Projek Dialog

Islam dan keharmonian dalam masyarakat berbilang agama

Oleh Ming Abdullah Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama seperti di  negara kita ini, kita perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi agama dan kepercayaan. Khasnya kepada umat Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain, ini adalah ajaran Al Quran seperti mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108: “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” Amat jelas Islam menolak prinsip yang tidak toleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Allah SWT menciptakan umat manusia bagi menghuni seluruh permukaan bumi dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama serta etnik. Oleh yang demikian Allah SWT juga mengajarkan konsep toleransi dengan tujuan agar keharmonian wujud dalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan menjelaskan bahawa umat Islam wajib menghormati masyarakat bukan Islam. Jika umat Islam mencemuh atau mengejek masyarakat berlainan agama akan mendorong mereka membalas penghinaan tersebut dan hal ini Allah SWT tidak membenarkannya, inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam. Berbuat baik arahan Tuhan Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berlainan akidah sekalipun. Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, namum kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Islam adalah agama yang sempurna kerana tidak hanya mengajarkan hubungan manusia dengan Allah SWT malahan juga mengajarkan bagaimana umat Islam hidup dalam bermasyarakat. Agama Islam  sentiasa menganjurkan kebaikan dan kedamaian, agama Islam mewajibkan umatnya agar memiliki dan mempraktikkan sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan antara sesama manusia. Dalam konteks negara Malaysia, yang merupakan negara yang dihuni oleh bangsa majmuk dengan berbagai macam agama dan budaya. Oleh itu sebagai umat Islam dengan ajaran yang jelas, berusahalah melaksanakan perintah Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. agar dapat diwujudkan masyarakat dengan kehidupan yang harmoni hasil dari toleransi terhadap umat beragama lainnya. Dalam menjalin interaksi antara pelbagai bangsa dan agama, samada dalam bentuk  ekonomi, politik, kebudayaan, agama dan lain-lain aspek kehidupan adalah perlu menjadi keutamaan agar terbentuk hubungan yang baik dan saling menguntungkan sesama umat manusia dalam suasana penuh kedamaian. Kepelbagaian diiktiraf  Kepelbagaian masyarakat yang berupa perbezaan suku, bangsa, bahasa, adat istiadat merupakan fitrah manusia itu sendiri yang ditentukan oleh penciptanya, seperti yang difirmankan Allah swt dalam surat al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakanmu daripada lelaki dan perempuan dan menjadikanmu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantaramu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali”. Dalam ayat ini seruan tidak dikhususkan kepada “wahai oran mukmin ataupun wahai orang yang beriman”, ianya cukup berbentuk umum iaitu umat manusia. Tidak ada seruan agar sesama umat manusia bermusuhan sebaliknya perhatikan dalam ayat yang sama terkandung, “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantaramu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu”. Ini adalah satu perintah dari sang pencipta supaya umat manusia berlumba-lumba berbuat kebaikan. Bukan di kalangan umat Islam tetapi di kalangan umat manusia, orang yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang bertakwa kepadaNya. Takwa Salah satu sifat orang yang bertakwa ialah sentiasa berusaha agar tidak menyakiti orang lain dan sentiasa berbuat kebaikan agar sentiasa mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah SWT. Dalam mencapai matlamat di atas, Nabi Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh terbaik. Jadikanlah pesanan dan cara hidup Nabi Muhmaad SAW yang secara keseluruhannya berpandukan ajaran Al Quran sebagai panduan. Jika ini dapat dilaksanakan, umat Islam akan menjadi umat yang terhormat di muka  bumi ini. Rasululullah S.A.W. pernah bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. adalah orang yang sukakan berselisih dan bergaduh.” Dalam kesempatan lain Nabi Muhammad S.A.W. juga bersabda, “Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti aku, dan barangsiapa yang menyakiti aku, maka ia telah menyakiti Tuhan”- (Riwayat Abu Daud). Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa berbuat baik kepada mereka yang bukan beragama Islam, berkaitan hal ini terdapat banyak kisah-kisah dalam kehidupan dan pesanan-pesanan suci Nabi Muhammad S.A.W. kepada umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan umat Islam, “Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi). Hadis Nabi Dalam hadis ini  Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengatakan “Pergaulilah kaum muslimin, atau orang-orang yang shalih, atau orang-orang yang mengerjakan shalat”, akan tetapi beliau mengatakan “Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”. Maksudnya adalah semua manusia, yang kafir, yang Muslim, yang mushlih (yang melakukan perbaikan), yang faajir (jahat) dan yang salih, sebagai bentuk keluasan rahmat dan kelengkapannya dengan akhlak din (agama). Demikianlah di antara contoh-contoh yang baik dari kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi S.A.W mempunyai jiran seorang Yahudi, jiran ini sering menyakiti Nabi S.A.W. Suatu ketika, Nabi S.A.W. mengetahui bahwa orang yang selalu menyakitinya ini memiliki seorang anak yang sedang sakit dan nazak. Maka Nabi S.A.W. datang berkunjung ke rumahnya dan mengajaknya menuju jalan Rabb-nya, dengan harapan semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan orang ini. Ini jelas menunjukan Nabi S.A.W. tidak pernah menaruh dendam malahan membalas keburukan dengan kebaikan, meskipun terhadap orang kafir. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda kepada si anak, sementara bapaknya juga ada bersama mereka, “Wahai bocah, katakanlah laa ilaaha illallah, itu akan menyelamatkanmu dari api neraka”. Mendengar seruan ini, si anak memandang ke arah bapanya dan memperhatikannya. Nabi Muhammad S.A.W. mengulangi lagi. “Wahai bocah, katakanlah laa ilaaha illallah!” Si anak memandang ke arah bapanya lagi. Pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. memberi hormat dengan berdiri apabila jenazah seorang Yahudi dibawa lalu di hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian ada seorang sahabat bertanya : Wahai Rasulullah S.A.W., sesungguhnya itu adalah jenazah seorang Yahudi. Baginda bertanya: Bukankah dia manusia juga?” Dalam hidup berjiran Nabi Muhammad S.A.W. amat menghormati dan mengasihi jiran tetangganya dan beliau pernah bersabda, “Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang perihal jiran, sehingga aku menyangka bahawa ia akan menjadikan jiran sebagai salah satu pihak yang berhak mendapatkan bahagian warisan.” Isu hangat diperbincangkan akhir-akhir ini ialah tentang larangan menggunakan nama ALLAH oleh non-muslim sehingga membawa kepada rampasan kitab Injil oleh pihak berkuasa agama. Tindakan seperti ini telah menyalahi cara hidup yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. agar jangan menyakiti orang yang bukan beragama Islam. Namun tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor dengan mengembalikan kitab tersebut kepada pemiliknya adalah satu tindakan yang wajar. Diharapkan mereka yang bukan beragama Islam mampu berfikir secara waras dan tidak tegesa-gesa menisbahkan bahawa larangan menggunakan nama Allah adalah ajaran agama Islam sehingga umat lain memandang serong serta terbit rasa kebencian terhadap agama Islam dan juga umat Islam. Saranan ulama Dalam menanggapi permasalahan ini penulis selitkan pandangan bernas dari Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (sumber: http://drmaza.com/home/?p=931#):

