Si Baju Berleher 'V'
Oleh Dr Mohd Faizal Bin Musa Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia Salah satu satu soalan yang sering diajukan ialah bagaimanakah kita harus bersikap terhadap golongan LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transeksual) apabila mereka mulai menuntut ‘kebebasan’. Untuk pejuang hak asasi manusia yang beragama Islam mahupun Kristian, soalan ini sentiasa memerangkap. Persoalan LGBT tidak dibincangkan secara terbuka satu masa dahulu. Akan tetapi dua dekad kebelakangan ini, Malaysia tidak lagi terkecuali dalam berdepan dengan gejala LGBT. Pada 13 September 2012 lalu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan perihal ‘garis panduan’ Kementerian Pelajaran untuk ibu bapa mengenalpasti ‘simptom LGBT’ pada anak-anak mereka. Ini adalah supaya mereka dapat mengambil ‘langkah awal’ untuk ‘membetulkan keadaan’. Menurut Sin Chew Daily lagi antara simptom LGBT yang dikenalpasti adalah mempunyai badan sasa, suka menunjukkan ‘aset’ di badan, dan memakai baju dengan leher-V. Rentetan dari itu, pada 17 September 2012 iaitu sebagai reaksi kepada ‘garis panduan’ tersebut, sebuah portal antarabangsa bagi pergerakan LGBT iaitu Gay Star News melaporkan golongan LGBT akan menganjurkan ‘Hari Leher-V Kebangsaan’ yang jatuh pada 1 Oktober 2012. Di pihak kerajaan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi berpendapat penganjuran Hari Leher-V Kebangsaan itu sebagai cubaan mempersendakan pihak berkuasa. Apakah kedudukan LGBT dalam ruang hak asasi manusia? Sebelum menjawab soalan di atas, terdapat dua penjelasan penting lain yang harus ditempuhi terlebih dahulu. Pertamanya adalah, apakah asas-asas hak asasi manusia yang diraikan oleh umat manusia di Barat, dan apakah pula asas-asas hak asasi manusia yang digariskan oleh umat Islam? Dua tunjang yang meneguhkan hak asasi manusia versi Barat adalah pertamanya maruah manusia (human dignity), dan keduanya pula adalah kebebasan (freedom). Versi hak asasi manusia yang dicadangkan oleh umat Islam menawarkan tiga tunjang iaitu pertama, nilai-nilai moral (moral values); keduanya adalah ketenteraman awam (public order); dan terakhir adalah hak-hak manusia lain (rights of others). Adakah dua tunjang yang difahami di Barat di atas; iaitu maruah manusia dan kebebasannya, bertentangan atau berlaga dengan tiga tunjang yang dikemukakan oleh umat Islam? Tidak. Tiada perselisihan antara prinsip maruah manusia dan kebebasan. Bahkan kebebasan dan kemerdekaan seorang manusia adalah lambang keutuhan maruahnya. Umat Islam melihat dua aspek hak asasi iaitu maruah manusia dan kebebasan sebagai satu komponen yang saling meneguhkan, bukannya, berhentaman. Sebagai contoh dalam kes penghinaan terhadap junjungan besar umat Islam Rasulullah saw, menerusi terbitan filem dan kartun satirikal oleh kumpulan tertentu di Amerika Syarikat dan Perancis, umat di Barat melihat ia sebagai satu nilai kebebasan yang harus ‘diraikan’, dan bukannya dihalang. Umat Islam bahkan melihat ia sebagai satu komponen yang tidak terpisahkan di mana ‘penghinaan terhadap mana-mana agama’ (atas nama kebebasan) dengan sendirinya merupakan satu pencabulan terhadap maruah manusia (human dignity). Demikian tercalarnya maruah dan perasaan manusia, ia juga menyebabkan kerusuhan fikiran dan emosi yang tidak tertanggung. Justeru, penghinaan terhadap mana-mana agama tidak ditangani sebagai satu kebebasan, sebaliknya dianggap dan dilayan sebagai satu penodaan terhadap sifat-sifat manusiawi dan kemanusiaan itu sendiri. Dalam hal ini, meletakkan LGBT di tengah-tengah ruang hak asasi manusia, terdapat tiga pertanyaan harus diajukan. Apakah gejala LGBT menyalahi nilai-nilai moral yang didukung oleh masyarakat tersebut; atau apakah ia menyebabkan huru-hara untuk orang awam; dan adakah dengan memberi kebebasan kepada LGBT akan mengakibatkan pula hak-hak orang lain dicabuli? Andaikan soalan-soalan di atas diajukan kepada masyarakat di negeri A. Masyarakat di negeri A itu menjawab; Ya, LGBT merupakan nilai moral yang dapat didokongi. Masyarakat A juga menjawab, LGBT tidak menyebabkan sebarang huru-hara dalam masyarakat kami dan seterusnya, memberikan hak-hak kepada LGBT tidaklah menyebabkan hak kami terganggu. Adakah masyarakat seumpama masyarakat A ini? Jawapannya ada. Di Argentina misalnya, hak-hak LGBT diberikan. Malah ‘perkahwinan sejenis’ dibenarkan. Di Brazil, meski ‘perkahwinan sejenis’ belum diterima secara meluas oleh masyarakat, hak-hak LGBT menyamai ‘perkahwinan sejenis’ telah diraikan. Di Kanada, Afrika Selatan, dan sebahagian besar negara di Eropah meskipun ‘perkahwinan sejenis’ tidak dimesrai oleh anggota masyarakat kerana kukuhnya benteng agama, hak-hak LGBT tetap dilindungi dengan penggubalan undang-undang yang bersifat anti diskriminasi terhadap mana-mana golongan (justeru minoriti Islam dan LGBT menikmati hak yang