Projek Dialog

Kenyataan Media Desakan Pengiktirafan Hak Orang Asli ke atas Tanah Adat & Desakan Memelihara Hutan

Kerajaan Kelantan: Iktiraf Hak Orang Asli ke atas Tanah Adat dan Pelihara Hutan Kami, pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani yang berikut, mengecam keras tangkapan dan penahanan 47 Orang Asli di Gua Musang, Kelantan pada 29 November 2016 semasa satu operasi untuk merobohkan blockade oleh 100 anggota  dari pasukan polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Jabatan Perhutanan Kelantan. Kami terkejut dan kecewa dengan perintah reman 2 dan 3 hari terhadap 47 Orang Asli yang dikeluarkan oleh mahkamah Majistreet kerana mereka tidak melakukan apa-apa jenayah, sebaliknya hanya sekadar menggunakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan hak untuk menyuarakn pendapat bagi mempertahankan tanah dan hutan mereka. Kami menuntut mereka dibebaskan segera tanpa sebarang syarat. Masyarakat Orang Asli di Gua Musang telah mendirikan blockade sejak 26 September 2016 untuk melindungi tanah adat mereka dari aktivit pembalakan. Walaupun kerajaan Kelantan telah menwartakan kawasan tersebut untuk pembalakan sebagai sumber pendapatan negeri, masyarakat Orang Asli telah lama mempertikaikan keputusan tersebut kerana ia gagal memperakui hak Orang Asli terhadap tanah adat mereka di kawasan tersebut. Adalah tidak jujur untuk Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob cuba cuci tangan dari penangkapan Orang Asli dengan alasan kerajaannya telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk diuruskan. Tanpa notis dan arahan dari kerajaan Kelantan, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Jabatan Perhutanan tidak akan bertindak merobohkan blockade tersebut. Kami menyeru kerajaan Kelantan supaya membuka semula rundingan dengan masyarakat Orang Asli, mengiktiraf hak mereka ke atas tanah adat, membatalkan penwartaan kawasan pembalakan, dan memelihara Hutan Simpan Balah, Hutan Simpan Perias, dan Hutan Simpan Stong Selatan. Tindakan membenarkan pembalakan di hutan simpan itu sendiri adalah satu penghinaan terhadap konsep hutan simpan. Pelupusan hutan dan penafian hak Orang Asli ke atas tanah mereka, yang mana amat penting untuk mereka sebagai mata pencarian dan amalan kebudayaan, adalah bersamaan dengan penghapusan budaya Orang Asli. Walaupun pembalakan mungkin dapat menjanakan pendapatan yang diperlukan oleh kerajaan negeri, kami amat bimbang dengan kadar kehilangan hutan di Kelantan yang disebabkan oleh pembalakan berlebihan, yang juga telah menyebabkan banjir besar di Kelantan pada tahun 2014-2015. Pada tahun 2015, Kelantan telah merekodkan 887,666 cubic meter pengeluaran balak, bertempat kedua selepas Pahang. Kami menyeru kerajaan Kelantan untuk mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dan mapan dalam merangkakan pelan pembangunan negeri yang mampu melindungi alam sekitar dan menguntungkan lebih ramai penduduk negeri dan bukannya sebilangan kecil elit dan syarikat-syarikat balak semata-mata. Pertubuhan-pertubuhan yang menyokong kenyatan bersama:

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
  3. Baramkini
  4. Bersih Sibu
  5. Centre for Independent Journalism Malaysia
  6. Community Action Network (CAN)
  7. Council of Churches Malaysia (CCM) Youth
  8. Damn The Dams
  9. ENGAGE
  10. Focus On Sarawak
  11. Friends of Kota Damansara
  12. Greenfriends Sabah
  13. Himpunan Hijau
  14. Islamic Renaissance Front (IRF)
  15. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  16. Kill The Bill (KTB)
  17. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  18. Kueng Cheng
  19. Komuniti Muslim Universal (KMU)
  20. LLG Cultural Development Centre (LLG)
  21. Mama Bersih
  22. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  23. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  24. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
  25. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
  26. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  27. Movement for Change, Sarawak (MoCS)
  28. Muslim Professionals Forum (MPF)
  29. National Human Rights Society (HAKAM)
  30. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
  31. Northern Youth Group
  32. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  33. Partners in Community Organising (Pacos Trust)
  34. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Committee
  35. People’s Green Coalition
  36. People Welfare And Rights Organisation (POWER)
  37. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  38. Persatuan Alumni PBTUSM Bahagian Utara
  39. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor, KL dan Perak
  40. Persatuan Masyarakat Sel dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
  41. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  42. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  43. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
  44. Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
  45. Pertubuhan Rakyat Mukakas Kipouva Sabah
  46. Projek Dialog (PD)
  47. Pusat Komas (KOMAS)
  48. Research for Social Advancement (REFSA)
  49. Saccess
  50. Sahabat Rakyat
  51. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  52. Selangor and KL Hokkien Association Youth Section
  53. Sembang-sembang Forum
  54. Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
  55. Seremban Chinese Methodist Church
  56. Sisters in Islam (SIS)
  57. Student Progressive Front UPM (GMMUPM)
  58. Suaram Malaysia (SUARAM)
  59. Sunflower Paper
  60. Sunflower Electoral Education Movement (SEED)
  61. Tamil Foundation (TF)
  62. Tenaganita
  63. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  64. Tindak Malaysia (TM)
  65. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
  66. Women’s Aid Organisation (WAO)
  67. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
]]>

