Projek Dialog

Kalimah “Allah” dan agama Kristian

Bible versi Bahasa Malaysia?” Mungkin demikian antara persoalan dan pertanyaan yang muncul dalam fikiran orang awam sejak belakangan ini. Hal ini tidaklah menghairankan kerana gambaran yang diberikan oleh kebanyakan media arus perdana adalah seolah-olah orang Kristian di Malaysia tiba-tiba sahaja mula menggunakan kalimah “Allah”. Satu lagi sentimen atau hasutan yang disebarkan secara amat halus oleh puak tertentu adalah bahawa “bahasa Melayu” adalah milik “orang Melayu” dan apa-apa bahan yang ditulis menggunakan bahasa itu ditujukan khusus kepada orang Melayu. Akibat hasutan terancang yang dilakukan puak etnosentrik, ultra kiasu, fanatik dan rasis tertentu, orang ramai terus terkeliru dan tidak tahu fakta sebenar yang sebenarnya berada di depan mata. Makalah ini tidak bertujuan mempertikaikan atau memperlekeh mana-mana pihak – khususnya mahkamah dan agama Islam – tetapi sekadar berkongsi pelbagai maklumat (fakta) yang wajar diketahui umum. Sekurang-kurangnya pembaca akan tahu pelbagai perkara yang mustahil disebarkan menerusi media arus perdana yang dikuasai golongan politik tertentu. (Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini, biar saya nyatakan bahawa kandungan makalah ini mungkin tidak sesuai bagi sebahagian pembaca beragama Islam kerana terdapat pelbagai unsur dan fakta mengenai agama Kristian. Anda boleh membaca makalah ini atas pilihan sendiri. Harap maklum.) Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ibrahim Ali dilaporkan menghasut orang Melayu membakar kitab Bible versi “bahasa Melayu” di Pulau Pinang pada Januari 2013 dan tindakan menghasut itu disokong penuh oleh penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad (Free Malaysia Today, 6 Februari 2013). Selewat-lewatnya sejak awal tahun ini, saya berusaha mendapatkan maklumat yang tepat dan objektif daripada rakan-rakan pelbagai kaum beragama Kristian berhubung penggunaan kalimah “Allah” dalam Al-Kitab (Injil/Bible) versi Bahasa Malaysia. Untuk rekod, rakan-rakan pelbagai kaum yang saya maksudkan bukan kelompok yang baru memeluk agama Kristian. Sebaliknya mereka adalah daripada keluarga yang beragama Kristian sejak turun-temurun; jauh sebelum kelahiran Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin dan Ridhuan Tee Abdullah. Rakan-rakan beragama Hindu, Sikh, Buddha, Islam dan sebagainya yang berfikiran matang turut berkongsi pandangan dalam dialog santai mengenai isu ini dari semasa ke semasa. Usah lupa bahawa Nabi Muhammad juga menggalakkan dialog antara agama. Menangkis tohmahan, hasutan dan penyelewengan fakta Pada 16 Mei 2013, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang beribu pejabat di Petaling Jaya mengedarkan kenyataan bertajuk “Bila, Mengapa dan Bagaimana Kristian Menggunakan Kata Allah” untuk rujukan dan panduan para penganut agama Kristian. [caption id="attachment_2241" align="alignleft" width="290"]PD 1CFM Kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi membimbing penganut Kristian.[/caption] Sebagai seorang penganut agama Hindu yang mengamalkan konsep inter-faith serta mendalami pelbagai agama utama di Malaysia, saya mendapati bahan edaran itu sangat berguna dalam usaha menangkis pelbagai tohmahan, kritikan, penyelewengan fakta dan hasutan yang dilakukan puak tertentu. Suatu fakta menarik dan penting untuk diperhatikan adalah berhubung penterjemahan kitab suci agama Kristian kepada Bahasa Malaysia. Gambaran umum yang cuba diberikan puak tertentu adalah seolah-olah Bible versi Bahasa Inggeris diterjemah kepada Al-Kitab versi Bahasa Malaysia. Untuk rekod, Al-Kitab adalah terjemahan berdasarkan teks asal Bahasa Ibrani dan Yunani. Kita perlu menyedari serta menerima hakikat (fakta) bahawa kata/kalimah “Allah” dalam Bahasa Ibrani dan Arab mempunyai bentuk akar yang sama. Kitab Bible dalam versi Bahasa Arab juga menggunakan kalimah “Allah”. Sehingga hari ini, tiada sebarang masalah di negara-negara Islam lain apabila kalimah “Allah” dikekalkan dalam kitab suci agama Kristian. (Mungkinkah keimanan penganut Islam di negara-negara itu lebih kuat berbanding orang Melayu di Malaysia?) Menurut kenyataan CFM, lebih 60 peratus penganut agama Kristian daripada kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia pada masa kini membaca Al-Kitab versi Bahasa Malaysia, menggunakan Bahasa Malaysia secara lazim serta berdoa juga dalam Bahasa Malaysia. Usah kita lupa – atau buat-buat lupa – bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. Malah, Al-Kitab versi “bahasa Melayu” yang mula-mula diterjemahkan pada tahun 1731 sudah sedia menggunakan kalimah “Allah”. Maka, jangan percaya pada fitnah, pembohongan dan hasutan yang disebarkan puak tertentu bahawa gereja-gereja di Malaysia tiba-tiba mula menggunakan kalimah “Allah” untuk mengelirukan kaum tertentu dan memujuk kaum tertentu memeluk agama Kristian. Kitab salat-as-sawai (Katekismus Kristian) versi “bahasa Melayu” ditulis pada sekitar tahun 1514 dan terbit (dicetak) hampir 30 tahun kemudian. Pada 1629 pula terbit Injil Matius versi “bahasa Melayu”. Kitab-kitab ini (serta banyak lagi) menggunakan kalimah “Allah” apabila merujuk kepada Tuhan atau Pencipta. “Fakta yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa sejak agama Kristian datang ke Nusantara (Kepulauan Melayu) lebih 500 tahun dahulu, kalimah ‘Allah’ sudah digunakan dalam teks dan kitab agama Kristian yang diterjemah ke bahasa Melayu yang merupakan bahasa perantaraan (lingua franca) pada waktu itu,” kata Perzeus James, pensyarah di Sekolah Perakaunan dan Perniagaan, Kolej FTMS, Bukit Jalil. Malah, semua orang yang tahu perkembangan tamadun manusia dan agama-agama utama dunia pasti akan menyedari dan mengakui hakikat bahawa kalimah “Allah” sudah digunakan jauh sebelum kelahiran Rasulullah dan sebelum baginda menerima wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibril. Jangan kelirukan penganut agama Kristian [caption id="attachment_2243" align="alignleft" width="246"]Injil Matius (1629) sudah menggunakan kalimah “Allah”. Injil Matius (1629) sudah menggunakan kalimah “Allah”.[/caption] Dalam pelbagai hujah di media arus perdana dan dalam kalangan puak tertentu, pandangan (kebimbangan) yang diluahkan adalah bahawa genarasi muda Melayu akan “keliru” dan keimanan mereka tergugat sekiranya kalimah “Allah” digunakan dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia. Pernahkah kita terfikir atau berfikir tentang kekeliruan yang (mungkin) boleh wujud dalam kalangan penganut agama Kristian di Malaysia sekiranya penggunaan kalimah “Allah” oleh orang “Bukan Islam” (Tidak Islam) diharamkan? Kebimbangan ini turut dikongsi CFM dan beberapa rakan beragama Kristian yang saya temui. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Allah” adalah istilah Bahasa Arab bagi “Tuhan (Yang Esa)” sementara “Tuhan” adalah “Allah yang mencipta alam semesta”. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (edisi pertama dan kedua) juga mengesahkan bahawa “Tuhan” membawa makna “Allah yang mencipta alam semesta”. Sementara itu, Kamus Inggeris-Melayu Dewan menjelaskan “God” sebagai “Tuhan; (in Islam) Allah”. Ada pihak yang pernah bermati-matian menegaskan bahawa semua perkataan dan istilah dalam Kamus Dewan “hanya harus dilihat dari perspektif pandangan Melayu dan bukan dari kaca mata kaum-kaum lain” (The Malaysian Insider, 18 April 2011). Maknanya, terbukti bahawa “dari perspektif pandangan Melayu”, tiada salahnya jika kalimah “Allah” digunakan apabila merujuk kepada Tuhan. (Kecuali ada puak yang mahu menegaskan dan menyebarkan fahaman – ajaran sesat – bahawa ada lebih daripada satu Tuhan!) Di sisi yang lain pula, CFM berpendirian bahawa dalam Bahasa Malaysia, “Allah” bermakna “Tuhan” dan “Tuhan” bermaksud “Lord”. “Apabila kita membaca Al-Kitab, ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu ‘Allah’ (dalam Al-Kitab) tidak boleh digantikan dengan ‘Tuhan’,” kata kenyataan rasmi itu. Sejak zaman kanak-kanak di Aulong Lama, Taiping, saya sering ke gereja (selain ke rumah-rumah ibadat agama-agama lain). Sesungguhnya penganut Kristian menggunakan istilah “Tuhan” (Lord) apabila merujuk kepada Jesus (Nabi Isa) iaitu “Lord Jesus” (Tuhan Yesus). [caption id="attachment_2242" align="alignleft" width="300"]“Allah” dan “Tuhan” membawa makna berbeza dalam Al-Kitab. “Allah” dan “Tuhan” membawa makna berbeza dalam Al-Kitab.[/caption] Maka, secara logik, sekiranya kalimah “Allah” (God) dalam Al-Kitab ditukar/diubah menjadi “Tuhan” atas desakan puak-puak tertentu yang takut bayang-bayang sendiri, maka akan timbul kekeliruan pula dalam kalangan penganut agama Kristian. Kebimbangan yang berasas ini turut dilahirkan CFM dan beberapa rakan beragama Kristian. Kita sering diminta supaya “simpati” terhadap nasib anak-anak Melayu yang mungkin terkeliru jika kalimah “Allah” dikekalkan dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia – seolah-olah anak-anak Melayu di Malaysia memang sangat suka membaca kitab itu! Apa kata kita menggunakan “empati” untuk memahami kekeliruan yang bakal wujud dalam kalangan anak-anak muda beragama Kristian jika istilah “Tuhan” digunakan untuk menggantilah kalimah “Allah” dalam Al-Kitab. Jangan lupa bahawa istilah “Tuhan” (Lord) sudah sedia ada dalam kitab berkenaan bagi merujuk kepada Jesus. Larangan tambahan bakal menyusul? Contoh yang dikemukakan oleh CFM boleh membantu kita memahami hakikat ini. Dalam Yesaya (41:13, 43:3 dan 51:51), terdapat ayat “For I am the Lord, your God …” Ayat berkenaan diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu …” dalam Al-Kitab: Berita Baik (2001) terbitan rasmi The Bible Society of Malaysia. “Ia akan mewujudkan situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa ‘Lord, God’ (Tuhan, Allah) sebagai ‘Tuhan, Tuhan’. Pengulangan kata ‘Tuhan, Tuhan’ menunjukkan sifat jamak dalam Bahasa Malaysia; dan seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan banyak Tuhan. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” kenyataan CFM bertarikh 16 Mei 2013 menegaskan. Rata-rata penganut agama Kristian – serta rakan-rakan “Bukan Kristian” yang memahami ajaran sebenar agama masing-masing – merasakan bahawa jika hak menggunakan kalimah “Allah” dalam Al-Kitab dinafikan, tindakan itu sebenarnya bertentangan dengan hak kebebasan beragama mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 (3) menyatakan dengan jelas bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal berkaitan agama masing-masing. Selain daripada itu, usah kita lupa bahawa apa-apa fatwa (arahan) yang dikeluarkan tidak terpakai terhadap orang Bukan Islam (Tidak Islam). Penganut agama Kristian juga bimbang bahawa sekiranya mereka akur pada “arahan” dan “larangan” menggunakan “Allah” dalam Al-Kitab, maka arahan dan larangan susulan akan datang bertali-arus. Misalnya, penggunaan istilah “Al-Kitab”, “firman”, “rasul”, “iman”, “ibadah”, “Injil”, “wahyu”, “nabi”, “syukur”, “solat” dan “doa” yang sebenarnya sedang cuba disekat oleh pihak tertentu sejak 1986. “Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata ‘Allah’, bermakna hak untuk menyunting kitab sudi agama kami telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini akan menjadi suatu perkara yang memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan,” kata kenyataan CFM yang tentu sahaja tidak disiarkan media arus perdana. Saya memuji ketegasan CFM dalam mempertahankan hak terhadap kandungan Al-Kitab dan hak orang Kristian menggunakan Bahasa Malaysia. Dalam pada itu, sama-samalah kita berharap dan berdoa (mengikut agama masing-masing) supaya puak tertentu yang masih takut pada bayang-bayang sendiri akan segera mendapat petunjuk daripada Tuhan Yang Esa. Baru-baru ini, apabila saya mengulangi pendirian bahawa satu-satunya pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mempamerkan “pemikirannya yang begitu sempit” dan “dakwah negatif” dengan menyeru saya “kenapa tidak sahaja memeluk Islam” (19 Julai 2013). Memandangkan pada kali ini saya mengemukakan hujah-hujah yang menyokong pihak gereja dan agama Kristian, saya mengandaikan bahawa pertubuhan itu akan segera menyeru saya memeluk agama Kristian. Apa-apa pun, terima kasih sahajalah atas keprihatinan dan minat anda terhadap pegangan agama saya. “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 6)

