Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) Tokoh-tokoh dalam Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan pandangan menyokong penuh kenyataan “tsunami Cina” oleh Pengerusi BN, Najib Razak pada awal pagi 6 Mei 2013; sejurus selepas BN “menang” dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Tidak perlulah saya menyenaraikan nama-mana tokoh terbabit serta pandangan mereka kerana media arus perdana (elektronik dan cetak) sudah memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka. Saya pula meluahkan reaksi saya menerusi Facebook dan blog www.uthayasb.blogspot.com sejak Isnin. Sebagai Rakyat (pengundi), apa pula reaksi sebenar orang ramai yang sukar mendapatkan ruang untuk muncul di kaca televisyen dan akhbar? Saya berusaha mengumpulkan pandangan daripada beberapa rakan. Berikut saya paparkan luahan hati mereka, dengan sedikit suntingan bahasa tanpa menghilangkan maksud asal. Atriza Umar, pegawai eksekutif dan aktivis dakwah dari Seremban, Negeri Sembilan: Saya dan sudah tentunya jutaan rakyat Malaysia terfikir, adakah penasihat agama kepada Perdana Menteri pernah menasihatkan dan mengingatkannya tentang Ayat-Ayat Allah? Tentang kepimpinan Rasulullah? Apa lagi Khalifah-Khalifah yang sangat takut akan murka Allah? Semoga Perdana Menteri menghayati dengan mata hatinya maksud (terjemahan) ayat-ayat ini: [caption id="attachment_1961" align="alignleft" width="300"] Slogan “1Malaysia” hanyalah topeng yang dipakai BN.[/caption] “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat.” (Surah an-Nisa, ayat 105) “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.” (Surah al-Maidah, ayat 8). Clifford Tan, arkitek dari Kota Kinabalu yang bekerja di Singapura: Masyarakat Cina tidak menolak mana-mana calon atas alasan kaum atau agama. Apa yang kaum Cina tolak bulat-bulat dalam PRU-13 adalah calon- calon yang korup, rasis, bangang, sewel, zalim dan sebagainya. Kebetulan majoriti calon seperti itu adalah daripada BN/UMNO. Sekiranya calon berkualiti seperti Khalid Samad (Parlimen Shah Alam) bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina, saya yakin beliau akan turut menang besar dengan undi majoriti berpuluh ribu. Karpal Singh (calon kaum India beragama Sikh) menang dengan majoriti 41,778 undi di Parlimen Bukit Gelugor, mengalahkan Teh Beng Yeam (calon kaum Cina) di kawasan majoriti pengundi Cina. Banyak lagi contoh begini tetapi media arus perdana yang dikuasai BN/ UMNO pasti tidak akan menyiarkan berita sebenar seperti ini. Jas Guna Senggani, perunding kewangan Islam dari Sungai Petani: [caption id="attachment_1962" align="alignleft" width="178"] BN telah membunuh demokrasi menerusi PRU-13.[/caption] Tuduhan “tsunami Cina” hanya untuk menyembunyikan kegagalan mendapat dua pertiga di Parlimen serta kekalahan Najib sebagai pemimpin. Jika ini dikatakan sebagai “tsunami Cina”, bagaimana dengan kes di Kedah? Amat nyata kejatuhan Kedah kepada BN adalah berikutan undi orang Melayu. Semata-mata kerana orang Melayu mengundi BN/UMNO, adalah mereka layak dipanggil rasis? Amat cetek dan hina sekali pandangan Najib dan para pengikut dungunya yang masih lagi “merajakan syaitan di hati” kerana bergelar pemimpin. Isteri saya kaum Cina. Adakah dia dikatakan rasis kerana mengundi Pakatan Rakyat (PR)? Atau kami sekeluarga yang mengundi calon PR harus dilabel sebagai rasis? Secara jujur, Malaysia tidak memerlukan pemimpin rasis seperti dalam BN dan saya hairan mengapa masih ada penduduk yang sanggup mengundi mereka. Chulan Chin, penjawat awam dari Hulu Langat: Saya kurang bersetuju apabila isu “tsunami Cina” dibangkitkan berikutan kegagalan BN dalam PRU-13. Sebaik-baiknya BN perlu bercermin diri; menilai kelemahan serta menyedari hakikat bahawa rakyat sudah bijak menilai dengan