Kenyataan Media Desakan Menghentikan Penghapusan Etnik Rohingya oleh Gabungan Bertindak Malaysia

Malaysia Mesti Bertindak dan Menghentikan Penghapusan Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar Kami, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan pertubuhan-pertubuhan yang menandatangani berikut, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penghapusan etnik terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine dan menyeru kerajaan Myanmar agar menghentikan operasi tenteranya yang sudah jelas menrupakan satu jenayah serius yang bertentangan dengan kemanusiaan. Pegawai senior Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John McKissick pada 24 November 2016 mendakwa bahawa Myanmar cuba melakukan penghapusan etnik terhadap masyarakat minoriti Muslim selepas 9 orang pegawai polis dibunuh oleh sekumpulan anggota-anggota bersenjata. Menurut laporan akhbar Guardian, beribu-ribu warga Muslim Rohingya di Myanmar telah dilaporkan melarikan diri ke negara jiran Bangladesh untuk menggelak operasi tentera kerajaan Myanmar yang telah menyebabkan jumlah kematian yang besar dan lebih daripada 30,000 orang kehilangan tempat tinggal. Pegawai senior PBB tersebut memberitahu BBC bahawa askar-askar Myanmar “membunuh lelaki, menembak mereka, membunuh kanak-kanak, merogol wanita, membakar dan merompak rumah, memaksa mereka merentasi sungai” ke Bangladesh. Kami menyeru kerajaan Malaysia agar memanggil duta Myanmar untuk membuat penjelasan dan untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar untuk menghentikan operasi tenteranya di negeri Rakhine. Kerajaan Malaysia patut mengusulkan satu resolusi tergempar di peringkat ASEAN dan menghubungi kerajaan Myanmar untuk mencari satu penyelesaian jangka panjang untuk orang-orang Rohingya. Disebabkan keadaaan yang semakin cemas, kami menyeru kerajaan Bangladesh membuka sempadannya berdasarkan prinsip kemanusiaan bagi membolehkan orang Rohingya mendapat suaka dan perlindungan politik di Bangladesh. Kami juga menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah segera bagi menghentikan operasi penghapusan etnik di Myanmar. PBB tidak boleh menhampkan orang Rohingya sekali lagi. Tragedi di Rwanda dan Sudan tidak harus berulang di Myanmar. Disokong oleh: Ahli-ahli pertubuhan Gabungan Bertindak Malaysia:

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Anak Muda Sarawak (AMS)
  3. ENGAGE
  4. Islamic Renaissance front (IRF)
  5. LLG Cultural Development Centre (LLG)
  6. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  7. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
  8. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  9. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  10. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  11. Pusat Komas (KOMAS)
  12. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  13. Suaram Malaysia (SUARAM)
  14. Tamil Foundation
  15. Tindak Malaysia (TM)
Pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani yang lain:
  1. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
  2. Bukit Mertajam Tamil Muslim Development Association
  3. Borneo Resources Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS)
  4. EMPOWER
  5. G25
  6. Green Friends Sabah
  7. Komuniti Muslim Universal (KMU)
  8. Ipoh Tamil Muslim Development Association
  9. Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS)
  10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  11. JIHAD for JUSTICE
  12. Malaysians against Death Penalty and Torture (MADPET)
  13. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
  14. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
  15. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
  16. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  17. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  18. People Welfare and Rights Organisation (POWER)
  19. Perak Women for Women Society (PWW)
  20. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  21. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  22. Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
  23. Projek Dialog (PD)
  24. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  25. SAVE Rivers
  26. Sisters in Islam (SIS)
  27. WE ARE CARING MALAYSIANS
  28. Women’s Aid Organisation (WAO)
  29. WORLD TAMIL MUSLIM FEDERATION
  30. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
]]>

Agama Hindu 101 – Menolak stereotaip agama Hindu yang telah membelenggunya.

Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini. Para hadirin berkumpul di kaki lima Pusat MCCHR untuk forum ini.[/caption] Maka ianya merupakan sesuatu hal yang berguna bagi saudara Uthaya untuk terus menulis makalah mengenainya. Dengan penerangan mengenai agama Hindu secara umum, anak-anak Malaysia yang beragama lain mampu memahami dan mengurangkan kekusutan mereka mengenai agama tertua ini. [caption id="attachment_5702" align="aligncenter" width="1024"]Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus. Uthaya Sankar memulakan forum di kaki lima kerana bekalan elektrik terputus.[/caption] Antara masalah-masalah ataupun silap faham yang pernah cuba diterangkan oleh saudara Uthaya adalah mengenai hal konsep ketuhanan politeisme dan penyembahan berhala. Melalui artikelnya yang bertajuk ‘Memahami Konsep Berhala Hindu’, beliau menyanggah pemahaman bahawa agama hindu merangkumi ritual penyembahan berhala dan berteraskan politeisme. Malah beliau menekankan bahawa konsep ketuhanan agama Hindu berbeza dengan agama-agama monoteisme yang lain, di mana Hinduisme merupakan ajaran ‘mencari Tuhan’ dan bukannya ajaran yang berdasarkan wahyu. [caption id="attachment_5703" align="aligncenter" width="577"]"Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan." “Agama-agama lain diwahyukan dari Tuhan ke manusia; agama Hindu ialah manusia mencari Tuhan.”[/caption] Menurut saudara Uthaya kesemuanya ini adalah stereotaip yang sudah terlalu lama berleluasa. Kebanyakan di antara kita tidak memahami bahawa apa yang disembah bukanlah berhala tersebut, sebaliknya unsur-unsur ataupun sifat-sifat Tuhan yang boleh di sembah melalui kewujudan patung-patung yang seringkali kita nampak di setiap kuil. Seperti perbandingan yang dinyatakannya, bagaimana penganut agama Islam menyembah tuhan melalui satu arah iaitu ke arah Kiblat. Kaabah bukanlah tuhan itu sendiri, sebaliknya suatu titik fokus dimana kesemua penganut agama Islam bisa diselaraskan. 14803270_10210897453417402_1204835592_o Dan patung-patung ini pula dihasilkan melalui sains imej (ikonografi) ataupun Murtisilpasastra, di mana para pengukir itu sendiri merupakan golongan yang benar-benar memahami agama hindu itu sendiri dan untuk menghasilkan patung-patung tersebut, mereka terpaksa akur kepada syarat-syarat tertentu seperti keupayaan untuk merujuk kepada dhyanasloka iaitu catatan yang dilakukan oleh rishi iaitu golongan yang berpeluang untuk “melihat” Tuhan. 14875855_10210897454377426_239061062_o Persoalan-persoalan seperti ini masih dilihat sebagai masalah ataupun cabaran yang perlu diatasi apabila terdapat banyak pihak yang secara yakin memperlekehkan agama-agama lain, dan Sanathana Dharma ataupun Hinduisme juga tidak terkecuali. Jadi seperti mana-mana agama yang lain, masih terdapat suatu cabaran iaitu suatu pemahaman agama yang jelas dan mampu meningkatkan tahap kekuatan pergerakan golongan penganut itu secara kolektif. [caption id="attachment_5706" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin membincangkan soalannya dengan semua. Salah satu hadirin membentangkan sejarah Hinduisme kepada semua yang hadir.[/caption] Saudara Uthaya Sankar adalah salah satu penulis yang aktif menyanggah stereotaip agama yang terlekat kepada Hinduisme. Seperti mana ISMA yang pernah menyatakan bahawa agama Hindu tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan terhadap tamadun Melayu, selain daripada penyebaran mitos dan aspek kewiraan semata-mata. [caption id="attachment_5707" align="aligncenter" width="1024"]Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu. Uthaya Sankar menerangkan sejarah sastera Tamil dan Hindu.[/caption] Sedangkan sewaktu berlangsungnya forum pada 26hb Oktober yang lepas, beliau menegaskan bahawa terdapat kebanyakan ilmu ataupun fakta yang seringkali disebarkan hanya berkisar pada aspek mitos, iaitu di tingkat Purana semata-mata. Jadi apabila hal yang dibincangkan hanya berteraskan tahap tersebut, maka secara tidak langsung citra sebenar Hinduisme ditenggelami dengan mitos dan bukannya berdasarkan kitab-kitab Veda yang mengandungi ajaran sebenar Hinduisme. [caption id="attachment_5708" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama. Salah satu hadirin memberi ulasannya tentang asal-usul agama.[/caption] Apakah tindakan seperti yang dilakukan oleh ISMA ini wajar? Semestinya tidak kerana tindakan memperlekehkan sesuatu agama di dalam hubung kaitannya dengan perkembangan sesuatu tamadun adalah sesuatu hal yang dangkal sifatnya. Setiap agama mempunyai asas falsafah yang bersifat rasional dan menyeluruh, begitu juga dengan agama Hindu. Dan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan bahawa apa yang selama ini difahami mempunyai suatu halangan yang masih membelenggu golongan penganut agama Hindu itu sendiri. Mereka juga tidak menyedari tentang masalah ini dan hal ini pula jarang benar diperdebatkan secara meluas. [caption id="attachment_5709" align="aligncenter" width="1024"]Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir. Salah satu hadirin membincangkan falsafah ketuhanan dengan semua yang hadir.[/caption] Tidak ada gunanya menolak ajaran agama lain. Kita mesti mengakui akan kekuatan agama itu sendiri. Ini akan mengakibatkan kejahilan yang benar-benar buruk, seperti kes di mana ada suatu NGO ataupun kumpulan yang berasal daripada golongan Melayu, berarak dengan membawa kepala lembu sebagai tanda protes.  Hal-hal seperti ini bermula daripada kejahilan akan kekuatan agama-agama lain sebagai suatu organisasi kolektif dan teori yang menyeluruh. Ini bukan mengenai soal teologi semata-mata, tetapi bermula daripada keyakinan yang tidak disokong oleh logik budi, iaitu menerima kekuatan sesuatu agama sebagai sah dan mampu di praktik tanpa prejudis. [caption id="attachment_5710" align="aligncenter" width="1024"]Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain. Dialog seperti ini boleh memupuk lebih kesefahaman tentang agama-agama lain.[/caption] Makanya setiap agama mempunyai perkembangan sejarahnya yang tertentu dan penting untuk diletakkan di dalam konteks yang betul. Sebaiknya setiap ajaran yang membentuk sesuatu tamadun itu dihargai dan digali agar kesinambungan sesuatu hal yang inheren di dalam suatu masyarakat itu mampu dirungkai semula dan difahami secara betul. 14881640_10210897453377401_2019464986_o Forum yang telah dianjurkan oleh pihak kami, Projek Dialog pada pukul 8 malam, 26hb Oktober 2016 yang lepas merupakan suatu usaha untuk memberi ruang dan membuka dialog bagi anak-anak muda yang ingin memahami asas-asas agama Hindu. [caption id="attachment_5712" align="aligncenter" width="1024"]Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif. Anak-anak muda mempunyai potensi untuk membawa keharmonian kepada masyarakat dengan dialog yang produktif.[/caption] Kami berharap bahawa perkara yang telah dibincangkan bukan sahaja berlegar di persoalan teori semata-mata, tetapi lebih kepada konteks kehidupan harian juga. Di mana keadaan sesuatu agama yang seringkali diperlekehkan dan ditindas mampu diutarakan secara serius dan berkait rapat dengan kejahilan rakyat secara umum, dan tidak lupa bagaimana kesemua hal ini pula mendorong kepada sesuatu tindakan yang memudaratkan lagi keadaan beragama di sesuatu negara yang pelbagai sifatnya. [caption id="attachment_5713" align="aligncenter" width="1024"]Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog. Para hadirin bersama Uthaya Sankar di MCCHR selepas penyelesaian forum Agama Hindu 101 anjuran Projek Dialog.[/caption]

