Kelas bimbingan bahasa diadakan di Rumah Kavyan.[/caption]
Di seluruh dunia, golongan minoriti sering diberikan perlindungan khas. Bagaimanapun, hakikat yang amat nyata di Malaysia adalah bahawa golongan minoriti atau marginal sering dipinggirkan, diabaikan, tidak diberikan hak untuk bersuara serta terus-menerus dizalimi.
Memanglah ada kes-kes terpencil di mana individu daripada kumpulan minoriti tertentu diberikan peluang dan dijulang tinggi. Bagaimanapun, biasanya individu minoriti terbabit seringkali sudah meninggalkan kumpulan asal (minoriti) dan sudah menjadi penyokong atau pengikut kumpulan teras (majoriti).
Sementara itu, kumpulan minoriti masih meneruskan perjuangan menuntut apa yang menjadi hak yang sah di sisi undang-undang. Namun begitu, selalu pula pelbagai alasan diketengahkan oleh kumpulan majoriti untuk terus menindas kumpulan minoriti.
Antara alasan yang sering digunakan untuk menakut-nakutkan golongan minoriti adalah perkara-perkara kecil yang sebenarnya tidak menghadkan hak dan peluang sah yang sepatutnya menjadi hak minoriti. Misalnya alasan bahawa tuntutan minoriti akan menjejaskan hak majoriti.
Antara golongan minoriti yang dimaksudkan dalam konteks ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) golongan Bukan Islam, bukan mazhab Syafi’i, Bukan Melayu, bukan penutur asli bahasa Melayu serta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Termasuk dalam kumpulan ini adalah Orang Asal (Orang Asli) dan Bumiputera Bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Sesiapa yang bukan ahli atau penyokong (pengampu) Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) juga sering dilayan seperti golongan minoriti.
[caption id="attachment_4252" align="alignleft" width="300"]
Kumpulan minoriti perlu memperkasakan diri
demi mempertahankan hak.[/caption]
Kita yang tidak termasuk dalam kumpulan rasis, etnosentrik, pelampau, ultra kiasu dan fanatik dalam soal agama, bahasa, kaum dan politik juga sering dianggap minoriti. Apatah lagi jika kita berfikiran terbuka, plural dan moderat. Begitu juga aktivis dan nasionalis di Sabah dan Sarawak yang menuntut hak.
Walau dalam kategori minoriti mana pun kita dimasukkan, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian bagi memperkasa diri. Hal ini penting bagi memastikan kita dapat mempertahankan hak serta tidak lagi diperlekeh, dihina, diperkotak-katik dan dizalimi kelompok majoriti, kuasawan dan politikus.
Tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran. Demikian antara kata-kata Mahatma Gandhi yang boleh dijadikan pemberi semangat.
Kita sebagai golongan minoriti perlu berani tampil bersuara. Daripada pengalaman dan pemerhatian saya, ramai yang suka bising-bising dan menjerit-jerit di laman rangkaian sosial seperti Facebook. Akan tetapi, apabila diminta memberikan pandangan bagi tujuan penerbitan dalam makalah, mereka terus kecut dan membisu.
Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan
Sekiranya kita memang berani untuk memperjuangkan hak-hak sah golongan minoriti, maka kita perlu berani bersuara lantang. Manfaatkan Facebook, Twitter, blog dan sebagainya.
Beranilah mengirimkan surat pembaca, komen atau pandangan untuk disiarkan di media konvensional dan media alternatif. Keluarkan kenyataan dalam bentuk kenyataan media dan paparan status di Facebook.
Apabila bersuara, jangan berselindung di belakang nama samaran atau identiti yang tidak boleh dikenali. Itu adalah tindakan golongan pengecut. Jika kita memang berani bersuara mewakili golongan minoriti, maka lakukan secara berani dan terbuka. Usah berselindung di sebalik identiti yang samar.
[caption id="attachment_4250" align="alignleft" width="300"] Kumpulan minoriti perlu memperkasakan diri
demi mempertahankan hak.[/caption]
Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini. Demikian satu lagi pandangan Gandhi yang menjadi semacam penyuntik semangat kepada saya untuk berani bertindak walaupun apa yang dilakukan mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak.
Sekiranya golongan minoriti tidak memulakan langkah, maka perubahan yang diharapkan itu tidak mungkin menjadi kenyataan. Kita sebagai minoriti jangan mengharapkan kumpulan majoriti tampil membantu membawa perubahan yang kita harapkan.
Kalau bukan kita yang memulakannya, siap lagi? Apatah lagi dalam isu-isu melibatkan hak golongan minoriti yang tentu sahaja sedaya upaya cuba dipinggirkan golongan majoriti tertentu yang mahu terus berada di atas dan terus-menerus menafikan hak golongan minoriti.
Dalam memperjuangkan hak yang sah, golongan minoriti tertindas tidak boleh mengharapkan sokongan dan liputan media arus perdana; media cetak dan media elektronik.
Sekadar contoh, golongan Orang Asal tidak boleh mengharapkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk memberikan liputan yang menyeluruh, objektif dan mendedahkan masalah sebenar yang dialami golongan minoriti itu. Kalau laporan secara permukaan (surface) yang menjadikan golongan Orang Asal sebagai komoditi tarikan pelancongan, maka bolehlah diharapkan.
Walau bagaimanapun, golongan minoriti tidak perlu bimbang kerana capaian media alternatif adalah lebih meluas berbanding media konvensional. Paparan di portal berita dalam talian dan blog juga boleh diakses orang ramai di seluruh dunia. Malah, lebih mudah dikongsikan menerusi Facebook dan Twitter.
Senjata utama: Bahasa Malaysia
Sejak beberapa bulan lalu, saya mengendalikan kelas bimbingan Bahasa Malaysia bagi sekumpulan aktivis yang disegani dan lantang bersuara. Mereka bukan calang-calang orang kerana mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.
Namun, mereka memilih untuk mengikuti kelas bimbingan Bahasa Malaysia kerana menyedari kepentingan bahasa kebangsaan sebagai medium paling penting untuk melakukan perjuangan pada peringkat akar-umbi.
Semangat yang ditunjukkan sekumpulan aktivis ini amat membanggakan dan mengharukan saya. Mereka sedar bahawa tiada gunanya jika Bahasa Inggeris sahaja digunakan untuk mengetengahkan masalah dan perjuangan golongan minoriti di negara ini.
Golongan minoriti yang mahu bersuara demi memperjuangkan hak perlu menyedari kepentingan menguasai Bahasa Malaysia; selain bahasa-bahasa lain. Kalaulah kita tidak mampu bersuara menggunakan Bahasa Malaysia, apalah gunanya kita menggelarkan diri kita sebagai warganegara Malaysia
[caption id="attachment_4251" align="alignleft" width="300"] Datuk Ambiga sedia belajar semula untuk
menguasai Bahasa Malaysia.[/caption]
Janganlah kita menjadi seperti majoriti politikus, menteri dan timbalan menteri yang tidak mencintai serta tidak menguasai Bahasa Malaysia. Sebagaimana kita mentertawakan, memperkecilkan dan mengabaikan politikus terbabit, begitulah juga orang ramai akan memandang kita jika kita tidak mampu berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan.
Golongan minoriti juga perlu bersatu. Walaupun pelbagai kelompok minoriti berdepan dengan masalah, hambatan, kezaliman dan penindasan yang berbeza daripada kelompok majoriti yang berbeza, aspek bersatu dan bergabung perlu diutamakan.
Contohnya, golongan minoriti Orang Asal serta penduduk asal Sabah dan Sarawak wajar bergabung bagi mempertahankan hak yang sah di sisi undang-undang. Minoriti Kristian dan minoriti Hindu yang sering dituduh menyebarkan ajaran agama menerusi bahan bacaan Bahasa Malaysia boleh bersatu memperjuangkan hak menggunakan bahasa kebangsaan.
Bagi mengukuhkan kesatuan, satu-satu kelompok minoriti perlu juga tampil membantu dan bersolidariti dengan kelompok minoriti lain. Misalnya minoriti yang sering ditindas kerana identiti jantina boleh bersolidariti dengan minoriti yang ditindas kerana perbezaan mazhab atau jantina.
Percayalah, jika para minoriti yang memperjuangkan hak daripada ditindas mampu bergabung tenaga dan suara, maka minoriti akan dapat mengatasi kuasa majoriti yang sudah terlalu lama melakukan penindasan. Lihat sahaja bagaimana Sisters in Islam (SIS) mampu bergabung tenaga dengan pelbagai kumpulan minoriti lain untuk sama-sama berjuang demi hak yang sah.
Ketidaksatuan antara kumpulan minoriti sebenarnya dijadikan salah satu senjata oleh kumpulan majoriti untuk meneruskan penindasan dan ketidakadilan secara sedar atau tidak sedar, secara terancang atau tidak terancang.
Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini. Tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran. Minoriti perlu memperkasakan diri untuk mencapai hasrat itu.
Kemerdekaan agama dan masyarakat Ahmadiyah: Suatu Tumpuan Kes
Kemeredekaan
Kemerdekaan digunakan dalam makalah ini dengan merujuk erti yang diberi oleh Kamus Dewan (2000, halaman 883) iaitu ‘perihal bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan’ dan ‘lepas daripada tebusan, tuntutan’ yang mana merdeka juga dimaknakan sebagai ‘berdiri sendiri’ dan ‘tidak bergantung pada yang lain’.
Hari ini kemerdekaan beragama sering disalahertikan sebagai mengiktiraf kepercayaan atau kebenaran lain. Untuk penganut Islam, hal ini menjadi taboo kerana ia dikaitkan dengan keimanan.
Mereka, umat Islam amat bimbang jika, sebagai contoh, mengiktiraf kesetaraan agama Hindu dan Islam. Mereka berpendapat hal ini boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan akidah Islam.
Dalam ruang hak asasi manusia sebenarnya, yang ‘merdeka’ adalah manusia, bukan agama atau kepercayaan itu. Itulah puncanya, kemerdekaan BERagama, diberi penekanan kepada imbuhan ‘Ber’. Ia juga bermaksud kemerdekaan BERagama bukan bermaksud kemerdekaan dari agama.
Dari segi bahasa, awalan ber- mempunyai beberapa makna, antara lain:
(a) mempunyai;
berayah = mempunyai ayah atau beribu = mempunyai ibu
Oleh itu beragama adalah mempunyai agama. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk mempunyai agama.
