Projek Dialog

Looking for a Social Media Research Assistant

Job vacancy alert 🚨🚨🚨

 

Projek Dialog is embarking on ‘Leveraging Media for Advocacy Objectives,’ a six-month research project on politically effective social media usage. We are looking for dedicated research assistants to help to facilitate surveys, analyze data and manage social media platforms for strategic outreach on intercultural understanding.

 

1. Job scope:

a) Researching social media trends

b) Critically evaluating social media data and analytics

c) Content creation

d) Periodical commentaries, presentations and written reports on 1a, 1b and 1c

 

2. Candidate requirements:

a. Well-versed in social media usage (especially memes and Tik Tok)

b. Awareness of Malaysian and regional politics. Local (i.e. not just Euro-American) insights are particularly advantageous

c. Fluency in Bahasa Malaysia

d. The ability to think critically and independently about (and beyond) social media trends

e. Contextual literacy

f. Good writing

g. Team player + kindness

h. Be comfortable with playing a feature role on social media accounts created during the course of this project or hosting project content out onto their own platforms.

 

If you’re great at utilising social media platforms such as TikTok, social media trends and memes, this is definitely for you!

 

To apply, please submit either of the following to jeannettegoon@gmail.com with the subject line “Research Assistant for Leveraging Media for Advocacy Objectives”

    1. A writing sample that demonstrates the candidate’s social media literacy.
    2. A short video (30-seconds maximum) that provides creative commentary on a trending issue. This video should be accompanied with a short statement (less than 100 words) of why the issue was selected and the approach for creating the video.

 

———————————————————————

Makluman 🚨🚨🚨

 

Projek Dialog akan memulakan projek ‘Leveraging Media for Advocacy Objectives’, iaitu sebuah projek penyelidikan selama enam bulan mengenai penggunaan media sosial yang efektif untuk politik. Kami mencari pembantu penyelidikan yang berdedikasi untuk membantu memudahkan tinjauan, menganalisis data dan menguruskan platform media sosial untuk jangkauan strategik mengenai pemahaman antara budaya.

 

1) Skop pekerjaan:

a. Meneliti trend media sosial

b. Menilai data secara kritikal dan analitik media sosial

c. Pembuatan kandungan

d. Ulasan, pembentangan dan laporan bertulis secara berkala mengenai 1a, 1b dan 1c

 

2) Anda harus:

a. Mahir dalam penggunaan media sosial (terutamanya meme dan Tik Tok)

b. Mempunyai pengetahuan mengenai politik Malaysia dan serantau. Tempatan (iaitu bukan hanya Pandangan Euro-Amerika) sangat bermanfaat

c. Kefasihan dalam Bahasa Malaysia

d. Keupayaan untuk berfikir secara kritis dan bebas mengenai (dan seterusnya) tren media sosial

e. Literasi kontekstual

f. Penulisan yang baik

g. Boleh bekerjasama + baik

h. Selesa dengan memainkan peranan dalam akaun media sosial yang dibuat semasa menjalankan projek ini atau mengehoskan kandungan projek ke platform mereka sendiri.

 

Sekiranya anda mahir menggunakan platform media sosial seperti TikTok, tren media sosial dan juga meme, ia pasti sesuai untuk anda!

 

Sekiranya anda berminat, anda boleh hantar e-mel ke jeannettegoon@gmail.com dengan subjek “Research Assistant for Leveraging Media for Advocacy Objectives” bersama dengan salah satu yang berikut:

  1. contoh berbentuk penulisan yang menunjukkan literasi media sosial anda
  2. video pendek yang kreatif (maksimum 30 saat) mengenai sebuah isu dengan pernyataan pendek (kurang daripada 100 perkataan) mengenai mengapa isu ini dipilih dan penerangan dalam cara video itu dibuat

Diverse Voices Media Grant

by Jeannette Goon

 

What are Malaysian stories?

When we first put a call out for grant submissions, we were expecting diversity. But even so, we were surprised at how extensive the diversity in media could be.

We received pitches for stories about the stateless community in Sabah, Chinese education in Malaysia, psychological trauma among children with medical conditions that affect body image.

There was also diversity in medium — from essays to VR documentaries to interactive digital articles.

Ultimately, out of the 47 submissions we received, we could only select 10. This was a very difficult task, considering many of the submissions were of high quality and highlighted stories that we were interested in.

Helping us with this difficult task was our selection committee, which consisted of:

Victoria Cheng, Project Manager, Projek Dialog

Jeannette Goon, Program Officer, Projek Dialog

Sharaad Kuttan, Senior Anchor, Astro Awani

Abu Hayat, Migrant Worker’s Rights Activist

Justin Wong, Founder, Write Handed

 

The selection process involved an individual evaluation, where each member of the selection committee received access to all the submissions and assessed them individually, as well as a group evaluation where all selection committee members met to discuss the final 10.

The 10 grant recipients are:

 

Aidila Razak (Malaysiakini)

For an interactive digital article, accompanied by video and podcast, on unaccompanied minor refugees.

Vinodh Pillai

For a series of written accounts of lived realities from those working in the different, vulnerable jobs in the local sex industry and how their livelihoods have been affected during the COVID-19 lockdown.

Rupa Subramaniam

For a virtual mixed media art exhibition and a documentary featuring the stories of 30 Malaysian women translated into body art.

Loh Yi Jun

For Take a Bao, a podcast that tells the stories of the unrepresented food culture of Asia, starting off with stories in Malaysia/Southeast Asia.

Kristy Tan Wei Shia

For a podcast series inviting diverse sources to have a chat on topics related to motherhood. One of the topics it aims to explore is: How is motherhood valued and shaped by our different cultures and faiths?

Allie Hill (in collaboration with Amin Kamrani)

For an ebook featuring members of the refugee community, that will showcase how multi-talented they are and the skills that they have. The book will be visually led, accompanied by short text.

Tan Su Lin

For a Malay language story highlighting the effects of climate change on indigenous communities in Malaysia.

Ricardo Unto (Daily Express)

For a video report on ritual specialists from Tuaran and Penampang in Sabah. These “ritual specialists” are the guardians of the native Kadazan Dusun community’s culture.

Zarif Ismail

For a VR documentary about the Batek tribe in Taman Negara. The film explores their settlement, spiritual practices, food gathering and their relationship with the forest.

Roshinee Mookaiah

For a short story competition to be run on a Humans of New York-inspired social media platform that features Malaysian Indians. People will be asked to submit short photo essays or videos and the grant money will be used for prize money, judges’ fees, advertising expenses and production of a final video.

 

Congrats to all grant recipients, and thank you to all who submitted!

For more information on the selection process, please read our selection guidelines for this grant.

 

This media grant is part of the Diverse Voices program run by Projek Dialog with the support of Internews. The main goal of the program is to promote religious freedom and under-represented communities in the media.

___________________________________________

 

Apakah itu cerita-cerita Malaysia?

Apabila kebukaan permohanan grant kami diterbitkan di laman media sosial, terdapat pengharapan untuk kepelbagaian. Tetapi walaupun begitu, kami amat kagum melihat betapa luasnya kepelbagaian media.

Kami menerima idea-idea mengenai komuniti yang tidak bernegara di Sabah, pendidikan Cina di Malaysia, trauma psikologi di kalangan kanak-kanak dengan keadaan perubatan yang mempengaruhi imej badan.

Terdapat juga kepelbagaian dalam perantara iaitu daripada karangan kepada dokumentari alam maya kepada artikel digital yang interaktif.

Akhirnya, daripada 47 permohonan yang kami terima, kami hanya dapat memilih 10. Ini merupakan tugas yang amat sukar, sedangkan terdapat pelbagai permohanan, idea yang berbagai disertakan dengan cerita-cerita yang kami minat.