]]>

Pembudayaan Dialog Antara Agama di Bali sejak Abad ke-10

Keindahan Bali Kebanggaan Bali bukan hanya terletak kepada keindahan alam serta kecantikan bangunan-bangunannya, ia turut terletak pada kekuatan adat dan budaya. Bersama budaya lah datangnya kefahaman-kefahaman sosial yang memastikan keharmonian masyarakat. Hikayat-hikayat Bali dari abad ke-10 yang menceritakan tentang padah bermusuhan kerana perbezaan interpretasi agama sebelum pertemuan di Pura Samuan Tiga contohnya, menjadi pengajaran sejak turun-temurun tentang pentingnya keterbukaan dalam wacana agama agar tidak menimbulkan perbalahan atau peperangan kerana perbezaan amalan beragama.

img20161009115539 Pintu Utama Pura Samuan Tiga (Kredit foto: Mrym Lee)

Dapat diperhatikan empat unsur kebudayaan Bali yang memainkan peranan penting kepada masyarakatnya ialah agama, kesenian, tata masyarakat dan sumber ekonomi atau mata pencarian. Teringat kata-kata Pak Ismasidia apabila ditanya kenapa kebudayaan Bali sukar dihakis arus kemodenan, beliau menjawab kerana kesemua unsur budaya saling melengkapi dan tidak ada satu unsur yang dijalankan tanpa unsur yang lain. Contohnya, tarian sudah pastinya akan diselingkan bersama alat musik gamelan, begitu juga kepentingan gamelan semasa upacara sembahyang. Maka kesemua aspek kehidupan masyarakat Bali (kegiatan ekonomi, doa, keraian, kematian, etc.) itu merangkumi kesemua unsur budaya (seni, agama, etc.) yang saling menghidupkan. Budaya dapat memainkan dua peranan penting di sini. Pertama, ia membolehkan pengetahuan turun-termurun tentang tanah dan persekitaran adat untuk disampaikan kepada generasi-generasi seterusnya agar berkekalan. Ilmu yang diturunkan itu semestinya berkait rapat dengan hal-hal penjagaan alam yang telah diduduki sejak sekian lama, ilmu yang diselitkan ke dalam seni serta ritual budaya tempatan. Kedua, ia memupuk di samping melindungi produksi ekonomi tempatan kerana kesebatian budaya itu dengan punca ekonomi masyarakat.

