Projek Dialog

Pengalaman minoriti dalam isu Interlok

Apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan? Untuk makluman, saya pernah menyiarkan petikan catatan mengenai kandungan mesyuarat itu di blog saya pada 18 Mac 2011. Kemudian, dalam sesi pertemuan semula dengan Muhyiddin pada 23 Mac 2011, Dr Lim Swee Tin tampil mengatakan bahawa kandungan catatan di blog itu adalah palsu, tidak benar dan fitnah. Muhyiddin tidak melayan kata-katanya. Pada 16 Mac 2011, Lim Swee Tin menggantikan tempat Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin (yang berada di luar negara) untuk membentangkan perakuan panel bebas kepada Muhyiddin. Timbalan Perdana Menteri melahirkan rasa gembira kerana panel bebas secara konsensus (sebulat suara) bersetuju meminda frasa “kasta Paria” yang menjadi isu pokok. Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa isu Interlok edisi murid belum selesai kerana masyarakat India khasnya sedang menunggu hasil daripada panel bebas. [caption id="attachment_4237" align="alignleft" width="300"]Novel Interlok Edisi Murid menimbulkan kontroversi apabila dijadikan teks Komsas. Novel Interlok Edisi Murid menimbulkan kontroversi
apabila dijadikan teks Komsas.[/caption] Turut diakui oleh Muhyiddin bahawa ini adalah teks sekolah dan boleh dipinda dan disesuaikan. Bagaimanapun, hanya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India akan dipinda kerana kaum Melayu dan Cina “tidak bangkitkan isu”. Berdasarkan resolusi yang diperakukan panel bebas secara konsensus, isu “kasta Paria” sudah berjaya diselesaikan. Beberapa saranan sudah dikemukakan berhubung isu kaum India dan Muhyiddin mahu menyelesaikan isu terbabit secara menyeluruh supaya tidak ada isu berulang selepas ini. Muhyiddin berkata, beliau sudah membaca semua cadangan dalam senarai yang diperakukan panel bebas; dan didapati bukan hanya berkaitan perasaan (sensitiviti) kaum India, tetapi juga soal bahasa dan kesalahan fakta. Kalau boleh, Menteri Pendidikan meminta panel bebas melihat semula cadangan-cadangan oleh anggota panel kaum India kerana beliau “tak nak debat berpanjangan”. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) waktu itu, Datuk Termuzi Abd Aziz mencadangkan supaya perhatian pindaan ditumpu pada “paria” sahaja serta meminta konsensus panel bebas “ubah itu sahaja” dengan alasan “kerana itu yang timbulkan masalah besar”. Rajendran menegaskan bahawa pada mesyuarat pertama panel bebas (16 Februari 2011), keputusan sudah diambil bahawa perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum perlu dipinda bagi mencari “jalan penyelesaian kepada kemelut”. Datin Siti Saroja Basri menyatakan bahawa suaminya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) sebenarnya tidak setuju satu perkataan pun ditukar tetapi sedia berkorban dan membenarkan “kasta Paria” dipinda. Isu sebenar bukan sekadar frasa “kasta Paria” Munyiddin berkata, panel bebas tidak harus mengungkitkan kesalahan bahasa dalam novel ini kerana semacam mengajar pengarang bagaimana untuk menulis dengan betul. Termuzi sekali lagi berkata, lebih baik hanya “kasta Paria” dipinda kerana itulah “persoalan pokok”; khususnya selepas wakil kaum India sudah membuktikan bahawa watak Maniam bukan seorang “paria” seperti dinyatakan novel ini. Rajendran berkata, perkara-perkara menyentuh sensitiviti kaum India perlu juga dibetulkan (dimurnikan) kerana ketiga-tiga wakil kaum India membawa “suara” masyarakat India. Termuzi berkata, ketiga-tiga wakil kaum India sepatutnya menjelaskan kepada masyarakat India mengapa hanya “kasta Paria” ditukar/dipinda. Lim Swee Tin berkata, novel Interlok bukan teks sejarah. Katanya, perkara penting yang perlu ditukar adalah “Paria” sahaja, manakala “yang lain jika perlu sahaja”. Beliau juga berharap wakil kaum India “dapat bertolak-ansur dan bertoleransi” dalam hal ini. Untuk makluman, cadangan pindaan sudah pun dipersetujui secara konsensus sebelum diserahkan kepada Muhyiddin. Akan tetapi, apabila bertemu menteri itu, masing-masing mula seolah-olah merapu dan mengampu. Sudah mula jelas seakan-akan ketiga-tiga wakil kaum India (nota: bukan wakil MIC) akan dipergunakan untuk merealisasikan agenda tertentu. Minoriti cuba dimanipulasi oleh majoriti. Apakah minoriti akan tunduk? [caption id="attachment_4239" align="alignleft" width="300"]Kavyan mengkaji pelbagai edisi novel Interlok Kavyan mengkaji pelbagai edisi novel Interlok[/caption] Saya mengingatkan Muhyiddin bahawa saranan pindaan yang dikemukakan wakil kaum India sudah diperakukan secara konsensus oleh panel ebas pada 4 Mac 2011. Diingatkan juga bahawa memang sararan itu meliputi aspek kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India. Novel Interlok: Edisi Murid (nota: bukan edisi asal) dijadikan teks mata pelajaran Bahasa Malaysia, maka aspek bahasa dan tatabahasa perlu dilihat juga. Bagi kesalahan fakta, diberi cadangan pemurnian. Maka, semua perakuan cadangan ini tidak keluar daripada terma rujukan panel bebas. Menteri Pendidikan berkata, frasa “kasta Paria” memang bersifat menghina tetapi “yang lain-lain saya tak pandang serius”. Saya berkata, apabila berlaku kesalahan fakta, maka kesalahan fakta itu menyentuh sensitiviti kaum India. Muhyiddin berkata, Pak Lah adalah seorang pengarang dan kita (panel bebas) tidak boleh membetulkan seorang pengarang. Ringkasnya, kata beliau, “tak ada lain yang bersifat menghina”. Asakan demi asakan terpaksa ditangkis Lim Swee Tin berkata, panel bebas memperakukan enam resolusi pada 4 Mac 2011 dan diserahkan kepada Menteri Pendidikan, dan “boleh pilih satu yang paling bijak” serta juga “peluang kepada Uthaya untuk menyenaraikan manakah yang benar-benar mengguris hati masyarakat India; dibawa untuk kita (panel bebas) perakukan pembaikan”. Muhyiddin berkata, hanya khususkan pada perkara yang menyentuh sensitiviti, perasaan dan berbentuk penghinaan