Gambar: themalaysiantimes.com.my[/caption] Hudud – Ya atau tidak, mengapa? Pada 18 Mac yang lalu, kerajaan Kelantan telah meluluskan penggubalan RUU Kanun Jenayah Syariah Islam. Dengan erti kata lain, kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob telah mendapat mandat untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Isu pelaksanaan hudud bukanlah wacana baharu. Hudud telah menjadi subjek perbahasan di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang menyokong hudud kerana berpandangan ia adalah hukum Allah yang wajar ditegakkan oleh umat Islam. Ada pula yang menyanggah kerana hudud masih belum sesuai dilaksanakan kerana isu-isu penting seperti kemiskinan, korupsi dan penindasan masih berlaku. Tak kurang juga yang berpendapat bahawa pelaksanaan hudud tidak akan menyelesaikan masalah jenayah kerana akhirnya yang dihukum adalah orang miskin yang tidak berkuasa. Penulis tidak berminat untuk membahaskan tentang hudud. Sudah terlalu banyak perbahasan tentang hudud; sama ada dibicarakan dalam konteks akademik mahupun bukan akademik. Namun, suatu isu yang wajar direnungi oleh semua adalah – apakah itu agama bagi diri kita? [caption id="attachment_4593" align="aligncenter" width="496"] Paus, Rabbi dan Imam. Gmabar: Saltandlighttv.org[/caption] Apa Makna Agama – Undang-undang atau Kasih Sayang? Adakah agama itu belas kasihan dan sifat kasih sayang? Atau, agama itu laksana undang-undang yang wajar penganutnya patuhi? Atau mungkin sahaja kedua-duanya betul mahupun salah. Oleh demikian, kita wajar untuk menyingkap semula apa yang kita maksudkan dengan beragama. Selain daripada isu Hudud, kita dikejutkan dengan pemergian Pak Mie – seorang aktivis kemanusiaan yang mengabdikan seluruh jiwa dan raganya untuk menyelamatkan anjing-anjing terbiar. Kehilangan Pak Mie merupakan kesedihan buat kita semua. Pak Mie telah menyedarkan kita bahawa jati sebenar umat beragama adalah untuk berbakti demi kasih sayang dan belas kasihan. Jasa-jasa Pak Mie wajar dikenang oleh setiap umat Islam kerana beliau telah mengajarkan kita erti kasih sayang terhadap binatang-binatang terbiar. Hero kemanusiaan seperti Pak Mie mungkin kisah kecil berbanding isu-isu besar yang lain. Tetapi bagi penulis, sikap Pak Mie mewajarkan kita semua untuk merenung kembali peranan agama di dalam masyarakat. [caption id="attachment_4594" align="aligncenter" width="342"] Gambar: texansforpeace.org[/caption] Agama untuk agama atau Agama untuk manusia? Kita harus fahami bahawa agama memainkan peranan penting terhadap pemikiran masyarakat. Agama juga boleh menyebabkan kita menjadi manusia yang bermoral dan beretika. Penulis percaya bahawa ramai daripada kita memilih untuk melakukan kebaikan, jika bukan kerana diri sendiri – ia disebabkan oleh ajaran agama. Bagi seorang Muslim, kita dibesarkan dengan konsep pahala dan dosa, syurga dan neraka. Kita diajar sejak kecil supaya melakukan kebaikan kerana kita akan memperoleh pahala dan syurga. Jika kita berbuat jahat, kita akan menerima dosa dan hukuman neraka. Jadi, wacana ini tertumpu kepada renungan kembali terhadap agama. Soalannya apakah agama ini diturunkan kerana agama atau kerana manusia? Jika agama ini untuk manusia, bukankah mesej utama setiap agama yang wujud di muka bumi ini adalah untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan. Mungkin kita perlu merenung kembali apakah kebaikan-kebaikan di dunia datang kerana a) belas ihsan dan kasih sayang atau b) hukuman dan perintah agama. Sejarah kedatangan Islam turut mengajarkan kita bagaimana Islam begitu menekankan keadilan dan kemanusiaan. Menurut sejarawan Ayesha Jalal, konsep Jihad yang diutarakan dalam Al-Quran menyeru kaum beriman supaya menegakkan keadilan dan kemanusiaan. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah menangguhkan hukuman hudud kerana kemiskinan dan keadilan masih belum ditegakkan. Sikap yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar menunjukkan bagaimana Islam begitu menekankan keadilan dan rasa ihsan sesama manusia. Jadi, soalnya di antara Hudud dan kemanusiaan; mana lebih utama? Jawapannya terpulang kepada pembaca kerana Tuhan telah mengurniakan akal yang cerdas supaya kita berfikir dengan waras!
