Projek Dialog

Dialog antara agama: nilai dan kepentingan

Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk dimana rakyatnya berbilang kaum, bangsa dan agama. Agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan membentuk komposisi 60.4% manakala agama Kristian yang merupakan agama majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak membentuk komposisi 9.2% penduduk Malaysia berdasarkan rekod  Jabatan Perangkaan dan Statistik Negara. Kedua-dua agama ini sering mendapat perhatian nasional ekoran daripada rentetan demi rentetan isu yang mengoncang sensitiviti agama masing-masing. Isu Kristianisasi ke atas umat Islam, isu murtad dalam kalangan umat Islam sendiri dan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam merupakan suatu kekhuatiran yang amat serius bagi umat Islam di negara ini. Tidak kurangnya juga masyarakat Kristian yang juga bersifat defensif apabila sesetengah isu dibangkitkan, contohnya: isu peng-Islaman di kawasan pedalaman, isu sekolah mubaligh kehilangan identiti, isu larangan pengunaan kalimah Allah, isu ancaman bakar Alkitab oleh segelintir fundamentalis Islam dan isu baling bom di gereja. Disebalik pelbagai kemelut ni, pelbagai stereotaip muncul yang sedikit sebanyak bakal meretakan perpaduan yang terbina. Justeru itu, usaha untuk menjernihkan stereotaip ini harus bagi mengelakkan suasana ketegangan agama yang serius. Dialog antara agama adalah salah satu usaha baik bagi memulihkan kemelut yang ada bagi menunjukkan toleransi dan empati terhadap satu sama lain secara hormat. Dialog Penulis berpeluang untuk berdialog bersama ahli akademik yang mewakili satu pertubuhan bukan kerajaan yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian di Malaysia. Penulis berasa sangat teruja kerana dapat bersua muka bersama mereka bagi mendapat pandangan mereka. Atas dasar itu penulis menyahut seruan Gereja Katolik yang merupakan pegangan hidup penulis untuk membina jambatan dengan agama lain. Sebagaimana yang disarankan oleh Paus Fransiskus dalam Apostolic Exhortation Evangelii Gadium di mana beliau membincang dialog antara agama, “Satu sikap keterbukaan terhadap kebenaran dan dalam cinta kasih harus membentuk dialog dengan penganut dalam kalangan agama bukan Kristian, walaupun dalam pelbagai kancah halangan dan kesukaran, terutama dalam bentuk fundamentalisme dalam kedua belah pihak. Dialog antara agama adalah satu syarat penting untuk keamanan di dalam dunia, maka ianya menjadi satu tanggungjawab seorang Kristian termasuk komuniti agama lain…Dalam cara sedemikian, kita belajar untuk menerima yang lain serta cara mereka hidup, berfikir dan bersuara. Kita juga boleh menyertai satu sama lain dalam mengangkat tanggunjawab dalam memberi keadilan dan keamanan, yang sepatutnya menjadi satu prinsip asas terhadap semua petembungan kita. Dialog yang memacu keamanan sosial dan keadilan itu sendiri melangkaui kesemua pertimbangan praktikal, adalah satu komitmen beretika yang akan membawa ke arah satu situasi sosial. Usaha dilaksanakan dengan satu tema yang khusus akan berupaya menjadi proses saling mendengar, dimana kedua-dua belah pihak dapat memperkayakan dan dimurnikan. Usaha ini, hasilnya juga akan membawa kearah cinta terhadap kebenaran.” Dalam sesi dialog itu, NGO tersebut lantang menyuarakan penggunaakan kalimah Allah dari segi kemurnian kata nama khas dan penggunaannya yang bersifat eksklusif. Manakala, penulis menyampaikan bahawa hak umat Kristian menggunakannya adalah berpunca dari segi sejarah, budaya, bahasa dan penggunaanya yang bersifat sejagat. Sementara itu hadirin ramai serta terdiri daripada berbilang kaum dan agama yang sudah tentu akan menhangatkan suasana dialog, jadi sesi soal jawab bersama panelis juga tidak lepas daripada soalan-soalan kontroversi. Ternyata dialog ini terkesan dalam membina suasana “saling mendengar” bukan sahaja antara penganut Islam dan Kristian bahkan yang lain. Disebalik kehangatan dialog tersebut terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan bagi membentuk suasana dialog yang sihat. Penulis mendapati terdapat pola tidak sihat dalam pengutaraan pendapat antara panelis dan para hadirin. Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa dialog bukan merupakan satu cara bagi memuktamadkan penyelesaian masalah tetapi dialog antara agama bagi penulis disifatkan lebih kepada pencarian alternatif terhadap permasalahan hidup bermasyarakat. Pengajaran Satu sahaja perkara yang penulis ingin kritik ialah sikap “Saya selalu betul, kamu selalu salah” atau istilah etnosentrik/etnosentrime ketika berdialog. Pandangan sesuatu kaum, bangsa atau agama majoriti yang mengatakan hanya itulah yang betul dan tepat adalah tidak wajar untuk ditonjolkan. Pendapat tersebut tidak wajar dipaksakan terhadap orang lain yang berlainan pegangan. Dalam berdialog, sikap tersebut harus ditukar kepada “setiap pendapat mungkin ada betulnya.”  Namun, dalam dialog antara agama usaha “saling mendengar” itu tidak hanya bersifat mendengar semata-mata tanpa bersuara. Setiap pendapat dalam dialog adalah penting. Dalam membicarakan isu seperti kalimah Allah, perkara ini timbul menjadi polemik agama apabila Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2007 terhadap akhbar mingguan Katolik Herald. Perkara yang sepatutnya dibincangkan bagaimana kemelut ini wajar diselesaikan atau diredakan. Namun, hal ini tidak ditekankan pula dalam dialog ketika itu kerana kekangan pendapat bersama NGO Islam tersebet. Disamping itu, selama lebih 3 jam dialog, penulis amat positif dengan hasil dialog tersebut. Banyak input serta output diperoleh dalam memahami permasalahan isu kalimah Allah antara Islam dan Kristian. Rata-rata para audiens juga bersikap terbuka walaupun ada yang tidak berpuas hati terhadap pendapat panelis sama ada pihak Muslim mahupun pihak penulis. Pertembungan ini adalah positif walaupun berlainan pendapat. Memahami satu sama lain Penulis berupaya untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia setelah isu tersebut masuk ke dalam kes mahkamah dan diwar-warkan media arus perdana berdasarkan hujah mereka dan begitu juga penulis berasakan audiens Kristian yang hadir juga berupaya untuk memahami sensitiviti mereka. Sementara itu, penulis juga berharap agar pihak NGO Muslim tersebut dan audiens Muslim yang hadir juga terkesan dalam memahami tentang niat serta kewajaran umat Kristian di Malaysia menggunakan kalimah tersebut tanpa mengundang rasa tidak senang terhadap umat Kristian. Penulis sangat optimis bahawa dialog seperti begini wajar diteruskan. Tatkala isu ini masih dalam kes mahkamah, terdapat banyak lagi isu-isu keagamaan lain yang menanti ibarat telur dihujung tanduk yang penulis rasakan perlunya dialog antara agama ini diadakan. Akhir kata, penulis sekali lagi inigin memetik kata-kata Paus Fransiskus dalam memacu dialog antara agama terutama bagi penganut Kristian dan Islam sebagai renungan bersama. “Hubungan kita terhadap penganut Islam telah membawa kepada kepentingan yang utama, memandangkan kehadiran mereka yang signifikan di negara-negara tradisi Krisitian, dimana mereka dibenarkan untuk beribadat secara bebas dan menjadi sebahagian dalam masyarakat. Kita semestinya tidak lupa bahawa mereka berpegang pada iman Abraham, dan bersama kita bersujud menyembah ‘Allah’ yang tunggal dan maha rahim, yang akan menghakimi manusia pada hari kiamat…Kristian sepatutnya menerima dengan setiakawan dan hormat terhadap imigran Muslim di negara kita (Kristian) dan pada masa yang sama kita juga berharap dan meminta untuk diterima dan dihormati di negara Islam. Saya (Paus Fransiskus) meminta dan dengan rendah diri memohon mana-mana negara untuk memberi umat Kristian kebebasan mereka beragama dan mengamalkan ajaran mereka, sebagaimana umat Islam nikmati di negara Barat. Berhadapan dengan siri peristiwa keganasan fundamentalisme yang mengecewakan, hormat kita terhadap pengikut Islam sejati yang membawa ke arah generasi keamanan, dimana bagi Islam yang sebenar dan tafsiran Al-Quran yang sewajarnya menentang segala bentuk keganasan.”       unnamed

