Oleh Afiq Noor Hijab, atau bertudung, merupakan satu amalan yang diterima sebagai sesuatu yang fardhu oleh kebanyakkan kita di Malaysia dan negara-negara Muslim lain. Anjuran untuk berhijab ini disokong oleh dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang menurut saya tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar lagi. Namun saya tertarik untuk membawa perhatian kita kepada perbahasan alternatif seputar isu Hijab yang jarang sekali diketengahkan dalam wacana keislaman di Malaysia. Hijab dalam Al-Quran Anjuran untuk memakai Hijab dapat kita temui di dalam Surah Al-Nuur ayat 31 yang menyatakan: “Katakanlah kepada wanita-wanita mukminah hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau kepada lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” Dan di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59, Allah memerintahkan: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Inilah dasar pijakan hukum yang menjadi asas kepada perintah agar perempuan-perempuan Muslimah untuk menutup rambutnya dan melabuhkan tudungnya sehingga menutupi dada. Aurat berdasarkan fiqh klasik Aurat ditakrifkan sebagai kekurangan atau sesuatu yang memalukan dan mengaibkan dari anggota tubuh badan sekiranya di dedahkan untuk tatapan umum. Menurut Imam Al-Nawawi di dalam Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, aurat diertikan sebagai anggota tubuh manusia yang menurut pandangan umum buruk atau mengaibkan sekiranya diperlihatkan kepada umum dan sekiranya dibiarkan terbuka akan menimbulkan fitnah. Fitnah yang dimaksudkan oleh Al-Nawawi adalah fitnah seksual, oleh yang demikian majoriti ulama’ berpendapat bahawa aurat wajib ditutup. Sekiranya kita meneliti perbahasan fiqh tentang aurat, terutamanya aurat perempuan. Kita akan menemui perbezaan di antara batas aurat perempuan merdeka (Al-Hurrah) dan batas aurat hamba (Al-Amah). Di dalam Mazhab Syafie, batas aurat perempuan merdeka adalah keseluruhan tubuh mereka kecuali muka dan tapak tangan. Bahkan Al-Muzani menambah bahawa tapak kaki perempuan juga bukan termasuk dalam batas aurat yang harus ditutup. Begitu juga pendapat tentang batas aurat perempuan merdeka menurut Mazhab Maliki, walaubagaimanapun menurut Muhammad Bin Abdullah Al-Maghribi sekiranya perempuan merdeka tersebut merasa bimbang terhadap fitnah, maka ia harus menutup muka dan tapak tangannya. Manakala menurut Ibnu Qudamah batas aurat perempuan menurut Mazhab Hanbali adalah keseluruhan tubuh badannya bahkan menurut Abu Bakr Al-Harits, keseluruhan tubuh perempuan adalah aurat termasuklah kukunya. Batas aurat perempuan merdeka dan perempuan hamba Manakala batasan aurat bagi perempuan hamba menurut Imam Al Nawawi boleh dibahagikan kepada tiga pendapat. Pertama, majoriti ulama’ Syafieyah menyatakan bahawa batas aurat bagi perempuan hamba adalah sama seperti batasan aurat lelaki merdeka, iaitu di antara pusat sehingga lutut. Kedua, menurut Al-Thabari batas aurat perempuan hamba sama seperti batas aurat perempuan merdeka kecuali kepala tidak wajib ditutupi. Ketiga, aurat perempuan hamba adalah sama dengan perempuan merdeka kecuali bahagian tubuh badan yang diperlukan untuk membuat kerja seperti kepala, leher dan lengan. Al-Marghinani dalam kitabnya Al-Hidayah Syarh Al-Bidayah menyatakan bahawa batas aurat lelaki adalah sama dengan batas aurat perempuan hamba, perut dan punggung perempuan hamba dan lelaki adalah aurat. Selain dari itu seluruh tubuhnya adalah bukan aurat. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kisah Umar Al Khatab yang telah memerintahkan agar Daffar (seorang hamba perempuan) untuk membuka tudung kepalanya. Umar bertanya kepada Daffar – “Adakah engkau ingin menyerupai perempuan merdeka?” Menurut Al-Marghinani lagi, aurat perempuan hamba tidak sama dengan perempuan merdeka kerana pada kebiasaannya hamba perempuan ini harus keluar dari rumah untuk melunaskan pekerjaan sebagaimana yang diarahkan oleh tuannya. Muhammad Ali Al-Shobuni di dalam Rawa’i Al-Bayan Tafsir Ayat Al Ahkam Min Al Quran senada dengan Al-Marghinani dalam hal aurat perempuan hamba. Menurut beliau perempuan hamba akan terbeban dengan urusan-urusan pekerjaan sehingga terpaksa keluar dari rumah, pergi ke pasar dan memenuhi segala keperluan tuannya. Sekiranya diperintahkan untuk berpakaian seperti perempuan Muslimah merdeka, sudah pasti ia akan menyusahkan dan membebankan hamba perempuan tersebut menyelesaikan urusan pekerjaannya. Sementara itu, Ibnu Hazm di dalam Al-Muhalla’ berpendapat bahawa batas aurat bagi perempuan merdeka dan perempuan hamba adalah sama dalam apa keadaan sekalipun kerana tidak ada dalil dari Al-Quran mahupun Hadith yang menyatakan perbezaan di antara batas aurat perempuan merdeka dan perempuan hamba. Makna aurat berbeza berdasar tafsiran Secara umumnya, sekiranya kita meneliti teks-teks klasik fiqh yang membahaskan tentang persoalan aurat kita pasti akan berjumpa dengan perbahasan-perbahasan tentang perbezaan aurat di antara perempuan merdeka dengan perempuan hamba. Dan perbezaan ini sangat ketara kerana para ulama menyatakan bahawa alasan perbezaan tersebut rata-ratanya adalah untuk memudahkan, keperluan dan mengelakkan kesulitan bagi perempuan hamba tersebut melakukan urusan kerja yang diarahkan oleh tuannya. Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Fath-Al Bari menyatakan bahawa pakaian (Al-Malabis) adalah berbeza-beza di setiap negeri. Sekiranya kita meneliti dari sudut sejarah dan latar sosial masyarakat arab pada masa tersebut pakaian-pakaian seperti khimar dan jalabib sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Al Nuur ayat 31 merupakan pakaian kebudayaan bagi masyarakat Arab pada ketika itu. Muhammad Tahir Ibn Ashoor di dalam bukunya Maqasid Syariah Al Islamiyah menyatakan bahawa adat kebiasaan sesuatu kaum tidak boleh dipaksakan ke atas kaum lain atas nama agama. Beliau sewaktu menghuraikan Surah Al-Ahzab ayat 59 yang memerintahkan agar isteri-isteri Nabi dan perempuan beriman untuk melabuhkan jilbab mereka sehingga menutupi dada menyatakan – “Ini adalah ajaran yang mempertimbangkan adat orang-orang Arab sehingga bangsa-bangsa lain yang tidak menggunakan jilbab tidak diwajibkan atas syariat ini”. Makna “aurat” bergantung kepada budaya masyarakat dan zaman Tafsiran aurat sendiri begitu subjektif dan berbeza-beza di antara ulama’ walaupun objektif utama penutupan aurat adalah untuk mengelakkan berlakunya fitnah seksual (Khauf Al-Fitnah) terhadap perempuan. Pemahaman terhadap batas anggota tubuh yang membawa keaiban juga berbeza dari setiap tempat dan banyak dipengaruhi oleh keadaan budaya masyarakat setempat. Perempuan, sebagaimana lelaki, mempunyai hak yang sama ke atas tubuh badannya dan berhak diberikan kebebasan untuk memilih pakaian yang menurut pandangannya adalah sesuai dan mampu mengelakkan fitnah. Sekiranya dia memilih untuk bertudung, itu baik untuknya dan sekiranya dia memilih untuk tidak bertudung itu juga baik untuknya. Yang lebih penting ialah mereka memakai pakaian yang terhormat.