mata hati. Rakyat mampu membezakan siapa yang lebih layak dan berhak mewakili suara mereka dalam kerajaan. Usahlah BN mencari helah bagi membela diri, lalu menuding ke arah pihak lain. Tindakan BN memainkan isu “tsunami Cina” dikhuatiri boleh menyemarakkan api sengketa antara kaum. Hubungan antara kaum dalam PR amat baik sehingga mampu memenangkan calon mereka tanpa mengira kaum/agama. BN perlu sedar tentang ketidakadilan yang dibuat sebelum PRU-13, iaitu menafikan PR hak yang adil dalam media arus perdana. Rakyat pula disogokkan dengan pelbagai habuan bagi memancing undi menjelang PRU-13, selain memainkan isu video lucah dan fitnah. Ada pula gangguan kempen menerusi mesej suara (voice mail) menerusi telefon bimbit daripada calon-calon BN sepanjang siang dan malam. Semua ini serta pelbagai lagi kempen yang dijalankan oleh BN sendiri yang menjadi punca kebencian dan rasa muak rakyat pelbagai kaum terhadap BN. Ini bukan “tsunami Cina” tetapi “tsunami Rakyat”. Rosihan Amri Md Zakaria, guru dari Bayan Lepas, Pulau Pinang: [caption id="attachment_1963" align="alignleft" width="210"] Kononnya rakyat didahulukan. Sebenarnya kaum Cina dihina.[/caption] Saya sangat tidak bersetuju dengan tuduhan “tsunami Cina” kerana jika dilihat, kebanyakan masyarakat bandar menyokong PR. Malah ramai calon Bukan Cina dari PR menang di kawasan majoriti pengundi kaum Cina. Juga terdapat calon Melayu tewas kepada calon Bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu. Saya berpendapat, pengundi tidak lagi mengundi mengikut kaum. Pola ini jelas di kawasan bandar seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Pola mengundi mengikut kaum (“along racial lines”) masih kelihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar. Tindakan BN menyalahkan kaum Cina adalah tidak betul, apatah lagi jika komen itu datang daripada Perdana Menteri. Pemegang jawatan itu adalah ketua bagi semua rakyat Malaysia dan sepatutnya Najib berusaha menyatukan rakyat pelbagai kaum selepas melalui PRU-13 yang – pada pendapat saya – sangat kotor dan banyak manipulasi. Gunalan Krishnan, pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari Puchong, Selangor: Nampaknya para pemimpin BN mula menunjukkan wajah sebenar selepas PRU-13. Sebelum ini, mereka ternyata berpura-pura dan bersembunyi di sebalik topeng bernama gagasan 1Malaysia demi mahu memancing undi dan jawatan. Tindakan BN membuat tuduhan “tsunami Cina” adalah suatu penghinaan besar bagi Bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia tidak mahu seorang Perdana Menteri yang rasis seperti Najib mewakili rakyat dan negara ini di persada antarabangsa. Kalau Najib masih ada maruah, lebih baik dia meletakkan jawatan dengan segera. Prem Sutha, pengurus dari Skudai, Johor: [caption id="attachment_1964" align="alignleft" width="240"] Wajah sebenar pemimpin BN sudah diketahui rakyat.[/caption] Saya tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi saya menentang keras tindakan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan rasis. Undi adalah pilihan individu, hak individu yang tidak boleh diungkitkan dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan. Sebagai sebuah negara demokrasi, para pemimpin dalam BN sepatutnya menerima “suara” rakyat yang dilahirkan menerusi peti undi. Abdullah Abdul Rahman (Tabir Alam), penulis sambilan dari Ipoh, Perak: Apabila slogan “1Malaysia” dilaungkan, BN beranggapan penerimaan rakyat sudah terbukti; dan kesamarataan sudah direalisasikan. Pemimpin BN perlu sedar bahawa “kejayaan” yang dibayangkan itu hanya bersifat upacara (“functional”) di pentas. Apabila sokongan pada realiti mula berkurangan menerusi PRU-13, BN mula melatah dengan menyalahkan “tsunami Cina”. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kenyataan “Cina yang tak kenang budi” (“ungrateful Chinese”) dan “Melayu yang tamak” (“greedy Malays”) oleh bekas pemimpin UMNO/BN. Tindakan pemimpin dan penyokong BN bersetuju dengan kenyataan-kenyataan dangkal itu pula umpama perbuatan “sokong membawa rebah”. Hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa perubahan memang sudah berlaku melalui “Malaysian Swing” menerusi PRU-13. Sejumlah 51.32 peratus undi popular menyokong PR, berbanding hanya 48.67 peratus bagi BN. Memang BN menang majoriti mudah (“simple majority”) tetapi telah hilang tujuh lagi “suara” di Parlimen. Sepatutnya para pemimpin BN bermuhasabah diri dengan menilai kesilapan yang dilakukan BN sepanjang tempoh berkempen (20 April – 4 Mei 2013). Apa-apa pun, BN perlu menerima hakikat bahawa rakyat memang mahukan perubahan! Pandangan yang dikemukakan sejumlah kecil rakan-rakan kepada saya menerusi mesej Facebook mungkin tidak mewakili keseluruhan “suara” rakyat. Sekurang-kurangnya mewakili sebahagian kecil suara yang mustahil mendapat tempat di media arus perdana seperti Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia. Dalam pada itu, berikutan sikap rasis dan perkauman yang ditunjukkan secara amat nyata oleh para pemimpin dan pengikut BN sejak beberapa hari lalu, tidak perlulah kita was-was untuk memahami siapa sebenarnya yang mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Sama-sama kita mendoakan agar Tuhan menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia daripada kemusnahan yang dibawakan puak rasis dan perkauman dalam BN yang bertopengkan gelaran politikus dan Ahli Parlimen.
]]>Punca sebenar kekalahan Alasan “tsunami Cina” juga tidak berasas dan tidak mencerminkan punca sebenarnya prestasi yang lemah bagi Barisan Nasional. BN bukan sahaja kalah teruk di negeri-negeri seperti Selangor, Penang, Kuala Lumpur dan Kelantan, malah ia hanya mampu menang tipis sahaja di Perak, Johor, Negeri Sembilan, dan Terengganu. Kami percaya semua ini dilakukan untuk membina persepsi awam seolah-olah kaum Cina bersikap terlalu mendesak dan tidak menghargai jasa kerajaan. Walhal, punca utama kemerosotan BN adalah kebangkitan rakyat Malaysia menentang ketidakadilan, kronisme dan rasuah yang berleluasa kesan daripada pemerintahan kerajaan BN sejak 56 tahun yang lalu. “Tsunami Rakyat” lebih tepat Rakyat Malaysia sudah muak dengan politik perkauman yang dibawa UMNO. Mereka inginkan perubahan. Kesempitan hidup, gaji rendah, isu pendidikan dan kos hidup yang tinggi antara tunas-tunas api kebangkitan rakyat Malaysia pada pilihan raya kali ini. Sebilangan besar rakyat miskin di Malaysia adalah masyarakat Melayu walaupun berada 56 tahun dibawah pemerintahan BN. Sebaliknya, segelintir yang meraih kekayaan negara ini adalah kroni-kroni BN sendiri. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sengit dan juga mencatatkan jumlah pengundi yang paling ramai keluar mengundi dalam sejarah Malaysia iaitu sebanyak 80%. Analisa pilihanraya menunjukkan undian popular dimiliki oleh Pakatan Rakyat iaitu lebih daripada 50% jumlah pengundi memangkah PR dalam kertas undian. Walaubagaimanapun, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah dengan menawan 133 daripada 222 kerusi parlimen. Kebanyakkan kawasan dimana BN kalah adalah kawasan bandar yang berpendudukan padat. Antara majoriti parlimen dan undi popular Hal ini mejelaskan kenapa PR memiliki jumlah undian popular manakala BN memiliki jumlah kerusi yang tinggi. BN dapat kekal di Putrajaya disebabkan oleh amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya, ataupun “gerrymandering”. Manipulasi politik ini menyebabkan BN dapat menang mudah di kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mempunyai populasi yang padat seperti kawasan bandar, bahkan penembusan