Projek Dialog bersolidariti dengan Gereja Katolik dan masyarakat Kristian yang lain dalam hak mereka untuk mengguna kalimah “Allah” Projek Dialog amat kecewa dengan tidakan puak ekstremis yang mengancam keselamatan Father Lawrence Andrew dan masyarakat Kristian di Malaysia. Di sini kami bersolidariti dengan memberi sepenuh sokongan kepada pihak Gereja Katolik dan masyarakat Kristian agar tidak gentar dengan tindakan puak-puak ekstremis ini. Perbuatan mereka tidak mewakili pendirian majoriti rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian dan harmoni antara agama. Menurut laporan Free Malaysia Today, puak-puak ekstremis ini adalah daripada golongan minoriti etnosentrik-nasionalis yang terdiri daripada Majlis Belia Daerah, Kelab Persatuan Anak Muda Malaysia (MAYC), Pekida, Jawatankuasa Kebajikan Kampung (JKKP) sekitar Kuala Langat, Perkasa, Belia 4B, termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Kuala Langat, Jalur Tiga Malaysia (Jati), Perkasa Selangor, Klang Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), dan Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS). Tindakan mereka yang penuh dengan kemarahan, membakar patung yang mempunyai foto muka Father Lawrence Andrew adalah perbuatan yang keji dan mengaibkan Islam. Puak ekstremis tersebut bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu. Malah kami mempersoalkan akidah mereka yang jauh terpesong daripada pesanan kasih sayang, belas kasihan dan nilai kemanusiaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad. Islam mengajar umatnya agar saling hormat-menghormati terhadap masyarakat berlainan agama bagaikan saudara dalam kemanusiaan. Malaysia adalah satu-satunya negara dimana kalimah “Allah” adalah daerah eksklusif bagi orang Islam. Ini adalah dasar yang tidak munasabah, kerana di negara-negara bermajoritikan Islam di Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Lubnan, Palestin dan sebagainya, kalimah “Allah” digunakan oleh orang Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan lain-lain untuk merujuk kepada Tuhan. Malah, kalimah “Allah” juga digunakan dengan bebasnya oleh masyarakat Kristian di Indonesia, negara yang mempunyai bilangan Muslim yang terbesar di dunia. Projek Dialog sebelum ini pernah menemuramah Father Lawrence Andrew berkenaan dengan isu kalimah “Allah”. Terdapat bukti bahawa kalimah “Allah” tersebut telahpun digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Malah kitab Bible dalam bahasa Melayu tulen digunakan oleh pihak gereja Katolik sejak abad ke-16 lagi. Jadi penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Bible adalah sebahagian daripada amalan warisan sejarah yang sudah lama terserap dalam upacara sembahyang dan Misa mereka. Kami juga membantah tidakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merampas kitab-kitab Bible di kawasan Persatuan Bible secara haram sambil mengancam pihak gereja-gereja Kristian daripada menggunakan kalimah “Allah”. Ini bukan sahaja akan memberi kesan yang buruk terhadap hak kebebasan beragama yang tertera dalam Perlembagaan Negara, ia juga akan memecah-belah masyarakat majmuk yang sebelum ini hidup dengan aman dan harmoni. Kami ingin menyeru semua masyarakat Malaysia – tidak kiralah Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Baha’I, Taoisme, Ateis, Animisme, dan sebagainya agar kita bersolidariti dengan pihak Gereja Katolik dan komuniti Kristian yang lain dalam memelihara hak mereka untuk menggunakan kalimah “Allah”.
]]>Larangan kalimah Allah: Suatu renungan
Sebab Larangan dibuat
Perkara itu ditetapkan setelah berbinang dengan Dewan diRaja Selangor yang bersidang pada 11 November lalu seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988. Enakmen tersebut terpakai kepada semua orang sama ada Islam atau bukan Islam dalam negeri Selangor.
Sebab yang lain adalah untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam di negeri ini dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dalam agama mereka, kerana kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu seperti yang terdapat dalam surah Al-Ikhlas sebagaimana titah baginda.
Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 (En. 1/88)
Ramai penduduk Selangor yang bukan Islam tertanya-tanya adakah hak kebebasan beragama dilindungi atau dikawal?
Kewujudan enakmen ini adalah salah satu bentuk intimidasi ke atas mereka. Setelah diselidik enakmen ini, dilampirkan satu jadual iaitu Jadual 1 (Sekysen 9) Bahagian 1 yang terkandung perkataan-perkataan (35) dan luahan yang tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan orang bukan Islam.
Kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan
Perkara 11 (4) ada menyebut: “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”
Menurut Perkara 3 perlembagaan negara, Islam merupakan agama rasmi persekutuan. Namun agama-agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan tanpa boleh disekat. Ini bermakna kebebasan beragama sebagai sebahagian hak asasi manusia dijamin di sisi perlembagaan negara.
Namun berbanding agama-agama lain Islam mendapat keistimewaan dan perlindungan di bawah undang-undang .
Kesan Perlaksanaan
Artikel ini bukan untuk mengajak pembaca untuk mengutuk mahupun akur terhadap peruntukkan undang-undang yang dilihat seakan-akan meminggir penganut bukan Islam di Malaysia.
Ianya lebih kepada kesedaran mengenai implikasinya ke atas penganut bukan Islam. Pertama, jikalau kesemua enakmen diwartakan dan dilaksanakan serta-merta, akan ramai penganut bukan Islam dihukum melaluinya dengan pelbagai kesalahan.
Dari sudut penganut bukan Islam, mereka tidak boleh mengamalkan agama mereka secara terang-terangan kerana khuatir dikenakan tindakan. Kedua, artikel-artikel, penulisan, akhbar, kitab suci serta buku-buku keagamaan mungkin akan ditapis, disekat dan dipaksa untuk suntingan semula.
Ketiga, ianya telah melanggar kontrak sosial sebagaimana dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak dan Sabah pada 1963. Sabah dan Sarawak telah dijanjikan Perkara 1: Agama bahawa apa-apa perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kerana di Sabah dan Sarawak tiada agama rasmi. Rata-rata ada juga penduduk Sabah dan Sarawak tinggal di Semenanjung Malaysia atas tuntutan nafkah hidup. Adakah mereka juga dikenakan tindakan menurut enakmen itu jika disabit kesalahan?
Apa yang harus diperbuat?
Apa yang ingin penulis katakan di sini ialah bahawa keadaan kepelbagaian dan keharmonian agama dilihat seakan-akan telur dihujung tanduk. Terlalu banyak kerosakan telah terjadi sehingga usaha untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum dan agama kelihatan sukar dilaksanakan.
Antara cadangan yang boleh dikemukakan disini adalah, semak semula semua undang-undang yang ada di negara Malaysia ini termasuk Perlembagaan Persekutan, Undang-undang Negeri dan Undang-undang Syariah. Adakah ianya menepati kontrak sosial Persekutuan Malaysia yang termeterai pada 16 September 1963? Jika bercanggah, perlunya satu usul dibawa di Parlimen bagi pindaan yang sesuai secara adil dan saksama.
Kedua, tukar mentaliti kita sebagai rakyat Malaysia. Kita ada Rukun Negara, gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020. Semua pihak, dari pemerintah sehingga kakitangan swasta dan kerajaan sewajarnya dibentuk dan diasah untuk berfikiran matang dan terbuka dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seharian kita.
Akhir kalam, dialog merupakan salah satu kunci untuk mampu mematangkan toleransi antara kaum dan agama didunia ini. Manusia sememang hidup dalam kolompok berbeza-beza dalam pemikiran mahupun cara hidupnya. Namun demikian, demi keamanan wajarlah kita berusaha untuk mencapai ke arah itu.
Temubual khas bersama ketua pengarang The Herald
Nor Arlene Tan.
Nor Arlene Tan: Pertama sekali, saya ingin bertanya mengenai ‘The Herald’. Mengapa pihak gereja Katolik menerbitkan akhbar mingguan tersebut?
Rev. Lawrence Andrew: The Herald merupakan sebuah akhbar mingguan Katolik untuk masyarakat beragama Katolik. Maknanya, ia dijual khas untuk orang-orang Katolik sahaja dan bukan kepada orang lain. Setiap akhbar mingguan Herald akan dibungkuskan dan dihantar ke alamat gereja tertentu di seluruh Malaysia, kami tidak menjual dengan sesuka hati di luar kawasan gereja.
