Projek Dialog

Madrasathul Gouthiyyah Mosque

  • The only mosque in Brickfields.
  • It started off as a madrasah (school) giving Al-Quran lessons to children.
  • The mosque was originally a small wooden surau in this same area known back then as Kg. Khadijah.
  • Most Muslims in Malaysia are followers of Mazhab Syafie but this mosque follows Mazhab Hanafi, a different Islam teaching.
  • Mazhab Hanafi asar prayers are around 5:30pm, an hour later than Mazhab Syafie which is at around 4:30pm.
  • Most Mazhab Hanafi followers do not eat crabs.
  • Goutiyyah means one who is helpful. This mosque was named after a respectable imam, Imam Abdul Qadir Jailani, who loved to help people.
  • His birthday is celebrated at only 2 mosques in KL, including this mosque!
  • The imams here are from India!
  • Main language used is Bahasa Melayu & Tamil
  • During Friday prayers, imams wear a special robe called “chaya”.
  • Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields Opening hours: 5am – 7:30am, 12:30pm – 9:30pm Tel: 013-334 6509
  •   ]]>

    Sri Maha Muneswarar

  • Muneswarar is one of the avatars of Lord Shiva. “Muni” means saint and “iswarar” represents “Shiva”.
  • Devotees pray to Lord Muneswarar to achieve bliss & good health in life.
  • This temple first started in the 1930s at Jalan Berhala. In 2002, it was relocated to Jalan Scott to make way for the monorail.
  • This Lord Muneswarar statue made of black stone is showered with milk twice a day.
  • You will also find: The fierce Goddess Kaliamman. She is the destroyer of demons.
  • Devotees who donate bricks for the construction of the new temple will have their names written on them.
  • Best time to visit: Sivarathiri & Thiruvilla Festival in February, Chariot procession & Deepavali. During these festivals, other places of worship are invited to join the procession. Among them is the neighbouring Seng Hong temple.
  • Jalan Scott, Brickfields Opening hours: 6am – 10am, 4pm – 10pm
  •   ]]>

    Sree Veera Hanuman Temple

  • “This place is designed as a palace for Hanuman” – Mr. Suresh, treasurer and designer of Hanuman temple
  • Lord Hanuman is the official President of the temple
  • The temple was established in 1942 at the bank of the Brickfields river but was forced to move to its present location at Jalan Scott in 1999 to make way for the monorail project.
  • Lord Hanuman is commonly known as the “monkey God”. “Hanu” refers to the mouth of the monkey and “man” means prominent.
  • Extravagant murals on the ceilings are hand-drawn by artists from India. They depict Hanuman’s life journey.
  • Hanuman’s tail is used to characterise the temple’s design.
  • The tail monument, the only one in the world, is 17 feet tall with 41 coils. It will be the tallest in South East Asia.
  • Betel leaf garlands & stone carvings are widely seen around the temple because it is one of Lord Hanuman’s favorite offerings.
  • The temple is usually crowded with devotees on Thursdays and Saturdays
  • It is said that a lorry driver once saw a monkey-looking warrior patrolling the temple at 2am.
  • Some of the rituals include chanting the mantra “rama-gem” 48 to 108 times.
  • During Mother’s Day, there is a charity drive where free sarees are given out to underprivileged Indian women.
  • Hanuman Jeyanthi is a celebration of the birth of Lord Hanuman in December. It is celebrated like any other birthday party like cake-cutting, food servings and games. No special prayers are carried out on this day except a chariot procession for Lord Hanuman.