]]>Kebangkitan Kapitalisme Islamik di Malaysia
Gambar: Mthago WordPress[/caption] Kebangkitan Ekonomi Melayu Perubahan dinamika politik di Malaysia senang dikaitkan dengan identiti kaum dan etnik. Proses pembangunan yang pesat setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1969 telah menggalakkan urbanisasi komuniti Melayu dengan pesat. Selepas tahun 1969, proses penghijrahan komuniti Melayu dari kawasan desa ke kota semakin kerap. Ia mempercepatkan mobiliti sosial di kalangan golongan-golongan tertentu orang Melayu dengan peningkatan peluang pendidikan. Pembesaran kelas menengah Melayu di Malaysia sangat signifikan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Mobiliti sosial yang berlaku di dalam komuniti Melayu memperhebatkan lagi dominansi politik identiti dan agama di ruangan awam. Islamisasi Kebangkitan Islam di Malaysia wajar dinilai menerusi perkembangan etnik dan agama. Proses Islamisasi kerajaan yang pesat pada tahun 80an dengan pembentukan nilai-nilai Islam dalam masyarakat mendorong apa yang dikatakan sebagai ‘kapitalisme Islamik’. Proses Islamisasi giat membentuk cara hidup dan pemikiran komuniti Melayu yang berlandaskan ajaran dan nilai Islam. Kesan ini dapat dilihat dengan gaya pemakaian orang Melayu ; misalnya majoriti orang Melayu mula memakai tudung dan mengenakan jubah. Proses ini membesarkan dualiti identiti Islam dan Melayu, sepertimana diterangkan oleh Dr Chandra Muzafar sebagai ‘dikotomisasi etnik’. Kesan Islamisasi juga dirasakan dengan berkembangnya industri makanan halal yang semakin pesat. Masyarakat Melayu mula memikirkan soal ‘halal dan haram’ di dalam makanan. Isu penggunaan gelatin yang dikatakan mengandungi unsur babi mula menjadi kerisauan di dalam komuniti Melayu. Dasar kerajaan turut menggalakkan berkembangnya proses Islamisasi. Badan-badan agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jabatan-jabatan Islam negeri diberikan autonomi untuk mengurus-setia industri makanan halal di Malaysia. Teori Modernisme & Kapitalisme Islam [caption id="attachment_4587" align="alignleft" width="249"] Rise of Islamic Capitalism. Gambar: Simon and Schuster[/caption] Penganalisis politik berketurunan Iran, Vali Nasr menerangkan bahawa proses Islamisasi politik di negara majoriti Islam mendorong kemunculan kelas menengah atasan Islam yang menjadi pelaku politik, ekonomi dan sosial yang sangat berpengaruh. Di dalam bukunya, “The Rise of Islamic Capitalism” (2009) – Nasr menulis bagaimana golongan menengah atasan Islam berupaya membentuk identiti dan kelas sosial baru berlandaskan ajaran dan nilai-nilai Islam. Kemunculan golongan kelas menengah baru ini mendukung usaha Islamisasi dari segi budaya, ekonomi dan sosial. Sekitar tahun 80an, industri pembankan Islam menjadi semakin pesat. Kesannya dapat dilihat menerusi akses terhadap pendidikan. Orientasi pendidikan Islam semakin berkembang dengan lahirnya badan pemikir seperti International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang mengumpulkan para pemikir dan professional untuk membincangkan masalah kontemporari umat Islam sejagat. Modernisme pendidikan yang dimulakan oleh tokoh pembaharuan Islam, Syeikh Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al-Afghani memberikan pengaruh yang besar di dalam pembangunan dan pemodenan Islam. Mereka melihat peri-pentingnya Islam untuk disesuaikan dengan perkembangan zaman. Modernisasi Islam merupakan satu-satunya alat yang dapat membangkitkan umat Islam daripada kemunduran. Benih-benihnya di Malaysia Seperti yang dihujahkan oleh penulis, proses perkembangan sosial di dalam komuniti Melayu sangat terkait dengan identiti kaum dan