serta pilih yang paling penting sahaja. Beliau tidak mahu “resolusi” tapi “keputusan” daripada panel bebas supaya boleh dikemukakan di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011. Beliau meninggalkan bilik perjumpaan dan Lim Swee Tin mengambil alih tugas pengerusi. Beliau meminta wakil kaum India menyenaraikan hal-hal yang benar-benar menyentuh sensitiviti kaum India; selain memikirkan “sensitiviti Sasterawan Negara”. Lim Swee Tin berkata, panel bebas akan membuat resolusi tunggal sahaja nanti. Bagi saya, sudah nampak bibit-bibit bahawa beliau yang sebelum ini berani menyarankan 20 halaman novel Interlok: Edisi Murid dibuang begitu sahaja dengan alasan “novel ini terlalu panjang”, kini sudah “berubah” atas alasan tertentu. Beliau seolah-olah sudah mahu bersama-sama majoriti kerana mungkin suara majoriti lebih lantang. Termuzi berkata, Pak Lah setuju meminda “kasta Paria” sahaja. Rajendran berkata mewakili minoriti bahawa wakil kaum India (minoriti) akan menyenaraikan perkara-perkara yang “benar-benar sensitif dan mesti ditukar”. Lim Swee Tin berkata, perlu disenaraikan dahulu kerana antara perkara yang disenaraikan sebagai “sensitif” oleh kaum India (minoriti) “mungkin boleh diterima masyarakat umum” (majoriti). Krishnabahawan berkata, ketiga-tiga wakil kaum India setuju “kasta Paria” dipinda dan pada masa sama, perlu juga dibuat pindaan pada perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India sebagaimana diperakukan pada 4 Mac 2011. Lim Swee Tin berkata, tidak semestinya pandangan wakil kaum India diterima kerana katanya “kita bincang dulu … terserah pada DBP dan Pak Lah”. Saya berkata, segala perkara yang terkandung dalam senarai yang dikemukakan wakil kaum India serta sudah diperakukan panel bebas pada 4 Mac 2011 adalah mewakili kaum India; bukan mewakili kami bertiga sahaja. Saya mengemukakan contoh peribahasa Tamil yang salah di halaman 209.  Termuzi berkata, “itu fakta salah. Yang kita hendak sekarang, benda yang sensitif”. Pengalaman yang memperkasa golongan minoriti Saya berkata, perkara itu menyentuh sensitiviti kerana perkataan “varataku” tidak wujud. Termuzi terus berkata, “kalau tak wujud dalam Bahasa Tamil, tak sensitiflah”. Lim Swee Tin berkata, “anggapkan penulis itu (Pak Lah) salah. … Biarkan pengarang itu yang bertanggungjawab kepada kesilapan yang dia buat. … Hukumannya adalah bahawa Pak Lah tak pandai”. Termuzi dan Lim Swee Tin hampir serentak berkata, “kita tolak sahajalah (cadangan pindaan) yang ini”. [caption id="attachment_4238" align="alignleft" width="178"]Tiga wakil kaum India dilantik sebagai panel oleh Menteri Pendidikan pada Februari 2011. Tiga wakil kaum India dilantik sebagai panel
oleh Menteri Pendidikan pada Februari 2011.[/caption] Saya merujuk halaman 211 berkaitan lokasi Malabar di mana “ini menyentuh sensitiviti kerana apa yang dinyatakan di sana sudah salah”. Lim Swee Tin berkata, “itu tak sensitiflah, Uthaya” manakala Termuzi berkata, “salah fakta tak sensitif”. Lim Swee Tin mula mengecilkan skop dengan berkata, “yang menyentuh sensitiviti dari segi agama”. Manakala perkara-perkara yang dikemukakan wakil kaum India disifatkan sebagai “kesilapan pengarang. … Biarkan zaman menghukum atau pun mengadilinya, bukan kita”. Termuzi berkata, “memanglah fakta tu salah, tapi tak nampak jadi sensitif”. Selepas terus diasak, ketiga-tiga wakil kaum India meminta kebenaran untuk keluar dari bilik untuk berbincang. Hasil perbincangan, kami bertiga memutuskan untuk berundur dari panel bebas. Kami berpegang teguh bahawa keputusan yang dipersetujui semua anggota panel bebas secara konsensus adalah apa yang diperakukan pada mesyuarat 4 Mac 2011. Kami tahu bahawa kalau kami terus berada dalam mesyuarat itu, minoriti akan terus diasak, diperlakukan sesuka hati dan cuba dipergunakan bagi membolehkan kumpulan majoriti mencapai agenda terancang yang diimpikan. Kemudian, pada 23 Mac 2011, kami bertiga diundang bertemu semula dengan Muhyiddin. Kami menegaskan bahawa kami tidka mahu bermesyuarat lagi kerana sudah keluar daripada panel bebas yang ternyata pincang. Dalam pertemuan itu – yang anehnya turut dihadiri “majoriti” sebagai penonton – Muhyiddin memberikan jaminan bahawa kesemua saranan pindaan yang dikemukakan wakil kaum India akan dibuat. Tentulah janji itu tinggal janji kerana hanya 19 pindaan dilakukan dalam versi novel yang dicetak semula oleh DBP dengan persetujuan MIC. Kavyan pula terus menolak pemurnian yang tidak menepati konsep “janji ditepati” tetapi itu kisah yang lain pula. Apa yang pasti, minoriti perlu berani bersuara walaupun majoriti kelihatan gah dan gagah. Ingatlah bahawa Tuhan sentiasa bersama-sama orang yang benar. Semoga catatan berdasarkan pengalaman saya dalam isu novel Interlok: Edisi Murid menjadi pedoman serta menjawab pelbagai persoalan. unnamed

]]>

The man who doesn’t save Malaysia: A review of “Lelaki Harapan Dunia”

by Melati Timur  [SPOILER ALERT] I went into the cinema wanting to like this film. Bearing in mind a more literal translation of “the men who are the hope of the world”, even its title, rather hubristically, begs you to pin hopes on the film. Or perhaps the director himself? Malay grammar allows you to also read it as “man”, singular. Am I to place my hopes in Liew Seng Tat, the man that comes to save us all? Sadly, despite my hopes, he does nothing of the kind. Let’s start with the good bits. The actors are superb and some of the cinematography breathtaking. As a friend pointed out, some sequences deserve to be played in a loop in an art gallery. They were so evocative. Some parts were also very funny. I was glad to see that it did not shy away from physical gags and the silliness characteristic of much of Asian cinema, including Malay films. I think too many “serious” directors shy away from these populist techniques as if humour is antithetical