serupa). Andaikan sekali lagi soalan-soalan yang sama diajukan kepada masyarakat di negeri Z. Sebahagian besar anggota masyarakat di negeri Z itu menjawab; Tidak, LGBT bukan nilai moral yang dapat didokongi. Masyarakat Z juga menjawab, LGBT menyebabkan keresahan, gangguan malah boleh mendorong huru-hara dalam masyarakat kami. Akhirnya majoriti anggota masyarakat Z menyatakan yang memberikan hak-hak kepada LGBT menyebabkan hak mereka terganggu secara langsung dan tidak langsung. Adakah masyarakat seumpama masyarakat Z ini? Jawapannya ada. Di Arab Saudi misalnya, hak-hak LGBT dinafikan. Malah hukuman untuk LGBT adalah hukuman mati. Di Mauritania dan Sudan, ‘perkahwinan sejenis’ tidak diterima sama sekali oleh masyarakat, justeru hak-hak LGBT tidak wujud. Malah, kedua-dua negara ini turut memperuntukkan hukuman mati untuk golongan LGBT. Di Algeria, Angola, Zambia dan Zimbabwe sebagai contoh, LGBT berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga maksimum 14 tahun. Oleh kerana itu, golongan LGBT yang merupakan minoriti secara seksual berasa didiskriminasi di negara-negara yang disebutkan di atas. Selain dua senario di atas, terdapat juga negara yang tidak mempunyai sebarang undang-undang spesifik untuk menghukum mahupun meraikan golongan LGBT. China, Rusia, Thailand, Jepun, Latvia dan Turki sebagai contoh tidak menjelaskan undang-undang sebagai satu bentuk reaksi tehradap golongan LGBT. Namun demikian harus diingat, meskipun tiada peruntukan undang-undang yang jelas menghukum LGBT, negara-negara ini masih diwarnai oleh latar agama dan budaya yang kuat. Di Turki misalnya, kemesraan sesama lelaki (male bonding) dalam kalangan kaum sufi di Konya diterima secara biasa; tetapi hubungan seksual sesama jenis dikutuk oleh masyarakat sebagai satu perlakuan keji. Ini juga terjadi di Rusia yang di beberapa daerah tertentu, kepercayaan agama iaitu Kristian Ortodoks dan jatidiri budaya etnik tertentu menolak gejala LGBT. Masyarakat China, dan Jepun yang kuat dengan nilai-nilai ketimuran umumnya juga berasa janggal dengan gejala LGBT walaupun tidak menindas golongan ini secara langsung. Bukan Islam sahaja agama yang ‘memusuhi’ LGBT. Tariq Ramadan (2009) dalam sebuah esei beliau yang berjudul ‘Islam and Homosexuality’ wajar dirujuk untuk mendokong kenyataan tersebut: The Islamic position on homosexuality has become one of the most sensitive issues facing Muslims living in the West, particularly in Europe. It is being held up as the key to any eventual “integration” of Muslims into Western culture, as if European culture and values could be reduced to the simple fact of accepting homosexuality. The contours of this de facto European culture is in a state of constant flux, shifting according to the topic of the day. Just as some insist, as do the Pope and certain intellectuals—often dogmatic and exclusivist defenders of the Enlightenment—that Europe’s roots are Greek and Christian (thus excluding Muslims), so several homosexual spokesman and the politicians who support them are now declaring (with an identical rejection of Muslims) that the “integration of Muslims” depends on their acceptance of homosexuality. The contradiction is a serious one : does Christianity, which forms the root structure of European culture, and which purports to embody European values and identity, not condemn homosexuality? (Lihat http://www.tariqramadan.com/IMG/article_PDF/article_a10683.pdf) Kenyataan Tariq Ramadan di atas menegaskan Eropah yang disorot sebagai tanda aras kemodenan masih ‘bersikap dingin’ kepada kaum homoseksual. Justeru, ia tidak boleh dijadikan tanda aras untuk melihat tahap integrasi umat Islam kepada kemodenan. Dalam menjelaskan penolakan Kristian yang merupakan akar jatidiri bangsa-bangsa di Eropah terhadap homoseksual, Tariq Ramadan turut mengutip pendirian Isabelle Levy dalam Soins et croyances yang menegaskan homoseksual turut ditolak oleh agama Buddha, Hindu, dan Yahudi. Hal ini bukanlah sesuatu yang baharu. Untuk menguatkan pandangan beliau tersebut, turut disertakan di sini adalah sebahagian dari surat rasmi Archbishop New York kepada Presiden Amerika Syarikat yang mengecam kenyataan Barack Obama untuk menerima ‘perkahwinan sejenis’: We as Bishops of the Catholic Church recognize the immeasurable personal dignity and equal worth of all individuals, including those with same-sex attraction, and we reject all hatred and unjust treatment against any person. Our profound regard for marriage as the complementary and fruitful union of a man and a woman does not negate our concern for the well-being of all people but reinforces it. While all persons merit our full respect, no other relationships provide for the common good what marriage between husband and wife provides. The law should reflect this reality (Timothy Dolan, 2011). Bukanlah satu rahsia, penganut