The Malaysian Mirror. Konsep sekularisme biasanya ditentang oleh gerakan Islam Malaysia tetapi bagi seorang pakar perundangan Islam, agama hanya boleh benar-benar dihayati di dalam sebuah negara sekular. Menurut Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, keimanan sebenar kepada apa pun agama, termasuk Islam, hanya boleh dibentuk sekiranya seseorang itu hidup di bawah pemerintah yang bersikap neutral terhadap agama. Iaitu sebuah pemerintah yang tidak menghalang aktiviti penganut apa-apa agama dengan syarat penganut itu tidak mencabuli hak agama lain, dan pemerintah juga tidak memihak kepada apa-apa agama. Akan tetapi, hujah pensyarah undang-undang itu tidak bermakna agama dan politik itu tidak boleh bercampur. Sebaliknya, penganut agama tidak boleh dihalang daripada terlibat di dalam politik seperti menyertai parti, membuang undi atau membentuk dasar, berdasarkan kepercayaan mereka, kata Abdullahi. “Hujah saya adalah saya boleh menjadi seorang Muslim yang lebih baik di dalam negara sekular berbanding dengan sesebuah negara yang mendakwa ia negara Islam,” kata Abdullahi yang berasal daripada Sudan tetapi kini menetap di Amerika Syarikat. “Saya percaya bahawa sikap neutral negara terhadap agama adalah kondusif kepada ketulenan penghayatan saya terhadap Islam,” beliau berkata di dalam sebuah kuliah di Sunway University baru-baru ini. “Oleh itu tuntutan saya untuk sebuah negara sekular adalah pada asasnya, Islamik.” Niat dan paksaan Hujah Abdullahi nampaknya agak kontroversi, terutama di dalam suasana masyarakat Malaysia dicengkam rhetorik hukuman hudud, perlaksanaan undang-undang Syariah dan perselisihan antara penganut berbagai agama. Malah gerakan Islam konservatif sering berkata bahawa “Islam adalah agama Persekutuan” bagi menjustifikasikan campurtangan penguatkuasa agama di dalam kehidupan orang Muslim dan juga bukan Muslim. Perbalahan mengenai perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan adalah contoh terbaru di mana ini berlaku apabila pendokong hudud menjawab pengkritik kanun itu. Abdullahi menyedari situasi di Malaysia, di mana penganut Islam diikat oleh dua sistem undang-undang, iaitu sivil dan syariah. Pada dasarnya undang-undang Syariah Malaysia adalah untuk memastikan warganegara Muslim-nya tidak melakukan larangan di dalam Islam seperti meminum arak, berzina atau makan di tempat awam semasa bulan Ramadan. Teori disebalik doktrin ini adalah pemerintah Malaysia dapat membentuk masyarakat Muslim yang syumul melalui undang-undang Syariah. Abdullahi mempersoalkan tujuan sistem tersebut. Contohnya, adakah larangan terhadap makan di tempat awam semasa bulan Ramadan benar-benar menghasilkan masyarakat Muslim yang beriman? “Sekiranya seorang itu berpuasa kerana dia takut kerana ditangkap (oleh penguatkuasa agama), adakah ini bermakna dia berpuasa kerana Allah, atau dia berpuasa kerana dia takut kepada pemerintah?” “Apabila pemerintah cuba memaksa larangan atau perbuatan agama ke atas seseorang Muslim, ia telah mengambil alih peranaan niat di dalam diri Muslim itu.” Niat yang benar-benar sukarela tanpa paksaan untuk beribadah atau melakukan sesuatu untuk agama merupakan salah sebuah prinsip asas di dalam Islam kata Abdullahi. “Kalau kepercayaan kita di dalam agama adalah dipaksa, itu bukan kepercayaan yang tulen dan jujur.” Beliau memetik ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang mengatakan bahawa “Tidak ada paksaan dalam agama kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan”. “Jadinya sekiranya kita mahu ibadah seseorang Muslim itu ada nilai, dia mesti diberi hak untuk melakukannya tanpa paksaan.” – June 6, 2016
]]>Antara hudud, penyeluk saku dan politikus korup
The Malaysian Mirror.
Senario: Penyeluk saku yang mencuri RM10 dipotong tangan tetapi ahli politik yang menyeleweng berjuta duit awam hanya dipenjara.
Senario di atas merupakan contoh kontradiksi di dalam banyak kanun Syariah yang menggunakan hukuman hudud di seluruh dunia Muslim kata pakar kajian undang-undang Islam Prof Abdullahi Ahmed An-Naim.
Contoh seperti ini mengambarkan bahawa usaha melaksanakan hukuman hudud menimbulkan banyak masalah dan ia antara sebab utama menggapa pemerintah Muslim harus menangguhkannya, kata Abdullahi, pensyarah daripada Emory University di Amerika Syarikat.
Masalah perlaksanaan hudud akhirnya akan mencalar imej Islam itu sendiri kata Abdullahi, kerana kecelaruan kesalahan dan hukuman itu menjejaskan prinsip bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.
Lain daripada sistem undang-undang biasa atau sivil, pendokong hudud mendakwa kanun mereka berasakan Islam dan datangnya daripda Tuhan. Ini memberikannya satu aura sempurna, ekslusif dan sakral yang menyekat cara masyarakat menilai undang-undang itu.
Di dalam proses membentuk undang-undang sivil misalnya siapa sahaja – individu biasa, NGO, pakar, Muslim atau tidak – ada hak untuk menilai, mengkritik dan menolak undang-undang itu.
Dengan itu kelemahan di dalam sesebuah undang-undang sivil boleh diperbaiki dengan efisyen kerana proses pembentukkannya terbuka.
Tetapi bila datang pada hudud dan undang-undang syariah, seperti berlaku di Malaysia, proses mengubal dan menilai disekat dan dimonopoli oleh hanya sekelompok individu yang mengelar mereka “pakar agama”.
Orang Muslim biasa ditegah daripada mempersoalkan hudud dan dipaksa untuk menyokongnya manakala orang bukan Muslim yang bakal mendapat kesan daripada hudud langsung tak boleh berkata apa-apa.
Buatan manusia
Contoh antara hukuman penyeluk saku dan penyeleweng, menunjukkan bahawa kanun kesalahan syariah dan hukuman hudud adalah buatan manusia melalui interpretasi al-Quran dan Hadith, kata Abdullahi.