to profundity. However, there have been some less than flattering opinions hurled at the film. Some of the international criticism, as in a review in Variety, has come from a profound misunderstanding of both the film’s intentions and the situation on the ground in Malaysia. Sexist? Homophobic? Solomon’s silence and comments about his “wire brush hair” have been interpreted as racism on the part of the director, but I think this is off the mark. Malaysia has been downgraded to the lowest level in the US State Department’s 2014 human trafficking report. The public’s attitudes to migrant workers and those deemed as foreigners continue to be shameful. Some apartment buildings in Kuala Lumpur openly refuse to rent to African tenants, a move that has garnered general support, especially among residents. Against this backdrop, as well as within the context of the film itself where Solomon is a solitary man on the run, his reticence is to be expected. It is also a potent symbol of the silenced vulnerability of foreign migrants here in Malaysia. I don’t think Solomon was played for laughs. His gently comedic moments, such as his river scenes, were sweet and created affection for the character. This is a desperate, lost, voiceless man we are clearly supposed to sympathise with. Solomon’s scenes with the blind bilal evoke Frankenstein – the blind old man who befriends the monster because he cannot see what his friend looks like. Even the “wire brush” comment is affectionate, not condemning. It is followed by a show of elaborate hospitality. We are in an isolated village here, we can’t expect the language of the PC brigade from the lips of a small-time bilal. What matters is what the man does, even if it is under false pretences. However, unlike Frankenstein, the discovery of Solomon by those who are able to see does not result in his violent expulsion. Instead, the mob’s attention is diverted to chase after an altogether different black “monster”, in effect saving Solomon from the persecution he fears. The accusations of sexism are also misguided. This is a film about men’s communal and individual relationships with each other, and how those dynamics can shift on the flimsiest of excuses. The exclusion of women here does not make the film sexist. In fact, it attempts to shine a light on sexism with how the villagers themselves exclude women from their community, casting them as objects to be protected, only for the men to go missing when the women are actually attacked. Then there’s the supposed homophobia. Again, the criticism is unjust. These are Malaysian villagers. Some level of homophobia would not be unrealistic. No motivation, no resolution The film hints at making some interesting progress on this issue with the character development of troubled Wan (Soffi Jikan) for whom something begins to stir once he dons female attire. Yet, we never get to see how this works out for Wan, or anybody else for that matter. And here is the crux of the issue, the real reason why this film is so unsatisfying and ultimately problematic. Put simply, there is no Third Act. Liew decides to cut off his film before anything can reach a conclusion. He offers tantalising moments of character development, then refuses to actually resolve them in any way. Take the character of Pak Awang (wonderfully acted by Wan Hanafi Su). He is clearly the heart of the film, quite possibly because, as the Variety review states, he is the only character “given any kind of depth.” Yet “Liew fails to fully explore this frustrated man’s motivations”. Despite being the character that the director clearly intends the audience to be most drawn to, we never get to really know anything about Pak Awang. We get hints and clues. He is clearly uncomfortable discussing his daughter’s upcoming nuptials, refusing to give any details when asked about her and her beau. The best we get are cryptic remarks about city living not being good for his daughter, that she needs to move back to the village and that she loves her fiancée. Our attention is brought to how evasive his answers are immediately when his interlocutor responds with, “well of course one marries for love.” End scene. So red flags everywhere, something is up here. Something is not quite right here. Pak Awang’s rush to get the house moved and ready also seems suspicious, given how he never explains himself. He doesn’t give us an exact date to suggest a logistical urgency, nor does he give us any motives. It does not seem like such a long time has actually passed since the villagers stopped moving his house before he already throws tantrums, physically assaults village elders and later terrifies women and children. Why the anxious rush, Pak Awang? This is kampung living where presumably a leisurely pace and constant negotiations with neighbours to help each other is the norm. Why does Pak Awang seem to go a bit nuts? One gets the feeling it has something to do with whatever is not quite right with his daughter’s situation. What is happening to Wan? How will attitudes evolve around him? What happens to Solomon? But without a Third Act, we’ll never know. In fact, we’ll never know what any of his characters were really about. A sarcastic title for a film about horrible people?  