Projek Dialog is back again! But this time, in conjunction with “Human Rights Day”, we proudly present to you, The “Human Rights Advocacy Tools Workshop” – a two-day workshop where you will learn about risk assessment, counter-narratives, self-care, and digital security.
Are you curious about what it is like to do “Human Rights Advocacy”? Interested and concerned to lend a helping hand to a cause you care about deeply? Or just eager to learn about “Human Rights” in general? Then come join our two-day workshop this weekend!
Lunch and refreshments provided. Please RSVP at the link below as seats are limited to 20 pax per day as we want to ensure a great experience for everyone and also to ensure that no food is wasted.
RSVP: https://goo.gl/forms/o7xWPZmpNgA5PoWg1
Info: Victoria 017-2565141]]>
[Previu] : Hinduisme 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu
Speaker undangan, Saudara Uthaya Sankar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, silalah ke pautan ini https://goo.gl/4TSLp7
Forum ini merupakan kesinambungan pada Forum Hinduisme 101 yang telah diadakan pada tahun 2017 dan sebelumnya. Projek Dialog dengan sukacitanya ingin menjemput semua untuk menghadiri forum ini pada 30 haribulan April (Isnin) dari 8pm-10pm di Projek Dialog. Forum ini akan dibentangkan oleh saudara Uthaya Sankar SB (seorang kolumnis dan penulis esei) dan beliau akan menerangkan kepada semua akan sastera-sastera Hindu yang terdapat secara asas dalam Hinduisme.
Topik-topik yang akan dibentangkan dalam forum Isnin depan.
Untuk pengetahuan semua, ini akan merupakan forum ke-3 mengenai Hinduisme yang dianjurkan oleh Projek Dialog. Sila tekan Pautan ini untuk membaca Reviu forum pertama dan kedua yang telah diadakan sebelum ini. Forum Pertama Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/…/agama-hindu-101-menolak-ster…/ Forum Kedua Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/featured/reviu-agama-hindu-101-pengenalan-sesi-kedua/
MERATA SUARA
*Click on the important dates below to directly go to the event page for more details. ……………………………………………………………………………………………………………………… Merata Suara mempamerkan 5 tugasan seni. Ia bermula dengan niat untuk mewakili kehidupan-kehidupan dan suara-suara terpinggir tetapi beransur untuk menghasilkan satu disorientasi yang produktif: teman lokasi kami langsung memimpin wacana dan proses kreatif tersebut, sementara pihak artis memainkan peranan menyediakan pentas untuk luahan mereka. Proses yang amat kaya dengan pengalaman ini membawa kami untuk menyoal segala tanggapan budaya dan politik yang kami ada secara kritis, melalui suatu kerjasama di mana apa yang bermula sebagai hubungan di antara kolaborator menjadi persahabatan. 4 instalasi dan 1 persembahan di Merata Suara memaparkan perbualan-perbualan yang berbentuk ruang dan gambaran. Setiap karya mewakili suatu pertemuan di antara sudut pandang artis dan teman lokasi, meratakan ruang perbualan. Kami berharap untuk membuahkan seni yang menjangkaui penialaian estetika semata-mata kearah politik yang mikro yang menggelisahkan binari perpecahan dinamik kuasa dan suara pinggiran yang jarang disoal. Acara ini akan berlangsung selama satu bulan, bermula 10 Februari 2018 hingga 4 Mac 2018 di premis PROJEK DIALOG. Pelancaran: Tarikh: Sabtu, 10 Februari 2018 Masa: 2pm Alamat: D5-8-2, Pusat Perdagangan Dana 1, Jalan PJU1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor *Klik pada senarai tarikh penting di bawah untuk pergi ke laman acara untuk keterangan lanjut. ________________________________________________________________________ #MERATASUARA 9/2: Exhibition Opens! 10/2: Launch Day! 11/2: East Malaysia Artists Talk + Beading Workshop 14/2: Valentine’s Day Special 21/2: A Brief History of Malaysian Queerness 24/2: Silat-tru-rahim! 25/2: Hari Bersama Serantau 28/2: Performance Lecture by Lawrence Ross: Malay Performing Arts and the Body Politic 3/3: A World to Win: Conversations with History 4/3: Edry’s Rap Workshop + Jamming Session Exhibition will be closed from 15 to 18 FEB in observance of the Chinese New Year]]>
REVIU: PESTA PUISI KOTA
Continue reading “REVIU: PESTA PUISI KOTA”
Previu: Sikhisme 101
Continue reading “Previu: Sikhisme 101”
Reviu: Agama dan Kapitalisme – Budaya Konsumerisme di Bulan Ramadhan
Sesi forum bermula dengan persoalan dari moderator iaitu saudari Maryam Lee. Beliau meminta setiap panelis untuk menjelaskan apakah itu budaya konsumerisme dan apakah perbezaan konsumerisme yang ketara wujud pada bulan Ramadhan. Saudari Sharifah memulakan pembentangan dengan mengutarakan satu persoalan utama iaitu: “Haruskah kemenangan Ramadhan itu menjadi kemenangan para kapitalis lagi?”.
