Projek Dialog

[Reviu] Forum Hindusime 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu

Saudara Uthaya menerangkan istilah-istilah dalam Hinduisme kepada para hadirin[/caption]   Pada 30 April bersamaan dengan hari Isnin, Projek Dialog telah mengadakan forum Hinduisme 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu dengan kerjasama pembicara undangan, Saudara Uthaya Sankar SB yang berlangsung dari jam 8 malam ke 10 malam. Forum tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 5 orang tetapi oleh kerana kegiatan sesi soal jawab yang aktif dari para hadirin, forum tersebut dilanjutkan hingga jam 11 malam.   Pertama sekali, Saudara Uthaya memperkenalkan para hadirin kepada istilah-istilah yang berkaitan dengan Sastera Hinduisme. Istilah ‘Sanadana Dharma’ merupakan maksud ajaran Hinduisme iaitu Kebenaran (Sanadana) Abadi (Dharma). ‘Jikalau ia benar, bermakna ia benar selama-lamanya’ merupakan kepercayaan asas untuk agama Hinduisme. Hinduisme juga diterangkan sebagai sebuah agama yang mencari Tuhan dan bukan daripada Tuhan ke pengikutnya. Kandungan ajaran Hinduisme bukanlah bedasarkan ‘wayhu’ atau ajaran dari Tuhan akan tetapi merupakan idea-idea manusia setelah mencari ‘pencerahan’ semasa meditasi.   Hinduisme juga bermaksud ‘Vaidika Dharma’ yang wujud lagi dari zaman kitab-kitab Veda. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit. Saudara Uthaya mengatakan bahawa Sanskrit merupakan bahasa kuno akan tetapi terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh segelintir golongan masyarakat di India and Jerman yang ingin menghidupkan semula bahasa tersebut. Panggilan orang yang berkaitan dengan ajaran Hindu adalah Veda Murthi. Murthi bermaksud ‘pakar dan ketua’. Istilah ‘Veda Murthi’ merupakan seseorang yang arif dengan ajaran kitab-kitab Veda. Veda Murthi juga berkata bahawa mereka tidak mendapat idea-idea dari Tuhan tetapi dari ‘Apaurusheya’ yang bermaksud ‘pengetahuan ilahi’ ataupun pengetahuan melebihi kefahaman manusia.   Istilah penting yang berkaitan dengan kewujudan dan penyebaran Hinduisme adalah ‘Sruti’ dan ‘Smrti’. Sruti [sur-ti] bermaksud ‘dengar’ manakala Smrti bermaksud ‘ingat’. ‘Saya dengar, oleh itu saya ingat’. Apabila golongan Veda Murthi ingin menyampaikan ajaran Veda kepada rakyat jelata yang biasa (mereka tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi), mereka memilih untuk meringkaskan ajaran-ajaran daripada Kitab-kitab Vedas melalui Sruti dan Smrti.   Perkara penting mengenai Sruti dan Smrti ialah Sruti adalah pengalaman langsung (berhubung terus dari pendengar dan pencerita) manakala Smrti adalah amalan yang dibawa turun dari nenek moyang (bukan berhubung terus, hanya apa yang boleh diingat dari generasi terkini akan generasi sebelumnya). Ini kerana pada zaman dahulu, penulisan hanya diamalkan oleh segelintir golongan Istana dan ajaran dan sejarah disampaikan secara lisan. Kepentingan Sruti adalah untuk menyebarkan ajaran menggunakan cara ringkas, tepat dan senang untuk diingati hatta penyebaran agama yang paling berkesan kepada semua golongan rakyat kerana penyebaran berlaku melalui pendengaran.   Dalam agama Hindu, bunyi memainkan peranan yang amat penting kerana getaran yang dihasilkan daripada bunyi tersebut. Banyak mantera bermula dengan ‘Ohm’ dan berakhir dengan kata penutup mantera iaitu ‘Svaha’ (bermaksud ‘Saya tunduk kepada anda’) dan setiap suku kata ada kuasa getaran sendiri. Ia bersamaan dengan Zikir (dalam Islam) dan ‘Aum’ untuk ajaran Buddhisme. Mantera-mantera ini dikumpul dan kemudian dibukukan kepada Kitab-kitab Vedas. Ia dikatakan bahawa pengarang bernama Vyasha adalah nama dibelakang penulisan Kitab-kitab Veda tetapi ia juga dikatakan bahawa Vyasha ini merupakan panggilan untuk orang-orang yang berbeza.   Kitab-kitab Vedas terdiri daripada 4 kitab iaitu Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda. Rigveda mempunyai 10,250 ayat, Yajurveda mempunyai 6,000 ayat, Samaveda mempunyai 1875 ayat dan Atharvaveda mempunyai 2,000 ayat dan setiap Kitab merangkumi ajaran yang meliputi segala aspek kehidupan. Dalam setiap mantera terkandungnya tenaga yang positif oleh sebab mantera yang bukan sahaja untuk memuja Tuhan tapi untuk mendoakan kesejahteraan semua yang hidup dalam alam sekitar. Kandungannya amat terperinci kerana ia merangkumi segala aspek kehidupan dari jenis-jenis perkahwinan yang dibenarkan atau diharamkan sehinggalah garis panduan, butiran kelayakan dan senarai tanggung-jawab untuk memperoleh anak angkat dalam hal ehwal keluarga.   Kitab-kitab Vedas iaitu Kitab Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan Atharvaveda kemudiannya diringkaskan kepada beberapa peringkat mengikut peredaran zaman iaitu :

