Punca sebenar kekalahan Alasan “tsunami Cina” juga tidak berasas dan tidak mencerminkan punca sebenarnya prestasi yang lemah bagi Barisan Nasional. BN bukan sahaja kalah teruk di negeri-negeri seperti Selangor, Penang, Kuala Lumpur dan Kelantan, malah ia hanya mampu menang tipis sahaja di Perak, Johor, Negeri Sembilan, dan Terengganu. Kami percaya semua ini dilakukan untuk membina persepsi awam seolah-olah kaum Cina bersikap terlalu mendesak dan tidak menghargai jasa kerajaan. Walhal, punca utama kemerosotan BN adalah kebangkitan rakyat Malaysia menentang ketidakadilan, kronisme dan rasuah yang berleluasa kesan daripada pemerintahan kerajaan BN sejak 56 tahun yang lalu. “Tsunami Rakyat” lebih tepat Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik perkauman yang dibawa UMNO. Mereka inginkan perubahan. Kesempitan hidup, gaji rendah, isu pendidikan dan kos hidup yang tinggi antara tunas-tunas api kebangkitan rakyat Malaysia pada pilihan raya kali ini. Sebilangan besar rakyat miskin di Malaysia adalah masyarakat Melayu walaupun berada 56 tahun dibawah pemerintahan BN. Sebaliknya, segelintir yang meraih kekayaan negara ini adalah kroni-kroni BN sendiri. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sengit dan juga mencatatkan jumlah pengundi yang paling ramai keluar mengundi dalam sejarah Malaysia iaitu sebanyak 80%. Analisa pilihanraya menunjukkan undian popular dimiliki oleh Pakatan Rakyat iaitu lebih daripada 50% jumlah pengundi memangkah PR dalam kertas undian. Walaubagaimanapun, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah dengan menawan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Kebanyakkan kawasan dimana BN kalah adalah kawasan bandar yang berpendudukan padat. Antara majoriti parlimen dan undi popular Hal ini mejelaskan kenapa PR memiliki jumlah undian popular manakala BN memiliki jumlah kerusi yang tinggi. BN dapat kekal di Putrajaya disebabkan oleh amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya, ataupun “gerrymandering”. Manipulasi politik ini menyebabkan BN dapat menang mudah di kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai populasi yang padat seperti kawasan bandar, bahkan penembusan internet juga adalah amat rendah dan mereka tidak mendapat liputan informasi yang meluas daripada media bebas alternatif berbanding media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan BN . Tiba masanya untuk politik baru Realitinya, pilihan raya ini sebenarnya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengundi tanpa mengira kaum ataupun agama. Terdapat banyak kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti Melayu, sebaliknya mengundi calon yang berbangsa lain. Sebagai contoh, Lim Kit Siang yang merupakan calon DAP yang berbangsa Cina memenangi kerusi Gelang Patah di Johor mengatasi calon Melayu BN dan bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Lim Kit Siang tidak mungkin menang dengan hanya undian kaum Cina. Ke arah 1 Malaysia? Namun begitu, di alam siber, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang mencetuskan propaganda “Tsunami Cina” perkauman dan perbalahan antara kaum Melayu dan Cina. Kononnya orang Cina ingin menguasai negara Malaysia dan memperhambakan kaum Melayu. Hal ini amat mengecewakan kami kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan budaya, dan bukannya negara fasis bagi sesebuah kaum sahaja. Kami menentang sama sekali budaya perkauman yang tidak matang seperti ini. Kami menyeru Datuk Seri Najib Razak supaya membantah sentimen rasis yang semakin menjadi-jadi di kalangan penyokong-penyokong UMNO yang masih berdegil menerima kelemahan parti mereka. Fokuskan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama dengan mengambil semangat 1Malaysia seperti yang BN kempen kepada rakyat. Elakkan daripada permainan politik perkauman dan agama yang merugikan Malaysia.
]]>oleh Mohammad Sufian Bin Talib, penulis undangan. PRU13 telah menyaksikan bahawa kemenangan di pihak Barisan Nasional (BN) apabila berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu dengan mengutip sejumlah 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengutip 89 kerusi bagi Parlimen Malaysia. Perpindahan sebanyak 7 buah kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat telah memberi satu landskap baru politik PR apabila mereka julung-julung kalinya beroleh peratusan undi popular mengatasi BN.
Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian. Izinkan saya dengan rendah diri menulis kepada saudara sekalian berkenaan dengan titik tolak permulaan negara dan bangsa kita yang baharu pasca 5 Mei 2013 ini. ALI SHARIATI, seperti dibincangkan oleh Jalaludin Rahmat ketika berbicara mengenai Habil mengungkapkan: ‘Kelompok yang diwakili Habil adalah kelompok taklukan dan tertindas; yakni, rakyat yang sepanjang sejarah dibantai dan diperbudak oleh sistem Qabil, sistem hak milik individu yang memperoleh kemenangan dalam masyarakat. Peperangan antara Habil dan Qabil adalah pertempuran sejarah abadi yang telah berlangsung pada setiap generasi. Panji-panji Qabil senantiasa dikibarkan oleh penguasa, dan hasrat untuk menebus darah Habil telah diwarisi oleh generasi keturunannya – rakyat tertindas yang telah berjuang untuk keadilan, kemerdekaan dan kepercayaan teguh pada suatu perjuangan yang terus berlanjut pada setiap zaman.’ Menurut Jalaludin Rahmat lagi, Shariati melihat para Nabi Ibrahimiyah, yang dibezakan dengan Nabi non-Ibrahimiyah seperti Confucius, Budha, Zarasthura adalah pelanjut perjuangan Habil. Nabi Ibrahim misalnya berdiri menentang Namrud. Nabi Musa membela Bani Israil yang lemah melawan Firaun yang perkasa. Nabi Isa pula hadir menggembirakan kaum ‘fuqara’ dengan melecehkan Kaisar manakala Nabi Muhammad SAW duduk di samping orang miskin dan hamba abdi untuk membebaskan mereka. Di Malaysia, tanggal 5 Mei 2013 ini akan jadi titik paling penting buat ‘Kaum Muda’ iaitu saudara-saudari sekalian. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Timbalan Pengerusi-nya pada 3 April 2013 yang lalu; penambahan 2.37 juta atau 21.69 peratus jika dibandingkan dengan jumlah pemilih pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 menjadikan jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 13,291,385 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Menurutnya lagi, SPR akan menggunapakai Daftar Pemilih (DP) sehingga suku 4/2012 yang diwartakan pada 22 Februari 2013 memandangkan daftar pemilih bagi suku pertama 2013 belum sempat untuk diwartakan. Berdasarkan Daftar Pemilih yang diwartakan suku keempat 2012, seramai 5,564,131 atau hampir 42 peratus daripadanya pengundi yang layak memilih merupakan pengundi muda berusia di bawah 40 tahun. 42 peratus atau hampir separuh dari pengundi berdaftar ini terdiri dari ‘Kaum Muda’ – menjadikan saudara semua golongan paling signifikan kesannya terhadap keputusan pilihanraya ke-13 kali ini. Politik Perkauman Jika diperhatikan dari 3,024, 909 keseluruhan 42 peratus pengundi ‘Kaum Muda’ ini, 22.76 peratus pengundi yang berumur antara 30 hingga 39 tahun lahir seawal 1974 manakala 19.1 peratus pula pengundi berumur 21 hingga 29 tahun yang lahir seawal 1984. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika masih ada sebahagian besar dari ‘Kaum Muda’ yang masih melanggan idea ‘Politik Perkauman’ kerana ketika mereka lahir sekitar 1974, televisyen di Malaysia masih hitam putih. Segmen-segmen di dalam kepala, otak dan fikiran mereka masih terbahagi kepada sistem pengasingan parti berasaskan kaum dan dogma murahan berbentuk politik merengek seperti hak keistimewaan dan eksklusiviti sesuatu kaum. Malangnya wacana politik sempit seperti ini tidak membincangkan perihal letak duduknya kaum Melayu walaupun kaum Melayu telah berkuasa sepenuhnya selama 55 tahun. Saya cuma teringat satu pepatah pemimpin ultra-nasionalis Melayu tidak lama dahulu iaitu; “Melayu mudah lupa’. Melayu mudah lupa betapa setelah 55 tahun berkuasa, pegangan ekuiti Bumiputera masih di takuk 19%. Melayu mudah lupa sehingga 2009, Bumiputera membentuk sehingga 80% dari pendapatan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM 1000 sebulan sementara sehingga 57.9% Bumiputera masih berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Melayu juga mudah lupa setelah 55 tahun, dari 219,868 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan, 189,165 darinya adalah Bumiputera berbanding 