Ia merupakan sebuah akhbar keagamaan untuk orang Katolik berkenaan isu-isu perkembangan yang berlaku di gereja dalam negara mahupun di luar negara. Masyarakat Katolik akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam akan agama mereka sendiri.
Nor Arlene Tan: Mengapa menerbitkan akhbar mingguan The Herald dalam Bahasa Melayu?
Rev. Lawrence Andrew: Mengapa kami menerbitkan The Herald dalam Bahasa Melayu? Mengapa dalam Bahasa Tamil? Mengapa dalam Bahasa Cina? Mengapa dalam Bahasa Inggeris? Kami menerbitkannya dalam Bahasa yang difahami oleh pembaca-pembaca kami yang rata-ratanya lebih selesa membaca dalam Bahasa Melayu.
Nor Arlene Tan: Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu Islam boleh menjadi keliru jika perkataan “Allah” dipergunakan oleh agama lain. Setujukah anda dengan kenyataan tersebut? Bolehkah anda jelaskan sejarah dan makna “Allah”?
Rev. Lawrence Andrew: “Allah” adalah sebuah perkataan Arab, iaitu “Al-Ilah”, dan perkataan tersebut telah wujud sejak dari awal-awal lagi. Sebelum perkataan tersebut wujud dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu, ia telahpun wujud dan dipergunakan dengan luas orang ramai. “Allah” bukan perkataan Bahasa Melayu seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.
[caption id="attachment_2712" align="alignleft" width="225"] Reveren Lawrence membaca Herald Bahasa Inggeris.[/caption]
Sebagai contoh perkataan seperti “suci” dan “dosa” bukan sebuah perkataan Bahasa Melayu. Cuba bertanya dengan orang Melayu apakah perkataan “dosa” dalam Bahasa Arab?
Sebaliknya, “suci” dan “dosa” merupakan perkataan Sanskrit yang berasal dari India. Jadi, bila kita mula memahami asal-usul Bahasa Melayu, kita akan dapati Bahasa Melayu adalah berakar daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain.*
Maka demikian, perkataan “Allah” muncul dari zaman Arab dan juga pra-Arab, sebelum kemunculan agama Kristian yang awal. Dan agama Islam muncul selepas kedatangan Kristian.
Tidak sepatutnya wujud kekeliruan dikalangan orang Melayu kerana kamus yang terawal di negara ini adalah kamus terjemahan Latin-Melayu yang diterbitkan dalam tahun 1613, dan di dalam kamus tersebut telahpun terdapat penterjemahan perkataan “Allah” dari Bahasa Latin ke Bahasa Melayu. Yang menariknya, kamus Melayu masih belum wujud, tetapi kamus terjemahan Latin-Melayu telah wujud.
Jika kita melihat akan perkara ini, perkataan “Allah” telah wujud lebih awal daripada apa yang diperkatakan oleh sesetengah orang Melayu.
Nor Arlene Tan : Apakah sejarah penggunaan kalimah “Allah” di Malaysia?
Rev. Lawrence Andrew: Bahasa yang digunapakai oleh gereja Katolik di Malaysia atau Tanah Melayu sebelum jajahan kuasa kolonial British selama ini adalah dalam Bahasa Melayu. Bahasa tersebut ditukarkan ke Bahasa Ingeris selepas kedatangan kuasa kolonial British ke Tanah Melayu.
Apabila pihak British menyarankan penggunaan Bahasa Ingeris sebagai Bahasa pengantar dan juga orang ramai menjadi lebih berpendidikan, mereka mulai bertutur dalam Bahasa Ingeris. Apabila mereka menjadi lebih selesa bertutur dalam Bahasa Ingeris, Bahasa pengantar dalam gereja Katolik ditukarkan sebahagiannya daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Ingeris.
Selain itu, terdapat juga migrasi daripada India, orang-orang Tamil yang datang ke Tanah Melayu, serta imigrasi orang-orang Cina daripada China ke Tanah Melayu, wujudnya Bahasa-Bahasa penghantar yang lain digunapakai oleh gereja Katolik, bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Bahasa kuno yang telah dipakai sekian lama oleh pihak gereja Katolik di Tanah Melayu.
Bahasa Melayu bukan Bahasa yang baru sahaja digunapakai oleh gereja Katolik, ia telah digunapakai dalam Bahasa Melayu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Malah pihak gereja Katolik telah mengunakan Bahasa Melayu sejak kurun awal lagi semasa mesin pencetakan baru-baru digunakan untuk mencetak buku pada kurun ke-16.
Pada masa tersebut, gereja Katolik telahpun mempunyai buku-buku dalam Bahasa Melayu, dimana masyarakat Melayu zaman kini mungkin agak sukar membaca dan memahami kerana ejaan dan ayatnya adalah amat kuno.
Nor Arlene Tan : Apakah sejarah pengaruh dan perkembangan Bahasa Melayu dalam ilmiah Katolik?
Rev. Lawrence Andrew: Pernahkah anda mendengar nama tokoh Munshi Abdullah? Beliau adalah bapa persuratan Melayu. Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau juga telah menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu.
Sebutan ejaan Bahasa Melayu pada zaman itu dipengaruhi oleh pihak Portugis, Belanda dan British. Jadi bunyi sebutan tersebut adalah berdasarkan bunyi sebutan Bahasa Portugis.
Bahasa Melayu juga mempunyai pengaruhi daripada masyarakat kolonial, sebagai contoh, perkataan “motocycle” dalam Bahasa Ingeris, di dalam Bahasa Melayu adalah “motosikal”, di Indonesia adalah “sepeda motor”.
Lihatlah pengstrukturan Bahasanya adalah berbeza; Bahasa Melayu adalah dipengaruhi daripada Bahasa Ingeris, walhal Bahasa Indonesia dipengaruhi daripada Bahasa Belanda.
Jadi, kita dapat simpulkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai akar pengaruh yang mendalam daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain, termasuk juga Bahasa kolonial.
Nor Arlene Tan: Bolehkah anda menunjuk contoh bahan ilmiah Katolik dalam Bahasa Melayu pada zaman dahulu?
Rev. Lawrence Andrew: Saya akan menunjukkan sebuah buku daripada abad ke-19 bertajuk “Porkara Terakhir”. Ia sebuah buku bacaan doa bagi orang-orang Katolik dalam Bahasa Melayu. Ia BUKAN Bahasa Indonesia. Ia adalah Bahasa Melayu asli.
[caption id="attachment_2706" align="alignleft" width="300"]
Bab “Sombahiang” Porkara Terakhir.[/caption]
Sebagai contoh teks dalam buku Porkora Terakhir – “Ia, Maha Penebus ku, tiap kali beita sudah buat dosa, sudahlah beita mengalau angkau deri hati ku, sambel choba membunoh Allah sabuleh nha…”, ia adalah sebuah Bahasa sehari-harian di dalam Bahasa Melayu kuno; penggunaan ayat seperti ini tidak wujud dalam Bahasa Indonesia.
Yang satu lagi ini adalah buku bacaan doa Katolik bertajuk Kebaktian Se’hari Harian yang diterbitkan pada tahun 1890 juga menggunakan Bahasa Melayu kuno. Sebagai contoh teks dalam buku tersebut adalah “Sapuloh Penhurohan Allah”, ia merupakan 10 Rukun Perintah Allah daripada Bible (Ten Commandments).
Kedua-dua buku tersebut menggunakan kalimah “Allah” sebagai erti Tuhan.
Selain itu, perkataan lain yang digunapakai dalam Bible dan ilmiah Katolik dalam Bahasa Melayu adalah perkataan “Rasul”. Contohnya di dalam buku Kebaktian Se’hari Harian, perkataan Bahasa Ingeris “St. Paul” (Paul the Apostle) digelar sebagai “Elrasul Paulus” dalam Bahasa Melayu; dan “St. Luke” (Luke the Evangelist) digelar sebagai “Elrasul Lukas”.
Maka anda dapat melihat Bahasa Melayu telahpun digunapakai dalam gereja-gereja Katolik di Malaysia sejak lama dahulu sebelum pengaruh bahan ilmiah Katolik Bahasa Indonesia di negara ini.
Nor Arlene Tan: Adakah penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat bukan Islam diterima oleh masyarakat Melayu dan Islam ketika itu?