(b) menggunakan;
berpayung = menggunakan payung atau bertongkat = menggunakan tongkat
Oleh itu beragama adalah menggunakan agama. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk menggunakan agama, dalam hal ini misalnya untuk melakukan ritual atau ibadah.
(c) mengeluarkan atau menghasilkan;
berbunga = mengeluarkan bunga atau bertelur = menghasilkan telur
Oleh itu beragama adalah menghasilkan agama. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk mengeluarkan agama dari dalam diri, dalam hal ini misalnya untuk menghasilkan produk berkaitan agama.
(d) mengusahakan;
bersawah = mengusahakan sawah atau berkedai = mengusahakan kedai
Oleh itu beragama adalah mengusahakan agama. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk mengusaha atau membangunkan agama, dalam hal ini misalnya untuk memberdaya, atau memajukan agama.
(e) mengucapkan;
berdoa = mengucapkan doa atau berjanji = mengucapkan janji
Oleh itu beragama adalah mengucapkan agama. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk mengucapkan agama, dalam hal ini misalnya untuk melafaz ajaran agama.
(f) menunjukkan sikap;
berkasar = menunjukkan sikap kasar atau berlembut = menunjukkan sikap lembut
Dalam hal ini beragama adalah menunjukkan sikap agama. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk memaparkan sikap agama masing-masing, dalam hal ini misalnya untuk menunjukkan sikap sesuatu agama dalam satu-satu isu.
(g) dalam keadaan;
bergembira = dalam keadaan gembira atau berduka = dalam keadaan duka
Dalam hal ini beragama adalah merujuk kepada sifat agama itu sendiri. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk mensifati agama masing-masing, dalam hal ini misalnya untuk menunjukkan sifat kasih-sayang agama dalam mendepani kebencian.
(h) ada sesuatunya;
berbahaya = ada bahayanya atau berduri = ada durinya
Sekali lagi beragama penting untuk merujuk kepada kesesuatuan agama itu. Kemerdekaan beragama adalah kemerdekaan untuk mensesuatukan agama anutan masing-masing. Dalam hal ini beragama berperanan untuk menunjukkan manfaat dan ciri khas agama atau kepercayaan masing-masing.
Kemerdekaan agama bukan persamaan semua agama
Justeru, kemerdekaan beragama bukan lah bermaksud persamaan agama atau kepercayaan. Perihal ‘sama’ merujuk kepada sifat-sifat. Adalah mustahil semua agama ‘sama’. Konsep kemerdekaan BERagama meraikan kesetaraan BERagama. Setara dalam hal ini adalah setanding. Ini juga bermakna yang ditangani dan diuruskan di sini adalah manusia dan hak BERagama. Justeru, yang ditangani dan diuruskan bukan agama.
Sebelum memahami kekangan yang dialami minoriti agama Ahmadiyyah, wajar difahami apakah yang dimaksudkan dengan agama menurut piawai antarabangsa. Definisi agama sangat luas meliputi kepercayaan, panduan baik dan buruk atau moral yang turut merangkumi kepercayaan yang bertuhan, yang tidak bertuhan dan tiada kepercayaan.
Dalam sudut pandang hak asasi manusia, sesebuah kerajaan perlu mengiktiraf kemerdekaan agama dan kepercayaan. Sekiranya atas sesuatu alasan keagamaan atau ideologi, sesebuah kerajaan enggan mengiktiraf sesuatu ajaran itu sebagai agama, kerajaan masih bertanggungjawab untuk mengiktirafnya sebagai satu kepercayaan (belief).
Sesebuah minoriti agama itu terikat oleh solidariti sesama mereka untuk mempertahankan budaya, tradisi, agama atau bahasa. Adakah pengikut sekte atau kultus tertentu juga ikut diiktiraf sebagai minoriti agama? Apakah bezanya Syiah sebagai satu sekte atau mazhab dengan Ahmadiyyah?
Sekte dan kultus
Sekte adalah satu pecahan atau kumpulan dalam agama atau tradisi sedia ada, yang menuntut dan mengikat pengikutnya dengan satu standard yang sesuai; eksklusif dari segi ‘keahlian’; yang mana ia berlainan dari kumpulan besar yang sedia ada; sekte juga mendakwa memiliki kebenaran berbanding kumpulan besar tersebut.
Dalam hal ini Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali dan Ja’fari mengikat pengikutnya dengan satu standard fikah yang sesuai menurut masing-masing; bersifat eksklusif dan mempunyai pegangan hukum tersendiri.
Dalam hal Syiah sebagai sebuah mazhab yang lebih umum, terdapat perbezaan-perbezaan mendasar yang antara lain adalah menerima kepimpinan Saidina Ali sebagai pengganti Rasulullah saw.
Ahmadiyyah walaubagaimanapun mempunyai ciri-ciri sebuah kultus. Menurut Lawrence S Cunnibgham dan John Kelsay dalam buku mereka The Sacred Quest: An Invitation to the Study of Religion, tiga ciri sesebuah kultus adalah; i) ia diasaskan oleh seorang tokoh berkarisma yang mana kewibawaannya menjadi perhatian pengikutnya, dan juga di mana tokoh tersebut menjadi sumber untuk ajaran-ajaran kultus itu; ii) terdapatnya dakwaan pewahyuan daripada Tuhan yang memberi perspektif baharu kepada sesebuah tradisi atau agama sebelumnya, samada dalam bentuk merubah atau menyempurnakan agama atau tradisi tersebut; iii) kultus pada permulaannya, atau sepanjang kewujudannya dicurigai oleh komuniti dominan sedia ada dan kesan dakwaan pewahyuan tadi mengakibatkan terbitnya tuduhan sesat, atau menghina agama atau tradisi sedia ada.
Pada 18 Jun 1975, kerajaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan bahawa ajarah Ahmadiyah merupakan ajaran yang diharamkan dan bukan ajaran Islam.
Ekoran dari itu Kerajaan Negeri Selangor melalui mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang Fatwa Negeri Selangor pada 25 November 1975 turut mengharamkan ajaran Ahmadiyyah dan menetapkan pengikutnya sebagai bukan Islam. Lebih dua dekad kemudian, melalui pewartaan Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiyah/Qadiani pada 24 September 1998, pengikut-pengikut Ahmadiyyah telah ditetapkan sebagai kafir.
Kemudian pada 17 Ogos 2001, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menggariskan secara lengkap hal-hal yang berkaitan dengan pengikut ajaran ini. Oleh kerana pengikut Ahmadiyyah telah dianggap bukan Islam maka terdapat beberapa implikasi berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam yang perlu diberi perhatian.
Kecaman dan penindasan
Dalam hal ini, Azharudin Mohamed Dali, pengkaji dari Universiti Malaya dalam makalah beliau “Gerakan Ahmadiah (Qadiani) Di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah” menjelaskan terdapat banyak hak-hak pengikut ini tergugur dengan sendirinya, khusus melibatkan hal nikah kahwin dan pewarisan apabila mereka dikafirkan:
Ini termasuklah menjelaskan bahawa pengikut ajaran ini diistilahkan sebagai telah murtad atau keluar dari Islam hingga boleh membawa akibat sama ada dari hukum syarak mahupun sivil iaitu, perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984.
Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya; orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat kerabat Muslimnya; dan orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negeri.
Sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut mana berkenaan, oleh pihak yang berkuasa yang berkaitan.
Untuk bersikap adil, perlu dinyatakan di sini yang makalah tulisan Azharudin Mohamed Dali di atas agak sendeng untuk mensesat dan menidakkan keIslaman pengikut Ahmadiyyah. Pakar perlembagaan Profesor Shad Saleem Faruqi menegaskan sebagai ‘bukan Islam’, pengikut ajaran ini masih perlu dilindungi hak-hak kemerdekaan beragama mereka:
“Every religion has its own jurisdiction to ‘excommunicate’ deviant followers, but in this case [Ahmadiyah] it should be a matter of last resort since the implications are devastating…as the law was concerned, the Ahmadiyya should enjoy constitutional protection for their freedom of religion if they are considered non-Muslims. But if they want to declare themselves Muslim and follow their version of the faith, then the superior courts will defer to the syariah courts.”
Oleh kerana makalah ini bukan berpusat dalam bidang teologi dan hanya berminat membincangkan isu kemerdekaan beragama, maka benar atau sesatnya kelompok Ahmadiyyah diketepikan di sini.
Makalah ingin menghujahkan kedudukan pengikut Ahmadiyyah yang mengalami diskriminasi dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebagai ‘bukan Islam’, minoriti agama Ahmadiyyah masih kerap menerima gangguan walaupun tidak sekerap dan sekeras yang dialami oleh minoriti Syiah.
Sebagai contoh, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan notis larangan mengerjakan sembahyang Jumaat di Baitussalam berlokasi 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda.
Surat bertarikh 24 April 2009 ini mendorong pengikut Ahmadiyyah menyewa sebuah ruang kedai di nombor 16-2, Dolomite Park Avenue di Jalan Batu Caves untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Pada 11 April 2014, satu serbuan telah dilakukan yang menyebabkan 37 orang dimuatkan dalam sebuah lori untuk disiasat dan ditahan di Shah Alam. Salah seorang dari mereka, iaitu Encik Ainul Yakin Muhammad Zain telah diminta hadir ke mahkamah syariah pada 23 Oktober 2014.
Hal ini ternyata mengelirukan memandangkan secara fatwa, beliau bukanlah seorang Islam. Ini bukanlah kali pertama beliau ditahan Jabatan Agama, pada 17 April 2009, beliau diundang memberi ceramah agama di Masjid Othmaniah Perlis. Dalam majlis tersebut, beliau telah ditahan dan kemudian dilokapkan selama 3 hari tanpa diberitahu sebab-musabab beliau ditahan.
Masyarakat Ahmadiyah harus dipertahankan
Kes yang melibatkan minoriti Ahmadiyyah menunjukkan kedudukan minoriti agama di Malaysia mengalami gangguan kemerdekaan beragama yang serius. Meskipun jumlah pengikut Ahmadiyyah adalah kecil di negara ini tetapi hak-hak kemerdekaan beragama untuk mereka mestilah diberikan dan tidak dientengkan.
Mereka malah dinafikan sebagai seorang Islam dan kehilangan status dalam masyarakat.