]]>Surat terbuka untuk Ridhuan Tee
Oleh Afiq Noor Sekiranya saya diberi pilihan untuk meninggalkan prinsip hak asasi dan kebebesan bersuara yang saya percaya, maka saya tanpa ragu-ragu lagi akan menasihati Ridhuan Tee Abdullah untuk diam daripada terus memalukan Islam dan mencemarkan imej agama yang saya cintai ini. Saya membaca respon Ridhuan Tee terhadap surat terbuka yang ditulis oleh 25 mantan pegawai tinggi kerajaan yang antara lain mencadangkan agar Perdana Menteri memberikan perhatian terhadap wacana keislaman dan mempromosikan kepelbagaian pendapat dalam tradisi keilmuan Islam. 25 mantan pegawai tinggi kerajaan tersebut juga mengingatkan kepimpinan Perdana Menteri agar menghormati dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang dasar negara. Ridhuan Tee di awal responnya telah melakukan serangan peribadi terhadap 25 orang mantan pegawai tinggi kerajaan ini dengan tuduhan tidak bersih dan korup serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan jawatan mereka. Saya mengingatkan Ridhuan Tee bahawa serangan peribadi seperti ini adalah bercanggah dengan nilai-nilai keislaman serta adab budaya orang Melayu. Sejarah keilmuan Islam mencatatkan bahawa agama ini tidak pernah sunyi dari perdebatan dan perbezaan pendapat. Para ilmuan sehingga kini sering berbeza pendapat dalam berbagai hal dan ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam tradisi keilmuan Islam. Adalah mustahil untuk kita memaksakan pendapat kita untuk diterima oleh orang ramai dan begitulah sebaliknya. Tetapi apa yang lebih utama, kita menghormati dan meraikan kepelbagaian pendapat tersebut dengan beradab. Islam bukan agama monopoli Islam bukanlah agama yang eksklusif untuk dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja dalam masyarakat. Perbincangan dan perdebatan dalam Islam adalah bersifat inklusif dan memerlukan input daripada ramai pihak. Sikap pihak berkuasa dan golongan agama di Malaysia yang memonopoli agama seolah-olah cukong yang mengawal syarikatnya adalah sangat memualkan dan mendukacita. Sheikh Muhammad Al Nuwaihi, seorang pemikir Arab di dalam bukunya Nahwa Al Tsaurah Fi Al Fikri Dini menyatakan bahawa Islam pada awalnya merupakan agama yang progresif dan revolutionari tetapi ia berubah sifatnya menjadi agama yang menyekat intelektualisme dan pembekuan masyarakat kerana dua (2) hal. Pertama munculnya kelas masyarakat yang memonopoli tafsiran agama yang menurut mereka, hanya mereka yang berhak untuk berbicara tentang agama dan menentukan pendapat dan doktrin yang sesuai dengan Islam. Kedua, keyakinan kelas ini bahawa sumber-sumber keagamaan atau teks memiliki aturan yang mengikat dan tidak boleh dimodifikasi atau diubah baik yang bersifat doktrin atau yang menyentuh kehidupan seharian. Kelas masyarakat yang mendominasi dan mengawal agama ini merupakan sesuatu yang asing dan tidak dikenali dalam tradisi keilmuan Islam. Islam tidak pernah mengakui pengkelasan dalam masyarakat seperti kelas kependetaan. Golongan inilah yang menolak diskusi dan perbincangan ilmiah serta menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk melabel orang yang berbeza pandangan dengannya sebagai kafir dan sesat. Justeru Islam dilihat sebagai agama yang kaku dan pegun serta anti-establishment. Al-Wasatiyah Saya juga terpanggil untuk membetulkan kenyataan Ridhuan Tee bahawa Islam bukan agama yang “moderate.” Sedangkan “moderate” atau dalam bahasa arabnya “Al Wasathiyah” adalah diskripsi Allah kepada kita sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surah Al Baqarah ayat 143 – “Dan demikianlah kami menjadikan kamu umat yang moderate (Ummatan Wasatha) agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul menjadi saksi atas kamu.” Gagasan Al Wasathiyah ini juga turut diakui oleh para ulama’ klasik semisal Al Imam Ibnu Taymiyah, Ibnu Al Qayyim, Al Syathibi dan Ibnu Atheer. Saya tertanya-tanya adakah Ridhuan Tee tidak pernah membaca karya-karya hebat para ulama’ ini yang menyatakan Al Wasathiyah adalah bahagian penting di dalam Islam. Penyimpangan dari prinsip Al Wasathiyah inilah yang menyebabkan berlakunya Irhab Al Fikri atau terorrisme pemikiran yang kesannya jauh lebih bahaya dan boleh membuka pintu kepada terorrisme fizikal atau Irhab Al Hissi. Di Malaysia, kita mungkin tidak punya terorris seperti ISIS dalam bentuk fizikal tetapi pola pemikiran seperti Ridhuan Tee, jika tidak dibendung memungkinkan Malaysia mempunyai ISIS nya sendiri.
]]>Bagaimana mengurangkan makanan laut dapat membantu planet kita
Penterjemahan “If You Took Seafood Out of Your Diet, How Would it Really Help the Planet?” oleh Hamizah Hanan Dalam masa 40 tahun yang lalu, lebih separuh daripada hidupan liar di dunia telah dimusnahkan akibat daripada aktiviti manusia. Antara haiwan vertebra yang utama terkena tempias adalah mamalia, burung, reptilia dan (di hati pencinta laut) ikan. Pengasidan laut dan perubahan iklim pada hari ini telah menyebabkan beberapa masalah utama di laut. Kebanyakan manusia tidak menyedari bahawa pilihan seharian mereka telah banyak menyumbang kepada permasalahan seluruh dunia. Semua terpulang pada kita sama ada mahu mempercayainya ataupun tidak, perbuatan semudah memakan ikan yang ditangkap secara komersial akan meningkatkan ancaman yang dihadapi oleh laut kita. Berjuta-juta ikan ditangkap setiap tahun hanya untuk mencapai permintaan manusia yang tinggi pada hari ini, menunjukkan sudah tiba masanya untuk membincangkan perkara berkenaan pemakanan ikan. Pada tahun 2009, warga Amerika telah menggunakan permintaan sekitar 4.8 billion paun makanan laut, yang bersamaan dengan 15.8 paun makanan laut bagi setiap orang. Menurut National Oceanic and Atmospheris Association, “Warga Amerika (per kapita) makan kira-kira hanya 3.5 auns dalam masa seminggu.” Hanya lebih kurang tiga auns? Tidakkan ianya suatu jumlah yang banyak? Nah, jika seorang manusia memakan secara purata yang sama setiap tahun, penggunaan mereka terhadap sumber ikan akan mencecah sehingga 182 auns setiap tahun. Apabila anda kalikan dengan jumlah manusia sebanyak 300,000,000 orang penduduk Amerika, anda akan dapati satu masalah yang besar- terutamanya apabila anda mempertimbangkan kadar di mana ikan-ikan ditangkap dari laut. Overfishing (penangkapan secara berlebihan) akan menyebabkan kehilangan kesemua ikan… dan banyak lagi. Penangkapan ikan secara berlebihan (overfishing) adalah suatu tindakan mengambil ikan secara berlebihan daripada sesebuah populasi yang pada awalnya boleh digantikan dengan kadar kelahiran semula jadi dalam populasi itu. Menurut kajian yang dijalankan dan diterbitkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, 80 peratus daripada stok ikan dunia adalah ‘sepenuhnya ataupun sudah terlebih dieksploitasi, kekurangan atau dengan kata lain sudah kehabisan.” Selain itu, kira-kira 90 peratus daripada stok ikan pemangsa yang besar (jerung, ikan todak dan ikan tuna sirib biru) telah berkurangan sejak 1950-an. Jadi, apa erti semua ini? Dalam istilah yang mudah, jika kadar tangkapan ikan semasa tidak dikurangkan secara drastik, ianya meramalkan bahawa menjelang 2048 bekalan tangkapan hidupan laut akan kehabisan. Ini bermakna makanan untuk haiwan marin akan berkurangan dan akan memberi kesan kepada kitaran rantai makanan mereka. Sehingga pada suatu hari nanti, secara literal, tiada satupun ikan yang berbaki di laut. Daripada berkelahi berkenaan isu penangkapan ikan berlebihan ini, beberapa peniaga telah mula beralih kepada penternakan ikan- satu proses yang melibatkan penternakan ratusan ikan di dalam tangki yang kecil sebelum dijual sebagai makanan. Walaupun penternakan ikan ini akan menyelesaikan masalah kita dalam jangka masa yang pendek, namun, kita perlu untuk mula fokus kepada masalah jangka panjang yang disebabkan oleh penangkapan ikan secara berlebihan. Bagaimana penangkapan ikan akan menerukkan lagi keadaan? Pukat hanyut, rawai ikan, dan pukat tunda adalah merupakan contoh cara penangkapan ikan yang membawa kepada kemusnahan yang lebih teruk bukan sahaja kepada populasi ikan malahan lebih daripada itu. Setiap satu daripada kaedah ini biasanya melibatkan penggunaan jaring panjang (dengan tujuan memerangkap insang ikan) ataupun tali yang dihiasi dengan ratusan mata kail. Selain itu, cara ini dikatakan dapat menghasilkan kos effektif dan menangkap jumlah ikan yang banyak. Namun yang tidak disedari adalah ianya menyebabkan kemusnahan kepada spesies yang tidak diingini- hidupan laut yang turut ditangkap walaupun tidak disasarkan oleh industri perikanan ini juga dikenali sebagai tangkapan sampingan. Menurut World Wildlife Foundation, jumlah tangkapan sampingan