  1. Veda (kitab-kitab Vedas terawal)
  2. Dharma sastra
  3. Dharma sutra
  4. Smrti
  5. Nibanda
  6. Purana
  7. Epik (terakhir)
  • Dharma sastera mempunyai 3 kandungan; ‘Acara’ iaitu kod etika dan pendidikan moral perihal isu keluarga, ‘Ayuhara’ iaitu perihal mengenai fungsi dan tanggungjawab masyarakat, serta ‘Prayacita’ iaitu cara-cara penebusan dosa besar atau kecil yang dilaksanakan untuk orang yang ingin bertaubat dari kesalahannya.
  • Gerenasi berikutnya mengeluarkan Dharma Sutra iaitu versi ringkas dari Dharma Sastera.
  • Smrti iaitu cara paling senang kerana melalui cara lisan. Nama bukunya ialah Manusmriti tetapi orang yang meringkaskannya bernama Manu…yang juga merupakan asalnya Manusia dalam Bahasa Melayu.
  • Nibanda – Satu generasi seterusnya lagi, Manusmriti diringkaskan dan dibahagikan kepada bab-bab tertentu mengikut kefahaman mereka. Sebagai contoh, buku cerita kanak-kanak dibahagikan kepada bahagian ‘Remaja’ dan ‘Kanak-kanak’ hanya pada tahun 80-an, kerana pembahagiaan tersebut dilakukan mengikut lapisan umur dan tahap pemikiran mereka yang berbeza. Nibanda juga mempunyai garis panduan dalam pentadbiran kerajaan seperti tatatertib pemberian hadiah diantara Raja dan bangsanya, prosedur mahkamah dan lain-lain.
  • Purana wujud untuk mempermudahkan lagi isi kandungan Nibanda. Purana juga memfokuskan pada cerita dewa dan dewi yang mempunyai pengajaran nilai-nilai moral yang tersirat kerana Purana kerap diceritakan pada golongan kanak-kanak. Dalam setiap Purana yang mempunyai dewa/dewi berbeza, dewa/dewi tersebut akan memainkan watak protagonis atau hero dalam jalan cerita mereka masing-masing.
  • Epik adalah cerita orang awam. Seperti Epik Ramayana, terdapat beberapa watak yang di-inspirasikan atau penjelmaan daripada dewa dewi Hindu seperti Vishnu yang menjelma kepada watak Rama, Lakshmi yang menjelma kepada watak Sita, Shiva yang menjelma menjadi Hanuman, dan lain-lain. Ini adalah untuk mengekalkan hubungan cerita Epik Ramayana dengan ajaran Hindu.
  Sastera Mahabarata merupakan sebuah cerita yang melibatkan Krishna sebagai diri-Nya dan Arjuna (seorang manusia dalam penjelmakan Vishnu) dalam perang besar di Bharata selama 6 hari. Krishna merupakan panduan rohani Arjuna apabila beliau dalam keraguan untuk memerangi musuh iaitu ahli keluarganya sendiri. Krishna membimbingnya demi Kebenaran (Dharma) dan apabila Arjuna ingin memulakan perang tersebut, lalu berlakunya bab perang iaitu bab yang dipanggil ‘Bhagavad Gita’. Perkataan Bhagavad berasal dari Bhagavan iaitu bermaksud ‘Lagu Tuhan’. dan dalam Bhagavad Gita, terdapatnya watak-watak lain seperti Bishma (jelmaan Dewa Hanuman) yang memainkan peranan sebagai watak sampingan.   Saudara Uthaya juga menerangkan istilah Vignaya, Karma, Upasana, dan Gyan:
  1. Vignaya merupakan mantera untuk mengenali Tuhan
  2. Karma merupakan konsep yang menggalakkan manusia berbuat baik demi mendapat balasan yang baik demi persediaan Akhirat.
  3. Upasana merupakan koleksi doa-doa yang berlandaskan sifat menyeluruhi ataupun ‘universal’. Upasana baik dibaca dalam Bahasa Sanskrit dan doa-doa akan ditujukan untuk semua seperti keamanan untuk semua manusia tanpa pilih kasih pada golongan manusia.
  4. Gyan merupakan ilmu atau cerita mengenai alam semesta.
  Akhirnya, Saudara Uthaya menenkankan bahawa agama Hinduisme adalah agama yang mempercayai 1 Tuhan sahaja dan seperti ajaran Islam, Orang Islam mempercayai bahawa Allah s.w.t mempunyai 99 nama terpuji, Hinduisme juga mempunyai nama-nama lain yang tiada nombor hadnya untuk Tuhan kerana mereka mempercayai bahawa Tuhan tidak mempunyai apa-apa bentuk fizikal yang nyata. Tetapi berbeza dari agama lain, Hinduisme menggalakkan penganutnya untuk menggambarkan dan membayangkan Tuhan menggunakan kreativiti mereka dan juga untuk menyoal dan mencari jawapan sekiranya kepercayaan/pendapat mereka bercanggah dengan apa yang telah disampaikan.        ]]>

[Previu] : Hinduisme 101 – Pengenalan Kepada Sastera Hindu

Speaker undangan, Saudara Uthaya Sankar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, silalah ke pautan ini https://goo.gl/4TSLp7

  Forum ini merupakan kesinambungan pada Forum Hinduisme 101 yang telah diadakan pada tahun 2017 dan sebelumnya. Projek Dialog dengan sukacitanya ingin menjemput semua untuk menghadiri forum ini pada 30 haribulan April (Isnin) dari 8pm-10pm di Projek Dialog. Forum ini akan dibentangkan oleh saudara Uthaya Sankar SB (seorang kolumnis dan penulis esei) dan beliau akan menerangkan kepada semua akan sastera-sastera Hindu yang terdapat secara asas dalam Hinduisme.  

Topik-topik yang akan dibentangkan dalam forum Isnin depan.