Kemerdekaan beragama adalah komponen paling utama dalam mencapai kebahagiaan dan kerukunan dalam masyarakat. Oleh kerana itu, perlu difahami yang kesejahteraan rakyat tidak selalunya identik dengan kemakmuran negara.
Kesejahteraan orang kecil tidak dapat dicapai jika bahagian masyarakat yang paling dominan melakukan pemomokan dan pembulian terhadap kumpulan kecil. Pemomokan adalah satu bentuk untuk meminggir dan meninggalkan bahagian yang ada dalam masyarakat; tentu ia bukan gagasan yang ingin diutarakan oleh pemerintah.
Pemomokan dan pembulian terhadap komuniti agama tertentu di Malaysia memberi gambaran sistem yang ada di Malaysia adalah pincang.
Pemomokan ialah apabila berlaku empat perkara; iaitu ketika i) ahli masyarakat yang dominan bertindak membeza dan melabel kumpulan tertentu; ii) pelabelan ini, dalam konteks ini adalah minoriti agama, ditanggapi sebagai ‘sesuatu yang tidak dikehendaki’; iii) seterusnya pihak atau sasaran yang dilabel mengalami pengasingan; iv) dan pengasingan itu, membawa kepada pihak yang dilabel kehilangan status dalam masyarakat secara tidak adil. Apa yang dialami oleh minoriti Ahmadiyyah setelah dilabel sesat dan kafir ternyata menjurus kepada pengasingan sehingga mereka kehilangan status dan hak yang mesti.
Untuk membaiki keadaan ini kerajaan perlu segera menandatangani International Covenant on Civil and Political Rights dan menyertai masyarakat antarabangsa. Hal ini sangat mendesak apatah lagi Malaysia kini adalah anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
The man who doesn’t save Malaysia: A review of “Lelaki Harapan Dunia”
by Melati Timur [SPOILER ALERT] I went into the cinema wanting to like this film. Bearing in mind a more literal translation of “the men who are the hope of the world”, even its title, rather hubristically, begs you to pin hopes on the film. Or perhaps the director himself? Malay grammar allows you to also read it as “man”, singular. Am I to place my hopes in Liew Seng Tat, the man that comes to save us all? Sadly, despite my hopes, he does nothing of the kind. Let’s start with the good bits. The actors are superb and some of the cinematography breathtaking. As a friend pointed out, some sequences deserve to be played in a loop in an art gallery. They were so evocative. Some parts were also very funny. I was glad to see that it did not shy away from physical gags and the silliness characteristic of much of Asian cinema, including Malay films. I think too many “serious” directors shy away from these populist techniques as if humour is antithetical to profundity. However, there have been some less than flattering opinions hurled at the film. Some of the international criticism, as in a review in Variety, has come from a profound misunderstanding of both the film’s intentions and the situation on the ground in Malaysia. Sexist? Homophobic? Solomon’s silence and comments about his “wire brush hair” have been interpreted as racism on the part of the director, but I think this is off the mark. Malaysia has been downgraded to the lowest level in the US State Department’s 2014 human trafficking report. The public’s attitudes to migrant workers and those deemed as foreigners continue to be shameful. Some apartment buildings in Kuala Lumpur openly refuse to rent to African tenants, a move that has garnered general support, especially among residents. Against this backdrop, as well as within the context of the film itself where Solomon is a solitary man on the run, his reticence is to be expected. It is also a potent symbol of the silenced vulnerability of foreign migrants here in Malaysia. I don’t think Solomon was played for laughs. His gently comedic moments, such as his river scenes, were sweet and created affection for the character. This is a desperate, lost, voiceless man we are clearly supposed to sympathise with. Solomon’s scenes with the blind bilal evoke Frankenstein – the blind old man who befriends the monster because he cannot see what his friend looks like. Even the “wire brush” comment is affectionate, not condemning. It is followed by a show of elaborate hospitality. We are in an isolated village here, we can’t expect the language of the PC brigade from the lips of a small-time bilal. What matters is what the man does, even if it is under false pretences. However, unlike Frankenstein, the discovery of Solomon by those who are able to see does not result in his violent expulsion. Instead, the mob’s attention is diverted to chase after an altogether different black “monster”, in effect saving Solomon from the persecution he fears. The accusations of sexism are also misguided. This is a film about men’s communal and individual relationships with each other, and how those dynamics can shift on the flimsiest of excuses. The exclusion of women here does not make the film sexist. In fact, it attempts to shine a light on sexism with how the villagers themselves exclude women from their community, casting them as objects to be protected, only for the men to go missing when the women are actually attacked. Then there’s the supposed homophobia. Again, the criticism is unjust. These are Malaysian villagers. Some level of homophobia would not be unrealistic. No motivation, no resolution The film hints at making some interesting progress on this issue with the character development of troubled Wan (Soffi Jikan) for whom something begins to stir once he dons female attire. Yet, we never get to see how this works out for Wan, or anybody else for that matter. And here is the crux of the issue, the real reason why this film is so unsatisfying and ultimately problematic. Put simply, there is no Third Act. Liew decides to cut off his film before anything can reach a conclusion. He offers tantalising moments of character development, then refuses to actually resolve them in any way. Take the character of Pak Awang (wonderfully acted by Wan Hanafi Su). He is clearly the heart of the film, quite possibly because, as the Variety review states, he is the only character “given any kind of depth.” Yet “Liew fails to fully explore this frustrated man’s motivations”. Despite being the character that the director clearly intends the audience to be most drawn to, we never get to really know anything about Pak Awang. We get hints and clues. He is clearly uncomfortable discussing his daughter’s upcoming nuptials, refusing to give any details when asked about her and her beau. The best we get are cryptic remarks about city living not being good for his daughter, that she needs to move back to the village and that she loves her fiancée. Our attention is brought to how evasive his answers are immediately when his interlocutor responds with, “well of course one marries for love.” End scene. So red flags everywhere, something is up here. Something is not quite right here. Pak Awang’s rush to get the house moved and ready also seems suspicious, given how he never explains himself. He doesn’t give us an exact date to suggest a logistical urgency, nor does he give us any motives. It does not seem like such a long time has actually passed since the villagers stopped moving his house before he already throws tantrums, physically assaults village elders and later terrifies women and children. Why the anxious rush, Pak Awang? This is kampung living where presumably a leisurely pace and constant negotiations with neighbours to help each other is the norm. Why does Pak Awang seem to go a bit nuts? One gets the feeling it has something to do with whatever is not quite right with his daughter’s situation. What is happening to Wan? How will attitudes evolve around him? What happens to Solomon? But without a Third Act, we’ll never know. In fact, we’ll never know what any of his characters were really about. A sarcastic title for a film about horrible people? Liew is stubbornly silent. He refuses to allow his characters any relief, resolution or absolution. By refusing to face their real motivations or allow them to achieve some kind of conclusion to their conflicts, even if it should be tragic, he denies them their humanity and denies the audience any ability to sympathise with or understand their predicaments. So Liew refuses to let his characters be understood or explain themselves. They seem to only be there for the audience to criticise their irrational actions and stupidity. Perhaps the secret of the director’s intentions lie in that awkwardly worded piece of dialogue (in Malay, it sounds very strange, like someone translating): “the fine line between superstition and stupidity.” My dearest director, I understand that you may not want something mushy and “neat”. As an art house filmmaker, The Journey (Malaysia’s highest grossing film ever, released earlier this year) probably made you gag. But being allergic to narrative structure does not make you an auteur. Having a third act that at least attempts to resolve the many threads this film unravels does not make you a sell-out. By not having one, however, by refusing to answer, in any way at all, the many questions you brought up, the audience cannot trust the director’s intentions. This is why it has received the criticism it has, especially locally, of disrespecting Malays. It’s easy to see that the film is aiming for satire about how easily noble virtues like unity and community can be violently fractured by ignorance and mob mentality, ripping apart society’s fabric and leaving a home (perhaps emblematic of Malaysia herself) first abandoned, then burning to the ground. But the satire is completely undone by how mean-spirited the film is towards its characters. The director also wants to claim some kind of homage but that would require affection for your characters, not just the landscape. In the end, it is hard to escape the conclusion that there is little hope for these people. The film’s title now seems sarcastic. Judging by where their story is cut off – a mob chasing after a blacked-up old man – these men will certainly struggle to save themselves, much less the world. Irresponsible representation Despite the light, comedic touch, no one is redeemed, no one is actually allowed to be a good guy or even a nuanced guy. No one is even allowed to explain themselves or resolve their differences. With the exception of Solomon, if you looked strictly at the plot, they are all horrible people. You have a leading man so impatient for people to do what he wants that he resorts to violence and harassment. You have a cross-dressing superstitious mob hunting an imaginary possibly homosexual monster and recklessly burning down a beautiful house out of their murderous fear. You also have financial mismanagement and corruption even among the villagers. You have a man semi-feigning terror willing to exchange the concern of his fellow villagers for a few measly ringgit. Then you have children throwing their “most hated” objects at an old man on the strength of demonic rumours, and you have adults wilfully ignoring children’s vocal grief at the slaughter of an animal. In fact, it is the slaughter scene that many have expressed concerns over, accusing it of disparaging Malays. This scene is played for laughs but it also features crying children, an animal in mortal distress and blood spray so powerful people use umbrellas to shield themselves from getting drenched. Again little attempt is made to explore this custom. There is a grandfather’s truncated telling of Abraham’s test, commanded to kill his son by God, but the child is silenced when the questions get troublesome. That’s it, no further attempt at development. I have no issue with problematising the ritual slaughter of Raya Haji. This custom needs to be discussed. However, it is irresponsible to essentially laugh at the custom while children cry, then do nothing to offer any understanding on what this custom means to the people who practise it. Heartless When I was around 6, I also went to my grandparent, in my case my grandmother, with the same concerns. I did not like viewing the slaughter – it made me sick to the stomach and reduced me to quiet sobs. My grandmother, a very religious woman the community often turned to for theological advice, sympathised completely with my feelings, and praised me for my compassion. She was also ambivalent about the need for crowds at the slaughter, which she herself never attended. But she explained to me that witnesses were needed to ensure that things were done lawfully and mercifully. She also stressed that the meat was only to be given to the poor, many of whom did not have the luxury of meat very often. So there was no religious advantage of my attending these events and, in fact, her take was that it was inappropriate for me to go if I had such a heavy heart because the meat would be in some ways bedgrudged to the poor. You may not accept such an explanation, but at least this allows for a humanistic take. And trust me, this was coming from a very orthodox religious leader, within a very orthodox small town setting not all that different from the village in Lelaki Harapan Dunia. Yet, nothing even as modest as this was offered by the film. Life is hard and comedic, corrupt and ignorant. Sympathies are difficult to come by, tempers and irrationality literally run amuck unchecked, and children cry unheeded. This was such a missed opportunity. Had the director brought even some rounded humane agency to his characters and allowed them to resolve or seriously reflect on their issues, his satire would not have been any less biting, and his film would have had heart. In such an alternate universe, the film would have had a great chance of becoming a hit and spreading the much needed criticism as well as faith in our ability to fix our nation. The film Malaysia needs? Lelaki Harapan Dunia could have been a rallying cry. It could have brought Malaysians together to have a good hard look at ourselves, gird up our loins and shoulder our home to greener pastures but instead, it is snark, unrelenting, merciless jibes at poor kampung folk. It is to the credit of the actors that they bring humanity to this film. They may not have saved the world, but they really tried to rescue these characters from total condemnation.