Liew is stubbornly silent. He refuses to allow his characters any relief, resolution or absolution. By refusing to face their real motivations or allow them to achieve some kind of conclusion to their conflicts, even if it should be tragic, he denies them their humanity and denies the audience any ability to sympathise with or understand their predicaments. So Liew refuses to let his characters be understood or explain themselves. They seem to only be there for the audience to criticise their irrational actions and stupidity. Perhaps the secret of the director’s intentions lie in that awkwardly worded piece of dialogue (in Malay, it sounds very strange, like someone translating): “the fine line between superstition and stupidity.” My dearest director, I understand that you may not want something mushy and “neat”. As an art house filmmaker, The Journey (Malaysia’s highest grossing film ever, released earlier this year) probably made you gag. But being allergic to narrative structure does not make you an auteur. Having a third act that at least attempts to resolve the many threads this film unravels does not make you a sell-out. By not having one, however, by refusing to answer, in any way at all, the many questions you brought up, the audience cannot trust the director’s intentions. This is why it has received the criticism it has, especially locally, of disrespecting Malays. It’s easy to see that the film is aiming for satire about how easily noble virtues like unity and community can be violently fractured by ignorance and mob mentality, ripping apart society’s fabric and leaving a home (perhaps emblematic of Malaysia herself) first abandoned, then burning to the ground. But the satire is completely undone by how mean-spirited the film is towards its characters. The director also wants to claim some kind of homage but that would require affection for your characters, not just the landscape. In the end, it is hard to escape the conclusion that there is little hope for these people. The film’s title now seems sarcastic. Judging by where their story is cut off – a mob chasing after a blacked-up old man – these men will certainly struggle to save themselves, much less the world. Irresponsible representation Despite the light, comedic touch, no one is redeemed, no one is actually allowed to be a good guy or even a nuanced guy. No one is even allowed to explain themselves or resolve their differences. With the exception of Solomon, if you looked strictly at the plot, they are all horrible people. You have a leading man so impatient for people to do what he wants that he resorts to violence and harassment. You have a cross-dressing superstitious mob hunting an imaginary possibly homosexual monster and recklessly burning down a beautiful house out of their murderous fear. You also have financial mismanagement and corruption even among the villagers. You have a man semi-feigning terror willing to exchange the concern of his fellow villagers for a few measly ringgit. Then you have children throwing their “most hated” objects at an old man on the strength of demonic rumours, and you have adults wilfully ignoring children’s vocal grief at the slaughter of an animal. In fact, it is the slaughter scene that many have expressed concerns over, accusing it of disparaging Malays. This scene is played for laughs but it also features crying children, an animal in mortal distress and blood spray so powerful people use umbrellas to shield themselves from getting drenched. Again little attempt is made to explore this custom. There is a grandfather’s truncated telling of Abraham’s test, commanded to kill his son by God, but the child is silenced when the questions get troublesome. That’s it, no further attempt at development. I have no issue with problematising the ritual slaughter of Raya Haji. This custom needs to be discussed. However, it is irresponsible to essentially laugh at the custom while children cry, then do nothing to offer any understanding on what this custom means to the people who practise it. Heartless When I was around 6, I also went to my grandparent, in my case my grandmother, with the same concerns. I did not like viewing the slaughter – it made me sick to the stomach and reduced me to quiet sobs. My grandmother, a very religious woman the community often turned to for theological advice, sympathised completely with my feelings, and praised me for my compassion. She was also ambivalent about the need for crowds at the slaughter, which she herself never attended. But she explained to me that witnesses were needed to ensure that things were done lawfully and mercifully. She also stressed that the meat was only to be given to the poor, many of whom did not have the luxury of meat very often. So there was no religious advantage of my attending these events and, in fact, her take was that it was inappropriate for me to go if I had such a heavy heart because the meat would be in some ways bedgrudged to the poor. You may not accept such an explanation, but at least this allows for a humanistic take. And trust me, this was coming from a very orthodox religious leader, within a very orthodox small town setting not all that different from the village in Lelaki Harapan Dunia. Yet, nothing even as modest as this was offered by the film. Life is hard and comedic, corrupt and ignorant. Sympathies are difficult to come by, tempers and irrationality literally run amuck unchecked, and children cry unheeded. This was such a missed opportunity. Had the director brought even some rounded humane agency to his characters and allowed them to resolve or seriously reflect on their issues, his satire would not have been any less biting, and his film would have had heart. In such an alternate universe, the film would have had a great chance of becoming a hit and spreading the much needed criticism as well as faith in our ability to fix our nation. The film Malaysia needs?  Lelaki Harapan Dunia could have been a rallying cry. It could have brought Malaysians together to have a good hard look at ourselves, gird up our loins and shoulder our home to greener pastures but instead, it is snark, unrelenting, merciless jibes at poor kampung folk. It is to the credit of the actors that they bring humanity to this film. They may not have saved the world, but they really tried to rescue these characters from total condemnation.