Katolik memilih untuk melindungi institusi kekeluargaan, dan hubungan ‘Adam dan Adam’ dilihat sebagai musuh kepada hubungan ‘Adam dan Hawa’. Perenggan Timothy Dolan di atas dengan jelas menegaskan kebencian dan tindakan berat sebelah wajar diperangi, kerana itulah tujuan agama; namun demikian ‘hubungan jenis yang suci’ masih perlu dipertahankan. Jadi, bagaimanakah kita harus bersikap terhadap golongan LGBT jika hampir semua agama besar di dunia ini ‘ternyata’ menolak gaya hidup tersebut? Terdapat dua sikap. Iaitu pertama, sebagai anggota masyarakat. Kedua, sebagai individu. Seorang penganut Islam atau Kristian yang beriman di Argentina, Brazil, Kanada dan Eropah harus ‘rela dalam terpaksa’ menerima kesetaraan dan hak-hak yang diberikan oleh masyarakat yang mereka huni kepada golongan LGBT. Ini kerana, LGBT diterima dari setiap sudut iaitu sudut-sudut i) nilai moral; ii) ketenteraman awam; iii) dan hak-hak manusia lain. Suara dan hak penganut Islam dan Kristian Katolik yang beriman di Argentina, Brazil, Kanada dan Eropah menjadi kecil dan tidak lagi dominan. Dalam masa yang sama, di Arab Saudi, Sudan, Mauritania dan lain-lainnya, seorang pengamal seks sejenis perlu ‘rela dalam terpaksa’ menerima bahawa kesetaraan dan hak-hak untuk mengamalkan cara hidup LGBT tidak wujud sama sekali di peringkat undang-undang. Pun, harus diingatkan dalam masyarakat yang menolak LGBT, perlakuan LGBT tetap berlaku secara rahsia dan tersembunyi kerana selain berdepan dengan peruntukan undang-undang yang keras, penentangan yang lebih besar datangnya dari persepsi budaya masyarakat tersebut. Jika tadi, sikap masyarakat yang didiskusikan; bagaimanakah pula kita sebagai individu yang mendokong hak asasi manusia akan bersikap dalam hal LGBT ini? Adakah kita akan bersekutu dengan undang-undang yang menerima atau menolak cara hidup LGBT? Atau apakah caranya kita sebagai individu iaitu entiti paling kecil dalam pelaksanaan hak asasi manusia akan bersikap terhadap individu lain yang merupakan pengamal dan pendokong LGBT? Katakanlah anda seorang majikan, dan mengetahui staf bawahan anda seorang Muslim dalam masa yang sama adalah seorang gay. Bagaimana anda harus bersikap? Sekali lagi, pendirian Tariq Ramadan (2009) mengenai ‘hak-hak LGBT’ dapat dijadikan rujukan. This I have continued to affirm, and gone further still: a person who pronounces the attestation of Islamic faith becomes a Muslim; if that person engages in homosexual practices, no one has the right to drive him or her out of Islam. Behavior considered reprehensible under the rules of morality cannot justify excommunication. Tentu, majikan dengan staf yang dikenali sebagai seorang gay tadi harus membezakan kehidupan peribadi staf tersebut dengan kehidupannya sebagai seorang manusia berkarier. Sebagai individu kita harus jelas akan perbezaan orientasi seksual dan perilaku seksual. Secara asasnya terdapat empat orientasi seksual. Pertama, heteroseksual. Kedua, homoseksual. Ketiga, biseksual. Keempat, aseksual. Seseorang heteroseksual tidak semestinya tidak akan terlibat dengan perilaku homoseksual. Faktor-faktor keterdesakan hidup dan masalah psikologi misalnya memungkinkan berlakunya seorang heteroseksual melakukan aktiviti homoseksual. Sudah tentu, dalam banyak keadaan orientasi seksual dan perilaku seksual ini bukan dua perkara berasingan bahkan berhubungan. Juga, harus diakui dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat manusia berorientasi homoseksual yang tidak melakukan perilaku homoseksual itu, lantaran sebab-sebab yang pelbagai. Jika benar mempunyai badan sasa, suka menunjukkan ‘aset’ di badan, dan memakai baju dengan leher-V adalah tanda-tanda kepada orientasi homoseksual, ia masih di tahap orientasi, dan bukannya perilaku. Tiada diskriminasi harus dilakukan terhadap mana-mana lelaki bertubuh sasa dan berbaju leher-V. Seorang lelaki aseksual misalnya boleh sahaja berbadan tegap, suka menunjukkan ototnya, dan selesa mengenakan baju dengan leher-V. Simptom yang disebutkan oleh akhbar Sin Chew Daily di awal artikel ini tidak mengesahkan perilaku seks yang tersembunyi tentunya. Yang tidak diketahui orang, boleh jadi sahaja si pemakai baju leher-V itu adalah seorang aseksual. Perbezaan orientasi dan perilaku seks ini misalnya turut diperakukan oleh agama Kristian Katolik: The Roman Catholic Church, which has some 1.3billion members worldwide, teaches that while homosexual tendencies are not sinful, homosexual acts are, and that children should grow up in a traditional family with a mother and a father (Graham Smith, 2012). Seperti yang ditunjukkan dalam hujahan Tariq Ramadan sebelumnya, dan perenggan mengenai ajaran Katolik di atas, hampir semua agama besar yang ada di dunia ini menolak perilaku homoseksual. Akan tetapi, berorientasi homoseksual sahaja belum cukup untuk membenarkan masyarakat menafikan hak-hak seorang insan untuk bernyawa, hak-haknya untuk memiliki kehidupan peribadi, dan hak-haknya untuk berkawan dan bergaul dengan sesiapa yang ia ingini. Seseorang tidak boleh dianiaya, diaib, diasing dan ditakut-takutkan semata-mata kerana orientasi seksnya. Bagaimanakah bersikap terhadap LGBT di negara ini? Pendidikan hak asasi manusia secara dua hala tentunya. Satu contoh yang baik telah ditunjukkan oleh Australia. Dalam tahun 1994, polis negeri Victoria, Australia telah menggelidah sebuah kelab malam gay bernama Tasty Nightclub, di Prahran, Melbourne. 