagumi.  

]]>

Deklarasi (pencabulan) Hak Asasi Manusia ASEAN 2012

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

  Adalah suatu hal yang tidak dapat dinafikan bahawa hak asasi manusia adalah satu fenomena yang baharu, dan dibincangkan secara meluas sejak 1945. Hal ini misalnya diakui oleh Fred Halliday (1999:135). Salah satu diskusi hangat mengenai hak asasi manusia, dalam hal ini Universal Declaration on Human Rights (selepas ini UDHR) 1948 ialah betapa ia bersifat ‘Euro-sentrik’ atau terlalu kebaratan, dan dengan itu gagal menimbangkan tradisi oriental dan agama sebagai teras ketika penggubalannya. Kenyataan di atas amat disedari oleh sarjana di Barat. Alfred Fernandez (2006) misalnya menjelaskan bagaimana negara-negara Islam dan Timur mempersoalkan kedudukan UDHR 1948 sebagai ‘satu agama baharu’ yang sukar untuk disambut oleh mereka:

The countries of the South, in particular African and Asian, claim that they were not present in 1948 as they did not exist as such at the time. And number of countries of Islamic faith regard human rights as a kind of civil religion alternative to their beliefs, which they are not ready to accept (Alfred Fernandez, 2006: 18).

Petikan pandangan Alfred Fernandez tersebut adalah refleksi terhadap apa yang berlaku di Vienna, pada tahun 1993, iaitu ketika berlangsungnya UN Conference on Human Rights. Ketika persidangan hak asasi manusia anjuran United Nations tersebut berlangsung, negara-negara Asia dan Islam bergabung tenaga mengkritik United Nations dan negara-negara Barat, sebagai memaksakan secara keras model hak asasi manusia yang digubal mereka tanpa menimbangkan faktor-faktor lokal. Adalah penting untuk dinyatakan di sini, di Vienna itu juga, sebagai satu reaksi kepada UDHR 1948, negara-negara Islam telah menyerahkan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (selepas ini Cairo Declaration). Deklarasi ini dikemukakan lebih awal ketika berlangsungnya 19th Conference of Islamic Foreign Ministers pada tahun 1990, di Kaherah. Menurut Cairo Declaration, hak asasi adalah bersumberkan Allah Yang Maha Esa dan tiap tafsiran hak haruslah tidak bertentangan dengan undang-undang Syariah:

All Rights and freedoms stipulated in this Declaration are subject to the Islamic Shariah (Article 24). The Islamic Shariah is the only source of reference for the explanation or clarification of any articles of the Declaration. (Article 25).

Apakah undang-undang syariah yang dimaksudkan oleh artikel 24 pada Cairo Declaration di atas? Selain artikel yang dikemukakan di atas, prinsip-prinsip Syariah turut ditekankan dalam artikel yang lain:

Article 22(a): Everyone shall have the right to express his opinion freely in such a manner as would not be contrary to the principles of Shariah.

Sekali lagi soalan timbul, apakah undang-undang syariah yang dimaksudkan? Cairo Declaration turut melarang sebarang ‘cubaan’ memurtadkan seseorang Islam dalam artikel 10, namun ia juga gagal menjelaskan kedudukan ‘seseorang yang telah pun murtad’:

It is prohibited to exercise any form of pressure on man or to exploit his poverty or ignorance in order to force him to change religion to another or to atheism.

Selain itu, kekaburan yang lain juga terjelma pada artikel yang lain. Hak-hak individu misalnya diberi jaminan dalam artikel 18, Cairo Declaration tetapi ia juga menimbulkan persoalan, misalnya, apakah negara (state) berhak menceroboh kehidupan rahsia seseorang yang secara tersembunyi adalah ateis atau lesbian di mana ia mengamalkan cara hidup yang tidak menurut Syariah tersebut antara empat tembok kediaman peribadinya:

Article 18(b): Everyone shall have the right to privacy in the conduct his private affairs, in his home, among his family, and with regard to his property and his relationships.

