Projek Dialog

Kristianisasi? Cuak Doh!

Jalanan-LOGO-02-300x166

Episod minggu ini menyingkap fobia yang sedang melanda masyarakat Muslim Malaysia dewasa ini, iaitu Kristianisasi dan penggunaan Bahasa Melayu dalam agama Kristian. Perbincangan ini bertujuan membuka pintu dialog tentang keperluan memahami Kristianofobia dan mengapa ia berlaku dan siapa yang menjadi dalang perpecahan masyarakat. Bersama kita kali ini ialah Calvin Ohsey (Catholic Varsity Student, Shah Alam), Mable Leong (penganut Kristian yang aktif dalam komuniti Kristian Petaling Jaya) dan Erlinda Cloudie Joseph (Mahasiswa Katolik dan juga aktivis SALT, Shah Alam). Mewarnai perbincangan ini ialah antara lagu protes popular di Malaysia, “Nanyi Lagu Pembebasan” oleh Sanggar Satu Bumi. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. ]]>

Pengharaman penggunaan “Allah”: Perdebatan teologi dan hegemoni ideologi

Ng Kam Weng Pengharaman Penggunaan “Allah”: Perdebatan Teologi dan Hegemoni Ideologi Tujuan makalah ini adalah untuk membantu umat Kristian 1) memahami trajektori sejarah pertikaian tentang perkataan Allah, 2) mengenal pasti sumber-sumber sejarah, linguistik dan teologi yang menjadi alasan bagi penggunaan sah akan perkataan itu oleh umat Kristian, 3) mematahkan hujah-hujah tidak berasas yang dikemukakan oleh cendekiawan Muslim yang menuntut monopoli Muslim dalam penggunaan perkataan Allah dan 4) memahami bagaimana konsep bahasa suci menyebabkan orang bukan-Muslim tidak dibenarkan daripada menggunakan perkataan Allah. Trajektori Sejarah tentang Cubaan Melarang Penggunaan ‘Allah’ dan Beberapa Perkataan yang Berkaitan Keputusan Kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk melarang orang bukan-Muslim daripada menggunakan perkataan ‘Allah’ bukan suatu keputusan ad-hoc (tanpa perancangan). Keputusan itu menyusul satu siri gerakan oleh pihak berkuasa untuk menguatkuasakan dengan berterusan polisi yang membatasi kebebasan orang Kristian. Perkara ini jelas jika kita melihat perkara ini daripada sudut pandangan sejarah yang lebih luas. Permulaan krisis ini berlaku pada tahun 1980-an apabila para pemimpin Gereja menerima arahan daripada Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri (Bahagian Kawalan Penerbitan) yang menyatakan bahawa perkataan berikut (senarai dalam kolum pertama) tidak boleh digunakan di dalam Alkitab. Pihak berkuasa juga mencadangkan agar Gereja menggunakan perkataan lain (kolum kedua) untuk menggantikan perkataan larangan. Perkataan Larangan // Perkataan Alternatif

Al-Kitab // BaibelAllah // TuhanFirman // BerkataRasul // UtusanIman // Percaya Ibadah // Amalan Injil // BaibelWahyu // RevelasiNabi // PropetSyukur // Terima KasihSolat // Sembahyang Doa // Memohon
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharum, baru-baru ini mengisytiharkan bahawa hanya orang Islam boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk menggambarkan Allah yang disembah oleh mereka. Dia dilaporkan berkata, “Perkataan ‘Allah’hanya boleh digunakan dalam konteks Islam dan bukan mana-mana agama lain… Hanya orang Muslim boleh menggunakan ‘Allah’. Ia adalah perkataan Muslim. Ia daripada (bahasa) Arab. Kita tidak boleh membenarkan agama lain menggunakannya kerana ia akan membingungkan orang.” Pengisytiharan itu boleh dipersoalkan atas sebab-sebab berikut: 1) Premisnya dan dengan itu, lojiknya salah kerana Allah (dan nama-nama tuhan yang seasal/kognat dalam bahasa-bahasa Semitik) telah digunakan sebelum kewujudan Islam, 2) ia tidak menghiraukan hakikat sejarah bahawa perkataan Allah telah digunakan oleh umat Kristian Arab/Melayu selama berabad-abad, 3) umat Kristian mempunyai hak untuk menggunakan perkataan itu kerana ia wajar secara semantik. 