  Untuk pengetahuan semua, ini akan merupakan forum ke-3 mengenai Hinduisme yang dianjurkan oleh Projek Dialog. Sila tekan Pautan ini untuk membaca Reviu forum pertama dan kedua yang telah diadakan sebelum ini. Forum Pertama Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/…/agama-hindu-101-menolak-ster…/ Forum Kedua Hinduisme 101 – http://www.projekdialog.com/featured/reviu-agama-hindu-101-pengenalan-sesi-kedua/   Kami juga ingin mengalu-alukan apa-apa cadangan topik untuk dibentangkan dalam sesi Hinduisme 101 yang seterusnya. Sila email atau mesej kami di laman Sosial Media kami dalam Facebook, Twitter dan Instagram jika anda berminat untuk mengetahui apa-apa isu mengenai ajaran Hinduisme.      ]]>

Reviu: Agama Hindu 101 – Pengenalan Sesi Kedua

Eka Aneka sebagai justifikasi bahawa Hinduisme adalah agama Tauhid terawal di dunia. Ianya merupakan istilah sanskrit yang diterjemahkan dan turut dipergunakan di dalam Bahasa Malaysia iaitu Tuhan yang berciri “Eka” (Tunggal/Satu/Esa) juga bersifat “Aneka” iaitu dikenali dengan pelbagai nama mengikut sifat-Nya. Kemudiannya, persoalan mengenai jumlah 330 juta Tuhan di dalam agama Hindu dan konsep penyembahan berhala di jelaskan. Uthaya menerangkan, berbeza dengan agama Tauhid yang lain, Hinduisme membenarkan sifat-sifat Tuhan digambarkan secara visual. Walaubagaimanapun, tetap ditegaskan beliau bahawa ajaran Hinduisme itu sendiri menegaskan bahawa Tuhan itu tunggal tetapi manifestasi sifatnya yang tidak terkira jumlahnya. Seperti yang dinyatakan dalam kitab Chandogya Upanishad tentang konsep Ekam Evad Vitiyam yang membawa makna “Dia hanya Satu dan bukan dua” manakala dalam Rigveda ditekankan “Tuhan hanya Satu, sembah Tuhan yang Satu”. Hal ini juga diakui oleh Pengarah Unit Dakwah, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia iaitu Muhammad Fitri Abdullah pada tahun 2009. Setelah itu, konsep Dharma sebagai kod etika masyarakat kaum India tidak dilihat sebagai tuntutan agama Hindu semata-mata, tetapi merupakan suatu bimbingan manusia ke arah kebenaran. Ajaran agama Hindu digelar sebagai Sanatana Dharma iaitu “agama yang abadi” atau “agama yang tiada permulaan dan tiada kesudahan” atau “kebenaran abadi”. Tidak lupa juga dengan gelaran lain iaitu Vaidika Dharma iaitu “agama menurut kitab-kitab veda”. [caption id="attachment_7168" align="aligncenter" width="960"] Pihak hadirin dan hadirat yang hadir dan berinteraksi dengan saudara Uthaya dalam perbincangan mengenai asas Hinduisme.[/caption] Secara umumnya, veda membawa maksud “ilmu” atau “pengetahuan” dan kitab-kitab veda merupakan panduan ke arah kehidupan yang menyeluruh bagi membimbing masyarakat. Lalu empat kitab Veda dalam Hinduisme iaitu Rigveda, Yajurveda, Samaveda dan juga Atharvaveda merangkumi segala maklumat yang bersifat universal dan datang daripada Tuhan, serta ditujukan kepada semua manusia di seluruh dunia. (Artikel lanjut boleh dirujuk di sini.) Saudara Uthaya kemudiannya menekankan aspek sejarah dan perkembangan agama Hinduisme secara lebih lanjut. Dia membahagikan perkembangan ajaran Hinduisme kepada lima bahagian iaitu Sangam 1 (sekitar 9000 tahun SM), Sangam 2 (sekitar 4600 tahun SM), Vedik (sekitar 1500 tahun SM) dan juga Sangam 3 (sekitar 900 tahun SM). Sangakalam ataupun Sangam adalah istilah Buddha yang meliputi kawasan Tamil Nadu, Kerala, Andra Pradesh, Karnataka, Sri Lanka dan lain-lain kawasan di bahagian selatan. Kemudiannya diterangkannya mengenai perkembangan Hinduisme melalui setiap zaman, bagaimana Sangam 1 yang bertanggungjawab mengembangkan bahasa dan sastera Tamil telah musnah akibat banjir besar dan juga Sangam 2 yang menghasilkan kitab purba Tolkappiyam, manakala yang lain juga telah musnah akibat banjir besar. Sangam 3 yang bermula di Madurai sekitar 1850 tahun yang lalu menghasilkan karya-karya Sangam yang menjadi rujukan pada masa kini. Turut diterangkan pada sesi tersebut mengenai kewujudan mazhab sebelum kedatangan Arya iaitu Saivam (Siva), Vaishnavam (Vishnu), Sauram (Suria), Saktham (Sakthi), Kaumaram (Murugan), Ganapatiyam (Ganesha) tetapi tidak menjadi masalah. Ini membawa maksud ajaran Hinduisme diselaraskan pada waktu kemudiannya dan ianya bermula sebagai ajaran pelbagai mazhab yang pelbagai dan rencam sifatnya, pada masa yang bersatu merujuk kepada Tuhan yang Esa dan berteraskan konsep Tauhid. Kemudian munculnya zaman Vedik yang mulai menggunakan bahasa Sanskrit dan berpandukan kitab-kitab Veda. Turut ditekankan pada waktu ini mulai implementasi konsep kasta sebagai alat politikal dan pengawalan sesebuah empayar. Ini dilihat sebagai hujah utama yang menyanggah bahawa konsep kasta adalah inheren di dalam ajaran Hinduisme. Begitulah secara asasnya pengenalan yang diterangkan oleh saudara Uthaya pada sesi tersebut. Kemudiannya perbincangan lebih berteraskan dua hala di antara hadirin/hadirat yang hadir bagi menanyakan lebih mengenai apa yang mereka fahami mengenai ajaran Hinduisme dan juga hubung kaitan ajaran ini dengan konteks rantau Nusantara. Menarik diperhatikan bahawa masih banyak hal yang tidak diketahui oleh kita secara umum mengenai ajaran Hinduisme dan konteks yang relevan di kawasan sini. Wujudkah harapan tentang suatu pemahaman yang mampu mengubah naratif yang selama ini wujud? Ini ditunjukkan melalui rasa ingin tahu yang tidak pernah kurang oleh orang yang datang menyertai sesi pengenalan ajaran Hinduisme.   Pihak Projek Dialog dengan kerjasama saudara Uthaya Sankar SB berharap agar inisiatif pengenalan terhadap agama-agama yang wujud di negara ini dapat difahami tanpa sebarang prejudis dan dikenali dengan niat untuk hidup secara harmoni dan bukannya dengan niat untuk menyanggah bagi berbangga dan berasa gah terhadap agama sendiri.                ]]>

Agama Hindu 101 – Menolak stereotaip agama Hindu yang telah membelenggunya.

Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini. Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini.[/caption] Maka ianya merupakan sesuatu hal yang berguna bagi saudara Uthaya untuk terus menulis makalah mengenainya. Dengan penerangan mengenai agama Hindu secara umum, anak-anak Malaysia yang beragama lain mampu memahami dan mengurangkan kekusutan mereka mengenai agama tertua ini. [caption id="attachment_5702" align="aligncenter" width="1024"]Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus. Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus.[/caption] Antara masalah-masalah ataupun silap faham yang pernah cuba diterangkan oleh saudara Uthaya adalah mengenai hal konsep ketuhanan politeisme dan penyembahan berhala. Melalui artikelnya yang bertajuk ‘Memahami Konsep Berhala Hindu’, beliau menyanggah pemahaman bahawa agama hindu merangkumi ritual penyembahan berhala dan berteraskan politeisme. Malah beliau menekankan bahawa konsep ketuhanan agama Hindu berbeza dengan agama-agama monoteisme yang lain, di mana Hinduisme merupakan ajaran ‘mencari Tuhan’ dan bukannya ajaran yang berdasarkan wahyu. [caption id="attachment_5703" align="aligncenter" width="577"]"Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan." “Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan.”[/caption] Menurut saudara Uthaya kesemuanya ini adalah stereotaip yang sudah terlalu lama berleluasa. Kebanyakan di antara kita tidak memahami bahawa apa yang disembah bukanlah berhala tersebut, sebaliknya unsur-unsur ataupun sifat-sifat Tuhan yang boleh di sembah melalui kewujudan patung-patung yang seringkali kita nampak di setiap kuil. Seperti perbandingan yang dinyatakannya, bagaimana penganut agama Islam menyembah tuhan melalui satu arah iaitu ke arah Kiblat. Kaabah bukanlah tuhan itu sendiri, sebaliknya suatu titik fokus dimana kesemua penganut agama Islam bisa diselaraskan. 14803270_10210897453417402_1204835592_o Dan patung-patung ini pula dihasilkan melalui sains imej (ikonografi) ataupun Murtisilpasastra, di mana para pengukir itu sendiri merupakan golongan yang benar-benar memahami agama hindu itu sendiri dan untuk menghasilkan patung-patung tersebut, mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat tertentu seperti keupayaan untuk merujuk kepada dhyanasloka iaitu catatan yang dilakukan oleh rishi iaitu golongan yang berpeluang untuk “melihat” Tuhan. 14875855_10210897454377426_239061062_o Persoalan-persoalan seperti ini masih dilihat sebagai masalah ataupun cabaran yang perlu diatasi apabila terdapat banyak pihak yang secara yakin memperlekehkan agama-agama lain, dan Sanathana Dharma ataupun Hinduisme juga tidak terkecuali. Jadi seperti mana-mana agama yang lain, masih terdapat suatu cabaran iaitu suatu pemahaman agama yang jelas dan mampu meningkatkan tahap kekuatan pergerakan golongan penganut itu secara kolektif. [caption id="attachment_5706" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin membincangkan soalannya dengan semua. Salah satu hadirin membentangkan sejarah Hinduisme kepada semua yang hadir.[/caption] Saudara Uthaya Sankar adalah salah satu penulis yang aktif menyanggah stereotaip agama yang terlekat kepada Hinduisme. Seperti mana ISMA yang pernah menyatakan bahawa agama Hindu tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan terhadap tamadun Melayu, selain daripada penyebaran mitos dan aspek kewiraan semata-mata. [caption id="attachment_5707" align="aligncenter" width="1024"]Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu. Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu.[/caption] Sedangkan sewaktu berlangsungnya forum pada 26hb Oktober yang lepas, beliau menegaskan bahawa terdapat kebanyakan ilmu ataupun fakta yang seringkali disebarkan hanya berkisar pada aspek mitos, iaitu di tingkat Purana semata-mata. Jadi apabila hal yang dibincangkan hanya berteraskan tahap tersebut, maka secara tidak langsung citra sebenar Hinduisme ditenggelami dengan mitos dan bukannya berdasarkan kitab-kitab Veda yang mengandungi ajaran sebenar Hinduisme. [caption id="attachment_5708" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama. Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama.[/caption] Apakah tindakan seperti yang dilakukan oleh ISMA ini wajar? Semestinya tidak kerana tindakan memperlekehkan sesuatu agama di dalam hubung kaitannya dengan perkembangan sesuatu tamadun adalah sesuatu hal yang dangkal sifatnya. Setiap agama mempunyai asas falsafah yang bersifat rasional dan menyeluruh, begitu juga dengan agama Hindu. Dan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan bahawa apa yang selama ini difahami mempunyai suatu halangan yang masih membelenggu golongan penganut agama Hindu itu sendiri. Mereka juga tidak menyedari tentang masalah ini dan hal ini pula jarang benar diperdebatkan secara meluas. [caption id="attachment_5709" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir. Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir.[/caption] Tidak ada gunanya menolak ajaran agama lain. Kita mesti mengakui akan kekuatan agama itu sendiri. Ini akan mengakibatkan kejahilan yang benar-benar buruk, seperti kes di mana ada suatu NGO ataupun kumpulan yang berasal daripada golongan Melayu, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes.  Hal-hal seperti ini bermula daripada kejahilan akan kekuatan agama-agama lain sebagai suatu organisasi kolektif dan teori yang menyeluruh. Ini bukan mengenai soal teologi semata-mata, tetapi bermula daripada keyakinan yang tidak disokong oleh logik budi, iaitu menerima kekuatan sesuatu agama sebagai sah dan mampu di praktik tanpa prejudis. [caption id="attachment_5710" align="aligncenter" width="1024"]Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain. Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain.[/caption] Makanya setiap agama mempunyai perkembangan sejarahnya yang tertentu dan penting untuk diletakkan di dalam konteks yang betul. Sebaiknya setiap ajaran yang membentuk sesuatu tamadun itu dihargai dan digali agar kesinambungan sesuatu hal yang inheren di dalam suatu masyarakat itu mampu dirungkai semula dan difahami secara betul. 14881640_10210897453377401_2019464986_o Forum yang telah dianjurkan oleh pihak kami, Projek Dialog pada pukul 8 malam, 26hb Oktober 2016 yang lepas merupakan suatu usaha untuk memberi ruang dan membuka dialog bagi anak-anak muda yang ingin memahami asas-asas agama Hindu. [caption id="attachment_5712" align="aligncenter" width="1024"]Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif. Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif.[/caption] Kami berharap bahawa perkara yang telah dibincangkan bukan sahaja berlegar di persoalan teori semata-mata, tetapi lebih kepada konteks kehidupan harian juga. Di mana keadaan sesuatu agama yang seringkali diperlekehkan dan ditindas mampu diutarakan secara serius dan berkait rapat dengan kejahilan rakyat secara umum, dan tidak lupa bagaimana kesemua hal ini pula mendorong kepada sesuatu tindakan yang memudaratkan lagi keadaan beragama di sesuatu negara yang pelbagai sifatnya. [caption id="attachment_5713" align="aligncenter" width="1024"]Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog. Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog.[/caption]