Petikan-petikan dari Cairo Declaration di atas adalah satu bentuk ‘cultural relativism’ yang kelihatan dihujahkan untuk tidak menerima UDHR 1948 secara mutlak (Fred Halliday 1999: 153). Dalam konteks hak asasi manusia, ‘cultural relativism’ dilihat dengan kaca mata bahawa nilai-nilai kemanusiaan tidak universal seperti yang disangkakan, sebaliknya berbeza menurut perspektif budaya yang pelbagai. Permainan cultural relativism ini memang diketahui oleh aktivis hak asasi manusia, dan memang menjadi alasan yang paling berbahaya untuk perjuangan hak asasi manusia. Seperti yang ditegaskan oleh Diana Ayton-Shelker (1995);

Cultural relativism is the assertion that human values, far from being universal, vary a great deal according to different cultural perspectives. Taken to its extreme, this relativism would pose a dangerous threat to the effectiveness of international law and the international system of human rights that has been painstakingly constructed over the decades. If cultural tradition alone governs State compliance with international standards, then widespread disregard, abuse and violation of human rights would be given legitimacy. Accordingly, the promotion and protection of human rights perceived as culturally relative would only be subject to State discretion, rather than international legal imperative. By rejecting or disregarding their legal obligation to promote and protect universal human rights, States advocating cultural relativism could raise their own cultural norms and particularities above international law and standards.

Kekaburan yang terzahir pada Cairo Declaration dapat dihujahkan sebagai sangat serius memandangkan tafsiran syariah yang ada pada mazhab-mazhab dalam Islam acap kali bertentangan. Ini adalah kerana persoalannya, meminjam Fred Halliday (1999: 147) bukan sahaja ‘perennial tradition’ tetapi juga ‘a set of discourses and interpretations that are created by contemporary forces and for contemporary needs’. Ambil sahaja rigidity yang ada pada mazhab Hanbali dan bandingkan dengan mazhab Syiah yang jauh lebih progresif dari mazhab-mazhab fikah dalam jurus Ahlus Sunnah wal Jamaah. Fatwa berkaitan sesuatu isu dalam mazhab tersebut boleh sahaja luput sebaik sahaja mujtahid yang mengeluarkannya meninggal dunia kerana menurut prinsip mazhab ini ialah la qaula l’l-mayyit (yang sudah meninggal dunia tidak dapat bersuara). Dalam mazhab Syiah juga, fatwa hanya terpakai dalam dunia Islam dan tidak berjalan di negara bukan Islam. Selain itu, mazhab Syiah seperti yang ditekankan oleh Imam Khomeni sebelum meninggal dunia, meletakkan maslahat lebih utama mengatasi fatwa atau ‘religious injunction’. Ini menunjukkan, sukar sekali Salman Rushide misalnya yang dianggap mencabul human dignity (dalam hal ini agama adalah maruah kemanusiaan) untuk djatuhkan hukuman mati sebagai seorang ‘murtad’. Dalam erti kata lain, Cairo Declaration sangat terdedah kepada interpretasi syariah yang pelbagai dan ia berbahaya Malaysia, adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan juga merupakan salah satu anggota ASEAN yang aktif. Dalam tahun 2012, negara-negara ASEAN memilih untuk mempunyai dan menandatangani satu deklarasi yang dinamai ASEAN Declaration of Human Rights (selepas ini ASEAN Declaration). Malaysia diwakili oleh ketua kerajaan yang memerintah, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak . Tentu, sekali imbas, tidak ada yang menjolok mata atau sebarang kontradiksi antara ASEAN Declaration tersebut dengan UDHR 1948. Malah bahasa, dan rangkap yang digunakan adalah sama. Akan tetapi, pengamatan yang lebih dekat akan mendapati ASEAN Declaration ini bertujuan untuk ‘membentuk acuan sendiri’ dengan memberi penekanan kepada apa yang dinamakan sebagai cultural relativism dalam disiplin ilmu hak asasi manusia:

All human rights are universal, indivisible, interdependent and interrelated. All human rights and fundamental freedoms in this Declaration must be treated in a fair and equal manner, on the same footing and with the same emphasis. At the same time, the realization of human rights must be considered in the regional and national context bearing in mind different political, economic, legal, social, cultural, historical and religious backgrounds (ASEAN Human Rights Declaration, 2012).