456 pengunjung telah ditelanjangkan untuk menyiasat aduan adanya pengedaran dan penggunaan dadah di kelab tersebut. Minoriti LGBT telah menuduh pihak polis salah laku dengan ‘inappropriate searches’ dan komen-komen anti homo. Mereka bukan sahaja dibogelkan, anggota sulit mereka diperiksa dan dirakam dengan foto. Insiden di atas menimbulkan debat panjang mengenai maruah manusia (human dignity) pengamal LGBT. Ia berakhir dengan penggubalan Victorian Charter for Human Rights and Responsibilities Act (2006) yang menyediakan satu rangka kerja atau tatacara perlakuan ketika menangani golongan minoriti; baik minoriti seksual, mahupun minoriti agama dan ras. Pihak polis juga membayar pampasan kepada 456 pengunjung yang telah diaibkan itu. Rumusnya, Australia menyatakan memilih untuk menjadi seorang gay adalah hak individu dan ia tidak membolehkan masyarakat bertindak melampaui hak masyarakat dengan melakukan pencabulan maruah manusia (human dignity). Akta Victorian Charter for Human Rights and Responsibilities 2006 itu juga memperuntukkan supaya pihak polis diberi pendidikan tentang hak asasi manusia yang mana program pendidikan tersebut dikendalikan oleh masyarakat sivil (NGO dan ahli akademik) dan bukannya kerajaan. Di negara ini, bukan sahaja hak peribadi pengamal LGBT boleh ‘ditelanjangi’; penguatkuasa agama dan majlis bandaran misalnya ‘menikmati’ serbuan-serbuan yang mereka lakukan di hotel dan rumah tumpangan. Pasangan berkhalwat akan dimalukan dalam keadaan aib, dan para pekerja seks akan diarak dengan silau kamera media sedia menanti. Maka tidaklah menghairankan pihak polis yang tidak terlatih dengan pendidikan hak asasi manusia begini akan bertindak semberono dan sewenang-wenangnya ketika perhimpunan aman, sambil ‘berseronok memalukan sasaran’ ungkapan-ungkapan benci akan dihamburkan. Apa yang jelas adalah hak asasi manusia adalah ruang yang tidak statik. Oleh kerana budaya masyarakat akan sentiasa berubah, sikap terhadap satu-satu cara hidup juga akan selalu bertukar. Walaubagaimanapun ia berubah samada ia kekal, membaik, atau memburuk untuk satu-satu individu dan kaum dalam masyarakat besar, maruah manusia (human dignity) harus sentiasa terpelihara. Dan pemeliharaan serta pemuliharaan maruah manusia ini tidak bersalahan dengan mana-mana agama. Seorang insan harus dilayan sebagai insan. Ia tidak harus didiskriminasikan kerana orientasinya yang berbeza. Dalam hal ini pandangan figur radikal Syiah yang terkenal Moqtada Sadr (2009) ketika mengulas keganasan terhadap golongan gay di Iraq pada 2009 dapat dikutip untuk dijadikan renungan: The only remedy to stop it is through preaching and guidance. There is no other way to put an end to it. Al-Sadr rejects this type of violence … and anyone who commits violence (against gays) will not be considered as being one of us (Lihat http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gyEDJh2jz2X-0cesB76vl6eIJL6Q). Meski Moqtada Sadr masih melihat homoseksualiti sebagai satu ‘kecacatan yang harus dibimbingi’, ia juga mengutuk keganasan dan diskriminasi terhadap pengamalnya. Sikap Moqtada Sadr ini adalah sikap yang waras. Selain beliau, al Akhbar, media yang sering dikaitkan dengan pergerakan Hezbollah di Lubnan juga sering memberikan ruang wacana untuk kaum LGBT (Joseph Mayton, 2012). Hampir sama dengan insiden Tasty Nightclub, di Melbourne, Al Akhbar mengecam tindakan Internal Security Forces (ISF) Lubnan yang menyerbu sebuah pawagam di Beirut pada Ogos 2012 lalu. Internal Security Forces (ISF) Lubnan telah menahan 36 penonton di sinema tersebut dan melakukan ‘pemeriksaan dubur’ untuk memastikan apakah mereka itu gay atau tidak (Bassam Alkantar, 2012). Pemeriksaan melampau itu jelas sekali mencabuli kehidupan peribadi seorang manusia, dan menjatuhkan maruahnya. Mujurlah Moqtada Sadr dan al Akhbar yang dicap ekstrimis di Barat masih memberi ruang kepada dialog. Masih ada masyarakat Islam seperti Tariq Ramadan yang memilih ruang untuk berkomunikasi. Pandangan Tariq Ramadan dan Moqtada Sadr misalnya jauh lebih munasabah berbanding pandangan radikal Zakir Naik yang bukan sahaja tidak membezakan antara orientasi dan perilaku seks tetapi melulu menuntut hukuman mati untuk golongan LGBT (Sadanand Dhume, 2010). Sikap Zakir Naik ini mudah difahami memandangkan