Rev. Lawrence Andrew: Bagaimana masyarakat pada masa itu menerima perkataan tersebut adalah sama seperti bagaiamana masyarakat pada masa itu menerima orang-orang India, Cina dan Eropah sebelum kemerdekaan. Mereka semua adalah kawan.
[caption id="attachment_2714" align="alignleft" width="300"]
Reveren Lawrence menerangkan mengenai Porkara Terakhir sebagai contoh dalam sejarah penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks Kristian di Semenanjung.[/caption]
Tanyalah pada datuk anda, pada masa dulu mereka akan duduk bersama bersembang sambil minum teh tarik atau makan nasi lemak dengan orang Cina dan orang India tanpa masalah perkauman atau agama.
Mereka juga akan pergi berkunjung ke rumah masing-masing. Dahulu, kawan-kawan Melayu saya sering berkunjung ke rumah saya, mereka akan datang bermakan sama-sama di rumah saya. Tetapi kini orang Melayu sudah tidak berani mengunjungi rumah orang bukan Islam.
Bapa saya mempunyai seorang pemandu Melayu yang selalu memandu kami ke sana-sini, dan dia akan selalu teman makan bersama-sama dengan kami.
Oleh kerana kami menghormati amalan agamanya, bila-bila masa kami memasak ayam di rumah, pada masa dahulu tiada supermarket, maka kami akan membeli ayam hidup di pasar dan dia akan menyembelihkan ayam tersebut untuk dimasak dan makan bersama-sama kami sekeluarga.
Pada masa dahulu, terdapat penerimaan semua agama dan bangsa, kami saling hormat-menghormati dan menerima amalan budaya dan agama setiap kaum.
Nor Arlene Tan: Adakah pihak gereja Katolik menyebarkan ajaran Katolik ke orang ramai?
Rev. Lawrence Andrew: Bagi pihak yang menuduh kami menggunakan Bahasa Melayu untuk menukarkan agama orang Melayu Islam, cuba mereka nyatakan berapakah orang Melayu telah menukar agama ke Kristian?
Cuba anda bertanya dengan A-G Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara Malaysia) apakah maksud perkataan “Our Father” dan “Hail Mary” dalam Bahasa Ingeris? Beliau akan memberitahu bahawa beliau pernah belajar di sekolah Katolik. Adakah beliau telah menukarkan agamanya ke Katolik? Tidak, beliau masih seorang Islam. Cuba bertanya dengan Dato’ Sri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) adakah beliau kenal “Our Father”, beliau juga pernah belajar di sekolah Katolik St. John.
Pihak gereja Katolik tidak sesekali pergi untuk menukarkan agama orang lain ke Kristian dengan sesuka hati. Jika mereka telah menukar agama dengan belajar di sekolah Katolik, mereka tidak akan menjadi orang Islam sampai sekarang.
Nor Arlene Tan: Barbincang berkenaan keputusan Makamah Rayuan kelmarin, bolehkah anda berkongsi pandangan anda dengan keputusan tersebut?
Rev. Lawrence Andrew: Keputusan Makamah yang pertama diputuskan pada 2009 adalah berasaskan undang-undang yang terdapat di negara ini. Ia berdasarkan kuasa kehakiman dan pengintepretasian prinsip undang-undang negara ini. Keputusan tersebut dihujahkan secara logik.
Tetapi di dalam Mahkamah Rayuan baru-baru ini, mereka sepatutnya mencari kesalahan dalam proses penghakiman bagi keputusan Makamah yang lepas jika mereka ingin mengubah keputusan di Mahkamah Rayuan.
Nor Arlene Tan: Mengapakah terdapat sensitiviti dan tentangan berkenaan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam di kalangan sesetengah orang Melayu Islam?
Rev. Lawrence Andrew: Siapakah orang-orang tersebut? Ibrahim Ali dan Perkasa. Siapakah mereka?
Mereka telah membuat bising dan bersikap anti terhadap orang bukan Melayu dan orang bukan Islam. Mereka memanggil orang bukan Melayu sebagai pendatang dan menyuruh mereka keluar ke negara ini jika tidak puas hati, mereka juga sibuk mengancam untuk membakar Bible, dsb.
Adakah ini budaya seorang Melayu? Orang Melayu tidak pernah mempunyai perlakuan sebegini.
Dimanakah perangai jahil ini muncul? Orang Melayu tidak pernah biadap seperti ini. Saya sendiri sejak dahulu tidak pernah mengalami atau berjumpa dengan seorang Melayu berakhlak sedemikian. Jika terdapat perselisihan atau persengketaan diantara agama atau kaum, orang Melayu akan duduk berbincang bersama-sama kami untuk menyelesaikan masalah dengan aman.
Apabila perkara buruk berlaku, mereka (Perkasa) akan sibuk berdemonstrasi di sana sini, tetapi kami dari pihak gereja tidak akan berdemonstrasi.
Kami menghormati undang-undang negara ini. Adakah kami membuat bising? Tidak sama sekali. Kami akur dengan proses undang-undang mahkamah dan bersedia melalui peringkat-peringkat seterusnya dalam prosedur penghakiman.
Nor Arlene Tan: Bagaimanakah reaksi masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak berkenaan dengan isu kalimah “Allah” ini?
Rev. Lawrence Andrew: Itulah mereka berasa sangat tersinggung.
Mereka berkongsi satu Bahasa – Bahasa Melayu. Oleh kerana mereka bertutur dalam Bahasa yang sama, secara tiba-tiba orang Kristian di sana dihalang daripada menggunakan kalimah “Allah”.
Di dalam penerbitan The Herald bulan Oktober ini, terdapat nukilan editorial dari akhbar-akhbar utama di Pakistan dan Turki yang mengatakan keputusan penghakiman ini adalah salah. Sesiapa tidak boleh mempunyai hak cipta terhadap perkataan “Allah”, ini termasuk juga orang Melayu.
Nor Arlene Tan: Adakah pihak gereja Katolik mengadakan penglibatan komuniti atau dialog antara agama dengan orang Melayu Islam untuk menjelaskan situasi sebenar dan meredakan sentimen?
Rev. Lawrence Andrew: Kami aktif dalam Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST). Mereka mengetahui dan simpati tentang isu tersebut, dan hadir memberi sokongan kepada kami semasa pengumuman keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
Kami juga menerima banyak sokongan daripada orang Islam dan organisasi Islam seperti Sisters In Islam (SIS). Marina Mahathir juga telah bersuara dan menulis terhadap isu ini.
Menariknya, juga terdapat di internet berkenaan cerita “Ayah” – jangan membiarkan anak-anak kamu memanggil dirimu “Ayah”, kerana anak-anak kami memanggil kami “Ayah”.
Nor Arlene Tan: Pada pendapat anda, apakah pengislamisasian (Islamization) yang merebak ke negara ini adalah pengaruh daripada perkembangan Islam global atau situasi politik dalam negara ini?
Rev. Lawrence Andrew: Ramai yang mengatakan pencambahan pengislamisasian ini berlaku kerana perkembangan Islam global yang berlaku di Iran dan Timur Tengah, seperti kebangkitan Arab (Arab Spring) di Timur Tengah.
Pada pendapat saya, peristiwa tersebut tidak memberi kesan mendalam kepada pemikiran masyarakat kita.
[caption id="attachment_2716" align="alignleft" width="225"]
Penggunaan Bahasa Melayu memang tidak asing dalam sejarah Kristian di Malaysia.[/caption]
Namun begitu, saya akui terdapat pengarabisasian (Arabization) di negara ini semasa zaman 90-an, sebagai contohnya wujudnya pergerakan Al-Arqam yang kini telah diharamkan, wanita mereka berpakaian jubah penuh dan berniqab, ini sememangnya adalah pengaruh daripada budaya Arab.
Dahulunya, orang-orang Melayu lebih suka bersongkok. Songkok bukan budaya Islam, ia adalah budaya asli Melayu, dan ia juga budaya di Indonesia.
Saya selalu memakai songkok pada masa dulu, dan masyarakat pada masa itu dapat menerimanya. Tetapi jika saya memakai songkok pada hari ini, dan makan pula di kedai makanan Cina, saya mungkin akan dipersoal dan mereka mungkin fikir bahawa saya adalah Melayu (Islam).