agama. Maraknya proses Islamisasi turut mendorong gaya kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan bandar-bandar industri seperti Shah Alam, Bangi dan Gombak. Proses urbanisasi dan modernisasi orang Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) melahirkan lapisan kelas menengah baru yang mempunyai kekuatan ekonomi, politik dan sosial. Pembesaran kelas menengah Melayu di Malaysia menggalakkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Proses ini mendorong lahirnya pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang menjadi pusat aktiviti golongan kelas menengah Melayu dan Islam. ABIM juga menjadi wadah generasi muda yang memainkan peranan penting sebagai agen sosial yang efektif. Peranan yang dimainkan pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam mengerakkan agenda sistem pendidikan bercorak Islam juga merupakan faktor penting kemunculan Kapitalisme Islamik di Malaysia. Nah, bagaimana ia mendorong munculnya Kapitalisme Islamik? Golongan kelas menengah Melayu yang menerima pendidikan Islam di dalam dan luar negara membangkitkan kesedaran mereka untuk memimpin agenda ummah. Mereka juga aktor penting di dalam pembawakan wacana Islam dan masyarakat. Di dalam “Islamic Resurgence in Malaysia” (1988), Chandra Muzaffar menerangkan bagaimana golongan kelas menengah Melayu-Islam ini menguasai pentas politik dengan wacana seputar isu Islam dan Melayu. Kesan Islamisasi juga melahirkan jurang polarisasi di antara kaum dan agama. Proses Islamisasi yang giat di Malaysia juga didukung oleh pelaku politik seperti Anwar Ibrahim. Kebangkitan Anwar Ibrahim di dalam arena politik menyebabkan wacana sosial tertumpu kepada isu-isu Islam dan pembangunan. Semasa beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan, Anwar melaksanakan dasar-dasar pendidikan Islam seperti mewajibkan matapelajaran Islam sebagai kurikulum di dalam sistem pendidikan negara. [caption id="attachment_4585" align="aligncenter" width="721"] Gambar: Wikimedia.org[/caption] Dari Penguasaan Politik & Pendidikan ke Kapitalisme Islam Kelahiran institusi pengajian Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), serta kemunculan industri perbankan Islam seperti Bank Islam pada tahun 1983 turut menyumbang ke arah giatnya proses Islamisasi di Malaysia. Idea penubuhan Bank Islam turut tidak terlepas daripada kritikan oleh tokoh-tokoh sosial dan profesional di Malaysia. Almarhum Prof. Syed Husin Alatas mengkritik bahawa idea perbankan Islam tidak ada bezanya dengan sistem perbankan konvensional. Ia cuma Islam pada namanya. Begitu juga kritikan pakar ekonomi, Abdul Razzaq-Lubis yang mendakwa Bank Islam menggunakan amalan riba’ di dalam unsur perbankan. Maka, penubuhan Bank Islam itu tidak Islamik. Perkembangan industri makanan halal turut mendorong proses kapitalisme Islamik. Industri makanan halal kini merupakan bahan komoditi penting di dalam urusan perdagangan domestik dan antarabangsa. Agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama industri halal mendorong pertumbuhan pemain industri halal di Malaysia. Ia turut mendorong aktiviti perdagangan secara aktif semenjak dua dekad lalu. Jumlah perdagangan membabitkan industri makanan halal turut menyumbang hampir 14 bilion daripada jumlah perdagangan di dalam dan luar negara. Kemunculan kapitalisme Islamik di Malaysia merupakan akibat daripada proses Islamisasi yang giat berlaku di Malaysia. Ia tidak bermaksud bahawa ‘Kapitalisme Islamik’ membawa konotasi yang negatif, tetapi penulis cuba untuk mengaitkan bagaimana proses Islamisasi mendorong pembangunan berlandaskan ajaran Islam, sekaligus memarakkan proses kapitalisme yang Islamik.