]]>"The Lost", "The Last", "The Least", "The Little" kepada Gereja
The Lost
“I want to bring back the Lost those who have strayed away from Mother Church for whatever reason. I urge you to come back home . The Church needs you and you are restless until you rest in the bossom of our Mother. Here is where we need to go out in search of the sheep, bandage its wounds and carry it back on the shoulders.”
The Last
“The Last are the migrants in our Archdiocese, who have left everything in search of something better. I want to make them welcome, to know they have a safe place in the Church and that God loves them very much. We are hosts can play a more supportive and pro-active role in this area. We need to strengthen personnel and provide space for them.”
The Least
“The Least are the voiceless, the neglected, the oppressed, the forgotten of society. There is refuge and a place for everyone and the Church must speak out for them. We must provide and care for the weakest in our midst.”
The Little
“The Little are the Youth and the youngl who need a solid understanding of the Faith, preparing them for the challenges they will encounter . Therefore our catechesis must be re-visited, re-studied to ensure our youth know why they believe what they believe and be convinced of this Faith”
Empat “L”
Keempat-empat “L” di atas di harapkan akan membawa impak dan pengaruh yang besar ke arah perubahan pemikiran yang lebih holistik dalam mengintegrasikan ajaran Katolik dengan keadilan sosial dan hak-hak asasi manusia.
Apabila kita mengamati setiap penerangan “L” di atas, Bishop telah menekankan beberapa aspek yang penting di mana gereja seharusnya mengambil berat dan perhatian yang lebih terhadap isu tersebut.
Pertama adalah Migrant di mana ianya merupakan isu yang kritikal di negara kita. Kebanyakkan masyarakat di Malaysia masih mempunyai pandangan yang negatif dan prejudis terhadap Migrant di Malaysia. Kita seakan-akan lupa bahawa Migrant juga manusia yang mempunyai maruah dan nilai kehidupan di bumi.
Penglihatan dan penelitian kita terhadap Migrant di kaburi dengan isu-isu yang sering kali kita dengar seperti pemberian kad pengenalan kepada Migrant, Migrant terlibat dalam jenayah dan kita sering terlepas pandang untuk melihat kepada sudut pandang yang lebih meluas dengan membuat renungan yang lebih holisitk tentang Migrant.
Contohnya, kenapa Migrant mempunyai kad pengenalan? Adakah mereka menjadi mangsa kepada keadaan politik dan sistem di negara kita? Renungan-renungan seperti ini membantu kita untuk memahami kehidupan seorang Migrant.
Pope Francis juga menyeru gereja Katolik dalam ucapannya semasa Hari Migrant Sedunia untuk melihat kepada keadaan seorang Migrant. Berikut adalah ucapan Pope Francis yang telah di siarkan oleh Vatican Council.
“Pope Francis called on all to honor the “Biblical commandment of welcoming with respect and solidarity the stranger in need. Jesus Christ is always waiting to be recognized in migrants and refugees, in displaced persons and in exiles, and through them he calls us to share our resources, and occasionally to give up something of our acquired riches. Large numbers of people are leaving their homelands, with a suitcase full of fears and desires, to undertake a hopeful and dangerous trip in search of more humane living conditions. Such migration gives rise to eccelesial communities,prior to any knowledge of the migrants’ lives or their stories of presecution and destitution.”
Ucapan ini menunjukkan pendirian Pope Francis terhadap Migrant di mana gereja seharusnya menyahut seruan Pope Francis dengan lebih terbuka.
Bishop juga menyeru agar gereja memberi perhatian yang berat terhadap masyarakat yang di tindas dan menjadi suara kepada mereka yang tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan hak-hak mereka.
Panggilan ini merupakan satu cabaran kepada kita untuk melihat scripture Alkitab dan ajaran sosial katolik kepada satu dimensi yang lebih kreatif di mana kita tidak membaca dan melihatnya secara literal tetapi pembacaan yang lebih kepada reflective sehingga membawa kepada penghayatan yang lebih mendalam.
Pembacaan yang lebih reflective akan membawa kepada satu analisa pemikiran yang kritikal di mana kita berkeupayaan menganalisa realiti seperti kenapa penindasan dan kemiskinan berlaku walaupun Tuhan sentiasa bersama kita?
Kenapa sentiasa ada perang berdarah jika Tuhan adalah sumber segala cinta kasih? Kebolehan untuk menghubungkan scripture kepada realiti dunia yang penuh dengan masalah adalah sangat penting untuk menjadikan gereja sebagai alat pendukung kepada keamanan kepada mereka yang tertindas dan di pinggir.
Selain itu, Bishop melihat anak muda Katolik mempunyai peranan yang sangat penting sebagai alat perubahan di gereja. Anak muda Katolik masa kini bukan lagi setakat menyertai acara koir, pembelajaran alkitab ataupun katekism tetapi anak muda Katolik di seru untuk mempunyai satu pemikiran yang kritikal di mana menyedari dan mempelajari bahawa terdapatnya penindasan dan masalah-masalah di sekeliling mereka.
Anak muda Katolik mempunyai keupayaan untuk mengintegrasikan ajaran gereja Katolik dengan realiti dunia masa kini.
Oleh itu,gereja seharusnya memberikan ruang kepada anak muda Katolik untuk terlibat dalam proses perancangan dan menentukan keputusan dalam mana-mana program dan pentadbiran gereja dengan menggunakan kreativiti anak muda itu sendiri.
Sesungguhnya, empat “L” tersebut membawa makna yang sangat besar kepada gereja Katolik untuk menjadikan gereja sebagai alat kepada keamanan dan perubahan di dalam masyarakat dunia.
Kebangkitan Neo-liberalisme: Wawancara bersama Henry Giroux (Bahagian 1)
*Temubual ini pertama kalinya disiarkan di dalam laman Truth-out.org bertarikh 19 Oktober 2014. Diterjemahkan oleh Muhammad Nazreen. Henry Giroux, cendekiawan dan teoris pedagogi kritikal terkemuka dunia, membincangkan impak negatif yang dibawa neo-liberalisme merentasi dunia politik, sosial dan ekonomi, manakala di dalam bidang pendidikan, Giroux menawarkan beberapa solusi yang boleh dimanfaatkan. Secara ringkas, istilah “neo-liberalisme” merujuk kepada fahaman ekonomi yang berlandaskan pasaran dan perdagangan bebas. Ia menganggap dominasi kerajaan (state) sebagai satu ketidakadilan. Namun dominasi korporat, penswastaan dan motif-keuntungan diterima berdasarkan prinsip kebebasan individu untuk melabur, mengambil risiko modal dan meraih keuntungan dalam proses tersebut, walaupun ia membabitkan (dan menjejaskan) institusi dan sistem sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Michael Nevradakis buat Dialogics: Kita mulakan dengan perbincangan tentang topik yang sedang rancak saudara tulis dan bahaskan…iaitu tentang neo-liberalisme. Saudara menyebutnya sebagai “kapitalisme kasino”. Bagaimanakah idea sebegini sedang rancak tersebar di seluruh dunia beberapa tahun kebelakangan ini? Henry Giroux: Saya rasa semenjak tahun 1970an, neo-liberalisme adalah idealogi yang tampak dominan, terutamanya di Eropah Barat dan Amerika Utara. Umum diketahui, ia mencetuskan kerusuhan di Amerika Latin, khususnya di Argentina dan Chile. Ia mula mendapat dokongan dan momentum di Chile, kesan daripada pengaruh yang dibawa ‘Chicago Boys’. Milton Friedman dan sekutunya telah pun berkunjung ke sana. Mereka telah menggunakan pengaruh mereka ke atas rejim Pinochet untuk mencipta polisi neo-liberalisme. Tetapi, jikalau kita mengamati secara mendalam, sebenarnya kita sedang bercakap mengenai banyak perkara. Kita sedang bercakap tentang idealogi yang mementingkan keuntungan beberapa pihak dengan menjual hak – hak orang awam ; serangan ke atas provisi sosial; kebangkitan negara korporat yang sistematik menerusi agenda penswastaan, perdagangan bebas dan deregulasi; sambutan ke atas nilai – nilai yang mementingkan diri sendiri menjangkaui keperluan orang awam; nilai yang mengutamakan keuntungan sebagai iltizam sebuah demokrasi dengan gagasan reduktionis yang mendakwa konsumpsi adalah wahana kewarganegaraan. Meski lebih daripada itu, ia menekankan pasaran sebagai tunjang untuk menstruktur semula hubungan sosial : bukan hanya sekadar sistem ekonomi, tetapi cara untuk mentadbir sistem sosial. Saya tidak merasakan perkara itu sebagai contoh yang berkesan dalam sesuatu pentadbiran. Hal ini