]]>

Bagaimana mengurangkan makanan laut dapat membantu planet kita

Penterjemahan “If You Took Seafood Out of Your Diet, How Would it Really Help the Planet?” oleh Hamizah Hanan   Dalam masa 40 tahun yang lalu, lebih separuh daripada hidupan liar di dunia telah dimusnahkan akibat daripada aktiviti manusia. Antara haiwan vertebra yang utama terkena tempias adalah mamalia, burung, reptilia dan (di hati pencinta laut) ikan. Pengasidan laut dan perubahan iklim pada hari ini telah menyebabkan beberapa masalah utama di laut. Kebanyakan manusia tidak menyedari bahawa pilihan seharian mereka telah banyak menyumbang kepada permasalahan seluruh dunia. Semua terpulang pada kita sama ada mahu mempercayainya ataupun tidak, perbuatan semudah memakan ikan yang ditangkap secara komersial akan meningkatkan ancaman yang dihadapi oleh laut kita. Berjuta-juta ikan ditangkap setiap tahun hanya untuk mencapai permintaan manusia yang tinggi pada hari ini, menunjukkan sudah tiba masanya untuk membincangkan perkara berkenaan pemakanan ikan. Pada tahun 2009, warga Amerika telah menggunakan permintaan sekitar 4.8 billion paun makanan laut, yang bersamaan dengan 15.8 paun makanan laut bagi setiap orang. Menurut National Oceanic and Atmospheris Association, Warga Amerika (per kapita) makan kira-kira hanya 3.5 auns dalam masa seminggu.” Hanya lebih kurang tiga auns? Tidakkan ianya suatu jumlah yang banyak? Nah, jika seorang manusia memakan secara purata yang sama setiap tahun, penggunaan mereka terhadap sumber ikan akan mencecah sehingga 182 auns setiap tahun. Apabila anda kalikan dengan jumlah manusia sebanyak 300,000,000 orang penduduk Amerika, anda akan dapati satu masalah yang besar- terutamanya apabila anda mempertimbangkan kadar di mana ikan-ikan ditangkap dari laut. Overfishing (penangkapan secara berlebihan) akan menyebabkan kehilangan kesemua ikan… dan banyak lagi. Penangkapan ikan secara berlebihan (overfishing) adalah suatu tindakan mengambil ikan secara berlebihan daripada sesebuah populasi yang pada awalnya boleh digantikan dengan kadar kelahiran semula jadi dalam populasi itu. Menurut kajian yang dijalankan dan diterbitkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, 80 peratus daripada stok ikan dunia adalah ‘sepenuhnya ataupun sudah terlebih dieksploitasi, kekurangan atau dengan kata lain sudah kehabisan.” Selain itu, kira-kira 90 peratus daripada stok ikan pemangsa yang besar (jerung, ikan todak dan ikan tuna sirib biru) telah berkurangan sejak 1950-an. Jadi, apa erti semua ini? Dalam istilah yang mudah,  jika kadar tangkapan ikan semasa tidak dikurangkan secara drastik, ianya meramalkan bahawa menjelang 2048 bekalan tangkapan hidupan laut akan kehabisan. Ini bermakna makanan untuk haiwan marin akan berkurangan dan akan memberi kesan kepada kitaran rantai makanan mereka. Sehingga pada suatu hari nanti, secara literal, tiada satupun ikan yang berbaki di laut. Daripada berkelahi berkenaan isu penangkapan ikan berlebihan ini, beberapa peniaga telah mula beralih kepada penternakan ikan- satu proses yang melibatkan penternakan ratusan ikan di dalam tangki yang kecil sebelum dijual sebagai makanan. Walaupun penternakan ikan ini akan menyelesaikan masalah kita dalam jangka masa yang pendek, namun, kita perlu untuk mula fokus kepada masalah jangka panjang yang disebabkan oleh penangkapan ikan secara berlebihan. Bagaimana penangkapan ikan akan menerukkan lagi keadaan? Pukat hanyut, rawai ikan, dan pukat tunda adalah merupakan contoh cara penangkapan ikan yang membawa kepada kemusnahan yang lebih teruk bukan sahaja kepada populasi ikan malahan lebih daripada itu. Setiap satu daripada kaedah ini biasanya melibatkan penggunaan jaring panjang (dengan tujuan memerangkap insang ikan) ataupun tali yang dihiasi dengan ratusan mata kail. Selain itu, cara ini dikatakan dapat menghasilkan kos effektif dan menangkap jumlah ikan yang banyak. Namun yang tidak disedari adalah ianya menyebabkan kemusnahan kepada spesies yang tidak diingini- hidupan laut yang turut ditangkap walaupun tidak disasarkan oleh industri perikanan ini juga dikenali sebagai tangkapan sampingan. Menurut World Wildlife Foundation, jumlah tangkapan sampingan selama ini adalah dianggarkan kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan marin, dan dianggarkan bahawa seorang nelayan komersial akan menangkap kira-kira 20 kilogram tangkapan sampingan untuk setiap satu paun ikan sasarannya. Selanjutnya, dianggarkan bahawa kira-kira 8 hingga 25 peratus daripada hasil tangkapan ikan dunia dikembalikan ke dalam laut. Ini bermakna kira0kira 27 juta tan bukan sasaran (yang beratnya bersamaan dengn 600 kapal Tetanic) secara kasarnya dibuang setiap tahun. Kajian yang dijalankan pada tahun 2002 mengesahkan bahawa kira-kira 1000 ikan lumba-lumba ditangkap dan dibunuh oleh penangkap ikan tuna Eastern Tropical Pacific akibat daripada tangkapan sampingan tersebut. Setiap tahun, kira-kira 300 000 ikan paus, ikan lumba-lumba dan spesies ikan lumba-lumba lain terjerat dalam perlatan penangkapan ikan tersebut. Termasuklah anggaran sebanyak 250 000 penyu laut secara tidak sengaja ditangkap, cedera atau dibunuh oleh nelayan. Haiwan lain yang sering ditangkap