1)      Lojik yang Salah Lojik  Timbalan Menteri mungkin boleh diterangkan seperti berikut: (1)   Jika x adalah bahasa Arab maka x milik Islam (2)   x = ‘Allah’ adalah bahasa Arab (3)   Oleh itu ‘Allah’ adalah milik Islam. Penggunaan ‘Allah’ sebelum Islam Masalah dengan pemikiran ini adalah premisnya yang salah (1) Lojik yang dijelaskan di atas tidak boleh diterapkan kepada istilah linguistik yang digunakan di Arabia pada zaman pra- Islam. Terutamanya, istilah ‘Allah’ yang menjadi istilah umum untuk merujuk kepada Allah yang maha agung lama sebelum Islam wujud. Bukti bagi perkara ini disokong oleh banyak karya rujukan yang berwibawa termasuklah yang berikut: “Bahawa orang Arab, sebelum zaman Muhammad, menerima dan beribadah, mengikut suatu cara, tuhan yang maha agung yang disebut Allah – “ilah” jika bentuknya berasal daripada bahasa Arab sejati; jika berasal daripada bahasa Aramia, daripada alaha  – nampaknya pasti mutlak” (Shorter Encyclopedia of Islam, ed., H. A. R. Gibb & J. H. Kramer, p. 33). “Kultus suatu tuhan yang hanya disebut “al-ilah” dikenali di seluruh selatan Siria dan utara Arabia pada zaman sebelum Islam… Nampaknya ia sama-sama pasti bahawa Allah bukan hanya tuhan di Mekah tetapi dianggap sebagai “allah yang tinggi,” ketua dan kepala dewa-dewa Mekah,… Oleh itu, Allah bukan tuhan yang tidak dikenali atau tidak penting kepada Quraysh ketika Muhammad mula mengkhutbahkan ibadahnya di Mekah” (The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L., Esposito, p. 76-77). Daripada pemerhatian sejarah ini, saya dapat mengemukakan hujah berikut: 1)      Pengguna yang lebih awal mempunyai hak lebih untuk menggunakan sesuatu perkataan berbanding pengguna yang kemudian 2)      Umat Kristian menggunakan perkataan allah (dalam dialek-dialek serumpun Semitik) sebelum orang Islam 3)      Kesimpulan: Orang Kristian mempunyai hak lebih untuk menggunakan perkataan allah berbanding orang Muslim. Tinjauan awal tentang bukti sejarah  menunjukkan bahawa bahasa Arab Quran adalah sebahagian daripada bahasa dan sastera di Timur Tengah pada waktu itu. Lagipun, tidak boleh dipertikaikan bahawa ‘Allah’ digunakan secara meluas oleh semua monoteis pada zaman pra-Islam di Arabia. Dengan itu premis  – (1)   Jika x bahasa Arab maka x milik Islam adalah salah terutama jika x (istilah Arab untuk ‘Allah’) adalah kegunaan bersama sebelum Islam. Secara ringkas, ini merupakan salah anggapan untuk menyimpulkan bahawa ‘Allah’ adalah milik Islam semata-mata hanya kerana ia dalam bahasa Arab. Memang Quran sendiri meminjam istilah-istilah agama daripada bahasa-bahasa kognat Semitik. Perkara ini jelas kelihatan dalam fenomena kata-kata pinjaman dalam Quran. Kata-kata Pinjaman dalam Al-Quran Praandaian yang utama dan dipertikaikan dalam perbalahan masa sekarang berkaitan dengan penggunaan “Allah” adalah sama ada terdapat kata-kata yang ditakrifkan oleh satu sistem linguistik yang sangat eksklusif sehingga penggunaannya adalah untuk sistem linguistik itu semata-mata. Ternyata bahawa tiada bahasa yang murni yang dapat mengandaikan suatu masyarakat linguistik yang tertutup dan mampu diri, yang kedap daripada interaksi dengan masyarakat linguistik di sekeliling – sesuatu yang mustahil berdasarkan sejarah. Sebenarnya, bahasa Arab wujud bersama dan berinteraksi secara dinamik dengan bahasa-bahasa serumpun/kognat Semitik yang lain seperti Nabatea, Ibrani dan Aramia (Siria) dalam sejarah awalnya. Fenomena kata-kata pinjaman dalam (Quran) bahasa Arab dapat ditunjukkan untuk membuktikan hal ini. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Encyclopedia of the Quran, Sejak zaman terawal Islam sehingga hari ini, pembaca yang memberikan perhatian penuh telah memerhati bahawa terdapat kata-kata dalam Quran yang nampaknya tidak berasal daripada bahasa Arab. Pemerhatian seperti itu, yang dirangsang oleh faktor-faktor yang berlainan, telah menjadi punca kontroversi, perbincangan dan kajian meluas dalam kesarjanaan Muslim tradisional dan Euro-Amerika.