Projek Dialog

[Reviu] Forum Hindusime 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu

Saudara Uthaya menerangkan istilah-istilah dalam Hinduisme kepada para hadirin[/caption]   Pada 30 April bersamaan dengan hari Isnin, Projek Dialog telah mengadakan forum Hinduisme 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu dengan kerjasama pembicara undangan, Saudara Uthaya Sankar SB yang berlangsung dari jam 8 malam ke 10 malam. Forum tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 5 orang tetapi oleh kerana kegiatan sesi soal jawab yang aktif dari para hadirin, forum tersebut dilanjutkan hingga jam 11 malam.   Pertama sekali, Saudara Uthaya memperkenalkan para hadirin kepada istilah-istilah yang berkaitan dengan Sastera Hinduisme. Istilah ‘Sanadana Dharma’ merupakan maksud ajaran Hinduisme iaitu Kebenaran (Sanadana) Abadi (Dharma). ‘Jikalau ia benar, bermakna ia benar selama-lamanya’ merupakan kepercayaan asas untuk agama Hinduisme. Hinduisme juga diterangkan sebagai sebuah agama yang mencari Tuhan dan bukan daripada Tuhan ke pengikutnya. Kandungan ajaran Hinduisme bukanlah bedasarkan ‘wayhu’ atau ajaran dari Tuhan akan tetapi merupakan idea-idea manusia setelah mencari ‘pencerahan’ semasa meditasi.   Hinduisme juga bermaksud ‘Vaidika Dharma’ yang wujud lagi dari zaman kitab-kitab Veda. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit. Saudara Uthaya mengatakan bahawa Sanskrit merupakan bahasa kuno akan tetapi terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh segelintir golongan masyarakat di India and Jerman yang ingin menghidupkan semula bahasa tersebut. Panggilan orang yang berkaitan dengan ajaran Hindu adalah Veda Murthi. Murthi bermaksud ‘pakar dan ketua’. Istilah ‘Veda Murthi’ merupakan seseorang yang arif dengan ajaran kitab-kitab Veda. Veda Murthi juga berkata bahawa mereka tidak mendapat idea-idea dari Tuhan tetapi dari ‘Apaurusheya’ yang bermaksud ‘pengetahuan ilahi’ ataupun pengetahuan melebihi kefahaman manusia.   Istilah penting yang berkaitan dengan kewujudan dan penyebaran Hinduisme adalah ‘Sruti’ dan ‘Smrti’. Sruti [sur-ti] bermaksud ‘dengar’ manakala Smrti bermaksud ‘ingat’. ‘Saya dengar, oleh itu saya ingat’. Apabila golongan Veda Murthi ingin menyampaikan ajaran Veda kepada rakyat jelata yang biasa (mereka tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi), mereka memilih untuk meringkaskan ajaran-ajaran daripada Kitab-kitab Vedas melalui Sruti dan Smrti.   Perkara penting mengenai Sruti dan Smrti ialah Sruti adalah pengalaman langsung (berhubung terus dari pendengar dan pencerita) manakala Smrti adalah amalan yang dibawa turun dari nenek moyang (bukan berhubung terus, hanya apa yang boleh diingat dari generasi terkini akan generasi sebelumnya). Ini kerana pada zaman dahulu, penulisan hanya diamalkan oleh segelintir golongan Istana dan ajaran dan sejarah disampaikan secara lisan. Kepentingan Sruti adalah untuk menyebarkan ajaran menggunakan cara ringkas, tepat dan senang untuk diingati hatta penyebaran agama yang paling berkesan kepada semua golongan rakyat kerana penyebaran berlaku melalui pendengaran.   Dalam agama Hindu, bunyi memainkan peranan yang amat penting kerana getaran yang dihasilkan daripada bunyi tersebut. Banyak mantera bermula dengan ‘Ohm’ dan berakhir dengan kata penutup mantera iaitu ‘Svaha’ (bermaksud ‘Saya tunduk kepada anda’) dan setiap suku kata ada kuasa getaran sendiri. Ia bersamaan dengan Zikir (dalam Islam) dan ‘Aum’ untuk ajaran Buddhisme. Mantera-mantera ini dikumpul dan kemudian dibukukan kepada Kitab-kitab Vedas. Ia dikatakan bahawa pengarang bernama Vyasha adalah nama dibelakang penulisan Kitab-kitab Veda tetapi ia juga dikatakan bahawa Vyasha ini merupakan panggilan untuk orang-orang yang berbeza.   Kitab-kitab Vedas terdiri daripada 4 kitab iaitu Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda. Rigveda mempunyai 10,250 ayat, Yajurveda mempunyai 6,000 ayat, Samaveda mempunyai 1875 ayat dan Atharvaveda mempunyai 2,000 ayat dan setiap Kitab merangkumi ajaran yang meliputi segala aspek kehidupan. Dalam setiap mantera terkandungnya tenaga yang positif oleh sebab mantera yang bukan sahaja untuk memuja Tuhan tapi untuk mendoakan kesejahteraan semua yang hidup dalam alam sekitar. Kandungannya amat terperinci kerana ia merangkumi segala aspek kehidupan dari jenis-jenis perkahwinan yang dibenarkan atau diharamkan sehinggalah garis panduan, butiran kelayakan dan senarai tanggung-jawab untuk memperoleh anak angkat dalam hal ehwal keluarga.   Kitab-kitab Vedas iaitu Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda kemudiannya diringkaskan kepada beberapa peringkat mengikut peredaran zaman iaitu :