]]>

Kisah puasa

Sami Buddha tidak makan selepas tengah hari. Sami Buddha tidak makan selepas tengah hari.[/caption] Maka, saya memilih untuk memperkatakan mengenai amalan berpuasa dalam konteks di luar tuntutan agama Islam. Perkara pertama yang muncul dalam fikiran adalah kejadian sewaktu kontroversi novel Interlok: Edisi Murid (2010) masih hangat diperkatakan. Pada Mei 2011, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (National Interlok Action Team; NIAT) mengadakan sidang media bagi kali yang entah keberapa puluh dan mengumumkan akan mengadakan mogok lapar (berpuasa) sebagai langkah mendesak kerajaan “menghapuskan dan memansuhkan” novel Interlok: Edisi Murid (2010) dan Interlok (1970) edisi asal. “Kita [sic] sanggup lakukan mogok lapar. Kami bukan berpuasa, tetapi berlapar. Tidak makan berhari-hari. Kita akan berjuang habis-habisan sehingga kerajaan menghapuskan novel Interlok ini,” kata pengerusi NIAT (The Malaysian Insider, 28 Mei 2011) Sebaik mendapat tahu mengenai cadangan itu, saya hanya mampu menampar dahi dan menggeleng-geleng. Pengerusi NIAT adalah seorang individu beragama Islam. Apa yang saya tahu sejak zaman kanak-kanak adalah bahawa seseorang yang beragama Islam melafazkan niat “sahaja aku berpuasa kerana Allah” dan bukan bagi apa-apa tujuan lain. Maka, niat NIAT agak merunsingkan saya kerana boleh mengundang pelbagai kontroversi yang tidak diingini. Mujurlah NIAT kemudian membatalkan niat mengadakan mogok lapar (berpuasa) selepas berita mengenai cadangan itu sudah tersiar di pelbagai media; khususnya akhbar Tamil. [caption id="attachment_2210" align="alignleft" width="300"]Waythamoorthy pernah berpuasa sebelum menjadi “anak emas” Najib. Waythamoorthy pernah berpuasa sebelum menjadi “anak emas” Najib.[/caption] Pada April 2013, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf), P. Waythamoorthy mengadakan mogok lapar (berpuasa) sehingga akhirnya berjaya menjadi “anak emas” pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak. Kisah menarik itu sudah sedia diketahui umum. Seorang lagi individu bernama Shanjay juga dilaporkan mengadakan mogok lapar di Padang Cheti, Klang pada sekitar masa yang sama. Khabarnya niat “berpuasa hingga mati” itu juga dibatalkan selepas dipujuk oleh beberapa politikus dari Pakatan Rakyat (PR). Mogok lapar atau tindakan nekad “berpuasa hingga mati” seperti dilakukan oleh “Wira-wira Hindraf” ini bukanlah sesuatu yang baru dalam budaya India. Pasti semua orang – termasuk puak etnosentrik yang menjadi katak di bawah tempurung – tahu mengenai Mohandas K. Gandhi (Mahatma Gandhi) yang banyak kali mengadakan mogok lapar sebagai sebahagian daripada siri protes politik dan protes sosial menentang British. Mogok lapar seperti itu yang dianggap berciri ahimsa (tanpa kekerasan) turut bertujuan membawa kesedaran kepada pihak tertentu mengenai isu yang menjadi punca “puasa hingga mati” itu diadakan. Mogok lapar yang dibuat oleh Waythamoorthy dan Shanjay – serta hampir sahaja dilakukan oleh pengerusi NIAT – mengingatkan saya kepada konsep santhara dalam amalan agama Jain. Dalam amalan itu, seseorang yang memilih untuk “berpuasa hingga mati” tidak akan akur pada pujuk-rayu atau janji-janji daripada pemimpin BN atau PR (misalnya). Mengikut ajaran Jain, orang yang meninggal dunia berikutan amalan santhara tidak boleh dikira sebagai membunuh diri; sebaliknya berjaya menghapuskan karma negatif pada kehidupan ini. Dalam agama Islam pula, boleh dikategorikan sebagai salah satu dosa besar. Seorang aktivis keturunan Mexico di Amerika Syarikat, Cesar Chavez dilaporkan mengadakan mogok lapar berciri ahimsa selama 25 hari pada tahun 1968. Ketua kesatuan pekerja dan petani itu juga menggalakkan para pengikutnya berpuasa sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan. Para penganut agama Kristian – serta penganut agama Islam – tentu sedia maklum akan insiden Jesus (Nabi Isa) berpuasa selama 40 hari, 40 malam semasa berada di padang pasir; sementara Syaitan pula dilaporkan cuba mempengaruhi Jesus supaya menggunakan mukjizat untuk menukar batu-batan menjadi roti dan memakannya. Ada juga agama melarang berpuasa Penganut agama Kristian turut mengamalkan puasa mengikut mazhab masing-masing. Malah, ada juga mazhab tertentu yang tidak menggalakkan penganutnya berpuasa atas alasan tersendiri. Penelitian terhadap Roman Katolik, Anglikan, Protestan dan sebagainya boleh membantu pemahaman orang ramai terhadap hal ini. [caption id="attachment_2211" align="alignleft" width="300"]Kitab Guru Granth Sahib menegah amalan berpuasa. Kitab Guru Granth Sahib menegah amalan berpuasa.[/caption] Agama Sikh dikatakan ada banyak persamaan dengan agama Islam. Malah, istilah “Allah” digunakan dalam kitab suci Guru Granth Sahib untuk merujuk kepada Tuhan. Mungkin puak tertentu yang (sengaja) menimbulkan kekecohan berhubung penggunaan istilah “Allah” oleh orang Bukan Islam (Tidak Islam) terlepas pandang akan hakikat ini. Berbalik kepada soal berpuasa, agak menarik untuk diperhatikan bahawa agama Sikh tidak menggalakkan penganutnya berpuasa; kecuali bagi tujuan perubatan dan kesihatan. (Harap maklum: Dibenarkan berpuasa bagi tujuan perubatan dan kesihatan; bukannya dibenarkan tidak berpuasa atas alasan perubatan dan kesihatan seperti yang kadang-kadang kita temui dalam kalangan rakan-rakan beragama Islam.) Kesemua lima Guru dalam agama Sikh tidak menggalakkan pengikut agama itu berpuasa kerana amalan berkenaan dikatakan tidak membawa apa-apa manfaat dari segi kerohanian. Malah, kitab Guru Granth Sahib menegaskan bahawa orang Sikh yang berpuasa “mendapat manfaat kurang daripada satu cangkerang” (are rewarded with less than a shell) kerana seseorang yang tidak makan (berpuasa) dianggap menyeksa diri. Suatu perkara yang mungkin tidak diketahui umum adalah bahawa Guru Granth Sahib juga secara khusus menyatakan bahawa penganut agama Sikh tidak perlu berpuasa, khususnya pada bulan Ramadan. Bagi sesiapa yang membaca kisah Siddharta Gautama Buddha pasti tahu bahawa putera itu pada asalnya beragama Hindu. Maka, dalam usahanya “menemui Tuhan”, Siddharta berpuasa dan hanya makan sedikit makanan selama bertahun-tahun dia melakukan pertapaan. Malangnya, putera itu gagal mencapai moksha dan nirvana yang diinginkannya. Hanya selepas itu Siddharta mencapai budhi dan mengasaskan ajaran agama Buddha. Sejak itu, Siddharta Gautama Buddha mengajar para pengikutnya supaya makan secara sederhana (moderate) dan bukannya berpuasa (tidak makan langsung). Kalau kita berpeluang bertemu sami-sami Buddha, ramai yang akan menceritakan bahawa mereka lazimnya tidak makan selepas waktu tengah hari. Amalan itu tidak dianggap sebagai “berpuasa” (tidak makan) tetapi sebagai disiplin diri berdasarkan ajaran “makan secara sederhana” yang ditekankan oleh Siddharta Gautama Buddha. [caption id="attachment_2212" align="alignleft" width="300"]Penganut Baha’i berpuasa pada bulan ke-19. Penganut Baha’i berpuasa pada bulan ke-19.[/caption] Di Malaysia, ramai juga penganut Baha’i walaupun mereka mungkin disangka orang Hindu. Pada bulan Ala (sekitar Mac) mengikut kalendar Baha’i, para pengikut berpuasa dari waktu matahari terbit hingga matahari terbenam berdasarkan panduan lengkap yang terkandung dalam Kitab-i-Aqdas. Sebagaimana konsep “puasa” dalam Islam, penganut Baha’i juga tidak makan, minum atau merokok sepanjang tempoh berpuasa. Individu berumur bawah 15 tahun dan lebih 70 tahun dikecualikan daripada syarat perlu berpuasa. Wanita mengandung, ibu yang menyusukan bayi, pesakit kronik dan wanita yang datang haid juga diberikan pengecualian. Bagi golongan buruh yang terpaksa bekerja menggunakan tenaga yang banyak, mereka dibenarkan tidak berpuasa tetapi diminta tidak makan di hadapan orang ramai. Malah, jumlah makanan yang dijamah perlukan kurang berbanding hari biasa. Semoga catatan serba ringkas ini membuka mata dan minda kita untuk menyedari hakikat bahawa “berpuasa” bukan amalan atau tuntutan dalam agama Islam sahaja. Sebaliknya masyarakat pelbagai kaum dan agama turut mengamalkannya mengikut cara tersendiri – tanpa “heboh” dan “bikin kecoh”.