]]>Perlunya Wanita Bersuara
]]>
Ambil tindakan kepada mereka yang membuat ugutan online
Oleh Syerleena Rashid “Aku mahu berjumpa dengan perempuan itu…sudah lama rasanya tidak menumbuk seseorang…siapa kisah jika aku digelar dayus kerana mencederakan wanita…dia patut mati!” Kenyataan di atas merupakan sebahagian daripada reaksi terhadap Aisyah Tajuddin. Penulis ingin bertanyakan satu soalan, adakah komen tersebut menyebabkan kamu marah? Jika tidak, ia bermakna kamu membenci wanita. Dan, jika kau tidak mengerti apa itu misogini dan merasakan video tersebut anti-Islam sebelum kamu melihat paparan video dengan menyeluruh. Maka, ia bermakna kamu mengalami defisit intelektualisme, dan hadirin sekalian, perkara ini mengundang dampak yang memusnahkan. Video terbitan BFM telah mengundang kemarahan orang ramai. Ia menunjukkan betapa jijiknya pemikiran sempit orang Islam-Melayu. Video tersebut sudah ditarik-balik, namun dampaknya akan sentiasa menghantui segelintir masyarakat. Terdapat banyak caci maki dan ugutan diterima di media sosial; mengukuhkan lagi bahawa gejala misogini di dalam talian internet sangat merisaukan dan harus dipantau secara serius. Apa yang menjadikan komen-komen ini lebih merisaukan adalah ruangsiber yang luas buat golongan pentaksub meluahkan dan mengancam sesiapa sahaja tanpa mudah dikesan. Komen-komen ini turut memaparkan sikap kurang waras segelintir golongan apabila berdepan dengan topik-topik sensitif, khususnya, melibatkan agama. Isu Hudud telah menggantikan ketakutan kita terhadap bayang-bayang 13 Mei. Bagi sesetengah orang (Muslim dan bukan Muslim), ketakutan ini berpunca daripada ketidaktahuan mereka terhadap Hudud, telah mencetuskan rasa syak dan prasangka terhadap masyarakat. Perbahasan tentang hudud, atau kurangnya perbahasan, telah menciptakan argumen remeh untuk warga Malaysia, lantas mematikan hujah perbahasan (samada kamu bersetuju atau tidak bersetuju). Jika seorang Melayu-Muslim mahu mengangkat kerisauan tentang bagaimana Hudud dapat dilaksanakan di dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, pengkritik yang taksub akan menggelar anda murtad dan mendorong kecaman teruk di media sosial. Di dalam kes Aisyah Tajuddin, dia telah menjadi mangsa kerakusan golongan pentaksub untuk dijadikan kambinghitam dan tempat untuk melepaskan geram. Dia bukanlah satu-satunya mangsa yang diancam dengan ugutan. Nik Raina Nik Abdul Aziz (pengurus kedai Borders), Dyana Sofya (setiausaha politik Sdr. Lim Kit Siang) dan penulis sendiri – telah dijadikan sasaran ugutan bunuh di Internet dan dilihat sebagai subjek oleh segelintir mereka sebagai ‘fantasi seks’ yang amat teruk. Isunya mudah: proses pengukuhan agama dan sistem patriaki telah membenarkan sifat misogini menjadi masalah yang akut di dalam masyarakat moden. Umum mengetahui di dalam dunia yang didominasi kaum lelaki, wanita hanyalah umpan mudah. Ia tidak mendorong warga Malaysia untuk mendakap budaya intelektualisme. Kebanyakan daripada mereka berbesar hati supaya dikawal oleh seseorang dan memaksakan kepercayaan terhadap mereka. Peristiwa tersebut menjurus kepada interpretasi yang dangkal dan mengarut. Kita sering memahami sesuatu isu secara literal akibat daripada sistem yang membenarkan pemikiran anti-intelektual untuk dijana menjadi ideologi. Proses ‘Pembodohan’ yang terjadi. Ancaman yang dihalakan kepada Aisyah Tajuddin dan BFM merujuk kepada proses pembodohan yang sedang berlaku di dalam negara kita. Sikap terlalu mempolitikkan sesuatu isu ‘hyper-politicisation’ (i.e. reaksi para pentaksub) dan kurangnya berpolitik ‘hypo-politicisation’ (i.e. sikap tidak peduli akan politik terutamanya golongan muda) hanya membenarkan golongan fanatik ini melakukan kemusnahan terhadap negara ini. Isu sebenar yang diangkat di dalam video tersebut menyingkap kerisauan yang terbuku di dalam minda warga Malaysia – mengapa mereka yang berkuasa memberikan perhatian terhadap hudud, sedangkan isu-isu penting masih belum diselesaikan? Survei yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati majoriti rakyat Kelantan mengharapkan kerajaan negeri supaya memberi perhatian terhadap isu ekonomi dan pemulihan pasca banjir. Malangnya, agama telah dimanipulasi untuk menyembunyikan isu-isu mustahak, malah mengalih perhatian kita. BFM hanya mengangkat kebenaran sebenar dan bagi sebahagian daripada kita, kebenaran itu sangat pahit dan sulit. Seperti yang telah diperkatakan oleh penulis, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan yang serius terhadap ugutan dan keganasan yang ditujukan kepada Aisyah Tajuddin. Komen-komen yang tidak bermaruah boleh ditemui di dalam media sosial dan harus dianggap sebagai ancaman yang serius. Makalah ini penterjemahan “Take action on those who made threats online“. Penterjemah: Muhammad Nazreen.