  • Jalan Scott, Brickfields Opening hours: 7am – 12pm, 7pm – 10pm Tel: 03-2274 0639
  •     ]]>

    Si Baju Berleher 'V'

    Oleh Dr Mohd Faizal Bin Musa Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia Salah satu satu soalan yang sering diajukan ialah bagaimanakah kita harus bersikap terhadap golongan LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transeksual) apabila mereka mulai menuntut ‘kebebasan’. Untuk pejuang hak asasi manusia yang beragama Islam mahupun Kristian, soalan ini sentiasa memerangkap. Persoalan LGBT tidak dibincangkan secara terbuka satu masa dahulu. Akan tetapi dua dekad kebelakangan ini, Malaysia tidak lagi terkecuali dalam berdepan dengan gejala LGBT. Pada 13 September 2012 lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan perihal ‘garis panduan’ Kementerian Pelajaran untuk ibu bapa mengenalpasti ‘simptom LGBT’ pada anak-anak mereka. Ini adalah supaya mereka dapat mengambil ‘langkah awal’ untuk ‘membetulkan keadaan’. Menurut Sin Chew Daily lagi antara simptom LGBT yang dikenalpasti adalah mempunyai badan sasa, suka menunjukkan ‘aset’ di badan, dan memakai baju dengan leher-V. Rentetan dari itu, pada 17 September 2012 iaitu sebagai reaksi kepada ‘garis panduan’ tersebut, sebuah portal antarabangsa bagi pergerakan LGBT iaitu Gay Star News melaporkan golongan LGBT akan menganjurkan ‘Hari Leher-V Kebangsaan’ yang jatuh pada 1 Oktober 2012. Di pihak kerajaan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi berpendapat penganjuran Hari Leher-V Kebangsaan itu sebagai cubaan mempersendakan pihak berkuasa. Apakah kedudukan LGBT dalam ruang hak asasi manusia? Sebelum menjawab soalan di atas, terdapat dua penjelasan penting lain yang harus ditempuhi terlebih dahulu. Pertamanya adalah, apakah asas-asas hak asasi manusia yang diraikan oleh umat manusia di Barat, dan apakah pula asas-asas hak asasi manusia yang digariskan oleh umat Islam? Dua tunjang yang meneguhkan hak asasi manusia versi Barat adalah pertamanya maruah manusia (human dignity), dan keduanya pula adalah kebebasan (freedom). Versi hak asasi manusia yang dicadangkan oleh umat Islam menawarkan tiga tunjang iaitu pertama, nilai-nilai moral (moral values); keduanya adalah ketenteraman awam (public order); dan terakhir adalah hak-hak manusia lain (rights of others). Adakah dua tunjang yang difahami di Barat di atas; iaitu maruah manusia dan kebebasannya, bertentangan atau berlaga dengan tiga tunjang yang dikemukakan oleh umat Islam? Tidak. Tiada perselisihan antara prinsip maruah manusia dan kebebasan. Bahkan kebebasan dan kemerdekaan seorang manusia adalah lambang keutuhan maruahnya. Umat Islam melihat dua aspek hak asasi iaitu maruah manusia dan kebebasan sebagai satu komponen yang saling meneguhkan, bukannya, berhentaman. Sebagai contoh dalam kes penghinaan terhadap junjungan besar umat Islam Rasulullah saw, menerusi terbitan filem dan kartun satirikal oleh kumpulan tertentu di Amerika Syarikat dan Perancis, umat di Barat melihat ia sebagai satu nilai kebebasan yang harus ‘diraikan’, dan bukannya dihalang. Umat Islam bahkan melihat ia sebagai satu komponen yang tidak terpisahkan di mana ‘penghinaan terhadap mana-mana agama’ (atas nama kebebasan) dengan sendirinya merupakan satu pencabulan terhadap maruah manusia (human dignity). Demikian tercalarnya maruah dan perasaan manusia, ia juga menyebabkan kerusuhan fikiran dan emosi yang tidak tertanggung. Justeru, penghinaan terhadap mana-mana agama tidak ditangani sebagai satu kebebasan, sebaliknya dianggap dan dilayan sebagai satu penodaan terhadap sifat-sifat manusiawi dan kemanusiaan itu sendiri. Dalam hal ini, meletakkan LGBT di tengah-tengah ruang hak asasi manusia, terdapat tiga pertanyaan harus diajukan. Apakah gejala LGBT menyalahi nilai-nilai moral yang didukung oleh masyarakat tersebut; atau apakah ia menyebabkan huru-hara untuk orang awam; dan adakah dengan memberi kebebasan kepada LGBT akan mengakibatkan pula hak-hak orang lain dicabuli? Andaikan soalan-soalan