“Setiap kali manusia cuba menghasilkan sebuah kanun undang-undang Syariah ia adalah usaha interpretasi dalam alam politik dan kerajaan,” katanya di sebuah forum di Sunway University baru-baru ini.
(Istilah politik dan kerajaan dalam konteks ini merujuk kepada proses penghasilan dasar dan sistem tadbir sesebuah masyarakat oleh manusia.)
Ulama dan ahli fiqah pada zaman dinasti Muslim seperti Ummaiyah dan Abassiyah, tidak pernah menghasilkan kanun Syariah yang universal kerana mereka saling berbeza pendapat dan interpretasi, ujar Abdullahi.
Al-Quran ada menyebut bahawa potong tangan si pencuri, kata Abdullahi.
“Tetapi ia tidak memberi definasi apakah itu perbuatan mencuri. Definasi tersebut telah dibentuk oleh para ulama yang masing-masing berbeza dan bercanggah pendapat.
“Ada ulama yang mengatakan mencuri itu sebuah perbuatan yang dilakukan secara senyap, kalau dibuat terang-terang ia bukan mencuri. Ada pula ulama yang berkata kalau dilakukan secara terang pun mencuri.”
Ada pula ulama yang berhujah bahawa sekiranya si pencuri ada hak ke atas harta itu, pengambilannya tidak dikira mencuri.
Mengikut takrifan ini, duit kerajaan yang pada asasnya dimiliki oleh semua warganegara – samada bakal penjenayah atau tidak – tidak boleh terkandung di bawah harta yang boleh dicuri, kata Abdullahi.
Sekiranya hukuman hudud dibentuk menggunakan takrifan itu, penalti lebih berat dikenakan kepada penyeluk saku (potong tangan) berbanding ahli politik yang melesapkan duit awam.
Antara undang-undang manusia dan Tuhan
Pendokong hudud berkata penyelewangan harta awam boleh dikenakan hukuman takzir yang boleh ditentukan mahkamah, seperti penjara.
Hujah ini masih tidak menyelesaikan isu pengadilan dan kesamarataan di bawah undang-undang (equality before the law) antara si penyeluk saku dan si ahli politik yang korup, ujar Abdullahi.
“Kerana hukuman takzir dan hukuman hudud tidak sama berat. Orang yang curi dana awam tidak merasai keperitan yang sama seperti penyeluk saku, walaupun jenayahnya lebih berat.”
Kontradiksi ini harus dilihat di dalam konteks dunia sekarang yang banyak sistem perundangan untuk menangani berbagai jenayah baru seperti korupsi, pecah amanah dan penyelewengan.
Hampir kesemua sistem perundangan itu dihasilkan manusia tanpa dicap sebagai undang-undang Tuhan.
Sekiranya hukuman hudud dilaksanakan tanpa menyelesaikan masalah interpretasi yang bercanggah, masyarakat Muslim bakal memberi gambaran bahawa undang-undang yang “datang daripada Tuhan” lebih lemah daripada undang-undang buatan manusia.
“Ia akan menjejaskan imej Tuhan dan Islam sendiri di waktu rasuah, korupsi telah menjadi jenayah yang serius di seluruh dunia,” kata Abdullahi.
“Kerana ia seolah-olah Syariah itu tidak menghukum golongan elit yang berkuasa (yang biasanya melakukan penyelewengan) seberat mana ia menghukum golongan bawahan (yang mencuri).”
Sebagai alternatif, Abdullahi mencadangkan kepada penyokong hudud agar membentangkan undang-undang sivil yang mengandungi hukuman yang mereka mahu seperti potong tangan, sebat 100 kali dan sebagainya.
“Kenapa nak sebutnya sebagai hudud? Gubal sahaja undang-undang untuk jenayah bersama hukumannya dan bentang di Parlimen.”
Dengan ini seluruh masyarakat tidak kira Muslim atau tidak, boleh berdebat dan memilih sama ada mahu menyokong undang-undang tersebut atau tidak tanpa paksaan, katanya.
Lagi satu alternatif kata Abdullahi, adalah menangguhkan perlaksanaan hudud dan menyalurkan tenaga dan masa ke arah hal-hal lain seperti membanteras kemiskinan, menghapuskan rasuah dan memperkuatkan semangat sivik di antara manusia. – Jun 2, 2016
Ramah Mesra Cucu Cicit Nabi Ibrahim A.S.
Oleh Luqman Tarmizi Catatan ini ditulis sempena lawatan mahabbah ke Gereja Katolik St Theresa di Nilai, Negeri Sembilan anjuran Siswa Progresif (SISPRO) yang melibatkan kurang lebih 40 peserta (majoriti nya merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia) pada 3 April 2016 yang lalu. Penulis dipertanggungjawabkan untuk memberi ucapan kepada mewakili pihak penganjur. Catatan ini sengaja tidak ditulis dalam bentuk sekuen yang teratur supaya penulis dapat menyampaikan mesej-mesej dibawah tema tertentu. NABI KITA DI DALAM AL-QURAN Sebelum saya mulakan pembentangan ketika sesi dialog, ada fakta penting yang saya lontarkan iaitu: nama Nabi Muhammad s.a.w disebut sebanyak 4 kali dalam Quran. Tapi Nabi Isa? 25 kali. Bahkan Maryam lebih hebat, 34 kali namanya diulang sebut di dalam Quran. Maka tidak ada alasan lagi bagi para Muslim untuk kita kesampingkan pelajaran mengenai kedua-dua tokoh ini dengan alasan mereka berdua tidak penting. Quran telah mengisyaratkan bahawa mereka berdua penting! Secara umumnya, ada 3 perkara paling bermakna dalam tempoh kurang lebih 4 jam setengah lawatan kami itu (menyertai upacara Sunday Morning Prayer, makan pagi, sesi dialog dua hala dan makan tengahari) pada pandangan peribadi saya iaitu:
- Peluang berucap dalam gereja, meski hanya untuk kurang lebih 10 minit, merupakan kesempatan yang akan saya hargai sepanjang hayat saya. Peluang membina jambatan persaudaraan dan mengikat tali persahabatan sebegini tidak selalu datang. Dalam dunia yang penuh kebencian dan permusuhan, para penyebar kasih sayang dan perdamaian merupakan aset penting, dan saya bangga menjadi sebahagian darinya.
- Dan sebagai seorang Muslim, saya boleh berkata dengan bangga, bahawa alunan suci ayat Quran mengenai kewajipan kita berkenal-kenalan sesama bangsa dan agama, dan mukaddimah surah Maryam, dialunkan dan diperdengarkan di dalam gereja.