Perenggan dari ASEAN Declaration tersebut memaparkan betapa hak asasi manusia yang dipromosi ASEAN adalah sangat bergantung kepada ‘regional and national context’. Maka tidaklah menghairankan, di sebalik pujian terhadap ASEAN kerana ‘berjaya’ dan ‘mahu’ memiliki deklarasi sendiri berkaitan hak asasi manusia, United Nations mengkritik ASEAN Declaration tersebut sebagai mengandungi kekaburan dengan terma-terma seperti ‘legitimate restrictions’, ‘morality’, atau ‘public order’ dan ‘national security’ yang terbuka kepada pelbagai penafsiran menurut selera masing-masing. Malah Michel Forst, sebagai mewakili UN Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) menyatakan terma-terma tersebut boleh disalahguna oleh pemerintah untuk mengehad bahkan mencabul hak asasi manusia; “acutely aware of the risk of these terms being used as a pretext by Governments to place arbitrary, disproportionate and unnecessary restrictions on human rights.” (Office of the High Commissioner for Human Rights, 2012). Bacaan akademik terhadap ASEAN Declaration ini juga mengesani terma ‘in accordance with national law’ yang membolehkan hak asasi manusia dihad, diketepikan, malah tergugur memandangkan ia boleh ditafsirkan dengan begitu terbuka. Selain penuh dengan kekaburan. Perkara kedua yang lebih menyedihkan ialah, penggubalan ASEAN Declaration ini tidak melibatkan secara serius kumpulan sivil yang merupakan komponen penting dalam hak asasi manusia:

About five-dozen rights groups from across ASEAN have also signed statements criticizing the declaration. Critics have also slammed the process behind drafting the declaration. An ASEAN committee was formed to create initial drafts, but these were never released publicly, even during limited consultation sessions with civil society groups (Irwin Loy, 2012).

Kritikan di atas adalah relevan, memandangkan Navi Pillay, UN High Commissioner for Human Rights, sendiri menggesa supaya pimpinan ASEAN menyemak kembali draf ASEAN Declaration tersebut, memandangkan tiada penglibatan yang cukup dari kumpulan sivil; ‘reflected insufficient input from civil society and other stakeholders’ (Office of the High Commissioner for Human Rights, 2012). Adakah agama Islam, seperti yang ingin ditonjolkan dalam Cairo Declaration dan negara Timur seperti yang terjelma dalam ASEAN Declaration ingin menunjukkan kejuaraan mereka berbanding Barat dalam melindungi hak-hak asasi manusia? Kurang seminggu setelah menandatangani ASEAN Declaration, pada 22 November 2012 Jabatan Agama Islam Selangor telah mengganggu hak kebebasan beragama dan kepercayaan minoriti Syiah dengan menyerbu dua buah pusat komuniti mereka di Ukay Perdana Heights dan di Sri Gombak iaitu Hauzah Ar Ridha Alaihissalam. Kedua-dua pusat komuniti itu adalah di Selangor. Operasi serbuan yang diketuai Sharom bin Maarof memberi amaran kepada hadirin bahawa ‘tidak ada lagi sebarang majlis Muharram diizinkan mulai sekarang’ (Temu bual, 2012). Dalam kes ini ‘in accordance with national law’ seperti yang terkandung dalam ASEAN Declaration telah mengehad hak asasi manusia secara serius, serta mencabulnya. Tanggungjawab mempertahankan hak asasi manusia tidak harus dipolitikkan. Kesimpulannya, seperti yang ditegaskan oleh Diana Ayton-Shelker (1995), tiada sebarang pertentangan antara hak asasi manusia dengan mana-mana agama, dan budaya. Melainkan kita bertegas ingin mengatakan bahawa agama anutan kita, atau budaya amalan kita memang tergolong dalam agama atau budaya yang menolak hak asasi manusia. Tentu sahaja Islam, adalah agama yang suci dan mendokong hak-hak asasi manusia. Juga, tentu sahaja budaya Malaysia (biar ia Melayu, Cina, India dan suku-suku Sabah dan Sarawak) adalah budaya yang menghormati hak-hak asasi manusia. Diana Ayton-Shelker malah yakin dialog berguna antara pelbagai agama, budaya dengan hak asasi manusia dapat dimulai dan dijalankan, bermula dengan ‘traditional cultures’ yang memberi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia:

…greater understanding of the ways in which traditional cultures protect the well being of their people would illuminate the common foundation of human dignity on which human rights promotion and protection stand (Diana Ayton-Shelker, 1995).

