MCCBCHST bertanya kepada kerajaan Malaysia: Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk memperbetulkan yang salah? MCCBCHST (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) ingin membawa perhatian semua rakyat Malaysia yang mencintai keadilan – tidak kiralah apapun agama mereka – ke kejadian di bawah ini yang telah terlalu kerap berlaku … dan satu kes yang sama sekali lagi muncul dalam akhbar. Seorang suami meninggalkan keluarganya; tiada berita mengenai suami tersebut selama 16 bulan. Kemudian dia menganut agama Islam dan merampas anak-anaknya yang masih dibawah umur dan membawa mereka ke pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk meng-Islamkan mereka. Dia memburuk-burukkan isteri bukan Islamnya tanpa sebarang bukti, malah juga tanpa sebarang dokumen yang membolehkan dia mengambil tindakan sebegitu tanpa kebenaran pihak isterinya. Namun begitu, pegawai di Jabatan Agama Islam tetap meneruskan langkah peng-Islaman kanak-kanak yang masih dibawah umur tersebut, tanpa persetujuan ibu mereka yang sah. Apabila ibu mereka pergi ke tadika untuk mengambil anak lelakinya yang bernama Nitran, dia mendapati bahawa dia telah dibawa pergi oleh seorang lelaki yang masih suaminya. Si Ibu pula kemudiannya pergi ke Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan di Paroi, dimana dia amat terkejut apabila dia diberitahu oleh seorang pegawai kanan di sana bahawa Nitran yang berumur lima tahun dan Sharmila yang berumur lapan tahun telah di-Islamkan tanpa persetujuan ibunya yang sah, semata-mata di atas permintaan bapanya yang telah baru-baru ini memeluk lslam (yang masih ada dalam perkahwinan sivil dengan si ibu yang bukan Islam). Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) berasa terkejut. Keputusan Kabinet sebelum ini pernah menyatakan bahawa “Ibu atau bapa berseorangan tidak boleh menukarkan agama kanak-kanak mereka” (di suratkhabar The Sun, 24 April 2009). Nitran dan Sharmila, berusia lima dan lapan, kini telah di-Islamkan – tetapi mereka masih berada dalam jagaan ibu bukan Islam mereka. Justeru itu, MCCBCHST meminta penjelasan daripada pihak berkuasa di Malaysia berkenaan perkara-perkara berikut:- 1. Adakah keputusan Kebinet pada April 2009 hanya merupakan reaksi melepaskan batuk di tangga untuk menenangkan rakyat Malaysia yang bukan Islam berikutan munculnya banyak kes ketidakadilan yang dahsyat? 2. Adakah keputusan Kabinet mempunyai kuasa ataupun pihak kakitangan kerajaan boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka – dan adakah kakitangan-kakitangan kerajaan lain dibenarkan berbuat sedemikian walaupun dengan arahan daripada Perdana Menteri dan kabinet? 3. Bukankah ia mandatori ataupun sekurang-kurangnya lebih pragmatik dan adil bagi pegawai yang menukarkan agama kanak-kanak yang masih dibawah umur kepada Islam untuk mengesahkan hak penjagaan dan isu-isu berkaitan dengan bapa mereka yang baru sahaja bertukar agama? 4. Bolehkah dan mampukah penukaran agama bagi kanak-kanak direverse semula atas premis ketidaktelusan? 5. Jika kes ini pergi ke makamah, adakah Makamah Sivil akan melepaskan tanggungjawab mereka atas kesalahtafsiran artikel 21A? 6. Walaupun Mahkamah Sivil mempunyai kuasa untuk menjamin hak-hak pasangan bukan Islam dan kanak-kanak dalam jagaan pihak isterinya dalam perkahwinan sivil, adakah pihak polis akan memastikan penguatkuasaan keputusan tersebut, dan adakah pihak berkuasa Islam akan mematuhi undang-undang tersebut? 7. Dalam proses membuat keputusan dalam hal ini, adakah kerajaan meletakkan kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak tersebut? 8. Akankah keadilan ibu bukan Islam itu terbela? Mahkamah Persekutuan mempunyai peluang baru-baru ini untuk menyelesaikan kes Shamala; walaubagaimanapun mereka memilih untuk tidak menangani isu ini kerana Shamala telah meninggalkan negara ini.