  1. “Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?”.
  2. Nabi S.A.W ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi S.A.W. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi S.A.W : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Sekiranya ada pihak bertujuan menghina dengan menamakan ALLAH kepada sesuatu benda seperti batu, pokok dan sabagainya, maka wajarlah bukan sahaja umat Islam yang marah malahan penganut agama lain juga wajib marah. Penulis berpendapat  tidak perlu dibahas dengan panjang lebar perkara ini kerana berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, para pembaca sendiri boleh menilai dan membuat kesimpulan berkaitan isu tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa isu ini telah menggores perasaan umat Kristian dan sehingga ke tahap di  mana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan kerosakan ke atas bangunan gereja dengan cubaan membakar dan sebagainya. Gejala ini seharusnya tidak berlaku jika umat Islam taat kepada perintah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda ketika tentera Islam ke medan perang,  “Jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang buta dan orang tua. Jangan kamu binasakan pokok kayu dan jangan runtuhkan binaan (termasuk rumah kediaman, gereja, kuil dan rumah ibadah lainnya)”. Tiada paksaan dalam agama Masyarakat kebiasaannya cepat membuat kesimpulan apabila seorang Islam melakukan perkara melampaui batas kemanusiaan, mereka beranggapan ianya mencerminkan ajaran Islam. Sikap seperti ini adalah kesilapan besar, masyarakat hendaknya bersikap adil dalam membuat penilaian dan harus periksa adakah tindakan mereka itu mencerminkan ajaran yang sebenar ataupun sebaliknya. Janganlah membuat kesimpulan yang melulu dan menghukum hanya dari luaran sahaja kerana apabila berlaku pandangan buruk tentang sesebuah agama itu maka akan timbullah kebencian di dalam diri seseorang itu untuk mengetahui hakikat yang sebenar dan ianya bakal menimbulkan suasana yang tidak baik. Lantaran pelbagai gambaran negatif yang diterima oleh agama Islam, seperkara lagi  penulis ingin sentuh bahawa Al Quran jelas meganjarkan bahawa tidak ada paksaan dalam beragama. Umat manusia diberikan kebebasan oleh Allah SWT untuk memilih agama mana mereka suka. Umat Islam juga hendaknya jangan memusuhi umat lain disebabkan mereka bukan bergama Islam kerana Allah SWT sendiri membenarkan hambanya memilih agama yang mereka sukai. Al Quran menjelaskan tidak ada paksaan dalam agama sepertimana dalam surah Al Baqarah : 256, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Ayat ini turun disebabkan seorang lelaki bernama Abu Al Husain dari keluarga Bani Salim Ibnu Auf mempunyai dua orang anak lelaki yang telah  memeluk agama Kristian sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diutus sebagai Nabi. Kedua anak ini datang ke Madinah maka ayah mereka meminta mereka agar masuk Islam dan sang ayah berkata, “saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu masuk Islam”. Mereka lalu mengadukan perkara ini kepada Nabi Muhammad S.A.W., maka turunlah ayat ini yang menjelaskan tidak ada pakasaan dalam agama. Ini bermakna Allah SWT sendiri membenarkan serta memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang disukai, kewajipan umat Islam hanya sekadar  menyampaikan ajaran Islam tanpa ada unsur paksaan. Ajaran sebenar agama Islam Umat Islam perlu merenung kembali pemahaman ajaran agama Islam sebenarnya. Semoga dengan cara sebegitu, dapat dicapai misi Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin” yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan bersesuaian dengan penghayatan konsep Satu Malaysia. Pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan mempengaruhi strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga masyarakat di luar Islam akan tertarik dengan Islam, bukan benci kepada Islam. Umat Islam perlu ingat bahawa kira-kira 40 peratus penduduk negara ini terdiri daripada bukan Islam. Oleh itu, menghormati mereka memberi peluang besar kepada umat Islam untuk berdakwah kepada sesiapa sahaja yang berminat mengetahui ajaran Islam sebenar, ini dapat menghindari prasangka tidak baik terhadap Islam oleh mereka yang tidak tahu ataupun kurang faham tentang ajaran agama Islam. Oleh itu, perkara yang paling utama harus dititik beratkan adalah umat Islam perlu mengetahui asas ajaran Islam itu sendiri dan kembalilah kepada teras agama dalam hidup bermasyarakat. Bahkan, seseorang yang beragama itu tidak seharusnya berkelakuan seperti orang yang tidak beragama dengan membangkitkan kemarahan orang lain. Agama itu bukan sahaja menitikberatkan tentang hubungan dengan Tuhan sebagai sang pencipta, agama itu juga adalah berkenaan dengan hubungan dengan masyarakat. Agama adalah sebagai pembimbing kepada umat manusia bagaimana caranya untuk bergaul dengan orang lain dan menyediakan batasan bagi perkara-perkara yang merosakkan hubungan sesama manusia. Oleh itu menghayati benar-benar apa tujuan manusia beragama sudah pasti kekacauan dan huru hara yang melibatkan sensitiviti agama tidak berlaku. Umat Islam hendaknya menjadi perintis dalam sama-sama mencipta suasana harmoni dalam kalangan warga Malaysia. Walaupun hidup di dalam negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbeza dari segi kepercayaan dan pegangan agama, umat Islam harus mencari titik pertemuan yang akan mengeratkan hubungan sesama warga Malaysia. Kebersamaan yang ada itu adalah keinginan untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai, tanpa ada permusuhan dan berkasih sayang antara satu sama lain. Jadikanlah keinginan ini suatu realiti dan sentiasalah bersedia memberikan bantuan sesama warga apabila diperlukan tidak kira bangsa dan agama agar hubungan yang terjalin itu mewujudkan keharmonian yang berkekalan. Jangan jadikan agama itu sebagai alasan untuk menimbulkan permusuhan. Sebaliknya gunalah agama itu sebagai jambatan ke arah perpaduan. unnamed ]]>