sebenarnya amat menakutkan kerana ia kerap menghasilkan identiti, subjek dan gaya hidup berpandukan etika “survival of the fittest”, dimana perkara ini sinonim dengan gaya individu yang bebas, berkuasa dan komited terhadap hak individu dan penguasa untuk mengumpul kekayaan daripada perkara tersangkut etika dan sosial. Inilah isu yang paling utama. Perkara ini merupakan agenda politik, ekonomi dan sosial khusus untuk menggembleng kekuatan kelas di tangan golongan 1 peratus teratas yang menguasai ekonomi, tetapi beroperasi dengan andaian bahawa ekonomi tidak bergantung ke atas kos sosial, jadi mereka tidak perlu berhadapan dengan persoalan etika dan tanggungjawab sosial. Saya rasa seluruh dunia mula merasakan kesannya. Polisi neo-liberalisme telah menyebabkan penderitaan, kebuluran dan ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan, kekuasaan dan pendapatan. Hatta, kita sedang menyaksikan sejumlah ramainya individu yang membunuh diri kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Kita juga melihat bagaimanakah serangan ditujukan ke atas konsep negara berkebajikan; kita memerhatikan bagaimana penswastaan dijalankan ke atas perkhidmatan awam, memansuhkan hubungan di antara isu persendirian dan masalah awam, penjualan fungsi kenegaraan, deregulasi, penekanan terhadap kepentingan diri tanpa semak dan imbang, keengganan untuk mencukai golongan kaya, pengagihan kekayaan golongan pekerja dan kelas menengah kepada kelas penguasa, kelas elit, seperti yang dipanggil oleh gerakan Occupy sebagai golongan 1 persen. Perkara ini telah menciptakan lanskap ekonomi yang malap dan kelam buat 99 peratus jumlah populasi di seluruh dunia. Dan bercakap mengenai implikasi ke atas negara sosial dan golongan 99%, adakah kamu yakin untuk mengatakan bahawa idealogi sebeginilah yang memangkin krisis ekonomi sedunia yang sedang kita hadapi sekarang? Sudah pasti! Saya fikir jika kita menelaah kembali krisis yang terjadi pada tahun 2007, apa sebenarnya kita sedang lihat? Kita sedang melihat penggabungan kuasa kewangan yang tidak terkawal dengan patologi sikap tamak yang diselaraskan menerusi polisi perbankan dan dunia kewangan yang tidak dikawalselia, akhirnya membenarkan golongan elit kewangan, iaitu golongan 1 persen ini, untuk mendokong polisi khususnya di dalam penjualan bon kosong yang kita gelarkan sebagai cagaran sub-prima untuk mereka yang tidak mampu membayarnya. Hal ini menghasilkan buih ekonomi dan seterusnya meletup. Perkara ini disebabkan oleh andaian bahawa pasaran adalah asas untuk memandu gaya hidup politik, ekonomi dan sosial, supaya golongan penguasa dapat menggunakan kekuasaan mereka dengan rakus dan memanipulasi sistem kewangan untuk mengelak daripada tanggungjawab. Apa yang sedang kita alami adalah kegagalan yang disebabkan oleh kejahatan dan kezaliman yang berlaku di seluruh dunia. Lebih penting lagi, perkara tersebut berlanjutan daripada krisis sebelumnya, dan diciptakan kembali di Amerika Syarikat di bawah ‘Rubin boys’ bersama Larry Summer, dengan percubaan untuk menghalang sebarang kebijakan sosial untuk dilaksanakan yang akhirnya bertukar menjadi kegagalan polisi deregulasi pasaran. Hal ini semakin buruk. Berikutan krisis teruk yang melanda, akibat daripada bank dan elit kewangan, kita juga belajar mengenai politik feudal golongan kaya yang diabsahkan dengan pandangan bahawa mereka ini terlalu penting untuk gagal; keangkuhan mereka yang tidak masuk akal ini menyebabkan mereka merasakan diri kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Henry, pada pandangan kamu di dalam poin terakhir saudara telah bincangkan, bagaimanakah perkembangan aliran pemikiran neo-liberal dan doktrin yang mereka ciptakan ini menyumbang kepada defisit demokrasi masakini khususnya seperti yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat? Demokrasi telah berubah wajah dalam menzahirkan kepentingan ahli politik yang anti – demokratik, anti-intelektual dan mereka yang menyokong kebijakan tersebut. Demokrasi lazimnya adalah perkataan – perkataan yang mereka laungkan, tetapi akhirnya mereka menterbalikkan makna asasnya, untuk menghalalkan praktek dan polisi yang sangat tidak demokratik. Justeru, ‘demokrasi’ pada mereka langsung tidak terkait dengan persoalan keadilan, hak mahupun kesahan undang-undang. Malah, ia dijadikan alat penipuan dan mengalih perhatian – kaedah pemalsuan untuk mengabsahkan polisi yang sebenarnya anti – demokratik. Neo-liberalisme adalah antitesis buat demokrasi sebenar kerana ia memangkin ketidakadilan, ia memberi keistimewaan buat golongan kaya, ia mengundang perpecahan besar, dan ia mendokong kezaliman. Kebimbangan saya terhadap neo-liberalisme adalah mereka tidak pernah berlaku apologetik terhadap musibah yang disebabkan oleh mereka. Sikap mereka yang tidak apologetik bukan sekadar diungkapkan dalam perkataan, ‘saya tidak peduli!”, tetapi pada masa yang sama – mereka berbangga untuk mengatakan bahawa mereka mampu melindungi anak – anak masyarakat kulit hitam dan mengatasi sikap kepembangkangan para pelajar dan akademik yang tidak percaya terhadap polisi tersebut. Mereka juga menyalahkan golongan yang menjadi mangsa akibat daripada kerakusan polisi tersebut. Tatabahasa ‘neo-liberalisme’ sebenarnya menzahirkan kepalsuan agenda mereka tentang kebebasan, maka terselindung pula di sebalik gagasan individualisme dan kebebasan untuk memilih. Perbuatan demikian mencadangkan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh rakyat, satu-satunya cara untuk menyelami masalah mereka adalah menerusi lensa tanggungjawab individu, perwatakan dan atas kedegilan diri mereka sendiri. Contohnya, diskursus mengenai perbuatan dan tanggungjawab peribadi dijadikan alasan untuk menyanggah rakyat untuk menghubungkan masalah peribadi mereka daripada pertimbangan sosial dan sistemik yang lebih luas. Taktik ini secara patologinya amat teruk. Ia mendorong kehinaan terhadap hubungan komunal, pergerakan buruh, kakitangan kerajaan dan perkara yang dicanangkan untuk kebaikan bersama. Pandangan neo-liberalisme melihat apa sahaja perkara yang mendukung kepentingan orang awam sebagai perkara yang perlu ditolak, samada kita sedang bercakap tentang sistem pengangkutan awam atau sistem pendidikan awam. Hal ini kerana – di mata mereka harus sepenuhnya diswastakan. Mereka menganggap harta awam hanya bernilai sekiranya ia mampu mendatangkan laba dan keuntungan. Ianya tidak dilihat sebagai sebuah institusi yang menyumbang ke arah pembentukan budaya yang penting dalam sesuatu demokrasi. Dan bercakap mengenai sistem pendidikan awam, peningkatan proses penswastaan dalam bidang pendidikan telah menjadi isu yang besar; misalnya di Greece dan negara – negara lain yang tidak kurang penting. Sudah tentu ini adalah perkara yang acap kali dipromosikan semasa krisis ekonomi sedang melanda negara terbabit. Bagaimanakah neo-liberalisme dan kapitalisme kasino memberikan kesan yang buruk terhadap kualiti pendidikan, atau mungkin juga ke atas akses terhadap sistem pendidikan? Soalan yang baik. Berkenaan dengan kualiti pendidikan, terus-terang ia merupakan proses yang sangat membodohkan. Pendidikan sudah menjadi wadah untuk mengabaikan manusia untuk ‘belajar’, merendahkan tahap pendidikan menjadi sekadar sistem latihan, atau mereka mengganggap sistem pendidikan sebagai hub pentadbiran neo-liberal, dan dalam kes tertentu sebagai penswastaan. Imaginasi yang radikal-kritikal kini sedang menghadapi ancaman bagi masyarakat neo-liberal kerana ia ditanggapi sebagai ancaman bagi mereka yang merasakan misi pendidikan adalah untuk melahirkan idea yang kritikal; sebuah gagasan yang mendekati anak muda untuk menggunakan fikiran dan intergriti mereka untuk mengubah dunia. Neo–liberalisme meyakini bahawa kurikulum harus diatur untuk mendidik para pelajar menjadi pasif dan memaksakan pedagogi represif. Lebih penting lagi, serangan yang dijalankan untuk menyerang hubungan komunal masyarakat merupakan serangan ke atas nilai – nilai demokrasi dan ruang awam yang membentur mereka. Ruang awam ini sangat bahaya, kerana mereka mendidik manusia untuk berbicara mengenai perkara yang tak boleh dibicarakan, menzahirkan pemikiran kritikal, melahirkan penentangan dan membentuk warga yang kritikal. Apa yang sedang dibicarakan adalah anggapan bahawa