Kini, jika anda ke Putrajaya anda hanya akan berjumpa dengan orang-orang Melayu sahaja. Walhal pada dahulu kala, ketua bagi tentera laut adalah orang India, termasuk juga dalam pasukan polis, polis-polis dahulu adalah berbilang kaum.
Namun sekarang para penjawat awam (civil servants) telah menjadi semakin Melayu (mono-etnik). Jika anda ingin mendapat pekerjaan dalam kerajaan dan anda bukan orang Melayu, lupakan sahaja untuk memohon pekerjaan tersebut. Sesiapa yang ingin dinaikkan pangkat dalam kerajaan terpaksa menukar agamanya ke Islam.
Jadi, bukan perkembangan global yang mempengaruhi pengislamisasian di negara ini, ia adalah politik dalaman di kalangan yang berkuasa yang sibuk menyebarkan pengislamisasian di keseluruhan negara ini.
Terdapat pertelagahan yang berterusan diantara parti politik PAS dan UMNO untuk saling bersaing bagi mengislamkan negara ini.
Malah, keputusan menghalang penggunaan kalimah “Allah” oleh Makamah Rayuan ini juga merupakan salah satu cara pengislamisasian di negara ini.
Nor Arlene Tan: Soalan terakhir saya, apakah cabaran terbesar rakyat Malaysia hadapi dinegara ini dalam konteks bangsa dan agama, dimana kerajaan dan masyarakat sivil perlu memainkan peranan yang lebih mendalam?
Rev. Lawrence Andrew: Pada pendapat saya, cabaran utama yang kita hadapi, jika kita jujur dengan semangat 1 Malaysia; 1 Malaysia di sini bermaksud semua kaum sama-sama bersatu, dan bukannya asimilasi menjadi satu bangsa sahaja – setakat ini maksud 1 Malaysia adalah Satu Bangsa.
Jika kita benar-benar hidup dalam semangat 1 Malaysia seperti saya katakan, setiap kaum sama-sama bersatu, perpaduan diperkukuhkan seperti semasa kita mencapai kemerdekaan, maka apa yang diperlukan oleh kita semua adalah untuk menerima satu sama lain. Jangan memandang rendah kaum lain.
Cabaran yang terbesar dalam diri kita semua adalah kita telah mengasingkan diri kita daripada komuniti lain dan kita telah memecahbelahkan negara ini kepada Melayu dan bukan Melayu.
Oleh kerana masyarakat kita telah dipolarisasi, ketuanan Melayu telah menjadi agenda utama negara ini. Konteks perbincangan negara ini telah bertukar menjadi ketuanan Melayu atau UMNOputra (seperti dilebelkan oleh sesetengah orang) dimana orang Melayu perlu mendapat keistimewaan yang lebih daripada semua kaum yang lain. Dan ini telah menyebabkan ketegangan antara kaum.
Jadi, cara yang bagus untuk meredakan sentimen ini adalah kita semua perlu menerima negara ini sebagai negara kita. Kita semua adalah pendatang, termasuk kesemua perdana menteri negara kita, yang aslinya adalah orang asal dan orang asli di negara ini.
Nor Arlene Tan: Terima kasih kerana sudi mengadakan temubual ini bersama Projek Dialog.
Rev. Lawrence Andrew: Sama-sama.
Nota:
*Kata-kata lain yang berasal daripada Bahasa Sanskrit sebagai contoh adalah: “sandiwara”, “bumi”, “istana”, “merdeka”, dan lebih lagi.
Dalam “Malay Words of Sanskrit Origin” menyatakan: Hari ini, jika seorang Melayu bertutur dalam sebuah ayat yang mempunyai sepuluh perkataan, kemungkinan besar lima hingga tujuh perkataan tersebut adalah perkataan Sanskrit dan selebihnya adalah berasal dari perkataan Arab, Tamil, Hindi, Inggeris, Cina, Farsi atau dari beberapa asal yang lain.
Kalimah Allah: Satu sudut pandang Kristian Sarawak
Penjelasan konteks Sememangnya dalam kemelut isu ini terdapat banyak salah faham mengenai keadaan demografik dan budaya masyarakat Kristian Malaysia, terumatanya di Borneo. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi sedikit penjelasan: Umum diketahui, dianggarkan lebih 40 etnik di Sarawak dan 32 etnik di Sabah yang terdiri dalam pelbagai kelompok bangsa, ras dan kaum. Jika ditanya mengenai demografi penduduk agama Kristian di Kepulauan Borneo, jumlah Bumiputera Kristian di Malaysia Timur adalah 1,448,967 orang daripada jumlah keseluruhan Bumiputera Kristian Malaysia yang terdiri daripada 1,549,193 orang. Berdasarkan daripada stastistik tersebut, dapat dinyatakan disini kepelbagaian Bumiputera Kristian berbilang kaum dan etnik juga dipengaruhi dengan kawasan geografik dan kepelbagaian mazhab serta aliran agama Kristian itu sendiri yang turut mempunyai latar belakang sejarah yang pelbagai. Seperti yang diketahui, antara mazhab Kristian yang utama di Malaysia termasuk Roman Katolik, Anglikan, Evangelikal, Baptis, Brethren, gereja berkarisma bebas, Lutheran, Methodis, Presbyterian dan gereja-gereja yang tak ber-denominasi. Tetapi, jika kita perhatikan pada tahap yang lebih lokal di Borneo, demografiknya begitu rumit. Tiada masyarakat Kristian yang “monolitik” yang senang difaham secara pukul rata. Contohnya di Sarawak, penganut Kristian berbeza mengikut kaum serta mazhabnya. Sebagai contoh umum, kaum Bidayuh kebanyakkannya menganut fahaman Roman Katolik dan Anglikan. Kaum orang Ulu (Kayan, Kelabit, Lun Bawang) majoritinya menganut fahaman Evangelikal. Kaum Iban menganuti pelbagai mazhab/aliran Kristian. Kaum Melanau di Sarawak dilihat majoritinya Islam juga mempunyai penganut Kristian aliran Katolik. Begitu juga di Sabah, penganut Kristian dibezakan melalui etnik dan daerah. Contohnya kaum Kadazan-Dusun majoritinya adalah Roman Katolik, kaum Murut pula lebih ke arah evangelikal. Medium bahasa yang digunakan dalam upacara keagamaan Kristian di Sabah dan Sarawak memang pelbagai: secara umumnya ia termasuk Bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda etnik / suku masing-masing dan juga Bahasa Malaysia. Akan tetapi, Bahasa Malaysia tetap digunakan lebih kerap kerana ianya bertindak sebagai medium yang menyatu padukan pelbagai etnik, kaum dan mazhab Kristian di Borneo apabila berkumpul dalam satu upacara keagamaan. Membumikan teologi Memang tidak dapat dinafikan bahawa agama Kristian tidak mempunyai kata nama khas yang khusus untuk merujuk kepada nama tuhan bagi menerangkan konsep Trinitas (Trinity) sebagaimana Yahudi mahupun Islam. Justeru, kaedah pembumian agama untuk keadaan tempatan (atau dalam istilah Bahasa Inggeris contextualization ataupun indigenization) digunakan untuk menterjemah istilah ‘Elohim’ dan ‘Adonai’ daripada bahasa Ibrani (Yahudi) dalam Perjanjian Lama, dan istilah ‘Kurios’ dan ‘Theos’ daripada bahasa Yunani dalam Perjanjian Baru yang ada pada Alkitab (Bible) mengikut bahasa ibunda dan bahasa setempat. Pembumian digunakan dalam kajian terjemahan Alkitab berhubung dengan tetapan yang berkaitan dengan budaya masyarakat setempat bagi memahami penggunaan perkataan yang dipinjam daripada Perjanjian Lama bahasa Ibrani dan Perjanjian Baru bahasa Yunani yang merupakan bahasa asal Alkitab. Keputusan yang tidak adil Dari sini kita boleh lihat bahawa larangan untuk penggunaan kalimah Allah di konteks Malaysia timur jelas meminggirkan. Umat Kristian sudah menggunakan kalimah tersebut sekian lama sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia. Bahkan dalam bahasa Iban, pencipta juga digelar ‘Allah Taala’ sebelum kedatangan agama Kristian. Secara mudahnya kita hanya harus merjuk kepada pernyataan berikut dalam 20/18 Perjanjian Malaysia 1963: Perkara 1: Agama “Tiada bantahan terhadap Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia tetapi Borneo Utara/Sarawak sepatutnya tidak mempunyai agama rasmi. Segala bidang kuasa Malaya yang berkaitan dengan Islam tidak patut dikuatkuasakan di Borneo Utara/Sarawak.” Dalam ini, kita juga patut sedar bahawa penganut Kristian Bumiputera di Semenajung Malaysia juga terdiri daripada penduduk asal Orang Asli dan penduduk asal Sabah dan Sarawak yang berhijrah ke sana turut menggunakan bahasa ibunda sebagai medium. Adakah adil larangan ini ke atas akhbar Katolik Herald sekiranya petikan Alkitab, upacara sembahyang dan doa itu dipetik dalam bahasa Malaysia di Semenanjung Malaysia? Keliru? Dakwaaan penggunaan kalimah ‘Allah’ tersebut akan mengelirukan umat Islam adalah tidak benar kerana akhbar tersebut tidak dijual dan diedarkan di luar lingkungan gereja. Pihak gereja juga ingin bersifat defensif bagi memastikan terjemahan Alkitab dan bahasa pertuturan upacara keagamaan dalam Bahasa Malaysia terpelihara daripada perubahan. Akhir, gereja juga ingin memelihara kebebasan nurani penganut Kristian Orang Asli, Sabah dan Sarawak agar bebas menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Malaysia dalam kehidupan keagamaan mereka. Dialog untuk pemahaman dan penyelesaian Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam dan Melayu, JAKIM, majlis agama Islam negeri-negeri, mufti-mufti, ahli politik dan kerajaan Persekutuan seharusnya bertindak rasional dalam mengendalikan isu ini agar ianya tidak menjadi satu barah berlanjutan yang akan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama. Penjelasan, pengajaran dan dialog adalah jalan terbaik memahami persamaan dan perbezaan antara agama. Akhir kalam, ayuhlah rakyat Malaysia tinggalkan pemikiran jumud dan dangkal mengenai isu ini. Sama-samalah menghayati pegangan agama masing-masing dan hormatilah pegangan agama lain selaras dengan prinsip kebebasan beragama. Sehubungan dengan itu, kita dapat membaiki perpaduan dan kestabilan negara Malaysia ini sebaik mungkin.