[1] Satu kajian yang membantu dalam fenomena ini adalah buku Arthur Jeffrey, The Foreign Vocabulary of the Quran (Cairo. Oriental Institute Baroda, 1938). Arthur Jeffrey menulis dalam pendahuluannya, Kajian yang lebih dekat tentang perkara itu [kata-kata asing dalam Quran] menyatakan persamaan yang lebih luas dan terperinci berbanding apa yang kelihatan pada permukaan, dan memberikan keyakinan bahawa bukan sahaja sebahagian besar kosa kata keagamaan, tetapi juga kebanyakan kosa kata kebudayaan Quran yang tidak berasal daripada bahasa Arab… Dengan menjejaki kata-kata ini kembali kepada punca, kita dapat menganggarkan setakat mana pengaruh yang menguasai Muhammad pada beberapa waktu yang berlainan dalam Misinya, dan dengan mengkaji istilah-istilah agama ini dalam sastera asal yang sezaman dengan Muhammad, kadang-kadang kita boleh memahami dengan lebih tepat apa yang dia sendiri maksudkan dengan istilah-istilah yang digunakannya dalam Qur’an.[2] Pendahuluan Arthur Jeffrey itu disusuli oleh perbincangan yang sangat luas (dari mukasurat 43 – 297) tentang kata-kata pinjaman dalam Quran: Sedikit contoh kata-kata pinjaman ini termasuklah zakat, salat, jizyah, hikma, taba, shakina, malik, malak, miskat, masjid, miskin, nabi, wahyu, falak dsb. Allah dan Istilah Semitik yang Lain untuk Allah Perkataan Allah berasal daripada dua perkataan: al, dan ilah. Al adalah artikel pasti, dan ilah bererti kuat, dewa. Dalam bahasa-bahasa Semitik, perkataan ini merujuk kepada suatu kuasa yang di luar jangkauan manusia, suatu kuasa yang dimiliki oleh dewa-dewa. Pada zaman pra-Islam pun, al-ilah telah digabungkan menjadi Allah. Dalam agama orang Arab pada zaman pra-Islam, perkataan itu digunakan untuk melambangkan  dewa yang tertinggi antara dewa-dewa lain yang masing-masing mempunyai nama. Tetapi perkataan Allah itu sendiri bukan nama, sebagaimana diterangkan nanti. Oleh itu, perkataan Allah sudah digunakan sebelum ketibaan Islam, iaitu pada waktu yang disebut ‘zaman jahiliyyah’ atau masa politeisme. Perkataan itu bukan ciptaan orang Muslim dan kewujudannya tidak bermula dengan Al-qur’an Al-karim. Daripada sudut pandangan linguistik, ia adalah perkataan Arab biasa yang tidak mempunyai hubungan khusus dengan agama tertentu. Dari sudut etimologi dan semantik, perkataan ini juga terdapat dalam bahasa-bahasa Semitik yang lain seperti bahasa Assyria dan Babilonia, dan juga bahasa Fenisia Ugarit. Ia juga terdapat dalam bahasa Ibrani, Siria dan Aramia yang digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak abad ke-5 SM, sehingga masa pengembangan Islam dan penyebaran bahasa Arab pada abad ke-7 TM. Akar kata bagi perkataan ini dalam bahasa-bahasa tersebut terdiri daripada dua konsonan: alif dan lam (‘l); sebutan bagi seluruh perkataan dengan vokalnya bergantung pada fonetik setiap bahasa, misalnya, ‘el dalam Ibrani, dan ‘il dalam Arab. Leksikon standard dan karya rujukan mengesahkan pemerhatian di atas bahawa ‘Allah’ telah digunakan dengan meluas antara orang Arab pada zaman pra-Islam. Bahawa orang Arab, sebelum zaman Muhammad, menerima dan beribadah, mengikut suatu cara, tuhan yang maha agung yang disebut Allah – “ilah” jika bentuknya berasal daripada bahasa Arab sejati; jika berasal daripada bahasa Aramia, daripada alaha  – nampaknya pasti mutlak.[3] Kultus suatu tuhan yang hanya disebut “al-ilah” dikenali di seluruh selatan Siria dan utara Arabia pada zaman sebelum Islam… Nampaknya ia sama-sama pasti bahawa Allah bukan hanya tuhan di Mekah tetapi dianggap sebagai “allah yang tinggi,” ketua dan kepala dewa-dewa Mekah,… Oleh itu, Allah bukan tuhan yang tidak dikenali atau tidak penting kepada Quraysh ketika Muhammad mula mengkhutbahkan ibadahnya di Mekah.[4] Seorang sarjana Jepun Toshihiko Izutsu menyatakan bahawa nama Allah telah dikenali antara orang Arab kafir dan Islam dan itulah sebabnya perkara ini mencetuskan perdebatan yang sengit antara Muhamad dan penentangnya. Begitu juga Muhammad berkata-kata kepada penentangnya dalam nama Allah tanpa menghiraukan keperluan untuk menerangkan erti nama itu kerana kedua-dua pihak mempunyai pengertian yang sama tentang Allah sebagai merujuk kepada Allah yang maha tinggi.[5] Yang terakhir, saya mengambil petikan daripada Kenneth Thomas, “Allah in translations of the Bible.”