  1. Veda (kitab-kitab Vedas terawal)
  2. Dharma sastra
  3. Dharma sutra
  4. Smrti
  5. Nibanda
  6. Purana
  7. Epik (terakhir)
  • Dharma sastera mempunyai 3 kandungan; ‘Acara’ iaitu kod etika dan pendidikan moral perihal isu keluarga, ‘Ayuhara’ iaitu perihal mengenai fungsi dan tanggungjawab masyarakat, serta ‘Prayacita’ iaitu cara-cara penebusan dosa besar atau kecil yang dilaksanakan untuk orang yang ingin bertaubat dari kesalahannya.
  • Gerenasi berikutnya mengeluarkan Dharma Sutra iaitu versi ringkas dari Dharma Sastera.
  • Smrti iaitu cara paling senang kerana melalui cara lisan. Nama bukunya ialah Manusmriti tetapi orang yang meringkaskannya bernama Manu…yang juga merupakan asalnya Manusia dalam Bahasa Melayu.
  • Nibanda – Satu generasi seterusnya lagi, Manusmriti diringkaskan dan dibahagikan kepada bab-bab tertentu mengikut kefahaman mereka. Sebagai contoh, buku cerita kanak-kanak dibahagikan kepada bahagian ‘Remaja’ dan ‘Kanak-kanak’ hanya pada tahun 80-an, kerana pembahagiaan tersebut dilakukan mengikut lapisan umur dan tahap pemikiran mereka yang berbeza. Nibanda juga mempunyai garis panduan dalam pentadbiran kerajaan seperti tatatertib pemberian hadiah diantara Raja dan bangsanya, prosedur mahkamah dan lain-lain.
  • Purana wujud untuk mempermudahkan lagi isi kandungan Nibanda. Purana juga memfokuskan pada cerita dewa dan dewi yang mempunyai pengajaran nilai-nilai moral yang tersirat kerana Purana kerap diceritakan pada golongan kanak-kanak. Dalam setiap Purana yang mempunyai dewa/dewi berbeza, dewa/dewi tersebut akan memainkan watak protagonis atau hero dalam jalan cerita mereka masing-masing.
  • Epik adalah cerita orang awam. Seperti Epik Ramayana, terdapat beberapa watak yang di-inspirasikan atau penjelmaan daripada dewa dewi Hindu seperti Vishnu yang menjelma kepada watak Rama, Lakshmi yang menjelma kepada watak Sita, Shiva yang menjelma menjadi Hanuman, dan lain-lain. Ini adalah untuk mengekalkan hubungan cerita Epik Ramayana dengan ajaran Hindu.
  Sastera Mahabarata merupakan sebuah cerita yang melibatkan Krishna sebagai diri-Nya dan Arjuna (seorang manusia dalam penjelmakan Vishnu) dalam perang besar di Bharata selama 6 hari. Krishna merupakan panduan rohani Arjuna apabila beliau dalam keraguan untuk memerangi musuh iaitu ahli keluarganya sendiri. Krishna membimbingnya demi Kebenaran (Dharma) dan apabila Arjuna ingin memulakan perang tersebut, lalu berlakunya bab perang iaitu bab yang dipanggil ‘Bhagavad Gita’. Perkataan Bhagavad berasal dari Bhagavan iaitu bermaksud ‘Lagu Tuhan’. dan dalam Bhagavad Gita, terdapatnya watak-watak lain seperti Bishma (jelmaan Dewa Hanuman) yang memainkan peranan sebagai watak sampingan.   Saudara Uthaya juga menerangkan istilah Vignaya, Karma, Upasana, dan Gyan:
  1. Vignaya merupakan mantera untuk mengenali Tuhan
  2. Karma merupakan konsep yang menggalakkan manusia berbuat baik demi mendapat balasan yang baik demi persediaan Akhirat.
  3. Upasana merupakan koleksi doa-doa yang berlandaskan sifat menyeluruhi ataupun ‘universal’. Upasana baik dibaca dalam Bahasa Sanskrit dan doa-doa akan ditujukan untuk semua seperti keamanan untuk semua manusia tanpa pilih kasih pada golongan manusia.
  4. Gyan merupakan ilmu atau cerita mengenai alam semesta.
  Akhirnya, Saudara Uthaya menenkankan bahawa agama Hinduisme adalah agama yang mempercayai 1 Tuhan sahaja dan seperti ajaran Islam, Orang Islam mempercayai bahawa Allah s.w.t mempunyai 99 nama terpuji, Hinduisme juga mempunyai nama-nama lain yang tiada nombor hadnya untuk Tuhan kerana mereka mempercayai bahawa Tuhan tidak mempunyai apa-apa bentuk fizikal yang nyata. Tetapi berbeza dari agama lain, Hinduisme menggalakkan penganutnya untuk menggambarkan dan membayangkan Tuhan menggunakan kreativiti mereka dan juga untuk menyoal dan mencari jawapan sekiranya kepercayaan/pendapat mereka bercanggah dengan apa yang telah disampaikan.        ]]>

