Projek Dialog

Tingkah laku media kala pilihanraya

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor

Pendahuluan

Penggunaan media dalam kempen pilihanraya adalah sesuatu yang lumrah. Salah satu isu yang menimbulkan gegak adalah tawaran kerajaan kepada parti-parti pembangkang untuk menjelaskan manifesto mereka selama 10 minit (secara rakaman) menerusi saluran rasmi RTM. Peranan tradisional sesebuah media perdana adalah untuk menjadi pengikat yang dapat menghubungkan pelbagai lapisan dan ragam ahli masyarakat. Dalam erti kata lain media mempengaruhi bagaimana anggota masyarakat saling berkomunikasi antara satu sama lain. Media dengan itu memberikan impak kemasyarakatan yang besar. Media bukan semata-mata menyalurkan maklumat tetapi sebenarnya membentuk masyarakat yang menerima maklumat tersebut. Ini telah disebut oleh sosiologis Michael Schudson (1995: 24-25) bahawa media bukan sahaja menghantar maklumat akan tetapi turut sama mencorak penerima maklumat tersebut: The greatest effects may not be measurable influences on attitudes or beliefs produced by media but the range of information the media make available to individual human minds, the range of connections they bring to light, the particular social practices and collective rituals by which they organize our days and ways. The media are more important, not less important, than popular opinion would have it, but rarely in the ways that popular views assume. The media organize not just information but audiences. They legitimize not just events and sources that report them but readers and viewers. Their capacity to publicly include is perhaps their most important feature. That you and I read the same front page or see the same television as the President of the United States and the chair of IBM is empowering; the impression it promotes is equality and commonality. Petikan di atas menjelaskan betapa setiap sesuatu insiden, acara sosial, apatah lagi acara politik seperti pilihanraya bukan sahaja akan dilaporkan oleh media, malah media selaku pelapor dapat mempengaruhi audien. Dalam erti kata lain, media perdana terdedah kepada pemanipulasian. Strategi Media Perdana Dalam disiplin psikologi, terdapat satu kaedah atau proses pembelajaran (dalam hal ini pemanipulasian politik) yang dapat dihitung menerusi prosedur Pavlovian secara conditioning. Prosedur yang dimaksudkan ialah apabila satu-satu entiti (E) memiliki kawalan penuh terhadap semua peristiwa, (E) boleh menentukan kekerapan masa, ketepatan aksi percubaan selain menguruskan tingkah laku sasarannya. Sebagai misalan, latihan terhadap seekor anjing dengan memberinya makan pada setiap jam 3 petang sahaja, dengan menghantar satu isyarat denting loceng; yang dilakukan berulang-ulang sehingga sang anjing terbiasa dan terlatih oleh tubi dan asakan latihan yang sama akan menatijahkan anjing menunggu makanan pada setiap jam 3 petang dengan bunyi loceng dengan penuh selera. Latih tubi appetite behaviour ini dari dahulu hingga sekarang memperolehi jawapan yang sama. Iaitu sasaran untuk prosedur conditioning ini di akhirnya akan mengikut, taat, patuh dan meniru apa yang disogokkan oleh (E). Sejak Pavlovian mengemukakan gagasan conditioning ini tokoh-tokoh psikologi ulung antara lain seperti M.M Shapiro (1962: 567-571) serta W. Kintsch dan R.S Witte (1962: 963-968)[i] memutuskan bahawa prosedur conditioning dengan latih tubi appetite behaviour ini sangat berkesan dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran sasaran. Prosedur conditioning ini boleh menjadi strategi media perdana ketika kempen politik, khususnya di musim pilihanraya. Pemanipulasian politik di saat kempen pilihanraya semakin membahang adalah sesuatu yang selalu terjadi, malah di negara-negara maju. Media perdana dapat menjadi alat mempengaruhi, alat memanipulasi, dan alat penyampai maklumat yang berkesan. Media justeru menjadi medium yang efektif buat entiti politik seperti politikus, parti politik dan masyarakat sivil. Masyarakat yang telah dilatih tubi oleh (E) dalam hal ini, media elektronik dan cetak, akan mengutip dan menyerap terlalu banyak pesan media. Oleh kerana ia merupakan satu proses conditioning, masyarakat akan akhirnya mengikut, taat, patuh dan meniru apa yang disogokkan oleh media elektronik mahupun cetak. Justeru, tidaklah menghairankan pemonopolian media ketika pilihanraya khususnya menjadi tanda, atau gejala kepada ciri-ciri sebuah rejim totalitarian. K. Ramanathan (1989: 319) menekankan pemonopolian media massa dan pengawasan semua aspek kehidupan adalah merupakan satu ciri politik rejim atau politik yang mengikat. Di saat pilihanraya sedang menghampiri, apakah yang dilatih tubikan oleh televisyen hari ini? Apakah yang disogokkan oleh media elektronik mahupun cetak kepada masyarakat sebagai pusingan appetite behaviour? Dan bagaimana masyarakat menerima dan terlazim; malah terpengaruh sikap mereka dengan apa yang disalurkan oleh televisyen itu? Ideologi Media Media yang dimanipulasi entiti politik tertentu melakukan satu penyebaran ideologi tunggal. Apa yang dimaksudkan dengan ideologi tunggal ini adalah ‘ideologi media’. Dalam menjelaskan ‘ideologi media’, sarjana dan media sosiologis yang tersohor Herbert J. Gans (1979: 39-69) menekankan bahawa terdapatnya kecenderungan bias dalam berita-berita yang dipaparkan di media. Ideologi media yang disebarluaskan antara lain ialah lima kunci penting yang disebutkan olehnya sebagai ‘nilai-nilai bertahan’ yang telah meresapi media dan disampaikan secara halus tanpa memikirkan keadilannya untuk khayalak. Lima poin penting ideologi ini sudah memadai untuk menunjukkan bahawa berlakunya pemanipulasian politik dan pemonopolian yang merujuk kepada pengukuhan sistem totalitarian. Lima poin penting tersebut adalah; i.                 Demokrasi altruistik – Dalam hal ini, media perdana menegaskan secara berulang kali (conditioning) satu kepercayaan, bahawa politik haruslah berdasarkan kepentingan awam dan servis. Terdapat pemantakan dan pemaksaan maklumat yang berulang-ulang bahawa hanya satu parti sahaja yang mewakili kepentingan awam dan melakukan khidmat atau servis yang selayaknya diberi sokongan. ii.               Individualisme – Media akan membentuk pandangan awam bahawa usaha menolak ideologi media adalah usaha untuk memartabatkan kebebasan individu, justeru mengatasi kepentingan dan keperluan masyarakat umum yang lebih besar. Media mendakwa mereka mewakili, malah ejen, masyarakat umum. iii.              Moderatisme – Media perdana cenderung memberi penekanan supaya ahli masyarakat (atau pengundi) bersederhana dalam berpolitik, sambil menetapkan nilai-nilai tertentu yang menurut media tersebut sebagai sesuatu yang ideal. Moderatisme ini juga dilakukan atas nama pemerkasaan budaya. Sebagai contoh media akan melakukan pemomokan terhadap parti-parti politik tertentu, selalunya yang menjadi mangsa adalah parti-parti oposisi. Dalam masa yang sama media akan melakukan conditioning bahawa budaya umat majoriti sedang terancam, dilemahkan, tergugat dan satu-satunya peluang untuk menyelamatkannya adalah dengan ‘bersederhana’, bahawa memilih parti yang lain dari yang diiklankan oleh media itu sebagai ‘berada di luar landasan yang betul’. Pemerkasaan budaya itu juga dihadirkan dalam bentuk lagu yang disembunyikan mesej-mesej patriotisme. iv.              Kawalan – Media perdana akan mengambil peluang untuk memberi penekanan dalam isu-isu ketenteraman sosial, mengingatkan khalayak supaya mengelakkan konflik, sambil menghormati autoriti politik dan sosial. Lazimnya autoriti politik dan sosial tersebut adalah rejim yang memerintah. Sebagai contoh media akan mengingatkan bahawa sebarang perubahan politik akan membawa kepada ketidakstabilan, kehuru-haraan dan menjejaskan kebahagiaan yang sedang dinikmati, mengacau kemakmuran dan menjerumuskan negara ke kancah masalah. v.               Kepimpinan – Media memilih untuk memaparkan hanya ada satu kepimpinan yang jujur, baik, benar dan kepimpinan ini adalah kepimpinan yang dapat mengatasi apa jua persoalan menerusi visi, stamina dan keberanian. Kepimpinan lain tidak harus dipertimbangkan kerana ia tidak memiliki karisma, jelek dan tiada kewibawaan. ‘Ideologi media’ yang disentuh di atas, dipasakkan dalam kalangan masyarakat dalam bentuk conditioning dan selalunya mengambil pendekatan yang memaksakan. Pendekatan yang memaksa ini adalah satu bentuk panopticon. Panopticon dan Jurnalisme Sivik Salah satu gejala ketempangan demokrasi di Malaysia adalah peranan media sebagai panopticon. Dalam keadaan yang tempang ini media alternatif berperanan sebagai pengimbang kepada media arus perdana. Media ini akan berfungsi untuk menampung kekurangan dan lompong kosong yang ditinggalkan oleh media arus perdana. Media alternatif tidak berminat dengan kuasa dan persaingan pasaran tetapi mementingkan kebenaran. Meskipun kebenaran tersebut terhad dalam rangka yang difahami mereka. Kebenaran yang dimaksudkan di atas membawa media alternatif ke dalam ruang jurnalisme sivik yang sihat. Dalam keadaan tempang ini, media alternatif terpaksa, dan tiada pilihan lain, melainkan bersiap untuk menawarkan jurnalisme sivik. Jurnalisme sivik adalah jurnalisme yang membebaskan diri dari kongkongan ideologi lapuk media yang telah dibincangkan sebelumnya. Pendekatan media alternatif ini ialah dengan mendekati masyarakat awam. Media dengan jurnalisme sivik berusaha mendapatkan daripada anggota masyarakat isu-isu yang diprihatini dan pandangan mereka tentang isu tersebut. Jurnalisme sivik dengan itu memerdekakan diri dari sumber rasmi, dan dapat menjadi media yang terbuka, tidak elitis, dan lebih mendekati egalitarian. Media alternatif dengan itu lebih berani, lebih bersedia dan lebih fleksibel dalam melaporkan isu-isu semasa ketika berlangsungnya satu pilihanraya, khususnya dalam negara yang mengalami ketempangan demokrasi. Ini terjadi kerana media perdana terkekang oleh kehendak pengiklan, iaitu parti (pelabur) terbesar dan mahu kekal sebagai panopticon. Michel Foucault (1979) menggunakan metafora panopticon ini untuk menggambarkan bagaimana sesebuah organisasi besar mengawasi manusia, langsung mengawal dan menentukan kehidupan awam. Panopticon adalah adalah sejenis alat kawalan di penjara yang berpusat dan membolehkan pihak penguasa melihat dan memerhatikan banduan. Tujuan panopticon bukanlah untuk mengawasi semata-mata tetapi lebih untuk mewujudkan satu keadaan yang dirasai dan disedari kewujudannya, sekaligus menjamin kewujudan semacam satu kuasa sedang menentukan gerak laku banduan. Meskipun Foucault tidak secara terang merujuk media sebagai satu jenis panopticon, andaian bahawa media perdana hari ini mendapat tempat dan kedudukan di ‘menara kawalan panopticon’ tersebut adalah sangat relevan. Bahkan, lebih aneh, media juga disayangi sebagai fungsi panopticonnya itu. Sesuatu yang perlu diingat tentang panopticon ialah sifatnya; iaitu sifat ‘sedikit menentukan yang banyak’. Dalam hal ini sekumpulan minoriti (elitis) sedang menguasai, mempengaruhi, mencorak dan memegang umat majoriti melalui satu kawalan yang olok-olok atau kawalan momok-momokkan. Ia bukanlah satu kawalan yang sebenar[ii]. Fenomena segelintir ahli masyarakat yang dapat dipukau sehingga mereka mengimani ideologi media (elektronik ataupun cetak) tertentu adalah berkait rapat dengan gejala panopticon ini. Kecelakaan besar yang ditimpakan oleh media perdana panopticon ini adalah ia membantut, mengkontot, dan membasmi kekuatan jati diri bangsa sehingga pandangan sarwanya (world view) terhijab, epistemologinya (falsafah keilmuan) tertempurung dan aksiologinya (sistem nilai) terkepung. Ekoran dari kecelakaan besar itu, rakyat atau orang awam menjadi lumpuh fikir, mendapat strok pada pusat akal, kehilangan rasio dan lojik lantas membenarkan korupsi berganda menimpa pundak mereka. Kelihatannya, media perdana menghambakan rakyat. Sementara media alternatif dengan jurnalisme sivik bersikeras memerdekakan. Untuk melawan media perdana yang melakukan conditioning dan yang sedang berfungsi sebagai panopticon ini, jurnalisme sivik sedang mendepani pertempuran yang dahsyat. Masyarakat sivil yang kurang tercemar oleh sebarang conditioning dan belum dipukau serta kebal oleh panopticon perlu melakukan penggemblengan tenaga untuk menyusun strategi menerusi jurnalisme sivik. Ideologi tunggal media yang dinamai sebelum ini sebagai ‘ideologi media’ memerlukan strategi berkesan untuk dikalahkan. Antara strategi yang dapat digariskan adalah pertamanya keperluan menggerakkan semua yang dipunyai untuk membasmi sikap tidak peduli. Untuk umat Melayu yang beragama Islam, Allah berfirman dalam surah Hud pada ayat 46, terjemahannya: ’Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak peduli’. Tidak peduli adalah musuh utama manusia, malah merupakan sumber kepada segala korupsi. Sikap tidak peduli memadamkan cahaya dan kuasa yang mendorong manusia kepada kepupusan. Pasukan jurnalisme sivik perlu menggunakan seluruh daya media alternatif untuk menjawab dan memberi respon kepada asakan media perdana. Strategi kedua adalah sasaran. Jurnalisme sivik perlu menentukan sasaran. Strategi bertingkat untuk membetulkan sasaran yang telah mengalami ’brainwash’ perlu ditekuni. Oleh kerana manusia tidak memiliki daya taakulan yang sama, kreativiti dalam penyampaian rasa peduli di atas perlu dipelbagaikan. Ada sesetengah madh’u di luar sana yang ’bodoh’ dan terus mempercayai kebodohan tersebut. Mereka menjadi si bodoh tegar setelah mengalami latih tubi seperti anjing dengan bunyi denting loceng setiap jam 3 petang. Sang anjing atau ’si bodoh’ ini adalah kelompok yang sukar untuk dipulihkan. Analoginya tepat adalah mereka merupakan penagih tegar. Dadah sudah merasuk mereka. Yang boleh disedarkan ialah kelompok masyarakat yang ada sedikit kesedaran. Peranan mereka yang perlu membaja anggota komuniti yang separa sedar ini terletak di bahu jurnalis sivik yang antara lain adalah para intelektual awam, para ilmuan yang jujur, para budayawan yang memahami hakikat bahawa setiap kota itu peradaban, rumah di dalamnya haruslah budaya dan ’tiang serinya’ pula hendaklah agama. Oleh kerana itu, kumpulan terbesar dalam jurnalis sivik ini adalah golongan ’ulul albab’. Kesimpulan Di awal artikel ini ada disentuh mengenai tawaran kerajaan untuk parti pembangkang menerangkan isi atau muatan manifesto mereka di saluran televisyen rasmi RTM. Apa yang berlaku ialah tawaran terhad selama 10 minit untuk parti pembangkang, dan penggunaan media tanpa limit buat parti penyandang. Menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung beberapa minggu mendatang, tindak-tanduk media perdana yang mengekang informasi sihat dan menyarankan ideologi media kepada audien dapat diperhatikan coraknya. Media perdana melakukan proses conditioning tanpa segan silu, menunjukkan ketiadaan proses demokrasi yang sihat untuk semua entiti politik yang sedang bersaing. Sebagai panopticon, media juga memantau dan memaksakan gerak geri bakal pengundi. Dalam masa yang sama, kemunculan jurnalisme sivik dalam bentuk media alternatif memberi ruang perlawanan yang sedikit. Cabaran besar jurnalisme sivik ialah menentang ketempangan demokrasi. Media alternatif perlu berlaku kreatif dalam menyampaikan maklumat yang adil, fleksibel, lebih jujur kepada khayalak. Untuk tujuan itu, media perlu menimbangkan sikap tidak peduli sesetengah audien memandangkan mereka adalah mangsa conditioning. Seterusnya, media alternatif perlu menentukan sasaran. Audien yang sudah terpukau dengan media perdana tidak begitu bermanfaat untuk menyertai proses demokrasi yang sihat lagi. Khalayak ini telah pun menetapkan fikiran dan tekad mereka untuk memilih. Walaubagaimanapun, kehadiran golongan intelek yang menyumbang fikiran, idea dan ulasan di media alternatif dapat meningkatkan peranan jurnalisme sivik dan sedikit sebanyak mencorakkan rentak pilihanraya yang benar-benar sihat.

Nota   [i] Memadai misalnya untuk merujuk Shapiro, M.M. 1962. Temporal Relationship Between Salivation and Lever Pressing With Differential Reinforcement of Low Rates Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 567-571. Juga Kintsch, W. & Witte, R.S. 1962. Concurrent Conditioning of Bar-Press and Salivation Responses. Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 963-968.  
[ii] Untuk pemahaman lanjut, lihat Foucault, M. 1979. Terj. Sheridan, A. Discipline and Punish: The Birth of the Prison. New York: Vintage Books.     Rujukan   Anderson, R. &. Dardene, R. &. Killenberg, G.M. 1994. The Conversation of Journalism: Communication, Community and News. Westport: CT Praeger.   Black, J (ed.) 1997. Mixed News: The Public/Civic/Communitarian Journalism Debate. Mahwah NJ: Lawrence Erlbaum.   Foucault, M. 1979. Terj. Sheridan, A. Discipline and Punish: The Birth of the Prison. New York: Vintage Books.   Gans, H.J. 1979. Deciding What’s News. A Study of CBS Evening News, NBC Nightly News, Newsweek and Time. New York: Pantheon Books.   Merritt, D.B. 1995. Public Journalism & Public Life: Why Telling the News is Not Enough. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.   Ramanathan, K. 1989. Asas Sains Politik. Shah Alam: Fajar Bakti.   Schudson, M. 1995. The Power of News. Cambridge MA: Harvard University Press.   Shapiro, M.M. 1962. Temporal Relationship Between Salivation and Lever Pressing With Differential Reinforcement of Low Rates. Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 567-571.   Kintsch, W. &. Witte. R.S. 1962. Concurent Conditioning of Bar-Press and Salivation Responses. Journal of Comparative and Physiological Psychology (55): 963-968.          
]]>

Esok pilihanraya, anda sudah bersedia?

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

Hubungan antara demokrasi dan hak asasi manusia telah disebut dalam artikel 21 (3) Universal Declaration of Human Rights (UDHR), yang menyatakan kehendak rakyat adalah merupakan asas atau fondasi sesebuah kerajaan, dan ini hendaklah dilaksanakan menerusi pilihanraya yang benar dan sistematik, berkala, adil dan terjamin kerahsiaannya:

The will of the people shall be the basis of the authority of government; this will shall be expressed in periodic and genuine elections which shall be by universal and equal suffrage and shall be held by secret vote or by equivalent free voting procedures (United Nation, 1948).

Pilihanraya yang sihat seharusnya mengungsi sebarang bentuk diskriminasi (National Democratic Institute for International Affairs and United Nations Electoral Assistance Division, 2005: 1). Muna Ndulo, penasihat politik bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu antara tahun 1992 sehingga 1994 di Afrika Selatan telah menggariskan enam kriteria untuk dipenuhi oleh setiap negara yang menganjurkan pilihanraya. Sesebuah pilihanraya di sebuah negara itu dapat ditanggapi sebagai bersih dan adil apabila memenuhi enam kriteria berikut; (i) hak untuk semua pengundi terlibat dan melibatkan diri dalam setiap proses pilihanraya tanpa sebarang halangan; ii) kebebasan berkempen untuk setiap parti politik yang bertanding; iii) kerahsiaan bagi setiap undi; iv) kelancaran atau kepantasan yang munasabah untuk proses pengiraan undi; v) akauntabiliti dan keterbukaan bagi setiap proses pilihanraya yang melibatkan setiap pihak bertanding; dan vi) undang-undang pilihanraya yang diterima dan dipersetujui semua pihak terlibat (Muna Ndulo, 1996/97).