Dalam erti kata lain, pada setiap agama dan budaya, terdapat nilai-nilai kemanusiaan dan perlindungan untuk semua manusia tanpa terpilih. Ini bermakna, kita harus memperakukan nilai-nilai kemanusiaan dan perlindungan dalam Islam turut merangkumi individu yang berbeza mazhab dan agama. Ia juga membawa pengertian nilai-nilai kemanusiaan dan perlindungan dalam budaya Timur tidak memilih kasta, kelas atau jantina. Adalah menjadi satu kekhuatiran, Cairo Declaration atau ASEAN Declaration disuguh sebagai satu deklarasi balas di peringkat serantau atau satu-satu blok negara hanya untuk menafikan legitimasi UDHR 1948 bagi membolehkan penyelewengan kuasa dan politik regim tertentu dilindungi dan diteruskan. Hal ini telah pun diamati oleh sarjana Reza Afshari (1994: 249), yang menulis makalah akademik berjudul ‘An Essay on Islamic Cultural Relativism in the Discourse of Human Rights’. Menurut Afshari, isu-isu tradisi lokal termasuk keagamaan bukanlah hal utama yang perlu diperbesarkan, persoalannya di negara-negara Islam yang membantah UDHR 1948 itu, dan kemudian mencadangkan Cairo Declaration ini pun, hak-hak asasi warganya terus dicabuli oleh regim negara terbabit, yang tanpa segan silu menodai hak-hak asasi manusia secara terang-terangan.   RUJUKAN Afshari, R. 1994. An Essay on Islamic Cultural Relativism in the Discourse of Human Rights. Human Rights Quarterly 16 (4). Hlm. 235-276. ASEAN. 2012. ASEAN Human Rights Declaration. Association of Southeast Asian Nations Web Page. http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/asean-human-rights-declaration?category_id=26. Ayton-Shelker, D. 1995. The Challenge of Human Rights and Cultural Diversity. UN Doc. DPI/1627/HR. http://www.un.org/rights/dpi1627e.htm. Fernandez, A. 2006. From an Idea to a Culture of Human Rights. Dlm. Fernandez, A & Gowlland, G. (Ed.). Towards a Culture of Human Rights. College Universitaire Henry Dunant Universite D’ete des Droits de L’Homme et du Droit a l’Education. Geneva. Halliday, F. 1999. Islam and the Myth of Confrontation. I. B Tauris. New York. Heads of State/Government of the Member States of the Association of Southeast Asian Nations. 2012. Phnom Penh Statement on the Adoption of the ASEAN Human Rights Declaration. 19 November 2012. Association of Southeast Asian Nations Web Page. http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/phnom-penh-statement-on-the-adoption-of-the-asean-human-rights-declaration-ahrd?category_id=26 Loy, I. 2012. ASEAN Approves Controversial Human Rights Declaration. November 18. Voice of America. http://www.voanews.com/content/asean-summit-opens-in-phnom-penh/1548305.html Office of the High Commissioner for Human Rights. 2012. UN Experts Raise Concerns Over ‘Landmark’ Southeast Asian Human Rights Declaration. 16 November. UN News Centre. http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=43520&Cr=human+rights&Cr1=#.UKzrVGctmZS Temu bual. 2012. Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor 22 November 2012 Terhadap Komuniti Syiah. The Member States of the Organization of the Islamic Conference. 1990. The Cairo Declaration on Human Rights in Islam: Adopted and Issued at the Nineteenth Islamic Conference of Foreign Ministers in Cairo. 5 Ogos. http://www.religlaw.org/interdocs/docs/cairohrislam1990.htm ]]>

Mahu jadi "deposit tetap"?

