[Previu] : Hinduisme 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu
Speaker undangan, Saudara Uthaya Sankar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, silalah ke pautan ini https://goo.gl/4TSLp7
Forum ini merupakan kesinambungan pada Forum Hinduisme 101 yang telah diadakan pada tahun 2017 dan sebelumnya. Projek Dialog dengan sukacitanya ingin menjemput semua untuk menghadiri forum ini pada 30 haribulan April (Isnin) dari 8pm-10pm di Projek Dialog. Forum ini akan dibentangkan oleh saudara Uthaya Sankar SB (seorang kolumnis dan penulis esei) dan beliau akan menerangkan kepada semua akan sastera-sastera Hindu yang terdapat secara asas dalam Hinduisme.
Topik-topik yang akan dibentangkan dalam forum Isnin depan.
Untuk pengetahuan semua, ini akan merupakan forum ke-3 mengenai Hinduisme yang dianjurkan oleh Projek Dialog. Sila tekan Pautan ini untuk membaca Reviu forum pertama dan kedua yang telah diadakan sebelum ini. Forum Pertama Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/…/agama-hindu-101-menolak-ster…/ Forum Kedua Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/featured/reviu-agama-hindu-101-pengenalan-sesi-kedua/
Selamat Hari Kartini
Photo credit : Janko Ferlic (https://www.pexels.com/@thepoorphotographer)[/caption]
Oleh Afiq M. Noor
Pakaian merupakan hak asasi setiap orang tanpa kecuali. Peri pentingnya pakaian kepada manusia sehingga Allah S.W.T menggambarkan ikatan perkahwinan antara seorang isteri dengan suami sebagai – “..mereka (isteri) adalah pakaian bagimu (suami) dan kamu (suami) adalah pakaian bagi mereka (isteri)..” (Quran 2:187). Kenapa Al Quran memilih untuk mengumpamakan hubungan kudus antara isteri dan suami dengan pakaian? Sudah pastilah kerana pakaian mempunyai signifikan yang sangat penting dengan manusia. Selain untuk menutup keaiban agar tidak dilihat oleh orang kebanyakan, pakaian juga mencerminkan identiti si pemakai. Jika si pemakai itu berkebaya, bersarung batik, berkonde dan menutup kepalanya dengan selendang sudah pasti kita mengetahui bahawa dia perempuan nusantara yang bangga dengan identiti nusantaranya. Jika si pemakai itu berabaya hitam dengan tenunan berwarna keemasan di lengannya dan bercadar sudah hampir pasti si pemakai itu perempuan dari Tanah Arab yang senang sekali dengan identiti arabnya.
Setiap manusia pasti memilih pakaian yang bukan sahaja selesa di pakai tapi lebih dari itu sebagai cerminan identiti, maruah dan political/religious statement yang diimaninya. Sebagai contoh, Sheikh Al Azhar, Dr. Abdul Halim Mahmud (1978), sepulangnya dari Sorbone University di Perancis beliau mengenakan pakaian ala barat dan mengajar di Universiti Al Azhar. Namun apabila Presiden Mesir Gamal Abdul Nassir mengkritik dan merendah-rendahkan ulama di Al Azhar beliau menunjukkan protes dan kemarahannya dengan menanggalkan pakaian ala barat yang lazim dipakainya dan memakai pakaian rasmi Al Azhar – jubah dan imamah hitam dan merah. Beliau juga menganjurkan para alumni Al Azhar untuk mengenakan pakaian rasmi Al Azhar untuk menunjukkan bantahan dan ketidaksetujuannya dengan kritikan Presiden Mesir ketika itu. Begitu juga para santri di Indonesia dan Nahdhatul Ulama’ mereka begitu identik dengan sarung dan peci (songkok) sebagai identiti mereka sehingga mereka di gelar sebagai kaum sarungan dan bangga dengan identiti tersebut. Nah, begitulah serba sedikit tentang politik identiti dalam pemilihan pakaian atau fesyen.
Manusia berpakaian juga tidak lain, untuk dilihat cantik. Siapa sahaja yang tidak suka kelihatan cantik dan elegan dengan busana yang melekat di tubuhnya? Namun, tidak jatuh kafir jika saya katakan industri fesyen menempatkan posisi perempuan jika tidak setara, hampir sama dengan agama. Hubungan perempuan dengan agama dan hubungan perempuan dengan fesyen juga hampir sama polanya. Terlalu menyakitkan.
Jahiz, seorang sastrawan Iraq pernah berkata- “Aku dan orang yang berfikiran rasional tidak akan pernah mengatakan bahawa status perempuan itu di bawah lelaki, setingkat, dua tingkat atau lebih..Namun aku melihat begitu ramai orang yang merendahkan, mengekspoitasi dan mengurangi hak-hak mereka..”
