Projek Dialog

Seruan untuk Hari Doa dan Renungan Nasional bagi Melawan Sentimen Perkauman pada 13 Mei 2013

Re: Seruan untuk Hari Doa dan Renungan Nasional bagi Melawan Sentimen Perkauman pada 13 Mei 2013 Persekutuan Kristian Malaysia ingin menyeru untuk mengadakan sebuah Hari Doa dan Renungan Nasional bagi Melawan Sentimen Perkauman pada 13 Mei 2013 ini. Kami menggesa semua gereja-gereja supaya memanggil ahli mereka berdoa secara individu dan berkumpulan, sambil merenung bagi membanteras sentimen perkauman kearah menggalakkan tindakan yang menjurus kepada keamanan dan perdamaian untuk Malaysia yang disayangi. Inilah masanya untuk kita mengkuburkan bayangan 13 Mei yang sering dibangkitkan semata-mata untuk menakutkan kita. Rakyat Malaysia berbilang kaum sebenarnya semakin bersatu semenjak pasca Pilihan Raya Umum ke-13, berbeza dengan retorik yang digembar-gemburkan sekarang. Ini masa yang sesuai untuk mencipta memori baru pada 13 Mei 2013, dimana kepelbagaian  dan azam untuk hidup aman-damai di kalangan jiran-jiran akan diraikan. Dengan ini kita harap akan mulanya tradisi baru Mei 13. Bersama dalam Berkhidmat Kepada Tuhan, Rev. Dr. Eu Hong Seng Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia   Teks Asal: To the component bodies of the CFM and the churches of Malaysia Dear Heads of Churches, Re: Call for National Day of Prayer and Reflection Against Racism on 13 May 2013 The Christian Federation of Malaysia is calling for a National Day of Prayer and Reflection against Racism on 13 May 2013. We urge all churches to call their congregations to individual and corporate prayer and reflection against racism and to actions of peace and reconciliation in our beloved Malaysia. It is time that we bury the spectre of May 13 that is raised repeatedly to haunt us as a nation. Contrary to current rhetoric, the different ethnic groups have never been more united than after this 13th General Election. It is an opportune time for us to create new memories this 13 May 2013, to celebrate our diversity and unwavering commitment to live peacefully with our neighbours. May this be the beginning of a new tradition of 13 May. Together in God’s service, Rev. Dr. Eu Hong Seng Chairman and the Executive Committee The Christian Federation of Malaysia

]]>

Surat Terbuka Kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS); Sebuah analisis muhasabah Pasca PRU13.

oleh Mohammad Sufian Bin Talib, penulis undangan.  PRU13 telah menyaksikan bahawa kemenangan di pihak Barisan Nasional (BN) apabila berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu dengan mengutip sejumlah 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengutip 89 kerusi bagi Parlimen Malaysia. Perpindahan sebanyak 7 buah kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat telah memberi satu landskap baru politik PR apabila mereka julung-julung kalinya beroleh peratusan undi popular mengatasi BN.

