Projek Dialog

Keputusan PSM – Kemungkinan mengelak daripada pertandingan tiga penjuru

Keputusan PSM – Kemungkinan mengelak daripada pertandingan tiga penjuru

Kami, para aktivis dan ketua masyarakat sivil, menyanjung keputusan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menggunakan simbol parti parti Pakatan Rakyat dan bukan logo parti sendiri di dalam Pilihan Raya Umum bulan depan.

Kami faham betapa sukarnya kompromi ini bagi sebuah parti yang telah bertungkus lumus selama 11 tahun untuk didaftarkan. Bagaimanapun, ini menunjukkan dengan jelas keupayaan PSM untuk mendengar dan menunduk kepada aspirasi rakyat untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Ia merupakan satu tindakan kompromi yang mencerminkan kematangan politik yang mendalam.

Kami berharap ini merupakan satu permulaan kepada persetujuan di antara semua parti politik pembangkang agar tidak melibatkan diri didalam pertandingan tiga penjuru di pilihanraya akan datang.

Persetujuan umum sebegini semestinya akan mencerminkan aspirasi Rakyat dan sentimen pengundi di peringkat akar umbi yang mahukan penukaran rejim dan khuatir bahawa pertandingan tiga penjuru akan hanya menguntungkan BN di kawasan mengundi mereka.

Kami berpendapat bahawa pertandingan tiga atau lebih penjuru akan menjejaskan prospek pembangkang untuk menawan kuasa di peringkat kebangsaan. Kami berharap keputusan PSM boleh berfungsi sebagai asas untuk perjanjian pilihanraya pembangkang untuk memastikan pertandingan dua penjuru dengan BN di peringkat DUN atau Parlimen.

Daripada laporan media, kami difahamkan bahawa datangnya hari pencalonan, parti komponen PR mungkin bertanding antara satu sama lain. Untuk mengelakkan konflik yang bertentangan dengan aspirasi rakyat ini, kami bersedia menubuhkan sebuah Jawatankuasa Masyarakat Sivil untuk belaku sebagai pengantara.

Kami menggesa PR, parti parti pembangkang yang lain dan juga pengundi untuk berwaspada dengan strategi BN menggunakan calon bebas dengan atau tanpa mengira parti politik. Strategi sebegini akan digunakan untuk membelah undi pembangkang. Helah ini telah banyak kali digunakan BN pada pilihanraya sebelum ini, dan dijangka akan digunakan di pilihanraya alan datang ini, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Kami percaya sesungguhnya bahawa pengundi di Malaysia inginkan pilihan yang jelas diantara BN dan PR di Pilihan Raya ini. Justeru itu, atas semangat “Ketuanan Rakyat” yang dilaungkan oleh PR, kami ingin menggunakan pengaruh dan kekuatan kolektif, secara terbuka awam dan juga di belakang tabir, untuk memastikan bahawa parti parti pembangkang elak daripada bertanding tiga penjuru.