di atas diajukan kepada masyarakat di negeri A. Masyarakat di negeri A itu menjawab; Ya, LGBT merupakan nilai moral yang dapat didokongi. Masyarakat A juga menjawab, LGBT tidak menyebabkan sebarang huru-hara dalam masyarakat kami dan seterusnya, memberikan hak-hak kepada LGBT tidaklah menyebabkan hak kami terganggu. Adakah masyarakat seumpama masyarakat A ini? Jawapannya ada. Di Argentina misalnya, hak-hak LGBT diberikan. Malah ‘perkahwinan sejenis’ dibenarkan. Di Brazil, meski ‘perkahwinan sejenis’ belum diterima secara meluas oleh masyarakat, hak-hak LGBT menyamai ‘perkahwinan sejenis’ telah diraikan. Di Kanada, Afrika Selatan, dan sebahagian besar negara di Eropah meskipun ‘perkahwinan sejenis’ tidak dimesrai oleh anggota masyarakat kerana kukuhnya benteng agama, hak-hak LGBT tetap dilindungi dengan penggubalan undang-undang yang bersifat anti diskriminasi terhadap mana-mana golongan (justeru minoriti Islam dan LGBT menikmati hak yang serupa). Andaikan sekali lagi soalan-soalan yang sama diajukan kepada masyarakat di negeri Z. Sebahagian besar anggota masyarakat di negeri Z itu menjawab; Tidak, LGBT bukan nilai moral yang dapat didokongi. Masyarakat Z juga menjawab, LGBT menyebabkan keresahan, gangguan malah boleh mendorong huru-hara dalam masyarakat kami. Akhirnya majoriti anggota masyarakat Z menyatakan yang memberikan hak-hak kepada LGBT menyebabkan hak mereka terganggu secara langsung dan tidak langsung. Adakah masyarakat seumpama masyarakat Z ini? Jawapannya ada. Di Arab Saudi misalnya, hak-hak LGBT dinafikan. Malah hukuman untuk LGBT adalah hukuman mati. Di Mauritania dan Sudan, ‘perkahwinan sejenis’ tidak diterima sama sekali oleh masyarakat, justeru hak-hak LGBT tidak wujud. Malah, kedua-dua negara ini turut memperuntukkan hukuman mati untuk golongan LGBT. Di Algeria, Angola, Zambia dan Zimbabwe sebagai contoh, LGBT berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga maksimum 14 tahun. Oleh kerana itu, golongan LGBT yang merupakan minoriti secara seksual berasa didiskriminasi di negara-negara yang disebutkan di atas. Selain dua senario di atas, terdapat juga negara yang tidak mempunyai sebarang undang-undang spesifik untuk menghukum mahupun meraikan golongan LGBT. China, Rusia, Thailand, Jepun, Latvia dan Turki sebagai contoh tidak menjelaskan undang-undang sebagai satu bentuk reaksi tehradap golongan LGBT. Namun demikian harus diingat, meskipun tiada peruntukan undang-undang yang jelas menghukum LGBT, negara-negara ini masih diwarnai oleh latar agama dan budaya yang kuat. Di Turki misalnya, kemesraan sesama lelaki (male bonding) dalam kalangan kaum sufi di Konya diterima secara biasa; tetapi hubungan seksual sesama jenis dikutuk oleh masyarakat sebagai satu perlakuan keji. Ini juga terjadi di Rusia yang di beberapa daerah tertentu, kepercayaan agama iaitu Kristian Ortodoks dan jatidiri budaya etnik tertentu menolak gejala LGBT. Masyarakat China, dan Jepun yang kuat dengan nilai-nilai ketimuran umumnya juga berasa janggal dengan gejala LGBT walaupun tidak menindas golongan ini secara langsung. Bukan Islam sahaja agama yang ‘memusuhi’ LGBT. Tariq Ramadan (2009) dalam sebuah esei beliau yang berjudul ‘Islam and Homosexuality’ wajar dirujuk untuk mendokong kenyataan tersebut: The Islamic position on homosexuality has become one of the most sensitive issues facing Muslims living in the West, particularly in Europe. It is being held up as the key to any eventual “integration” of Muslims into Western culture, as if European culture and values could be reduced to the simple fact of accepting homosexuality. The contours of this de facto European culture is in a state of constant flux, shifting according to the topic of the day. Just as some insist, as do the Pope and certain intellectuals—often dogmatic and exclusivist defenders of the Enlightenment—that Europe’s roots are Greek and Christian (thus excluding Muslims), so several homosexual spokesman and the politicians who support them are now declaring (with