]]>Sisters in Islam: Kenyataan Media Terhadap Ugutan Jenayah Kepada Aisyah Tajuddin
Kupas” terbitan bersama BFM dan Projek Dialog yang membincangkan tentang Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 18 March 2015 yang lepas. Ugutan yang diterima oleh Aisyah Tajuddin merupakan satu tindakan jenayah di bawah Seksyen 503 dan 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dari tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya. Kami juga menyeru agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kamar Peguam Negara mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang melakukan ugutan jenayah tersebut. Ugutan berbentuk jenayah yang dilakukan terhadap Aisyah Tajuddin adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan kebebasan berpendapat yang telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kami juga percaya bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 bukanlah sesuatu yang sakral dan tidak boleh dikritik secara substantif dan dari sudut pelaksanaannya. Ia juga terbuka kepada cabaran perundangan di Mahkamah melalui satu semakan kehakiman. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Aisyah Tajuddin di dalam video satira tersebut seperti masalah pasca-banjir, dadah dan kemiskinan juga harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan dijadikan keutamaan (awlawiyat) berbanding dengan melaksanakan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993. Dr Yusuf Al Qaradawi di dalam Kitabnya Fi Al Fiqhi Al Awlawiyat: Dirasah Jadidah Fi Daw’I Al Quran Wa Al Sunnah menyatakan bahawa antara kesalah fahaman yang sering terjadi kepada para pejuang Islam adalah kerana terlalu taksub dan berlebih-lebihan di dalam memberikan tumpuan kepada pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta’zir sehingga menimbulkan tanggapan yang kurang baik terhadap kalangan orang awam. Terbaru, dalam satu temuramah Al Jazeera pada tahun 2011 beliau menyatakan pelaksanaan Hudud bukanlah satu keutamaan di saat rakyat masih lagi kelaparan, peluang pekerjaan juga sukar untuk di dapati dan negara masih gagal menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi kepada rakyat. Kami menyeru agar kita bersikap lebih objektif dan berlapang dada dalam menerima sebarang kritikan dan tidak terburu-buru menuduh Aisyah Tajuddin atau sesiapa sahaja yang mengkritik dan memberikan saranan terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993. Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan 1993 untuk memasuki ruang awam melalui saluran demokrasi, oleh yang demikian sesiapa sahaja berhak bersuara tentang undang-undang tersebut sebagaimana yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sisters in Islam 20 Mac 2015
]]>Mitos Pemerintahan Khalifah
Terjemahan “The Myth of the Caliphate“, tulisan Nick Danforth yang diterbitkan oleh Foreign Affairs pada 19 November 2014. Diterjemahkan oleh Yana Rizal. Sejarah Politik Sebuah Idea Pada tahun 1924, pemimpin Turki Kemal Ataturk secara rasmi memansuhkan khilafah Uthmaniyyah. Hari ini, kebanyakan perbincangan Barat tentang ISIS bermula dengan merujuk peristiwa ini kononnya sebagai satu titik perubahan besar dalam sejarah Islam. Beberapa Islamis kontemporari juga sama pemikirannya. Misalnya, ada sebab mengapa Lion Cub, penerbitan bahan kanak-kanak Ikhwan Muslimin, pernah beberapa kali menganugerahkan Ataturk, si “pengkhianat Yahudi”, tempat pertama dalam pertandingan “Kenalilah Musuh Agama Anda”. Walaupun Islamis hari ini merujuk kepada pemerintahan Uthmaniyyah, namun sebahagian besar daripada mereka lebih tertumpu kepada usaha mewujudkan semula khilafah-khilafah sebelumnya:
- Era keempat-empat Khulafa Ar-Rasyidin, yang memerintah sebaik selepas kewafatan Muhammad pada abad ketujuh, contohnya, atau
- Khilafah Abbasiyah, yang wujud dalam berbagai bentuk dari abad kesembilan hingga ketiga belas (sebelum dimansuhkan secara rasmi oleh puak Mongol)
Dosa Struktur: Perjuangan Yang Terabai
Banjir di Manik Urai. Gambar: The Star[/caption] Selama ini, kita faham bahawasanya, selain pahala atas perbuatan baik, kita juga mempunyai sistem demerit bernama dosa, sekiranya kita membuat apa–apa kesalahan. Dosa itu besar (akbar) sekiranya kesalahannya besar, dan dosa itu kecil, bergantung sejauh mana keberatan perbuatannya itu. Menurut Adrian Pereira, timbalan presiden Pax Romana ICMICA, dalam pembentangan di Bengkel Kemajmukan Agama, anjuran Projek Dialog, dosa itu terdapat dua jenis, bukannya dosa besar atau dosa kecil seperti yang kita fahami selama ini, namun Dosa Individu dan Dosa Struktur. Dosa besar dan dosa kecil, seperti yang lazim difahami termasuk dalam Dosa Individu. Minum arak, berjudi, berzina, tidak sembahyang, ingkar pada kata kedua ibu bapa, mencuri, menipu, makan babi, inilah Dosa Individu (sama ada besar atau kecil) yang sentiasa dijadikan persepsi moral untuk masyarakat kita hari ini menilai seseorang itu. Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang menyedari, ada dosa yang lebih besar, dan dosa inilah, antara lainnya menghasilkan Dosa–dosa Individu? Dosa ini dipanggil Dosa Struktur. Apa itu Dosa Struktur (structural sin)? Dosa Strukturlah yang menghadirkan kepincangan masyarakat pada hari ini. Pembolotan kekayaan melampau oleh segelitir elit, menyebabkan kemiskinan tegar, rampasan tanah dan harga tanah/rumah mencanak naik yang menyebabkan anak–anak muda sulit untuk mempunyai rumah sendiri. Ia juga menghasilkan gelandanganisasi secara besar–besaran, pencukaian demi pencukaian yang dibuat atas nama daulah terhadap rakyat marhaen. Kawasan–kawasan yang perlu dibangunkan, namun dipinggirkan mengakibatkan penduduk kawasan ini tercicir dari pembangunan dan terpaksa bermigrasi ke kawasan yang mendapat lebihan pembangunan (antara faktor gelandanganisasi). [caption id="attachment_4561" align="aligncenter" width="500"] Gelandangan.Gambar: buasirotak.blogspot.com[/caption] Dan seperti yang kita rasakan baru-baru ini, banjir akibat pembalakan secara berleluasa terhadap kawasan orang asal. Semua ini adalah sebahagian daripada dosa struktur yang jarang sekali dikhutbahkan sebagai dosa. Kita jangan menyangka bahawa ini adalah takdir atau ketentuan semulajadi, sebaliknya dosa ini adalah perancangan hasil elit-elit berkepentingan, demi merakus sepuasnya kenikmatan duniawi untuk kepentingan mereka, dan menghasilkan kesengsaraan kepada majoriti umat manusia selainnya. Masyarakat tidak melihat ini sebagai dosa besar yang perlu ditentang habis–habisan, kerana media arus perdana pada hari ini dimiliki oleh kaum pemodal yang bermazhab kapitalis (baca: keserakahan individu mengatasi kepentingan maslahah umum). Antara Dua Jenis Masyarakat Masyarakat yang tertumpu kepada menyelesaikan kesan–kesan yang muncul akibat dosa struktur, tetapi naif menyedari bahawasanya kesan–kesan itu akan terus berlanjutan malah merebak/mewabak menghasilkan dosa-dosa lain, selagi akar masalah itu iaitu dosa struktur tidak dihapuskan hidup–hidup. Dan kita akan terus pada setiap hari Sabtu, setiap hujung minggu, menonjolkan dermawan kita masing–masing, dan menjadikannya idola rutin setiap minggu. Namun masyarakat yang disebutkan di atas adalah lebih baik dari jenis masyarakat yang hanya berteori tanpa aksi sosial