PRU13 juga turut menyaksikan perjalanan proses demokrasi dicemari pelbagai cacat cela dan tindakan tidak profesional pihak SPR. Isu dakwat tidak kekal, isu peti undi dilarikan, isu pengundi asing yang mempunyai mykad, isu black out ketika penjumlahan undi, isu beli undi dan lain-lain lagi telah menyumbang kepada penurunan tahap integiriti bersih dalam perjalanan proses pemilihan calon yang ingin diperintah. Nampaknya isu ini hanya bermain dibibir-bibir pihak PR dan penyokongnya akibat khuatir berlaku penipuan dalam pilihan raya. Malangnya, BN dan lain-lain parti sedikitpun tidak menyatakan kebimbangan dari isu-isu itu. Bukti video dan gambar salah laku dan ketidaktelusan boleh didapati di laman-laman sosial seawal waktu pembuangan undi lagi. Ya, itu asalnya adalah sebuah prediksi yang kini telah dibuktikan oleh pihak SPR sendiri yang memberi peratusan mengapa berlaku kekalahan di beberapa kerusi panas yang mungkin dimenangi PR. Ada sebuah lagi masalah besar kekalahan PR dalam PRU13 yang disifatkan sengit ini. Isunya adalah berkait rapat dengan strategi PAS yang dilihat tidak serik-serik dengan kekalahan lampau. Keperihatinan saya pada hari ini terhadap PAS menyebabkan saya terpaksa menyatakan beberapa kesilapan besar PAS yang menyumbang kepada kekalahan PAS dalam banyak kerusi sekaligus mengurangkan kutipan kerusi PR. 1. Kenyataan terbuka Presiden PAS yang memberi gambaran tidak baik kepada rakan dalam PR. Ia berlaku dalam tempoh kempen semasa proses negosiasi perletakan calon yang ingin ditampilkan. Amat mengecewakan apabila beliau dengan secara terbuka memberi bola tanggung kepada BN untuk menyerang dan mempertikai semangat setiakawan PR. Antaranya Isu calon PKR dipilih tangkap muat dan pengedar pil kuda. 2. Pertindihan kerusi bertanding antara PAS dan PKR. Pas dan PKR sekali lagi bertindak tidak profesional dan seolah tidak berbincang apabila berlaku pertindihan di 7 buah kerusi selepas penamaan calon. Seharusnya perkara ini tidak patut timbul memandangkan tempoh kempen seharusnya digunakan sepenuhnya untuk memberi penerangan kepada rakyat manifesto PR dan meyakinkan rakyat untuk mengundi PR. Apa yang menyedihkan, beberapa hari dalam tempoh berkempen digunakan untuk masih berbincang pembahagian kerusi dan ini secara tidak langsung merugikan masa-masa akhir PR. Pertindihan ini secara langsung memberi petunjuk bahawa PR tidaklah seakrab dan sefahaman seperti yang digambarkan. 3. Kempen calon walaupun telah menarik diri. Ini lebih menyedihkan saya selaku penyokong dan pemerhati yang melihat secara dekat gerak geri PAS, apa yang berlaku di Kota Damansara sangat menyedihkan dan sekali lagi memberi peluang untuk BN menambah kerusi kemenangan. Senario ini telah menyebabkan PR sekali lagi dilihat dihimpit isu kejatuhan keyakinan rakyat terhadap mereka. Seharusnya PAS perlu menghormati keputusan mesyuarat dan bertindak lebih bijak untuk berhenti berkempen untuk calon sendiri. Jika PAS terus dengan sikap ini, rakyat akan bersangkaan kuat bahawa PAS sangat gila kuasa dan memberi peluang untuk rakyat membuat kesimpulan bahawa PAS ini ‘hanya dia sahaja yang baik, orang lain tidak’. 