img20161012103622 Anak-anak Bali yang dilatih seawal umur 3-4 tahun (Kredit foto:Mrym Lee)

Melangkaui toleransi agama

Pengalaman di Bali mengajar ianya tidak cukup untuk hanya bertoleransi dengan penganut pelbagai agama lain. Kita juga mesti menerima mereka dalam keadaan mereka mempercayai kepercayaan mereka. Dengar macam sesuatu yang normal, bukan? Macam sesuatu yang memang sepatutnya berlaku? Tentunya memang inilah seharusnya, dan penerimaan ini harus berterusan.

Sepanjang di Bali, tidak ada sebarang sengketa tentang hal-hal terminologi. Tiada masalah untuk orang Muslim merapatkan dua tapak tangan dan memberi kata-kata selamat “Om Swastiyastu” kepada warga Bali. Tiada masalah juga untuk orang Bali yang majoriti Hindu untuk mengucapkan “Assalamualaikum” dalam pembuka bicara awam.

Tiada siapa mengambil pusing soal-soal remeh seperti itu. Tidak.

Yang sering menjadi topik perbualan adalah perkara-perkara kepimpinan yang menjadi ancaman kepada kemaslahatan ummah seperti rasuah, korupsi dan kelemahan ekonomi. Masalah-masalah ini sering menjadi punca ahli politik menjadikan isu-isu remeh untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada penyelewengan politik.

Namun secara asasnya, akan menjadi sebuah hipokrasi sekiranya kita hanya boleh menerima penganut agama lain apabila mereka mengamalkannya secara sembunyi, atau tidak mempunyai hak untuk berkongsi tentang agama dan kepercayaan mereka. Ia juga sebuah bentuk penindasan sekiranya pihak pemerintah membenarkan media arus perdana terus menabur fitnah kepada golongan minoriti agama, lebih-lebih lagi tentang agama mereka sendiri.

img20161011100356 Menyediakan barang-barang untuk upacara keagamaan (Kredit foto: Mrym Lee)

Budaya dalam Kelestarian Pembangunan

Selain pemeliharaan identiti, usaha pengekalkan kebudayaan penting untuk program pembangunan yang mampan. Tiada pembangunan bermakna yang boleh berlaku dalam masyarakat yang tidak dapat meletakkan dirinya ke dalam proses pembangunan tersebut, atau dalam erti kata lain, terkecuali (atau mengecualikan diri) daripada proses pembangunan.

Setiap kebudayaan yang unik itu, yang datang dengan bahasanya, lagunya, tariannya dan segala isi alamnya – memberi makna kepada kehidupan setiap warga dalam caranya yang tersendiri. Inilah yang dipanggil nilai intrinsik, budaya adalah sebuah nilai instrinsik yang wujud kerana ia sendiri adalah bermanfaat kepada masyarakat dan tidak memerlukan sebab atau pengaruh material.

Jika dalam pembacaan tentang pembangunan jenis ini, cendiakawan Indonesia mungkin lebih kenal akan Maeljarto Tjokrowinoto dengan konsep pembangunan yang berpusat pada manusia (people-centered development). Pembangunan ini lebih dari sekadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan nasional, ia meningkatkan kualiti hidup seorang manusia itu sendiri dengan meningkatkan kadar keaktifan dalam masyarakat. Dari segi ekonomi, kadar keaktifan ini mendorong produktiviti dengan kegiatan-kegiatan yang berproduktif tinggi. Namun apa yang lebih penting mungkin kekuatan budaya itu yang mengekalkan keterbukaan orang Bali kepada dunia luar, kerana mereka tidak merasakan keterbukaan sebagai satu ancaman apabila cara hidup Bali dan segala isinya itu masih kuat diamalkan.

img20161011212742 Berjudi santai sambil menunggu upacara selesai (Kredit foto: Mrym Lee)

Sebenarnya tidak memerlukan banyak untuk melihat keterbukaan berdialog itu bukan permulaan untuk penghujung dunia. Pertemuan di Pura Samuan Tiga itu masih diceritakan dan dijadikan teladan sejak abad ke-10. Perkara seperti ini tidak mungkin berpanjangan sebegitu lama jika tidak melalui pengekalan tradisi. Lagipun, jika kesejahteraan Bali selama lebih 1,000 tahun boleh tercetus di atas dialog dan dipelihara di atas budaya, mengapa tidak keberadaban manusia?