VERMOX
]]>

Kembali kepada asas permasalahan isu Kalimah Allah

oleh Dr. Patricia Anne Martinez Kebanyakkan di kalangan kita telah hilang tumpuan dan keliru akan asal kewujudan permasalahan Kalimah Allah. Hal ini kerana ia telah lama berlarutan, dari satu “drama” ke satu “drama” yang lain. Maka demikian, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai asal usul berlakunya kontroversi kalimah “Allah” di negara ini. Hal ini adalah penting kerana sesetengah “jalan penyelesaian” yang sedang beredar di dalam laman-laman internet, yang dicadangkan bagi masyarakat Kristian, adalah tidak adil serta tidak masuk akal. Sebagai contohnya, ada yang menggunakan petikan Bible dari Isa dan menggesa umat Kristian untuk “memalingkan pipi ke arah lain” (turn the other cheek) bila tersinggung. Dalam maksud lain, umat Kristian di negara ini digesa untuk berundur dan tidak berkonfrontasi dalam isu ini sebagai mengikut contoh Isa. Masalahnya, masyarakat Kristian tidak tersinggung pun, tetapi terdapat perkara penting yang perlu kita lihati berkenaan penggesaan masyarakat Kristian untuk bersabar demi ‘memelihara keamanan dan kestabilan negara’; atau ‘menundukkan kepala, walaupun sedikit’. Masyarakat Kristian sememangnya telah “MEMALING PIPI KE ARAH LAIN”. Sebagai contohnya, demostrasi oleh UMNO dan penyokong-penyokongnya yang lain di luar makamah di Putrajaya dan di tempat-tempat lain, serta ancaman untuk mengadakan demostrasi mega di masa kelak oleh UMNO, roadshow anjuran UMNO untuk ‘menerangkan kebenaran isu kalimah Allah kepada umat Islam’ dimana mereka menuduh dengan sewenang-wenangnya seorang Kristian – Father Lawrence Andrew (walhal SEMUA orang Kristian berdiri teguh dibawah perlembagaan negara ini dalam hak kebebasan beragama), ancaman untuk membakar Alkitab, pelbagai tuduhan tidak berasas dilempari, laporan polis dan ancaman-ancaman oleh beratus-ratus penyokong UMNO, menggunakan kesempatan isu kalimah Allah untuk memburuk-burukkan pihak pembangkang serta membuat tuduhan melulu kononnya masyarakat Kristian ingin menukarkan Malaysia menjadi negara Kristian (Utusan Malaysia), membakar patung dan foto muka Father Lawrence Andrew …. DALAM MASA HANYA DUA TAHUN…. TIADA SATUPUN tindakan balas yang melulu daripada masyarakat Kristian. Paling tidaknya, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dan ketua-ketua Gereja di Sabah dan Sarawak telah mengeluarkan beberapa KENYATAAN berhubung dengan isu ini. Maka itu, masyarakat Kristian sememangnya telah bersabar, dan TELAH “memaling pipi ke arah lain” demi memelihara keamanan antara agama yang merupakan ajaran yang termulia dalam agama Kristian, serta memelihara keharmonian negara kita yang tercinta. Secara jujurnya, kata-kata Muhammad Tajuddin berkenaan “menjaga keselamatan” masyarakat Kristian di negara ini menunjukkan bahawa betapa bahayanya ancaman yang dihadapai oleh masyarakat Kristian di negara ini… TANPA SEBARANG TINDAKAN BALAS selain daripada rayuan untuk kekal bersabar, bersikap rasional, dan berdoa untuk kedamaian. Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jnr. diangkatkan oleh Muhammad Tajuddin sebagai contoh “memaling pipi ke arah lain” i. e. menerima ketidakadilan secara aman: namun begitu TIADA SATUPUN daripada tokoh-tokoh keamanan ini “memaling pipi ke arah lain”. Bahkan, mereka mengajar masyarakat dunia makna “bantahan awam” (civil disobedience) dan mengadakan protes-protes terhadap ketidakadilan dengan melakukan perkara yang DIHARAMKAN, tetapi bukan dengan keganasan – terhadap kerajaan colonial (Gandhi), dan terhadap undang-undang yang tidak adil (undang-undang pengasingan – Martin Luther King, dimana beliau mengadakan  protes dengan menduduki ruangan tempat duduk bas-bas, restaurant dan sebagainya untuk “Orang Putih Sahaja”).  