4. Timbul semula isu hudud dan nama Allah. Ya, saya menyambut baik apabila PAS memperkenalkan tawarannya Negara Berkebajikan. Saya beranggapan bahawa PAS kini telah keluar dari kepompong cara fikir tradisionalis dan konservatif pemikiran apabila tidak lagi mengutamakan label sebaliknya ruh Islam itu. akan tetapi PAS cuba bergerak kebelakang apabila gagal melihat prioriti. Isu hudud dan nama Allah ini lebih selesa untuk saya cadangkan pembaca cuba cungkil sedalamnya pendapat yang dilontarkan Mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin tanpa saya ulas di sini. Kemudian anda pasti akan memahami mengapa hudud dan nama Allah ini tidak sesuai ditimbulkan semula oleh Pimpinan PAS. 5. Ku Li sebagai PM. Bising juga apabila ada beberapa pimpinan PAS menyuarakan pandangan untuk Ku Li diberi jawatan PM sekiranya PR berkuasa. Ini sangat tidak patut dan menimbulkan kemarahan rakyat dan penyokong PR. Seharusnya PAS perlu bertindak konsisten terhadap keputusan majlis PR tentang calon PM sekiranya PR berkuasa. Bunyi-bunyi seperti itu sekali lagi mendedahkan kepada potensi kekalahan terhadap PR sekaligus menjelaskan bahawa wujudnya pihak ‘United Government’. 6. Calon muda dan profesional. Melihat kepada calon-calon yang diketengahkan PKR dan DAP, ternyata PAS ketinggalan dalam meletakkan calon muda dan profesional sebagai wakil sebaliknya mengekalkan tokoh-tokoh veteran mereka walaupun telah beberapa kali tewas dalam PRU yang lepas. Teramatlah baik sekiranya PAS melakukan perobahan dalam mengenengahkan calon profesional muda seperti Rafizi dalam memberi nafas baru terhadap strategi yang harus diambil PAS dan idea-idea segar dan realistik untuk dimuatkan dalam manifesto yang ingin ditawarkan. Saya khuatir PAS akan ketinggalan jauh dari arus kemodenan yang sedang dilalui rakan-rakan dalam PR. Sedikit nasihat dari saya agar PAS merubah rentak dan cara berjalan dalam membawa wajah Islam yang lebih harmoni dan berkualiti. PAS perlu serik dengan kekalahan yang berlaku disebabkan hal yang hampir sama. Belajarlah dari sebuah negara yang bernama Turkey. Walaupun masih mengekalkan nama sekularnya, tetapi pimpinannya yang berpandangan jauh telah bertindak sangat bijak apabila tidak mengutamakan label sebaliknya meniupkan ruh Islam didalam pentadbiranya. Seperti yang saya katakan, lampu isyarat sudah cukup islamik walaupun tidak dinamakan Lampu Isyarat Islam. Yang baik tetapi tidak berstrategi hanya akan dikalahkan dengan si jahat tetapi lengkap dengan strategi. Belajarlah. Yang Ikhlas, Sufian Talib
Dip. al-Syariah, KIAS, B.Sc (Hons) Fiqh & Usul Fiqh, AABU Jordan Mediator Bertauliah, The Accord Group Australia Calon Sarjana Tinggi, Sains Politik Islam, UM
VERMOX
]]>