]]>

Kolem 3D – Tradisi India di Zaman Baru

Ruben membuat kolem sepanjang 18 meter di MidValley sempena Deepavali pada tahun lalu Ruben membuat kolem sepanjang 18 meter di MidValley sempena Deepavali pada tahun lalu[/caption] Kolem? Apa Simboliknya Orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah MidValley menjelang sambutan Deepavali pada tahun lalu melahirkan kekaguman melihat rekaan kolem pelbagai warna bersaiz 18 x 4.5 meter (60 x 15 kaki) yang menghiasi ruang legar. Rasa hairan dan kagum bertambah apabila mereka menyedari bahawa individu yang mengusahakan kolem tiga dimensi (3D) itu adalah seorang pemuda berumur 28 tahun. Kreativiti yang digunakan oleh Ruben Prakash dan rakan-rakannya untuk menghasilkan lukisan kolem yang cantik dan berwarna-warni itu ternyata menarik minat pengunjung pelbagai kaum lebih mengenali seni rekaan kolem. Perkataan kolem dalam Bahasa Tamil membawa makna “indah” atau “cantik”. Penduduk di bahagian India Utara menggunakan istilah ranggoli yang biasa didengar dalam filem-filem Bollywood. Tradisi rekaan kolem pada lantai dan kaki lima di depan rumah menjadi amalan dalam kalangan gadis dan wanita kaum India sejak ribuan tahun dahulu. Amalan itu berbalik kepada ajaran dharma atau kebajikan yang menjadi salah satu perkara penting dalam Sanathana Dharma (Hinduisme). [caption id="attachment_4708" align="alignleft" width="400"]Beras hancur dicampur pewarna makanan Beras hancur dicampur pewarna makanan[/caption] Pada zaman dahulu, golongan wanita India lebih banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja rumah dan menjaga keluarga. Maka, peluang untuk mereka terlibat dalam aktiviti kebajikan (dharma) dalam masyarakat umum sangat kurang. Bagi mengatasi kekurangan itu, mereka mula mencipta corak kolem menggunakan serbuk tepung beras pada lantai. Senireka berwarna putih ini bukan hanya cantik dipandang, malah menjadi sumber makanan bagi serangga kecil, semut dan burung. Maka, golongan wanita juga berpeluang melakukan kebajikan yang dituntut dalam ajaran Hindu. Sejarah ini dijelaskan secara ringkas oleh Retna Devi Balan menerusi sebuah makalah yang disiarkan dalam majalah Dewan Budaya keluaran September 1997. Katanya, selain daripada beras dan tepung beras, bahan-bahan lain yang selalu digunakan adalah kerisik kelapa, biji sagu, kacang hijau dan bunga. Menurut Ruben yang tinggal di Puchong, Selangor, ada juga pembuat kolem yang turut menggunakan rempah-ratus tradisional India seperti bunga cengkih, kayu manis dan serbuk kunyit dalam usaha menghasilkan kolem yang unik serta menampilkan kekayaan tradisi. “Saya menggunakan pewarna makanan untuk dicampurkan pada serbuk beras bagi menghasilkan corak pelbagai warna. Hal ini penting bagi memastikan bahawa tujuan asal rekaan kolem tidak terabai; iaitu memberikan makanan kepada serangga kecil dan semut,” kata graduan bidang reka bentuk grafik dari Universiti Limkokwing, Cyberjaya. Ada juga kedai menjual serbuk kolem pelbagai warna yang dicampur bahan kimia. Corak kolem yang terhasil memang cantik tetapi selepas beberapa hari, bahan kolem itu terpaksa dibuang kerana serangga tidak akan memakannya. Maknanya, rekaan kolem itu hanya untuk hiasan dan tidak lagi memenuhi tujuan asal memberi makan kepada serangga dan burung. Tradisi Tidak Lupus di Tangan Pemuda [caption id="attachment_4712" align="alignleft" width="201"]Ruben memanfaatkan sepenuhnya bakat seni yang dipelajari semasa tinggal di Persatuan Pure Life Ruben Prakash[/caption] Apabila Ruben diundang membuat kolem khas di MidValley pada tahun lalu, dia memastikan hanya bahan-bahan asli digunakan. Maknanya, hanya beras hancur dan pewarna makanan yang selamat dimakan digunakan. “Awal-awal lagi saya sudah memberitahu pihak pengurusan bahawa apabila pameran berakhir beberapa minggu kemudian, beras warna itu jangan dibuang ke dalam tong sampah. Sebaliknya diberikan kepada serangga atau burung,” kata pemuda itu yang turut meminati bidang tarian, karate dan yoga. Ruben tinggal di Persatuan Pure Life, Jalan Puchong sejak berumur sembilan tahun. Pada waktu itulah saya mengenalinya apabila beberapa kali Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menganjurkan aktiviti Baca Cerpen Kavyan dan Apresiasi Sastera Remaja. Semasa tinggal di Persatuan Pure Life, Ruben tertarik untuk mempelajari tarian tradisional etnik Tamil iaitu bharatanatyam. Pemuda ini turut belajar joget, tarian kipas, kathak, ngajat dan kathakali. “Semasa tinggal di Persatuan Pure Life, saya belajar sendiri teknik rekaan kolem asas menggunakan tepung beras. Kemudian, seorang sukarelawan wanita yang datang dari India mengajar saya cara-cara menghasilkan kolem yang pelbagai,” kata Ruben yang menggunakan daya kreativiti dan imaginasi bagi menghasilkan pelbagai rekaan dan corak kolem. Corak merak, bunga, lukisan abstrak, angsa, teratai dan wajah penari kathakali sering menjadi pilihan orang ramai yang mengundangnya membuat kolem sempena majlis perkahwinan, pertunangan, upacara keagamaan atau sekadar hiasan pada majlis kebudayaan. Tidak ada saiz standard untuk rekaan kolem. Apa yang pasti, kolem biasanya berbentuk simetri. Kolem paling