internet juga adalah amat rendah dan mereka tidak mendapat liputan informasi yang meluas daripada media bebas alternatif berbanding media arus perdana yang dikawal oleh kerajaan BN . Tiba masanya untuk politik baru Realitinya, pilihan raya ini sebenarnya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengundi tanpa mengira kaum ataupun agama. Terdapat banyak kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti Melayu, sebaliknya mengundi calon yang berbangsa lain. Sebagai contoh, Lim Kit Siang yang merupakan calon DAP yang berbangsa Cina memenangi kerusi Gelang Patah di Johor mengatasi calon Melayu BN dan bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Lim Kit Siang tidak mungkin menang dengan hanya undian kaum Cina. Ke arah 1 Malaysia? Namun begitu, di alam siber, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang mencetuskan propaganda “Tsunami Cina” perkauman dan perbalahan antara kaum Melayu dan Cina. Kononnya orang Cina ingin menguasai negara Malaysia dan memperhambakan kaum Melayu. Hal ini amat mengecewakan kami kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan budaya, dan bukannya negara fasis bagi sesebuah kaum sahaja. Kami menentang sama sekali budaya perkauman yang tidak matang seperti ini. Kami menyeru Datuk Seri Najib Razak supaya membantah sentimen rasis yang semakin menjadi-jadi di kalangan penyokong-penyokong UMNO yang masih berdegil menerima kelemahan parti mereka. Fokuskan usaha untuk berkhidmat kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama dengan mengambil semangat 1Malaysia seperti yang BN kempen kepada rakyat. Elakkan daripada permainan politik perkauman dan agama yang merugikan Malaysia.
]]>oleh Mohammad Sufian Bin Talib, penulis undangan. PRU13 telah menyaksikan bahawa kemenangan di pihak Barisan Nasional (BN) apabila berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu dengan mengutip sejumlah 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengutip 89 kerusi bagi Parlimen Malaysia. Perpindahan sebanyak 7 buah kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat telah memberi satu landskap baru politik PR apabila mereka julung-julung kalinya beroleh peratusan undi popular mengatasi BN.
Oleh Lee Hwok Aun, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya. Pemuda-pemudi Malaysia, yang membentuk sebahagian besar 2.4 juta pengundi baru, dijangka akan memainkan peranan penting di dalam PRU13. Apakah yang mungkin dalam minda mereka? Bagaimanakah kehidupan mereka pada lima tahun yang lepas? Dari segi sosial, belia Malaysia sebahagian besarnya menolak politik perkauman dan lebih prihatin terhadap kebahagiaan sendiri dan kolektif. Antara isu-isu di arena ekonomi, yang menonjol termasuk pengangguran graduan, beban pinjaman pengajian dan pinjaman kereta, turnover tinggi di dalam pekerjaan, gaji yang rendah, dan kekurangan-kekurangan dalam kebolehan akademik, kemahiran komunikasi, berdikari dan keyakikan diri. Gambaran ini cerah dan berharapan, tetapi juga suram dan tidak menyenangkan. Sambutan pemuda sedang dipertandingkan menuju ke PRU13. BN menawarkakan baucer kepada pelajar universiti, BR1M untuk orang bujang, dan transformasi sekolah-sekolah vokasional, manakala Pakatan mengikrarkan pendidikan percuma, peningkatan besar sekolah vokasional serta universiti teknikal, pembubaran AUKU, dan penurunan harga kereta. Kedua-dua manifesto menekankan penambahbaikan kualiti pendidikan dan peningkatan dalam penawaran rumah mampu milik. Situasi ini memang rumit, dan kurang dimaklumkan. Walaupun kita sedar bahawa perkara-perkara di atas penting bagi orang muda, tapi kita tahu hanya sedikit tentang keadaan hidup mereka. Namun, salah satu masalah ekonomi boleh diselidiki, dan perlu diberi perhatian sewajarnya: penguncupan serius di dalam