Projek Dialog

Projek Dialog membantah retorik hasutan "Tsunami Cina"

Punca sebenar kekalahan Alasan “tsunami Cina” juga tidak berasas dan tidak mencerminkan punca sebenarnya prestasi yang lemah bagi Barisan Nasional. BN bukan sahaja kalah teruk di negeri-negeri seperti Selangor, Penang, Kuala Lumpur dan Kelantan, malah ia hanya mampu menang tipis sahaja di Perak, Johor, Negeri Sembilan, dan Terengganu. Kami percaya semua ini dilakukan untuk membina persepsi awam seolah-olah kaum Cina bersikap terlalu mendesak dan tidak menghargai jasa kerajaan. Walhal, punca utama kemerosotan BN adalah kebangkitan rakyat Malaysia menentang ketidakadilan, kronisme dan rasuah yang berleluasa kesan daripada pemerintahan kerajaan BN sejak 56 tahun yang lalu. “Tsunami Rakyat” lebih tepat Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik perkauman yang dibawa UMNO. Mereka inginkan perubahan. Kesempitan hidup, gaji rendah, isu pendidikan dan kos hidup yang tinggi antara tunas-tunas api kebangkitan rakyat Malaysia pada pilihan raya kali ini. Sebilangan besar rakyat miskin di Malaysia adalah masyarakat Melayu walaupun berada 56 tahun dibawah pemerintahan BN. Sebaliknya, segelintir yang meraih kekayaan negara ini adalah kroni-kroni BN sendiri. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sengit dan juga mencatatkan jumlah pengundi yang paling ramai keluar mengundi dalam sejarah Malaysia iaitu sebanyak 80%. Analisa pilihanraya menunjukkan undian popular dimiliki oleh Pakatan Rakyat iaitu lebih daripada 50% jumlah pengundi memangkah PR dalam kertas undian. Walaubagaimanapun, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti  mudah dengan menawan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Kebanyakkan kawasan dimana BN kalah adalah kawasan bandar yang berpendudukan padat. Antara majoriti parlimen dan undi popular Hal ini mejelaskan kenapa PR memiliki jumlah undian popular manakala BN memiliki jumlah kerusi yang tinggi. BN dapat kekal di Putrajaya disebabkan oleh amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya, ataupun “gerrymandering”. Manipulasi politik ini menyebabkan BN dapat menang mudah di kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai populasi yang padat seperti kawasan bandar, bahkan penembusan internet juga adalah amat rendah dan mereka tidak mendapat liputan informasi yang meluas daripada media bebas alternatif berbanding media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan BN . Tiba masanya untuk politik baru Realitinya, pilihan raya ini sebenarnya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengundi tanpa mengira kaum ataupun agama. Terdapat banyak kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti Melayu, sebaliknya mengundi calon yang berbangsa lain. Sebagai contoh, Lim Kit Siang yang merupakan calon DAP yang berbangsa Cina memenangi kerusi Gelang Patah di Johor mengatasi calon Melayu BN dan bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Lim Kit Siang tidak mungkin menang dengan hanya undian kaum Cina. Ke arah 1 Malaysia? Namun begitu, di alam siber, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang mencetuskan propaganda “Tsunami Cina” perkauman dan perbalahan antara kaum Melayu dan Cina. Kononnya orang Cina ingin menguasai negara Malaysia dan memperhambakan kaum Melayu. Hal ini amat mengecewakan kami kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan budaya, dan bukannya negara fasis bagi sesebuah kaum sahaja. Kami menentang sama sekali budaya perkauman yang tidak matang seperti ini. Kami menyeru Datuk Seri Najib Razak supaya membantah sentimen rasis yang semakin menjadi-jadi di kalangan penyokong-penyokong UMNO yang masih berdegil menerima kelemahan parti mereka. Fokuskan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama dengan mengambil semangat 1Malaysia seperti yang BN kempen kepada rakyat. Elakkan daripada permainan politik perkauman dan agama yang merugikan Malaysia.

VERMOX
]]>

Surat Terbuka Kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS); Sebuah analisis muhasabah Pasca PRU13.

oleh Mohammad Sufian Bin Talib, penulis undangan.  PRU13 telah menyaksikan bahawa kemenangan di pihak Barisan Nasional (BN) apabila berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu dengan mengutip sejumlah 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengutip 89 kerusi bagi Parlimen Malaysia. Perpindahan sebanyak 7 buah kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat telah memberi satu landskap baru politik PR apabila mereka julung-julung kalinya beroleh peratusan undi popular mengatasi BN.

