*Temubual ini pertama kalinya disiarkan di dalam laman Truth-out.org bertarikh 19 Oktober 2014. Diterjemahkan oleh Muhammad Nazreen. Henry Giroux, cendekiawan dan teoris pedagogi kritikal terkemuka dunia, membincangkan impak negatif yang dibawa neo-liberalisme merentasi dunia politik, sosial dan ekonomi, manakala di dalam bidang pendidikan, Giroux menawarkan beberapa solusi yang boleh dimanfaatkan. Secara ringkas, istilah “neo-liberalisme” merujuk kepada fahaman ekonomi yang berlandaskan pasaran dan perdagangan bebas. Ia menganggap dominasi kerajaan (state) sebagai satu ketidakadilan. Namun dominasi korporat, penswastaan dan motif-keuntungan diterima berdasarkan prinsip kebebasan individu untuk melabur, mengambil risiko modal dan meraih keuntungan dalam proses tersebut, walaupun ia membabitkan (dan menjejaskan) institusi dan sistem sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Michael Nevradakis buat Dialogics: Kita mulakan dengan perbincangan tentang topik yang sedang rancak saudara tulis dan bahaskan…iaitu tentang neo-liberalisme. Saudara menyebutnya sebagai “kapitalisme kasino”. Bagaimanakah idea sebegini sedang rancak tersebar di seluruh dunia beberapa tahun kebelakangan ini? Henry Giroux: Saya rasa semenjak tahun 1970an, neo-liberalisme adalah idealogi yang tampak dominan, terutamanya di Eropah Barat dan Amerika Utara. Umum diketahui, ia mencetuskan kerusuhan di Amerika Latin, khususnya di Argentina dan Chile. Ia mula mendapat dokongan dan momentum di Chile, kesan daripada pengaruh yang dibawa ‘Chicago Boys’. Milton Friedman dan sekutunya telah pun berkunjung ke sana. Mereka telah menggunakan pengaruh mereka ke atas rejim Pinochet untuk mencipta polisi neo-liberalisme. Tetapi, jikalau kita mengamati secara mendalam, sebenarnya kita sedang bercakap mengenai banyak perkara. Kita sedang bercakap tentang idealogi yang mementingkan keuntungan beberapa pihak dengan menjual hak – hak orang awam ; serangan ke atas provisi sosial; kebangkitan negara korporat yang sistematik menerusi agenda penswastaan, perdagangan bebas dan deregulasi; sambutan ke atas nilai – nilai yang mementingkan diri sendiri menjangkaui keperluan orang awam; nilai yang mengutamakan keuntungan sebagai iltizam sebuah demokrasi dengan gagasan reduktionis yang mendakwa konsumpsi adalah wahana kewarganegaraan. Meski lebih daripada itu, ia menekankan pasaran sebagai tunjang untuk menstruktur semula hubungan sosial : bukan hanya sekadar sistem ekonomi, tetapi cara untuk mentadbir sistem sosial. Saya tidak merasakan perkara itu sebagai contoh yang berkesan dalam sesuatu pentadbiran. Hal ini sebenarnya amat menakutkan kerana ia kerap menghasilkan identiti, subjek dan gaya hidup berpandukan etika “survival of the fittest”, dimana perkara ini sinonim dengan gaya individu yang bebas, berkuasa dan komited terhadap hak individu dan penguasa untuk mengumpul kekayaan daripada perkara tersangkut etika dan sosial. Inilah isu yang paling utama. Perkara ini merupakan agenda politik, ekonomi dan sosial khusus untuk menggembleng kekuatan kelas di tangan golongan 1 peratus teratas yang menguasai ekonomi, tetapi beroperasi dengan andaian bahawa ekonomi tidak bergantung ke atas kos sosial, jadi mereka tidak perlu berhadapan dengan persoalan etika dan tanggungjawab sosial. Saya rasa seluruh dunia mula merasakan kesannya. Polisi neo-liberalisme telah menyebabkan penderitaan, kebuluran dan ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan, kekuasaan dan pendapatan. Hatta, kita sedang menyaksikan sejumlah ramainya individu yang membunuh diri kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Kita juga melihat bagaimanakah serangan ditujukan ke atas konsep negara berkebajikan; kita memerhatikan bagaimana penswastaan dijalankan ke atas perkhidmatan awam, memansuhkan hubungan di antara isu persendirian dan masalah awam, penjualan fungsi kenegaraan, deregulasi, penekanan terhadap kepentingan diri tanpa semak dan imbang, keengganan untuk mencukai golongan kaya, pengagihan kekayaan golongan pekerja dan kelas menengah kepada kelas penguasa, kelas elit, seperti yang dipanggil oleh gerakan Occupy sebagai golongan 1 persen. Perkara ini telah menciptakan lanskap ekonomi yang malap dan kelam buat 99 peratus jumlah populasi di seluruh dunia. Dan bercakap mengenai implikasi ke atas negara sosial dan golongan 99%, adakah kamu yakin untuk mengatakan bahawa idealogi sebeginilah yang memangkin krisis ekonomi sedunia yang sedang kita hadapi sekarang? Sudah pasti! Saya fikir jika kita menelaah kembali krisis yang terjadi pada tahun 2007, apa sebenarnya kita sedang lihat? Kita sedang melihat penggabungan kuasa kewangan yang tidak terkawal dengan patologi sikap tamak yang diselaraskan menerusi polisi perbankan dan dunia kewangan yang tidak dikawalselia, akhirnya membenarkan golongan elit kewangan, iaitu golongan 1 persen ini, untuk mendokong polisi khususnya di dalam penjualan bon kosong yang kita gelarkan sebagai cagaran sub-prima untuk mereka yang tidak mampu membayarnya. Hal ini menghasilkan buih ekonomi dan seterusnya meletup. Perkara ini disebabkan oleh andaian bahawa pasaran adalah asas untuk memandu gaya hidup politik, ekonomi dan sosial, supaya golongan penguasa dapat menggunakan kekuasaan mereka dengan rakus dan memanipulasi sistem kewangan untuk mengelak daripada tanggungjawab. Apa yang sedang kita alami adalah kegagalan yang disebabkan oleh kejahatan dan kezaliman yang berlaku di seluruh dunia. Lebih penting lagi, perkara tersebut berlanjutan daripada krisis sebelumnya, dan diciptakan kembali di Amerika Syarikat di bawah ‘Rubin boys’ bersama Larry Summer, dengan percubaan untuk menghalang sebarang kebijakan sosial untuk dilaksanakan yang akhirnya bertukar menjadi kegagalan polisi deregulasi pasaran. Hal ini semakin buruk. Berikutan krisis teruk yang melanda, akibat daripada bank dan elit kewangan, kita juga belajar mengenai politik feudal golongan kaya yang diabsahkan dengan pandangan bahawa mereka ini terlalu penting untuk gagal; keangkuhan mereka yang tidak masuk akal ini menyebabkan mereka merasakan diri kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Henry, pada pandangan kamu di dalam poin terakhir saudara telah bincangkan, bagaimanakah perkembangan aliran pemikiran neo-liberal dan doktrin yang mereka ciptakan ini menyumbang kepada defisit demokrasi masakini khususnya seperti yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat? Demokrasi telah berubah wajah dalam menzahirkan kepentingan ahli politik yang anti – demokratik, anti-intelektual dan mereka yang menyokong kebijakan tersebut. Demokrasi lazimnya adalah perkataan – perkataan yang mereka laungkan, tetapi akhirnya mereka menterbalikkan makna asasnya, untuk menghalalkan praktek dan polisi yang sangat tidak demokratik. Justeru, ‘demokrasi’ pada mereka langsung tidak terkait dengan persoalan keadilan, hak mahupun kesahan undang-undang. Malah, ia dijadikan alat penipuan dan mengalih perhatian – kaedah pemalsuan untuk mengabsahkan polisi yang sebenarnya anti – demokratik. Neo-liberalisme adalah antitesis buat demokrasi sebenar kerana ia memangkin ketidakadilan, ia memberi keistimewaan buat golongan kaya, ia mengundang perpecahan besar, dan ia mendokong kezaliman. Kebimbangan saya terhadap neo-liberalisme adalah mereka tidak pernah berlaku apologetik terhadap musibah yang disebabkan oleh mereka. Sikap mereka yang tidak apologetik bukan sekadar diungkapkan dalam perkataan, ‘saya tidak peduli!”, tetapi pada masa yang sama – mereka berbangga untuk mengatakan bahawa mereka mampu melindungi anak – anak masyarakat kulit hitam dan mengatasi sikap kepembangkangan para pelajar dan akademik yang tidak percaya terhadap polisi tersebut. Mereka juga menyalahkan golongan yang menjadi mangsa akibat daripada kerakusan polisi tersebut. Tatabahasa ‘neo-liberalisme’ sebenarnya menzahirkan kepalsuan agenda mereka tentang kebebasan, maka terselindung pula di sebalik gagasan individualisme dan kebebasan untuk memilih. Perbuatan demikian mencadangkan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh rakyat, satu-satunya cara untuk menyelami masalah mereka adalah menerusi lensa tanggungjawab individu, perwatakan dan atas kedegilan diri mereka sendiri. Contohnya, diskursus mengenai perbuatan dan tanggungjawab peribadi dijadikan alasan untuk menyanggah rakyat untuk menghubungkan masalah peribadi mereka daripada pertimbangan sosial dan sistemik yang lebih luas. Taktik ini secara patologinya amat teruk. Ia mendorong kehinaan terhadap hubungan komunal, pergerakan buruh, kakitangan kerajaan dan perkara yang dicanangkan untuk kebaikan bersama. Pandangan neo-liberalisme melihat apa sahaja perkara yang mendukung kepentingan orang awam sebagai perkara yang perlu ditolak, samada kita sedang bercakap tentang sistem pengangkutan awam atau sistem pendidikan awam. Hal ini kerana – di mata mereka harus sepenuhnya diswastakan. Mereka menganggap harta awam hanya bernilai sekiranya ia mampu mendatangkan laba dan keuntungan. Ianya tidak dilihat sebagai sebuah institusi yang menyumbang ke arah pembentukan budaya yang penting dalam sesuatu demokrasi. Dan bercakap mengenai sistem pendidikan awam, peningkatan proses penswastaan dalam bidang pendidikan telah menjadi isu yang besar; misalnya di Greece dan negara – negara lain yang tidak kurang penting. Sudah tentu ini adalah perkara yang acap kali dipromosikan semasa krisis ekonomi sedang melanda negara terbabit. Bagaimanakah neo-liberalisme dan kapitalisme kasino memberikan kesan yang buruk terhadap kualiti pendidikan, atau mungkin juga ke atas akses terhadap sistem pendidikan? Soalan yang baik. Berkenaan dengan kualiti pendidikan, terus-terang ia merupakan proses yang sangat membodohkan. Pendidikan sudah menjadi wadah untuk mengabaikan manusia untuk ‘belajar’, merendahkan tahap pendidikan menjadi sekadar sistem latihan, atau mereka mengganggap sistem pendidikan sebagai hub pentadbiran neo-liberal, dan dalam kes tertentu sebagai penswastaan. Imaginasi yang radikal-kritikal kini sedang menghadapi ancaman bagi masyarakat neo-liberal kerana ia ditanggapi sebagai ancaman bagi mereka yang merasakan misi pendidikan adalah untuk melahirkan idea yang kritikal; sebuah gagasan yang mendekati anak muda untuk menggunakan fikiran dan intergriti mereka untuk mengubah dunia. Neo–liberalisme meyakini bahawa kurikulum harus diatur untuk mendidik para pelajar menjadi pasif dan memaksakan pedagogi represif. Lebih penting lagi, serangan yang dijalankan untuk menyerang hubungan komunal masyarakat merupakan serangan ke atas nilai – nilai demokrasi dan ruang awam yang membentur mereka. Ruang awam ini sangat bahaya, kerana mereka mendidik manusia untuk berbicara mengenai perkara yang tak boleh dibicarakan, menzahirkan pemikiran kritikal, melahirkan