Dikeluarkan oleh Gabungan Rakyat Prihatin:-

  1. Ahmad Syukri Ab Razab

  2. Al-Jafree Md. Yusop

  3. Anne Ooi

  4. Arthur Toh

  5. Bernard Khoo

  6. Dr.Azmi Sharom

  7. Dr. Lim Teck Ghee

  8. Dr.Kua Kia Soong

  9. Dr.Toh Kin Woon

  10. Dave Low

  11. Fuad Rahmat

  12. Haris Ibrahim

  13. Ho Yock Lin

  14. Janice Ti

  15. Jayanath Appudurai

  16. Kee Thuan Chye

  17. Liau Kok Fah

  18. Nalini Elumalai

  19. Patrick Teoh

  20. Raja Rohaisham Raja Muheiddin

  21. Ronasina

  22. Steven Ng

]]>

Renung-renungan Cinta dan Revolusi

Oleh Mohamad Farez Abdul Karim, penulis undangan

Pada suatu petang, Sal dan anak-anaknya berkumpul di ruang tamu untuk bermesyuarat tentang keruncingan belanja hidup mereka setelah tiga hari berturut-turut jualan makanan mereka di sebuah kantin di Bukit Timah Road, merosot kerana musim hujan. Sal kebingungan. Wang di tangannya cuma ada RM10 sahaja, jauh dari cukup untuk dijadikan modal jualan besok harinya. Wang sewa rumah bulan itu belum dilangsai. Kepala Sal betul-betul sudah pusing. Lalu anak-anaknya buat saranan: ‘Besok kita tak usah jualan, kita tunggu sampai hari tak hujan… Mak bolehlah berehat dulu…’ – Petikan buku Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari. Sal yang dimaksudkan ialah isteri kepada Said Zahari. Said seorang wartawan yang dipenjarakan selama 6000 hari (bersamaan 17 tahun) oleh kerajaan Singapura pada 1963. Ini terjadi selepas dia diusir dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman akibat daripada Mogok Utusan yang dijalankannya bersama rakan-rakan wartawan. Penderitaan yang dialami para tapol (tahanan politik), segala ketidakadilan dek kekejaman diktator sudah tentu akan dirasai oleh kaum kerabat mereka juga. Bagaimana secara tiba-tiba pasangan kekasih, keluarga tercintadipisahkan dengan begitu sahaja. Direntap dan ditahan tanpa bicara, bahkan bertahun lamanya! Jungkir ke belakang, beberapa tahun sebelum itu, di hutan pergunungan Sierra Maestra dalam wilayah Cuba. Seorang pejuang gerila anak kelahiran Argentina yang mesra digelar Che berkata kepada temannya, ‘Revolusi yang suci itu lahir dari rasa cinta nan hebat.’ Sebelum dia bersetuju mengikuti rakan baiknya Fidel memasuki Cuba secara haram dengan kapal layar untuk menjadi askar gerila, dia pernah mengembara bersama rakan karibnya Alberto Granado. Mereka menunggang motorsikal Norton menjelajah Amerika Selatan sebelum berpisah kemudiannya. Granado pulang ke Buenos Aires manakala Che menyambung kembaranya hingga ke Guetamala City, pada masa sama Amerika Syarikat sedang mengebom kota itu untuk menjatuhkan kerajaan kiri Arbenz. Bertugas sebagai pegawai perubatan, di situlah jiwanya  bergolak untuk menentang imperialis Amerika yang selalu mencampuriurusan pemerintahan negara-negara Amerika Selatan. Che Guevara tatkala dalam perang gerila, dialah komander dialah juga doktor yang merawat orang kampung yang tak punyai prasarana perubatan. Tambahan pula, dia menjadi guru mengajar kebanyakan gerila yang buta huruf. Tanpa rasa cinta kepada kebebasan, cinta kepada orang-orang miskin, tak mungkin dia menelusuri jalan berliku sebagai revolusioner sebelum mati ditembak ketika dalam tahanan di Bolivia. Kematiannya meletuskan api semangat cinta manusiawi terhadap gerakan kiri dan revolusi menentang sebarang bentuk imperialisme. Ironinya, wajah Che menjadi logo dibaju-baju dan produk-produk berunsur pop moden yang tersebar ke serata dunia bertunjangkan ekonomi kapitalisme. Namun, fenomena itu secara tak sedar mencelikkan umum terhadap riwayat hidupnya menentang penindasan dengan tindakan revolusi. Melangkau jauh lagi ke belakang, suatu hari di tahun 1893, di stesen keretapi Pietermaritzburg, Afrika Selatan. Seorang peguam yang kurus bernama Mohandas Karamchand Gandhi mengalami satu peristiwa yang bakal mengubah diri beliau buat selamanya. Dia dihalang dari menduduki koc kelas pertama hanya kerana dilahirkan sebagai seorang berkulit gelap, bukan berkulit putih. Insiden ‘yang mahajelik’ itu berpunca daripada dasar apartheid yang diamalkan kerajaan kolonial British di Afrika. Beberapa tahun kemudian di tanah asalnya India, Gandhi mengubah diri menjadi sosok pejuang keadilan dan hak kesamarataan dengan melancarkan gerakan satyagraha (kuasa kebenaran) berkonsepkan ahimsa (kedamaian),sebuah perlawanan dengan kasta pemerintah tanpa sebarang unsur kekerasan. Pada 30 Januari 1948, beliau mati dibunuh. Kata-kata akhir yang terluah dari mulutnya ialah ‘Hey Rama’ (Oh Tuhan). Bapu, nama gelaran yang diberi oleh rakyat India kepadanya dijulang sebagai ‘bapa negara India’. Perasaan benci terhadap kezaliman dan penghinaan yang pernah dialaminya, dibalas dengan perjuangan berasaskan cinta. Begitulah riwayat seorang pejuang dari India yang mengangkat karya John Ruskin, Unto This Last sebagai naskhah yang amat mempengaruhihidupnya. Leon Trotsky, sewaktu kanak-kanak pernah menangis teresak-esak melihat layanan buruk ayahnya kepada pekerja mereka. Nilai sentimental itu, atas rasa cinta kepada keadilan menjelmakan Trotsky menjadi pejuang Marxist yang senantiasa berkobar-kobar menghapuskan sistem kapitalis di Russia. Pernah menemui cinta pertama di penjara lalu dikurnia dua anak yang bernama Zina dan Nina, dia kemudian menjadi orang kanan Lenin sebelum dibuang negara sewaktu pemerintahan Stalin. Sebagai pengkritik keras dasar politik Stalinisme, dia juga mengakhiri hidup dengan terbunuh di tangan seorang ejen Russia ketika tinggal di Mexico. Seorang pengkagum Karl Marx dan Friedrich Engels, dia juga mengkagumi naskhah susastera umpamanya Iliad karya Homer. Dalam tradisi