Oleh Mohamad Farez Abdul Karim, penulis undangan
Pada suatu petang, Sal dan anak-anaknya berkumpul di ruang tamu untuk bermesyuarat tentang keruncingan belanja hidup mereka setelah tiga hari berturut-turut jualan makanan mereka di sebuah kantin di Bukit Timah Road, merosot kerana musim hujan. Sal kebingungan. Wang di tangannya cuma ada RM10 sahaja, jauh dari cukup untuk dijadikan modal jualan besok harinya. Wang sewa rumah bulan itu belum dilangsai. Kepala Sal betul-betul sudah pusing. Lalu anak-anaknya buat saranan: ‘Besok kita tak usah jualan, kita tunggu sampai hari tak hujan… Mak bolehlah berehat dulu…’ – Petikan buku Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari. Sal yang dimaksudkan ialah isteri kepada Said Zahari. Said seorang wartawan yang dipenjarakan selama 6000 hari (bersamaan 17 tahun) oleh kerajaan Singapura pada 1963. Ini terjadi selepas dia diusir dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman akibat daripada Mogok Utusan yang dijalankannya bersama rakan-rakan wartawan. Penderitaan yang dialami para tapol (tahanan politik), segala ketidakadilan dek kekejaman diktator sudah tentu akan dirasai oleh kaum kerabat mereka juga. Bagaimana secara tiba-tiba pasangan kekasih, keluarga tercintadipisahkan dengan begitu sahaja. Direntap dan ditahan tanpa bicara, bahkan bertahun lamanya! Jungkir ke belakang, beberapa tahun sebelum itu, di hutan pergunungan Sierra Maestra dalam wilayah Cuba. Seorang pejuang gerila anak kelahiran Argentina yang mesra digelar Che berkata kepada temannya, ‘Revolusi yang suci itu lahir dari rasa cinta nan hebat.’ Sebelum dia bersetuju mengikuti rakan baiknya Fidel memasuki Cuba secara haram dengan kapal layar untuk menjadi askar gerila, dia pernah mengembara bersama rakan karibnya Alberto Granado. Mereka menunggang motorsikal Norton menjelajah Amerika Selatan sebelum berpisah kemudiannya. Granado pulang ke Buenos Aires manakala Che menyambung kembaranya hingga ke Guetamala City, pada masa sama Amerika Syarikat sedang mengebom kota itu untuk menjatuhkan kerajaan kiri Arbenz. Bertugas sebagai pegawai perubatan, di situlah jiwanya bergolak untuk menentang imperialis Amerika yang selalu mencampuriurusan pemerintahan negara-negara Amerika Selatan. Che Guevara tatkala dalam perang gerila, dialah komander dialah juga doktor yang merawat orang kampung yang tak punyai prasarana perubatan. Tambahan pula, dia menjadi guru mengajar kebanyakan gerila yang buta huruf. Tanpa rasa cinta kepada kebebasan, cinta kepada orang-orang miskin, tak mungkin dia menelusuri jalan berliku sebagai revolusioner sebelum mati ditembak ketika dalam tahanan di Bolivia. Kematiannya meletuskan api semangat cinta manusiawi terhadap gerakan kiri dan revolusi menentang sebarang bentuk imperialisme. Ironinya, wajah Che menjadi logo dibaju-baju dan produk-produk berunsur pop moden yang tersebar ke serata dunia bertunjangkan ekonomi kapitalisme. Namun, fenomena itu secara tak sedar mencelikkan umum terhadap riwayat hidupnya menentang penindasan dengan tindakan revolusi. Melangkau jauh lagi ke belakang, suatu hari di tahun 1893, di stesen keretapi Pietermaritzburg, Afrika Selatan. Seorang peguam yang kurus bernama Mohandas Karamchand Gandhi mengalami satu peristiwa yang bakal mengubah diri beliau buat selamanya. Dia dihalang dari menduduki koc kelas pertama hanya kerana dilahirkan sebagai seorang berkulit gelap, bukan berkulit putih. Insiden ‘yang mahajelik’ itu berpunca daripada dasar apartheid yang diamalkan kerajaan kolonial British di Afrika. Beberapa tahun kemudian di tanah asalnya India, Gandhi mengubah diri menjadi sosok pejuang keadilan dan hak kesamarataan dengan melancarkan gerakan satyagraha (kuasa kebenaran) berkonsepkan ahimsa (kedamaian),sebuah perlawanan dengan kasta pemerintah tanpa sebarang unsur kekerasan. Pada 30 Januari 1948, beliau mati dibunuh. Kata-kata akhir yang terluah dari mulutnya ialah ‘Hey Rama’ (Oh Tuhan). Bapu, nama gelaran yang diberi oleh rakyat India kepadanya dijulang sebagai ‘bapa negara India’. Perasaan benci terhadap kezaliman dan penghinaan yang pernah dialaminya, dibalas dengan perjuangan berasaskan cinta. Begitulah riwayat seorang pejuang dari India yang mengangkat karya John Ruskin, Unto This Last sebagai naskhah yang amat mempengaruhihidupnya. Leon Trotsky, sewaktu kanak-kanak pernah menangis teresak-esak melihat layanan buruk ayahnya kepada pekerja mereka. Nilai sentimental itu, atas rasa cinta kepada keadilan menjelmakan Trotsky menjadi pejuang Marxist yang senantiasa berkobar-kobar menghapuskan sistem kapitalis di Russia. Pernah