penentangan dan membentuk warga yang kritikal. Apa yang sedang dibicarakan adalah anggapan bahawa berfikir itu bahaya. Polisi ini mencadangkan bahawa pendidikan bukanlah bertujuan untuk melahirkan anak muda yang kritikal dan serba tahu. Ia sebenarnya dijadikan latihan untuk bekerja. Dasar ini menawarkan keakuran terhadap sistem politik dan idealogi; ia adalah proses nyahpolitik – dan sifatnya sangat opressif, kerana sistem ini menyingkirkan segala usaha dan visi untuk menjadikan pendidikan sebagai usaha untuk membina masa hadapan yang baru, yang tidak lagi mengulangi kesilapan-kesilapan kita mutakhir ini. Pendidikan adalah alat untuk meluaskan fikrah kita untuk mengatasi perkara – perkara yang dianggap mustahil. Sistem ini, pada pandangan saya, hanya menekankan proses menghafal, ujian dan disiplin…kebanyakan daripada sistem sekolah seperti ini akhirnya berubah menjadi akademi ketenteraan, khususnya di kawasan sekitar Chicago. Saya merasakan reformasi yang dijunjung oleh kelompok neo-liberal ini bermakna pengabaian terhadap masalah asasi yang seharusnya diatasi oleh golongan pendidik atas iltizam untuk melahirkan masyarakat yang berfikir. Hal ini tidak mencadangkan mana-mana usaha untuk mereformasi sistem persekolahan harus dihubungkait dengan perlawanan terhadap rasisme, ketidaksaksamaan, kemiskinan, militarisasi dan kebangkitan negara yang bersikap menghukum. Kanak-kanak tidak mampu belajar sekiranya mereka sakit. Kanak-kanak tidak mampu belajar sekiranya sekolah mereka tidak mempunyai mana-mana sumber rujukan. Kanak – kanak juga tidak mampu belajar jikalau setiap bilik darjah mempunyai jumlah empat puluh orang pelajar. Kita tidak perlukan saintis mahupun cendekiawan untuk memahami hal ini. Saya rasakan apa yang perlu kita fahami adalah golongan berhaluan kanan sedar akan hal ini. Cuma, sikap mereka yang sengaja mahu membiarkan kejahilan ini berleluasa. Institusi awam dan sekolah tidak lagi dibiayai bukan kerana kerajaan kita tidak memiliki dana. Tetapi, ia tidak lagi dibiayai kerana golongan berhaluan kanan yang menguasai politik sengaja mahu membiarkan mereka gagal. Dana untuk sekolah dan pendidikan sebenarnya masih mencukupi, tetapi peruntukan tersebut telah disalurkan untuk pembinaan kompleks industri-ketenteraan, bahkan ia digunakan untuk membantu merendahkan beban cukai terhadap orang kaya, dan pendapatan luarbiasa yang diperolehi golongan elit kewangan di Amerika. Ini merupakan polisi yang sistemik untuk memastikan pendidikan adalah keistimewaan untuk golongan elit. Pendidikan tidak lagi penting buat semua insan. Itu adalah sebuah kepastian. Jadi, kamu merasakan pendidikan masakini, khususnya sistem pendidikan tinggi sebenarnya adalah usaha untuk menekankan doktrin neo-liberal di dalam kelas pembelajaran? Saya tidak merasakan ada persoalan di balik perkara ini. Kamu boleh membelek akhbar setiap hari dan membaca betapa bodohnya pandangan yang dikemukakan oleh para pentadbir pendidikan di sini, samada kamu bicara mengenai Texas, Arizona mahupun Florida. Semuanya serupa. Universiti kini telah dijadikan entiti korporat dalam aspek yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. Kita semua sedar apa yang saya sedang ungkapkan; apakah keadaan yang menghasilkan masalah ini? Apa yang membingungkan adalah bagaimana yang dikatakan ‘reformasi’ seperti piawaian yang ditetapkan Common Core bahawa penetapan proses pendidikan dan pembelajaran merumuskan suasana dan cara pembelajaran di sekolah awam sebagai tidak penting! Inilah sistem pendidikan yang menekankan keuntungan dan kepentingan diri, tetapi tidak lagi mengutamakan aspek penting dalam pendidikan, iaitu pembelajaran dan pedagogi. Macam mana kita mahu bercakap tentang pembelajaran tanpa menyentuh hal seputar bagaimana sekolah – sekolah dibiayai, kebijakan politik golongan berhaluan kanan yang menekankan cara pembelajaran yang fundamental seperti kreasionisme dan hanya meremehkan fungsi guru sekadar mengajar untuk peperiksaan? Ini adalah pedagogi secara kiprahnya menindas dan ironisnya dijadikan jagoan buat golongan konservatif, kelab bilionair, tetapi juga mereka yang dikatakan ‘progresif’ ini. Di suatu tahap, kita memiliki gubernur berhaluan kanan yang menganggap diri mereka sebagai hamba abdi golongan kaya, dan mereka memandang setiap perhubungan sosial ini dari kaca-mata komersil. Pandangan alam politik yang pengecut ini telah diterapkan oleh para ‘demokrat’ yang sepatutnya melihat pendidikan bukan sebagai alat untuk meraih keuntungan, tetapi sebagai kelab sosial digelar ‘Republican Lite’. Kedua – dua pihak berkongsi rasa cinta yang sama terhadap masyarakat kapitalis yang dibentuk menerusi ketidaksamarataan kekayaan dan kuasa, keyakinan yang utuh terhadap perluasan wilayah ketenteraan di negara luar, pemantapan militarisasi secara domestic, peralihan kekuasaan yang zalim daripada golongan kelas menengah dan pekerja kepada golongan satu persen ini. Kita mengimbas kembali bagaimana perkongsian idealogi mereka yang mencipta kekaguman terhadap perkakas ketenteraan seperti jet pejuang f-35 yang tidak boleh terbang semasa musim hujan, tetapi menelan belanja sebanyak 200 juta dollar seunit. Ahli politik masakini adalah barua golongan kaya dan berkuasa yang sanggup membelanjakan berbilion dolar untuk menampung kos peperangan tetapi tidak pula sanggup melabur jumlah yang sama untuk membiayai setiap pemuda di Amerika Syarikat yang memerlukan biaya pendidikan yang berkualiti. Imara Jones pernah mengatakan bahawa hampir 4.4 trilion dollar yang telah dibelanjakan untuk menampung kos peperangan di Iraq dan Afghanistan sebenarnya mampu untuk menanggung kos pendidikan percuma buat semua warga Amerika dalam tempoh sepuluh tahun. Maksud saya adalah peruntukan perbelanjaan terhadap bidang ketenteraan itu sangat melampau, malah belanjawan paling besar; malah ia adalah peruntukan ketenteraan Amerika Syarikat adalah peruntukan terbesar di dunia; kita boleh menggabungkan jumlah peruntukan ketenteraan daripada 15 buah negara untuk menyamai jumlah peruntukan ketenteraan yang ditanggung Amerika. Kita sedang membicarakan tentang penyelewengan dana.Ia bukan tentang kita tidak memiliki pembiayaan terhadap pendidikan, tetapi bagaimana kita memanfaatkan dana tersebut. Kita tidak mengagihkan kekayaan kita untuk menanggung sistem kesihatan bayaran tunggal atau menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan. Jadi, setelah pendidikan kita sengaja dibobrokkan, apa yang terjadi adalah bagaimana model-model bisnes ini disepadukan di dalam sistem universiti, misalnya peranan yang dimainkan golongan pentadbir berjubahkan “CEO” ini. Sepertimana maklum, mereka adalah kelompok yang paling dominan di dalam universiti buat masakini. Para pentadbir ini sekarang mengalahkan jumlah kakitangan fakulti dan berjaya menarik jumlah sumber yang besar jauh daripada para pelajar. Kedua, fakulti sudah kehilangan kuasa autonomi. Ketiga, mereka memansuhkan kesatuan, dan berbeza pandangan itu umpama perbuatan keji; ini adalah peringatan terhadap sindrom McCarthyisme. Kita memiliki kakitangan fakulti yang terlalu bergantung-harap terhadap geran–geran penyelidikan. Dapat kita bayangkan? Yuran kursus kemanusiaan dan sains sosial masih ditingkatkan sekalipun gubernur berhaluan kanan ini mengatakan ia tidak punya nilai ekonomi yang besar. Sudah tentulah, para pelajar ini terlihat seperti anak – anak manja. Mereka dipandang sebagai slot kecil, dan disebabkan itu ada ketumbukan yang besar buat pelajar asing, kerana mereka adalah sumber kekayaan yang diperoleh universiti. Saya merasakan universiti sedang berdepan dengan krisis dan krisis ini menjadi amat teruk terutamanya dari segi ketidakmampuannya untuk menggembleng misi yang terzahir dalam tempoh 50an dan 60an, disebabkan kontradiksi dan permasalahan yang terjadi, atau sekurankurangnya persepsi yang melihat kolej – kolej tidak lebih sekadar peluang pekerjaan atau universiti sebagai pelopor kompleks-industri-militari. (BAHAGIAN DUA WAWANCARA AKAN MENYUSUL)
]]>Muslim Vegetarian: beralih daripada diet berasaskan daging
**Vegetarian bererti orang yang memilih untuk tidak mengambil sebarang daging, dan hanya memakan sayuran. Vegan adalah vegetarian yang turut mengelakkan segala produk yang berkaitan dengan haiwan (seperti susu lembu dan telur ayam). Dalam artikel ini, penterjemah memilih untuk mengekalkan penggunaan perkataan vegetariandan vegan bagi memudahkan pemahaman. Makalah ini penterjemahan “Vegetarian Muslim: Turning Away From a Meat-Based Diet” oleh Anila Muhammad. Penterjemah: Hamizah Hanan. Alasan saya untuk berhijrah kepada diet berasaskan tumbuhan tidak berlaku dalam sekelip mata seperti apa yang berlaku kepada beberapa kenalan saya. Semenjak saya mendapat kesedaran berkenaan beberapa isu yang terlibat dalam proses penyediaan stik, pilihan diet saya mula berubah. Bermula dengan daging merah, kemudiannya susu, ayam, ikan dan akhirnya telur. Kunjungan pertama saya ke dalam industri penyembelihan itu adalah sewaktu saya membaca Fast Food Nation dan saya mendapati bahawa bagaimana haiwan diperlakukan di kawasan penternakan mereka. Hakikatnya ia membuatkan saya merasa ngeri. Sebahagian daripada kejahilan saya mungkin disebabkan oleh tanggapan romantik yang saya pegang selama ini di mana tanggungjawab untuk memelihara haiwan ternakan yang digunakan untuk memproses makanan adalah tangungjawab besar kerajaan. Saya memahami kekejaman yang diperlakukan terhadap haiwan dan alam sekitar di Amerika Syarikat, tetapi pastinya kami warga Kanada adalah berbeza. Betul? Realitinya hampir tidak ada undang-undang di Kanada untuk melindungi haiwan ternakan di ladang dari kekejaman yang dilakukan. Haiwan boleh dipukul, didera, dirosakkan dan ditempatkan bersama-sama dalam suatu tempat yang sempit seakannya ia merupakan mimpi buruk bagi mereka untuk jangka hayat yang pendek. Piawaian yang di harapkan oleh Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada terhadap pematuhan daripada pusat-pusat penyembelihan selalunya hanyut disebabkan oleh permintaan pengeluaran daging yang semakin meningkat. Perundangan perlindungan yang kecil yang tinggal itu pun kian terhakis apabila kerajaan mula melonggarkan peraturan pusat penyembelihan. Hakikatnya, pusat penternakan di Kanada, serta di kawasan-kawasan lain di seluruh dunia, dikaitkan dengan pelbagai isu-isu yang serius termasuklah alam sekitar, kesihatan, kebajikan haiwan dan sokongan masyarakat luar bandar. Maklumat berkenaan amalan dalam usaha penternakan , kesannya terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan manusia dan kebajikan haiwan telah sampai ke orang ramai. Kini terdapat gerakan aktivis secara konsisten, termasuklah Muslim yang telah memilih untuk mengambil diet yang berdasarkan tumbuhan. Adakah dengan menjadi vegan atau