PRU13 juga turut menyaksikan perjalanan proses demokrasi dicemari pelbagai cacat cela dan tindakan tidak profesional pihak SPR. Isu dakwat tidak kekal, isu peti undi dilarikan, isu pengundi asing yang mempunyai mykad, isu black out ketika penjumlahan undi, isu beli undi dan lain-lain lagi telah menyumbang kepada penurunan tahap integiriti bersih dalam perjalanan proses pemilihan calon yang ingin diperintah. Nampaknya isu ini hanya bermain dibibir-bibir pihak PR dan penyokongnya akibat khuatir berlaku penipuan dalam pilihan raya. Malangnya, BN dan lain-lain parti sedikitpun tidak menyatakan kebimbangan dari isu-isu itu. Bukti video dan gambar salah laku dan ketidaktelusan boleh didapati di laman-laman sosial seawal waktu pembuangan undi lagi. Ya, itu asalnya adalah sebuah prediksi yang kini telah dibuktikan oleh pihak SPR sendiri yang memberi peratusan mengapa berlaku kekalahan di beberapa kerusi panas yang mungkin dimenangi PR. Ada sebuah lagi masalah besar kekalahan PR dalam PRU13 yang disifatkan sengit ini. Isunya adalah berkait rapat dengan strategi PAS yang dilihat tidak serik-serik dengan kekalahan lampau. Keperihatinan saya pada hari ini terhadap PAS menyebabkan saya terpaksa menyatakan beberapa kesilapan besar PAS yang menyumbang kepada kekalahan PAS dalam banyak kerusi sekaligus mengurangkan kutipan kerusi PR. 1. Kenyataan terbuka Presiden PAS yang memberi gambaran tidak baik kepada rakan dalam PR. Ia berlaku dalam tempoh kempen semasa proses negosiasi perletakan calon yang ingin ditampilkan. Amat mengecewakan apabila beliau dengan secara terbuka memberi bola tanggung kepada BN untuk menyerang dan mempertikai semangat setiakawan PR. Antaranya Isu calon PKR dipilih tangkap muat dan pengedar pil kuda. 2. Pertindihan kerusi bertanding antara PAS dan PKR. Pas dan PKR sekali lagi bertindak tidak profesional dan seolah tidak berbincang apabila berlaku pertindihan di 7 buah kerusi selepas penamaan calon. Seharusnya perkara ini tidak patut timbul memandangkan tempoh kempen seharusnya digunakan sepenuhnya untuk memberi penerangan kepada rakyat manifesto PR dan meyakinkan rakyat untuk mengundi PR. Apa yang menyedihkan, beberapa hari dalam tempoh berkempen digunakan untuk masih berbincang pembahagian kerusi dan ini secara tidak langsung merugikan masa-masa akhir PR. Pertindihan ini secara langsung memberi petunjuk bahawa PR tidaklah seakrab dan sefahaman seperti yang digambarkan. 3. Kempen calon walaupun telah menarik diri. Ini lebih menyedihkan saya selaku penyokong dan pemerhati yang melihat secara dekat gerak geri PAS, apa yang berlaku di Kota Damansara sangat menyedihkan dan sekali lagi memberi peluang untuk BN menambah kerusi kemenangan. Senario ini telah menyebabkan PR sekali lagi dilihat dihimpit isu kejatuhan keyakinan rakyat terhadap mereka. Seharusnya PAS perlu menghormati keputusan mesyuarat dan bertindak lebih bijak untuk berhenti berkempen untuk calon sendiri. Jika PAS terus dengan sikap ini, rakyat akan bersangkaan kuat bahawa PAS sangat gila kuasa dan memberi peluang untuk rakyat membuat kesimpulan bahawa PAS ini ‘hanya dia sahaja yang baik, orang lain tidak’. 4. Timbul semula isu hudud dan nama Allah. Ya, saya menyambut baik apabila PAS memperkenalkan tawarannya Negara Berkebajikan. Saya beranggapan bahawa PAS kini telah keluar dari kepompong cara fikir tradisionalis dan konservatif pemikiran apabila tidak lagi mengutamakan label sebaliknya ruh Islam itu. akan tetapi PAS cuba bergerak kebelakang apabila gagal melihat prioriti. Isu hudud dan nama Allah ini lebih selesa untuk saya cadangkan pembaca cuba cungkil sedalamnya pendapat yang dilontarkan Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin tanpa saya ulas di sini. Kemudian anda pasti akan memahami mengapa hudud dan nama Allah ini tidak sesuai ditimbulkan semula oleh Pimpinan PAS. 5. Ku Li sebagai PM. Bising juga apabila ada beberapa pimpinan PAS menyuarakan pandangan untuk Ku Li diberi jawatan PM sekiranya PR berkuasa. Ini sangat tidak patut dan menimbulkan kemarahan rakyat dan penyokong PR. Seharusnya PAS perlu bertindak konsisten terhadap keputusan majlis PR tentang calon PM sekiranya PR berkuasa. Bunyi-bunyi seperti itu sekali lagi mendedahkan kepada potensi kekalahan terhadap PR sekaligus menjelaskan bahawa wujudnya pihak ‘United Government’. 6. Calon muda dan profesional. Melihat kepada calon-calon yang diketengahkan PKR dan DAP, ternyata PAS ketinggalan dalam meletakkan calon muda dan profesional sebagai wakil sebaliknya mengekalkan tokoh-tokoh veteran mereka walaupun telah beberapa kali tewas dalam PRU yang lepas. Teramatlah baik sekiranya PAS melakukan perobahan dalam mengenengahkan calon profesional muda seperti Rafizi dalam memberi nafas baru terhadap strategi yang harus diambil PAS dan idea-idea segar dan realistik untuk dimuatkan dalam manifesto yang ingin ditawarkan. Saya khuatir PAS akan ketinggalan jauh dari arus kemodenan yang sedang dilalui rakan-rakan dalam PR. Sedikit nasihat dari saya agar PAS merubah rentak dan cara berjalan dalam membawa wajah Islam yang lebih harmoni dan berkualiti. PAS perlu serik dengan kekalahan yang berlaku disebabkan hal yang hampir sama. Belajarlah dari sebuah negara yang bernama Turkey. Walaupun masih mengekalkan nama sekularnya, tetapi pimpinannya yang berpandangan jauh telah bertindak sangat bijak apabila tidak mengutamakan label sebaliknya meniupkan ruh Islam didalam pentadbiranya. Seperti yang saya katakan, lampu isyarat sudah cukup islamik walaupun tidak dinamakan Lampu Isyarat Islam. Yang baik tetapi tidak berstrategi hanya akan dikalahkan dengan si jahat tetapi lengkap dengan strategi. Belajarlah. Yang Ikhlas, Sufian Talib
Dip. al-Syariah, KIAS, B.Sc (Hons) Fiqh & Usul Fiqh, AABU Jordan Mediator Bertauliah, The Accord Group Australia Calon Sarjana Tinggi, Sains Politik Islam, UM
VERMOX
]]>