beliau juga bebas mempersenda agama lain, dalam satu acara Vinaayagar Chathurti, beliau telah mengejek Dewa Ganesha sehingga menimbulkan bantahan besar di India. Peribadi Zakir Naik ditimbulkan dalam artikel ini kerana ia diberi kebenaran untuk berceramah di Malaysia antara September-Oktober 2012. Adalah penting untuk membezakan sikap Tariq Ramadan dan Moqtada Sadr dengan Zakir Naik, kerana Zakir Naik tidak mewakili wajah umat Islam yang sebenar: Still, there are not too many apologists for the way Wahabis are pressing forward with radicalisation. Tele-evangelist Zakir Naik, a Wahabi, preaches orthodoxy on his channel Peace TV. Naik also runs the Islamic Research Foundation, which is described as a religious learning resource centre by the website of the Jamaat ud Dawa, Lashkara-e-Taiba’s parent body (The Telegraph, 2009). Dalam hal ini, Zakir Naik dan Nakoula Basseley Nakoula (atau Sam Bacile) produser Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah saw berada pada baris yang sama. Kedua-duanya adalah pencabul maruah manusia (human dignity) justeru juga penoda hak asasi manusia. Dalam Islam, human dignity merupakan satu prinsip utama. Yang dihukum sebagai satu jenayah adalah perilaku seksual itu, bukannya orientasi seksual. Oleh kerana itu perilaku heteroseksual yang dianggap normal dalam masyarakat Z jika dilakukan di luar nikah akan dianggap zina dan merupakan satu jenayah. Homoseksual dan heteroseksual dalam hal ini akan terpandang sama. Jelaslah ukurannya bukan orientasi seksual itu, tetapi perilakunya yang dinilai. Dalam hal hukuman terhadap perilaku homoseksual ini prinsip-prinsip suci dan transenden sebuah agama (divine principles) tidak harus dikelirukan dengan amalan manusia (human practices). Bersabit dengan LGBT di Malaysia, maruah manusia (human dignity) pengamalnya harus dilindungi. Mereka tidak wajar diaib dan didiskriminasi. Pun, sebagai ingatan semula hak-hak LGBT di Malaysia bagaimanapun sangat bergantung kepada nilai-nilai moral (moral values); ketenteraman awam (public order); dan hak-hak manusia lain (rights of others). Sebagai anggota masyarakat pengamal LGBT dijangka akur dengan formula di atas. Untuk generasi muda di Malaysia pula, yang harus didedahkan kepada mereka adalah apa itu perbezaan dan bagaimana menanganinya dengan betul. Bukan mengajar mereka melakukan pelabelan dan stigma. Kurangnya sensitiviti dan kefahaman terhadap isu-isu hak asasi manusia membolehkan berlakunya pelabelan terhadap golongan LGBT dengan penerbitan ‘garis panduan mengenal LGBT’. Kerana kurangnya sensitiviti dan kefahaman terhadap isu-isu hak asasi manusia jugalah figur pencabul maruah manusia seperti Zakir Naik diberi izin melakukan road tour di negara ini. Pelabelan dalam bentuk garis panduan, dan ceramah masjid mengejek agama atau cara hidup lain tidak menyelesaikan apa-apa. Ini kerana ‘penawar’ sedemikian hanya melebarkan kebencian dan mendorong ketidakstabilan. Dialog interaktif masih kekal menjadi jalan utama dalam ruang hak asasi samada kita suka atau tidak.
Rujukan Alkantar, Bassam. Ogos 2. 2012. http://english.al-akhbar.com/content/dark-side-lebanons-antiquated-sex-laws. The Dark Side of Lebanon’s Antiquated Sex Laws. Dhume, Sadanand. Jun 20. 2010. http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704365204575317833268479268.html. The Trouble With Dr. Zakir Naik. Dolan, Timothy. September 20. 2011. Surat Kepada Presiden Barack Obama. http://www.usccb.org/issues-and-action/marriage-and-family/marriage/promotion-and-defense-of-marriage/upload/dolan-to-obama-doma-letter-sept-20-2011.pdf Lesbian and Gay Rights in the World. Mei 2012. www.ilga.org. Mayton, Joseph. April 11. 2012. http://english.al-akhbar.com/content/homosexuals-struggle-rights-post-revolution-arab-world. Homosexuals Struggle For Rights In Post-Revolution Arab World. Ramadan, Tariq. 2009. Islam and Homosexuality. http://www.tariqramadan.com/IMG/article_PDF/article_a10683.pdf. Sadr, Moqtada. Mei 29, 2009. http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gyEDJh2jz2X-0cesB76vl6eIJL6Q. Iraq's Sadr Wants 'Depraved' Homosexuality Eradicated. Smith, Graham. Januari 10. 2012. http://www.dailymail.co.uk/news/article-2084696/Pope-Benedict-XVI-Gay-marriage-threat-humanity.html. Gay Marriage Is A Threat To Humanity Claims Pope. The Telegraph India. Mei 10. 2009. http://www.telegraphindia.com/1090510/jsp/7days/story_10942907.jsp. The Rise And Rise Of Wahabism.]]>
Penulis Minoriti dan 'Penyebaran' Agama Hindu
Oleh: Uthaya Sankar SB
Salah satu cabaran ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang bukan sahaja bersatu-padu (united) tetapi juga mengamalkan integrasi (integration) adalah melalui pemupukan bibit-bibit persefahaman, saling memahami, saling menghormati, bertolak-ansur dan menerima perbezaan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum/etnik.