vegetarian menjadi suatu keganjilan bagi seorang Muslim? Menariknya, idea berkenaan Muslim vegetarian atau vegan telah mencetuskan pelbagai perdebatan. Ulama Islam seperti di Allahyarham Gamal al-Banna, seorang ulama Mesir bersetuju bahawa Muslim yang memilih untuk menjadi vegetarian atau vegan boleh berbuat sedemikian atas beberapa alasan termasuklah sebagai sebuah ekspresi keimanan ataupun rohani. Al-Banna ada menyatakan “Apabila seseorang itu menjadi vegetarian, mereka melakukannya disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya adalah disebabkan kasih sayang, alam sekitar mahupun sebab-sebab kesihatan. Sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa Nabi Muhammad mahu pengikutnya untuk menjadi sihat, berkasih sayang antara satu sama lain dan tidak membuat kerosakan terhadap alam sekitar. Jika seseorang percaya bahawa dengan tidak memakan daging adalah antara caranya, ianya tidak bererti mereka akan ditempatkan ke dalam neraka. Mungkin juga perkara yang betul yang harus kita lakukan.” Hamzah Yusof, seorang Ulama Amerika yang dikenali ramai, telah memberi amaran tentang bahaya yang membawa kepada permasalahan etika , alam sekitar dan isu kesihatan yang berkaitan dengan pemakanan daging dalam industri penternakan ini. Yusof percaya bahawa kejatuhan dalam industri pengeluaran daging (penderaan haiwan, kesan yang memudaratkan alam sekitar dan kesihatan manusia, kegairahan manusia yang kelaparan) adalah bertentangan dengan pemahaman sebenar etika Islam. Pada pandangannya hak asasi haiwan dan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar bukanlah suatu konsep yang asing dalam Islam, malahan ianya merupakan suatu suruhan Ilahi. Dalam kajiannya, beliau mendapati Nabi Muhammad dan umat islam terdahulu merupakan semi-vegetarian, di mana mereka hanya menjamu daging sekalu sekala sahaja. Konsep vegetarian bukanlah suatu konsep yang baru bagi sesetengah pengganut sufi. Contohnya Chisti Inayat Khan, beliaulah yang memperkenalkan prinsip-prinsip sufi ke barat. Almarhum Syaikh Sufi Bawa Muhaiyaddee, yang tidak membenarkan mana-mana produk yang berasakan haiwan untuk dijamu oleh pengikutnya. Rabia Basra, salah seorang pengamal Sufi wanita yang dihormati. Alam sekitar, haiwan dan Islam Pada sisi yang lain, ada ulama, seperti salah satunya di Kementerian Agama Mesir (Egyptian Ministry of Religious Endowments) yang mempercayai bahawa “ Haiwan adalah hamba kepada tujuan manusia. Mereka diwujudkan di sini untuk menjadi santapan kita, maka jika berbicara tentang vegetarianisme adalah tidak Islamik.” Pandangan yang teruk terhadap haiwan ini, sebagai sesuatu yang boleh diperalatkan dan dijadikan makanan telah wujud dalam pelbagai adat budaya. Saya percaya idea ini mungkin wujud di kalangan sebahagaian umat islam sebagai kesan langsung akibat daripada salah tafsir konsep Khalifa dalam al-Quran. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. [Quran 2:30] Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Quran 6:165] Sepintas lalu, pembacaan daripada ayat ini membawa kepada kesimpulan bahawa manusia adalah dianggap sebagai makhluk lebih unggul daripada ciptaan-Nya yang lain. Oleh itu, manusia mempunyai hak untuk mengunakan sumber di bumi ini dan haiwan bukanlah seperti manusia dalam pertimbangan mereka. Kita beruntung, ada ulama yang yang memberi perhatian terhadap tafsiran yang kasar. Dua ulama ini, juga merupakan pemimpin dalam bidang etika alam sekitar, termasuklah Dr. Seyyed Hossein Nasr, seorang Profesor Pengajian Islam di Universiti George Washington dan seorang ahli falsafah Islam yang terkemuka. Dr Fazlun Khalid, Pengarah Pengasas Yayasan Islam Sains Ekologi dan Alam Sekitar. Mereka menawarkan tafsiran yang dapat diterima secara meluas dimana ianya terletak dalam kerangka kasih sayang dan belas kasihan. Perkataan arab “Khalifah” seperti yang ditafsirkan oleh Dr Nasir dan Dr Khalid adalah bermaksud sebagai penjaga, pemegang amanah dan wakil yang bertanggungjawab untuk memelihara keseimbangan dan integrasi di bumi ini. Ulama-ulama ini percaya konsep Khalifa adalah perjanjian utama yang dimateri antar jiwa kita dengan Sang Pencipta secara rela. Inilah yang menjadi pengatur dalam setiap tindakan kita di dunia ini. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. [Quran 33:72] Namun, ia adalah penting untuk menghidupkan konsep Khalifah seperti yang dinyatakan dalam ayat Quran 40:57 iaitu ‘Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia.’ Maksudnya bumi adalah suatu bentuk penciptaan yang lagi hebat dan besar, sementara manusia adalah bentuk penciptaan yang lebih kecil. Dalam hal ini kita manusia harus melaksanakan tangungjawab kita dalam kerangka kemanusiaannya- bukannya lebih tinggi- dengan memberikan tumpuan utama kepada melindungi bumi kita. Menariknya pandangan al-Quran menyatakan bumi dan khazanah di dalamnya adalah untuk digunakan oleh manusia dan haiwan sekalian. “Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain”[55:10] Makanya bertambahlah suatu lagi tangungjawab ke atas manusia untuk menjaga hak haiwan untuk menikmati bumi dan khazanahnya. Saya pilih bumi Bagi saya makanan yang berasaskan tumbuhan adalah suatu cara yang membolehkan saya untuk menghubungkan tuntutan kerohanian dengan melindungi hak haiwan dan alam sekitar. Mungkin ada Muslim yang bersetuju dengan saya. Tentu sahaja ianya tidak semestinya benar kerana bukan semua orang Islam dipengaruhi dengan keimanan mereka. Dan mungkin kita semua tidak bersetuju untuk berhijrah ke diet vegetarian atau vegan, tetapi sekurang-kurangnya kita bersetuju tentang apa jua jalan yang kita pilih, ianya mestilah merangkumi tanggungjawab untuk melindungi khazanah yang paling berharga iaitu planet kita.
]]>Perisytiharan Baru Mardin
Diambil daripada laman ‘Iqra.ca’ (http://iqra.ca/2010/the-new-mardin-declaration/). Diterjemahkan oleh Yana Rizal. Satu inisiatif dari empat tahun lepas yang patut dikenang kerana ia membuktikan kebolehan masyarakat Muslim untuk menjangkaui pemikiran sempit dan kebelakang. – Editor Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, yang dikurniakan sebagai rahmat sekalian alam, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Satu Sidang Kemuncak Kedamaian (Mardin: Kediaman Perdamaian) telah diadakan di kampus Universiti Artuklu, bandar Mardin, Turki pada hari Sabtu dan Ahad (27-28 Mac 2010) di bawah naungan Global Center for Renewal and Guidance (GCRG – berpusat di London) dengan kerjasama Canopus Consulting (berpusat di Bristol) dan ditaja oleh Universiti Artuklu. Persidangan ini dihadiri sarjana-sarjana Islam terkemuka dari seluruh dunia, dengan pelbagai pengkhususan dan kemahiran. Mereka berkumpul untuk mengkaji bersama salah satu dasar (juridikal klasik) terpenting dalam hubungan antara umat Islam dan manusia sejagat, iaitu: klasifikasi (juridikal klasik) ‘kediaman’ (diyar), seperti yang difahami dalam Islam, dan konsep-konsep lain yang berkaitan seperti jihad, kesetiaan dan permusuhan, kewarganegaraan, dan perpindahan (ke wilayah-wilayah bukan Islam). Mereka memilih untuk menghalusi konsep perundangan ini kerana kepentingannya sebagai asas keaman dan keharmonian dalam kehidupan dan kerjasama antara Muslim dan bukan Muslim, demi kebaikan dan keadilan, selagi pemahamannya selaras dengan kitab-kitab dan prinsip normatif agama, dan untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dalam perundangan Islam. Sebagai tema utama kajian persidangan tersebut, pihak penganjur telah memilih fatwa yang diluluskan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah tentang klasifikasi kota Mardin semasa hayat beliau. Fatwa tersebut dipilih kerana kepentingannya dari segi intelektual, ketamadunan dan makna simbolik. Secara ringkasnya, Ibnu Taimiyah dalam pengklasifikasian beliau untuk kota Mardin – melalui pemahaman syariah yang mendalam serta kesedaran konteks kehidupan di sana – melangkaui pengklasifikasian biasa di kalangan pakar perundangan Islam terdahulu: iaitu membahagi wilayah kepada Kediaman Islam (di mana keadaan umumnya keamanan), Kediaman Kufr (kafir) (di mana keadaan umumnya peperangan), dan Kediaman ‘Ahd (Perjanjian) (di mana keadaan umumnya perdamaian), di antara pembahagian-pembahagian lain (yang telah ditetapkan). Daripada menggunakan klasifikasi yang biasa pada zaman itu, Ibnu Taimiyah telah menggunakan pengklasifikasian gabungan/komposit, yang berjaya menghindari peperangan saudara di kalangan Muslim, dan kehidupan, harta serta kehormatan mereka terjaga, dan keadilan di antara mereka dan yang lain termaktub. Fatwa beliau adalah suatu yang luar biasa dalam pembentukannya dan juga mendepani konteks yang hampir sama dengan masa kini, suatu keadaan politik dunia yang berbeza dari zaman ahli perundangan terdahulu, yang menjadi asas kepada cara pembahagian wilayah mereka pada waktu itu. Perubahan konteks yang ketara diambil kira oleh Ibnu Taimiyah dalam memberikan fatwa beliau, dan dengan itu menjadikannya penting buat ahli perundangan kini untuk mempertimbangkan semula klasifikasi klasik, kerana keadaan semasa yang berubah: umat Islam kini terikat dengan perjanjian antarabangsa di mana keselamatan dan keamanan dicapai untuk seluruh umat manusia, dan di mana mereka menikmati keselamatan dan perlindungan untuk harta, martabat serta tanah air mereka. Dari itu, umat Islam berinteraksi dengan kaum lain dengan cara yang belum pernah dialami sebelum ini: dari segi politik, sosial dan ekonomi. Ahli perundangan kini juga perlu mempertimbangkan semula klasifikasi klasik ‘kediaman’ kerana perlunya visi perundangan Islam yang wajar tanpa menyanggah kitab agama Islam, selaras dengan matlamat syariah yang lebih tinggi, dan sesuai dengan konteks semasa. Oleh kerana itu, para peserta di persidangan tersebut telah membentangkan dan membincangkan kertas kajian, dan mencapai kesimpulan dan saranan berikut: Kesimpulan
- Fatwa Ibnu Taimiyah mengenai Mardin tidak boleh dalam keadaan apa sekalipun digunakan sebagai bukti untuk menjatuhkan tuduhan kufur (kafir) sesama muslim, memberontak terhadap pemerintah, menghalalkan nyawa dan harta mereka, mengganas terhadap mereka yang menikmati keselamatan dan perlindungan, mengkhianati sesiapa yang hidup (harmoni) dengan umat Islam atau sesiapa yang menumpangkan umat Islam (dengan harmoni) melalui ikatan kewarganegaraan dan keamanan. Sebaliknya, fatwa tersebut menganggap semua itu menyalahi undang-undang, meskipun tujuan asalnya ialah untuk mengukuhkan sebuah negara Islam terhadap negara bukan Islam. Ibnu Taimiyah bersetuju dengan semua ini, dan mengikuti teladan sarjana Islam yang sebelumnya dalam hal ini, tanpa menyimpang dari pendirian mereka. Sesiapa yang mencari sokongan dari fatwa ini untuk membunuh umat Islam atau bukan Islam adalah salah penafsirannya dan menyalahgunakan ayat-ayat suci.