Isu pemulangan Alkitab : Antara hak dan penafian

Dari seberang ke sini Di Indonesia, Alkitab (baca: Bible ) dijunjung dan digunakan untuk upacara mengangkat sumpah “Gubernur Daerah Khusus Ibukota Jakarta” iaitu Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali dengan gelaran Ahok 19 November lalu. Beliau merupakan gabenor pertama dari kalangan berbangsa Cina dan beragama Kristian Protestan. Ternyata ini merupakan kematangan dalam proses demokrasi Indonesia dan bukti toleransi kebebasan beragama di Indonesia yang dipraktikkan. Indonesia tampak kedepan dengan perlantikan Gabenor ini. Jika diperhatikan Alkitab yang digunakan dalam video upacara tersebut, ternyata ianya lebih kurang sama seperti Alkitab yang dirampas oleh JAIS pada Januari 2014 lalu. Pemulangan Alkitab Bahasa Melayu dan Iban pada 15 November lalu bukanlah perkara yang perlu dibanggakan. Namun, usaha pihak istana ini sedikit sebanyak meredakan ketegangan yang telah dimulakan JAIS. Beberapa persoalan wajar dipertanggungjawabkan. Mengapa sekian lama tindakan diambil untuk memulangkan Alkitab? Dimanakah hak Persatuan Bible Malaysia terhadap Alkitab tersebut? Mengapa pula syarat dikenakan bagi pemulangan Alkitab tersebut? Ianya bukan sukar sebagaimana ibarat sarang tebuan jangan dijolok. Tindakan JAIS pada Januari tempoh hari sudah pun menunjukkan bahawa ada penafian terhadap Persatuan Bible Malaysia mencetak, mengedar dan menjual Alkitab di Selangor. Bahkan sebelum enakmen agama bukan Islam Selangor dikuatkuasakan, Persatuan Bible Malaysia sudah ada. Jikalau tindakan JAIS ini adalah berlandaskan tekanan politik dan kes mahkamah, maka saya tidak hairan mengapa serbuan dilakukan. Bagi saya, tindakan ini sudah menunjukkan sikap JAIS yang ingin memanaskan lagi isu polemik kalimah “Allah” yang sepatutnya tidak dijadikan isu. Benarlah apa yang diperkatakan Fr Lawrence Andrew, SJ yang dikecam sesetengah kumpulan pergerakan Islam, “Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,” katanya kepada The Malaysian Insider pada 2 Januari, 2014. Rampasan sah?  Apa-apa pun tindakan JAIS mahupun MAIS ke atas penganut Kristian adalah tidak sah meskipun berlandaskan enakmen agama bukan Islam Selangor 1988 kerana ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 11 dan Perjanjian Malaysia 1963 Perkara 1. Umat Kristian berhak menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam apa jua penerbitan mahupun upacara sembahayang mereka. Dan berkaitan dengan kes tuntutan “Herald” ke atas penggunaan nama ‘Allah’ dalam kolum bahasa Malaysia, meskipun kalah dan dinafikan hak, Gereja Katolik tetap menfailkan rayuan demi menegakkan hak yang telah dinafikan. Adalah tidak wajar untuk menuduh umat Kristian menggunakan nama ‘Allah’ dengan niat yang tidak baik sedangkan ianya merupakan cara umat berkomunikasi dengan Pencipta mereka menggunakan bahasa mereka masing-masing. Berbalik kepada pemulangan Alkitab  Bahasa Malaysia dan Bup Kudus (Alkitab Bahasa Iban) yang mempunyai ribuan perkataan ‘Allah’ didalamnya, ianya adalah wajar jika dipulangkan kepada pihak yang sepatutnya. Sudah dirampas di Persatuan Bible Malaysia tetapi dipulangkan kepada Persatuan Bible Malaysia melalui Persatuan Gereja Sarawak (ACS). Alasan Alasan yang diberikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan menetapkan syarat naskhah yang dirampas itu tidak boleh diedarkan di Selangor dan hanya dibenarkan di Sarawak. Syarat tersebut memanglah menepati sebagaimana yang ditegaskan dalam enakmen. Sekadar menutup malu atas perbuatan, umat Kristian telah merasakan mereka ditindas di negeri Selangor. Logiknya, di Selangor rata-rata penganut Kristian tanpa mengira mazhab memang majoritinya terdiri daripada kaum India dan kaum Cina. Namun, sedarlah bahawa penganut Kristian daripada pelbagai kaum dari Sabah dan Sarawak bahkan juga komuniti orang Asli juga menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium mereka di sini. Realiti Maka tidak hairanlah jika Alkitab Bahasa Malaysia juga digunakan dan upacara sembahyang dalam bahasa Malaysia juga diadakan bagi menanmpung keperluan umat yang menggunakan bahasa Malaysia yang turut juga dikongsi oleh masyarakat India dan Cina Kristian yang lain. Jadi amat keterluan jika mengatakan penggunaan nama ‘Allah’ adalah bersifat untuk memurtadkan umat Islam jika ianya pasti tidak benar. Komuniti politik amat licik dalam permainan mereka dalam mengatur isu keagaaman ini untuk mengalih kegagalan mereka serta tindakan sesetengah pergerakan Islam yang menjaja bahawa umat Kristian adalah ancaman bagi mereka adalah penyakit yang terlalu kerap diperlakukan. Kerajaan negeri tidak perlulah terlalu berbangga dengan usaha istana ini kerena mereka sendiri pun tidak mampu campur tangan atas urusan JAIS dan MAIS bagi membela umat Kristian dalam isu ini sejak Januari kerana sibuk dengan masalah dalaman mereka sendiri. Pergerakan Islam ‘konservatif’ pula tidak sepatutnya pula menjadikan umat Kristian sebagai ancaman mereka sebaliknya berusaha untuk menjaga keperluan ibadah serta usaha pemantapan akidah umat Islam mereka sendiri. Dan tidak pula menekan beban umat mereka ke atas penganut agama lain. Bukan isu Islam sahaja Yang patut difikirkan sebenarnya adalah beginikah imej Islam yang ingin dipaparkan di Malaysia terutama kepada penganut bukan Islam. Imej penguasa Islam yang menggunakan nas serta tafsiran mereka serta peruntukkan undang-undang Islam bagi menafikan hak penganut agama lain yang bukan merupakan tanggungjawab mereka. Imej pergerakan Islam yang terus menerus berkempen untuk menunjukkan mereka yang bukan Islam adalah ancaman sedangkan mereka sendiri mencipta ketidak harmonian dalam negara. Sedarlah bahawa agama beperanan sebagai tanda harapan berupaya menunjukkan keterbukaan untuk berdialog serta dijadikan sebagai keperluan yang mendesak untuk memadukan daya usaha bagi menggalakkan keadilan, persaudaraan, perdamaian dan kekuatan peribadi manusia dalam kemajmukan masyarakat. Cukuplah imej agama tercalar dek sikap penguasa dan penganutnya yang fanatik kerana menjadikan agama alat sebagai penindas bagi yang tidak sealiran dengan mereka. Walaubagaimanapun, umat Kristian tetap tenang walaupun apa yang terjadi dan berupaya meneruskan kepercayaan mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Biarlah mereka umat Kristian Malaysia mengatakan, “Aku percaya akan satu Allah, Bapa yang Mahakuasa, pencipta langit dan bumi” sehingga ke akhir zaman. unnamed