[6] Perhatikan bahawa Bible Translator adalah jurnal rasmi United Bible Society, dan tanpa dipertikai lagi badan inilah yang paling berwibawa di dunia terhadap hal-hal berkaitan dengan terjemahan Alkitab. “… orang Arab menggunakan perkataan Allah untuk tuhan yang tertinggi sebelum zaman Muhammad. Inskripsi Allah telah ditemui di Utara dan Selatan Arabia seawal abad kelima SM. Umat Kristian telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman pra-Islam, dan Allah telah digunakan dengan terus-menerus dalam terjemahan Alkitab bahasa Arab sejak versi terawal yang diketahui pada abad kelapan sehingga hari ini. Satu terjemahan Perjanjian Baru dalam bahasa Arab yang menggunakan perkataan itu kemungkinan sekali wujud sebelum Islam.”[7] Dengan keterangan daripada interaksi sejarah yang tidak dapat dinafikan serta peminjaman istilah antara bahasa, kesimpulan dapat diambil bahawa dakwaan yang menyatakan Islam boleh menguasai beberapa istilah agama tidak dapat diwajarkan, dan hal itu tidak munasabah. Apa yang dipinjam pada mulanya tidak boleh dikatakan hak cipta sendiri. Penggunaan Kristian akan perkataan Allah berdasarkan Penggunaan Bersejarah selama Berabad-abad Kita perhatikan fakta bersejarah berikut yang tidak dapat dinafikan: 1)      Allah adalah padanan bahasa Arab bagi nama-nama Allah bahasa Ibrani di dalam Perjanjian Lama: El, Elohim, Eloah di dalam Perjanjian Lama Ibrani. Oleh itu, orang Kristian yang menggunakan bahasa-bahasa Semitik (Nabatea, Siria, Arab) meminjam nama-nama tuhan ini untuk memanggil Allah lama sebelum kedatangan Islam. Maksudnya, penggunaan Kristian akan nama Allah adalah lebih lama daripada Islam sendiri. 2)      Allah ialah perkataan yang digunakan untuk Allah dalam semua versi Alkitab Arab bermula daripada Alkitab Arab lama hingga Alkitab Arab moden (Versi Arab Masa Kini). 3)      Umat Kristian di negara-negara di seluruh Timur Tengah (orang Arab) – dari Morocco sampai ke India (orang India) sampai ke Indonesia (Melayu) berkongsi warisan linguistik yang sama apabila mereka terus menggunakan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Allah. 4)      Dari segi sejarah, amatlah bermakna dan penting bahawa penggunaan perkataan Allah melambangkan tradisi sejarah yang tidak pernah putus sejak permulaan kekristianan dalam bahasa Melayu – seperti yang dibuktikan oleh edisi Alkitab bercetak: edisi bercetak Injil Matius dalam bahasa Melayu (A. C. Ruyl, 1629), dua Alkitab Melayu lengkap (M. Leijdecker, 1733 dan H. C. Klinkert, 1879. Penggunaan Allah pada hari ini disokong secara rasmi oleh Gereja-gereja tempatan dan Pertubuhan Bible nasional. Lembaga Alkitab Indonesia (LAI) mengambil kesimpulan: Seperti yang jelas kelihatan daripada contoh-contoh di atas, istilah “Allah”, yang hanya baru-baru ini dipertikaikan oleh sebahagian masyarakat Kristian, telah digunakan selama beratus-ratus tahun dalam terjemahan Alkitab yang telah diedarkan di seluruh kepulauan. Singkatnya, apabila mereka terus menggunakan istilah “Allah”, kumpulan penterjemah daripada Lembaga Alkitab Indonesia (LAI) mempertimbangkan nilai sejarah dan juga proses penterjemahan lintas budaya yang telah pun terbukti dalam Alkitab sendiri (rujuk laman web rasmi LAI untuk penjelasan lanjut). Penting untuk mempertahankan doktrin Tritunggal Terdapat salah faham umum bahawa orang Kristian sepatutnya mengelakkan kontroversi dengan tidak menggunakan perkataan Allah dan menggantikannya dengan perkataan Tuhan. Cadangan ini tidak boleh dilaksana kerana dua perkataan itu tidak sepadan secara semantik. Memang kedua-dua perkataan itu harus digunakan untuk mengungkapkan secara penuh dan tepat akan erti Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Alkitab. Kedua-dua istilah Allah dan Tuhan digunakan di dalam Alkitab bahasa Melayu. Dengan mengikut apa yang dilakukan oleh orang Kristian Arab sebelumnya, Allah digunakan untuk menterjemahkan el/elohim dan Tuhan (atau TUHAN huruf