Keadaan ekonomi negara dan harapan muda-mudi Malaysia

Oleh Lee Hwok Aun, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya. Pemuda-pemudi Malaysia, yang membentuk sebahagian besar 2.4 juta pengundi baru, dijangka akan memainkan peranan penting di dalam PRU13. Apakah yang mungkin dalam minda mereka? Bagaimanakah kehidupan mereka pada lima tahun yang lepas? Dari segi sosial, belia Malaysia sebahagian besarnya menolak politik perkauman dan lebih prihatin terhadap kebahagiaan sendiri dan kolektif. Antara isu-isu di arena ekonomi, yang menonjol termasuk pengangguran graduan, beban pinjaman pengajian dan pinjaman kereta, turnover tinggi di dalam pekerjaan, gaji yang rendah, dan kekurangan-kekurangan dalam kebolehan akademik, kemahiran komunikasi, berdikari dan keyakikan diri. Gambaran ini cerah dan berharapan, tetapi juga suram dan tidak menyenangkan. Sambutan pemuda sedang dipertandingkan menuju ke PRU13. BN menawarkakan baucer kepada pelajar universiti, BR1M untuk orang bujang, dan transformasi sekolah-sekolah vokasional, manakala Pakatan mengikrarkan pendidikan percuma, peningkatan besar sekolah vokasional serta universiti teknikal, pembubaran AUKU, dan penurunan harga kereta. Kedua-dua manifesto menekankan penambahbaikan kualiti pendidikan dan peningkatan dalam penawaran rumah mampu milik. Situasi ini memang rumit, dan kurang dimaklumkan. Walaupun kita sedar bahawa perkara-perkara di atas penting bagi orang muda, tapi kita tahu hanya sedikit tentang keadaan hidup mereka. Namun, salah satu masalah ekonomi boleh diselidiki, dan perlu diberi perhatian sewajarnya: penguncupan serius di dalam gaji benar pekerja-pekerja muda pada tahun-tahun kebelakangan ini. Hal ini harus dititikberatkan oleh kerana trend ini mampu mendatangkan kesan buruk di masa hadapan, dan disebabkan juga apa yang boleh dikatakan sindrom “lain daripada yang lain” – belia yang bergaji rendah mungkin berfikiran mereka adalah luar biasa, atau outlier dalam istilah statistik, manakala pekerja yang lain berprestasi dan berpendapatan lebih tinggi. Perhitungan saya berdasarkan simpanan KWSP menunjukkan gaji pekerja muda secara purata – bukan lain daripada yang lain – telah dikekang. Pada masa yang sama, akaun KWSP pekerja berumur menengah tetap bertumbuh. Pencarian ini dijanakan daripada data 6.3 juta pemegang akaun yang aktif, yang antaranya 1.5 juta berumur daripada 16 sehingga 25 tahun, seperti yang diterbitkan di dalam Laporan-laporan Tahunan KWSP. Ia merupakan sampel paling besar yang sedia ada, yang mewakili pekerja-pekerja di sektor swasta formal. Kadar dividen dan sumbangan tidak berbeza antara kumpulan umur, jadi kita boleh memutuskan bahawa ketidaksamaan dalam pertumbuhan akaun simpanan antara yang muda, menengah dan tua berhasil daripada bezantara pertumbuhan gaji. Masalah ini sekurang-kurangnya sudah berlaku selama satu dekad. Dari 2004 sehingga 2008, simpanan KWSP benar (setelah mengambilkira inflasi) menguncup pada kadar 2.6% setahun belia 16-25 tahun dan pada kadar 3.4% bagi mereka yang berumur 26-30 tahun. Pertumbuhan gaji yang lebih rendah bagi pekerja muda digandakan oleh beban lebih berat yang mereka menanggung berlandakan Krisis Kewangan Global 2008-09. Sepanjang 2009-11, pekerja-pekerja 16-25 tahun sekali lagi mengalami kemerosotan dalam simpanan KWSP benar sebanyak hampir satu peratus, manakala yang berumur 26-35 tahun merekodkan kadar pertumbuhan 0.7% dan akaun-akaun pekerja 36 tahun dan ke atas berkembang setiap tahun melebihi 3%. Purata pertumbuhan tahunan benar akaun KWSP, menurut kumpulan umur

