CCM bimbang akan penangkapan aktivis-aktivis Malaysia dan pemimpin-pemimpin pembangkang Majlis Gereja-gereja Malaysia (Council of Churches Malaysia / CCM) berasa amat bimbang akan kejadian penangkapan dan tangkapan semula para aktivis Malaysia dan pemimpin pembangkang yang berlaku sejak minggu lepas. Ia merupakan satu perkembangan yang merisaukan yang sudah lama tidak berlaku dalam negara kita semenjak beberapa dekad dahulu. Penyuaraan perasaan tidak puas hati atau perbezaan pendapat merupakan unsur asas bagi proses demokrasi dalam sesebuah pemerintahan yang demokratik. Rakyat mempunyai hak-hak asasi untuk mengadakan demonstrasi awam bagi menyuarakan ketidaksetujuan mereka, selagi ia tiada perbuatan atau panggilan untuk melakukan keganasan. Adalah amat salah untuk sesiapa menganggap bahawa luahan bantahan yang ditujukan terhadap pihak berkuasa sama dengan sentimen anarki dan keganasan. Menteri Dalam Negeri dan pihak polis perlulah lebih berhati-hati dalam hubungan mereka dengan para aktivis, terutama bagi sebuah kerajaan yang menganggap ia mengamalkan demokrasi matang. CCM berdoa untuk kesejahteraan para aktivis yang ditangkap pihak berkuasa hanya kerana mereka menyuarakan pendapat tidak setuju dan mengadakan protes aman. CCM juga berdoa supaya kuasa yang dimandatkan kepada kerajaan Malaysia akan ditegakkan dengan keadilan, kesabaran dan nilai – nilai insaniah terhadap semua rakyat Malaysia. ditandatangani oleh: BISHOP PHILIP LOK OI PENG Pengerusi REV. DR. HERMEN SHASTRI Setiausaha Agung 29th Mei 2013
]]>Apa lagi penulis Melayu mahu?
Dana RM2 juta. Janji ditepati atau dicapati?[/caption]
Berbalik pada dana khas itu, sama ada saya masih layak memohon dan sama ada permohonan saya akan dipertimbangkan adalah persoalan lain. Apa yang jauh lebih penting – serta menjadi cabaran kepada DBP – adalah dalam memastikan peruntukan yang dijanjikan oleh “kerajaan sementara” itu benar-benar masuk ke akaun DBP. Bak kata peribahasa Tamil, apa yang ada di dalam periuk, itulah nanti yang dapat dicedok dengan senduk.
Pemberian dana khas oleh kerajaan bukanlah sesuatu yang baru. Pada tahun 2012, kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) untuk menerbitkan buku karya sasterawan tempatan (Utusan Malaysia, 21 April 2013).
Saya teringat akan keluhan Ahmad J Husein (Suara Pakatan Daily, 19 Januari 2011) bahawa Pena serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) “tidak pernah mempedulikan nasib malang para penulis”. Penulis itu turut tertanya-tanya mengapa kerajaan “memberikan dana penerbitan bernilai jutaan ringgit kepada para penerbit untuk menerbitkan karya para penulis tanah air.”
Bantuan dana oleh PNM, DBP
Ahmad lebih bersetuju jika peruntukan khas disalurkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai dana pembelian buku-buku secara langsung daripada para penulis. Saya juga amat bersetuju kerana itulah tujuan sebenar dana berkenaan diperuntukkan oleh kerajaan.
Namun, untuk berlaku adil, sesungguhnya PNM pernah membuka peluang kepada penulis tempatan memohon modal untuk memulakan penerbitan daripada Dana Penulis berjumlah RM2 juta yang disediakan.
Bernama (23 April 2011) memetik Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar sebagai berkata bahawa dana itu diberikan kepada penulis yang menghasilkan (menerbitkan sendiri) karyanya seratus peratus. Penulis yang layak akan menerima RM25,000 dan PNM akan membeli serta mengedarkan buku tersebut kepada perpustakaan desa di seluruh negara.