Menolong kami dengan tugas yang sukar ini adalah jawatankuasa pemilihan kami, yang terdiri daripada: 

Victoria Cheng, Pengurus Program, Projek Dialog

Jeannette Goon, Pegawai Program, Projek Dialog

Sharaad Kuttan, Pemberita Kanan, Astro Awani

Abu Hayat, Aktivis Hak Pekerja Migran

Justin Wong, Pengasas, Write Handed

 

Proses pemilihan melibatkan penilaian individu, di mana setiap ahli jawatankuasa mempunyai  akses kepada semua permohonan dan penilaian secara berasingan dijalankan. Selain itu, penilaian secara berkumpulan juga dilaksanakan di mana semua ahli jawatankuasa pemilihan bertemu untuk membincangkan 10 finalis.

10 penerima grant tersebut adalah:

 

Aidila Razak (Malaysiakini)

Artikel digital yang interaktif, disertai dengan video dan podcast tentang masyarakat pelarian bawah umur.

Vinodh Pillai

Untuk siri laporan bertulis yang bersiasat mengenai pekerjaan yang berbeza dan terdedah dalam industri seks tempatan dan bagaimana sumber pendapatan mereka terjejas semasa penyekatan oleh COVID-19. 

Rupa Subramaniam

Untuk pameran seni media campuran maya dan dokumentari yang memaparkan kisah 30 wanita Malaysia yang diterjemahkan ke dalam seni badan.

Loh Yi Jun

Untuk Take a Bao, podcast yang menceritakan kisah budaya makanan Asia yang tidak diwakili, bermula dengan cerita-cerita di Malaysia / Asia Tenggara.

Kristy Tan Wei Shia

Untuk siri podcast yang mengundang sumber yang berbagai-bagai/pelbagai untuk membincangkan topik yang berkaitan dengan hal-hal keibuan. Salah satu topik yang ingin diterokainya ialah: Bagaimana perihal keibuan dihargai dan dibentuk oleh budaya dan kepercayaan kita yang berbeza?

Allie Hill (bekerjasama dengan Amin Kamrani)

Untuk ebook yang menampilkan ahli komuniti pelarian, yang akan menunjukkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Buku ini akan dipimpin secara visual, disertakan dengan teks pendek.

Tan Su Lin

Untuk cerita berbahasa Melayu yang menekankan kesan perubahan iklim terhadap masyarakat peribumi di Malaysia.

Ricardo Unto (Daily Express)

Untuk laporan video mengenai pakar ritual dari Tuaran dan Penampang di Sabah. “Pakar ritual” ini adalah penjaga-penjaga kepada budaya masyarakat Kadazan Dusun.

Zarif Ismail

Untuk dokumentari alam maya mengenai suku Batek di Taman Negara. Filem ini meceritakan tentang penempatan, amalan kerohanian, pengumpulan makanan dan hubungan mereka dengan hutan di sana.

Roshinee Mookaiah

Diilhamkan oleh Humans of New York, sebuah pertandingan cerpen akan diadakan di laman media sosial yang menampilkan masyarakat India Malaysia. Mereka akan diminta untuk menghantar esei foto pendek atau video. Wang daripada grant ini akan digunakan untuk memberikan hadiah berbentuk wang, pembayaran untuk hakim dan iklan, dan juga untuk pengeluaran sebuah video.

 

Tahniah kepada semua penerima grant kami, dan terima kasih kepada semua yang membuat permohonan!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai proses pemilihan, sila baca panduan pemilihan kami untuk grant ini.

 

Media grant ini adalah sebahagian dari program Diverse Voices yang dikendalikan oleh Projek Dialog dengan sokongan Internews. Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan kebebasan beragama dan masyarakat yang kurang diwakili di media.

 

 

 

 

 

 

Siapakah saya?

Untuk menjadi setia, dan tunduk dalam kawalan sesebuah kelompok sudah tidak menawarkan apa-apa keselamatan. Sekarang dunia ini memerlukan orang yang oleh menghubungkan beberapa kesetiaan, beberapa pertalian, beberapa identiti. – Naomi Gildenberg