Islam, mustahil orang muslim tak kenal dengan seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dzar. Dilahirkan dalam kabilah bani Ghifar, sebuah suku pada zaman pra-Islam yang terkenal amat liar,kasar dan pemberani. Mereka juga sering menghalang, mencegah dan merompak kafilah Arab yang dalam perjalanan. Abu Dzar kemudian memeluk Islam. Wataknya sudah tentu berubah. Dalam sebuah wirayat, Nabi pernah bersabda bahawa kesetiaan dan kejujuran Abu Dzar seumpama ‘cahaya terang-benderang’. Sebagai seorang yang mencintai Nabi, Abu Dzar sudah tentu mencintai kehidupan yang zuhud dan membenci sifat tamak lagi rakus. Bukankah itu intipati ajaran Islam? Dia bangun mengkritikbentuk pemerintahan Khalifah Rasyidin ketika itu Uthman bin Affan. Pada era pemerintahan khalifah Islam ketiga itu, didapati banyak orang-orang kaya dan penguasa menggunakan harta baitulmal demi kesenangan kerabat sendiri. Amalan kronisme berleluasa. Akhirnya, atas saranan gabenor Muawiyah, Sayidina Uthman mengusir Abu Dzar ke padang pasir apabila dia bersikeras tak mahu menghentikan pertentangan dan kritikannya. ‘Aku tak perlukan duniamu,’ jawab Abu Dzar terhadap pujukan Uthman sebelum diusir. Diceritakan, sebelum kematiannya, ada satu jemaah Haji sedang melalui berdekatan Abu Dzar dan isteri yang sedang terlantar sakit. Isteri Abu Dzar melambai memanggil mereka untuk meminta bantuan. Setibanya mereka, dia memohon kain kafan bagi suami tercinta yang sudah nazak. Dalam keadaan hampir sakarat itu pun Abu Dzar menolak pemberian daripada mereka sekiranya mereka terdiri daripada kalangan pegawai dan penguasa. Akhirnya Abu Dzar bersetuju selepas dihampiri salah seorang dari mereka yang mengaku bahawa kainnya ditenun oleh ibu sendiri. Betapa cermat dan tinggi cinta Abu Dzar terhadap kesucian dan keberkatan hidup hingga ke takat itu! Bagaimana pula dengan Nabi Muhammad sendiri? Baginda dihina, dikeji, keluarganya dipulau dan ditentang sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Apa yang baginda perbuat setelah menakluki kota Mekah? Baginda membebaskan kesemua tahanan perang, dan memaafkan semua musuhnya. Tidakkah baginda merupakan contoh revolusioner sejati yang berjuang demi kecintaan terhadap kemanusiaan? Seorang revolusioner sentiasa menentang status quo. Dia itu takkan berhenti pada satu takah kehidupan dan berasa selesa dengannya. Api nyala cinta terhadap kemanusiaan di dalam dirinya sentiasa berkobar.Dia justeru seorang emosional dan punyai sifat sentimental yang tinggi. Adakalanya dia menjadi pesimis, lembut, dan ada masa dia keras, pemarah. Revolusioner adalah manusia biasa. Walaupun begitu, mereka takkan menjual perjuangan dengan harga yang murah. Mereka tidak akan mati dalam menjadi seorang selebriti tivi yang dipuja dan dibela oleh penguasa nan zalim. Revolusioner hidup seadanya. Fikiran mereka menerawang ke dunia utopia tatkala masyarakat umum terpukau dengan pesona materialisme di media perdana. Banyak daripada mereka adalah wira yang tak didendang. Kerna dalamnya cinta mereka terhadap kemanusiaan sejagat, insan revolusioner pasti akan menggemari tak kurang sebuah karangan puisi indah. Usman Awang, penulis cerpen Uda dan Dara juga menyindir dengan tajam berbisa dalam sajaknya berjudul Anjing Itu. Ruhi Hayat adalah nama pena seorang sasterawan juga pejuang revolusi, Abdullah Thani bin Raja Kecil. Bakatnya dalam penulisan membentuk jatidiri untuk menjadi pejuang kiri. Mengkagumi sosok nasionalis India, Subhas Chandra Bose, dia kemudian menukar nama menjadi Boestamam. Dia bersama API (Angkatan Pemuda Insaf) memperkenalkan slogan ‘Merdeka dengan Darah’ dalam gagasan mereka, justeru ditangkap oleh polis British ketika itu atas tuduhan hasutan. Walhal, tiada darah manusia yang ditumpahkan melalui penerbitan testamen politik tersebut. Hampir kesemua revolusioner, pejuang nasib golongan murbawan yang tertindas adalah mereka yang minat dengan pembacaan karya-karya agung dan kesusasteraan tinggi. Cinta mereka terhadap ilmu, kebenaran, dan kemanusiaan sejagat amat tinggi. Mereka membantah tindak-tanduk zalim oleh penguasa. Mereka menolak monopoli dalam ekonomi dan menentang dasar politik imperialis asing. Tidak semestinya mereka itu sentiasa bertindakbalas dengan keganasan. Ada segelintir yang lembut dan berjuang untuk merubah struktur social melalui kebudayaan. Mereka menentang kekerasan dengan kekerasan, dan membalas kelembutan dengan kelembutan. Berbeza dengan pendapat Mao Zedong, katanya ‘sesebuah revolusi itu adalah kebangkitan, tindakan ganas masyarakat kelas bawah untuk menjatuhkan kelas atasnya’. Sekiranya bukan dengan senjata, jalan ‘ahimsa’ sang revolusioner ialah berlawan dengan tulisan kata-kata, yang memang merupakan kuasa ampuh menjatuhkan mana-mana kerajaan zalim dan korup. Ayatollah Khomeini yang lebih 14 tahun hidup dalam buangan dulu pernah menuturkan tentang kekuatan penulisan apabila dijelmakan menjadi seperti peluru mesingan, berupaya menghancurkan kezaliman penguasa. Ini kerana, kebenaran berdiri dengan hujah. Walaupun penguasa zalim membariskan tentera demi menundukkan kebangkitan rakyat, kata-kata yang benar adalah gelombang yang sentiasa kekal melantun dari mulut ke mulut, telinga ke telinga, jiwa ke jiwa. Akhirnya ia menjadi ombak besar yang tak dapat dihalang oleh sebarang empangan. ‘Dunia hari ini akhirnya adalah kepunyaan anak muda. Lakukanlah apa sahaja. Dan lakukan sekarang’. Begitu kata Hishamuddin Rais, seorang Melayu sosialis tentang hal revolusi. Mohon untuk saya memberi sedikit tambahan, ‘anak muda, lakukanlah dengan rasa cinta demi keadilan, kemanusiaan dan kebenaran’. ]]>

