Projek Dialog

Pentingkah bangsa?

Saya dilahirkan di Kota Kinabalu, dan dibesarkan berbeza dengan persekitaran India, Cina Melayu. Mungkin dengan pemahaman yang berbeza mengenai bangsa, hal itu telah mendorong saya untuk bertanya, mengapa identifikasi bangsa dalam kehidupan harian menjadi sangat penting?

Pada tahun 2007, saya telah melanjutkan pelajaran ke satu universiti tempatan di Semenanjung Malaysia, dan ternyata saya juga menghadapi beberapa kejutan budaya. Antara pengalaman menarik yang saya pernah hadapi ialah, seorang pak cik teksi bertanyakan apakah bangsa saya. Kejadian ini berlaku ketika berada dalam teksi, dengan loghat Sabah yang masih kuat saya memberitahu lokasi yang saya hendak tuju.

Pak cik tersebut terus bertanya, “kamu Melayukah?” mungkin hairan atas kesinambungan loghat berat dengan muka saya yang bukan Melayu Cina atau India. “Tidak”, saya menjawab. Dengan keraguan yang bertambah, sekali lagi dia bertanya, “jadi Cina?”. “Bukan”, saya bilang. “Jadi apa?” dia tanya. “Saya Dusun”. Tetapi pak cik tersebut tidak tahu apa itu Dusun, jadi saya beritahu sajalah saya ini dari Sabah. Cerita ini bukan kejadian terpencil, tetapi sejak itu saya selalu berhadapan dengan pengalaman dan soalan yang sama.

Dan hal ini menyebabkan saya mempunyai satu kesedaran baru, iaitu betapa kuatnya identifikasi bangsa di Semenanjung Malaysia. Ada kemungkinan juga ia berlaku di Sabah, cuma realiti yang saya alami kebanyakkannya dari Semenanjung Malaysia. Yang menariknya, saya tidak mendapat kesedaran itu sehinggalah saya mengalami banyak pengalaman yang sama mengenai soalan apakah bangsa saya. Begitu pentingkah apa bangsa saya daripada keperibadian saya sebagai manusia?

Kerana di Sabah soalan identifikasinya berbeza, di mana orang tua selalu akan tanya saya berasal dari daerah mana, dan selepas itu kampung mana dan baru ditanya anak siapa. Oleh itu, soalan mengenai bangsa adalah satu pembelajaran baru bagi saya ketika di Semenanjung Malaysia. Penekanan kepada identifikasi bangsa, telah mempengaruhi pemikiran saya untuk menjadi lebih sedar bahawa saya dan kamu adalah berbeza.

Bukan itu sahaja, saya turut secara tidak sedar menjadi lebih ingin tahu apakah bangsa seseorang. Semasa di Sabah, masa sekolah menengah, saya tidak merasakan pentingnya terhadap sikap obsesi yang ingin tahu akan bangsa seseorang. Hanya selepas mendapat kesedaran ini saya tiba tiba ingin tahu apakah bangsa seorang kawan lama saya.

Bukan itu saja, tiba-tiba ada lagi satu pengkategorian baru yang sungguh memisahkan, iaitu semangat bumiputera. Kami dilabelkan sebagai kaum bumiputera untuk membezakan antara siapa bukan Melayu dan bukan Islam. Ada suatu masa semasa kami diwajibkan untuk menghadirkan diri ke ceramah siri pengenalan siswa-siswa di universiti, di mana ceramah tersebut telah disampaikan adalah berbentuk diskriminasi bangsa dan kaum.

Kami juga menyanyi lagu tema di mana di penghujung rangkap terdapat “demi bangsa Melayu”. Selepas selesai sahaja ceramah tersebut, kami berkumpul dalam bilik dan bincangkan pengalaman baru yang kami alami. Tiba-tiba seorang kawan saya yang berasal dari Sarawak menangis kerana ketakutan dan berkeras mahu balik ke Sarawak.

Dengan suntikan semangat Bumiputera, bukan sahaja identifikasi bangsa tetapi identifikasi agama juga telah menjadi suatu yang nyata. Pernah sekali apabila saya turun dari kelas membeli nasi lemak untuk makan tengahari, sekali lagi kerana loghat Sabah yang kuat saya terus diketahui sebagai orang Sabah. Dan penjual pada hari itu pun teruja kerana dia juga berasal dari Sabah. Tetapi yang peliknya dan dengan tiba-tiba soalan seterusnya ialah, “kamu Kristian kah”?

Jadi sekarang menurut pengalaman tadi, saya telah diidentifikasi dahulu sebagai Kristian baru manusia sebagai kawan baru. Mungkin soalan dia adalah bersangka baik, tetapi keadaan persekitaran secara tidak sedar membuatkan terdapat suatu keutamaan untuk berfikir bahawa saya dan kamu adalah berbeza dari segi kepercayaan agama. Pada saya keutamaan ini menjadi dinding pemisah untuk mewujudkan stereotype terhadap sesama.

Jika saya bersama kawan berbangsa Melayu, kami akan dipisahkan dengan label ‘Muslim dan non-Muslim’. Jika kami dikumpulkan beramai-ramai bersama kawan Melayu kami, kami dipisahkan dengan label ‘Melayu dan bumiputera’. Jika kami di gereja kami pula dilabelkan sebagai ‘BM speaking group’, dan di situ juga berlaku diskriminasi secara tidak sedar. Menurut saya, memisahkan manusia sebegini sememangnya menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan yang konkrit dan bermakna.

Dalam realiti negara kita yang mempunyai berbilang kaum, adalah penting untuk kita mengambil kira bukan sahaja dimensi kepelbagaian budaya yang kita alami di peringkat akar umbi. Kita juga harus mengambil kira manipulasi politik yang telah membawa perubahan dan pengalaman dalam kehidupan harian. Banyak teman-teman yang mengalami diskriminasi halus ini jarang untuk ingin membicarakan tentang pengalaman mereka secara terbuka.

Kebanyakkan berfikiran bahawa pengalaman ini hanyalah bersifat remeh temeh, tetapi secara hakikatnya setiap pengalaman ini sebenarnya ialah hasil daripada peminggiran yang berstruktur. Peminggiran berstruktur terbina di setiap peringkat kehidupan kita kerana kita ditekankan untuk memberi tumpuan apakah bangsa atau agama seseorang berbanding siapakah seseorang itu sebagai manusia. Peminggiran ini juga akan memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi, contohnya dalam bidang pendidikan, tempat kerja, peluang pekerjaan, peluang perniagaan.

Kebanyakkan Orang Asal yang berasal dari Sabah terutamanya generasi muda sudah jarang dan ada juga yang langsung tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa asal mereka. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantaraan sehari-hari di rumah dan dengan ibu bapa. Dan menurut undang-undang tertinggi di negara kita, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perkara 160(2), orang Melayu adalah orang yang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Dengan takrifan ini, seorang belia Orang Asal yang tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda (bahasa Kadazan, Dusun atau Murut), dan jika dia menukar agama ke Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Manipulasi akan berlaku untuk menganggap Orang Asal itu sebagai seorang Melayu, dan ini mengakibatkan ada suatu ketakutan. Dan ketakutan itu akan menjadi suatu kebencian secara senyap.

Sifat pinandsan dan peminggiran terhadap bangsa dan agama yang lain tidak semestinya kerana seseorang itu bersifat rasis. Tetapi terdapat satu diskriminasi sistematik, di mana ia sudah sebati dan diinspirasi dalam sistem budaya, sistem agama, institusi awam dan media.

Juga banyak parti politik di Malaysia yang ditubuhkan berasaskan kepada bangsa, dan ini menyumbang kepada obsesi tadi. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk memperbetulkan kembali keadaan untuk menghentikan penindasan berbentuk diskriminasi agama, dan bangsa dan bermula untuk mengenali sesama sebagai manusia. 