Kita tidak pernah bertanyakan “siapakah saya”. Kita seringkali ditanya apakah bangsa kita, agama kita atau etnik kita. Bagi saya itu merupakan persoalan lama dan tidak lagi relevan pada masa kini. Dalam upaya saya untuk menjawab persoalan siapakah saya, saya perlu menghubungkan beberapa budaya dan latar belakang berbeza yang saya lalui. Siapakah saya? Sememangnya keperibadian saya dibentuk oleh sejarah, tetapi terdapat kekurangan perspektif tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Juga, saya adalah gabungan segala ketidakpedulian, cita-cita, kerinduan untuk kebebasan dan segala kerohanian di dunia. Saya adalah hasil daripada indoktrinasi nilai keluarga, agama, sistem politik dan pemikiran majoriti kelas menengah. Saya adalah makhluk yang direka-bentuk akibat daripada hasil binaan konteks sosio-politik di negara saya. Di mana saya adalah dan sedang dikawal oleh idea-idea orang lain, yang saya sangkakan kepunyaan saya. Saya seorang rakyat Sabah dan tercatat dalam kertas ID sebagai warganegara Malaysia, tetapi ia bukan sejarah keperibadian saya, bukan identiti saya. Bulan lalu (September) merupakan bulan yang penting bagi kebanyakkan rakyat di Sabah dan Sarawak mengenai identiti mereka sebagai rakyat Malaysia. Perbincangan identiti itu menjadi penting kerana selepas beberapa tahun baru wujud sebuah kesedaran baru mengenai kepentingan 16 September, atau Hari Malaysia. Dan apa yang menarik lagi, tahun ini merupakan tahun Malaysia mencapai umur 50 tahun. Jika seseorang sudah berumur 50 tahun, dia sering dilihat sebagai seorang yang sudah dewasa dan mencapai kematangan. Dan meliputi sebuah pengalaman yang luas dengan pelbagai adaptasi dari segi tingkah laku dan cara hidup. Dan kebanyakkan kita sibuk dalam dunia orang dewasa, kita jarang mencari masa untuk berhenti dan bertanyakan soalan asas mengenai identiti kita. Kerana peranan dan fungsi kita cenderung untuk menentukan identiti kita. Dan berbalik kepada Malaysia yang sudah berumur 50 tahun dan dianggap dewasa dan matang. Apakah maksud pendewasaan ini? Terdapat bukti-bukti yang menyokong Dr. Harry Blatterer di mana beliau menegaskan bahawa kekuatan ekonomi kapitalisme lah yang menentukan dan mendefinisikan pendewasaan dalam masyarakat kontemporari masa kini. Penanda ukur yang Blatterer namakan “the classical marker of adulthood” ialah: kebebasan, keluarga dan pekerjaan. Ketiga-tiga elemen ini juga boleh diterjemahkan kepada: kerjaya, perkahwinan heterosexual, rancangan persaraan, insurans, anak, kereta, rumah dan banyak lagi. Dan selagi seseorang berfungsi secara efektif dalam masyarakat, ia dianggap bahawa pendewasaan kita adalah sihat dan berkembang. Dalam erti kata lain, untuk lelaki, mereka mempunyai kemampuan untuk melakukan kerja yang produktif,  mendapat upah yang layak, menjadi bapa kepada anak-anak dan mengekalkan kawalan. Manakala, untuk perempuan, itu bererti menjadi isteri dan ibu, menjaga keperluan rumah dan dapur, dan melahirkan anak. Kehidupan yang berhasil dan produktif, itulah maksud menjadi seorang dewasa. Dimana ada satu bentuk persetujuan yang kita harus mainkan yang ditentukan oleh politik, ekonomi dan agama zaman sekarang. Maka, dalam pemikiran kita, itulah identiti kita. Identiti kita telah dimanipulasikan dengan suntikan sistem pecah dan perintah, supaya kekuasaan mampu dikawal oleh hanya segelintir kumpulan. Kita dipaksa untuk percaya bahawa antara manusia, kita adalah berbeza antara bangsa, warna, kepercayaan dan agama. Kita dipaksa untuk percaya bahawa dunia ini penuh dengan dosa, dan bumi adalah mati, maka manusia mempunyai “tanggungjawab” untuk mengeksploitasikannya. Seperti juga konsep bangsa atau negara bangsa, yang bertujuan untuk memecah-belahkan manusia dan eksploitasi sumber alam semulajadi. Seperti yang kita tahu, kita dilahirkan dari bumi, dan akan kembali juga ke bumi. Tubuh kita adalah sebahagian daripada alam semesta ini, dan diaplikasikan sama kepada semua manusia di peringkat lokal, nasional, regional dan internasional. Darah kamu yang mengalir dalam badan, warnanya merah sama seperti darah yang mengalir dalam badan saya. Dan apabila kita tersilap menganggap bahawa kita mempunyai identiti kekal, maka ia akan membawa kepada penderitaan. Jadi siapakah saya? Apa fungsi saya dalam menyumbangkan kepada dunia yang lebih baik. Kita mempunyai kebiasaan untuk melihat diri kita dengan cara tertentu. Tapi semua akan berubah kalau kita bermula untuk bertanyakan soalan asas, siapakah saya. Dengan pertanyaan kepada soalan itu akan mencungkil satu dimensi yang lebih mendalam. Contohnya kita selalu berkata, matahari telah terbit. Bertahun-tahun tanpa refleksi mendalam kita mengatakan matahari telah terbit, kita bangun pagi dan melihat matahari sudah naik. Dan kita menganggap bahawa memang begitulah apabila sudah pagi, matahari sudah naik. Tapi apabila satu hari saya berdiam dan bertanya, bagaimana matahari itu terbit? Dengan pengetahuan sains, saya mendapat tahu matahari langsung tidak terbit, tetapi sebenarnya bumi ini yang bergerak dan berputar. Menjadikan matahari statik itu bersinar kepada kita. Sesuatu yang selama ini saya abaikan, sekarang saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza. Saya telah melihat kewujudan cahaya matahari tidak terasing daripada acara yang saling berkaitan dengan keadaan sekelilingnya. Dan konsep yang sama juga digunakan untuk bertanyakan siapakah saya. Identiti saya bergantung kepada banyak sebab-sebab yang lain. Tetapi perkara pertama yang selalu kita lihat dalam budaya kita ialah bangsa atau agama kita. Kita telah diberitahu banyak kali dalam media, dalam buku teks, di sekolah, di universiti, oleh ibu bapa kita, kawan-kawan kita, ahli pemimpin kita, ketua agama kita bahawa kita adalah begini dan begitu. Kuncinya disini ialah pada pertanyaan, dan bukan kepada jawapan yang kita terima. Saya dibentuk oleh sejarah, oleh keperibadian yang saya temui sepanjang hidup saya, begitu banyak sekali sehingga tidak ada identiti yang jelas untuk saya kata apakah identiti saya yang sebenar.  Keperibadian saya juga bergantung kepada kombinasi keadaan dan tindakan, ia tidak kekal juga tidak independen. Saya terus sedar bahawa terdapat banyak jaringan yang menghubungkan saya kepada kehidupan orang lain, saya sedar bahawa kewujudan saya penuh erti melalui interaksi dengan orang lain. Di peringkat yang lebih mendalam, kita bukan sahaja rapat secara fizikal, tetapi juga kepada makhluk hidup yang lain. Dan ini membawa saya kepada realisasi bahawa pemahaman saling kaitan dengan semua kehidupan boleh membawa kepada dunia yang lebih aman. Kita seharusnya merayakan kepelbagaian manusia, dan belajar untuk tidak terancam dengan perbezaan antara kita. Ini kerana pada peringkat yang paling asas, kita, melalui satu ikatan mistik, dilahirkan untuk berkongsi dalam jangka hayat di planet yang sama ini, dalam alam semesta yang luas. Dengan kebanggaan terhadap identiti kita, kita juga harus sedar bahawa ancaman terhebat sekali kepada keberlanjutan budaya kita ialah kemusnahan alam dan bumi kita. Itu ancaman kepada pembunuhan identiti kita. Kerana tujuan kekuasaan dan asimilasi hanya ada satu tujuan, iaitu untuk menyenangkan kerja untuk memusnahkan bumi dengan rampasan tanah, pembikinan projek mega, empangan, hotel, dan pembangunan yang tidak lestari. Maka identiti kita sebagai manusia akan hilang, dan hanya menjadi robot akibat dehumanisasi dan penindasan. Jika kita hanya mendengar satu cerita, kita akan menghasilkan stereotaip, dan masalah dengan stereotaip ialah ia bukan tidak betul, tetapi ia tidak lengkap. Soalan siapakah saya ini bukan saja terletak pada kertas, IC atau pasport. Tapi termasuk juga segala hubungan yang menyumbang kepada keperibadian saya dalam sepanjang kehidupan say. Dan dalam proses pendewasaan ini, saya juga mengajak untuk memikirkan kembali definisi klasik yang menjadi penanda kepada apa maksud menjadi dewasa pada zaman kontemporari kini, kerana ia juga menjadi pengaruh terbesar kepada identiti kita. ]]>