Beliau kemudian menerangkan bahawa di dalam sistem kapitalisme, masa-masa seperti Ramadhan digunakan sebagai salah satu mekanisme untuk menjual secara aktif. Dalam ruang pasar-beli, ianya dirancakkan melalui penekanan budaya konsumerisme. Ianya sama seperti perayaan yang lain, selain daripada agama, ia turut dijadikan sebagai budaya.
Kita terus dipropagandakan dengan idea-idea ataupun ilusi bahawa apabila perayaan semakin dekat, dibudayakan seluruh masyarakat untuk terus membeli sesuatu hal yang baru. Ini terbukti melalui peningkatan iklan yang wujud di mana-mana iaitu trend yang sama dan cara yang sama. Para pemodal menggunakan pendekatan yang sama dan mempunyai tujuan yang berulang: untuk menjual dan mengaut keuntungan.
Mereka menggunakan idea ‘kemenangan’ puasa itu dengan budaya pembelian sebagai simbol utama. Sharifah menggunakan contoh dokumentari yang dihasilkan pada 2007 oleh Morgan Spurlock dan diarah oleh Rob VanAlkernade yang bertajuk ‘What Would Jesus Buy?’, sebuah dokumentari yang mengkritik sifat konsumerisme di kalangan masyarakat Amerika sehingga sanggupnya mereka berhutang di dalam jumlah yang besar.
Kemudian moderator menyambung penjelasan Sharifah dengan menyentuh tentang taktik pihak pengeluar yang secara konsisten berusaha untuk mengeluarkan pelbagai bentuk iklan dan terus memberi ilusi bahawa para pembeli perlu membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh mereka. Berkaitan dengan kenyataan di atas, soalan kemudiannya ditujukan kepada Ustaz Rashidi dengan menanyakan apakah wujudnya tradisi kritikan yang jelas terhadap para kapitalis untuk tidak mengeluarkan barang-barang yang berlebihan yang seringkali mengakibatkan pembaziran dan kerosakan alam yang melampau?
Saudara Ustaz Rashidi menjelaskan bahawa sekitar 5/6 tahun kebelakangan ini, apa yang berlaku adalah agama ini telah dijadikan sebagai bahan komoditi. Hari ini agamawan merupakan karier yang lumayan. Sebagai contoh, bayaran seorang penceramah agamawan yang terkenal mencecah sebanyak 10k bagi sesi ceramah selama setengah jam sahaja.
Langsung beliau mengutarakan persoalan mengenai kurangnya kritikan terhadap para pemodal dan menjelaskan bahawa ada sebahagian daripada para agamawan sudah terjebak dalam kancah kemabukan sebegini rupa. Golongan pemodal menjadikan apa sahaja yang menguntungkan di dunia ini. Hari ini yang paling untung adalah perniagaan yang berkaitan dengan agama.
Secara tidak langsung, kerjasama di antara kedua-dua golongan ini memberi tanggapan bahawa golongan agamawan secara umumnya tidak mampu memberi kritikan yang jelas. Walaupun begitu, ada juga tradisi di kalangan agamawan yang dapat kita katakan berada di dalam minoriti yang turut mengambil pendirian yang jelas dengan mengkritik golongan pemodal. Mereka ini cenderung terhadap teori teologi pembebasan.
Maryam Lee kemudiannya meneruskan persoalan, apakah yang menjadikan budaya konsumerisme sebagai tidak ideal? Sedangkan budaya konsumerisme hanya dikaitkan dengan tindakan menjual beli?
Sharifah menjelaskan bahawa yang salahnya adalah hal yang tidak kita perlukan. Kita disogokkan dengan idea palsu oleh keberkesanan pasaran syarikat-syarikat besar. Simbol-simbol (kecantikan produk yang dipakai oleh selebriti sebagai contoh) ini menjadi satu bentuk ‘kesedaran palsu’; dan ini adalah elemen yang terpenting di dalam kapitalisme.