12,212 adalah India, 10,370 Cina dan 8,121 adalah lain-lain. Malah Melayu juga mudah lupa, Data juga menunjukkan dari 15% penduduk Malaysia yang mempunyai ‘zero wealth’, 72% adalah Bumiputera, 17% adalah Cina dan 10.7% adalah India. Melayu juga mudah lupa, Bumiputera membentuk sehingga 72% ‘unskilled workforce’, 67% sebagai operator mesin dan sehingga 60% pekerja am. Malah statistik pemilikan bangunan komersil juga menunjukkan Bumiputera hanya memiliki 13% bangunan, 12% kompleks perniagaan, 15% premis industri dan 14% hotel. Politik Kelas Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian, Kerana itu saya fikir ini masa paling kritikal untuk saudara-saudari semua membuat analisis terhadap perkembangan budaya politik pasca-merdeka yang terhasil dengan fragmen perkauman yang tebal ini. Dasar Ekonomi Baru, MARA, sistem meritokrasi, kuota pengajian tinggi, sistem sekolah berasrama penuh dan seribu satu projek kroni lagi dibantu dan didukung oleh partai politik perkauman paling besar di negara ini – masih gagal meningkatkan ekuiti kaum Melayu. Lebih menyedihkan, kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai lapangan masih corot. Yang perlu diberi perhatian kini adalah situasi ekonomi yang semakin menghimpit. Jurang pendapatan semakin melebar. 4.5% isi rumah memperoleh pendapatan secara purata kurang dari RM 800 sebulan, 52.8% isi rumah memperoleh kurang dari RM 3000 sebulan, 75.9% memperoleh kurang dari RM 5000 sebulan dan 96% rakyat Malaysia memperoleh pendapat kurang dari RM 10,000 sebulan sementara hampir tiada pertumbuhan terhadap 40% golongan berpendapatan rendah semenjak 1990 (14.5%), 2000 (14%) dan 2009 (14.5%). Ini bukan masanya untuk kita melihat Malaysia menggunapakai kerangka perkauman kerana golongan berpendapatan rendah, kaum miskin dan golongan pekerja ini terdiri dari pelbagai jenis kaum dan berbangsa 1Malaysia! Oleh yang demikian, kita perlu segera beransur bergerak ke arah perjuangan politik berasaskan kelas untuk membantu masyarakat kelas bawah dan pertengahan menikmati hidup yang lebih baik. Malaysia sebuah negara yang kaya dan kekayaan hasil bumi ini harus ditadbir secara adil untuk dikongsi bersama oleh rakyat, bukannya keluarga atau kroni. Bayangkan sehingga 2009, 52.8% rakyat Malaysia masih tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM 150,000 ke atas dan 75.9% rakyat masih tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM 250,000 ke atas? Politik Ideologi Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian. Perjalanan politik negara kita untuk keluar dari ‘politik perkauman’ dan ‘politik kelas’ menuju ‘politik ideologi’ masih jauh jika kita masih tersangkut dengan perihal tetek-bengek seperti ‘Singapura akan menakluki Malaysia’, ‘Lim Guang Eng akan menjadi seperti Lee Kuan Yew’ ataupun ‘Mat Taib adalah mudarat kecil berbanding mudarat besar terhadap agama’. Saya menyeru saudara-saudari sekalian untuk keluar dari kepompong politik tradisional yang melihat isu perkauman dan menggunakan agama untuk mengekalkan status quo masing-masing. Di Eropah dan negara Scandinavian, politik ideologilah yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Bukannya politik perkauman. Jika Umno-BN selama 55 tahun tidak dapat meningkatkan ekuiti Melayu melepasi paras 20%, apakah yang akan memastikan 8 calon Muslim berwibawa melakukannya? Menurut Jalaludin Rahmat lagi, Shariati merumuskan para Nabi adalah orang-orang yang lahir di tengah massa (ummi) lalu memperoleh tingkat kesedaran (hikmah) yang sanggup ‘mengubah satu masyarakat yang korup dan beku menjadi kekuatan yang bergejolak dan kreatif, yang pada gilirannya melahirkan peradaban, kebudayaan dan pahlawan’. Menurut Shariati lagi, para Nabi bukan sekadar mengajarkan zikir dan doa, tetapi dengan ideologi pembebasan. Empat manusia yang disebut di dalam al-Quran menurut Shariati dilambangkan dengan Firaun, Haman, Qarun dan Bal’am. Firaun dikatakan sebagai penguasa yang korup, penindas yang selalu merasa benar sendiri, toggak sistem