Wahana yang paling mudah untuk memupuk nilai integrasi adalah melalui bahan bacaan, khususnya buku cerita yang ditulis pengarang pelbagai kaum/etnik/agama bagi menggambarkan kepelbagaian yang membentuk identiti Bangsa Malaysia.
Saya berpegang pada konsep “satu bahasa, pelbagai budaya” iaitu Bahasa Malaysia digunakan untuk menghasilkan karya sastera kebangsaan bagi menggambarkan budaya pelbagai kaum, etnik dan agama di negara ini. Usaha murni itu turut dilakukan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menerusi aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di seluruh negara sejak 1999.
Namun begitu, sejak hampir setahun lalu, kempen “anti-Kavyan” giat dilakukan pihak tertentu dengan menyelitkan bibit-bibit perkauman dan ketegangan agama bagi mencapai impian terkutuk mereka menindas kelompok minoriti yang turut mewarnai peta sastera kebangsaan. Sekali gus menyukarkan usaha mencapai integrasi.
[caption id="attachment_888" align="alignright" width="225"] Novel Panchayat: Edisi Khas dikatakan menampilkan gambar berhala.[/caption]
Apabila novel Panchayat: Edisi Khas mahu diterbitkan pada Ogos 2012, sudah ada “kempen” menerusi ruang siber dan mulut ke mulut (word of mouth) bagi menyeru khalayak Melayu-Islam memboikot novel saya dengan alasan ada gambar berhala pada kulit novel. Mujurlah masyarakat kita tidak jahil untuk mempercayai pembohongan seumpama itu.
Dalam perkembangan terkini, karya saya dikatakan “ada unsur penyebaran agama Hindu” dan “salah dari segi Akta Penerbitan”. Alasan itu digunakan untuk menolak sebuah cerpen terbaru saya daripada disiarkan di sebuah majalah berprestij tanah air.
Tentu sahaja saya tidak marah atau kecewa semata-mata kerana karya saya tidak disiarkan. Sebaliknya, apa yang menjadi persoalan adalah alasan yang diberikan untuk mewajarkan manuskrip itu ditolak. Ternyata ada unsur penindasan.
Sebenarnya, sejak awal 2012, beberapa individu dilaporkan menghubungi editor di beberapa penerbitan dan “menghasut” supaya karya saya dan mana-mana ahli Kavyan tidak disiarkan. Alasan (fitnah) yang dikemukakan adalah bahawa kami “anti-Melayu” dan “anti-Islam”. Kerana Kavyan tampil menolong beberapa pengarang yang menjadi mangsa penipuan beberapa penerbit. Kerana Kavyan berjuang memartabatkan Bahasa Malaysia. Kerana Kavyan berani bersuara tanpa menjadi “pak turut” kepada mana-mana pihak; khususnya politikus.
“Cerpen-cerpen Uthaya ada unsur penyebaran agama Hindu. Tak boleh disiarkan dan salah dari segi Akta Penerbitan. Suruhlah dia hantar ke surat khabar atau majalah India. … Cerpen dia agak terbuka bercerita tentang Tuhan Hindu. … Tak boleh disiar di majalah bahasa Melayu. Cerpen-cerpen dia menyebar agama Hindu secara halus kepada pembaca Melayu.”
Demikian nada kempen terbaru yang dilakukan. Apa yang menarik, penolong editor sebuah majalah juga menyertai kempen “anti-Uthaya” dan mula “mengajar” ketua editor majalah berkenaan supaya memboikot karya-karya saya. Cerpen terbaru saya yang sudah diluluskan untuk penyiaran oleh editor dan ketua editor, tiba-tiba ditolak oleh penolong editor itu menggunakan alasan tadi.
Nama DBP ‘dijual’
[caption id="attachment_887" align="alignleft" width="240"]
Kononnya majalah-majalah DBP memboikot karya ahli Kavyan.[/caption]
Malah, individu berkenaan juga ternyata berniat jahat apabila menggunakan nama bekas ketua Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Padilah Haji Ali. Kononnya, semasa Padilah menjadi ketua, DBP memboikot karya-karya saya dan tidak menyiarkannya di mana-mana majalah DBP. Maka, majalah di mana dia menjadi penolong editor juga, katanya, perlu memboikot karya-karya saya.