]]>

Perpaduan menerusi baca cerpen

Interaksi penting bagi memupuk perpaduan. Interaksi penting bagi memupuk perpaduan.[/caption] Dari semasa ke semasa, Kavyan mendapat bantuan dana daripada DBP. Sumbangan bahan bacaan pula sering dihulurkan oleh PNM, Kumpulan Media Karangkraf dan Gemilang Publishing. Sokongan moral dan sumbangan tenaga diperoleh daripada pelbagai pihak yang sudah maklum akan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan sejak 1999. Ramai yang membayangkan Kavyan sebagai sebuah organisasi besar dengan sumber kewangan yang lumayan. Andaian ini berdasarkan keaktifan kumpulan ini merancang, mengendalikan dan menjayakan pelbagai acara yang melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di hampir seluruh negara. Sebenarnya, Kavyan bergerak tanpa dana yang besar. Kekuatan utama entiti ini adalah penglibatan sekumpulan penulis dan peminat sastera pelbagai kaum yang menawarkan diri secara sukarela. Pasti sahaja tiada sebarang pulangan – atau habuan – material dan kewangan. Dalam perkembangan terbaru, berlangsung “Lawatan Penulisan Kavyan” ke Ipoh, Taiping dan Permatang Pauh. Penyelaras projek, Kughan Nadarajah berjaya melaksanakan acara itu dengan kos yang paling minimum. [caption id="attachment_2190" align="alignleft" width="300"]Aktiviti Kavyan secara sederhana tetapi berkesan. Aktiviti Kavyan secara sederhana tetapi berkesan.[/caption] Program itu yang berlangsung pada 29-30 Jun 2013 turut diisi dengan acara persembahan cerpen di Restoran Nachi’s Indian Cuisine, Ipoh; taman permainan di Taman Tasik Taiping; dan Zammaz Nur Villa Homestay, Permatang Pauh. Sokongan padu pelbagai pihak Selain daripada melawat Kampung Kacang Puteh di Buntong, menikmati suasana nyaman di Taman Tasik Taiping dan turun ke sawah yang menghijau di Permatang Pauh, peserta turut mengambil bahagian dalam bengkel penulisan dan bengkel membaca cerpen. Seperti biasa, suasana harmoni dan persaudaraan begitu nyata dalam kalangan para peserta pelbagai kaum dan agama. Berlaku juga dialog secara santai berkaitan bahasa, sastera, budaya, agama dan pelbagai topik lain yang mungkin dianggap terlalu sensitif untuk dibincangkan dalam persatuan penulis lain. Bagi meneruskan kempen galakan membaca, majalah-majalah sumbangan Kumpulan Media Karangkraf diberikan sebagai cenderamata kepada penonton yang hadir menyaksikan acara “Baca Cerpen Kavyan” di ketiga-tiga lokasi. Acara ini juga boleh dianggap sebagai kesinambungan kepada “Baca Cerpen Kavyan” yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 2 September 2003 di Galeri Shah Alam. Malah, acara baca cerpen dan baca novel yang dipelopori oleh Kavyan sudah menjadi acara bulanan dalam skala kecil dan sederhana. Memandangkan Kavyan tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik – serta tidak mengharapkan sumbangan dana daripada mana-mana politikus yang berkepentingan – maka segala aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan secara bebas tanpa perlu terikat pada “restu” politikus. Mungkin inilah kelebihan Kavyan berbanding beberapa pihak lain. [caption id="attachment_2191" align="alignleft" width="300"]Acara “baca cerpen” sudah sinonim dengan Kavyan. Acara “baca cerpen” sudah sinonim dengan Kavyan.[/caption] Selepas kejayaan “Lawatan Penulisan Kavyan”, aktiviti bulanan yang dirancang adalah “Jerayawara Kavyan” (Kavyan’s Roadshow) di mana wakil kumpulan ini akan membuat persembahan cerpen dan puisi di tempat-tempat awam. Dua lokasi yang menjadi pilihan awal bagi jerayawara adalah Dataran Shah Alam di Persiaran Sultan, Shah Alam dan Porta de Santiago iaitu tinggalan Kota A Famosa di Melaka. Tempat-tempat lain akan dipilih mengikut cadangan dan permintaan. Seperti biasa, Kavyan memastikan bahawa keseluruhan acara dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan karya-karya yang dipersembahkan semasa jerayawara adalah Sastera Kavyan, iaitu cerpen/puisi Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh penulis kaum India. Perlu dinyatakan bahawa idea bagi “Jerayawara Kavyan” dicetuskan oleh Shahrulnizam Abd Hamid yang menyelaraskan sesi persembahan cerpen semasa “Lawatan Penulisan Kavyan”. Usaha yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda menerusi “Buku Jalanan” di seluruh negara juga menjadi perangsang. Seterusnya, pada 1 September 2013 akan berlangsung acara “Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian” di Galeri Shah Alam sebagai mengimbas kenangan kejayaan acara yang diadakan sepuluh tahun dahulu. Pasti sahaja tidak akan ada rekod 384 cerpen dibacakan oleh 166 peserta pelbagai kaum dalam masa 96 jam 32 minit. Sebaliknya acara pada kali ini bertujuan meneruskan usaha memasyarakatkan sastera, mendaulatkan Bahasa Malaysia dan memupuk minat membaca secara berterusan dalam kalangan masyarakat. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang Penasihat Agung Kavyan sudah mengesahkan penyertaan. Orang ramai boleh melayari www.kavyan.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat “Baca Cerpen Kavyan” dan pelbagai acara lain yang dianjurkan bagi memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman menerusi aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya.  

]]>

Ayuh, cintai bahasa!

Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) Sesungguhnya Facebook sudah menjadi laman rangkaian sosial yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Sejak mula menggunakannya semasa bertugas sebagai editor kandungan berita di Bernama Radio24 pada Ogos 2008, saya menjadikan Facebook sebagai alat komunikasi utama; selain telefon bimbit dan e-mel. PD 1BahasaWalau bagaimanapun, sehingga kini, jumlah “rakan” saya di Facebook tidak ramai. Antara sebab utama adalah kerana saya tidak mahu membaca komen-komen dan paparan status yang “membunuh bahasa” – mana-mana bahasa. Maka, apabila ada orang mahu menambah saya sebagai rakan, awal-awal lagi saya akan mengingatkan mereka supaya tidak “membunuh bahasa” di dinding (wall) saya. Rakan-rakan yang mahu menulis komen bagi mana-mana catatan status, pautan atau foto di laman Facebook saya pula akan dinasihatkan supaya menyemak dengan teliti apa yang ditulis sebelum dipaparkan. Rata-rata rakan-rakan saya sedia maklum akan syarat ketat yang saya tetapkan dalam soal penggunaan bahasa. Tidak kurang juga “pembunuh bahasa” yang merajuk dan segera membuang saya dari senarai sahabat. Saya mengalu-alukan tindakan mereka dengan penuh syukur dan rasa gembira. Saya tidak akan melayan sesiapa yang tidak tahu (atau tidak mahu) menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin yang betul apabila berkomunikasi dengan saya menerusi Facebook. Selaras dengan usaha memartabatkan penggunaan bahasa yang betul, komen serta individu yang “membunuh” bahasa (mana-mana bahasa) akan dibuang serta-merta tanpa notis dan tanpa simpati. Demikian pendirian tegas saya. “Buatlah apa sahaja pada ruangan status dan dinding anda tetapi dinding Facebook saya bukan tempat untuk anda sewenang-wenangnya menganjurkan pesta membunuh mana-mana bahasa.” Demikian makluman awal yang saya nyatakan kepada rakan-rakan. Dari semasa ke semasa, saya meluangkan masa membuang (unfriend) sesiapa sahaja (ulang: sesiapa sahaja) yang tidak tahu membezakan antara “kah” dan “ke”, “what” dan “wat” serta “its” dan “it’s” apabila menulis komen di dinding saya. Malah, ramai juga individu yang mempromosikan diri di khalayak sebagai “pencinta bahasa” dan “pejuang bahasa” tetapi realiti berkenaan tahap kecintaan, keprihatinan dan usaha mereka memartabatkan bahasa – khususnya Bahasa Malaysia – dapat dilihat menerusi paparan pada akaun Facebook mereka. Memartabatkan bahasa di laman rangkaian sosial

PD 1LanguageTentulah saya sedar bahawa masing-masing berhak menulis apa-apa sahaja – dan dengan apa-apa gaya – pada dinding Facebook masing-masing. Saya menghormati hak itu dan tidak akan masuk campur dalam urusan “rumahtangga” orang.