kezaliman dan kemusyrikan. Haman pula mewakili kelompok teknokrat, ilmuan yang menyokong tirani dengan melacurkan ilmu. Qarun mewakili kaum kapitalis, pemilik sumber kekayaan yang menghisap seluruh jerih penat massa. Manakala Bal’am melambangkan kaum ‘ruhaniyun’ iaitu tokoh agama yang menggunakan agama untuk melgitimasikan kekuasaan yang korup untuk menindas masyarakat. Untuk 5,564,131 saudara-saudari ‘Kaum Muda’ yang bakal mengundi 5 Mei ini, pada setiap zaman, keempat-empat jenis manusia ini akan selalu tampil sebagai pendukung status-quo dan juga penentang perubahan sosial. Untuk Malaysia 30 tahun ke-hadapan; inilah persimpangan kita antara mengekalkan kezaliman pemerintahan sedia ada yang telah 55 tahun berkuasa – atau memiliki keberanian untuk melawan penindasan dan membebaskan diri. Saudara-saudari ‘Kaum Muda’ sekalian; buat permulaan marilah kita bersama menentang kezaliman dan penindasan untuk membebaskan diri dan masyarakat dari belenggu jahiliyah ini! *Data dan statistik diperoleh dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World Databank dan BNM. Untuk maklumat lebih lanjut rujuk Blindspot; www.facebook.com/blindspot.msia
]]> Oleh: Uthaya Sankar SB
(Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya)
Baru-baru ini, saya menulis beberapa makalah yang secara khusus menyentuh Perkara 153 (Kedudukan Istimewa Orang Melayu) dan Perkara 160 (definisi “orang Melayu”) dalam Perlembagaan Persekutuan. Turut disentuh mengenai Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957 di mana wasiat itu turut menggariskan perkara berkaitan status agama Islam, tanah simpanan Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu.
Makalah-makalah berkenaan adalah “Hak Istimewa Orang Melayu” (Free Malaysia Today, 23 Februari 2013), “Takkan Melayu Hilang di Malaysia” (The Malaysian Insider, 25 Februari 2013), “Ketuanan Rakyat dan Bangsa Malaysia” (Roketkini, 26 Februari 2013), “Hidayah Bangga Kekal Cina” (Free Malaysia Today, 4 Mac 2013) dan “Kami Tidak Manuk Melayu” (The Malaysian Insider, 4 Mac 2013).
[caption id="attachment_1565" align="alignleft" width="150"] Mohd Hafiz Andrew sempat mengunjungi sebuah kuil di Bukit Bendera, Pulau Pinang.[/caption]
Saya memang sudah menjangkakan reaksi yang pelbagai daripada pelbagai pihak. Bagaimanapun, memandangkan niat saya adalah untuk membuka minda orang ramai untuk berdialog dan berbincang secara terbuka mengenai pelbagai perkara yang sebelum ini (mungkin) dianggap sensitif, maka saya menerima kesemua komen dengan gembira.
Persoalan paling asas yang menghantui fikiran ramai selepas membaca makalah-makalah berkenaan adalah pertanyaan sama ada seorang individu Bukan Melayu yang memeluk Islam akan lebih gemar menukar identitinya menjadi “orang Melayu” atau tetap berbangga untuk mengekalkan jati diri, budaya dan keunikan keturunan asalnya.
Seorang rakan, Azmal Narawi (Azuma) yang berasal dari Kelantan dan kini tinggal di Batu Caves, Selangor menghantar pautan bagi petikan dari Kitab Riyadh as-Solihin berkaitan topik hubungan silatulrahim dengan ibu bapa berlainan agama. Hadis yang dipetik adalah daripada Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dalam huraian Hadis itu antara lain dijelaskan bahawa Islam menyusuh umatnya menghubungi ibu walaupun ibu itu bukan seorang Islam; hubungan anak dengan ibu adalah kekal walaupun berlainan agama dan kepercayaan; serta harus mengekalkan silatulrahim dengan keluarga asal (Bukan Islam) selagi mereka tidak memerangi Islam.
Bagi seorang guru, Mohd Hafiz Andrew Hafiz yang berasal dari Pahang dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM), walaupun sudah mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, beliau menegaskan: “Aku kekalkan kaumku.”
Seorang lagi individu India-Muslim yang saya kenali sejak Ogos 2011 ialah Haji Effendy Abdullah yang tinggal di Johor Bahru. Agak menarik untuk diperhatikan bahawa bahawa pada bahagian “religion” (agama) di Facebook, beliau menulis “Good Muslim” (Umat Islam yang Baik).