Begitulah perempuan, mereka bukan sekadar di atur-atur hidupnya oleh agamawan dengan aturan-aturan yang tidak masuk akal dan domestifikasi dirinya dari ruang publik sekaligus mengurangi harkat dan martabatnya. Perempuan juga di kurangkan statusnya kerana bentuk tubuh badannya oleh tuhan-tuhan kecil industri fesyen. Wahyu dan sabda tuhan-tuhan kecil ini menginginkan perempuan itu harusnya begini dan begitu dengan tidak ada tawar menawar. Maka hiduplah sekali lagi perempuan dengan tidak bebas menjadi dirinya sendiri. Hidup atas kata orang lain.
Mengambil berkat Hari Kartini yang jatuh pada tanggal 21 haribulan April setiap tahun, berilah perempuan peluang untuk hidup sebagai diri mereka sendiri tanpa perlu menurut kata-kata orang lain selain diri mereka. Biarlah para perempuan mengatur hidupnya sendiri. Patriarki tidak hanya ada dalam teks-teks dan tafsiran keagamaan tapi juga dalam semua lapangan kehidupan (termasuk tuhan-tuhan kecil industri fesyen).
Perempuan nusantara harus berani berubah atas kemahuan dirinya sendiri, atas kesedaran dirinya sendiri. Jangan biar dirimu dibuli oleh sesiapa sahaja. Jadilah dirimu sendiri dan jangan biar hidupmu di atur oleh orang lain. Saya akhiri warkah pendek saya dengan kutipan dari Ibu Kartini – “Tetapi sekarang ini, kami tidak mencari penglipurlara hati pada manusia, kami berpegang teguh-teguh pada tangan-Nya. Maka hari gelap gulita pun menjadi terang dan angina ribut pun menjadi sepoi-sepoi..” Semoga saja kartini-kartini di luar juga berani melawan dan mengatakan TIDAK kepada para penindas hidupmu. Hidup Perempuan (yang bebas dan menjadi dirinya sendiri)! Selamat Hari Kartini.
]]>
Agama Hindu 101 – Menolak stereotaip agama Hindu yang telah membelenggunya.
Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini.[/caption]
Maka ianya merupakan sesuatu hal yang berguna bagi saudara Uthaya untuk terus menulis makalah mengenainya. Dengan penerangan mengenai agama Hindu secara umum, anak-anak Malaysia yang beragama lain mampu memahami dan mengurangkan kekusutan mereka mengenai agama tertua ini.
[caption id="attachment_5702" align="aligncenter" width="1024"]
Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus.[/caption]
Antara masalah-masalah ataupun silap faham yang pernah cuba diterangkan oleh saudara Uthaya adalah mengenai hal konsep ketuhanan politeisme dan penyembahan berhala. Melalui artikelnya yang bertajuk ‘Memahami Konsep Berhala Hindu’, beliau menyanggah pemahaman bahawa agama hindu merangkumi ritual penyembahan berhala dan berteraskan politeisme. Malah beliau menekankan bahawa konsep ketuhanan agama Hindu berbeza dengan agama-agama monoteisme yang lain, di mana Hinduisme merupakan ajaran ‘mencari Tuhan’ dan bukannya ajaran yang berdasarkan wahyu.
[caption id="attachment_5703" align="aligncenter" width="577"]
“Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan.”[/caption]
Menurut saudara Uthaya kesemuanya ini adalah stereotaip yang sudah terlalu lama berleluasa. Kebanyakan di antara kita tidak memahami bahawa apa yang disembah bukanlah berhala tersebut, sebaliknya unsur-unsur ataupun sifat-sifat Tuhan yang boleh di sembah melalui kewujudan patung-patung yang seringkali kita nampak di setiap kuil. Seperti perbandingan yang dinyatakannya, bagaimana penganut agama Islam menyembah tuhan melalui satu arah iaitu ke arah Kiblat. Kaabah bukanlah tuhan itu sendiri, sebaliknya suatu titik fokus dimana kesemua penganut agama Islam bisa diselaraskan.
Dan patung-patung ini pula dihasilkan melalui sains imej (ikonografi) ataupun Murtisilpasastra, di mana para pengukir itu sendiri merupakan golongan yang benar-benar memahami agama hindu itu sendiri dan untuk menghasilkan patung-patung tersebut, mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat tertentu seperti keupayaan untuk merujuk kepada dhyanasloka iaitu catatan yang dilakukan oleh rishi iaitu golongan yang berpeluang untuk “melihat” Tuhan.
Persoalan-persoalan seperti ini masih dilihat sebagai masalah ataupun cabaran yang perlu diatasi apabila terdapat banyak pihak yang secara yakin memperlekehkan agama-agama lain, dan Sanathana Dharma ataupun Hinduisme juga tidak terkecuali. Jadi seperti mana-mana agama yang lain, masih terdapat suatu cabaran iaitu suatu pemahaman agama yang jelas dan mampu meningkatkan tahap kekuatan pergerakan golongan penganut itu secara kolektif.