- Klasifikasi kediaman dalam perundangan Islam adalah berdasarkan ijtihad (proses logik perundangan Islam) yang diperlukan untuk situasi dunia Islam dan keadaan hubungan antarabangsa yang wujud sewaktu itu. Walau bagaimanapun, keadaan telah berubah sekarang: Kewujudan perjanjian antarabangsa yang diiktiraf, yang menganggap sebagai jenayah peperangan yang bukan untuk menentang keganasan atau penjajahan; kemunculan negara sivil yang menjamin, secara keseluruhannya, hak-hak agama, etnik dan nasional, telah mengharuskan pengisytiharan seluruh dunia sebagai kawasan toleransi dan kewujudan damai antara semua agama, kumpulan dan puak dalam konteks mewujudkan kebaikan dan keadilan sesama manusia, dan di mana mereka menikmati keselamatan dan perlindungan untuk kekayaan, tempat tinggal dan martabat mereka. Inilah yang ditegaskan dan diiktiraf oleh syariah, matlamat yang ingin ditujui oleh umat manusia, sejak penghijrahan Nabi (SAW) ke Madinah dan kesimpulan perjanjian pertama /perjanjian perdamaian yang menjamin kewujudan harmoni bersama antara pelbagai puak dan kumpulan kaum/etnik dalam kerangka keadilan dan kepentingan bersama. Kekurangan dan pencabulan yang dilakukan oleh sesetengah negara yang merosakkan proses ini tidak boleh dan tidak patut digunakan untuk menafikan kesahihannya dan mewujudkan konflik antara ia dan syariat Islam.
- Antara yang patut diutamakan oleh sarjana Islam dan institusi akademik Islam ialah analisis dan penilaian idea-idea yang menyemai ekstremisme, takfir (penuduhan Muslim lain sebagai kafir) dan keganasan atas nama Islam. Langkah-langkah keselamatan, walau betapa adil dan saksama, tidak dapat menggantikan penerangan jelas (secara ilmiah) yang disokong bukti. Oleh itu, ianya tanggungjawab sarjana keagamaan umat untuk menentang segala bentuk keganasan dalam percubaan-untuk-mengubah atau protes, di dalam atau di luar masyarakat Islam. Penentangan sebegini mestilah jelas, dan merupakan manifestasi sebenar keberanian untuk berkata benar, untuk menghapuskan sebarang kekeliruan atau kekaburan.
- Sarjana Islam, zaman-berzaman, sentiasa menegaskan dan menekankan bahawa jihad yang dianggap kemuncak agama Islam, bukanlah suatu jenis sahaja, tetapi banyak, dan perjuangan di jalan Tuhan hanyalah satu daripadanya. Pengesahan, kebenaran, dan pelaksanaan jihad sebegini diperuntukkan oleh syariah hanya kepada mereka yang memimpin masyarakat (ketua negara yang sebenar). Ini kerana keputusan peperangan adalah keputusan politik yang mendatangkan kesan dan akibat yang besar. Oleh itu, ia bukanlah keputusan seorang individu mahupun kumpulan Muslim untuk mengumumkan atau mengisytiharkan perang, atau terlibat dalam jihad peperangan, sewenang-wenangnya dan secara persendirian. Sekatan ini penting untuk mencegah kejahatan, dan menegakkan ayat-ayat suci Islam yang berkaitan dalam hal ini.
- Asas kesahihan jihad hanyalah apabila ia menolak/melawan keganasan (“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, kerana Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas” – Surah al-Baqarah, 190), atau menolong orang-orang yang lemah dan tertindas (“Dan mengapa kamu tidak berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang disebabkan kelemahannya, dianiaya (dan ditindas)?” – Surah al-Nisa ‘, 75), atau untuk mempertahanan kebebasan beragama (“bagi orang-orang yang diperangi, telah diizinkan (berperang), kerana mereka telah dianiaya; – dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka” – Surah al-Haji, 39). Ianya tidak sah untuk berperang kerana perbezaan agama, atau mencari harta rampasan perang.
- Isu fatwa dalam Islam adalah sesuatu yang serius. Kerana inilah para sarjana telah menetapkan syarat-syarat yang ketat untuk Mufti (pihak berkuasa mengeluarkan fatwa). Antara syaratnya ialah dia mesti berkelayakan penuh dalam pengajian ilmiah/pengetahuan. Antara syarat yang khusus buat fatwa ialah ianya menetapkan matlamat yang sesuai (manat) mengikut tempat, masa dan orang, keadaan, dan akibat/hasil masa hadapan.
- Konsep kesetiaan dan permusuhan (al-wala wa al-bara) tidak boleh digunakan untuk mengisytiharkan sesiapa keluar daripada Islam, melainkan kekufurannya sendiri diperakui. Dalam semua kes lain, ianya melibatkan beberapa pertimbangan mengikut skala lima-kali-ganda perundangan: (dibenarkan, disarankan, tidak disarankan, tidak dibenarkan, dan diperlukan). Oleh itu, tidak dibenarkan untuk menyempitkan konsep ini dan menggunakannya untuk mengisytiharkan seorang Muslim keluar daripada kelompok Islam.
- Mengadakan persidangan tahunan di Eropah untuk mengkaji dan meneliti konsep Islam mengenai keamanan, dan kewujudan damai bersama antara negara, masyarakat dan agama.
- Menubuhkan Pusat Kajian Teori Politik Islam Mardin.
- Mewujudkan unit dan jabatan penyelidikan di universiti-universiti dan institusi lepasan ijazah Islam untuk penyelidikan, latihan dan pemberian kelayakan kepada calon-calon yang berpotensi, dalam bidang pembentukan dan pengeluaran fatwa mengenai isu-isu awam yang berkaitan dengan seluruh umat Islam.
- Menggalakkan pengajian teori dan praktikal berkenaan syarat-syarat dan keadaan sejarah yang mempengaruhi pengeluaran fatwa dan pendapat.
- Menggalakkan pengajian akademik dan saintifik yang bertumpu kepada syarat dan keadaan sejarah yang menyebabkan pengeluaran fatwa sarjana-sarjana terunggul pada masa lalu.
- Usaha yang lebih dalam penilaian semula, menyunting, dan mendalami warisan Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah – semoga Allah merahmati beliau – dan warisan sarjana terhormat, dalam memahami implikasi mereka terhadap dunia Islam dan pengajaran daripada pemahaman yang betul dan wajar tentang warisan mereka dalam membimbing dan memberi panduan kepada masyarakat umum dan ahli pakar.
- Merujuk perisytiharan ini kepada ahli-ahli akademik fiqh (perundangan) dunia Islam dengan tujuan untuk memperkayakannya, mendalami perbincangan dan memperluaskan manfaatnya (kepada khalayak ramai).
Penyembelihan haiwan dan makna halal
Petikan ini diambil daripada laman ‘Islamic Voice’ (http://islamicvoice.com/february.2002/dialogue.htm). Diterjemahkan oleh Yana Rizal. Pembuka kata penterjemah: Memandangkan Raya Korban yang baru sahaja berlalu, terdapat banyak persoalan tentang hakikat penyembelihan dalam Islam. Di sini kami ingin utarakan apakah sebenarnya etika penyembelihan dalam Islam, seperti yang termaktub dalam hadis dan kisah-kisah Nabi. Moga ini mampu memberi pencerahan tentang layanan terhadap haiwan mengikut ajaran Islam.
- Walaupun dengan teknologi sekarang, masih terdapat binatang yang dirantai dan diheret, atau disiram air panas ketika hidup untuk membuang bulu di sesetengah rumah penyembelihan. Operasi besar-besaran yang biasanya mengamalkan kaedah-kaedah tersebut membekalkan daging dalam pelbagai bentuk kepada banyak negara Islam. Boleh saya bertanya samaada layanan begitu terhadap haiwan yang akan menjadi makanan adalah dibenarkan dalam Islam. Dalam konteks yang sama, apakah pandangan Islam mengenai amalan membunuh ikan dan kehidupan lain yang tidak diingini ketika menangkap ikan?
- Adakah semua haiwan disembelih dengan cara yang sama dalam Islam?
- Zabh – Memotong urat leher. Ini disarankan untuk penyembelihan biri-biri, kambing, lembu dan burung, dan dibenarkan untuk semua haiwan lain.
- Nahr – Menikam bahagian bawah leher. Ini disarankan untuk menyembelih unta dan dibenarkan untuk penyembelihan lembu.
- Aqr juga boleh digunakan – Memotong mana-mana bahagian haiwan yang sukar ditangkap ketika memburu atau menggunakan haiwan liar yang dijinakkan. Pemburu seharusnya menggunakan kaedah zabh atau nahr jika haiwan yang ditangkap tersebut masih lagi hidup.
- Bolehkah penyembelihan dilakukan oleh sesiapa sahaja? Jika tidak, apakah syaratnya?
- Apakah alat patut digunakan untuk penyembelihan?
- Apakah haiwan yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam jika kaedah selain penyembelihan digunakan untuk membunuh haiwan tersebut?
- Haiwan dibunuh dengan ganas melalui hentakan alat berat seperti batu atau pemukul
- Haiwan yang terbunuh disebabkan kejatuhan
- Haiwan yang ditikam, ditusuk atau dirobek sampai mati
- Haiwan yang telah dimakan sebahagiannya oleh binatang liar. Akan tetapi ianya boleh dimakan jika ditangkap hidup-hidup dan kemudiannya disembelih.
- Adakah menyebut nama Allah itu satu kemestian? Bagaimana jika terlupa?
- Islam adalah agama rahmat. Bolehkah anda meneragkan etika Islam apabila menyembelih haiwan?
- Alat penyembelihan (pisau) tidak patut ditajamkan di hadapan haiwan.
- Seekor haiwan tidak boleh dibunuh di hadapan haiwan lain.
- Ia tidak boleh disembelih menggunkan alat tumpul, dan tidak boleh diseksa.
- Ketika ianya masih hidup, anggota badannya tidak boleh dipotong, kulitnya ditanggalkan, direndam dalam air panas, atau dicabut bulunya sebelum memastikan kematiannya.