Memikir semula pendidikan vernakular

defensive, masing-masing ingin mempertahankan hak dan suara komuniti mereka. Pihak-pihak seperti PERKASA dan Dong Jiao Zong pula melantikkan diri mereka sebagai benteng pertahanan bagi hak kepentingan kaum-kaum mereka. Fokuskan pada Pembaikan Sistem Bagi saya, topik ini tidak perlu menjadi sebuah topik yang partisan. Walhal, golongan elit atasan (termasuk juga ahli-ahli politik sendiri) langsung tidak kisah akan pertelingkahan golongan majoriti rakyat. Mereka menghantar anak-anak mereka di sekolah-sekolah antarabangsa ala ‘Eton’ yang mewah di mana isu bahasa penghantar langsung tidak menjadi kerisauan mereka. Maka di sini, saya ingin menyentuh isu yang lebih luas spektrumnya, iaitu sistem pendidikan. Realitinya, sistem pendidikan negara kita bukan sahaja tidak berfungsi, malah ia telah melampaui tempoh tarikh luputnya. Semua polisi dan pembuatan keputusan bagi pendidikan dibuat di peringkat atasan dan beraliran atas-bawah. Sistem kini hanya berfungsi untuk mencipta robot yang hanya mematuhi arahan tetapi tidak boleh berfikir. Sistem pendidikan ini adalah hasil daripada ketidakpercayaan dan ketakutan akan kebolehan masyarakat menguruskan hal ehwal pendidikan mereka. Jika dahulunya pada zaman penjajahan, sekolah merupakan alat pengaruh golongan berkuasa bagi melahirkan golongan pekerja dan birokrat yang setia terhadap hierarki kuasa barat. Kini, ia berasal daripada ketakutan terhadap kemunculan golongan masyarakat yang mampu berfikir melangkaui batasan politik pecah dan perintah, yakni politik partisan dan perkauman. Falsafah Pendidikan Persoalan utama yang perlu kita bertanya sekarang – apakah kepentingan pendidikan? Pendidikan dalam konteks yang sebenar bukanlah tertakluk pada peringkat umur kanak-kanak dan remaja, sebaliknya, pendidikan adalah sesuatu yang penting bagi kehidupan seseorang manusia. Pendidikan juga bukan bersifat pembelajaran yang pasif, ia adalah sesuatu yang diperlukan kerana ia merangsangkan minda manusia untuk berfikir. Berfikir membebaskan sesebuah masyarakat daripada roda penghambaan dan penindasan hidup dengan meningkatkan mobiliti sosial mereka. Tapi bagaimanakah anak-anak muda negara kita mampu berfikir jika isu kebebasan ilmu tidak disentuhi? Di sekolah-sekolah tiada langsung subjek atau pendidikan seperti falsafah dan kemanusiaan, mereka juga tidak digalakkan untuk bebas berfikir dan menyuarakan pendapat mereka secara intelektual. Apa tah lagi dengan peraturan-peraturan sekolah yang menkongkong dan undang-undang  seperti AUKU yang mencabuli hak asasi manusia. Sebaliknya, isu pendidikan di negara kita hanya berlegar-legar dalam pertelingkahan remeh seperti penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, latar belakang bangsa seseorang guru dan perlumbaan skor peperiksaan. Walhal, jika pihak-pihak yang pro-nasionalis Melayu serta pro-budaya minoriti dapat mencelikkan mata, dan berusaha bersama meningkatkan kualiti sistem pendidikan kita yang semakin ketinggalan dek zaman, pelajar-pelajar kita tidak mungkin berada di tangga yang corot dalam penilaian PISA (Programme for International Student Assessment). Pendidikan Mengikut Arus Zaman Kini pendidikan perlu mara seiring dengan arus zaman teknologi ‘smartphone’, ‘google’, ‘facebook’ dan ‘ipad’. Realitinya, kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan hanya bergurukan internet, hal ini kerana terdapat banyak laman-laman pendidikan percuma seperti Khan Academy, Coursera.org, dan juga Youtube. Di sekolah, pemikiran secara kritikal adalah sesuatu yang amat jarang, hal ini kerana pembelajaran di sekolah adalah bersifat satu hala. Buku-buku teks seperti matematik dan sains langsung tidak mengikut perkembangan terkini. Akibatnya fungsi pendidikan menjadi lapuk dan tidak relevan. Malah, pekerjaan guru merupakan ‘last resort’ (pilihan terakhir) bagi kebanyakkan para graduan tempatan. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan negara Finland atau Singapura dimana perguruan merupakan kerjaya yang disanjungi tinggi, antara profesion yang kompetitif dan berkelayakan tinggi. Ini menunjukkan polisi pendidikan negara kita tidak mempunyai arah tuju, ia hanya bertujuan untuk memenuhi kehendak sesetengah pihak. Tidak hairanlah kualiti pendidikan kita juga terlingkup. Penindoktrinisasian di Sekolah Lebih dikhuatiri, sekolah-sekolah nasional kini penjadi tapak pengindoktrinasian agama islam dari segi ritual agama seperti bacaan doa semasa perhimpunan sekolah, penguatkuasaan peraturan Islam seperti pengharaman makan babi di kawasan sekolah dan pengwajiban pakaian sekolah yang bercirikan islam. Sebaliknya, sekolah-sekolah vernakular pula menjadi tapak pengindoktrinasian bahasa dan budaya mono-etnik seperti pembelajaran subjek melalui bahasa penghantar ibunda dan menghadkan waktu kuliah bagi bahasa Ingeris  dan bahasa Melayu, serta pemahaman konteks budaya masyarakat lain yang bersifat satu dimensi. Secara tidak langsung, ia mengwujudkan polarisasi yang kita lihati dalam masyarakat negara ini. Peluang berinteraksi dan persahabatan diantara bangsa berlainan juga agak tipis walaupun dalam persekitaran kepelbagaian di peringkat sekolah menengah dan universiti. Perkara ini terjadi kerana pada peringkat pembesaran kanak-kanak di sekolah rendah, mereka telahpun melalui pengdoktrinasian dan pengasingan yang keterlaluan. Oleh itu, adalah penting bagi pendidikan nasional bersifat sekular dan bebas daripada agenda pengaruh-pengaruh politik tertentu. Agenda Inklusif dalam Sistem Pendidikan Agenda yang inklusif adalah penting kerana ia melingkupi keperluan pendidikan bagi semua rakyat Malaysia. Perkara ini termasuk memahami konteks demografik keperluan pendidikan bagi anak-anak muda yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini penting kerana ia akan membuka ruang untuk kepelbagaian agar kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi sesama mereka tanpa batasan sosial dan identiti. Jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Jerman dan Finland, negara-negara tersebut bukan sahaja memahami kepelbagaian demografik populasi negara mereka serta keperluan pasaran ekonomi mereka, malah, nilai-nilai kemanusiaan dan kesamarataan juga diterapkan dan diutamakan dalam persekitaran pendidikan. Penerapan nilai kemanusiaan bukan sesuatu yang boleh dipelajari melalui sesebuah subjek seperti moral, tetapi ia adalah dasar kepada proses pembelajaran dan interaksi manusia. Nilai kesamarataan pula dapat dipupuk dengan pembelajaran subjek melalui bahasa penghantar yang sama, iaitu bahasa nasional. Minda kanak-kanak sekolah rendah bagaikan span (sponge) dan boleh menguasai pelbagai bahasa dengan mudah. Sebagai contoh, pelajar-pelajar dari negara-negara Scandinavia mampu menguasai empat bahasa apabila mereka mencecah peringkat sekolah menengah. Asas pembelajaran yang setara ini juga membolehkan pelajar-pelajar mengasah bahasa komunikasi mereka an mengeratkan interaksi mereka dengan masyarakat majmuk. Kesimpulannya, pendidikan vernakular harus dianalisa melalui konteks yang lebih luas dan neutral, tanpa dikaburi oleh emosi yang bersifat perkauman dan partisan. Maka demikian, cabaran seterusnya adalah menggerakkan pembaharuan sistem pendidikan negara ini – beranikah sesiapa menyahutnya?