“Islam adalah satu agama yang tidak dihakmiliki oleh mana-mana kaum, etnik atau bangsa; sebagaimana juga agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan sebagainya. Apabila seseorang memeluk agama Islam, orang itu hanya bertukar agama sedangkan kaum, keturunan atau etnik asalnya akan kekal hingga akhir hayat,” katanya.
Effendy turut menceritakan daripada pengalamannya bahawa pada musim haji di Mekah, penganut Islam yang paling ramai adalah dari negara-negara seperti India, China, Pakistan, Bangladesh, Turki, Afrika dan Rusia.
Tidak ambil kesempatan atas Perkara 160
“Jemaah haji dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand adalah relatif sedikit berbanding bangsa lain. Dalam isu yang dibincangkan pula, istilah ‘masuk Melayu’ adalah tidak betul sama sekali. Saya lahir dalam keluarga kaum India sebelum memeluk Islam. Saya tetap kaum India dan tetap juga mengikut hukum syarak Islam,” katanya.
Pesara ini turut menegaskan: “Saya tidak akan menjadi Melayu dan saya juga tidak mahu menjadi Melayu.”
[caption id="attachment_1566" align="alignright" width="150"]
Pasangan Effendy dan Rohani hidup bahagia bersama keluarga.[/caption]
Turut berkongsi pendangan itu adalah isterinya, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan. Novelis ini juga sentiasa sedar dan akur pada hakikat bahawa lelaki yang menjadi pasangan hidupnya adalah lelaki kaum India beragama Islam.
“Ramai yang terlupa bahawa Islam itu agama manakala Melayu itu kaum. Islam adalah milik semua makhluk yang Allah berikan hidayah dan petunjuk. Jadi, agama Islam bukan milik mutlak orang Melayu sebagaimana disangka pihak tertentu,” kata Rohani yang juga amat mesra dengan adik-beradik iparnya yang beragama Hindu.
Apa yang amat unik mengenai Rohani adalah bahawa sejak berkahwin, dia sentiasa menjaga, menghormati dan melayan ibu mentuanya dengan penuh kasih walaupun mereka berlainan kaum dan agama. Saya melihat tindakan Rohani sebagai “dakwah positif” yang mampu memberikan gambaran tepat mengenai ajaran sebenar dalam Islam.
“Jika seseorang itu dilahirkan dalam keluarga kaum Cina, maka tetaplah itu kaumnya sampai ke hujung nyawa. Sekiranya individu itu memeluk agama Islam, apa yang perlu ditukar hanyalah sedikit cara hidup sekiranya didapati bertentangan dengan lunas dan ajaran agama Islam. Akan tetapi, perlu saya tegaskan bahawa seseorang itu tetap orang Cina, India, Portugis, Belanda, Iban atau apa sahaja walaupun selepas memeluk Islam,” tegas penulis sepenuh masa ini yang antara lain menghasilkan novel Jihad Mardina (2012).
Wajar juga dinyatakan bahawa Effendy dan Rohani adalah pasangan suami-isteri. Sepanjang saya mengenali mereka, pasangan itu tidak pernah cuba mengkategorikan Effendy sebagai “orang Melayu” walaupun beliau layak mengikut Perkara 160.
Perkara seperti ini tentulah berbeza dengan realiti yang dapat kita perhatikan sendiri di sekeliling kita saban hari. Malah, siri artikel saya mengenai topik “Melayu” tercetus berikutan insiden Ridhuan Tee Abdullah (nama asal: Tee Chuan Seng) menulis rencana bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had” (Sinar Harian, 18 Februari 2013).
Saya ada menulis makalah bertajuk “Antara Konvoi Rumah Ibadat dan Ultra Kiasu” (Projek Dialog, 19 Februari 2013) dan kenyataan media “Ridhuan Tee Perlu Didakwah” (Projek Dialog, 24 Februari 2013). Antara isi penting yang disentuh adalah mengenai individu “Bukan Melayu” yang memeluk agama Islam dan segera menganggap dirinya “lebih Melayu daripada orang Melayu”. Sekali gus, tindakan “ultra kiasu” mereka mencemarkan nama baik orang Melayu (tulen) dan kesudian agama Islam.