- Diminta oleh Father Eugene, ketua paderi gereja tersebut di akhir majlis, untuk membacakan doa yang diaminkan oleh sekalian hadirin, Muslim dan Kristian. Saya sempat mendoakan agar kami diberikan kekuatan untuk terus menyalakan obor perpaduan, dan semoga hubungan antara agama ini semakin erat dan dipelihara Allah s.w.t. Semoga Allah mengabulkan doa dan permintaan kami.
- Ketaatan dan ketundukan kepada Tuhan ketika zaman fitnah yang mencengkam, dan kesusahan menghadapi dugaan yang mendesak. Tidak akan ada kemenangan di alam fizikal (nyata) tanpa kekuatan di alam spiritual. Sebagai umat yang beragama, keyakinan akan bantuan dari alam spiritual itu merupakan tonik penting dalam menjana kekuatan.
- Semangat untuk membawa perubahan kepada masyarakat, membawa gerakan reformasi dalam memberi sinar keadilan dan meruntuhkan tembok kezaliman. Membaca buku berjudul Zealot: Jesus of Nazareth hasil karya sarjana perbandingan agama dari Iran, Reza Aslan setelah lawatan ke gereja ini berlangsung, memperkenalkan saya wajah sebenar Nabi Isa a.s. Jika dalam agama Kristian Nabi Isa digambarkan sebagai seorang ‘pacifier’ (pencinta kedamaian) dan penyebar kasih sayang, maka buku ini memberi perspektif baharu menurut kacamata sejarah (historical Jesus) yang bebas dari tafsiran sejarah menurut ‘pengasas’ agama Kristian seperti St Paul dan St Peter; bahawa Isa itu merupakan seorang revolusioner yang disalib oleh pemerintah Rom atas tuduhan menghasut rakyat.
Siapakah saya?
Untuk menjadi setia, dan tunduk dalam kawalan sesebuah kelompok sudah tidak menawarkan apa-apa keselamatan. Sekarang dunia ini memerlukan orang yang oleh menghubungkan beberapa kesetiaan, beberapa pertalian, beberapa identiti. – Naomi Gildenberg
Kita tidak pernah bertanyakan “siapakah saya”. Kita seringkali ditanya apakah bangsa kita, agama kita atau etnik kita. Bagi saya itu merupakan persoalan lama dan tidak lagi relevan pada masa kini. Dalam upaya saya untuk menjawab persoalan siapakah saya, saya perlu menghubungkan beberapa budaya dan latar belakang berbeza yang saya lalui. Siapakah saya? Sememangnya keperibadian saya dibentuk oleh sejarah, tetapi terdapat kekurangan perspektif tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Juga, saya adalah gabungan segala ketidakpedulian, cita-cita, kerinduan untuk kebebasan dan segala kerohanian di dunia. Saya adalah hasil daripada indoktrinasi nilai keluarga, agama, sistem politik dan pemikiran majoriti kelas menengah. Saya adalah makhluk yang direka-bentuk akibat daripada hasil binaan konteks sosio-politik di negara saya. Di mana saya adalah dan sedang dikawal oleh idea-idea orang lain, yang saya sangkakan kepunyaan saya. Saya seorang rakyat Sabah dan tercatat dalam kertas ID sebagai warganegara Malaysia, tetapi ia bukan sejarah keperibadian saya, bukan identiti saya. Bulan lalu (September) merupakan bulan yang penting bagi kebanyakkan rakyat di Sabah dan Sarawak mengenai identiti mereka sebagai rakyat Malaysia. Perbincangan identiti itu menjadi penting kerana selepas beberapa tahun baru wujud sebuah kesedaran baru mengenai kepentingan 16 September, atau Hari Malaysia. Dan apa yang menarik lagi, tahun ini merupakan tahun Malaysia mencapai umur 50 tahun. Jika seseorang sudah berumur 50 tahun, dia sering dilihat sebagai seorang yang sudah dewasa dan mencapai kematangan. Dan meliputi sebuah pengalaman yang luas dengan pelbagai adaptasi dari segi tingkah laku dan cara hidup. Dan kebanyakkan kita sibuk dalam dunia orang dewasa, kita jarang mencari masa untuk berhenti dan bertanyakan soalan asas mengenai identiti kita. Kerana peranan dan fungsi kita cenderung untuk menentukan identiti kita. Dan berbalik kepada Malaysia yang sudah berumur 50 tahun dan dianggap dewasa dan matang. Apakah maksud pendewasaan ini? Terdapat bukti-bukti yang menyokong Dr. Harry Blatterer di mana beliau menegaskan bahawa kekuatan ekonomi kapitalisme lah yang menentukan dan mendefinisikan pendewasaan dalam masyarakat kontemporari masa kini. Penanda ukur yang Blatterer namakan “the classical marker of adulthood” ialah: kebebasan, keluarga dan pekerjaan. Ketiga-tiga elemen ini juga boleh diterjemahkan kepada: kerjaya, perkahwinan heterosexual, rancangan persaraan, insurans, anak, kereta, rumah dan banyak lagi. Dan selagi seseorang berfungsi secara efektif dalam masyarakat, ia dianggap bahawa pendewasaan kita adalah sihat dan berkembang. Dalam erti kata lain, untuk lelaki, mereka mempunyai kemampuan untuk melakukan kerja yang produktif, mendapat upah yang layak, menjadi bapa kepada anak-anak dan mengekalkan kawalan. Manakala, untuk perempuan, itu bererti menjadi isteri dan ibu, menjaga keperluan rumah dan dapur, dan melahirkan anak. Kehidupan yang berhasil dan produktif, itulah maksud menjadi seorang dewasa. Dimana ada satu bentuk persetujuan yang kita harus mainkan yang ditentukan oleh politik, ekonomi dan agama zaman sekarang. Maka, dalam pemikiran kita, itulah identiti kita. Identiti kita telah dimanipulasikan dengan suntikan sistem pecah dan perintah, supaya kekuasaan mampu