Dana Penulis yang diusahakan oleh PNM memang sangat membantu golongan penulis. Saya turut pernah berpeluang menikmatinya. Malah, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) membantu penulis lain seperti Lim Swee Tin dan Selina SF Lee mendapatkan dana itu memandangkan mereka “tidak mendapat maklumat” daripada persatuan penulis tertentu.
Berbalik pada sumbangan RM2 juta yang diumumkan oleh Muhyiddin pada 15 April 2013, Aznan Bakar menyatakan harapan bahawa DBP yang diberi tanggungjawab dan amanah itu akan memastikan dana berkenaan sampai kepada golongan sasar (Utusan Malaysia, 19 April 2013).
Kebimbangan ini memang berasas tetapi saya amat yakin (seratus peratus) bahawa Ketua Pengarah DBP, Awang Sariyan akan memastikan sendiri bahawa tidak ada sebarang ketirisan berlaku. Malah, saya yakin bahawa penilaian akan dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap permohonan yang diterima daripada penulis dan persatuan penulis yang layak.
Apa yang lebih membimbangkan saya adalah sama ada dana RM2 juta itu akan benar-benar diluluskan sepenuhnya oleh kerajaan dan benar-benar disalurkan sepenuhnya kepada DBP. Mungkinkah nasib dialami “Penulis Tamil” turut terpaksa ditanggung “Penulis Melayu”?
Dan jika perkara malang seperti itu berlaku, apakah Gapena dan Pena akan berdiam diri? Apakah Ketua Satu Gapena, Abdul Latif Abu Bakar akan berkata, “Hal-hal berkaitan sastera dan penulisan, kita (Gapena) tiada masalah dengan kerajaan. Kita anggap apa-apa yang kerajaan buat semuanya betul, ikut saluran” seperti pernah dinyatakan dalam suatu isu lain (“Gapena sokong haram buku, akta kekang penulis,” Malaysiakini, 19 Julai 2012)?
Umum mengetahui bahawa pelantikan semula Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi penggal kedua pada 15 Mei 2013 dilihat oleh politikus dan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai “hadiah paling bermakna” memandangkan beliau menyambut ulang tahun kelahiran ke-66 pada tarikh sama.
Cuma, saya berharap Muhyiddin tidak lupa tentang dana RM2 juta yang diumumkannya tepat sebulan sebelum itu (15 April 2013) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dalam usaha memancing sokongan golongan penulis menjelang PRU-13. Maklumlah, seperti kata Mahathir Mohamad, “Melayu mudah lupa”.
Menurut sumber dalaman DBP, peruntukan dana khas RM2 juta itu adalah bagi melaksanakan lima inisiatif ke arah pembinaan bakat dan kemahiran penulis pelbagai kaum di negara ini yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.
Hanya ada empat penulis kaum India?
Pertama, memberi sumbangan RM10,000 kepada setiap persatuan penulis bagi membiayai program pembudayaan bahasa dan sastera. Kedua, bantuan khas RM5,000 bagi penulis yang berminat menerbitkan dan memasarkan sendiri karya mereka. Ketiga, menampung kos bagi penulis menjalani program latihan di luar negara.
(Seorang penulis wanita tersohor dilaporkan membuat kenyataan bahawa para penulis novel-novel Fixi terbitan Amir Muhammad tidak layak memohon. Mungkin penulis wanita itu mahu membolot semua wang untuk pergi mengembara ke seluruh pelosok dunia.)
[caption id="attachment_2046" align="alignnone" width="300"]
Khabarnya hanya empat penulis kaum India konsisten berkarya.[/caption]
Keempat, bagi membeli dan membekalkan buku sastera ke perpustakaan sekolah dan institut pendidikan guru. Kelima, menjadikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia sebagai acara tahunan. Terbukti bukan kesemua lima inisiatif itu “cadangan baru” sebaliknya gabungan baru dan lama. Sekadar penjenamaan semula.
Apabila bercakap mengenai penulis yang menghasilkan karya bahasa kebangsaan, tentulah bukan hanya terhad kepada “Penulis Melayu”. Dalam akhbar Mingguan Malaysia (26 Mei 2013) dinyatakan bahawa terdapat 87 penulis “Bukan Melayu” yang menyuburkan persuratan kebangsaan pada dekad 1990-an.