menemui cinta pertama di penjara lalu dikurnia dua anak yang bernama Zina dan Nina, dia kemudian menjadi orang kanan Lenin sebelum dibuang negara sewaktu pemerintahan Stalin. Sebagai pengkritik keras dasar politik Stalinisme, dia juga mengakhiri hidup dengan terbunuh di tangan seorang ejen Russia ketika tinggal di Mexico. Seorang pengkagum Karl Marx dan Friedrich Engels, dia juga mengkagumi naskhah susastera umpamanya Iliad karya Homer. Dalam tradisi Islam, mustahil orang muslim tak kenal dengan seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dzar. Dilahirkan dalam kabilah bani Ghifar, sebuah suku pada zaman pra-Islam yang terkenal amat liar,kasar dan pemberani. Mereka juga sering menghalang, mencegah dan merompak kafilah Arab yang dalam perjalanan. Abu Dzar kemudian memeluk Islam. Wataknya sudah tentu berubah. Dalam sebuah wirayat, Nabi pernah bersabda bahawa kesetiaan dan kejujuran Abu Dzar seumpama ‘cahaya terang-benderang’. Sebagai seorang yang mencintai Nabi, Abu Dzar sudah tentu mencintai kehidupan yang zuhud dan membenci sifat tamak lagi rakus. Bukankah itu intipati ajaran Islam? Dia bangun mengkritikbentuk pemerintahan Khalifah Rasyidin ketika itu Uthman bin Affan. Pada era pemerintahan khalifah Islam ketiga itu, didapati banyak orang-orang kaya dan penguasa menggunakan harta baitulmal demi kesenangan kerabat sendiri. Amalan kronisme berleluasa. Akhirnya, atas saranan gabenor Muawiyah, Sayidina Uthman mengusir Abu Dzar ke padang pasir apabila dia bersikeras tak mahu menghentikan pertentangan dan kritikannya. ‘Aku tak perlukan duniamu,’ jawab Abu Dzar terhadap pujukan Uthman sebelum diusir. Diceritakan, sebelum kematiannya, ada satu jemaah Haji sedang melalui berdekatan Abu Dzar dan isteri yang sedang terlantar sakit. Isteri Abu Dzar melambai memanggil mereka untuk meminta bantuan. Setibanya mereka, dia memohon kain kafan bagi suami tercinta yang sudah nazak. Dalam keadaan hampir sakarat itu pun Abu Dzar menolak pemberian daripada mereka sekiranya mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan penguasa. Akhirnya Abu Dzar bersetuju selepas dihampiri salah seorang dari mereka yang mengaku bahawa kainnya ditenun oleh ibu sendiri. Betapa cermat dan tinggi cinta Abu Dzar terhadap kesucian dan keberkatan hidup hingga ke takat itu! Bagaimana pula dengan Nabi Muhammad sendiri? Baginda dihina, dikeji, keluarganya dipulau dan ditentang sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Apa yang baginda perbuat setelah menakluki kota Mekah? Baginda membebaskan kesemua tahanan perang, dan memaafkan semua musuhnya. Tidakkah baginda merupakan contoh revolusioner sejati yang berjuang demi kecintaan terhadap kemanusiaan? Seorang revolusioner sentiasa menentang status quo. Dia itu takkan berhenti pada satu takah kehidupan dan berasa selesa dengannya. Api nyala cinta terhadap kemanusiaan di dalam dirinya sentiasa berkobar.Dia justeru seorang emosional dan punyai sifat sentimental yang tinggi. Adakalanya dia menjadi pesimis, lembut, dan ada masa dia keras, pemarah. Revolusioner adalah manusia biasa. Walaupun begitu, mereka takkan menjual perjuangan dengan harga yang murah. Mereka tidak akan mati dalam menjadi seorang selebriti tivi yang dipuja dan dibela oleh penguasa nan zalim. Revolusioner hidup seadanya. Fikiran mereka menerawang ke dunia utopia tatkala masyarakat umum terpukau dengan pesona materialisme di media perdana. Banyak daripada mereka adalah wira yang tak didendang. Kerna dalamnya cinta mereka terhadap kemanusiaan sejagat, insan revolusioner pasti akan menggemari tak kurang sebuah karangan puisi indah. Usman Awang, penulis cerpen Uda dan Dara juga menyindir dengan tajam berbisa dalam sajaknya berjudul Anjing Itu. Ruhi Hayat adalah nama pena seorang sasterawan juga pejuang revolusi, Abdullah Thani bin Raja Kecil. Bakatnya dalam penulisan membentuk jatidiri untuk menjadi pejuang kiri. Mengkagumi sosok nasionalis India, Subhas Chandra Bose, dia kemudian menukar nama menjadi Boestamam. Dia bersama API (Angkatan Pemuda Insaf) memperkenalkan slogan ‘Merdeka dengan Darah’ dalam gagasan mereka, justeru ditangkap oleh polis British ketika itu atas tuduhan hasutan. Walhal, tiada darah manusia yang ditumpahkan melalui penerbitan testamen politik tersebut. Hampir kesemua revolusioner, pejuang nasib golongan murbawan yang tertindas adalah mereka yang minat dengan pembacaan karya-karya agung dan kesusasteraan tinggi. Cinta mereka terhadap ilmu, kebenaran, dan kemanusiaan sejagat amat tinggi. Mereka membantah tindak-tanduk zalim oleh penguasa. Mereka menolak monopoli