dikawal oleh hanya segelintir kumpulan. Kita dipaksa untuk percaya bahawa antara manusia, kita adalah berbeza antara bangsa, warna, kepercayaan dan agama. Kita dipaksa untuk percaya bahawa dunia ini penuh dengan dosa, dan bumi adalah mati, maka manusia mempunyai “tanggungjawab” untuk mengeksploitasikannya. Seperti juga konsep bangsa atau negara bangsa, yang bertujuan untuk memecah-belahkan manusia dan eksploitasi sumber alam semulajadi. Seperti yang kita tahu, kita dilahirkan dari bumi, dan akan kembali juga ke bumi. Tubuh kita adalah sebahagian daripada alam semesta ini, dan diaplikasikan sama kepada semua manusia di peringkat lokal, nasional, regional dan internasional. Darah kamu yang mengalir dalam badan, warnanya merah sama seperti darah yang mengalir dalam badan saya. Dan apabila kita tersilap menganggap bahawa kita mempunyai identiti kekal, maka ia akan membawa kepada penderitaan. Jadi siapakah saya? Apa fungsi saya dalam menyumbangkan kepada dunia yang lebih baik. Kita mempunyai kebiasaan untuk melihat diri kita dengan cara tertentu. Tapi semua akan berubah kalau kita bermula untuk bertanyakan soalan asas, siapakah saya. Dengan pertanyaan kepada soalan itu akan mencungkil satu dimensi yang lebih mendalam. Contohnya kita selalu berkata, matahari telah terbit. Bertahun-tahun tanpa refleksi mendalam kita mengatakan matahari telah terbit, kita bangun pagi dan melihat matahari sudah naik. Dan kita menganggap bahawa memang begitulah apabila sudah pagi, matahari sudah naik. Tapi apabila satu hari saya berdiam dan bertanya, bagaimana matahari itu terbit? Dengan pengetahuan sains, saya mendapat tahu matahari langsung tidak terbit, tetapi sebenarnya bumi ini yang bergerak dan berputar. Menjadikan matahari statik itu bersinar kepada kita. Sesuatu yang selama ini saya abaikan, sekarang saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza. Saya telah melihat kewujudan cahaya matahari tidak terasing daripada acara yang saling berkaitan dengan keadaan sekelilingnya. Dan konsep yang sama juga digunakan untuk bertanyakan siapakah saya. Identiti saya bergantung kepada banyak sebab-sebab yang lain. Tetapi perkara pertama yang selalu kita lihat dalam budaya kita ialah bangsa atau agama kita. Kita telah diberitahu banyak kali dalam media, dalam buku teks, di sekolah, di universiti, oleh ibu bapa kita, kawan-kawan kita, ahli pemimpin kita, ketua agama kita bahawa kita adalah begini dan begitu. Kuncinya disini ialah pada pertanyaan, dan bukan kepada jawapan yang kita terima. Saya dibentuk oleh sejarah, oleh keperibadian yang saya temui sepanjang hidup saya, begitu banyak sekali sehingga tidak ada identiti yang jelas untuk saya kata apakah identiti saya yang sebenar. Keperibadian saya juga bergantung kepada kombinasi keadaan dan tindakan, ia tidak kekal juga tidak independen. Saya terus sedar bahawa terdapat banyak jaringan yang menghubungkan saya kepada kehidupan orang lain, saya sedar bahawa kewujudan saya penuh erti melalui interaksi dengan orang lain. Di peringkat yang lebih mendalam, kita bukan sahaja rapat secara fizikal, tetapi juga kepada makhluk hidup yang lain. Dan ini membawa saya kepada realisasi bahawa pemahaman saling kaitan dengan semua kehidupan boleh membawa kepada dunia yang lebih aman. Kita seharusnya merayakan kepelbagaian manusia, dan belajar untuk tidak terancam dengan perbezaan antara kita. Ini kerana pada peringkat yang paling asas, kita, melalui satu ikatan mistik, dilahirkan untuk berkongsi dalam jangka hayat di planet yang sama ini, dalam alam semesta yang luas. Dengan kebanggaan terhadap identiti kita, kita juga harus sedar bahawa ancaman terhebat sekali kepada keberlanjutan budaya kita ialah kemusnahan alam dan bumi kita. Itu ancaman kepada pembunuhan identiti kita. Kerana tujuan kekuasaan dan asimilasi hanya ada satu tujuan, iaitu untuk menyenangkan kerja untuk memusnahkan bumi dengan rampasan tanah, pembikinan projek mega, empangan, hotel, dan pembangunan yang tidak lestari. Maka identiti kita sebagai manusia akan hilang, dan hanya menjadi robot akibat dehumanisasi dan penindasan. Jika kita hanya mendengar satu cerita, kita akan menghasilkan stereotaip, dan masalah dengan stereotaip ialah ia bukan tidak betul, tetapi ia tidak lengkap. Soalan siapakah saya ini bukan saja terletak pada kertas, IC atau pasport. Tapi termasuk juga segala hubungan yang menyumbang kepada keperibadian saya dalam sepanjang kehidupan say. Dan dalam proses pendewasaan ini, saya juga mengajak untuk memikirkan kembali definisi klasik yang menjadi penanda kepada apa maksud menjadi dewasa pada zaman kontemporari kini, kerana ia juga menjadi pengaruh terbesar kepada identiti kita. ]]>Pengajaran dari Prambanan
Jika anda berkesempatan ke Yogyakarta, Indonesia, salah satu tempat wajib kunjung bagi setiap pelancong adalah Candi Prambanan. Terletak lebih kurang 16 Km dari Yogyakarta, candi yang diklasifikasikan sebagai salah satu tapak warisan UNESCO ini tidak semasyur Candi Borobodur, tetapi bagi penulis, Prambanan lebih menarik daripada Borobodur.