Kumpulan umur 2004-2008 2008-2011
16-25 -1.3% -0.9%
26-30 -3.4% 0.6%
31-35 -0.7% 0.7%
36-40 1.5% 2.7%
41-45 1.0% 3.0%
46-50 1.2% 2.9%
51-55 2.9% 2.6%
Keseluruhan 1.8% 3.4%
Keadaan ini tidak selalunya sebegini. Semasa tempoh 1991-97, simpanan KWSP yang berumur 16-25 tahun bertumbuh sebanyak 11.9% setahun, lebih pesat daripada semua golongan umur yang lain, termasuk yang berumur 41-45 tahun (8.3% setahun). Bagaimanakah gaji pekerja muda beralih daripada yang mendahului kepada yang mengekori pertumbuhan ekonomi? Kita seringnya mendengar hujah bahawa produktiviti rendah menyebabkan gaji rendah. Pekerja muda, yang kekurangan kefasihan dalam Bahasa Inggeris, kemahiran kognitif dan teknikal, sikap remeh dan sebagainya, sendiri mendatangkan pulangan sedikit. Segala ini adalah masalah benar yang melibatkan seluruh masyarakat, dan pelbagai pihak, termasuk individu dan keluarga, masing-masing berperanan terhadap terjadinya masalah ini. Akan tetapi, masalah ini juga berpuncakan system yang merosot di akar umbinya. Setelah berdekad di bawah pemerintahan UMNO-BN yang memperkecilkan minda pemuda dan mendesak mereka supaya patuh, berseragam dan tertakluk kepada disiplin atasan, adakah kita boleh meminta mereka menjadi insan yang berkeyakinan tinggi, kreatif dan berdisipllin dalaman? Suatu peralihan perlu berlaku di sini, yang menolak niat kerajaan untuk sentiasa memerintah dan mengawal. Suatu lagi masalah sistem adalah rejim gaji rendah dan kemahiran rendah yang berterusan dan yang kita perlu meninggalkan. Sepanjang lima tahun yang lepas, biarpun agenda transformasi, kekosongan yang disenaraikan dengan JobsMalaysia terdiri daripada 62.5% di dalam pekerjaan asas dan pertanian yang bergaji rendah secara amnya, 25.8% pekerja pengeranian, pengeluaran dan perkhidmatan yang bergaji rendah dan sederhana, dan 11.7% pekerjaan teknikal, professional dan pengurusan. Bukan sahaja jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja muda, tetap peralihan kepada rejim yang mengupah pekerja kontrak, yang kebanyakannya asing. Data di sini juga berkurangan, tetapi perhitungan saya daripada Annual Survey of Manufacturing Establishments menggambarkan perkembangan pekerjaan kontrak di samping pengetepian pekerja biasa. Pekarja kontrak sepenuh masa sebagai nisbah keseluruhan pekerja sepenuh masa meningkat daripada 5.4% pada 1999 kepada 8.7% pada 2004 dan 12.2% pada 2009. Perubahan ini berkemungkinan besar lebih menyentuh pekerja muda, terutamanya mereka yang tiada kelayakan pendidikan lanjut. Apakah kaitan perkara-perkara ini terhadap PRU13? Akses kepada pendidikan tertiari kekal sebagai priority tinggi bagi kedua-dua petanding utama, BN dan Pakatan, memandangkan cabaran-cabaran graduan di pasaran buruh dan mengambilkira hakikat 20% daripada remaja 18-19 tahun memasuki tenaga buruh setiap tahun dengan hanya memegang sijil SPM. Pakatan telah bertekad menyediakan pendidikan tertiari percuma dan menambahkan institusi teknikal dan vokasional, di samping penjaminan kebebasan akademik dan pemberian kuasa kepada para dan pendidik, yang bagi saya mampu mencapai masa hadapan yang lebih cerah berbanding dengan retorik BN yang berbuih tetapi terlalu bercanggah dengan rejim yang berunsur kawalan. Dari segi pasaran buruh, ramalan Pakatan supaya menjanakan satu juta pekerjaan baru barupa matlamat yang lebih realistic dan memberi lebih skop kepada usaha untuk mendorong pekerjaan baik, manakala BN menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru – suatu sasaran yang jauh dari dunia benar. Pakatan juga memihak kepada suatu sistem tri-partite yang dibangunkan semula, yang menjalinkan lebih kerjasama dan interaksi positif antara majikan dan kesatuan kerja, dikelolakan oleh kerajaan. Kesunyian BN terhadap perkara ini membayangkan kesungguhan untuk mengekalkan sistem kini, yang berpandukan buruh kontrak dan ketidakselamatan pekerjaan (job insecurity). Ya, keadaan pendidikan dan pasaran buruh sememangnya buruk untuk pemuda-pemudi. Kita seharusnya memilih jalan yang lebih baik.
VERMOX
]]>