- Haiwan tersebut hendaklah bebas daripada penyakit yang boleh membuatkan dagingnya berbahaya kepada si pemakan. Kesihatan haiwan perlu dipastikan sebelum ianya dibeli untuk penyembelihan.
- Haiwan biasanya direbahkan dengan hentakan atau kejutan elektrik di Barat. Adakah kita dibenarkan untuk memakan daging haiwan yang telah dilakukan sebegitu?
- Menghubungkan kedua-dua elektrod di bahagian depan kepala, voltan mestilah antara 100-400 volt, arus antara 0.75-1.0 ampere untuk kambing dan biri-biri dan 2-2.5 ampere untuk lembu, dilakukan hanya dalam 3-6 saat
- Tidak menggunakan senapang batang besi, kapak, mahupun tukul
- Kejutan elektrik tidak boleh digunakan terhadap ayam kerana ianya terbukti membunuh sejumlah besar ayam sebelum sempat disembelih
- Apakah nasihat anda kepada umat Islam di Barat tentang memakan daging tempatan?
- Bolehkah pelawat ke negara-negara bukan Islam memakan daging yang mungkin tidak disembelih mengikut Syariah?
- Bolehkah umat Islam memakan daging yang diimport daripada negara-negara bukan Islam?
Muslim seharusnya mempertimbangan penyembelihan haiwan ketika Raya
Penterjemahan Should Muslims Reconsider Animal Slaughter on Eid? oleh Anila Muhammad ke Bahasa Malaysia oleh Hamizah Hanan. Sekadar perkongsian renungan. Hari Raya Aidiladha disambut bagi memperingati kisah kerelaan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail, sebagai hari perayaan bagi masyarakat Muslim seluruh dunia.* Namun, bagi berjuta-juta haiwan ianya bukanlah hari kegembiraan kerana ianya menandakan permulaan upacara penyembelihan haiwan. Semakin bertambah muslim di dunia yang berpendirian sama ada enggan untuk mengambil bahagian dalam ibadah ini ataupun lantang bersuara dan meminta untuk menamatkan pengorbanan haiwan-haiwan. Antaranya adalah pencinta haiwan yang diketahui umum seperti Amira Hassan dari Tunisia, Secil Araci dari Turki and Amina Abaza pengasas Persatuan Perlindungan Hak Haiwan di Mesir. Dan bukannya pencinta haiwan ini sahaja yang ingin melihat berakhirnya ritual ini. Malah kebanyakan Muslim yang mula menilai semula adakah ritual ini sebenarnya sebahagian daripada tradisi berbelas kasihan dan rahmat seperti yang ditekankan di dalam Al-Quran dan tauladan daripada kehidupan Nabi Muhammad. Kisah Nabi Ibrahim Shahid ‘Ali Muttaqi ada menulis tulisannya yang mantap dan diedarkan secara meluas berkenaan ketidak tepatan pentafsiran agama dan sejarah yang berkaitan dengan korban Hari Raya itu. Tulisannya menunjukkan bahawa faktor terbesar yang menyumbang kepada penyebab upacara ini berterusan adalah salah tafsir kisah Nabi Ibrahim. Dalam kisah asal Nabi Ibrahim, berdasarkan mimpinya, percaya bahawa tuhan mengarahkan beliau untuk mengorbankan anaknya, Ismail. Seperti yang diceritakan, apabila Nabi Ibrahim mula untuk melakukan pengorbanan tersebut, Tuhan menyelamatkan nyawa Nabi Ismail dengan menggantikan seekor kambing di tempat beliau. Jika kita membuka al-Quran [ayat 37:102] untuk membaca cerita sebenar ternyata tafsirannya agak berbeza: Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Setelah keduanya berserah (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan pengorbanan yang penuh bermakna. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim telah bermimpi di mana beliau mempercayai bahawa Tuhan telah mengarahkannya untuk mengorbankan anaknya. Apa yang jelas, namun kita terlepas pandang, adalah tiada bukti yang menyatakan bahawa mimpi itu dari Allah atau Tuhan menuntut pengorbanan ini. Ini merupakan perbezaan penting yang perlu difikirkan untuk menilai amalan korban haiwan itu adakah berdasarkan tanggapan bahawa mimpi Nabi Ibrahim itu datang dari Allah dan Tuhan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya. Namun, perlu dilihat, Tuhan campur tangan untuk menghentikan perbuatan Nabi Ibrahim daripada mengorbankan anaknya. Perbezaan seterusnya adalah berkaitan dengan pentafsiran ayat yang terakhir: “Dan Kami tebus anaknya itu dengan pengorbanan yang penuh bermakna.” Terdapat tafsir al-Quran yang telah mengantikan istilah “pengorbanan yang penuh bermakna” dengan “binatang sembelihan yang besar”. Nampaknya ada beberapa perdebatan dalam kalangan ulama mengenai ayat terahkir ini, tetapi perlu diingat pentafsiran ayat ini amat penting. Ulama al-Quran seperti Muhammad Asad telah melanjutkan pentafsiran ini dengan membaca isitilah “besar” adalah merujuk kepada Nabi Ibrahim sendiri bukannya kambing yang dikorbankan. Malah pengorbanan Nabi Ibrahim tidak mempunyai kaitan dengan perbuatan fizikal penyembelihan itu. Pengorbanan Nabi Ibrahim adalah mengenai kesediannya melepaskan perkara yang paling penting dalam hidupnya, untuk memenuhi apa yang dilihatnya sebagai kehendak pencipta Ilahi. Bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim ini, adalah amat penting untuk kita bertanya diri sendiri adakah kita bersedia untuk melepaskan sesuatu yang amat bernilai apabila kita korban atau menyembelih haiwan tersebut. Adakah kita benar-benar melakukan pengorbanan emosi dan mental yang sama seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim? Jika tidak, maka bagaimana sebenarnya untuk kita meningkatkan pembangunan rohani kita dengan meneruskan tradisi ini? Kebimbangan untuk pihak yang kurang bernasib baik. Sebab seterusnya dalam pengamalan korban haiwan ini adalah berkaitan dengan pengunaan daging haiwan ini untuk diberkan kepada orang yang kurang bernasib baik. Ya, benar bahawa sebahagian daripada daging haiwan yang dikorban akan diberikan kepada orang miskin. Walau bagaimanapun, kita perlu bertanya kepada diri sendiri- adakah kita hanya bimbang untuk memberi makanan kepada mereka untuk hanya beberapa hari atau mengekalkan mesej keadilan sosial yang ditekankan dalam al-Quran? Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan dan musafir dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; [2:177] Terdapat banyak ayat yang menekankan keadilan sosial dalam al-Quran. Ayat ini telah ditafsirkan oleh ulama yang bermakna bahawa pengamatan rohani yang bersifat holistic adalah merangkumi pemahaman dan reaksi kepada keadaan orang-orang yang kurang bernasib baik yang terdapat dalam masyarakat kita. Pengagihan ‘harta kekayaan’ tidak hanya bermaksud pemberian wang sahaja tetapi merangkumi masa, penglibatan dan komitmen jangka panjang untuk membantu memperbaiki keadaan mereka. Dan pemantauan pihak beragama hanya dilakukan hanya untuk pengekalan tradisi, seperti dalam kes korban haiwan ini, ianya mempunyai skop yang terhad untuk membantu mengubah keadaan. Jika kita prihatin dengan keadilan sosial dan ingin mewujudkan perubahan yang bermakna, jangka panjang, maka kita umat Islam perlu menimbang semula penyaluran wang kita daripada pengorbanan ini kepada membuat pelaburan lain dalam komuniti untuk membantu yang kurang bernasib baik. Mungkin pelaburan boleh dilakukan kepada organisasi yang bergiat aktif di peringkat akar umbi. Organisasi tersebut melibatkan secara langsung dengan masyarakat yang diperjuangkan. Mereka memberi kuasa kepada pengundi untuk menentukan apa yang mereka perlukan (pendidikan, latihan vokasional, penjagaan kesihatan) dan bukannya menganggap bahawa mereka perlukan (daging), dengan itu “membantu mengubah keadaan sesuatu kaum” [Quran 13:11] untuk jangka masa panjang. Layanan dan syarat-syarat haiwan Ia tidak mungkin untuk dibincangkan isu ini tanpa pengiktirafan kepada makhluk yang dijadikan korban untuk pengekalan tradisi ini –haiwan. Terdapat tradisi yang kuat diamalkan dalam Islam untuk berlaku adil dan berperikemanusiaan kepada haiwan dan terutamanya kepada yang akan disembelih. Nabi Muhammad, yang merupakan seorang pencinta haiwan dan sangat sensitive kepada penderitaan mereka, menasihatkan pengikutnya “Takutlah kepada Allah dalam hal haiwan-haiwan ini yang tidak boleh bercakap kehendak mereka.” Al-Hafiz B.A Masri, salah seorang ulama Islam terkemuka yang menulis berkenaan kebajikan haiwan. “Jika haiwan telah tertakluk kepada kekejaman mereka dalam pembikan, pengangkutan, penyembelihan atau kebajikan umum, dagingnya dianggap tidak suci dan dilarang untuk dimakan (Haram). Isi haiwan yang dibunuh dengan kaedah yang kejam (Al-Muthiah) adalah bangkai (Al- Mujaththamah). Walaupun haiwan ini telah disembelih dengan cara Islam yang rapi , jika kekejaman diperlakukan kepada mereka, daging haiwan tersebut dilaramg untuk dimakan (Haram).” Namun idea tentang layanan berperikemanusiaan terhadap haiwan dalam islam adalah amat bertentangan dengan realiti bagaimana haiwan dilayan. Haiwan-haiwan hidup dieksport dari negara seperti Australia dan New Zealand ke negara-negara Muslim, kebanyakkannya untuk dijadikan korban sempena Hari Raya. Kini terdapat bukti tertulis yang tidak dapat dinafikan lagi, dari kedua-dua penyiasat Muslim dan bukan Muslim, memperincikan tentang tahap kekejaman terhadap binatang ini, yang boleh menyebabkan Rasullullah menangis. Haiwan hidup yang dieksport secara rutin dibungkus padat ke dalam bekas pengangkutan untuk perjalanan yang memakan masa sehingga bermingu-mingu. Pada masa itu haiwan tersebut tidak disediakan makanan, air, dirantai berdiri dan tidak mampu bergerak serta bergelumang dengan air kencing sendiri dan najis mereka. Banyak haiwan mati disebabkan kekurangan air (dehidrasi) dan kekurangan zat makanan. Banyak biri-biri dan lembu yang mengandung melahirkan bayi mereka dalam keadaan ini, hanya mampu melihat mereka mati dengan perlahan, kematian yang menyedihkan. Walaupun kita lupa sejenak bagaimana haiwan-haiwan ini tiba di destinasi mereka. Pertimbangkan bahawa semasa musim Haji, lebih daripada dua juta haiwan dikorbankan dalam satu hari. Ia benar-benar mustahil untuk menyembelih haiwan sebanyak ini, dengan hanya menggunakan beberapa jam dan memikirkan ianya dilakukan dengan cara yang berperikemanusiaan. Dalam kebanyakkan negara Muslim penjual daging kini mengakui bahawa permintaan untuk mengorbankan haiwan dengan mengunakan kaedah berperikemanusiaan yang disarankan oleh Islam, dengan itu menjadikan penyembelihan tersebut adalah bertentangan dengan Islam dan daging menjadi tidak halal (tidak sesuai untuk dimakan oleh umat Islam). Jika ini bukan alasan yang cukup untuk melepaskan pengorbanan haiwan ketika hari raya, fikirkan bahawa industri ternakan adalah penyumbang utama ke arah pencemaran tanah, udara, air dan kemerosotan ekosistem kita. Pertimbangkan bahawa perbuatan melibatkan diri kita dalam ritual pengorbanan haiwan telah menyebabkan bumi kita dalam bahaya. Sebagai umat islam, pada hari raya dan sepanjang tahun, kita harus fikirkan adakah penerusan tradisi tersebut selari dengan tanggungjawab kita sebagai penjaga/ pentadbir bumi ini. Ramai muslim secara peribadinya mempertimbangkan perkara ini dan telah memutuskan bahawa tradisi ini tidak lagi memberikan pemahaman terhadap Islam. Anda boleh menemui beberapa pemikiran dan komen mereka di thecompassionatemuslim.com. Kami menjemput semua Muslim progresif, sederhana, konservatif, ateis atau agnostik untuk menyertai kami dan menyuarakan suara anda, dan memberi inspirasi kepada orang lain, mengubah tradisi pengorbanan haiwan untuk rahmat dan belas kasihan. *Nota: Memandangkan makalah tersebut disiarkan pada 2012, penyunting menggubal pembuka kata untuk disesuaikan untuk konteks sekarang.