dalam ekonomi dan menentang dasar politik imperialis asing. Tidak semestinya mereka itu sentiasa bertindakbalas dengan keganasan. Ada segelintir yang lembut dan berjuang untuk merubah struktur social melalui kebudayaan. Mereka menentang kekerasan dengan kekerasan, dan membalas kelembutan dengan kelembutan. Berbeza dengan pendapat Mao Zedong, katanya ‘sesebuah revolusi itu adalah kebangkitan, tindakan ganas masyarakat kelas bawah untuk menjatuhkan kelas atasnya’. Sekiranya bukan dengan senjata, jalan ‘ahimsa’ sang revolusioner ialah berlawan dengan tulisan kata-kata, yang memang merupakan kuasa ampuh menjatuhkan mana-mana kerajaan zalim dan korup. Ayatollah Khomeini yang lebih 14 tahun hidup dalam buangan dulu pernah menuturkan tentang kekuatan penulisan apabila dijelmakan menjadi seperti peluru mesingan, berupaya menghancurkan kezaliman penguasa. Ini kerana, kebenaran berdiri dengan hujah. Walaupun penguasa zalim membariskan tentera demi menundukkan kebangkitan rakyat, kata-kata yang benar adalah gelombang yang sentiasa kekal melantun dari mulut ke mulut, telinga ke telinga, jiwa ke jiwa. Akhirnya ia menjadi ombak besar yang tak dapat dihalang oleh sebarang empangan. ‘Dunia hari ini akhirnya adalah kepunyaan anak muda. Lakukanlah apa sahaja. Dan lakukan sekarang’. Begitu kata Hishamuddin Rais, seorang Melayu sosialis tentang hal revolusi. Mohon untuk saya memberi sedikit tambahan, ‘anak muda, lakukanlah dengan rasa cinta demi keadilan, kemanusiaan dan kebenaran’. ]]>Kenyataan Media Projek Dialog Terhadap Zulkifli Noordin
https://www.youtube.com/watch?v=1ReyrP9fisc) Zulkifli Noordin telah memperolok-olokkan agama Hindu yang mana antara lain beliau telah menyatakan perbualan beliau dengan penjual berhala Hindu di Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Terdapat kira-kira 7.1 peratus daripada rakyat Malaysia berketurunan India. Adalah dipercayai 76 peratus darinya beragama Hindu. Projek Dialog menyatakan kekecewaan kerana sebagai seorang Muslim dan pemimpin dalam masyarakat, Zulkifli Noordin seharusnya tidak menghina kepercayaan penganut agama Hindu ini. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang toleran dan mengamalkan wasatiyyah. Perayaan Thaipusam di Malaysia merupakan contoh sikap toleran yang ada. Kira-kira 1.3 juta penganut Hindu dan pelancong menyertai perayaan yang unik ini. Ini adalah kali kedua dalam tempoh yang hampir, penganut agama Hindu telah dicemuh oleh tokoh beragama Islam. Pada 18 Februari 2013, pendakwah Ridhuan Tee Abdullah dalam artikel pendek berjudul ‘Kesabaran Umat Islam Ada Had’ juga telah menghina agama Hindu. Kami di Projek Dialog berpendapat Zulkifli Nordin dan juga Ridhuan Tee Abdullah, seharusnya belajar mengenal agama lain dengan melakukan dialog. Dalam hal ini agama adalah merupakan tunjang peradaban. Dialog adalah komunikasi antara dua pihak secara dua hala. Kedua-dua pihak mempunyai pandangan dan kaedah yang berbeza mengenai sesuatu persoalan tertentu. Dialog akan membantu supaya tujuan yang sama dapat dicapai secara harmoni. Untuk golongan terpelajar, apatah lagi seorang Muslim terpelajar, dialog adalah satu kaedah untuk mensuratkan yang tersirat dengan memahami pihak lain khususnya kaum minoriti. Projek Dialog berpendapat Malaysia menjadi kaya secara budayanya dengan sumbangan peradaban atau agama lain dari Islam yang merupakan agama rasmi negara. Kekayaan dan khazanah ini haruslah diraikan dan bukannya dipersendakan sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum atau agama. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin sebuah badan untuk mengupayakan orang Melayu-Islam, Zulkifli Noordin perlu diingatkan dengan The Islamic Symposium on Dialogue (1999), di mana negara-negara anggota OlC telah komited dengan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban. Deklarasi yang sangat baik ini telah diangkat sebagai satu resolusi ketika Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (53/22) yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia. Deklarasi menyeru supaya nilai-nilai agama Islam yang melibatkan maruah manusiawi, keadilan, tolak ansur, dan sikap meraikan kepelbagaian harus dikehadapankan demi meningkatkan dialog dan kesalingfahaman. Dialog akan membangkitkan sifat saling menghormati. Adalah dikesalkan Zulkifli Noordin tidak memilih jalan damai ini dan membawa dirinya ke jalan sengketa yang berbahaya. Kami di Projek Dialog menuntut supaya Zulkifli Noordin memohon maaf kepada penganut agama Hindu kerana telah bertindak tidak bijak dan tidak terpelajar dengan menghina agama tersebut.