CFM kecewa terhadap penggunaan sentimen anti-Kristian dalam pilihanraya

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA

(PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA)

Alamat: 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel / Fax : + 60 3 7957 1457

Emel: cfmsia@yahoo.co.uk

CFM Kecewa dan Membantah Penggunaan Sentimen Anti-Kristian pada Papan Tanda Kempen Pilihan raya

Kami dari masyarakat Kristian terkejut akan penggunaan sentimen anti-Kristian yang keji dan biadap pada papan tanda kempen pilihan raya, dimana gambar-gambar mesej tersebut telah menjadi ‘viral’ di kalangan netizen-netizen baru-baru ini. (sila lihat pada gambar). Mesejnya bertanya “Mahukah kita lihat anak cucu pergi sembahyang ke rumah Allah ini?” dengan bersertakan dua gambar gereja-gereja yang mempunyai simbol salib. Perkataan “Gereja Allah” ini berbaur hasutan dan kemungkinan besar akan memberi padah yang bahaya terhadap keselamatan rakyat Kristian dan ahli gereja-gereja hanya kerana kami menggunakan perkataan “Allah”. Ini merupakan kebimbangan yang sebenar memandangkan baru-baru ini terjadinya kes-kes seperti pembakaran gereja dan ugutan membakar Bible berbahasa Malaysia. Mesej keji yang tertera pada papan tanda kempen tersebut hanya akan mengapi-apikan satu  komuniti (Muslim) terhadap komuniti Kristian degan menyebarkan rasa takut melalui taktik menakut-nakuti dengan menggunakan isu “Allah”, walaupun pihak makamah tinggi telah membenarkan penggunaannya sebagai hak bagi kebebasan agama. CFM dan pemimpin-pemimpin Kristian yang lain sebelum ini telahpun menyatakan bahawa Bumiputera-Bumiputera Kristian menggunakan Bible dalam BM kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa penghantar mereka, manakala perkataaan “Allah” telahpun digunakan dalam Bible sejak berkurun-kurun tahun dahulu tanpa sebarang tentangan dari orang Muslim seperti apa yang berlaku sekarang. Orang-orang Kristian dan juga rakyat Malaysia yang berkeprihatinan perlu mengutuk penggunaan papan-papan tanda kempen pilihanraya yang berbaur  hasutan dan fitnah yang sedemikian dan segala bahan-bahan dan retorika-retorika hasutan dalam sepanjangan waktu kempen sehingga hari mengundi pada 5 Mei 2013. Kami mendesak pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk segera menanggalkan papan-papan tanda dan bahan-bahan kempen penghasutan yang sedemikian. Selain itu, kami menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dan mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Kami menyeru rakyat Malaysia supaya melaporkan kepada pihak polis mengenai mana-mana papan tanda, bahan kempen pilihanraya, dan juga ceramah kempen yang tidak menghormati komuniti-komuniti di negara ini dan yang hanya bertujuan untuk mengapi-apikan kebencian terhadap agama lain bagi kepentingan politik. Komuniti Kristian mengekalkan hak-haknya seperti yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak bagi orang bukan Islam untuk menguruskan agama mereka sendiri. Hak ini termasuklah rakyat Malaysia yang hanya fasih dalam Bahasa Malaysia selain bahasa ibunda mereka, seperti penduduk asal Sabah dan Sarawak, komuniti Baba, dan komuniti Orang Asli, dengan menggunakan Al-kitab dan semua bahan-bahan lain dalam Bahasa Malaysia yang perlu bagi tujuan keagamaan mereka. Pada masa yang sama, kita berasa amat kecewa terhadap peningkatan kes-kes keganasan yang berkaitan dengan pilihanraya ini (seperti yang dilaporkan dalam media) seperti pembakaran kereta, menanam bahan letupan berhampiran pusat ceramah, kes-kes kebakaran dan geng-geng motosikal yang menakutkan orang ramai untuk menghadiri ceramah yang sebenarnya adalah cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan ugutan pada hari-hari sebelum hari pilihan raya. Kami menyaran kepada semua supaya lebih berwaspada semasa musim pilihan raya ini.
VERMOX
]]>