Contoh yang lain: rakyat kulit gelap Amerika Syarikat berjalan beramai-ramai untuk protes secara aman. Mereka langsung tidak berundur atau berdiam diri menerima keadaan pengasingan kaum pada masa itu, dan “memaling pipi ke arah lain”. Ramai rakyat Malaysia terus mencadangkan agar orang Kristian menggunakan perkataan ‘Tuhan’ dan bukan kalimah ‘Allah’. Fakta kajian daripada CFM ( ditulis dalam tiga bahasa ) yang boleh didapati dengan meluas di SEMUA media atas talian dan dari pejabat CFM, menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan.Realitinya, Alkitab telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sejak empat abad yang lalu, menggunakan KEDUA-DUA perkataan Tuhan dan kalimah Allah. Dalam petikan di mana Tuhan merujuk kepada diri-Nya sebagai “Tuhan”, ayatnya berbunyi, ” Saya adalah Tuhan dan Allah Kamu” (“I am your Lord and your God”). Maka dengan menggantikan Allah dengan ‘Tuhan ‘ bermakna menulis “Saya adalah Tuhan dan Tuhan Kamu”, secara tidak langsung akan menjadikan Kristian musyrik, hal ini kerana orang Kristian adalah beragama tauhid sebagaimana orang Islam juga. Berkenaan dengan teologi Triniti, seperti yang difahami oleh orang Islam, ‘ ALLAH ‘ HANYALAH MERUPAKAN RUJUKAN LINGUISTIK BAGI MAKNA TUHAN dalam bahasa, budaya dan sempadan geografi daripada tiga agama Ibrahim. Dan agama Kristian telahpun wujud sebelum Islam … Sejak berabad-abad lagi,  masyarakat Kristian yang bertutur dalam bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian mereka membentuk 64% daripada jumlah KESELURUHAN UMAT KRISTIAN MALAYSIA, malah mereka hanya mempunyai Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar mereka…. mereka juga telah menggunakan kalimah ‘Allah’ tanpa sebarang gangguan SEHINGGA BARU-BARU INI. Jika apa yang diinginkan oleh orang Kristian adalah UNTUK MENGEKALKAN HAK ASAL MEREKA MENGGUNAKAN KALIMAH ‘ALLAH’ SEJAK TURUN-KEMURUN, MENGAPAKAH PERLU ORANG KRISTIAN ‘MELEPASKAN’ HAK ASAL MEREKA, DAN ‘BERTOLAK-ANSUR’? Sesungguhnya  mereka yang ingin mengganggu hak penggunaan kalimah ‘Allah oleh masyarakat Kristian yang sepatutnya perlu bertolak ansur? Sememangnya itulah tanggungjawab mereka yang membuka isu ini. Siapakah yang sengaja ingin mengganggu hak asal tersebut? Ia adalah pihak berkuasa agama iaitu dengan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dan termasuk juga perkataan lain seperti ” Haji ” dan ” surau ” oleh orang bukan Islam! Mantan Menteri Negeri Dalam Negeri telah memutuskan bahawa sebuah majalah Gereja Katolik ( The Herald ) yang diedarkan dikalangan penganut Katolik yang melanggani majalah tersebut sahaja, tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen The Herald dalam Bahasa Malaysianya, alasannya kerana The Herald diedarkan di Sabah dan Sarawak. INI ADALAH ASAL SUL ISU ‘ALLAH’ TETAPI FAKTA ISU INI LANGSUNG TIDAK disiarkan kepada SEMUA, terutamanya bagi orang Islam. Selepas bertahun-tahun melakukan pelbagai rundingan, rayuan, melampirkan bukti dan sebagai secara tertutup; pihak Gereja katolik akhirnya menemui jalan buntu. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Mahkamah atas pengharaman penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh masyarakat Kristian. Jalan terakhir ini adalah rekursa yang logik dan muktamad bagi warganegara Malaysia yang dilindungi oleh perjanjian Perlembagaan termasuk kebebasan beragama dan kebebasan untuk mengurus hal ehwal agama seseorang. Maka demikian, BUKAN ORANG KRISTIAN YANG MEMULAKAN KONFLIK ISU ‘ALLAH’ INI. Pihak gereja Katolik telah menjadi mangsa pertama dimana pihak Kementerian Dalam negeri memilih untuk ‘mengharamkan’ penerbitan majalah mereka – namun begitu pihak Kementerian tersebut boleh sahaja memilih untuk mengharamkan mana-mana penerbitan Kristian yang lain. Oleh itu, perjuangan untuk mengekalkan hak asal penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi 64% orang Kristian di Malaysia ini adalah perjuangan untuk SEMUA orang Kristian. Ini bukan lagi “perjuangan” Gereja Katolik dan Father Lawrence Andrew, seorang paderi Katolik Jesuit dan editor The Herald. Beliau juga bukan seorang yang berniat jahat seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Tidak terdapat di mana-mana dalam upacara sembahyang Kristian Malaysia atau di dalam Alkitab bahasa Inggeris, Tamil atau Cina, dimana kalimah ‘Allah’ muncul, dan orang Kristian tidak mempunyai niat untuk menukar perkataan ‘Tuhan ‘ kepada ‘ Allah ‘ di dalam Al-Kitab . Tuduhan yang diedarkan dalam laman sesawang ini adalah salah satu pembohongan yang besar, bahkan ditambah pula dengan adendum bahawa orang Kristian kini cuba untuk merampas ‘hak’ keistimewaan Melayu dan Islam – sebuah isu ‘sensitif’ bagi mereka yang memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’, hal ini termasuk juga pembohongan lain bahawa orang Kristian mahu menggunakan kalimah Allah untuk ‘mengelirukan’ dan ‘ memurtadkan’ umat Islam. Semakin ramai umat Islam sendiri juga mempersoalkan: adakah kepercayaan mereka begitu lemah? Jadi mereka mudah berubah? Sejak Mahkamah Rayuan memberi penghakiman bahawa orang Kristian diharamkan daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, ulama Islam seluruh dunia (dan di Malaysia) – SEMUA bersepakat tidak bersetuju dan mencemuh akan tindakan pengharaman tersebut, mereka juga “berasa aib” terhadap versi Islam di Malaysia yang menjadikan kalimah “Allah” sebagai perkataan ekslusif bagi orang Islam sahaja ( petikan ini telah dipaparkan dalam media alternatif). Dalam pada itu, media daripada negara-negara Islam mentertawa serta mengkritik Malaysia – dari Timur Tengah; dan Turki, Pakistan, termasuk juga jiran kita Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia. Dalam akhbar Jakarta Post terpampang tajuk “Sejak bila orang Islam memiliki Tuhan?” … akhbar tersebut membuat kesimpulan sebagaimana orang Kristian di Malaysia telah simpulkan: bahawa kalimah “Allah” hanya satu rujukan linguistik bagi perkataan Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa masalah besar kepada sesiapa pun. Masyarakat Kristian mencintai keamanan dan tidak sesekali bertindak secara melulu. Kami tidak ingin untuk memberi tindakan balas atau meminta pihak yang menentang orang Kristian dalam isu ini untuk berundur. KITA HANYA INGIN MEMINTA BAHAWA KEMBALIKAN MALAYSIA KEPADA KEADAAN SEDIAKALA YANG AMAN-DAMAI. Namun begitu, isu ini telah DIKACAU-BILAUKAN DAN KEMUDIAN DIMANIPULASI, DIPUTARBELITKAN DAN SEKARANG DIANCAM SERTA DIKEJI sebagai agenda bagi menjatuhkan Islam. Keindahan agama dan dunia Islam kini digunakan sebagai alat untuk agenda-agenda tertentu – termasuk agenda politik. Islam tidak akan terselamat dan menjadi salah satu agama yang paling pesat berkembang di dalam dunia jika penganutnya begitu mudah dimanipulasikan, ‘keliru’ dan ‘dimurtadkan’. Tidak ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan bahawa orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’. Orang Kristian digambarkan sebagai Ahli Kitab dan yang mempunyai hubungan paling erat dengan umat Islam. Sememangnya, terdapat dua jenis petikan di dalam Al-Quran mengenai Kristian dan Yahudi – ayat-ayat yang berbentuk positif (ayat-ayat sedemikian boleh ditemui dengan banyaknya di dalam Al-Quran); dan ayat-ayat berbentuk negatif (ayat-ayat sedemikian agak kurang ditemui di dalam Al-Quran). Teori naskh atau pembatalan ayat-ayat positif TIDAK pula diberi perhatian di sini. Naskh selalunya digunakan sebahagian besarnya untuk isu-isu fiqh, hal ini kerana perundangan Syariah adalah dipetik daripada al-Quran. Namun begitu, ayat-ayat yang tertakluk kepada naskh telah dikurangkan daripada 270 ayat …. kepada kira-kira 20 ayat sahaja. Dan tiada satupun daripada ayat-ayat yang berbentuk positif berkenaan Kristian yang telah dimansukhkan . Saya menulis semua ini dengan harapan untuk menjernihkan isu ini dan membuka ruang pemikiran yang rasional terhadap isu ini, sebelum ia menjadi tidak terkawal dan membahayakan masyarakat negara ini – kebanyakkannya melalui taktik manipulasi, penipuan, kejahilan akal, dan kepentingan politik. Saya menulis ruangan ini berdasarkan rasa hormat yang tinggi terhadap Islam, sebuah agama yang aman, yang sayangnya diputarbelitkan dan difitnah dalam konflik isu kalimah “Allah” ini, dan secara tidak langsung mengganggu kestabilan dan keamanan sekian lama bagi 64% masyarakat Kristian di negara ini.     Dr. Patricia Anne Martinez ialah seorang pembaca projekdialog.com. Rencana ini diterjemahkan dari versi Bahasa Inggeris oleh Nor Arlene Tan dan Ahmad Fuad Rahmat.