gaji benar pekerja-pekerja muda pada tahun-tahun kebelakangan ini. Hal ini harus dititikberatkan oleh kerana trend ini mampu mendatangkan kesan buruk di masa hadapan, dan disebabkan juga apa yang boleh dikatakan sindrom “lain daripada yang lain” – belia yang bergaji rendah mungkin berfikiran mereka adalah luar biasa, atau outlier dalam istilah statistik, manakala pekerja yang lain berprestasi dan berpendapatan lebih tinggi. Perhitungan saya berdasarkan simpanan KWSP menunjukkan gaji pekerja muda secara purata – bukan lain daripada yang lain – telah dikekang. Pada masa yang sama, akaun KWSP pekerja berumur menengah tetap bertumbuh. Pencarian ini dijanakan daripada data 6.3 juta pemegang akaun yang aktif, yang antaranya 1.5 juta berumur daripada 16 sehingga 25 tahun, seperti yang diterbitkan di dalam Laporan-laporan Tahunan KWSP. Ia merupakan sampel paling besar yang sedia ada, yang mewakili pekerja-pekerja di sektor swasta formal. Kadar dividen dan sumbangan tidak berbeza antara kumpulan umur, jadi kita boleh memutuskan bahawa ketidaksamaan dalam pertumbuhan akaun simpanan antara yang muda, menengah dan tua berhasil daripada bezantara pertumbuhan gaji. Masalah ini sekurang-kurangnya sudah berlaku selama satu dekad. Dari 2004 sehingga 2008, simpanan KWSP benar (setelah mengambilkira inflasi) menguncup pada kadar 2.6% setahun belia 16-25 tahun dan pada kadar 3.4% bagi mereka yang berumur 26-30 tahun. Pertumbuhan gaji yang lebih rendah bagi pekerja muda digandakan oleh beban lebih berat yang mereka menanggung berlandakan Krisis Kewangan Global 2008-09. Sepanjang 2009-11, pekerja-pekerja 16-25 tahun sekali lagi mengalami kemerosotan dalam simpanan KWSP benar sebanyak hampir satu peratus, manakala yang berumur 26-35 tahun merekodkan kadar pertumbuhan 0.7% dan akaun-akaun pekerja 36 tahun dan ke atas berkembang setiap tahun melebihi 3%. Purata pertumbuhan tahunan benar akaun KWSP, menurut kumpulan umur
Kumpulan umur | 2004-2008 | 2008-2011 |
16-25 | -1.3% | -0.9% |
26-30 | -3.4% | 0.6% |
31-35 | -0.7% | 0.7% |
36-40 | 1.5% | 2.7% |
41-45 | 1.0% | 3.0% |
46-50 | 1.2% | 2.9% |
51-55 | 2.9% | 2.6% |
Keseluruhan | 1.8% | 3.4% |
Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian. Izinkan saya dengan rendah diri menulis kepada saudara sekalian berkenaan dengan titik tolak permulaan negara dan bangsa kita yang baharu pasca 5 Mei 2013 ini. ALI SHARIATI, seperti dibincangkan oleh Jalaludin Rahmat ketika berbicara mengenai Habil mengungkapkan: ‘Kelompok yang diwakili Habil adalah kelompok taklukan dan tertindas; yakni, rakyat yang sepanjang sejarah dibantai dan diperbudak oleh sistem Qabil, sistem hak milik individu yang memperoleh kemenangan dalam masyarakat. Peperangan antara Habil dan Qabil adalah pertempuran sejarah abadi yang telah berlangsung pada setiap generasi. Panji-panji Qabil senantiasa dikibarkan oleh penguasa, dan hasrat untuk menebus darah Habil telah diwarisi oleh generasi keturunannya – rakyat tertindas yang telah berjuang untuk keadilan, kemerdekaan dan kepercayaan teguh pada suatu perjuangan yang terus berlanjut pada setiap zaman.’ Menurut Jalaludin Rahmat lagi, Shariati melihat para Nabi Ibrahimiyah, yang dibezakan dengan Nabi non-Ibrahimiyah seperti Confucius, Budha, Zarasthura adalah pelanjut perjuangan Habil. Nabi Ibrahim misalnya berdiri menentang Namrud. Nabi Musa membela Bani Israil yang lemah melawan Firaun yang perkasa. Nabi Isa pula hadir menggembirakan kaum ‘fuqara’ dengan melecehkan Kaisar manakala Nabi Muhammad SAW duduk di samping orang miskin dan hamba abdi untuk membebaskan mereka. Di Malaysia, tanggal 5 Mei 2013 ini akan jadi titik paling penting buat ‘Kaum Muda’ iaitu saudara-saudari sekalian. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Timbalan Pengerusi-nya pada 3 April 2013 yang lalu; penambahan 2.37 juta atau 21.69 peratus jika dibandingkan dengan jumlah pemilih pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 menjadikan jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 13,291,385 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Menurutnya lagi, SPR akan menggunapakai Daftar Pemilih (DP) sehingga suku 4/2012 yang diwartakan pada 22 Februari 2013 memandangkan daftar pemilih bagi suku pertama 2013 belum sempat untuk diwartakan. Berdasarkan Daftar Pemilih yang diwartakan suku keempat 2012, seramai 5,564,131 atau hampir 42 peratus daripadanya pengundi yang layak memilih merupakan pengundi muda berusia di bawah 40 tahun. 42 peratus atau hampir separuh dari pengundi berdaftar ini terdiri dari ‘Kaum Muda’ – menjadikan saudara semua golongan paling signifikan kesannya terhadap keputusan pilihanraya ke-13 kali ini. Politik Perkauman Jika diperhatikan dari 3,024, 909 keseluruhan 42 peratus pengundi ‘Kaum Muda’ ini, 22.76 peratus pengundi yang berumur antara 30 hingga 39 tahun lahir seawal 1974 manakala 19.1 peratus pula pengundi berumur 21 hingga 29 tahun yang lahir seawal 1984. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika masih ada sebahagian besar dari ‘Kaum Muda’ yang masih melanggan idea ‘Politik Perkauman’ kerana ketika mereka lahir sekitar 1974, televisyen di Malaysia masih hitam putih. Segmen-segmen di dalam kepala, otak dan fikiran mereka masih terbahagi kepada sistem pengasingan parti berasaskan kaum dan dogma murahan berbentuk politik merengek seperti hak keistimewaan dan eksklusiviti sesuatu kaum. Malangnya wacana politik sempit seperti ini tidak membincangkan perihal letak duduknya kaum Melayu walaupun kaum Melayu telah berkuasa sepenuhnya selama 55 tahun. Saya cuma teringat satu pepatah pemimpin ultra-nasionalis Melayu tidak lama dahulu iaitu; “Melayu mudah lupa’. Melayu mudah lupa betapa setelah 55 tahun berkuasa, pegangan ekuiti Bumiputera masih di takuk 19%. Melayu mudah lupa sehingga 2009, Bumiputera membentuk sehingga 80% dari pendapatan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM 1000 sebulan sementara sehingga 57.9% Bumiputera masih berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Melayu juga mudah lupa setelah 55 tahun, dari 219,868 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan, 189,165 darinya adalah Bumiputera berbanding 12,212 adalah India, 10,370 Cina dan 8,121 adalah lain-lain. Malah Melayu juga mudah lupa, Data juga menunjukkan dari 15% penduduk Malaysia yang mempunyai ‘zero wealth’, 72% adalah Bumiputera, 17% adalah Cina dan 10.7% adalah India. Melayu juga mudah lupa, Bumiputera membentuk sehingga 72% ‘unskilled workforce’, 67% sebagai operator mesin dan sehingga 60% pekerja am. Malah statistik pemilikan bangunan komersil juga menunjukkan Bumiputera hanya memiliki 13% bangunan, 12% kompleks perniagaan, 15% premis industri dan 14% hotel. Politik Kelas Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian, Kerana itu saya fikir ini masa paling kritikal untuk saudara-saudari semua membuat analisis terhadap perkembangan budaya politik pasca-merdeka yang terhasil dengan fragmen perkauman yang tebal ini. Dasar Ekonomi Baru, MARA, sistem meritokrasi, kuota pengajian tinggi, sistem sekolah berasrama penuh dan seribu satu projek kroni lagi dibantu dan didukung oleh partai politik perkauman paling besar di negara ini – masih gagal meningkatkan ekuiti kaum Melayu. Lebih menyedihkan, kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai lapangan masih corot. Yang perlu diberi perhatian kini adalah situasi ekonomi yang semakin menghimpit. Jurang pendapatan semakin melebar. 