]]>

Cerita kecil tentang agama Hindu

Oleh: Uthaya Sankar SB Agama Hindu diakui sebagai agama tertua di dunia; serta mempunyai jumlah pengikut ketiga tertinggi selepas agama Kristian dan Islam. Ajaran yang terkandung di dalamnya amat kompleks dan sering kali menjadi mangsa salah tafsir. Hal ini tidak menghairankan kerana tidak ada suatu “syarat” yang jitu dalam ajaran agama yang bersifat universal ini. Pasti sahaja apabila saya memperkatakan mengenai agama Hindu, akan ada pihak (pemantau) yang segera menyebarkan berita bahawa saya sedang “menyebarkan agama Hindu”. Sesungguhnya ada perbezaan yang amat nyata antara menyebarkan agama Hindu dan memperkatakan mengenai agama itu dalam sebuah sesi dialog secara sihat dan positif. Sejak dahulu, sering kali rakan-rakan dan kenalan pelbagai kaum dan agama bertanya kepada saya mengenai budaya India dan agama Hindu yang amat kompleks dan sedikit mengelirukan. Terdapat enam mazhab utama, empat veda, ribuan berhala, amalan, ritual keagamaan, dewa-dewi dan pelbagai perkara berkaitan yang tidak mustahil menimbulkan kekeliruan. Dalam konteks negara kita, hakikat yang tidak pernah dinafikan adalah bahawa Islam adalah agama rasmi. Pada masa sama, agama-agama lain masih diamalkan dengan bebas mengikut jaminan Perlembagaan Persekutuan. Maka, rakyat Malaysia hidup secara harmoni di tengah-tengah kepelbagaian agama, budaya, adat dan kepercayaan. Menyedari hakikat ini, tidaklah menghairankan apabila ada individu bukan beragama Hindu – malah penganut agama Hindu juga – yang sering tertanya-tanya mengenai pelbagai perkara berhubung agama yang bermula di Lembah Indus, lebih 5,000 tahun dahulu. Apabila pertanyaan diajukan kepada saya oleh rakan-rakan dan kenalan yang memang ingin tahu, maka saya akan berusaha untuk memberikan penjelasan serba ringkas bagi merungkaikan kecelaruan. Saya berusaha menyampaikan kisah berusia lebih 5,000 tahun ini dengan cara paling mudah supaya boleh difahami dengan mudah juga. Tentu sahaja perkongsian maklumat dan pengetahuan mengenai agama Hindu yang saya lakukan adalah atas dasar berkongsi ilmu dan maklumat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Tidak ada sebarang niat “menyebarkan agama Hindu” kepada sesiapa kerana ajaran agama Hindu tidak pernah berusaha memujuk sesiapa “masuk Hindu”. Siapakah pengasas agama Hindu? Soalan paling asas yang biasa ditanya kepada saya adalah mengenai siapakah pengasas agama Hindu. Apabila kita bercakap mengenai agama Kristian, Islam dan Sikh misalnya ada “pengasas” – walaupun istilah “pengasas” mungkin kurang tepat. Bagi agama Hindu pula, tiada pengasas. Tidak ada juga “wahyu” yang diterima oleh “pengasas” daripada Tuhan. Sebaliknya, agama Hindu adalah lebih kepada usaha manusia “mencari” dan “menemui” Tuhan dalam hidup. Malah, istilah “Hindu” itu sendiri adalah istilah yang diberikan oleh orang luar kepada amalan spiritual yang menjadi sebahagian daripada budaya, falsafah dan cara hidup penduduk di Lembah Sindhu (Sungai Indus) sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Saya akan berusaha memberikan gambaran paling mudah bagaimana agama Hindu bermula. Agama Hindu sangat kaya dengan mitos, purana dan pelbagai kisah yang terus berkembang dari generasi ke generasi. Maka, kisah yang saya sampaikan ini adalah ringkasan paling umum bagi membantu orang ramai memahami bagaimana agama Hindu bermula. Bayangkan bahawa kita sedang hidup di Lembah Sindhu, Benua Kecil India pada sekitar tahun 3000 Sebelum Masehi. Konsep “agama” belum wujud. Kita adalah petani. Kita adalah pemungut hasil buah-buahan. Kita adalah nelayan. Kita lahir, membesar, berkahwin, beranak, menjadi tua dan akhirnya meninggal dunia. Kita melihat siang dan malam. Kita melihat angkasa yang luas terbentang tanpa sempadan. Pada suatu hari, seorang anak – mungkin anak kita – bertanya, “Bagaimana semua ini terjadi?” Lalu kita sendiri mula berfikir secara serius: Bagaimana semua ini terjadi? Bagaimana benih tumbuh menjadi pokok yang membuahkan hasil untuk kita makan? Bagaimana ada hidupan di laut, darat dan langit? Kita perlu ingat bahawa dalam contoh yang saya berikan ini, kita sedang hidup lebih 5,000 tahun dahulu. Belum ada agama lain yang diketahui dan diamalkan di Benua Kecil India. Mungkin sahaja tidak ada kesedaran tentang Adam dan Hawa/Eve pada waktu itu. Tuhan tinggal di Himalaya Maka, secara sendiri, kita yang menjadi penduduk di Lembah Sindhu mula sedar bahawa pasti – ya, pasti! – ada suatu kuasa yang amat berkuasa dalam menentukan segala “keajaiban” yang berlaku: siang dan malam, kelahiran dan kematian, laut, darat dan langit, dan sebagainya. Timbul kesedaran dalam diri bahawa manusia – kita – tidak mampu melakukan semua itu secara sendirian. Pasti ada kuasa yang memungkinkannya. Kuasa itulah diberikan nama sebagai dewa. Dewa yang berkuasa melampaui segala kemampuan mana-mana manusia. Lalu, mungkin ada yang bertanya: Siapakah dewa itu? Bagaimana rupanya? Mana tempat tinggalnya? Segala pertanyaan dan persoalan yang sangat wajar sekiranya diajukan oleh penduduk di Lembah Sindhu pada sekitar tahun 3000 SM. Apatah lagi jika ditanya oleh kanak-kanak. Pada masa sekarang, masih menjadi amalan meletakkan segala tanggungjawab kepada “hantu” apabila berlaku sesuatu perkara negatif yang tidak dapat kita jelaskan. Maka, tidak menghairankan bahawa segala tanggungjawab diletakkan kepada “dewa” bagi menjelaskan segala perkara positif yang berlaku dalam hidup manusia di Lembah Sindhu, lebih 5,000 tahun dahulu. Bagi menjawab pertanyaan di mana tempat tinggal dewa, cara paling mudah untuk “mengelak” adalah dengan merujuk pada tempat paling jauh. Tempat paling “jauh” pada waktu itu di Lembah Sindhu mungkin sahaja Himalaya. Maka, diberitahu kepada kanak-kanak dan remaja bahawa “dewa” atau “Tuhan” yang memelihara kehidupan kita sebenarnya tinggal di Himalaya. Tuhan perhatikan manusia dari atas kayangan di puncak Himalaya. Konsep karma, dharma, kelahiran semula dan sebagainya diperkenalkan untuk menjawab pelbagai pertanyaan yang wujud. Memandangkan bahawa agama Hindu bermula dengan “pencarian” manusia yang menyedari kewujudan suatu kuasa positif maha hebat yang sukar dijelaskan, maka lama-kelamaan, “mitos” yang diwujudkan untuk menjawab pertanyaan kanak-kanak mula dikembangkan secara lebih tersusun. Lahirlah pelbagai purana dan mitos yang pada dasarnya menjelaskan kewujudan suatu kuasa maha besar (Dewata/Tuhan) yang tidak boleh dilihat. Pada sekitar 5,000 tahun dahulu, pasti telah ada penduduk di Lembah Sindhu yang bertanya, “Bagaimana rupa Tuhan itu?” Secara logik, dan saya pernah terbaca di entah mana, sekiranya seekor kuda diminta menggambarkan Tuhan, pasti kuda itu akan menggambarkan Tuhan dalam bentuk rupa kuda juga. Eka Aneka Begitulah, penduduk di Lembah Sindhu mula memberi gambaran mengenai Tuhan mengikut pemahaman dan interpretasi masing-masing. Tuhan digambarkan sebagai Dewa Shiva; dengan mengambil inspirasi daripada rupa Himalaya. Adakah Tuhan itu lelaki? Penduduk pada masa itu – lebih 5,000 tahun dahulu – cuba menjelaskan bahawa Tuhan berlaku adil kepada lelaki dan wanita. Maka dizahirkan Dewi Parvathi sebagai pasangan kepada Dewa Shiva. Pemikiran penduduk semakin berkembang dan mereka mula bertanya dan tertanya-tanya: Adakah ada dua Tuhan iaitu Dewa Shiva dan Dewi Parvathi? Lalu dijelaskan oleh orang-orang tua, pemikir dan pujangga bahawa Dewa Shiva dan Dewi Parvathi (atau Shakti) adalah satu. Muncul konsep “eka” atau apa yang kita sering sebut sebagai “esa” atau “tunggal”. Muncul konsep “ekan anekan” – Tuhan yang eka tetapi dikenali dalam aneka bentuk. Penduduk di Lembah Sindhu yang menyedari kewujudan Tuhan terus berusaha mencari jalan untuk “mendekati”-Nya. Masing-masing dengan caranya. Masing-masing dengan gayanya. Sebab itulah dalam agama Hindu – sehingga kini – tidak ada satu cara/jalan yang khusus/mutlak untuk “menemui” Tuhan. Dalam ajaran Hindu, semua jalan adalah jalan menuju Tuhan. Memandangkan penduduk di Lembah Sindhu sejak dahulu mempunyai bakat melukis dan membuat patung, maka pemahaman mereka terhadap konsep ketuhanan, dewa-dewi serta kisah-kisah dalam purana, mitos dan veda disajikan dalam bentuk lukisan dan berhala. Tuhan dizahirkan dalam bentuk Shiva, Brahma, Vishnu, Saraswathi, Lakshmi, Parvathi, Kali, Ganesha, Murugan, Krishna dan ribuan “rupa” mengikut tahap pemahaman manusia pada waktu itu. Para pemikir dan ahli falsafah pula mula mengumpulkan segala maklumat berhubung usaha “manusia mencari Tuhan” untuk dijadikan kitab, sruti, smriti, sutra, shastra, veda, purana, itihasa dan sebagainya untuk dijadikan panduan yang lebih sistematik. Namun, apa yang kita kenali sebagai agama Hindu masih amat kompleks dan kadang-kadang mengelirukan bagi sesiapa yang melihatnya dengan penuh prasangka. Perasaan prasangka itulah yang menjadi penghalang dalam kalangan kita untuk saling mengenali, memahami, mengetahui, menghormati dan menerima perbezaan kaum, agama, etnik, budaya dan adat yang wujud sejak dahulu. Semoga perkongsian kecil ini membuka denai ke arah perbincangan yang lebih mendalam secara terbuka tanpa menganggapnya sebagai usaha menyebarkan agama Hindu.  