Apakah pilihanraya di Malaysia mencakupi enam kriteria di atas? Untuk menjawab pertanyaan yang kontroversial tersebut, salah satu isu semasa yang menjadi duri dalam daging bagi proses demokrasi di Malaysia ialah ‘Projek IC’.

Ungkapan ‘Projek IC’ adalah satu ungkapan yang merujuk kepada dakwaan terdapatnya satu ‘projek rahsia’ untuk mengubah demografi negeri Sabah; dan hasil dari itu berlakunya pemanipulasian daftar pemilih dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Terdapat dakwaan serius bahawa ‘Projek IC’ berlaku secara tersusun, bersepadu tetapi dalam keadaan tersembunyi dalam dekad 1980an dan 1990an. Projek ini dikatakan mengambil tempat dengan cara memberi kad pengenalan kepada imigran dan pendatang asing, dengan tujuan mengubah demografi Sabah sehingga dapat menguntungkan parti pemerintah. Selain itu, apa yang menjadikan Projek IC sangat kontroversial ialah kerana adanya penglibatan tokoh politik dan pemimpin negara. Figur pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melemparkan dakwaan serius yang projek khas ini berada di bawah ruang lingkup Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri. Justeru membabitkan Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Megat Junid Megat Ayob. Dakwaan seterusnya adalah jumlah peruntukan, individu dan kaedah operasi ‘Projek IC’ tidak dirujuk kepada Kabinet, atau kepada Majlis Tertinggi UMNO (Salhan K. Ahmad, 2011).

Adakah tuduhan serius yang dibentang dalam perenggan di atas benar? Sebuah kajian dan penyelidikan akademik yang adil, objektif dan terwasit dapat memberi penilaian benar. Kamal Sadiq (2005), pengkaji dari University of California-Irvine mengemukakan dapatan yang mengejutkan dalam sebuah esei beliau, bahawa pendatang tanpa izin di Malaysia menyumbang kepada ketidakseimbangan iklim politik yang memberi keuntungan secara tetap buat parti tertentu:

The motive for such practices is to use illegal immigrants as voters to assure political control by a Malay/Muslim party such as the United Malays National Organization (Kamal Sadiq, 2005: 105).

Secara lanjut Kamal Sadiq yang melakukan penyelidikan yang menyeluruh dan objektif mendapati imbangan kaum di Sabah berubah secara mencurigakan dalam tempoh 30 tahun:

…the UMNO, which derives its support from Muslim groups, has seen the ethnic makeup of Sabah change in its favor. The Muslim Malays have risen from just 0.4 percent of the population in 1960 to 6.2 percent of the population in 1990; the Indonesians have risen substantially from comprising only 5.5 percent of the population in 1960 to 21.3 percent in 1990; and the Filipinos, who had a negligible presence until 1960 (1.6 percent), represented 8.2 percent of Sabah’s total population by the 1990 census. Continuing Filipino and Indonesian illegal immigration further increases the stock of various Muslim ethnic groups (Bajau, Bugis, Other Muslims, Suluks, etc.), while non-Muslim groups such as the Kadazandusun, Muruts or the Chinese are declining into demographic and political insignificance. The incorporation of illegal immigrants as citizens is critical to the changing ethnic demography and subsequent political map of Sabah. (Kamal Sadiq, 2005: 108)

Kajian akademik Kamal Sadiq (2005: 106) tersebut turut menyinggung peranan agama dalam merubah lanskap politik Sabah. Menurut beliau, imigran haram dari Filipina yang kebanyakannya adalah beragama Kristian hanya perlu merubah nama kepada nama yang berbau keIslaman, dan berkahwin dengan rakyat tempatan bagi membolehkan diproses sebagai rakyat Sabah dan seterusnya warganegara Malaysia. Selain itu Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dalam hal ini merujuk faktor agama tersebut sebagai ‘momokan Kristianisasi’ iaitu ketakutan terhadap pengembangan agama Kristian bagi membolehkan penyelewengan pilihanraya mendapat tempat.

Momokan Kristianisasi digunakan untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, manakala penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung (Aidila Razak, 2011).

Dua hujah sokongan yang dikemukakan di atas, dapat dikuatkan lagi oleh dakwaan Siti Aminah Mahmud yang menjelaskan peranannya dalam menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS). Siti Aminah menerangkan bagaimana beliau membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah:

Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah. Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS. (Zulaikha Zulkifli, 2013)

Makalah akademik Kamal Sadiq telah pun menegaskan penipuan politik yang dilakukan oleh parti tertentu untuk mendapat laba politik. Kajian Kamal mendapati antara lain parti terbabit merubah corak politik di Sabah dengan melancarkan penghijrahan haram pendatang tanpa izin. Ini membolehkan parti yang melakukannya terus berkuasa dalam pilihanraya yang dengan itu berlangsung secara tidak adil:

The largely Muslim makeup of this illegal immigration into Sabah is viewed as an instrument for changing the voting pattern of Sabah to benefit Malay parties such as UMNO-the ruling Malay party of Peninsular Malaysia. The motive is to increase the UMNO’s vote banks (Kamal Sadiq, 2005: 117)

Kamal seterusnya dalam rumusan makalah beliau menekankan parti yang berkuasa di Malaysia masih terus berkuasa dengan taktik penipuan ini di mana pertamanya, pendatang tanpa izin boleh mengundi dalam pilihanraya; kedua, pemberian dokumen yang membolehkan mereka diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dan ini akhirnya dimudahkan oleh kedua-dua pihak, iaitu parti terbabit dan pendatang tampa izin, kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan masing-masing:

The Malaysian experience that this article documents highlights three remarkable features of international migration: (i) illegal immigrants can vote, (ii) documents enable their political participation as citizens, and (iii) parties and immigrants both have an interest in preserving the irregularities of documentation and collaborate to that end (Kamal Sadiq, 2005: 119)

Pendedahan yang sangat mengejutkan ini haruslah diberi perhatian besar memandangkan sebuah proses hak asasi manusia telah digugat dan boleh mendorong masyarakat yang dinafikan haknya untuk mencari jalan konflik sebagai penyelesaian. Apabila sesebuah proses pilihanraya dianggap pincang, justeru, seluruh persoalan berkenaan demokrasi menjadi tanda tanya.

Kajian akademik Kamal Sadiq yang diterbitkan pada tahun 2005 itu masih belum dicabar secara ilmiah sehingga kini, menjadi satu indikasi bahawa kajiannya adalah terpercaya. Jika demikian, dari sudut pandang hak asasi manusia adalah jelas persekitaran politik di Malaysia terjejas dan tercemar dengan kotor sekali. Dalam erti kata lain penglibatan rakyat secara adil dan bebas di tahap yang rendah, kedudukan hak asasi manusia sangat dapat dipersoalkan dan kemungkinan bahawa kebebasan serta perlindungan untuk berbeza tidak mendapat perhatian yang signifikan:

Free and fair elections can be held only where there exists an environment which seeks to provide popular participation, promotes human rights and guarantees fundamental freedoms, ensures accountability of the government, freedom of the judiciary, freedom of the press, and protects and respects political pluralism (Muna Ndulo dan Sara Lulo, 2010: 162.)

Berdasarkan pendedahan Kamal Sadiq yang belum pernah ditidak dan dinafikan dapatannya, tekanan dan tuntutan masyarakat sivil untuk sebuah pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia adalah jelas sekali relevan dan wajar. Secara akademiknya juga, hal ini membawa kepada legitimasi gerakan masyarakat sivil di Malaysia:

BERSIH 2.0 views the poor enforcement of the Election Offences Act by the EC during the previous by elections, state election and general elections as an act of condoning wrong doing. The recent reports of the lack of integrity of the electoral roll, the involuntary movement of voters, and the alleged issuance of identity cards to foreigners are cause for concern. As there are no marked efforts in instituting meaningful electoral reform, BERSIH 2.0 together with the rakyat are intensifying pressure to ensure that the upcoming 13th General Election will be free, clean and fair (Bersih 2.0, 2011).

Pemerhatian akademik Kamal Sadiq yang tidak berjawab tersebut di kira memadai untuk menjadi hujah akademik buat mewajarkan tuntutan gerakan Bersih. Gerakan ini adalah satu gerakan pelbagai badan bukan kerajaan bagi menuntut satu pembaharuan menyeluruh terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Dalam konteks perbincangan di atas, gerakan masyarakat sivil mengemukakan perhatian supaya daftar pemilih pengundi dibersihkan, dan elemen keadilan yang diperuntukkan dalam ruang hak asasi manusia dihormati serta dipatuhi:

The electoral roll must be immediately revised and updated to ensure existing irregularities such as impersonation and ‘phantom voters’ are removed. In the longer term, the EC should also establish an automated voter registration system that will automatically register voters upon eligibility. This system can be synchronised with the national registration database which would update any change of voters’ details such as addresses.

Harus dinyatakan di sini laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) turut mendapati tindakan, perhatian dan usaha institusi pilihanraya di Malaysia untuk membersihkan daftar pemilih pengundi, khusus melibatkan apa yang dinamakan sebagai pengundi hantu ‘masih belum mencukupi’ (SUHAKAM, 2011). Malahan, pilihanraya di Malaysia secara umumnya terlihat tidak bersih, tidak adil dan tidak memenuhi syarat yang diperlukan dalam menjamin hak-hak pengundi secara demoratik, dalam erti kata lain hak asasi manusia. Hal ini misalnya turut disuarakan International Crisis Group dalam laporannya yang bertarikh 1 Oktober 2012:

The deck is stacked against the opposition for many reasons, not least because of an electoral system based on questionable voting rolls and carefully gerrymandered, single-representative constituencies where victory requires only a plurality (first past the post). Demands for a more level playing field gave rise in 2007 to a broad-based civil society movement, the Coalition for Free and Fair Elections, known as Bersih (Clean), that has held four mass street rallies drawing tens of thousands of participants: in November 2007; July 2011; April 2012 and August 2012 (International Crisis Group, 2012: i).

Ahli akademik dan sarjana yang objektif mendapati keadaan dan proses pilihanraya di Malaysia adalah tidak seimbang dan memerlukan pembaikan yang serius. Tsun Hang Tey dari National University of Singapore mendapati Suruhan Pilihanraya Malaysia (SPR) dilihat tidak serius dalam menerima aduan dan bantahan terhadap kewujudan pengundi haram, selain kelihatan gagal mengendalikan teknologi untuk mendokong sebuah sistem pilihanraya yang sihat:

In 1990, it was similarly observed that irregularities in the electoral roll affected about 300,000 voters. In 1999, approximately 680,000 registrants were reportedly deprived of their votes owing to late certification and endorsement by the Election Commission. These potential voters were widely seen as opposition supporters. Criticisms pertain also to the accuracy of the electoral rolls for the purposes of election. Frequent observations have been made about the electoral rolls containing “missing voters” and “phantom voters”. Not infrequently the electoral rolls contained voters who were deceased or whose addresses were traceable to one single – sometimes non-existent – address. Additionally, there have been several occurrences showing different voters registered under the same identity card number. More serious still, there was evidence that ineligible voters were found to have been registered under forged identity cards. The Election Commission admitted to a systemic defect when it revealed that there was in fact more than one version of the electoral roll used for the same general election. In spite of having technological support in updating the electoral rolls months before the actual polling, the Election Commission often failed to keep the electoral rolls up-to-date on polling day. This was notwithstanding the efforts by the Election Commission to boost its accessibility to the public by allowing voters to check their voting statutes via the Internet or Short Messaging Service (SMS). Often, these shortcomings are attributed to the Election Commission’s website failing to provide critical information of voters’ assigned polling centres, the inaccessibility of the website days before the election campaigning is to end, and the failure of the system to reply to SMS enquiries on polling day itself (Tsun Hang Tey, 2010: 18).

Laporan Internationl Crisis Group sebagai misalan menyebutkan hal yang sama, yang dapat menimbulkan keraguan terhadap keobjektifan, kesaksamaan dan keneutralan Suruhanjaya Pilihanraya:

One complaint from the opposition is that there has been serious gerrymandering, with many more constituencies in the UMNO heartland than in opposition strongholds. A DAP politician said that UMNO seats represent on aver-age 20,000 to 40,000 people, while his in Penang is for 69,000. Between 1969 and 1999, after three EC reviews, the number of Malay-majority constituencies increased from 57.7 per cent to 69.3 per cent, though the Malay percent- age of the population rose by only 1 per cent. The 2003 review produced 25 new seats that bore little relation to population growth or density; the main beneficiaries were again UMNO strongholds, while the variation between largest and smallest was 325 per cent. Not surprisingly, opposition politicians said the principle of one person, one vote was being violated (International Crisis Group, 2012: 9).

Bahkan, Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia diketahui sendeng dan cenderung terhadap parti tertentu sejak tahun 1960an lagi. Kajian Lim Hong Hai mendapati keseluruhan sistem pilihanraya di Malaysia berada dalam keadaan tempang kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya itu sendiri dalam keadaan pincang ekoran manipulasi undang-undang:

…it appears that as early as 1960, pressure was exerted on the Election Commission to consult the government while carrying out its functions. Relations between the first chairman of the Electi Commission and UMNO became strained and the government attempted to remove him by passing the 1960 and 1962 amendments. Although the attempt failed, the 1962 amendments also allowed the government, through its control of parliament, to determine the terms of office of Commission members other than their remuneration and to take over the Election Commission’s power to determine constituencies. The government continued its ‘assault’ on the Election Commission by making clearly partisan appointments to the Commission to counterbalance its ‘overly’ independent chairman before his retirement in 1967. When the Chinese member retired in 1964 and the Indian member a year later, they were replaced by an MCA (Malaysian Chinese Association) member and an MIC (Malaysian Indian Congress) member, respectively. The member appointed from East Malaysia was also a member of the ruling Alliance in Sarawak. These appointments can hardly be said to accord with the constitutional requirement of ensuring public confidence in the Election Commission (Lim Hong Hai, 113-114).

Selain kritikan terhadap perjalanan pilihanraya yang melibatkan pengundi haram, serta ketidakcekapan dan kesendengan institusi pilihanraya seperti Suruhanjaya Pilihanraya; konsep Gerrymandering yang berlaku dalam persempadanan kawasan pilihanraya di Malaysia juga sering mendapat kritikan dan perhatian ahli akademik. Konsep Gerrymandering ‘ialah satu konsep yang menerangkan tindakan memanipulasi atau tindakan secara sengaja pihak yang mempunyai kuasa politik dalam sesuatu wilayah negeri atau tempat dalam penyusunan dan pengaturan semula kawasan-kawasan pentadbirannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya yang akan datang. Tindakan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan undi parti pembangkang sama ada dalam satu kawasan kecil ataupun kawasan yang berhampiran’ (Junaidi Awang Besar et al, 2012: 204).

Kajian akademik terhadap amalan konsep Gerrymandering di negara ini mendapati dapatan yang sangat menggelisahkan, serta menjolok mata. Sebagai misalan, penyelidikan bersama Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Rosmadi Fauzi, dan Amer Saifude Ghazali untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dan impaknya kepada pilihanraya umum 2008 di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan Bangi Selangor mendapati persempadanan bahagian pilihan raya acap kali ‘menguntungkan pemerintah’:

Persempadanan semula bahagian pilihan raya 2003 bagi kawasan DUN Kajang dan DUN Bangi telah memberi kelebihan kepada BN selaku pemerintah di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan/Malaysia dalam PRU 2004 di mana BN telah berjaya merampas kerusi DUN Kajang yang dimenangi PAS dalam PRU 1999 sebelumnya serta memenangi kerusi DUN Bangi dengan majoriti yang besar dan ini bertepatan konsep gerrymandering iaitu persempadanan bahagian pilihan raya yang menguntungkan pemerintah. Namun demikian pada PRU 2008, impak persempadanan yang memberi kelebihan kepada BN pada PRU 2004 tersebut tidak lagi relevan kerana parti pembangkang telah berjaya menewaskan BN di kedua-dua DUN tersebut dengan majoriti yang lebih besar seterusnya menguasai DUN dan Kerajaan Negeri Selangor sekaligus memberi gambaran bahawa konsep gerrymandering hanya berkesan untuk sepenggal tempoh pilihan raya umum sahaja. Hal ini dipengaruhi oleh faktor isu semasa dan sentimen pengundi yang boleh berubah secara besar-besaran tanpa boleh dihalang lagi oleh politik pembangunan dan faktor 3M Money, Media & Machinery (Junaidi Awang Besar et al, 2012: 221).

Pembentangan akademik tentang perjalanan pilihanraya di Malaysia dalam makalah ini seterusnya membawa kepada satu soalan, apakah satu pilihanraya yang bebas dan adil dapat berlaku di Malaysia pada tahun 2013? Oleh kerana soalan ini telah diajukan, jawapannya hanya dapat dicapai dengan satu lagi tindak aksi yang rasional iaitu melakukan pemantauan pilihanraya yang telus. Pemantauan pilihanraya yang ada ialah satu instrumen yang digunakan secara meluas oleh masyarakat internasional

Pemantauan pilihanraya yang telus tidak dapat dicapai hanya dengan melakukan pemerhatian rambang pada hari pengundian. Pemantau pilihanraya antarabangsa perlu menekuni, menaksir dan memberi perhatian serius kepada sesuatu proses pilihanraya secara berterusan. Dalam erti kata lain, setiap tahap dan langkah penganjuran pilihanraya negara yang dinilai itu akan diperhatikan. Pemantauan tersebut membabitkan pendaftaran pengundian, proses berkempen, percetakan bahan-bahan pilihanraya, pengangkutan bahan pilihanraya, pengundian dan juga pengiraan undi. Tanpa pemantauan yang sedemikian teliti dan dekat, observasi yang hendak dicapai tidak membawa apa-apa hasil:

Monitoring activity should cover—geographically and chronologically—the entire electoral process, from the initial stages of registration through the elections themselves. To minimize the chance of a disputed outcome, each of the election stages (i.e., voter registration, campaigning, printing of election materials, storage and transportation of election materials, casting and counting ballots) should be certified as compliant with the principles of a free and fair election before proceeding to the next stage. Otherwise, the international observation exercise will be superficial and its conclusions vague or empirically untenable (Muna Ndulo dan Sara Lulo, 2010: 169).

Sekiranya Malaysia ingin mendapat penghormatan di peringkat antarabangsa, hanya tiga perkara sahaja dapat dilakukan bagi menjaga nama baik negara. Pertama, pembersihan sistem pilihanraya di Malaysia perlu dilakukan, malah terus ditingkatkan keberkesanan dan kelicinannya dari semasa ke semasa. Kedua, pemantau pilihanraya antarabangsa mesti dihormati, dibenarkan aksesnya dari masa ke semasa dan institusi yang mengendalikan pilihanraya mestilah telus, tidak berpihak dan tidak melenting apabila ditegur. Ketiga, bagi memulihkan keyakinan dan juga memberi lebih banyak ruang untuk hak asasi manusia yang sihat membesar, partisipasi masyarakat sivil perlu diraikan malah digalakkan ke tahap sama-sama diundang memulihkan sistem pilihanraya supaya Malaysia lebih demokratik, bebas korupsi dan seterusnya benar-benar terbilang dalam barisan nasion yang membangun.

Adalah dikhuatiri, rungutan dan rasa tidak puas hati terhadap perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat mencetuskan konflik. Dalam hal ini konflik pilihanraya berlaku apabila adanya intimidasi, keganasan semasa berkempen, ugutan, ancaman, menakut-nakutkan, kecederaan, dan penyelewengan untuk membolehkan satu keputusan yang memihak dicapai, sehingga terdapatnya penangguhan dan cubaan mempengaruhi pilihanraya (Jeff Fischer, 2002: 3). Bibit konflik pilihanraya ini sudah mulai dijadikan modal. Sebagai misalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan bahawa ‘pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihan raya umum akan datang’ (Berita Harian, 2012). Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjangkakan keadaan huru-hara jika pembangkang tewas dalam pilihanraya akan datang. Apa yang lebih mendukacitakan insiden pencerobohan di Lahad Datu turut dijadikan modal untuk mengheret dan mencemar citra serta nama parti dan tokoh politik (Amizul Tunizar Ahmad Termizi, 2013). Tambah-tambah Sabah akan menjadi gelanggang sengit dalam pilihanraya kali ini yang dikatakan berpotensi menyaksikan perubahan kuasa (Aidila Razak, 2012).