4.5% isi rumah memperoleh pendapatan secara purata kurang dari RM 800 sebulan, 52.8% isi rumah memperoleh kurang dari RM 3000 sebulan, 75.9% memperoleh kurang dari RM 5000 sebulan dan 96% rakyat Malaysia memperoleh pendapat kurang dari RM 10,000 sebulan sementara hampir tiada pertumbuhan terhadap 40% golongan berpendapatan rendah semenjak 1990 (14.5%), 2000 (14%) dan 2009 (14.5%). Ini bukan masanya untuk kita melihat Malaysia menggunapakai kerangka perkauman kerana golongan berpendapatan rendah, kaum miskin dan golongan pekerja ini terdiri dari pelbagai jenis kaum dan berbangsa 1Malaysia! Oleh yang demikian, kita perlu segera beransur bergerak ke arah perjuangan politik berasaskan kelas untuk membantu masyarakat kelas bawah dan pertengahan menikmati hidup yang lebih baik. Malaysia sebuah negara yang kaya dan kekayaan hasil bumi ini harus ditadbir secara adil untuk dikongsi bersama oleh rakyat, bukannya keluarga atau kroni. Bayangkan sehingga 2009, 52.8% rakyat Malaysia masih tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM 150,000 ke atas dan 75.9% rakyat masih tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM 250,000 ke atas? Politik Ideologi Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian. Perjalanan politik negara kita untuk keluar dari ‘politik perkauman’ dan ‘politik kelas’ menuju ‘politik ideologi’ masih jauh jika kita masih tersangkut dengan perihal tetek-bengek seperti ‘Singapura akan menakluki Malaysia’, ‘Lim Guang Eng akan menjadi seperti Lee Kuan Yew’ ataupun ‘Mat Taib adalah mudarat kecil berbanding mudarat besar terhadap agama’. Saya menyeru saudara-saudari sekalian untuk keluar dari kepompong politik tradisional yang melihat isu perkauman dan menggunakan agama untuk mengekalkan status quo masing-masing. Di Eropah dan negara Scandinavian, politik ideologilah yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Bukannya politik perkauman. Jika Umno-BN selama 55 tahun tidak dapat meningkatkan ekuiti Melayu melepasi paras 20%, apakah yang akan memastikan 8 calon Muslim berwibawa melakukannya? Menurut Jalaludin Rahmat lagi, Shariati merumuskan para Nabi adalah orang-orang yang lahir di tengah massa (ummi) lalu memperoleh tingkat kesedaran (hikmah) yang sanggup ‘mengubah satu masyarakat yang korup dan beku menjadi kekuatan yang bergejolak dan kreatif, yang pada gilirannya melahirkan peradaban, kebudayaan dan pahlawan’. Menurut Shariati lagi, para Nabi bukan sekadar mengajarkan zikir dan doa, tetapi dengan ideologi pembebasan. Empat manusia yang disebut di dalam al-Quran menurut Shariati dilambangkan dengan Firaun, Haman, Qarun dan Bal’am. Firaun dikatakan sebagai penguasa yang korup, penindas yang selalu merasa benar sendiri, toggak sistem kezaliman dan kemusyrikan. Haman pula mewakili kelompok teknokrat, ilmuan yang menyokong tirani dengan melacurkan ilmu. Qarun mewakili kaum kapitalis, pemilik sumber kekayaan yang menghisap seluruh jerih penat massa. Manakala Bal’am melambangkan kaum ‘ruhaniyun’ iaitu tokoh agama yang menggunakan agama untuk melgitimasikan kekuasaan yang korup untuk menindas masyarakat. Untuk 5,564,131 saudara-saudari ‘Kaum Muda’ yang bakal mengundi 5 Mei ini, pada setiap zaman, keempat-empat jenis manusia ini akan selalu tampil sebagai pendukung status-quo dan juga penentang perubahan sosial. Untuk Malaysia 30 tahun ke-hadapan; inilah persimpangan kita antara mengekalkan kezaliman pemerintahan sedia ada yang telah 55 tahun berkuasa – atau memiliki keberanian untuk melawan penindasan dan membebaskan diri. Saudara-saudari ‘Kaum Muda’ sekalian; buat permulaan marilah kita bersama menentang kezaliman dan penindasan untuk membebaskan diri dan masyarakat dari belenggu jahiliyah ini! *Data dan statistik diperoleh dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World Databank dan BNM. Untuk maklumat lebih lanjut rujuk Blindspot; www.facebook.com/blindspot.msia