VERMOX
]]>

CFM amat bimbang terhadap ketegangan

KENYATAAN MEDIA: CFM AMAT BIMBANG TERHADAP TINDAKAN TERBARU MENINGKATKAN KETEGANGAN Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyatakan kebimbangan dalam tindakan baru-baru ini yang meningkat ketegangan di pihak kumpulan tertentu berkenaan dengan penggunaan istilah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Malaysia. Khususnya kita merujuk kepada empat kejadian: yang secara khususnya dituju kepada Father Lawrence Andrew, Penerbit The Herald, kritikan dan ancaman “demonstrasi mega” terhadapnya; iklan yang terpapar di The Star pada hari Sabtu 11 Januari, 2014 oleh ketua Majlis Agama Islam Selangor cuba untuk menjustifikasikan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di premis Persatuan Alkitab Malaysia pada 2 Januari 2014; demonstrasi berhampiran Shekinah Glory Church AG, Klang pada hari Sabtu pagi 4 Januari 2014; dan demonstrasi oleh sekumpulan kira-kira 100 orang di luar Gereja Metro Tabernacle di Gombak pada hari Ahad pagi 12 Januari 2014. Kami berpendapat bahawa insiden-insiden ini tidak membantu atau berhemat pada keadaan semasa. 10 Perkara Penyelesaian yang diumumkan oleh Kerajaan pada bulan April 2011 sepatutnya telah menyelesaikan penggunaan Bahasa Malaysia dan istilah “Allah” di dalam Al-Kitab. Malangnya, Kerajaan yang mencipta 10 Perkara penyelesian tersebut kini berdiam diri mengenainya. Oleh itu, jika tiada arahan jelas daripada kepimpinan politik negara kita, apa yang kita saksikan ketika ini adalah setiap kumpulan berlumba-lumba untuk menarik perhatian media untuk diri mereka sendiri. Ini mencerminkan pengurusan negera yang merosot. Kami kesal bahawa kumpulan-kumpulan ini merasakan bahawa mereka perlu melakukan tindakan ini. CFM bagi pihak masyarakat Kristian di Malaysia tetap tidak tergugat dalam menghadapi keadaan ini dan demikian juga pada masa depan. Kami berdiri teguh dan bersatu dalam pemahaman kita tentang prinsip kebebasan beragama dan perlindungan saksama dalam undang-undang, keduaduanya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara kita. Kami melihat kepada mahkamah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang kami hormati. Kami berdiri dengan individu-individu seperti Paderi Lawrence Andrew dan gereja-gereja yang telah dipilih menjadi tempat bantahan yang tidak munasabah dan yang tidak sewajarnya, dan kebanyakan orang-orang Kristian di negara ini yang hanya dipersalahkan kerana keinginan tulus mereka untuk menyembah dan memanggil Allah dalam bahasa mereka sendiri. Kita mengingatkan bahawa 64% orang Kristian di Malaysia tidak mempunyai bahasa lain untuk Alkitab, berdoa dan penyembahan mereka kecuali dalam Bahasa Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan jiran-jiran kami dari agama lain yang memahami sejarah ini dan berdiri dengan kami dan bersama kami pada hari yang gelap ini. Kami menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan di Malaysia dan di seluruh dunia untuk terus berdoa untuk keamanan dan keselamatan orang Kristian, gereja-gereja dan masyarakat, dan agar keadilan berlaku dalam negara kita yang tercinta. Ditanda tangani, Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia

VERMOX
]]>

Pluralisme, tolak ansur budaya dan strategi dakwah

Mo Limo  atau “moh main, moh ngombe, moh maling, moh madat, moh madon” sebagai strategi dakwahnya. Ia adalah seruan untuk tidak berjudi, tidak minum minuman keras, tidak mencuri, tidak menggunakan dadah, dan tidak berzina. Persoalan akhlak ditekankan mengatasi persoalan fikah dan akidah. Ini kerana akhlak itu sendiri dapat menjadi satu dakwah. Dakwah estetika Hal yang sama terlihatkan pada Sunan Bonang. Beliau dimaklumi suka berkunjung ke daerah-daerah terpencil di Tuban, Pati, Madura dan Pulau Bawean untuk berdakwah dalam kalangan masyarakat Hindu. Dalam kunjungan beliau yang memakan masa beberapa lama itu Sunan Bonang sangat suka membuka atau menggali sumber air di tempat-tempat yang dikunjungi. Ajaran Sunan Bonang lebih kepada kesufian dengan menekankan falsafah cinta atau ‘isyq. Untuk mereka yang mendalami subjek kesufian, ajaran Sunan Bonang dapat dihubungkan dengan ajaran Maulana Jalaludin Rumi, penyair dan ahli sufi Parsi yang menetap di Konya, Turki. Hal yang paling menarik, ajaran tersebut disampaikan oleh Sunan Bonang melalui saluran kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bekerjasama dengan murid kesayangannya, Sunan Kalijaga. Bukan itu sahaja Sunan Bonang juga dikenali sebagai seorang pengarang. Beliau banyak melahirkan karya sastera yang dinamai suluk, atau tembang tamsil. Salah satu yang paling tersohor adalah “Suluk Wijil” yang dikatakan terpengaruh dengan kitab Al Shidiq karya Abu Sa’id Al Khayr. Kalau suluknya ditekuni, pembaca akan mendapati beliau banyak menggunakan perbandingan cermin, bangau atau burung laut. Pendekatan begini turut digunakan oleh ulama silam lain seperti Ibnu Arabi, Fariduddin Attar, Rumi serta Hamzah Fansuri. Tidak cukup dengan itu, Sunan Bonang telah menjadi komposer yang terkenal dengan menggubah banyak muzik gamelan Jawa yang pada saat itu cukup pekat dengan estetika Hindu.  Gubahan gamelan Sunan Bonang ada unsur zikir yang menggalakkan kecintaan kepada kehidupan alam akhirat.  Tembang yang paling terkenal daripada beliau ialah Tombo Ati. Luahan kesenian rohani  Lebih istimewa Sunan Bonang juga bermain drama, atau wayang kulit. Selalunya penonton akan khusyuk dengan pementasan beliau. Beliau suka menulis sebuah lakon seraya memasukkan tafsir ayat al-Quran dan ajaran-ajaran Islam. Sebagai contoh, di dalam ajaran Hindu Jawa terdapat sebuah kisah perseteruan Pandawa-Kurawa yang digemari umum, Sunan Bonang mencipta semula kisah tersebut lantas menjadikannya drama peperangan antara nafi atau peniadaan dan ‘itsbat atau peneguhan. Secara tidak disedari, beliau telah mengajar mengenai dua kalimah syahadah, atau prinsip tauhid itu sendiri. Sunan Drajat atau Raden Qosim turut mengenengahkan seni suluk sebagai saluran berdakwah. Antara suluk petuah yang mengakar dalam diri orang Jawa ialah ajaran ‘berilah tongkat pada si buta, beri makan pada yang lapar, beri pakaian pada yang telanjang’. Sunan Drajat menggunakan aspek akhlak tersebut dengan membanaykkan pertolongan buat anak-anak yatim piatu dan fakir miskin. Sementara itu, Sunan Giri yang dipanggil orang Jawa sebagai Raden Paku, atau nama betulnya Muhammad Ainul Yakin turut mengemukakan kesenian sebagai wadah dakwahnya. Sunan Giri adalah Wali Songo yang bukan sahaja berdakwah tetapi ikut terlibat dengan bidang politik, pendidikan dan tentu, kebudayaan. Pondok atau pesantren beliau Giri Kedaton sangat berpengaruh sehingga dilantik menjadi penasihat dan menteri pertahanan Kesultanan Demak. Hal ini tercatat dalam Babad Demak. Bukan itu sahaja Sunan Giri juga diterima sebagai mufti, untuk seluruh Tanah Jawa kala itu. Anak murid Sunan Giri berdakwah pula di Sulawesi Selatan, namanya Datuk Ribandang. Beliau dinamakan Sultan Abdul Fakih dan