selama ini adalah dianggarkan kira-kira 40 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan marin, dan dianggarkan bahawa seorang nelayan komersial akan menangkap kira-kira 20 kilogram tangkapan sampingan untuk setiap satu paun ikan sasarannya. Selanjutnya, dianggarkan bahawa kira-kira 8 hingga 25 peratus daripada hasil tangkapan ikan dunia dikembalikan ke dalam laut. Ini bermakna kira0kira 27 juta tan bukan sasaran (yang beratnya bersamaan dengn 600 kapal Tetanic) secara kasarnya dibuang setiap tahun. Kajian yang dijalankan pada tahun 2002 mengesahkan bahawa kira-kira 1000 ikan lumba-lumba ditangkap dan dibunuh oleh penangkap ikan tuna Eastern Tropical Pacific akibat daripada tangkapan sampingan tersebut. Setiap tahun, kira-kira 300 000 ikan paus, ikan lumba-lumba dan spesies ikan lumba-lumba lain terjerat dalam perlatan penangkapan ikan tersebut. Termasuklah anggaran sebanyak 250 000 penyu laut secara tidak sengaja ditangkap, cedera atau dibunuh oleh nelayan. Haiwan lain yang sering ditangkap sebagai hasil sampingan termasuklah ikan jerung (400 000 tangkapan setiap tahun), ikan pari dan anjing laut. Bukan itu sahaja, kaedah penangkapan ikan secara invasif ini menyebabkan kemusnahan terhadap keindahan persekitaran laut juga. Pukat tunda diseret di bahagian dasar laut, sememangnya direka untuk menangkap segala hidupan laut yang terdapat antara dasar laut dan permukaan air. Dalam eksperimen yang dijalankan dengan bertujuan untuk memahami kerosakan yang disebabkan oleh pukat tunda ini, mereka didapati bahawa selepas satu aktiviti pukat tunda dijalankan di perairan Alaska, 55 peratus daripada batu karang tidak dapat pulih daripada kerosakan dalam setahun berikutnya. Di kawasan-kawasan yang kerap dijalankan aktiviti penangkapan ikan di selatan Australia, 90 peratus daripada batu karang yang menarik dibiarkan musnah. Dalam satu laporan yang disediakan oleh Setiausaha Agung PBB pada tahun 2006, telah menyatakan bahawa ‘sebanyak 95 peratus daripada kerosakan ekosistem dasar laut di seluruh dunia adalah disebabkan oleh penggunaan kaedah penangkapan ikan pada dasar laut dalam.‘ Kerosakan yang dialami akibat daripada penggunaan pukat tunda pada dasar laut adalah begitu ketara sehinggakan ianya dapat dilihat dari angkasa lepas. Jadinya apa yang boleh saya lakukan untuk membantu planet ini? Walaupun kenikmatan rasa ikan yang kita makan sedikit sebanyak memberi impak kepada planet ini, di sini ada jalan penyelesaiannya- dengan cara memikirkan semula diet kita untuk mengurangkan pengambilan ikan. Menurut Counting Animals, seorang individu yang memilih untuk mengambil diet vegetarian (berasaskan sayur) mampu untuk menyelamatkan kira-kira 225 ekor ikan dan 151 kerang setiap tahun. Jika hanya separuh daripada penduduk Amerika (kira-kira 150 000 000 orang) berhenti mengambil makanan laut daripada diet mereka, ini bermakna sebanyak 33 750 000 000 ekor ikan akan tetap berada di dalam laut setiap tahun. Perbezaan ini dapat membantu untuk mengisi kembali stok ikan di laut dan membolehkan mereka untuk pulih, dalam kangka masa yang mencukupi. Di antara tahun 2000 dan 2014, 36 jenis populasi ikan dapat dibina semula hasil daripada penguasaan satu undang-undang pengurusakan perikanan yang bertujuan untuk melindungi habitat laut di mana ianya penting untuk pembiakan ikan dan perlindungan populasi ikan yang kecil. Pada kadar semasa, hanya satu peratus dianggarkan ikan yang mampu untuk pulih. Dengan mengeluarkan ikan dari diet anda (termasuk produk kesihatan), anda boleh meningkatkan populasi hidupan laut dan mengelakkan toksin yang boleh memudaratkan kesihatan. Ya.. Toksin. Satu kajian dijalankan pada tahun 2013 oleh Institut Penyelidikan Boidiversiti Maine mendapati bahawa dianggarkan sebanyak 84 peratus daripada kesemua jenis ikan mengandungi tahap merkuri yang membahayakan. Apabila anda mempertimbangkan manfaat kepada laut di dunia termasuklah kesihatan diri sendiri, keputusan untuk mengubah pengambilan ikan adalah merupakan keputusan yang hebat. Walaupun laut kita sentiasa di bawah ancaman daripada aktiviti tangan manusia, kita tidak seharusnya berputus asa untuk melindungi laut kita. Dengan hanya menukar diet anda, anda boleh dengan mudah memberi impak yang besar terhadap kesihatan diri anda dan memperbaiki ekosistem laut. Walaubagaimanapun anda tidak perlu untuk berhijrah menjadi vegan sepenuhnya (tidak mengambil sebarang produk berasaskan haiwan dan tenusu) ataupun vegetarian untuk menyelamatkan laut kita. Mungkin dengan cara tidak mengambil produk berasaskan ikan dalam masa satu atau dua minggu setiap bulan ianya akan memberi kesan yang hebat! Mulakan dengan makanan vegan yang lazat yang mungkin kelihatan dan mempunyai rasa yang serupa seperti ikan, anda tidak akan rasa bersalah selepas memakannya. Sebagai contoh, tempeh ‘ikan’, tempeh kek ‘ketam’ dan sushi vegan merupakan alternatif yang dapat membantu mengisi semula lautan kita dan juga memuaskan perut kita.
]]>Hak Asasi Haiwan: Perspektif Islam
Petikan ini diambil daripada laman ‘Moments of Perfect Clarity’ ditulis oleh Amber Khan. Diterjemahkan oleh Yana Rizal.
Aku pernah melihat lelabah besar dalam hidupku – banyak yang membuatkan aku lari menjerit dari bilik seperti budak kecil. Tetapi semahu aku melanyaknya dengan objek paling besar yang dapat kucari, aku teringat kisah sewaktu seekor labah-labah menyelamatkan Nabi (saw) yang kita sayangi daripada orang-orang yang cuba membunuhnya. Apabila Rasulullah (saw) dan Abu Bakar (ra) terperangkap di dalam gua sewaktu penghijrahan mereka dari Mekah ke Madinah, mereka duduk diam di dalam ruang yang gelap ini, menunggu musuh-musuh – yang, pada waktu itu, sedang menjejaki pergerakan mereka – untuk melepasi mereka. Abu Bakar (ra) sangat gembira untuk mengiringi Rasulullah dalam perjalanan yang bersejarah ini, dan beliau berbesar hati menjadi pengawal peribadi Rasulullah. Namun apabila mendengar jejak langkah musuh-musuh mereka, beliau begitu takut bahawa Rasulullah akan dicederakan. Tapi Rasulullah tidak khuatir. Malah, baginda sangat yakin, dan seolah menjawab kerisauan sahabatnya itu, Rasulullah berkata: “Janganlah berdukacita: sesungguhnya Allah bersama kita.” Allah menceritakan kisah ini dalam Surah At-Taubah, firmanNya:“Jika kamu tidak membantunya (Nabi Muhammad) – Allah telahpun membantunya apabila kaum kafir telah mengusirnya keluar (dari Mekah) sebagai salah seorang daripada dua, ketika mereka berada di dalam gua dan dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah berdukacita; sesungguhnya Allah bersama kita. ” Maka Allah menurunkan ketenanganNya kepadanya dan membantunya dengan malaikat-malaikat yang tidak kamu lihat dan menjadikan seruan orang-orang kafir terendah, manakala perkataan Allah itulah yang tertinggi. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (9:40)
Ianya seekor labah-labah, askar yang dipilih oleh Allah – dengan kehendakNya – untuk menyelamatkan mereka. Ia menjalin sesawang di mulut gua, mengelirukan musuh dan membuatkan mereka percaya bahawa tiada siapa di dalamnya – lagipun, sesawang labah-labah tersebut masih sempurna. Pastinya ia akan rosak jika sesiapa telah menembusinya? Setiap kali aku melihat lelabah, aku teringatkan kisah ini dan merasa tanggungjawab untuk melindungi mereka – seperti aku terhutang budi kepada mereka. Dan ini sesuatu yang positif, kerana Islam adalah agama yang mengharuskan penganutnya menyantuni haiwan dengan belas kasihan dan kebaikan. Malah, status tinggi haiwan dalam Islam nyata dengan fakta bahawa begitu banyak surah di dalam al-Quran yang dinamakan sempena haiwan: Al-Baqarah (Lembu); An-Nahl (Lebah); Al-Fil (Gajah); Al-An’am (Ternakan); Al-Ankabut (Lelabah); dan An-Namal (Semut). Dalam Islam, manusia mempunyai tanggungjawab moral untuk berlaku adil terhadap haiwan. Nabi memerintahkan layanan yang baik, dan banyak riwayat hadis yang menyokong ini:“Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kebaikan kepada semua; jadi apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan cara yang baik dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik. Oleh itu, setiap kamu hendaklah menajamkan pisaunya dan biarlah haiwan yang disembelih itu mati dalam keadaan senang.”(Muslim)
“Jangan jadikan apa-apa yang hidup sebagai sasaran.” (Muslim)
Said b. Jubair meriwayatkan bahawa Ibnu Umar kebetulan melalui sekumpulan lelaki yang telah mengikat seekor ayam dan membusuri anak panah kearahnya. Sebaik sahaja mereka melihat Ibnu Umar, mereka lari bertempiaran daripadanya. Maka Ibnu Umar berkata: “Siapakah yang telah melakukan ini? Sesungguhnya Rasulullah telah menyumpah sesiapa yang berbuat demikian.” (Muslim)