]]>Hukuman Sebatan: Siapa yang terhukum dan dihukum?
enkrateia yang boleh dibahas secara psikologi, gender bahkan feminisme – yang hanya akan memfokuskan “penderitaan yang memerlukan pembelaan” dan “perilaku narsistik yang perlu dikecam” – cara pikir binari ini yang hanya membuat kita kembali kepada tulang rusuk dan meletakkan kesalahan pada biologi seseorang. Sedangkan al-Quran telah lama mengesahkan kesetaraan; perempuan dan lelaki sama-sama menerima perjanjian asal-primordial (al–A’raf, 7:127), dicipta sebagai hamba (al–Hujurat, 49:13), khalifah (al–An’am, 6:15), dimuliakan (al–Isra’ 17:70), diberi keampunan (al–A’raf, 7:20, 22, 23) dan keturunan (al–Baqarah, 2:187) serta berpotensi meraih prestasi (al–Imran, 3:195; an–Nisa, 4:124; Ghafir, 40:40). Sudah jelas bahawa tiada kelebihan yang membolehkan satu jantina mengatasi jantina yang lain sehingga dibentuk hukuman yang bertujuan merendahkan salah seorang daripada mereka. Sosioekonomi dan seksualiti Justeru, perkara pokok di sini adalah bagaimana boleh terjadinya sumbang mahram dan persetubuhan luar nikah bukan sahaja di Johor Bahru tetapi juga di tempat-tempat lain yang belum masuk berita. Jika diperhatikan, sumbang mahram berlaku dalam kalangan saudara yang tidak boleh berkahwin – sehingga tidak boleh menimbulkan syak pada sesiapa. Begitu juga dengan persetubuhan luar nikah antara pasangan kekasih yang boleh berkahwin – tetapi berlaku di tempat-tempat yang dikira selamat agar tidak menimbulkan syak. Kedua-dua kejadian ini dibenarkan berlaku dalam keadaan sosioekonomi yang tidak stabil dan seksualiti yang dikekang. Nah, apa pula kaitannya lelaki perempuan bermadu asmara dengan kadar inflasi yang kian meningkat? Suka untuk dinyatakan di sini, kejadian seperti ini tidak hanya terjadi pada mat rempit, kaki botol, kaki judi tetapi juga pak lebai dan ketua kampung yang menurut ramai, satu golongan itu kurang didikan dan satu lagi kuat pegangan agamanya. Adalah berasas untuk mengatakan bahawa ekonomi antara punca utama masyarakat berkelakuan devians – setidaknya mereka tidak perlu ke sarang pelacuran berbayar dan berdepan risiko ditangkap mata-mata atau menghidap penyakit berbahaya. Malah, duit yang ada boleh dibelanjakan untuk keperluan seharian kerana keperluan biologi sudah terpenuh dengan mereka yang berada depan mata (adik beradik, ibu ayah, sanak saudara, datuk nenek, cucu piut). Begitu juga halnya dengan persetubuhan di luar nikah yang banyak berlaku kerana hubungan yang diinstitusikan dalam bentuk perkahwinan menelan belanja banyak. Seksualiti yang diredam di sebuah negara yang didakwa sebagai negara Islam yang datang bersamanya masalah ekonomi yang tidak kunjung selesai menyebabkan masyarakat mengambil jalan mudah untuk mendapatkan kepuasan. Kepincangan sosial dalam konteks ini bolehlah dikatakan berkadar terus dengan kos hidup. Fungsi Negara Justeru, dalam isu sumbang mahram dan persetubuhan luar nikah ini penyelesaiannya bukan terletak dengan memisahkan atau menyatukan pasangan yang terlibat. Sebagaimana masalah buang anak tidak terselesai dengan menghukum ayah dan ibunya. Terdapat fungsi negara dalam hal ini untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial buat warganya. Fungsi negara bukanlah mengintai-intai keseronokan orang lain tetapi memadam kesengsaraan warganya. Negara seharusnya mampu untuk patuh dalam sosial kontrak yang sudah ada. Kerajaan sebagai timbal balik kepatuhan yang diberi, mesti memenuhi kebajikan dan keselamatan warganya. Perhatian yang berat sebelah ini telah meminggirkan keselamatan negara sedang membangun (NSM) di rantau Asia terutamanya dalam konteks Malaysia. Neorealisme didapati gagal menjelaskan aspek keselamatan yang dihadapi NSM seperti kemiskinan, ketidaksetaraan dan pergolakan