juga merupakan seorang seniman yang luar biasa. Bahkan ada permainan kanak-kanak seperti jelungan, jamuran, lir-ilir dan cublak suweng disebut sebagai hasil seni Sunan Giri yang diteruskan oleh beliau. Dalam pada itu, Sunan Gunung Jati pula menumpukan kerja-kerja kebajikannya sambil berdakwah. Beliau disifatkan sebagai arkitek yang menggamamkan pengikut agama Hindu waktu itu kerana memperkenalkan seni bina yang hebat-hebat. Paling unik sekali beliau juga membangunkan infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan antara wilayah untuk memudahkan orang ramai. Ekoran dari itu, masyarakat Hindu-Jawa pada waktu itu lekas tertawan hati mereka dengan Islam. Sunan Kudus atau nama betulnya Jaffar Shadiq juga seorang pencipta senibina yang mempesonakan. Kaedah Sunan Kudus mendekati masyarakat setempat yang masih Hindu pada zamannya ialah dengan memanfaatkan lambang-lambang Hindu dan Buddha. Hari ini jika kita mengamati masjid Kudus kita akan menemui bentuk menara, gerbang dan pancuran juga tempat berwudhu yang melambangkan lapan jalan Buddha. Kompromi budaya, bukan akidah Jangan cepat melenting dahulu. Ia bukanlah pluralisme agama tetapi merupakan kompromi budaya yang tidak bertentangan dengan Islam.  Kompromi budaya (bukan akidah) adalah satu lagi strategi dakwah yang wajar dikuasai oleh pendakwah hari ini. Sebagai contoh, pada satu masa Sunan Kudus ingin mengajar tafsir surah al-Baqarah, beliau dengan sengaja memancing masyarakat untuk datang ke masjid dengan menambatkan seekor sapi yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi atau lembu singgah sekejap di luar masjid dan mendengar ceramah agama Sunan Kudus tentang surah Al Baqarah yang bererti sapi betina. Sunan Kudus dikenali sangat suka bercerita untuk meraih perhatian madh’unya. Menerusi cerita sapi sedemikianlah ramai penganiut Hindu-Jawa memeluk Islam. Sunan Kudus turut hebat sebagai Panglima Perang Kesultanan Demak. Beliau misalnya pernah berperang di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur menentang Adipati Jipang. Jika Sunan Kudus menggunakan pendekatan ‘cerita’, Sunan Muria pula berdakwah dengan lagu-lagu, mungkin dapat diandaikan sebagai nasyid. Lagu Sinom dan Kinanti yang masyhur dalam kalangan orang Jawa adalah ciptaan beliau. Dan tentu, bapa Sunan Muria iaitu Sunan Kalijaga adalah yang paling terkenal sekali jika kita menyinggung persoalan dakwah dengan kesenian. Beliau menggunakan seni ukir, wayang wong, gamelan, serta seni suara suluk sebagai wahana dakwah. Sunan Kalijaga mencipta busana Baju Takwa, beberapa perayaan seperti sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, dan skrip drama Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota Kraton yang ada di Jogjakarta hari ini turut diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga. Yang paling mustahak untuk dinyatakan di sini ialah metod dakwah Sunan Kalijaga dan kelapan-lapan wali ini sangat efektif.  Sebahagian besar adipati atau pembesar Hindu di Jawa telah memeluk Islam di tangan Sunan Kalijaga. Antara yang berpengaruh ialah Adipati Padanaran, Kartasura, Kebumen, Banyumas, serta Pajang. Hari ini, segala strategi dakwah dengan kompromi budaya ini akan dikelirukan dengan aksi pluralisme. Islam yang mendapat dokongan lokal adalah Islam yang tidak memaksakan. Tanpa dokongan budaya tempatan, agama Islam menjadi sebuah agama yang asing. Hari ini, pendakwah Salafi berusaha membuang segala unsur lokal ini dengan alasan ia adalah bidaah. Toleransi dan kompromi budaya yang pernah disaksikan oleh rantau ini digugat dengan pendekatan keras ala Timur Tengah yang sama sekali tidak berhubungan dengan kita. Itulah puncanya gerakan Salafi, atau nama lainnya Wahabi dipandang serong oleh masyarakat dan menjadi duri dalam daging.       unnamed