]]>Sistem pendidikan; alat kasta sosial
“School has become the world religion of a modernized proletariat, and makes futile promises of salvation to the poor of the technological age.” Ivan Illich, Deschooling Society
ZAMAN BERZAMAN, pendidikan dijadikan komoditi untuk berniaga. Zaman moden pasca abad ke-21 ini lebih aneh – disebalik gajet-gajet canggih dan sistem keselamatan sosial oleh negara berkebajikan – golongan yang miskin; tetap tidak mampu untuk mempunyai pendidikan. Sebaliknya, golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai kewangan yang kukuh – akan lebih mudah mendapat peluang. Satu masa dahulu, masyarakat terbahagi kepada beberapa teres dan strata sosial yang menjadikan manusia terbahagi kepada kasta-kasta. Dari generasi ke generasi, manusia dirabunkan daripada \ memahami realiti percanggahan di antara golongan elit dan golongan miskin. Lebih malang, percanggahan itu masih kekal berlaku sehingga kini; melalui sistem pendidikan. Politik Persaingan Untuk memahami bagaimana sistem ini berjalan, kita harus teliti bagaimana sistem pendidikan yang dilaksanakan di sesebuah negara itu. Pengasingan sosial ini selalunya diterapkan seawal mungkin, pada usia yang muda untuk membentuk minda masyarakat terbabit. Kadangkala percanggahan elit dan miskin ini ditukar-ganti dengan nama yang muluk-muluk untuk menenangkan ketegangan sosial di antara kelas. Ini yang dinamakan politik persaingan. Dalam politik persaingan, murid dibahagikan kepada beberapa kategori samada pandai, sederhana dan tidak pandai. Mereka kemudian dikumpulkan mengikut label tersebut. Sepanjang tahun, ada murid yang tidak pernah naik kelas sederhana ataupun cemerlang. Mereka kekal menghuni kelas hujung sehingga tamat persekolahan. Dalam politik persaingan, mereka yang mampu bersaing akan dibenarkan hidup, menghuni kelas atas untuk mentadbir kelas bawahan. Dan perkara ini diajarkan seawal anak-anak kecil dengan umur 7 tahun. Sementara mereka yang tidak mampu bersaing, tanpa mengira latar belakang sosial dan ekonomi akan dipaksa untuk menghuni kelas bawahan untuk menjadi orang suruhan kelas atasan. Pengasingan Kelas Proses terancang untuk memastikan pengasingan kelas di antara kelas miskin dan kelas elit ini tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Di luar kelas, murid yang menduduki kelas hadapan ini akan menghadiri kelas-kelas tambahan dan bengkel menjawab soalan seberapa banyak yang boleh, kerana mereka mempunyai kemampuan kewangan yang membolehkan mereka berbuat demikian. Sementara itu murid-murid kelas belakang yang majoritinya datang dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah – tidak mampu menghadiri kelas tambahan dan bengkel menjawab soalan akibat kekangan kewangan. Kuasa kewangan digunakan sebagai alat untuk mengasingkan kelas-kelas yang berbeza ini. Di hujungnya, sebuah padang yang tidak rata untuk anak-anak ini bersaing kerana peluang yang jauh berbeza. Pengasingan ini nampaknya tidak terhenti di situ sahaja, murid-murid dibahagikan kepada aliran Sains dan Sastera mengikut kemampuan akademik mereka yang diukur hanya melalui satu penanda aras; bukan kepada minat dan kecenderungan peribadi. Murid yang cemerlang peperiksaan pada satu-satu tahap akan dipaksakan oleh sistem untuk menganut aliran Sains tanpa pilihan, sementara murid yang tidak cemerlang pula akan dihantar masuk aliran Sastera, juga tanpa pilihan. Akibatnya, aliran Sains dipenuhi dengan manusia analitikal tanpa jiwa seni; sementara aliran Sastera dipandang jelek kerana dipenuhi dengan mereka yang tidak cemerlang dalam ukuran akademik. Hegemoni Kelas Dominan Berbeza dengan negara maju, aliran Sains dan Sastera dipenuhi oleh individu yang mempunya ‘passion’ terhadap Sains atau Sastera itu sendiri kerana mereka memilih untuk masuk ke aliran tersebut bukan berdasarkan pencapaian linear satu-satu ujian, tetapi berdasarkan minat dan kecenderungan yang dipupuk dan disedari sejak dari kecil. Maka lahirlah generasi Sains yang berlumba-lumba untuk menempatkan diri mereka di kelompok atas masyarakat tanpa memikirkan golongan lain; serta generasi Sastera yang tidak pandai menulis atau ber-sastera. Perkara ini begitu jelas sehingga dapat dilihat kepada bentuk bangunan yang dihasilkan