Keliru dengan PRU?

VERMOX

]]>

Surat Terbuka Kepada Kaum Muda: Di Antara Politik Perkauman, Politik Kelas dan Politik Ideologi

Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian. Izinkan saya dengan rendah diri menulis kepada saudara sekalian berkenaan dengan titik tolak permulaan negara dan bangsa kita yang baharu pasca 5 Mei 2013 ini. ALI SHARIATI, seperti dibincangkan oleh Jalaludin Rahmat ketika berbicara mengenai Habil mengungkapkan: ‘Kelompok yang diwakili Habil adalah kelompok taklukan dan tertindas; yakni, rakyat yang sepanjang sejarah dibantai dan diperbudak oleh sistem Qabil, sistem hak milik individu yang memperoleh kemenangan dalam masyarakat. Peperangan antara Habil dan Qabil adalah pertempuran sejarah abadi yang telah berlangsung pada setiap generasi. Panji-panji Qabil senantiasa dikibarkan oleh penguasa, dan hasrat untuk menebus darah Habil telah diwarisi oleh generasi keturunannya – rakyat tertindas yang telah berjuang untuk keadilan, kemerdekaan dan kepercayaan teguh pada suatu perjuangan yang terus berlanjut pada setiap zaman.’ Menurut Jalaludin Rahmat lagi, Shariati melihat para Nabi Ibrahimiyah, yang dibezakan dengan Nabi non-Ibrahimiyah seperti Confucius, Budha, Zarasthura adalah pelanjut perjuangan Habil. Nabi Ibrahim misalnya berdiri menentang Namrud. Nabi Musa membela Bani Israil yang lemah melawan Firaun yang perkasa. Nabi Isa pula hadir menggembirakan kaum ‘fuqara’ dengan melecehkan Kaisar manakala Nabi Muhammad SAW duduk di samping orang miskin dan hamba abdi untuk membebaskan mereka. Di Malaysia, tanggal 5 Mei 2013 ini akan jadi titik paling penting buat ‘Kaum Muda’ iaitu saudara-saudari sekalian. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Timbalan Pengerusi-nya pada 3 April 2013 yang lalu; penambahan 2.37 juta atau 21.69 peratus jika dibandingkan dengan jumlah pemilih pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 menjadikan jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 13,291,385 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Menurutnya lagi, SPR akan menggunapakai Daftar Pemilih (DP) sehingga suku 4/2012 yang diwartakan pada 22 Februari 2013 memandangkan daftar pemilih bagi suku pertama 2013 belum sempat untuk diwartakan. Berdasarkan Daftar Pemilih yang diwartakan suku keempat 2012, seramai 5,564,131 atau hampir 42 peratus daripadanya pengundi yang layak memilih merupakan pengundi muda berusia di bawah 40 tahun. 42 peratus atau hampir separuh dari pengundi berdaftar ini terdiri dari ‘Kaum Muda’ – menjadikan saudara semua golongan paling signifikan kesannya terhadap keputusan pilihanraya ke-13 kali ini. Politik Perkauman Jika diperhatikan dari 3,024, 909 keseluruhan 42 peratus pengundi ‘Kaum Muda’ ini, 22.76 peratus pengundi yang berumur antara 30 hingga 39 tahun lahir seawal 1974 manakala 19.1 peratus pula pengundi berumur 21 hingga 29 tahun yang lahir seawal 1984. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika masih ada sebahagian besar dari ‘Kaum Muda’ yang masih melanggan idea ‘Politik Perkauman’ kerana ketika mereka lahir sekitar 1974, televisyen di Malaysia masih hitam putih. Segmen-segmen di dalam kepala, otak dan fikiran mereka masih terbahagi kepada sistem pengasingan parti berasaskan kaum dan dogma murahan berbentuk politik merengek seperti hak keistimewaan dan eksklusiviti sesuatu kaum. Malangnya wacana politik sempit seperti ini tidak membincangkan perihal letak duduknya kaum Melayu walaupun kaum Melayu telah berkuasa sepenuhnya selama 55 tahun. Saya cuma teringat satu pepatah pemimpin ultra-nasionalis Melayu tidak lama dahulu iaitu; “Melayu mudah lupa’. Melayu mudah lupa betapa setelah 55 tahun berkuasa, pegangan ekuiti Bumiputera masih di takuk 19%. Melayu mudah lupa sehingga 2009, Bumiputera membentuk sehingga 80% dari pendapatan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM 1000 sebulan sementara sehingga 57.9% Bumiputera masih berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Melayu juga mudah lupa setelah 55 tahun, dari 219,868 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan, 189,165 darinya adalah Bumiputera berbanding 12,212 adalah India, 10,370 Cina dan 8,121 adalah lain-lain. Malah Melayu juga mudah lupa, Data juga menunjukkan dari 15% penduduk Malaysia yang mempunyai ‘zero wealth’, 72% adalah Bumiputera, 17% adalah Cina dan 10.7% adalah India. Melayu juga mudah lupa, Bumiputera membentuk sehingga 72% ‘unskilled workforce’, 67% sebagai operator mesin dan sehingga 60% pekerja am. Malah statistik pemilikan bangunan komersil juga menunjukkan Bumiputera hanya memiliki 13% bangunan, 12% kompleks perniagaan, 