an identical rejection of Muslims) that the “integration of Muslims” depends on their acceptance of homosexuality. The contradiction is a serious one : does Christianity, which forms the root structure of European culture, and which purports to embody European values and identity, not condemn homosexuality? (Lihat http://www.tariqramadan.com/IMG/article_PDF/article_a10683.pdf) Kenyataan Tariq Ramadan di atas menegaskan Eropah yang disorot sebagai tanda aras kemodenan masih ‘bersikap dingin’ kepada kaum homoseksual. Justeru, ia tidak boleh dijadikan tanda aras untuk melihat tahap integrasi umat Islam kepada kemodenan. Dalam menjelaskan penolakan Kristian yang merupakan akar jatidiri bangsa-bangsa di Eropah terhadap homoseksual, Tariq Ramadan turut mengutip pendirian Isabelle Levy dalam Soins et croyances yang menegaskan homoseksual turut ditolak oleh agama Buddha, Hindu, dan Yahudi. Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu. Untuk menguatkan pandangan beliau tersebut, turut disertakan di sini adalah sebahagian dari surat rasmi Archbishop New York kepada Presiden Amerika Syarikat yang mengecam kenyataan Barack Obama untuk menerima ‘perkahwinan sejenis’: We as Bishops of the Catholic Church recognize the immeasurable personal dignity and equal worth of all individuals, including those with same-sex attraction, and we reject all hatred and unjust treatment against any person. Our profound regard for marriage as the complementary and fruitful union of a man and a woman does not negate our concern for the well-being of all people but reinforces it. While all persons merit our full respect, no other relationships provide for the common good what marriage between husband and wife provides. The law should reflect this reality (Timothy Dolan, 2011). Bukanlah satu rahsia, penganut Katolik memilih untuk melindungi institusi kekeluargaan, dan hubungan ‘Adam dan Adam’ dilihat sebagai musuh kepada hubungan ‘Adam dan Hawa’. Perenggan Timothy Dolan di atas dengan jelas menegaskan kebencian dan tindakan berat sebelah wajar diperangi, kerana itulah tujuan agama; namun demikian ‘hubungan jenis yang suci’ masih perlu dipertahankan. Jadi, bagaimanakah kita harus bersikap terhadap golongan LGBT jika hampir semua agama besar di dunia ini ‘ternyata’ menolak gaya hidup tersebut? Terdapat dua sikap. Iaitu pertama, sebagai anggota masyarakat. Kedua, sebagai individu. Seorang penganut Islam atau Kristian yang beriman di Argentina, Brazil, Kanada dan Eropah harus ‘rela dalam terpaksa’ menerima kesetaraan dan hak-hak yang diberikan oleh masyarakat yang mereka huni kepada golongan LGBT. Ini kerana, LGBT diterima dari setiap sudut iaitu sudut-sudut i) nilai moral; ii) ketenteraman awam; iii) dan hak-hak manusia lain. Suara dan hak penganut Islam dan Kristian Katolik yang beriman di Argentina, Brazil, Kanada dan Eropah menjadi kecil dan tidak lagi dominan. Dalam masa yang sama, di Arab Saudi, Sudan, Mauritania dan lain-lainnya, seorang pengamal seks sejenis perlu ‘rela dalam terpaksa’ menerima bahawa kesetaraan dan hak-hak untuk mengamalkan cara hidup LGBT tidak wujud sama sekali di peringkat undang-undang. Pun, harus diingatkan dalam masyarakat yang menolak LGBT, perlakuan LGBT tetap berlaku secara rahsia dan tersembunyi kerana selain berdepan dengan peruntukan undang-undang yang keras, penentangan yang lebih besar datangnya dari persepsi budaya masyarakat tersebut. Jika tadi, sikap masyarakat yang didiskusikan; bagaimanakah pula kita sebagai individu yang mendokong hak asasi manusia akan bersikap dalam hal LGBT ini? Adakah kita akan bersekutu dengan undang-undang yang menerima atau menolak cara hidup LGBT? Atau apakah caranya kita sebagai individu iaitu entiti paling kecil dalam pelaksanaan hak asasi manusia akan bersikap terhadap individu lain yang merupakan pengamal dan pendokong LGBT? Katakanlah anda seorang majikan, dan mengetahui staf bawahan anda seorang Muslim dalam masa yang sama adalah seorang gay. Bagaimana anda harus