Di Prambanan, pastikan anda bayar Rs70,00 untuk mendapat perkhidmatan seorang guide yang membawa anda mengelilingi tapak. Tiada gunanya anda melawat Prambanan sekiranya anda tidak mendalami sejarah dan falsafah Prambanan. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan dipandu oleh Edi, seorang lelaki Indonesia dalam lingkungan 40-an. Dia seorang yang tinggi, dengan rambut lebat dan kerinting dan kumis tipikal seorang Jawa. Kulit sawo matangnya gelap, mungkin kerana berjemuran di bawah mentari terik dalam menjalankan tanggungjawabnya membawa sekian ramai manusia yang berkunjung ke Prambanan setiap hari. Edi bertutur dengan penulis dalam bahasa Inggeris. Ini memang disengajakan, kerana dikhuatiri Bahasa Indonesia telo Jawanya terlalu pekat untuk difahami, walaupun dalam bahasa Indonesia. Dan Edi fasih berbahasa Inggeris. Edi memaklumkan pada penulis bahawa bapanya Muslim dan ibunya beragama Buddha. Di Indonesia, perkahwinan berlainan agama seperti ini adalah biasa, kata Edi. Malu pula penulis untuk memberitahunya bahawa di Malaysia, ibu dan bapanya hanya boleh berkahwin jika ibunya meninggalkan agamanya. Berlainan dengan Borobodur, candi Prambanan bukanlah satu candi tunggal yang besar. Prambanan adalah sebuah kompleks yang tediri daripada beberapa buah candi-candi. Lingkaran luar dahulunya penuh dengan lebih 200 candi kecil, tetapi semua kecuali 2 sudah tiada, batu-batu mereka dicuri dek orang. Lingkaran dalam pula terdiri daripada 8 candi-candi yang masih berdiri; terselemat kerana penduduk setempat percaya adalah tabu untuk mencuri batu-batu daripada lingkaran dalam. 6 candi di dalam lingkaran dalam didirikan untuk 6 dewa agama Hindu. 3 untuk dewa-dewa Trimurti; Brahma yang mewujudkan, Vishnu yang mengekalkan dan Shiva yang memusnahkan. 3 lagi untuk dewa-dewa yang menjadi tunggangan dewa-dewa Trimurti; Angsa tunggangan Brahma, Nandi tunggangan Shiva dan Garuda tunggangan Vishnu. 3 candi dewa Trimurti melambangkan langit (Angkasa), 3 candi dewa-tunggangan melambangkan bumi (Bhumi) dan 2 candi yang dikenali sebagai Apit yang memaksikan keduanya sebagai Cakerawala. Menurut Edi, falsafah pembinaan Prambanan adalah pemahaman tentang ‘Kewujudan’. Existance. Edi membawa penulis ke tengah-tengah lingkaran dalam Prambanan. Menurut Edi, seorang pengunjung Prambanan, jika dia dia berdiri di titik itu, akan berada di tengah Cakerawala, di antara Angkasa dan Bhumi dan memahami tempat dirinya di alam semesta. Maka, dia akan memahami Kewujudannya. “Which is more important, truth or existence?“, tanyanya pada penulis.Penulis memikir sejenak dan menjawab ‘kebenaran’.
“For me, it is existence, sir“, Edi menjawab, sambil membuka kaca mata hitam yang dipakainya. Matanya merenung tepat dan tajam ke arah penulis. “All religions say that they are Truth, and because of their Truths, they fight. But is it not better to Exist, and to acknowledge that other religions exist as well?“.
Kata-kata bermain di minda penulis. Bukan dari aspek spiritual atau keagamaan (JAIS, jangan cari saya, ini bukan ‘pluralisme agama’!), tetapi sebagai pengajaran yang boleh digunapakai di dalam konteks nasional dan situasi sosio-politik tanahair.
Antara cabaran paling besar dalam membina sebuah negara-bangsa Malaysia adalah perpaduan. Begitu sukar untuk kita mencapai perpaduan yang sebenar. Mungkin kerana garis-garis perpisahan yang kita lakar sebelum ini begitu banyak dan jelas kelihatan.
Dan apabila individu atau pihak ingat diri mereka betul dan mereka sahaja membawa Kebenaran, maka untuk menegakkan kebenaran itu terdapat pergeseran. Samada pergerseran di antara kaum, agama mahupun ideologi politik. Walaupun pergeseran itu biasa dan tidak bersetuju itu memang lumrah manusia, untuk membina sebuah negara-bangsa adalah penting untuk kita juga mencari persamaan yang kita ada.
Contoh yang terbaik dapat kita lihat dalam kontroversi baru-baru ini berkenaan dengan agama kanak-kanak bawah umur. Jika kita hanya lihat dari satu sudut sahaja kita rasa itulah kebenaran, perspektif pihak yang lagi satu akan terlindung oleh bias kita sendiri. Kita tidak nampak, contohnya, ketidakadilan yang bakal dialami oleh si suami atau si isteri yang tidak punya suara untuk menentukan agama anaknya.
Untuk itu, kita harus memahami Kewujudan kita. Di mana letaknya kita di mata dunia. Faham juga Kewujudan ‘Yang Lain’, mereka yang berbeza dengan kita dari pelbagai aspek. Iktiraf dan faham juga bahawa mereja juga mencari Kebenaran dan mereka juga percaya dengan Kebenaran mereka. Barulah kita akan sedar bahawa kita berada di atas paksi yang sama, Cakerawala, yakni tanahair, yang sama. Barulah kita dapat menerima Yang Lain dan membina negara-bangsa Malaysia.
Penulis tidak bertanya apakah agama yang Edi anuti, tetapi melalui perbualannya dengan penulis, jelas Edi adalah seorang yang spiritual. Dia bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guide, tetapi benar-benar mempercayai apa yang diberitahu kepada penulis. Bukan sekadar lakonan sebagai menyempurnakan ‘pengalaman Prambanan’.
Ironik juga, pengajaran untuk menjadi pedoman di tanahair sendiri ditimba di tanahair orang, dikelilingi batu-batu yang dibina beratus tahun dahulu.