]]>

Pesta Filem KITA – Ruang Kolaboratif Masyarakat

fadli1   zan1   Penghargaan kita juga untuk panelis-panelis forum dan moderator-moderator yang akan membincangkan identiti Malaysia dalam konteks filem, dan arah kemajuan filem Malaysia. Produser Nandita Solomon dan pengarah filem Dr. Mahadi J. Murat akan bersidang di forum pagi bersama moderator Dr. Norman Yusoff, dan pembikin-pembikin filem muda Kenneth Raj, Indrani Kopal, dan Jared Lee akan bersidang di forum petang bersama Fikri Jermadi. forum1   forum2   Jangan lupa pembikin-pembikin filem muda ini yang telah menyumbang karya-karya utama mereka kepada sesi Filpen-Filpen KITA yang akan berlangsung sepanjang hari pada 17 September di Holding Room – Bebbra Mailin, Edmund Yeo, Ridhwan Saidi, dan Shanjhey Kumar Perumal yang berbakat. filpen-filpen-kita   Akhirnya, Projek Dialog ingin menyebut produser Lina Tan dari Redcomm dan pengarah Shamyl Othman yang bersetuju menayangkan filem Rembat di sesi Tayangan Perdana Pesta Filem KITA. Kita berharap filem ini akan mengakhiri pesta filem ini dengan mesej yang sesuai dan penting, iaitu diversiti dan kepelbagaian di Malaysia sepatutnya mewakili identiti kita, dan juga sepatutnya diraikan. https://www.youtube.com/watch?v=8hH-__Vh_ck Sekali lagi, Projek Dialog ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli komuniti yang telah banyak berjasa untuk menjayakan projek ini. pd-logologo-finas pkaf

]]>

Sekularisme Pelindung Agama? Bhgn 2

Artikel sebelum ini berhujah bahawa konsep sekularisme bukan semestinya bermaksud menolak agama dan memisahkan kepercayaan terhadap Tuhan daripada institusi negara-bangsa atau kerajaan. Ini mungkin tidak disedari oleh kebanyakan Muslim, tetapi apa yang mungkin lebih menakjubkan adalah bahawa prinsip dan nilai di dalam sekularisme adalah serasi dengan sesetengah prinsip dan nilai utama di dalam Islam. Malah boleh dikatakan Islam sebenarnya mendahului sekularisme dalam menekankan nilai-nilai seperti kebebasan atau freedom, kesamarataan (equality) dan persaudaraan (fraternity). Ketiga-tiga nilai di atas membentuk asas konsep sekularisme yang dicipta di Eropah pada abad ke 17 kata seorang saujana politik Islam dan timur tengah Prof Nader Hashemi di dalam satu forum baru-baru ini. Oleh kerana Islam menekankan nilai-nilai ini di dalam skop kehidupan peribadi dan masyarakat, Muslim zaman dahulu tidak  perlu dengan satu konsep seperti sekularisme. Pada zaman kepimpinan khalifah, masyarakat Muslim tidak perlu kepada sekularisme kerana tiada masalah di antara institusi negara-bangsa dan agama, kata Nader daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat. Ia bukan seperti dinasti Eropah dahulu di mana raja-raja dan ketua agama mazhab Kristian Katolik dan Protestan masing-masing menggunakan institusi agama untuk memperluaskan atau mengekalkan kuasa mereka. “Akan tetapi (pada zaman globalisasi ini) Muslim harus memikirkan tentang sekularisme kerana ia mempunyai asas yang berkait rapat dengan isu keadilan sosial dan politik, dan perjalanan sistem demokrasi,” kata Nader di forum bertajuk “Rethinking Islam and Secularism” di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun sekularisme boleh membantu dalam mengurus masyarakat yang berbilang agama dan hubungan institusi kerajaan dan agama, Nader mengakui konsep tersebut sukar diterima dunia Muslim disebabkan pengalaman pahit mereka dengan kuasa penjajah atau “kolonial”. secularism1 Di Eropah, sekularisme berkembang secara semula jadi di kalangan agamawan dan para pemikir kelas bawahan sebagai satu penentangan terhadap kelas atasan yang memperalatkan agama. Oleh itu ia mendapat sokongan yang besar di kalangan masyarakat akar umbi. Ini berbeza dengan masyarakat Muslim di mana sekularisme ditekan ke atas mereka oleh penjajah Eropah dan sistem itu dikekalkan oleh golongan elit dan diktator tempatan untuk menjaga kepentigan mereka. Pemerintahan Shah Reza Pahlavi di Iran sekitar 1960an ke 70an dan Mustafa Kemal Atartuk (1920an) di Turkey merupakan dua pengalaman paling perit di mana masyarakat Muslim ditindas sekularisme. Misalnya, pada era itu, wanita di Iran dan Turkey dilarang daripada memakai tudung di tempat awam manakala golongan agamawan yang merupakan pemimpin masyarakat disisihkan. Di banyak negara Muslim seperti Malaysia yang menumpaskan penjajah pasca 1960-an, gerakan Islamis yang dahulunya ditekan kembali aktif dan mereka sekarang mendapat sokongan yang besar di dalam arena politik arus perdana. Di sini berlaku paradoks kata pemimpin politik Malaysia terkenal Dr Dzulkefly Ahmad daripada Parti Amanah Negara (Amanah). Dahulu agama ditindas oleh puak sekular tetapi sekarang konsep sekularisme pula mendapat minat di kalangan intelektual di negara Muslim. Ini kerana satu interpretasi Islam yang dibawa oleh pihak berkuasa agama dan Islamis konservatif dilihat sebagai memeras masyarakat, kata Dzulkefly. “Oleh itu ia kelihatan seperti masyarakat Muslim memerlukan sekularisme,” kata Dzulkefly, seorang ahli panel forum tersebut. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa masyarakat Muslim harus kembali kepada konsep sekularisme dahulu yang menindas dan menyisihkan institusi agama, kata beliau. Sesuatu pendekatan alternatif adalah dengan menekankan kembali nilai-nilai Islam yang dikatakan serasi dengan sekularisme iaitu kebebasan (hurriyah), kesamarataan (musawah) dan persaudaraan (ukhuwah insaniah), kata Dzulkefly. Penghayatan nilai-nilai tersebut dapat mengurus hubungan di dalam masyarakat berbilang agama dengan adil dan baik, di samping mengekang manipulasi institusi negara-bangsa dan agama. religion state secular