kaum. Jadi, keselamatan akhirnya untuk siapa – negara atau rakyat? Inilah yang dimaksudkan dengan jaringan keselamatan sosial yang menyentuh lebih banyak khalayak daripada menyalahkan masyarakat atas keruntuhan ‘moral’. Sebagai warga yang terdiri daripada cerdik pandai, tidaklah sukar untuk melihat bagaimana aktor bukan negara disalahkan sementara aktor negara memanfaatkan keadaan ini untuk menunjukkan siapa lebih Islam dan melepaskan diri daripada tanggungjawab akan keselamatan komprehensif – mengandungi keselamatan insan (rujuk 7 kategori yang digariskan PBB) yang salah satunya ialah struktur ekonomi dan hak asasi manusia. Ketidakstabilan sosial seperti sumbang mahram dan persetubuhan luar nikah ini petunjuk gagalnya jaringan keselamatan sosial untuk mengurangkan kemisikinan dan mencapai kesejahteraan. Dan ia bukan bahan gosip petang hari antara jiran melainkan petanda kelemahan dalam pelaksanaan dasar sosial dan dasar ekonomi negara.
]]>Sang Sapurba, Demang Lebar Daun dan Perlembagaan
“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’ Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’” Ini adalah waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun yang menjadi asas taat setia orang Melayu kepada raja mereka. Menurut perjanjian, keturunan Demang Lebar Daun (orang Melayu) harus taat dan setia kepada raja mereka, walau dizalimi sekalipun. Pada masa yang sama, keturunan Sang Sapurba (raja Melayu) juga berjanji bahawa tidak akan mengaibkan atau menista rakyatnya walau dosa mereka sebesar mana sekalipun, dan jika dihukum mati ia harus mengikut hukum Syarak. Daripada dialog ini, yang terkandung di dalam karya Melayu klasik ‘Sulalatus Salatin’ atau lebih dikenali sebagai ‘Sejarah Melayu’, kita dapat memahami konsep ‘derhaka’ dalam konteks budaya dan pemikiran orang Melayu. Jika rakyat keturunan Demang Lebar Daun itu melanggar waadat ini, maka derhakalah dia. Akta derhaka? Mutakhir ini, derhaka menjadi topik perbincangan. Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya suatu ‘Akta Derhaka’ digubal. Menurut laporan Bernama: “Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja. “Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan,” katanya kepada pemberita di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di sini. Mengulas lanjut, beliau berkata undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun penjara. “Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka,” katanya. Cadangan ini diutarakan kerana beliau berpendapat bahawa kesalahan hasutan itu berbeza dengan penderhakaan. Dari sudut ini, penulis bersetuju dengannya; kesalahan hasutan yang terkandung dalam Akta Hasutan memerlukan elemen kecenderungan pihak ketiga terhasut oleh kata-kata atau perbuatan tertuduh. Derhaka pula bersifat peribadi, iaitu di antara individu dengan raja atau institusi diraja itu sendiri. Bukan ‘Treason’ Media telah menterjemahkan cadangan Akta Derhaka ini sebagai ‘Treason Act’. Tetapi pada penulis, ‘treason’ berbeza dengan derhaka. Treason adalah belot atau khianat, seperti percubaan menggulingkan pemerintah. Melawan raja adalah ‘treason’. Tetapi derhaka tidak mermerlukan perbuatan yang begitu drastik, tidak taat kepada raja itu boleh dianggap derhaka. Di Malaysia, kita tidak mempunyai undang-undang lese majeste atau undang-undang yang menghukum perbuatan menjatuhkan maruah atau martabat raja. Bandingkan ini dengan Thailand, misalnya, di mana hukuman dikenakan ke atas mereka yang dikatakan telah menghina raja mereka. Akta Hasutan bukanlah undang-undang lese majeste, walaupun kadangkala ianya digunapakai seperti ianya undang-undang lese majeste. Cadangan bekas hakim tersebut akan membawa lese majeste ke dalam badan undang-undang tanahair. Persoalannya, adakah Akta