VERMOX
]]>

Gabungan NGO-NGO Malaysia ke proses UPR (COMANGO)

GABUNGAN NGO-NGO MALAYSIA KE PROSES UPR (COMANGO)

Kenyataan Media, 9 Januari 2014

Gabungan NGO-NGO Malaysia ke Proses UPR (COMANGO) amat terkejut dan terganggu atas dakwaan yang dibuat Ketua Setiausaha (KS) Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan media di mana COMANGO dilabel sebagai sebuah “Pertubuhan Haram”. Di bawah S5, Akta pertubuhan 1966, hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh membuat pengisytiharan bahawa sesebuah pertubuhan itu tidak sah sekiranya pertubuhan tersebut bertujuan untuk menjejaskan atau menentang kepentingan keselamatan Malaysia, ketenteraman awam atau prinsip moral. Antara sebab COMANGO dilabel haram oleh KS adalah andaian bahawa kami memperjuangkan hak-hak yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ini adalah tidak benar. Antara sebab-sebab KS menyatakan bahawa pengisytiharan COMANGO tidak sah adalah: banyak pertubuhan yang mengesahkan laporan COMANGO untuk Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review, UPR) Malaysia oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB (United Nations, UN) bukan organisasi berasaskan Islam, tidak berdaftar dan malah COMANGO sendiri juga tidak berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS). Sebab-sebab yang dikemukakan ini adalah tidak berpandukan S5, Akta Pertubuhan 1966. COMANGO juga berasa hairan dengan kesanggupan Kerajaan menggunakan Islam sebagai alat politik hanya untuk mendiamkan kritikan terhadap pencabulan hak asasi manusia sambil memburuk-burukkan pejuang hak asasi manusia. Kerajaan  seolah-olah menggunakan taktik mengancam sambil bersekongkol menggalakkan penyebaran sentimen melampau dan memecah belah. Proses UPR oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB ini melibatkan penyertaan 193 negara ahli PBB, termasuk negara bermajoriti Muslim. Banyak negara bermajoriti Muslim telah menerima perjanjian Hak Asasi Manusia yang didakwa oleh kumpulan-kumpulan pelampau anti-Comango sebagai tidak selari dengan nilai-nilai Islam. Kami risau bukan sahaja kerana Kerajaan sedang berpendirian sama seperti kumpulan-kumpulan pelampau ini, tetapi juga kerana ia turut menggalakkan sentimen hasutan dengan mendanai kumpulan-kumpulan seperti PERKASA. Kenyataan media oleh Kementerian Dalam Negeri, mengesahkan pandangan kami bahawa kerajaan seolah-oleh terikat oleh agenda kumpulan-kumpulan pelampau ini. Senarai yang dilampirkan bersama kenyataan media tersebut tidak tepat dan mengelirukan. Pertubuhan-pertubuhan di dalam COMANGO termasuk pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, Akta Syarikat 1965, persatuan-persatuan yang tidak diperbadankan serta gabungan masyarakat sivil. COMANGO menyangkal kenyataan KS yang mendakwa hanya organisasi yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan sahaja menjalankan aktiviti secara sah. Kami menegaskan bahawa tindakan COMANGO tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia atau komitmen Hak Asasi Manusia Malaysia sendiri sebagai Negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penyertaan masyarakat sivil termasuk penyerahan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, badan-badan perjanjian, dan prosedur-prosedur khusus diiktiraf dan merupakan sumbangan penting kepada proses UPR. Proses UPR memerlukan kerajaan untuk berkerjasama dengan semua pihak yang ingin memperbaiki keadaan Hak Asasi Manusia dalam sesebuah Negara. Tindakan COMANGO adalah bertepatan dengan proses yang dimandatkan dalam resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Hak Asasi Manusia, PBB. Malah, Kerajaan Malaysia telah banyak kali berurusan dengan COMANGO sejak kami menyerahkan laporan pertama kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 2008. COMANGO telah bertemu dengan ahli perwakilan Kerajaan Malaysia semasa proses penilaian terhadap Malaysia di Geneva pada Oktober 2013, juga sebelum penilaian dibuat pada bulan September. COMANGO juga telah menerima jemputan dalam berberapa sesi rundingan yang lain. Malaysia kini sedang aktif untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB. Atas sebab itu, Kerajaan tidak boleh hanya menyertai beberapa proses PBB, tetapi pada masa yang sama mengasingkan dirinya daripada proses-proses yang lain, terutamanya kerana Majlis Hak Asasi Manusia merupakan komponen penting dalam rangkuman sistem hak asasi manusia PBB yang lebih luas. Proses UPR ini dirangka untuk menyegerakan, menyokong, dan mengembangkan promosi dan perlindungan Hak Asasi Manusia supaya ia dapat dinikmati bersama oleh semua manusia, melalui matlamat meningkatkan tahap Hak Asasi Manusia di semua Negara. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri bertentangan dengan matlamat ini dan merupakan suatu pencabulan terhadap hak kebebasan kami untuk bersuara dan berpersatuan. Mengisytiharkan COMANGO sebagai tidak sah hanyalah satu taktik politik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu perpaduan Negara, rasuah yang berleluasa, agihan kekayaan Negara yang tidak sama rata, serta lain-lain keputusan kerajaan yang tidak  diterima oleh rakyat seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup termasuk minyak, tol dan tenaga elektrik. COMANGO akan mengarahkan peguamcara bagi memfailkan semakan undang-undang di mahkamah tinggi untuk membatalkan pengisytiharan yang dibuat oleh KS. Honey Tan Lay Ean                                                                       Yap Swee Seng Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor                             Suara Rakyat Malaysia (EMPOWER)                                                                                   (SUARAM)   Untuk dan bagi pihak Gabungan NGO-NGO Malaysia ke Proses UPR (COMANGO)   Email: empower05@gmail.com, detention@suaram.net Tel: 03–7784 4977 (EMPOWER) and 03-7784 3525 (SUARAM)
VERMOX
]]>

"Kau perempuan? Padan muka!"

Jalanan-LOGO-02-300x166

Menyoroti diskriminasi dan penindasan terhadap golongan wanita di Malaysia selama ini dari segi identiti dan penyertaan politik serta pelbagai stigma yang telah dicorak oleh masyarakat Malaysia sendiri. Perbincangan episod “Kau Perempuan? Padan Muka!” ini lebih bertujuan mewujudkan ruang dialog tentang kepentingan mengetahui apa itu gerakan feminisme serta bagaimana realiti masyarakat moden Malaysia memandang dan menilai warga wanita. Menyerikan lagi sembang kali ini ialah “Emansipasi” dendangan Republic of Brickfields. Fadiah Nadwa Fikri menjadi tetamu khas episod ini. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. – See more at: http://www.projekdialog.com/malay/kristianisasi-cuak-doh/#sthash.P420Zg73.dpuf  
VERMOX
]]>