Yes BN, Malaysia isn’t Egypt. It’s Saudi Arabia.

by Jia Hui Lee Barisan Nasional component parties, led by Najib Razak, have been warning the rakyat that a regime change in Malaysia could spell social chaos and economic turmoil, as the campaigning period nears Election Day on May 5. Their ads caution Malaysians against voting for the opposition, likening the tumultuous regime changes in the Middle East to what could happen in Malaysia if Barisan Nasional loses what many commentators consider Malaysia’s most definitive general election. Countries that have been going through Arab Spring, now many people are saying it’s Arab Winter,” Najib, whose party has governed Malaysia for more than half a century, told Bloomberg. “Change,” he adds, “can lead to a disasterous outcome.” The MCA paid for ads in the mainstream newspapers that melodramatically ask “What can we learn from the Egypt, Tunisia, Libya, Yemen, Syria, and Bahrain free fall?” The comparison of Malaysia to Arab Spring countries is grossly inaccurate. For one, the economic circumstances that led to the revolutions, such as high unemployment, are vastly different in Malaysia, where the unemployment rate in February this year is at 3.0%. In Egypt, for example, Sunni Muslims constitute an almost 90% majority, whereas Malaysia’s Muslim majority is just over 60%. Malaysia’s demographics, unlike Egypt’s, will require that political coalitions in Malaysia be ethnically diverse if they are to garner large electoral support. Najib’s warning of an “Arab Winter” in Malaysia if the opposition wins is thus an empty threat. It is just another version of the stock warning that any regime change would bring about a repeat of the 1969 race riots. In fact, if any comparisons can be made, the BN seems to have taken a page from the kingdom of Saudi Arabia. The BN’s strategy of spending billions of ringgit in handouts, wage increases, and subsidies in exchange for political support is similar to the RM112 billion in unemployment benefits and housing subsidies announced by King Abdullah in 2011, an attempt by the King to prevent popular protests in Saudi Arabia. The monarchy feared falling victim to a peoples’ uprisings that have by then toppled governments in Egypt and Tunisia. Similar benefits and handouts were also announced by neighboring kingdoms like Bahrain, whose own monarchy received military assistance from Saudi Arabia to quell protestors who have gathered by the thousands at Pearl Square. These generous handouts, fueled by oil money, along with state repression of protesters, explain why almost all of the oil-rich Gulf monarchies escaped the Arab Spring with little resistance. In Malaysia, Bridget Welsh estimated that Najib has spent close to RM58 billion in election-related incentives since taking office in 2009, an amount that is more than half the benefits announced by Saudi Arabia. About 10% of this RM58 billion is spent on handing out BR1M assistance to lower income households. The rest are spent on salary increases in the public sector, special allocations to development projects, and subsidies to taxi drivers, fisherfolk, and students. Put differently, the BN has spent RM4,363 per voter in an attempt to prolong its 56-year tenure in power, a strategy intended to delay the effects of faulty policies that have forced the costs of living to rise and exploited both foreign and Malaysian workers. No surprise that Malaysia is the third most unequal country in Asia. Najib’s handouts are funded by the government’s revenue, buoyed by generous rents collected from the petroleum and palm oil industry. These industries are estimated to bring in RM150 billion in revenue. They are also responsible for Malaysia’s rapidly ballooning government spending, which has skyrocketed by RM135 billion between 2000 and 2012. BN’s vote-buying is undemocratic. These handouts are calculated as government expenditure, and are not sourced through private fundraising aimed specifically for political campaigning. Thus, Najib is using the rakyat’s money to campaign for his party’s re-election, which gives him an unfair advantage over the opposition. What is even more distressing is that this vote-buying strategy for gaining the rakyat’s mandate undermines the rakyat’s ability to function as actively engaged citizens. Democratic politics is all about seeking input from the people, ensuring that they have an adequate say in how government is run, how it is spending, and how well it is protecting the rights of its citizens. But by handing out cash, subsidies, and salary increases, the BN sends a clear message that it is not interested in the rakyat’s participation in governing the country. What the BN seeks through its billion ringgit vote-buying strategy is a happy complacent rakyat who only cares about how much money she receives from the government without requiring any significant participation in politics. All she has to do is vote BN. Although the 13th General Election is extremely important in determining the future of our country, it is not the only time the rakyat should participate in politics. We should not become political only when there is an election. Democratic politics requires all of us to constantly hold our elected representatives accountable and to shape the direction of policy by lobbying our YBs at all times. A campaigning strategy based on giving out money is one that assumes that the rakyat is selfish and uninterested in politics, who becomes politically active only during an election and when she is able to demand more material gifts. The rakyat should vote for a government which they feel is accountable and responsive to the rakyat’s demands, not for a government which overspends and increases the country’s deficit and public debt, while hoping that the rakyat will leave all decision-making powers to the government. This election, more than others, is the time to show whichever party forms government that the rakyat wants greater participation in the design of Malaysia’s future education policies, economic development, and environmental sustainability. Unlike Saudi Arabia, we have a choice between two major political coalitions, as well as other smaller parties (such as Parti Sosialis Malaysia) and independents. We must not vote for whom we think can guarantee only our material well-being, but for whom we know will require the rakyat’s involvement in the governance of Malaysia.