Walau bagaimanapun, apa-apa yang ditulis pada ruangan status rakan-rakan pasti akan muncul pada paparan jalur masa (“timeline”) saya sendiri. Maka, bagi mengelakkan daripada terpaksa melihat segala macam “pembunuhan bahasa”, saya memanfaatkan fungsi “unfollow” yang tersedia tetapi kurang diketahui orang. Dengan cara itu, individu berkenaan masih kekal sebagai “sahabat” saya di Facebook tetapi segala paparan pada ruangan statusnya tidak lagi muncul secara automatik apabila saya mahu melihat senarai perkembangan rakan-rakan pada jalur masa. Berikutan tindakan saya meletakkan syarat-syarat ketat berhubung penggunaan bahasa yang betul, ramai juga yang pada mulanya bersemangat mahu menjadi sahabat saya di Facebook tetapi kemudian memutuskan untuk “membatalkan” persahabatan itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya tidak mahu menyesakkan minda dan Facebook dengan terlalu ramai kawan. Sekitar 500 orang sudah lebih daripada mencukupi. Bagi saya, kualiti sahabat adalah jauh lebih penting daripada kuantiti sahabat. Ada juga orang yang mengatakan bahawa saya sepatutnya tidak menyingkirkan (“unfriend”) rakan-rakan yang tidak tahu – atau tidak mahu – menggunakan bahasa yang betul semasa menulis komen pada dinding saya. Kononnya saya perlu membimbing mereka. Kononnya mereka perlu dikekalkan dalam senarai “sahabat” supaya mereka boleh terus belajar tentang penggunaan bahasa yang betul. Sebenarnya, jika benarlah mereka mahu belajar penggunaan bahasa yang betul menerusi paparan pada Facebook saya, mereka tidak semestinya menjadi “sahabat” saya. Mereka masih ada pilihan untuk memanfaatkan fungsi “follow” bagi tujuan itu. Atau mereka boleh melayari blog saya untuk belajar penggunaan bahasa yang betul seperti yang kononnya dihajati. Hasil penelitian saya sejak mula-mula menggunakan Facebook pada 2008, ada orang yang tidak menggunakan bahasa (mana-mana bahasa) dengan betul di Facebook dan sering memberikan alasan “this is social network, not school exam”. Sebenarnya, jika diteliti dan dipantau – misalnya selama tiga bulan, seperti yang biasanya saya lakukan – maka akan terbukti bahawa individu berkenaan sesungguhnya tidak tahu menggunakan bahasa (mana-mana bahasa) dengan betul. Mereka sengaja mengemukakan alasan “this is social network, not school exam” bagi menutup kelemahan diri. Bodoh sombong. Ramai juga pengguna Facebook yang bertegas mahu menggunakan Bahasa Inggeris di Facebook. Saya bukannya anti bahasa berkenaan; malah saya secara automatik berfikir dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, saya sakit hati melihat Bahasa Inggeris – atau mana-mana bahasa – dibunuh sewenang-wenangnya oleh individu yang “bodoh sombong”. Membetulkan apa yang biasa, membiasakan apa yang betul PD 1MaklumanSedarkah anda? Ramai pengguna Facebook di Malaysia tidak tahu membezakan antara “never” (tidak pernah sama sekali) dan “did not” (tidak). Komen yang sepatutnya ditulis “You did not invite me” sering ditulis sebagai “You never invite me”. Sering juga orang memaparkan status “I never eat rice” sedangkan apa yang dimaksudkan adalah “I did not eat rice”. Saya berusaha menggunakan Facebook untuk berkongsi maklumat berhubung penggunaan bahasa yang betul. Apabila ada masa dan ruang, saya memaparkan trivia yang boleh dijadikan panduan oleh sesiapa. Sering kali, trivia berkenaan adalah berdasarkan pengalaman serta apa yang saya sendiri belajar dan mahu amalkan. Istilah “cop” yang sering digunakan orang Malaysia sepatutnya disebut/dieja “cap”. Setahu saya, sebutan “cop” digunakan penutur bahasa Melanau (Sarawak). Dalam istilah Bahasa Malaysia, “chicken/mutton/pork chop” (makanan) disebut “cop ayam/kambing/babi”. Dalam permainan pingpong, istilah “heavy/double/soft chop” biasa digunakan. “Time stamp” sering ditulis sebagai “cop masa” sedangkan istilah sebenar adalah “cap masa”. Orang Brunei menggunakan “cop waktu” manakala orang Indonesia menggunakan “bubuh waktu”. Orang Kedah menggunakan istilah “cop” apabila merujuk kepada sejenis alat yang digunakan untuk mengupas kelapa atau menggali tanah. Istilah “cop” juga bermakna “menghembus” atau “meniup” dalam loghat Kedah. Apabila saya memaparkan trivia itu pada ruangan status Facebook baru-baru ini, Zaid Akhtar bertanya mengenai “cop sawit”. Setahu saya, istilah berkenaan merujuk kepada alat yang digunakan di ladang kelapa sawit. Mungki boleh dirujuk pada Kamus Dewan. Rakan dari Kota Kinabalu, Rafi Harumin bertanya apakah pengesahan (endorsement) pada pasport juga sepatutnya disebut “cap”. Sebenarnya, ya. Malangnya orang Malaysia sudah terbiasa menggunakan istilah yang salah (“cop”) sehingga apabila disuakan dengan istilah/ejaan yang betul (“cap”), sukar pula untuk menerimanya. Apatah lagi apabila pembetulan dilakukan oleh “orang Bukan Melayu”. Dalam pada itu, agak menarik juga untuk diperhatikan bahawa dalam konteks Bahasa Inggeris (versi United Kingdom; bukan versi Amerika Syarikat), frasa “get the chop” bermakna “dibuang kerja”. Izni Rahim pula meminta kepastian mengenai kata “cop” yang biasa digunakan apabila, contohnya, mahu menyatakan bahawa tempat duduk itu kita yang punya. Sebenarnya, “cop tempat” sepatutnya disebut “cap tempat” dengan erti kata kita sudah “tandakan” (mark/reserve/book) tempat itu untuk kita. Akan tetapi, sudah menjadi kelaziman sejak zaman kanak-kanak menggunakan frasa “cop tempat” (bahasa pasar). Kesantunan berbahasa usah dilupakan Memang seronok apabila berkongsi maklumat mengenai soal penggunaan bahasa yang betul! Saya suka melakukannya menerusi Facebook pada waktu santai supaya cepat sampai kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar. Apabila bercakap mengenai penggunaan bahasa yang betul, aspek kesantunan berbahasa juga perlu diberikan perhatian. Sesekali saya cuba membimbing, mendidik dan menegur rakan-rakan di Facebook dengan “mengajar” mereka gaya santun dalam percakapan dan penulisan. Jika berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa, misalnya, jangan menggunakan kata ganti nama diri kedua “awak”, “engkau”, “kau” atau “kamu”. Perkara ini sebenarnya sudah diajar sejak sekolah rendah tetapi memandangkan sistem pendidikan Malaysia hanya mementingkan markah, aspek kesantunan berbahasa sering dilupa. Harap maklum bahawa “engkau” dan “kau” tidak sesuai digunakan apabila berkomunikasi dengan “orang yang lebih dewasa” tetapi boleh digunakan apabila berkomunikasi dengan Tuhan (sebagai “Engkau” dan “Kau”). Apabila saya memaparkan teguran berkaitan kesantunan bahasa itu di Facebook, Shela Rasin bertanya sama ada kata ganti nama diri kedua “anda” boleh digunakan. Saya berusaha menjelaskan bahawa kata ganti nama diri kedua “anda” boleh digunakan kerana ia tidak membezakan umur, taraf dan kedudukan. Penggunaannya bersifat “neutral” apabila digunakan dalam komunikasi formal, tidak bersemuka atau apabila ditujukan kepada khalayak umum. Bagaimanapun, penggunaan “anda” elok dielakkan dalam komunikasi bersemuka; bergantung kepada kedudukan, taraf dan hubungan anda dengan orang itu. Contoh lazim kata ganti nama diri kedua yang digunakan dalam komunikasi bersemuka: tuan, puan, cik, pak cik, saudara, cikgu, encik, abang, kakak dan mak cik. Ayat “Cikgu/Puan/Kakak, awak sudah makan?” yang sering digunakan boleh sahaja dibetulkan kepada “Cikgu/Puan/Kakak sudah makan?” dan “Encik/Tuan/Pak cik, kamu perlu mengisi borang ini” kepada “Encik/Tuan/Pak cik perlu mengisi borang ini” supaya memelihara kesantunan berbahasa tanpa sedikitpun mengubah makna. Saya tahu bahawa tindakan saya (minoriti) menegur dan mengajar penggunaan bahasa yang betul menerusi Facebook kurang disenangi orang (majoriti). Akan tetapi, saya tidak memerlukan sesiapa “menyenangi” apa yang saya lakukan kerana tindakan saya adalah demi memartabatkan penggunaan bahasa (mana-mana bahasa) yang betul; bukan untuk “disenangi” oleh sesiapa. Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca makalah ini sepenuhnya. Semoga ada sesuatu yang dipelajari dan mampu dimanfaatkan supaya kita dapat sama-sama memartabatkan penggunaan bahasa yang betul dan penuh kesantunan. ]]>

Apa lagi penulis Melayu mahu?

