Projek Dialog

Sosialisme & Islam Pernah dan Terus Bekerjasama

[Ini adalah paparan ulangan dari kenyataan yang dikeluarkan pada tarikh 22 April 2013] Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme. Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata. Sementara sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial, dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata. Al Quran menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya: “Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu).” Adalah jelas penentang Islam terdiri daripada golongan kaya yang korup dan mengamalkan rasuah, dan mengelak dari keseimbangan kelas. Allah berfirman lagi dalam ayat 34 surah Saba’, maksudnya; “Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”. Ini menunjukkan bahawa konfrontasi antara para nabi dengan kumpulan lawannya adalah bukan sahaja konfrontasi antara iman dengan kekufuran, tetapi juga konfrontasi antara dua kelas sosial iaitu kelas tertindas dan kelas penindas. Dalam hal ini al Quran merujuk kaum penindas sebagai mustakbirun  dan kaum tertindas sebagai mustadafin. Perjuangan antara mustakbirun dan mustadafin ini akan terus berlangsung dan kaum mustadafin akan menjadi juara lantas mewarisi muka bumi ini. Allah berfirman dalam surah al Qasas ayat 5, terjemahannya: “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)”. Hakikat bahawa Islam memihak kepada kaum kecil adalah jelas. Dalam hal ini kami ingin merujuk kepada kata-kata Dr Burhanuddin Al-Helmy, antara tokoh terawal Parti Islam Se-Malaysia tentang keintiman sosialisme dan Islam: “Kerana dasar ideologi politik itu daripada Al-Quran dan Sunnah, maka cita-cita negara Islam itu boleh dikatakan cita-cita ‘negara theocracy’; sebagai membandingkan negara theocracy Islam itu nyata bukan cara ‘theocracy’ yang difahamkan Barat. Jika teori sosialisme dan komunisme primitif itu menghendaki collective maka masyarakat primitif itu juga adalah ‘theocracy’; hal ini terbukti dalam sejarah. Maka Islam ada jua theocracy collective, atau theocracy sosialisme.” Profesor Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, as Syahid Hassan al Banna juga kerap menegaskan bahawa Islam sangat dekat dengan sosialisme, sehingga beliau menyebut; “As a Muslim, I am close to socialism.” Jika Islam memilih untuk melawan mustakbirun dalam kalangan korup, maka demikianlah juga yang diinginkan oleh sosialisme. Hal ini misalnya terlihat pada kata-kata Pengerusi parti PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim bahawa sosialisme berhasrat untuk menentang ekonomi mencerut dan bersiap untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari bencana ketamakan kekayaan seandainya sistem lapuk dan jahat ini runtuh; Sesungguhnya persamaan yang menonjol antara Islam dan sosialisme sangat banyak. Hakikat bahawa kedua-duanya Islam dan sosialis berhasrat untuk membendung cengkaman kaum mustakbirun adalah satu kenyataan yang memadai untuk berdialog dan bekerjasama. Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin sentiasa bekerjasama dengan puak sosialis dalam satu pakatan yang dinamai Cairo Anti-war Conference sejak 2002. Solidariti antara kaum sosialis dan Islam sudah berlangsung, khususnya dalam melawan pelbagai bentuk hegemoni. Kumpulan sosialis adalah antara kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Palestin. Pemimpin sosialis seperti Hugo Chavez dari Venezuela adalah antara figur yang tidak pernah berbelah bahagi mendokongi perjuangan rakyat Palestina seiring dengan kaum muslim. Hamas misalnya menyifatkan Chavez sebagai pejuang Palestin. Dengan mengambil kira kerangka tahaluf siyasi antara dua jemaah Islam yang berpengaruh di rantau Asia Barat tersebut, kami percaya dengan sesungguhnya bahawa semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan boleh bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia dalam melawan tirani, rasuah, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini. Sesungguhnya adalah merupakan satu kerugian jika rasa curiga, tidak percaya dan sangkaan semata-mata antara seorang dua pemimpin Parti Islam Se-Malaysia yang kurang memahami inti sebenar sosialisme dijadikan alasan untuk berselisih dengan Parti Sosialis Malaysia. Satu-satunya pihak yang akan menang dan mendapat keuntungan dalam pertembungan ini adalah kaum mustakbirun korup yang berlonggok dalam sistem politik negara ini. Dikeluarkan oleh: 1. Ahmad Fuad Rahmat 2. Anas Abdul Jalil 3. Anas Alam Faizli 4. Azrul Azwar Ahmad Tajudin 5. Fadiah Nadwa Fikri 6. Faisal Tehrani 7. Hamidah Merican 8. Hussain Sajad 9. Ineza Roussille 10. Lingswaran Singh 11. Marwan Bukhari 12. Masjaliza Hamzah 13. Norhayati Kaprawi 14. Ratna Osman 15. Rizal Hamdan 16. Rizqi Mukhriz 17. Ronasina 18. Teo Ken Lee 19. Zul Fikri Zamir