Jia Hui Lee is currently a student of international relations at the University of Cambridge. He tweets @jhleewrite.

 
VERMOX
]]>

Sosialisme dan Islam pernah dan terus bekerjasama

collective maka masyarakat primitif itu juga adalah ‘theocracy’; hal ini terbukti dalam sejarah. Maka Islam ada jua theocracy collective, atau theocracy sosialisme.” Profesor Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, as Syahid Hassan al Banna juga kerap menegaskan bahawa Islam sangat dekat dengan sosialisme, sehingga beliau menyebut; “As a Muslim, I am close to socialism.” Jika Islam memilih untuk melawan mustakbirun dalam kalangan korup, maka demikianlah juga yang diinginkan oleh sosialisme. Hal ini misalnya terlihat pada kata-kata Pengerusi parti PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim bahawa sosialisme berhasrat untuk menentang ekonomi mencerut dan bersiap untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari bencana ketamakan kekayaan seandainya sistem lapuk dan jahat ini runtuh; Sesungguhnya persamaan yang menonjol antara Islam dan sosialisme sangat banyak. Hakikat bahawa kedua-duanya Islam dan sosialis berhasrat untuk membendung cengkaman kaum mustakbirun adalah satu kenyataan yang memadai untuk berdialog dan bekerjasama. Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin sentiasa bekerjasama dengan puak sosialis dalam satu pakatan yang dinamai Cairo Anti-war Conference sejak 2002. Solidariti antara kaum sosialis dan Islam sudah berlangsung, khususnya dalam melawan pelbagi bentuk hegemoni. Kumpulan sosialis adalah antara kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Palestin. Pemimpin sosialis seperti Hugo Chavez dari Venezuela adalah antara figur yang tidak pernah berbelah bahagi mendokongi perjuangan rakyat Palestina seiring dengan kaum muslim. Hamas misalnya menyifatkan Chavez sebagai pejuang Palestin. Dengan mengambil kira kerangka tahaluf siyasi antara dua jemaah Islam yang berpengaruh di rantau Asia Barat tersebut, kami percaya dengan sesungguhnya bahawa semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan boleh bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia dalam melawan tirani, rasuah, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini. Sesungguhnya adalah merupakan satu kerugian jika rasa curiga, tidak percaya dan sangkaan semata-mata antara seorang dua pemimpin Parti Islam Se-Malaysia yang kurang memahami inti sebenar sosialisme dijadikan alasan untuk berselisih dengan Parti Sosialis Malaysia. Satu-satunya pihak yang akan menang dan mendapat keuntungan dalam pertembungan ini adalah kaum mustakbirun korup yang berlonggok dalam sistem politik negara ini. Dikeluarkan oleh: 1. Ahmad Fuad Rahmat 2. Anas Abdul Jalil 3. Anas Alam Faizli 4. Azrul Azwar Ahmad Tajudin 5. Fadiah Nadwa Fikri 6. Faisal Tehrani 7. Hamidah Merican 8. Hussain Sajad 9. Ineza Roussille 10. Lingswaran Singh 11. Marwan Bukhari 12. Masjaliza Hamzah 13. Norhayati Kaprawi 14. Ratna Osman 15. Rizal Hamdan 16. Rizqi Mukhriz 17. Ronasina 18. Teo Ken Lee 19. Zul Fikri Zamir