Dinyatakan bahawa jumlah itu “menurun kepada 63 pada tahun 2000 dan merudum kepada 23 orang pada tahun 2012”. Khabarnya hanya ada empat penulis kaum India yang masih berkarya secara konsisten sehingga kini dalam menghasilkan karya Bahasa Malaysia.
Walaupun Kavyan ditunjangi penulis dan peminat sastera Bahasa Malaysia, kami tidak berminat membahagikan kelompok penulis mengikut kategori kaum. Sambil menolak perkauman, kami meraikan kepelbagaian. Aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kavyan terbuka kepada peserta pelbagai kaum.
Walau bagaimanapun, berbekalkan pengalaman sejak diasaskan pada Ogos 1999, Kavyan bersedia membantu DBP (atau mana-mana pihak) dalam usaha mengasah dan membimbing kelompok penulis baru pelbagai kaum. Apatah lagi jika kerajaan memang ikhlas dalam menyalurkan dana seperti diumumkan oleh Muhyiddin.
Bernama, Berita Harian dan Malaysiakini (29 April 2013) memetik Najib sebagai berkata, “dalam menghadapi fenomena localisation dengan setiap etnik mahu mengekalkan jati diri dan identiti masing-masing, masyarakat India tidak terkecuali dalam usaha untuk memelihara warisan dan budaya mereka.”
Pandangan itu dinyatakan khusus mengenai “Penulis Tamil” tetapi saya percaya bahawa Najib, Muhyiddin, kerajaan, PNM dan DBP sedar bahawa bukan hanya “Penulis Tamil” menulis mengenai budaya kaum India dalam karya sastera. Sebaliknya, wujud juga kelompok penulis kaum India – Sasterawan Kavyan – yang menulis karya asli Bahasa Malaysia mengenai budaya kaum India di negara ini.
[caption id="attachment_2045" align="alignnone" width="300"]
Najib dengan “Penulis Tamil”, Muhyiddin dengan “Penulis Melayu”.[/caption]
Hasil “Bengkel Penulisan Makalah Budaya” anjuran Kavyan dan DBP pada 19 Mei 2012, misalnya, lahir penulis seperti Kughan Nadarajah dan Thiruselvam Padmanabhan yang karya mereka tersiar dalam majalah Dewan Budaya dan Dewan Kosmik.
Memang wujud puak anti-Uthaya dan anti-Kavyan yang sanggup melakukan apa sahaja (termasuk dosa besar) untuk menghalang usaha kami. Sama ada menerima bantuan atau tidak, Kavyan akan meneruskan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya dengan semangat “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia”.
Pesta Rakyat dan Demokrasi Radikal
Aku bermimpi main seruling, hadapan bunga di tepi kolam. Biarkan nasib aku terguling, asalkan bangsa tidak tenggelam. Barisan Nasional merupakan satu-satunya parti yang sentiasa menang dalam setiap pilihan raya umum sejak 1950-an. Sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun di Malaysia, perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan ternyata memberi kelebihan kepada orang Melayu umumnya dan UMNO khususnya. Sistem pemerintahan begini telah berjaya memelihara “kemakmuran dan keamanan” sejak merdeka lagi dalam arti kita masih punya hak untuk bernafas. Menurut mereka, sebagai manusia, kita hanya perlu hak itu dan bukan yang lain – hak berhimpun, hak bersuara, semuanya hanya setakat formaliti dalam Perlembagaan Persekutuan (yang juga menjadi instrumen kepada penguasa). Tidak cukup dengan itu, dengan memakai nama demokrasi, disekatnya kemerdekaan akhbar dan menyuburkan surat layang yang luar biasa banyaknya dalam PRU-PRU lepas. Namun, sama ada demokrasi yang dilaksanakan di negara ini berjaya memilih wakil rakyat yang selayaknya itu hal kedua menurut mereka, janji ia menurut semangat demokrasi yang kelihatannya mementingkan “means” berbanding “ends”. Sehinggalah baru-baru ini, “demokrasi peti undi” tidak lagi mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Lalu, dibuatlah perhimpunan sebagai satu lagi alternatif