tanpa ciri-ciri seni yang tinggi; ataupun kepada industri sastera yang dipenuhi dengan karya oleh individu di luar aliran sastera itu sendiri. Antonio Gramsci menggunakan istilah ‘hegemoni’ untuk menggambarkan dominasi sesebuah kelas terhadap kelas yang lain. Ini menurutnya bukan sekadar keupayaan untuk kawalan politik dan ekonomi, tetapi juga keupayaan kelas dominan ini untuk memperlihatkan sudut pandang mereka terhadap kelas yang dikuasai. Ini menyebabkan kelas yang dikuasai memandang perkara ini sebagai sesuatu yang ‘normal’. Persaingan vs Kerjasama Manakala terma yang digunapakai untuk melunakkan sistem yang mengajarkan perhambaan moden ini adalah persaingan. Anak-anak kecil diajarkan bersaing kerana disisipkan di dalam pemikiran mereka sikap individualistik. Seperti anak-anak Sparta, politik persaingan menyebabkan yang berjaya memasuki kelas hadapan akan memasuki universiti ternama seterusnya mempunyai pekerjaan baik-baik pada masa hadapan. Sementara anak-anak yang menghuni kelas belakang pula, tidak akan mempunyai akses kepada pengajian tinggi seterusnya akan mengisi kekosongan jawatan kelas pekerja bawahan. Item seperti ‘self esteem’, sikap percaya diri serta nilai seperti keadilan dan kesetaraan tidak dapat diimplementasi ke dalam minda anak-anak kelas belakang kerana di akhir sesi persekolahan, mereka akan melihat kejayaan rakan-rakan mereka di kelas hadapan dengan perasaan iri dan hairan. Mengapa rakan-rakan mereka mempunyai peluang yang tidak sama seperti mereka? Mengapa rakan-rakan mereka itu tidak hadir dan membantu mereka untuk sama-sama naik dalam pelajaran? Golongan ini, yang pada akhirnya kecewa dan tidak percaya kepada pelajaran, memilih untuk meneroka perkara baharu kerana tidak dapat memahami keperluan sekolah dan pelajaran di dalam diri mereka. Ini terjadi kerana pelajaran tidak sedikitpun membantu mereka menangani kesukaran hidup, malah membeza-bezakan pula mereka di antara satu sama lain. Melalui hegemoni juga Gramsci menyatakan, keseluruhan sistem kepercayaan, nilai, perilaku serta moral mempunyai kesan untuk menyokong status quo di dalam hubungan kekuasaan ini. Dalam konteks ini, hegemoni boleh didefinisikan sebagai ‘prinsip terancang’ yang disisip ke dalam proses sosialisasi kehidupan seharian. Kesedaran seperti ini dimasukkan ke dalam fikiran populasi awam sehingga ia dikenali sebagai aturan awam agar falsafah, budaya dan moral penguasa elit terpapar sebagai sesuatu yang ‘normal’ sekali lagi. Masa Depan Pendidikan Moden Untuk yang bijak memerhati, punca kepada permasalahan ini adalah apabila institusi pendidikan menjadi terlalu rigid dengan arahan ‘monotonous’ melalui hegemoni pelan mengajar, kurikulum, pedagogi dan ketidakmahuan sistem untuk melihat kepada masalah politik dan budaya. Douglas Kellner di dalam makalahnya ‘Toward a Critical Theory of Education’ menekankan perkembangan pedagogi radikal akan membolehkan guru melepaskan diri mereka dari model sebegini untuk melihat kepada beberapa model lain yang lebih menekankan kerjasama seperti ‘Deweyan experimental education’, pedagogi alternatif dari Freire atau konsep baharu pendidikan oleh Illich. Menurutnya lagi, pembelajaran koperatif yang melibatkan lebih banyak dialog serta hubungan sosial yang interaktif mampu mempromosi demokrasi, sikap kerjasama serta nilai sosial positif terutamanya untuk memenuhi sifat percaya diri dalam pembelajaran. Pembelajaran moden yang melihat dunia di dalam fesyen linear berdasarkan cetakan-cetakan sejarah sebenarnya sedang menipu manusia kerana perhambaan masih lagi berlaku samada di negara ketiga mahupun negara pertama. Yang berubah hanyalah terma-terma teknikal yang tidak difahami umum untuk mengaburi mata awam. Jika pendidikan moden masih menggunapakai politik persaingan, membahagi murid berdasarkan potensi intelek semata-mata, mengajarkan superioriti individu lebih tinggi dari kerjasama serta berfungsi untuk mengekalkan kelas-kelas sedia ada untuk memastikan kuasa elit untuk memerintah golongan bawahan; nyatalah pendidikan moden telah menjadi alat kepada sebuah sistem lama yang satu masa dahulu dikenali sebagai kasta. Oh, tidak seorang pun di kalangan kita menyedarinya bukan? “School is the advertising agency which makes you believe that you need the society as it is.” Ivan Illich. ]]>Antara sekarang dan masa depan: Satu temubual bersama Zul Fikri Zamir, pengasas Teach for the Needs