Tentu sahaja fitnah itu bertujuan menjejaskan nama baik serta imej DBP dan Padilah. Tambahan pula, tidak timbul langsung isu mana-mana karya saya diboikot oleh mana-mana majalah DBP. Terkini, karya saya disiarkan dalam majalah Tunas Cipta (April 2012) dan Dewan Pelajar (Jun 2012).
Saya tidak menolak kemungkinan (ulang: kemungkinan) puak anti-Kavyan turut berusaha meracuni editor-editor di DBP. Bagaimanapun, tentulah DBP sebagai sebuah badan yang berwibawa, profesional dan beretika tidak akan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah yang disebarkan puak tidak bermaruah seperti itu.
Berbalik pada alasan “ada unsur penyebaran agama Hindu” yang cuba dipelopori individu/kumpulan anti-Uthaya, mereka pasti terkejut besar jika berpeluang membaca cerpen “Rudra Avatara” (Dewan Sastera, Januari 2005) dan “Cerita Paurnami” (Dewan Sastera, Mac 2006) misalnya.
Tidak mustahil bahawa puak itu akan menuduh Rozninah Abd Azib, bekas editor Dewan Sastera sebagai agen kepada penyebaran agama Hindu menerusi cerpen-cerpen berkenaan. Tambahan pula, Dewan Sastera adalah majalah sastera paling berprestij di tanah air dan diterajui pula sejak dahulu oleh editor-editor yang berwibawa.
Sewaktu saya berbual-bual dengan Padilah dan Rozninah di kafe DBP pada 16 Februari 2012, kami turut menyentuh mengenai dua cerpen di atas. Rozninah tidak melihatnya sebagai karya yang “ada unsur penyebaran agama Hindu”. Malah, walaupun sudah lebih enam tahun, beliau masih ingat kedua-dua cerpen itu kerana unsur kemanusiaan dan kekeluargaan yang disajikan. Tidak ada laporan mengatakan pembaca Melayu-Islam murtad selepas membaca cerpen-cerpen berkenaan.
Sebagai individu yang menulis secara profesional sejak 1992, tentulah saya tahu apa yang boleh ditulis dan apa yang perlu dielakkan dalam cerpen. Tentulah saya tahu perihal Akta Penerbitan DBP, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perlembagaan Persekutuan, etika penulisan dan sensitiviti kaum/agama apabila mengirim karya untuk disiarkan.
Paparan budaya kaum India
Semasa mengirim manuskrip cerpen terbabit yang diluluskan ketua editor dan editor tetapi kemudian ditolak penolong editor sebuah majalah, saya nyatakan begini pada e-mel:
“Karya ini tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum atau agama. Sebaliknya cerpen ini menggabungkan unsur budaya, keluarga, mitos dan pengajaran (moral) yang disajikan secara tersirat menggunakan teknik ‘to suggest’ (mencadangkan). Gaya bahasa yang digunakan adalah bahasa mudah, sesuai dengan sudut penceritaan watak seorang kanak-kanak.”
[caption id="attachment_890" align="alignright" width="300"]
Iklan percuma dicetak di belakang novel supaya puak anti-Uthaya tidak perlu berkokok siang-malam.[/caption]
Hakikat yang perlu diakui adalah bahawa jumlah penulis kaum India yang menulis karya Bahasa Malaysia tidak ramai. Maka, sebagai kelompok “minoriti”, pasti sahaja banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui. Apatah lagi apabila terpaksa berdepan dengan puak anti-Kavyan yang berusaha bersungguh-sungguh mempengaruhi para editor akhbar dan majalah supaya memboikot apa-apa tulisan yang dikirim pengarang kaum India.
Malah, saya difahamkan bahawa pada Jun 2012, seorang penulis terkenal dan disegani memberi “peringatan” kepada sekumpulan editor di sebuah penerbitan supaya berhati-hati dan berwaspada dengan karya daripada penulis kaum India – kecuali Raja Rajeswari Seetha Raman – kerana pasti ada cubaan menyebarkan ajaran agama Hindu menerusi karya yang dikirim.
Sekadar makluman, Raja Rajeswari adalah penulis kaum India yang selesa menulis puisi bertema Melayu-Islam. Maka, walaupun beliau masih “minoriti” (penulis kaum India) tetapi beliau adalah “minoriti terpilih” kerana tidak pernah disyaki atau dituduh cuba menyebarkan agama Hindu menerusi puisi-puisi Islamik yang dihasilkannya. Akan tetapi, para pengarang lain (minoriti) tidak cukup bertuah seperti beliau untuk diberikan layanan istimewa.
[caption id="attachment_889" align="alignleft" width="300"]
Kavyan dan DBP mengendalikan Bengkel Penulisan Makalah Budaya pada Mei 2012.[/caption]
Suatu hal yang ketara (dan sesungguhnya saya senangi) dalam cerpen-cerpen saya adalah penampilan budaya, bahasa, adat dan cara hidup kaum India. Sebenarnya, saya beranggapan adalah menjadi tanggungjawab saya menampilkan kebudayaan kaum India untuk tatapan dan pemahaman para pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Demikian saya nyatakan pada bahagian prakata kumpulan cerpen Siru Kambam (DBP: 1996). Demikian juga saya sering tegaskan kepada peserta bengkel penulisan cerpen anjuran Kavyan. Nasihat yang sama juga saya berikan kepada peserta Bengkel Penulisan Makalah Budaya anjuran DBP pada 19 Mei 2012.