15% premis industri dan 14% hotel. Politik Kelas Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian, Kerana itu saya fikir ini masa paling kritikal untuk saudara-saudari semua membuat analisis terhadap perkembangan budaya politik pasca-merdeka yang terhasil dengan fragmen perkauman yang tebal ini. Dasar Ekonomi Baru, MARA, sistem meritokrasi, kuota pengajian tinggi, sistem sekolah berasrama penuh dan seribu satu projek kroni lagi dibantu dan didukung oleh partai politik perkauman paling besar di negara ini – masih gagal meningkatkan ekuiti kaum Melayu. Lebih menyedihkan, kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai lapangan masih corot. Yang perlu diberi perhatian kini adalah situasi ekonomi yang semakin menghimpit. Jurang pendapatan semakin melebar. 4.5% isi rumah memperoleh pendapatan secara purata kurang dari RM 800 sebulan, 52.8% isi rumah memperoleh kurang dari RM 3000 sebulan, 75.9% memperoleh kurang dari RM 5000 sebulan dan 96% rakyat Malaysia memperoleh pendapat kurang dari RM 10,000 sebulan sementara hampir tiada pertumbuhan terhadap 40% golongan berpendapatan rendah semenjak 1990 (14.5%), 2000 (14%) dan 2009 (14.5%). Ini bukan masanya untuk kita melihat Malaysia menggunapakai kerangka perkauman kerana golongan berpendapatan rendah, kaum miskin dan golongan pekerja ini terdiri dari pelbagai jenis kaum dan berbangsa 1Malaysia! Oleh yang demikian, kita perlu segera beransur bergerak ke arah perjuangan politik berasaskan kelas untuk membantu masyarakat kelas bawah dan pertengahan menikmati hidup yang lebih baik. Malaysia sebuah negara yang kaya dan kekayaan hasil bumi ini harus ditadbir secara adil untuk dikongsi bersama oleh rakyat, bukannya keluarga atau kroni. Bayangkan sehingga 2009, 52.8% rakyat Malaysia masih tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM 150,000 ke atas dan 75.9% rakyat masih tidak mampu memiliki rumah yang berharga RM 250,000 ke atas? Politik Ideologi Saudara-Saudari ‘Kaum Muda’ Sekalian. Perjalanan politik negara kita untuk keluar dari ‘politik perkauman’ dan ‘politik kelas’ menuju ‘politik ideologi’ masih jauh jika kita masih tersangkut dengan perihal tetek-bengek seperti ‘Singapura akan menakluki Malaysia’, ‘Lim Guang Eng akan menjadi seperti Lee Kuan Yew’ ataupun ‘Mat Taib adalah mudarat kecil berbanding mudarat besar terhadap agama’. Saya menyeru saudara-saudari sekalian untuk keluar dari kepompong politik tradisional yang melihat isu perkauman dan menggunakan agama untuk mengekalkan status quo masing-masing. Di Eropah dan negara Scandinavian, politik ideologilah yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Bukannya politik perkauman. Jika Umno-BN selama 55 tahun tidak dapat meningkatkan ekuiti Melayu melepasi paras 20%, apakah yang akan memastikan 8 calon Muslim berwibawa melakukannya? Menurut Jalaludin Rahmat lagi, Shariati merumuskan para Nabi adalah orang-orang yang lahir di tengah massa (ummi) lalu memperoleh tingkat kesedaran (hikmah) yang sanggup ‘mengubah satu masyarakat yang korup dan beku menjadi kekuatan yang bergejolak dan kreatif, yang pada gilirannya melahirkan peradaban, kebudayaan dan pahlawan’. Menurut Shariati lagi, para Nabi bukan sekadar mengajarkan zikir dan doa, tetapi dengan ideologi pembebasan. Empat manusia yang disebut di dalam al-Quran menurut Shariati dilambangkan dengan Firaun, Haman, Qarun dan Bal’am. Firaun dikatakan sebagai penguasa yang korup, penindas yang selalu merasa benar sendiri, toggak sistem kezaliman dan kemusyrikan. Haman pula mewakili kelompok teknokrat, ilmuan yang menyokong tirani dengan melacurkan ilmu. Qarun mewakili kaum kapitalis, pemilik sumber kekayaan yang menghisap seluruh jerih penat massa. Manakala Bal’am melambangkan kaum ‘ruhaniyun’ iaitu tokoh agama yang menggunakan agama untuk melgitimasikan kekuasaan yang korup untuk menindas masyarakat. Untuk 5,564,131 saudara-saudari ‘Kaum Muda’ yang bakal mengundi 5 Mei ini, pada setiap zaman, keempat-empat jenis manusia ini akan selalu tampil sebagai pendukung status-quo dan juga penentang perubahan sosial. Untuk Malaysia 30 tahun ke-hadapan; inilah persimpangan kita antara mengekalkan kezaliman pemerintahan sedia ada yang telah 55 tahun berkuasa – atau memiliki keberanian untuk melawan penindasan dan membebaskan diri. Saudara-saudari ‘Kaum Muda’ sekalian; buat permulaan marilah kita bersama menentang kezaliman dan penindasan untuk membebaskan diri dan masyarakat dari belenggu jahiliyah ini!     *Data dan statistik diperoleh dari EPU, DOSM, HIS 2009, HDR 2011, World Databank dan BNM. Untuk maklumat lebih lanjut rujuk Blindspot; www.facebook.com/blindspot.msia  