besar) digunakan untuk menterjemah Yahweh (YHWH). Kadang-kadang dua perkataan itu dipasangkan sebagai Yahweh-Elohim dalam 372 tempat dalam Perjanjian Lama (14 kali dalam Kejadian 2-3; 4 kali dalam Keluaran; 8 kali dalam Yosua; 7 kali dalam 2 Samuel; 22 kali dalam Tawarikh; 12 kali dalam Mazmur; 32 kali dalam Yesaya; 16 kali dalam Yeremia dan 210 kali dalam Yehezkiel dsb.). Perkara yang lebih penting adalah firman Tuhan diterapkan juga kepada Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru. Oleh itu TUHAN Yesus dibaca sebagai Tuhan Yesus (Firman TUHAN digunakan untuk menterjemahkan perkataan kurios 8400 kali dalam Septuaginta, versi Yunani Perjanjian Lama. Ia hanya merujuk kepada manusia sebanyak 400 kali dan merujuk kepada Allah sebanyak 8000 kali. Dalam 8000 kali, 6700 adalah pengganti perkataan YHWH). Penerapan gelaran kurios TUHAN/YHWH kepada Yesus Kristus adalah kesaksian tentang kepercayaan dalam ketuhanan Kristus sejak permulaan agama Kristian. Tinjauan statistik yang sederhana ini menunjukkan bahawa tuntutan orang Muslim yang mengadakan bantahan di jalan raya untuk menuntut supaya orang Kristian menggantikan perkataan Allah dengan Tuhan adalah tidak munasabah kerana jika demikian, ia menjadikan rujukan-rujukan dalam Alkitab kepada Allah dan Yesus Kristus tidak teratur dan kurang padu. Pertama, penggantian itu tidak betul kerana erti Allah dan Tuhan adalah berbeza. Kedua, ia mewujudkan keadaan yang pelik apabila orang Kristian cuba menterjemahkan pasangan kata Tuhan Allah. Adakah orang Kristian kini diharuskan untuk berseru kepada Tuhan Tuhan? Ini kedengarannya pengulangan yang tidak perlu secara linguistik. Lebih teruk lagi, kata-kata yang diulang itu, Tuhan Tuhan, difahami oleh pembaca bahasa Melayu sebagai andaian bahawa orang Kristian percaya kepada banyak Tuhan/Allah (kerana bentuk jamak dalam bahasa Melayu diungkapkan dengan mengulangi kata nama dan dalam bentuk aposisi). Akhirnya, orang Kristian tidak dapat mengungkapkan ketuhanan Yesus Kristus sebagai berbeza daripada Bapa, namun Dia berkongsi dengan Allah Perjanjian Lama, nama yang di atas segala nama – kurios/Tuhan (Filipi 2:9, bd. Yesaya 45:23). Dengan kata lain, orang Kristian tidak dapat mengakui ketuhanan Yesus Kristus dan mengajarkan doktrin Tritunggal tanpa kata-kata asas yang mengekalkan hubungan semantik antara perkataan Allah dan Tuhan sebagaimana penerapannya yang berlainan dalam Alkitab bahasa Melayu. Orang Kristian Mempunyai Hak untuk Menggunakan Perkataan itu kerana ia Sesuai Secara Semantik Allah bukan Kata Nama Khas: Satu alasan utama bagi seruan untuk menghalang orang Kristian daripada menggunakan perkataan Allah adalah dakwaan bahawa ia nama peribadi atau kata nama khas, iaitu ia merupakan nama yang secara khusus dikaitkan dengan Allah Islam, bd., Mohd Sani Badron (ms. 2) dan Khadijah (5:6): Selain itu, istilah Allah adalah mushtaq iaitu kata nama khas. Ini kerana sekiranya istilah Allah digandingkan dengan istilah “Ya” dalam bahasa Arab yang bermaksud kata seruan “Wahai”, istilah Allah tetap kekal. Huruf “alif”, “lam” dan “lam” sebagai konotasi kata nama khas tidak boleh dibuang. Ia tidak boleh disebut sebagai “Ya Lahu”. Ini berbeza dengan kalimah “Al-Rahman” yang merupakan antara sifat Allah iaitu pengasih/penyayang. Apabila ia digandingkan dengan istilah “Ya”, alif lam makrifah (kata nama khas) wajar dibuang dan menjadikannya sebagai “Ya Rahman”. Ini membuktikan bahawa istilah Allah adalah kata nama khas atau mushtaq. (Ibn Manzur, t.t.) Khadijah (5.6). Bagaimanapun, dakwaan ini boleh dipersoalkan secara linguistik. Menurut linguistik, Allah adalah kata nama am walaupun ia kadang-kadang boleh berfungsi sebagai kata nama apelatif/gelaran. Encyclopedia Britannica mentakrifkan kata nama apelatif sebagai: “Kata nama apelatif am (iaitu kata nama am) yang boleh digunakan untuk merujuk kepada satu kumpulan entiti boleh juga digunakan dengan rujukan tunggal. Misalnya, jika seorang penduduk Austin, Texas, berkata, “Mari