Penindasan secara halus
Mungkin sahaja akan ada pihak yang tampil mengatakan bahawa isu sebuah manuskrip cerpen saya ditolak adalah isu terpencil dan tidak wajar diperbesar-besarkan. Akan tetapi, bagi saya, isu sebenar bukanlah soal cerpen itu tidak disiarkan – kerana saya boleh sahaja menyiarkannya di tempat lain; malah mendapat bayaran yang lebih.
Isu yang lebih besar di sini adalah “penindasan secara halus” yang dilakukan secara terancang oleh pihak tertentu terhadap penulis pelbagai kaum yang menulis mengenai kaum, budaya, adat, kepercayaan, agama dan cara hidup selain daripada acuan Melayu-Islam.
Dalam pada kita lantang berkokok “meraikan kepelbagaian”, apa yang sebenarnya berlaku/dilakukan adalah penindasan secara terancang terhadap golongan penulis minoriti yang berusaha “menyajikan kepelbagaian” yang dilaung-laungkan itu.
Label paling mudah adalah “cuba menyebarkan agama Hindu/Kristian/Buddha/Sikh” bagi menghalang hasil karya itu daripada disiarkan untuk bacaan umum. Kononnya boleh menggugat akidah penduduk beragama Islam di Malaysia. Begitu rapuhkah keimanan dan akidah penganut agama Islam di negara bertuah ini?
Apa yang diperkatakan di sini bukan semata-mata soal kebebasan bersuara – freedom of speech. Sebaliknya adalah mengenai tanggungjawab penulis membuka ruang ke arah pembinaan Bangsa Malaysia dengan menampilkan kepelbagaian budaya, adat-resam, kepercayaan dan agama untuk dinikmati pembaca. Semuanya musnah apabila dicantas pihak editorial yang terlalu rapuh keimanan dan terlalu tebal perasaan perkauman dalam diri.
Mungkinkah akan tiba pula masanya ada pihak mencadangkan agar semua manuskrip karya yang dihasilkan pengarang “Bukan Melayu-Islam” wajib diserahkan kepada pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dinilai dan diluluskan? Bukan kerana unsur Islamik yang mungkin ditampilkan tetapi kerana bimbang “ada unsur penyebaran agama Hindu/Kristian/Buddha/Sikh”.
Mungkin akan disarankan juga supaya karya-karya pengarang kaum India diserahkan oleh penerbit kepada peguam dan pakar undang-undang kerana bimbang kisah mengenai budaya, adat dan cara hidup watak kaum India itu “salah dari segi Akta Penerbitan” dan boleh mengancam keamanan negara.
Pada waktu itu nanti, juak-juak anti-Kavyan serta penolong editor yang menolak cerpen saya dengan fitnah “ada unsur penyebaran agama Hindu” pasti akan tersenyum girang sambil menerima habuan yang dijanjikan pihak tertentu. Dan di pentas yang lain pula, pemerintah akan berkempen secara besar-besaran menggalakkan penulis pelbagai kaum menghasilkan karya Bahasa Malaysia untuk menggambarkan kepelbagaian budaya dan etnik di negara bertuah ini demi mencapai integrasi yang diimpikan bersama.
Say No to Racism
iran and Islamic Renaissance Front (IRF), in collaboration with Southeast Asian Centre for e-Media (Seacem), organised an Anti-Racism workshop on 15 Sept. The workshop was part of the activity for the Penang Local Democracy Festival.
About 40 people, some representing NGOs turned up for the workshop, which was held at Aliran office, Penang.
Dr Prema Devaraj, from Aliran began the workshop with an interesting interactive game to show how people were segregated. This was followed by a fun way of ‘putting labels’ on people based on their nationality was carried out by the participants in three groups (see picture above).



Malaysian race and religion online statistics
http://www.projekdialog.com/wp-content/uploads/2012/09/racereligiongraph.png
]]>Reaksi kepada filem menghina Nabi Muhammad
Baca artikel selanjutnya di sini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya turut mengutuk keganasan yang telah berlaku ke atas empat rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens, yang terbunuh dalam insiden rusuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan filem tersebut.
“DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan.
“Ia juga harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta,” tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Baca artikel selanjutnya di sini.
Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.
Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.
Hampir 300 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu.
Sambil melaungkan “hancur Amerika”, “Hidup Islam” mereka juga membawa sepanduk bertulis “Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah”.
Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu.
Baca artikel selanjutnya di sini.
Projek Rumah Ibadat Kita Dilancarkan
Projek pemetaan Rumah Ibadat Kita telah dilancarkan di Brickfields dengan satu sesi orientasi, bersama 14 orang peserta. Kumpulan ini akan dilatih untuk mengenali dan mempelajari tentang rumah-rumah ibadat di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur, bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan kesefahaman antara bangsa dan agama. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://rumahibadatkita.tumblr.com
]]>St. Mary's Syrian Orthodox Cathedral
St. Mary’s Syrian Orthodox Church. Ini bukan gereja Kristian yang biasa. Gereja yang berumur lebih 60 tahun ini adalah satu-satunya di seluruh Malaysia yang mengamalkan agama Syrian Orthodox Church, salah satu aliran agama Kristian.
]]>