[caption id="attachment_5706" align="aligncenter" width="1024"]
Salah satu hadirin membentangkan sejarah Hinduisme kepada semua yang hadir.[/caption]
Saudara Uthaya Sankar adalah salah satu penulis yang aktif menyanggah stereotaip agama yang terlekat kepada Hinduisme. Seperti mana ISMA yang pernah menyatakan bahawa agama Hindu tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan terhadap tamadun Melayu, selain daripada penyebaran mitos dan aspek kewiraan semata-mata.
[caption id="attachment_5707" align="aligncenter" width="1024"]
Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu.[/caption]
Sedangkan sewaktu berlangsungnya forum pada 26hb Oktober yang lepas, beliau menegaskan bahawa terdapat kebanyakan ilmu ataupun fakta yang seringkali disebarkan hanya berkisar pada aspek mitos, iaitu di tingkat Purana semata-mata. Jadi apabila hal yang dibincangkan hanya berteraskan tahap tersebut, maka secara tidak langsung citra sebenar Hinduisme ditenggelami dengan mitos dan bukannya berdasarkan kitab-kitab Veda yang mengandungi ajaran sebenar Hinduisme.
[caption id="attachment_5708" align="aligncenter" width="1024"]
Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama.[/caption]
Apakah tindakan seperti yang dilakukan oleh ISMA ini wajar? Semestinya tidak kerana tindakan memperlekehkan sesuatu agama di dalam hubung kaitannya dengan perkembangan sesuatu tamadun adalah sesuatu hal yang dangkal sifatnya. Setiap agama mempunyai asas falsafah yang bersifat rasional dan menyeluruh, begitu juga dengan agama Hindu. Dan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan bahawa apa yang selama ini difahami mempunyai suatu halangan yang masih membelenggu golongan penganut agama Hindu itu sendiri. Mereka juga tidak menyedari tentang masalah ini dan hal ini pula jarang benar diperdebatkan secara meluas.
[caption id="attachment_5709" align="aligncenter" width="1024"]
Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir.[/caption]
Tidak ada gunanya menolak ajaran agama lain. Kita mesti mengakui akan kekuatan agama itu sendiri. Ini akan mengakibatkan kejahilan yang benar-benar buruk, seperti kes di mana ada suatu NGO ataupun kumpulan yang berasal daripada golongan Melayu, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes. Hal-hal seperti ini bermula daripada kejahilan akan kekuatan agama-agama lain sebagai suatu organisasi kolektif dan teori yang menyeluruh. Ini bukan mengenai soal teologi semata-mata, tetapi bermula daripada keyakinan yang tidak disokong oleh logik budi, iaitu menerima kekuatan sesuatu agama sebagai sah dan mampu di praktik tanpa prejudis.
[caption id="attachment_5710" align="aligncenter" width="1024"]
Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain.[/caption]
Makanya setiap agama mempunyai perkembangan sejarahnya yang tertentu dan penting untuk diletakkan di dalam konteks yang betul. Sebaiknya setiap ajaran yang membentuk sesuatu tamadun itu dihargai dan digali agar kesinambungan sesuatu hal yang inheren di dalam suatu masyarakat itu mampu dirungkai semula dan difahami secara betul.
Forum yang telah dianjurkan oleh pihak kami, Projek Dialog pada pukul 8 malam, 26hb Oktober 2016 yang lepas merupakan suatu usaha untuk memberi ruang dan membuka dialog bagi anak-anak muda yang ingin memahami asas-asas agama Hindu.
[caption id="attachment_5712" align="aligncenter" width="1024"]
Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif.[/caption]
Kami berharap bahawa perkara yang telah dibincangkan bukan sahaja berlegar di persoalan teori semata-mata, tetapi lebih kepada konteks kehidupan harian juga. Di mana keadaan sesuatu agama yang seringkali diperlekehkan dan ditindas mampu diutarakan secara serius dan berkait rapat dengan kejahilan rakyat secara umum, dan tidak lupa bagaimana kesemua hal ini pula mendorong kepada sesuatu tindakan yang memudaratkan lagi keadaan beragama di sesuatu negara yang pelbagai sifatnya.
[caption id="attachment_5713" align="aligncenter" width="1024"]
Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog.[/caption]
Ramah Mesra Cucu Cicit Nabi Ibrahim A.S.