berfikir itu bahaya. Polisi ini mencadangkan bahawa pendidikan bukanlah bertujuan untuk melahirkan anak muda yang kritikal dan serba tahu. Ia sebenarnya dijadikan latihan untuk bekerja. Dasar ini menawarkan keakuran terhadap sistem politik dan idealogi; ia adalah proses nyahpolitik – dan sifatnya sangat opressif, kerana sistem ini menyingkirkan segala usaha dan visi untuk menjadikan pendidikan sebagai usaha untuk membina masa hadapan yang baru, yang tidak lagi mengulangi kesilapan-kesilapan kita mutakhir ini. Pendidikan adalah alat untuk meluaskan fikrah kita untuk mengatasi perkara – perkara yang dianggap mustahil. Sistem ini, pada pandangan saya, hanya menekankan proses menghafal, ujian dan disiplin…kebanyakan daripada sistem sekolah seperti ini akhirnya berubah menjadi akademi ketenteraan, khususnya di kawasan sekitar Chicago. Saya merasakan reformasi yang dijunjung oleh kelompok neo-liberal ini bermakna pengabaian terhadap masalah asasi yang seharusnya diatasi oleh golongan pendidik atas iltizam untuk melahirkan masyarakat yang berfikir. Hal ini tidak mencadangkan mana-mana usaha untuk mereformasi sistem persekolahan harus dihubungkait dengan perlawanan terhadap rasisme, ketidaksaksamaan, kemiskinan, militarisasi dan kebangkitan negara yang bersikap menghukum. Kanak-kanak tidak mampu belajar sekiranya mereka sakit. Kanak-kanak tidak mampu belajar sekiranya sekolah mereka tidak mempunyai mana-mana sumber rujukan. Kanak – kanak juga tidak mampu belajar jikalau setiap bilik darjah mempunyai jumlah empat puluh orang pelajar. Kita tidak perlukan saintis mahupun cendekiawan untuk memahami hal ini. Saya rasakan apa yang perlu kita fahami adalah golongan berhaluan kanan sedar akan hal ini. Cuma, sikap mereka yang sengaja mahu membiarkan kejahilan ini berleluasa. Institusi awam dan sekolah tidak lagi dibiayai bukan kerana kerajaan kita tidak memiliki dana. Tetapi, ia tidak lagi dibiayai kerana golongan berhaluan kanan yang menguasai politik sengaja mahu membiarkan mereka gagal. Dana untuk sekolah dan pendidikan sebenarnya masih mencukupi, tetapi peruntukan tersebut telah disalurkan untuk pembinaan kompleks industri-ketenteraan, bahkan ia digunakan untuk membantu merendahkan beban cukai terhadap orang kaya, dan pendapatan luarbiasa yang diperolehi golongan elit kewangan di Amerika. Ini merupakan polisi yang sistemik untuk memastikan pendidikan adalah keistimewaan untuk golongan elit. Pendidikan tidak lagi penting buat semua insan. Itu adalah sebuah kepastian. Jadi, kamu merasakan pendidikan masakini, khususnya sistem pendidikan tinggi sebenarnya adalah usaha untuk menekankan doktrin neo-liberal di dalam kelas pembelajaran? Saya tidak merasakan ada persoalan di balik perkara ini. Kamu boleh membelek akhbar setiap hari dan membaca betapa bodohnya pandangan yang dikemukakan oleh para pentadbir pendidikan di sini, samada kamu bicara mengenai Texas, Arizona mahupun Florida. Semuanya serupa. Universiti kini telah dijadikan entiti korporat dalam aspek yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini. Kita semua sedar apa yang saya sedang ungkapkan; apakah keadaan yang menghasilkan masalah ini? Apa yang membingungkan adalah bagaimana yang dikatakan ‘reformasi’ seperti piawaian yang ditetapkan Common Core bahawa penetapan proses pendidikan dan pembelajaran merumuskan suasana dan cara pembelajaran di sekolah awam sebagai tidak penting! Inilah sistem pendidikan yang menekankan keuntungan dan kepentingan diri, tetapi tidak lagi mengutamakan aspek penting dalam pendidikan, iaitu pembelajaran dan pedagogi. Macam mana kita mahu bercakap tentang pembelajaran tanpa menyentuh hal seputar bagaimana sekolah – sekolah dibiayai, kebijakan politik golongan berhaluan kanan yang menekankan cara pembelajaran yang fundamental seperti kreasionisme dan hanya meremehkan fungsi guru sekadar mengajar untuk peperiksaan? Ini adalah pedagogi secara kiprahnya menindas dan ironisnya dijadikan jagoan buat golongan konservatif, kelab bilionair, tetapi juga mereka yang dikatakan ‘progresif’ ini. Di suatu tahap, kita memiliki gubernur berhaluan kanan yang menganggap diri mereka sebagai hamba abdi golongan kaya, dan mereka memandang setiap perhubungan sosial ini dari kaca-mata komersil. Pandangan alam politik yang pengecut ini telah diterapkan oleh para ‘demokrat’ yang sepatutnya melihat pendidikan bukan sebagai alat untuk meraih keuntungan, tetapi sebagai kelab sosial digelar ‘Republican Lite’. Kedua – dua pihak berkongsi rasa cinta yang sama terhadap masyarakat kapitalis yang dibentuk menerusi ketidaksamarataan kekayaan dan kuasa, keyakinan yang utuh terhadap perluasan wilayah ketenteraan di negara luar, pemantapan militarisasi secara domestic, peralihan kekuasaan yang zalim daripada golongan kelas menengah dan pekerja kepada golongan satu persen ini. Kita mengimbas kembali bagaimana perkongsian idealogi mereka yang mencipta kekaguman terhadap perkakas ketenteraan seperti jet pejuang f-35 yang tidak boleh terbang semasa musim hujan, tetapi menelan belanja sebanyak 200 juta dollar seunit. Ahli politik masakini adalah barua golongan kaya dan berkuasa yang sanggup membelanjakan berbilion dolar untuk menampung kos peperangan tetapi tidak pula sanggup melabur jumlah yang sama untuk membiayai setiap pemuda di Amerika Syarikat yang memerlukan biaya pendidikan yang berkualiti. Imara Jones pernah mengatakan bahawa hampir 4.4 trilion dollar yang telah dibelanjakan untuk menampung kos peperangan di Iraq dan Afghanistan sebenarnya mampu untuk menanggung kos pendidikan percuma buat semua warga Amerika dalam tempoh sepuluh tahun. Maksud saya adalah peruntukan perbelanjaan terhadap bidang ketenteraan itu sangat melampau, malah belanjawan paling besar; malah ia adalah peruntukan ketenteraan Amerika Syarikat adalah peruntukan terbesar di dunia; kita boleh menggabungkan jumlah peruntukan ketenteraan daripada 15 buah negara untuk menyamai jumlah peruntukan ketenteraan yang ditanggung Amerika. Kita sedang membicarakan tentang penyelewengan dana.Ia bukan tentang kita tidak memiliki pembiayaan terhadap pendidikan, tetapi bagaimana kita memanfaatkan dana tersebut. Kita tidak mengagihkan kekayaan kita untuk menanggung sistem kesihatan bayaran tunggal atau menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan. Jadi, setelah pendidikan kita sengaja dibobrokkan, apa yang terjadi adalah bagaimana model-model bisnes ini disepadukan di dalam sistem universiti, misalnya peranan yang dimainkan golongan pentadbir berjubahkan “CEO” ini. Sepertimana maklum, mereka adalah kelompok yang paling dominan di dalam universiti buat masakini. Para pentadbir ini sekarang mengalahkan jumlah kakitangan fakulti dan berjaya menarik jumlah sumber yang besar jauh daripada para pelajar. Kedua, fakulti sudah kehilangan kuasa autonomi. Ketiga, mereka memansuhkan kesatuan, dan berbeza pandangan itu umpama perbuatan keji; ini adalah peringatan terhadap sindrom McCarthyisme. Kita memiliki kakitangan fakulti yang terlalu bergantung-harap terhadap geran–geran penyelidikan. Dapat kita bayangkan? Yuran kursus kemanusiaan dan sains sosial masih ditingkatkan sekalipun gubernur berhaluan kanan ini mengatakan ia tidak punya nilai ekonomi yang besar. Sudah tentulah, para pelajar ini terlihat seperti anak – anak manja. Mereka dipandang sebagai slot kecil, dan disebabkan itu ada ketumbukan yang besar buat pelajar asing, kerana mereka adalah sumber kekayaan yang diperoleh universiti. Saya merasakan universiti sedang berdepan dengan krisis dan krisis ini menjadi amat teruk terutamanya dari segi ketidakmampuannya untuk menggembleng misi yang terzahir dalam tempoh 50an dan 60an, disebabkan kontradiksi dan permasalahan yang terjadi, atau sekurankurangnya persepsi yang melihat kolej – kolej tidak lebih sekadar peluang pekerjaan atau universiti sebagai pelopor kompleks-industri-militari. (BAHAGIAN DUA WAWANCARA AKAN MENYUSUL)
]]>Tuhan tanpa agama, kerohanian tanpa Tuhan
Kali ini saya ingin mengajak pembaca-pembaca sekali merenung sejenak tentang sebuah lagi konsep “ketuhanan” seperti yang tertera pada tajuk. Sebagai seorang Muslim, saya melihat, perbincangan sekitar soal keagamaan dan ketuhanan selalunya tidak mengambil endah perbezaan “Tuhan” dan “agama” dan “spiritualiti” [kerohanian].