Dana RM2 juta. Janji ditepati atau dicapati?[/caption] Berbalik pada dana khas itu, sama ada saya masih layak memohon dan sama ada permohonan saya akan dipertimbangkan adalah persoalan lain. Apa yang jauh lebih penting – serta menjadi cabaran kepada DBP – adalah dalam memastikan peruntukan yang dijanjikan oleh “kerajaan sementara” itu benar-benar masuk ke akaun DBP. Bak kata peribahasa Tamil, apa yang ada di dalam periuk, itulah nanti yang dapat dicedok dengan senduk. Pemberian dana khas oleh kerajaan bukanlah sesuatu yang baru. Pada tahun 2012, kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) untuk menerbitkan buku karya sasterawan tempatan (Utusan Malaysia, 21 April 2013). Saya teringat akan keluhan Ahmad J Husein (Suara Pakatan Daily, 19 Januari 2011) bahawa Pena serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) “tidak pernah mempedulikan nasib malang para penulis”. Penulis itu turut tertanya-tanya mengapa kerajaan “memberikan dana penerbitan bernilai jutaan ringgit kepada para penerbit untuk menerbitkan karya para penulis tanah air.” Bantuan dana oleh PNM, DBP Ahmad lebih bersetuju jika peruntukan khas disalurkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai dana pembelian buku-buku secara langsung daripada para penulis. Saya juga amat bersetuju kerana itulah tujuan sebenar dana berkenaan diperuntukkan oleh kerajaan. Namun, untuk berlaku adil, sesungguhnya PNM pernah membuka peluang kepada penulis tempatan memohon modal untuk memulakan penerbitan daripada Dana Penulis berjumlah RM2 juta yang disediakan. Bernama (23 April 2011) memetik Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar sebagai berkata bahawa dana itu diberikan kepada penulis yang menghasilkan (menerbitkan sendiri) karyanya seratus peratus. Penulis yang layak akan menerima RM25,000 dan PNM akan membeli serta mengedarkan buku tersebut kepada perpustakaan desa di seluruh negara. Dana Penulis yang diusahakan oleh PNM memang sangat membantu golongan penulis. Saya turut pernah berpeluang menikmatinya. Malah, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) membantu penulis lain seperti Lim Swee Tin dan Selina SF Lee mendapatkan dana itu memandangkan mereka “tidak mendapat maklumat” daripada persatuan penulis tertentu. Berbalik pada sumbangan RM2 juta yang diumumkan oleh Muhyiddin pada 15 April 2013, Aznan Bakar menyatakan harapan bahawa DBP yang diberi tanggungjawab dan amanah itu akan memastikan dana berkenaan sampai kepada golongan sasar (Utusan Malaysia, 19 April 2013). Kebimbangan ini memang berasas tetapi saya amat yakin (seratus peratus) bahawa Ketua Pengarah DBP, Awang Sariyan akan memastikan sendiri bahawa tidak ada sebarang ketirisan berlaku. Malah, saya yakin bahawa penilaian akan dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap permohonan yang diterima daripada penulis dan persatuan penulis yang layak. Apa yang lebih membimbangkan saya adalah sama ada dana RM2 juta itu akan benar-benar diluluskan sepenuhnya oleh kerajaan dan benar-benar disalurkan sepenuhnya kepada DBP. Mungkinkah nasib dialami “Penulis Tamil” turut terpaksa ditanggung “Penulis Melayu”? Dan jika perkara malang seperti itu berlaku, apakah Gapena dan Pena akan berdiam diri? Apakah Ketua Satu Gapena, Abdul Latif Abu Bakar akan berkata, “Hal-hal berkaitan sastera dan penulisan, kita (Gapena) tiada masalah dengan kerajaan. Kita anggap apa-apa yang kerajaan buat semuanya betul, ikut saluran” seperti pernah dinyatakan dalam suatu isu lain (“Gapena sokong haram buku, akta kekang penulis,” Malaysiakini, 19 Julai 2012)? Umum mengetahui bahawa pelantikan semula Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi penggal kedua pada 15 Mei 2013 dilihat oleh politikus dan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai “hadiah paling bermakna” memandangkan beliau menyambut ulang tahun kelahiran ke-66 pada tarikh sama. Cuma, saya berharap Muhyiddin tidak lupa tentang dana RM2 juta yang diumumkannya tepat sebulan sebelum itu (15 April 2013) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dalam usaha memancing sokongan golongan penulis menjelang PRU-13. Maklumlah, seperti kata Mahathir Mohamad, “Melayu mudah lupa”. Menurut sumber dalaman DBP, peruntukan dana khas RM2 juta itu adalah bagi melaksanakan lima inisiatif ke arah pembinaan bakat dan kemahiran penulis pelbagai kaum di negara ini yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Hanya ada empat penulis kaum India? Pertama, memberi sumbangan RM10,000 kepada setiap persatuan penulis bagi membiayai program pembudayaan bahasa dan sastera. Kedua, bantuan khas RM5,000 bagi penulis yang berminat menerbitkan dan memasarkan sendiri karya mereka. Ketiga, menampung kos bagi penulis menjalani program latihan di luar negara. (Seorang penulis wanita tersohor dilaporkan membuat kenyataan bahawa para penulis novel-novel Fixi terbitan Amir Muhammad tidak layak memohon. Mungkin penulis wanita itu mahu membolot semua wang untuk pergi mengembara ke seluruh pelosok dunia.) [caption id="attachment_2046" align="alignnone" width="300"]Khabarnya hanya empat penulis kaum India konsisten berkarya. Khabarnya hanya empat penulis kaum India konsisten berkarya.[/caption] Keempat, bagi membeli dan membekalkan buku sastera ke perpustakaan sekolah dan institut pendidikan guru. Kelima, menjadikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia sebagai acara tahunan. Terbukti bukan kesemua lima inisiatif itu “cadangan baru” sebaliknya gabungan baru dan lama. Sekadar penjenamaan semula. Apabila bercakap mengenai penulis yang menghasilkan karya bahasa kebangsaan, tentulah bukan hanya terhad kepada “Penulis Melayu”. Dalam akhbar Mingguan Malaysia (26 Mei 2013) dinyatakan bahawa terdapat 87 penulis “Bukan Melayu” yang menyuburkan persuratan kebangsaan pada dekad 1990-an. Dinyatakan bahawa jumlah itu “menurun kepada 63 pada tahun 2000 dan merudum kepada 23 orang pada tahun 2012”. Khabarnya hanya ada empat penulis kaum India yang masih berkarya secara konsisten sehingga kini dalam menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Walaupun Kavyan ditunjangi penulis dan peminat sastera Bahasa Malaysia, kami tidak berminat membahagikan kelompok penulis mengikut kategori kaum. Sambil menolak perkauman, kami meraikan kepelbagaian. Aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan terbuka kepada peserta pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, berbekalkan pengalaman sejak diasaskan pada Ogos 1999, Kavyan bersedia membantu DBP (atau mana-mana pihak) dalam usaha mengasah dan membimbing kelompok penulis baru pelbagai kaum. Apatah lagi jika kerajaan memang ikhlas dalam menyalurkan dana seperti diumumkan oleh Muhyiddin. Bernama, Berita Harian dan Malaysiakini (29 April 2013) memetik Najib sebagai berkata, “dalam menghadapi fenomena localisation dengan setiap etnik mahu mengekalkan jati diri dan identiti masing-masing, masyarakat India tidak terkecuali dalam usaha untuk memelihara warisan dan budaya mereka.” Pandangan itu dinyatakan khusus mengenai “Penulis Tamil” tetapi saya percaya bahawa Najib, Muhyiddin, kerajaan, PNM dan DBP sedar bahawa bukan hanya “Penulis Tamil” menulis mengenai budaya kaum India dalam karya sastera. Sebaliknya, wujud juga kelompok penulis kaum India – Sasterawan Kavyan – yang menulis karya asli Bahasa Malaysia mengenai budaya kaum India di negara ini. [caption id="attachment_2045" align="alignnone" width="300"]PD 1Penulis Najib dengan “Penulis Tamil”, Muhyiddin dengan “Penulis Melayu”.[/caption] Hasil “Bengkel Penulisan Makalah Budaya” anjuran Kavyan dan DBP pada 19 Mei 2012, misalnya, lahir penulis seperti Kughan Nadarajah dan Thiruselvam Padmanabhan yang karya mereka tersiar dalam majalah Dewan Budaya dan Dewan Kosmik. Memang wujud puak anti-Uthaya dan anti-Kavyan yang sanggup melakukan apa sahaja (termasuk dosa besar) untuk menghalang usaha kami. Sama ada menerima bantuan atau tidak, Kavyan akan meneruskan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya dengan semangat “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia”.

]]>

Ini "Tsunami Rakyat" lah!

Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) Tokoh-tokoh dalam Barisan Nasional (BN) sudah mengemukakan pandangan menyokong penuh kenyataan “tsunami Cina” oleh Pengerusi BN, Najib Razak pada awal pagi 6 Mei 2013; sejurus selepas BN “menang” dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Tidak perlulah saya menyenaraikan nama-mana tokoh terbabit serta pandangan mereka kerana media arus perdana (elektronik dan cetak) sudah memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka. Saya pula meluahkan reaksi saya menerusi Facebook dan blog www.uthayasb.blogspot.com sejak Isnin. Sebagai Rakyat (pengundi), apa pula reaksi sebenar orang ramai yang sukar mendapatkan ruang untuk muncul di kaca televisyen dan akhbar? Saya berusaha mengumpulkan pandangan daripada beberapa rakan. Berikut saya paparkan luahan hati mereka, dengan sedikit suntingan bahasa tanpa menghilangkan maksud asal. Atriza Umar, pegawai eksekutif dan aktivis dakwah dari Seremban, Negeri Sembilan: Saya dan sudah tentunya jutaan rakyat Malaysia terfikir, adakah penasihat agama kepada Perdana Menteri pernah menasihatkan dan mengingatkannya tentang Ayat-Ayat Allah? Tentang kepimpinan Rasulullah? Apa lagi Khalifah-Khalifah yang sangat takut akan murka Allah? Semoga Perdana Menteri menghayati dengan mata hatinya maksud (terjemahan) ayat-ayat ini: [caption id="attachment_1961" align="alignleft" width="300"]Slogan “1Malaysia” hanyalah topeng yang dipakai BN. Slogan “1Malaysia” hanyalah topeng yang dipakai BN.[/caption]         “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat.” (Surah an-Nisa, ayat 105) “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.” (Surah al-Maidah, ayat 8). Clifford Tan, arkitek dari Kota Kinabalu yang bekerja di Singapura: Masyarakat Cina tidak menolak mana-mana calon atas alasan kaum atau agama. Apa yang kaum Cina tolak bulat-bulat dalam PRU-13 adalah calon- calon yang korup, rasis, bangang, sewel, zalim dan sebagainya. Kebetulan majoriti calon seperti itu adalah daripada BN/UMNO. Sekiranya calon berkualiti seperti Khalid Samad (Parlimen Shah Alam) bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina, saya yakin beliau akan turut menang besar dengan undi majoriti berpuluh ribu. Karpal Singh (calon kaum India beragama Sikh) menang dengan majoriti 41,778 undi di Parlimen Bukit Gelugor, mengalahkan Teh Beng Yeam (calon kaum Cina) di kawasan majoriti pengundi Cina. Banyak lagi contoh begini tetapi media arus perdana yang dikuasai BN/ UMNO pasti tidak akan menyiarkan berita sebenar seperti ini. Jas Guna Senggani, perunding kewangan Islam dari Sungai Petani: [caption id="attachment_1962" align="alignleft" width="178"]BN telah membunuh demokrasi menerusi PRU-13. BN telah membunuh demokrasi menerusi PRU-13.[/caption] Tuduhan “tsunami Cina” hanya untuk menyembunyikan kegagalan mendapat dua pertiga di Parlimen serta kekalahan Najib sebagai pemimpin. Jika ini dikatakan sebagai “tsunami Cina”, bagaimana dengan kes di Kedah? Amat nyata kejatuhan Kedah kepada BN adalah berikutan undi orang Melayu. Semata-mata kerana orang Melayu mengundi BN/UMNO, adalah mereka layak dipanggil rasis? Amat cetek dan hina sekali pandangan Najib dan para pengikut dungunya yang masih lagi “merajakan syaitan di hati” kerana bergelar pemimpin. Isteri saya kaum Cina. Adakah dia dikatakan rasis kerana mengundi Pakatan Rakyat (PR)? Atau kami sekeluarga yang mengundi calon PR harus dilabel sebagai rasis? Secara jujur, Malaysia tidak memerlukan pemimpin rasis seperti dalam BN dan saya hairan mengapa masih ada penduduk yang sanggup mengundi mereka. Chulan Chin, penjawat awam dari Hulu Langat: Saya kurang bersetuju apabila isu “tsunami Cina” dibangkitkan berikutan kegagalan BN dalam PRU-13. Sebaik-baiknya BN perlu bercermin diri; menilai kelemahan serta menyedari hakikat bahawa rakyat sudah bijak menilai dengan mata hati. Rakyat mampu membezakan siapa yang lebih layak dan berhak mewakili suara mereka dalam kerajaan. Usahlah BN mencari helah bagi membela diri, lalu menuding ke arah pihak lain. Tindakan BN memainkan isu “tsunami Cina” dikhuatiri boleh menyemarakkan api sengketa antara kaum. Hubungan antara kaum dalam PR amat baik sehingga mampu memenangkan calon mereka tanpa mengira kaum/agama. BN perlu sedar tentang ketidakadilan yang dibuat sebelum PRU-13, iaitu menafikan PR hak yang adil dalam media arus perdana. Rakyat pula disogokkan dengan pelbagai habuan bagi memancing undi menjelang PRU-13, selain memainkan isu video lucah dan fitnah. Ada pula gangguan kempen menerusi mesej suara (voice mail) menerusi telefon bimbit daripada calon-calon BN sepanjang siang dan malam. Semua ini serta pelbagai lagi kempen yang dijalankan oleh BN sendiri yang menjadi punca kebencian dan rasa muak rakyat pelbagai kaum terhadap BN. Ini bukan “tsunami Cina” tetapi “tsunami Rakyat”. Rosihan Amri Md Zakaria, guru dari Bayan Lepas, Pulau Pinang: [caption id="attachment_1963" align="alignleft" width="210"]Kononnya rakyat didahulukan. Sebenarnya kaum Cina dihina. Kononnya rakyat didahulukan. Sebenarnya kaum Cina dihina.[/caption] Saya sangat tidak bersetuju dengan tuduhan “tsunami Cina” kerana jika dilihat, kebanyakan masyarakat bandar menyokong PR. Malah ramai calon Bukan Cina dari PR menang di kawasan majoriti pengundi kaum Cina. Juga terdapat calon Melayu tewas kepada calon Bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu. Saya berpendapat, pengundi tidak lagi mengundi mengikut kaum. Pola ini jelas di kawasan bandar seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Pola mengundi mengikut kaum (“along racial lines”) masih kelihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar. Tindakan BN menyalahkan kaum Cina adalah tidak betul, apatah lagi jika komen itu datang daripada Perdana Menteri. Pemegang jawatan itu adalah ketua bagi semua rakyat Malaysia dan sepatutnya Najib berusaha menyatukan rakyat pelbagai kaum selepas melalui PRU-13 yang – pada pendapat saya – sangat kotor dan banyak manipulasi. Gunalan Krishnan, pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari Puchong, Selangor: Nampaknya para pemimpin BN mula menunjukkan wajah sebenar selepas PRU-13. Sebelum ini, mereka ternyata berpura-pura dan bersembunyi di sebalik topeng bernama gagasan 1Malaysia demi mahu memancing undi dan jawatan. Tindakan BN membuat tuduhan “tsunami Cina” adalah suatu penghinaan besar bagi Bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia tidak mahu seorang Perdana Menteri yang rasis seperti Najib mewakili rakyat dan negara ini di persada antarabangsa. Kalau Najib masih ada maruah, lebih baik dia meletakkan jawatan dengan segera. Prem Sutha, pengurus dari Skudai, Johor: [caption id="attachment_1964" align="alignleft" width="240"]Wajah sebenar pemimpin BN sudah diketahui rakyat. Wajah sebenar pemimpin BN sudah diketahui rakyat.[/caption] Saya tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi saya menentang keras tindakan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan rasis. Undi adalah pilihan individu, hak individu yang tidak boleh diungkitkan dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan. Sebagai sebuah negara demokrasi, para pemimpin dalam BN sepatutnya menerima “suara” rakyat yang dilahirkan menerusi peti undi. Abdullah Abdul Rahman (Tabir Alam), penulis sambilan dari Ipoh, Perak: Apabila slogan “1Malaysia” dilaungkan, BN beranggapan penerimaan rakyat sudah terbukti; dan kesamarataan sudah direalisasikan. Pemimpin BN perlu sedar bahawa “kejayaan” yang dibayangkan itu hanya bersifat upacara (“functional”) di pentas. Apabila sokongan pada realiti mula berkurangan menerusi PRU-13, BN mula melatah dengan menyalahkan “tsunami Cina”. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kenyataan “Cina yang tak kenang budi” (“ungrateful Chinese”) dan “Melayu yang tamak” (“greedy Malays”) oleh bekas pemimpin UMNO/BN. Tindakan pemimpin dan penyokong BN bersetuju dengan kenyataan-kenyataan dangkal itu pula umpama perbuatan “sokong membawa rebah”. Hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa perubahan memang sudah berlaku melalui “Malaysian Swing” menerusi PRU-13. Sejumlah 51.32 peratus undi popular menyokong PR, berbanding hanya 48.67 peratus bagi BN. Memang BN menang majoriti mudah (“simple majority”) tetapi telah hilang tujuh lagi “suara” di Parlimen. Sepatutnya para pemimpin BN bermuhasabah diri dengan menilai kesilapan yang dilakukan BN sepanjang tempoh berkempen (20 April – 4 Mei 2013). Apa-apa pun, BN perlu menerima hakikat bahawa rakyat memang mahukan perubahan! Pandangan yang dikemukakan sejumlah kecil rakan-rakan kepada saya menerusi mesej Facebook mungkin tidak mewakili keseluruhan “suara” rakyat. Sekurang-kurangnya mewakili sebahagian kecil suara yang mustahil mendapat tempat di media arus perdana seperti Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia. Dalam pada itu, berikutan sikap rasis dan perkauman yang ditunjukkan secara amat nyata oleh para pemimpin dan pengikut BN sejak beberapa hari lalu, tidak perlulah kita was-was untuk memahami siapa sebenarnya yang mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Sama-sama kita mendoakan agar Tuhan menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia daripada kemusnahan yang dibawakan puak rasis dan perkauman dalam BN yang bertopengkan gelaran politikus dan Ahli Parlimen.