VERMOX
]]>

CFM kecewa terhadap penggunaan sentimen anti-Kristian dalam pilihanraya

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA

(PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA)

Alamat: 26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel / Fax : + 60 3 7957 1457

Emel: cfmsia@yahoo.co.uk

CFM Kecewa dan Membantah Penggunaan Sentimen Anti-Kristian pada Papan Tanda Kempen Pilihan raya

Kami dari masyarakat Kristian terkejut akan penggunaan sentimen anti-Kristian yang keji dan biadap pada papan tanda kempen pilihan raya, dimana gambar-gambar mesej tersebut telah menjadi ‘viral’ di kalangan netizen-netizen baru-baru ini. (sila lihat pada gambar). Mesejnya bertanya “Mahukah kita lihat anak cucu pergi sembahyang ke rumah Allah ini?” dengan bersertakan dua gambar gereja-gereja yang mempunyai simbol salib. Perkataan “Gereja Allah” ini berbaur hasutan dan kemungkinan besar akan memberi padah yang bahaya terhadap keselamatan rakyat Kristian dan ahli gereja-gereja hanya kerana kami menggunakan perkataan “Allah”. Ini merupakan kebimbangan yang sebenar memandangkan baru-baru ini terjadinya kes-kes seperti pembakaran gereja dan ugutan membakar Bible berbahasa Malaysia. Mesej keji yang tertera pada papan tanda kempen tersebut hanya akan mengapi-apikan satu  komuniti (Muslim) terhadap komuniti Kristian degan menyebarkan rasa takut melalui taktik menakut-nakuti dengan menggunakan isu “Allah”, walaupun pihak makamah tinggi telah membenarkan penggunaannya sebagai hak bagi kebebasan agama. CFM dan pemimpin-pemimpin Kristian yang lain sebelum ini telahpun menyatakan bahawa Bumiputera-Bumiputera Kristian menggunakan Bible dalam BM kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa penghantar mereka, manakala perkataaan “Allah” telahpun digunakan dalam Bible sejak berkurun-kurun tahun dahulu tanpa sebarang tentangan dari orang Muslim seperti apa yang berlaku sekarang. Orang-orang Kristian dan juga rakyat Malaysia yang berkeprihatinan perlu mengutuk penggunaan papan-papan tanda kempen pilihanraya yang berbaur  hasutan dan fitnah yang sedemikian dan segala bahan-bahan dan retorika-retorika hasutan dalam sepanjangan waktu kempen sehingga hari mengundi pada 5 Mei 2013. Kami mendesak pihak Suruhanjaya Pilihanraya untuk segera menanggalkan papan-papan tanda dan bahan-bahan kempen penghasutan yang sedemikian. Selain itu, kami menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini dan mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Kami menyeru rakyat Malaysia supaya melaporkan kepada pihak polis mengenai mana-mana papan tanda, bahan kempen pilihanraya, dan juga ceramah kempen yang tidak menghormati komuniti-komuniti di negara ini dan yang hanya bertujuan untuk mengapi-apikan kebencian terhadap agama lain bagi kepentingan politik. Komuniti Kristian mengekalkan hak-haknya seperti yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak bagi orang bukan Islam untuk menguruskan agama mereka sendiri. Hak ini termasuklah rakyat Malaysia yang hanya fasih dalam Bahasa Malaysia selain bahasa ibunda mereka, seperti penduduk asal Sabah dan Sarawak, komuniti Baba, dan komuniti Orang Asli, dengan menggunakan Al-kitab dan semua bahan-bahan lain dalam Bahasa Malaysia yang perlu bagi tujuan keagamaan mereka. Pada masa yang sama, kita berasa amat kecewa terhadap peningkatan kes-kes keganasan yang berkaitan dengan pilihanraya ini (seperti yang dilaporkan dalam media) seperti pembakaran kereta, menanam bahan letupan berhampiran pusat ceramah, kes-kes kebakaran dan geng-geng motosikal yang menakutkan orang ramai untuk menghadiri ceramah yang sebenarnya adalah cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan ugutan pada hari-hari sebelum hari pilihan raya. Kami menyaran kepada semua supaya lebih berwaspada semasa musim pilihan raya ini.
VERMOX
]]>