sebagai hasil sampingan termasuklah ikan jerung (400 000 tangkapan setiap tahun), ikan pari dan anjing laut. Bukan itu sahaja, kaedah penangkapan ikan secara invasif ini menyebabkan kemusnahan terhadap keindahan persekitaran laut juga. Pukat tunda diseret di bahagian dasar laut, sememangnya direka untuk menangkap segala hidupan laut yang terdapat antara dasar laut dan permukaan air. Dalam eksperimen yang dijalankan dengan bertujuan untuk memahami kerosakan yang disebabkan oleh pukat tunda ini, mereka didapati bahawa selepas satu aktiviti pukat tunda dijalankan di perairan Alaska, 55 peratus daripada batu karang tidak dapat pulih daripada kerosakan dalam setahun berikutnya. Di kawasan-kawasan yang kerap dijalankan aktiviti penangkapan ikan di selatan Australia, 90 peratus daripada batu karang yang menarik dibiarkan musnah. Dalam satu laporan yang disediakan oleh Setiausaha Agung PBB pada tahun 2006, telah menyatakan bahawa ‘sebanyak 95 peratus daripada kerosakan ekosistem dasar laut di seluruh dunia adalah disebabkan oleh penggunaan kaedah penangkapan ikan pada dasar laut dalam.‘ Kerosakan yang dialami akibat daripada penggunaan pukat tunda pada dasar laut adalah begitu ketara sehinggakan ianya dapat dilihat dari angkasa lepas. Jadinya apa yang boleh saya lakukan untuk membantu planet ini? Walaupun kenikmatan rasa ikan yang kita makan sedikit sebanyak memberi impak kepada planet ini, di sini ada jalan penyelesaiannya- dengan cara memikirkan semula diet kita untuk mengurangkan pengambilan ikan. Menurut Counting Animals, seorang individu yang memilih untuk mengambil diet vegetarian (berasaskan sayur) mampu untuk menyelamatkan kira-kira 225 ekor ikan dan 151 kerang setiap tahun. Jika hanya separuh daripada penduduk Amerika (kira-kira 150 000 000 orang) berhenti mengambil makanan laut daripada diet mereka, ini bermakna sebanyak 33 750 000 000 ekor ikan akan tetap berada di dalam laut setiap tahun. Perbezaan ini dapat membantu untuk mengisi kembali stok ikan di laut dan membolehkan mereka untuk pulih, dalam kangka masa yang mencukupi. Di antara tahun 2000 dan 2014, 36 jenis populasi ikan dapat dibina semula hasil daripada penguasaan satu undang-undang pengurusakan perikanan yang bertujuan untuk melindungi habitat laut di mana ianya penting untuk pembiakan ikan dan perlindungan populasi ikan yang kecil. Pada kadar semasa, hanya satu peratus dianggarkan ikan yang mampu untuk pulih. Dengan mengeluarkan ikan dari diet anda (termasuk produk kesihatan), anda boleh meningkatkan populasi hidupan laut dan mengelakkan toksin yang boleh memudaratkan kesihatan. Ya.. Toksin. Satu kajian dijalankan pada tahun 2013 oleh Institut Penyelidikan Boidiversiti Maine mendapati bahawa dianggarkan sebanyak 84 peratus daripada kesemua jenis ikan mengandungi tahap merkuri yang membahayakan. Apabila anda mempertimbangkan manfaat kepada laut di dunia termasuklah kesihatan diri sendiri, keputusan untuk mengubah pengambilan ikan adalah merupakan keputusan yang hebat. Walaupun laut kita sentiasa di bawah ancaman daripada aktiviti tangan manusia, kita tidak seharusnya berputus asa untuk melindungi laut kita. Dengan hanya menukar diet anda, anda boleh dengan mudah memberi impak yang besar terhadap kesihatan diri anda dan memperbaiki ekosistem laut. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk berhijrah menjadi vegan sepenuhnya (tidak mengambil sebarang produk berasaskan haiwan dan tenusu) ataupun vegetarian untuk menyelamatkan laut kita. Mungkin dengan cara tidak mengambil produk berasaskan ikan dalam masa satu atau dua minggu setiap bulan ianya akan memberi kesan yang hebat! Mulakan dengan makanan vegan yang lazat yang mungkin kelihatan dan mempunyai rasa yang serupa seperti ikan, anda tidak akan rasa bersalah selepas memakannya. Sebagai contoh, tempeh ‘ikan’, tempeh kek ‘ketam’ dan sushi vegan merupakan alternatif yang dapat membantu mengisi semula lautan kita dan juga memuaskan perut kita.

]]>

Transgender: Perbandingan perspektif Islam dan moden

Gender Identity Disorder ini dan kesimpulan yang menarik antara ketiganya (Dr. Syamirul , Dr.Murizan dan Dr. Rozanizam). Walaubagaimanapun, pada tulisan kali ini saya ingin membawa pembaca dari sudut yang berbeza , yakni falsafah, tentang siapakah diri kita. Apakah itu manusia? Apakah yang menjadikan diri kita ini “manusia”, atau dalam erti kata yang lain, apakah subjek manusia itu boleh dibincang diluar kerangka gender “lelaki”, “perempuan” atau “transgender”? Kisah Herculin Barbin Sebelum saya meneruskan perbincangan, saya ingin menceritakan mengenai seorang Intersex (ataupun Khunsa/hermaprodit ,seorang yang alat kelaminnya sukar menentukan jantina kebiasaan lelaki atau perempuan. Selalunya mereka mempunyai dua alat kelamin) yang bernama Herculin Barbin ataupun nama lain beliau, Alexina. Beliau mempunyai penis yang kecil, klitoris yang besar dalam vagina yang kecil dalam masa yang sama mempunyai testikel dan bertubuh tegap seperti lelaki. Walaubagaimanapun beliau dibesarkan sebagai perempuan dan bercinta dengan seorang guru bernama Sara. Kisah cinta mereka menjadi kontroversi dan dihukum pihak sekolah kerana perbuatan mencintai sesama perempuan. Setelah mengakui dosanya di