pergi berenang hari ini, bukan di kolam tetapi di sungai,” tidak diragukan lagi bahawa perkataan sungai mempunyai rujukan unik, tersendiri kepada sebatang sungai, iaitu Sungai Colorado. Bagaimanapun, perkara ini tidak menjadikannya nama; “sungai” di sini adalah kata nama am, tetapi ia merujuk secara khusus kepada konteks luar linguistik”[8] Sebagai contoh seterusnya, perkataan ‘bapa’ adalah nama am. Tetapi ia menjadi kata nama apelatif apabila seorang anak mengungkapkan penghargaan untuk bapanya pada Hari Bapa, “Bapa, engkaulah bapa yang terbaik di dunia.” Dengan cara yang sama, umat Kristian kadang-kadang berdoa, “Bapa di syurga”. Dalam kes-kes ini, penggunaan apelatif akan perkataan ‘bapa’ mengambil ciri-ciri kata nama khas dengan konotasi (suatu idea atau perasaan yang dibangkitkan oleh perkataan sebagai tambahan kepada erti utamanya). Demikian juga, perkataan Allah boleh digunakan dengan maksud apelatif, tetapi tidaklah betul bagi Mohd Sani dan Khadijah untuk mendakwa bahawa Allah adalah kata nama khas. Ilustrasi tersebut menunjukkan bahawa Mohd Sani dan Khadijah keliru apabila mereka menggunakan erti subjektif (konotasi) untuk menolak erti utama bagi Allah sebagai nama am. Mungkin mereka boleh memberikan hujah bahawa Allah secara subjektif memberikan rujukan spesifik, tetapi secara objektif ia bererti Allah yang agung tanpa rujukan eksklusif atau gambaran eksklusif. Dengan itu, Allah adalah kata apelatif am (iaitu, nama am) yang boleh digunakan untuk merujuk kepada suatu kumpulan entiti. Ia juga boleh digunakan dengan rujukan tersendiri. Saya memberikan contoh (memang terhad) yang diambil daripada bahasa Inggeris. Bandingkan dua kenyataan berikut: (1)   Allah selamatkan Ratu / God save the Queen (2)   Allah selamatkan Elizabeth / God save Elizabeth Tanpa kesangsian, apabila seorang lelaki Inggeris mengungkapkan ayat-ayat itu, dia merujuk kepada wanita yang sama. Tentu sekali, perkataan ‘Ratu’ dalam (1) adalah nama am walaupun bagi orang Inggeris, hanya terdapat seorang ratu (nama monadik, satu saja) dengan nama peribadi (Elizabeth) dalam (2). Keterbatasan ilustrasi ini adalah perkataan Ratu masih sama dalam bahasa Inggeris, tetapi kata el, Allah atau theos adalah bahasa fleksi/deklensi apabila digunakan dalam pelbagai hubungan sintaks dalam ayat. Dalam konteks linguistik sejarah, perkataan Allah – bersama dengan kata-kata Semitik seperti Ibrani (el, elohim) dan Arab (Allah) – pada dasarnya adalah istilah am yang merujuk kepada Allah. Maksudnya, Allah bukan kata nama khas/nama peribadi. Dalam istilah linguistik, morfologi perkataan Allah adalah mengikut peraturan tatabahasa bagi kata nama am.  Oleh itu, perkataan el dan Allah menunjukkan fleksi/deklensi morfologi (misalnya, bergantung pada penggunaan perkataan itu sebagai kasus nominatif, akusatif, genitif, dsb.) Perubahan yang terlibat apabila perkataan Allah digunakan di bawah penggunaan tatabahasa yang berlainan dalam bahasa Arab menjadikannya lebih ketara sebagai bukan kata nama khas/nama peribadi: Jika Allah adalah nama yang tidak boleh diubah, maka ia dibaca sebagai: Allah Ibrahim. Perhatikan bahawa nama itu tidak berubah di sini! Tetapi frasa yang sering digunakan adalah ilah Ibrahim. Mengapa demikian? Ini disebabkan kata nama hanya boleh mempunyai satu penentu: sama ada artikel (at-ta’rif, atau: al-), atau gantinama diri (“ku”), atau satu kata nama am yang lain. Dalam contoh “Allah Ibrahim”, “Ibrahim” adalah penentu. Ini bererti apa pun penentu yang lain harus dipotong; dalam contoh ini, artikel. Peraturan bahasa menuntut agar artikel al- dipotong daripada Allah, lalu ilah yang tinggal. Oleh itu, Allah Ibrahim menjadi Ilah Ibrahim. Tiada seorang Muslim yang menyimpulkan bahawa ilah Ibrahim itu bukan Allah, yang Esa. Tentu sekali tiada kemungkinan untuk menggunakan Allah dalam bentuk jamak. Ia adalah perkataan dalam bentuk tunggal, sama seperti “man” juga bentuk tunggal. Tetapi pada bila-bila ia boleh berubah menjadi jamak apabila