Sekiranya seseorang mengatakan kepada kita, “aku percaya Tuhan!” maka dengan sekilas pandang kita beranggapan bahawa dia seorang Muslim (kerana Tuhan, bukan tuhan-tuhan, memberi anggapan kebiasaan bahawa satu Tuhan merujuk Muslim, selain dari konsep Trinity Kristian yang kontroversial dan agama Hindu yang dikatakan menyembah satu Tuhan juga). Maka dengan menganggap seseorang itu percaya Tuhan, maka, kita terus beranggapan bahawa dia itu mempunyai “agama” dan “spiritualiti”. Ia seperti pakej Nasi Lemak, yang mana jika kita memesan “Akak, nasi lemak satu”, maka terus terbayang di fikiran kita bahawa Nasi Lemak mestilah ada ada telur, sambal , kacang, timun dan ikan bilis secara asas. Tetapi kepercayaan kepada Tuhan tidak semudah Nasi Lemak! Bagaimana punya Tuhan tanpa agama? Aneh bukan? Macam mana percaya Tuhan, tapi tiada agama? Sisinilah saya ingin memperkenalkan “agama” atau falsafah atau idea yang dinamakan “Deism”. Deism datang dari perkataan “deus” dari perkataan latin yang bermaksud “God/Tuhan”. Jika anda pernah mendengar “Theism”, ia pula berasal dari perkataan Greek “theos” yang juga bermaksud “God/Tuhan”. Deism adalah pecahan dari cabang asal Theism yang mengandungi banyak lagi cabang lain seperti monotheism, polytheism, pantheism dan sebagainya. Akan tetapi, tulisan kali ini kita sentuh berkenaan Deism dahulu. Deism lahir sekitar kurun ke-16/17 di Eropah kerana kesan perkembangan sains yang kita panggil “Scientific Revolution” dan juga kekecawan terhadap “organized religion” Kristian pada waktu itu yang menggunakan institusi agama dalam mengawal masyarakat dan paderi-paderi gereja memanipulasi agama untuk kepentingan mereka. Revolusi sains ini membawa perubahan penting dalam cara kita menanggapi alam semesta yang memberi ancaman kepada dominasi fahaman agama Kristian tentang alam semesta yang “geo-sentrik” (bumi sebagai pusat alam semesta, mengikut model Ptolemy) melalui sekurang-kurangnya Trio “Copernican-Galileo-Newtonian Revolution” yang mana ketiga-tiganya menentang fahaman gereja tentang alam yang bercanggah dengan penemuan baru sains. Deism boleh dianggap sebagai suatu kepercayaan, akan tetapi bukanlah sebuah “sistem kepercayaan”. Deism menolak sebarang bentuk magis, konsep kenabian, teks-teks suci, malaikat, syaitan, ,ritual-ritual agama, mukjizat-mukjizat dan apa sahaja dakwaan-dakwaan mistik ketua-ketua agama yang kononnya dapat berinteraksi dengan Tuhan dan apatahlagi mendapat perintah darinya (lebih-lebih lagi yang mendakwa dapat bermimpi jumpa Nabi dalam konteks Malaysia). Deism menggantikan mitos-mitos agama kepada “rasional/akal”, iaitu kewujudan Tuhan dapat dibuktikan melalui akal/rasional akan tetapi Tuhan tidak menurunkan apa-apa perintah atau manusia tidak berupaya mencapai atau memahami pun perintah Tuhan, apatah lagi ingin menjelaskan zat-zat Tuhan. Deism juga menolak konsep Tuhan “anthromorphic” yakni meletakkan sifat-sifat dan emosi manusia terhadap Tuhan, seperti Tuhan boleh “marah apabila perintahnya tidak diikuti” , “cemburu bila cinta terhadapNya di-duakan oleh manusia” , “Tidak boleh mandi dalam keadaan bogel, kerana Tuhan itu Maha Pemalu (kerana Dia kan Maha Melihat)” , “Tuhan itu Maha Sombong, kerana itu manusia tidak boleh sombong” dan pelbagai lagi sifat-sifat manusia yang diletakkan ke atas Tuhan. Deism juga menolak konsep “personal” God yang mana Tuhan dianggap sebagai “Supreme Being/Person” yang mana kita boleh berdoa kepadanya meminta itu dan ini, merintih, tempat kita mengadu dan mencari ketenangan. Deism menyatakan bahawa Tuhan mencipatakan alam semesta ini dengan undang-undangnya (natural law) dan membiarkan ia bergerak sendiri tanpa apa-apa campurtangan Tuhan. Deism moden pula telah merumuskan Deism dengan erti kata tidak menolak cerita-cerita mitos agama (kenabian, akhirat, malaikat,kiamat,wahyu Tuhan, etc) secara pukul rata, akan tetapi mengatakan bahawa jika pun perkara seperti itu wujud, ianya tidak akan tercapai oleh akal manusia apatah lagi melalui paderi-paderi, ulama`-ulama` atau ketua-ketua agama. Makna Tuhan Jadi, anda mungkin akan bertanya, jika begitu, apakah fungsi Tuhan kepada manusia jika ia hanya mencipta tanpa ada apa-apa tujuan? Jawapannya ialah, Deism tidak mengatakan hidup ini tiada tujuan kerana tiada wahyu dari Tuhan, akan tetapi Tuhan telah memberikan akal/rasional kepada manusia untuk mencari hala tujunya dan tujuan hidupnya sendiri. Maka manusialah yang memilih jalan hidupnya sama ada ingin menjadi jahat atau baik dengan mencipta sendiri sistem moral yang digali dari rasional dan pengalaman. Ini juga membolehkan pandangan Deism sebagai “Deist atau Theist” yakni orang bertuhan tidak bercanggah dengan sains malah bergerak seiringan. Ini kerana, deism percaya refleksi dan penemuan terhadap alam berlaku secara berterusan untuk merungkai seribu satu persoalan yang sebelumnya suatu misteri buat kita. Deism membuka seribu satu jalan bagi falsafah dan sains terus berkembang tanpa menolak kewujudan Tuhan, kerana walaupun Tuhan wujud, segala zat-zatNya, sifat-sifatNya tidak terjangkau oleh capaian akal manusia. Ini berbeza dari paradoks pandangan orang agama yang mengakui akal manusia tidak dapat mencapai rahsia Tuhan secara penuh akan tetapi boleh pula menjelaskan ciri-ciri Tuhan dan sifatnya melalui “wahyu” yang disampaikan kepada manusia. Bagaimana pula spiritual tanpa Tuhan? Ini juga suatu perkara yang menarik untuk dibincangkan. Apakah tanpa Tuhan, manusia tidak boleh merasa “spiritual”? Jawapannya boleh. Dalam banyak-banyak artikel dan tulisan yang menarik tentangnya yang sempat saya baca, makalah yang ditulis oleh Leon F.Seltzer bertajuk “Spirituality Without God” antara yang paling menarik. Beliau menyebut bahawa: “I’d also add that art and nature, “spiritualized” as I’ve described them, offer secular individuals a transcendent experience—just as does great music, art, drama, and literature. Relating to a work of art not as a passive observer but as an active participant, in the sense of somehow getting inside the work is a secularly (if not singularly) transcendent experience in its going considerably beyond our ordinary, everyday experience. And immersing ourselves in nature—whether it be up in the mountains, down in the valleys, or by a brook, river, or ocean—offers us a similar experience of “oneness,” of becoming part of something far beyond ourselves. It can, I think, legitimately be seen as an expansion of self, a liberation of our spirit.” Contoh-contoh ini terlalu mudah dan jelas kita rasai dalam kehidupan seharian kita. Kerana perkataan “spiritual” telah berkembang sepanjang zaman, maka seseorang boleh menjadi spiritual tanpa solat dan berzikir misalnya, akan tetapi dengan mendengar muzik yang sangat asyik dan memberi semangat dan motivasi, ataupun mencintai seseorang sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Atau anda boleh baring mencerap langit dan bintang dan melihat kebesaran Alam Semesta ini, pastinya akan timbul rasa “spiritual” iaitu suatu emosi dan kesentosaan yang mendalam, mengasyikkan dan menyentuh jiwa. Kerohanian humanisme Ada juga yang digelar sebagai “humanist spirituality”: Ini pula ada spiritual yang kita rasai sewaktu merasa gembira dapat berkhidmat untuk masyarakat, membantu orang yang memerlukan dan mempertahankan idealisme kemanusiaan. Spiritualiti bentuk kemanusiaan ini tidak mengandungi apa-apa janji syurgawi, bidadari, pahala , atau apa-apa, akan tetapi ganjarannya adalah rasa gembira dari kebaikan yang dilakukan. Memetik kata-kata Thomas Paine: “I believe in God, and no more; and I hope for happiness beyond this life. I believe the equality of man; and I believe that religious duties consists in doing justice, loving-mercy, and endeavoring to make our fellow-creatures happy.” Bagi saya, alangkah indahnya agama jika ditanggapi seperti ini yakni sekalipun kita mengaku beragama (sama ada Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Mormon, Animism dan sebagainya). Ia menunjukkan betapa kita berbeza antara satu sama yang lain, akan tetapi kemanusiaan yang digali dari rasional dapat menyatukan kita semua dan membuang segala perbezaan akidah, ritual-ritual, seruan jihad, dan permusuhan atas dakwaan “agama aku sahaja yang betul” akan menyebabkan keamanan yang kita idamkan tergadai. Kesimpulan Diharap, penulisan kali memberi suatu kesedaran kepada pembaca agar tidak lagi terkeliru dengan konsep “Tuhan”, “agama” dan “spiritualiti”. Seseorang boleh sahaja percaya pada Tuhan tanpa agama, dan seseorang juga boleh mempunyai spiritualiti tanpa Tuhan dan agama. Justeru, jika anda seorang Muslim, janganlah kelam kabut dan anggap bahawa jika seseorang itu tiada agama maka dia tidak percaya Tuhan dan tidak punyai nilai rohani. Dengan sedikit pengenalan yang ringkas dan bersahaja ini, mudahan kita semua tidak lagi membuat lawak jenaka dengan memahami ketuhanan secara pakej “Nasi Lemak”. Sekian.
Manual untuk tentukan siapa kafir
Kafir
Justeru apakah kafir?
Watak Hashemi dalam novelku itu membalas; “Kehilangan iman itu sendiri.”
Protagonis novel kemudiannya menghuraikan bahawa kata kafir, yang masyhur digunakan untuk membezakan ketinggian seseorang muslim itu ketimbang non muslim, boleh ditemukan dalam al-Quran paling kurang 252 kali.
Benar, Islam melarang manusia menjadi kafir, tetapi Islam tidak juga memaksa seseorang untuk beriman. Demikian hak manusia dipelihara, hak untuk beriman digalakkan tetapi hak menjadi kafir juga dihormati.
Walaupun demikian, apakah definisi kafir menurut al-Quran? Ini memandangkan al Quran menyebut berkali-kali pengertian kafir.
Pada ayat 6 surah al-Baqarah, Allah berfirman maksudnya; ‘Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman’. Ini menunjukkan kata kafir itu dipadankan dengan kata sifat pengkhianatan.
Lihat juga ayat 38 surah al-Hajj; ‘Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur’.
Selain itu kata sifat tidak setia dikaitkan dengan kekafiran pada ayat 32 surah Luqman; ‘Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata.
Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi’.
Sementara kata sifat pendusta dihubungkan pula dengan kata kafir pada surah az-Zumar ayat 3; ‘Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)’.
Sifat degil turut dihubungkan dengan orang kafir pada surah Qaf ayat 24; ‘(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): “Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya.’
Sementara pula kegiatan atau kerja maksiat dihubungkan dengan kafir pada ayat 27 surah Nuh; ‘Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya merekaakan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar’.
Akhlak
Jelas sekali, Islam menghubungkan orang kafir itu dengan perbuatan tercela sementara orang beriman pula ditandai dengan akhlak terpuji.
Saya berpandangan tingkatan akhlak adalah lebih mustahak berbanding soal ukuran keimanan yang difahami masyarakat dewasa ini. Pemerian di awal ini secara terang memaknakan bidalan Melayu yang disebut oleh Tenas Effendy dalam Tunjuk Ajar Melayu bahawa ‘adat hidup orang beriman, tahu diri perangai pun sopan’.
Bidalan seterusnya yang dikutip beliau pula menjelaskan gejala kurang sopan sebagai; ‘apa tanda orang terkutuk, tak tahu diri tak ingat petunjuk, hati tamak bercampur kemaruk, kemana pergi aruk mengaruk’. Tidak terbantah lagi, kita mendapati yang kata keimanan dipakejkan bersama tingkah laku yang tinggi dan kesopanan.
Keimanan tidak disangkutkan hanya, semata-mata dengan keIslaman. Seseorang yang dalam sejarah hayatnya pernah mengucap dua kalimah syahadah boleh sahaja seorang kafir. Ia menjadi kafir apabila saat hilang keimanannya, dan ia juga menjadi kafir apabila ia ‘hilang akal’ dan ‘buruk pekerti’.