Oleh Luqman Tarmizi Catatan ini ditulis sempena lawatan mahabbah ke Gereja Katolik St Theresa di Nilai, Negeri Sembilan anjuran Siswa Progresif (SISPRO) yang melibatkan kurang lebih 40 peserta (majoriti nya merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia) pada 3 April 2016 yang lalu. Penulis dipertanggungjawabkan untuk memberi ucapan kepada mewakili pihak penganjur. Catatan ini sengaja tidak ditulis dalam bentuk sekuen yang teratur supaya penulis dapat menyampaikan mesej-mesej dibawah tema tertentu. NABI KITA DI DALAM AL-QURAN Sebelum saya mulakan pembentangan ketika sesi dialog, ada fakta penting yang saya lontarkan iaitu: nama Nabi Muhammad s.a.w disebut sebanyak 4 kali dalam Quran. Tapi Nabi Isa? 25 kali. Bahkan Maryam lebih hebat, 34 kali namanya diulang sebut di dalam Quran. Maka tidak ada alasan lagi bagi para Muslim untuk kita kesampingkan pelajaran mengenai kedua-dua tokoh ini dengan alasan mereka berdua tidak penting. Quran telah mengisyaratkan bahawa mereka berdua penting! Secara umumnya, ada 3 perkara paling bermakna dalam tempoh kurang lebih 4 jam setengah lawatan kami itu (menyertai upacara Sunday Morning Prayer, makan pagi, sesi dialog dua hala dan makan tengahari) pada pandangan peribadi saya iaitu:
- Peluang berucap dalam gereja, meski hanya untuk kurang lebih 10 minit, merupakan kesempatan yang akan saya hargai sepanjang hayat saya. Peluang membina jambatan persaudaraan dan mengikat tali persahabatan sebegini tidak selalu datang. Dalam dunia yang penuh kebencian dan permusuhan, para penyebar kasih sayang dan perdamaian merupakan aset penting, dan saya bangga menjadi sebahagian darinya.
- Dan sebagai seorang Muslim, saya boleh berkata dengan bangga, bahawa alunan suci ayat Quran mengenai kewajipan kita berkenal-kenalan sesama bangsa dan agama, dan mukaddimah surah Maryam, dialunkan dan diperdengarkan di dalam gereja.
- Diminta oleh Father Eugene, ketua paderi gereja tersebut di akhir majlis, untuk membacakan doa yang diaminkan oleh sekalian hadirin, Muslim dan Kristian. Saya sempat mendoakan agar kami diberikan kekuatan untuk terus menyalakan obor perpaduan, dan semoga hubungan antara agama ini semakin erat dan dipelihara Allah s.w.t. Semoga Allah mengabulkan doa dan permintaan kami.
- Ketaatan dan ketundukan kepada Tuhan ketika zaman fitnah yang mencengkam, dan kesusahan menghadapi dugaan yang mendesak. Tidak akan ada kemenangan di alam fizikal (nyata) tanpa kekuatan di alam spiritual. Sebagai umat yang beragama, keyakinan akan bantuan dari alam spiritual itu merupakan tonik penting dalam menjana kekuatan.
- Semangat untuk membawa perubahan kepada masyarakat, membawa gerakan reformasi dalam memberi sinar keadilan dan meruntuhkan tembok kezaliman. Membaca buku berjudul Zealot: Jesus of Nazareth hasil karya sarjana perbandingan agama dari Iran, Reza Aslan setelah lawatan ke gereja ini berlangsung, memperkenalkan saya wajah sebenar Nabi Isa a.s. Jika dalam agama Kristian Nabi Isa digambarkan sebagai seorang ‘pacifier’ (pencinta kedamaian) dan penyebar kasih sayang, maka buku ini memberi perspektif baharu menurut kacamata sejarah (historical Jesus) yang bebas dari tafsiran sejarah menurut ‘pengasas’ agama Kristian seperti St Paul dan St Peter; bahawa Isa itu merupakan seorang revolusioner yang disalib oleh pemerintah Rom atas tuduhan menghasut rakyat.
Siapakah saya?