menggunakan bentuk jamak. Bentuk jamak bagi “man” adalah “men”. Demikian juga, apabila mengungkapkan bentuk jamak bagi “Allah”, perkataan “Allah” kembali kepada bentuk asalnya, al-ilah, dan bentuk jamak adalah al-aliha. Perhatikan dua contoh yang lazim apabila perkataan ‘Allah’ melalui perubahan dalam penggunaan gramatis, dengan itu menolak dakwaan bahawa “Allah” adalah kata nama khas/nama peribadi. Setiap orang Muslim melanggar tatabahasa asas bahasa Arab untuk beberapa kali dalam sehari jika dakwaan itu benar. Mereka menggunakan ungkapan seperti “Al-hamdu li-lah” dan “bi smi-llah.” Jika Allah ialah nama yang tidak berubah, maka orang Muslim harus berkata: “Al-hamdu li-Allah”, “bi smi-Allah” kerana dalam contoh-contoh ini, “A” pada permulaan tidak boleh diubah. Mengikut tatabahasa Arab: ia mesti “alif hamza”. Peraturan yang sama terdapat dalam bahasa Yunani (spiritus lenis- pernafasan tetap) sebelum setiap vokal yang membuka kata. Tetapi “A” dalam contoh ini bukan “alif hamza.” Lagipun ia “alif wasla”, iaitu alif yang diasimilasi dengan vokal awalan dan begitulah halnya dengan alif dalam artikel (“al-“). Dengan itu, alif bagi artikel itu hilang (diasimilasi), dan hanya “l” yang tinggal: bi smi-llah. Perubahan tatabahasa ini membuktikan bahawa “A” yang pertama dalam Allah termasuk dalam artikel al-, dan bahawa Allah adalah sama dengan al-ilah (>Allah). Sebagai kesimpulan, perubahan tatabahasa ini menunjukkan bahawa perkataan Allah harus disesuaikan untuk mengikut peraturan tatabahasa, sama seperti nama am yang lain. Sebaliknya, nama peribadi seharusnya tetap tanpa sebarang perubahan. Dengan demikian, Allah bukan kata nama khas/nama peribadi. Berdasarkan pemerhatian linguistik ini, orang Kristian mempunyai alasan yang kuat untuk menggunakan perkataan Allah untuk menterjemahkan perkataan ‘el’/’elohim’ dalam Alkitab kerana kedua-dua perkataan ini adalah umum secara morfologi. Perkataan ini bukan kata nama khas. Oleh sebab Allah bukan kata nama khas maka ia bukan milik mutlak Islam. Bahasa Suci dan Terjemahan Vernakular Kitab Suci: Mengapa Beberapa Orang Muslim Tidak Mengerti/Menerima Penggunaan “Allah” dalam Alkitab (Alkitab Bahasa Malaysia) Bahasa Suci dan Agama Penyebaran: Beberapa orang aktivis Muslim berulang kali menuduh orang Kristian sebagai mempunyai niat yang tersembunyi apabila mereka menggunakan perkataan “Allah” termasuklah usaha untuk “membuang ciri Islam bahasa Melayu” dan untuk memasukkan orang Muslim yang kebingungan ke agama yang baru. Penting diperhatikan bahawa aktivis tersebut tidak menafikan hakikat bahawa gereja-gereja yang menggunakan bahasa Melayu telah menggunakan perkataan “Allah” dalam liturgi dan bahan-bahan pendidikan mereka selama berabad-abad. Namun, aktivis Muslim ini terus saja mengetepikan fakta sejarah, sebaliknya tuduhan mempunyai niat yang tersembunyi diulangi pula ad nauseum (sampai memuakkan). Dari manakah reaksi yang meluap-luap ini yang menenggelamkan, atau menghalang perbincangan rasional dalam pertikaian tentang penggunaan “Allah”? Kemungkinan satu alasan utama akan sebabnya orang Muslim ini gagal mengerti, apatah lagi menerima kesesuaian orang Kristian untuk menggunakan perkataan “Allah” dalam terjemahan vernakular Alkitab berpunca daripada pemikiran mereka bahawa Arab Quran adalah bahasa suci yang tiada tandingan dan saluran pewahyuan yang paling sesuai. Sememangnya bahasa Quran adalah sui generis (unggul) dan pada prinsipnya tidak dapat diterjemahkan. Misalnya, Seyyed Hossein Nasr dalam bukunya, Ideals and Realities of Islam, menggambarkan ciri-ciri suci Quran bahasa Arab dengan kata-kata pujian: Bentuk Quran adalah bahasa Arab yang secara agama tidak dapat dipisahkan daripada Quran sebagaimana tubuh Kristus itu adalah daripada Kristus  sendiri… bahasa Arab suci kerana ia bahagian penting dalam pewahyuan Quran sehingga bunyi dan pengungkapannya memainkan peranan dalam upacara agama Islam… Tetapi formula Quran yang dibaca dalam doa dan upacara ibadah