]]>Temubual BFM bersama Reza Aslan, bahagian 2: Kalimah Allah di Malaysia
Temubual Ezra Zaid dan Umapagan Ampikaipakan bersama Reza Aslan berterusan. Kali ini, perbualan mereka turut merangkumi isu kalimah Allah di Malaysia. Reza Aslan merupakan seorang penulis dan cendakiawan agama yang diiktiraf antarabangsa. Beliau merupakan pengarang buku paling laris dalam New York Times bertajuk Zealot: The Life and Times of Jesus of Nazareth.
Buku Pertama Reza Aslan juga merupakan buku paling laris antarabangsa bertajuk “No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam” (Tiada Tuhan Melainkan Allah: Asal-Usul, Perkembangan dan Masa Depan Islam). Buku tersebut dinamakan salah satu buku yang paling penting dalam dekad ini. Ia juga telah diterjemahkan dalam 30 bahasa yang lain, termasuk dalam Bahasa Melayu, dan boleh didapati dalam kebanyakkan kedai buku.
Berikut adalah transkrip perbualan mereka.
Isu Kalimah Allah Umapagan Ampikaipakan: Kita telah berbincang berkaitan dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam wacana Islam di Timur Tengah dan Asia Tenggara, kini saya ingin membawa fokus perbincangan tersebut ke negara ini, iaitu berkenaan keputusan makamah terhadap isu kalimah ‘Allah’ yang telah mendapati liputan berita antarabangsa. Pada Isnin lepas, Makamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan makamah pada tahun 2009 yang membenarkan pihak gereja Katolik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen Bahasa Malaysia majalah mingguan The Herald. Ezra Zaid: Di tengah-tengah kontroversi di Malaysia berkenaan isu kalimah ‘Allah’, terdapat pelbagai alim ulama, ahli akademik, dan sejarahwan di negara ini yang berkongsi pendapat mereka mengenai asal-usul penggunaan kalimah tersebut. Apakah pendapat anda mengenai isu kalimah ‘Allah’ ini? Reza Aslan: Perspektif saya mengenai isu ini adalah berdasarkan intepretasi sejarah. Ini merupakan fakta sejarah iaitu perkataan ‘Allah’ adalah berdasarkan perkataan asalnya ‘Al-Ilah’. ‘Al-Ilah’ bermaksud Tuhan yang Satu. ‘Allah’ bukan sebuah nama khas bagi Tuhan. Secara jujurnya, sesiapa yang fikir bahawa perkataan ‘Allah’ merupakan sebuah nama bagi tuhan bukan sahaja salah, tetapi mereka sebenarnya mencabar ajaran Al-Quran itu sendiri dan boleh menjadi syirik jika berkeras bahawa tuhan mempunyai sebuah nama. ‘Allah’ hanya adalah sebuah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada maksud tuhan – ia bermaksud setiap tuhan dalam setiap agama, bahkan kita mengetahui secara fakta bahawa masyarakat Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merujuk kepada tuhan mereka sebagai ‘Allah’. Kenapa perkara ini berlaku? Sebab mereka bertutur dalam bahasa Arab. Bukan kerana ‘Allah’ merupakan sesuatu tuhan yang tertentu, tetapi ia tidak lebih daripada makna bahasa Arabnya bagi tuhan. Ini bukan sebuah pendapat, tetapi fakta. Umapagan Ampikaipakan: Anda mengeluarkan satu tweet yang geli hati berkenaan keputusan makamah mengharam orang bukan Islam untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ yang tidak masuk akal. Anda mengatakan ia bagaikan mengharam perkataan ‘twerking’ kepada sesiapa yang berumur kurang daripada 17 tahun di Amerika Syarikat. Kenapa anda rasa ia tidak masuk akal? Reza Aslan: Perkataan yang saya gunakan bukan ‘tidak masuk akal’, tetapi ‘bodoh’. Menganggap bahawa Allah itu hanya Tuhan untuk orang Islam memanglah satu perkara yang bukan-bukan. ‘Allah’, seperti yang telah saya katakan, hanya merupakan sebuah perkataan bagi tuhan, dan keputusan makamah ini adalah tidak masuk akal dan meyinggung perasaan orang lain: tanggapan dimana bukan sahaja orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ tetapi dengan menggunakan perkataan ‘Allah’ ia mengancam Islam. Ia seakan-akan masyarakat Malaysia teramat bodoh, bahawa jika mereka mendengar orang Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’, mereka akan menjadi Kristian secara tidak sengaja. Kenyataan tersebut adalah bahlul. Terus-terang, ia adalah memalukan. Ia adalah memalukan bagi negara perlembagaan moden yang demokratik, bagi negara bermajoritikan Islam seperti Malaysia yang setanding dengan negara-negara dunia pertama yang maju. Perkara bodoh ini mungkin akan berlaku di Saudi Arabia tetapi tidak sepatutnya berlaku di sini. Ezra Zaid: Menurut ringkasan kuputusan makamah rayuan tersebut, ia menyatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sesuatu yang penting bagi masyarakat Kristian bagi menunaikan keimanannya terhadap agama Kristian. Jika penggunaan perkataan tersebut dibenarkan oleh orang Kristian, ia akan menyebabkan kekeliruan bagi orang Islam dan mengganggu kestabilan negara ini. Reza Aslan: (KETAWA) Bagaimana anda boleh membaca kenyataan tersebut dan tidak merasa geli hati? Ezra Zaid: Apa yang saya ingin ketengahkan ialah masyarakat Melayu Islam di negara ini dianggap mempunyai hak pemilikan perkataan ‘Allah’ untuk diri mereka sendiri. Adakah idea pemilikan hak perkataan ‘Allah’ oleh sesebuah komuniti melangkaui konteks sejarah and etomologi maksud perkataan tersebut? Reza Aslan: Jawapan saya dari segi sejarah adalah: Tidak. Dari segi budaya and etomologi adalah: Tidak. Tapi perkara yang paling penting bagi orang Islam perlu mengetahui, dari segi teologi juga adalah: Tidak. Mana-mana imam yang mengatakan bahawa Allah mempunyai nama adalah syirik. Allah bukan nama kepada tuhan, orang Islam tidak mempunyai hak pemilikan terhadap nama ‘Allah’. Jika anda membaca Bible dalam bahasa Arab, tuhan dirujukkan sebagai ‘Allah’. Malah di Iran dimana rakyatnya tidak bertutur dalam bahasa Arab, tuhan dirujukkan sebagai ‘Allah’ sebagaimana tuhan juga dirujukkan sebagai ‘Khuda’ dalam bahasa Farsi. Tanggapan bahawa sesiapa boleh mengawal idea, perbuatan, keimanan, dan pemikiran orang ramai dengan mengawal perkataan yang digunakan adalah bodoh dan tidak masuk akal. Ia adalah amat memalukan, bahkan mengaibkan dan tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada negara yang progresif seperti Malaysia. Idea sebegini adalah tidak sepatutnya ada dalam wacana mana-mana negara moden demokratik. Ia hanya akan mencemarkan nama baik negara ini, seperti saya utarakan awal tadi. Malaysia merupakan negara model bagi orang Islam diserata dunia. Sebaliknya, isu ini telah menjadi Malaysia sebagai jenaka ejekan oleh orang ramai. Saya ingin jelaskan kepada rakyat Malaysia: seluruh dunia sedang ketawakan korang! Umapagan Ampikaipakan: Jika anda membuat perbezaan tentang apa yang diperkatakan oleh makamah – sebagai contohnya, orang asing yang melawat ke negara ini mungkin akan menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai maksud tuhan dalam agamanya dan dia juga mungkin tidak mempunyai perkataan lain untuk mengambarkan tuhannya. Hal ini adalah amat penting bagi amalan agamanya, tidak kiralah agama Kristian atau Sikh. Reza Aslan: Tepat sekali, kedua-dua agama tersebut (agama Kristian dan Sikh) menggunakan perkataan ‘Allah’. Umapagan Ampikaipakan: Jika saya tidak silap terdapat 56 rujukan perkataan ‘Allah’ dalam Kitab suci agama Sikh. Dalam konteks ini, penduduk Borneo tidak mengetahui perkataan