Untuk menjadi setia, dan tunduk dalam kawalan sesebuah kelompok sudah tidak menawarkan apa-apa keselamatan. Sekarang dunia ini memerlukan orang yang oleh menghubungkan beberapa kesetiaan, beberapa pertalian, beberapa identiti. – Naomi Gildenberg
Kita tidak pernah bertanyakan “siapakah saya”. Kita seringkali ditanya apakah bangsa kita, agama kita atau etnik kita. Bagi saya itu merupakan persoalan lama dan tidak lagi relevan pada masa kini. Dalam upaya saya untuk menjawab persoalan siapakah saya, saya perlu menghubungkan beberapa budaya dan latar belakang berbeza yang saya lalui. Siapakah saya? Sememangnya keperibadian saya dibentuk oleh sejarah, tetapi terdapat kekurangan perspektif tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Juga, saya adalah gabungan segala ketidakpedulian, cita-cita, kerinduan untuk kebebasan dan segala kerohanian di dunia. Saya adalah hasil daripada indoktrinasi nilai keluarga, agama, sistem politik dan pemikiran majoriti kelas menengah. Saya adalah makhluk yang direka-bentuk akibat daripada hasil binaan konteks sosio-politik di negara saya. Di mana saya adalah dan sedang dikawal oleh idea-idea orang lain, yang saya sangkakan kepunyaan saya. Saya seorang rakyat Sabah dan tercatat dalam kertas ID sebagai warganegara Malaysia, tetapi ia bukan sejarah keperibadian saya, bukan identiti saya. Bulan lalu (September) merupakan bulan yang penting bagi kebanyakkan rakyat di Sabah dan Sarawak mengenai identiti mereka sebagai rakyat Malaysia. Perbincangan identiti itu menjadi penting kerana selepas beberapa tahun baru wujud sebuah kesedaran baru mengenai kepentingan 16 September, atau Hari Malaysia. Dan apa yang menarik lagi, tahun ini merupakan tahun Malaysia mencapai umur 50 tahun. Jika seseorang sudah berumur 50 tahun, dia sering dilihat sebagai seorang yang sudah dewasa dan mencapai kematangan. Dan meliputi sebuah pengalaman yang luas dengan pelbagai adaptasi dari segi tingkah laku dan cara hidup. Dan kebanyakkan kita sibuk dalam dunia orang dewasa, kita jarang mencari masa untuk berhenti dan bertanyakan soalan asas mengenai identiti kita. Kerana peranan dan fungsi kita cenderung untuk menentukan identiti kita. Dan berbalik kepada Malaysia yang sudah berumur 50 tahun dan dianggap dewasa dan matang. Apakah maksud pendewasaan ini? Terdapat bukti-bukti yang menyokong Dr. Harry Blatterer di mana beliau menegaskan bahawa kekuatan ekonomi kapitalisme lah yang menentukan dan mendefinisikan pendewasaan dalam masyarakat kontemporari masa kini. Penanda ukur yang Blatterer namakan “the classical marker of adulthood” ialah: kebebasan, keluarga dan pekerjaan. Ketiga-tiga elemen ini juga boleh diterjemahkan kepada: kerjaya, perkahwinan heterosexual, rancangan persaraan, insurans, anak, kereta, rumah dan banyak lagi. Dan selagi seseorang berfungsi secara efektif dalam masyarakat, ia dianggap bahawa pendewasaan kita adalah sihat dan berkembang. Dalam erti kata lain, untuk lelaki, mereka mempunyai kemampuan untuk melakukan kerja yang produktif, mendapat upah yang layak, menjadi bapa kepada anak-anak dan mengekalkan kawalan. Manakala, untuk perempuan, itu bererti menjadi isteri dan ibu, menjaga keperluan rumah dan dapur, dan melahirkan anak. Kehidupan yang berhasil dan produktif, itulah maksud menjadi seorang dewasa. Dimana ada satu bentuk persetujuan yang kita harus mainkan yang ditentukan oleh politik, ekonomi dan agama zaman sekarang. Maka, dalam pemikiran kita, itulah identiti kita. Identiti kita telah dimanipulasikan dengan suntikan sistem pecah dan perintah, supaya kekuasaan mampu dikawal oleh hanya segelintir kumpulan. Kita dipaksa untuk percaya bahawa antara manusia, kita adalah berbeza antara bangsa, warna, kepercayaan dan agama. Kita dipaksa untuk percaya bahawa dunia ini penuh dengan dosa, dan bumi adalah mati, maka manusia mempunyai “tanggungjawab” untuk mengeksploitasikannya. Seperti juga konsep bangsa atau negara bangsa, yang bertujuan untuk memecah-belahkan manusia dan eksploitasi sumber alam semulajadi. Seperti yang kita tahu, kita dilahirkan dari bumi, dan akan kembali juga ke bumi. Tubuh kita adalah sebahagian daripada alam semesta ini, dan diaplikasikan sama kepada semua manusia di peringkat lokal, nasional, regional dan internasional. Darah kamu yang mengalir dalam badan, warnanya merah