Dialog pencegahan sebarang konflik antara masyarakat sivil dan pihak berwajib wajar digerakkan secara aktif dan sihat. Dialog bukanlah debat. Debat dilakukan untuk menang. Dialog pula dilakukan untuk saling memahami. Dialog ini bukan sahaja menjadi pilihan apa jua pihak sebelum, dan ketika berlangsungnya pilihanraya; ia juga menjadi aksi atau aktiviti berterusan dalam kalangan masyarakat dn penguasa sebaik sahaja pilihanraya berakhir. Seperti yang dinyatakan oleh aktivis masyarakat sivil SM Mohamed Idris (Tanpa Tarikh: 37) satu bentuk pembangunan yang melibatkan pelbagai komuniti harus digerakkan selepas pilihanraya berakhir. Bentuk pembangunan yang dimaksudkan oleh beliau menekankan antara lain strategi untuk mandiri, penggunaan sumber lokal dan teknologi tempatan, dan penggubahan polisi yang meredam jurang kaum hartawan dan melarat. Strategi tersebut, tambah beliau perlu membasmi pembaziran, korupsi dan penyelewengan kuasa.

Sekali lagi soalan yang sama diajukan, apakah satu pilihanraya yang bebas dan adil dapat berlaku di Malaysia pada tahun 2013? Masa akan dapat menjawabnya, rakyat akan menjadi hakim dan biar apa pun keputusannya, satu sejarah akan berlaku.

RUJUKAN

Ahmad, S.K. 2011. Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk kata Anwar. 21 Mei. Malaysiakini.http://www.malaysiakini.com/news/164728

Berita Harian. 2012. Hishammuddin tidak tolak kemungkinan pembangkang cetus huru-hara selepas PRU-13. Berita Harian.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hishammuddintidaktolakkemungkinanpembangkangcetushuru-haraselepasPRU-13/Article/index_html

Bersih 2.0. 2011. Memorandum to the Election Commission on Immediate Electoral Reforms in Malaysia. 9 Julai. Bersih.http://bersih.org/wp-content/uploads/2011/07/Perhimpunan-BERSIH-2-Memorandum-to-EC.pdf

Fischer, J. 2002. Electoral Conflict And Violence A Strategy for Study and Prevention. IFES White Paper.http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/untc/unpan019255.pdf

Hai, L.H. 2002. Electoral Politics in Malaysia: ‘Managing’ Elections in a Plural Society. Dlm. Croissant, A. & Bruns, G. & John, M (eds.). Electoral Politics in Southeast and East Asia. Friedrich Ebert Stiftung. Singapore: 101-148.

Idris, S.M. Tanpa Tarikh. Reflections on Malaysian Society: Where Do We Go from Here. Thinking CAP. Penang.

International Crisis Group. 2012. Malaysia’s Coming Election: Beyond Communalism?. Asia Report N°235. http://www.crisisgroup.org/~/media/Files/asia/south-east-asia/malaysia/235-malaysias-coming-election-beyond-communalism.pdf

Junaidi Awang Besar. & Mohd Fuad Mat Jali. & Rosmadi Fauzi. & Amer Saifude Ghazali. 2012. Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya 2003 Dan Impaknya Kepada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 Di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Dan Bangi Selangor. Jurnal e-Bangi 7 (2): 200-224.

National Democratic Institute for International Affairs and United Nations Electoral Assistance Division. 2005. Declaration of Principles for International Election Observation and Code of Conduct for International Election Observers. United Nation. New York. : 1-15.

Ndulo, M. & Lulo,S. 2010. Free and Fair Elections Violence and Conflict. Harvard International Law Journal 51: 155-171.

Ndulo, M. 1996/97. United Nations and the Monitoring of National Elections. 23 Cornell Law Forum 13 and 15.

Razak, A. 2011. Momokan Kristianisasi – imbas kembali pada Sabah. 11 Ogos. Malaysiakini.http://www.malaysiakini.com/news/172640

Razak, A. 2012. BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah. 25 Julai. Malaysiakini.http://www.malaysiakini.com/news/204605

Sadiq, K. 2005. When States Prefer Non-Citizens Over Citizens: Conflict Over Illegal Immigration into Malaysia. International Studies Quarterly 49: 101–122.

Suhakam. 2011. Pernyataan Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Mengenai Hak Asasi dan Pilihanraya. 8 Disember. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/jkuasa/memorandom/08122011/SUHAKAM%20SARAWAK.pdf

Termizi, A.T.A. 2013. Muhyiddin bidas Tian Chua. 3 Mac. Utusan Malaysia On-line. http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130303/dn_05/Muhyiddin-bidas-Tian-Chua

Tey, T.H. 2010. Malaysia’s Electoral System: Government of the People?. Asian Journal of Comparative Law 5 (1): 1-32.

United Nation. 1948. The Universal Declaration of Human Rights. http://www.un.org/en/documents/udhr/index.shtml

Zulkifli, Z. 2013. Bekas tahanan ISA dakwa pernah proses IC di Sabah 28 Februari. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/222556

]]>

Sulu: Hak-hak Pihak Dalam Pertikaian

Dr Mohd Faizal Musa

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600, Bangi, Selangor.

Pendahuluan

Pada 9 Februari 2013, Malaysia dikejutkan dengan laporan sekumpulan penceroboh yang memasuki perairan negara dengan menggunakan bot pancung. Kumpulan penceroboh tersebut berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Perkembangan pada 11 Februari 2013 menjadi semakin mendadak di mana semakin ramai penceroboh dikesan dan dikatakan mengenakan pakaian ala tentera dan bersenjata api. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Februari 2013 dilaporkan berkata kerajaan Malaysia akan menggunakan perundingan untuk menangani isu pencerobohan tersebut. Pada hari yang sama juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memaklumkan polis mengenal pasti penceroboh tersebut adalah warga Filipina yang merupakan antara pewaris berketurunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. Dua hari kemudian, pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan penceroboh tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi adalah ‘penyokong kuat Kesultanan Sulu’. Seterusnya pada 24 Februari 2013, Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal untuk memujuk kumpulan kira-kira 180 anggota tersebut supaya pulang ke Filipina. Namun pada 1 Mac 2013, pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan kumpulan kecil penceroboh menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera (Sinar Harian, 2013). Insiden 1 Mac tersebut membawa kepada lebih banyak pertumpahan darah termasuk di Semporna, dan sehingga artikel ini ditulis, pertempuran antara pihak kerajaan Malaysia dan penceroboh (yang kemudian dirujuk oleh media sebagai pengganas) masih berjalan.

Peristiwa pencerobohan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi, andaian dan naratif sejarah mengenai Kesultanan Sulu. Gugusan kepulauan Sulu merangkumi Selatan Filipina, iaitu antara pulau Mindanao menganjur ke Sabah, Malaysia. Gugusan kepulauan ini didiami antara lain oleh kaum pagan, nomad laut iaitu Bajau, Samal dan etnik Taosug (Nicholas Tarling, 1978: 1). Masyarakat Taosug adalah etnik yang terbesar dikaitkan dengan Kesultanan Sulu dan merupakan penghuni kepulauan Jolo; ‘the Taosug (people of the current), the dominant ethnic group in the Sulu archipelago, are the sole residents of Jolo island, the historical seat of the Sultanate’ (James Francis Warren, 1985 xxi). Taosug adalah salah satu dari tiga belas kumpulan etno-linguistik beragama Islam yang menghuni pulau Mindanao dan beberapa pulau lain di Selatan Filipina, termasuk Sulu, Palawan, Basilan dan Tawi-Tawi sejak kedatangan Islam pada tahun 1280 menerusi pedagang dan pendakwah Arab (Cesar Adib Majul, 1999). Kaum Taosug, Maquindanao, Maranao, dan Sulu disatukan oleh agama Islam dan dinamai bangsa Moro. Populasi keseluruhan bangsa Moro adalah kira-kira 4.6 juta orang iaitu kira-kira lima peratus dari keseluruhan populasi Filipina (Ronald E. Dolan, 1991).

Sebahagian besar rekod sejarah mengenai Kesultanan Sulu memaparkan konflik dan persengketaan panjang antara kerajaan Sulu dengan penjajah Sepanyol dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, harus dinyatakan di sini polisi penjajah Inggeris menjadi penyebab kepada konflik yang berlaku hari ini iaitu antara Kesultanan Sulu, Filipina dan Malaysia:

The subject may nevertheless have a more direct contemporary value. Though Sulu’s contacts with Spain lasted for three centuries, British policy in the later nineteenth century was decisive in determining its fate. But some problems were not completely resolved. One was the claim to the Sabah territories which now form part of Malaysia. The other was the relationship of Sulu with the rest of the Philippines (Nicholas Tarling, 1978: 1-2).

Walaubagaimanapun artikel ini tidak berminat untuk mencebur ke dalam persoalan sejarah yang rumit. Objektif artikel ini adalah untuk, memberi perhatian kepada laporan, serta rungutan berkaitan hak-hak asasi manusia dan keadaan kemanusiaan yang terjadi ekoran pertikaian ini.

Adalah tidak dinafikan maklumat semasa dan terkini mengenai konflik ini sukar diperolehi, justeru adalah juga sulit untuk memantau keadaan kemanusiaan dalam wilayah konflik. Sebagai contoh sukar untuk menentukan salah benarnya dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia melarang pasukan kemanusiaan dari Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) yang berusaha memasuki Lahad Datu untuk menemui ketua penceroboh, Agbimuddin Kiram. Menurut Nazif Ahmad Abdurahman, Datuk Bandar kota Simunul, Tawi-Tawi misi kemanusiaan mereka gagal memasuki Lahad Datu untuk berunding dan memujuk penceroboh; ‘upon reaching Sabah, the Malaysian authorities didn’t allow us to proceed to Lahad Datu. We were only allowed to stay in Kota Kinabalu, so we left the place two days ago’ (Julie Alipala, 2013).

Juga tidak ada satu cara untuk menentukan laporan media Filipina bahawa berlakunya kekerasan, dan tindakan di luar undang-undang dan peri kemanusiaan terhadap imigran Filipina, mahupun komuniti Taosug. Dalam satu laporan yang perlu dipandang serius, terdapat dakwaan bahawa hak-hak pihak dalam pertikaian, samada pihak langsung dan tidak langsung dalam keadaan krisis ini kurang dititik beratkan:

Jolo Mayor Hussin Amin told the Inquirer that he had spoken to many of the evacuees from Sabah and was told repeatedly of the alleged abuses by the Malaysian security personnel. “Soldiers and policemen stormed their houses and even those with legitimate working papers like passports and IC papers were not spared. These documents were allegedly torn down before their eyes. Men were told to run and were shot if they did. Those who refused were beaten black and blue. Filipinos inside the jail were executed,” he said. “We are asking our government to investigate now. Refugees from Sandakan and Sabah share [the same] ordeals. If indeed what they have been telling us is true, then Malaysian authorities were not just targeting the Kirams in Lahad Datu,” Amin added, according to the Inquirer. The Malaysian government repeated its stand yesterday that it will continue hunting down Sulu invaders in Lahad Datu until every single militant is flushed out of the country (Clara Chooi, 2013b).

Adalah sukar untuk menentukan kesahihan laporan di atas memandangkan media mengalami keterhadan keizinan untuk membuat laporan. Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut; ‘I think these are wild allegations, as I have personally verified with the police on matter at the said locations’, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas (The Malaysian Insider, 2013a). Ketiadaan sumber langsung dalam konflik ini mengakibatkan keresahan dalam kalangan masyarakat sivil. Sebagai contoh Human Rights Watch menyatakan informasi benar dan jelas perlu dikemukakan supaya bantuan kemanusiaan dapat diusahakan kepada semua pihak dalam pertikaian; “Malaysian government should provide accurate and clear information on what has occurred”(ABN News, 2013a).

Walaupun kerajaan Malaysia enggan mengiktiraf pencerobohan dan kekacauan di Sabah tersebut sebagai perang, sebaliknya menanggapinya sebagai jenayah dan terorisme; hak-hak kumpulan dalam pertikaian seperti yang digariskan oleh International Council on Human Rights Policy untuk United Nation hendaklah tidak dicabul (The Malaysian Insider, 2013b). Hak-hak mereka dalam pertikaian adalah pelarangan pembunuhan pemberi maklumat dan mereka yang dikhuatiri pembelot, perosakan tanaman dan harta benda, pemaksaan pergerakan, penghadan pergerakan, intimidasi, penafian hak jurnalis mendapatkan berita dan maklumat yang benar, penggunaan media untuk tujuan stigma atau pemomokan, layanan buruk terhadap kanak-kanak, pemerkosaan wanita dan penahanan haram secara besar-besaran individu atau kumpulan yang dapat dikaitkan dengan konflik ini. Hak-hak kumpulan dalam pertikaian tersebut terpapar dalam kutipan di bawah:

The following list includes some of the most common human rights abuses attributed to armed groups: Arbitrary deprivation of the right to life. Includes killing or massacres of civilians, indiscriminate attacks leading to civilian deaths, killing of captured combatants, killing of suspected “informers”, “traitors” or independent critics (e.g. journalists), civilian deaths resulting from starvation and disease due to deliberate destruction of crops or withholding or preventing access to relief supplies.

Disregard for the protection owed to civilians caught up in conflict. Destruction of civilian property, (homes, crops, livestock), attacks on civilian buildings like hospitals and schools, or property with religious or cultural significance, disregard for protection owed to medical and religious personnel, interfering with delivery of relief supplies, attacks on humanitarian workers, blockades of civilian settlements. Interference with freedom of movement. Forced movement and deportation of people, expulsions of populations on grounds of racial, ethnic, or religious background, denying access to safety to internally displaced persons or refugees, or forcing them back into unsafe areas, detention of refugees or displaced persons.

Interference with freedom of expression, assembly and association. Preventing independent organisations from operating, banning meetings and gatherings, using fear and intimidation to silence critics, denying journalists access to areas, closing independent media, using media to spread hatred or to incite violence. Torture, ill-treatment. Torturing captured soldiers or suspected informers to extract information, holding prisoners in inhuman or degrading conditions, mutilations, beatings and other cruel punishments to sow fear, enforce orders, punish delinquents, or indoctrinate recruits, using villagers as forced labour.

Abuses against children. Forced separation from family, forced abduction into the armed group as combatants or labourers, deliberate denial of access to education, sexual abuse.

Abuses against women. Rape, abduction into forced prostitution or sexual slavery, reprisal attacks against family members, gender-based discrimination.

Arbitrary deprivation of liberty and due process. Mass detentions of suspect groups or populations, taking and holding of hostages, forced disappearance of persons, “trials” against informers withoutdue process (David Petrasek, 1999: 9-10).

Observasi di atas dapat dilakukan sebaik pihak penceroboh (atau pengganas) meletakkan senjata lantas membolehkan penilaian keadaan kemanusiaan.

Pandangan sihat The Malaysian Bar wajar dijadikan rujukan dalam hal di atas. Analisis The Malaysian Bar menyatakan tuntutan Kesultanan Sulu (atau Filipina) terhadap Sabah adalah tidak sah berdasarkan dua belas faktor atau hujah undang-undang. Namun demikian, dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dari sebarang pencerobohan atau keganasan militan luar, Malaysia masih perlu bertindak dalam batas undang-undang selain menghormati tanda aras antarabangsa untuk hak asasi manusia:

Just as Malaysia is insisting on the respect for its sovereign rights under international law, as is proper, it would also be correct for the Malaysian Government to honour and maintain its commitment to international humanitarian law and international human rights standards in its conduct of the conflict and treatment of any persons detained as part of the conflict, and to accord such persons due process of the law (ABN News, 2013b).

Pandangan tersebut sejajar dengan tuntutan Ban Ki Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya konflik ini diselesaikan dengan dialog, dan menurut lunas undang-undang antarabangsa. Kebimbangan bahawa hak-hak asasi manusia tidak dipertahankan merupakan inti seruan badan antarabangsa tersebut; ‘all parties to facilitate delivery of humanitarian assistance and act in full respect of international human rights norms and standards’ (Akil Yunus, 2013).

Pihak Tidak Langsung

Selain hak pihak berkonflik yang dinyatakan di atas, hak-hak pihak yang terjejas secara tidak langsung juga perlu diambil kira. Sehubungan dengan itu, dalam keadaan krisis ini wajar ditekankan juga supaya hak-hak asasi 800,000 warga Filipina yang menetap dan bekerja di Sabah dipelihara dan diperhatikan menurut standar antarabangsa (Dennis Carcamo, 2013).

Dalam jumlah tersebut, terdapat juga kira-kira 45 ribu pelarian Filipina di Sabah yang melarikan diri dari konflik antara Armed Forces of the Philippines (AFP) dan New People’s Army (NPA) sepanjang dekad 1980an (United States Committee for Refugees, 2000). Pelarian Filipina di Sabah ini termasuklah pecahan bangsa Moro khususnya dalam konteks makalah ini, etnik Taosug yang terjejas kehidupan mereka ekoran konflik di Mindanao dan gugusan kepulauan yang lain. Hak-hak pelarian yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan UNHCR ini harus dilindungi khususnya dalam situasi yang sensitif ini (Arzura Idris, 2012: 36). Hal ini penting kerana undang-undang di Malaysia tidak mempunyai apa-apa peruntukan mengenai pelarian, dan Malaysia juga tidak menandatangani Refugee Convention (1951); ‘Malaysia is not a party to the Refugee Convention nor does it recognise refugee status in its domestic instruments’ (Sara Dehm, 2012). Seperkara yang lain, Malaysia juga tidak meratifikasi International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR).

Pada tahun 2009, Malaysia menduduki antara tangga terburuk untuk negara yang gagal menghormati dan melindungi hak-hak pelarian menerusi World Refugee Survey (Suara Rakyat Malaysia, 2009). Sebagai contoh pada tahun 2008, salah seorang penuntut takhta kesultanan Sulu, Sultan Esmail Kiram II telah ke Sabah untuk memohon supaya hak asasi warga Filipina yang bekerja di Sabah tidak dicabul oleh pihak berkuasa Malaysia:

With the looming crackdown on illegal entrants in Sabah, the Sultanate of Sulu rushed to Malaysia to appeal for humane treatment of thousands of Filipinos there. Sultan Esmail Kiram II, who has been in Malaysia since last week, has proposed to the State Government of Sabah to work with the governments of Kuala Lumpur and the Philippines to avoid the repeat of the 2001 deportation, where many of those affected experienced human rights violations (Julie Alipala, 2008).

Dakwaan layan buruk (maltreatment) dan pengusiran paksa (forced deportations) keluar warga Filipina khususnya dari komuniti Moro termasuk Taosug seperti di atas belum mendapat perhatian serius masyarakat antarabangsa (Julie Alipala & Michael Lim Ubac 2008). Terdapat dakwaan bahawa pengusiran paksa keluar ini mengakibatkan kondisi kemanusiaan yang sangat buruk (Glenda M. Gloria, 2013) di laut dan pulau-pulau Selatan Filipina.

Malaysia juga hendaklah berhati-hati mengendalikan krisis ini supaya etnik Taosug yang menghuni Sabah tidak terheret sama menjadi mangsa konflik atau mengalami diskriminasi dan pemomokan (stigmatization):

Two days ago, a MNLF leader had warned that the Lahad Datu standoff could widen into a civil war engulfing Sabah, since more than 8,500 Filipinos, mostly Tausugs or Suluk tribesmen, were residing in Sabah and potential supporters of the Sultanate of Sulu (The Malaysian Insider, 2013c).

Dalam keadaan terdesak untuk menamatkan krisis ini dengan segera, Malaysia masih perlu mengimbangi keperluan untuk memelihara kondisi kemanusiaan imigran mahupun rakyat Filipina yang mendiami Sabah.

We reiterate our call on the Malaysian government to give humane treatment to the Filipinos under their custody. The allegations are alarming and should be properly and immediately addressed by concerned authorities (Daniel Ten Kate dan Joel Guinto, 2013).

Permintaan Philippines Foreign Affairs Department di atas tidak boleh dipandang ringan. Tuduhan bahawa adanya tindakan di luar batas undang-undang ini dapat dibendung dan diakhiri jika pihak media, lokal dan antarabangsa diberi kemudahan dan bantuan untuk membuat laporan yang telus dan benar. Ini juga dapat memadam khabar angin dan naratif karut yang berkembang di laman maya.