image Saya lebih tertarik untuk menumpukan perhatian pada kenyataan dan keputusan yang dicapai pada perhimpunan itu bahawa kaum India di negara ini adalah “deposit tetap” atau “aset tetap” bagi BN. Walaupun saya bukan penyokong BN mahupun PR, kata-kata demikian merupakan suatu penghinaan besar memandangkan saya juga termasuk dalam kategori “kaum India” dan saya juga “pengundi berdaftar”. Gambaran nyata yang diberikan adalah bahawa kaum India di negara ini umpama komoditi dan aset yang dimiliki oleh pihak tertentu serta mampu memberikan pulangan besar seperti diharapkan menerusi pelaburan yang dilakukan. Dari segi definisi, Kamus Dewan menghuraikan “deposit tetap” sebagai “simpanan wang yang tertentu lamanya (atau untuk jangka masa yang ditetapkan) dengan mendapat bayaran faedah”. Saya bersetuju dengan pandangan pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga yang menegaskan bahawa politikus patut menggunakan otak untuk berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan seperti ini yang merupakan suatu bentuk diskriminasi dan penghinaan. Sejarah politik negara membuktikan bagaimana kaum India sentiasa dianak-tirikan dan diberikan layanan kurang berbanding kaum-kaum lain. Malah, label “pendatang” dan rujukan pada kasta masih dilakukan melalui pelbagai cara yang licik untuk memastikan kaum India terus merasakan diri mereka memiliki kedudukan yang sangat rendah; umpama debu di tapak kaki. image Dalam konteks negara kita, kaum India – khususnya di bawah “naungan” parti politik tertentu yang mahu menjadi jaguh tunggal mewakili kaum ini – terus diminta dan diasuh supaya bertenang dan menerima sahaja apa-apa “cebisan daging dan tulang” yang dilontarkan oleh “mereka yang berkuasa dan berada di atas sana”. Selepas 55 tahun negara merdeka, akhirnya kedudukan kaum India sudah disempitkan semata-mata sebagai “deposit tetap” bagi memastikan BN boleh terus memerintah negara ini. Sementara kaum-kaum lain mungkin menjadi “tuan” dan/atau memiliki kuasa politik dan ekonomi, pengundi kaum India pula nampaknya hanya layak menjadi boneka. Kalau kita meneliti sejarah silam Amerika Syarikat, kita dapat perhatikan bagaimana tuan-tuan tanah akan berusaha memiliki seramai mungkin hamba-abdi keturunan Afrika. Semakin ramai hamba dimiliki – sebagai “deposit tetap” – maka semakin bertambah kuasa undi yang dimiliki “tuan tanah” berkenaan. Tidak hairanlah aktivis kaum India seperti penasihat Yayasan Tamil, K. Arumugam serta A. Jayanath dari Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) meluahkan rasa kecewa berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib. Kata-kata beliau – yang juga Perdana Menteri negara tercinta ini – ternyata boleh ditafsir sebagai berbaur perkauman serta membuktikan wujud unsur diskriminasi kaum di tengah-tengah laungan “1Malaysia” yang menggegarkan negara. Sekiranya diperhatikan, kenyataan melabel, menganggap dan memperlakukan kaum India sebagai “deposit tetap” berpunca daripada keadaan terdesak politikus BN untuk memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Detik ketibaan PRU-13 semakin hampir dan Perdana Menteri serta sekutu politiknya tidak ada ruang untuk berlari lagi. Mahu tidak mahu, realiti kuasa undi Rakyat (huruf besar disengajakan) terpaksa diakui. Akhbar Utusan Malaysia (3 Disember 2012) melaporkan bahawa sokongan padu rakyat kepada UMNO dan BN sehingga mencapai kemenangan majoriti dua per tiga dalam PRU-13 adalah penting bagi menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Apa yang dimaksudkan dengan “hala tuju negara” sebenarnya merujuk pada “masa depan politikus BN”. “Sehubungan itu, semua pihak perlu memilih parti yang benar-benar layak kerana perkara tersebut akan menentukan hala tuju negara selepas pilihan raya umum nanti,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai mengulas ucapan penggulungan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Seorang lagi naib presiden parti politik itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dalam kenyataanya lebih berterus-terang meminta Rakyat mengundi calon BN “sebagai tanda pengiktirafan kepada pemerintahan cemerlang kerajaan pimpinan Najib”. “Sehubung itu, rakyat Malaysia perlu bersatu menyokong penuh kepimpinan Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN,” ujarnya dan dilaporkan di akhbar sama. Saya sengaja memilih akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian serta Bernama sebagai sumber rujukan bagi makalah ini supaya semua petikan laporan itu dianggap sah dan kesahihannya tidak dipertikaikan oleh sesiapa. Kenyataan berbentuk penghinaan dengan menganggap kaum India sebagai “deposit tetap” nampaknya tidak dianggap sensitif oleh MIC. Akhbar Berita Harian (10 Disember 2012) memetik kenyataan beberapa pemimpin parti politik itu yang berharap Perhimpunan Agung Ke-66 MIC “memberi semangat kepada ahlinya untuk mengembalikan sokongan kaum India, yang pernah menjadi ‘deposit tetap’ kepada BN”. image Timbalan presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa perwakilan MIC turun