asas adalah dengan meletakkan empat titik pada lantai menggunakan serbuk tepung beras yang dicairkan dengan sedikit air. Kemudian, jari digunakan untuk membentuk corak garisan beralun mengelilingi titik-titik berkenaan. [caption id="attachment_4711" align="aligncenter" width="502"]Penghuni Persatuan Pure Life belajar membuat kolem ringkas Penghuni Persatuan Pure Life belajar membuat kolem ringkas[/caption] Pada Mei 2003, sekumpulan 30 pelajar pelbagai kaum dari Kolej Prime USJ (kini Kolej SEGi) menghasilkan kolem 102.5 x 1.2 meter. Kolem dengan motif merak itu menggunakan sekitar 800 kilogram kerisik kelapa yang dikeringkan sebelum dicampurkan dengan pewarna ungu, kuning, hitam, putih, biru dan hijau. Kejayaan para pelajar tersebut turut mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records. Pada tahun 2008, Ruben mendaftarkan Mangalam Creation  yang berpengkhususan dalam kerja-kerja penghasilan kolem. Pemilihan nama adalah sempena Datin Paduka A. Mangalam yang mengendalikan Persatuan Pure Life dan menjadi sumber inspirasi serta pemberi semangat kepada Ruben sejak mula-mula tinggal di rumah anak yatim itu. Sekumpulan remaja dari Persatuan Pure Life juga terlibat dalam aktiviti rekaan kolem bersama Ruben di bawah Mangalam Creation. Malah, beberapa anak didiknya memenangi pertandingan rekaan kolem dari semasa ke semasa. Segala kejayaan ini tidaklah menghairankan jika kita berpeluang melihat sendiri keunikan dan keistimewaan kolem yang dihasilkan. Meneruskan Tradisi India di Zaman Baru Salah satu corak menarik adalah kolem tiga dimensi (3D) yang menggabungkan seni reka visual tiga dimensi dengan rekaan kolem dua dimensi. Hasilnya adalah kolem yang seolah-olah benar-benar muncul dan timbul secara tiga dimensi pada permukaan lantai. [caption id="attachment_4709" align="aligncenter" width="602"]Kolem tiga dimensi seperti ini mendapat sambutan hangat Kolem tiga dimensi seperti ini mendapat sambutan hangat[/caption] Contohnya, bahagian kepala dan leher merak dibuat dalam bentuk 3D menggunakan polistirena. Bahan-bahan kolem pelbagai warna dilekatkan pada permukaan kepala dan leher merak itu mengikut corak yang sesuai. Kemudian, bahagian kepala 3D itu diletakkan secara menegak di atas lantai. Rekaan kolem bagi badan, sayap dan ekor merak dibuat penuh indah pada lantai. Maka terhasillah kolem 3D yang menggambarkan seekor merak mengigal megah. Menurut Ruben, corak kolem 3D yang sering dibuat olehnya adalah merak, gajah dan bunga teratai. Orang ramai yang mengundangnya membuat kolem sempena majlis perkahwinan, pertunangan, ponggal, tahun baru, Vishu, Ugadi dan Deepavali sering meminta pemuda itu menggunakan daya kreativiti bagi menghasilkan corak serta rekaan kolem yang lain daripada yang lain. Hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa ramai juga generasi muda kaum India yang tidak tahu mencipta kolem. Ada juga wanita yang memberikan alasan tiada masa kerana sibuk dengan kerja, atau tidak cukup ruang di rumah yang sempit; apatah lagi jika tinggal di rumah pangsa. Pada masa yang sama, bagi mengekalkan tradisi dan budaya, ramai yang menggunakan kolem tiruan berbentuk pelekat. Sayangnya kolem jenis ini tidak memenuhi niat asal mencipta kolem iaitu melakukan kebajikan dengan memberi makan kepada semut, serangga kecil dan burung. Ramai pula yang memanfaatkan ruang kecil di rumah untuk mencipta kolem yang kecil, kemas dan cantik dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi. Lampu kecil dan bunga-bungaan ditambah untuk menaikkan seri pada kolem kecil yang dibentuk. Perkembangan ini menunjukkan bahawa kesedaran terhadap nilai tradisional semakin meningkat di kalangan generasi muda. Bagi mereka yang kekurangan idea, terdapat banyak buku terbitan India yang mengumpulkan pelbagai corak kolem serta memberikan panduan asas rekaan kolem. Ruben mengaku sering merujuk pelbagai buku seperti itu bagi mendapatkan idea dan inspirasi untuk menghasilkan corak-corak baru mengikut citarasa semasa. Menurut Ruben, dengan adanya YouTube, orang ramai bukan sahaja boleh belajar memasak makanan pelbagai negara, tetapi juga cara mengikat sari dan membuat kolem. Generasi muda yang celik komputer dan teknologi maklumat (IT) pasti teruja untuk belajar menghasilkan kolem secara mudah. Buat masa ini, Ruben menggunakan masa lapang untuk mengajar sekumpulan kanak-kanak dan remaja di Persatuan Pure Life menciptakan kolem dan membuat pelbagai barangan perhiasan bagi acara kebudayaan India. Katanya, selain merupakan suatu sumbangan kecil kepada rumah anak-anak yatim yang menjadi tempat tinggalnya sejak berumur sembilan tahun, kelas rekaan kolem ini juga membantu mengisi masa lapang penghuni dengan aktiviti berguna. Dengan adanya semangat meraikan kepelbagaian, memupuk persefahaman dan mengeratkan perpaduan, masyarakat pelbagai kaum dan etnik juga menunjukkan minat untuk mempelajari seni membuat kolem yang menjadi salah satu identiti kebanggaan kaum India. unnamed

]]>

15 fakta menarik tentang Hinduisme

Disediakan oleh Yana Rizal.  1. Hinduisme adalah agama tertua di dunia

Ia berasal dari tamadun Vedic India (alaf kedua dan pertama sebelum masihi).