Fikah seperti yang kita maklumi sangat berhubungan dengan akhlak. Sebagai contoh, aksi atau ibadah solat dihubungkan dengan usaha menegah kekejian dan kemungkaran pada ayat 45 surah al-‘Ankabut; ‘Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan’.
Sementara ibadah puasa pula dihubungkan dengan menjadi orang bertakwa pada ayat 183 surah al-Baqarah; ‘Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa’. Ia tidak berakhir di situ, ini kerana orang yang bertakwa itu pula dihubungkan dengan ayat ‘orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang’ pada ayat 134 surah Al-i-’Imran.
Ibadah besar haji juga dihubungkan dengan akhlak, seperti yang difirmankan Allah pada ayat 197 surah al-Baqarah, maksudnya; ‘(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.
Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).’
Ibadah
Aktiviti dan ibadah zakat pula dilihat sebagai sia-sia jika tidak berakhlak pada ayat 264 surah al-Baqarah, iaitu ayat yang bermaksud; ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir’.
Berdasarkan pembuktian menerusi ayat-ayat di atas, ini bermakna hubungan intim akhlak dan ibadah ini sangat diperipentingkan oleh agama Islam hatta dalam fikah sekalipun. Dalam erti kata lain akhlak dan fikah sangat berhubungan. Justeru hukum (yang terkandung dalam fikah) datang dengan falsafah untuk membentuk akhlak, bukan semata-mata untuk menjatuh hukuman buat manusia.
Klise?
Tetapi, bukankah secara klise pengertian kafir itu dilekatkan kepada orang bukan Islam sahaja? Pengertian yang diberikan oleh saya di atas membolehkan kata kafir terlekat bukan sahaja kepada orang bukan Islam, tetapi juga kepada orang Islam.
Dalam hal ini orang yang tidak berakhlak, atau kafir, juga dapat dianggap sebagai tidak berhikmah. Apakah maksud hikmah? Antara lain maksud hikmah terkandung panjang lebar dalam al-Quran pada ayat 23-39 surah Al-Israa’, maksudnya;
[23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[25] Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
[26] Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[27] Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
[28] Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
[29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
[30] Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
[31] Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
[32] Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
[33] Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
[34] Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
[35] Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
[36] Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
[37] Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
[38] Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
[39] Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
Ayat-ayat suci al Quran di atas menjelaskan betapa akhlak yang baik mampu meningkatkan darjat manusia. Ini adalah kerana, ketika Allah menciptakan iman, iman itu sendiri merintih berdoa; ‘Ya Allah kuatkan aku’.
Maka Allah menguatkannya dengan akhlak yang baik dan kebajikan. Kemudian, ketika Allah menciptakan kekufuran, kekufuran juga berdoa; ‘Ya Allah kuatkan aku’. Maka Allah memperkuatkannya dengan kebakhilan dan akhlak yang buruk.
Hak asasi manusia
Saya ingin menghubungkan pula pengertian kafir dan tidak berhikmah yang dihurai panjang lebar di atas dengan hak asasi manusia yang mengalami pencabulan berleluasa. Contoh kecil; jika anda berada di atas jalan, kekafiran anda tidak terungkap pada akidah atau kepercayaan.
Jika anda tidak berakhlak di atas jalan raya, semberono dan hilang santun, jika anda seorang pembuli jalanraya, jika anda seorang pencarut tegar maka anda seorang kafir walaupun anda berserban berjubah, atau berhijab litup.
Contoh besar; jika anda meyakini kepercayaan atau kaum anda lebih superior dan benar, anda pun mengherdik kepercayaan orang lain, lantas menghina kaum lain dengan begitu angkuh dan sombong, justeru walaupun ada seorang alim di mata komuniti anda, tetap menurut al-Quran anda adalah seorang kafir. Justeru, pencabul hak asasi manusia terkelompok dalam golongan kafir.
Kesimpulannya, saya berpandangan kekafiran diungkap pada rendah atau tingginya akhlak, tidak semestinya terletak pada pernah atau tidak anda mengucap dua kalimah syahadah. Kayu ukur kekafiran ini diperolehi berdasarkan al-Quran dan juga kearifan Melayu (Malay wisdom).
Berdasarkan kayu ukur di atas; bagaimana, adakah anda seorang kafir? Yang pasti, mereka yang mencabul hak asasi manusia dan ‘melampaui batas’ adalah sememangnya kafir. Sebelum melabel orang lain kafir dan merasakan diri anda tidak kafir, mungkin baik juga anda merujuk ‘manual Ilahiyyah’ untuk menentukan siapa dalam kalangan kita adalah sebenarnya kafir.
Moguhok: Rawatan shamanisme tradisional Sabah
Tiga cara
Ketiga-tiga cara ini digunakan mengikut kepada kesakitan yang di alami oleh pesakit.
Moguhok dengan menggunakan cara Opuhan biasanya di amalkan apabila si pesakit mengalami kesakitan seperti sakit perut dan sakit kepala. Bobolian akan mengambil secubit kapur sirih dan menyanyikan jampi sebanyak tujuh kali ke atas kapur sirih dan selepas nyanyian ke tujuh, Bobolian akan mencampurkan sedikit air ke atas kapur sirih dan meletakan kapur sirih tersebut di kepala ataupun di perut si pesakit.
Kesakitan perut dan kepala akan hilang secara perlahan-lahan dalam masa 30 minit.
Moguhok yang kedua iaitu Kotigogon juga di gunakan untuk kesakitan perut di mana Bobolian akan menyanyikan jampi sebanyak tujuh kali sambil mengurut perut si pesakit.
Kotigogon di lakukan mengikut masa waktu kesakitan perut tersebut berlaku. Contohnya, jika kesakitan berlaku di waktu subuh, maka Moguhok Tigog Bantakan Kosuabon atau bermaksud mengurut di waktu pagi mesti di lakukan.
Begitu juga jika kesakitan berlaku di waktu tengah hari dan petang, Tigog Bantakan Tangadau atau mengurut di waktu tengah hari dan Tigog Bantakan Sodopon atau mengurut di waktu petang mesti di lakukan. Kesakitan yang berlaku di waktu pagi tidak boleh di lakukan di sebelah malam ataupun tengah hari.
Moguhok yang ketiga ialah Puruton dimana Bobolian akan menyanyikan jampi sebanyak tujuh kali sambil memungut kesakitan yang di alami di mana-mana bahagian tubuh badan dan meletakkan kesakitan tersebut di dinding.
Bobolian tidak di benarkan memlemparkan secara kasar atau membuang kesakitan tersebut di celah-celah lubang kerana Bobolian percaya yang Rogon ataupun syaitan tidak boleh di sakiti walaupun mereka menyebabkan si pesakit merana dengan kesakitan tersebut.
Pengeras
Ketiga-tiga cara Moguhok ini di amalkan dengan cara yang mudah di mana Bobolian akan menghafal semua nyanyian samada pendek ataupun panjang dan biasanya mengambil dalam masa 6 bulan untuk mempelajarinya. Seseorang pesakit biasanya di wajibkan untuk memberi pengeras kepada Bobolian seperti duit RM2.00 atau secubit beras.
Melalui beberapa pengalaman yang saya telah lalui di mana saya akan kongsikan disini. Semasa saya kecil, saya telah mengalami kaki terseliuh yang teruk di mana kaki sebelah kanan telah bengkak sehingga saya sukar untuk berjalan.
Nenek saya mengambil sehelai kain hitam dan menyapukan minyak ke atas kain hitam tersebut. Kemudian nenek saya menyanyikan tujuh kali jampi dan mengikat kain hitam tersebut di kaki saya yang bengkak.
Wow! Ianya mengambil masa dalam setengah jam, bengkak di kaki saya surut dan kesakitan berkurang. Selain itu, seorang perempuan di kampung saya telah mengalami tulang belakang terseliuh yang teruk sehingga suaminya terpaksa mengangkatnya. Nenek saya melakukan Mohugok seperti yang di lakukan dengan kaki saya. Dalam masa seminggu, perempuan tersebut dapat berjalan seperti biasa tanpa mendapat perubatan daripada hospital.
Syed Muhamad
Saya akan kongsikan bait-bait nyanyian untuk kesakitan yang terseliuh di sini di mana mesti di nyanyikan sebanyak tujuh kali.
Butung kusita si tambi-tambi, si kobot komulakas,
si kabar ponupala,
barakat Syed Muhamad,
barakat ku
Melalui pengamatan dalam nyanyian di atas, kita dapat melihat satu nama yang sinonim dengan pendengaran kita semua iaitu Syed Muhamad.
Mengikut kepercayaan Bobolian, nama tersebut di panggil untuk meminta berkat dengan tujuan untuk penyembuhan.
Pengalaman yang seterusnya iaitu bapa saya telah mengalami keracunan bisa akibat gigitan labah-labah hitam.
Nenek saya mengambil isi bawang putih dan menumbuknya halus. Selepas itu, nenek saya menyanyikan jampi sebanyak tujuh kali dan meletakkan isi bawang tersebut di tangan bapa saya yang telah terkena gigitan labah-labah hitam.
Secara perlahan-lahan, bapa saya mengatakan yang kesakitan tersebut beransur-ansur pulih dalam 30 minit kemudianya. Bait-bait nyanyian untuk Moguhok ini adalah seperti berikut;
Ondung-ondung di tarabandung,
burung di bukit,
suyung lumunu, suyung di lunu
Nyanyian dan puisi dalam rawatan
Nyanyian di atas adalah seperti sebuah puisi di mana apabila kita mengamatinya setiap nyanyian adalah berunsurkan kepada alam seperti bukit dan burung. Inspirasi dan tenaga dalam pengamalan Moguhok sangan bergantung kepada tenaga kosmos yang menyembuhkan setiap kesakitan manusia.
Apabila mengamati kesemua pengamalan seperti Mamagambil, Magambao dan Moguhok dalam shamanism agama tradisi, saya mendapati bahawa kesemua shamanism ini adalah membawa manafaat kepada manusia dan ianya tidak bertentangan dengan agama-agama lain.
Seperti yang kita sering dengar di mana shamanism agama tradisi adalah kepercayaan kuno dan melanggar ajaran agama Kristian dan Islam di mana ada yang mengatakan “kamu tidak boleh belajar ilmu ini jika kamu sudah menganuti agama Kristian”.
Saya berfikir, sejauh manakah kenyataan ini benar dan tepat?