]]>

Kes Kalimah Allah: Dialog harus diteruskan

Meneliti keputusan para hakim Dalam menanggapi keputusan tersebut daripada media alternatif di laman sosial, saya agak kecewa, terkilan dan dengan sinis mengandaikan keputusan ini akan dijadikan rujukan kehakiman jika hal-hal yang kononnya berkaitan dengan kesucian Islam dibangkitkan kembali oleh pihak tertentu pada masa akan datang. Isu-isu seperti terjemahan, penerbitan dan upacara ibadah akan terus diperkotak-katikan oleh golongan berkempentingan bagi mencipta ketegangan politik melalui agama wujud sejak 1980an berdasarkan rekod kehakiman bagi dijadikan modal politik kerajaan memerintah. Namun, ianya tidaklah sehebat isu kalimah ‘Allah’ yang dibangkitkan oleh melalui larangan KDN terhadap Gereja Katolik pada tahun 2007. Gereja Katolik mengambil pendekatan undang-undang bagi menyelesaikan masalah tersebut dan berlanjutan sehingga kini. Selain itu, kontrak sosial Perjanjian Malaysia 1963 juga patut diambil berat kerana Sabah dan Sarawak mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan namun tidak mempunyai agama rasmi pada wilayah tersebut. Dan sudah tentu umat Kristian dijadikan sasaran selepas ini berbanding dengan penganut Buddha, Hindu dan agama minoriti lain. Oleh sebab, isu yang terdekat dengan permasalahan umat Islam selalunya dikaitkan dengan agama Kristian sebagaimana yang telah dimomokan MAIS dalam buku “Pendedahan Agenda Kristian” yang boleh mengundang kontroversi. Respon pelbagai pihak sejurus keputusan Berdasarkan keputusan hakim pada 23 Jun, rata-rata NGO Muslim seperti PERKASA, PEKIDA dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (per3) yang hadir di Istana Kehakiman sudah tentu menyifatkannya sebagai satu kemenangan besar umat Islam dalam mempertahankan kesucian agama mereka ketika umat Islam bersiap sedia menanti ketibaan Ramadan. Ketika berceramah, Presiden Perkasa sempat menempelak DAP yang rata-rata mempertahankan umat Kristian dalam isu kalimah ‘Allah’ dengan mencabar agar sekolah vernakular ditutup jika ingin memartabat bahasa Melayu. Sementara itu, ucapan hasutan juga keluar daripada Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim yang mengugut akan membunuh mereka yang menderhaka titah Sultan di Istana Kayangan, Shah Alam turut mengundang kritikan hebat dalam laman sosial. Saya berpendapat, masalah utama yang dihadapi umat Kristian dalam menanggapi isu ini adalah undang-undang yang kelihatan bercanggah antara enakmen negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Nampaknya sikap paranoid sekelompok orang Melayu dan Islam yang berterusan seperti yang ada sekarang sudah tentu akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara serta mengundang imej negatif tentang bangsa Melayu dan agama Islam oleh yang bukan Islam. Ada juga rancangan agar draf rang undang-undang baru ciptaan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara bagi membendung prejudis dan ancaman perpaduan kaum untuk dibawa ke Parlimen dan ianya sepatutnya disokong. Saya amat berpuas hati jika semua agama dilindungi secara adil dan saksama dibawah RUU. Sekurang-kurangnya, masih ada sirna dan harapan agar masalah ketegangan agama dan kaum dapat dikurangkan pada masa mendatang. Kesimpulannya, semua pihak tanpa mengira agama dan kaum seharusnya memilih untuk menolak politik perkauman , etnosentrime dan rasisme. Sikap mengenali satu sama lain dan berdialog sewajarnya dijadikan amalan dalam mengeratkan silaturahim antara masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini. Akhir kalam, ayuh kongsi persamaan dan hormati serta raikan perbezaan.

VERMOX
]]>

Bila, mengapa dan bagaimana Kristian menggunakan kata 'Allah'