untuk meluahkan rasa hati (dipanggillah sebagai “perhimpunan aman” mungkin kerana tidak mahu menyinggung susila masyarakat Timur). Perhimpunan yang dibawa ke serata negeri kali ini berhujung dengan Pesta Rakyat di Amcorp Mall Petaling Jaya pada hari Sabtu dan Ahad. Berlainan dengan perhimpunan-perhimpunan yang lepas, ia tidak disertai dengan kehadiran FRU yang serba lengkap dengan gas canister. Maka tidak kedapatanlah gerai-gerai yang mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit maupun kerosakan harta benda awam – menurut Buletin Utama TV3. Pesta Rakyat kali ini dapatlah kiranya diumpamakan seperti perayaan – mungkin merayakan undi popular. Sudah pasti pesta ini berbeza sekali dengan perhimpunan Belia di Putrajaya anjuran kerajaan BN. Perhimpunan itu dirasmikan DS Najib Razak pada hari yang sama. Anak muda sekali lagi diberi gula-gula getah untuk terus bersikap apati dalam urus tadbir negara. Ini membezakannya dengan Pesta Rakyat yang bukan dipaksakan dan dihadiri kurang lebih 50 ribu rakyat. Hal ini amat bertepatan dengan apa yang dikata Douglas Lummis: “Democracy doesn’t mean feeling powerful. It means holding real power. Radical democracy describes the adventure of human beings creating with their own hands, the conditions for their freedom. It is not a kind of government, but an end of government; not a historically existing institution but a historical project.” Beliau menekankan bahawa demokrasi bukanlah setakat procedural – yang membezakannya dengan diktum terkenal Abraham Lincoln. “Kerajaan” bagi Lincoln ialah struktur yang dibentuk untuk memperkasa rakyat sedangkan demokrasi seharusnya menjadikan rakyat itu sendiri harus berkuasa. Ini jelas menunjukkan melaung dan memahami demokrasi adalah dua perkara berbeza. Demokrasi sesuai dengan namanya mesti mahu dipraktikkan bermula dari rakyat bukan dari penguasa. Jika sebaliknya berlaku, iaitu aliran kuasa atas-bawah, maka mungkin hanya beberapa orang Malaysia sahaja yang berhasil membebaskan diri daripada segala macam belenggu yang dipasung pada dada dan pemikiran mereka sejak setengah abad ini. Demokrasi tidak harus mengikut jejak feudalisme dan tirani penguasa. Jadi cita-cita besar kita bukanlah mengembalikan kerajaan yang dirampas daripada kita tetapi mengembalikan akar demokratia.
]]>Selamat datang ke Jinjang
working class berbangsa Cina. Pernah dengar istilah ‘Cina Jinjang’? Istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang Cina ‘totok’ yang kasar dan yang selalunya tidak berpelajaran tinggi. Jinjang juga seringkali menjadi bualan sebagai rough neighbourhood. Tidak banyak yang menjadi tarikan di Jinjang. Dan sekiranya anda tidak tinggal di Jinjang atau mempunyai saudara atau kenalan di Jinjang, tidak ada sebab untuk anda masuk ke Jinjang. Kecuali, anda mempunyai urusan di Pusat Tahanan Reman di Jinjang Utara. Yang merupakan sebuah kompleks yang dijadikan pusat bagi menempatkan mereka yang ditahan reman bagi proses siasatan jenayah. Lokasi kompleks ini menyebabkan Jinjang kadangkala menjadi lokasi tumpuan perkembangan politik tanahair. Contohnya, semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada tahun 2011, mereka yang ditahan ada dibawa ke Jinjang sebelum dilepaskan. Akhir-akhir ini pula, Jinjang sekali lagi menjadi perhatian apabila aktivis mahasiswa, Adam Adli, ditahan reman dan ditempatkan di sana sebelum didakwa. Kemudian, Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim juga ditahan semalaman di Jinjang sebelum dibebaskan oleh Mahkamah keesokan harinya. Maka warga Malaysia pun datanglah ke Jinjang, menyalakan lilin sebagai