2. Asal-usul Hinduisme tidak diketahui

Hinduisme tidak mempunyai pengasas agama mahupun nabi.

Sebaliknya, Hinduisme merupakan warisan pengajaran dan kebenaran, undang-undang spiritual, dan amalan yang diturunkan oleh pendeta zaman-berzaman. 

3. Gelaran “Hindu” tidak wujud di dalam kitab-kitab Hindu

“Hindu” merupakan gelaran yang diberikan oleh orang-orang Arab untuk masyarakat di kawasan sungai Indus, dengan cara hidup mereka. 

4. Hinduisme adalah cara hidup.

Hinduisme tidak diasaskan sebagai sebuah “agama” seperti yang biasa difahami, tetapi merupakan satu cara hidup berdasarkan pengajaran daripada kisah-kisah kitab Hindu.

Hinduisme tidak mempunyai sistem yang seragam mahupun badan autoriti keagamaan, kerana falsafah ketuhanan dan kehidupannya yang meluas dan dinamik. [caption id="attachment_3839" align="alignleft" width="300"]Hinduisme merupakan warisan pengajaran dan kebenaran, undang-undang spiritual, dan amalan yang diturunkan oleh pendeta zaman-berzaman. Hinduisme merupakan warisan pengajaran dan kebenaran, undang-undang spiritual, dan amalan yang diturunkan oleh pendeta zaman-berzaman.[/caption] 5. Berjuta-juta Tuhan? TIDAK. Agama Hindu mempercayai hanya SATU tuhan.

Tuhan ini adalah roh segala alam, yang bernama Brahman.

Brahman ialah suatu realiti agung yang tidak berubah, di dalam dan di luar dunia ini, dan tidak mampu untuk diketahui atau difahami dengan sepenuhnya. Roh Brahman ini berada di dalam semua benda.

6. Tapi, dewa Hindu kan berbagai-bagai?

Kerana Tuhan adalah Maha Agung, maka Dia adalah di mana-mana dan dalam segala-galanya, dan tidak mempunyai satu identiti utama. Manusia tidak dapat memahami Tuhan sebagai “satu bentuk sebenar,” sebab itulah terdapat variasi berbeza dalam bentuk Tuhan.

Kesemua ini merupakan penzahiran kepada sifat-sifat Brahman yang berlainan.

Hinduisme menggalakkan penganutnya mendekati Tuhan dengan cara yang paling sesuai dengan diri mereka.

Maka mereka mempunyai pilihan untuk berdoa kepada beberapa atau semua bentuk Tuhan yang berbeza, atau hanya berdoa kepada satu Tuhan yang Maha Esa.

Pembezaan dewa-dewa ini membantu menumpukan doa mengikut keadaan yang sesuai. Sebagai contoh, jika seseorang baru memulakan perniagaan, dia akan menyembah Ganesha, dewa gajah yang mewakili kejayaan. [caption id="attachment_3606" align="alignleft" width="203"]“Hindu” merupakan gelaran yang diberikan oleh orang-orang Arab untuk masyarakat di kawasan sungai Indus, dengan cara hidup mereka. “Hindu” merupakan gelaran yang diberikan oleh orang-orang Arab untuk masyarakat di kawasan sungai Indus, dengan cara hidup mereka.[/caption] 7. Adakah Hinduisme mempunyai dewa-dewa utama?

Ya. Trimurti ataupun tiga dewa utama adalah Brahma (pencipta), Vishnu, (pemelihara) dan Shiva (pemusnah). 

Selain itu, Dewa Ganesha (kejayaan), Dewa Krishna (keagungan), Dewa Hanuman (kekuatan), Dewa Rama (keberanian dan kebaikan) dan Dewi Parvati (kekuasaan dan kecintaan) juga amat popular.

8. Hindu agama menyembah patung? BUKAN.

Penganut Hindu bukan menyembah patung itu sendiri, tetapi menganggapnya hanya sebagai perwakilan fizikal kepada Tuhan.

Ini membantu mereka memberikan tumpuan kepada penyembahan dan meditasi, dan memudahkan mereka mendekati Tuhan.

9. Hindu menyembah lembu? Juga bukan.

Agama Hindu menganggap bahawa semua makhluk kehidupan adalah suci, namun lembu mempunyai tempat yang istimewa. 

Lembu dihormati sebagai sumber rezeki dan simbol keibuan, yang membekalkan susu dan keperluan hidup yang lain. 

10. Apakah kepercayaan-kepercayaan asas Hinduisme?

Walaupun Hinduisme tidak mempunyai sistem kepercayaan yang seragam, dan menerima pelbagai kepercayaan, secara amnya penganut Hindu berpegang kepada:

Tuhan sebagai Roh dan Realiti Agung

Kebenaran kitab-kitab Vedas

Pengajaran golongan Brahman (pendeta)

Samsara (kelahiran semula): Semua roh kehidupan akan dilahirkan dalam kitaran hidup baru – sehinggalah roh ini mencapai kebebasan (moksha), status pencerahan tertinggi dan penyatuan dengan roh alam.

Karma: Prinsip sebab dan akibat, di mana kelakuan kita dalam kehidupan ini akan menentukan kehidupan yang seterusnya. Kelakuan yang baik akan menyebabkan kelahiran semula yang baik, kelakuan jahat akan menyebabkan musibah dalam kehidupan akan datang.