Pengenalan dan Latarbelakang Tujuan dokumen ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata ‘Allah’. Ia juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata ‘Allah’ dalam agama Kristian. Terdapat banyak (tidak tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh menggunakan kata ‘Allah’ kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam yang merujuk kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Ia merupakan masalah pelik di Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain , di negara Arab – penganut Kristian berbahasa Arab menggunakan kata ‘Allah’. Umat Kristian sendiri kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita berdoa kepada ‘Allah’ dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, kita tidak menggunakan kata ‘Allah’. Walau bagaimanapun, lebih 60% daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab) sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah ‘Allah’. Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di Melaka Sejarah Makna dan Penggunaan 1. Kata ‘Allah’ adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi diantara tuhan-tuhan, sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R. Gibb & J. H. Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L. Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini. Dari segi sejarah, penganut Kristian berbahasa Melayu di AsiaTenggara telah menggunakan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan. Buktinya adalah seperti berikut: – Wujudnya Kitab salat as sawai atau Katekismus Kristian di dalam Bahasa Melayu telah ditulis pada tahun 1514 dan diterbitkan sekitar 1545, – Telah ada versi cetakan Injil Matius di dalam Bahasa Melayu oleh A.C. Ruyl pada tahun 1629, Kamus Melayu-Latin telah dicetak di Roma pada tahun 1631 (Dictionarium The Malaicum-Latinum dan Latinum – Malaicum) – Terjemahan Kitab Kejadian oleh D. Brouwerius (1662), – Terjemahan M. Leijdecker (1733), – Terjemahan H.C. Klinkert (1879), – Terjemahan W.A. Bode (1938), dan – Pada tahun 1731-1733, telah wujud Al-Kitab Bahasa Melayu lengkap mengandungi kata ‘Allah’ iaitu terjemahan untuk ‘God’. 3. Oleh itu, sejak awal lagi, kata ‘Allah’ telah digunakan dalam liturgi, doa-doa dan ibadat orang-orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tetapi selama berabad-abad itu, tidak ada bantahan atau kegemparan mengenai penggunaan kata ‘Allah’. Bahasa Bantahan terhadap penggunaan kata ‘Allah’ kebanyakannya berpunca dari wacana politik, atau di kalangan mereka yang membantah dengan tuduhan bahawa penterjemahan dan penggunaan kata ‘Allah’ baru sahaja berlaku. Ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut: 1. Dalam bahasa-bahasa Semitik, kata ‘Allah’ telah digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak abad ke-5 SM, sehingga masa perkembangan Islam dan penyebaran Bahasa Arab pada abad ke-7 M. 2. Penterjemahan Al-Kitab bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan teks-teks dari Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata ‘Allah’ mempunyai bentuk akar yang sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata ‘Allah’ pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, para penterjemah sebenarnya mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan mengekalkan perkataan ‘Allah’. 3. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata ‘Allah’ digunakan sebelum kedatangan Islam. Ia bukan ciptaan umat Islam dan kewujudannya tidak bermula di dalam Al-Quran. Haruskah Kristian Menggantikan kata ‘Allah’ dengan ‘Tuhan’? Ini tidak mungkin atas sebab-sebab berikut : 1. Dalam Bahasa Melayu, ‘Allah’ bermakna ‘Tuhan’ dan ‘Tuhan’ bermaksud ‘Lord’. Ini jelas apabila kita membaca Al-Kitab, ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ digunakan di dalam Al-Kitab, dan kedua-duanya mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu ‘Allah’ tidak boleh digantikan dengan ‘Tuhan’. 2. Kata Tuhan telah digunakan untuk Yesus Kristus iaitu Tuhan Yesus. Sekiranya Kristian menggantikan kata ‘Allah’ untuk Tuhan, ia menimbulkan banyak kekeliruan dan tidak keruan yang merujuk kepada Tuhan dan Yesus kerana: – Makna ‘Allah’ dan Tuhan adalah berbeza. – Ini sangat jelas melalui satu contoh sahaja. Di dalam Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51. “For I am the LORD, your GOD…” diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu…”(ALKITAB : Berita Baik. 2001. Edisi Kedua. Terbitan The Bible Society of Malaysia). – Ia akan mewujudkan situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa alkitabiah ‘Lord God’ sebagai Tuhan Tuhan. Pengulangan kata Tuhan Tuhan menunjukkan jamak di dalam Bahasa Malaysia, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan banyak tuhan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. – Umat Kristian berbahasa Malaysia tidak akan dapat mengesahkan ketuhanan Yesus Kristus dan mengajar doktrin Tritunggal kerana dua perkataan ini adalah kata-kata asas dan penting untuk mengekalkan serta menyampaikan kebenaran ini. Kesan-kesan Larangan Kata ‘Allah’ 1. Penafian penggunaan kata‘ Allah’ adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut agama dan amalan pilihan masing-masing. Perkara 11 (3) jelas memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama mereka sendiri. 2. Padatahun 2009, Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan ‘Allah’. Kerajaan (semua rakyat Malaysia, termasuk Kristian) membawanya ke Mahkamah Rayuan dan ia masih belum selesai. 3. Selain itu, terdapat juga pelanggaran hak menggunakan kata-kata penting dalam Al -Kitab Bahasa Malaysia. Lihat arahan 5 Disember 1986 daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan bahawa, sebagai tambahan kepada ‘Allah’, kata-kata : Al-Kitab, Firman, Rasul, Iman, Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Solat dan doa adalah tidak boleh digunakan dalam Al-Kitab. Di samping itu, membuat larangan melalui fatwa hanyalah relevan dengan umat Islam sahaja dan tidak terpakai kepada bukan Islam. 4. Melarang penggunaan kata ‘Allah’ dan istilah-istilah lainadalah tidak adil. Kristian Bumiputera perlu diberi penghormatan dan kebebasan untuk memanggil Tuhan dalam satu-satunya bahasa yang mereka. Ini adalah penting bagi identiti agama dan budaya mereka. 5. Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata ‘Allah’, bermakna hak untuk mengedit Kitab Suci agama utama dunia telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini akan menjadi satu perkara memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan. Kesimpulan Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti menggunakan kata ‘Allah’ kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas. Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata ‘Allah’ dan ‘Lord’ kepada ‘Allah’ dan ‘Tuhan’, begitu juga bahasa- bahasa lain dalam Al-Kitab. 16 Mei 2013 DISEDIAKAN OLEH PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA (The Christian Federation of Malaysia)

VERMOX
]]>

Tuhan untukku, Allah milikmu?