sama seperti darah yang mengalir dalam badan saya. Dan apabila kita tersilap menganggap bahawa kita mempunyai identiti kekal, maka ia akan membawa kepada penderitaan. Jadi siapakah saya? Apa fungsi saya dalam menyumbangkan kepada dunia yang lebih baik. Kita mempunyai kebiasaan untuk melihat diri kita dengan cara tertentu. Tapi semua akan berubah kalau kita bermula untuk bertanyakan soalan asas, siapakah saya. Dengan pertanyaan kepada soalan itu akan mencungkil satu dimensi yang lebih mendalam. Contohnya kita selalu berkata, matahari telah terbit. Bertahun-tahun tanpa refleksi mendalam kita mengatakan matahari telah terbit, kita bangun pagi dan melihat matahari sudah naik. Dan kita menganggap bahawa memang begitulah apabila sudah pagi, matahari sudah naik. Tapi apabila satu hari saya berdiam dan bertanya, bagaimana matahari itu terbit? Dengan pengetahuan sains, saya mendapat tahu matahari langsung tidak terbit, tetapi sebenarnya bumi ini yang bergerak dan berputar. Menjadikan matahari statik itu bersinar kepada kita. Sesuatu yang selama ini saya abaikan, sekarang saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza. Saya telah melihat kewujudan cahaya matahari tidak terasing daripada acara yang saling berkaitan dengan keadaan sekelilingnya. Dan konsep yang sama juga digunakan untuk bertanyakan siapakah saya. Identiti saya bergantung kepada banyak sebab-sebab yang lain. Tetapi perkara pertama yang selalu kita lihat dalam budaya kita ialah bangsa atau agama kita. Kita telah diberitahu banyak kali dalam media, dalam buku teks, di sekolah, di universiti, oleh ibu bapa kita, kawan-kawan kita, ahli pemimpin kita, ketua agama kita bahawa kita adalah begini dan begitu. Kuncinya disini ialah pada pertanyaan, dan bukan kepada jawapan yang kita terima. Saya dibentuk oleh sejarah, oleh keperibadian yang saya temui sepanjang hidup saya, begitu banyak sekali sehingga tidak ada identiti yang jelas untuk saya kata apakah identiti saya yang sebenar. Keperibadian saya juga bergantung kepada kombinasi keadaan dan tindakan, ia tidak kekal juga tidak independen. Saya terus sedar bahawa terdapat banyak jaringan yang menghubungkan saya kepada kehidupan orang lain, saya sedar bahawa kewujudan saya penuh erti melalui interaksi dengan orang lain. Di peringkat yang lebih mendalam, kita bukan sahaja rapat secara fizikal, tetapi juga kepada makhluk hidup yang lain. Dan ini membawa saya kepada realisasi bahawa pemahaman saling kaitan dengan semua kehidupan boleh membawa kepada dunia yang lebih aman. Kita seharusnya merayakan kepelbagaian manusia, dan belajar untuk tidak terancam dengan perbezaan antara kita. Ini kerana pada peringkat yang paling asas, kita, melalui satu ikatan mistik, dilahirkan untuk berkongsi dalam jangka hayat di planet yang sama ini, dalam alam semesta yang luas. Dengan kebanggaan terhadap identiti kita, kita juga harus sedar bahawa ancaman terhebat sekali kepada keberlanjutan budaya kita ialah kemusnahan alam dan bumi kita. Itu ancaman kepada pembunuhan identiti kita. Kerana tujuan kekuasaan dan asimilasi hanya ada satu tujuan, iaitu untuk menyenangkan kerja untuk memusnahkan bumi dengan rampasan tanah, pembikinan projek mega, empangan, hotel, dan pembangunan yang tidak lestari. Maka identiti kita sebagai manusia akan hilang, dan hanya menjadi robot akibat dehumanisasi dan penindasan. Jika kita hanya mendengar satu cerita, kita akan menghasilkan stereotaip, dan masalah dengan stereotaip ialah ia bukan tidak betul, tetapi ia tidak lengkap. Soalan siapakah saya ini bukan saja terletak pada kertas, IC atau pasport. Tapi termasuk juga segala hubungan yang menyumbang kepada keperibadian saya dalam sepanjang kehidupan say. Dan dalam proses pendewasaan ini, saya juga mengajak untuk memikirkan kembali definisi klasik yang menjadi penanda kepada apa maksud menjadi dewasa pada zaman kontemporari kini, kerana ia juga menjadi pengaruh terbesar kepada identiti kita. ]]>Pengajaran dari Prambanan
Jika anda berkesempatan ke Yogyakarta, Indonesia, salah satu tempat wajib kunjung bagi setiap pelancong adalah Candi Prambanan. Terletak lebih kurang 16 Km dari Yogyakarta, candi yang diklasifikasikan sebagai salah satu tapak warisan UNESCO ini tidak semasyur Candi Borobodur, tetapi bagi penulis, Prambanan lebih menarik daripada Borobodur.