bersikap? Sekali lagi, pendirian Tariq Ramadan (2009) mengenai ‘hak-hak LGBT’ dapat dijadikan rujukan. This I have continued to affirm, and gone further still: a person who pronounces the attestation of Islamic faith becomes a Muslim; if that person engages in homosexual practices, no one has the right to drive him or her out of Islam. Behavior considered reprehensible under the rules of morality cannot justify excommunication. Tentu, majikan dengan staf yang dikenali sebagai seorang gay tadi harus membezakan kehidupan peribadi staf tersebut dengan kehidupannya sebagai seorang manusia berkarier. Sebagai individu kita harus jelas akan perbezaan orientasi seksual dan perilaku seksual. Secara asasnya terdapat empat orientasi seksual. Pertama, heteroseksual. Kedua, homoseksual. Ketiga, biseksual. Keempat, aseksual. Seseorang heteroseksual tidak semestinya tidak akan terlibat dengan perilaku homoseksual. Faktor-faktor keterdesakan hidup dan masalah psikologi misalnya memungkinkan berlakunya seorang heteroseksual melakukan aktiviti homoseksual. Sudah tentu, dalam banyak keadaan orientasi seksual dan perilaku seksual ini bukan dua perkara berasingan bahkan berhubungan. Juga, harus diakui dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat manusia berorientasi homoseksual yang tidak melakukan perilaku homoseksual itu, lantaran sebab-sebab yang pelbagai. Jika benar mempunyai badan sasa, suka menunjukkan ‘aset’ di badan, dan memakai baju dengan leher-V adalah tanda-tanda kepada orientasi homoseksual, ia masih di tahap orientasi, dan bukannya perilaku. Tiada diskriminasi harus dilakukan terhadap mana-mana lelaki bertubuh sasa dan berbaju leher-V. Seorang lelaki aseksual misalnya boleh sahaja berbadan tegap, suka menunjukkan ototnya, dan selesa mengenakan baju dengan leher-V. Simptom yang disebutkan oleh akhbar Sin Chew Daily di awal artikel ini tidak mengesahkan perilaku seks yang tersembunyi tentunya. Yang tidak diketahui orang, boleh jadi sahaja si pemakai baju leher-V itu adalah seorang aseksual. Perbezaan orientasi dan perilaku seks ini misalnya turut diperakukan oleh agama Kristian Katolik: The Roman Catholic Church, which has some 1.3billion members worldwide, teaches that while homosexual tendencies are not sinful, homosexual acts are, and that children should grow up in a traditional family with a mother and a father (Graham Smith, 2012). Seperti yang ditunjukkan dalam hujahan Tariq Ramadan sebelumnya, dan perenggan mengenai ajaran Katolik di atas, hampir semua agama besar yang ada di dunia ini menolak perilaku homoseksual. Akan tetapi, berorientasi homoseksual sahaja belum cukup untuk membenarkan masyarakat menafikan hak-hak seorang insan untuk bernyawa, hak-haknya untuk memiliki kehidupan peribadi, dan hak-haknya untuk berkawan dan bergaul dengan sesiapa yang ia ingini. Seseorang tidak boleh dianiaya, diaib, diasing dan ditakut-takutkan semata-mata kerana orientasi seksnya. Bagaimanakah bersikap terhadap LGBT di negara ini? Pendidikan hak asasi manusia secara dua hala tentunya. Satu contoh yang baik telah ditunjukkan oleh Australia. Dalam tahun 1994, polis negeri Victoria, Australia telah menggelidah sebuah kelab malam gay bernama Tasty Nightclub, di Prahran, Melbourne. 456 pengunjung telah ditelanjangkan untuk menyiasat aduan adanya pengedaran dan penggunaan dadah di kelab tersebut. Minoriti LGBT telah menuduh pihak polis salah laku dengan ‘inappropriate searches’ dan komen-komen anti homo. Mereka bukan sahaja dibogelkan, anggota sulit mereka diperiksa dan dirakam dengan foto. Insiden di atas menimbulkan debat panjang mengenai maruah manusia (human dignity) pengamal LGBT. Ia berakhir dengan penggubalan Victorian Charter for Human Rights and Responsibilities Act (2006) yang menyediakan satu rangka kerja atau tatacara perlakuan ketika menangani golongan minoriti; baik minoriti seksual, mahupun minoriti agama dan ras. Pihak polis juga membayar pampasan kepada 456 pengunjung yang telah diaibkan itu. Rumusnya, Australia