Derhaka ini diperlukan? Kita balik semula kepada waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Pentingnya waadat ini untuk memastikan kesinambungan di antara raja dan rakyat zaman berzaman. Untuk mengikat nasib sang raja dengan rakyatnya, melalui perjanjian yang tidak boleh dilanggar oleh mana-mana pihak. Sekiranya waadat ini dimungkiri, maka pihak lagi satu tidak mempunyai tanggungjawab untuk terus mentaati waadat tersebut. Sekiranya rakyat derhaka, ia akan mengancam kesinambungan masyarakat Melayu dan sistem pemerintahan diraja mutlak pada ketika itu. Waadat baru Kita ada waadat baru sebenarnya. Perjanjian di antara raja, kerajaan dan warganegara. Waadat ini adalah Perlembagaan Persekutuan. Perjanjian yang jauh lebih utuh daripada waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. Kuasa raja-raja, kedudukan raja-raja dan keistimewaan raja-raja kesemuanya dijamin dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu banyak dan lengkap perlindungan yang ada di dalam Perlembagaan, termaktub dan hampir mustahil untuk diubah. Apa-apa perkara yang menyentuh perihal raja-raja bukan setakat memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk dipinda, ia juga perlu perkenan daripada raja-raja Melayu sendiri. Waadat Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun sudah berubah. Raja mutlak kini menjadi raja berperlembagaan. Di bawah waadat baru ini, kebebasan asasi rakyat didukung, kedudukan institusi diraja dimartabatkan serta dilindungi dan badan-badan kerajaan yang lain diberi kuasa dengan sempadan-sempadan yang nyata. Semuanya di bawah undang-undang terulung negara, Perlembagaan Persekutuan. Maka melalui waadat Perlembagaan ini, rakyat dijamin kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Kebebasan ini sememangnya boleh disekat, tetapi sekatan hanya boleh digubal oleh Parlimen atas sebab-sebab tertentu yang dinyatakan oleh Perlembagaan sendiri. Juga, sekatan yang dikenakan haruslah sekatan yang munasabah. Malahan, Perlembagaan memberikuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang untuk melarang dipersoalkan perkara berkenaan kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa raja-raja di negeri masing-masing. Kukuhnya kedudukan raja-raja Melayu di bawah Perlembagaan, ianya tidak mungkin terancam dengan kata-kata, walaupun boleh ditafsirkan sebagai menghina. Undang-undang lese majeste seperti Akta Derhaka untuk menghukum mereka yang menjatuhkan maruah atau martabat, menghina atau tidak menghormati institusi diraja tidak diperlukan kerana kedudukan dan kedaulatan institusi diraja sememangnya sudah terjamin. Undang-undang bukan jalan penyelesaian kepada semua cabaran yang kita hadapi. Sekiranya dihujahkan bahawa kita berhadapan dengan ‘penyakit’ rakyat yang tidak lagi menghormati institusi diraja, penjenayahan ‘derhaka’ bukanlah ubat yang mujarab. ‘Rawatan’ yang terbaik adalah pendidikan dan pemahaman, bukan dengan hukuman. Penulis yakin bahawa dengan pendidikan dan pemahaman, rakyat akan menghormati institusi diraja kerana mereka akan faham peri pentingnya institusi diraja di dalam kerangka tanahair kita.
]]>Surat Terbuka Kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS); Sebuah analisis muhasabah Pasca PRU13.
oleh Mohammad Sufian Bin Talib, penulis undangan. PRU13 telah menyaksikan bahawa kemenangan di pihak Barisan Nasional (BN) apabila berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu dengan mengutip sejumlah 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengutip 89 kerusi bagi Parlimen Malaysia. Perpindahan sebanyak 7 buah kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat telah memberi satu landskap baru politik PR apabila mereka julung-julung kalinya beroleh peratusan undi popular mengatasi BN.