Dan secara umumnya jika kita memahami struktur sosial kapitalisme sebagai dua benda yang berkaitan: landasan asas (kaedah pengeluaran sesuatu masyarakat) dan super-struktur (budaya, bahasa, agama dll) itu membawa maksud bahawa sistem ekonomi yang pada asasnya berteraskan penjanaan keuntungan akan membentuk seperti apa yang diinginkan oleh mereka iaitu para kapitalis.
Sesi diteruskan dengan soalan yang ditujukan kepada saudara Ustaz Rashidi, mengenai buku yang ditulis oleh Max Weber yang bertajuk ‘The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism’ di mana beliau menggambarkan bagaimana etika untuk pengumpulan kekayaan dan keterlibatan masyarakat Protestan di dalam perniagaan dilihat sebagai merupakan suatu hal yang murni dan bagaimana ianya secara tidak langsung bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi kapitalisme sewaktu itu.
Bagaimanakah hal ini dikaitkan dengan agama Islam dan konteks Melayu-Muslim yang wujud pada waktu ini?
Dengan menjelaskan dua perkara, beliau menjawab bahawa pertama sekali, masalah ini adalah masalah kita sendiri selaku individu. Kita perlu mengakui bahawa manusia bersikap sebegitu rupa. Sebahagian daripada konteks Islam adalah penekanan bahawa ia berdasarkan suatu ekonomi yang berakhlak. Ianya tidak dilihat dalam lensa keuntungan diri semata-mata tetapi difahami dalam konteks secara keseluruhan.
Keduanya mengenai sistem itu sendiri, ia merupakan sistem yang membelenggu masyarakat. Kita hidup di dalam sistem ekonomi yang tidak bersifat manusiawi dan berakhlak. Jadi secara umumnya saudara Rashidi mengambil hujah bahawa budaya ini, jika ditelusuri secara komprehensif pasti akan berbalik kepada keupayaan individu itu sendiri untuk menolak budaya tersebut. Walaupun begitu, sistem yang wujud juga memainkan peranan sedikit sebanyak di dalam pengukuhan budaya tersebut.
Kemudian saudari Sharifah tidak bersetuju dengan pandangan beliau di-mana permasalahannya, selain daripada sistem itu sendiri, tertumpu kepada golongan si pembeli. Saudara Rashidi berhujah bahawa budaya konsumerisme ini, pada akhir kesimpulan tetap bergantung kepada permintaan itu sendiri. Tidak ada permintaan yang melampau, maka tidak adalah pengeluaran sesuatu produk tersebut.
Tetapi saudari Sharifah berhujah bahawa ianya merupakan lumrah kapitalisme itu sendiri untuk terus memasarkan produknya dengan pelbagai cara. Lalu dia menggunakan konsep ‘masyarakat tontonan’ di mana sebahagian besar masyarakat hidup dengan menatap televisyen secara terus menerus dan dihidangkan suatu pemahaman bahawa konsumerisme itu adalah lumrah dan iklan dipaparkan secara konsisten setiap hari di antara setiap program-program televisyen. Maka masyarakat secara tidak langsung telah ditanamkan dengan pemahaman ataupun kesedaran palsu mengenai budaya pembelian itu sendiri. Jadi ianya tidak hanya bergantung kepada pembeli itu sendiri, tetapi turut berkait rapat dengan pengeluar produk iaitu para pemodal yang secara sedarnya terus menerus menyogok masyarakat dengan pendekatan yang halus.
Jadi berbeza dengan saudara Rashidi, Sharifah berhujah bahawa para pemodal dan juga pengeluar produk juga memainkan peranan yang penting iaitu dari segi kualiti produk itu sendiri. Sedikit sebanyak, dia mengatakan bahawa produk yang disediakan itu turut membenarkan para pengguna untuk terus membeli. Beliau memberi contoh di mana sesebuah syarikat kereta ataupun produk rumah tidak akan mengeluarkan suatu alat teknologi yang benar-benar tahan lama kerana ianya tidak akan dapat menghasilkan keuntungan bagi mereka. Sebaliknya, sebuah teknologi yang perlu diganti selang beberapa tahun dijual di dalam skala besar.