Adalah dibimbangi, setelah konflik ini berakhir; luka-luka kemanusiaan dan kepahitan diplomatik (diplomatic bitterness) antara Filipina dan Malaysia berpanjangan. Tambahan pula kerajaan di kedua-dua buah negara boleh bertukar dan ia akan meletakkan kedua-dua negara dalam keadaan sulit. Harus diingat, kepahitan diplomatik ini boleh dimanipulasi oleh ejen luar sehingga terus menjejaskan kestabilan Malaysia seperti yang dialami antara Jepun-China-Korea.

Oleh kerana itu permintaan dan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada Hussein Haniff, wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya usaha menjamin hak-hak asasi manusia dilunasi, di samping menghindari lebih banyak pertumpahan darah, wajar diberi perhatian; ‘efforts should be made to ensure that human rights will be respected and loss of life will be prevented’ (Abigail Kwok, 2013). Ini adalah lojik dan relevan, kerana pengabaian kemanusiaan boleh memburuk dan memanjangkan konflik sedia ada.

Pemomokan

Dalam keadaan konflik, media massa perlu berhati-hati membuat laporan dan tidak menyebarkan pemomokan. Ini kerana sentimen terhadap etnik Taosug sudah sedia memburuk di Sabah. Laporan media seperti Utusan Malaysia yang memperincikan kematian anggota keselamatan di Semporna sebagai contoh dapat menyemarakkan sentimen kebencian, dan prasangka selepas konflik ini mereda:

Dalam satu pertempuran di Kampung Sri Jaya, Simunul malam semalam, enam anggota polis yang ditugaskan ke kampung tersebut sebaik menerima maklumat mengenai kumpulan penceroboh maut selepas diserang hendap. Lebih zalim, seorang anggota polis yang terperangkap ketika serangan hendap tersebut dipenggal kepalanya oleh tentera Kesultanan Sulu selepas ditawan tetapi identiti mangsa belum dapat disahkan. Seorang lagi mangsa iaitu Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) yang berpangkat Asisten Supritendan maut selepas perut dirodok menggunakan senjata tajam dipercayai parang menyebabkan ususnya terburai (Mohd Asron Mustapha, 2013).

Dalam pada itu pemerhatian rambang dalam media atas talian mendapati kebanyakan rakyat Sabah menghubungkan krisis di Lahad Datu dengan Projek IC . Rata-rata rakyat Sabah berasa takut dan khuatir dengan kemungkinan etnik Taosug dalam kalangan orang Filipina yang telah mendiami Sabah akan bersekongkol dengan Kesultanan Sulu untuk mencetuskan huru-hara. Prasangka dan sentimen terhadap ‘orang Filipina’ rentetan Projek IC boleh mengundang kepada pencabulan hak asasi manusia tanpa batas. Dua contoh laporan di bawah menunjukkan pemomokan dan prasangka yang sudah tertanam dalam fikiran segelintir rakyat Malaysia di Sabah:

The lecturer said “Project IC” — where citizenship was allegedly granted to illegal immigrants in Sabah through irregular means — was “definitely related” to the situation now, adding it was “the root” of the problem. He said Sabahans are used to the existence of foreigners in the state, but said that “with such a standoff… the fire has started.” “I am afraid with the numbers because they might attack us anytime. We are surrounded by them, those with identity cards plus (the) standoff group (Ida Lim, 2013).

The Filipinos here will help their own people,” said Zaini, who is a Bajau born in Semporna.“They should be helping us. But they are just keeping quiet, like they want to take over our state,” added the 29-year-old. He pointed out that the Filipinos in the state capital sell handicraft, salted fish and cigarettes, besides running other businesses in their own “Filipino market” here. Zaini expressed frustration at undocumented Filipinos being allowed through checkpoints during a recent journey from Semporna to Kota Kinabalu. “I don’t know if they give bribes,” he said. He added that “Project IC” has enabled foreigners to create chaos in the country. Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’s longest-serving prime minister who was in power from 1981 to 2003, has been accused of spearheading the so-called “Project IC”, in which citizenship was allegedly given to immigrants for their votes (Boo Su-Lyn, 2013).

Dalam disiplin sosiologi, sarjana hak asasi manusia menggariskan ciri-ciri masyarakat yang terjadinya pemomokan (stigmatization). Pemomokan ini berlaku ketika i) ahli masyarakat yang dominan bertindak membeza dan melabel kumpulan tertentu; ii) pelabelan dalam konteks ini adalah etnik Taosug-Sulu, yang ditanggapi sebagai ‘individu atau kumpulan yang tidak dikehendaki’; iii) seterusnya pihak atau sasaran yang dilabel mengalami pengasingan; iv) di mana pengasingan itu, membawa kepada pihak yang dilabel kehilangan status dalam masyarakat secara tidak adil (Bruce G Link & Jo C Phelan 2001: 363).

Etnik Taosug warga Malaysia yang sememangnya sudah mendiami Sabah perlu dilindungi dan tidak dimomoki. Ini kerana krisis yang berlaku adalah antara sekumpulan Taosug dari Filipina yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu, dengan kerajaan Malaysia. Kedua-dua komponen iaitu Taosug warga Malaysia dengan Kesultanan Sulu meski saling berhubungan adalah tetap dua komponen berbeza. Adalah dikhuatiri pemomokan yang tidak dikawal terhadap etnik Taosug hari ini akan membawa kepada ketidakstabilan masyarakat Sabah di masa mendatang. Ini kerana etnik Taosug dan lain-lain etnik dari Filipina telah membanjiri Sabah sejak tahun 70an:

Malaysian police and security forces have separated the Tausugs from the rest of the Filipino ethnic groups but added that they have not been harmed or threatened. She said she did not know the reason why they are segregated according to ethnicity. The Tausugs are the dominant ethnic group of Sulu and Tawi-Tawi but some Maguindaoans, Yakans and Samals have also established residences in many parts of Sabah. At least 400,000 Filipinos in Sabah are reportedly undocumented. They were part of the exodus from Mindanao during the height of the Moro insurgency in the 1970s. Most of them are either into trading or working as farm workers in palm oil plantations (Edwin Espejo, 2013).

Dalam disiplin hak asasi manusia pelabelan dan prasangka yang melampau boleh menjurus kepada pencerobohan hak-hak asasi individu dan komuniti yang serius. Sebagai contoh apabila berlakunya peristiwa serangan kumpulan al-Qaeda terhadap World Trade Centre, New York pada 11 September 2001, komuniti Islam telah mengalami pelabelan, prasangka, pemomokan dan akhirnya pencabulan hak yang berterusan (Carenlee Barkdull et al, 2011).

Lantaran konflik ini berpotensi untuk memburuk, penglibatan masyarakat sivil untuk memantau keadaan diperlukan. Sebagai contoh, The Moro National Liberation Front (MNLF) kini menuntut perhatian Organization of Islamic Cooperation (OIC) untuk membantu menjadi orang tengah dalam konflik ini (Roel Pareño & Edith Regalado 2013). The Ateneo Human Rights Center (AHRC) yang berpusat di Ateneo University, Filipina turut memantau dan melaporkan keadaan hak asasi manusia terkait konflik di Sabah ini (InterAksyon, 2013). Di pihak Malaysia, adalah perlu sebuah badan bebas turut mengawasi keadaan hak asasi pihak yang sedang dalam pertikaian. Malaysia sebagai misalan boleh juga memanggil kembali kumpulan International Contact Group (ICG) yang telah memantau proses perjanjian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (Moro Islamic Liberation Front atau MILF) pada tahun 2012. Pemerhati ICG terdiri daripada empat negara iaitu United Kingdom, Arab Saudi, Turki dan Jepun. Ia juga memuatkan empat pertubuhan antarabangsa iaitu Conciliation Resources (UK), Center for Humanitarian Dialogue (Switzerland), Asia Foundation (US), dan Muhammadiyah (Indonesia). Kebolehan dan citra baik Malaysia dalam menentukan perjanjian komprehensif mengenai penubuhan negeri Bangsamoro dicapai pada hujung tahun 2012 wajar diterjemahkan sekali lagi. Ingatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya hak-hak asasi pihak dalam pertikaian tidak dicabul dan dijaga mestilah diambil kira. Adalah penting kedaulatan Malaysia terjaga, tetapi dalam masa yang sama juga, hak-hak pihak dalam pertikaian dipelihara menurut standar antarabangsa.

RUJUKAN

ABN News. 2013a. Lahad Datu: Malaysia must ensure full respect of international human rights norms. 11 Mac. ABN News.http://news.abnxcess.com/2013/03/human-rights-watch-malaysia-must-ensure-full-respect-of-international-human-rights-norms/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=human-rights-watch-malaysia-must-ensure-full-respect-of-international-human-rights-norms

ABN News. 2013b. Bar Council calls on Malaysian security forces to observe laws and human rights. 11 Mac. ABN News. http://news.abnxcess.com/2013/03/bar-council-calls-on-malaysian-security-forces-to-observe-laws-and-human-rights/

Alipala, J. &. Ubac, M.L. 2008. For deported Filipinos it’s Sabah or bust. 24 Julai. Philippine Daily Inquirer. http://globalnation.inquirer.net/news/news/view/20080724-150309/For-deported-Filipinos-its-Sabah-or-bust.

Alipala, J. 2008. Sulu sultanate seeks humane treatment of Filipinos in Sabah. 19 Julai. Inquirer Global Nation. http://globalnation.inquirer.net/news/breakingnews/view/20080719-149474/Sulu-sultanate-seeks-humane-treatment-of-Filipinos-in-Sabah.

Alipala, J. 2013. PH humanitarian team banned from Lahad Datu. 3 Mac. Inquirer Global Nation.http://globalnation.inquirer.net/66393/ph-humanitarian-team-banned-from-lahad-datu.

Arzura Idris. 2012. Malaysia and forced migration. Intellectual Discourse 20 (1): 31-54.

Barkdull, C. & Khaja, K. & Tajalli, I.Q. & Swart, A. & Cunningham, D. & Dennis, S. 2011. Experiences of Muslims in four western countries post–9/11. Affilia: Journal of Women and Social Work 26(2): 139-153.

Carcamo, D. 2013. Drilon: PNoy on top of Sabah situation. 4 Mac. PhilStar.com. http://www.philstar.com/nation/2013/03/04/915714/drilon-pnoy-top-sabah-situation

Cesar Adib Majul. 1999. Muslims in the Philippines. Quezon City: University of the Philippines Press.

Chooi, C. 2013a. Manila now says up to Malaysia to handle Sulu militants. 4 Mac. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/manila-seriously-studying-sulu-sultans-sabah-claims-says-aquino-spokesman/.

Chooi, C. 2013b. Filipino refugees claim of police brutality in Sulu roundup. 10 Mac. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/filipino-refugees-claim-of-police-brutality-in-sulu-roundup/

Dehm, S. 2012. Sovereignty, protection and the limits to regional refugee status determination arrangements. Merkourios 28 (75): 53-60.

Dolan, R.E. 1991. Philippines: A Country Study. Washington DC: GPO for the Library of Congress.

Espejo, E. 2013. Pinoys in Sabah afraid claim they’re segregated. 5 Mac. Rappler. http://www.rappler.com/nation/23084-pinoys-in-sabah-afraid-claim-they-re-segregated.

Gloria, G.M. 2013. The forgotten problem of Sabah’s halaw. 4 Mac. Rappler. Penerbitan semula wawancara pada tahun 2002 di Newsbreak. http://www.rappler.com/newsbreak/23009-the-forgotten-problem-of-sabah-s-halaw%20%20.

Interaksyon. 2013. Ateneo HR center Dissapointed With Insensitive Government Handling of Sabah Row. Interaksyon.com.http://www.interaksyon.com/article/56172/ateneo-hr-center-disappointed-with-insensitive-govt-handling-of-sabah-row.

Kate, D.T. & Guinto, J. 2013. Philippines Asks M’sia to Clarify Sabah Abuse Reports. 11 Mac. Bloomberg. http://www.businessweek.com/news/2013-03-11/philippines-calls-on-malaysia-to-clarify-report-of-sabah-abuse

Kwok, A. 2013. UN’s Ban meets Malaysian envoy on Sabah HRW urges acccess to humanitarian aid respect for rights. 9 Mac. Inter-Aksyon.com.http://www.interaksyon.com/article/56693/uns-ban-meets-malaysian-envoy-on-sabah-hrw-urges-acccess-to-humanitarian-aid-respect-for-rights

Lim, I. 2013. Security crisis shows Project IC still haunts Sabah say analysts. 4 Mac. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/security-crisis-shows-project-ic-still-haunts-sabah-say-analysts/.

Link, B & Phelan, J. 2001. Conceptualizing stigma. Annual Review of Sociology 27 (3): 363-385.

Mustapha, M.A. 2013. Serangan besar-besaran. 4 Mac. Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130304/dn_05/Serangan-besar-besaran#ixzz2MdTQrH1k

Pareño, R. &. Regalado, E. MNLF urges OIC UN to intervene in Sabah. 4 Mac. The Philippine Star. http://www.philstar.com/headlines/2013/03/04/915534/mnlf-urges-oic-un-intervene-sabah.

Petrasek, D. 1999. Ends & Means: Human Rights Approaches To Armed Groups. Switzerland: International Council on Human Rights Policy.

Sinar Harian. 2013. Kronologi Pencerobohan di Lahad Datu. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-pencerobohan-di-lahad-datu-1.135824

Suara Rakyat Malaysia. 2009. World Refugee Survey 2009: Malaysia is Worst Place for Refugees- Again. Suaram. 21 Jun. http://suarampg.blogspot.com/2009/06/world-refugee-survey-2009-malaysia-is.html

Su-Lyn, B. 2013. Tourism drop food stock-up in KK amid Sabah deadly clashes. 5 Mac. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tourism-drop-food-stock-up-in-kk-amid-sabah-deadly-clashes/

Tarling, N. 1978. Sulu And Sabah: A Study of British Policy Towards the Philippines and North Borneo From the Late Eighteenth Century. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

The Malaysian Insider. 2013a. Brutality claims just wild allegations says Zahid Hamidi. The Malaysian Insider. 11 Mac. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/brutality-claims-just-wild-allegations-says-zahid-hamidi/

The Malaysian Insider. 2013b. Nazri Sabah Skirmishes Not War Sulu Militants to Be Charged With Murder. The Malaysian Insider.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/nazri-sabah-skirmishes-not-war-sulu-militants-to-be-charged-with-murder/.

The Malaysian Insider. 2013c. End Sabah Clash in Brotherly Way MNLF Warna Putrajaya. The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/end-sabah-clash-in-brotherly-way-mnlf-warns-putrajaya/.

United States Committee for Refugees and Immigrants. 2000. U.S. Committee for Refugees World Refugee Survey 2000 – Philippines. 1 Jun. UNHCR. http://www.unhcr.org/refworld/docid/3ae6a8d117.html.

Warren, JF. 1985. The Sulu Zone 1768-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. Quezon City: New Day Publishers.

Yunus, A. 2013. Lahad Datu: Ban Ki-moon calls for swift, peaceful end to Sabah intrusion. 7 Mac. New Straits Times. http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-lahad-datu-font-ban-ki-moon-calls-for-swift-peaceful-end-to-sabah-intrusion-1.230317

]]>

Tahukah Heiner Bielefeldt Apa Berlaku di Malaysia?