Apa matlamat disebalik penubuhan Teach for the Needs (TFTN)? Bila bermulanya gagasan ini pada tahap paling awalnya dan oleh siapa? Matlamat penubuhan TFTN adalah; i) memberi peluang kepada anak kelas corot, anak miskin dan yatim untuk memasuki kelas tusyen dan peluang pendidikan setara sebagaimana rakan-rakan mereka di kelas hadapan yang lain; ii) membantu guru dan sukarelawan TFTN bekerjasama menyelesaikan masalah masyarakat setempat; iii) membuktikan stereotaip bahawa anak kelas corot, miskin dan yatim ini adalah murid yang malas dan tidak berbakat. TFTN ditubuhkan pada Mac 2012 dengan tujuan menjadi platform kepada guru dan sukarelawan membantu anak-anak tertindas dan marginal ini dengan menyediakan ‘support system’ kepada guru dan sukarelawan TFTN seperti bantuan buku dan ‘teaching materials’ yang lain. Gagasan ini bermula pada awalnya oleh saya sendiri dengan bantuan sis Asmidar Alias setelah mendapat persetujuan 5 rakan guru lain yang bersetuju untuk memberikan kelas percuma kepada anak-anak terbabit. Siapa sasaran TFTN? Sasaran TFTN adalah anak-anak di sekolah yang menghuni kelas corot, anak yatim serta anak dari keluarga miskin yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM 800 sebulan. Mengapa tumpuan kepada pelajar-pelajar daripada gelongan berpendapatan rendah? Apakah dasar-dasar kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi? Dasar kerajaan pada masa kini walaupun agak komprehensif, tetapi mempunyai berberapa blindspot yang tidak dapat dikesan oleh sistem atau Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Apakah blindspots teresebut? Boleh bagi contoh? Sebagai contoh, masih terdapat murid yang tidak boleh membaca pada umur 12 tahun. Tetapi mereka ini bukan hasil kepada sistem 6 tahun pembelajaran sekolah rendah. Kadang kala mereka masuk ke sekolah pada umur 11 tahun, menyebabkan mereka tercicir. Saya difahamkan kes sebegini masih banyak. Begitu juga dengan jurang di antara bandar dan pedalaman samada dari jurang teknologi mahupun sebaran guru. Semua ini memerlukan penyelesaian berbentuk setempat – samada dari masyarakat lokal atau guru di sekolah terbabit. Masalahnya kini kementerian di Putrajaya merasakan hanya mereka yang mampu menyelesaikan semua masalah di seluruh negara. TFTN percaya dengan menggerakkan masyarakat awam terutamanya anak muda, guru pelatih dan mahasiswa untuk menyelesaikan masalah anak-anak tertindas dan marginal ini; sebuah penyelesaian dalam kerangka setempat dapat dilaksanakan. Sekurang-kurangnya selain membantu anak-anak tersebut mendapat nilai pendidikan setaraf sebagaimana rakan mereka yang lain, TFTN juga berhasrat untuk menggerakkan masrakat sivil untuk cakna dengan isu pendidikan dan bergerak untuk menyelesaikannya secara kolektif. Apakah masalah yang paling biasa ditemui TFTN dikalangan pelajar-pelajar yang TFTN bantu? Masalah biasa yang diajukan kepada TFTN oleh guru dan sukarelawan ialah penguasaan kemahiran 3M yang masih di tahap membimbangkan. Peratusan ketidakbolehan membaca di kalangan anak-anak TFTN agak besar. Kami belum lagi membuat saringan kebolehan kemahiran mengira – yang akan kami adakan pada masa hadapan dan dijangka peratusan tersebut akan lebih besar dari peratusan ketidakbolehan membaca. Apakah biasanya latarbelakang keluarga pelajar-pelajar yang ketinggalan tersebut? Apakah jenis pekerjaan ibu-bapa mereka? Biasanya latar belakang keluargamereka yang ketinggalan ini pelbagai. Jika di kota, kebanyakan mereka menghuni flat 2 bilik dengan jumlah penghuni sekitar 6-8 orang setiap rumah. Ibu bapa mereka selalunya pekerja kelas bawah seperti pekerja kilang dan sektor swasta yang gaji tidak melebihi RM 1000 sebulan untuk setiap rumah. Di kawasan pedalaman pun begitu juga, kebanyakannya hadir dari keluarga berpendapatan rendah. Dilihat banyak kecenderungan kepada penswastaan sebagai penyelesaian kemunduran kualiti pendidikan negara sekarang. Apa pendapat saudara? Saya percaya jika penswastaan boleh menyelesaikan beberapa isu dan masalah pendidikan pun– tetapi dalam jangka masa yang pendek sahaja. Di Malaysia, pendidikan