hadapan pendeta, Jean-Francois-Anne Landriot di La Rochelle, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar, Dr Chestnet pada tahun 1860. Walaupun keputusan klinikal mengesahkan ketidakseimbangan alat kelamin dan ciri-ciri tipikal yang mendefinisikan lelaki atau perempuan, mahkamah tetap membuat keputusan menentukan bahawa Alexina adalah seorang lelaki dan mesti berpakaian seperti lelaki walaupun selama ini beliau dibesarkan sebagai perempuan dan mencintai perempuan yang lain tanpa diberi pilihan menentukan jantinanya. Peristiwa ini menyebabkan Alexina berpindah ke Paris bersama kekasihnya dan beliau mengalami tekanan hidup yang melampau dan suatu penderitaan yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri. Alexina sering kali menyalahkan keadaan alat kelamin beliau yang menyebabkan penderitaan hidup beliau. Kisah ini sangat tepat untuk kita bawa dalam perbincangan selanjutnya. Jika kita renungkan, kompleksiti masalah Alexina berkait rapat dengan kecelaruan seks, gender dan seksualiti. Hakikat bahawa beliau secara biologis adalah seorang interseks/hermaprodit merupakan masalah dimensi pertama (masalah seks), kemudian beliau dibesarkan sebagai perempuan merupakan masalah dimensi kedua yakni masalah gender yang tidak dapat disandarkan kepada seks, dan masalah dimensi terakhir ialah masalah seksualiti/orientasi seks beliau kepada berlainan jantina yang juga suatu perasaan yang tidak dapat disandarkan pada seks dan gendernya. Dalam erti kata lain, Alexina menderita dalam hidupnya kerana kecelaruan ketiga-tiga ruang ini yang ditetapkan oleh konstruk sosial dan penghukuman oleh masyarakat lebih-lebih lagi melalui institusi undang-undang. Ini hanyalah suatu contoh dari banyak lagi kes. Namun, cukuplah sebagai pengenalan mengapakah masalah gender, seks dan seksualiti ini harus dirungkai semula dari persepsi lazim kita tentang manusia berjantina. Gender, Seks dan Seksualiti Manusia dan gender tidak dapat dipisahkan. Keseluruhan aspek hidup yang dibina hari ini sama ada dari segi politik, ekonomi sosial akan membincangkan mengenai manusia bergender. Manusia tanpa gender merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima. Semestinya, terdapat perbezaan antara ketiganya. Gender merupakan sebuah konstruk atau pembentukan sosial mengenai bagaimana sebuah gender itu sepatutnya berpakaian, peranannnya dan sebagainya, seks pula berdasarkan identiti gender seseorang berdasarkan biologinya yakni, organ kemaluannya dan seksualiti pula merupakan orientasi seksual terhadap pasangan sejenis mahupun berlainan jenis. Selalunya di dalam pemahaman kita, hanya ada gender dan seks binari, lelaki dan perempuan, yakni ditentukan melalui organ biologinya dan diletakkan oleh masyarakat tentang peranan gender masing-masing dan dianggap orientasi seksual semestinya kepada yang berlainan jantina. Akan tetapi persoalan tentang gender, seks dan seksualiti ini lebih kompleks dari itu. Judith Butler seorang intelektual Jerman, memberikan kita sedikit pandangan yang menarik mengenai hal ini khususnya berkisar tentang topik kita kali ini dalam karyanya Gender Trouble (1990). Bagi Butler, gender malah seks adalah sebuah pertunjukan atau peragaan [istilah Inggerisnya adalah performance]. Ianya bukan suatu essence atau lumrah hakiki manusia, yakni seperti yang kita sering fahami manusia itu diciptakan ada lelaki dan perempuan. Bagi Butler, tidak ada gender, seks dan seksualiti yang azali, yakni suatu sifat yang ada diluar konstruk sosial. Ketiga-tiganya adalah pertunjukan di dalam ruang awam di mana kesuruhan sistem masyarakat dan wacana kehidupan penonton dan jurinya. Pendapat Butler melangkaui wacana feminism dalam erti kata mengkritik “stable point of reference” yang diandaikan oleh feminism. Tiada nilai, realiti atau perwatakan jantiina yang ideal, kekal tidak berubah. Bagi memudahkan perbincangan, Butler mudahnya mengkritik andaian bahawa gender adalah akibat atau manifestasi dari identiti seks, sebagai contoh, jika seseorang punya penis, maka gendernya mesti lelaki. Mengikut logik itu, jika dia mempunyai vagina pula maka gendernya mesti perempuan. Butler bukan sahaja menolak “reference” gender daripada seks bahkan menolak terus “reference” seksualiti daripada gender yakni, jika gendernya lelaki maka mesti menyukai perempuan, dan jika gender perempuan maka mesti menyukai lelaki. Implikasi Gender Trouble Penolakan terhadap “stable point of reference” ini mudahnya ialah menolak manusia yang dieertikan dengan “essence” gender,seks dan seksualiti diluar sejarah dan konstruk sosial. Dengan menumbangkan ilusi “stable point of reference” in juga , Butler mengajak kita berfikir bahawa penindasan terhadap lelaki atau perempuan khususnya lebih dari persoalan gender, bahkan penindasan seringkali terjadi secara berlapis-lapis (bersangkutan status sosial, warna kulit dan sebagainya). Sebagai contoh, perempuan juga boleh ditindas dari sudut seksualitinya, yakni seorang perempuan yang tidak boleh mengandung dianggap bukan perempuan sejati (kerana hubugan seks sering kali difahami dengan tujuan prokreasi (yakni untuk mendapatkan anak sedangkan seks juga boleh jadi semata-mata untuk rekreasi (yakni sekadar kenikmatan).