Setelah itu, Rashidi mulai membezakan agama yang dipergunakan oleh golongan yang berbeza. Beliau menggunakan Antonio Gramsci sebagai rujukan di mana dia menjelaskan bagaimana agama itu sendiri, jika ianya digunakan oleh para kelas penguasa ia akan menjadikan masyarakat leka dan berbeza dengan agama yang dijadikan sebagai senjata bagi masyarakat yang tertindas.
Walaubagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa golongan yang tertindas, apabila berada di dalam keadaan yang teruk dan ekonomi yang tidak stabil, pastinya turut terlibat di dalam kerangka pemikiran dan aspirasi untuk mencari ke arah keuntungan. Tetapi itu tidak menolak bahawa di dalam ceramah-ceramah yang wujud di kalangan agamawan di sini, kurangnya kritikan yang jelas terhadap golongan pemodal dan bagaimana budaya konsumerisme itu memainkan peranan yang besar.
Forum yang berlangsung dengan jayanya pada malam 15hb Jun yang lepas memberi peluang bagi para hadirin dan para panelis untuk terus membicarakan mengenai budaya konsumerisme ini dan hubung kaitannya dengan sistem kapitalisme secara menyeluruh. Di satu pihak merasakan bahawa pada hujungnya, kesemua ini berbalik kepada kebolehan individu dan kekuatan mereka untuk mengawal budaya ini dan di pihak yang lain pula, berhujah bahawa budaya ini merupakan suatu produk struktur sosial yang mengukuhkan lagi konsumerisme yang berlebihan.
Seperti mana-mana forum yang lain, ianya bertujuan untuk membenarkan budaya dialog seperti ini agar jalan penyelesaian ataupun program-program yang kukuh dapat dijalankan pada masa yang akan datang. Pihak Projek Dialog berharap agar persoalan seperti ini dapat terus dibicarakan dengan objektif bahawa permasalahan ini dapat difahami dengan lebih jelas.
]]>
Reviu – Kapitalisme dan Aktivisme: Kontradiksi ataupun Tolak Ansur?
Sesi pertama bermula dengan definisi mengenai kapitalisme itu sendiri menurut setiap panelis. Saudara Azrul menyatakan bahawa kapitalisme menyediakan ruang bagi setiap individu untuk bekerja keras dan menerima balasan gaji ataupun wang yang setimpal mengikut keupayaan mereka manakala saudara Yuva pula memberi definisi bahawa kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempergunakan pekerja di dalam proses pengeluaran bagi mengaut keuntungan yang maksimum bagi si pemodal.
Kemudian Victoria Cheng, selaku moderator bagi forum ini mengajukan soalan yang spesifik iaitu program pekerja pekak yang dijalankan oleh syarikat Starbucks, bukankah ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran terhadap orang awam? Bukankah ini salah satu inisiatif yang perlu diambil contoh dan diambil kira, menunjukkan bahawa syarikat besar mampu mengambil kira keadilan sosial sebagai salah satu pendekatan yang mampu memberi impak?
Saudari Michelle bersetuju dengan inisiatif seperti ini, dirasakannya bahawa pendekatan ini penting bagi meningkatkan kesedaran pihak awam. Walaubagaimanapun, dia menekankan bahawa program ataupun tanggungjawab sosial korporat seperti ini tidak sepatutnya digerakkan berdasarkan prospek keuntungan, tetapi sebaliknya berteraskan keperluan manusia secara umum. Kemudian saudari Syerleena Rashid berpendapat, dengan keuntungan maksimum yang dikaut oleh syarikat korporat, sudah tiba masanya pihak awam memberi tekanan dan berorganisasi, meminta mereka untuk turut menyumbang sebahagian besar daripada keuntungan tersebut kepada masyarakat sebagai suatu tanggungjawab asas. Dia menjelaskan lagi, momentum untuk meningkatkan kesedaran itu perlu dijalankan secara konsisten; kita perlu menggunakannya untuk kelebihan kita, agar setiap syarikat korporat akan melaksanakannya sehingga memberi impak yang positif kepada masyarakat.
Panelis yang ketiga pula, saudara Azrul Khalib bersetuju bahawa contoh program Starbucks ini dapat dilihat sebagai penyediaan ruang kepada komuniti yang seringkali dipinggirkan dan ini dapat dilihat sebagai salah satu usaha bagi memperkasakan mereka. Kemudian tiba giliran saudara Yuva Balan dari Sosialis Alternatif yang menerangkan bahawa para kapitalis seringkali menggunakan ruang pasar sebagai justifikasi kekuatan dan relevannya sistem ekonomi kapitalisme. Malah kritikan yang jelas terhadap sistem tersebut berlangsung di bahagian pengeluaran, di mana proses mengaut keuntungan dijanakan melalui eksploitasi para pekerja melalui pelbagai cara. Di dalam kes Starbucks, masih terdapat pelbagai bentuk eksploitasi berlaku di ruang produksi, pengeluaran biji kopi bagi penggunaan mereka yang berbeza dengan program inisiatif yang berlangsung di bahagian servis dan penjualan.