[Previu] : Hinduisme 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu

Speaker undangan, Saudara Uthaya Sankar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, silalah ke pautan ini https://goo.gl/4TSLp7

  Forum ini merupakan kesinambungan pada Forum Hinduisme 101 yang telah diadakan pada tahun 2017 dan sebelumnya. Projek Dialog dengan sukacitanya ingin menjemput semua untuk menghadiri forum ini pada 30 haribulan April (Isnin) dari 8pm-10pm di Projek Dialog. Forum ini akan dibentangkan oleh saudara Uthaya Sankar SB (seorang kolumnis dan penulis esei) dan beliau akan menerangkan kepada semua akan sastera-sastera Hindu yang terdapat secara asas dalam Hinduisme.  

Topik-topik yang akan dibentangkan dalam forum Isnin depan.

  Untuk pengetahuan semua, ini akan merupakan forum ke-3 mengenai Hinduisme yang dianjurkan oleh Projek Dialog. Sila tekan Pautan ini untuk membaca Reviu forum pertama dan kedua yang telah diadakan sebelum ini. Forum Pertama Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/…/agama-hindu-101-menolak-ster…/ Forum Kedua Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/featured/reviu-agama-hindu-101-pengenalan-sesi-kedua/   Kami juga ingin mengalu-alukan apa-apa cadangan topik untuk dibentangkan dalam sesi Hinduisme 101 yang seterusnya. Sila email atau mesej kami di laman Sosial Media kami dalam Facebook, Twitter dan Instagram jika anda berminat untuk mengetahui apa-apa isu mengenai ajaran Hinduisme.      ]]>