Obligation to Preserve the Sanctity of the Name Allah” (2013). Buku berkenaan diedarkan secara percuma bersama-sama buku “Pendedahan Agenda Kristian” (2014) pada Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Mei 2014. Wakil MAIS memberitahu wartawan The Malaysian Insider (25 Mei 2014) bahawa buku berkenaan hanya diedarkan kepada masyarakat Islam. Pada hakikatnya, ia diedarkan juga kepada peserta Kristian yang dipaksa menghadiri seminar berkenaan. Saya berpeluang membaca buku itu pada 30 Mei 2014 dan memperoleh pelbagai maklumat menarik. Memandangkan buku tersebut dalam Bahasa Inggeris, mungkin sebahagian khalayak sasaran menghadapi masalah untuk memahami kandungannya. Jika perkara itu berlaku, tentulah usaha dan niat murni MAIS menjadi sia-sia. Tambahan pula, dalam isu kalimah Allah yang menjadi fokus utama buku ini, MAIS menekankan bahawa “penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sebenarnya bertujuan memecah-belah (split) orang Melayu-Islam” (halaman 45). [caption id="attachment_3560" align="alignleft" width="300"]Buku ini perlu dibaca dengan teliti supaya tidak terkeliru. Buku ini perlu dibaca dengan teliti supaya tidak terkeliru.[/caption] Bab 3 dimulakan dengan penerangan kandungan Perkara 4 (1), Perkara 3 (1), Perkara 11 (1), Perkara 11 (4) dan Perkara 11 (5) dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia antara lain menyentuh kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak beragama, dan larangan menyebarkan agama-agama lain kepada orang Islam. Pembaca diingatkan (halaman 18) bahawa penyebaran agama-agama lain, termasuk pengedaran buku atau petikan ajaran selain Islam dalam Bahasa Malaysia kepada orang Islam, serta penggunaan perkataan-perkataan yang berasal daripada ajaran Islam adalah bertentangan dengan peruntukan perlembagaan negara. Turut ditekankan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang Tidak Islam (Bukan Islam) melanggar Perkara 11 (4) kerana “Allah” dalam konteks keagamaan adalah milik eksklusif Islam. “Adalah menjadi penghinaan kepada Islam dan Muslim jika kalimah Allah disalahguna mengikut citarasa dan keinginan penganut agama lain,” kata MAIS sehingga membuatkan saya tertanya-tanya apakah saya yang tidak faham Perkara 11 (4) selama ini. Entah bagaimana MAIS berjaya mengaitkan kedua-duanya! Walau bagaimanapun, saya tidak mahu masuk campur dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan The Herald kerana Mahkamah Persekutuan dijadualkan membuat keputusan kes pada 23 Jun 2014. Apa yang saya lakukan hanyalah memperkatakan, menghuraikan serta menterjemahkan sebahagian kandungan buku “Obligation to Preserve the Sanctity of the Name Allah” demi manfaat sebahagian individu yang menghadiri seminar anti-Kristian pada 6 Mei 2014 tetapi menghadapi kesukaran memahami kandungan buku berkenaan. Umat Islam mudah dikelirukan orang Kristian? Sebenarnya, isu kalimah Allah bukan sesuatu yang baru. Mesyuarat Kabinet pada 16 Mei 1986 memutuskan bahawa kalimah Allah termasuk perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya oleh orang Tidak Islam (halaman 20). Selain daripada Allah, perkataan seperti baitullah, solat dan Kaabah turut digazetkan sebagai milik eksklusif orang Islam pada 5 Disember 1986. Keputusan sama khabarnya dipersetujui Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober 2006, 1 November 2006 dan 3 Januari 2008. Menurut MAIS, Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah membincangkan pada 5-7 Mei 2008 berhubung isu tuntutan orang Kristian mahu menggunakan kalimah Allah. Fatwa yang dikeluarkan adalah bahawa kalimah Allah merupakan eksklusif untuk Islam dan Muslim, serta tidak boleh digunakan oleh agama-agama lain. Antara penjelasan yang diberikan adalah bahawa kalimah Allah yang digunakan orang Islam adalah nama khas. Istilah Allah pula tidak pernah digunakan dalam bahasa asal Bible. Istilah yang digunakan dalam Bahasa Greek adalah Theos dan diterjemahkan sebagai God dalam Bahasa Inggeris. “Maka orang Kristian yang bertutur bahasa Melayu masih boleh mengamalkan agama mereka dengan menggunakan perkataan Tuhan tanpa perlu meminjam nama Allah Yang Maha Suci kerana tindakan itu menjadi satu bentuk penyalahgunaan nama Allah,” menurut penjelasan yang diberikan. [caption id="attachment_3559" align="alignleft" width="300"]Antara hujah yang digunakan oleh MAIS dalam buku ini. Antara hujah yang digunakan oleh MAIS dalam buku ini.[/caption] Turut dihujahkan bahawa kalimah Allah tidak pernah muncul dalam Old Testament (Torah) yang ditulis menggunakan Bahasa Hebrew dan New Testament (Bible) yang menggunakan Bahasa Greek. Perkataan yang digunakan bagi Tuhan adalah El, Eloah, Elohim dan YHWH. Apabila membaca segala maklumat dalam buku ini, pembaca pasti akan teringat akan hujah-hujah hampir sama dan serupa dalam kes mahkamah berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Seolah-olah teks yang sama dikitar semula. Salah satu perkara yang boleh dianggap keterlaluan adalah sikap MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang terlalu obses terhadap apa yang mereka bayangkan sebagai “agenda kristianisasi”. Realiti takut akan bayang-bayang sendiri juga menjadi asas penerbitan buku “Pendedahan Agenda Kristian” yang boleh turut dijadikan “panduan untuk mereka yang mahu murtad” – rujuk “Buku MAIS boleh undang murtad” (Projek Dialog, 18 Mei 2014). Dalam buku “Obligation to Preserve the Sanctity of the Name Allah” dinyatakan sekali lagi bahawa satu-satunya sebab orang Kristian mahu menggunakan kalimah Allah adalah untuk “mengelirukan orang Muslim” dan mengatakan bahawa semua agama adalah sama. Tuhan Maha Esa. Tidak ada dua. Saya tidak pasti jika ada pihak (termasuk MAIS) yang mahu berkata sebaliknya. Sebagai pengamal multifaith, saya juga menegaskan bahawa Tuhan Maha Esa. Tidak ada dua, tiga, empat, lima. Jangan sampai anggap ada Tuhan lain! Apabila sudah sah dan diakui bahawa Tuhan Maha Esa, mengapa pula ada pihak tertentu (yang mengakui keesaan Tuhan) tampil berhujah seolah-olah adalah lebih daripada satu Tuhan? Lebih menakutkan apabila mereka (yang mengakui keesaan Tuhan) tampil berkata “Tuhan awak tidak sama dengan Tuhan saya” seolah-olah ada lebih daripada satu Tuhan. Dalam menangani hal ini, jangan pula ada pihak yang terkeliru lalu berhujah bahawa “Tuhan awak tidak sama dengan Tuhan saya” sama maksudnya dengan pendirian “Bagiku agamaku, bagimu agamamu.” Kita perlu mampu memahami apa itu “Tuhan” dan apa itu “agama” sebelum membuka mulut. Berbalik kepada minat dan keghairahan MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan menghina dan memfitnah agama Kristian, perkara sama dilakukan di halaman 23. Disajikan tuduhan bahawa Bible telah diubah dan dipinda mengikut keinginan paderi Kristian, sehingga akhirnya orang Kristian tidak lagi tahu nama Tuhan mereka. Sekali lagi dikatakan bahawa niat orang Kristian menterjemah God sebagai Allah dalam Bible versi Bahasa Malaysia adalah supaya penganut Islam juga menjadi seperti mereka (orang Kristian) yang tidak tahu makna sebenar Tuhan. Tentu sahaja saya tidak berniat mempersoalkan bidang kuasa MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bagaimanapun, tentulah amat menyedihkan apabila Islam yang suci dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah memperalatkan Islam dan Allah untuk menghina, memperlekeh, memperbodoh, memfitnah dan menyalahkan agama Kristian dan pengikut ajaran Krsitian. Sementara itu, Jawatankuasa Fatwa Selangor membuat keputusan berhubung isu kalimah Allah pada 10 Jun 2008 sebelum digazetkan pada 27 Januari 2010. Perkara itu khusus berkaitan “isu tuntutan hak orang Kristian menggunakan kalimah Allah”. Seksyen 9 dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 menyenaraikan sejumlah perkataan dan frasa Bahasa Arab yang tidak boleh digunakan oleh orang Tidak Islam di luar konteks Islam. Harap maklum bahawa peraturan itu sebenarnya bukan melarang atau mengharamkan terus penggunaan Allah, Illahi, rasul, nabi, dakwah, fatwa, wahyu, subhanallah, masya-Allah, alhamdulillah, insya-Allah dan sebagainya. [caption id="attachment_3561" align="alignleft" width="300"]Bab 3 melihat isu kalimah Allah dari sudut perundangan. Bab 3 melihat isu kalimah Allah dari sudut perundangan.[/caption] Sekiranya Seksyen 3 (kriteria menentukan sama ada seseorang itu Islam), Seksyen 4, Seksyen 5, Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 10 dan Seksyen 12 dilihat bersama-sama Seksyen 9, maka kita akan lebih memahami perkara ini serta tidak mudah tertipu. Malah, Seksyen 9 (1) dan Seksyen 9 (2) menjelaskan bahawa tidak menjadi kesalahan jika seorang individu Tidak Islam menggunakan perkataan dan frasa “terlarang” itu dalam konteks agama Islam serta dalam bentuk petikan atau rujukan (quotation or reference). Pembaca sasaran (Melayu-Islam) serta orang ramai (Tidak Islam) yang berpeluang membaca buku “Obligation to Preserve the Sanctity of the Name Allah” wajar menghadam buku ini secara menyeluruh dan bijak supaya tidak tertipu, terkhilaf atau terpengaruh dengan agenda anti-Kristian yang seolah-olah menjadi asas kebanyakan buku terbitan MAIS. Insya-Allah kita tidak akan termasuk dalam golongan yang dimurkai dan dilaknati Allah.         unnamed