Kenyataan Media Projek Dialog Terhadap Zulkifli Noordin

https://www.youtube.com/watch?v=1ReyrP9fisc) Zulkifli Noordin telah memperolok-olokkan agama Hindu yang mana antara lain beliau telah menyatakan perbualan beliau dengan penjual berhala Hindu di Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Terdapat kira-kira 7.1 peratus daripada rakyat Malaysia berketurunan India. Adalah dipercayai 76 peratus darinya beragama Hindu. Projek Dialog menyatakan kekecewaan kerana sebagai seorang Muslim dan pemimpin dalam masyarakat, Zulkifli Noordin seharusnya tidak menghina kepercayaan penganut agama Hindu ini. Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang toleran dan mengamalkan wasatiyyah. Perayaan Thaipusam di Malaysia merupakan contoh sikap toleran yang ada. Kira-kira 1.3 juta penganut Hindu dan pelancong menyertai perayaan yang unik ini. Ini adalah kali kedua dalam tempoh yang hampir, penganut agama Hindu telah dicemuh oleh tokoh beragama Islam. Pada 18 Februari 2013, pendakwah Ridhuan Tee Abdullah dalam artikel pendek berjudul ‘Kesabaran Umat Islam Ada Had’ juga telah menghina agama Hindu. Kami di Projek Dialog berpendapat Zulkifli Nordin dan juga Ridhuan Tee Abdullah, seharusnya belajar mengenal agama lain dengan melakukan dialog. Dalam hal ini agama adalah merupakan tunjang peradaban. Dialog adalah komunikasi antara dua pihak secara dua hala. Kedua-dua pihak mempunyai  pandangan dan kaedah yang berbeza mengenai sesuatu persoalan tertentu. Dialog akan membantu supaya tujuan yang sama dapat dicapai secara harmoni. Untuk golongan terpelajar, apatah lagi seorang Muslim terpelajar, dialog adalah satu kaedah untuk mensuratkan yang tersirat dengan memahami pihak lain khususnya kaum minoriti. Projek Dialog berpendapat Malaysia menjadi kaya secara budayanya dengan sumbangan peradaban atau agama lain dari Islam yang merupakan agama rasmi negara. Kekayaan dan khazanah ini haruslah diraikan dan bukannya dipersendakan sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum atau agama. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin sebuah badan untuk mengupayakan orang Melayu-Islam, Zulkifli Noordin perlu diingatkan dengan The Islamic Symposium on Dialogue (1999), di mana negara-negara anggota OlC telah komited dengan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban. Deklarasi yang sangat baik ini telah diangkat sebagai satu resolusi ketika Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (53/22) yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia. Deklarasi menyeru supaya nilai-nilai agama Islam yang melibatkan maruah manusiawi, keadilan, tolak ansur, dan sikap meraikan kepelbagaian harus dikehadapankan demi meningkatkan dialog dan kesalingfahaman. Dialog akan membangkitkan sifat saling menghormati. Adalah dikesalkan Zulkifli Noordin tidak memilih jalan damai ini dan membawa dirinya ke jalan sengketa yang berbahaya. Kami di Projek Dialog menuntut supaya Zulkifli Noordin memohon maaf kepada penganut agama Hindu kerana telah bertindak tidak bijak dan tidak terpelajar dengan menghina agama tersebut.

]]>

Antara sekarang dan masa depan: Satu temubual bersama Zul Fikri Zamir, pengasas Teach for the Needs