9 Mitos mengenai Hinduisme, di bongkar!

Artikel ini diterjemahkan dari laman web CNN: http://edition.cnn.com/2017/03/03/world/believer-hinduism-nine-myths-debunked/index.html Suhag Shukla faham benar bagaimana orang luar memandang agamanya, iaitu Hinduisme. Selaku pengasas bersama Hindu American Foundation, Shukla seringkali menjelaskan silap faham yang terdapat pada agama Hinduisme. Hinduisme adalah agama yang kuno, meskipun tidak ada tarikh yang tepat bagi waktu ianya dibentuk. Namanya berasal daripada perkataan Sanskrit, Hinduisme dan Hindu dipanggil oleh para penjajah sebagai rujukan bagi orang yang mereka temui sewaktu mereka merentas gunung Hindu Kush dan tiba di Sungai Indus. Di Amerika Syarikat, agama Hinduisme dinaikkan oleh imigran India yang membawa ritual dan adat mereka bersama dan juga baru-baru ini, dengan perkembangan populariti ajaran Hindu seperti yoga dan meditasi. Hinduisme adalah agama tertua di dunia dan ketiga terbesar, dengan Kristian dan Islam sebagai agama terbesar. Hinduisme mempunyai pengikut melebihi 1 bilion. Ada juga yang berhujah bahawa Hinduisme merupakan cara hidup dan bukannya agama. Ia tidak mempunyai akidah ataupun gereja yang spesifik. Tidak juga ajarannya berdasarkan ajaran mana-mana pengasas ataupun kitab. Dan ianya tetap kekal misteri bagi kebanyakan orang.

Mitos pertama: Wujudnya 330 juta tuhan Hindu.

Realiti: Adanya satu Tuhan yang agung di mana ianya tidak dapat diketahui ataupun difahami. Hindu diwajarkan untuk mendekati dirinya dengan Tuhan melalui cara-cara yang sesuai dengan mereka, seperti memuja pelbagai dewa yang dipercayai sebagai manifestasi Tuhan. Tiga dewa utama adalah Trimurti ataupun Brahma, si pencipta; Vishnu, si pemelihara; dan Shiva, si pembinasa. Kerana itulah Hinduisme selalu difahami sebagai agama politeisme, ianya adalah hal yang sebaliknya. Tetapi wujud juga hujah mengenai terminologi yang benar bagi Hinduisme. Ada yang memanggilnya sebagai agama monistik, berdasarkan kepercayaan bahawa kesemua di dalam alam ini adalah sebahagian daripada satu inti ataupun alam. Ada yang, seperti Shukla, mengatakan bahawa Hinduism adalah honotheistik, iaitu pemujaan satu tuhan tanpa menafikan kewujudan tuhan-tuhan yang lain. Ada juga yang mengatakan bahawa Hinduisme adalah agama monotheistik. [caption id="attachment_6435" align="alignnone" width="982"] (AP Photo/Rajesh Kumar Singh)[/caption]

Mitos ke-2: Hindu adalah pemuja berhala.

Realiti: Pemujaan hindu merupakan peringatan kepada Tuhan. Tiada penganut Hindu akan mengatakan bahawa mereka memuja berhala. Sebaliknya, penganut Hindu mempercayai perwakilan fizikal Tuhan – melalui bentuk berhala bagi membantu mereka untuk fokus kepada beberapa aspek sembahyang ataupun meditasi. Sebagai contoh, seseorang yang baru sahaja membuka perniagaan yang baru berkemungkinan akan menyembah Ganesh, dewa gajah yang mewakili kejayaan.

Mitos ke-3: Hindu menyembah lembu.

Realiti: Para penganut Hindu tidak bersembahyang kepada lembu, tetapi tidak dinafikan bahawa mereka melihat semua ciptaan dan semua kehidupan sebagai sesuatu hal yang suci. Penganut Hindu mempercayai bahawa setiap kehidupan di dunia mempunyai roh yang tersendiri. Dan ini benar, bahawa lembu diletakkan di posisi yang istimewa di dalam masyarakat Hindu. Inilah sebabnya kenapa penganut Hindu mengelak daripada makan dagingnya. Lembu dilihat sebagai makhluk yang lembut, perwakilan keibuan yang menyediakan susu dan pelbagai bentuk rezeki yang lain. Mereka dihormati kerana nilai-nilai yang wujud pada mereka.