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

  Soalan yang sering diajukan, adakah komuniti Syiah di Malaysia? Siapakah mereka, penganut Syiah di Malaysia? Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman ketika menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BN-Jorak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bertarikh 27 September 2012 menjelaskan bahawa kerajaan Johor telah mengeluarkan fatwa melarang mana-mana umat Islam di negeri Johor berpegang kepada ajaran dan fahaman Syiah. Fatwa bertarikh 9 Januari 2012 itu diwartakan pada 16 Februari 2012. Larangan tersebut merangkumi aspek mengajar, menerbit apa-apa terjemahan melalui media, menjadi anggota atau pemimpin syiah serta membantu mengembang ajaran tersebut. Tindakan negeri Johor tersebut bukanlah suatu yang menghairankan, kerana sejak beberapa dekad yang lalu, minoriti agama khususnya penganut Syiah (Imamiyyah dan Ismailiyyah) telah mengalami pemomokan secara institusi dan negara (state and institutionalized stigmatization). Dalam disiplin sosiologi, sarjana hak asasi manusia telah pun mahir dengan ciri-ciri masyarakat yang mengalami pemomokan (stigmatization). Sekadar ingatan, pemomokan ialah apabila berlaku empat perkara; iaitu ketika i) ahli masyarakat yang dominan bertindak membeza dan melabel kumpulan tertentu; ii) pelabelan ini, dalam konteks ini adalah Syiah, ditanggapi sebagai ‘sesuatu yang tidak dikehendaki’; iii) seterusnya pihak atau sasaran yang dilabel mengalami pengasingan; iv) di mana pengasingan itu, membawa kepada pihak yang dilabel kehilangan status dalam masyarakat secara tidak adil (Bruce G Link dan Jo C Phelan, 2001: 363). Siapakah penganut Syiah di Malaysia? Adalah lebih baik, sekiranya mereka sendiri menjawab soalan ini. Dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), wakil komuniti ini memberitahu: “Etnik Melayu yang berketurunan Aceh, Minang, Bugis, Jawa, (hanya beberapa contoh) dan umat Islam dari keturunan Siam-Ayuthya, Pakistan dan Arab terdapat sebahagian kecilnya adalah pendokong Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w Syiah sejak turun-temurun (daripada nenek moyang). Kami mempunyai bukti atau hujah akademik serta warisan sejarah keluarga yang mesti diperakukan menurut Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa kami adalah bermazhab Syiah atau mengamalkan fikah Ja’fari sebagai MAZHAB ASAL kami (Memorandum Kepada SUHAKAM 27 Disember 2010). Apakah dakwaan di atas benar? Tentu, ia tidak akan dapat dicapai dengan pemomokan. Ia hanya dapat ditentukan dengan komunikasi dua hala, dan kajian akademik yang mendalam. Tentu, bukan negeri Johor sahaja melakukan pemomokan terhadap minoriti Syiah. Selangor yang buat masa ini diperintah oleh pakatan pembangkang turut menafikan hak-hak asasi kaum Syiah. Bahkan, sejak dekad-dekad terdahulu penganut ajaran Syiah sering diancam dengan penahanan tanpa bicara di bawah Internal Security Act (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2005: 175-176). Sebagai contoh, Abdullah Hassan, salah seorang pengikut Syiah Imamiyyah ditahan tanpa bicara di bawah ISA (Internal Security Act) antara 2 Oktober 1997 sehingga 31 Disember 1999. Beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada tahun 2001 di mana empat Pesuruhjaya SUHAKAM pada waktu itu; iaitu Harun Hashim, Zainah Anwar, Mehrun Siraj dan Hamdan Adnan menerima laporan beliau. Laporan Abdullah Hassan kepada SUHAKAM dilakukan berikutan Malaysia menahan enam lagi pengikut Syiah di bawah ISA antara 20 Oktober 2000 sehingga 5 Januari 2001 (Leong Kar Yen, 2001). Zainah Anwar selaku Pesuruhjaya SUHAKAM berjanji untuk menghubungi Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri memandangkan penahanan ahli masyarakat atas alasan kepercayaan dan agama adalah, meminjam ungkapan Zainah, ‘clear violation of Article 11 of the Federal Constitution which guarantees freedom of religion’. Pun dari tahun 2001, sehingga hujung 2012. Tiada perkembangan sihat berlaku yang memihak kepada minoriti Syiah di Malaysia. Secara keseluruhannya, Malaysia tidak memberikan kebebasan kepada penganut Syiah untuk beramal dengan fahaman Syiah yang dipilih atau diwarisi oleh mereka (Daily Times, 2011). Meskipun pemerintah Malaysia mendakwa penganut Syiah dibenar mengamalkan dan tidak diizin menyebar, hakikatnya, penganut fahaman ini mengalami gangguan emosi, psikologi dan sejak akhir-akhir ini ia menjadi bertambah fizikal khususnya di negeri Selangor. Insiden serbuan terhadap sebuah komuniti Syiah di Gombak pada 15 Disember 2010 misalnya dilakukan tanpa waran yang sempurna. Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor masuk ke dalam ruang solat mereka dengan berkasut, mencerca kaum wanita dan kanak-kanak, serta mengherdik kepercayaan mereka. Ini dilakukan dengan kehadiran media, yang bertujuan untuk mengaib mereka. Harus diingat, kumpulan penganut Syiah ini berhimpun sesama mereka secara rahsia, dan tidak mengganggu masyarakat sekeliling (Nota Keterangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, 2012). Pemomokan terhadap penganut Syiah berlaku secara meluas dan sedar, serta lebih menggusarkan dilakukan oleh pihak berwajib sendiri. Jabatan Hal Ehwal Agama Trengganu sebagai contoh mengarah masjid-masjid di Trengganu membaca khutbah Jumaat anti Syiah pada 23 September 2011. Hal yang sama terjadi di Selangor, sebagai rekod; khutbah Jumaat bertarikh 6 April 2012 menyeru umat Islam menghindari Syiah. Khutbah berjudul ‘Penyelewengan Syiah Di Malaysia’ tersebut menyatakan, antara lain ‘Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini’. Khutbah ini adalah satu bentuk pemomokan yang jahat, memandangkan dalam masa yang sama, harus diingat seramai sepuluh orang qari bermazhab Syiah dari Iran dan Iraq telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia sejak tahun 1961. Dakwaan dalam khutbah di Selangor itu ternyata mengelirukan dan berniat jahat terhadap minoriti ini, kerana jika Syiah ‘menafi dan menolak al-Quran’ maka apakah kedudukan sepuluh orang johan tilawah al-Quran tersebut? Apakah misalnya kedudukan johan musabaqah pdari Iraq ada tahun 2009, iaitu Osama Abdul Hamza, seorang muazzein di Haram Imam Husein, Karbala? (Dar al Quran al Kareem 1432 CE: 46). Atau apakah kedudukan akidah johan tilawah dari Iran 2006, Hossein Saeid Rostami Tabrizy? Jika khutbah Jumaat mahu jemaah mempercayai penganut Syiah ‘menafi dan menolak al-Quran sedia ada’ maka mengapakah qari berfahaman Syiah dibenarkan bertanding dalam Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysa? Justeru, tuduhan Jabatan Agama Islam Selangor dalam khutbah Jumaat tersebut perlu dipandang serius kerana merupakan satu pemomokan yang berat. Secara umumnya khutbah-khutbah Jumaat yang dibacakan di seluruh Malaysia adalah berlesenkan fatwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996. Khutbah-khutbah tersebut memomok ajaran Syiah, menyebar kepalsuan tentang amalan penganut Syiah dan bertujuan untuk masyarakat mengasing, membenci dan menghindari mereka. Akhirnya, di hujung khutbah, kekeliruan terhadap siapa penganut Syiah disebar dan dikukuhkan sehingga mereka dibenci masyarakat lantaran salah faham yang dikemukakan. Kewujudan Syiah juga dikaitkan dengan pertumpahan darah, pemomokan ini menyebabkan penganut fahaman ini sering menjadi mangsa ketidakadilan. Lebih menjengkelkan, seorang pegawai rendah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia menyarankan ‘secara halus’ supaya fahaman Syiah diharamkan dan penganutnya diberi tindakan tegas. Menurut beliau, ‘sejarah Islam sendiri telah membuktikan bagaimana para khalifah Islam pernah mengharamkan, bahkan bertindak tegas terhadap pembawa pemikiran yang menyeleweng daripada akidah ASWJ. Sebagai contoh Ma’bad al-Juhani, pengasas mazhab Qadariyyah telah dihukum bunuh oleh Khalifah Abdul Malik pada tahun 80 Hijrah’ (Mohd Aizam Masod, 2010). Adalah menghairankan pandangan ekstrim, radikal, melampau, bernada ugutan dan berbau hasutan di atas boleh terlepas pandang. Ini menunjukkan pemomokan terhadap penganut Syiah telah terangkat secara serius, dari sebuah fatwa menjadi satu ancaman berupa apartheid. Larangan dan fatwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996 yang disebutkan di atas menimbulkan kekeliruan memandangkan Artikel 11 dalam perlembagaan Malaysia menyatakan setiap orang diberikan kebebasan untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing. Malah, Artikel 3 dalam perlembagaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain dibenarkan untuk diamalkan dengan aman dan harmoni. Sekiranya Syiah ditanggapi oleh pihak berkuasa sebagai ‘bukan agama Islam’, sebagai ‘salah sebuah agama yang tua’, penganut Syiah masih perlu diberikan hak-hak mereka; memandangkan Malaysia memberi ruang kepada pengamal faham Bahai dan Sikh. Makanya, satu dialog berkesan harus dijalin antara pihak Syiah dan pemerintah Malaysia. Pemomokan harus dihenti. Oleh kerana itu, dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) salah seorang penganut Syiah, Haji Kamil Zuhairi menyatakan; ‘oleh kerana tiadanya dialog dan wacana di antara pihak berkuasa agama tempatan dengan komuniti kami (Syiah) di Malaysia maka telah berkembang kejahilan, kekeliruan dan salah anggap yang sangat besar terhadap kami. Fitnah yang disebarkan mengenai kami Pencinta Ahlul Bayt (keluarga) Rasulullah Muhammad s.a.w. (Syiah) di Malaysia mengakibatkan salah faham yang sangat buruk terhadap kami. Salah faham yang buruk ini mendorong pewartaan undang-undang yang tidak adil buat kami’ (lihat Memorandum Kepada SUHAKAM 27 Disember 2010). Ketika diminta mengenang kejadian serbuan Jabatan Agama Islam Selangor pada 15 Disember 2010 tersebut, Kamil Zuhairi (2011), secara pahit menjelaskan: The officers broke into and damaged our prayer hall, a private property where we were having special prayers for the Prophet Muhammad’s grandchildren. We were condemned, criticized, slandered and threatened in local media just because we practice what had been preached by our ancestors who were Shia and have lived in Malaysia for centuries. If other communities like Hindus, Buddhists, Christians, Sikhs and others have their right to worship and practice under the constitution, then why not us? Satu soalan yang sering diajukan adalah, bagaimanakah kedudukan Syiah dalam ajaran Islam? Adalah jelas Syiah merupakan satu mazhab dalam Islam. Hakikat ini tidak dapat dipungkiri Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri. Hal ini telah diakui oleh Malaysia menerusi Deklarasi Islamabad 2007 yang dikemukakan oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Kerajaan Malaysia dengan diwakili oleh Syed Hamid Albar, Menteri Luar Negara ketika itu antara lain menyatakan kesanggupan untuk melindungi hak-hak minoriti agama dari mazhab Syiah. Pemomokan Syiah sebagai fahaman ‘sesat’ dan penganutnya wajar dipinggir tidak dipersetujui dalam Deklarasi Islamabad 2007 itu. Saya kira Malaysia perlu diingatkan kembali mengenai Deklarasi Islamabad 2007 di atas. Sarjana Tariq Ramadan (Shahanaaz Habib, 2012) menyelar keras permainan Sunni-Syiah yang dimainkan kerajaan Malaysia sebagai ‘dangerous game’; malah tatkala menyatakan kekesalannya, Tariq Ramadan menyifatkan polisi tersebut sesuatu yang berupa ‘diskriminasi’: This is not acceptable. There are differences and disagreements on some issues but we are both Muslims. We should not use this division to colonise’ our way of dealing with Muslims because that would be creating division and by creating divisions we are promoting discrimination and nurturing trouble. Pandangan Tariq Ramadan tersebut, bukanlah sesuatu yang asing benar. Ini kerana pada tahun 1960, Dr Burhanuddin al-Helmi (2005, 39) ahli politik dan figur gerakan Islam yang prominen dari Parti Islam Semalaysia (ketika itu Pan Malayan Islamic Party) menegaskan dalam ucapan pembukaan sebuah simposium tentang Sufisme, menyatakan konflik Syiah dan Sunni harus diselesaikan dengan dialog, dan bahawa konflik tersebut dicetuskan oleh penguasa yang tamak: ‘Hendaklah kita pulihkan kembali kepada kebenaran perbalahan antara ahli sunnah dan ahli syiah. Sesungguhnya perpecahan itu ialah rekaan raja-raja yang tamak…’ Hal yang sama ditekankan oleh S.M Mohamed Idris (2012), tokoh persatuan pengguna dan Pengerusi Citizens Internatonal tatkala mengkritik siaran TV Hijrah bertarikh 25 Jun 2012 menerusi Rancangan Bicara: Bahaya Syiah. Media melakukan pemomokan terhadap penganut Syiah tanpa segan silu sedikit pun. Ekoran dari itu, Mohamed Idris mengutus sepucuk surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation menegur media tersebut kerana melakukan pemomokan dan memenuhi agenda memecah belahkan umat Islam: Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi, menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu… [Surah Al Imran 3:103]. Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran. Jelas sekali pemomokan yang dilakukan terhadap penganut Syiah bukan sahaja dilakukan dalam bentuk fatwa, khutbah Jumaat, atau enakmen dan akta yang menganiayai hak-hak mereka; pemomokan bahkan didokongi media secara besar-besaran. Radio Televisyen Malaysia (RTM), media milik pemerintah pada 9 dan 16 Februari 2012, di stesen TV1 menyiarkan rancangan berjudul ‘Mazhab atau Agama’ bertujuan memomokkan penganut Syiah. Terkini, pada 4 Oktober lepas saluran Bernama TV Saluran 502, dalam rancangan Hello Malaysia, media ini memburuk-burukkan fahaman dan penganut Syiah. Selain media elektronik, media cetak turut melakukan pemomokan seperti yang dapat dibaca di Utusan Malaysia bertarikh 17 Disember 2010 dengan judul ‘Markas Syiah Diserbu’ (Angelina Sinyang, 2010) atau Berita Harian bertarikh 28 April 2011 dengan judul ‘JAIS Pantau Syiah di Selangor’ (Khairul Azran Hussin, 2011). Fatwa dan larangan terhadap penganut Syiah di Malaysia bertentangan dengan undang-undang hak asasi manusia yang terpakai di United Nations dan adalah jelas, dalam kes ini, terdapatnya pelanggaran hak asasi manusia yang meruncing. Pencabulan hak asasi manusia berlaku apabila pemomokan berlaku. Hal dasar ini selalunya sukar difaham oleh sarjana dalam bidang undang-undang syariah di Malaysia kerana pemerhatian mereka tidak dilengkapi dengan bahagian dari disiplin sosiologi yang menjadi teras untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada dalam masyarakat. Undang-undang menyekat fahaman Syiah sebagai misalan dijadikan asas untuk melihat kemungkinan ‘sekatan tersebut menjadikan kumpulan agama minoriti terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan sebagai respon kepada sekatan yang dianggap mendiskriminasi mereka’ (Ezad Azraai Jamsari et al., 2011). Hipotesis akademik sedemikian menunjukkan pemomokan yang dilakukan pemerintah telah terangkat sebagai prasangka, yang malangnya berlaku di akar umbi termasuk dalam kalangan sarjana. Hal ini juga menunjukkan sectarian apartheid benar-benar berlaku dengan pelbagai alasan dan legitimasi. Sehubungan dengan itu, adalah munasabah Heiner Bielefeldt (Special Rapporteur On Freedom Of Religion Or Belief) dimaklumkan tentang perkembangan yang mendukacitakan ini. Heiner Bielefeldt perlu hadir mengunjungi Malaysia dan memeriksa keadaan pemomokan yang dilakukan terang-terangan ini. Malaysia wajib menjawab dalam sesi Universal Periodic Review (UPR) di Geneva pada Oktober 2013 atas alasan apakah Malaysia gagal memenuhi hak asasi masyarakat Syiah? Heiner Bielefeldt perlu mengunjungi Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia, dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menuntut penjelasan mengapakah Malaysia gagal mematuhi Deklarasi Islamabad 2007 oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Bukankah Malaysia ahli OIC, justeru mengapakah Syiah yang merangkumi 15 peratus jumlah seluruh umat Islam didiskriminasi secara menjolok mata di negara ini? Heiner Bielefeldt mesti bertanyakan mengapakah hak-hak penganut Syiah yang bukan berwarganegara Malaysia boleh dihormati, sedangkan hak rakyat Malaysia yang berfaham Syiah dinafikan malah mereka dimomokkan secara konsisten dan sistematik. Heiner Bielefeldt perlu difahamkan mengapakah sikap munafik (double standard) ini berlaku di sebuah negara Islam yang progresif serta wasatiyyah seperti Malaysia. Ketika melawat Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia itu, Heiner Bielefeldt perlu diserahkan minit mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang berlangsung pada 24 dan 25 September 1984 [kertas No. 2/8/84, Item 4.2. 2/8/84, Item 4.2. (2)] dan beliau harus bertanya mengapakah kandungannya bertentangan dengan fatwa rektor Universiti al Azhar, Sheikh al-Akbar Mahmood Shaltoot bertarikh 6 Julai 1959 yang memperakukan Syiah sebagai satu mazhab dalam Islam. Special Rapporteur On Freedom Of Religion Or Belief dari Geneva harus mendapatkan laporan lengkap apa yang berlaku pada 15 Disember 2010, apabila 200 masyarakat Syiah yang sedang berkumpul ‘secara tertutup’ untuk berkabung mengenang peristiwa Karbala (peristiwa pembunuhan Saidina Husin cucu Rasulullah saw) di Gombak, Selangor telah diserbu, dan diganggu oleh penguatkuasa agama. Salah seorang dari komuniti ini turut diheret ke mahkamah di bawah Seksyen 12(c) Enakmen 9 1995 (Enakmen Jenayah Syariah) Negeri Selangor. Heiner Bielefeldt perlu diberi penjelasan sejajar dengan laporan ‘State of the World’s Minorities and Indigenous Peoples 2012: Events of 2011 Focus on Land Rights and Natural Resources’ yang menekankan bahawa ‘Shi’a Muslims, listed as a ‘deviant’ sect by Malaysia’s Islamic law in this majority Sunni Muslim state, also continued to face difficulties. In May, in the central state of Selangor, authorities broke up a gathering of Shi’a who were celebrating the birthday of a daughter of the Prophet, on accusations of proselytizing. Four people were reportedly detained’ (Beth Walker, 2012: 154). Akhir sekali, Heiner Bielefeldt perlu bertanya kepada elit pemerintah adakah tekanan terhadap komuniti Syiah ini dilakukan kerana Malaysia sebenarnya terhutang budi dengan dana asing daripada Arab Saudi, sebagai contoh pada Mac 2011 apabila Malaysia berterima kasih kepada regim Arab Saudi kerana memberi wang saku tunai sebanyak 8.15 juta USD; ‘distributing an additional cash profit of US$8.15 million to the 1Malaysia Development Berhad’ (Bernama, 2011). Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam di Malaysia berubah mengikut perkembangan zaman, dan memahami hakikat di sebalik penubuhan mereka suatu masa dahulu. Antropologis terkenal di Malaysia, Abdullah Taib (1985: 226) pernah menyatakan, ‘Sejak tahun 1920-an beberapa buah negeri di Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Hingga ke hari ini sudah hampir 60 tahun majlis itu berjalan atas nama seperti itu. Penubuhan Majlis Agama ini ialah hasil ‘kebijaksanaan’ penjajah Inggeris.’ Untuk itu, satu saranan yang objektif ialah Malaysia kembali kepada Deklarasi Islamabad yang telah disepakati pada tahun 2007 oleh ahli-ahli OIC. Malaysia perlu menerima nasihat sarjana yang ada. Sebagai contoh, Ahmad Fauzi Abdul Hamid (2010: 76-77) menyifatkan kejumudan Malaysia sebagai merugikan, di mana satu Islam yang dibentuk oleh segelintir elit tidak dapat menafikan kewujudan dan kekayaan Islam yang pelbagai (pluralistic Islam): By stripping Islamic education of its pristine ideals, noble purposes and praiseworthy practices, the Malay-Muslim ruling establishment has transformed it into yet another area vulnerably bound to its largesse and patronage, which would ultimately be translated into political influence and support for UMNO and BN. Political considerations explain the express prohibition of pluralisme within Malaysian Islam. Any sign of dissent from official Islamic orthodoxy is frowned upon as reflective of deviance that is liable to prosecution in religious courts. Yet, this homogenization of Islam runs against the grain of Islamic history, which is rich with contestations between sects, school of thought and factions. The sufi and Shi’a provenances of Malaysian Islam, as recognized by prominent Malay nationalist Dr Burhanuddin Al-Helmy, have not been fully acknowledge in Malaysia’s official Islamic discourse as it does not tally with the ruling elites’ hegemonic agenda based on carefully constricted version of Malay-Muslim unity. Thus, Malay Shi’as and sufis have been foremost at the receiving end of government heavy-handedness ostensibly based on the concern to maintain the purity of Islamic faith. Bukan sarjana seperti Ahmad Fauzi Abdul Hamid seorang yang menyalahkan parti pemerintah di Malaysia sekarang ini, sarjana lain iaitu Judith Nagata (2011: 25), turut melihat pemomokan dan penyempitan Islam di Malaysia dilakukan oleh regim yang sedia ada: It is noteworthy how expressions of Sufism, once the most widespread form of Islam and Southeast Asia, and active in the Malay states until the Pacific War, have been repressed under the narrow, Sunni Shariah style of Islam promoted as orthodox by the UMNO state. Like wise, any hint of Shi’ism, once again more evident in local history, has been shunned as heretical by the government. Pemomokan yang disebutkan sepanjang tulisan ini, termasuk penahanan dan pendakwaan kerana kepercayaan mereka, memenuhi bentuk stigma yang dihuraikan oleh Catherine Campbell dan Harriet Deacon (2006) iaitu ‘tribal stigma’. Masyarakat Syiah ditindas dan dimomok kerana ciri-ciri luar biasa (deviation from the normative) mereka. United Nations harus masuk campur menghentikan dasar apartheid ini. Adalah diharapkan teguran atau recommendations menerusi Universal Periodic Review (UPR) di Geneva pada Oktober 2013 kelak akan menyedarkan Malaysia pencabulan demi pencabulan hak asasi yang telah direstui buat sekian lama. UPR boleh mencadangkan supaya penguatkuasa agama dikursuskan dan menjalani orientasi pendidikan hak asasi yang mana mereka perlu faham dunia ini dipenuhi oleh anggota masyarakat yang berbeza dan beragam-ragam. Pendidikan hak asasi manusia akan mendisiplinkan mereka supaya tidak menghina dan memomok orang dengan kepercayaan yang berbeza. Gantinya adalah dialog bermakna, atau interaktif yang dapat menyuburkan erti demokrasi. Semoga Heiner Bielefeldt tidak mengabaikan sectarian apartheid yang sedang berleluasa ini. Hak asasi kaum marjinal telah lama diabaikan, serta perlu dipenuhi serta merta.   *Tulisan ini adalah sebahagian dari kandungan Syarahan Sarjana Tamu yang disampaikan di Facolta di Scienze Umanistiche, Universita Degli Studi di Bergamo Italia pada 25 Oktober 2012 ketika berlangsungnya mesyuarat UNESCO Chair on Human Rights and Ethics of International Cooperation antara 25 hingga 27 Oktober 2012.  
Rujukan
 
Abdul Hamid, A.F. 2010. Islamic Education in Malaysia. RSIS Monograph No 18. S. Rajaratnam School of International Studies: Singapore.
Al-Helmi, B. 2005. Simposium Tasauf dan Tarikat Edisi Rumi. Ipoh: Pustaka Muda.
Bernama. 2011. Malaysia Supports Saudi Arabia & Gcc’s Peace Initiatives in Bahrain. 22 Mac. http://web6.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=572665.
Campbell, C dan Deacon H. 2006. Unraveling the Contexts of Stigma: From Internalisation to Resistance to Change. Journal of Community and Applied Social Psychology 7. September Issue.
Daily Times. 2011. Malaysia Bans Shias From Promoting Their Faith. Mac 10.
Dar al Quran al Kareem. 1432 H. Karbala. Imam Husayn Holy Shrine Foundation.
Deklarasi Islamabad. 2007. Islamabad Declaration The Thirty Fourth Session Of The Islamic Conference Of Foreign Ministers Session Of Peace, Progress And Harmony. 15-17 Mei. Resolusi No. 28/34-Pol berkenaan Strengthening The Islamic Unity Document. Fail No. A/61/981 S/2007./656. Hlm. 91-93.
Habib, S. 2012. Tariq Ramadan: Wising Up To Fragile Situation. The Star Online. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F8%2F5%2Fnation%2F11751955&sec=nation
Hussin, K.A. 2011. JAIS Pantau Syiah di Selangor. 28 April. Berita Harian. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAISpantauSyiahdiSelangor/Article/
Idris, SM. 2012. TV Hijrah Didakwa Pecahbelahkan Islam. http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/arkib.harakahdaily.net
Jamsari, E.A dan Samuri, M.A.A dan Yaacob, S.E dan Mohd Awal, N.A dan Mohd Kashim, I.A dan Abul Hassan Ashari, M.Z. Penetapan Mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Sebagai Definisi Islam di Malaysia: Hak Penyebaran Agama bagi Kumpulan Agama Minoriti. Jurnal Undang-undang & Masyarakat 15 (2011): 31-42
Kar Yen, L. 2001. Use Of ISA Against Shia Followers Unislamic and Unconstitutional. Malaysiakini. http://www.malaysiakini.com/news/3500.
Khutbah Jumaat. 2012. Penyelewengan Syiah Di Malaysia. 6 April. Jabatan Agama Islam Selangor.
Link, B dan Phelan, J. 2001. Conceptualizing Stigma. Annual Review of Sociology 27 (3): 363-385.
Masod, M.A. 2010. Antara Hak Asasi dan Mazhab Rasmi Negara. The Malaysian Insider, 31 Disember. http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/antara-hak-asasi-dan-mazhab-rasmi-negara-mohd-aizam-masod/
Memorandum Wakil Syiah Imamiyah Malaysia Kepada SUHAKAM. 27 Disember 2010. http://ab-na.com/data.asp?lang=15&Id=218727.
Nagata, J. 2011. Boundaries of Malayness: We Have Made Malaysia: Now It Is Time to Re-Make the Malays But Who Interprets the History?. Dlm. Mohamad M., & Al-Junied, S.M.K (Eds.), Melayu The Politics, Poetics and Paradoxes of Malayness. Singapore: National University Press.
Nota Keterangan Mahkamah Syariah Gombak Barat, Kuang. 2012.
Sinyang, A. 2010. Markas Syiah Diserbu. 17 Disember. Utusan Malaysia.
Taib, A. 1985. Asas-Asas Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Walker, B. (ed). 2012. State of the World’s Minorities and Indigenous Peoples 2012: Events of 2011 Focus on Land Rights and Natural Resources. New York: Minority Rights Group International.
 