]]>

TITAS dan dialog kemangkatan Jesus

Bible. Saya turut membincangkan topik ini bersama-sama Perzeus James, pensyarah di Sekolah Perakaunan dan Perniagaan, Kolej FTMS, Bukit Jalil dan isterinya, Anne yang mengandung empat setengah bulan. Kami bertemu untuk makan malam di sebuah restoran makanan laut di Kota Kemuning, Shah Alam pada 12 Ogos 2013. “Kemurkaan Tuhan terhadap manusia bermula dengan peristiwa Adam dan Hawa yang mengingkari perintah-Nya. Akibatnya mereka menerima hukuman, dan kematian adalah salah satu bentuk hukuman yang diwariskan kepada umat manusia,” Perzeus yang menguasai Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris menceritakan. Katanya, kemangkatan Jesus mengubah kedudukan itu kerana Baginda sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan para pengikut. Tiga hari selepas mangkat, Baginda hidup kembali seperti dijelaskan dalam Bible. Saya memang berpengalaman menghadiri Sunday School di Aulong, Taiping pada usia kanak-kanak. Pada usia remaja, saya membaca Bible (selain bahan berkaitan agama-agama lain). Saya suka melakukan perbandingan antara agama – dengan erti kata, melihat “persamaan” antara agama; bukan mencari “perbezaan”. Suatu aspek yang sedikit mengelirukan dan boleh menimbulkan pertanyaan dalam kalangan orang “Bukan Kristian” dan “Bukan Islam” adalah berkaitan peristiwa kemangkatan Jesus (Nabi Isa). Seperti diketahui umum, Bible dan Quran memberikan maklumat yang “bercanggah”. Tentulah topik-topik berkaitan agama amat sensitif untuk dibincangkan di negara Malaysia. Walau bagaimanapun, sebagai seorang individu yang menyokong dialog antara agama, saya tidak merasakan tindakan saya salah apabila memilih untuk meminta penjelasan daripada seorang individu Kristian. “Tidak ada percanggahan pendapat dalam mana-mana mazhab Kristian mengenai perkara ini. Memang Jesus yang dipakukan pada salib sehingga mangkat dan memang Jesus yang muncul semula tiga hari kemudian. Walaupun mungkin ada versi lain diceritakan dalam budaya lain, saya dan isteri saya tetap akan mendidik dan membesarkan anak-anak kami dengan versi sahih sebagaimana terkandung dalam Bible,” Perzeus menegaskan dan dipersetujui oleh isterinya. [caption id="attachment_2368" align="alignleft" width="211"]Debat masih berterusan mengenai kemangkatan Jesus. Debat masih berterusan mengenai kemangkatan Jesus.[/caption] Pensyarah dan aktivis sosial itu tidak menolak kemungkinan anak-anaknya akan pulang dari sekolah pada masa hadapan dan mengadu bahawa guru-guru atau kawan-kawan di sekolah mengatakan Jesus sebenarnya tidak mangkat seperti diceritakan dalam Bible; sebaliknya Tuhan telah menggantikan orang lain di tempat Baginda. “Dalam keadaan seperti itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa Kristian untuk membimbing anak-anak supaya akidah anak-anak itu tidak terpesong daripada ajaran sebenar Kristian. Memang merupakan suatu cabaran besar khususnya apabila kita hidup sebagai kelompok minoriti dalam kalangan masyarakat majmuk. “Sebab itulah saya berpendirian bahawa ibu bapa Kristian mesti memikul tanggungjawab memastikan anak-anak mendapat pengetahuan secukupnya agar tidak mudah dikelirukan oleh pihak lain,” kata Perzeus. Saya bersetuju dengan pandangan dan pendirian beliau. Sebagai seorang individu Kristian, tentulah beliau sewajarnya dan selayaknya melihat peristiwa kemangkatan Jesus dari sudut Kristian. Tentulah tidak adil dan tidak logik untuk mengharapkan sesuatu yang sebaliknya. TITAS dan filem Jesus Seorang individu beragama Islam pula tentu akan memilih untuk melihat peristiwa kemangkatan Nabi Isa dari sudut Islam sebagaimana terkandung dalam Quran. Pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran saya: Sudut mana pula yang perlu digunakan oleh individu “Bukan Islam” dan “Bukan Kristian”? Pada 19 Julai 2013, berikutan kenyataan media saya bahawa satu-satunya pemimpin Islam yang paling saya kagumi ialah Nabi Muhammad, keluar pula kenyataan balas daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA): “Uthaya Sankar SB diseru masuk Islam” (www.ismaweb.net). Di tengah-tengah kewujudan puak “kurang cerdik” seperti itu, mungkin sukar untuk membincangkan secara terbuka topik berkaitan peristiwa sebenar yang berlaku pada hari-hari terakhir kehidupan Jesus di muka bumi. Dialog seumpama itu mungkin dikritik sebagai “memperlekeh dan mempersenda” agama Islam sedangkan tujuan dialog adalah bagi berkongsi maklumat, pandangan, hujah, idea dan sebagainya demi mencari titik persamaan dan kebenaran. Dalam hal ini, mujurlah saya memiliki sekian ramai rakan-rakan pelbagai kaum, agama dan ideologi yang suka terlibat dalam dialog demi kebaikan bersama. Dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia pula, walaupun topik berkaitan Islam dan Kristian mungkin dianggap terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka, kemasukan maklumat menerusi pelbagai sumber memang tidak dapat disekat. Saya tidak sekadar merujuk kepada internet yang membuka ruang menimba ilmu seluas-luasnya. Sebaliknya, saya merujuk secara khusus kepada topik kemangkatan Jesus. Maklumat mengenainya pasti akan sampai kepada orang ramai kerana terdapat banyak filem dan dokumentari yang menyentuh peristiwa itu. [caption id="attachment_2367" align="alignleft" width="230"]Kisah Jesus dipaparkan menerusi banyak filem dan dokumentari. Kisah Jesus dipaparkan menerusi banyak filem dan dokumentari.[/caption] Dokumentari dan filem seperti Bible (2013), Jesus (1999), Mankind: The Story of All of Us (2012), Jesus of Nazareth (1977), Son of God (2001), The Miracle Maker (2000), The Day Christ Died (1980) dan Passion of the Christ (2004) – serta sambungannya, The Resurrection of Jesus Christ (2015) – misalnya menampilkan kisah kehidupan dan kemangkatan Jesus seperti yang terkandung dalam Bible. The New Testament menyebut kemangkatan dan kebangkitan semula Jesus tiga hari kemudian sebagai titik penting dalam Kristian. Orang Islam pula percaya bahawa Nabi Isa tidak mangkat disalib, tidak hidup semula serta tidak menebus dosa manusia. Suatu jalan penyelesaian yang mungkin dicadangkan adalah supaya orang Islam berpegang pada versi dalam Quran dan orang Kristian berpegang pada versi dalam Bible. Akan tetapi, bagaimana pula dengan orang “Bukan Islam” dan “Bukan Kristian”? Versi mana yang perlu diterima sebagai sahih dan diwariskan kepada anak-cucu? Mungkin juga situasi ini mengingatkan kita kepada novel/filem Life of Pi di mana watak Piscine Molitor Patel bertanya, “Which is the better story, the story with animals or the story without animals?” Namun, tentulah tidak semudah itu untuk membuat keputusan muktamad berhubung Jesus (Kristian) dan Nabi Isa (Islam), walaupun merujuk kepada individu yang sama dan serupa. Tidak seperti watak Hanuman dalam epik Ramayana karya Maharishi Valmiki yang kemudian bertukar menjadi watak Sun Wukong dalam hikayat Xi You Ji (Journey to the West) karya Wu Cheng’en. Mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) sudah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) dan akan diwajibkan di IPTS mulai September 2013. Pakar mengakui bahawa TITAS bertujuan “meningkatkan kefahaman dan rasa hormat antara rakyat serta menguatkan perpaduan dan persefahaman antara anggota masyarakat” (Utusan Malaysia, 23 Julai 2013). Akhbar sama melaporkan bahawa “disebabkan kurang pendidikan maka banyak kejadian tidak diingini berlaku kerana anak muda ‘kosong’ tentang ilmu pengetahuan tamadun lain di negara ini.” Mungkin TITAS akan membuka ruang untuk dialog sihat dan waras dalam kalangan masyarakat mengenai peristiwa kemangkatan dan kebangkitan semula Jesus.