Mitos ke-4: Semua penganut Hindu adalah vegetarian.

Realiti: Majoriti penganut Hindu merupakan pemakan daging. Tetapi lebih kurang 30% tidak makan daging. Ianya berpunca dari kepercayaan asas terhadap Ahimsa, prinsip anti-keganasan. Disebabkan kesemua kehidupan di dunia merupakan manifestasi Tuhan, keganasan terhadap mereka dikirakan bercanggah kepada stabiliti alam yang semula jadi sifatnya.

Mitos ke-5: Hinduisme menyokong sistem kasta yang penuh diskriminasi.

Realiti: Diskriminasi kasta berakar dalam budaya dan bukannya agama. Kasta merupakan sistem kuno yang berdasarkan kelas pembahagian kerja di dalam teks Hindu, di mana ianya menjadi hierarki sosial yang kaku setelah bertahun-tahun ianya berlangsung. Kasta yang terendah ataupun yang tidak dapat disentuh, telah dipinggirkan dan menghadapi penganiayaan. Tetapi kebanyakan penganut Hindu pada zaman moden ini telah berhujah bahawa diskriminasi yang berdasarkan kasta bukan keutamaan Hinduisme dan tidak seharusnya diajar sebagai sesuatu hal yang diabsahkan oleh agama.

Mitos ke-6: Golongan wanita ditundukkan di dalam Hinduisme.

Realiti: Bukan disebabkan agama. Malah, satu ciri yang dapat membezakan Hinduisme daripada, kata Kristian ataupun Islam, adalah ia mengenal pasti bentuk-bentuk Tuhan sebagai feminin. Penganut Hindu menghormati Shakti, ataupun dikenali sebagai personifikasi tenaga Tuhan melalui bentuk wanita. Beberapa dewi yang seringkali dipuja adalah Parvati, bentuk utama Shakti; Saraswati, dewi hikmah; dan Lakshmi, dewi kemakmuran. Wanita di India mungkin sahaja tidak berada di dalam status yang sama dengan golongan lelaki, tetapi ini bukannya disebabkan oleh agama tetapi budaya, dan mereka menggunakan agama untuk merendahkan martabat wanita. Ini dapat sahaja di samakan dengan masyarakat penganut Islam yang memaksa wanita untuk menutup aurat mereka daripada kepala sehinggalah ke kaki. “Saya tak rasa ada asas untuk meminggirkan wanita di dalam agama kita,” terang Shukla. “Kitab Veda tidak memberi apa-apa arahan.”

Mitos 7: Wanita Hindu yang meletakkan ‘titik merah’ di dahi mereka telah berkahwin.

Realiti: Selalunya begitu. Titik merah pada suatu masa merupakan simbol perkahwinan bagi wanita Hindu. Kini, titik tersebut ataupun Bindi panggilannya, hanya sekadar hiasan. Wanita tua dan muda – berkahwin ataupun tidak – memakai bindi yang terdiri daripada pelbagai warna sebagai kenyataan fesyen. Manakala Tilak, yang juga penanda di dahi, mempunyai kepentingan dari segi agama. Ianya secara umum diperbuat daripada pes gaharu, abu ataupun kunyit merah dan ianya boleh sahaja diletak dalam bentuk garisan ataupun satu titik.

Mitos 8: Kitab Bhagavad Gita dilihat sebagai Kitab Injil.

Realiti: Tidak ada satu buku yang utama dan autoritatif di dalam Hinduisme. Tetapi Hinduisme amat kaya dengan pelbagai ayat-ayat suci dengan koleksi penulisan agama yang kuno. Para penganut Hindu percaya bahawa Tuhan menyatakan kebenaran-Nya kepada manusia-manusia agung yang menurunkan apa yang mereka tahu selama beribu-ribu tahun melalui tradisi lisan yang kaya sifatnya. Kitab-kitab tersebut termasuklah Kitab Veda, Upanishad, Purana dan Bhagavad Gita. Sebahagian daripada kisah epik iaitu Mahabharata, 700 ayat Gita adalah puisi yang paling panjang di dunia dan ianya dihasilkan di dalam bentuk dialog mengenai perang di antara dua putera, Arjuna dan Krishna. Ia menangkap beberapa kepercayaan penting di dalam Hinduisme tetapi tidak kesemua Hindu membaca Gita.