Al-Quran mengibaratkan manusia seperti haiwan, menerangkan bahawa mereka juga mempunyai komuniti sendiri, seperti kita:“Dan tiada makhluk di bumi mahupun burung yang terbang dengan sayapnya kecuali [mereka] bermasyarakat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab ini. Kemudian kepada Tuhan mereka, mereka akan dihimpunkan.” (6:38)
Allah memberitahu kita bahawa binatang yang berkeliaran di bumi juga memuji Allah walaupun pujian ini bukanlah dalam bentuk yang difahami manusia, menunjukkan bahawa persamaan di antara kita ialah tujuan penciptaan kita, iaitu menyembah Allah.“Langit yang tujuh serta bumi dan segala isi kandungannya memuji Allah. Dan tiada suatupun kecuali ia menyanjung dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham pujiannya.” (17:44)
Walaupun hadith memberitahu kita bahawa haiwan akan akhirnya bertukar menjadi debu pada hari kiamat, sebelum itu mereka akan menyelesaikan perhitungan sesama mereka. Hakikatnya, tiada ketidakadilan yang tidak akan terbalas di akhirat:“Allah akan mengadili antara ciptaanNya, jin, manusia dan haiwan. Pada hari itu, Allah akan membenarkan haiwan yang tidak bertanduk menyelesaikan perhitungannya dengan yang bertanduk sehinggalah, apabila tiada lagi yang perlu diselesaikan, Allah akan berfirman kepada mereka, “Jadilah debu.” Pada ketika itu yang kafir akan berkata, “Kalaulah aku menjadi debu [dan bukan kafir pada hari ini]. ‘” (Disahihkan oleh al-Albaani dalam al-Silsilat al-Saheehah, no. 1966)
Oleh itu maknanya kepada kita, sebagai manusia, adalah kita mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil terhadap semua ciptaan Allah. Kita diberitahu bahawa kita akan dipertanggungjawabkan untuk tindakan kita pada hari kiamat. Nabi (saw) memberitahu kita berulang-kali bahawa orang yang melayani haiwan dengan hormat dan kebaikan akan diberi ganjaran, manakala orang yang melayani haiwan dengan kejam akan dihukum.“Seorang wanita dihukum kerana menyimpan seekor kucing yang terikat sehingga ianya mati, dan (sebagai hukuman untuk kesalahan ini) dia dicampak ke neraka. Dia tidak memberinya makanan, atau minuman, dan tidak membebaskannya supaya dia boleh memakan serangga di bumi.” (Muslim)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah (saw) bersabda: “Ada seorang yang terseksa kehausan ketika perjalanannya, apabila dia terjumpa sebuah telaga. Dia turun ke dalamnya dan meminum [air] dan kemudiannya keluar, melihat seekor anjing yang mejelirkan lidahnya kerana dahaga dan memamah tanah yang lembap. Orang itu berkata: ‘Anjing ini telah menderita kehausan sama seperti aku.’ Dia turun semula ke dalam telaga, memenuhi kasutnya dengan air, mencangkamnya dalam mulut dan memanjat naik dan memberikan anjing itu minum. Maka Allah meghargai perbuatannya ini dan memaafkannya …” (Bukhari)
Dengan kehendakNya, dosa-dosa besar juga boleh dimaafkan apabila seseorang melayani ciptaan Tuhan dengan belas kasihan:“Seorang pelacur melihat anjing yang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang terik sambil menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Dia menimba air untuknya dengan menggunakan kasutnya dan dia diampunkan (kerana perbuatan ini).” (Bukahri)
Oleh itu, kepentingan dan penekanan dalam melayani haiwan dengan empati dan kebaikan adalah terbukti. Sebagai perbandingan, zaman pra-Islam menyaksikan amalan khurafat jahiliah dan musyrikin yang melibatkan penyeksaan dan kekejaman. Rasulullah adalah perintis dari segi hak asasi haiwan semasa hayatnya, dan beberapa hadith baginda menunjukkan bagaimana kita patut melayani haiwan dalam konteks yang berbeza. Haiwan yang berkhidmat kepada manusia seharusnya diperlakukan dengan adil sebagai contoh; mereka tidak sepatutnya dalam keadaan apa sekalipun diabaikan. Semasa perjalanan dengan haiwan, Nabi Muhammad selalu menasihati yang berikut:“Apabila kamu melalui tanah yang subur, kamu patut [berjalan dengan perlahan dan] memberi unta peluang untuk meragut rumput di kawasan tersebut. Apabila kamu melalui [tanah] gersang yang kekurangan tumbuhan, percepatkanlah langkah mereka [bagi mengelakkan unta kamu daripada lemah dan kurus kering kerana kekurangan makanan].” (Muslim)
Haiwan juga memainkan peranan penting dalam sejarah Islam, dan terdapat pelbagai kisah yang disebutkan di dalam al-Quran mengenainya, kisah Nabi Salih (as) salah satunya. Kaum Thamud – umat (bangsa) Nabi Saleh (as) – begitu angkuh dan enggan menerima bahawa Nabi mereka adalah utusan Allah.“Mereka berkata, ‘Wahai Salih, kau di antara kami adalah seorang yang diharapkan sebelum ini. Adakah kau melarang kami menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami? Dan sesungguhnya kami, mengenai apa yang engkau serukan, berada dalam ragu-ragu yang meresahkan. ‘”(11:62)
Selari dengan keangkuhan mereka, mereka menuntut Salih (as) memberi petanda untuk membuktikan darjatnya. Malah, mereka bukan sahaja meminta sebarang petanda, tetapi sesuatu yang lebih khusus. Mereka menunjuk kepada sebuah batu besar yang berdiri dengan sendirinya, dan mencadangkan supaya beliau memohon kepada Allah untuk mencipta seekor unta betina daripadanya. Meskipun kedegilan mereka, Salih melakukannya dengan syarat bahawa mereka akan beriman kepada Allah jika Dia menjadikan unta betina daripada batu itu. Mereka bersetuju. Salih (as) kemudiannya bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah supaya menjawab permintaan mereka itu. Benarlah, batu besar tersebut bergerak dan kemudiannya pecah, dan daripadanya jelmalah seekor unta betina yang menakjubkan, yang sedang bunting dan hampir bersalin. Allah memberikan Thamud keajaiban ini untuk menguji mereka, untuk melihat samaada mereka akan taat kepada perintahNya. Salih (as) mengatakan kepada mereka:“Dan wahai kaumku, inilah unta betina dari Allah – [dia] kepadamu satu petanda. Maka biarkanlah ia mencari makanan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan bahaya, atau kamu akan ditimpa azab kelak.” (11:64)
Unta tersebut hidup di kalangan kaum Thamud, dan tidak lama kemudian melahirkan anak. Demikiannya, beberapa di antara mereka benar-benar beriman kepada Allah kerana apa yang mereka telah saksikan, dan apa yang mereka janjikan. Namun kebanyakannya tidak, dan mereka berpakat untuk membunuh kedua-dua unta dan anaknya itu, yang menyebabkan mereka diazab hebat. Di zaman Nabi Sulaiman (as), beliau berarak dengan tenteranya apabila beliau terserempak dengan beberapa semut:“Sehingga apabila mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu supaya kamu tidak dihancurkan Sulaiman dan tenteranya sedang mereka tidak menyedarinya. “(27:18)
Sulaiman (as) terdengar kata-kata semut itu. Allah menceritakan di dalam al-Quran:“Maka [Sulaiman] tersenyum mendengar ucapannya, dan berkata, ‘Wahai Tuhanku, benarkan aku mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan ke atas ibu bapaku, dan untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam [darjat] hamba-hambaMu yang soleh.'” (27:19)
Mengagumkan bahawa ucapan seekor semut kecil juga mampu membuat Nabi Sulaiman (as) tersenyum dan merenungkan makna kehidupannya. Hari ini, satu topik kontroversi di dalam media ialah kaedah membunuh haiwan sepertimana yang disarankan Shariah (undang-undang Islam). Penyembelihan Islam telah diserang dan dikecam oleh aktivis hak asasi haiwan, kerajaan, dan orang awam sebagai kejam – tetapi setelah segala bukti-bukti yang diberikan di dalam artikel ini, ia sepatutnya jelas bahawa Islam hanya menggalakkan layanan baik terhadap haiwan. Agama ini ialah sesuatu yang telah diutuskan oleh Allah dan maka itu, ianya sempurna. Apabila difahami dengan sebenar, ianya mudah untuk melihat bahawa penyembelihan halal sebenarnya lebih berperikemanusiaan daripada kaedah yang digunakan di Barat! Rumah penyembelihan moden menggunakan pelbagai kaedah untuk memegunkan ternakan, termasuk pengejutan elektrik, pemegunan gas dan pemegunan hentakan. Kaedah ini jarang berkesan dengan serta-merta dan malangnya, haiwan tersebut hampir sentiasa menderita sebelum mati. Umat Islam tidak seharusnya, dan kebanyakannya tidak, mengambil subjek ini secara keterlaluan, dengan mencadangkan bahawa haiwan tidak sepatutnya dimakan – seperti yang dipegang oleh vegetarianisme dan veganisme. Sebaliknya, Islam mengiktiraf bahawa Allah telah memberikan manusia bumi, dan segala yang mendiaminya, supaya sumber-sumber ini dapat dinikmati sebagaimana yang dikehendaki dan diperlukan. Meskipun itu, ia tidak bermaksud bahawa kita harus menyalahgunakan planet ini, alam sekitar, atau binatang; sebaliknya ia meningkatkan tanggungjawab kita untukmenjaga apa yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Ya, kita