]]>

Veda sebagai asas Hinduisme

Mahabharata dan Ramayana mungkin memperlekehkannya sebagai mitos, legenda dan cerita rekaan semata-mata. Sebaliknya kelompok yang berfikiran waras, rasional dan intelek akan mampu memahami betapa epik-epik berkenaan sebenarnya menyajikan secara halus, tersirat dan menyeluruh segala ajaran Sanathana Dharma (Hinduisme). Misalnya, pada 18 Februari 2015, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengeluarkan kenyataan bahawa “masyarakat Melayu tidak berminat dengan falsafah Hindu.” Kenyataan itu sebagai reaksi kepada makalah saya bertajuk “Menyelongkar Rahsia Melayu Era Hindu” (The Malay Mail Online, 16 Februari 2015) yang berusaha mengangkat kehebatan Tamadun Melayu di Nusantara sejak sebelum kedatangan Islam. Dalam makalah itu, saya turut memetik kenyataan dari buku Membongkar Rahsia Dunia Melayu (2014) oleh Srikandi, Al-Semantani dan Ibnu Rusydi yang mengakui ketandusan intelek yang berlaku apabila “tamadun Melayu sering dikembarkan dengan Islam.” [caption id="attachment_4495" align="alignleft" width="300"]Contoh ayat dalam Veda yang mendoakan kesejahteraan umat manusia. Contoh ayat dalam Veda yang mendoakan kesejahteraan umat manusia.[/caption] ISMA membuktikan kejahilan dengan berkata, “masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam tidak pernah dibuktikan beriman dengan apa-apa falsafah teras agama Hindu dan Buddha. Falsafah Hindu dan Buddha tidak pernah diterima oleh orang Melayu.” Menurut ISMA, “Kitab Hindu dalam bahasa Melayu seperti Mahabharata dan Bharata Yuddha tidak menyorotkan perbincangan falsafah Hindu. Sebaliknya tumpuan diberikan kepada aspek mitos, epik dan keperwiraan.” Maka tidak hairanlah wujud puak kurang cerdik yang beranggapan Mahabharata dan Ramayana sekadar cerita dongeng yang tidak berasas. Mereka gagal memahami falsafah ajaran Sanathana Dharma yang teranyam kemas di dalamnya. Untuk lebih memahami perkara ini, kita wajar mengenali kitab-kitab Veda. ISMA dan puak-puak fanatik yang seangkatan dengannya tentu “tidak berminat dengan falsafah Hindu” serta tidak perlu ambil tahu hal-hal berkaitan ilmu, budi (Sanskrit) dan akal (Arab) yang dikongsikan di sini. Ditulis Manusia, Bersumberkan Tuhan Segala penerangan dalam makalah ini tidak ditujukan kepada puak berkenaan. Sebaliknya dikongsikan untuk manfaat masyarakat pelbagai kaum dan agama yang masih waras dan beriman serta sedia menerima fakta, sejarah dan hakikat dengan minda terbuka. Terdapat empat kitab Veda dalam Hinduisme iaitu Rigveda (mengandungi lebih 10,520 ayat), Yajurveda (sekitar 6,000 ayat), Samaveda (sekitar 1,875 ayat) dan Atharvaveda (sekitar 2,000 ayat). Terdapat beberapa ayat yang muncul secara berulang dalam kitab-kitab ini. Secara paling mudah, “veda” bermakna “ilmu” atau “pengetahuan”. Maka, secara paling mudah, segala ajaran dalam kitab-kitab Veda menjadi panduan ke arah kehidupan yang sihat, progresif, kondusif, menyeluruh, teratur, gembira, aman, bermanfaat dan beretika secara zahir dan batin. [caption id="attachment_4496" align="alignleft" width="300"]Epik, mitos dan purana tepu dengan ajaran Hinduisme. Epik, mitos dan purana tepu dengan ajaran Hinduisme.[/caption] Walaupun Sanathana Dharma tidak dimasukkan dalam kategori “agama langit” (agama-agama yang diwahyukan kepada nabi dan rasul), penganut Hindu sedar, tahu dan mengakui hakikat kesemua Veda bersumberkan Tuhan. Ilmu yang terkandung dalam Veda berciri abadi dan tidak akan lapuk ditelan zaman. Sebagaimana Sanathana Dharma bermakna “kebenaran yang abadi”, begitulah juga kitab-kitab Veda mengandungi serta mengangkat “kebenaran yang abadi” (eternal truth). Hinduisme turut dikenali sebagai Vaidika Dharma iaitu “agama menurut kitab-kitab Veda.” Mungkin timbul pertanyaan, siapakah penulis kitab-kitab Veda? Untuk memahami perkara ini, kita perlu menyedari hakikat bahawa konsep ajaran Hinduisme adalah “manusia mencari Tuhan” dan bukannya “Tuhan mengarah manusia”. Walaupun Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda ditulis, dicatat dan dirakamkan oleh golongan pendeta, sumbernya adalah Tuhan. Mungkin ada pihak yang cuba menyebarkan dakyah kononnya Veda direka oleh manusia. Dakyah seperti itu tidaklah menghairankan kerana Abu Sofeya dalam buku Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian (2014) mengakui ada pihak cuba “membuktikan Al-Quran bukan datang daripada Allah tetapi ia adalah ciptaan Nabi Muhammad.” Kamaludin Endol dalam buku Gautama Buddha Seorang Nabi? (2014) yakin wujud “campur tangan Iblis dan syaitan yang memperalatkan ahli-ahli agama purba bagi membuat rombakan di sana sini” pada Bible sehingga menyebabkan orang Kristian “berada dalam kesesatan yang nyata.” Empat Kategori Ajaran Kitab Veda Berbalik kepada Veda, segala maklumat yang terkandung di dalamnya bersifat universal dan datang daripada Tuhan serta ditujukan kepada semua manusia di seluruh dunia. Puak yang tidak memahami ajaran Hinduisme tentu sahaja akan bertanya “Tuhan mana satu dalam Hinduisme yang menyampaikan ajaran Veda?” [caption id="attachment_4494" align="alignleft" width="300"]Antara buku yang sesuai dijadikan bacaan tambahan. Antara buku yang sesuai dijadikan bacaan tambahan.[/caption] Misalnya Jaafar Siddiq dalam buku Jesus Adalah Muslim? (2013) cuba mengelirukan pembaca dengan menghuraikan kononnya konsep Trimurti bermakna wujud tiga Tuhan (Brahma, Vishnu dan Shiva) dalam Hinduisme. Dalam pada itu, lalakan dan lolongan mana-mana puak yang masih tidak menyedari hakikat Hinduisme sebagai agama tauhid yang pertama dan tertua di dunia, eloklah diabaikan sahaja. Usah membazir masa melayan salakan mereka. Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda secara jelas, mudah dan nyata berulang kali menegaskan bahawa Tuhan Maha Esa (Tunggal). Tuhan dikenali dengan pelbagai nama seperti Mitra, Indra, Agni, Varuna, Divya, Aditya, Sukra, Prajapati, Sachchidananda, Mahaguru, Iswar, Surya, Paramatma, Savita dan Pranava. Selaras dengan konsep Eka Aneka (“satu tetapi beraneka”), Tuhan Yang Maha Esa menyampaikan ilmu “kebenaran yang abadi” menerusi kitab-kitab Veda demi manfaat umat manusia sepanjang zaman. Kandungan Veda boleh dibahagikan kepada empat kategori umum. Pertama adalah Vigyana iaitu ilmu falsafah dan metafizik untuk membimbing manusia mengenali Tuhan. Kedua, Karma yang mendidik manusia melakukan perkara-perkara baik bagi mendapatkan pulangan yang baik di dunia dan akhirat. Kategori ketiga adalah Upasna iaitu memuja Tuhan. Cara-cara untuk melakukannya diterangkan dalam kitab. Kesemua Veda menegaskan hakikat keesaan Tuhan. Keempat, Gyan iaitu ilmu mengenai alam semesta dan bagaimana melaluinya manusia boleh mengakui kuasa Tuhan. Epik dan Purana Bersumberkan Veda Kandungan Veda bukan ciptaan atau rekaan manusia; sebaliknya ilmu daripada Tuhan. Kitab-kitab ini bukan milik mana-mana kaum kerana ilmu yang terkandung di dalamnya ditujukan kepada seluruh umat manusia. Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda pada asalnya dirakam menggunakan bahasa Sanskrit. Lama kemudian, barulah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain supaya lebih mudah difahami oleh penduduk di seluruh dunia; selaras dengan kedudukannya sebagai sumber ilmu bagi semua orang. Terdahulu, segala ajaran Dharma yang terkandung di dalam Veda mula disampaikan dalam versi yang lebih mudah oleh golongan pendeta menerusi kitab-kitab yang ditulis berasaskan ajaran Sanathana Dharma. Koleksi ajaran itu dinamakan Dharmasastra. Kemudian terhasil pula dharmasutra, smrti dan nibandha yang lebih mudah difahami tetapi tetap bersumberkan kitab-kitab Veda. Kisah-kisah purana dan epik seperti Mahabharata dan Ramayana meneruskan tradisi ini. Maknanya, epik-epik Hindu yang dituduh sebagai mitos dan cerita rekaan sebenarnya tetap bersumberkan Veda. Hal ini pernah saya huraikan menerusi makalah bertajuk “Dharma Sebagai Norma Masyarakat” (Free Malaysia Today, 7 Mei 2012) serta beberapa makalah yang terkandung di blog saya. Hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah segala kandungan Veda berkaitan falsafah, sains, kemanusiaan, ekonomi, politik, etika, moral, alam semesta, hak asasi dan sebagainya tahan diuji zaman. Tidak hairanlah keempat-empat Veda serta ajaran Sanathana Dharma turut dikenali sebagai “kebenaran yang abadi.” Salah sebuah buku yang wajar dibaca untuk memahami dan memperkasa diri dengan maklumat lebih mendalam mengenai kitab-kitab ini adalah Vedas: Divine Message of God to Mankind (2011). Sekurang-kurangnya generasi muda pelbagai kaum dan agama boleh bersedia dengan fakta dan ilmu untuk berhujah andai terpaksa berdepan dengan puak-puak yang menyebarkan dakyah dan penipuan bagi memperlekeh, menghina dan memutar-belit ajaran Sanathana Dharma. unnamed