VERMOX
]]>

Benarkah ini agenda Kristian?

Pendedahan Agenda Kristian (2014) terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) boleh diterima bulat-bulat sebagai fakta, maka hakikat yang sedang berlaku di depan mata adalah situasi di mana semakin ramai umat Islam sudah terpesong daripada ajaran Islam sebenar. Selain daripada itu, kekuatan umat Islam di Malaysia semakin tergugat dan isu murtad sudah sampai ke tahap kritikal serta semakin bertambah setiap hari. Agama-agama yang menjadi pilihan mereka yang “keluar Islam” adalah Hindu, Buddha dan Kristian. Maklumat di atas bukan rekaan tetapi dipetik daripada buku berkenaan yang diedarkan secara percuma kepada sekitar 1,000 pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan masyarakat pelbagai kaum dan agama yang menghadiri (atau dipaksa menghadiri) “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 6 Mei 2014. Seminar itu khabarnya anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan MAIS dengan sokongan Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, TV Al-Hijrah, Kumpulan Zikay dan Kumpulan Pantai Bharu. Makalah saya bertajuk “Dilema Melayu, Cina, India” disiarkan di Projek Dialog pada 16 April 2014. Dalam makalah berkenaan, saya memetik kata-kata AB Sulaiman, penulis buku Sensitive Truths in Malaysia: A Critical Appraisal of the Malay Problem (2013) yang berhujah bahawa “There is no such thing as a Malay race”. Lalu saya dihubungi wakil suatu kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai “The Patriot” dan membidas saya dengan alasan bahawa apabila saya memetik hujah Sulaiman, maknanya saya menyokong dan bersetuju dengan pandangan beliau. Memandangkan mungkin ada wakil puak-puak “kurang cerdik” yang membaca makalah ini, maka biarlah saya nyatakan secara terang-terangan (black and white) bahawa pandangan MAIS serta maklumat daripada buku Pendedahan Agenda Kristian yang dipetik dalam makalah ini tidak semestinya mewakili pandangan saya. Pelbagai maklumat serta berita mengenai buku ini disiarkan di portal berita dalam talian dan laman rangkaian sosial (khususnya Facebook) sejak ia diedarkan kepada peserta seminar pada 6 Mei 2014. Dakwah Islam VS dakyah Kristian? Kesimpulan keseluruhan bagi bab pertama terdapat di halaman 16. Ramai yang mengambil foto halaman itu untuk dipaparkan menerusi Facebook. Enam kesimpulan yang dinyatakan adalah seperti berikut: Nasrani (Kristian) adalah musuh Islam yang sentiasa berniat jahat serta memaparkan sikap negatif kepada umat Islam. Nasrani (Kristian) adalah pembawa berita pendustaan dan mereka sentiasa berusaha menyelewengkan fakta tentang kebenaran ajaran Islam. Nasrani (Kristian) akan berusaha sehabis mungkin untuk menimbulkan rasa sakit hati di kalangan umat Islam. Jalan keluar dari usaha dakyah Nasrani (Kristian) ialah dengan berhujah kepada mereka mengenai kebenaran Islam di samping memantapkan keimanan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Umat Islam mestilah bersikap tegas dan berhati-hati terhadap Nasrani (Kristian) serta tidak taat dan tidak menjadikan mereka sebagai pelindung/pemimpin/penjaga. Jika umat Islam alpa terhadap peranan hujah kebenaran dan ragu-ragu dengan Islam, mereka akan mudah terpengaruh dengan tipu daya Nasrani (Kristian). [caption id="attachment_3483" align="alignleft" width="300"]Kesimpulan yang pasti menyentuh sensitiviti umat Bukan Islam. Kesimpulan yang pasti menyentuh sensitiviti umat Bukan Islam.[/caption] Bab kedua membantu pembaca pelbagai kaum dan agama – memandangkan buku ini ditulis menggunakan Bahasa Malaysia – untuk memahami secara mendalam mengenai gerakan evangelisme. Saya berjaya mendapatkan senaskhah buku Pendedahan Agenda Kristian pada 15 Mei 2014 dan terus meluangkan masa membacanya dengan penuh minat dan rasa ingin tahu. Buku Syiah pun saya baca, inikan pula buku yang tidak diharamkan. Tambahan pula, ia bukannya buku dari luar (Indonesia atau Somalia, misalnya) tetapi terbitan di Malaysia sendiri, di mana kita amat memahami serta menghormati sensitiviti kaum dan agama. Di mana sekitar 61.3 peratus penduduk beragama Islam, 19.8 peratus beragama Buddha, 9.2 peratus Kristian dan 6.3 peratus Hindu. Buku itu menghuraikan bahawa gerakan evangelisme di bawah mazhab Evangelical memfokuskan usaha penyebaran agama Kristian melalui pelbagai cara dan pendekatan termasuk usaha yang bersifat serangan. “Gerakan usaha evangelisme ini menuntut komitmen yang tinggi dalam diri pendakyah Kristian, persiapan yang rapi (dari) segi fizikal, mental dan rohani serta strategi pendekatan yang betul,” kata buku itu. Sebagai pengamal multifaith (percaya pada ajaran semua agama), berdasarkan maklumat dalam buku Pendedahan Agenda Kristian, saya mendapati ada banyak persamaan antara gerakan yang dilakukan oleh orang Islam dan Kristian. Tambahan pula, kedua-duanya memang agama yang berdakwah. Perbezaan yang nyata hanyalah apabila MAIS menggunakan istilah “dakwah” bagi Islam dan “dakyah” bagi Kristian. Pengerusi MAIS, Haji Mohamad Adzib Mohd Isa dalam kata-kata aluannya menjelaskan bahawa penulis buku berkenaan adalah “berdasarkan dalil nas al-Qur’an dan hadis” dalam usaha “memberi petunjuk kepada umat Islam tentang sikap sebenar golongan Nasrani dan Kristian terhadap Islam”. Kristianisasi punca orang Melayu murtad? Pada bahagian pengenalan, dinyatakan bahawa penulisan buku ini bukan bertujuan untuk mengajak umat Islam membenci agama Kristian, sebaliknya menghuraikan elemen gerakan kristianisasi yang wajar diberikan perhatian oleh umat Islam. Kristianisasi dikatakan menjadi punca utama kes murtad dalam kalangan orang Islam. “Jenayah ini ibarat menculik anak orang lain dari rumah mereka dan mengajarkan kepada anak itu bahawa ibubapa [sic] mereka tidak benar,” kata buku itu. Buku terbitan MAIS ini yang diedarkan kepada peserta pelbagai agama semasa seminar (6 Mei 2014) mengingatkan bahawa umat Islam perlu sentiasa berhati-hati dengan tindak-tanduk golongan Kristian. “Umat Islam juga perlu mengelak daripada terjebak dalam perangkap samar yang sentiasa dipasang oleh pihak yang mengambil kesempatan menangguk di aur yang keruh untuk memecahbelahkan [sic] kesatuan umat yang akhirnya menguntungkan golongan Kristian secara tidak langsung.” Demikian dinyatakan dalam buku berkenaan. Bab 3 antara lain berusaha menunjukkan kaitan antara kes murtad dan usaha kristianisasi. Bagaimanapun, diakui bahawa ada faktor dalaman dan faktor luaran yang menjadi punca gejala murtad semakin menular. Faktor dalaman adalah kejahilan serta keinginan meneroka perkara baru. Faktor luaran yang disenaraikan adalah ujian kebendaan, kelemahan penguatkuasaan, desakan hidup, perkahwinan, kelemahan ummah dan usaha mubaligh agama lain. [caption id="attachment_3484" align="alignleft" width="300"]Orang Kristian dikatakan ada agenda jahat. Orang Kristian dikatakan ada agenda jahat.[/caption] Tidak perlulah saya menghuraikan faktor-faktor di atas. Sesungguhnya orang ramai (yang waras sahaja) boleh melihat dan memahami sendiri apakah benar dakwaan bahawa gerakan kristianisasi dan agenda Kristian yang menjadi punca utama murtad dalam kalangan orang Islam atau “kelemahan” sendiri. Makalah ini tidak bertujuan menghukum sesiapa atau mana-mana pihak. Bukan juga bermakna saya “menyokong” atau “sependapat” dengan MAIS semata-mata kerana saya memetik kandungan buku terbitannya. (Ahli “The Patriot” dan kelompok kurang cerdik, sila ambil maklum.) Walaupun buku Pendedahan Agenda Kristian diedarkan secara percuma kepada peserta Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara, memang sukar untuk “melihat” buku ini di mana-mana. Hal ini nyata apabila ramai yang bertanyakan buku ini menerusi Facebook tetapi hampir tiada sesiapa yang mengaku memilikinya. Maka, makalah ini sekadar bertujuan menghuraikan secara ringkas sebahagian kandungan buku ini demi manfaat bersama khalayak pelbagai kaum, etnik, agama, mazhab dan kepercayaan. Tambahan pula, buku ini turut menyentuh mengenai “Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian” (walaupun setahu kita, “Cina” bukan agama). Biarlah semua orang tahu mengenai kandungan buku ini yang sedang hangat diperkatakan. Tentu MAIS gembira kerana selain daripada sekadar sekitar 1,000 peserta yang menghadiri seminar anti-Kristian di UiTM, kini kandungan serta mesej buku Pendedahan Agenda Kristian sudah disebarkan ke seluruh dunia menerusi makalah ini. Usaha lupa: “Penulisan buku ini bukan bertujuan untuk mengajak umat Islam membenci agama Kristian,” seperti kata penerbit.         unnamed