padang bagi menangani pelbagai isu seperti kemiskinan, pendidikan dan peluang pekerjaan. Apakah saranan dan gesaan itu dibuat kerana benar-benar prihatin terhadap nasib dan kebajikan penduduk minoiriti kaum India? Nampaknya tidak kerana katanya, “Hanya dengan menghapuskan isu ini kita dapat mengembalikan deposit tetap itu kepada BN seperti yang diingini Perdana Menteri.” Maka, gambaran jelas yang diberikan adalah bahawa bukan hanya UMNO melihat pengundi kaum India sebagai “barang” dan “deposit tetap”. Lebih daripada itu, MIC yang sepatutnya menjaga kebajikan kaum India – serta sering mendabik dada mengatakan bahawa itulah satu-satunya parti politik yang layak mewakili kaum India – turut menjadi “baruah” (tanda kutip) dalam melakukan diskriminasi dan penghinaan ini. Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany pula mahu kesemua 3,600 cawangan parti politik itu “sama-sama turun padang bagi mengembalikan martabat BN secara keseluruhan”. Nampaknya cara paling mudah untuk “mengembalikan martabat BN” adalah dengan mengiktiraf kaum India di negara ini sebagai “deposit tetap BN” sehingga dunia kiamat. “Kita perlu mengembalikan deposit tetap itu kerana sekiranya kita tak sentuh jiwa mereka (kaum India) dan tuntutan untuk memperkasakan mereka dalam sektor ekonomi, pendidikan dan juga modal insan, maka kita akan ditolak.” Demikian kenyataan ironis beliau yang dilaporkan oleh Berita Harian. Mungkin politikus itu lupa bahawa tindakan menghina kaum India dengan melabel mereka sebagai “deposit tetap” juga boleh menjadi faktor penyumbang pengundi kaum India menolak BN pada PRU-13. Atau mungkin juga akan ada pelbagai kenyataan susulan daripada pakar bahasa, politik, sosial, agama, ekonomi, budaya, sastera dan sebagainya yang berusaha menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa gelaran “deposit tetap” sesungguhnya merupakan suatu penghormatan besar yang diberikan oleh pemerintah kepada kaum minoriti di negara bertuah ini. Mengikut laporan Bernama (9 Disember 2012), terdapat hampir dua juta penduduk kaum India di Malaysia dan daripada jumlah itu, sekitar 955,000 orang adalah pengundi berdaftar. Agak menarik juga untuk diperhatikan bahawa menurut kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, sejumlah 400,000 daripada pengundi berdaftar itu adalah ahli MIC. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menggesa semua pengerusi cawangan MIC “berinteraksi dengan anggota masing-masing bagi menentukan sejumlah 420,000 undi blok adalah untuk BN dalam PRU-13”. Dalam pada itu, Utusan Malaysia (10 Disember 2012) memetik beliau sebagai berkata bahawa sejarah hitam pada tahun 2008 (PRU-12) tidak akan berulang kerana “kali ini masyarakat India sudah kembali kepada MIC dan BN kerana yakin kerajaan sedia ada sahaja mampu mencorakkan masa depan mereka”. “Kita boleh nampak lebih ramai orang India yang menyokong BN dan MIC sekarang berbanding dalam pilihan raya lepas. Sememangnya sokongan masyarakat secara keseluruhan telah meningkat,” katanya dalam ucapan dasar perhimpunan agung parti itu yang khabarnya dihadiri 5,500 perwakilan dan pemerhati. image Akhbar Utusan Malaysia juga menyiarkan berita Najib menyeru masyarakat India supaya terus memberi keyakinan kepada BN. Katanya, “kerajaan BN tidak pernah memberikan janji kosong malah tiada pihak yang dapat menafikan sumbangan begitu banyak kerajaan BN dalam membela kepentingan masyarakat India”. “Kalau sekiranya mereka (kaum India) selama ini merupakan deposit tetap BN, kalau selama ini kita (BN) tidak membayar kaedah faedah [sic] yang tinggi atau kadar faedah kita tidak cukup bagus, maka, sejak empat tahun ini (sejak 2008), kerajaan BN telah membayar kaedah faedah [sic] yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC pada 9 Disember lalu. Maka, berdasarkan pengakuan Najib sendiri, bertuahlah sesiapa yang tidak rela menjadi “deposit tetap” kepada BN; sebaliknya mengundi PR sehingga memungkinkan PR membentuk Kerajaan Negeri – seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Hal ini kerana BN akan terus “membayar faedah yang lebih tinggi” kepada kaum India khasnya (dan para penduduk amnya) di negeri-negeri yang diperintah PR; seperti yang diakui dilakukan sejak 2008. Pengerusi BN itu juga mengaku bahawa sebelum PRU-12, pihaknya “tidak membayar kaedah faedah [sic] yang tinggi atau kadar faedah kita tidak cukup bagus” sebelum kebangkitan Rakyat pada 2008. Pada waktu itu (1957-2008), kaum India ternyata dianggap sebagai “deposit tetap” dan tidak perlu diberi perhatian. Kini, menjelang PRU-13, terpulanglah kepada minoriti kaum India khasnya (dan rakyat Malaysia amnya) untuk memutuskan sama ada mahu kembali menjadi “deposit tetap” kepada mana-mana parti politik atau mahu terus memiliki hak dan kebebasan sebagai Rakyat yang berkuasa menentukan kerajaan serta hala tuju negara tercinta. Tepuklah dada, tanyalah selera. ________________________________________ (* Uthaya Sankar SB adalah perunding media dan penulis sepenuh masa. Beliau memblog di www.uthayasb.blogspot.com)