Disinilah menurut Butler, wacana feminism juga tidak bisa memahami kompleksiti “trangender” jika masih berpegang kepada “stable point of reference” yang dibincangkan tadi. Gender, Seks dan Seksualiti dari pandangan Islam Menurut Syeikh Imran (bukan nama sebenar), perbahasan fiqh mengenai ketiga-tiga isu ni sangat terbatas dan memerlukan penilaian yang rapi dan perlu dibuka semula bagi menjemput interpretasi-interpretasi baru yang lebih progresif dalam menangani permasalahan ini kerana ia berkenaan hal-ehwal kemanusiaan yang sangat ditekankan Islam. Islam menekankan 6 prinsip utama ; 1)Al-Ilahiyaah (Tuhan Yang satu), 2)Al-Insaniyah (Kemuliaan Manusia), 3)Al-Hurriyah (kebebasan pilihan), 4)Al-Musawa wal- Adalah (kesetaraan dan keadilan), 5)Ar-Rahmah (kasih sayang), 6)Al-Jihad (perjuangan dan kepedulian). Allah berfirman : “Mengapa kamu tidak ikut berjuang di jalan Allah dan (membela) orang yang tertindas, laki-laki, perempuan dan anak-anak yang berkata “Tuhan kami! Keluarkan kami dari kota ini yang penduduknya berbuat zalim”(QS. Al-Nisâ’ [4]: 75)” Jadi Syeikh Imran menjelaskan bahawa fiqh adalah karya manusia yang bersifat relatif dan seiring dengan perkembangan zaman dan keadaan. Fiqh pula dibentuk melalui pemahaman ulama terhadap teks dan realiti yang terbatas di pandangan mujtahid-mujtahid pada zaman dan keadaan tertentu.

Menurut Prof Muhammad Abid Al-Jabiri, seorang pakar dan intelektual terkemuka di Morocco, bahawa “peradaban Islam” yang kita warisi kini terlalu cenderung kepada “peradaban fiqh”. Jantina berdasarkan Quran Misalnya dalam persoalan seks (jantina biologi) dalam Quran Cuma ada pembahagian binary, yakni Cuma dua, lelaki dan perempuan. Manakala dalam persoalan gender pula, selalu diambil mudah dengan dikaitkan organ seksnya (alat kelaminnya). Sedangkan dalam perbahasan hadith juga ada terma yang disebut sebagai khunsa (yang mempunyai dua alat kelamin atau pun ciri-ciri tubuhnya yang tidak bersesuaian dengan gender yang dipaksa keatasnya oleh masyarakat). Dalam Quran (Sural Al-Haj:5) menunjukkan bahawa penciptaan manusia terjadi dalam dua keadaan yakni mukhallaqah (fitrah) dan qhair mukhallaqah (fitrah tetapi tidak sempurna / cacat). Ini memberi makna bahawa penciptaan manusia tidak selalunya seragam dengan binari lelaki dan perempuan berserta gender dan seksualitinya yang tipikal dan sempurna kerana banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya kelainan seperti kecelaruan gender akibat alat kelamin dan orientasi seks. Orientasi seks manusia dalam al Qur’an ada dua yakni heteroseksual (QS;3:14) dan ghairu lil irbah minal rijal (QS;24:31) yakni seorang laki-laki yang tidak memiliki hasrat kepada perempuan dan gayanya juga seperti seorang perempuan. Orang ini disebut oleh nabi sebagai mukhannats jika berjenis kelamin laki dan mutarajjilat jika berjenis kelamin perempuan. Namun begitu perlu diingat pengkelasan gender (maknyah dan tomboi) ini juga tidak mengharuskan bahawa orientasi seksualnya mesti kepada sesama jenisnya, misalnya ada juga maknyah (bergender perempuan yang menyukai perempuan) dan juga tomboi (bergender lelaki tetapi menyukai juga lelaki). Menurut Ibn hajar,orang yang tidak memiliki hasrat seksual kepada lawan jenis nya ini terbagi menjadi dua ; minkhilqah (given) atau bi ghair khilqah (constructed). Isu-isu halus dalam penafsiran tentang seksualiti Menurut Syeikh Imran juga, perbahasan fiqh yang ada selalu terkeliru antara orientasi seks dan jenis hubungan seks. Misalnya berkenaan ayat-ayat yang mengharamkan homoseksual. Menurut beliau, ayat-ayat yang mengharamkan homoseksual adalah berpandukan perbuatan liwat (anal seks, seks penis ke ruang dubur) sedangkan liwat adalah perbuatan seks, bukannya orientasi seksual. Ini bermakna, seseorang tidak perlu menjadi homoseksual pun untuk melakukan liwat . Bahkan banyak para sahabat yang melakukan anal seks kepada istrinya baik muhajirin mau pun Ansor .Al thabari menyebutkan sebuah hadits tentang perilaku liwath oleh Umar R.A terhadap isterinya yang kemudian menjadi sebab turunya ayat Quran 2 :223. Hasyim al Bahrani dalam Tafsirnya “al burhan fi tafsiril qur’an” menyebutkan bahawa kisah liwath pada masa nabi Luth bukan suatu perbuatan homoseksual (orientasi seks) akan tetapi suatu bentuk hubungan seks yang bertujuan mengusir orang asing (suatu penindasan dan upaya dominasi) dari daerah mereka kerana menganggap kemiskinan mereka datangnya dari orang asing. Maka yang diharamkan Tuhan bukanlah orietasi seksual (homoseksual) akan tetapi perbuatan seks yang dilakukan dengan tujuan penindasan dan kezaliman. Ini selalu boleh kita perhatikan dalam kes-kes penjara di mana ahli penjara meliwat rakannya kerana keperluan seksualnya dan sebagai suatu bentuk penghinaan dan penindasan sedangkan dia bukanlah seorang homoseksual. Tujuan seksualiti juga selalunya difahami sebagai heteronomativi yakni dengan tujuan prokreasi dan reproduksi (seks dengan tujuan mendapatkan anak dan keturunan) sedangkan tujuan seks tidak semestinya untuk mendapatkan anak, dan hanya semata-mata tujuan rekreasi yakni seks dengan tujuan kenikmatan semata-mata. Misalnya terdapat homeseksual yang berhubungan seksual hanya demi kenikmatan bukan untuk mendapatkan anak. Ada juga hubungan seksual lelaki dan isteri dengan hanya tujuan rekreasi. unnamed ]]>