]]>

Sekularisme Pelindung Agama? Bhgn 1

religion state secular

Imej: Niño Jose Heredia/©Gulf News

Realitinya kata pakar kajian politik Islam dan Timur Tengah Prof Nader Hashemi adalah di seluruh dunia tiada satu definisi atau satu model pemerintah sekular tunggal yang digunapakai di seluruh dunia. Sekularisme seperti di Perancis dan Amerika Syarikat, di mana agama – baik Kristian mahupun Islam – benar-benar disisihkan daripada jentera kerajaan dan institusi awam, hanya adalah satu contoh, kata Nader daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat. “Satu kajian menunjukkan di kalangan negara Kesatuan Eropah (EU), lebih daripada 80 peratus daripada mereka memberi dana kepada sekolah agama,” kata Nader di sebuah forum berjudul “Rethinking Islam and Secularism” di Kuala Lumpur baru-baru ini. Sesetengah negara EU juga memberi dana kepada organisasi agama untuk membina rumah ibadat, kata Nader, dan ini menunjukkan bahawa di dalam negara sekular, hubungan yang rapat di antara institusi agama dan kerajaan dapat dijalinkan. Kepelbagaian model dan definisi negara sekular dan hubungan mereka dengan institusi agama dikaji dengan terperinci di dalam buku Nader bertajuk “Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi Untuk Masyarakat Muslim”. Buku tersebut diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia oleh Islamic Renaissance Front. Di dalam forum tersebut, Nader menjelaskan bahawa agama dan institusi kerajaan atau “the state” bukan musuh di dalam sesebuah negara demokrasi yang sekular, menurut Nader. Musuh sebenarnya kepada pertalian baik antara institusi kerajaan dan agama adalah individu, khususnya ahli politik yang korup atau tokoh agama yang rakus yang mahu memanipulasikan kedua-dua institusi ini untuk kepentingan peribadi. “Apa yang penting adalah membina batasan antara agama dan pemerintah supaya masing-masing tidak mencerobohi ruangan mereka di dalam masyarakat,” kata Nader. Ini supaya institusi agama tidak disalahgunakan oleh ahli politik yang berkuasa bagi menghalalkan kedudukan rejimnya, seperti menggunakan khutbah di masjid untuk mencerca lawan politik atau menjenamakan pentadbiran mereka sebagai warak bagi menutup salah-guna wang rakyat. Ahli institusi agama juga disekat daripada mempengaruhi proses pembuatan dasar dan undang-undang bagi mengelakkan pembuatan dasar yang berat sebelah kepada komuniti agama mereka. Bagi negara-negara seperti Jerman dan Norway, institusi kehakiman juga diperkuatkan supaya ia boleh berfungsi bebas daripada tekanan politik, kata Nader. Nader berkata dengan meletakkan batas-batas tersebut, rakyat akan diyakinkan bahawa pemerintah negara akan berlaku adil, saksama dan memelihara semua agama dan komuniti. Tidak hairanlah mengapa pejuang sekularisme di Eropah pada abad ke-17-an adalah tokoh agama sendiri kerana pada masa itu raja-raja mereka kerap menggunakan agama untuk mengekalkan kuasa, kata Nader. Perang agama yang dikenali sebagai “Perang 30 tahun” di antara mazhab Kristian Protestan dan Katholik di Eropah yang dicetuskan oleh raja-raja mengorbankan berjuta nyawa. Hari ini masyarakat Muslim boleh mempelajari daripada sejarah hitam Eropah itu, terutamanya di dalam keadaan di mana pemimpin-pemimpin mereka sedang mengapikan ketegangan mazhab antara Sunni dan Syiah. Masyarakat Muslim juga harus berhati-hati dengan rejim polilik yang gemar menyalakan api perkauman seperti melabel sesetengah orang “kafir harbi” bagi mengalih perhatian orang ramai daripada salah-guna kuasa dan penyelewengan. Sekularisme bukan bermakna penolakan agama atau memisahkannya daripada kerajaan, tetapi mempertahankan agama daripada dimanipulasi oleh individu. secularism4