]]>Memikir semula pendidikan vernakular
defensive, masing-masing ingin mempertahankan hak dan suara komuniti mereka. Pihak-pihak seperti PERKASA dan Dong Jiao Zong pula melantikkan diri mereka sebagai benteng pertahanan bagi hak kepentingan kaum-kaum mereka. Fokuskan pada Pembaikan Sistem Bagi saya, topik ini tidak perlu menjadi sebuah topik yang partisan. Walhal, golongan elit atasan (termasuk juga ahli-ahli politik sendiri) langsung tidak kisah akan pertelingkahan golongan majoriti rakyat. Mereka menghantar anak-anak mereka di sekolah-sekolah antarabangsa ala ‘Eton’ yang mewah di mana isu bahasa penghantar langsung tidak menjadi kerisauan mereka. Maka di sini, saya ingin menyentuh isu yang lebih luas spektrumnya, iaitu sistem pendidikan. Realitinya, sistem pendidikan negara kita bukan sahaja tidak berfungsi, malah ia telah melampaui tempoh tarikh luputnya. Semua polisi dan pembuatan keputusan bagi pendidikan dibuat di peringkat atasan dan beraliran atas-bawah. Sistem kini hanya berfungsi untuk mencipta robot yang hanya mematuhi arahan tetapi tidak boleh berfikir. Sistem pendidikan ini adalah hasil daripada ketidakpercayaan dan ketakutan akan kebolehan masyarakat menguruskan hal ehwal pendidikan mereka. Jika dahulunya pada zaman penjajahan, sekolah merupakan alat pengaruh golongan berkuasa bagi melahirkan golongan pekerja dan birokrat yang setia terhadap hierarki kuasa barat. Kini, ia berasal daripada ketakutan terhadap kemunculan golongan masyarakat yang mampu berfikir melangkaui batasan politik pecah dan perintah, yakni politik partisan dan perkauman. Falsafah Pendidikan Persoalan utama yang perlu kita bertanya sekarang – apakah kepentingan pendidikan? Pendidikan dalam konteks yang sebenar bukanlah tertakluk pada peringkat umur kanak-kanak dan remaja, sebaliknya, pendidikan adalah sesuatu yang penting bagi kehidupan seseorang manusia. Pendidikan juga bukan bersifat pembelajaran yang pasif, ia adalah sesuatu yang diperlukan kerana ia merangsangkan minda manusia untuk berfikir. Berfikir membebaskan sesebuah masyarakat daripada roda penghambaan dan penindasan hidup dengan meningkatkan mobiliti sosial mereka. Tapi bagaimanakah anak-anak muda negara kita mampu berfikir jika isu kebebasan ilmu tidak disentuhi? Di sekolah-sekolah tiada langsung subjek atau pendidikan seperti falsafah dan kemanusiaan, mereka juga tidak digalakkan untuk bebas berfikir dan menyuarakan pendapat mereka secara intelektual. Apa tah lagi dengan peraturan-peraturan sekolah yang menkongkong dan undang-undang seperti AUKU yang mencabuli hak asasi manusia. Sebaliknya, isu pendidikan di negara kita hanya berlegar-legar dalam pertelingkahan remeh seperti penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, latar belakang bangsa seseorang guru dan perlumbaan skor peperiksaan. Walhal, jika pihak-pihak yang pro-nasionalis Melayu serta pro-budaya minoriti dapat mencelikkan mata, dan berusaha bersama meningkatkan kualiti sistem pendidikan kita yang semakin ketinggalan dek zaman, pelajar-pelajar kita tidak mungkin berada di tangga yang corot dalam penilaian PISA (Programme for International Student Assessment). Pendidikan Mengikut Arus Zaman Kini pendidikan perlu mara seiring dengan arus zaman teknologi ‘smartphone’, ‘google’, ‘facebook’ dan ‘ipad’. Realitinya, kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan hanya bergurukan internet, hal ini kerana terdapat banyak laman-laman pendidikan percuma seperti Khan Academy, Coursera.org, dan juga Youtube. Di sekolah, pemikiran secara kritikal adalah sesuatu yang amat jarang, hal ini kerana pembelajaran di sekolah adalah bersifat satu hala. Buku-buku teks seperti matematik dan sains langsung tidak mengikut perkembangan terkini. Akibatnya fungsi pendidikan menjadi lapuk dan tidak relevan. Malah, pekerjaan guru merupakan ‘last resort’ (pilihan terakhir) bagi kebanyakkan para graduan tempatan. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan negara Finland atau Singapura dimana perguruan merupakan kerjaya yang disanjungi tinggi, antara profesion yang kompetitif dan berkelayakan tinggi. Ini menunjukkan polisi pendidikan negara kita tidak mempunyai arah tuju, ia hanya bertujuan untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak. Tidak hairanlah kualiti pendidikan kita juga terlingkup. Penindoktrinisasian di Sekolah Lebih dikhuatiri, sekolah-sekolah nasional kini penjadi tapak pengindoktrinasian agama islam dari segi ritual agama seperti bacaan doa semasa perhimpunan sekolah, penguatkuasaan peraturan Islam seperti pengharaman makan babi di kawasan sekolah dan pengwajiban pakaian sekolah yang bercirikan islam. Sebaliknya, sekolah-sekolah vernakular pula menjadi tapak pengindoktrinasian bahasa dan budaya mono-etnik seperti pembelajaran subjek melalui bahasa penghantar ibunda dan menghadkan waktu kuliah bagi bahasa Ingeris dan bahasa Melayu, serta pemahaman konteks budaya masyarakat lain yang bersifat satu dimensi. Secara tidak langsung, ia mengwujudkan polarisasi yang kita lihati dalam masyarakat negara ini. Peluang berinteraksi dan persahabatan diantara bangsa berlainan juga agak tipis walaupun dalam persekitaran kepelbagaian di peringkat sekolah menengah dan universiti. Perkara ini terjadi kerana pada peringkat pembesaran kanak-kanak di sekolah rendah, mereka telahpun melalui pengdoktrinasian dan pengasingan yang keterlaluan. Oleh itu, adalah penting bagi pendidikan nasional bersifat sekular dan bebas daripada agenda pengaruh-pengaruh politik tertentu. Agenda Inklusif dalam Sistem Pendidikan Agenda yang inklusif adalah penting kerana ia melingkupi keperluan pendidikan bagi semua rakyat Malaysia. Perkara ini termasuk memahami konteks demografik keperluan pendidikan bagi anak-anak muda yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini penting kerana ia akan membuka ruang untuk kepelbagaian agar kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi sesama mereka tanpa batasan sosial dan identiti. Jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Jerman dan Finland, negara-negara tersebut bukan sahaja memahami kepelbagaian demografik populasi negara mereka serta keperluan pasaran ekonomi mereka, malah, nilai-nilai kemanusiaan dan kesamarataan juga diterapkan dan diutamakan dalam persekitaran pendidikan. Penerapan nilai kemanusiaan bukan sesuatu yang boleh dipelajari melalui sesebuah subjek seperti moral, tetapi ia adalah dasar kepada proses pembelajaran dan interaksi manusia. Nilai kesamarataan pula dapat dipupuk dengan pembelajaran subjek melalui bahasa penghantar yang sama, iaitu bahasa nasional. Minda kanak-kanak sekolah rendah bagaikan span (sponge) dan boleh menguasai pelbagai bahasa dengan mudah. Sebagai contoh, pelajar-pelajar dari negara-negara Scandinavia mampu menguasai empat bahasa apabila mereka mencecah peringkat sekolah menengah. Asas pembelajaran yang setara ini juga membolehkan pelajar-pelajar mengasah bahasa komunikasi mereka an mengeratkan interaksi mereka dengan masyarakat majmuk. Kesimpulannya, pendidikan vernakular harus dianalisa melalui konteks yang lebih luas dan neutral, tanpa dikaburi oleh emosi yang bersifat perkauman dan partisan. Maka demikian, cabaran seterusnya adalah menggerakkan pembaharuan sistem pendidikan negara ini – beranikah sesiapa menyahutnya?