]]>

Hudud – Where is Allah's Compassion?

Every other day the idea of implementing Islamic hudud laws in Malaysia rears its ugly head. Ugly because it is controversial and there is no consensus among scholars and the learned on Quranic studies. By Sarajun Hoda It is a contentious issue that gravely divides the Muslim Ummah. Not just now, but throughout the 1,300 over years of the Islamic calendar. Despite failing at any time and anywhere in the world, hudud practices – as do honour killings in Islamic societies like in Afghanistan, Bangladesh, Pakistan, Nigeria, Jordon, Iran, Saudi Arabia, Somalia only – smears the reputation and demonises the peaceful and caring religion. The majority that push for hudud are those obsessed with the mentality that gives more importance to old ‘forms’, ‘models’ and ‘rituals’ rather than the values, principles and spirit of the faith as ordained in the Qur’an. Consider that if Islam is a religion alive, how can stillborn rules of an era void of the rule of law and the absence of any sort of justice system 1,400 years ago still emerge from a faith whose basis is peace and love? Those days, every member of the society was considered as different parts of the ‘body’. Severing one part was deemed as inflicting pain on the wrongdoer but the pains were felt by the whole society. So the punishment had to be harsh. Here we go again… In Malaysia, those supporting the issue become overly contentious every time an election nears when both sides compete to inflate their vote banks. And while the debate continues, the peace-loving faithful of the compassionate and merciful religion get extra confusing, devotional free spins. The Muslim clerics themselves with their parochial interpretations continue to demonise Islam and excite blind believers to terror. Clerics any time, anywhere in the world always play the role of parasitic tools of those in power or to those with the keys to the treasury. In Malaysia too, such clerics enjoy total impunity and become increasingly powerful in dictating the rules of morality. Or rather, they go all out to forcefully impose on others their brand of a narrow understanding of the faith. This reality plays out again in the the latest round of the hududdebate – a challenge thrown by Umno but to its chagrin, Pas this time around refused to take the bait or to be drawn into political sparring. Only Nik Aziz, Pas’ spiritual head, congratulated Umno either out of his personal conviction or he was rather trying further to inflame the issue to trap and push Umno into the very pit it dug for Pas. Umno as usual enjoys total impunity and, for all intents and purposes, is never shy, never apologetic and never tired in openly expressing such inhibiting tendencies that raise serious issues that can inflict and inflame religious and racial tension. As a result of not having the stomach to speak out to real power, MCA, MIC and Gerakan and other non-Muslim coalition partners in the Barisan Nasional are now close to political decimation. That’s a fatalistic price to pay for their current scrawny being. These silent, stupidly docile, thick-skinned and tamed coalition leaders knew what was coming; yet they betrayed the very community they supposedly represent. Johor Umno state assembly member Ayub Rahmat’s proposal thathudud be implemented irrespective of race and religion that started the alarming debate this time around. The only protest by MCA President Chua Soi Lek – accusing Ayub of being out of his mind and running out of ideas (as if Umno cares) – did not resonate with the mainstream media. Funnily, despite PM Najib’s reminder that hudud will never be practised in Malaysia, Umno leaders such as the women’s wings in Kepala Batas, Umno’s Young Ulama, Umno Puteri head Rosnah Shirlin and Umno stooge Perkasa stepped out of line in openly showing strong defiance to the leadership. Was this display an early sign of Najib’s loosening grip on power or his fast deteriorating unpopularity within his own party? Time will soon tell. No consensus Back to the issue – is it true, “hudud laws are part of the Islamic criminal code which is a part of Allah’s tenets”, as Rosnah the Umno Puteri leader claims? Islamic scholars are divided with differing opinions over whether such Islamic criminal laws can be applied to both Muslims and non-Muslims. Or whether hudud can be applied at all, in these contemporary times when our society already has rules guiding its conduct. There is no consensus. The principles spelt out in the Qur’an render such an aspiration most delusionary. Islam is a religion of peace; so how can such laws be forced upon non-Muslims? Isn’t it cruel to impose hudud onto them? It is not their faith and hence, they may be ignorant about what is morally or statutory lawful and what is prohibited in Islam. Can one faith be forced upon another? How would it reflect on Islam? The Qur’an says in Chapter 5 verse 48: “And this (He commands): Judge thou between them by what Allah hath revealed, and follow not their vain desires.” So what has Allah revealed? Let’s look at what exactly these hudud laws are. It is an obdurate punishment for offences such as theft, brigandage, illegal sexual intercourse, the false accusation of zina (sexual intercourse out of wedlock), alcohol consumption, apostasy and blasphemy, among others. Consider too that the evidence required is so exacting, extenuating and rigorous that it becomes impossible to implement. If these safeguards are not adhered to, in all probability it could easily lead to cruel yet porous dispensations. That is probably why God, kind and forgiving as he is, emphasises in the Qur’an compassion and reform than retribution. For example,“The thief, male or female, you shall cut their hands as a punishment of their crimes, and to serve as a deterrent from God. God is Almighty, Most Wise. If one repents after committing this crime, and reforms, God redeems him. God is Forgiver, Most Merciful” (Quran 5:38-39). Let’s see another. “The adulteress and the adulterer you shall whip each of them a hundred lashes. Do not be swayed by kindness from carrying out God’s law, if you truly believe in God and the Last Day… However, if they repent afterwards, and reform, then God is Forgiver, Most Merciful” (Quran 24:2-6). Tragically, when man plays God, he becomes brutal and vindictive. God’s virtue of compassion and mercy either evaporates into thin air or is wickedly silenced. Somehow clerics always fail to feel for God’s compassion and their vigour to inflict reprisals is always excessively prodigious and overriding. Malaysia accepts the four major Sunni madhabs (schools of thought) but officially sanctions one, the Shafie madhab. All of them find differences in the specifications of these laws. Argued as God’s immutable laws, the punishment can be so severe: capital punishment by swords, stoning, amputation of hands or feet and flogging in public (if erroneously inflicted, it can destroy a human life for good). Since human judges don’t enjoy God’s thinking faculties and have limited vision of the unseen, errors in judgement cannot be ruled out. Can we allow chance to destroy one’s life? Flawed justifications could lead to wrong punishment and a reversal cannot be possible: it would be too late. Isn’t it a human principle in law that in dispensing justice, it is better to let a felon go than to do miscarriage to justice and punish an innocent. Allah the compassionate and merciful pronounces the same. Compassion and confusion The Qur’an actually places strong emphasis on compassion and leniency, something foreign to the so called ‘fiqh’ man-made form of Islamic Jurisprudential tradition that is assumed to be of God’s will. So, why is man trying to become greater than God? Interestingly, hudûd punishments are said to remove the sins committed by Muslims so that they will not have to be punished again in the hereafter on what they have done in this world. In other words, clerics by applying hudud rules intend to assume God’s role as if they are capable of all divine considerations, thinking and judging as God himself would do. How convenient. Some with illogical zeal even go overboard. Malaysian Defence University lecturer Ridhuan Tee, a convert, recently appeared live on television, which I watched myself, to chilling effect. He arrogantly and vigorously contended that hudud be implemented by force. Such a cleric, who is dependent on power, never ceases to inflict maximum fear and demand absolute compliance. Ridhuan quite effectively demonstrated what our clergy is capable of if they are given too much power. As Islam is about submission to Allah, these playing-God clerics expect fellow humans to submit before them. The President of Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, an ex-mufti, insists that hudud is clearly found in the Qur’an. Whosoever rejects hudud, he says, rejects the Qur’an and becomes an infidel. This is not true. Such a proclamation does not exist in the Quran. Says Prof.Mohamed Hashim Kamali of the International Institute of Advance Islamic Studies, although hudud (pl. of hadd – limits) is mentioned 14 times in the Quran, none of them refers strictly in the sense to penal sanctions. He adds, “To reserve the hudud entirely for certain types of punishments is a juristic convention that does not originate in the Qur’an.” You see the confusion? The same Qur’an. Two experts. One findshudud as penal punishment, the other doesn’t. Such is the tragedy of interpretations of faith in Islam. There is a clear divergence between the ‘fiqh’ (Islamic jurisprudence) tradition and the more restrictive approach of the the Qur’an. Fiqhtreats hudud as fixed and mandatory punishments, but the Qur’an, in the same breath, gives room for rehabilitation. God, truly compassionate, forgiving and merciful that he is, gives room for flexibility and discretion. Each of the four Quran’ic verses on hudud is in every case immediately followed by preference for repentance and reform: if the offender repents and reforms himself then God is truly forgiving and merciful. Prime Minister Najib contends that the principle and objective of‘maqasid syariah’ (which among others, entails protecting religion, life, morals and property) is observed in the light of present reality, is already championed in existing laws, and therefore hudud does not need to be implemented. He is quite right. We have today laws of the land covering all the hudud offences. The hudud of yore was prescribed when there were no laws of the land. Furthermore, hudud was introduced because during the pre-Islamic period Arabs ruthlessly pursued material interest by plundering others to enrich themselves. Hudud made the state free from misery and injustice. Now is a different epoch. Property and rights are already protected by the existing laws of the land. We need to appreciate the difference. Tun Mahathir, who played the longest, primary role in setting up and strengthening the Islamic jurisprudence system in Malaysia, himself nonetheless says hudud is not found in the Qur’an. He affirms that it is man-made by Islamic jurists and its practice is flawed and unjust. A rapist for example, he alleges, will always get away because the rape victim will never be able to present four witnesses. If a child is born out of wedlock, the child being the evidence, the woman is punished for zina and the man responsible, Muslim or not, gets away scot free. In the case of a Muslim and a non-Muslim who steal together, the Muslim loses a hand and the non-Muslim gets away with a lenient punishment. Again, he further asserts, how can any unjust laws be Islamic because Islam is a religion of compassion, justice and peace. He has a point there. What the experts say Now let’s see what the experts say. Ex-Perlis Mufti Mohd Asri Zainul Abidin, a learned scholar in Islamic law, emphasises compassion and the mention of hudud should not provoke the fear it often does. He adds, however, that conditions in Malaysia are not conducive to hudud. And he questions Nik Aziz’s brand of hudud. Mohamed Hashim Kamali, a professor of law at the International Islamic University, in an article published in the Arab Law quarterly in 1998 emphasises that:. The Qur’anic outlook on punishment may be characterised by its dual emphasis on retribution and reformation. It is my submission that the conventional fiqhi approach to the formation of the underlying policy toward the hudud has failed to be adequately reflective of the Quran’ic guidance on this subject. And then in its typically imitative and taqlidi orientation, I further submit that the hudud Bill of Kelantan has also failed to be reflective either of the balanced outlook of the Qur’an or of the social conditions and realities of contemporary Malaysian society. The approach taken by Fiqh tradition is harsh as it is against the totality of Islam, a religion of compassion. Now if one were to review the whole theory of hudud from a strictly Qur’anic perspective, the hudud can no longer be seen as mandatory and fixed penalties. “The whole issue,” he stresses, “has been riddled with misunderstanding, exaggeration, and disillusionment.” IKIM has yet an interesting observation. In an article, ‘Hudud and democratic rights’, published in The Star in October last year, it summed up the situation as follows:

  1.  “A great number of the Muslims themselves do not believe in Islamic law, or (are) afraid of it because they have no idea or have been given a wrong idea as to what it is all about. Some others do believe in it, but they do not have confidence in those who say they can implement it….
  2.  “But a proper Muslim also would not allow people who are incompetent to use hudud as their rhetoric just to get into power because they are going to create bigger disaster …So now the crux of the matter is actually education.”
  3. “Islamic law and political system cannot be conceived nor practised outside the framework of Islamic ethics and morality because justice actually begins with the self. Even divine law cannot bring justice to society if it is left in the hand of incompetent and corrupt individuals.”
  4. “Our politicians, unfortunately, are not really interested in education. Perhaps, due to being poorly educated themselves, they do not see anything greater and more important than power.”
  5. “Today even the so-called ulama are thinking along those lines. Because of that they make politics their highest priority in life at the expense of all other concerns particularly education of the Muslims. They don’t realise, that due to their excessive preoccupation with power politics, the state of affairs of the Muslim education is steadily deteriorating, resulting in widespread ignorance and confusion”.
  6. Basically it effectively sums up what the politicians’ motives are by saying: “Implementing hudud is a big trust and it will not appear good and convincing in the hands of those who do not possess adequate moral and intellectual integrity.”
More views Dr Nik Noriani Nik Badli Shah, a lawyer with a Masters in Comparative Laws and a PhD in Islamic and Other Civilisations, claims that severe physical punishments including amputations were common in past societies, even in medieval Europe,. These were often imposed on the poor and weak. So, the Qur’an imposed hudud to limit the punishments by imposing various conditions before they could be carried out, and emphasising on repentance and God’s mercy.Echoing PM Najib, she says, societies today have prisons and other methods for punishment and rehabilitation. Sisters In Islam (SIS), on the other hand, alleges that the hudud issue in Malaysia is politically charged (explaining why this issue almost always crop up just before elections) and is still controversial among advocates, opponents and the Malaysian public. The group amplifies that all possibilities and the consequences must be weighed carefully to avoid the potential for enormous consequences of injustice that it holds. This is to avoid undermining the sanctity of Islam and to ensure too that human interpretations do not fatally contradict or subvert principles of justice, fairness and equality as enshrined in Islam. The European Muslim scholar Prof Dr Tariq Ramadan recently toured Malaysia and was even hosted by our esteemed local Islamic institutions – meaning he has a following among the learned in Islamic jurisprudence. He called for a moratorium on hudud punishments, on Islamic grounds until greater scholarly consensus is reached. A multiracial country like Malaysia is not suitable for hudud to be implemented. The religious advisor to Iranian President Prof. Dr H Gafoor Fard, invited to attend the 54th Umno General Assembly in 2003, said this to the Malaysian press after meeting DPM Abdullah Badawi. … except the Christians, the rest of non-Muslims presently forming our sizeable population are not people of the Allah ‘books’- the Torah, Zabur, Bible and Qur’an. Therefore saying hudud should be applied also to non-Muslims on the same basis is gravely flawed. Allah never forced such on people of other faith. Time and stake holders are different altogether. A mirage Umno’s proposal suggesting equal justice to all the citizens to reflect equal criminal responsibility over every crime committed in an Islamic state by any person, Muslim or non-Muslim, is effectively a mirage. You cannot forcefully make people of different faiths, different beliefs, practising different value systems, submit to a faith that is not their own. This is what the non-Muslims find alarming, incoherent and unjust. That is probably why Pas’ Kelantan Enactment gives a choice to non-Muslims whether they want to be punished by it or choose to be punished by the nation’s law instead. That’s two differing systems running parallel. In the race to play God, Kelantan’s hudud enactment is advocating different punishment to people of different faiths. The Muslim gets stoned for adultery and the non-Muslim partner gets freed from a jail sentence. What kind of social justice could that be? The question that comes to mind is, is Malaysia an Islamic state or is Islam just the official religion of this country? On the basis of the second, enshrined in our Constitution, the whole idea actually falls apart. Appreciate that Article 8 (1) of our Federal Constitution guarantees, “All persons are equal before the law and entitled to the equal protection.” Furthermore, Article 11 of the Federal Constitution also assures, “Every person has the right to profess and practise his religion.”. There is another twist, though. If Umno retains power in the 13th general election, with Minister Zahid Hamidi, now suggesting the formation of an ulama wing, the signs are clearer that hudud might find its way into our legal system. Unless Najib closes the chapter for good by amending the Constitution that hudud will never be implemented here, effectively taking away any chance for Pas in future to have the same idea, as the Malay saying goes, ‘gajah sama gajah lawan, pelanduk mati di tengah’ and non Muslim citizens could be in for a rough ride. (But see an accompanying piece to be published soon by Pas MP Dr Zulkefly Ahmad, that suggests a paradigm shift in thinking among the Pas leadership.) Should a doubtful social injustice be inflicted in a plural society by the sordid exploitation of a minority? Humans should stop punishing fellow humans for crimes against God. God knows how to handle such a situation. He does not need a man to “play” him. Sarajun Hoda is an Aliran exco member. ]]>

Minoriti perlu berani bersuara

Oleh: Uthaya Sankar SB Di Malaysia, kumpulan minoriti masih menjadi mangsa penindasan, kezaliman, diskriminasi, ketidakadilan dan penipuan. Saya sengaja – dan dengan penuh sedar – memulakan tulisan dengan menyatakan realiti di atas supaya pendirian saya adalah amat jelas sejak awal. Tidak perlulah sesiapa mencari-cari dan tercari-cari apa yang mahu saya tekankan dan dedahkan menerusi tulisan saya. Hakikat yang amat menarik untuk diperhatikan adalah bahawa kumpulan minoriti biasanya dilindungi dan diberikan pelbagai keistimewaan. Malah, undang-undang dan peraturan dibuat ke arah itu. Bagaimanapun, hal sama tidak berlaku di negara tercinta ini; sekurang-kurangnya sejak 1957. [caption id="attachment_853" align="alignright" width="240"] Masih ramai minoriti kaum India yang belum memiliki dokumen pengenalan yang sah.