lain selain ‘Allah’ bagi merujukkan kepada tuhan. Reza Aslan: Tepat sekali. Ada seperkara lagi, saya fahami memang terdapat makanisme politik di negara ini; makamah di negara ini tidak bebas dan terikat daripada keputusan cabang eksekutif kerajaan. Saya fahami bagaimana politik di Malaysia berfungsi – keputusan makamah ini adalah keputusan politik lebih daripada apa-apa yang lain. Tetapi, saya ingin bincangkan aspek yang lain, iaitu tanggapan bahawa orang Islam di Malaysia perlu dilindungi – oh, orang-orang Islam yang sungguh lemah imannya! Anda perlu dilindungi oleh makamah kerana anda tidak boleh berfikir atau berbuat keputusan untuk diri anda sendiri. Kalau tidak silap, salah seorang hakim mengatakan: membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ merupakan ancaman kepada Islam. Keputusan makamah tersebut berlaku pada hari yang sama kejadian teruk pembunuhan masal di Pakistan pada Eid al-Adha. Seorang Taliban meletakkan bom di dalam Al-Quran, membawakannya ke dalam masjid di hari suci dalam kalander Islam ini lalu membunuh orang-orang Islam. Anda ingin mengatakan pasal isu ancaman terhadap Islam? Kelakuan sebegini adalah ancaman yang sebenarnya. Seorang Kristian di Malaysia yang menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai maksud tuhan BUKAN ancaman kepada Islam. Wacana Islam di Amerika Ezra Zaid: Berkata tentang hak pemilikan dan sejarah dalam agama Kristian, anda juga merupakan pengarang kepada buku ‘Zealot’ yang merupakan buku jualan terlaris di New York Times, adakah sukar bagi anda sekarang sebagai seorang cendakiawan Islam menulis buku tentang Nabi Isa di Amerika Syarikat? Reza Aslan: Memang sukar menjadi seorang Muslim di Amerika Syarikat untuk macam-macam sebab, terdapat pelbagai aktiviti dan sentimen anti-Islam di sana. Namun begitu, secara jujurnya, ia telah menjadi perniagaan yang menguntungkan. Terdapat ramai orang di Amerika Syarikat menjadi sangat kaya dengan cuba menyakinkan rakyat Amerika Syarikat bahawa orang Islam sedang cuba untuk mengancam hidup mereka. Dalam bila-bila sahaja, 1% populasi masyarakat Islam Amerika Syarikat akan bangkit dan mengambilalih negara ini. Kebanyakkan idea ini telah pudar, kerana orang ramai mula menyedari kebodohan idea tersebut. Tetapi idea tersebut wujud kerana ketakutan. Rakyat Amerika Syarikat juga sedang berhadapan dengan krisis identiti yang serius. Saya tidak pastilah jika anda perasan tentang perkara tersebut. Masyarakat negara kita [AS] dalam keadaan teruk, politik negara kita [AS] juga sudah tidak berfungsi. Umapagan Ampikaipakan: Tetapi krisis hutang di Amerika Syarikat berjaya dielakkan. Reza Aslan: Betul. Sekali lagi, pada saat-saat terakhir kita berjaya mengelak daripada krisis hutang tersebut. Taniah kepada kita dan kita akan masih berada di sini untuk berbulan-bulan ayang kan datang. Kita juga sedang berhadapan dengan perubahan demografik perkauman dan budaya yang serius – pengkaji demografik memberitahu kepada kami bahawa Amerika Syarikat dalam kurang daripada satu dekad ini akan menjadi negara yang pertama dalam sejarah dunia sebagai negara yang bermajoritikan kaum-kaum minoriti [secara keseluruhnya], dan ini merupakan sesuatu yang luar biasa! Sesuatu yang patut disambut, tetapi seperti yang anda bayangkan, kebanyakkan raykat Amerika Syarikat tidak berfikir seperti itu. Umapagan Ampikaipakan: Pihak Republican tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Reza Aslan: Ya. Ini merupakan titik tamat harapan politik mereka, selagi mereka masih mengekalkan sebagai parti orang putih selatan yang bersikap berang. Dalam erti kata lain, isu ini bukan lagi berkenaan dengan orang Islam, tetapi berkenaan dengan rakyat Amerika Syarikat sendiri. Ini adalah tentang identiti krisis Amerika Syarikat, dan orang Islam hanyalah sebagai kambing hitam dalam hal ini. Umapagan Ampikaipakan: Ini adalah peluang yang besar bagi berhadapan dengan isu ini – dengan memperbanyakkan bilangan orang Islam yang berjaya dan kaya di Amerika Syarikat; mereka boleh mengeratkan silaturrahim dengan mengatakan, ‘Hey, kita adalah kawan!’ Reza Aslan: Seperkara yang anda perlu mengetahui tentang orang Islam Amerika Syarikat adalah kita tiada masalah untuk menjana kekayaan, orang Islam di Amerika Syarikat adalah bukan kepalang kayanya. Malah, sebuah kumpulan pengiklanan JWT baru-baru ini menjumlahkan gaji isu rumah tahunan oleh masyarakat Islam dan Timur Tengah Amerika Syarikat dengan jumlah USD170 billion. Anda cuma perlu lihat ahli-ahli pengasas bagi syarikat eBay, Google, Yahoo, Apple, dan sebagainya, berapa orang yang bernama Muhamad atau Ali dalam senarai nama syarikat-syarikat tersebut yang dapat anda jumpai? Masyarakat Islam di Amerika Syarikat telah mengaut kekayaan yang banyak, kini mereka perlu mencari jalan untuk membelanjakannya dengan betul. Dan ini adalah masalahnya, saya fikir ia adalah masalah antara generasi. Anda perlu fahami, mereka adalah kelompok komuniti yang datang dari negara seperti Iran (seperti saya), Pakistan, dan sesetengah kawasan di Timur Tengah; tempat-tempat tersebut tidak mempunyai tradisi yang lama berkenaan kerjasama sivik atau penglibatan politik. Malangnya, kebanyakkan orang Islam yang amat kaya ini tidak menyedari kuasa yang mereka ada untuk mengubah masyarakat. Ini kerana masyakarat Amerika Syarikat adalah berfungsi berdasarkan kapitalisme atau wang. Di negara ini, wang adalah suara. Saya malas dan meluat mendengar rungutan tentang sentiment-sentimen anti-Islam di Amerika Syarikat. Saya fikir, jika anda ada masalah dengan isu ini, anda kenalah menggunakan wang anda untuk memusnahkan mana-mana ahli politik yang mengatakan perkara negatif tentang orang Islam. Beginilah sistem negara ini berfungsi. Semuanya adalah berkaitan dengan wang. Mereka masih belum menyedari hakikat tersebut. Ini adalah sesuatu yang disedari oleh masyarakat Yahudi sejak awal dahulu. Pada tahun 1920-an sehingga 1930-an, di Amerika Syarikat, sentimen anti-Yahudi adalah keterlaluan, maksud saya anti-Semitisme. Ahli politik dan ahli bisnes yang hebat merupakan golongan anti-Semit yang menjelekkan. Masyarakat Yahudi dilihatkan sebagai golongan ‘fifth column’ (*golongan yang dicuriga oleh masyarakat majoriti sebagai golongan bersimpati dengan pihak lawan secara rahsia) dalam masyarakat Amerika Syarikat. 50 tahun kemudian, mereka menjadi sebahagian besar daripada budaya dan gaya hidup Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat sering berkata tentang nilai-nilai hidup Yahudi-Kristian (Judeo-Christian values) negara ini. Bagaimanakah ia boleh terjadi? Mereka sangat bijak untuk menyedari bahawa cara mengubah persepsi masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat adalah dengan menggunakan wang anda untuk mempromosikan pendidikan, perhubungan, seni, filem, dan muzik. Terdapat hanya 6 juta orang Yahudi di dalam 350 juta populasi rakyat Amerika Syarikat, namun begitu, mereka berada di serata tempat di televisyen, radio, dan buku; banyak pengarang yang hebat adalah orang Yahudi, banyak artis yang hebat adalah orang Yahudi, banyak arkitek yang hebat adalah orang Yahudi, termasuk juga di dalam perniagaan dan politik. Apa yang mereka lakukan adalah dengan mengintegrasikan komuniti mereka secara keseluruhan ke dalam masyarakat Amerika Syarikat. Walaupun bilangan populasi mereka adalah amat kecil, mereka mempunyai pengaruh kuasa yang kuat dalam budaya Amerika Syarikat. Ezra Zaid: Saya rasa ini merupakan pengajaran kepada rakyat Malaysia di sini. Reza Aslan: Sudah tentunya. Ia merupakan pengajaran bagi semua orang; kita perlu menyedari hakikat tersebut lambat laun juga, bukannya duduk dan merungut terhadap persepsi orang lain terhadap kita. Ezra Zaid: Terima kasih masa anda bersama kami. Reza Aslan: Terima kasih. Anda juga turut dijemput membaca bahagian pertama temubual ini. (Diterjemah oleh Nor Arlene Tan) ]]>Menzahirkan pluralisme dalam suasana kemelut