Apa matlamat disebalik penubuhan Teach for the Needs (TFTN)? Bila bermulanya gagasan ini pada tahap paling awalnya dan oleh siapa? Matlamat penubuhan TFTN adalah; i) memberi peluang kepada anak kelas corot, anak miskin dan yatim untuk memasuki kelas tusyen dan peluang pendidikan setara sebagaimana rakan-rakan mereka di kelas hadapan yang lain; ii) membantu guru dan sukarelawan TFTN bekerjasama menyelesaikan masalah masyarakat setempat; iii) membuktikan stereotaip bahawa anak kelas corot, miskin dan yatim ini adalah murid yang malas dan tidak berbakat. TFTN ditubuhkan pada Mac 2012 dengan tujuan menjadi platform kepada guru dan sukarelawan membantu anak-anak tertindas dan marginal ini dengan menyediakan ‘support system’ kepada guru dan sukarelawan TFTN seperti bantuan buku dan ‘teaching materials’ yang lain. Gagasan ini bermula pada awalnya oleh saya sendiri dengan bantuan sis Asmidar Alias setelah mendapat persetujuan 5 rakan guru lain yang bersetuju untuk memberikan kelas percuma kepada anak-anak terbabit. Siapa sasaran TFTN? Sasaran TFTN adalah anak-anak di sekolah yang menghuni kelas corot, anak yatim serta anak dari keluarga miskin yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM 800 sebulan. Mengapa tumpuan kepada pelajar-pelajar daripada gelongan berpendapatan rendah? Apakah dasar-dasar kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi? Dasar kerajaan pada masa kini walaupun agak komprehensif, tetapi mempunyai berberapa blindspot yang tidak dapat dikesan oleh sistem atau Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Apakah blindspots teresebut? Boleh bagi contoh? Sebagai contoh, masih terdapat murid yang tidak boleh membaca pada umur 12 tahun. Tetapi mereka ini bukan hasil kepada sistem 6 tahun pembelajaran sekolah rendah. Kadang kala mereka masuk ke sekolah pada umur 11 tahun, menyebabkan mereka tercicir. Saya difahamkan kes sebegini masih banyak. Begitu juga dengan jurang di antara bandar dan pedalaman samada dari jurang teknologi mahupun sebaran guru. Semua ini memerlukan penyelesaian berbentuk setempat – samada dari masyarakat lokal atau guru di sekolah terbabit. Masalahnya kini kementerian di Putrajaya merasakan hanya mereka yang mampu menyelesaikan semua masalah di seluruh negara. TFTN percaya dengan menggerakkan masyarakat awam terutamanya anak muda, guru pelatih dan mahasiswa untuk menyelesaikan masalah anak-anak tertindas dan marginal ini; sebuah penyelesaian dalam kerangka setempat dapat dilaksanakan. Sekurang-kurangnya selain membantu anak-anak tersebut mendapat nilai pendidikan setaraf sebagaimana rakan mereka yang lain, TFTN juga berhasrat untuk menggerakkan masrakat sivil untuk cakna dengan isu pendidikan dan bergerak untuk menyelesaikannya secara kolektif. Apakah masalah yang paling biasa ditemui TFTN  dikalangan pelajar-pelajar yang TFTN bantu? Masalah biasa yang diajukan kepada TFTN oleh guru dan sukarelawan ialah penguasaan kemahiran 3M yang masih di tahap membimbangkan. Peratusan ketidakbolehan membaca di kalangan anak-anak TFTN agak besar. Kami belum lagi membuat saringan kebolehan kemahiran mengira – yang akan kami adakan pada masa hadapan dan dijangka peratusan tersebut akan lebih besar dari peratusan ketidakbolehan membaca. Apakah biasanya latarbelakang keluarga pelajar-pelajar yang ketinggalan tersebut? Apakah jenis pekerjaan ibu-bapa mereka? Biasanya latar belakang keluargamereka yang ketinggalan ini pelbagai. Jika di kota, kebanyakan mereka menghuni flat 2 bilik dengan jumlah penghuni sekitar 6-8 orang setiap rumah. Ibu bapa mereka selalunya pekerja kelas bawah seperti pekerja kilang dan sektor swasta yang gaji tidak melebihi RM 1000 sebulan untuk setiap rumah. Di kawasan pedalaman pun begitu juga, kebanyakannya hadir dari keluarga berpendapatan rendah. Dilihat banyak kecenderungan kepada penswastaan sebagai penyelesaian kemunduran kualiti pendidikan negara sekarang. Apa pendapat saudara? Saya percaya jika penswastaan boleh menyelesaikan beberapa isu dan masalah pendidikan  pun– tetapi dalam jangka masa yang pendek sahaja. Di Malaysia, pendidikan nasional perlukan sebuah ideologi dan falsafah baharu yang boleh memberi manfaat buat semua tanpa menyebabkan masalah lama berulang. Penswastaan bukanlah jawapan kepada ideologi dan falsafah pendidikan baharu sebagaimana yang diperlukan kini. Apakah falsafah tersebut? Apakah matlamat jangka masa panjang itu? Falsafah yang diperlukan negara kini adalah untuk membebaskan negara dari feudalisme ilmu. Zaman moden ini adalah zaman paling mencabar kerana kekuasaan dan pengaruh dipelopori oleh sebilangan kecil yang mendakwa mereka pemilik kebenaran. Ilmu harus dibebaskan kepada orang awam dan masyarakat untuk diamalkan, bukan terperuk di perpustakaan atau ‘online journal’. Pertama saya kira kajian mendalam terhadap Falsafah Pendidikan Negara pada masa kini yang digubal awal penubuhan negara Malaysia berpuluh tahun dahulu; perlu dibuat bacaan semula sesuai dengan perubahan zaman dan teknologi. Pendidikan negara pada masa kini bukan sahaja perlu merujuk kepada pembinaan insan holistik melibatkan unsur Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek mahupun Sosial; lebih besar dari itu konsep pendidikan haruslah bersifat anti-individualistik. Insan yang terhasil dari sistem ini perlu faham bahawa pendidikan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi adalah sebuah usaha berterusan untuk menyumbang secara aktif kepada masyarakat. Dalam jangka masa panjang, insan-insan yang terhasil dari falsafah ini akan menghasilkan sebuah sistem yang akan berfungsi untuk memajukan peradaban dan mengekalkan budaya negara bangsa. Halangan paling besar buat sistem pendidikan di negara ini adalah untuk merobohkan tembok institusi dan amalan lama yang telah meresap menjadi budaya kerja warga pendidikan khususnya. Setiap hari kita lihat isu-isu agama dan perkauman digembar gemburkan media. Apakah peranan yang boleh dimainkan universiti untuk memperbaiki atau menawar alternatif untuk menangani masalah tersebut. Saya berpendapat segala masalah dan isu seperti agama dan perkauman – jawapannya dipunyai oleh universiti-universiti yang menjadi pusat ilmu dan latihan anak muda masa kini. Jawapan kepada masalah tersebut samada dari segi teori, falsafah mahupun praktik; semuanya berada di perpustakaan-perpustakaan besar universiti terbabit. Malangnya, anak-anak muda dan mahasiswa tidak diajar untuk mencari penawar yang berada di dalam perpustakaan mega mereka untuk dianjurkan kepada masyarakat. Tetapi mereka diajar untuk mengejar CGPA , pointer ataupun Jurnal. Penawar dan ilmu, ditinggalkan di rak-rak perpustakaan. Kita perlu gerakkan anak muda untuk melihat pengakhiran pengajian mereka adalah untuk masyarakat, bukan untuk dirinya sendiri. Di manakah bermulanya kemelesetan budaya ingin tahu kritis di universiti-universiti kita? Pertama apakah yang dimaksudkan dengan budaya kritis? Apakah negara bersetuju dengan mazhab kritis sebagaimana dianjurkan oleh the Frankfurt School, Gramsci ataupun Freire? Kedua,  budaya ingin tahu ini tidak hadir secara tiba-tiba. Kita harus melihat semula sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Inilah masalah sebenar kita kerana di awal pembelajaran murid-murid disogok dengan set soalan dan jawapan. Pedagogi berorientasikan peperiksaan telah membunuh sifat ingin tahu seterusnya menghasilkan generasi yang hanya tahu menghafal dengan kemahiran berfikir yang sangat kurang.  Situasi ini bertambah parah apabila silibus yanga ada juga tidak membantu proses perkembangan kreatif dan pemikiran kritis pelajar. Pada pendapat saudara, patutkah MARA dibuka kepada golongan bukan Melayu dan Bukan Muslim? Saya optimis jika MARA dibuka kepada golongan bukan Melayu dan bukan Muslim, anak muda Melayu dan Muslim di MARA akan lebih berdaya saing serta dapat keluar dari kepompong selesa yang telah mereka huni selama ini. Saya juga percaya isunya bukanlah bangsa atau hak istimewa – tetapi lebih besar daripada itu adalah sifat jiwa besar, daya saing serta sikap untuk memajukan diri yang perlu dipupuk sejak dari kecil oleh keluarga. Apakah intipati semangat daya saing yang harus dipupuk? Apakah tempat atau peranan semangat kerjasama dalam konteks ini? Sebagai masyarakat bumiputra, sifat daya saing sangat perlu untuk memastikan keseimbangan pencapaian di antara bangsa-bangsa yang pelbagai. Di hujung sikap daya saing ini, satu pencapaian yang setara akan dicapai jika persaingan yang sihat diamalkan. Walaubagaimanapun, semangat kerjasama memainkan peranan yang lebih penting. Dengan adanya semangat kerjasama, daya saing akan turut meningkat untuk memandu pertumbuhan yang lebih positif. Saudara dilihat sebagai agak kritikal terhadap gerakan Mahasiswa, tapi tahun 2012 banyak menunjukkan tahap keberanian mahasiswa yang agak jarang dilihat sebelum ini, contohnya kes Adam Adli, Khalid Ismath, gerakan pemansuhan PTPTN. Bolehkah tren-tren ini dilihat sebagai satu permulaan peningkatan kesedaran yang baru bagi gerakan mahasiswa yang sebelum ini sudah lama terbantut perkembangannya? Tren-tren ini boleh diambilkira sebagai satu ‘sign’, walaubagaimanapun jika perkiraan dibuat secara statistikal, jumlah ini terlalu kecil dan sedikit. Lebih membimbangkan, ‘sign’ yang kita lihat kini adalah terlalu partisan. Sangat sedikit gerakan mahasiswa yang non-partisan; lebih dari itu gerakan mahasiswa yang turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah masyarakat atau menjawab isu seperti gaji minima ataupun isu pendidikan hampir tidak ada. Sebagai penjelasan, boleh tak saudara huraikan dengan lebih lanjut apakah sebenarnya masalah dengan mengambil pendirian yang partisan? Di Eropah misalnya, pendirian partisan ini tidak menjadi masalah kerana kestabilan situasi politiko-sosio-ekonomi yang telah dicapai di sana. Malangnya di Malaysia, negara masih tersangkut dengan era ‘politics of fear’ dan ‘politics of patronage’. Sebahagian besar anak muda menganggap politik tidak menarik dan memualkan kerana dua sebab ini. Oleh yang demikian, pendirian non-partisan akan memberi lebih keuntungan di mana lebih ramai partisipasi akan dapat dijana selain akan membuka mata lebih ramai anak muda untuk menyumbang tanpa mengira ideologi politik. Lebih menarik, pendiri non partisan juga tidak tertakluk kepada peraturan-peraturan pelik partisan dan lebih mudah mendekati masyarakat. Buku karangan saudara, Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang akan berada dipasaran tidak lama lagi, Apa pesanan utama buku ini? Pesan utama buku Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang adalah untuk menggembleng tenaga anak muda untuk keluar dari universiti dan membawa seluruh ilmu yang dipelajari untuk merawat masalah masyarakat. Anak muda harus segera bertindak serta mengambil alih peranan aktivisme untuk menentukan hala tuju negara. Mereka harus segera sedar Malaysia 30 tahun akan datang ditentukan oleh corak pemikiran mereka, bukan tokoh politik yang sudah berumur 89 tahun. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Teach for the Needs, sila layari laman web dan Facebook page mereka. 