[/caption] Salah satu isu yang sering disuarakan adalah mengenai kumpulan minoriti India yang lahir di negara ini dan tidak memiliki mana-mana kewarganegaraan lain. Walau bagaimanapun, mereka masih dinafikan hak mendapatkan dokumen pengenalan diri. Sebagai minoriti, mereka bagaikan tidak ada pilihan lain selain menanti pihak tertentu “membaling tulang” dari semasa ke semasa; khususnya menjelang pilihan raya. Pandangan, contoh dan hujah yang saya kemukakan adalah berdasarkan pengalaman serta pemerhatian saya sendiri terhadap apa yang berlaku di depan mata melibatkan golongan minoriti. Bercakap mengenai “minoriti”, perkara-perkara yang mahu saya bincangkan bukan semata-mata merujuk pada “kumpulan kecil” berdasarkan kaum dan agama. Sebaliknya turut merujuk pada pendirian politik, ideologi, mazhab, sosial, bahasa, seksualiti dan pelbagai lagi kedudukan yang menjadikan kelompok itu hilang peluang untuk bersuara; selain ditindas golongan majoriti yang berkuasa. Sebagai contoh, ada sebuah kuil di kawasan perumahan saya. Kedudukannya di tepi jalan utama berdekatan sebuah bulatan. Setiap tahun, pada tarikh upacara keagamaan, ramai yang terpaksa meletakkan kereta di sepanjang jalan raya itu untuk ke kuil. Dalam kejadian sebelum tahun 2008 – sebelum Kerajaan Negeri Selangor diubah oleh Rakyat menggunakan kuasa undi – pihak berkuasa tempatan akan mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan terbabit. Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan, bazar diadakan di lokasi bertentangan kuil berkenaan. Orang ramai bebas meletakkan kenderaan sesuka hati di mana-mana dengan alasan mahu ke Bazar Ramadan. Pihak berkuasa tempatan tidak pernah mengeluarkan saman kerana perbuatan itu melibatkan golongan majoriti. Penulis Interlok jadi minoriti [caption id="attachment_850" align="alignleft" width="240"] Pengarang Interlok menjadi mangsa manipulasi golongan yang mahu menindas kumpulan minoriti.[/caption] Apa yang berlaku dalam contoh di atas pasti membuatkan golongan minoriti (penganut agama Hindu) marah dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pihak berkuasa. Mahatma Gandhi menegaskan bahawa even if you are a minority of one, the truth is the truth – kebenaran tetap kebenaran walaupun kumpulan minoriti itu hanya terdiri daripada seorang individu. Hal ini segera mengingatkan saya kepada isu novel Interlok: Edisi Murid yang menimbulkan kontroversi mulai akhir 2010 apabila dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas). Kehangatan kontroversi membuatkan masyarakat kurang mengetahui keseluruhan cerita. Misalnya, sebagai menghormati dan akur pada bantahan yang dikemukakan masyarakat India (minoriti), Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) selaku pengarang asal novel berkenaan (1968) bersetuju supaya istilah-istilah yang menyentuh sensitiviti kaum India (minoriti) dibuang daripada novel edisi murid (2010). Perkara ini dinyatakan sendiri kepada saya oleh isteri beliau, Datin Siti Saroja. Bagaimanapun, ada pula kumpulan tertentu (majoriti) yang tampil meminta (mendesak) supaya surat izin itu “ditiadakan” dan novel Interlok: Edisi Murid tetap digunakan di sekolah tanpa sebarang pindaan. Maka, Pak Lah yang tidak bersalah terpaksa menjadi minoriti yang ditindas, dizalimi, didiskriminasi, ditipu dan diperalatkan oleh pihak tertentu demi kepentingan peribadi dan apa yang dikatakan “hak kumpulan majoriti”. Usaha menjatuhkan maruah Pak Lah juga dilakukan pihak tertentu menerusi tindakan menggunakan pelekat – “pelekat ajaib” – bagi melakukan pindaan pada novel berkenaan. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) tetap dengan pendirian tegas walaupun selepas kesemua anggota Panel Bebas Meminda Novel Interlok memilih untuk menjadi minoriti dan berdiam diri serta akur pada apa sahaja tindakan pemerintah (majoriti). Minoriti yang suka ditindas Seorang lagi penulis kaum India sentiasa menjadi minoriti yang dipersenda dan diperlakukan sesuka hati oleh kelompok majoriti. Oleh kerana dia menulis dalam bahasa Melayu dan sering menulis karya bertema agama Islam, maka selalu sahaja pada majlis-majlis rasmi, orang akan meminta (mendesak) dia dan suaminya “masuklah Islam cepat-cepat”. Saya perhatikan bahawa dia hanya mampu berdiam diri dan tersengih kerana menganggap dirinya minoriti yang tidak boleh melawan asakan majoriti yang menentukan masa depannya. Individu yang sama juga pernah membenarkan dirinya (minoriti) dipergunakan sebuah pertubuhan (majoriti) untuk menjadi perisik bagi mengetahui pendirian Kavyan (di mana saya menjadi presiden) dalam isu kontroversi novel Interlok: Edisi Murid. Individu itu sendiri yang kemudian membuat pengakuan kepada saya berhubung perkara ini. Pada masa sama, katanya, oleh kerana dia hanya minoriti (minority of one), maka dia tidak dibenarkan oleh presiden pertubuhan itu untuk menyatakan pendiriannya mengenai novel Interlok: Edisi Murid pada sebuah forum yang dianjurkan oleh pertubuhan itu. Seorang lagi minoriti (minority of one) yang merupakan seorang pensyarah pula cuba meraih tempat dalam kalangan majoriti dengan menyebarkan fitnah mengenai Kavyan kepada para editor di sebuah penerbitan. Kononnya karya para ahli Kavyan perlu diboikot oleh penerbit berkenaan kerana Kavyan (minoriti) bersikap anti-Melayu serta berani melawan menteri (majoriti) dan pertubuhan pengarang (majoriti) dalam isu Interlok: Edisi Murid. Minoriti perlu bersuara Sementara ada minoriti yang sanggup menggadai maruah demi seketul tulang, ada pula minoriti – sama ada minority of one atau minority of many – yang terpaksa menggadai nyawa demi mempertahankan hak dan maruah. [caption id="attachment_851" align="alignright" width="212"] Cara paling mudah menindas LGBT adalah dengan melabel mereka menganjurkan pesta seks bebas.[/caption] Sekadar contoh terdekat adalah asakan demi asakan yang dilakukan pihak tertentu dan juak-juaknya terhadap golongan minoriti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Pada tahun lalu, program Seksualiti Merdeka difitnah sebagai pesta seks bebas. Pihak tertentu (majoriti) menggunakan hampir semua media arus perdana untuk melakukan penindasan, kezaliman, diskriminasi, ketidakadilan dan penipuan terhadap minoriti LGBT. Dalam agama Hindu, terdapat enam mazhab yang saling menghormati dan saling melengkapi. Hal yang berbeza pula saya perhatikan dalam kalangan penganut agama Islam di Malaysia – dan hanya di Malaysia. Tidak sekadar sewenang-wenangnya menuduh orang “Bukan Islam” sebagai kafir, ada pula kumpulan majoriti tertentu yang melakukan penindasan terhadap penganut mazhab selain mazhab yang mereka anuti. [caption id="attachment_852" align="alignleft" width="150"] Semua agama mewajibkan golongan minoriti dilindungi dan berikan hak.[/caption] Akibatnya, kumpulan minoriti yang menganuti mazhab lain dilabel sebagai pengikut ajaran sesat dan dihina sesuka hati. Selalunya pada tahap yang amat bertentangan dengan ajaran sebenar dalam agama Islam itu sendiri. Ternyata, untuk kumpulan majoriti tertentu di negara bertuah ini terus berkuasa, kumpulan minoriti perlu ditindas dengan apa cara sekali pun. Atau demikianlah kepercayaan dan amalan mereka. Seorang penulis dan seorang pensyarah (minority of one each) yang saya jadikan contoh di atas tidak perlu menghayati kata-kata Mahatma Gandhi. Mereka adalah golongan minoriti tanpa maruah yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi hamba kepada golongan majoriti – serta mahu terus menjadi mangsa penindasan, kezaliman, diskriminasi, ketidakadilan dan penipuan. Sebaliknya, golongan minoriti yang bermaruah memerlukan ruang untuk bersuara. Ruang untuk berdialog demi mencari penjernihan minda. Biarlah saya menggunakan ruangan ini untuk memberi peluang kepada mereka. Kerana saya juga sebahagian daripada golongan yang dilabel sebagai “minoriti” di negara bertuah ini.