Mitos 9: Karma adalah suatu hal yang fatalistik.

Realiti: Kesemua mempunyai kebolehan untuk memilih tindakan di dalam kehidupan. Ini adalah teori di sebalik karma: bagi setiap tindakan yang orang lakukan, pasti wujudnya reaksi darinya. Penganut Hindu mempercayai bahawa mereka perlu menghadapi tindakan yang telah mereka lakukan. Setiap individu mencipta takdir mereka melalui tindakan yang mereka lakukan. Matlamat akhir adalah untuk mencapai karma yang akan membebaskan roh dan mengecapi Moksha, ataupun pembebasan daripada pengulangan kelahiran.                                  ]]>

Agama Hindu 101 – Menolak stereotaip agama Hindu yang telah membelenggunya.

Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini. Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini.[/caption] Maka ianya merupakan sesuatu hal yang berguna bagi saudara Uthaya untuk terus menulis makalah mengenainya. Dengan penerangan mengenai agama Hindu secara umum, anak-anak Malaysia yang beragama lain mampu memahami dan mengurangkan kekusutan mereka mengenai agama tertua ini. [caption id="attachment_5702" align="aligncenter" width="1024"]Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus. Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus.[/caption] Antara masalah-masalah ataupun silap faham yang pernah cuba diterangkan oleh saudara Uthaya adalah mengenai hal konsep ketuhanan politeisme dan penyembahan berhala. Melalui artikelnya yang bertajuk ‘Memahami Konsep Berhala Hindu’, beliau menyanggah pemahaman bahawa agama hindu merangkumi ritual penyembahan berhala dan berteraskan politeisme. Malah beliau menekankan bahawa konsep ketuhanan agama Hindu berbeza dengan agama-agama monoteisme yang lain, di mana Hinduisme merupakan ajaran ‘mencari Tuhan’ dan bukannya ajaran yang berdasarkan wahyu. [caption id="attachment_5703" align="aligncenter" width="577"]"Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan." “Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan.”[/caption] Menurut saudara Uthaya kesemuanya ini adalah stereotaip yang sudah terlalu lama berleluasa. Kebanyakan di antara kita tidak memahami bahawa apa yang disembah bukanlah berhala tersebut, sebaliknya unsur-unsur ataupun sifat-sifat Tuhan yang boleh di sembah melalui kewujudan patung-patung yang seringkali kita nampak di setiap kuil. Seperti perbandingan yang dinyatakannya, bagaimana penganut agama Islam menyembah tuhan melalui satu arah iaitu ke arah Kiblat. Kaabah bukanlah tuhan itu sendiri, sebaliknya suatu titik fokus dimana kesemua penganut agama Islam bisa diselaraskan. 14803270_10210897453417402_1204835592_o Dan patung-patung ini pula dihasilkan melalui sains imej (ikonografi) ataupun Murtisilpasastra, di mana para pengukir itu sendiri merupakan golongan yang benar-benar memahami agama hindu itu sendiri dan untuk menghasilkan patung-patung tersebut, mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat tertentu seperti keupayaan untuk merujuk kepada dhyanasloka iaitu catatan yang dilakukan oleh rishi iaitu golongan yang berpeluang untuk “melihat” Tuhan. 14875855_10210897454377426_239061062_o Persoalan-persoalan seperti ini masih dilihat sebagai masalah ataupun cabaran yang perlu diatasi apabila terdapat banyak pihak yang secara yakin memperlekehkan agama-agama lain, dan Sanathana Dharma ataupun Hinduisme juga tidak terkecuali. Jadi seperti mana-mana agama yang lain, masih terdapat suatu cabaran iaitu suatu pemahaman agama yang jelas dan mampu meningkatkan tahap kekuatan pergerakan golongan penganut itu secara kolektif. [caption id="attachment_5706" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin membincangkan soalannya dengan semua. Salah satu hadirin membentangkan sejarah Hinduisme kepada semua yang hadir.[/caption] Saudara Uthaya Sankar adalah salah satu penulis yang aktif menyanggah stereotaip agama yang terlekat kepada Hinduisme. Seperti mana ISMA yang pernah menyatakan bahawa agama Hindu tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan terhadap tamadun Melayu, selain daripada penyebaran mitos dan aspek kewiraan semata-mata. [caption id="attachment_5707" align="aligncenter" width="1024"]Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu. Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu.[/caption] Sedangkan sewaktu berlangsungnya forum pada 26hb Oktober yang lepas, beliau menegaskan bahawa terdapat kebanyakan ilmu ataupun fakta yang seringkali disebarkan hanya berkisar pada aspek mitos, iaitu di tingkat Purana semata-mata. Jadi apabila hal yang dibincangkan hanya berteraskan tahap tersebut, maka secara tidak langsung citra sebenar Hinduisme ditenggelami dengan mitos dan bukannya berdasarkan kitab-kitab Veda yang mengandungi ajaran sebenar Hinduisme. [caption id="attachment_5708" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama. Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama.[/caption] Apakah tindakan seperti yang dilakukan oleh ISMA ini wajar? Semestinya tidak kerana tindakan memperlekehkan sesuatu agama di dalam hubung kaitannya dengan perkembangan sesuatu tamadun adalah sesuatu hal yang dangkal sifatnya. Setiap agama mempunyai asas falsafah yang bersifat rasional dan menyeluruh, begitu juga dengan agama Hindu. Dan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan bahawa apa yang selama ini difahami mempunyai suatu halangan yang masih membelenggu golongan penganut agama Hindu itu sendiri. Mereka juga tidak menyedari tentang masalah ini dan hal ini pula jarang benar diperdebatkan secara meluas. [caption id="attachment_5709" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir. Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir.[/caption] Tidak ada gunanya menolak ajaran agama lain. Kita mesti mengakui akan kekuatan agama itu sendiri. Ini akan mengakibatkan kejahilan yang benar-benar buruk, seperti kes di mana ada suatu NGO ataupun kumpulan yang berasal daripada golongan Melayu, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes.  Hal-hal seperti ini bermula daripada kejahilan akan kekuatan agama-agama lain sebagai suatu organisasi kolektif dan teori yang menyeluruh. Ini bukan mengenai soal teologi semata-mata, tetapi bermula daripada keyakinan yang tidak disokong oleh logik budi, iaitu menerima kekuatan sesuatu agama sebagai sah dan mampu di praktik tanpa prejudis. [caption id="attachment_5710" align="aligncenter" width="1024"]Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain. Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain.[/caption] Makanya setiap agama mempunyai perkembangan sejarahnya yang tertentu dan penting untuk diletakkan di dalam konteks yang betul. Sebaiknya setiap ajaran yang membentuk sesuatu tamadun itu dihargai dan digali agar kesinambungan sesuatu hal yang inheren di dalam suatu masyarakat itu mampu dirungkai semula dan difahami secara betul. 14881640_10210897453377401_2019464986_o Forum yang telah dianjurkan oleh pihak kami, Projek Dialog pada pukul 8 malam, 26hb Oktober 2016 yang lepas merupakan suatu usaha untuk memberi ruang dan membuka dialog bagi anak-anak muda yang ingin memahami asas-asas agama Hindu. [caption id="attachment_5712" align="aligncenter" width="1024"]Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif. Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif.[/caption] Kami berharap bahawa perkara yang telah dibincangkan bukan sahaja berlegar di persoalan teori semata-mata, tetapi lebih kepada konteks kehidupan harian juga. Di mana keadaan sesuatu agama yang seringkali diperlekehkan dan ditindas mampu diutarakan secara serius dan berkait rapat dengan kejahilan rakyat secara umum, dan tidak lupa bagaimana kesemua hal ini pula mendorong kepada sesuatu tindakan yang memudaratkan lagi keadaan beragama di sesuatu negara yang pelbagai sifatnya. [caption id="attachment_5713" align="aligncenter" width="1024"]Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog. Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog.[/caption]

]]>