]]>

The ASEAN Human Rights Declaration: Five Talking Points

th marks International Human Rights Day, some three weeks after the ASEAN Declaration of Human Rights was launched. Despite the fact that the declaration is not legally binding for their member-state signatories, it is still nonetheless lauded as a necessary first step forward for a region that has for long been known as a club of dictators. However, many too have pointed out the ambiguities and noticeable escape clauses in some of the key parts of the declaration. They reveal longstanding points of contention, if not outright obstacles, that citizens of the region will face in demanding a more just and equitable state of affairs. There is much at stake here: as the region becomes more and more integrated, so too will we see more economic deregulation and compromises in environmental safety, migrant welfare and labour security, among other things. The declaration then, for Malaysians and other Southeast Asians alike, stands ambivalently as both a point of departure and critique to inform future action. It is timely then to revisit the document to review some of the latent issues and questions therein. The contentious articles or principles they are related to are italicized, while their questionable parts are highlighted in bold: 1. Universal and local tensions Article 7: “All human rights are universal, indivisible, interdependent and interrelated. All human rights and fundamental freedoms in this Declaration must be treated in a fair and equal manner, on the same footing and with the same emphasis. At the same time, the realisation of human rights must be considered in the regional and national context bearing in mind different political, economic, legal, social, cultural, historical and religious backgrounds.” Observers are concerned because saying that rights should be “considered” in national, religious and cultural contexts can easily mean that they should also be restricted on the very basis of those contexts. Malaysians are all too familiar with this move, as citizens of an authoritarian government that has justified the curbing of rights on the basis of Asian or Islamic values for the past three decades. Must human rights be foreign or hegemonic? No. Considering differences does not mean eradicating them: it just means that the process of mainstreaming human rights must engage with local actors, from the ground below who are most aware of the contexts, policy makers, history, languages and particular issues affecting a given country. These are the groups of people and organizations who are most informed of who the human rights victims are and why, the legislation that needs reforms, the rights-friendly interpretation of religion that is most context sensitive and so forth. Underlying the issue is not a struggle between Western / foreign values against Islam or Asia but the open or closed, complex or straightforward, consultative or dictatorial nature of ensuring how rights can be more integrated into laws. 2. Balancing individual and community needs Article 8: “The human rights and fundamental freedoms of every person shall be exercised with due regard to the human rights and fundamental freedoms of others.  The exercise of human rights and fundamental freedoms shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition for the human rights and fundamental freedoms of others, and to meet the just requirements of national security, public order, public health, public safety, public morality, as well as the general welfare of the peoples in a democratic society.” There are two problems with this clause, which is the first out of two occasions where the word “limitation” is used. The first problem is that general “public concerns” is privileged as a potential pretext to override individual freedoms. Secondly, it conflates too many issues at once. Surely, “public morality” is not to be weighed beside the individual in the same way as “national security” or “public safety” might. Furthermore, to include “public order” as a reason to curb individual freedoms harks back all too easily to authoritarian justifications for disregarding basic civil liberties, the examples of which Southeast Asia are not lacking. Narcissism is never good. One cannot feel free to burn garbage or torture animals on one’s land, even if it is private property. Wanton freedom is not what rights are about. Indeed, it is precisely because morality is not private that we are compelled to care for others. But the solution to individual errors is not the summoning of state power.  The goal is to find a common good, whereby innocent individuals and minorities are protected from harm. Rights should never be recourse for the already strong state to solidify its punitive tendencies. 3. Why so many mention of national laws?  