]]>

Terlepas Dari Sumpahan ‘LISTEN LISTEN LISTEN’

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

Satu soalan yang sering diungkapkan oleh orang awam ialah, apakah itu hak asasi manusia? Apakah kita benar-benar memerlukannya? Apakah hak asasi manusia boleh dididik untuk generasi baharu Malaysia? Hak asasi manusia terbina berasaskan tiga tunjang moral iaitu kebebasan, persamaan dan maruah manusia; ‘human rights are undeniably based upon an appeal to three moral ideals; freedom, equality and human dignity’ (Andrew Fagan, 2011: 3). Oleh kerana definisi hak asasi manusia menurut kaca mata barat itu memelihara dan mengiktiraf hak setiap individu iaitu kebebasan, persamaan dan maruahnya, maka ya, ia benar-benar diperlukan malah didambai oleh setiap individu yang waras. Untuk menjawab soalan berikut, apakah hak asasi manusia boleh dididik untuk generasi baharu Malaysia, jawapannya ya, semestinya boleh, wajar dan wajib hak asasi manusia diasuh, dipupuk dan dididik untuk generasi baharu Malaysia. Sebelum poin berasaskan soalan-soalan di atas dihuraikan, satu kenyataan yang penting untuk dihadami ialah sebahagian besar aktivis dan penggiat hak asasi manusia bersetuju bahawa hak asasi manusia dicabul dan dinodai oleh mereka yang minda dan akalnya tidak tercerahkan, atau mereka yang mengalami gejala ketidakpedulian. Hal ini misalnya ditekankan oleh Pengarah Pusat Hak Asasi Manusia Universiti Essex, dan juga pengarang buku The Atlas of Human Rights, Andrew Fagan. Menurut Fagan (2011: 2-3), ‘in a sense, those who continue to violate and abuse human rights may be thought of as suffering from a lack of suitably enlightened mind. Human rights violations are blamed on ingrained ignorance, and the mean for overcoming ignorance in any form is eduaction.’ Satu-satunya jalan yang ada untuk mencerahkan akal minda serta mengeluarkan seseorang manusia dari gejala ketidakpedulian adalah dengan mendidiknya, justeru, poin penting yang terkait dari perenggan-perenggan di atas adalah pendidikan hak asasi manusia menjadi keperluan. Sebahagian besar pendidik hari ini dijangka dapat bersetuju bahawa metode pengajaran yang memaksakan dengan kaedah listening passively telah berlalu, bahkan kelompok manusia yang diajar atau dididik perlulah ‘actively engaged in their own learning’ dan dalam hal ini, pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah pendidikan hak asasi manusia. Terma pendidikan hak asasi manusia mencakupi pendidikan mengenai nilai-nilai demokratik serta pendidikan mengenai ‘mutual respect and understanding’. Ia didefinisikan ‘sebagai pendidikan, latihan, penyaluran maklumat yang bertujuan untuk membangunkan budaya hak asasi manusia di mana ia adalah komprehensif dan bukan sahaja untuk memberitahu mengenai hak asasi manusia itu semata-mata bahkan mengenegahkan skil-skil yang diperlukan untuk mempromosi, mempertahankan dan mengaplikasinya dalam hidup’. Pendidikan mengenai nilai-nilai demokratik menumpukan aktiviti-aktiviti yang digubal khusus untuk membantu manusia memain peranan penting dalam kehidupan demokratik. Di mana setiap individu mengamalkan hak mereka dan dalam masa yang sama bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling. Ia juga menekankan pendidikan mengenai ‘mutual respect and understanding’ yang berhasrat untuk mengutara dan menjelmakan rasa hormat diri, rasa hormat terhadap individu lain dan pembaikan hubungan antara individu pelbagai tradisi budaya. Di Barat, pendidikan hak asasi manusia diajarkan bukan sahaja kepada anak-anak sekolah, tetapi lebih penting kepada guru. Ia bukan sahaja diajarkan kepada pelajar universiti tetapi pendidikan hak asasi manusia kini dilatih, diajar dan dikursuskan buat penguatkuasa undang-undang, pembuat polisi dan dasar, para administrasi, seniman dan tentunya ibu-bapa (OSCE, 2009: 9). Di peringkat sekolah, dan pengajian tinggi antara komponen-komponen besar yang terkandung dalam pendidikan hak asasi manusia yang mensasarkan generasi baharu ini antara lain adalah a) pendidikan gender; b) pendidikan inter-budaya anti rasisme; c) pendidikan personal dan nilai-nilai sosial; d) pendidikan global; e) pendidikan untuk pembangunan berterusan; f) pendidikan kewarganegaraan; g) pendidikan keamanan; h) pendidikan sivik (Nancy Flowers, 2011: 4-5). Sudah tiba masanya hak asasi manusia dididik untuk generasi baharu Malaysia, malah pendidikan hak asasi manusia ini seharusnya diterapkan kepada semua peringkat masyarakat bagi membolehkan hak-hak asasi seseorang individu dihormati serta dipertahankan. Sehingga hari ini, cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia supaya pendidikan hak asasi manusia diajarkan di sekolah-sekolah menengah masih dipandang sepi (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, 2006). Pun tanpa menunggu kelengahan tersebut, pendidikan hak asasi manusia masih perlu diperkenalkan di semua peringkat. Sebagai contoh, untuk permulaan, sesebuah universiti boleh mengundang figur publik yang dapat diteladani untuk satu sesi bersama siswa baharu. Figur tersebut hendaklah faham, mahir dan lebih jelas, mengamalkan hak asasi ke darah dagingnya supaya ia dapat ditonjolkan dalam sesi tersebut. Ketika figur tersebut mempromosi hak-hak demokratik seorang warganegara misalnya, para siswa hendaklah tidak mendengar sahaja atau listening passively, siswa sebaliknya digalakkan supaya menyuarakan rasa dan gejolak dalam diri yang bergumulan. Mereka harus secara aktif berpartisipasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tentang hak-hak demokratik seorang warganegara dengan membantah jika berasa perlu, atau menyumbang pandangan berbeza. Penglibatan sedemikian meski terlihat vokal dan melulu hendaklah disambut serta disahut oleh pihak universiti atau educator dengan baik. Pihak universiti malah sewajarnya mencambah semangat, membaja harapan dan idea baharu dan tidak memperolokkannya. Pendidikan hak asasi manusia bermula secara sangat halus, iaitu dengan menghormati hak setiap manusia untuk berbeza pandangan lantas menghormati pilihan kehendaknya. Selain diperlakukan secara terhormat, seorang siswa, atau individu yang berbeza hendaklah tidak dinafikan haknya untuk bersuara. Merujuk kepada insiden antara Suara Wanita 1 Malaysia yang direpresentasikan oleh Sharifah Zohra Jabeen dan cik Bawani KS, pendidikan hak asasi manusia sama sekali tidak akan berjaya dalam kerangka ‘when I speak, you listen’ kerana era Hamurabi dengan kuasa kudus (divine right) telah lama berakhir. Kerangka ‘when I speak, you listen’ adalah natijah dari ‘you owe me, so shut up’. Kerangka listen, listen listen ini adalah ciri autoritarianisme kerana kuasa menjadi kudrat (might is right). Ia diterjemahkan oleh Sharifah Zohra Jabeen dengan menolak hak cik Bawani untuk bersuara secara verbal dan secara aksi di mana mikrofon beliau ‘dirampas’. Ia adalah lambang jelas bagaimana suara seorang siswa dirampas secara kasar. Lebih menyedihkan ia berlaku di sebuah universiti di mana-mana pendidikan hak asasi manusia wajar diajarkan. Namun secara positifnya, klip video selama 24 minit yang tersebar secara meluas di laman sesawang dan laman sosial antara Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS itu dengan sendirinya telah menjadi satu bentuk pendidikan hak asasi (secara informal) yang mempunyai impak meluas, tersendiri dan sungguh fenomenal di Facebook dan forum Internet. Klip tersebut membocorkan ‘rahsia’ bagaimana peredaan sikap dilakukan di kampus-kampus. Dalam analisis psikologi sosial, forum yang dihadiri oleh Bawani KS dan diceramahkan oleh Sharifah Zohra Jabeen tersebut adalah pengesahan apa yang pernah dinyatakan oleh K. Ramanathan (1989: 53) sebagai ‘teknik-teknik brainwashing digunakan dalam penyiaran sesuatu ideologi’ di mana propaganda dan indoktrinasi politik dilakukan terhadap rakyat. Satu hal yang menjadikan forum itu berbeza ialah apabila Bawani KS bingkas dan menyuarakan pandangannya. Samada hujah cik Bawani KS berwibawa atau benar, adalah satu soal lain, beliau ternyata terdidik dengan hak-hak asasi dan fahami sepenuhnya ‘respect and human rights’ lalu mahu merungkaikan ‘cengkaman kerangka when I speak, you listen’ tersebut. Sekiranya cik Bawani KS tidak bangun dalam forum itu, kita akan melihat satu senario di Pyongyang, Korea Utara, di mana semua orang bersorak dan bertepuk tangan mengeyakan propaganda dan indoktrinasi politik yang sedang berjalan. Apa yang Suara Wanita 1 Malaysia tidak sedar ialah, dalam era laman sosial, boleh dan telah pun menjadi medium pendidikan hak asasi yang ampuh, tindakan mensenyapkan Bawani KS menjadi satu sukatan pelajaran hak asasi manusia yang sungguh berkesan. Klip video selama 24 minit itu mendatangkan kejijikan buat sebahagian besar pengulas di internet, kerana secara mendadak mereka sudah terlepas dari sumpahan ‘listen listen listen’. Secara mendadak pengunjung dan penonton klip video tersebut di internet tersedar bahawa selama ini mereka sendiri pernah menjadi tukang sorak yang tidak berani itu, dan dengan sendirinya figur Bawani KS yang berani telah menjadi figur terhormat. Natijah ini dapat dirungkai berdasarkan kerangka sosiologi tertentu. Sebagai seorang sosiolog, saya sangat tertarik melihat insiden antara Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS  ini kerana ia menjelaskan apa yang diungkap oleh Karl Wolfgang Deutsch’s (1964) mengenai ‘political behavior’ dalam buku beliau yang tersohor, The Nerves of Government. Terdapat tiga sumber yang membentuk political orientation seseorang individu. Tiga pengaruh dari sumber berbeza ini memberikan efek kekal. Salah satu pengaruh paling besar yang membentuk pandangan atau sikap politik seseorang itu adalah keluarganya.  Adalah satu kelaziman ibu-bapa akan mewariskan pandangan atau nilai ideologi yang mereka sikapi kepada anak-anak. Kedua, pandangan politik seseorang individu akan diperolehi daripada ‘educational authority figures’ seperti guru di sekolah, atau pensyarah di universiti. Akhir sekali, ‘peers’ turut memain peranan yang kuat, malah sebenarnya paling kuat berbanding dua pengaruh sebelumnya. Dalam hal ini  ‘peers’ bermaksud kumpulan teman-teman yang saling membentuk pengetahuan, tabiat dan orientasi seseorang individu. Dalam erti kata lain ‘peers’ adalah entiti sosial yang merubah cara pandang atau meneguhkan pandangan politik seseorang. Hari ini, sosialisasi dimudahkan oleh jaringan yang tidak dapat dibendung iaitu Facebook dan Twitter. Ia menjadi satu bentuk jaringan ‘peers’ yang sangat berpengaruh  khususnya untuk para remaja (dan siswa) menyalur pandangan, saling bertukar idea dan harapan. Bahkan, hari ini, ‘peers’ dalam kalangan Facebook dan Twitter ini melampaui teman mereka secara fizik. Dalam erti kata lain juga, laman sosial ini dapat berfungsi menjadi pendidik hak asasi manusia yang berkesan meski tidak langsung. ‘Peers’ seumpama ini sudah pun ditelah oleh Deutsch sejak tahun 60an. Menurut Deutsch, komputer dan alam siber akan memberi perubahan besar pada aktivisme masyarakat. Aspek paling dominan yang dibincangkan oleh Deutsch dalam bukunya adalah apa yang beliau namai sebagai ‘feedback and equilibrium’. Menurut beliau, ‘feedback’ adalah jaringan komunikasi yang berupaya menggerakkan perubahan tabiat ekoran berlakunya pertukaran informasi; ‘that produces action in response to an input of information, and includes the results of its own action in the new information by which it modifies its subsequent behavior (Karl Wolfgang Deutsch, 1964: 88).’ Secara mudahnya, ‘feedback’ adalah sejenis ‘output’ yang kembali kepada sistem sebagai ‘input’. Sementara itu, ‘equilibrium’ adalah kembali kepada keadaan asal ketika ia dikecahkan; ‘return to a particular state which was disturbed.’ Apa yang menarik, ‘feedback’ ini dapat dianalisa dengan formula ‘lag and gain’. Menurut Deutsch, analisa ‘lag and gain’ ini diperhatikan pada tempoh masa yang membolehkan satu-satu ‘feedback’ negatif itu bergetar dalam masyarakat sehingga ia akhirnya kembali kepada posisi asal dalam bentuk yang telah dibaikpulihkan sebagai satu ‘gain’ yang positif; ‘lag is the time that elapses between the moment a negative feedback system reaches a certain distance from its goal and the moment it completes corrective action corresponding to that distance. Gain means the extent of the corrective action taken.’ Dalam insiden Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani KS, ‘lag’ yang diambil memakan minggu, dalam tempoh itu Bawani KS menjadi ‘mangsa’ dan mengalami ‘kesunyian’ sebelum ia terjelma kembali dalam bentuk yang telah dibaikpulihkan lalu disambut sebahagian besar masyarakat atau paling tidak kelompok ‘peers’ sebagai sesuatu yang harus dibela. Seolah-olah masyarakat, paling tidak penumpu internet, tersedar dan dipulihkan dari satu sumpahan ‘listen listen listen’ selama beberapa dekad. Analisa berasaskan ‘lag and gain’ ini menunjukkan Sharifah Zohra Jabeen dan propaganda yang direpresentasinya di pihak yang salah lantas memerlukan korektif yang besar. Maka tidaklah menghairankan, pemimpin-pemimpin parti yang diasosiasikan dengan Sharifah Zohra Jabeen dengan segera menjarak diri daripadanya, malah menafikan pengetahuan mereka dengan beliau (lihat http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-varsity-video-goes-viral-umno-leaders-move-to-head-off-storm/). Getar yang berjalan dalam tempoh minggu itu menjadikan Bawani KS kini mendapat momentum ‘peers’ yang lebih besar, lebih besar daripada jumlah tukang ejeknya di dalam dewan tersebut. Analisa ‘lag and gain’ malah menunjukkan kerugian di pihak  Sharifah Zohra Jabeen yang kini mengalami ‘kesunyian’ seperti yang dialami oleh Bawani KS sebelumnya. Berasaskan analisa atau formula yang dikemukakan oleh Karl Wolfgang Deutsch ini, kerugian adalah jelas ditempiasi oleh parti yang diasosiasikan dengan Sharifah Zohra Jabeen. Maka, tidak juga menghairankan jika parti yang bertentangan dan membangkang gagasan yang diwakili oleh Sharifah Zohra Jabeen itu memanfaat dan menuai hasil ‘lag and gain’yang tidak terjangka ini demi kepentingan mereka. Tambahan pula, keadaan sekarang adalah sangat sensitif memandangkan setiap kelompok politik sedang merebutkan pengaruh dan dokongan. Nilai-nilai kemanusiaan (hablumminannas) mendapat tempat yang besar dalam Islam malah disangkutkan dengan nilai-nilai ketuhanan (habluminallah). Hak-hak asasi manusia memang dididik secara tegas dalam ajaran Islam. Bahkan transendensi budaya hak asasi tersebut terbentuk dari tiga asas utama: ‘Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.’ (Ali-Imraan 104). Islam melihat umat yang gagal dan tidak baik adalah umat yang gagal mempertahankan budaya hak asasi dengan membiarkan hak asasi manusia dicabul dan dinodai oleh mereka yang minda dan akalnya tidak tercerahkan. Islam juga mengecam mereka yang mengalami gejala ketidakpedulian. Kelihatannya satu-satu pengamal transendensi budaya hak asasi manusia dalam klip video tersebut adalah Bawani KS. Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya, apa yang paling menarik dari insiden ‘listen listen listen’ ini adalah pendidikan hak asasi manusia telah diajarkan secara tidak tersangkakan sehingga membuahkan kesedaran demokratik yang sihat.   RUJUKAN Deutsch, KW. 1964. The Nerves of Government: Models of Political Communication and Control. Free Press. New York. Fagan, A. 2011. An Education in Human Rights. Dlm. Soka Gakkai International Quarterly. October: 2-3. Flowers, N. 2011. Preparation for a Responsible Life. Dlm. Soka Gakkai International Quarterly. October: 4-5. OSCE Organization for Security and Co-operation in Europe. 2009. Human Rights Education in the School Systems of Europe, Central Asia and North America: A Compendium of Good Practice. Office for Democratic Institutions and Human Rights. Warsaw. Ramanathan, K. 1989. Asas Sains Politik. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. 2006. Research on Knowledge and Practice of Human Rights in Secondary School. Human Rights Commission of Malaysia. Kuala Lumpur. The Malaysian Insider. 2013. As varsity video goes viral, Umno leaders move to head off storm. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/as-varsity-video-goes-viral-umno-leaders-move-to-head-off-storm. 15 Januari. ]]>

Deklarasi (pencabulan) Hak Asasi Manusia ASEAN 2012

Dr Mohd Faizal Musa

Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600, Bangi, Selangor

  Adalah suatu hal yang tidak dapat dinafikan bahawa hak asasi manusia adalah satu fenomena yang baharu, dan dibincangkan secara meluas sejak 1945. Hal ini misalnya diakui oleh Fred Halliday (1999:135). Salah satu diskusi hangat mengenai hak asasi manusia, dalam hal ini Universal Declaration on Human Rights (selepas ini UDHR) 1948 ialah betapa ia bersifat ‘Euro-sentrik’ atau terlalu kebaratan, dan dengan itu gagal menimbangkan tradisi oriental dan agama sebagai teras ketika penggubalannya. Kenyataan di atas amat disedari oleh sarjana di Barat. Alfred Fernandez (2006) misalnya menjelaskan bagaimana negara-negara Islam dan Timur mempersoalkan kedudukan UDHR 1948 sebagai ‘satu agama baharu’ yang sukar untuk disambut oleh mereka:

The countries of the South, in particular African and Asian, claim that they were not present in 1948 as they did not exist as such at the time. And number of countries of Islamic faith regard human rights as a kind of civil religion alternative to their beliefs, which they are not ready to accept (Alfred Fernandez, 2006: 18).