Dharma: Kebenaran universal, dan tanggungjawab etika.

11. Puruṣārtha: 4 matlamat kehidupan Hindu 

Kama: Kemahuan dan kenikmatan, samaada fizikal atau emosi

Artha: Kejayaan dan kemakmuran dalam kehidupan

Dharma: Kemuliaan dan kebaikan. Mengawal Kama dan Artha dalam rangka moral Dharma secara pragmatik, iaitu cara hidup yang betul

Moksha: Kebebasan dari kitaran hidup, satu-satunya matlamat yang sebenar

12. Apakah perayaan-perayaan Hindu?

Disebabkan kepercayaan Hindu yang berbeza-beza, perayaan sesebuah komuniti juga selalunya berbeza mengikut budaya dan dewa yang diutamakan di kawasan itu. 

Diwali/Deepavali (“Pesta Cahaya”) – Disambut oleh penganut Hindu sedunia untuk menandakan kemenangan cahaya atas kegelapan, pengetahuan atas kejahilan, kebaikan atas kejahatan, dan pengharapan atas putus asa.

Holi (“Pesta Warna”) – Pesta keramaian di mana warna-warna dicampakkan dengan sukaria antara semua tidak kira status sosial, dan simbolik untuk melupakan sengketa lama. Lahir daripada tradisi legenda Krishna.

Maha Shivaratri – Meraikan Dewa Shiva, pada hari perkahwinannya kepada Dewi Parvati. 

Ram Navami – Meraikan kelahiran Dewa Rama.

Krishna Janmastami – Meraikan kelahiran Dewa Krishna.

Ganesh Chaturthi – Meraikan kelahiran Dewa Ganesha.

Thaipusam – Meraikan kejayaan Dewa Murugan ke atas kejahatan. Perayaan penting bagi masyarakat Tamil, seperti di Malaysia. 

Thai Ponggal – Pesta menuai bagi masyarakat Tamil.

13. Adakah Hinduisme mendukung sistem kasta?  [caption id="attachment_3842" align="alignleft" width="300"] Diskriminasi kasta bertunjangkan budaya, dan bukan agama.   Diskriminasi kasta bertunjangkan budaya, dan bukan agama.[/caption] Tidak. Diskriminasi kasta bertunjangkan budaya, dan bukan agama.   

Kasta merupakan suatu sistem kuno yang digariskan di dalam kitab-kitab Hindu sebagai kelas pekerjaan, tetapi sebaliknya telah dijadikan dasar hierarki sosial yang sangat ketat.   

Kelas kasta (varna) Hinduisme dibahagikan seperti berikut:

Brahman: Golongan pendeta, profesional dan intelektual

Kshatriya: Pemimpin masyarakat, pahlawan dan bangsawan

Vaishya: Dahulunya petani dan penternak, sekarang pedagang

Shudra: Pekerja buruh kasar, penukang atau pemberi khidmat

Dalit/“Yang tidak boleh disentuh”/Pariah: Kelas ini bukan sebahagian daripada Hinduisme, tetapi merupakan pembahagian sosial yang menganggap mereka sebagai golongan terbawah.

 Golongan ini sering dipinggirkan dan dianiayai, namun ini bukanlah ajaran Hinduisme.  

Diskriminasi kasta telah diharamkan di dalam Perlembagaan India, di bawah Perkara 15 dan 17. 

14. Mengapa Hindu menggalakkan pemakanan Vegetarian?

Ini berdasarkan prinsip “ahimsa”, iaitu tiada keganasan. 

Oleh kerana semua kehidupan adalah penzahiran Tuhan , maka penganut Hindu digalakkan menghormati kehidupan dengan tidak memakan daging. 

15. Hinduisme mempunyai 4 Mazhab utama [caption id="attachment_3600" align="alignleft" width="202"]Karma: Prinsip sebab dan akibat, di mana kelakuan kita dalam kehidupan ini akan menentukan kehidupan yang seterusnya. Karma: Prinsip sebab dan akibat, di mana kelakuan kita dalam kehidupan ini akan menentukan kehidupan yang seterusnya.[/caption] Vaishnavi: Mazhab terbesar, yang memuja Vishnu atau salah satu avatarnya (identiti kelahiran semulanya) sebagai Dewa tertinggi dan merupakan kepercayaan monoteistik.

Shaivi: Memuja Siva sebagai Dewa tertinggi dan merupakan kepercayaan monoteistik.   

Shakti: Memuja Shakti, atau Devi (Ibu Agung) dalam semua bentuknya sambil tidak menolak kepentingan ketuhanan maskulin atau neutral. Dewi Agung, atau Devi, ialah Tuhan tertinggi, iaitu Brahman sendiri, tanpa tandingan, dan semua bentuk ketuhanan lain adalah semata-mata manifestasi Devi. 

Smarti: Prinsip kesamaan semua dewa-dewa, dan semuanya adalah manifestasi satu kuasa ilahi. Ini merupakan takrifkan Hinduisme yang digunakan oleh Mahkamah Agung India, kerana ianya paling sekular.  

Mazhab-mazhab Hinduisme tidak menganggap mazhab lain sebagai saingan, dan setiap mazhab bebas meminjam kepercayaan dan amalan dari yang lain.         Sila emel projekdialog@yahoo.com untuk rujukan dan sumber khusus maklumat di atas.   unnamed  

]]>

Indahnya Malaysia: Kelas agama Hindu pada hujung minggu

kelas agama Hindu yang biasa diadakan pada setiap hujung minggu. Sebahagian daripada Kuil Hindu di Malaysia menyediakan kelas untuk mendidik kanak-kanak dan muda-mudi pada hujung minggu. Sesi dibahagikan kepada kelompok yang berbeza berdasarkan umur mereka. Di sini, mereka mempelajari tentang agama Hindu melalui cerita-cerita, lagu, dan juga tarian. Sesi kelas mereka berakhir dengan upacara doa dan makan bersama. Untuk melihat siri karangan ini, dan karangan bergambar kami yang lain, layarilah projekdialog.tumblr.com.  

]]>