]]>

Penan: 25 tahun. Sesudah Marudi, janji ditepati?

Oleh Dr Mohd Faizal Bin Musa

Felo Penyelidik

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hujung minggu ini, iaitu sehari sebelum negara menyambut Hari Malaysia; satu aksi renungan yang mendalam perlu dilakukan oleh kita semua, khususnya buat penganut agama Islam. Dua puluh lima tahun yang lalu, satu rayuan yang sangat mengharukan telah dilaung dari Baram. Pada 15 September 1987, kaum-kaum asli Sarawak mengadakan sebuah bengkel, lanjutan dari bengkel pertama mereka yang sebelumnya berlangsung pada 15 dan 16 Julai 1987. Bengkel yang dimaksudkan bertujuan untuk membincangkan masalah mereka dan juga untuk menyediakan satu pengisytiharan yang disepakati antara kaum-kaum asli dari komuniti yang berlainan. Malam 15 September tersebut, satu mesyuarat khas dianjurkan untuk membincangkan masalah yang dihadapi orang Penan. Ini memandangkan masyarakat Penan adalah penghuni hutan, hidup tanpa perkampungan teratur dan sangat bergantung kepada hasil hutan. Penan seperti yang kita semua maklum, merupakan kaum yang paling terjejas ekoran kegiatan pembalakan di Sarawak. Sebelum tengah malam, kira-kira detik menghampiri Hari Malaysia yang bersejarah tersebut – enam puluh orang peserta mewakili lima belas komuniti yang berlainan; terdiri daripada kaum-kaum asli Kayan, Kenyah, Kelabit, Iban, Berawan, dan Penan memutuskan satu deklarasi yang dinamakan Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September 1987. Pengisytiharan tersebut memuatkan penyataan rasmi berbunyi: Kaum, orang asli dari komuniti kaum asli yang berlainan di Sarawak berjumpa pada 15 September di Marudi, Baram. • Mengenal pasti bahawa kaum-kaum asli dan nenek moyang mereka telah menetap di atas tanah Hak Adat kaum Asli (NCR – Native Customary Rights) sejak beberapa generasi. • Dan mengenal pasti bahawa kaum-kaum asli dan komuniti-komuniti mereka bergantung sepenuhnya kepada tanah NCR untuk terus hidup. • Dan mengakui bahawa kaum-kaum asli dan komuniti-komuniti mereka sedang dan akan terus menghadapi masalah-masalah serius akibat kegiatan pembalakan secara sebarangan yang giat dijalankan oleh beberapa syarikat kayu balak di atas tanah NCR mereka. • Dan mengakui bahawa banyak lesen kayu balak atau pembalakan telah diluluskan secara sebarangan bagi kawasan tanah yang meliputi tanah NCR. • Dan mengenalpasti bahawa negeri dan agensi-agensi kerajaan yang berlainan tidak mengambil sebarang langkah untuk mempertahankan NCR. Dengan ini kami memutuskan seperti berikut :- 1. Semua lesen pembalakan /kayu balak yang meliputi tanah NCR dan/ atau sempadan rumah panjang yang berlainan dibatalkan dan/ atau ditarik balik; 2. Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan mengiktiraf hak adat tanah kami ke atas tanah kami; 3. Semua sempadan komuniti-komuniti kaum asli/rumah panjang yang berlainan, patut ditentukan dan ditandakan bagi mengelakkan sebarang peselisihan diantara mereka; 4. Polis harus bertindak secara adil dan tidak kelihatan sebagai alat yang dipergunakan bagi menjaga kepentingan syarikat-syarikat kayu balak; 5. Pampasan dibayar bagi semua kerosakan kepada tanah-tanah NCR, tanaman, tempat perkuburan, dan sumber-sumber penting lain, yang disebabkan oleh syarikat-syarikat kayu balak; 6. Sekatan-sekatan kami adalah sah kerana didirikan di atas tanah kami sendiri untuk mempertahankan hak-hak kami; 7. Setiap ketua komuniti patut bekerjasama dan memperjuangkan kepentingan komuniti mereka masing-masing dan bukan kepentingan mereka masing-masing; 8. Pembangunan tidak harus merosakkan alam semulajadi dan alam sekitar kami. Pembangunan mesti mengiktiraf hak adat kaum asli dan tidak merampas hak-hak kami. Pembangunan kepada kaum Penan tidak bermakna bahawa mereka harus menetap di satu tempat. Pembangunan kepada kaum Penan bermakna bahawa mereka mereka mempunyai hak untuk memilih dan mengekalkan cara hidup mereka; 9. Berita akhbar patut disampaikan secara adil dan bertanggungjawab dan bukan berat sebelah. Para pemberita patut melaporkan perkara yang benar dan menjalankan tugas mereka dengan sempurna; 10. Dan kami semua bersetuju menyertai Jawatankuasa Tindakan Hak-hak Kaum Asli (NRAC – Native Rights Action Committe) yang berasaskan objektif-objektif berikut :- i) berfungsi sebagai satu badan penasihat dan pendidik kepada komuniti-komuniti kaum asli dengan mengumpul dan menyebarkan maklumat daripada dan kepada komuniti-komuniti kaum asli yang lain; ii) mengenal pasti dan mendefinisikan hak-hak kaum asli; iii) mengambil tindak untuk memajukan, menasihatkan, mengumumkan dan menguatkuasakan hak-hak ini; iv) menasihatkan dan menghulurkan segala bantuan yang perlu kepada kaum-kaum asli berhubungan dengan hak-hak ini, dan v) mengambil sebarang tindakan yang perlu demi kebajikan dan kemajuan kaum-kaum asli. Pengisytiharan di atas diluluskan oleh dua puluh orang wakil kaum asli yang telah menghadiri bengkel kedua tersebut. Mereka berasal dari komuniti rumah panjang Batu Belah (Tutoh), Linei (Tutoh), Long Napir (Limbang), Uma Bawang (Baram), Long Bangan (Tutoh), Long Leng (Layun), Long Belok (Apoh), Long Lilim (Patah), Long Kawi ( Patah), Long Itam (Patah), Long Lutin (Patah), Long Tepen (Pelutan), Long Paloh (Layun), Long Lateik (Apoh), Long Iman (Tutoh), Long Daloh (Patah), dan Sungai Abang (Akah). Bengkel di ambang Hari Malaysia itu juga memutuskan untuk menyokong penubuhan Persatuan Penan Sarawak. Beberapa bulan sebelum Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September tersebut, iaitu pada 30 Julai 1987, kaum Penan telah pun mendapat perhatian masyarakat umum apabila empat orang dari kaum Penan, dua kaum Kelabit, dua dari Kayan, dua dari kaum Lum Bawang, seorang Iban dan seorang suku Kenyah datang berjumpa dengan Timbalan Pedana Menteri Malaysia