menyatakan memilih untuk menjadi seorang gay adalah hak individu dan ia tidak membolehkan masyarakat bertindak melampaui hak masyarakat dengan melakukan pencabulan maruah manusia (human dignity). Akta Victorian Charter for Human Rights and Responsibilities 2006 itu juga memperuntukkan supaya pihak polis diberi pendidikan tentang hak asasi manusia yang mana program pendidikan tersebut dikendalikan oleh masyarakat sivil (NGO dan ahli akademik) dan bukannya kerajaan. Di negara ini, bukan sahaja hak peribadi pengamal LGBT boleh ‘ditelanjangi’; penguatkuasa agama dan majlis bandaran misalnya ‘menikmati’ serbuan-serbuan yang mereka lakukan di hotel dan rumah tumpangan. Pasangan berkhalwat akan dimalukan dalam keadaan aib, dan para pekerja seks akan diarak dengan silau kamera media sedia menanti. Maka tidaklah menghairankan pihak polis yang tidak terlatih dengan pendidikan hak asasi manusia begini akan bertindak semberono dan sewenang-wenangnya ketika perhimpunan aman, sambil ‘berseronok memalukan sasaran’ ungkapan-ungkapan benci akan dihamburkan. Apa yang jelas adalah hak asasi manusia adalah ruang yang tidak statik. Oleh kerana budaya masyarakat akan sentiasa berubah, sikap terhadap satu-satu cara hidup juga akan selalu bertukar. Walaubagaimanapun ia berubah samada ia kekal, membaik, atau memburuk untuk satu-satu individu dan kaum dalam masyarakat besar, maruah manusia (human dignity) harus sentiasa terpelihara. Dan pemeliharaan serta pemuliharaan maruah manusia ini tidak bersalahan dengan mana-mana agama. Seorang insan harus dilayan sebagai insan. Ia tidak harus didiskriminasikan kerana orientasinya yang berbeza. Dalam hal ini pandangan figur radikal Syiah yang terkenal Moqtada Sadr (2009) ketika mengulas keganasan terhadap golongan gay di Iraq pada 2009 dapat dikutip untuk dijadikan renungan: The only remedy to stop it is through preaching and guidance. There is no other way to put an end to it. Al-Sadr rejects this type of violence … and anyone who commits violence (against gays) will not be considered as being one of us (Lihat http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gyEDJh2jz2X-0cesB76vl6eIJL6Q). Meski Moqtada Sadr masih melihat homoseksualiti sebagai satu ‘kecacatan yang harus dibimbingi’, ia juga mengutuk keganasan dan diskriminasi terhadap pengamalnya. Sikap Moqtada Sadr ini adalah sikap yang waras. Selain beliau, al Akhbar, media yang sering dikaitkan dengan pergerakan Hezbollah di Lubnan juga sering memberikan ruang wacana untuk kaum LGBT (Joseph Mayton, 2012). Hampir sama dengan insiden Tasty Nightclub, di Melbourne, Al Akhbar mengecam tindakan Internal Security Forces (ISF) Lubnan yang menyerbu sebuah pawagam di Beirut pada Ogos 2012 lalu. Internal Security Forces (ISF) Lubnan telah menahan 36 penonton di sinema tersebut dan melakukan ‘pemeriksaan dubur’ untuk memastikan apakah mereka itu gay atau tidak (Bassam Alkantar, 2012). Pemeriksaan melampau itu jelas sekali mencabuli kehidupan peribadi seorang manusia, dan menjatuhkan maruahnya. Mujurlah Moqtada Sadr dan al Akhbar yang dicap ekstrimis di Barat masih memberi ruang kepada dialog. Masih ada masyarakat Islam seperti Tariq Ramadan yang memilih ruang untuk berkomunikasi. Pandangan Tariq Ramadan dan Moqtada Sadr misalnya jauh lebih munasabah berbanding pandangan radikal Zakir Naik yang bukan sahaja tidak membezakan antara orientasi dan perilaku seks tetapi melulu menuntut hukuman mati untuk golongan LGBT (Sadanand Dhume, 2010). Sikap Zakir Naik ini mudah difahami memandangkan beliau juga bebas mempersenda agama lain, dalam satu acara Vinaayagar Chathurti, beliau telah mengejek Dewa Ganesha sehingga menimbulkan bantahan besar di India. Peribadi Zakir Naik ditimbulkan dalam artikel ini kerana ia diberi kebenaran untuk berceramah di Malaysia antara September-Oktober 2012. Adalah penting untuk membezakan sikap Tariq Ramadan dan Moqtada Sadr dengan Zakir Naik, kerana Zakir Naik tidak mewakili wajah umat Islam yang sebenar: Still, there are not too many