The ASEAN Declaration of Human Rights mentions national laws a total of 4 times. It is mentioned only once in the Universal Declaration of Human Rights. The Vienna Declaration, which is a far longer document mentions national laws a mere three times. When national laws are not mentioned explicitly they are nonetheless implied. Often they are added to qualify rights. Consider the example of the second statement of article 19 that discusses the right to dissolve a marriage: “Men and women of full age have the right to marry on the basis of their free and full consent, to found a family and to dissolve a marriage, as prescribed by law.” Consider the article that deals with marriage in the Universal Declaration of Human Rights, which is more forthright in its commitment to equality: “Men and women of full age, without any limitation due to race, nationality or religion, have the right to marry and to found a family. They are entitled to equal rights as to marriage, during marriage and at its dissolution.” The Universal Declaration makes equal rights to divorce unconditional, whereas the ASEAN declaration makes it subject to what law prescribes. For all intents and purposes this can only mean national law, and this brings Malaysian Muslim women back to square one, where she stands at a disadvantage against a male-centric Shariah institution. Qualifying that certain rights are subject to national laws also has a particularly damning effect for workers, especially migrant workers.  To see this we will have to look at articles 27 (1) and (2): “(1) Every person has the right to work, to the free choice of employment, to enjoy just, decent and favourable conditions of work and to have access to assistance schemes for the unemployed.” “(2) Every person has the right to form trade unions and join the trade union of his or her choice for the protection of his or her interests, in accordance with national laws and regulations.” Having just and favourable conditions of work depends on workers having a voice. That is more likely to happen when workers organize, and that organizing is most fruitful when it takes the form of unions. But what the clause, taken together, basically says is that ultimately workers can only unionize insofar as national laws permit. In other words, the only have as many rights that are allowed by the state they work in. Put in context, this article means nothing to the millions of migrant workers in Malaysia who -already with little political significance – are forbidden by law to unionize, many of whom are also from other Southeast Asian countries. Nowhere is the anti-union sentiment underlying the document clearer than in the absence of any mention in the declaration about the freedom of association. This is not the only instance where the declaration privileges the interest of member-state regimes ahead of inalienable rights.  The clause following the above two says: ASEAN Member States should also set age limits below which the paid employment of child labour should be prohibited and punished by law.” 4. Vague or cohesive? As one reads further it becomes clear that there is a great deal of vagueness in how this Declaration is to be really upheld. Article 40 expresses this conundrum: “Nothing in this Declaration may be interpreted as implying for any State, group or person any right to perform any act aimed at undermining the purposes and principles of ASEAN, or at the destruction of any of the rights and fundamental freedoms set forth in this Declaration and international human rights instruments to which ASEAN Member States are parties.” The question is raised as to who ultimately is to be accountable for human rights violations in the region. The key principle of ASEAN, after all, is non-interference and yet the document itself is supposed to be universal, binding all human beings to a shared moral code. Thus the question must be asked: what if upholding certain rights will clash with an ASEAN principle? More interestingly not all ASEAN member states are party of the same treaties and conventions (for example, Malaysia, unlike Thailand and Indonesia, has not ratified ICERD).  Thus the above clause can be read to all at once criticize certain controversial policies on the basis that they violate human rights, or justify silence or indifference on the basis of non-interference. 5. The marginal remain invisible Article 2 reads as follows: “Every person is entitled to the rights and freedoms set forth herein, without distinction of any kind, such as race, gender, age, language, religion, political or other opinion, national or social origin, economic status, birth, disability or other status.” Two key omissions are noticeable from the onset: that of the LGBTQ community and the indigenous. While they can qualify as being of “other status”, the aforementioned four points easily shows that they may not be completely protected. Moving forward? Civil society organizations were not consulted in the process of forming this declaration: neither the draft of the document nor terms of reference were distributed for stakeholder insights and inputs beforehand. All things considered it is reasonable to conclude that much can remain the same, and rhetorical, until the above issues and discrepancies are dealt with. Ahmad Fuad Rahmat is managing editor for www.projekdialog.com and research fellow for the Islamic Renaissance Front

]]>