tanda solidariti dengan Adam Adli, dan kemudiannya dengan Tian Chua, Tamrin dan Haris. Nyalaan lilin menjadi simbol protes dan desakan supaya mereka dibebaskan, diserikan dengan ucapan dan sorakan daripada mereka yang hadir. Seperti Kuala Kangsar, seperti Dataran Merdeka, seperti Stadium Kelana Jaya, Jinjang menjadi lokasi pilihan bagi mereka yang meraikan demokrasi. Bayangkan, tiap-tiap malam pada minggu lepas: Jinjang sesak. Jinjang kecoh. Jinjang bising. Malahan, ada satu malam Jinjang menyaksikan adegan kejar-mengejar dan tangkap-menangkap di antara polis dan para penyala lilin. Jika ini kawasan kelas menengah di mana-mana lokasi lain di Lembah Kelang, mungkin sekali aduan akan dibuat pada malam yang kedua. Pada malam yang ketiga, ada yang akan merungut bagaimana hidup mereka diganggu kerana perhimpunan yang diadakan setiap malam. Sesak jalan. Bising. Kecoh. Kotor. Revolusi pun revolusi juga, tetapi tidur dan tenteram itu harus. Tetapi ini Jinjang. Jinjang menerima para demonstran dan penyala lilin dengan tangan terbuka. Mereka yang datang akan dimaklumkan oleh warga Jinjang sendiri di mana tapak vigil pada malam itu. Malahan, penduduk Jinjang sendiri adalah antara mereka yang pertama akan berkumpul di tapak, sebelum orang luar berkumpul. Ceramah berlangsung dengan menggunakan pembesar suara yang pasti didengari oleh penduduk setempat. Tetapi tidak ada aduan dan tidak ada rungutan. Malahan, penduduk Jinjang sendiri membarisi balkoni-balkoni yang berdekatan untuk mendengar apa yang disampaikan. Tidak lupa juga mereka yang memanjat pagar demi sudut pandangan yang terbaik. Dan semasa pihak polis mengejar dan membuat tangkapan ke atas para penyala lilin, penduduk Jinjang telah membuka pintu rumah dan kedai mereka dan menerima para penyala lilin yang melarikan diri daripada polis yang sedang mengejar, tanpa mengira bangsa para penyala lilin. Padahal, untuk hampir kesemua hari, para penyala lilin di hadapan Pusat Tahanan Jinjang berkumpul demi seorang mahasiswa muda berbangsa Melayu. Jika diikut retorik etno-nasionalis pasca pilihanraya umum ke-13, orang Cina telah mengkhianati orang Melayu dengan mengundi parti-parti Pakatan Rakyat. Orang Cina didakwa bersifat perkauman dan mempunyai agenda perkauman dalam pola pengundian mereka. Tetapi, mengapakah di Jinjang, mungkin sekali tempat paling ‘Cina’ di Malaysia, mereka memberikan sokongan kepada seorang mahasiswa Melayu yang tidak ada kena mengena dengan mereka? Jika orang Cina telah mengkhianati Melayu, mengapa setiakawan begitu terserlah di Jinjang? Bapa Adam Adli, pada hari anaknya dibebaskan dengan ikat jamin, telah datang sekali lagi ke Jinjang. Dia berterima kasih kepada penyokong anaknya dan kepada Jinjang, kerana telah menjadikan anaknya sebagai anak mereka sendiri melalui sokongan yang diberikan. Mereka yang percaya dengan retorik ‘pengkhianatan Cina’ ini sebenarnya sudah terputus dengan realiti akar umbi. Realitinya, ceramah-ceramah dan program-program anti-kerajaan mendapat sambutan warga Malaysia dari seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya yang berbangsa Cina. Realitinya, keputusan PRU ke-13 adalah tsunami bandar, tsunami kelas menengah dan tsunami orang muda, bukan tsunami Cina. Realitinya, semakin hebat tekanan yang dikenakan oleh pihak pemerintah, semakin utuh jalinan perpaduan. Realitinya Adam Adli bukan lagi seorang Melayu, tetapi seorang anak Malaysia yang diperlakukan dengan tidak adil. Dan apa yang berlaku di Jinjang selama minggu lepas adalah contoh terbaik realiti baru ini. Putrajaya patut belajar daripada Jinjang tentang perpaduan nasional.
]]>