Petikan pandangan Alfred Fernandez tersebut adalah refleksi terhadap apa yang berlaku di Vienna, pada tahun 1993, iaitu ketika berlangsungnya UN Conference on Human Rights. Ketika persidangan hak asasi manusia anjuran United Nations tersebut berlangsung, negara-negara Asia dan Islam bergabung tenaga mengkritik United Nations dan negara-negara Barat, sebagai memaksakan secara keras model hak asasi manusia yang digubal mereka tanpa menimbangkan faktor-faktor lokal. Adalah penting untuk dinyatakan di sini, di Vienna itu juga, sebagai satu reaksi kepada UDHR 1948, negara-negara Islam telah menyerahkan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (selepas ini Cairo Declaration). Deklarasi ini dikemukakan lebih awal ketika berlangsungnya 19th Conference of Islamic Foreign Ministers pada tahun 1990, di Kaherah. Menurut Cairo Declaration, hak asasi adalah bersumberkan Allah Yang Maha Esa dan tiap tafsiran hak haruslah tidak bertentangan dengan undang-undang Syariah:

All Rights and freedoms stipulated in this Declaration are subject to the Islamic Shariah (Article 24). The Islamic Shariah is the only source of reference for the explanation or clarification of any articles of the Declaration. (Article 25).

Apakah undang-undang syariah yang dimaksudkan oleh artikel 24 pada Cairo Declaration di atas? Selain artikel yang dikemukakan di atas, prinsip-prinsip Syariah turut ditekankan dalam artikel yang lain:

Article 22(a): Everyone shall have the right to express his opinion freely in such a manner as would not be contrary to the principles of Shariah.

Sekali lagi soalan timbul, apakah undang-undang syariah yang dimaksudkan? Cairo Declaration turut melarang sebarang ‘cubaan’ memurtadkan seseorang Islam dalam artikel 10, namun ia juga gagal menjelaskan kedudukan ‘seseorang yang telah pun murtad’:

It is prohibited to exercise any form of pressure on man or to exploit his poverty or ignorance in order to force him to change religion to another or to atheism.

Selain itu, kekaburan yang lain juga terjelma pada artikel yang lain. Hak-hak individu misalnya diberi jaminan dalam artikel 18, Cairo Declaration tetapi ia juga menimbulkan persoalan, misalnya, apakah negara (state) berhak menceroboh kehidupan rahsia seseorang yang secara tersembunyi adalah ateis atau lesbian di mana ia mengamalkan cara hidup yang tidak menurut Syariah tersebut antara empat tembok kediaman peribadinya:

Article 18(b): Everyone shall have the right to privacy in the conduct his private affairs, in his home, among his family, and with regard to his property and his relationships.

Petikan-petikan dari Cairo Declaration di atas adalah satu bentuk ‘cultural relativism’ yang kelihatan dihujahkan untuk tidak menerima UDHR 1948 secara mutlak (Fred Halliday 1999: 153). Dalam konteks hak asasi manusia, ‘cultural relativism’ dilihat dengan kaca mata bahawa nilai-nilai kemanusiaan tidak universal seperti yang disangkakan, sebaliknya berbeza menurut perspektif budaya yang pelbagai. Permainan cultural relativism ini memang diketahui oleh aktivis hak asasi manusia, dan memang menjadi alasan yang paling berbahaya untuk perjuangan hak asasi manusia. Seperti yang ditegaskan oleh Diana Ayton-Shelker (1995);

Cultural relativism is the assertion that human values, far from being universal, vary a great deal according to different cultural perspectives. Taken to its extreme, this relativism would pose a dangerous threat to the effectiveness of international law and the international system of human rights that has been painstakingly constructed over the decades. If cultural tradition alone governs State compliance with international standards, then widespread disregard, abuse and violation of human rights would be given legitimacy. Accordingly, the promotion and protection of human rights perceived as culturally relative would only be subject to State discretion, rather than international legal imperative. By rejecting or disregarding their legal obligation to promote and protect universal human rights, States advocating cultural relativism could raise their own cultural norms and particularities above international law and standards.

Kekaburan yang terzahir pada Cairo Declaration dapat dihujahkan sebagai sangat serius memandangkan tafsiran syariah yang ada pada mazhab-mazhab dalam Islam acap kali bertentangan. Ini adalah kerana persoalannya, meminjam Fred Halliday (1999: 147) bukan sahaja ‘perennial tradition’ tetapi juga ‘a set of discourses and interpretations that are created by contemporary forces and for contemporary needs’. Ambil sahaja rigidity yang ada pada mazhab Hanbali dan bandingkan dengan mazhab Syiah yang jauh lebih progresif dari mazhab-mazhab fikah dalam jurus Ahlus Sunnah wal Jamaah. Fatwa berkaitan sesuatu isu dalam mazhab tersebut boleh sahaja luput sebaik sahaja mujtahid yang mengeluarkannya meninggal dunia kerana menurut prinsip mazhab ini ialah la qaula l’l-mayyit (yang sudah meninggal dunia tidak dapat bersuara). Dalam mazhab Syiah juga, fatwa hanya terpakai dalam dunia Islam dan tidak berjalan di negara bukan Islam. Selain itu, mazhab Syiah seperti yang ditekankan oleh Imam Khomeni sebelum meninggal dunia, meletakkan maslahat lebih utama mengatasi fatwa atau ‘religious injunction’. Ini menunjukkan, sukar sekali Salman Rushide misalnya yang dianggap mencabul human dignity (dalam hal ini agama adalah maruah kemanusiaan) untuk djatuhkan hukuman mati sebagai seorang ‘murtad’. Dalam erti kata lain, Cairo Declaration sangat terdedah kepada interpretasi syariah yang pelbagai dan ia berbahaya Malaysia, adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan juga merupakan salah satu anggota ASEAN yang aktif. Dalam tahun 2012, negara-negara ASEAN memilih untuk mempunyai dan menandatangani satu deklarasi yang dinamai ASEAN Declaration of Human Rights (selepas ini ASEAN Declaration). Malaysia diwakili oleh ketua kerajaan yang memerintah, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak . Tentu, sekali imbas, tidak ada yang menjolok mata atau sebarang kontradiksi antara ASEAN Declaration tersebut dengan UDHR 1948. Malah bahasa, dan rangkap yang digunakan adalah sama. Akan tetapi, pengamatan yang lebih dekat akan mendapati ASEAN Declaration ini bertujuan untuk ‘membentuk acuan sendiri’ dengan memberi penekanan kepada apa yang dinamakan sebagai cultural relativism dalam disiplin ilmu hak asasi manusia:

All human rights are universal, indivisible, interdependent and interrelated. All human rights and fundamental freedoms in this Declaration must be treated in a fair and equal manner, on the same footing and with the same emphasis. At the same time, the realization of human rights must be considered in the regional and national context bearing in mind different political, economic, legal, social, cultural, historical and religious backgrounds (ASEAN Human Rights Declaration, 2012).

Perenggan dari ASEAN Declaration tersebut memaparkan betapa hak asasi manusia yang dipromosi ASEAN adalah sangat bergantung kepada ‘regional and national context’. Maka tidaklah menghairankan, di sebalik pujian terhadap ASEAN kerana ‘berjaya’ dan ‘mahu’ memiliki deklarasi sendiri berkaitan hak asasi manusia, United Nations mengkritik ASEAN Declaration tersebut sebagai mengandungi kekaburan dengan terma-terma seperti ‘legitimate restrictions’, ‘morality’, atau ‘public order’ dan ‘national security’ yang terbuka kepada pelbagai penafsiran menurut selera masing-masing. Malah Michel Forst, sebagai mewakili UN Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) menyatakan terma-terma tersebut boleh disalahguna oleh pemerintah untuk mengehad bahkan mencabul hak asasi manusia; “acutely aware of the risk of these terms being used as a pretext by Governments to place arbitrary, disproportionate and unnecessary restrictions on human rights.” (Office of the High Commissioner for Human Rights, 2012). Bacaan akademik terhadap ASEAN Declaration ini juga mengesani terma ‘in accordance with national law’ yang membolehkan hak asasi manusia dihad, diketepikan, malah tergugur memandangkan ia boleh ditafsirkan dengan begitu terbuka. Selain penuh dengan kekaburan. Perkara kedua yang lebih menyedihkan ialah, penggubalan ASEAN Declaration ini tidak melibatkan secara serius kumpulan sivil yang merupakan komponen penting dalam hak asasi manusia:

About five-dozen rights groups from across ASEAN have also signed statements criticizing the declaration. Critics have also slammed the process behind drafting the declaration. An ASEAN committee was formed to create initial drafts, but these were never released publicly, even during limited consultation sessions with civil society groups (Irwin Loy, 2012).

Kritikan di atas adalah relevan, memandangkan Navi Pillay, UN High Commissioner for Human Rights, sendiri menggesa supaya pimpinan ASEAN menyemak kembali draf ASEAN Declaration tersebut, memandangkan tiada penglibatan yang cukup dari kumpulan sivil; ‘reflected insufficient input from civil society and other stakeholders’ (Office of the High Commissioner for Human Rights, 2012). Adakah agama Islam, seperti yang ingin ditonjolkan dalam Cairo Declaration dan negara Timur seperti yang terjelma dalam ASEAN Declaration ingin menunjukkan kejuaraan mereka berbanding Barat dalam melindungi hak-hak asasi manusia? Kurang seminggu setelah menandatangani ASEAN Declaration, pada 22 November 2012 Jabatan Agama Islam Selangor telah mengganggu hak kebebasan beragama dan kepercayaan minoriti Syiah dengan menyerbu dua buah pusat komuniti mereka di Ukay Perdana Heights dan di Sri Gombak iaitu Hauzah Ar Ridha Alaihissalam. Kedua-dua pusat komuniti itu adalah di Selangor. Operasi serbuan yang diketuai Sharom bin Maarof memberi amaran kepada hadirin bahawa ‘tidak ada lagi sebarang majlis Muharram diizinkan mulai sekarang’ (Temu bual, 2012). Dalam kes ini ‘in accordance with national law’ seperti yang terkandung dalam ASEAN Declaration telah mengehad hak asasi manusia secara serius, serta mencabulnya. Tanggungjawab mempertahankan hak asasi manusia tidak harus dipolitikkan. Kesimpulannya, seperti yang ditegaskan oleh Diana Ayton-Shelker (1995), tiada sebarang pertentangan antara hak asasi manusia dengan mana-mana agama, dan budaya. Melainkan kita bertegas ingin mengatakan bahawa agama anutan kita, atau budaya amalan kita memang tergolong dalam agama atau budaya yang menolak hak asasi manusia. Tentu sahaja Islam, adalah agama yang suci dan mendokong hak-hak asasi manusia. Juga, tentu sahaja budaya Malaysia (biar ia Melayu, Cina, India dan suku-suku Sabah dan Sarawak) adalah budaya yang menghormati hak-hak asasi manusia. Diana Ayton-Shelker malah yakin dialog berguna antara pelbagai agama, budaya dengan hak asasi manusia dapat dimulai dan dijalankan, bermula dengan ‘traditional cultures’ yang memberi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia:

…greater understanding of the ways in which traditional cultures protect the well being of their people would illuminate the common foundation of human dignity on which human rights promotion and protection stand (Diana Ayton-Shelker, 1995).

Dalam erti kata lain, pada setiap agama dan budaya, terdapat nilai-nilai kemanusiaan dan perlindungan untuk semua manusia tanpa terpilih. Ini bermakna, kita harus memperakukan nilai-nilai kemanusiaan dan perlindungan dalam Islam turut merangkumi individu yang berbeza mazhab dan agama. Ia juga membawa pengertian nilai-nilai kemanusiaan dan perlindungan dalam budaya Timur tidak memilih kasta, kelas atau jantina. Adalah menjadi satu kekhuatiran, Cairo Declaration atau ASEAN Declaration disuguh sebagai satu deklarasi balas di peringkat serantau atau satu-satu blok negara hanya untuk menafikan legitimasi UDHR 1948 bagi membolehkan penyelewengan kuasa dan politik regim tertentu dilindungi dan diteruskan. Hal ini telah pun diamati oleh sarjana Reza Afshari (1994: 249), yang menulis makalah akademik berjudul ‘An Essay on Islamic Cultural Relativism in the Discourse of Human Rights’. Menurut Afshari, isu-isu tradisi lokal termasuk keagamaan bukanlah hal utama yang perlu diperbesarkan, persoalannya di negara-negara Islam yang membantah UDHR 1948 itu, dan kemudian mencadangkan Cairo Declaration ini pun, hak-hak asasi warganya terus dicabuli oleh regim negara terbabit, yang tanpa segan silu menodai hak-hak asasi manusia secara terang-terangan.   RUJUKAN Afshari, R. 1994. An Essay on Islamic Cultural Relativism in the Discourse of Human Rights. Human Rights Quarterly 16 (4). Hlm. 235-276. ASEAN. 2012. ASEAN Human Rights Declaration. Association of Southeast Asian Nations Web Page. http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/asean-human-rights-declaration?category_id=26. Ayton-Shelker, D. 1995. The Challenge of Human Rights and Cultural Diversity. UN Doc. DPI/1627/HR. http://www.un.org/rights/dpi1627e.htm. Fernandez, A. 2006. From an Idea to a Culture of Human Rights. Dlm. Fernandez, A & Gowlland, G. (Ed.). Towards a Culture of Human Rights. College Universitaire Henry Dunant Universite D’ete des Droits de L’Homme et du Droit a l’Education. Geneva. Halliday, F. 1999. Islam and the Myth of Confrontation. I. B Tauris. New York. Heads of State/Government of the Member States of the Association of Southeast Asian Nations. 2012. Phnom Penh Statement on the Adoption of the ASEAN Human Rights Declaration. 19 November 2012. Association of Southeast Asian Nations Web Page. http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/phnom-penh-statement-on-the-adoption-of-the-asean-human-rights-declaration-ahrd?category_id=26 Loy, I. 2012. ASEAN Approves Controversial Human Rights Declaration. November 18. Voice of America. http://www.voanews.com/content/asean-summit-opens-in-phnom-penh/1548305.html Office of the High Commissioner for Human Rights. 2012. UN Experts Raise Concerns Over ‘Landmark’ Southeast Asian Human Rights Declaration. 16 November. UN News Centre. http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=43520&Cr=human+rights&Cr1=#.UKzrVGctmZS Temu bual. 2012. Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor 22 November 2012 Terhadap Komuniti Syiah. The Member States of the Organization of the Islamic Conference. 1990. The Cairo Declaration on Human Rights in Islam: Adopted and Issued at the Nineteenth Islamic Conference of Foreign Ministers in Cairo. 5 Ogos. http://www.religlaw.org/interdocs/docs/cairohrislam1990.htm ]]>

Si Baju Berleher 'V'