peaceful coexistence” atau kedamaian hidup bersama. Ia menggalakkan umat Islam untuk meletakkan nilai kesamarataan, keharmonian dan keamanan antara agama. Namun begitu, sempena Hari Raya Haji ini pula, dada akhbar dipampangi dengan kontroversi isu baru-baru ini berkenaan perkataan “Allah” dan beberapa lagi tindakan kontroversi pihak jabatan agama, memberi impresi bahawa agama adalah sesuatu yang bersifat eksklusif. Maka demikian, pengalaman menyertai Konvoi Interfaith di tempat-tempat keagamaan di sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Sentul merupakan sesuatu yang amat berharga. Saya agak tertarik dengan konsep menziarahi kuil, tokong, masjid dan rumah-rumah ibadat yang terdapat di negara ini untuk meluaskan pemahaman antara agama. Agama Hindu Pencetus Kebenaran Jennifer Pak dari BBC turut mengikuti rombongan anjuran Projek Dialog dan Kumpulan Sasterawan Kavyan. Dalam kebisingan jalan raya dan kesibukan masyarakat bandar menjalani kehidupan seharian mereka, kami memulakan interfaith walk di kuil Hindu Subramanian Chettiar. Kuil tersebut aman indah dan menghijau, terdapat sebuah sangkar besar yang menempatkan beberapa merak dan burung, ukiran-ukiran dewa-dewi dalam mitos Hindu terpampang di dinding dan atap kuil, serta diselubungi bau-bauan wangian kemayan dan bunga. Sami-sami Hindu di kuil tersebut amat selesa dengan kehadiran kami, walaupun mereka sedang sibuk melayani beberapa penganut Hindu yang sedang beratur bersembahyang dan meminta berkat. Agama Hindu merupakan satu cara hidup untuk menuju ke jalan kebenaran atau Dharma yang meliputi setiap adat, tradisi, teologi dan falsafah. Tidak hairanlah ia juga dikatakan sebagai agama yang tertua dalam penyebaran tradisi kesedaran (Enlightenment Tradition). “Allah” dan Agama Sikh Seterusnya, kami berhijrah ke Gurdwara Sahib, sebuah kuil agama Sikh yang tersembunyi di selok Jalan Sentul. Wanita diwajibkan mengenakan selendang, manakala lelaki melilit kain di kepala untuk memasuki Gurdwara. Wakil-wakil daripada agamawan Sikh amat mesra menyambut konvoi kami, malah sempat menyajikan jamuan teh susu herba dan roti. Saya agak tertarik dengan kesamaan agama Sikh dengan agama-agama Nabi Ibrahim (Ibrahamic Faiths). Hal ini kerana mereka percaya kepada konsep monolitik, iaitu Tuhan adalah satu dan mempunyai kitab sucinya iaitu Guru Granth Sahib. Mereka juga mengelarkan Tuhan sebagai “Allah”, gelaran bahasa Arab yang lazim digunakan di Timur Tengah dalam agama Kristian, Yahudi dan Islam. Dewa Pengawal Kesejahteraan Konvoi kami bergerak ke Tokong Dewa Cheok Beh Keing (Dewa Pengawal) di Jalan Sentul, sebuah rumah ibadat dihiasi dengan pelbagai simbol mitos budaya Cina yang berwarna-warni seperti naga, dewa pengawal, ikan emas, dan sebagainya. Penghuni di sekitar tokong tersebut amat gembira menerangkan sejarah tokong tersebut; tokong tersebut telah bertapak di sana lebih daripada 100 tahun, ia menjadi pusat kemasyarakatan bagi kaum Cina untuk berdoakan kesejahteraan hidup. Doa tersebut bukan tertakhluk kepada penganut Dewa tersebut, sesiapa juga boleh mendoakan kesejahteraan kehidupan mereka. Maka, saya dan rakan-rakan yang lain turut membakar kayu bedil dan masing-masing berdoa untuk keamanan antara agama. Antara Islam dan Poster Anti-Syiah Kemudian, kami berangkat ke Masjid Al-Hidayah yang bersih rapi. Ia merupakan sesuatu pengalaman yang amat unik kepada yang bukan Islam, ini adalah pertama kalinya mereka mengambil wuduk dan memegang Al-Quran. Mereka juga sempat melihat para jemaah islam menunaikan solat Zohur. Sejuk mata memandang beberapa umat Islam yang kusyuk membaca ilmiah agama dan bertawakal. Penjaga masjid tersebut juga berbuka hati menerima kami, mereka mengatakan sesiapa sahaja, termasuk yang bukan Islam boleh melawati masjid di sana. Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah kami dapati sebuah poster anti-Syiah yang terpampang di dalam masjid. Islam adalah agama sejagat dan realitinya terdapat pelbagai mazhab Islam di dunia ini. Mereka juga mempercayai Allah sebagai Tuhan, walaupun sejarah, adat dan tradisi penyembahan mereka berlainan. Apakah patut agama dijadikan alat bagi memecahbelahkan umat dan menyemarakan kebencian? Ketidakpentingan Ritual Kami mengakhiri destinasi konvoi rumah ibadat di Wat Buddha Sri Lanka. Kuil tersebut tersergam indah di dalamnya dengan sebuah patung Buddha putih yang besar, dihiasi dengan bunga-bunga cantik di mazbah hadapannya. Kami bersantap tengah hari dengan lauk-pauk ‘vegetarian’, sambil menghayati kedamaian kuil tersebut. Sami Buddha tersebut amat mesra dengan kedatangan kami, beliau mengatakan penganut di kuil tersebut sentiasa menerima kunjungan antara agama daripada pelbagai lapisan masyarakat, malah mereka juga sering melakukan aktiviti kebajikan terhadap rakyat Malaysia berbilang kaum. Saya bertanya mengapa terdapat hiasan bunga di mazbah? Apakah ritual pemujaan agama Buddha? Sami Buddha tersebut dengan tenang menerangkan konsep falsafah ajaran Buddha Teravada ini. Jelas beliau, ritual sebenarnya tidak penting langsung dalam mendapat restu atau pahala dari Tuhan, yang penting adalah karakter dan hati budi pengikutnya. Agama sebagai topik “Sensitif” Hakikatnya, walaupun negara kita dicerminkan sebagai sebuah negara yang pluralisme dan harmoni, rakyat Malaysia masih dibelenggu dengan budaya ‘sensitif’, setiap kaum tidak berani untuk berinteraksi mahupun mengambil berat dengan masyarakat beragama lain. Mereka lebih selesa dengan kepompong agama masing-masing, segala interaksi antara agama hanya sebagai ciri simbolik semasa upacara keramaian dan rumah terbuka. Bahkan, budaya berdialog antara agama masih merupakan sesuatu yang agak janggal dalam merapatkan silaturrahim dan keharmonian masyarakatan. Ironinya, saya dapati tiada satu pun penghuni rumah ibadat yang kami kunjungi melayankan kami dengan buruk, walhal, mereka sering menekankan kepentingan kedamaian dan kesejahteraan dalam agama, dan sentiasa menerima penganut agama lain dengan hati yang terbuka. Saya percaya, sesetengah pihak berkepentingan mungkin boleh memperbodohkan umat dengan mempolitikkan nama Tuhan, tetapi, sesiapa yang benar-benar memahami kewujudan agama akan mengetahui bahawa “segala yang baik itu adalah daripada Tuhan, dan segala yang keji itu adalah perbuatan manusia sendiri”.