]]>

Perlunya Dialog Antara Agama

Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) Ramai yang mungkin sudah pun lupa akan apa yang ditulis oleh Ridhuan Tee Abdullah (Tee Chuan Seng) menerusi rencana bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had” (Sinar Harian, 18 Februari 2013). Pelbagai pihak pada mulanya tampil menyelar keceluparan lelaki ultra kiasu itu menghina agama Hindu dan penganut agama berkenaan; sekali gus memberi imej negatif mengenai penganut agama Islam. Rencana susulan yang masih juga celupar, menghina agama Hindu dan membuktikan realiti sikap ultra kiasu yang dimilikinya tidak disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 25 Februari 2013 kerana dianggap sensitif. [caption id="attachment_1755" align="alignright" width="150"]Interaksi antara agama perlu digalakkan dan disuburkan. Interaksi antara agama perlu digalakkan dan disuburkan.[/caption] Bagaimanapun lelaki bermulut celupar itu menyiarkan rencana berkenaan di laman umum Goodreads pada 24 Februari 2013, kononnya “atas permintaan semua”. Tidak setakat itu, wakil akhbar Sinar Harian yang kononnya berjanji akan meminta lelaki ultra kiasu itu memohon maaf atas keceluparannya ternyata tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan Ridhuan Tee lebih berkuasa daripada penerbit akhbar berkenaan. Buktinya adalah apabila tulisan lelaki ultra kiasu yang “lebih Melayu dari Melayu dan merosakkan imej Islam” (Sinar Harian, 25 Mac 2013) masih disiarkan di akhbar berkenaan secara mingguan tanpa sebarang sekatan. Ketua Publisiti dan Perhubungan MIC, Vell Paari sebelum ini lantang bersuara menentang tindakan Ridhuan Tee serta mengancam (kononnya) akan berkempen meminta orang ramai tidak mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika tiada tindakan diambil ke atas lelaki ultra kiasu itu. Bagaimanapun, dia seolah-olah sudah berpuas hati dan selesa selepas wawancara dua halaman penuh bertajuk “Elak guris hati mana-mana kaum” disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 27 Februari 2013. Berdasarkan apa yang berlaku sejak dahulu, tidak salah apabila dikatakan bahawa orang “Bukan Hindu” sering mempersenda dan menghina agama Hindu. Soalnya, mengapa perkara ini berlaku di Malaysia? Mungkinkah disebabkan kelemahan penganut agama Hindu sendiri? Maknanya, penganut agama Hindu sendiri kurang memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran agama Hindu, lalu tidak mampu tampil mempertahankan agamanya apabila dihina atau dipersenda orang lain. Atau adakah perbuatan menghina agama Hindu menunjukkan bahawa orang “Bukan Hindu” tidak memahami agama Hindu serta orang itu sebenarnya tidak memahami agamanya sendiri. Saya berani mengatakan bahawa orang yang ada pegangan agama pasti tidak akan menghina mana-mana agama. Atau adakah penganut agama Hindu sendiri yang menghina agama Hindu? Atau sikap penganut agama Hindu sendiri yang memberikan imej negatif mengenai agama Hindu sehingga sanggup dipersenda dan dihina orang “Bukan Hindu”? Demikian pelbagai persoalan yang muncul dalam minda; khususnya selepas klip video melibatkan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia, Zulkifli Noordin menghina agama Hindu tersebar luas di ruang siber pada penghujung April 2013. Reaksi ikhlas rakan-rakan [caption id="attachment_1756" align="alignright" width="150"]“Do onto others as you would have them do onto you.” “Do onto others as you would have them do onto you.”[/caption] Mantan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengaku membuat kenyataan itu “sepuluh tahun dahulu” kerana kononnya terpengaruh dengan “politik sempit, sifat jumud, ekstremis dan cauvinis” yang dimilikinya semasa bersama-sama PAS dan PKR. Agaknya pegangan agama lelaki itu begitu lemah sehingga dia “yang berpendidikan undang-undang di Eropah” boleh turut menjadi ultra kiasu sehebat Ridhuan Tee. Selepas Zulkifli “menyusun sepuluh jari saya mohon maaf sekiranya saya mengguris hati mereka (penganut agama Hindu) kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu” (Free Malaysia Today, 3 April 2013), keluar pula satu lagi klip video mengenai tindakannya menuturkan ayat-ayat seperti “entah k** mana bawa kitab Hindu dia” dan “k** ni bawa kitab Hindu sumpah” pada 6 Mac 2013. Saya membuka perbincangan (dialog) mengenai isu ini di Facebook untuk mendapatkan komen ikhlas daripada rakan-rakan pelbagai kaum dan agama. Sekurang-kurangnya boleh berlaku dialog antara agama secara sihat dan membina. Gaijin Rurouni Kenshin berpendapat bahawa orang yang suka mempersendakan agama penganut agama lain “sebenarnya tidak beragama kerana jika dia beragama, dia tidak akan sesekali memperkecilkan agama lain kerana ajaran agama masing-masing cukup jelas iaitu menghormati mana-mana agama.” Seorang rakan penulis yang dikenali menerusi nama pena Chulan Chin Priaprai bersetuju dengan pandangan di atas. Malah, beliau memberikan contoh terbaik daripada terjemahan ayat 6, Surah al-Kafirun dalam Quran iaitu “untukmu agamamu, untukku agamaku”. “Malahan, bagi orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam yang benar, banyak larangan untuk mempersendakan agama lain. Mempersendakan di sini bermaksud mengejek, mengeji atau mempermainkan tanpa hujah dan dalil. Perkara ini memang terkutuk,” kata Mohd Shah Rizal Samsudin. Dalam komennya yang agak panjang di Facebook, beliau turut menyingkap sejarah bagaimana Nabi Muhammad SAW sentiasa melarang umatnya menghancurkan rumah ibadat, membunuh tawanan (kanak-kanak, wanita dan orang tua), serta melarang menebang tanaman dan sebagainya kerana melanggar norma peperangan. [caption id="attachment_1757" align="alignleft" width="150"][Vell] – Vell Paari kelihatan diam selepas wawancaranya disiarkan di akhbar. [Vell] – Vell Paari kelihatan diam selepas wawancaranya disiarkan di akhbar.[/caption]“Akhlak Islam juga mengajar untuk jangan mengeji atau menghina orang lain tanpa asas dan dalil, kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik daripada orang yang menghina secara serkap jarang. Allah SWT dalam kitab yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW menegaskan hal ini dalam salah satu ayat,” katanya. Mohd Shah mengemukakan ayat ke-108 daripada Surah Al-Anam di mana terjemahannya adalah seperti berikut: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” Rakan itu turut berpesan menerusi komennya: “Jika tuan melihat, membaca atau mendengar seseorang yang menghina Tuhan agama-agama lain tanpa dalil dan asas, ketahuilah bahawa mereka itu lemah iman akibat jahil dan Islam berlepas diri daripada kejahilan mereka.” Usah persenda mana-mana agama Agak menarik untuk diperhatikan bahawa rakan-rakan beragama Islam turut tampil memberikan penjelasan dalam isu-isu ini. Pasti mereka tidak mahu tindakan ultra kiasu seperti Zilkifli dan Ridhuan Tee mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam. Seorang lagi rakan penulis, Abdullah Abdul Rahman (Tabir Alam) mengingatkan tentang peraturan penting (golden rule) iaitu “Do onto others as you would have them do onto you” (berbuatkan kepada orang sebagaimana kamu mahu orang berbuat terhadap kamu). “Persoalannya, mengapa kita harus mempersendakan agama anutan orang lain? Diri sendiri belum pasti lebih baik atau alim berbanding orang lain. Semua kebaikan dan keburukan adalah dalam pengetahuan Tuhan,” kata anak jati Ipoh, Perak itu. Dalam pada itu, Abdullah turut memberikan sedikit nasihat penuh ikhlas kepada rakan-rakan beragama Hindu: “Elakkan adegan memarahi dan memaki Tuhan apabila berada dalam keadaan kritikal dan bermasalah; seperti sering dipaparkan dalam filem-filem Tamil. Adegan seperti itu mungkin diambil oleh penganut agama lain sebagai contoh dan peluang untuk mengesahkan sendaan yang mereka lakukan.” Saya menganggap pandangan Abdullah sebagai teguran membina yang bersifat positif dan berniat murni. Dalam pada itu, dialog antara agama juga perlu diperbanyakkan, seperti diingatkan oleh Isadli Al-Lanasi, “untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan saling menghormati”. Apabila bercakap mengenai tokoh agama Islam, satu-satunya tokoh Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad SAW. Maka, saya amat bersetuju apabila Samsudin Jidin mengemukakan pandangan: “Cuba ambil sumber lain untuk memperkukuh hujah. Contohnya, bagaimana Rasulullah SAW melayani ketua mubaligh Kristian di Masjid Madinah dan sebagainya.” Perlu diakui bahawa individu Bukan Islam di Malaysia “boleh belajar dengan mudah kepercayaan dan falsafah Islam yang diajarkan di sekolah, serta terdedah pada media RTM yang banyak mempromosi Islam” seperti dinyatakan oleh Cikgu Suguz dari Kota Kemuning, Shah Alam. Guru swasta itu yang berasal dari Bedong, Kedah menegaskan realiti orang Melayu/Islam kurang peluang untuk mengetahui hal-hal berkaitan kepercayaan sebenar penganut agama-agama lain, terutama agama Hindu. “Pelajar beragama Hindu dari sekolah kebangsaan – termasuk saya – tiada masalah memahami agama Islam tetapi orang Melayu/Islam tidak ada peluang atau tidak diberikan peluang yang sama. Malah, saya berani mencabar mana-mana orang Islam bahawa saya lebih mengetahui agama anda (Islam) berbanding kamu mengetahui agama saya (Hindu),” katanya. Bagi Sham Dharma pula, beliau berpegang pada Hukum Karma; iaitu apabila seseorang (tanpa mengira kaum, agama atau etnik) melakukan keburukan terhadap orang lain, maka orang itu akan menerima hukuman (balasan) yang setimpal. Penganut Hindu juga perlu akui kelemahan [caption id="attachment_1764" align="alignleft" width="150"]Kavyan akan meneruskan Konvoi Rumah Ibadat dan Dialog Antara Agama sambil memartabatkan Bahasa Malaysia. Kavyan akan meneruskan Konvoi Rumah Ibadat dan Dialog Antara
Agama sambil memartabatkan Bahasa Malaysia.[/caption] “Pada penelitian saya, sikap bertolak-ansur lebih tinggi dalam kalangan penganut agama Hindu. Kita menghormati dan memahami budaya lain serta selalu bersikap memberi laluan kepada orang lain. Mungkin sebab itulah kita selalu diperlekehkan dan tidak dihormati seperti yang sepatutnya. Saya benar-benar hairan mengapa situasi seperti ini masih berlaku hari ini walaupun kita ada sistem pendidikan yang menerapkan pendidikan moral dan nilai-nilai murni,” katanya. Pensyarah, penyelidik dan aktivis dari Bandar Baru Bangi, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir menyatakan bahawa beliau berusaha memahami ajaran dan budaya Hindu menerusi pembacaan dan kajian. Saya sendiri ada ramai kenalan “Bukan Hindu” yang mengamalkan sikap terbuka seperti ini yang sebenarnya selaras dengan ajaran sebenar Islam dan Sunah Rasulullah SAW. Pada penelitian Jas Guna Senggani dari Sungai Petani, Kedah, ramai orang “Bukan Hindu” tiada pendedahan mengenai agama itu serta diberikan pula fakta yang amat negatif mengenai agama Hindu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Manakala bagi orang Hindu pula, mereka gagal meletakkan diri mereka pada sudut pandangan yang positif dalam kalangan masyarakat daripada agama-agama lain,” kata pakar perancang kewangan Islam itu menerusi mesejnya. Seorang lagi rakan dari Negeri Jelapang Padi, Revathi menambah pandangan bahawa masalah juga timbul berikutan penganut agama Hindu sendiri yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama mereka berikutan tidak diberi pendidikan dan penekanan sejak kecil. “Di sekolah pula, pelajar Islam diwajibkan belajar subjek agama Islam tetapi sistem pendidikan di Malaysia tidak menggalakkan pengajaran dan pengajaran agama-agama lain kepada pelajar Bukan Islam. Sistem agama Hindu yang kompleks juga sering disalah tafsir oleh ramai orang. Selain itu, sikap lebih mengutamakan budaya, adat dan ritual berbanding agama menyebabkan mereka terlepas pandang ajaran sebenar dan ilmu sains dalam ajaran agama Hindu,” kata siswazah undang-undang (LLB) itu yang kini tinggal di Kuala Lumpur. Turut terlibat dalam dialog terbuka di Facebook ialah Mohd Hafiz Andrew Kusairi yang lahir di Kuching, Sarawak dan kini menetap di Pekan, Pahang. “Saya tidak tahu agama Hindu secara mendalam tetapi saya suka fahami dialog antara agama. Ajaran dalam Islam adalah supaya sentiasa menghormati agama-agama lain selagi pihak Bukan Islam menghormati agama Islam,” kata guru berkenaan. Pada penelitian Dr Roland Victor (Diego Garcia) dari Kuala Lumpur, fenomena yang berlaku sebenarnya tidak asing bagi mana-mana agama. “Ia berlaku apabila penganut diajar untuk menilai agama dari segi dogma; bukan berasaskan nilai dan prinsip hidup,” katanya. Mungkin sahaja perbincangan yang berlaku di ruang siber tidak mampu mengatasi “aura negatif” yang disebarkan secara meluas oleh golongan etnosentrik, rasis, fanatik dan ultra kiasu. Sekurang-kurangnya memberikan harapan kepada kita bahawa dialog antara agama masih ada ruang dan tempat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, etnik dan agama di negara bertuah ini.  