Oleh Dr Mohd Faizal Bin Musa Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia Salah satu satu soalan yang sering diajukan ialah bagaimanakah kita harus bersikap terhadap golongan LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transeksual) apabila mereka mulai menuntut ‘kebebasan’. Untuk pejuang hak asasi manusia yang beragama Islam mahupun Kristian, soalan ini sentiasa memerangkap. Persoalan LGBT tidak dibincangkan secara terbuka satu masa dahulu. Akan tetapi dua dekad kebelakangan ini, Malaysia tidak lagi terkecuali dalam berdepan dengan gejala LGBT. Pada 13 September 2012 lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan perihal ‘garis panduan’ Kementerian Pelajaran untuk ibu bapa mengenalpasti ‘simptom LGBT’ pada anak-anak mereka. Ini adalah supaya mereka dapat mengambil ‘langkah awal’ untuk ‘membetulkan keadaan’. Menurut Sin Chew Daily lagi antara simptom LGBT yang dikenalpasti adalah mempunyai badan sasa, suka menunjukkan ‘aset’ di badan, dan memakai baju dengan leher-V. Rentetan dari itu, pada 17 September 2012 iaitu sebagai reaksi kepada ‘garis panduan’ tersebut, sebuah portal antarabangsa bagi pergerakan LGBT iaitu Gay Star News melaporkan golongan LGBT akan menganjurkan ‘Hari Leher-V Kebangsaan’ yang jatuh pada 1 Oktober 2012. Di pihak kerajaan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi berpendapat penganjuran Hari Leher-V Kebangsaan itu sebagai cubaan mempersendakan pihak berkuasa. Apakah kedudukan LGBT dalam ruang hak asasi manusia? Sebelum menjawab soalan di atas, terdapat dua penjelasan penting lain yang harus ditempuhi terlebih dahulu. Pertamanya adalah, apakah asas-asas hak asasi manusia yang diraikan oleh umat manusia di Barat, dan apakah pula asas-asas hak asasi manusia yang digariskan oleh umat Islam? Dua tunjang yang meneguhkan hak asasi manusia versi Barat adalah pertamanya maruah manusia (human dignity), dan keduanya pula adalah kebebasan (freedom). Versi hak asasi manusia yang dicadangkan oleh umat Islam menawarkan tiga tunjang iaitu pertama, nilai-nilai moral (moral values); keduanya adalah ketenteraman awam (public order); dan terakhir adalah hak-hak manusia lain (rights of others). Adakah dua tunjang yang difahami di Barat di atas; iaitu maruah manusia dan kebebasannya, bertentangan atau berlaga dengan tiga tunjang yang dikemukakan oleh umat Islam? Tidak. Tiada perselisihan antara prinsip maruah manusia dan kebebasan. Bahkan kebebasan dan kemerdekaan seorang manusia adalah lambang keutuhan maruahnya. Umat Islam melihat dua aspek hak asasi iaitu maruah manusia dan kebebasan sebagai satu komponen yang saling meneguhkan, bukannya, berhentaman. Sebagai contoh dalam kes penghinaan terhadap junjungan besar umat Islam Rasulullah saw, menerusi terbitan filem dan kartun satirikal oleh kumpulan tertentu di Amerika Syarikat dan Perancis, umat di Barat melihat ia sebagai satu nilai kebebasan yang harus ‘diraikan’, dan bukannya dihalang. Umat Islam bahkan melihat ia sebagai satu komponen yang tidak terpisahkan di mana ‘penghinaan terhadap mana-mana agama’ (atas nama kebebasan) dengan sendirinya merupakan satu pencabulan terhadap maruah manusia (human dignity). Demikian tercalarnya maruah dan perasaan manusia, ia juga menyebabkan kerusuhan fikiran dan emosi yang tidak tertanggung. Justeru, penghinaan terhadap mana-mana agama tidak ditangani sebagai satu kebebasan, sebaliknya dianggap dan dilayan sebagai satu penodaan terhadap sifat-sifat manusiawi dan kemanusiaan itu sendiri. Dalam hal ini, meletakkan LGBT di tengah-tengah ruang hak asasi manusia, terdapat tiga pertanyaan harus diajukan. Apakah gejala LGBT menyalahi nilai-nilai moral yang didukung oleh masyarakat tersebut; atau apakah ia menyebabkan huru-hara untuk orang awam; dan adakah dengan memberi kebebasan kepada LGBT akan mengakibatkan pula hak-hak orang lain dicabuli? Andaikan soalan-soalan di atas diajukan kepada masyarakat di negeri A. Masyarakat di negeri A itu menjawab; Ya, LGBT merupakan nilai moral yang dapat didokongi. Masyarakat A juga menjawab, LGBT tidak menyebabkan sebarang huru-hara dalam masyarakat kami dan seterusnya, memberikan hak-hak kepada LGBT tidaklah menyebabkan hak kami terganggu. Adakah masyarakat seumpama masyarakat A ini? Jawapannya ada. Di Argentina misalnya, hak-hak LGBT diberikan. Malah ‘perkahwinan sejenis’ dibenarkan. Di Brazil, meski ‘perkahwinan sejenis’ belum diterima secara meluas oleh masyarakat, hak-hak LGBT menyamai ‘perkahwinan sejenis’ telah diraikan. Di Kanada, Afrika Selatan, dan sebahagian besar negara di Eropah meskipun ‘perkahwinan sejenis’ tidak dimesrai oleh anggota masyarakat kerana kukuhnya benteng agama, hak-hak LGBT tetap dilindungi dengan penggubalan undang-undang yang bersifat anti diskriminasi terhadap mana-mana golongan (justeru minoriti Islam dan LGBT menikmati hak yang serupa). Andaikan sekali lagi soalan-soalan yang sama diajukan kepada masyarakat di negeri Z. Sebahagian besar anggota masyarakat di negeri Z itu menjawab; Tidak, LGBT bukan nilai moral yang dapat didokongi. Masyarakat Z juga menjawab, LGBT menyebabkan keresahan, gangguan malah boleh mendorong huru-hara dalam masyarakat kami. Akhirnya majoriti anggota masyarakat Z menyatakan yang memberikan hak-hak kepada LGBT menyebabkan hak mereka terganggu secara langsung dan tidak langsung. Adakah masyarakat seumpama masyarakat Z ini? Jawapannya ada. Di Arab Saudi misalnya, hak-hak LGBT dinafikan. Malah hukuman untuk LGBT adalah hukuman mati. Di Mauritania dan Sudan, ‘perkahwinan sejenis’ tidak diterima sama sekali oleh masyarakat, justeru hak-hak LGBT tidak wujud. Malah, kedua-dua negara ini turut memperuntukkan hukuman mati untuk golongan LGBT. Di Algeria, Angola, Zambia dan Zimbabwe sebagai contoh, LGBT berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga maksimum 14 tahun. Oleh kerana itu, golongan LGBT yang merupakan minoriti secara seksual berasa didiskriminasi di negara-negara yang disebutkan di atas. Selain dua senario di atas, terdapat juga negara yang tidak mempunyai sebarang undang-undang spesifik untuk menghukum mahupun meraikan golongan LGBT. China, Rusia, Thailand, Jepun, Latvia dan Turki sebagai contoh tidak menjelaskan undang-undang sebagai satu bentuk reaksi tehradap golongan LGBT. Namun demikian harus diingat, meskipun tiada peruntukan undang-undang yang jelas menghukum LGBT, negara-negara ini masih diwarnai oleh latar agama dan budaya yang kuat. Di Turki misalnya, kemesraan sesama lelaki (male bonding) dalam kalangan kaum sufi di Konya diterima secara biasa; tetapi hubungan seksual sesama jenis dikutuk oleh masyarakat sebagai satu perlakuan keji. Ini juga terjadi di Rusia yang di beberapa daerah tertentu, kepercayaan agama iaitu Kristian Ortodoks dan jatidiri budaya etnik tertentu menolak gejala LGBT. Masyarakat China, dan Jepun yang kuat dengan nilai-nilai ketimuran umumnya juga berasa janggal dengan gejala LGBT walaupun tidak menindas golongan ini secara langsung. Bukan Islam sahaja agama yang ‘memusuhi’ LGBT. Tariq Ramadan (2009) dalam sebuah esei beliau yang berjudul ‘Islam and Homosexuality’ wajar dirujuk untuk mendokong kenyataan tersebut: The Islamic position on homosexuality has become one of the most sensitive issues facing Muslims living in the West, particularly in Europe. It is being held up as the key to any eventual “integration” of Muslims into Western culture, as if European culture and values could be reduced to the simple fact of accepting homosexuality. The contours of this de facto European culture is in a state of constant flux, shifting according to the topic of the day. Just as some insist, as do the Pope and certain intellectuals—often dogmatic and exclusivist defenders of the Enlightenment—that Europe’s roots are Greek and Christian (thus excluding Muslims), so several homosexual spokesman and the politicians who support them are now declaring (with an identical rejection of Muslims) that the “integration of Muslims” depends on their acceptance of homosexuality. The contradiction is a serious one : does Christianity, which forms the root structure of European culture, and which purports to embody European values and identity, not condemn homosexuality? (Lihat http://www.tariqramadan.com/IMG/article_PDF/article_a10683.pdf) Kenyataan Tariq Ramadan di atas menegaskan Eropah yang disorot sebagai tanda aras kemodenan masih ‘bersikap dingin’ kepada kaum homoseksual. Justeru, ia tidak boleh dijadikan tanda aras untuk melihat tahap integrasi umat Islam kepada kemodenan. Dalam menjelaskan penolakan Kristian yang merupakan akar jatidiri bangsa-bangsa di Eropah terhadap homoseksual, Tariq Ramadan turut mengutip pendirian Isabelle Levy dalam Soins et croyances yang menegaskan homoseksual turut ditolak oleh agama Buddha, Hindu, dan Yahudi. Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu. Untuk menguatkan pandangan beliau tersebut, turut disertakan di sini adalah sebahagian dari surat rasmi Archbishop New York kepada Presiden Amerika Syarikat yang mengecam kenyataan Barack Obama untuk menerima ‘perkahwinan sejenis’: We as Bishops of the Catholic Church recognize the immeasurable personal dignity and equal worth of all individuals, including those with same-sex attraction, and we reject all hatred and unjust treatment against any person. Our profound regard for marriage as the complementary and fruitful union of a man and a woman does not negate our concern for the well-being of all people but reinforces it. While all persons merit our full respect, no other relationships provide for the common good what marriage between husband and wife provides. The law should reflect this reality (Timothy Dolan, 2011). Bukanlah satu rahsia, penganut Katolik memilih untuk melindungi institusi kekeluargaan, dan hubungan ‘Adam dan Adam’ dilihat sebagai musuh kepada hubungan ‘Adam dan Hawa’. Perenggan Timothy Dolan di atas dengan jelas menegaskan kebencian dan tindakan berat sebelah wajar diperangi, kerana itulah tujuan agama; namun demikian ‘hubungan jenis yang suci’ masih perlu dipertahankan. Jadi, bagaimanakah kita harus bersikap terhadap golongan LGBT jika hampir semua agama besar di dunia ini ‘ternyata’ menolak gaya hidup tersebut? Terdapat dua sikap. Iaitu pertama, sebagai anggota masyarakat. Kedua, sebagai individu. Seorang penganut Islam atau Kristian yang beriman di Argentina, Brazil, Kanada dan Eropah harus ‘rela dalam terpaksa’ menerima kesetaraan dan hak-hak yang diberikan oleh masyarakat yang mereka huni kepada golongan LGBT. Ini kerana, LGBT diterima dari setiap sudut iaitu sudut-sudut i) nilai moral; ii) ketenteraman awam; iii) dan hak-hak manusia lain. Suara dan hak penganut Islam dan Kristian Katolik yang beriman di Argentina, Brazil, Kanada dan Eropah menjadi kecil dan tidak lagi dominan. Dalam masa yang sama, di Arab Saudi, Sudan, Mauritania dan lain-lainnya, seorang pengamal seks sejenis perlu ‘rela dalam terpaksa’ menerima bahawa kesetaraan dan hak-hak untuk mengamalkan cara hidup LGBT tidak wujud sama sekali di peringkat undang-undang. Pun, harus diingatkan dalam masyarakat yang menolak LGBT, perlakuan LGBT tetap berlaku secara rahsia dan tersembunyi kerana selain berdepan dengan peruntukan undang-undang yang keras, penentangan yang lebih besar datangnya dari persepsi budaya masyarakat tersebut. Jika tadi, sikap masyarakat yang didiskusikan; bagaimanakah pula kita sebagai individu yang mendokong hak asasi manusia akan bersikap dalam hal LGBT ini? Adakah kita akan bersekutu dengan undang-undang yang menerima atau menolak cara hidup LGBT? Atau apakah caranya kita sebagai individu iaitu entiti paling kecil dalam pelaksanaan hak asasi manusia akan bersikap terhadap individu lain yang merupakan pengamal dan pendokong LGBT? Katakanlah anda seorang majikan, dan mengetahui staf bawahan anda seorang Muslim dalam masa yang sama adalah seorang gay. Bagaimana anda harus bersikap? Sekali lagi, pendirian Tariq Ramadan (2009) mengenai ‘hak-hak LGBT’ dapat dijadikan rujukan. This I have continued to affirm, and gone further still: a person who pronounces the attestation of Islamic faith becomes a Muslim; if that person engages in homosexual practices, no one has the right to drive him or her out of Islam. Behavior considered reprehensible under the rules of morality cannot justify excommunication. Tentu, majikan dengan staf yang dikenali sebagai seorang gay tadi harus membezakan kehidupan peribadi staf tersebut dengan kehidupannya sebagai seorang manusia berkarier. Sebagai individu kita harus jelas akan perbezaan orientasi seksual dan perilaku seksual. Secara asasnya terdapat empat orientasi seksual. Pertama, heteroseksual. Kedua, homoseksual. Ketiga, biseksual. Keempat, aseksual. Seseorang heteroseksual tidak semestinya tidak akan terlibat dengan perilaku homoseksual. Faktor-faktor keterdesakan hidup dan masalah psikologi misalnya memungkinkan berlakunya seorang heteroseksual melakukan aktiviti homoseksual. Sudah tentu, dalam banyak keadaan orientasi seksual dan perilaku seksual ini bukan dua perkara berasingan bahkan berhubungan. Juga, harus diakui dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat manusia berorientasi homoseksual yang tidak melakukan perilaku homoseksual itu, lantaran sebab-sebab yang pelbagai. Jika benar mempunyai badan sasa, suka menunjukkan ‘aset’ di badan, dan memakai baju dengan leher-V adalah tanda-tanda kepada orientasi homoseksual, ia masih di tahap orientasi, dan bukannya perilaku. Tiada diskriminasi harus dilakukan terhadap mana-mana lelaki bertubuh sasa dan berbaju leher-V. Seorang lelaki aseksual misalnya boleh sahaja berbadan tegap, suka menunjukkan ototnya, dan selesa mengenakan baju dengan leher-V. Simptom yang disebutkan oleh akhbar Sin Chew Daily di awal artikel ini tidak mengesahkan perilaku seks yang tersembunyi tentunya. Yang tidak diketahui orang, boleh jadi sahaja si pemakai baju leher-V itu adalah seorang aseksual. Perbezaan orientasi dan perilaku seks ini misalnya turut diperakukan oleh agama Kristian Katolik: The Roman Catholic Church, which has some 1.3billion members worldwide, teaches that while homosexual tendencies are not sinful, homosexual acts are, and that children should grow up in a traditional family with a mother and a father (Graham Smith, 2012). Seperti yang ditunjukkan dalam hujahan Tariq Ramadan sebelumnya, dan perenggan mengenai ajaran Katolik di atas, hampir semua agama besar yang ada di dunia ini menolak perilaku homoseksual. Akan tetapi, berorientasi homoseksual sahaja belum cukup untuk membenarkan masyarakat menafikan hak-hak seorang insan untuk bernyawa, hak-haknya untuk memiliki kehidupan peribadi, dan hak-haknya untuk berkawan dan bergaul dengan sesiapa yang ia ingini. Seseorang tidak boleh dianiaya, diaib, diasing dan ditakut-takutkan semata-mata kerana orientasi seksnya. Bagaimanakah bersikap terhadap LGBT di negara ini? Pendidikan hak asasi manusia secara dua hala tentunya. Satu contoh yang baik telah ditunjukkan oleh Australia. Dalam tahun 1994, polis negeri Victoria, Australia telah menggelidah sebuah kelab malam gay bernama Tasty Nightclub, di Prahran, Melbourne. 456 pengunjung telah ditelanjangkan untuk menyiasat aduan adanya pengedaran dan penggunaan dadah di kelab tersebut. Minoriti LGBT telah menuduh pihak polis salah laku dengan ‘inappropriate searches’ dan komen-komen anti homo. Mereka bukan sahaja dibogelkan, anggota sulit mereka diperiksa dan dirakam dengan foto. Insiden di atas menimbulkan debat panjang mengenai maruah manusia (human dignity) pengamal LGBT. Ia berakhir dengan penggubalan Victorian Charter for Human Rights and Responsibilities Act (2006) yang menyediakan satu rangka kerja atau tatacara perlakuan ketika menangani golongan minoriti; baik minoriti seksual, mahupun minoriti agama dan ras. Pihak polis juga membayar pampasan kepada 456 pengunjung yang telah diaibkan itu. Rumusnya, Australia menyatakan memilih untuk menjadi seorang gay adalah hak individu dan ia tidak membolehkan masyarakat bertindak melampaui hak masyarakat dengan melakukan pencabulan maruah manusia (human dignity). Akta Victorian Charter for Human Rights and Responsibilities 2006 itu juga memperuntukkan supaya pihak polis diberi pendidikan tentang hak asasi manusia yang mana program pendidikan tersebut dikendalikan oleh masyarakat sivil (NGO dan ahli akademik) dan bukannya kerajaan. Di negara ini, bukan sahaja hak peribadi pengamal LGBT boleh ‘ditelanjangi’; penguatkuasa agama dan majlis bandaran misalnya ‘menikmati’ serbuan-serbuan yang mereka lakukan di hotel dan rumah tumpangan. Pasangan berkhalwat akan dimalukan dalam keadaan aib, dan para pekerja seks akan diarak dengan silau kamera media sedia menanti. Maka tidaklah menghairankan pihak polis yang tidak terlatih dengan pendidikan hak asasi manusia begini akan bertindak semberono dan sewenang-wenangnya ketika perhimpunan aman, sambil ‘berseronok memalukan sasaran’ ungkapan-ungkapan benci akan dihamburkan. Apa yang jelas adalah hak asasi manusia adalah ruang yang tidak statik. Oleh kerana budaya masyarakat akan sentiasa berubah, sikap terhadap satu-satu cara hidup juga akan selalu bertukar. Walaubagaimanapun ia berubah samada ia kekal, membaik, atau memburuk untuk satu-satu individu dan kaum dalam masyarakat besar, maruah manusia (human dignity) harus sentiasa terpelihara. Dan pemeliharaan serta pemuliharaan maruah manusia ini tidak bersalahan dengan mana-mana agama. Seorang insan harus dilayan sebagai insan. Ia tidak harus didiskriminasikan kerana orientasinya yang berbeza. Dalam hal ini pandangan figur radikal Syiah yang terkenal Moqtada Sadr (2009) ketika mengulas keganasan terhadap golongan gay di Iraq pada 2009 dapat dikutip untuk dijadikan renungan: The only remedy to stop it is through preaching and guidance. There is no other way to put an end to it. Al-Sadr rejects this type of violence … and anyone who commits violence (against gays) will not be considered as being one of us (Lihat http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gyEDJh2jz2X-0cesB76vl6eIJL6Q). Meski Moqtada Sadr masih melihat homoseksualiti sebagai satu ‘kecacatan yang harus dibimbingi’, ia juga mengutuk keganasan dan diskriminasi terhadap pengamalnya. Sikap Moqtada Sadr ini adalah sikap yang waras. Selain beliau, al Akhbar, media yang sering dikaitkan dengan pergerakan Hezbollah di Lubnan juga sering memberikan ruang wacana untuk kaum LGBT (Joseph Mayton, 2012). Hampir sama dengan insiden Tasty Nightclub, di Melbourne, Al Akhbar mengecam tindakan Internal Security Forces (ISF) Lubnan yang menyerbu sebuah pawagam di Beirut pada Ogos 2012 lalu. Internal Security Forces (ISF) Lubnan telah menahan 36 penonton di sinema tersebut dan melakukan ‘pemeriksaan dubur’ untuk memastikan apakah mereka itu gay atau tidak (Bassam Alkantar, 2012). Pemeriksaan melampau itu jelas sekali mencabuli kehidupan peribadi seorang manusia, dan menjatuhkan maruahnya. Mujurlah Moqtada Sadr dan al Akhbar yang dicap ekstrimis di Barat masih memberi ruang kepada dialog. Masih ada masyarakat Islam seperti Tariq Ramadan yang memilih ruang untuk berkomunikasi. Pandangan Tariq Ramadan dan Moqtada Sadr misalnya jauh lebih munasabah berbanding pandangan radikal Zakir Naik yang bukan sahaja tidak membezakan antara orientasi dan perilaku seks tetapi melulu menuntut hukuman mati untuk golongan LGBT (Sadanand Dhume, 2010). Sikap Zakir Naik ini mudah difahami memandangkan beliau juga bebas mempersenda agama lain, dalam satu acara Vinaayagar Chathurti, beliau telah mengejek Dewa Ganesha sehingga menimbulkan bantahan besar di India. Peribadi Zakir Naik ditimbulkan dalam artikel ini kerana ia diberi kebenaran untuk berceramah di Malaysia antara September-Oktober 2012. Adalah penting untuk membezakan sikap Tariq Ramadan dan Moqtada Sadr dengan Zakir Naik, kerana Zakir Naik tidak mewakili wajah umat Islam yang sebenar: Still, there are not too many apologists for the way Wahabis are pressing forward with radicalisation. Tele-evangelist Zakir Naik, a Wahabi, preaches orthodoxy on his channel Peace TV. Naik also runs the Islamic Research Foundation, which is described as a religious learning resource centre by the website of the Jamaat ud Dawa, Lashkara-e-Taiba’s parent body (The Telegraph, 2009). Dalam hal ini, Zakir Naik dan Nakoula Basseley Nakoula (atau Sam Bacile) produser Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah saw berada pada baris yang sama. Kedua-duanya adalah pencabul maruah manusia (human dignity) justeru juga penoda hak asasi manusia. Dalam Islam, human dignity merupakan satu prinsip utama. Yang dihukum sebagai satu jenayah adalah perilaku seksual itu, bukannya orientasi seksual. Oleh kerana itu perilaku heteroseksual yang dianggap normal dalam masyarakat Z jika dilakukan di luar nikah akan dianggap zina dan merupakan satu jenayah. Homoseksual dan heteroseksual dalam hal ini akan terpandang sama. Jelaslah ukurannya bukan orientasi seksual itu, tetapi perilakunya yang dinilai. Dalam hal hukuman terhadap perilaku homoseksual ini prinsip-prinsip suci dan transenden sebuah agama (divine principles) tidak harus dikelirukan dengan amalan manusia (human practices). Bersabit dengan LGBT di Malaysia, maruah manusia (human dignity) pengamalnya harus dilindungi. Mereka tidak wajar diaib dan didiskriminasi. Pun, sebagai ingatan semula hak-hak LGBT di Malaysia bagaimanapun sangat bergantung kepada nilai-nilai moral (moral values); ketenteraman awam (public order); dan hak-hak manusia lain (rights of others). Sebagai anggota masyarakat pengamal LGBT dijangka akur dengan formula di atas. Untuk generasi muda di Malaysia pula, yang harus didedahkan kepada mereka adalah apa itu perbezaan dan bagaimana menanganinya dengan betul. Bukan mengajar mereka melakukan pelabelan dan stigma. Kurangnya sensitiviti dan kefahaman terhadap isu-isu hak asasi manusia membolehkan berlakunya pelabelan terhadap golongan LGBT dengan penerbitan ‘garis panduan mengenal LGBT’. Kerana kurangnya sensitiviti dan kefahaman terhadap isu-isu hak asasi manusia jugalah figur pencabul maruah manusia seperti Zakir Naik diberi izin melakukan road tour di negara ini. Pelabelan dalam bentuk garis panduan, dan ceramah masjid mengejek agama atau cara hidup lain tidak menyelesaikan apa-apa. Ini kerana ‘penawar’ sedemikian hanya melebarkan kebencian dan mendorong ketidakstabilan. Dialog interaktif masih kekal menjadi jalan utama dalam ruang hak asasi samada kita suka atau tidak.

Rujukan
Alkantar, Bassam. Ogos 2. 2012. http://english.al-akhbar.com/content/dark-side-lebanons-antiquated-sex-laws. The Dark Side of Lebanon’s Antiquated Sex Laws.
Dhume, Sadanand. Jun 20. 2010. http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704365204575317833268479268.html. The Trouble With Dr. Zakir Naik.
Dolan, Timothy. September 20. 2011. Surat Kepada Presiden Barack Obama. http://www.usccb.org/issues-and-action/marriage-and-family/marriage/promotion-and-defense-of-marriage/upload/dolan-to-obama-doma-letter-sept-20-2011.pdf
Lesbian and Gay Rights in the World. Mei 2012. www.ilga.org.
Mayton, Joseph. April 11. 2012. http://english.al-akhbar.com/content/homosexuals-struggle-rights-post-revolution-arab-world. Homosexuals Struggle For Rights In Post-Revolution Arab World.
Ramadan, Tariq. 2009. Islam and Homosexuality. http://www.tariqramadan.com/IMG/article_PDF/article_a10683.pdf.
Sadr, Moqtada. Mei 29, 2009. http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gyEDJh2jz2X-0cesB76vl6eIJL6Q. Iraq's Sadr Wants 'Depraved' Homosexuality Eradicated.
Smith, Graham. Januari 10. 2012. http://www.dailymail.co.uk/news/article-2084696/Pope-Benedict-XVI-Gay-marriage-threat-humanity.html. Gay Marriage Is A Threat To Humanity Claims Pope.
The Telegraph India. Mei 10. 2009. http://www.telegraphindia.com/1090510/jsp/7days/story_10942907.jsp. The Rise And Rise Of Wahabism.
]]>