]]>Isu kalimah Allah: Perjuangan yang menolak izin Ilahi
“Barangsiapa yang bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, ataupun hendaklah dia diam”. [Sila rujuk Sahih Al-Bukhari, cara bersumpah, Hadis no : 2482) Keadaan sebegini juga pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Saw berkait dengan seorang lelaki yang bernama Budail bin Abi Maryam yang telah memberi wasiat kepada dua rakan perkongsian perniagaannya yang beragama Kristian bernama Tamim Al-Dari dan ‘Adi bin Bada’ agar menghantar segala harta – hartanya kepada ahli keluarganya selepas kematiannya nanti. Setelah dihantar oleh rakannya yang beragama Kristian itu, didapati semua hartanya diserahkan kepada ahli keluarganya kecuali hanya satu bekas yang diperbuat daripada perak dan terdapat tulisan emas pada bekas tersebut. Pihak keluarga Budail telah bertanya kepada Tamim Al-Dari dan ‘Adi bin Bada’ yang beragama kristian tentang bekas perak itu, tetapi dua lelaki kristian itu mendakwa bahawa mereka tidak mengetahuinya. Keadaan semakin kecamuk sehingga berlaku tuduhan kononnya dua lelaki kristian itu telah mencuri, tetapi di pihak kristian tetap mengingkari tuduhan terbabit. Hal ini berlanjutan sehingga sampai kepada pengetahuan Nabi Muhammad saw sehingga Allah swt menyuruh dua lelaki kristian itu bersumpah dengan Nama Allah Swt. Perkara ini terakam dalam firman Allah dari surah Al-Maidah, ayat 106. [Sila rujuk Fakhr Al-Din Al-Razi, Al-Tafsir Al-Kabir, jld 6, hlmn 183) Nyata di sini, dari sudut pandang Al-Quran dan Al-Sunnah, keizinan penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim sudah terbukti. Malahan, di seluruh dunia keizinan penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim adalah satu perkara yang sudah tiada perbedaan dan perselisihan di kalangan umat Islam pun. Namun begitu, di Malaysia perkara ini menjadi perbincangan sehingga menganggap penafian penggunaan itu sebagai ajaran Islam oleh sebilangan si jahil agama, walaupun amat jelas bahawa tiada satu sumber Islam pun yang melarang perkara itu. Alasan mereka melarang itu juga punyai hujjah yang tidak bersumberkan wahyu kecuali sentimen yang bermuarakan hawa nafsu yang tidak berasas Islam pun. Mereka mendakwa larangan pemberian kalimah Allah kepada non-Muslim adalah kerana sudut pandang Muslim terhadap maksud “Allah” tidak sama seperti di fahami non-Muslim. Alasan melarang penggunaan kalimah Allah terhadap non-Muslim dengan menggunakan alasan ini merupakan alasan yang cukup dangkal. Ini kerana, suruhan sumpah dengan nama Allah terhadap kristian adalah suruhan yang bersumberkan Al-Quran (Surah Al-Maidah, ayat 106), sedangkan dalam Al-Quran sendiri mengatakan kekufuran kristian dengan sebab mengatakan Allah itu ketiga dari tiga, dan mengatakan Allah punyai anak bernama Al-Masih. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya telah kufur mereka yang berkata bahawa Allah itu ketiga dari tiga”. Firman Allah dari surah Al-taubah, ayat 30 yang bermaksud, “berkata Yahudi, Uzair anak Allah. Dan Berkata Nasrani, Al-Masih adalah anak Allah”. Mereka mendakwa lagi bahawa pemberian kalimah Allah SWT kepada non-Muslim adalah usaha menyekat dari kekeliruan Muslim terhadap maksud Allah. Pada mereka, apabila diberikan penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim, nanti kefahaman Muslim terhadap maksud Allah akan menjadi salah. Menjawab alasan dangkal ini adalah cukup sekadar dengan mengatakan bahawa mereka seperti seorang doktor yang memberi ubat sakit perut kepada pesakit yang pening kepala. Dari sudut reality pun, doktor yang dianggap hebat, jika memberi ubat yang salah, maka doktor itu tetap dianggap sebagai salah. Maka begitulah tindakan mereka melarang pemberian kalimah Allah kepada non-Muslim dengan alasan ia boleh mengelirukan Muslim. Jika benar Muslim boleh keliru pun (walaupun dakwaan itu tidak berasas sama sekali), tugasan yang perlu dibuat adalah memberi penjelasan maksud kalimah Allah yang sebenar, bukan dilarang pemberian kalimah Allah terhadap non-Muslim. Ini ditambahi lagi, cara faham Nabi Isa oleh Muslim tidak sama dengan cara faham kristian. Tetapi, sejak dahulu lagi penggunaan itu berlaku, Muslim di Malaysia tidak pernah keliru pun maksud nabi Isa itu. Secara nyatakan, penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim tidak terlarang pun dari sumber nas Al-Quran dan Al-Hadis. Malahan, di seluruh Negara-negara termasuk Sabah dan serawak, larangan itu tidak pernah berlaku kecuali di semenanjung Malaysia. Mereka yang melarang itu juga, hakikatnya tidak berhujjah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi berhujah menggunakan hawa nafsu sentiment disamping dikepilkan andaian meleset dalam menafikan keizinan Islam itu. Wallahu ‘Alam.
]]>Kristianisasi? Cuak Doh!
Episod minggu ini menyingkap fobia yang sedang melanda masyarakat Muslim Malaysia dewasa ini, iaitu Kristianisasi dan penggunaan Bahasa Melayu dalam agama Kristian. Perbincangan ini bertujuan membuka pintu dialog tentang keperluan memahami Kristianofobia dan mengapa ia berlaku dan siapa yang menjadi dalang perpecahan masyarakat. Bersama kita kali ini ialah Calvin Ohsey (Catholic Varsity Student, Shah Alam), Mable Leong (penganut Kristian yang aktif dalam komuniti Kristian Petaling Jaya) dan Erlinda Cloudie Joseph (Mahasiswa Katolik dan juga aktivis SALT, Shah Alam). Mewarnai perbincangan ini ialah antara lagu protes popular di Malaysia, “Nanyi Lagu Pembebasan” oleh Sanggar Satu Bumi. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. ]]>