]]>Keperluan dialog dan debat dalam agama
Mutu Ada sebilangan mendakwa bahawa ayat ini diturunkan untuk non Muslim yang memeluk Islam sahaja. Dengan maksud, ayat ini tidak terkena langsung kepada orang muslim sedia ada atas alasan tidak dibenarkan murtad. Dakwaan ini tidak tepat dengan beberapa alasan. Antaranya adalah, ayat ini tidak tertumpu kepada kebebasan meninggalkan Islam atau murtad. Ini kerana, larangan murtad itu sememangnya berlaku dalam ayat-ayat yang lain, seperti dalam surah al-Baqarah, ayat 217 dan surah al-Maidah, ayat 54. Alasan kedua pula, ayat ini menceritakan kualiti dalam menanggapi iman dengan mengetahui kebenaran berbanding kesesatan. Seseorang yang tidak tahu kebenaran berbanding kesesatan, ia tidak dikatakan sebagai orang yang punyai kualiti iman. Persoalannya, bagaimana mahu menyuburkan kualiti iman? Malaysia adalah sebuah negara yang punyai masyarakat berbilang bangsa dan agama, tetapi dialog antara agama ini agak mundur berbanding negara-negara barat dan yang berjiran, iaitu Indonesia. Persoalan ini timbul ekoran termaktub dalam perlembagaan bahawa larangan bagi agama lain untuk disebarkan. Dengan larangan itu, mengadakan dialog juga dilarang mengikut tafsiran golongan tertentu dengan alasan dialog itu sendiri seperti memberi ruang kepada non muslim menyebarkan agama mereka. Fikrah sebegini sewajarnya dikaji balik. Sewajarnya larangan dialog ini tidak berlaku. Lebih wajar, dialog antara agama ini berlaku dengan hebat agar kualiti iman itu terhasil dalam masyarakat Malaysia. Melihat kepada kekangan larangan dialog, menghasilkan kefahaman Islam bagi umat Islam malaysia tidak hebat, disamping pendakwah-pendakwah di Malaysia gagal pamerkan kualiti hujjah dalam menyampaikan agama. Seperti yang kita sedia maklum, di kalangan rakyat malaysia boleh dikatakan beribu-ribu orang graduan agama selesai dari pengajian Islam, tetapi dengan lahirnya ribuan graduan agamaia, tahap kualiti penghujahan agama masih dalam tahap yang tidak mengkagumkan. Ini semua berpuncakan cabaran dan saingan penghujahan agama tidak disuburkan. Dialog Jika diteropong jauh ke zaman Nabi Muhammad SAW, kita akan dapati bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengambil sikap larangan berdialog. Malahan, dialog antara agama ini berlaku sehinggakan melibatkan diri Nabi Muhammad SAW sendiri. Baginda SAW sendiri pernah terlibat dialog dengan satu kalangan nasrani dari najran yang berhujjah tentang Nabi Isa yang melihat bahawa baginda sebagai Tuhan. Dialog itu berlaku hebat sehinggakan perkara ini diceritakan oleh Allah dalam al-Quran dari surah ali-Imran, ayat 59. Bukan sekadar dialog, malahan al-Quran juga ada menceritakan kisah perdebatan antara Nabi Musa dengan Firaun dan Nabi Ibrahim dengan pemerintah ketika itu. Walaupun kelihatan perdebatan itu melibat seseorang Nabi dengan pemerintah, tetapi kandungan perdebatan mereka berkisarkan agama dan kepercayaan. Ini membuktikan kepada kita bahawa dakwaan tidak boleh berdialog antara agama adalah satu perkara yang meleset dengan ajaran al-Quran dan pengamalan Nabi Muhammad SAW. Dari kupasan ini, dinyatakan beberapa perkara penting. Antara adalah yang pertama, dialog antara agama adalah perkara yang cukup sesuai dengan roh Islam seperti ajaran al-Quran dan al-Hadis. Kedua, kualiti sesuatu kepercayaan tidak akan terhasil dengan semata-mata larangan undang-undang agar tidak tukar agama, tetapi kualiti beragama itu terhasil dengan pengetahuan jitu terhadap kebenaran berbanding kesesatan. Wallahu ‘Alam.
]]>TITAS dan dialog kemangkatan Jesus
Bible.
Saya turut membincangkan topik ini bersama-sama Perzeus James, pensyarah di Sekolah Perakaunan dan Perniagaan, Kolej FTMS, Bukit Jalil dan isterinya, Anne yang mengandung empat setengah bulan. Kami bertemu untuk makan malam di sebuah restoran makanan laut di Kota Kemuning, Shah Alam pada 12 Ogos 2013.
“Kemurkaan Tuhan terhadap manusia bermula dengan peristiwa Adam dan Hawa yang mengingkari perintah-Nya. Akibatnya mereka menerima hukuman, dan kematian adalah salah satu bentuk hukuman yang diwariskan kepada umat manusia,” Perzeus yang menguasai Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris menceritakan.
Katanya, kemangkatan Jesus mengubah kedudukan itu kerana Baginda sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan para pengikut. Tiga hari selepas mangkat, Baginda hidup kembali seperti dijelaskan dalam Bible.
Saya memang berpengalaman menghadiri Sunday School di Aulong, Taiping pada usia kanak-kanak. Pada usia remaja, saya membaca Bible (selain bahan berkaitan agama-agama lain). Saya suka melakukan perbandingan antara agama – dengan erti kata, melihat “persamaan” antara agama; bukan mencari “perbezaan”.
Suatu aspek yang sedikit mengelirukan dan boleh menimbulkan pertanyaan dalam kalangan orang “Bukan Kristian” dan “Bukan Islam” adalah berkaitan peristiwa kemangkatan Jesus (Nabi Isa). Seperti diketahui umum, Bible dan Quran memberikan maklumat yang “bercanggah”.
Tentulah topik-topik berkaitan agama amat sensitif untuk dibincangkan di negara Malaysia. Walau bagaimanapun, sebagai seorang individu yang menyokong dialog antara agama, saya tidak merasakan tindakan saya salah apabila memilih untuk meminta penjelasan daripada seorang individu Kristian.