memakan daging, namun kita melakukannya dengan cara supaya haiwan tersebut mengalami kesakitan dan trauma yang paling sedikit dalam proses ini. Kami mematuhi garis panduan ketat yang diturunkan melalui Al-Quran, dan Sunnah (cara dan kehidupan) Nabi Muhammad. Dalam kehidupan seharian, bagaimanapun, kita sebagai umat Islam perlu bertanya kepada diri sendiri samaada kita benar-benar mengikuti contoh Nabi yang dicintai. Adakah kita benar-benar mengikuti panduan yang telah digariskan di dalam al-Quran? Adakah kita memainkan peranan aktif dalam memastikan bahawa haiwan, yang mana kita telah dikurniakan kelebihan ke atasnya oleh Allah, telah diperlakukan dengan cara yang Islami? Dalam era di mana ladang penganiyaan adalah norma, sedihnya, haiwan sering tertakluk kepada persekitaran yang kejam, termasuklah dikurung, kebuluran, pengabaian dan kematian. Islam, dan warisan Nabi sepatutnya terkehadapan dalam kempen untuk layanan baik dan adil terhadap haiwan. Mencontohi Nabi kita yang tersayang, kita sepatutnya menjadikan layanan terhadap ciptaan Allah satu keutamaan dalam hidup, bukannya detik pemikiran retrospektif sepintas membeli ayam hasil ladang penganiayaan dengan harga semurah mungkin. Dengan kehendak Allah, menjadikan diri kita walaupun hanya lebih sedikit prihatin terhadap hak asasi haiwan akan meraih ganjaran hebat kepada kita pada Hari yang terpenting.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa umat bertanya kepada Nabi Muhammad (saw): “Wahai Rasulullah! Adakah ganjaran buat kami yang berbakti kepada binatang?” Baginda berkata, “(Ya) Terdapat ganjaran dalam berbakti kepada apa-apa kehidupan (yang bernyawa).” (Bukhari)
]]>Industri sawit: Pemusnah alam dan pencabul hak asasi
Penebangan hutan, pencabulan Hak Asasi Manusia, kepupusan haiwan dan satu industri yang menggabungkan kesemuanya Penterjemahan ke BM makalah Deforestation, Human Rights Abuse, Animal Extinction and the One Industry That Unites Them All oleh Hamizah Hanan. Minyak kelapa sawit adalah minyak sayuran yang diambil hasil daripada pemprosessan buah sawit yang tumbuh daripada pokok kelapa sawit tersebut. Tumbuhan ini asalnya dari Afrika Barat. Oleh kerana permintaan minyak kelapa sawit yang meninggi, digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan. Tanamannya kini berkembang ke seluruh Afrika termasuklah Asia, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Walaubagaimanapun, kosnya merangkumi kemusnahan alam perlu dibayar untuk memenuhi permintaan minyak kelapa sawit. ianya datang dalam bentuk perubahan iklim, kekejaman terhadap haiwan, penebangan hutan, dan pencabulan hak asasi manusia. Menurut laporan WWF (World Wildlife Fund), ”hutan seluas 300 ukuran padang bola sepak ditebang setiap jam untuk memberi laluan untuk pengeluaran minyak kelapa sawit.” Pemusnahan habitat secara skala besar seperti ini tidak berlaku secara percuma. Banyak mangsa yang menderita di tangan pengeluar minyak kelapa sawit. Untuk mendapatkan gambaran bagaimana kesan pengeluaran kelapa sawit kepada ekosistem secara keseluruhannya, mari kita perhatikan keseluruh alam sekitar, haiwan dan kesan kepada manusia atas pengeluaran minyak sawit ini. Penebangan hutan dan perubahan iklim Indonesia, di mana kelapa sawit majoritinya ditanam dan pada ketika ini, Indonesia mempunyai kadar penebangan hutan tertinggi di dunia. Ini adalah disebabkan semakin banyak hutan-hutan simpan dibersihkan bagi tujuan penanaman ladang kelapa sawit dan akhirnya telah menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau meningkat. Hampir 85 peratus daripada pelepasan gas rumaj hijau di Indonesia adalah berasal daripada kegiatan yang menggunakan tanah termasuklah pengondolan hutan dan pembakaran tanah gambut (amalan lain yang berkaitan dengan pengeluaran kelapa sawit). Hutan hujan tropika adalah ibarat paru-paru bagi planet kita. Ianya sangatlah penting dan apabila ianya dimusnahkan , kita semua menderita. Penebangan hutan bukan sahaja membawa kepada pembebasan berjuta-juta karbon dioksida ke atmosfera, malah ia juga menjejaskan keupayaan bumi untuk mengurangkan gas memerangkap haba. Walaupun ia mungkin kelihatan bahawa penebangan hutan di Indonesia jauh dari rumah anda sendiri, namun semakin banyak haba yang terperangkap do dalam atmosfera semakin cepat perubahan iklim akan berlaku. Buruh kanak-kanak dan kemiskinan Tanaman kelapa sawit memberi kesan yang negatif kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar Bandar di Borneo dan Sumatera. Orang-orang tempatan bergantung kepada hutan hujan tropka yang sedang dimusnahkan. Satu-satunya sebab mengapa mereka menjadi pekerja ladang adalah kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Apabila syarikat-syarikat pertanian besar mula memasuki kawasan luar Bandar untuk tujuan memulakan pengusahaan ladang kelapa sawit, mereka dapat menguasai tanah tempatan kerana orang tempatan tidak mempunyai ‘hak undang-undang’ ke atasnya. Sebelum mulanya pertanian ladang kepala sawit, kebanyak masyarakat luar Bandar bergantung kepada penanaman padi atau getah, tetapi apabila mereka didesak oleh pengusaha sawit, satu-satunya pilihan adalah bertukar kepada peladangan kelapa sawit. Ia menelan masa sehingga tiga atau empat tahun untuk tanaman kelapa sawit berbuah, bermakna tiada sumber pendapatan dalam jangka masa itu dan pekerja dibayar dengan bayaran yang tidak seberapa $2.50 setiap hari sehingga ladang mula mengeluarkan hasil. Industri ini juga dikaitkan dengan buruh kanak-kanak. Di Indonesia dan Malaysia, kanak-kanak terpaksa mengangkut bebanan buah yang berat dan menghabiskan masa berjam-jam membungkuk untuk mengumpulkan bijian yang tertinggal. Untuk pekerjaan ini, kanak-kanak sama ada dibayar dengan bayaran yang sangat rendah ataupun lebih malang lagi tidak dibayar langsung. Kira-kira 2.5 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di Borneo semenjak 1970 disebabkan oleh pengembangan ladang kelapa sawit. Kepupusan haiwan Penebangan hutan adalah salah satu ancaman utama kepada sepsis yang menjadikan hutan di Borneo dan Sumatera sebagai habitat mereka. Tetapi ia bukanlahsatu-satunya ancaman. Pemburu haram dan penyeludupan hidupan liar, melalui kerja-kerja peladangan kelapa sawit, menjadikan mereka mudah untuk mendapatkan haiwan di sini. Orang utan menjadi mangsa utama di sini. Mereka telah dijumpai samaada ditanam hidup-hidup atau diserang dengan parang. Dalam dua puluh tahun kebelakangan ini, leboh 50 000 orang utan telah mati akibat pengondolan hutan. 90 peratus daripada habitat mereka telah dihancurkan. Begitu banyak nyawa yang tidak berdosa yang telah terkorban. Apabila bahagian hutan ditebang, orang utan ditinggalkan tanpa makanan. Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan lain melainkan masuk ke kampung-kampung berdekatan untuk mencari makanan. Yang kurang bernasib baik, sang ibu dibunuh oleh pemburu haram dan si anak akan diculik daripada keluarganya lalu dijual kepada taman hidupan liar atau dibela sebagai haiwan peliharaan. Hakikatnya orang utan yang dibunuh beramai-ramai merupakan satu lagi penyumbang kepada kemerosotan alam sekitar. Setiap tahun, hampir 5000 orang mati akibat penggondolan hutan. Orang utan mengekalkan keseimbangan ekosistem kita dengan menyebarkan benih-benih pokok di hutan termasuklah di Indonesia. Kita bergantung kepada mereka untuk mengekalkan kewujudan hutan. Kos kepupusan orang utan ini adalah lebih besar daripda kos keperluan minyak kelapa sawit. Beberapa spesies lain turut menderita akibat kerja-kerja peladangan kelapa sawit ini. Harimau Sumatera, beruang, gajah dan monyet semuanya berhadapan dengan masalah kepupusan di sebabkan oleh penebangan hutan dan pemburuan haram. Apa yang anda boleh lakukan? Kita tidak boleh mengabaikan hakikat dimana perladangan kelapa sawit telah menggangu keseimbangan ekosistem, kepupusan haiwan dan masalah orang-orang miskin terutamanya di Borneo dan Sumatera. Perladangan kelapa sawit telah melanggar undang-undang hak asasi manusia. Hakikatnya perkara ini menyebabkan kita kehilangan yang besar hanya untuk meningkatkan pengeluaran minyak kelapa sawit. Adakah ianya berbaloi apabila pada masa yang sama telah mengakibatkan kesan yang dasyat kepada manusia, haiwan dan alam sekitar? Jika anda menentang buruh kanak-kanak, kepupusan haiwan dan perubahan iklim, jadilah penguna yang peka. Mengurangkan penggunaan minyak kelapa sawit dapat membantu mengurangkan permintaan global terhadapnya. Usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang kerosakan yang perlu ditanggung untuk barangan pengguna adalah merupakan langkah pertama untuk membuat perubahan.