]]>CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA
(PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA)
Alamat: 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel / Fax : + 60 3 7957 1457
Emel: cfmsia@yahoo.co.uk
CFM Kecewa dan Membantah Penggunaan Sentimen Anti-Kristian pada Papan Tanda Kempen Pilihan raya
Kami dari masyarakat Kristian terkejut akan penggunaan sentimen anti-Kristian yang keji dan biadap pada papan tanda kempen pilihan raya, dimana gambar-gambar mesej tersebut telah menjadi ‘viral’ di kalangan netizen-netizen baru-baru ini. (sila lihat pada gambar). Mesejnya bertanya “Mahukah kita lihat anak cucu pergi sembahyang ke rumah Allah ini?” dengan bersertakan dua gambar gereja-gereja yang mempunyai simbol salib. Perkataan “Gereja Allah” ini berbaur hasutan dan kemungkinan besar akan memberi padah yang bahaya terhadap keselamatan rakyat Kristian dan ahli gereja-gereja hanya kerana kami menggunakan perkataan “Allah”. Ini merupakan kebimbangan yang sebenar memandangkan baru-baru ini terjadinya kes-kes seperti pembakaran gereja dan ugutan membakar Bible berbahasa Malaysia. Mesej keji yang tertera pada papan tanda kempen tersebut hanya akan mengapi-apikan satu komuniti (Muslim) terhadap komuniti Kristian degan menyebarkan rasa takut melalui taktik menakut-nakuti dengan menggunakan isu “Allah”, walaupun pihak makamah tinggi telah membenarkan penggunaannya sebagai hak bagi kebebasan agama. CFM dan pemimpin-pemimpin Kristian yang lain sebelum ini telahpun menyatakan bahawa Bumiputera-Bumiputera Kristian menggunakan Bible dalam BM kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa penghantar mereka, manakala perkataaan “Allah” telahpun digunakan dalam Bible sejak berkurun-kurun tahun dahulu tanpa sebarang tentangan dari orang Muslim seperti apa yang berlaku sekarang. Orang-orang Kristian dan juga rakyat Malaysia yang berkeprihatinan perlu mengutuk penggunaan papan-papan tanda kempen pilihanraya yang berbaur hasutan dan fitnah yang sedemikian dan segala bahan-bahan dan retorika-retorika hasutan dalam sepanjangan waktu kempen sehingga hari mengundi pada 5 Mei 2013. Kami mendesak pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk segera menanggalkan papan-papan tanda dan bahan-bahan kempen penghasutan yang sedemikian. Selain itu, kami menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dan mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Kami menyeru rakyat Malaysia supaya melaporkan kepada pihak polis mengenai mana-mana papan tanda, bahan kempen pilihanraya, dan juga ceramah kempen yang tidak menghormati komuniti-komuniti di negara ini dan yang hanya bertujuan untuk mengapi-apikan kebencian terhadap agama lain bagi kepentingan politik. Komuniti Kristian mengekalkan hak-haknya seperti yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak bagi orang bukan Islam untuk menguruskan agama mereka sendiri. Hak ini termasuklah rakyat Malaysia yang hanya fasih dalam Bahasa Malaysia selain bahasa ibunda mereka, seperti penduduk asal Sabah dan Sarawak, komuniti Baba, dan komuniti Orang Asli, dengan menggunakan Al-kitab dan semua bahan-bahan lain dalam Bahasa Malaysia yang perlu bagi tujuan keagamaan mereka. Pada masa yang sama, kita berasa amat kecewa terhadap peningkatan kes-kes keganasan yang berkaitan dengan pilihanraya ini (seperti yang dilaporkan dalam media) seperti pembakaran kereta, menanam bahan letupan berhampiran pusat ceramah, kes-kes kebakaran dan geng-geng motosikal yang menakutkan orang ramai untuk menghadiri ceramah yang sebenarnya adalah cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan ugutan pada hari-hari sebelum hari pilihan raya. Kami menyaran kepada semua supaya lebih berwaspada semasa musim pilihan raya ini. ]]>