VERMOX
]]>

Sabotaging a symbol, derailing democracy

Pauline Fan, guest writer “A society becomes totalitarian when its structure becomes flagrantly artificial: that is, when its ruling class has lost its function but succeeds in clinging to power by force or fraud.” – George Orwell The Registrar of Societies’ (RoS) unprecedented decision not to recognise the Democratic Action Party’s (DAP) Central Executive Committee has dealt a severe blow to the already debilitated condition of democracy in Malaysia. Arriving two days before nomination day for the 13th General Elections, the letter announcing the decision seems providentially planned and timed to throw a spanner in the works of the DAP’s and, by extension, Pakatan Rakyat’s vigorous GE13 campaign. The decision of the RoS amounts to nothing less than a devious act of political sabotage, urged by Barisan Nasional’s deep-seated cowardice in the face of a robust opposition coalition. It is an utterly deplorable political tactic by any standards and calls into question the integrity of the democratic process in Malaysia. Non-recognition by the RoS effectively means that the DAP’s CEC has been suspended and thus has no power to issue the required letters authorising candidates to use the party logo – the iconic DAP Rocket. Unless the RoS revokes the letter, DAP will be forced to contest under the banners of its coalition partners – the full moon of Parti Islam Se-Malaysia (PAS) and the eye of justice of Parti Keadilan Rakyat (PKR). The RoS’ ostensible concerns, including a technical glitch that caused an error in the results of the DAP party elections at the congress held on 15 Dec 2012, are already under inquiry and this renders the decision of non-recognition unnecessary and superfluous. Never has the RoS been so keen to leap to the defense of ‘good conduct’ in party polls. Whatever the flaws of DAP’s CEC election may be, it is the self-serving timing of the RoS letter and decision that leaves a bitter aftertaste. The RoS has had at least four months to deliberate on a course of action; why the sudden haste to incapacitate the DAP now? DAP Secretary-General, Lim Guan Eng, expressed the situation perfectly in the press conference following an emergency meeting on 18 April: “This is despicable, this is dishonourable…This is political assassination.” Despite the praiseworthy and magnanimous gesture by PAS and PKR to allow DAP candidates to contest under their respective party symbols, this episode will go down as one of the darkest in Malaysia’s general election history. Despite the opportunity for Pakatan Rakyat to demonstrate true partnership and solidarity through the sharing of party symbols, the fact remains that the democratic process is being derailed before our eyes. This 11th hour manoeuvre leaves no time for recourse to legal channels to resolve the issue before polling day on May 5th. And the Election Commission’s verbal assurance that DAP can still go ahead and use the party logo rings hollow in a political landscape where the predominance of the unpredictable is the only thing one can be sure of. DAP adviser Lim Kit Siang’s comments on the RoS decision revealed a deep disappointment with the blatant bullying of the Najib administration: “This has never been done by any of the previous prime ministers, however authoritarian, draconian, unjust… Tun Dr. Mahathir – it has never entered his mind to try to resort to such arbitrary, unilateral, undemocratic and most disgraceful actions to knock out a political party by the ruse of denying the use of the party symbol.” The value of freedom If anything, the RoS decision reveals the extent to which supposedly nonpartisan public institutions have ossified into little more than state bureaucracies that serve the interests of the ruling regime over the wellbeing of the people. It also reveals just how devoid the Barisan Nasional is of strategies for true transformation, a term they aggressively parade in their national programmes, campaigns and propaganda. Perhaps they are simply incapable of change. As my late father and former DAP parliamentarian, Fan Yew Teng, wrote in an article for Harakah in October 2008: “Despite all the talk about change, Umno will not really change, because it is no longer a party of principles but one of interests…” The RoS decision shows that BN, particularly Umno, will stop at nothing to rob their political opponents of their rights and deny them a fair fight. It shows that, despite all the rhetoric, BN does not believe in earning the mandate of the people; they simply believe they are entitled to political power, and will cling to it no matter what the people want. This is a brazen mockery of the general election process and a shameless betrayal of democracy. It is also the mark of incipient totalitarianism. What, then, is to be done? If the political system remains a flawed one, the task falls to each Malaysian citizen to insist on another kind of politics while being guided by the fundamental values of the democratic process. We must remember that at the heart of democracy lies the flame of freedom. It is only by reclaiming the value of freedom in our collective consciousness that we may begin to build a society based on democratic ideals. In the words of Albert Camus: “We notice that everywhere, together with freedom, justice is profaned. How then can this infernal circle be broken? Obviously, it can be done only by reviving at once, in ourselves and in others, the value of freedom – and by never again agreeing to its being sacrificed, even temporarily, or separated from our demand for justice.” In the end, the ignoble sabotage of DAP’s Rocket symbol will come to symbolise something in itself – the derailing of the democratic process in Malaysia; the inability of the present ruling regime to engage in clean and fair politics; and the irrefutable need for Malaysian citizens to reclaim democracy and reach for freedom by rejecting outright the politics of deception and hypocrisy. Pauline Fan is a writer, translator and editor. She also works with the cultural organisation, PUSAKA. This article was also published in the Malaysian Insider. 

VERMOX
]]>