[caption id="attachment_1567" align="alignleft" width="150"]
Anak-anak buah Anim Sri Mastika daripada suku Dusun-Bajau.[/caption]
Menyentuh topik perbincangan yang berkaitan, Zuraimi Baharum @ Bani Omar tampil dengan pandangan berikut: “Rasa-rasanya Islam di Malaysia tidak berkembang kerana Islam telah diMelayukan; selain akhlak yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri, terutamanya orang Melayu-Islam.”
Seorang lagi individu yang mengemukakan pandangan serta berkongsi pengalaman ialah Anim Sri Mastika Yunus, seorang etnik Bajau dari Sabah yang sejak turun-temurun sudah beragama Islam. Beliau yang berasal dari Kota Marudu sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaysia Sabah serta kagum dengan pandangan politik Nabi Muhammad.
Kita sepatutnya meraikan kepelbagaian
“Dahulu, ketika datuk saya dari suku Dusun memeluk agama Islam, beliau tidak disebut sebagai ‘masuk Islam’ atau ‘masuk Melayu’ tetapi ‘ne kesama’ iaitu ‘masuk Bajau’. Di Sabah, suku Dusun, Murut dan Rungus antara suku/etnik yang secara keturunan beragama Kristian atau pagan,” kata Anim yang turut menguasai bahasa suku Dusun dan Bajau.
Beliau adalah anak kacukan Bajau-Dusun. Keturunan bapanya suku Dusun tetapi apabila datuknya memeluk Islam, maka keturunan itu turut mula dikenali sebagai orang Bajau (ne kesama).
“Walau bagaimanapun, saya bangga jika dikenali sebagai orang Dusun – bukan Bajau, bukan Melayu. Hal ini kerana asal-usul saya secara biologi dan genetik memang suku Dusun sebelum datuk masuk Islam dan ‘masuk Bajau’. Saya rasa konsep ‘masuk Bajau’ berlaku akibat kurang pengetahuan dan keadaan masyarakat pada zaman datuk saya,” kata Anim.
Rosihan Amri Md Zakaria, seorang guru di Pulau Pinang juga berkongsi pandangan dan hujah menerusi dialog yang berlaku dalam keadaan positif dan membuka minda.
[caption id="attachment_1568" align="alignright" width="150"]
Buku ini amat sesuai dijadikan bahan “dakwah diri” bagi orang Islam.[/caption]
“Saya seorang Melayu-Islam. Namun, saya merasakan stigma orang Melayu yang mendesak ‘saudara baru’ atau ‘mualaf’ mengikut sepenuhnya budaya Melayu dan menggunakan nama Melayu adalah salah sama sekali. Kita sepatutnya meraikan kepelbagaian kaum dan budaya; bukannya mengamalkan pemahaman yang sempit iaitu ‘Melayu adalah Islam’ dan ‘Islam adalah Melayu’,” kata guru itu yang tinggal di Sungai Petani.
Pandangan yang dikongsikan oleh rakan-rakan ini membuktikan bahawa kebanyakan masyarakat menyedari perbezaan antara “Melayu” dan “Islam”. Malah, apabila seseorang “masuk Islam” tidak semestinya bermakna “masuk Melayu”.
Malangnya masih ada puak yang tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa ada juga puak yang sengaja mengiktiraf dirinya “masuk Melayu” supaya boleh menjadi “orang Melayu” mengikut takrif Perkara 160 dan seterusnya “merampas” hak berupa kedudukan istimewa yang sebenarnya diperuntukkan untuk kaum Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Wasiat Raja-raja Melayu.
Semasa menyertai Konvoi Rumah Ibadat Seremban pada 17 Februari 2013, saya turut menerima cenderamata daripada Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan dan Hidayah Centre Negeri Sembilan.
Cenderamata itu adalah sebuah buku berjudul Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim (2009) tulisan Mohammad Nidzam Abd Kadir. Saya sangat berminat membaca buku terbitan Telaga Biru itu yang disusun secara komprehensif dan mudah dirujuk; khususnya bagi orang Islam (termasuk mualaf) dalam hubungan mereka dengan orang Bukan Islam (termasuk keluarga asal).
Puak ultra kiasu, etnosentrik dan fanatik yang tidak mampu atau tidak mahu membezakan antara “Melayu” (kaum) dan “Islam” (agama) amat wajar membaca buku ini sebagai suatu “dakwah diri” yang amat berguna dan pasti menginsafkan.
Langkah ini amat wajar bagi memastikan mereka tidak terus “sesat” dan meneruskan “dakwah negatif” yang memberikan gambaran tidak benar mengenai Islam kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.