]]>

Anda Belum Islam?

Oleh: Uthaya Sankar SB (Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya) “Assalamualaikum kepada hadirin yang beragama Islam dan selamat pagi kepada hadirin yang belum beragama Islam.” Tentu sahaja saya amat terperanjat mendengar ucapan seperti itu pada suatu majlis yang saya hadiri beberapa tahun lalu. [caption id="attachment_1688" align="alignleft" width="150"]Idea penggunaan “Belum Islam” tersebar sejak beberapa tahun lalu. Idea penggunaan “Belum Islam” tersebar sejak beberapa tahun
lalu.[/caption] Sebagai penganut agama Hindu yang sentiasa bertoleransi terhadap agama-agama lain, saya memilih untuk tidak membesar-besarkan isu itu walaupun ia menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara bertuah ini. Saya cuba mengandaikan bahawa apa yang berlaku – dan apa yang diucapkan – adalah kes terpencil; sebagaimana kononnya kes Hajah Siti Inshah, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya, Johor yang mencetuskan fenomena “pendatang” semasa perhimpunan sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 12 Ogos 2010. Atau pelbagai kejadian di mana golongan minoriti diperlekeh, dipersenda, dihina, dianiaya, dizalimi dan ditindas tetapi kemudian ditutup segera oleh “pihak yang ada kuasa” dengan alasan bahawa kesemuanya adalah kes-kes terpencil. Dalam isu penggunaan frasa “Belum Islam” (Not Yet Muslim) pula, ternyata ia bukan kes terpencil yang hanya berlaku sekali-dua. Sejak beberapa tahun lalu, saya sering menerima rungutan daripada pelbagai pihak yang tidak selesa dengan apa yang dilakukan secara terancang dan penuh sedar oleh pihak tertentu. Ya, rungutan sahaja yang disampaikan kepada saya kerana hanya itu yang selalunya mampu dilakukan oleh golongan minoriti apabila berdepan dengan golongan majoriti yang berkuasa dan dilindungi. Malah, kebanyakan guru, pelajar, murid, siswa-siswi, ibu bapa, orang awam dan kakitangan awam yang merungut itu tidak mahu nama mereka didedahkan kerana bimbang memikirkan apa-apa sahaja yang mungkin boleh berlaku apabila identiti mereka diketahui pihak tertentu. Dan saya amat memahami kebimbangan mereka yang amat berasas itu. Seperti ditekankan oleh Mahatma Gandhi, tidak akan tercapai kebaikan sekiranya tidak ada sesiapa yang berani mengetengahkan kebenaran. “Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini,” katanya lagi. Maka, isu mengenai frasa “Belum Islam” yang digunakan dalam acara rasmi dan di tempat-tempat awam wajar diketengahkan supaya boleh dibahaskan – walaupun ada pemimpin negara yang berpendirian tegas bahawa debat bukan budaya kita. Apa-apa pun, saya percaya bahawa golongan minoriti yang bermaruah memerlukan ruang untuk bersuara. Ruang untuk berdialog demi mencari penjernihan minda. Ramai yang memilih untuk tidak bersuara Di Malaysia, kita sudah biasa dengan pembahagian “Melayu” dan “Bukan Melayu” serta “Islam” dan “Bukan Islam”. Kini, sama ada disedari atau tidak –diakui atau tidak – sudah ada pula budaya menggunakan frasa “Belum Islam” apabila merujuk kepada golongan “Bukan Islam”. Secara mudah, “Bukan Islam” bermaksud “Non-Muslim” iaitu sesiapa sahaja yang menganut mana-mana agama atau kepercayaan selain agama Islam. Manakala “Belum Islam” bermaksud “Not-Yet-Muslim” dengan erti kata bahawa golongan yang dirujuk itu sepatutnya atau seharusnya atau sewajarnya menjadi “Islam” tetapi “belum” berbuat demikian. Saya percaya bahawa murid-murid sekolah rendah pun mampu membezakan makna tersurat dan tersirat antara frasa “Bukan Islam” dan “Belum Islam”. Tidak perlulah dirujuk pada pakar bahasa, linguistik dan agama. Ada pandangan mengatakan bahawa penggunaan frasa “Belum Islam” bagi menggantikan “Bukan Islam” dalam pelbagai majlis rasmi – termasuk di sekolah – adalah bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan beragama bagi rakyat Bukan Islam dan Tidak Islam. Saya berusaha mengumpulkan reaksi dan ulasan pelbagai pihak berhubung topik ini bagi memulakan suatu dialog yang sihat dan berkesan. Selain daripada menghubungi individu pelbagai kaum dan agama, saya juga menghubungi wakil kementerian dan jabatan tertentu serta wakil pertubuhan-pertubuhan agama tertentu. [caption id="attachment_1691" align="alignright" width="150"]Ramai yang memilih untuk berdiam diri walaupun terasa tidak selesa. Ramai yang memilih untuk berdiam diri walaupun terasa tidak
selesa.[/caption] Agak mengecewakan (tetapi tidak sedikit pun menghairankan) bahawa ramai yang memilih untuk tidak memberikan sebarang komen; mungkin kerana menganggap isu ini terlalu sensitif. Malangnya mereka tidak sedar bahawa penggunaan frasa “Belum Islam” itulah yang sebenarnya menyentuh sensitiviti masyarakat dan wajar dibahaskan oleh masyarakat terbabit. Rosihan Amri Md Zakaria dari Bayan Lepas, Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut kerana beliau selama ini tidak tahu-menahu mengenai budaya penggunaan frasa “Belum Islam” oleh golongan tertentu pada majlis dan acara umum. “Jika benar seperti yang dinyatakan, saya memang sangat tidak setuju kerana bukan sahaja Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama untuk orang Bukan Islam, malah Islam juga tidak memaksa penganut agama lain mengikut ajaran dan tuntutan yang dikenakan terhadap umat Islam. Sebagai seorang Islam, saya merasakan perbuatan ini (penggunaan frasa “Belum Islam”) sangat melampau dan cuba membuli penganut agama-agama lain,” kata individu berumur 34 tahun itu yang menggunakan nama “Rosihan Pawnstar Amri” di Facebook. Guru yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu juga berpendapat bahawa “tuntutan dan amalan dalam beragama adalah hal peribadi dan tidak perlu ditunjuk-tunjuk” dan “setiap individu berhak mendapat kebebasan masing-masing”. Setiap manusia dilahirkan Islam? Atriza Umar dari Seremban, Negeri Sembilan pula berpendapat sebaliknya. Pegawai eksekutif berumur 20-an itu mengemukakan pandangan dan hujah berpandukan Hadis dan Quran. “Di dalam as-Shahihain daripada Saidina Ali, daripada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, baginda bersabda: ‘Tidak ada satu jiwa pun melainkan Allah telah menetapkan tempatnya di Syurga atau di Neraka dan telah dicatatkan baginya kesengsaraan atau kebahagiaannya’. [caption id="attachment_1689" align="alignleft" width="150"]Atriza dan suaminya, Khalid Abideen menjayakan Konvoi Rumah Ibadat Seremban. Atriza dan suaminya, Khalid Abideen menjayakan Konvoi Rumah
Ibadat Seremban.[/caption] “Justeru, penggunaan istilah ‘Not Yet Muslim’ (Belum Islam) boleh digunapakai jika dilihat kepada huraian Hadis yang diketengahkan itu. Kerana setiap manusia yang dilahirkan adalah sebagai seorang Islam, dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya,” kata Atriza yang menjadi antara tulang belakang bagi menjayakan “Konvoi Rumah Ibadat Seremban” pada 17 Februari 2013. Beliau mengirim suatu esei yang panjang untuk perhatian saya berhubung topik yang dibicarakan. Dalam hujahnya, Atriza turut mengemukakan terjemahan Surah Al-A’raf (Ayat 172) seperti berikut: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak- anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” Seorang pemuda berumur 32 tahun, Alagesan Palaniappan yang menguruskan perniagaan sendiri meluahkan rasa kurang senang dengan penggunaan frasa “Belum Islam”. [caption id="attachment_1690" align="alignright" width="150"]“Untuk anda agama anda dan untuk saya agama saya,” Alagesan menegaskan. “Untuk anda agama anda dan untuk saya agama saya,” Alagesan
menegaskan.[/caption] “Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Hindu, saya tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ‘Not Yet Muslim’ atau ‘Belum Islam’ kerana masing-masing mempunyai agama sendiri dan kita mesti tahu menghormati agama atau kepercayaan orang lain,” kata anak jati Kuala Lumpur itu. Alagesan turut memetik ayat keenam dalam Surah Al-Kafirun iaitu surah ke-109 dalam Quran di mana terjemahan ayat itu adalah “untukmu agamamu, dan untukku agamaku”. Saya teringat bagaimana Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) turut memetik ayat berkenaan semasa kami bertemu dan berbual-bual tentang pelbagai topik (termasuk topik agama) di kediaman rasmi beliau pada 13 Mac 2012.   * Penulis mengalu-alukan pandangan dan komen daripada orang ramai menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my

]]>