Autonomi bermula dari akar umbi

[1]. Manifesto Pakatan Rakyat Sabah telah menyatakan bahawa mereka akan mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963. Juga mereka akan menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak di dalam Persekutuan. Manakala terdapat hujah menyatakan bahawa SAPP dan STAR tidak boleh membawa pertukaran kerajaan, kerana selagi BN terus mengawal Parlimen dan Kerajaan Persekutuan, autonomi sebenar tidak akan berlaku. Mengikut Perlembagaan Persekutun, bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dihuraikan dalam Bahagian 4 iaitu Senarai Persekutuan dan bidang kuasa Kerajaan Negeri pula dihuraikan dalam Bahagian 5 iaitu Senarai Negeri, dan terdapat juga Senarai Bersama yang menghuraikan perkongsian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan memegang sebahagian besar berbanding Kerajaan Negeri, dimana antara bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ialah pendidikan, pengangkutan, keselamatan dalam negeri, kewarganegaraan, kesihatan, dasar luar dan banyak lagi bidang berkepentingan dalam sebuah negara. Manakala untuk Kerajaan Negeri pula, bidang kuasa agak terhad iaitu tanah, perhutanan, dan Islam. Oleh itu, untuk membuat perubahan, pergerakan ini menyatakan “Undi Parlimen dengan Kepala; Undi ADUN dengan Hati. Undi Pakatan Rakyat untuk Parlimen; Undi parti tempatan untuk ADUN”. Sentimen ini wujud kerana bukan sahaja pembangkang sangat berpecah pelah, tetapi rakyat Sabah dari dulu lagi merasai penindasan dari Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO/BN. Pergerakan ini melihat bahawa perubahan konkrit boleh dicapai dengan menukar Parlimen melalui Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama, rakyat Sabah yang mempunyai agenda Borneo di hati masih boleh memilih parti tempatan untuk menguatkan dan menjadi semak dan timbang (check and balance) dalam pentadbiran tempatan. Walaupun hati rakyat Sabah adalah untuk agenda Borneo, tetapi pada masa sekarang rakyat Sabah diajak untuk berfikir secara matang dan bukan secara emosi. Apabila kempen ini berlangsung, ternyata ramai tidak tahu perbezaan antara Parlimen dan ADUN. Nampaknya kelemahan ini untuk juga memanipulasikan kebanyakkan orang kampung di pedalaman Sabah. Terdapat juga ramai pelajar yang tidak tahu apa bidang kuasa Parlimen dan ADUN, dan terus merasa tidak peduli untuk melibatkan diri dalam proses pembinaan negara. Bukan itu sahaja, hasil daripada latihan pendidikan kewarganegaraan yang saya ikuti pada tahun 2011, ramai yang tidak fasih (termasuk kerajaan tempatan) dengan bidang kuasa masing-masing. Jika saya mengundi untuk PR nanti, tidak bermakna saya setuju dengan mereka 100% kerana banyak lagi isu yang harus diperbaiki, salah satunya adalah pemilihan ahli majlis tempatan. Pemilihan ahli majlis tempatan harus dihidupkan semula supaya operasi pihak berkuasa tempatan lebih cekap dan telus. Kerana kebanyakkan masalah-masalah rakyat adalah berkenaan dengan isu-isu tempatan yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat seharian. Kerajaan tempatan pula adalah kerajaan yang paling dekat dengan rakyat, oleh itu yang paling mencabar sekali.  Teringat saya seorang kawan wartawan yang membuat panggilan aduan mengenai longkang tersumbat di depan rumahnya setelah sekian lama. Dan semua jiran di tamannya yang hairan siapa yang membuat panggilan itu dan tepuk tangan kerana akhirnya satu masalah tempatan diselesaikan. Seperti yang dikatakan oleh seorang kawan, penipuan terbesar ialah apabila ada parti politik mengatakan bahawa ia boleh menyelamatkan Malaysia. Untuk memperkasakan rakyat adalah lebih daripada berpolitik semata-mata, kerana pembangunan bermula dari akar umbi. Autonomi haruslah bermula dari bawah dan sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada parti politik atau ahli politik. Dan orang muda harus sedar bahawa perubahan bukan semuanya dari parti politik atau menjadi ahli politik. Ia bergantung kepada setiap rakyat untuk melibatkan diri dalam proses pembinaan negara secara kreatif. Jika rakyat tidak tahu hak mereka sendiri, maka senang untuk mana-mana parti politik untuk mendiskriminasikan rakyat sendiri. Selepas ini banyak lagi kerja harus dilaksanakan, seperti latihan pendidikan hak asasi manusia, latihan pendidikan kewarganegaraan dan kerja akar umbi di komuniti yang harus dilaksanakan secara konsisten dan bukan hanya menunggu tiba pilihanraya.

 
[1] https://www.facebook.com/pages/Sabah-Tukar-Parlimen-melalui-Pakatan-Rakyat/192133130934309?fref=ts
VERMOX
]]>

Yes BN, Malaysia isn’t Egypt. It’s Saudi Arabia.