]]>

Grant opportunity with Projek Dialog!

Projek Dialog will open a small grant competition to CSOs, activists, humanitarian and faith-based organizations interested in implementing innovative ideas with the goal of building religious / ethnic tolerance and community solidarity. The project must be oriented towards the promotion of social good resulting in increased understanding and harmony between different communities in Malaysia. With the help of our partners, Projek Dialog will support and endorse the new web / phone tool and platform. Projects that provide the best services and facilities to stimulate conversations around issues of religious tolerance and mutual harmony in the Malaysian context will stand the highest chance of securing the grant. We are open to innovative ideas. Depending on the particular needs of a proposed project, a seed grant up to the amount of RM 30,000 can be secured by a successful applicant. Examples of possible project ideas include “Ask an Adherent”: “Ask an Adherent” is a phone platform where an individual can ask a question about a specific religion that they may be too embarrassed to ask their friends, colleagues, etc. This platform will provide a safe space for individuals curious about other cultures and religions to gain more understanding about other cultures and religions. Content from each grantee project will also feed into the dedicated standalone website www.projekdialog.com

If you are interested please submit a clear and concise description of your proposal and its objectives, in no more than a thousand words, by Sunday the 31st of March 2013 to editor@projekdialog.com. A key consideration in pursuing the grant is that the winning candidate must be able to complete the product by June this year.
]]>

Projek Dialog Membantah "Bengkel Bahaya Syiah" Anjuran ABIM

Projek Dialog menentang sekeras-kerasnya tindakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menganjurkan sebuah bengkel yang bertujuan menfitnah dan mengancam golongan minoriti Syiah Islam di Malaysia.

Kami dimaklumkan melalui poster yang disebarkan di laman sosial Facebook bahawa ABIM akan mengadakan sebuah bengkel perbandingan agama yang bertemakan “Bengkel Bahaya Syiah” pada 13 April 2013 di Universiti Selangor (UNISEL). Bengkel tersebut akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, iaitu Timbalan Presiden ABIM. Di dalam poster tersebut, ia menyatakan bahawa Al-Quran dan Al-Kitab (Bible) akan disediakan bagi para peserta.