]]>ISIS, Gaza dan kapitalisme: Sebuah wawancara bersama Noam Chomsky
Diterjemahkan oleh Zikri Rahman. Makalah asal dalam Bahasa Inggeris: http://www.truth-out.org/news/item/26538-can-civilization-survive-really-existing-capitalism-an-interview-with-noam-chomsky Berdekad lamanya, Noam Chomsky dimartabat sebagai intelektual cerdas yang tersohor (lapangan bahasa, falsafah serta kritik politik dan sosial) yang juga sosok penentang dasar luar Amerika yang terkemuka sedari zaman Perang Vietnam lagi. Chomsky yang kini sudahpun menerbitkan hampir seratus buah buku serta ribuan esei dan artikel,maka dikurniakan puluhan ijazah kehormatan oleh institusi akademik yang masyhur. Karyanya yang terbaru, Masters of Mankind: Essays and Lectures, 1969-2013, baru sahaja diterbitkan oleh Haymarket Books. Bersempena dengan terbitnya karya ini, Chomsky sudi diwawancara oleh C.J. Polychroniou untuk Truthout secara eksklusif dan meluas yang sebagiannya akan dipaparkan dalam The Sunday Eleftherotypia, sebuah suratkhabar utama di Greece. ISIS C.J. Polychroniou : Di ambang Ulangtahun Ke-13 serangan 11 September ke atas Amerika yang dipancarkan secara meluas di rangkaian televisyen negara, Obama mengumumkan kepada warga Amerika dan dunia bahawa Amerika akan kembali berperang di Iraq, kali ini berhadapan dengan mereka yang mengisytihar diri mereka, Islamic State of Iraq and Syria (ISIS). Adakah Iraq adalah sebuah hutang kerja yang tidak tertunai ketika kemasukan AS pada tahun 2003 ataupun ianya adalah hasil yang tak terelakkan dari agenda strategik sebuah empayar edan? Noam Chomsky: “Tak terelakkan” itu satu pendapat yang keras,tetapi yang jelas pemuka-pemuka ISIS dan penyebaran idea jihad yang radikal memekar hasil dari tindakan keras Washington terhadap warga negara Iraq yang masih lemah, yang terkesan teruk hasil dari sekatan AS-UK yang membebankan sehinggakan ada diplomat antarabangsa yang mewakili PBB meletak jawatan, ekoran dakwaannya bahawa ianya (sekatan) satu genosid. Graham Fuller, bekas pegawai CIA, merangkap seorang penganalisis Timur Tengah arus perdana, ada menulis yang,” Saya berpendapat bahawa Amerika Syarikat adalah yang menjadi tonggak utama ISIS. Amerika Syarikat tidak merancang pembentukan ISIS, tetapi campurtangannya yang membinasakan di Timur Tengah dan perang di Iraq adalah asas wujudnya ISIS.” Saya berpendapat, ada benarnya pendapatnya itu. Situasinya adalah satu bencana,ianya kesan langsung dari penjajahan. Yang lebih menggerunkan,hasil dari pencerobohan AS-UK adalah nyalaan konflik sektarian yang memporak-perandakan Iraq, tersebar ke rantau sekitarnya, yang pasti dahsyat akibatnya. C.J. Polychroniou : ISIS seakan-akan manifestasi sebuah pergerakan jihadis yang baru, dengan kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam kegigihan misinya untuk memantapkan penubuhan Khalifah Islam, dengan keupayaan merekrut lebih ramai warga muda yang berpusat di Eropah, malahan hingga ke Australia, melangkaui kemampuan Al-Qaeda itu sendiri. Pada hemat anda, mengapakah kecenderungan ketaksuban berunsur keagamaan menjadi daya pemacu di sebalik kebanyakan gerakan Muslim di seluruh dunia? Noam Chomsky: Seperti Britain sebelumnya, Amerika juga mempunyai kecenderungan mendokong Islam Radikal dan menentang nasionalisme sekular, di mana kedua-dua negara empayar itu berpendapat yang ianya (nasionalisme sekular) lebih mengancam terhadap sasarannya untuk mendominasi dan mengawal. Saatnya pilihan untuk menjadi sekular digagalkan, seringkali yang mengisi lohongnya adalah ekstremisme agama. Tambahan pula, sekutu utama AS sejak sekian lama, Arab Saudi, sebuah negara Islam radikal yang juga pusat penyebaran doktrin ekstremis Wahabi / Salafi dengan menggunakan sumber minyak yang tidak terhad,menubuhkan banyak sekolah dan masjid,malahan menjadi sumber utama dalam mendanai gerakan Islamis radikal, seiring dengan negara-negara teluk – yang kesemuanya adalah negara sekutu Amerika. Diperhatikan, kecenderungan agama yang fanatik turut tersebar meluas juga di Barat, langsung menghakis demokrasi. US adalah contoh yang baik. Tidak banyak negara (Amerika Syarikat), di mana majoriti populasinya percaya bahawa Tuhan memandu proses evolusi, dan hampir sebahagiannya percaya bahawa dunia baru hanya tercipta hanya ribuan tahun dahulu. Dengan Parti Republikan yang semakin ekstrem mengikut telunjuk kuasa korporat dan kemewahan menjadikan mereka jauh dari tuntutan polisi awam yang tuntas, menjadikan mereka (kuasa korporat) yang akhirnya mempengaruhi polisi secara meluas. C.J. Polychroniou : Amerika sudahpun melakukan jenayah perang yang besar di Iraq, yang lebih memeranjatkan adalah keganasan terhadap warga awam, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak dan warga rencam etnik dan komuniti agama. Dalam pada itu, Iraq di bawah era Saddam Hussein mempamerkan betapa stabil politiknya, apakah yang boleh ditekuni untuk pengajaran kita berkait suasana runcing di belahan dunia sebelah itu? Noam Chomsky : Pengajaran paling asas adalah kebijakan untuk memperakui norma ketamadunan dan perundangan antarabangsa. Akibat yang tertimpa hasil jenayah keganasan yang dilakukan negara-negara penyangak persis US dan UK adalah tidak terjangka, yang pasti usah terkejut jika meneliti apa yang mampu mereka lakukan. C.J. Polychroniou : ISIS yang berpengkalan di Syria diserang AS tanpa persetujuan dan kolaborasi regim Syria di bawah Bashar al-Assad adalah menyanggahi perundangan antarabangsa, dakwa Damascus, Moscow dan Tehran sejak sebelum pengeboman berlaku lagi. Ada pun begitu, bukankah kehancuran ISIS di Syria justeru akan mengukuhkan lagi regim Syria? Atau regim Assad lebih waspada perihal nasibnya kelak? Noam Chomsky : Regim Assad tampaknya memilih untuk berdiam diri dalam hal ini. Contohnya, mereka tidak merayu kepada Jawatankuasa Keselamatan PBB untuk membatalkan serangan, yang tanpa kemusykilan menyanggahi Piagam PBB, iaitu asas perundangan moden antarabangsa (dan bagi mereka yang peduli, yang juga sebahagian dari “Perundangan Tertinggi” di US, di bawah Perlembagaannya). Bagi regim Assad yang terkutuk, mereka beranggapan seperti warga dunia lain menganggap bahawa; serangan US terhadap ISIS akan melemahkan musuh utama mereka. C.J. Polychroniou : Selain dari negara-negara Barat, negara-negara Arab turut menyatakan dokongan dengan bantuan ketenteraan serangan AS ke atas ISIS di Iraq dan Syria. Dalam soal ini, adakah ianya mempamerkan fundamentalisme Islam (sebagai contoh, Arab Saudi) terhadap bentuk fundamentalisme Islam yang lainnya (ISIS)? Noam Chomsky : Seperti yang dilaporkan New York Times, dokongan ini berlaku suam-suam kuku sahaja. Regim (Arab Saudi) pastinya gentar akan ISIS, tetapi yang nyata mereka (ISIS) terus-terusan mendapat dokongan kewangan dari penderma yang kaya dari Arab Saudi dan Emiriyah, dan seperti yang saya nyatakan, akar ideologikalnya adalah pada ektremisme Islam warga Saudi yang radikal yang tidak terbendung. GAZA C.J. Polychroniou : Kehidupan di Gaza kembali seperti sediakala selepas Hamas dan Israel mempersetujui gencatan senjata. Berapa lama kali ini? Noam Chomsky : Saya enggan menggunakan terma “sediakala”. Pencerobohan baru-baru ini lebih dahsyat dari yang sebelumnya, kesannya sangat membinasakan. Pemerintahan diktator tentera Mesir, yang tanpa segan silu anti Hamas, menambah akan derita tragedi. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Seakan-akan ada satu corak semenjak persetujuan pertama yang dicapai antara Israel dan pihak berkuasa Palestin sedari November 2005 lagi. Seringkali ianya termaktub (dalam perjanjian) begini,”satu laluan antara Gaza dan Mesir melalui Rafah untuk pengeksportan barangan dan transit warga, operasi berterusan di laluan antara Israel dan Gaza untuk import / eksport barangan, dan juga transit warga, pengurangan halangan untuk pergerakan dalam linkungan Tebing Barat, konvoi bas dan trak antara Tebing Barat dan Gaza, pembinaan pelabuhan di Gaza, (dan juga) pembukaan semula lapangan terbang di Gaza” yang akhirnya pengeboman oleh Israel merampas segalanya. Persetujuan (dalam siri Perjanjian Pelan Damai) yang dicapai untuk kali yang seterusnya adalah pelbagai tetapi mengekalkan tema yang serupa, termasuk yang paling terkini,juga sama. Setiap kali, Israel akan mengkhianati dengan Hamas akur mematuhi perjanjian sehinggalah ketegangan di pihak Israel memaksa Hamas untuk bertindak-balas, sekaligus memberi Israel peluang untuk “sapu bersih” hak warga Palestin. Tempoh “bertenang” yang sementara membenarkan Israel untuk menjalankan polisi merampas apa yang bernilai di Tebing Barat, justeru meninggalkan warga Palestin sehelai-sepinggang. Semuanya, pastinya, dengan dokongan US : ketenteraan, ekonomi, diplomatik dan ideologikal, dengan merangka perspektif beriringan dengan kemahuan asas penubuhan Israel. Yang pasti, itulah tujuan Israel menarik diri dari Gaza pada tahun 2005 – sambil mengerahkan cemgkaman penjajahan, seperti yang diperakui dunia (kecuali Israel sendiri), malahan termasuk AS. Tujuan asal “menarik diri” ini ada digariskan oleh Dov Weissglass, rakan subahat Perdana Menteri Ariel Sharon. Beliau menyatakan kepada media bahawa “hasil signifikan dari pelan “menarik diri” adalah untuk membekukan proses damai. Dan jika kita membekukan proses damai, sekaligus ianya menghalang pengisytiharan negara Palestin, menghalang perbincangan tentang pelarian, sempadan dan Jerusalem. Secara efektif, agenda Negara Palestin, dan yang berkaitannya, dikeluarkan sepenuhnya dari agenda kami. Dan ini semuanya dengan izin Presiden AS dan sokongan perwakilan kongres. Dan corak ini diulang berulang-kali, dan nampaknya akan digubal kembali. Walaupun begitu, terdapat sesetengah komentator Israel yang arif menyarankan Israel untuk mengendurkan tekanan terhadap Palestin. Pengambilan tanah secara tidak sah di Tebing Barat (Termasuk Greater Jerusalem) berjalan sewenang-wenangnya tanpa ada usaha menyelesaikannya. Dan kini mereka mempunyai sekutu di dalam bentuk diktator ketenteraan Mesir yang sudi bekerjasama. Tambahan pula, kebangkitan ISIS dan rantau yang kian porak-peranda