]]>Isu transgender: Ringkasan Keputusan Kehakiman Mahkamah Rayuan / Keperlembagaan Seksyen 66
Seperti yang kita ketahui, Mahkamah Rayuan minggu lepas telah memutuskan bahawa pengharaman “cross dressing” (lelaki berpakaian seperti wanita) adalah bercanggah dengan prinsip keadilan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Layarilah link dibawah untuk membaca keputusan ini dengan lebih lanjut!Ringkasan Keputusan Kehakiman Mahkamah Rayuan – Keperlembagaan Seksyen 66 dipetik dari laman Scribd justice for sisters
]]>15 Muslimah penting dalam sejarah
Petikan ini diambil daripada laman ‘Ballandalus’ (http://ballandalus.wordpress.com/2014/03/08/15-important-muslim-women-in-history/) bertarikh 8 Mac 2014. Diterjemahkan oleh Yana Rizal. Sempena Hari Wanita Antarabangsa, ianya menarik untuk kita perkenalkan beberapa wanita penting dalam sejarah Islam yang mungkin tidak diketahui sebelum ini. Walaupun nama-nama tokoh seperti Empress Theodora, Eleanor of Aquitaine, Joan of Arc, Anne Boleyn, Caterina Sforza dan Elizabeth I sudahpun dikenali, tetapi wanita-wanita dunia Islam dari zaman pertengahan dan awal zaman pemodenan kurang diketahui. Wanita memainkan peranan penting dalam dunia pra-moden Islam sebagai sarjana, penyair, sufi, pemerintah, dan srikandi. Ini senarai ringkas beberapa tokoh wanita tersebut: 1. Khadijah b. Khuwaylid (m. 620) Malah sebelum pernikahannya kepada Nabi Muhammad, beliau sudahpun menjadi tokoh penting dengan sendirinya, sebagai pedagang yang berjaya dan bangsawan di Mekah. Beliau memainkan peranan penting dalam menyokong dan menyebarkan agama Islam yang baru ketika itu dan diiktiraf sebagai Muslim pertama. Dipercayai bahawa Nabi Muhammad sendiri bersabda, menurut hadith Sahih Muslim: “Tuhan Yang Maha Esa tidak pernah mengurniakanku seorang yang lebih baik dalam hidup ini daripada dia.Dia menerimaku apabila orang menolak aku; dia mempercayaiku ketika orang meragui aku; dia berkongsi harta denganku apabila orang mengurangiku; dan Tuhan mengurniakan zuriatku hanya dengan dia.” Malah, seorang lagi wanita terpenting di waktu awal Islam, Fatima al-Zahra, merupakan anak perempuan Nabi bersama Khadijah dan ianya hanya melalui Fatima (dan terutamanya dari kedua anak lelaki beliau, al-Hasan dan al-Husain) keturunan Nabi Muhammad dipelihara. Hakikat ini menjadikan Fatima dan ibundanya Khadijah antara tokoh wanita yang paling dihormati dalam sejarah Islam. 2. Nusayba b. Ka’b al-Anṣārīyya (m. 634) Juga dikenali sebagai Ummu ‘Ammara, beliau dari suku Bani Najjar dan merupakan antara penganut Islam terawal di Madinah. Sebagai sahabat Nabi Muhammad, terdapat banyak nilai-nilai murni yang dimiliki beliau. Namun, beliau paling diingati kerana perjuangannya di Perang Uhud (625), di mana beliau bersenjatakan pedang dan perisai berlawan menentang tentera Mekah. Beliau melindungi Nabi Muhammad dari serangan musuh semasa pertempuran, bahkan menanggung beberapa kecederaan tombak dan panah apabila beliau menggunakan tubuhnya sebagai penghadang kepada Rasulullah. Diriwayatkan bahawa beliau rebah pengsan setelah mengalami kecederaan yang kedua belas, dan apabila sedar (keesokan harinya di Madinah) persoalan pertama yang terpacul dari mulutnya ialah “adakah Nabi masih hidup?” 3. Khawla b. al-Azwar (m. 639) Seorang lagi sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau terkenal kerana perjuangannya dalam Peperangan Yarmuk (636) menentang Byzantine. Menurut riwayat penaklukan Islam yang terkemudian, beliau memiliki tahap kemahiran dan kepahlawanan yang setaraf dengan panglima Islam termasyhur, Khalid bin al-Walid. Namun, terdapat banyak tokok-tambah dan butiran kurang jelas dari sumber tersebut, yang menimbulkan keraguan di kalangan sarjana sama ada beliau sebenarnya pernah wujud ataupun tidak! Walau bagaimanapun, perlu diiktiraf bahawa kepahlawanan wanita diberi penekanan oleh sarjana seperti al-Waqidi dan al-Azdi, yang menulis pada abad kelapan dan kesembilan. Malah, walaupun sekiranya beliau tidak pernah wujud, ia hanya membuatkan legenda beliau bertambah menarik. 4. Aisyah b. Abu Bakr (m. 678) Seorang yang hampir tidak perlu diperkenalkan lagi, Aisyah merupakan isteri Nabi Muhammad yang barangkali mempunyai pengaruh terbesar ke atas umat Islam selepas kewafatan baginda. Beliau memainkan peranan penting dalam penentangan politik terhadap khalifah ketiga dan keempat, iaitu Uthman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Talib, bahkan memimpin tentera menentang ‘Ali di Basra pada tahun 656. Walaupun beliau menarik diri dari politik setelah kekalahannya, beliau terus memainkan peranan penting sebagai penyampai ajaran Islam. Beliau merupakan salah seorang perawi utama hadith dalam tradisi Ahl Sunnah wal Jamaah. Dari pelbagai segi, beliau merupakan antara tokoh yang paling kontroversi di zaman permulaan Islam, lebih lagi kerana implikasi kehidupan beliau kepada penyertaan wanita dalam kesarjanaan, politik, dan ruang masyarakat bertentangan dengan pemahaman konservatif tentang peranan wanita yang muncul kemudiannya. Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang Aisyah dan kehidupannya, rujuklah buku Denise Spellberg yang bertajuk “Politics, Gender and the Islamic Past: The Legacy of ‘Ā’isha bint Abī Bakr” (1996). 5. Zainab b. ‘Alī (m. 681) Beliau adalah cucu perempuan Nabi Muhammad melalui anak perempuannya Fatimah (m. 633) dan suaminya ‘Ali bin Abi Talib (m. 661). Beliau antara tokoh yang paling terkenal dan disanjungi dari Ahl al-Bayt (Keluarga Nabi) dan memainkan peranan penting semasa dan selepas Pertempuran Karbala (680), di mana abangnya al-Husain bin Ali, dan 72 anak saudara serta adik-beradiknya dibunuh oleh Bani Umayyah. Pada waktu itu, beliau menjadi pemimpin Ahl al-Bayt dan pembela utama perjuangan abangnya, al-Husain. Di Kufa, beliau mempertahankan anak saudaranya – ‘Alī bin al-Husain – daripada dibunuh oleh penguasa kota tersebut, dan apabila berhadapan dengan Yazid bin Muawiyah di Damsyik, beliau memberikan ucapan yang begitu hebat di mahkamah kerajaan yang memaksa khalifah tersebut untuk membebaskan beliau dan banduan yang diambil di Karbala. Kekuatan, kesabaran, dan kebijaksanaan beliau membuatkannya salah seorang wanita yang paling penting di zaman permulaan Islam. Makam beliau di Damsyik masih merupakan kawasan lawatan utama oleh kedua-dua pengikut Sunni dan Syiah, yang membuktikan kepentingan legasi beliau di kalangan umat Islam. 