Di Prambanan, pastikan anda bayar Rs70,00 untuk mendapat perkhidmatan seorang guide yang membawa anda mengelilingi tapak. Tiada gunanya anda melawat Prambanan sekiranya anda tidak mendalami sejarah dan falsafah Prambanan. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan dipandu oleh Edi, seorang lelaki Indonesia dalam lingkungan 40-an. Dia seorang yang tinggi, dengan rambut lebat dan kerinting dan kumis tipikal seorang Jawa. Kulit sawo matangnya gelap, mungkin kerana berjemuran di bawah mentari terik dalam menjalankan tanggungjawabnya membawa sekian ramai manusia yang berkunjung ke Prambanan setiap hari. Edi bertutur dengan penulis dalam bahasa Inggeris. Ini memang disengajakan, kerana dikhuatiri Bahasa Indonesia telo Jawanya terlalu pekat untuk difahami, walaupun dalam bahasa Indonesia. Dan Edi fasih berbahasa Inggeris. Edi memaklumkan pada penulis bahawa bapanya Muslim dan ibunya beragama Buddha. Di Indonesia, perkahwinan berlainan agama seperti ini adalah biasa, kata Edi. Malu pula penulis untuk memberitahunya bahawa di Malaysia, ibu dan bapanya hanya boleh berkahwin jika ibunya meninggalkan agamanya. Berlainan dengan Borobodur, candi Prambanan bukanlah satu candi tunggal yang besar. Prambanan adalah sebuah kompleks yang tediri daripada beberapa buah candi-candi. Lingkaran luar dahulunya penuh dengan lebih 200 candi kecil, tetapi semua kecuali 2 sudah tiada, batu-batu mereka dicuri dek orang. Lingkaran dalam pula terdiri daripada 8 candi-candi yang masih berdiri; terselemat kerana penduduk setempat percaya adalah tabu untuk mencuri batu-batu daripada lingkaran dalam. 6 candi di dalam lingkaran dalam didirikan untuk 6 dewa agama Hindu. 3 untuk dewa-dewa Trimurti; Brahma yang mewujudkan, Vishnu yang mengekalkan dan Shiva yang memusnahkan. 3 lagi untuk dewa-dewa yang menjadi tunggangan dewa-dewa Trimurti; Angsa tunggangan Brahma, Nandi tunggangan Shiva dan Garuda tunggangan Vishnu. 3 candi dewa Trimurti melambangkan langit (Angkasa), 3 candi dewa-tunggangan melambangkan bumi (Bhumi) dan 2 candi yang dikenali sebagai Apit yang memaksikan keduanya sebagai Cakerawala. Menurut Edi, falsafah pembinaan Prambanan adalah pemahaman tentang ‘Kewujudan’. Existance. Edi membawa penulis ke tengah-tengah lingkaran dalam Prambanan. Menurut Edi, seorang pengunjung Prambanan, jika dia dia berdiri di titik itu, akan berada di tengah Cakerawala, di antara Angkasa dan Bhumi dan memahami tempat dirinya di alam semesta. Maka, dia akan memahami Kewujudannya. “Which is more important, truth or existence?“, tanyanya pada penulis.Penulis memikir sejenak dan menjawab ‘kebenaran’.
“For me, it is existence, sir“, Edi menjawab, sambil membuka kaca mata hitam yang dipakainya. Matanya merenung tepat dan tajam ke arah penulis. “All religions say that they are Truth, and because of their Truths, they fight. But is it not better to Exist, and to acknowledge that other religions exist as well?“.
Kata-kata bermain di minda penulis. Bukan dari aspek spiritual atau keagamaan (JAIS, jangan cari saya, ini bukan ‘pluralisme agama’!), tetapi sebagai pengajaran yang boleh digunapakai di dalam konteks nasional dan situasi sosio-politik tanahair.
Antara cabaran paling besar dalam membina sebuah negara-bangsa Malaysia adalah perpaduan. Begitu sukar untuk kita mencapai perpaduan yang sebenar. Mungkin kerana garis-garis perpisahan yang kita lakar sebelum ini begitu banyak dan jelas kelihatan.
Dan apabila individu atau pihak ingat diri mereka betul dan mereka sahaja membawa Kebenaran, maka untuk menegakkan kebenaran itu terdapat pergeseran. Samada pergerseran di antara kaum, agama mahupun ideologi politik. Walaupun pergeseran itu biasa dan tidak bersetuju itu memang lumrah manusia, untuk membina sebuah negara-bangsa adalah penting untuk kita juga mencari persamaan yang kita ada.
Contoh yang terbaik dapat kita lihat dalam kontroversi baru-baru ini berkenaan dengan agama kanak-kanak bawah umur. Jika kita hanya lihat dari satu sudut sahaja kita rasa itulah kebenaran, perspektif pihak yang lagi satu akan terlindung oleh bias kita sendiri. Kita tidak nampak, contohnya, ketidakadilan yang bakal dialami oleh si suami atau si isteri yang tidak punya suara untuk menentukan agama anaknya.
Untuk itu, kita harus memahami Kewujudan kita. Di mana letaknya kita di mata dunia. Faham juga Kewujudan ‘Yang Lain’, mereka yang berbeza dengan kita dari pelbagai aspek. Iktiraf dan faham juga bahawa mereja juga mencari Kebenaran dan mereka juga percaya dengan Kebenaran mereka. Barulah kita akan sedar bahawa kita berada di atas paksi yang sama, Cakerawala, yakni tanahair, yang sama. Barulah kita dapat menerima Yang Lain dan membina negara-bangsa Malaysia.