waktu itu, Abdul Ghafar Baba, serta beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri yang juga anggota kabinet dari Sarawak. Anggota Kabinet dari Sarwak yang ditemui antara lain ialah Datuk Leo Moggie, Datuk Amar Stephen Young dan Dr. Leo Michael Toyad. Janji ‘orang-orang besar pemerintah’ adalah untuk membawa tuntutan mereka ini kepada pihak yang sepatutnya. Bahkan mereka, kaum Penan dijanjikan oleh kerajaan kerajaan pusat yang mahu masalah kaum tersebut diselesaikan secara aman (Lihat Watan 30 Julai 1987). Sesungguhnya nasib yang dialami kaum Penan harus mendapat pembelaan sewajarnya. Sebagai golongan yang tertindas, rayuan-rayuan mereka kepada syarikat pembalakan sama sekali diabaikan. Dalam tahun 1987, Sahabat Alam Malaysia (SAM) pernah melaporkan bagaimana tanah-tanih tanaman milik kaum Penan di Long Kevok dan Long Leng (di Sungei Layun, Tutoh) dan Long Jenalong (di Apoh) telah dimusnahkan akibat aktiviti syarikat-syarikat pembalakan. Apa juga rayuan daripada mereka supaya pihak pembalak membayar gantirugi sama sekali tidak diendah. Paling memilukan, kerakusan golongan kapitalis menjarah dan memperbudakkan kaum asli telah berlangsung sekian lama. Antara rakaman yang kurang diketahui ialah laporan Ketua Pegawai Perubatan dari Bahagian Keempat Sarawak, Dr Andrew Kiyu selepas beliau mengunjungi Sungei Layun di Tutoh dalam tahun 1983. Beliau menjelaskan bagaimana “Kawasan sekitar hutan telah dimusnahkan, kaki-kaki bukit telah disodok oleh traktor-traktor. Aliran air yang dulunya mengalir jernih dan bersih dari gunung kini bertukar warna kuning dan tebal dengan lumpur selepas hujan, haiwan-haiwan jarang ditemui. Apa lebihan yang diterima oleh Kaum Penan? Kepingan zink lebihan yang tidak mahu dipakai lagi dari kem-kem balak; beberapa ratus ela persegi tanah yang telah dikorek, kononnya akan menjadi tapak pembinaan rumah panjang. Adakah ini suatu yang bernilai?” (Lihat Utusan Pengguna edisi April 1987). Masyarakat Penan juga telah diperdayai syarikat-syarikat pembalakan yang menipu mereka supaya menurunkan cap-cap jari pada perjanjian yang tidak mereka fahami dan mendatangkan keburukan kepada mereka. Sebagai misalan, salah satu perjanjian antara kaum Penan di Ulu Tutoh dan Wan Abdul Rahman Timber Sdn Bhd yang ditulis dalam bahasa Inggeris menyebut: “Kaum Penan tidak harus membuat aduan berhubung dengan pencemaran air minuman atau apa juga bentuk kegunaan air daripada sungai-sungai, anak-anak sungai dan terusan di dalam kawasan itu, kerosakan atau gangguan terhadap haiwan liar, hasil hutan atau pertumbuham hutan.” Hampir tiga tahun setelah Abdul Ghafar Baba, Datuk Leo Moggie, Datuk Amar Stephen Young dan Dr. Leo Michael Toyad berjanji; mesyuarat Persatuan Penan Sarawak di Marudi, Baram pada 20 dan 21 Januari 1990 memutuskan tiada janji telah ditepati. Mesyuarat tersebut telah mengenalpasti sebelas perkara untuk diatasi dan disuarakan kepada orang awam. Sebelas perkara itu adalah: 1. Aktiviti pembalakan masih lagi diteruskan dan bertambah giat dijalankan di semua kawasan. Banyak kawasan yang dimasuki semula beberapa kali dan mempunyai peluang yang tipis untuk subur semula. 2. Masalah pencemaran sungai dan anak sungai yang menjadi pergantungan untuk bekalan air dan untuk membasuh juga bertambah teruk. 3. Pemupusan sumber makanan (tumbuhan dan hidupan liar) mengakibatkan berlakunya kebuluran dan kekurangan zat di kalangan Penan. 4. Penyakit seperti tibi, penyakit kulit dan sakit perut menjadi lebih kerap dan kian merebak jika dibandingkan dengan keadaan sebelumnya. 5. Kawasan Hutan Simpan Komuniti yang dipohon oleh kaum Penan untuk keperluan mereka sudahpun dimasuki dan ditebang walaupun sementara menunggu pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa berkenaan. 6. Bantuan pembangunan dan janji-janji kerajaan untuk mewujudkan pusat perkhidmatan bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penting tidak diberikan atau tidak dipenuhi. 7. Jawatankuasa Kabinet Negeri Mengenai Hal Ehwal Penan tidak membuat sebarang lawatan untuk menyiasat keadaan kaum Penan dan tidak menunjukkan usaha yang ikhlas untuk melakukannya. 8. Hak Penan untuk menggunakan tanah, hutan dan sumbernya semakin berkurang. Ini adalah kerana kegiatan membalak dan kewujudan Taman Negara seperti Taman Negara Mulu. 9. Nampaknya terdapat sedikit atau tiada simpati dan keikhlasan pada sesetengah pegawai dalam mengendalikan perkara-perkara yang berkait dengan Penan. 10. Penan juga kerap dianggap sebagai penjenayah, anti kerajaan dan anti pembangunan oleh sesetengah ahli politik dan individu di dalam kerajaan, kerana mereka sering membantah aktiviti yang menjejaskan kehidupan mereka di atas tanah milik mereka sendiri. 11. Penan sering dimalukan dan diancam kerana bantahan mereka terhadap syarikat pembalakan dan perjuangan mereka untuk melindungi hutan dan tanah mereka di kawasan penempatan sendiri. Lebih memalukan ialah undang-undang yang tidak adil seperti Seksyen 90B, Ordinan Hutan Bahagian 126. Jentera dan sumber negeri telah digunakan untuk memberikan perlindungan kepada syarikat kayu balak yang menyebabkan kerosakan kepada tanah dan harta-benda serta gangguan ekologi. Dengan demikian; mesyuarat memutuskan dan merayu kerajaan, kumpulan serta individu berkenaan supaya : 1. Menghentikan segera aktiviti pembalakan di semua kawasan penempatan kaum Penan. 2. Melarang kemasukan semula syarikat balak ke kawasan yang lebih jauh di kawasan Penan kerana ini akan menambahkan lagi kemusnahan terhadap kawasan hutan. 3. Menghentikan pembalakan di kawasan Penan kerana kawasan ini membentuk kawasan tadahan hujan yang penting bagi kebanyakan lembah sungai yang utama untuk mengelakkan bencana ekologi. 4. Mengambil langkah segera untuk menyediakan kemudahan asas seperti paip untuk bekalan air dan tangki air untuk memastikan bekalan air bersih kepada Penan. 