apologists for the way Wahabis are pressing forward with radicalisation. Tele-evangelist Zakir Naik, a Wahabi, preaches orthodoxy on his channel Peace TV. Naik also runs the Islamic Research Foundation, which is described as a religious learning resource centre by the website of the Jamaat ud Dawa, Lashkara-e-Taiba’s parent body (The Telegraph, 2009). Dalam hal ini, Zakir Naik dan Nakoula Basseley Nakoula (atau Sam Bacile) produser Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah saw berada pada baris yang sama. Kedua-duanya adalah pencabul maruah manusia (human dignity) justeru juga penoda hak asasi manusia. Dalam Islam, human dignity merupakan satu prinsip utama. Yang dihukum sebagai satu jenayah adalah perilaku seksual itu, bukannya orientasi seksual. Oleh kerana itu perilaku heteroseksual yang dianggap normal dalam masyarakat Z jika dilakukan di luar nikah akan dianggap zina dan merupakan satu jenayah. Homoseksual dan heteroseksual dalam hal ini akan terpandang sama. Jelaslah ukurannya bukan orientasi seksual itu, tetapi perilakunya yang dinilai. Dalam hal hukuman terhadap perilaku homoseksual ini prinsip-prinsip suci dan transenden sebuah agama (divine principles) tidak harus dikelirukan dengan amalan manusia (human practices). Bersabit dengan LGBT di Malaysia, maruah manusia (human dignity) pengamalnya harus dilindungi. Mereka tidak wajar diaib dan didiskriminasi. Pun, sebagai ingatan semula hak-hak LGBT di Malaysia bagaimanapun sangat bergantung kepada nilai-nilai moral (moral values); ketenteraman awam (public order); dan hak-hak manusia lain (rights of others). Sebagai anggota masyarakat pengamal LGBT dijangka akur dengan formula di atas. Untuk generasi muda di Malaysia pula, yang harus didedahkan kepada mereka adalah apa itu perbezaan dan bagaimana menanganinya dengan betul. Bukan mengajar mereka melakukan pelabelan dan stigma. Kurangnya sensitiviti dan kefahaman terhadap isu-isu hak asasi manusia membolehkan berlakunya pelabelan terhadap golongan LGBT dengan penerbitan ‘garis panduan mengenal LGBT’. Kerana kurangnya sensitiviti dan kefahaman terhadap isu-isu hak asasi manusia jugalah figur pencabul maruah manusia seperti Zakir Naik diberi izin melakukan road tour di negara ini. Pelabelan dalam bentuk garis panduan, dan ceramah masjid mengejek agama atau cara hidup lain tidak menyelesaikan apa-apa. Ini kerana ‘penawar’ sedemikian hanya melebarkan kebencian dan mendorong ketidakstabilan. Dialog interaktif masih kekal menjadi jalan utama dalam ruang hak asasi samada kita suka atau tidak.

    Rujukan
    Alkantar, Bassam. Ogos 2. 2012. http://english.al-akhbar.com/content/dark-side-lebanons-antiquated-sex-laws. The Dark Side of Lebanon’s Antiquated Sex Laws.
    Dhume, Sadanand. Jun 20. 2010. http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704365204575317833268479268.html. The Trouble With Dr. Zakir Naik.
    Dolan, Timothy. September 20. 2011. Surat Kepada Presiden Barack Obama. http://www.usccb.org/issues-and-action/marriage-and-family/marriage/promotion-and-defense-of-marriage/upload/dolan-to-obama-doma-letter-sept-20-2011.pdf
    Lesbian and Gay Rights in the World. Mei 2012. www.ilga.org.
    Mayton, Joseph. April 11. 2012. http://english.al-akhbar.com/content/homosexuals-struggle-rights-post-revolution-arab-world. Homosexuals Struggle For Rights In Post-Revolution Arab World.
    Ramadan, Tariq. 2009. Islam and Homosexuality. http://www.tariqramadan.com/IMG/article_PDF/article_a10683.pdf.
    Sadr, Moqtada. Mei 29, 2009. http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gyEDJh2jz2X-0cesB76vl6eIJL6Q. Iraq's Sadr Wants 'Depraved' Homosexuality Eradicated.
    Smith, Graham. Januari 10. 2012. http://www.dailymail.co.uk/news/article-2084696/Pope-Benedict-XVI-Gay-marriage-threat-humanity.html. Gay Marriage Is A Threat To Humanity Claims Pope.
    The Telegraph India. Mei 10. 2009. http://www.telegraphindia.com/1090510/jsp/7days/story_10942907.jsp. The Rise And Rise Of Wahabism.
    ]]>