Tindakan ABIM menganjurkan ‘Bengkel Bahaya Syiah’ ini adalah tidak wajar sama sekali, kami menentang mana-mana pihak yang menggunakan agama Islam untuk menyelewengkan umat Islam dengan sifat rasisme dan sektarianisme yang memecahbelahkan masyarakat.

Golongan Syiah adalah golongan Islam minoriti di Malaysia yang telah bertapak di sini sejak berkurun-kurun dahulu. Walaupun menganuti agama Islam yang sama, komuniti Syiah di Malaysia dilebelkan sebagai ‘ajaran sesat’ oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia, malah kehidupan serta identiti Syiah mereka sentiasa diancam oleh masyarakat sekeliling. Mereka terpaksa menganuti agama mereka secara senyap-senyap dan dalam ketakutan. Bengkel yang sedemikian hanya akan melanjutkan lagi hasutan dan fitnah terhadap mereka.

Projek Dialog juga ingin menyatakan kekesalan kami terhadap ABIM kerana tidak memainkan peranan yang lebih besar dan mulia dalam menyebarkan ilmu dan ajaran Islam yang bersifat kecintaan dan universal.

Laman web ABIM mencerminkan sebuah organisasi pejuangan Islam yang progresif, dimana ia menyatakan ”ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia…”.

Namun begitu, bengkel-bengkel anjuran ABIM seperti ini sama sekali tidak berpaksikan misi dan visi asal mereka. Bengkel ini tidak akan membawa apa-apa manfaat terhadap umat Islam kerana ia hanya akan mengapi-apikan umat Islam dengan perkara yang tidak membawa kebaikan ataupun kebajikan kepada masyarakat.

Sebaliknya, sebagai sebuah organisasi Islam yang menjadi ‘watchdog’ atau pemantau akan kebajikan dan kefahaman Islam di Malaysia, ABIM sepatutnya memperjuangkan isu-isu penting yang menghimpitkan umat islam (dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan) di Malaysia. Walhal, isu-isu yang dikeji oleh islam seperti diskriminasi antara kaum dan agama, rasuah yang berleluasan, ketidakadilan dalam perlaksanaan undang-undang Syariah dan Sivil, , penyelewengan kuasa, penindasan terhadap golongan miskin/orang asli/pekerja asing, dan sebagainya tidak pula diberikan perhatian yang mendalam oleh ABIM.

Maka demikian, Projek Dialog menyeru agar diwujudkan dialog bagi memahami dilema minoriti Syiah yang diancam ini serta meningkatkan pemahaman terhadap ajaran Syiah.

Dialog yang berterusan akan membuka ruang kepada ilmu pengetahuan yang lebih mendalam terhadap Islam, dan mengelakkan daripada membuta-tuli mempercayai propaganda, desas-desus dan stereotaip yang tidak berasas.

Pihak ABIM, atau mana-mana pihak berkuasa Islam seharusnya kembali kepada asas ilmu Islam yang mengajar umat Islam untuk bertoleransi, menghormati, dan menegakkan nilai-nilai humanistik antara agama dan kaum. Islam, sebagai agama yang berlandaskan keamanan sejagat, umat-umatnya perlulah memain peranan aktif dalam mengeratkan semangat perpaduan, harmoni dan persaudaraan sesama umat islam tidak kiralah mazhab atau kefahaman Islam mereka.

Projek Dialog berpegang teguh dengan prinsip berdialog, dan kami menggalakkan niai-nilai humanistik dan universal di kalangan umat manusia.