menambah-baik perselingkuhan dengan diktator Saudi dan mungkin mereka yang lain (Negara-negara Teluk). Barangkali, Israel tidak lagi menjalankan dasar penolakan (rejectionism), walaupun buat masa sekarang, ianya tidaklah begitu jelas. C.J. Polychroniou : Sentimen umum semakin membuak-buak membelakangi Israel selepas siri terbaru pembunuhan di Gaza. Pada tahap manakah dokongan tanpa syarat oleh AS terhadap Israel menyaingi faktor politik domestik mereka (AS) dan seperti yang termaktub di bawah syarat yang bagaimana untuk kita melihat peralihan polisi Washington terhadap Tel Aviv? Noam Chomsky : Terdapat beberapa faktor domestik yang kukuh. Salah satunya apa yang terjadi di ambang serangan Israel yang terkini. Dari satu sudut,sumber senjata Israel terlihat berkurangan, lantas Amerika dengan baik hatinya menyediakan senjata yang lebih canggih, justeru membantu serangan yang lebih dahsyat. Senjata-senjata ini diambil dari simpanan AS yang terletak di Israel, yang pada mulanya untuk digunakan tentera Amerika, ini antara perkaitan hubungan yang sangat rapat terjalin sekian lama. Interaksi perisikan juga terjalin lebih rapat. Israel yang juga sebuah rakan dagang AS yang diminati, bukan sahaja dalam ekonomi melibatkan ketenteraan yang canggih. Terdapat juga blok pengundi Kristian Evangelikal yang pro-Israel secara taksub. Dan para pelobi Israel yang efektif, yang sering membuka jalan – dan berunding bila berhadapan kuasa AS, ianya sesuatu yang tidak memeranjatkan. Walaupun begitu, terdapat peralihan sentimen yang mendadak, khususnya dalam kalangan warga muda, termasuk komuniti Yahudi. Yang saya sendiri alami, bahkan tidak terkecuali orang lain juga. Tidak lama dahulu, secara jujurnya saya sehingga memerlukan perlindungan pihak polis ketika bersyarah tentang hal ini di kolej dan kampus,malahan di universiti sendiri. Kini segalanya berubah. Hari ini, setiakawan dengan warga Palestine menjadi komitmen teras di banyak kampus. Perubahan ini mengambil masa panjang yang bergabung dengan banyak faktor lain yang akan mempengaruhi dasar AS. Ianya pernah terjadi sebelum ini. Tetapi ianya memerlukan satu usaha yang gigih. UKRAINE C.J. Polychroniou : Selain mengganggu-gugat dan membiarkan kuasa lain melakukan kerja kotor, apa sasaran dan objektif polisi AS di Ukraine? Noam Chomsky : Sejurus kejatuhan Tembok Berlin dan kejatuhan USSR, AS mula meluaskan pengaruhnya, yang turut melibatkan ahli-ahli NATO, terhadap rantau yang keluar dari pengaruh Rusia – mengkhianati janji yang dilakukan terhadap Gorbachev dengan menafikan protes darinya (Gorbachev). Pastinya, Ukraine adalah sasaran mudah AS seterusnya. C.J. Polychroniou : Adakah Rusia punyai sebab yang absah terhadap potensi Ukraine bergabung dengan NATO kelak? Noam Chomsky : Ya, ianya sebab yang absah untuk diberi perhatian, lebih-lebih lagi dasar perluasan NATO itu sendiri. Malahan ianya begitu jelas di mana artikel utama dalam isu terbaharu jurnal terkemuka, Foreign Affairs, oleh cendekiawan perhubungan antarabangsa, John Mearsheimer. Menurut pemerhatiannya, AS merupakan akar kepada krisis di Ukraine. C.J. Polychroniou : Merujuk kepada situasi terkini di Iraq, Syria, Libya, Nigeria, Ukraine, perairan China dan sebagian tempat di Eropah, komen terkini Zbigniew Brzezinski di MSNBC bahawa, “Kita berdepan satu dinamika yang menjabarluaskan ketidakstabilan di sebagian muka bumi” seakan tepat pada masanya. Pada takat mana perkembangan ini berkaitan langsung dengan keruntuhan daulah global serta pertimbangan kuasa yang wujud sejak era Perang Dingin? Noam Chomsky : AS mencapai kemuncak kuasanya pada tahun 1945 dan mengalami penurunan yang konsisten sedari itu. Terdapat banyak perubahan sejak beberapa tahun yang lalu. China bangkit sebagai sumber kuasa baru. Pada perkembangan lain, Amerika Latin meloloskan diri dari kawalan penjajahan (kawalan Amerika, sejak abad lepas) buat pertama kali selepas 500 tahun. Berkaitan dengan itu juga adalah kebangkitan blok BRICS (Brazil, Rusia, Indonesia, China, Afrika Selatan) dan Shanghai Cooperation Organization berpusat di China termasuk juga India, Pakistan, Asia Tengah dan lain-lain lagi. Tetapi AS tetap mengekalkan daulah yang mendominasi peringkat global. C.J. Polychroniou : Bulan lalu,ulangtahun ke-69 peristiwa pengeboman AS terhadap bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun, tetapi pelucutan senjata nuklear masih tinggal khayalan. Dalam artikel anda yang lepas, ada dinyatakan bahawa kita patut bersyukur sehingga hari ini kerana masih dapat mengelakkan perang nuklear. Pada hemat anda, seterusnya, adalah tentang persoalan bila senjata nuklear akhirnya akan dimiliki kumpulan pengganas,bukan? Noam Chomsky : Senjata nuklear sudahpun dimiliki kumpulan pengganas : negara pengganas, AS adalah diantaranya. Besar kemungkinan yang senjata pemusnah besar-besaran turut kan terjatuh pada tangan “pengganas yang berdagang”, sekaligus pasti lebih besar bencananya. KAPITALISME C.J. Polychroniou : Sejak 1970-an, ekonomi paling canggih berubah menjadi kapitalisme bersifat pemangsa. Hasilnya, pendapatan dan jurang kekayaan semakin melebar, kemiskinan yang berakar-umbi, pengganguran kian melangit dan kualiti kehidupan jatuh merudum. Tambahan lagi, “kapitalisme yang terwujud” hari ini mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan di mana, dengan populasi yang meningkat sekaligus kan menjurus kepada bencana yang tak terbendung. Adakah ketamadunan kan bertahan dalam suasana kapitalisme hari ini? Noam Chomsky : Pertamanya, biar saya mengungkap bahawa terma ” Kapitalisme yang terwujud” hari ini adalah asasnya kapitalisme. Amerika Syarikat adalah satu hal yang penting,untuk sebab yang jelas. Terma “kapitalisme” itu sendiri samar-samar untuk meliputi keseluruhan hal. Biasanya ia diungkap merujuk kepada sistem ekonomi US, yang menerima campurtangan yang luas oleh Negara, dari inovasi kreatif sehinggalah sebesar-besar hal pentadbiran seperti polisi insurans untuk bank, di mana ianya dimonopoli, sekaligus mengehadkan kebergantungan terhadap pasaran. Perlu diingatkan, bagaimana perubahan dari “Kapitalisme Yang Terwujud” dari apa yang diberi nama “Kapitalisme Pasar Bebas” itu. Sekadar mengingatkan beberapa contoh, sejak 20 tahun yang lepas, perkongsian keuntungan 200 perusahaan terbesar telahpun meningkat dengan mendadak, mendokong terus ciri-ciri oligopoli ekonomi AS. Ianya memberi kesan langsung terhadap pasaran, mengelakkan persaingan harga melalui perbezaan produk yang tidak bermakna melalui pengiklanan besar-besaran, di mana ianya digunakan untuk menjejaskan pasaran secara terangan-terangan, berdasarkan konsumer yang memilih secara rasional. Komputer dan internet, seiring keperluan asas yang memacu industri IT, hampir keseluruhannya dalam sektor dipacu Negara (R&D, subsid, jual-beli dan lain-lain) berdekad lamanya sebelum dipindah kepada perusahaan swasta untuk disesuaikan dengan pasaran komersil dan keuntungan. Polisi insurans pentadbiran yang menyediakan bank-bank besar dengan kelebihan yang luas, dianggarkan secara kasar oleh ahli ekonomi dan media bisnes bernilai sekitar $ 80 bilion setahun. Walaubagaimanapun, kajian terbaharu oleh Bank Dunia menyatakan bahawa “bank terbesar dunia bukanlah sesuatu yang menguntungkan” dan menambah “berbilion dollar yang dikatakan diterima oleh pemegang saham,hampir keseluruhannya dari duit cukai warga AS”. Sekaligus ianya memberi sokongan terhadap pemerhatian Martin Wolf dari London Financial Times yang mengujarkan bahawa “sektor kewangan yang tidak terkawal sedang meratah ekonomi moden yang berasaskan pasar dari dalam, seperti larva dari labah-labah yang memakan perumahnya di mana ianya dilahirkan. Secara tidak langsung, semua ini menerangkan tentang bencana ekonomi yang terzahir melalui Kapitalisme kontemporari yang dinyatakan di atas. “Kapitalisme Yang Terwujud” – secara radikalnya tidak bersesuaian dengan demokrasi. Pada pendapat saya,ianya mustahil untuk ketamadunan kan bertahan dalam kapitalisme yang wujud dan melemahnya demokrasi yang turut wujud di dalamnya. Apakah demokrasi yang berfungsi akan melakukan perubahan? Persoalan tentang suatu sistem yang tidak wujud lagi akan menjadi spekulatif tetapi ianya sesuatu yang bernilai yang perlu difikirkan. Dan Kapitalisme yang terwujud hari ini adalah ciptaan manusia, yang boleh diubah dan digubal. C.J. Polychroniou : Karya terbaru anda, Masters of Mankind, yang diterbitkan pada September oleh Haymarket Books, adalah kumpulan karangan ditulis antara 1969 dan 2013. Dunia berubah secara mendadak di antara dua tempoh masa ini, soalnya : Apakah cara anda memahami dunia turut berubah sepanjang masa, dan jika begitu, apakah peristiwa yang memangkin pandangan anda terhadap politik? Noam Chomsky : Kebijakan saya tentang dunia seringkali berubah sepanjang masa kerana saya menelusurinya dengan mempelajari masa lalu dan peristiwa yang berlangsung lagi ditokok-tambah oleh pandangan yang kritikal. Sukar untuk saya mengenalpasti satu-satu peristiwa atau warga (yang mengubah pandangan tentang politik). Ianya bercambah hasil proses berterusan dalam penilaian semula didokong maklumat baharu dan gesaan dalam mempelajari apa yang tidak saya fahami. Walaubagaimanapun, hierarki dan kuasa sewenang-wenangnya yang masih menjadi teras politik dunia kita pada hari ini adalah sumber segala kejahatan. C.J. Polychroniou : Dalam pertemuan kita yang lalu, saya ada mengutarakan kegusaran tentang spesis umat manusia. Anda membalasnya, “Saya berkongsi kegusaran, tetapi jangan pernah lupa sepotong ayat yang sering saya kongsikan dari Analects, tentang memberi definisi “mereka yang ditauladani” – adalah mereka yang bertekad : “Mereka yang terus-terusan mencuba, walau dirinya tahu tiada lagi daya harapan.” Apakah ianya sedahsyat itu? Noam Chomsky : Kita takkan pernah tahu. Apa yang kita tahu, adalah, sekali kita menyerah dan berputus asa, seringkali yang terburuk akhirnya kan terlaksana. Dan jika kita memasang tekad bahawa harapan masih ada dan bersungguh-sungguh melaksanakannya, pastikan wujud dunia yang lebih baik. Kita tidak lagi ada banyak pilihan lain.