6. Rabi’ah al-‘Adawīyya (m. 801) Salah seorang mistik (atau Sufi) terpenting dalam tradisi Islam, Rabi’ah al-‘Adawīyya menghabiskan zaman mudanya sebagai seorang hamba di selatan Iraq sebelum mencapai kemerdekaannya. Beliau dianggap sebagai salah seorang pengasas kumpulan Sufi “Cinta Ilahi,” yang menekankan kasih kepada Tuhan demi kasih itu sendiri, dan bukan kerana takutkan hukuman atau inginkan balasan. Beliau menzahirkannya dalam sebuah puisi: “Ya Tuhan! Jika aku menyembahMu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalamnya, dan jika aku menyembahMu dengan harapan syurga, halangi aku daripadanya. Tetapi jika aku menyembahMu kerana Kamu, relakan kepadaku Keindahan AbadiMu. ” Apabila ditanyakan mengapa kisah Rabi’ah diterangkan secara panjang lebar dalam kamus biografi mistik (iaitu Tadhkirat al-Awliya’) beliau, Fariduddin Attar (m. 1220), seorang sarjana abad ke-13 menjelaskan: “Nabi (saw) sendiri bersabda, “Allah tidak memandang luaran kamu. Tunjang sebuah perkara itu bukanlah bentuknya, tetapi niatnya. Manusia akan dibangkitkan mengikut niat mereka.” Tambahan lagi jika ianya wajar untuk kita mempelajari dua pertiga agama kita dari seorang wanita, iaitu ‘Aisyah binti Abu Bakar (ra) yang mulia dan diberkati, maka tentunya ia dibenarkan untuk kita mengambil pengajaran agama daripada seorang [yang statusnya boleh diibaratkan sebagai] dayang kepada ‘Aisyah (ra). ” 7. Lubna dari Cordoba (m. 984) Asalnya seorang hamba dari Sepanyol, Lubna akhirnya menjadi seorang tokoh istana terpenting pada zaman Umayyah di Cordoba. Beliau ialah setiausaha istana kepada khalifah ‘Abd al-Rahman III (m. 961) dan anaknya al-Hakam b. ‘Abd al-Rahman (m. 976). Beliau juga seorang ahli matematik yang mahir dan pengerusi perpustakaan diraja, yang mengandungi lebih daripada 500,000 buku. Menurut sarjana Andalusia tersohor, Ibnu Bashkuwāl: “Beliau cemerlang dalam penulisan, tatabahasa, dan puisi. Pengetahuannya tentang matematik juga amat luas dan beliau mahir dalam ilmu-ilmu lain. Tiada yang lebih mulia di istana Umayyah tersebut daripada dia.” [Ibnu Bashkuwal, Kitab al-Silla (Kaherah, 2008), Jil. 2: 324]. 8. Al-Malika al-Hurra Arwa al-Sulayhi (m. 1138) Nama penuhnya Arwa b. Ahmad b. Muhammad al-Sulayḥī. Dari 1067-1138, beliau memerintah sebagai ratu Yaman dengan sendirinya. Beliau seorang Syi’ah Ismailiyah dan mahir dalam pelbagai ilmu agama, Al-Quran, hadith, dan juga puisi dan sejarah. Sejarawan menggambarkan beliau sebagai yang sangat bijaksana. Hakikat bahawa beliau memerintah kerana kelayakannya sendiri sebagai ratu disokong dengan fakta bahawa nama beliau disebut sejurus selepas nama khalifah di zaman Fatimi, iaitu al-Mustansir-billah dalam khutbah Jumaat. Arwa diberi kehormatan tertinggi dalam hierarki keagamaan Fatimi Yaman (iaitu gelaran hujja) oleh Khalifah al-Mustansir. Beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah Islam yang dianugerahkan pangkat dan mempunyai kuasa yang sebegitu dalam hierarki agama. Ianya di zaman pemerintahan beliau juga pendakwah Isma’ili diutuskan ke India barat, di mana pusat utama Ismailiyah ditubuhkan di Gujerat (yang masih merupakan pusat kepercayaan Ismailiyah Bohra). Beliau memainkan peranan penting dalam perpecahan Fatimi pada tahun 1094, apabila beliau menyokong al-Musta’li (dan kemudiannya al-Tayyib), dan kekuatan pengaruh beliau terbukti apabila kawasan-kawasan di bawah pemerintahan beliau – iaitu Yaman dan beberapa daerah di India – turut mengikuti beliau dalam hal ini. Yaman menjadi kubu kekuatan gerakan Ismailiyah Tayyibī. Pemerintahan beliau dicirikan dengan pelbagai projek pembangunan dan kemajuan infrastruktur Yaman, dan juga peningkatan integrasi Yaman dengan seluruh dunia Islam. Beliau barangkali merupakan contoh terunggul seorang ratu yang berdikari dalam sejarah Islam. 9. Fatima b. Abi al-Qasim ‘Abd al-Rahman b. Muhammad b. Ghalib al-Ansari al-Sharrāṭ (m. 1216) Beliau salah seorang wanita yang paling terpelajar di al-Andalus sekitar akhir abad ke12 – awal abad ke13. Kegiatannya dengan karya-karya teori perundangan dan juga mistik menunjukkan bahawa beliau fasih dengan pelbagai ilmu Islam. Beliau ialah ibu kepada profesor terkemuka Abu al-Qasim b. al-Ṭaylasān. Menurut sarjana Andalusia Abu Ja’far al-Gharnāṭī (m. 1309): “Beliau menghafal begitu banyak buku di bawah bimbingan bapanya, termasuklah Tanbih tulisan al-Makki, al-Syihab dari al-Qudā’ī, Mukhtasar dari Ibnu ‘Ubayd al-Ṭulayṭalī, ketiga-tiganya yang dihafal ayat demi ayat. Beliau juga menhafaz Al-Qur’an di bawah bimbingan Abu ‘Abd Allah al-Madwarī, penzahid hebat yang dianggap dari kalangan Abdal [iaitu pangkat penting dalam ilmu tasawuf]. Bersama ayahnya, beliau juga mempelajari Sahih Muslim, Sira [Rasulullah] yang ditulis Ibnu Hisham, Al-Kamil karya al-Mubarrad, Nawādir karya al-Baghdadi, dan karya-karya lain. “[Abu Ja’far Ahmad b. Ibrahim al-Gharnāṭī, Kitab Silla al-Silla (Beirut, 2008), hal. 460] 10. Razia Sultan (m. 1240) Beliau merupakan pemerintah Kesultanan Delhi di antara 1236-1240. Ayahandanya, Shams al-Din Iltutmish ( 1210-1236) telah menetapkan Razia sebagai waris sebelum kematiannya, menjadikan beliau pemerintah rasmi kesultanan tersebut. Beliau merupakan seorang pemimpin yang cukup berkesan dan penaung utama pembelajaran, mendirikan sekolah-sekolah dan perpustakaan di seluruh India utara. Dalam semua perihal, beliau bertindak sebagai sultan, memimpin tentera, menduduki takhta bahkan mengenakan pakaian diraja yang sama seperti ayahnya; walaupun dimurkai ramai, beliau juga berkeras untuk tampil di khalayak ramai tanpa hijab. Pada tahun 1240, beliau digulingkan dan dibunuh dalam pemberontakan oleh kerabat diraja, yang – di antara lainnya – sangat menentang kepimpinan seorang wanita. Terlalu banyak yang perlu diceritakan mengenai hidup beliau melebihi apa yang mampu digambarkan di sini, tetapi jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, disarankan supaya anda membaca “Razia: Queen of India” (1966) tulisan Rafiq Zakaria. 11. Shajar al-Durr (m. 1257) Beliau janda kepada Sultan al-Salih Ayyub di zaman Ayyubi (1240-1249) dan memainkan peranan penting dalam politik Mesir selepas kemangkatan suaminya. Beliau berkemungkinan besar berasal dari Turki, memulakan hidupnya sebagai seorang hamba di istana Ayyubi tersebut. Menjelang 1250, beliau telah menjadi pemerintah (atau Sultanah) Mesir; pemerintahannya umum dianggap menandakan permulaan kesultanan Mamluk di Mesir. Beliau memainkan peranan penting dalam persiapan mempertahankan Mesir utara dalam Perang Salib Ketujuh, mengalahkan tentera salibi (walaupun beliau sendiri tiada di medan peperangan) dalam Pertempuran Fariskur (1250) dan mengambil Raja Louis IX dari Perancis sebagai tawanan. Beliaulah ketua negara dan nama beliau disebutkan dalam khutbah dan syiling ditatahkan dengan nama beliau dengan gelaran “Malikat al-Muslimin” (Ratu Muslimin). Walau bagaimanapun, ianya sukar bagi orang ramai untuk menerima pemerintahan seorang wanita dan pada bulan Ogos 1250, akibat pelbagai tekanan, beliau berkahwin dengan panglima besar ‘Izz al-Din Aybak, yang menjadi sultan pertama kerajaan Mamluk. Walaupun begitu, Shajar al-Durr tetap mengekalkan kuasa beliau, bahkan memastikan bahawa dokumen-dokumen negara dimaterikan dengan kedua-dua nama pemerintah tersebut, dan bukan hanya pada nama Aybak. Walau bagaimanapun, pada tahun 1257 beliau memutuskan untuk menghapuskan suaminya (di atas sebab-sebab politik selain mendapati suaminya terlibat dalam hubungan sulit dengan wanita lain atau ingin berkahwin lagi [sumber tidak begitu jelas mengenai hal ini]) dan membunuhnya ketika mandi. Apabila diketahui, beliau diusir dan dibunuh dengan kejam, menamatkan pemerintahan beliau dengan tragis. 