]]>

Kesengsaraan pekebun kecil getah

Oleh Dr Jeyakumar Devaraj, Parti Sosialis Malaysia, Sg Siput Harga getah SMR 20 di pasaran telah merudum ke bawah RM 5.00 se kilogram pada bulan September 2014. Ini telah menurunkan harga jualan getah oleh pekebun getah ke bawah paras RM 2.00 se kg. Pada takat ini, adanya lebih 447,000 pekebun kecil getah di Malaysia yang mengeluarkan 93% daripada getah keluaran Malaysia. Mereka sedang hadapi tekanan ekonomi yang serius oleh kerana harga getah yang rendah ini. 447,000 pekebun kecil ini merupakan 20% hingga 25% daripada bilangan petani kecil di Malaysia. Adalah penting kita menganalisa masalah yang dihadapi oleh mereka dan mencari jalan keluar Masalah pokok untuk penurunan harga getah adalah kerana permintaan untuk getah di pasaran dunia telah jatuh akibat kelembapan ekonomi Eropah dan pengurangan dalam kadar perkembangan ekonomi di negeri Cina (46% daripada keluaran getah Malaysia diekspot ke negeri Cina pada tahun 2013.)

Angka-angka penting berkaitan pengeluaran dan permintaan getah di pasaran dunia adalah disimpulkan dalam rajah di bawah –
[caption id="attachment_4156" align="aligncenter" width="424"]rsz_1rsz_2screen_shot_2014-11-05_at_104132_am Angka-angka utama getah asli[/caption] Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia: 1. Malaysia, Thailand dan Indonesia adalah anggota International Tripartite Rubber Council (ITRC) yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 untuk menstabilkan harga getah. ITRC telah setuju untuk mengurangkan ekspotgetah sebanyak 300,000 tan secara kolektif antara Oktober 2012 dan Mac 2013. (Ini merupakan 3% daripada jumlah pengeluaran dalam tahun 2012). 2. Ikut jawapan 54 di Dewan Rakyat pada 12/3/2014, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengatakan bahawa ITRC juga telah menggubal “Supply Management Scheme”) untuk mengimbangi permintaan dan penawaran7 getah di pasaran dunia menerusi program tanaman semula dan tanaman barugetah secara terancang. 3. Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah one-off sebanyak RM 500 seorang pekebun kecil getah melalui RISDA pada pertengahan tahun 2013. Ini dibayar pada 260,000 orang pekebun kecil. Soalan untuk diputuskan: a. Adakah perlu kita menggalak pekebun kecil yang ingin tanam semula, tukar ke tanaman lain? Ikut jawapan #21 di Dewan Rakyat pada 19/6/2014, kerajaan telah memperuntukkan RM 744 juta untuk melaksanakan Skim Tanaman Baru getah sebanyak 38,770 hectar dan Tanaman Semula sebanyak 113,900 hectar antara 2012 dan 2014. Kita perlu ambilkira bahawa 60% daripada getah keluaran dunia digunapakai untuk buat tayar kenderaan. Dan pasaran yang paling besar adalah Negara Cina. Tetapi wujudnya kemungkinan masalah pencemaran udara di negara itu akan menyebabkan penggubalan polisi untuk menyekat penambahan bilangan kereta di jalan raya. Jika ingin tukar jenis tanaman, ganti dengan tanaman apa? – kelapa sawit memerlukan modal yang tinggi, jalan yang boleh dilalui oleh traktor, dan pekerja lelaki yang muda untuk potong buah. Tidak begitu sesuai untuk pekebun kecil dengan 2 ke 5 ekar tanah. Kelapa sawit juga satu komoditi yang bergantung pada pasaran dunia. Harganya juga jatuh dari masa ke semasa. – Petani dekat Lasah, Sg Siput telah mengadu bahawa wujudnya lebihan bekalan dalam buah-buahan. Tiada permintaan untuk dukong, durian dan rambutan. Ikut mereka FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) jarang datang dan membeli