“Tidak ada percanggahan pendapat dalam mana-mana mazhab Kristian mengenai perkara ini. Memang Jesus yang dipakukan pada salib sehingga mangkat dan memang Jesus yang muncul semula tiga hari kemudian. Walaupun mungkin ada versi lain diceritakan dalam budaya lain, saya dan isteri saya tetap akan mendidik dan membesarkan anak-anak kami dengan versi sahih sebagaimana terkandung dalam Bible,” Perzeus menegaskan dan dipersetujui oleh isterinya.
[caption id="attachment_2368" align="alignleft" width="211"] Debat masih berterusan mengenai kemangkatan Jesus.[/caption]
Pensyarah dan aktivis sosial itu tidak menolak kemungkinan anak-anaknya akan pulang dari sekolah pada masa hadapan dan mengadu bahawa guru-guru atau kawan-kawan di sekolah mengatakan Jesus sebenarnya tidak mangkat seperti diceritakan dalam Bible; sebaliknya Tuhan telah menggantikan orang lain di tempat Baginda.
“Dalam keadaan seperti itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa Kristian untuk membimbing anak-anak supaya akidah anak-anak itu tidak terpesong daripada ajaran sebenar Kristian. Memang merupakan suatu cabaran besar khususnya apabila kita hidup sebagai kelompok minoriti dalam kalangan masyarakat majmuk.
“Sebab itulah saya berpendirian bahawa ibu bapa Kristian mesti memikul tanggungjawab memastikan anak-anak mendapat pengetahuan secukupnya agar tidak mudah dikelirukan oleh pihak lain,” kata Perzeus.
Saya bersetuju dengan pandangan dan pendirian beliau. Sebagai seorang individu Kristian, tentulah beliau sewajarnya dan selayaknya melihat peristiwa kemangkatan Jesus dari sudut Kristian. Tentulah tidak adil dan tidak logik untuk mengharapkan sesuatu yang sebaliknya.
TITAS dan filem Jesus
Seorang individu beragama Islam pula tentu akan memilih untuk melihat peristiwa kemangkatan Nabi Isa dari sudut Islam sebagaimana terkandung dalam Quran. Pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran saya: Sudut mana pula yang perlu digunakan oleh individu “Bukan Islam” dan “Bukan Kristian”?
Pada 19 Julai 2013, berikutan kenyataan media saya bahawa satu-satunya pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad, keluar pula kenyataan balas daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA): “Uthaya Sankar SB diseru masuk Islam” (www.ismaweb.net).
Di tengah-tengah kewujudan puak “kurang cerdik” seperti itu, mungkin sukar untuk membincangkan secara terbuka topik berkaitan peristiwa sebenar yang berlaku pada hari-hari terakhir kehidupan Jesus di muka bumi.
Dialog seumpama itu mungkin dikritik sebagai “memperlekeh dan mempersenda” agama Islam sedangkan tujuan dialog adalah bagi berkongsi maklumat, pandangan, hujah, idea dan sebagainya demi mencari titik persamaan dan kebenaran. Dalam hal ini, mujurlah saya memiliki sekian ramai rakan-rakan pelbagai kaum, agama dan ideologi yang suka terlibat dalam dialog demi kebaikan bersama.
Dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia pula, walaupun topik berkaitan Islam dan Kristian mungkin dianggap terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka, kemasukan maklumat menerusi pelbagai sumber memang tidak dapat disekat.
Saya tidak sekadar merujuk kepada internet yang membuka ruang menimba ilmu seluas-luasnya. Sebaliknya, saya merujuk secara khusus kepada topik kemangkatan Jesus. Maklumat mengenainya pasti akan sampai kepada orang ramai kerana terdapat banyak filem dan dokumentari yang menyentuh peristiwa itu.
[caption id="attachment_2367" align="alignleft" width="230"]
Kisah Jesus dipaparkan menerusi banyak filem dan dokumentari.[/caption]
Dokumentari dan filem seperti Bible (2013), Jesus (1999), Mankind: The Story of All of Us (2012), Jesus of Nazareth (1977), Son of God (2001), The Miracle Maker (2000), The Day Christ Died (1980) dan Passion of the Christ (2004) – serta sambungannya, The Resurrection of Jesus Christ (2015) – misalnya menampilkan kisah kehidupan dan kemangkatan Jesus seperti yang terkandung dalam Bible.
The New Testament menyebut kemangkatan dan kebangkitan semula Jesus tiga hari kemudian sebagai titik penting dalam Kristian. Orang Islam pula percaya bahawa Nabi Isa tidak mangkat disalib, tidak hidup semula serta tidak menebus dosa manusia.
Suatu jalan penyelesaian yang mungkin dicadangkan adalah supaya orang Islam berpegang pada versi dalam Quran dan orang Kristian berpegang pada versi dalam Bible. Akan tetapi, bagaimana pula dengan orang “Bukan Islam” dan “Bukan Kristian”? Versi mana yang perlu diterima sebagai sahih dan diwariskan kepada anak-cucu?
Mungkin juga situasi ini mengingatkan kita kepada novel/filem Life of Pi di mana watak Piscine Molitor Patel bertanya, “Which is the better story, the story with animals or the story without animals?”
Namun, tentulah tidak semudah itu untuk membuat keputusan muktamad berhubung Jesus (Kristian) dan Nabi Isa (Islam), walaupun merujuk kepada individu yang sama dan serupa. Tidak seperti watak Hanuman dalam epik Ramayana karya Maharishi Valmiki yang kemudian bertukar menjadi watak Sun Wukong dalam hikayat Xi You Ji (Journey to the West) karya Wu Cheng’en.
Mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) sudah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) dan akan diwajibkan di IPTS mulai September 2013. Pakar mengakui bahawa TITAS bertujuan “meningkatkan kefahaman dan rasa hormat antara rakyat serta menguatkan perpaduan dan persefahaman antara anggota masyarakat” (Utusan Malaysia, 23 Julai 2013).
Akhbar sama melaporkan bahawa “disebabkan kurang pendidikan maka banyak kejadian tidak diingini berlaku kerana anak muda ‘kosong’ tentang ilmu pengetahuan tamadun lain di negara ini.”
Mungkin TITAS akan membuka ruang untuk dialog sihat dan waras dalam kalangan masyarakat mengenai peristiwa kemangkatan dan kebangkitan semula Jesus.