5. Mengambil langkah segera untuk menjalankan program tinjauan kesihatan dan langkah untuk meningkatkan serta menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk Penan di kawasan penempatan mereka. 6. Kerajaan mesti mempercepatkan proses dan meluluskan permohonan Penan bagi Hutan Simpanan Komuniti untuk melindungi sesetengah kawasan hutan dari ditebang. 7. Bantuan pembangunan dan galakan yang dijanjikan kepada Penan semenjak beberapa tahun yang lalu haruslah segera dilaksanakan. Semua penempatan Penan haruslah dilengkapkan dengan semua kemudahan asas seperti klinik dan sekolah. 8. Membatalkan atau menarik balik semua tuduhan terhadap Penan dan kaum asli yang lain di bawak Seksyen 90B (Ordinan Hutan, Bahagian 126). Undang-undang ini tidak adil dan tidak wajar dikenakan ke atas penduduk asli dan perlu dimansuhkan. 9. Jawatankuasa Kabinet Negeri Mengenai Hal Ehwal Penan perlu dibubarkan kerana tidak berkesan dan tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Penan di negeri itu. Ia hanyalah ditubuhkan untuk mengelirukan orang ramai dan kumpulan-kumpulan yang mengambil berat tentang nasib penghuni hutan. 10. Kerajaan dan agensinya haruslah menghubungi Penan dalam setiap projek pembangunan yang melibatkan mereka dalam kawasan masing-masing. 11. Menyeru semua ahli politik, pemimpin kerajaan atau individu supaya berhenti mengecap Penan sebagai anasir subversif kerana kenyataan itu tidak berasas dan tidak berperasaan. Sebaliknya, tuduhan itu perlu ditujukan kepada pengeluaran lesen balak serta yang melalui tanah Penan dan menyebabkan kerosakan dan pemusnahan harta-banda Penan. Resolusi mesyuarat Persatuan Penan Sarawak di atas wajar dinilai sebagai satu rekod ‘prestasi’ kaum penguasa terhadap masyarakat tertindas. Dalam tahun 2012, dua puluh lima tahun sesudah Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September 1987, kita membaca isi berita menjengkelkan seperti yang dilaporkan oleh Borneo Post 10 Februari 2012; “What we do is collect reports on all the good and bad things written or said about the country and send them back to Malaysia. Issues range from politics to petty issues like animals in zoos and the Penans in Sarawak.” (Lihat http://www.theborneopost.com/2012/02/10/embassy-wary-of-ngos-out-to-discredit-country/) Kenyataan Malaysian High Commissioner ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong tersebut mengundang kecaman segelintir masyarakat antarabangsa kerana dibaca oleh ramai pihak sebagai menyamakan nasib kaum Penan yang tertindas dengan monyet kera di zoo. Selain itu, kita juga terpaksa menghadap tajuk berita yang berbunyi ‘Rape of Penan Women Did Occur’ dengan isi berita yang menyedihkan; “A special committee, set up by the Women, Family and Community Development Ministry, revealed that sexual abuses against Penan women and girls by timber workers as reported by The Star last year did take place in the Baram district. The special committee, set up last October to investigate the allegations, documented at least eight cases of rape and molest of Penan women and girls in its report. The report said one of the victims was raped by a timber worker when she hitched a ride in the company’s vehicle to go to school.” (Lihat http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/11/nation/4696153&sec=nation) Isu Penan sewajarnya sangat dekat di hati orang mukmin kerana mesej sebesar, sejagat dan sebenar Islam sewaktu diserukan oleh Rasulullah saw di kota Mekah ialah untuk membebaskan golongan tertindas dari penganiayaan pihak penguasa yang zalim. Kita mungkin sayu hati membaca tajuk berita berbunyi ‘Penan Muslims Set Up Blockade at Bintulu, Six Held’ pada 18 Mei 2012 lalu dengan isi beritanya; Six Penan Muslims were detained by police last Wednesday under suspicion of setting fire to a plantation where they had set up a blockade to demand that the land be returned to their families. The six were picked up by the police on May 16 after the plantation developer, Sebekai Plantation Sdn Bhd, alleged that they had set fire to the plantation (Lihat http://www.malaysiakini.com/news/198312). Tiga tajuk berita dalam tahun 2012 di atas tidak menunjukkan ada pemulihan prestasi sejak 1987. Barangkali Perutusan Perdana Menteri untuk Hari Malaysia 2011 yang berbunyi, ‘kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya’ adalah satu khayalan, jenaka dan kabus pagi yang kian sirna. Untuk Penan yang jumlahnya kurang lebih sepuluh ribu orang, mungkin, Hari Malaysia 2012, hanyalah satu lagi 15 dan 16 September yang tiada makna, satu lagi peristiwa malang yang tidak wajar diraikan kerana Pengisytiharan Bengkel Kedua Kaum Asli 15 September 1987 dua puluh lima tahun lalu sudah menjadi serpihan nota sejarah yang tidak dihiraukan. Kehidupan mereka tidak dianggap tiada nilai. Kemanusiaan sudah kian tiada. Perlindungan yang sedia ada tidak melindungi mereka secukupnya. Seksyen 5(1) Kanun Tanah Sarawak yang mengiktiraf hak penduduk asli sepertimana yang wujud pada 1 Januari 1958 tiada terpandang. Di sebalik dakwaan janji-janji kemajuan yang telah ditepati, mitos nikmat merdeka yang mengghairahkan, bayangkan, sebuah komuniti menghampiri selangkah lagi kepada kepupusan. Seperti yang dilaporkan oleh badan terkenal National Geographic, “the Penan face fewer and fewer resources, and their culture itself is on the verge of extinction” (Lihat http://www.nationalgeographic.com/features/00/earthpulse/rainforest/gallery2.html). Hujung minggu ini, saat sebahagian besar rakyat Malaysia bercuti panjang terdapat satu siri tuntutan yang belum terlunas, terdapat sehimpunan janji yang belum sungguh ditepati, dan terdapat kaum tertindas yang masih belum dapat mengecap nikmat kemakmuran Malaysia. ]]>