buah-buahan yang terlebih daripada mereka. Soalan: Apakah kekangan pada usaha mentinkan ataupun mengeringkan buah-buahan tempatan untuk disimpan dan dijual; dibandar ataupun di luar negeri? Siapakah yang mengusahakan perkara ini? Tetapi sehingga masalah pasaran untuk buah-buahan dapat diselesaikan, sukar untuk menggalakkan pekebungetah tukar ke pengeluaran buah-buahan. – Penternak kecil (kambing, lembu dan ikan) di Sg Siput berkata pasaran bukan satu masalah untuk mereka. Mereka kata memang ada permintaan9. Tetapi pengalaman menjaga binatang adalah satu isu yang besar. Jika ta pandai, banyak boleh mati. Ada dua orang penternak ikan yang hilang kesemua stok ikan yang dipelihara kerana banjir. Penternak juga menghadapi masalah modal – untuk menyediakan kandang kambing, korek kolam ikan. Syor: Mewajibkan petani yang ingin cuba menternak kambing atau lembu membela dua-tiga ekor untuk 3 atau empat tahun untuk dapat pengalaman bagaimana mahu jaga bintang itu. Hanya lepas itu, pakai modal untuk buat dengan skala yang lebih besar. – Memang penanaman sayur bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang kampong. Tetapi getah juga baru dibawa lebih kurang 120 tahun dahulu. Getah bukan tanaman tradisional. Sayur-sayuran adalah satu keperluan asas di Malaysia dan permintaan untuknya akan berterusan dan tidak bergantung pada pasaran dunia. Soalan: Adakah mana-mana pihak kerajaan yang sedang mengkaji bagaimana mengembangkan kapasiti untuk menanam sayur di kalangan masyarakat desa? b. Adakah perlu negara dalam ITRC memperuntukkan dana untuk membeli dan stock-pile getah (mungkin sampai ke takat 10% daripada pengeluaran negara itu sendiri jika harga kurang daripada RM 6.00). Ini akan mengurangkan peruduman harga getah ke paras yang amat menyusahkan pekebun kecil. Untuk Malaysia – 10%  x  1.26 juta tan  x  RM 2.50 = 126,000  x  1000  x  2.50 = RM 320 juta. (Ini hanya harga pembelian. Kena campur harga pengangkutan dan simpanan). Negara Thai telahpun melaksanakan konsep ini dan sekarang sedang simpan 200,000 tan getah. Kita kena belajar daripada pengalaman mereka. c. Adakah perlu ITRC mengambil langkah untuk memastikan harga getah tidak naik terlalu tinggi, kerana ini akan menarik lebih ramai petani di dunia ketiga untuk menceburi industri ini dan ini akan menjejaskan hargagetah pada masa depan. Pengwujudan stockpile seperti disyorkan dalam (b) di atas boleh bantu memainkan peranan ini. Stockpile boleh dimobilasikan setiap kali harga pasaran naik ke atas satu paras yang ditentukan oleh ITRC. d. Selain daripada mempelbagaikan jenis tanaman, mengapa tidak ada program untuk membawa kilang-kilang ke kawasan desa. Pelbagai insentif boleh digunapakai untuk memujuk kilang bertapak di kawasan desa.
Pengwujudan kilang akan buka peluang kerja untuk kaum wanita di kampong dan ini akan memacu ekonomi kampong itu, dan meningkatkan pasaran untuk peniaga kecil di gerai dan pasar malam, pemandu van dan kumpulan seperti ini.
Program eco-tourism10 yang melibatkan home-stay, dan aktiviti pelancongan boleh membawa pendapatan untuk beberapa orang, tetapi ia perlu koordinasi yang baik.Masalah harga getah rendah di pasaran antarabangsa adalah masalah yang kompleks dan yang melibatkan kebajikan lebih daripada 447,000 keluarga petani.
Adalah penting kita, satu parti yang mengutamakan isu-isu rakyat Marhein mengkaji masalah ini secara dalam supaya dapat mengesyorkan penyelesaian yang baik. Tolong beri pandangan anda.
]]>