nasional perlukan sebuah ideologi dan falsafah baharu yang boleh memberi manfaat buat semua tanpa menyebabkan masalah lama berulang. Penswastaan bukanlah jawapan kepada ideologi dan falsafah pendidikan baharu sebagaimana yang diperlukan kini. Apakah falsafah tersebut? Apakah matlamat jangka masa panjang itu? Falsafah yang diperlukan negara kini adalah untuk membebaskan negara dari feudalisme ilmu. Zaman moden ini adalah zaman paling mencabar kerana kekuasaan dan pengaruh dipelopori oleh sebilangan kecil yang mendakwa mereka pemilik kebenaran. Ilmu harus dibebaskan kepada orang awam dan masyarakat untuk diamalkan, bukan terperuk di perpustakaan atau ‘online journal’. Pertama saya kira kajian mendalam terhadap Falsafah Pendidikan Negara pada masa kini yang digubal awal penubuhan negara Malaysia berpuluh tahun dahulu; perlu dibuat bacaan semula sesuai dengan perubahan zaman dan teknologi. Pendidikan negara pada masa kini bukan sahaja perlu merujuk kepada pembinaan insan holistik melibatkan unsur Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek mahupun Sosial; lebih besar dari itu konsep pendidikan haruslah bersifat anti-individualistik. Insan yang terhasil dari sistem ini perlu faham bahawa pendidikan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi adalah sebuah usaha berterusan untuk menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Dalam jangka masa panjang, insan-insan yang terhasil dari falsafah ini akan menghasilkan sebuah sistem yang akan berfungsi untuk memajukan peradaban dan mengekalkan budaya negara bangsa. Halangan paling besar buat sistem pendidikan di negara ini adalah untuk merobohkan tembok institusi dan amalan lama yang telah meresap menjadi budaya kerja warga pendidikan khususnya. Setiap hari kita lihat isu-isu agama dan perkauman digembar gemburkan media. Apakah peranan yang boleh dimainkan universiti untuk memperbaiki atau menawar alternatif untuk menangani masalah tersebut. Saya berpendapat segala masalah dan isu seperti agama dan perkauman – jawapannya dipunyai oleh universiti-universiti yang menjadi pusat ilmu dan latihan anak muda masa kini. Jawapan kepada masalah tersebut samada dari segi teori, falsafah mahupun praktik; semuanya berada di perpustakaan-perpustakaan besar universiti terbabit. Malangnya, anak-anak muda dan mahasiswa tidak diajar untuk mencari penawar yang berada di dalam perpustakaan mega mereka untuk dianjurkan kepada masyarakat. Tetapi mereka diajar untuk mengejar CGPA , pointer ataupun Jurnal. Penawar dan ilmu, ditinggalkan di rak-rak perpustakaan. Kita perlu gerakkan anak muda untuk melihat pengakhiran pengajian mereka adalah untuk masyarakat, bukan untuk dirinya sendiri. Di manakah bermulanya kemelesetan budaya ingin tahu kritis di universiti-universiti kita? Pertama apakah yang dimaksudkan dengan budaya kritis? Apakah negara bersetuju dengan mazhab kritis sebagaimana dianjurkan oleh the Frankfurt School, Gramsci ataupun Freire? Kedua, budaya ingin tahu ini tidak hadir secara tiba-tiba. Kita harus melihat semula sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Inilah masalah sebenar kita kerana di awal pembelajaran murid-murid disogok dengan set soalan dan jawapan. Pedagogi berorientasikan peperiksaan telah membunuh sifat ingin tahu seterusnya menghasilkan generasi yang hanya tahu menghafal dengan kemahiran berfikir yang sangat kurang. Situasi ini bertambah parah apabila silibus yanga ada juga tidak membantu proses perkembangan kreatif dan pemikiran kritis pelajar. Pada pendapat saudara, patutkah MARA dibuka kepada golongan bukan Melayu dan Bukan Muslim? Saya optimis jika MARA dibuka kepada golongan bukan Melayu dan bukan Muslim, anak muda Melayu dan Muslim di MARA akan lebih berdaya saing serta dapat keluar dari kepompong selesa yang telah mereka huni selama ini. Saya juga percaya isunya bukanlah bangsa atau hak istimewa – tetapi lebih besar daripada itu adalah sifat jiwa besar, daya saing serta sikap untuk memajukan diri yang perlu dipupuk sejak dari kecil oleh keluarga. Apakah intipati semangat daya saing yang harus dipupuk? Apakah tempat atau peranan semangat kerjasama dalam konteks ini? Sebagai masyarakat bumiputra, sifat daya saing sangat perlu untuk memastikan keseimbangan