12. Zainab b. Ahmad (m. 1339) Beliau antara sarjana Islam yang terkemuka di abad ke14. Zainab mengikuti mazhab Hanbali dan menetap di Damsyik. Beliau memperolehi beberapa ijazah (diploma atau sijil) dalam pelbagai bidang, terutamanya hadith. Pada awal abad ke14, beliau mengajar kitab-kitab seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ dari Malik b. Anas, Shamā’il dari al-Tirmidhi, dan Sharh Ma’ani al-Athar karya al-Tahawi. Di antara anak murid beliau ialah pengembara Afrika Utara iaitu Ibnu Battuta (m. 1369), Taj al-Din al-Subki (m. 1355), al-Dhahabi (m. 1348), dan nama beliau muncul dalam beberapa dozen isnad Ibnu Hajar al-Asqalani (m. 1448). Penting untuk diketengahkan bahawa Zainab hanyalah salah satu daripada beratus sarjana wanita dalam bidang hadith pada zaman pertengahan dunia Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan wanita Islam dalam kesarjanaan hadith, bacalah karya Asma Sayeed yang bertajuk “Transmission of Religious Knowledge in Islam” (2013) dan juga karya Mohammad Akram Nadwi Al-Muhaddithat: “The Women Scholars of Islam” (2007). 13. Sayyida al-Hurra (m. 1542) Dengan nama yang bermaksud “Wanita Bebas,” Sayyida al-Hurra ialah salah seorang tokoh Islam yang paling menarik di abad ke-16. Asalnya dari Kerajaan Nasri di Granada, tetapi terpaksa melarikan diri selepas ditakluki Kristian Sepanyol pada tahun 1492. Seperti kebanyakan Muslim Andalusia, beliau menetap di Maghribi dan, bersama-sama suaminya, memperteguh dan memerintah kota Tetouan di pantai utara. Selepas kematian suaminya pada 1515, beliau menjadi pemerintah tunggal di bandar ini, yang kemudiannya berkembang dari segi kekuatan dan jumlah penduduk, apabila semakin ramai Muslim Andalusia diusir dari Iberia pada awal abad ke-16. Oleh kerana pelbagai sebab, antaranya keinginan untuk membalas dendam terhadap kemusnahan al-Andalus dan pemaksaan agama Kristian ke atas umat Islam di sana, beliau beralih tumpuan ke aktiviti pelanunan dan mengubah Tetouan menjadi pangkalan utama operasi angkatan laut menentang Sepanyol dan Portugal. Beliau bersekutu dengan laksamana Uthmaniyyah (yang sebelumnya seorang lanun) termasyhur iaitu Hayreddin Barbarossa di Algiers, dan bersama-sama mereka menghentam kuat kuasa imperialis Sepanyol di Afrika Utara dan Mediterranean Barat. Menarik untuk diperhatikan bahawa sumber-sumber Muslim tidak banyak menceritakan kisah Sayyida al-Hurra, dan kebanyakan maklumat mengenainya berasal dari dokumen Sepanyol dan Portugis, yang menekankan keberkesanan beliau sebagai seorang ratu lanun dan kemusnahan akibat serangan beliau ke atas pantai selatan semenanjung Iberia. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Sultan Maghribi Wattasi, Abul Abbas Muhammad (1526-1545). Sementara nama seperti Anne Bonny dan Mary Read sudahpun terkenal sebagai lanun wanita di kalangan ramai, namun Sayyida al-Hurra jarang dikenali. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hidup beliau, rujuklah “The Forgotten Queens of Islam” (1997) karya Fatima Mernissi, di mana beliau membincangkan al-Sayyida al-Hurra dan juga tokoh-tokoh wanita Islam yang penting di zaman pertengahan. Bagi mereka yang berbahasa Sepanyol, rujuk kepada “Sayyida al-Hurra, Mujer Marroquí de Origen Andalusi,” karya Rodolfo Grim Grimau, Anaquel de Estudios Arabes (2000): 311-320. 14. Parī Khān Khanum (m. 1578) Seorang puteri Safavid dan anak kepada Shah Tahmasp I ( 1524-1576) bersama seorang wanita Sirkasia, beliau merupakan salah seorang wanita Iran yang paling berpengaruh pada abad ke-16. Beliau terkenal sebagai seorang wanita yang berpendidikan dan mahir dalam ilmu-ilmu tradisional Islam seperti perundangan. Beliau juga dikenali sebagai seorang penyair yang hebat. Parī Khān Khanum memainkan peranan penting dalam memastikan kewarisan abangnya Ismail II ke takhta Safavid. Namun, dalam pemerintahan singkat abangnya, pengaruh beliau semakin berkurang. Semasa pemerintahan pewaris Ismail, Mohammad Khodabanda, beliau dibunuh kerana dianggap terlalu berpengaruh dan berkuasa. Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuklah karya Shohreh Gholsorkhi, “Pari Khan Khanum: A Masterful Safavid Princess,” Iranian Studies 28 (1995): 143-156. 15. Kösem Sultan (m. 1651) Ramai di kalangan yang berbahasa Inggeris sudahpun mengenali Roxelana atau Hurrem Sultan, permaisuri kepada Suleyman I (1520-1566). Namun, kisah mengenai Kösem Sultan kurang diketahui. Sebagai isteri kepada Sultan Uthmaniyyah, Ahmed I ( 1603-1617), bonda kepada Sultan Murad IV (1623-1640) dan Ibrahim (1640-1648), dan nenda kepada Sultan Mehmed IV ( 1648-1687), beliau mempunyai pengaruh besar dan dianggap sebagai wanita paling berkuasa dalam sejarah Uthmaniyyah. Asalnya seorang Yunani bernama Anastasia, beliau diperhambakan pada usia yang muda dan dibawa ke istana Uthmaniyyah, di mana beliau menjadi gundik Sultan Ahmed I. Menurut sumber kontemporari, Cristoforo Valier, pada 1616, Kösem adalah ahli kerabat sultan yang paling berkuasa: “beliau mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dan memiliki hati sultan sepenuhnya, dan beliau tidak pernah dinafikan.” Di antara 1623 dan 1632, beliau bertindak selaku pemangku raja kepada anaknya Murad IV, yang menaiki takhta sebelum cukup umurnya. Sehinggalah pembunuhan beliau pada tahun 1651, yang disebabkan oleh kosnpirasi mahkamah, beliau mempunyai pengaruh besar terhadap politik Uthmaniyyah. Untuk pengetahuan lanjut mengenai Kösem Sultan dan institusi harem diraja Uthmaniyyah, bacalah “The Imperial Harem: Women and Sovereignty in the Ottoman Empire” (1993) karya Leslie Peirce.
]]>Kesengsaraan pekebun kecil getah
Oleh Dr Jeyakumar Devaraj, Parti Sosialis Malaysia, Sg Siput Harga getah SMR 20 di pasaran telah merudum ke bawah RM 5.00 se kilogram pada bulan September 2014. Ini telah menurunkan harga jualan getah oleh pekebun getah ke bawah paras RM 2.00 se kg. Pada takat ini, adanya lebih 447,000 pekebun kecil getah di Malaysia yang mengeluarkan 93% daripada getah keluaran Malaysia. Mereka sedang hadapi tekanan ekonomi yang serius oleh kerana harga getah yang rendah ini. 447,000 pekebun kecil ini merupakan 20% hingga 25% daripada bilangan petani kecil di Malaysia. Adalah penting kita menganalisa masalah yang dihadapi oleh mereka dan mencari jalan keluar Masalah pokok untuk penurunan harga getah adalah kerana permintaan untuk getah di pasaran dunia telah jatuh akibat kelembapan ekonomi Eropah dan pengurangan dalam kadar perkembangan ekonomi di negeri Cina (46% daripada keluaran getah Malaysia diekspot ke negeri Cina pada tahun 2013.)