dan memandang enteng kekuatan amal jariah. Untuk menyusupkan idea–idea penentangan dosa struktur, adalah karut sama sekali jika hanya berteori tanpa melakukan sebarang langkah ke arah perlawanan sosial. Kita harus diingatkan, bahawa apa sahaja teori jika tidak mampu menghasilkan apa–apa tindakan, cumalah omong–omong kosong sahaja. Sebelum perubahan berjaya dihasilkan, tindakan perlu dilakukan terlebih dahulu. Dan apalah gunanya longgokan–longgokan teori sekiranya ia tidak mampu membuahkan apa-apa hasil? Ianya menyemakkan dan mengganggu tindakan–tindakan yang ingin dilancarkan. Teori harus sejalan dengan aksi, dan aksi harus mempunyai teori, tetapi teori tanpa tindakan, diulang, hanyalah omong kosong. Monopoli teologi selama inilah yang membekukan konsep dosa itu sendiri, dan ayat–ayat hukum yang selalu dikumandangkan membuta tuli, mengakibatkan Tuhan itu sentiasa dilihat angkuh, kejam, bengis, tidak peduli, hanya mahu ditaati, dan tidak peduli terhadap manusia–manusia yang disakiti di bumi. Agama jika hanya berpandukan teks dan mengabaikan konteks, apakah lagi relevannya terhadap masyarakat kini? Sebarang teks, sama ada agama, sekular, atau ideologi yang mengabaikan konteks harus dicabar. Ketika itu kita akan mula menyiasat, Mengapa seseorang yang miskin itu mencuri?
]]>Hidup Anak Jalanan: Chow Kit
Anak-anak Chow Kit.” [caption id="attachment_4551" align="aligncenter" width="562"] Gambar: Religion of Love[/caption] Ini bukan kertas kerja untuk kajian akademik, dan sudah tentu kau pun tidak akan meluangkan masa membaca kajian akademik. Aku pun akhirnya tak akan bergambar dengan topi kelakar, memegang segulung kertas kalau buat kajian akademik. Aku difahamkan berkali-kali rakyat Malaysia tidak gemar membaca. Maka aku cuba ringkaskan dan mudahkan untuk pemahaman kita. Jarang juga aku menjumpai orang bercerita tentang anak jalanan dalam Bahasa Malaysia , atau bahasa yang mudah difahami umum, jadi aku cuba untuk berfungsi di sini. Cuma kadang-kadang kau akan jumpa perkataan-perkataan yang sukar difahami, waktu tu kau tahu bahawa dunia belum kiamat dan perangai kita perlu diubah sedikit demi sedikit. Kalau kau rasa kau terlalu bijak untuk diperlakukan begini, pergi baca buku-buku tebal yang setaraf dengan keintelektualan kau, atau sambung berzikir mencari keredhaan Allah Ta’ala. Jangan buang masa di sini. Di seluruh dunia, anak jalanan ini adalah termasuk dalam kategori orang rentan, golongan marginal atau lebih mudah dibahasakan sebagai tertindas. Mereka adalah hasil dari pembangunan ekonomi, penghakisan nilai kemanusiaan, peperangan (di negara-negara yang dilanda peperangan), kemiskinan, keganasan rumah tangga serta penderaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa bentuk atau ciri-ciri khas anak jalanan mengikut identifikasi yang dikelaskan WHO :
- Anak jalanan: Anak yang langsung tidak berumah dan menghuni jalanan. Biasanya ditinggalkan keluarga atau kematian ahli keluarga. Mereka tidur di tepi-tepi jalan, rumah-rumah kawan atau bangunan terbiar.
- Anak yang berada di jalanan : Ini jenis yang kerap melawat keluarga. Ia mungkin pulang ke rumah untuk tidur tiap malam, tapi banyak meluangkan masa di jalanan (kebanyakan hari dan kadang malam) disebabkan kemiskinan atau penderaan fizikal atau seksual di rumah.
- Sebahagian dari keluarga jalanan: Mereka tinggal di jalanan bersama keluarga, berpindah dari satu tempat ke tempat lain bila perlu dan menjalankan kegiatan ekonomi di jalanan bersama keluarga.
- Anak dalam penjagaan institusi: Berasal dari situasi di mana ia tidak berumah dan terdedah pada risiko jika kembali ke jalanan.