VERMOX
]]>

Surviving on minimum wage

by Ivy Kwek, guest columnist. In February I started a little experiment for myself. Taking the cue from the recently announced minimum wage, which has been set at RM900 by the government (RM800 for East Malaysia), I decided to try to live within the means of the said amount. Much has been said about the suitability of the minimum wage, namely on whether it is possible and whether it is good for the economy. Even after the implementation of the minimum wage has been justified, the debate continues as to how much a minimum wage should be.  One side, particularly the business owners, claims that RM900/month is too high and unsustainable. The other side of the fence thinks that it is too low for survival. Yet, not many seem to be based on a more humane consideration – Just how possible is it to live with such meager salary? And if it is not, how could the other arguments even stand? Hence I decided to try it out for myself. The Essentials As a single person who lives in Bangsar), I pay a rent of RM370 per month for a room. I take the bus to work, which costs me RM1 per trip and hence RM2 per day, and hence approximately RM40 for 20 working days in a month (approximately RM10 extra for other trips outside of work). In addition, I pay a phone bill of RM50. That would leave me with RM430. Initially, I do not know how drastic a change I need to adapt in order to fit into the budget. I decided to take a gradual approach in changing my lifestyle. I still allow myself to do some minimal driving, particularly at night since I feel unsafe taking public transport at late hours. Furthermore, bus routes in Kuala Lumpur are only effective at limited destinations. Nonetheless, I manage to limit my petrol consumption to RM60. I made a trip out of KL, partly at the courtesy of others, of which I paid a nominal RM50, and I went home for Chinese New Year with the cheapest travel option available – round trip by bus –  that costs me RM70. Deducting all this non-food expenditures, I’m left with the balance of RM250. Assuming that I eat 2 meals per day, hence 60 meals in a month, I can only afford to spend less than RM5 a meal. I still eat out but opt for cheaper options, such as local stalls, particularly Mamak stalls. At the end of the month, my food bill came out to RM388, i.e. an average of RM6.50 per meal. Emergency and Festivals Of course, the attempt to fit the food expenditure into the budget is unrealistic as that assumed that no emergency fund would be needed. Indeed, an emergency situation did occur. On the 3rd day of Chinese New Year, I fell down and hurt some joints which required a medical bill of RM47 (Fortunately for me, it will be reimbursed by my employer). Half way through the month, my phone charger decided to fail on me and I spent another RM30 to replace it (some might not agree that mobile phone is a necessity, but I would argue that it has become one in the increasingly technology-reliant society). In fact, when I was celebrating Chinese New Year, I was holding not more than RM200 in my wallet. I decided to ‘shrink’ my yearly Angpows for my parents to RM50 each, hence after the RM100 ‘fine’, I’m only down with some loose changes, of which I would have been done for. But thanks to the Chinese culture which favours the single person, I actually managed to collect enough Angpows to break even, with some surplus. Hence I survived. There are a few occasions when I struggled with social pressures. A few reunions with friends were being planned, and some were to take place in restaurants that could not fit my budget. I can’t expect others to follow suit, which is why some meals were more expensive. Due to other co-incidental factors, I actually skipped reunions twice. That would easily cost me another RM100 at RM50 per meal, each. On top of that, there are many hidden costs – I did not include my monthly allowance to my parents in the RM900 budget as it would make the experiment highly impossible. Moreover, the car I am using is inherited from the family and hence no monthly installments were needed; other essentials such as toiletries, electric goods and furniture have not worn out that month and hence did not incur expenditure. Compromises I’ve heard arguments, surprisingly many from young professionals, that it is actually possible to survive within RM900. My response would be: Can anyone afford not to? My point is, however little a person earns, one has to find ways to survive, indeed we have seen many workers who survived even before the minimum wage policy was implemented. The question of the exercise is not whether it is possible or not, but rather, what kind of compromises one needs to make when one has so little to sustain on? What would a low income earner need to be deprived of? Perhaps it would not make sense for a minimum wage earner to be spending almost half his salary on accommodation. That would mean that he/she has to either stay far away from town, which would then increase traveling costs, therefore reducing their quality of life/time spent with family; or share a room with someone else and compromise on his/her living condition and private space. It is perhaps not surprisingly now to know that many foreign workers who, until recently, earn below minimum wage, would cram themselves in a house, some up to 20 people under one roof. Of course, in some cases, especially for the migrant workers, accommodation is provided by employers. Secondly, one of the first aspects that a low income earner would have to give up is recreational activities or non-essential spending, or switch from the expensive options to the cheaper one. Hence, instead of shopping malls, I started going to parks (of which, unfortunately there are not many good ones in KL). Instead of patronizing cafes, I hang out at Mamak stalls to catch up with my friends. I only went for the movies once, courtesy of a friend, and have only bought a new T-shirt at RM17. More so, perhaps one of the most stressful parts of living on a minimum wage is the psychological pressure that comes with the lack of financial power – the need to track every bit of expense. Sometimes, this would mean forgoing the drink during meals (or snacks!), or sticking to the same type of food every day for the lack of choices; sometimes, bearing the hidden social discrimination for not being able to consume the way the ‘better-to-dos’ in your social circle actually do (especially in festivals and special occasions); sometimes, it would mean less convenient options (eg. public transport over private cars), sometimes, having no luxury to allow yourself to fall into a situation where emergency funds need to be employed (such as falling sick, having your money stolen or getting fines from the police). What happens when there are mouths to feed? When I first announced my intention to do this, many friends were initially interested in joining me, but eventually did not, due to concerns over their family, especially those with small children. Indeed, many of the minimum wage earners have families with dependents too. If it is so hard for a single person, how would it be like for a family with RM1800 (assuming that both the adults work and earn a minimum wage) or less? Meanwhile, our country’s poverty line is defined as a family of four earning less than RM763 per month. This would include children that are still feeding, or in schools, an age where nutrition and education is extremely important and cost-incurring. Yet, under the Malaysian statistical definition, a family is not considered poor if it earns more than RM763 per month. Multidimensional approach to poverty While I believe that the ultimate solution is to increase the disposable income for workers, there are also other policies that could improve the quality of life of low income groups. For example, better public transport with accessible routes and affordable fares, which can boost the mobility of the low income group without increasing their travel costs drastically; as well as more and better managed public spaces, such as community parks that are not profit-driven, as an outlet for leisure. While I used to disregard the effectiveness of the government’s and charitable organizations’ effort to provide short-term aid, such as low cost housing (eg. Program Perumahan Rakyat), affordable healthcare (eg. 1Malaysia clinic), and cheaper meal options (eg. Menu 1 Rakyat), I am now less skeptical about it, wishing only that it could be given more serious thought in its implementation, as well how they can serve the poor with dignity and not in a condescending manner. The Survival Project In the end, I did over budget, above RM900. Perhaps, as some might argue, that the expenditures can be further slashed to fit into that budget, say if I share my already small room with another person to halve the cost, strictly limiting every meal to less than RM5, or if I forego all kinds of cost-incurring recreation. But that would be a life of utmost deprivation, surely not a life of decent comfort.

Items

Amount

Accommodation

RM 370

Transport

  • Public

  • Car

RM 50

RM 60

Food

RM 388

Phone

RM 50

Others:

Medical

Phone charger

Outstation Trip

T-shirt

RM 47

RM 30

RM 50

RM 17

Festivals:

Angpows for parents

Transport (Balik Kampung)

RM 100

RM 70

Total

RM1232

I would leave it to the public to decide if RM900 is a sensible amount for a human being to live with dignity and without deprivation. More so, I invite all to join in this experiment, of which I take the liberty to call ‘The Survival Project’, to experience for yourselves how financial means affect one’s life – particularly for the policymakers, who seem confident that the amount is sufficient and humane, to walk the talk and survive the life they deem possible. For more on The Survival Project, click here: https://www.facebook.com/pages/The-Survival-Project/345923475521144?ref=hl
VERMOX
]]>