Moderator Victoria Cheng kemudiannya mengajukan persoalan mengenai kekuatan akar umbi di kalangan komuniti bagi meningkatkan kesedaran sesuatu isu. Ini dipersetujui oleh kesemua panelis dan dijelaskan oleh saudari Michelle di mana dia memberi contoh gerakan kesedaran mengenai ALS dan bagaimana gerakan akar umbi memainkan peranan untuk menyebarkan info dan kesedaran mengenai masalah ini. Para syarikat korporat yang mempunyai tanggungjawab sosial mereka, tidak perlu berdiri di barisan hadapan bagi mengedepankan sesuatu isu, sebaliknya ia perlu digerakkan oleh kesedaran komuniti yang berorganisasi, bersama ataupun tanpa sumbangan mana-mana syarikat korporat ataupun kapitalis. Ini dapat dilihat sebagai jaminan bahawa ianya isu ataupun perjuangan tidak akan diambil kesempatan oleh para kapitalis yang bergerak ke arah keuntungan semata-mata.
Persoalan di atas berkait rapat dengan isu dana: apakah bentuk kedinamikan kuasa yang terbentuk jika syarikat korporat ataupun para kapitalis yang terlibat di dalam sesuatu isu? Ini juga dapat dikaitkan dengan beberapa parti politik ataupun NGO yang bergerak berdasarkan dana yang diberi oleh sesebuah institusi. Apakah integriti bisa dibela? Apakah perjuangan sebenar dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak yang menerima dana itu sendiri?
Persoalan ini dijawab oleh saudara Syarleeena dengan nada positif dengan menjelaskan bahawa dana bisa digunakan bagi kelebihan sesuatu parti ataupun mana-mana gerakan. Kerjasama pemberi dana dan juga mana-mana gerakan politik adalah sesuatu hal yang tidak boleh dielakkan tetapi perlu ditekankan bahawa sesuatu isu ataupun arah tuju bisa dikawal melalui aktiviti dialog dan perbincangan yang konsisten, baginya kerjasama ataupun pemberian dana tidak semestinya dilihat sebagai sesuatu hal yang negatif.
Pada akhir sesi, forum berlangsung dengan perbincangan mengenai persoalan bagaimana kapitalisme dan aktivisme boleh bekerjasama. Ini disertai dengan pendapat daripada pelbagai pihak awam yang turut hadir sewaktu forum itu berlangsung. Bagi pihak Projek Dialog, persoalan seperti ini adalah sesuatu hal yang masih terus diperbincangkan. Adakah sesuatu isu itu bisa dibela secara telus jika sumber dana itu sendiri merupakan hal yang ditentang oleh pejuang itu sendiri? Apakah percanggahan yang jelas boleh difahami melaluinya?
Walaubagaimanapun, kesemua panelis bersetuju mengenai suatu hal: iaitu kekuatan akar umbi dan komuniti dalam menentukan hala tuju sesuatu perjuangan dan penekanan agar ianya tidak diambil kesempatan oleh para syarikat korporat.
Ada sahaja dikalangan panelis yang bersetuju bahawa masyarakat mempunyai kuasa untuk mengawal pasar dan juga bahagian produksi dengan tindakan memboikot sebagainya, dan ada juga yang tidak bersetuju dengan hal itu, di mana selama sistem kapitalisme berlangsung, eksploitasi masih wujud di bahagian produksi dan ini dibantu dengan aparatus kelas penguasa dan kerajaan yang masih aktif membela kepentingan para pemodal. Ini adalah polemik yang masih berterusan di kalangan para aktivis yang terdiri daripada paksi kiri ke kanan. Persoalan sama ada kapitalisme tidak bercanggah dengan perjuangan rakyat ataupun tidak. Dan para pejuang keadilan sosial dan rakyat secara umum perlu secara aktif membincangkannya, agar ianya tergerak ke arah perubahan impak yang jelas dan konkrit.
]]>
Forum: Identiti Terancam di Internet
https://goo.gl/forms/