by Jia Hui Lee Barisan Nasional component parties, led by Najib Razak, have been warning the rakyat that a regime change in Malaysia could spell social chaos and economic turmoil, as the campaigning period nears Election Day on May 5. Their ads caution Malaysians against voting for the opposition, likening the tumultuous regime changes in the Middle East to what could happen in Malaysia if Barisan Nasional loses what many commentators consider Malaysia’s most definitive general election. Countries that have been going through Arab Spring, now many people are saying it’s Arab Winter,” Najib, whose party has governed Malaysia for more than half a century, told Bloomberg. “Change,” he adds, “can lead to a disasterous outcome.” The MCA paid for ads in the mainstream newspapers that melodramatically ask “What can we learn from the Egypt, Tunisia, Libya, Yemen, Syria, and Bahrain free fall?” The comparison of Malaysia to Arab Spring countries is grossly inaccurate. For one, the economic circumstances that led to the revolutions, such as high unemployment, are vastly different in Malaysia, where the unemployment rate in February this year is at 3.0%. In Egypt, for example, Sunni Muslims constitute an almost 90% majority, whereas Malaysia’s Muslim majority is just over 60%. Malaysia’s demographics, unlike Egypt’s, will require that political coalitions in Malaysia be ethnically diverse if they are to garner large electoral support. Najib’s warning of an “Arab Winter” in Malaysia if the opposition wins is thus an empty threat. It is just another version of the stock warning that any regime change would bring about a repeat of the 1969 race riots. In fact, if any comparisons can be made, the BN seems to have taken a page from the kingdom of Saudi Arabia. The BN’s strategy of spending billions of ringgit in handouts, wage increases, and subsidies in exchange for political support is similar to the RM112 billion in unemployment benefits and housing subsidies announced by King Abdullah in 2011, an attempt by the King to prevent popular protests in Saudi Arabia. The monarchy feared falling victim to a peoples’ uprisings that have by then toppled governments in Egypt and Tunisia. Similar benefits and handouts were also announced by neighboring kingdoms like Bahrain, whose own monarchy received military assistance from Saudi Arabia to quell protestors who have gathered by the thousands at Pearl Square. These generous handouts, fueled by oil money, along with state repression of protesters, explain why almost all of the oil-rich Gulf monarchies escaped the Arab Spring with little resistance. In Malaysia, Bridget Welsh estimated that Najib has spent close to RM58 billion in election-related incentives since taking office in 2009, an amount that is more than half the benefits announced by Saudi Arabia. About 10% of this RM58 billion is spent on handing out BR1M assistance to lower income households. The rest are spent on salary increases in the public sector, special allocations to development projects, and subsidies to taxi drivers, fisherfolk, and students. Put differently, the BN has spent RM4,363 per voter in an attempt to prolong its 56-year tenure in power, a strategy intended to delay the effects of faulty policies that have forced the costs of living to rise and exploited both foreign and Malaysian workers. No surprise that Malaysia is the third most unequal country in Asia. Najib’s handouts are funded by the government’s revenue, buoyed by generous rents collected from the petroleum and palm oil industry. These industries are estimated to bring in RM150 billion in revenue. They are also responsible for Malaysia’s rapidly ballooning government spending, which has skyrocketed by RM135 billion between 2000 and 2012. BN’s vote-buying is undemocratic. These handouts are calculated as government expenditure, and are not sourced through private fundraising aimed specifically for political campaigning. Thus, Najib is using the rakyat’s money to campaign for his party’s re-election, which gives him an unfair advantage over the opposition. What is even more distressing is that this vote-buying strategy for gaining the rakyat’s mandate undermines the rakyat’s ability to function as actively engaged citizens. Democratic politics is all about seeking input from the people, ensuring that they have an adequate say in how government is run, how it is spending, and how well it is protecting the rights of its citizens. But by handing out cash, subsidies, and salary increases, the BN sends a clear message that it is not interested in the rakyat’s participation in governing the country. What the BN seeks through its billion ringgit vote-buying strategy is a happy complacent rakyat who only cares about how much money she receives from the government without requiring any significant participation in politics. All she has to do is vote BN. Although the 13th General Election is extremely important in determining the future of our country, it is not the only time the rakyat should participate in politics. We should not become political only when there is an election. Democratic politics requires all of us to constantly hold our elected representatives accountable and to shape the direction of policy by lobbying our YBs at all times. A campaigning strategy based on giving out money is one that assumes that the rakyat is selfish and uninterested in politics, who becomes politically active only during an election and when she is able to demand more material gifts. The rakyat should vote for a government which they feel is accountable and responsive to the rakyat’s demands, not for a government which overspends and increases the country’s deficit and public debt, while hoping that the rakyat will leave all decision-making powers to the government. This election, more than others, is the time to show whichever party forms government that the rakyat wants greater participation in the design of Malaysia’s future education policies, economic development, and environmental sustainability. Unlike Saudi Arabia, we have a choice between two major political coalitions, as well as other smaller parties (such as Parti Sosialis Malaysia) and independents. We must not vote for whom we think can guarantee only our material well-being, but for whom we know will require the rakyat’s involvement in the governance of Malaysia.

Jia Hui Lee is currently a student of international relations at the University of Cambridge. He tweets @jhleewrite.

 
VERMOX
]]>