VERMOX
]]>

Kerajaan Negeri Selangor mengelak tanggungjawab

Persatuan Kristian Malaysia: Kerajaan Negeri Selangor Mengelak Tanggungjawab Dilaporkan pada 2 April 2014 Kerajaan Negeri Selangor telah menasihati  Lembaga Alkitab Malaysia (BSM) untuk menulis kepada Peguam Negara  meminta pembebasan terhadap Alkitab yang disita dari premis mereka pada  2 Januari 2014. Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) kecewa dengan pihak Kerajaan Negeri  Selangor dalam cubaannya mencuci tangan dalam perkara itu. Hakikatnya bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang bertindak di  bawah kuasa yang kononnya diberikan kepadanya oleh enakmen Negeri,  menyerbu premis BSM dan merampas lebih 300 buah Alkitab dan Bup Kudus,  Alkitab ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban masing-masing. Alkitab ini masih dalam simpanan mereka. Pegawai-pegawai JAIS hanya berkuasa bertindak selepas berunding dan atas  nasihat Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab  terhadap serbuan BSM, JAIS bertindak sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri  Selangor. Oleh itu, adalah bertentangan jika Kerajaan Negeri Selangor sekarang  meminta BSM untuk melihat kepada Peguam Negara untuk menyelesaikan perkara ini. CFM menggesa dengan tegas Kerajaan Negeri Selangor untuk bertindak tanpa  berlengah-lengah lagi mengarahkan pemulangan dengan selamat dan segera  Alkitab kepada BSM. Ia adalah satu cadangan yang lucu bahawa JAIS mempunyai kuasa tertentu  untuk menyita Alkitab, dan bahawa hanya dengan kelulusan dan kebenaran  Peguam Negara bahawa Alkitab yang sama boleh di lepaskan. Ini adalah tidak lain daripada ‘menolak tanggungjawab’, dan sama sekali tidak boleh diterima. Kerajaan Negeri Selangor adalah berkewajipan untuk bertindak dalam perkara  ini dan tidak mengelakkan dari bertanggungjawab. Perintahkan pengembalian  Alkitab itu sekarang. Ditandatangani Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia

VERMOX
]]>