VERMOX
]]>

10 Perkara Saya Harap Semua Orang Tahu Mengenai Hinduisme

Penterjemahan tidak rasmi 10 Things I Wish Everyone Knew About Hinduism oleh Sheetal Shah, terbutan www.faithstreet.com. Diterjemah oleh Noor Amalina Rosli.      Sheetal Shah memegang jawatan sebagai Senior Director di Hindu American Foundation, yang bertumpu kepada membina strategi polisi awam. Beliau mengamalkan Ashtanga yoga di Ashtanga Yoga New York dan berkhidmat di Board of the Broome Street Ganesha Temple. Kami meminta beliau menyenaraikan 10 perkara yang beliau harap masyarakat tahu mengenai Hinduism. Ms. Suhag Shukla menyumbangkan artikel ini.

  1. Prinsip utama dalam Hinduism adalah kemajmukan.
Penganut Hindu meyakini akan kewujudan kepelbagaian agama dan jalan kerohanian, dan idea bahawa jalan yang baik bagi seseorang itu mungkin berbeza bagi orang lain. Rig Veda, yang merupakan salah sebuah teks suci penganut Hindu, ada menyebut, Ekam sat vipraha bahudha vadanti, bermaksud “Kebenaran itu satu, tetapi yang bijak memanggilnya dengan pelbagai nama”. Kesan daripada prinsip ini, Hinduism tidak pernah menyuruh penganutnya untuk memurtadkan penganut agama lain. Mereka juga menegaskan tentang bahaya kepada masyarakat apabila menekankan hanya satu jalan sahaja yang benar. Penganut Hindu menanggapi seluruh dunia ini sebagai suatu keluarga yang besar, dan doa Hindu selalunya berakhir dengan mengulangi Shanti – keamanan bagi setiap kewujudan.
  1. Diskriminasi dari sudut kasta bukanlah intipati dalam Hinduism
Diskriminasi dari sudut kasta dan “Tidak Boleh Disentuh (Untouchability)”, merupakan keburukan yang datang daripada sosial masyarakat dan tidak diterima atau dilihat dalam mana-mana tradisi Hindu. Perkataan Caste (kasta) datang daripada perkataan Portugis ‘Casta’ yang bermaksud keturunan, darah atau ras. Oleh itu, tidak ada langsung perkaitan yang tepat dengan kasta yang difahami dalam masyarakat India. Tetapi, apa yang wujud adalah konsep varna dan jati. Teks-teks suci menceritakan varna bukan sebagai empat kelas sosial yang tetap, tetapi secara metafizik untuk menjelaskan tentang empat kualiti yang berbeza yang dapat dilihat pada setiap individu pada skala yang berbeza. Jati pula adalah unit sosial yang berteraskan pekerjaan di mana manusia dikenalpasti. Ada empat varna dan terlalu banyak jati. Secara teori, setiap jati akan tergolong di dalam salah satu varna, tetapi tidak terhad kepada pekerjaan tradisional yang terdapat pada varna India kuno. Dengan peredaran masa, walaubagaimanapun, varna dan jati telah bercampur dan menjadi berdasarkan keturunan. Empat Varna – dan pekerjaan yang berkaitan dengannya – adalah :
  • Brahmanas – guru, ilmuan, ahli perubatan, hakim dan paderi.
  • Kshatriyas – raja, tentera, pegawai pemerintah, perancang bandar
  • Vaishyas – ahli bisnes, pedagang, pegawai bank, petani dan peladang.
  • Sudras – buruh, ahli seni, tukang besi, petani (termasuk pemilik ladang)
Golongan seterusnya iaitu yang kelima, sekarang dikenali sebagai “Tidak boleh Disentuh”, muncul lebih 2000 tahun selepas datangnya Rig Veda (Veda yang pertama), untuk membahagikan jati-jati yang tidak tergolong dalam mana-mana varna atas pelbagai sebab. Kebanyakan daripada jati-jati ini melaksanakan tugas atau kerja yang dilihat sebagai tidak murni, merosakkkan, melibatkan keganasan seperti menyediakan makanan berasaskan binatang. Walaubagaimanapun, tidak ada teks suci atau undang-undang yang pernah menyebut golongan kelima ini. Bahkan, teks-teks Hindu menekankan kesamarataan. Ajyesthaso akanishthaso ete sambhrataro vahaduhu saubhagaya Tidak ada sesiapa yang lebih mulia dan tidak ada siapa yang hina. Semuanya adalah bersaudara dan bersama-sama menuju kepada kesenangan. Perkataan kasta dalam India moden difahami sebagai jati dan bukannya varna. Ia difahami merentasi semua masyarakat yang berbeza agama. Diskriminasi dari segi kasta telah diharamkan. Secara umumnya, jati dan varna tidak lagi wujud dalam profesion di India masa kini, tetapi, ia masih mempengaruhi gaya hidup, sosiobudaya dan perkahwinan.
  1. Karma itu bukan sekadar “Apa yang dilakukan, akan dibalas kembali”
Karma adalah undang-undang universal berkenaan dengan sebab dan akibat: setiap tindakan akan menghasilkan akibat, dan kitaran ini berterusan sehinggalah seorang itu dapat melakukan suatu kebaikan tanpa mengharapkan ganjaran. Bhagavad Gita, III.19 dan III,20 menceritakan tentang ini : Tasmad asakta satatam Karyam karma samacara Asakto hy acaran karma Param apnoti purusah Lokasampraham eva’pi Sampasyan kartum arhasi Oleh itu, tanpa keterikatan Lakukanlah tugas yang perlu dilaksanakan Seorang manusia itu akan mencapai kemuliaan Apabila dia melaukan kerja tanpa keterikatan Sepertimana kamu seharusnya bekerja untuk membantu orang lain Dan untuk memberi manfaat kepada dunia Mempercayai karma bererti mempercayai kehidupan semula, di mana roh yang abadi, dalam perjalanan spiritualnya yang berubah-ubah, akan lahir dalam pelbagai fizikal dan bentuk, dalam kitaran hidup dan mati. Walaupun karma boleh terjadi serta merta, ia selalunya mengambil masa seluruh kehidupan dan menjadi jawapan kepada persoalan yang sering ditanya, “Mengapa perkara yang buruk terjadi kepada orang yang baik?” dan sebaliknya.
  1. Penganut hindu mengiktiraf dan menyembah tuhan dalam bentuk wanita.