pencapaian di antara bangsa-bangsa yang pelbagai. Di hujung sikap daya saing ini, satu pencapaian yang setara akan dicapai jika persaingan yang sihat diamalkan. Walaubagaimanapun, semangat kerjasama memainkan peranan yang lebih penting. Dengan adanya semangat kerjasama, daya saing akan turut meningkat untuk memandu pertumbuhan yang lebih positif. Saudara dilihat sebagai agak kritikal terhadap gerakan Mahasiswa, tapi tahun 2012 banyak menunjukkan tahap keberanian mahasiswa yang agak jarang dilihat sebelum ini, contohnya kes Adam Adli, Khalid Ismath, gerakan pemansuhan PTPTN. Bolehkah tren-tren ini dilihat sebagai satu permulaan peningkatan kesedaran yang baru bagi gerakan mahasiswa yang sebelum ini sudah lama terbantut perkembangannya? Tren-tren ini boleh diambilkira sebagai satu ‘sign’, walaubagaimanapun jika perkiraan dibuat secara statistikal, jumlah ini terlalu kecil dan sedikit. Lebih membimbangkan, ‘sign’ yang kita lihat kini adalah terlalu partisan. Sangat sedikit gerakan mahasiswa yang non-partisan; lebih dari itu gerakan mahasiswa yang turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah masyarakat atau menjawab isu seperti gaji minima ataupun isu pendidikan hampir tidak ada. Sebagai penjelasan, boleh tak saudara huraikan dengan lebih lanjut apakah sebenarnya masalah dengan mengambil pendirian yang partisan? Di Eropah misalnya, pendirian partisan ini tidak menjadi masalah kerana kestabilan situasi politiko-sosio-ekonomi yang telah dicapai di sana. Malangnya di Malaysia, negara masih tersangkut dengan era ‘politics of fear’ dan ‘politics of patronage’. Sebahagian besar anak muda menganggap politik tidak menarik dan memualkan kerana dua sebab ini. Oleh yang demikian, pendirian non-partisan akan memberi lebih keuntungan di mana lebih ramai partisipasi akan dapat dijana selain akan membuka mata lebih ramai anak muda untuk menyumbang tanpa mengira ideologi politik. Lebih menarik, pendiri non partisan juga tidak tertakluk kepada peraturan-peraturan pelik partisan dan lebih mudah mendekati masyarakat. Buku karangan saudara, Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang akan berada dipasaran tidak lama lagi, Apa pesanan utama buku ini? Pesan utama buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang adalah untuk menggembleng tenaga anak muda untuk keluar dari universiti dan membawa seluruh ilmu yang dipelajari untuk merawat masalah masyarakat. Anak muda harus segera bertindak serta mengambil alih peranan aktivisme untuk menentukan hala tuju negara. Mereka harus segera sedar Malaysia 30 tahun akan datang ditentukan oleh corak pemikiran mereka, bukan tokoh politik yang sudah berumur 89 tahun. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Teach for the Needs, sila layari laman web dan Facebook page mereka.
]]>Grant opportunity with Projek Dialog!
Projek Dialog will open a small grant competition to CSOs, activists, humanitarian and faith-based organizations interested in implementing innovative ideas with the goal of building religious / ethnic tolerance and community solidarity. The project must be oriented towards the promotion of social good resulting in increased understanding and harmony between different communities in Malaysia. With the help of our partners, Projek Dialog will support and endorse the new web / phone tool and platform. Projects that provide the best services and facilities to stimulate conversations around issues of religious tolerance and mutual harmony in the Malaysian context will stand the highest chance of securing the grant. We are open to innovative ideas. Depending on the particular needs of a proposed project, a seed grant up to the amount of RM 30,000 can be secured by a successful applicant. Examples of possible project ideas include “Ask an Adherent”: “Ask an Adherent” is a phone platform where an individual can ask a question about a specific religion that they may be too embarrassed to ask their friends, colleagues, etc. This platform will provide a safe space for individuals curious about other cultures and religions to gain more understanding about other cultures and religions. Content from each grantee project will also feed into the dedicated standalone website www.projekdialog.com