Penulis tidak bertanya apakah agama yang Edi anuti, tetapi melalui perbualannya dengan penulis, jelas Edi adalah seorang yang spiritual. Dia bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guide, tetapi benar-benar mempercayai apa yang diberitahu kepada penulis. Bukan sekadar lakonan sebagai menyempurnakan ‘pengalaman Prambanan’.
Ironik juga, pengajaran untuk menjadi pedoman di tanahair sendiri ditimba di tanahair orang, dikelilingi batu-batu yang dibina beratus tahun dahulu.
]]>Keperluan dialog dan debat dalam agama
Mutu Ada sebilangan mendakwa bahawa ayat ini diturunkan untuk non Muslim yang memeluk Islam sahaja. Dengan maksud, ayat ini tidak terkena langsung kepada orang muslim sedia ada atas alasan tidak dibenarkan murtad. Dakwaan ini tidak tepat dengan beberapa alasan. Antaranya adalah, ayat ini tidak tertumpu kepada kebebasan meninggalkan Islam atau murtad. Ini kerana, larangan murtad itu sememangnya berlaku dalam ayat-ayat yang lain, seperti dalam surah al-Baqarah, ayat 217 dan surah al-Maidah, ayat 54. Alasan kedua pula, ayat ini menceritakan kualiti dalam menanggapi iman dengan mengetahui kebenaran berbanding kesesatan. Seseorang yang tidak tahu kebenaran berbanding kesesatan, ia tidak dikatakan sebagai orang yang punyai kualiti iman. Persoalannya, bagaimana mahu menyuburkan kualiti iman? Malaysia adalah sebuah negara yang punyai masyarakat berbilang bangsa dan agama, tetapi dialog antara agama ini agak mundur berbanding negara-negara barat dan yang berjiran, iaitu Indonesia. Persoalan ini timbul ekoran termaktub dalam perlembagaan bahawa larangan bagi agama lain untuk disebarkan. Dengan larangan itu, mengadakan dialog juga dilarang mengikut tafsiran golongan tertentu dengan alasan dialog itu sendiri seperti memberi ruang kepada non muslim menyebarkan agama mereka. Fikrah sebegini sewajarnya dikaji balik. Sewajarnya larangan dialog ini tidak berlaku. Lebih wajar, dialog antara agama ini berlaku dengan hebat agar kualiti iman itu terhasil dalam masyarakat Malaysia. Melihat kepada kekangan larangan dialog, menghasilkan kefahaman Islam bagi umat Islam malaysia tidak hebat, disamping pendakwah-pendakwah di Malaysia gagal pamerkan kualiti hujjah dalam menyampaikan agama. Seperti yang kita sedia maklum, di kalangan rakyat malaysia boleh dikatakan beribu-ribu orang graduan agama selesai dari pengajian Islam, tetapi dengan lahirnya ribuan graduan agamaia, tahap kualiti penghujahan agama masih dalam tahap yang tidak mengkagumkan. Ini semua berpuncakan cabaran dan saingan penghujahan agama tidak disuburkan. Dialog Jika diteropong jauh ke zaman Nabi Muhammad SAW, kita akan dapati bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengambil sikap larangan berdialog. Malahan, dialog antara agama ini berlaku sehinggakan melibatkan diri Nabi Muhammad SAW sendiri. Baginda SAW sendiri pernah terlibat dialog dengan satu kalangan nasrani dari najran yang berhujjah tentang Nabi Isa yang melihat bahawa baginda sebagai Tuhan. Dialog itu berlaku hebat sehinggakan perkara ini diceritakan oleh Allah dalam al-Quran dari surah ali-Imran, ayat 59. Bukan sekadar dialog, malahan al-Quran juga ada menceritakan kisah perdebatan antara Nabi Musa dengan Firaun dan Nabi Ibrahim dengan pemerintah ketika itu. Walaupun kelihatan perdebatan itu melibat seseorang Nabi dengan pemerintah, tetapi kandungan perdebatan mereka berkisarkan agama dan kepercayaan. Ini membuktikan kepada kita bahawa dakwaan tidak boleh berdialog antara agama adalah satu perkara yang meleset dengan ajaran al-Quran dan pengamalan Nabi Muhammad SAW. Dari kupasan ini, dinyatakan beberapa perkara penting. Antara adalah yang pertama, dialog antara agama adalah perkara yang cukup sesuai dengan roh Islam seperti ajaran al-Quran dan al-Hadis. Kedua, kualiti sesuatu kepercayaan tidak akan terhasil dengan semata-mata larangan undang-undang agar tidak tukar agama, tetapi kualiti beragama itu terhasil dengan pengetahuan jitu terhadap kebenaran berbanding kesesatan. Wallahu ‘Alam.
]]>