Hinduism adalah satu-satunya agama yang besar yang menyembah tuhaan yang dalam bentuk wanita. Penganut hindu merasai keberadaan tuhan, atau Shakti, melalui personafikasi tuhan pada dewi-dewi. Shakti dilihat sebagai penyempurna bukan bertentangan dengan kuasa suci dewa-dewa. Kitab-kitab veda dipenuhi dengan sajak-sajak yang memuji kesamarataan dan ciri-ciri menyempurnakan yang ada pada peranan lelaki dan wanita dalam spritual, sosial, dan pendidikan. Hinduism kekal sebagai ssalah sebuah agama yang mana wanita mendapat tempat yang dalam posisi yang dihormati dalam kepimpinan agama- termasuklah Sharda Devi, The Mother, Anandamayi, Amritanandmayi Devi atau Ammachi, Shree Maa, Anandi Ma, Gurumayi Chidvilasananda dan Ma Yoga Shakti. Masyarakat hindu dalam peredaran masa, telah menyaksikan banyak sumbangan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.
  1. Ikonografi hindu penuh dengan simbol dan makna.
Apabila kami melihat kebiruan langit dan laut yang sentiasa luas, kami akan teringat akan keluasan dan kebesaran tuhan melalui warna biru pada beberapa dewa hindu. Ini kerana Hinduism mengajar kami bahawa alam semesta ini adalah suci, dan penganut hindu mempercayai bahawa tuhan berada dalam pelbagai bentuk yang ada di alam sekitar. Contohnya, Ganesha dijelmakan dengan mempunyai kepala gajah, bermaksud kebijaksanaan, kerana gajah dilihat sebagai antara binatang yang terbijak. Hanuman, dijelmakan sebagai monyet, bermaksud keupayaan untuk menutup akal manusia yang sentiasa berfikir kepada pelbagai perkara kepada mencinta tuhan dan berkhidmat dengan ikhlas atau dengan nama lain dipanggil seva.
  1. Hinduism adalah himpunan enam aliran pemikiran yang besar, salah satunya adalah Yoga.
Sejak berkurun lamanya, pelbagai sekolah teologi telah berkembang dalam Hinduism melalui tradisi falsafah dan perbahasan yang dinamik. Enam aliran pemikiran tersebut, atau darshanas, yang paling terkenal :
  • Vaisheshika : salah satu teori atom yang paling kuno yang telah diasaskan oleh Sage Kanada. Beliau telah mengatakan bahawa semua zarah terhasil daripada atom-atom yang mana atom-atom ini bergerak berdasarkan arahan tuhan. Vaisheshika dan Nyaya akhirnya bergabung.
  • Nyaya : sebuah sistem logik yang ingin membuktikan kewujudan tuhan dan konsep-konsep dalam Hinduism yang lain seperti karma. Nyaya menekankan bahawa sesuatu itu tidak boleh diterima melainkan ianya selari dengan akal dan pengalaman. Kehebatan logik dan epistemologi Nyanya kemudiannya mempengaruhi aliran pemikiran ortodoks dan bukan ortodoks.
  • Sankhya : salah sebuah aliran pemikiran yang paling lama. Sankhya membahagikan kewujudan kepada dua kategori – Purusha (kesedaran tentang ketuhanan) dan Prakriti (Zarah/matter) Terlalu sedikit sastera Sankhya yang wujud sehingga sekarang, dan wujud kontroversi tentang sama ada sistem ini bersifat dualistik atau tidak kerana ia mengetengahkan kedua-dua kategori.
  • Mimamsa atau Purva Mimamsa : mentafsirkan undang-undang ritual Veda, membuktikan bahawa kesempurnaan dalam ritual membawa kepada mencapai moksha.
  • Yoga : lebih tepat lagi Raja Yoga memfokuskan tentang mensunyikan minda melalui sistem lapan bahagian (Ashtanga yoga) sepertimana yang diceritakan dalam Yoga Sutras oleh Patanjali untuk mencapai hidup yang seimbang dan akhirnya moksha.
  • Vedanta : boleh dibahaskan sebagai paling berpengaruh kepada Hinduism moden, teologi ini bergantung pada transcending one’s identification with the physical body for liberation. Ini bermaksud, seseorang itu boleh melangkaui identiti diri melalui ilmu yang betul, zikir, kesetiaan, keikhlasan, amal yang baik, dan banyak lagi disiplin kerohanian dan keagamaan. Pecahan kepada Vedanta adalah Advaita, Dvaita dan Visishtaadvaita. 
  1. Penganut Hindu meyakini bahawa tuhan ada dalam setiap hidupan.
Dengan meyakini bahawa tuhan/kesucian itu wujud dalam setiap perkara/hidupan, Hinduism melihat alam semesta sebagai sebuah keluarga atau dalam Sanskrit vasudhaiva kutumbakam. Semua perkara dari sekecil-kecil organisma sehinggalah kepada manusia, dikira sebagai menifestasi tuhan. Manusia memegang tanggungjawab yang istimewa yang mana dipercayai menjadi suatu tanggungjawab yang berkembang secara kerohaniannya sedikit demi sedikit dengan kebolehan bukan hanya untuk bertolak ansur, tetapi untuk menghormati kesamarataan dan perpaduan setiap hidupan. Selari dengan ini adalah ucapan yang sering didengari dalam kalangan hindu, iaitu, Namaste yang bermaksud, “Tuhan dalam diri saya, tunduk kepada tuhan dalam diri kamu”
  1. Penganut hindu menyembah tuhan, atau Brahman dalam pelbagai bentuk.
Kebanyakan penganut hindu, bebas menyembah berbagai bentuk tuhan dan menyertai pelbagai acara keagamaan sepanjang tahun yang memuliakan bentuk ketuhanan yang berbeza. (contohnya Shivaratri memberi penghormatan kepada Shiva, Janmashtami memberi penghormatan kepada Krishna dll) Sebab mengapa Hinduism menjelmakan tuhan dalam pelbagai bentuk adalah untuk menghormati bahawa akal manusia agak sukar untuk mencapai atau mempunyai hubungan dengan tuhan yang tidak berbentuk.
  1. Hinduism adalah agama yang global
Walaupun majoriti penganut Hindu berada di India, namun, terdapat juga bilangan yang besar di serata dunia. Penganut hindu merupakan minoriti di Amerika Utara, UK, Trinidad & Tobago, Guyana, Fiji dan Malaysia. Pada masa yang lalu, terdapat sebilangan penganut hindu yang berada di Bhutan, Pakistan dan Bangladesh, tetapi, telah lenyap disebabkan oleh tidak menghormati hak asasi dan kurangnya kebebasan beragama.
  1. Hinduism dan Sanatana Dharma adalah sama.
Istilah Sanatana Dharma, diterjemahkan secara kasar sebagai, ‘Undang-undang atau jalan abadi’, adalah seperti yang dimaksudkan. Terma ‘Hindu’, walaubagaimanapun, adalah sebuah abstrak daripada kerajaan Parsi pada kurun ke-12 merujuk kepada ketamadunan India yang dilihat mempunyai kepercayaan, amalan dan cara hidup yang tersendiri di pinggir Sungai Indus. Setelah beberapa kurun, penganut Sanatanan Dharma telah mengambil rujukan Hindu dan Hinduism. Perkataan lain yang juga merujuk kepada Hinduism adalah Vedic, Sankritic, Yogic, Indic, dan Ancient Indian.  
VERMOX
]]>