Imej: namomantra.files.wordpress.com

]]>

Rakyat UK termakan politik perkauman, di Malaysia bagaimana?

keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun 2016. “Brexit” satu pengajaran kepada rakyat Malaysia – di waktu sesetengah individu mecanangkan konsep kafir harbi – bagaimana momokan perkauman boleh mengkaburi mata dan membawa kepada pemusuhan yang akhirnya memakan diri. Di UK, politikus dan penyokong kempen tinggalkan EU (“Leave”) menggunakan bayangan bahawa berjuta-juta Muslim akan menceroboh dan mengubah lanskap UK untuk menarik sokongan. Tetapi selepas kempen Leave berjaya, momokan tersebut didedahkan sebagai tidak berpijak pada realiti dan tidak dapat ditunaikan. Ini termasuk janji untuk menyekat kemasukkan warga asing ke UK dan penjimatan dana negara itu disalurkan kepada sistem perubatannya. Janji-janji puak pro-Leave entah ke mana tetapi bagi keseluruhan rakyat UK impak pungutan suara (referendum) itu menghempap mereka sejurus keputusan itu diumumkan. Ekonomi UK telah merundum, duit matang-wang “pound” telah jatuh dengan mendadak dan kepimpinan politik di dalam keadaan huru-hara. Persamaan  Cabaran politik dan ekonomi di Malaysia pula tidak kurang serius. Penurunan harga minyak, kelembapan ekonomi dunia dan nilai mata wang yang lemah telah mengakibatkan beribu rakyat hilang kerja dan kenaikan harga barang dan makanan import. Sementara itu tahap rasuah dan korupsi dilaporkan lebih tinggi berbanding dua tahun lepas, manakala hutang daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan bakal dibayar oleh rakyat Malaysia sendiri. Di tengah-tengah semua kemelut ini, tiba-tiba Kerajaan PAS Kelantan mendapat lampu hijau untuk membentangkan rang undang-undang di parlimen yang akan membuka jalan bagi perlaksanaan hukuman hudud di negeri miskin itu. Apabila rang undang-undang itu ditentang, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman telah dengan sewenang-wenangnya melabel pihak-pihak tersebut sebagai “kafir harbi”. Ramai tokoh yang lebih arif daripada saya telah mengulas bagaimana istilah tersebut sudah tidak relevan di dalam era negara berdemokrasi. Apa yang saya ingin katakan adalah seperti permusuhan terhadap migran Muslim di UK di tengah kehangatan kempen Brexit, percubaan untuk menanam bibit permusuhan melalui istilah “kafir harbi” juga tidak berpijak pada realiti. Menurut sarjana Islam Prof Abdullahi An-Naim, semua orang berhak mempersoal usaha melaksanakan hudud di Kelantan kerana undang-undang itu buatan manusia. Ia merupakan hasil interpretasi manusia terhadap Al-Quran dan ilmu pengubalan undang-undang syariah. Realiti-nya sekiranya PAS Kelantan berjaya melaksanakan undang-undang tersebut ia akan memberi impak yang menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia di semua negeri, tidak kira mereka Muslim atau tidak. Sentimen perkauman, keagamaan seperti “ini hal Islam orang lain tak boleh campur” tidak boleh digunakkan untuk menghalang debat dan tindakan sivil berkenaan sesuatu isu yang membabitkan semua pihak. Kalau kita terima konsep kafir harbi dan mula bermusuh sesama kita, kita juga akan buta terhadap masalah-masalah ekonomi, korupsi dan politik yang semakin menekan. Jadi rakyat Malaysia sekarang menghadapi dua pilihan. Samada kita boleh terus menolak momokan perkauman dan mengembalikan perhatian terhadap realiti masalah ekonomi dan politik negara. Atau kita boleh mengikut warga UK yang dipukau momokan perkauman dan membahayakan masa depan anak-anak mereka. Kini, bukan sahaja ekonomi UK yang berada di dalam keadaan getir. Serangan terhadap warga UK yang bukan kulit putih dan daripada Eropah di negara itu sudah pun meningkat susulan “Brexit”.

Gambar dari Mail Online UK

]]>