]]>Matinya universiti
Penterjemahan The Death of Universities oleh Terry Eagleton. Diterjemah oleh Muhammad Nazreen. Adakah ilmu kemanusiaan semakin hilang daripada dunia universiti? Soalan ini janggal. Ia serupa seperti pertanyaan adakah minuman keras akan lenyap daripada pub, atau egoisme hilang daripada dunia Hollywood. Tanpa minuman keras, pasti tidak ada bar, begitu juga tanpa kemanusiaan, universiti tidak akan wujud. Jika matapelajaran sejarah, falsafah dan sebagainya lenyap daripada dunia akademik, apa yang ia akan tinggalkan mungkin fasiliti latihan teknikal, atau paling tidak institut penyelidikan korporat. Tetapi, ia tidak akan digelar universiti, sekurang-kurangnya daripada makna klasik, dan tentu ia mengelirukan untuk menggunakan gelaran demikian. Walaubagaimanapun, adakah wujud universiti yang mengasingkan cabang ilmu kemanusiaan daripada disiplin ilmu yang lain. Cara paling cepat untuk merendahkan taraf subjek-subjek ini – selain daripada melonggokkan cabang-cabang ilmu dalam satu wadah – adalah dengan meletakkannya pada suatu taraf yang bisa mencapai kompromi. Iaitu, ilmu kejuruteraan dan undang-undang untuk manusia pandai, manakala ilmu yang membahaskan idea dan sivik itu hanya layak untuk mereka yang lemah. Ilmu kemanusiaan sepatutnya membentuk asas kepada pembentukan sesuatu universiti itu. Pengajian undang-undang dan falsafah, dipimpin dengan pengenalan terhadap seni dan kesusasteraan, perlu diajarkan kepada pengamat undang-undang dan jurutera termasuklah buat mereka yang masih menuntut di dalam fakulti kesenian. Sekiranya ilmu kemanusiaan tidaklah menghadapi ancaman yang serius di Amerika Syarikat, mungkin kerana ilmu kemanusiaan masih dianggap sebagai asas pengukuhan institusi pengajian tinggi. Semasa ilmu kemanusiaan muncul pada lewat abad ke 18, disiplin kemanusiaan menggalas tugas sosial yang penting. Ia penting untuk melebarkan dan melindungi sistem nilai daripada kebutaan orde sosial yang herot semasa zaman tersebut. Kemunculan ilmu kemanusiaan moden dan sistem kapitalisme industri merupakan kembar semasa ia dilahirkan. Untuk melindungi set nilai dan idea terus terhimpit daripada arus kebutaan zaman, kita membutuhkan institusi-institusi yang dikenali sebagai universiti terpinggir daripada aktiviti sosial harian yang lain. Keterpencilan bermaksud pembelajaran ilmu kemanusiaan akan menjadi tidak berguna. Tetapi ia membenarkan ilmu kemanusiaan dijadikan banteng untuk menyanggah ‘conventional wisdom’. Daripada masa ke semasa, di waktu akhir 1960an dan beberapa minggu lepas di Britain, sanggahan itu dibawa ke jalanan, bersemuka dengan bagaimana kita sebenarnya hidup dan bagaimana kita seharusnya hidup. Apa yang telah kita saksikan ketika ini adalah kematian universiti – universiti sebagai pusat perdebatan. Semenjak pentadbiran Margaret Thatcher, golongan akademia telah menjadi hamba kepada status quo, bukan untuk mencabarnya di atas nama keadilan, tradisi, imaginasi, kebajikan manusia, kemerdekaan minda atau visi alternatif untuk masa hadapan. Kita tidak akan mampu mengubahnya dengan meningkatkan dana kerajaan untuk membiayai ilmu kemanusiaan sepertimana memotong perbelanjaan sehingga sifar. Kita akan mengubahnya dengan memberi penekanan terhadap refleksi kritikal te nilai-nilai dan prinsip kemanusiaan supaya ia menjadi tunggak utama universiti-universiti, bukan hanya pengamatan terhadap Rembrandt atau Rimbaud. Akhirnya, ilmu kemanusiaan hanya boleh dipertahankan dengan menekankan betapa pentingnya ia; dan ini bermakna penekanan terhadap peranan-peranan mutakhir di dalam urusan pembelajaran akademik. Bagaimanakah perkara ini dapat diterjemahkan kepada tindakan? Secara kewangannya, kita mungkin tak mampu. Kerajaan berniat untuk mengecilkan peranan ilmu kemanusiaan, bukan mengembangkannya. Mungkin bukan pelaburan yang terlalu besar untuk mengajar Shelley bermakna merundum di belakang pesaing-pesaing ekonomi kita? Tetapi, tiada universiti yang dibina di atas asas pertanyaan kemanusiaan, maka ia mengukuhkan pendapat bahawa institusi pengajian tinggi dan kapitalisme canggih berbeza secara fundamental. Dan implikasi politik tersebut membuahkan pertanyaan yang lebih penting daripada persoalan yuran-yuran mahasiswa.
]]>Nama ‘Rohingya’ turut dipinggir
Rohingya” “Bagaimana hak penduduk Rohingya ingin dilindungi sekiranya pembela sekalipun tidak dibenarkan mengunakan perkataan Rohingya?” berkata Tun Khin, Presiden Kumpulan Aktivis Burma Rohingya, Pertubuhan UK dalam keterangannya kepada pihak media. Tambahnya Khin menyatakan, pengharaman ini membuktikan bahawa pihak kerajaan sebenarnya bersetuju dengan polisi penindasan yang berlaku. Penindasan Kerajaan Myanmar telah lama berlaku ke atas muslim Rohingya dengan cara penafian kewarganegaraan, menjadi sasaran dalam konflik keganasan mazhab yang membawa maut dan penempatan ke kem yang kotor tanpa sebarang bantuan. Hakikatnya pihak berkuasa Myanmar melihat penduduk Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh, bukannya daripada 135 kumpulan etnik yang diiktiraf secara rasmi. Diskriminasi terhadap golongan minoriti yang dinafikan kewarganegaraannya telah berlaku sekian lama, dengan anggaran berjumlah 1.3 juta. Ianya telah menjadi semakin bertambah selepas sedekad penerimaan pemerintahan tentera. Lebih daripada 140 000 warga Rohingya telah ditangkap dan ditempatkan di dalam kem-kem yang sesak sejak rusuhan ganas daripada majoriti pengganut Buddha. Mereka mula dijejaki sehingga ke rumah-rumah semenjak dua tahun yang lalu dan membunuh seramai 280 orang. Tambahan lagi, penduduk Rohingya dikecualikan daripada bancian negara sokongan PBB pada bulan April yang akan datang sekiranya mereka mengaku sebagai warga Rohingya. Menteri penerangan Myanmar, Ye Htut berkata bahawa nama ini tidak pernah diterima oleh rakyat Myanmar. Htut memberitahu media bahawa ianya telah diwujudkan oleh gerakan pemisah pada tahun 1950-an dan kemudiannya digunakan oleh aktivis buangan bertujuan untuk memberi tekanan kepada bekas kerajaan tentera Myanmar semasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1990-an. Mengelakkan ketegangan Apabila ditanya, pegawai-pegawai PBB menyatakan bahawa mereka mengelak sebarang liputan awam adalah untuk tidak memburukkan lagi keadaan ketegangan antara penganut agama Buddha dan islam di negara ini. Selepas Setiausaha Negara John Kerry bertemu dengan pemimpin Myanmar baru-baru ini, seorang pegawai kanan Jabatan Negara memberitahu pihak wartawan bahawa Amerika Syarikat (AS) berpendapat isu tentang nama ini perlu ‘diketepikan’. Semasa lawatan Kerry sebulan ini, beliau tidak mengulas ucapan yang digunakan dalam satu sidang akhbar ketika beliau meluahkan kebimbangannya mengenai keadaan di negara Rakhine. Seorang Pegawai Jabatan Negara, yang tidak mahu namanya disiarkan kerana beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka mengatakan bahawa kedudukan AS adalah untuk memaksa masyarakat menerima nama yang mereka anggap sebagai menyinggung perasaan- termasuklah istilah “Bengali” yang digunakan oleh kerajaan untuk menggambarkan warga Rohingya yang akhirnya mengundang konflik. Walaubagaimanapun, pendirian jabatan tersebut terhadap pengunaan perkataan ‘Rohingya’ adalah tidak berubah. Pekerja bantuan asing akhirnya terperangkap dalam ketegangan yang berlaku. Sekumpulan Doktor Tanpa Sempadan telah diarahkan untuk keluar oleh pihak kerajaan pada bulan Februari yang lalu dan kini masih menunggu untuk mendapat kebenaran berkhidmat kembali di sana. Peningkatan desakan dari Kerajaan PBB berkata jumlah kes kekurangan zat makanan dalam kalangan rakyat Rohingya menjadi lebih teruk antara bulan Mac hingga Jun apabila ianya melebihi dua kali ganda dan diakui keadaannya adalah amat menyedihkan oleh Duta hak asasi manusia sedunia bagi Myanmar, Yanghee Lee. Beliau berkata bahawa beliau telah berulang kali diperingatkan oleh pihak kerajaan untuk tidak menggunakan nama ‘Rohingya’ walaupun berkata-kata di bawah undang-undang antarabangsa di mana golongan minoriti mempunyai hak untuk beridentiti berdasarkan ciri-ciri kebangsaan, etnik, agama dan Bahasa mereka. Suatu kekesalan apablia pada bulan Jun yang lepas, agensi kanak-kanak PBB juga memohon maaf kerana menggunakan istilah ‘Rohingya’ dalam pembentangannya di Rhakhine. Satu insiden yang mengundang kritikan hebat terutamanya daripada pejuang hak asasi. “Mana-mana agensi kemanusiaan atau penderma yang enggan menggunakan istilah tersebut bukan sahaja telah mengkhianati prinsip asas undang-undang hak asasi manusia, tetapi mempamerkan sikap pengecut di mana mereka ini tidak mempunyai tempat dalam mana-mana misi kemanusiaan moden,” kata David Mathieson, Penyelidik Kanan Human Right Watch di Myanmar. Penterjemahan tidak rasmi “Myanmar asks for shunning ‘Rohingya’ name” yang diterbitkan oleh AlJazeera pada Ogos 20 2014.
]]>