hendaklah dalam bahasa suci Arab yang satu-satunya dapat memampukan seseorang untuk masuk ke dalam isinya dan dibaharui oleh hadirat Ilahi dan berkat/anugerah (barakah) kitab Ilahi… Itulah juga sebabnya Quran tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa untuk tujuan upacara ibadah… (ms. 44-45). …orang bukan-Muslim, yang membaca Quran untuk kali pertama terkejut dengan apa yang nampaknya tidak keruan mengikut pandangan manusia… Teks Quran menunjukkan bahasa manusia dihancurkan oleh kuasa Firman Ilahi… namun bukan teks suci yang tidak keruan. Manusia sendirilah yang tidak keruan dan dia harus berusaha untuk mengintegrasikan dirinya ke dalam Pusatnya supaya mesej kitab Ilahi itu menjadi jelas baginya dan menyatakan erti dalaman kepadanya (ms. 48). Sekarang, kuasa Quran tidak terletak pada fakta sejarah atau fenomena yang diungkapkan. Ia terletak pada lambang yang sentiasa sahih ertinya kerana ia tidak berkaitan fakta dalam suatu masa tertentu melainkan kebenaran yang pada sifatnya adalah berterusan… Mukjizat Quran terletak pada bahasa yang dimilikinya yang berkesan untuk menggerakkan jiwa manusia pada masa ini… dikatakan bahawa ujian iman seseorang adalah sama ada dia digerakkan oleh panggilan doa (adhan) setiap hari dan dikir Quran atau tidak. Kuasa ini terletak tepat pada cirinya sebagai lambang dan bukan fakta, sebagai lambang kebenaran yang penting bagi manusia di sini dan masa ini (ms. 49). Dengan itu, bahasa suci dibayangkan untuk menanam kuasa rohani ke dalam pengabdian dan amalan Islam. Pengkonteksan iman ke dalam bentuk budaya tempatan tidak diperboleh. Sebagai agama penyebaran (bertentangan dengan terjemahan/pengkonteksan) Islam adalah pembawa utama warisan bahasa dan budaya Arab dan kejayaan dakwah Islam diukur berdasarkan pengabadian bahasa sucinya (Arab Quran) dan pembentukan budayanya. Mesej dan budaya Islam diharapkan untuk memindahkan dan menggantikan budaya dan institusi bukan Islam yang dianggap termasuk dalam zaman Jahiliyyah. Allah tiada linguistik kegemaran! Untuk mengakhiri – beberapa orang Muslim tidak dapat mengerti dan tiada rasa empati dengan amalan bersejarah orang Kristian untuk menterjemahkan Kitab Suci mereka ke dalam vernakular, dan ini termasuk menggunakan panggilan tempatan  bagi Allah pencipta yang esa; perkara ini timbul kerana orang Muslim mengandaikan bahawa agama mesti didasarkan pada bahasa Arab yang suci dan unggul, dan ternyata dalam desakan mereka tentang doktrin Kitab Suci yang tidak boleh diterjemahkan. Selain itu, bahasa suci (Arab Quran) yang dikaitkan dengan kuasa mistik mesti dijaga daripada pencemaran linguistik. Seperti kenyataan Nasr, Quran mempunyai ciri yang sukar diungkapkan dalam bahasa moden. Ini boleh disebut kuasa ajaib ilahi, jika seseorang memahaminya secara metafizik dan bukan secara harfiah. Formula Quran, kerana ia berasal daripada Allah, mempunyai kuasa yang tidak sama dengan apa yang kita belajar secara rasional dengan hanya membaca dan menghafaznya. Ia lebih seperti azimat yang melindungi dan memimpin manusia. Itulah sebabnya kehadiran fizikal Quran membawa berkat yang besar (ms. 51). Tidak hairanlah, aktivis Muslim ini menuntut orang bukan-Muslim supaya dilarang daripada menggunakan ungkapan linguistik, istilah agama yang terdapat dalam Quran, perkataan seperti Allah, Firman Allah, Akhirat, Iman, Injil, Nabi, Wahyu, Salat, dsb. Terdapat kebimbangan bahawa penggunaan yang tidak wajar akan istilah-istilah agama ini, dianggap mencemarkan kesucian/kemurnian bahasa suci tersebut dan menjejaskan kuasa ‘ajaib’ bahasa suci itu. Sebaliknya, orang Kristian melihat semua bahasa (termasuk vernakular) sebagai layak menjadi saluran dalam penyampaian mesej ilahi. Dengan kata lain, Kristian sebagai agama penterjemahan mempromosikan ciri khas budaya masing-masing dan pada masa yang sama mengakui Allah yang universal/sejagat. Bahasa vernakular dihormati sebagai berpotensi menjadi saluran pewahyuan ilahi. Dalam bahasa yang mempunyai rasa empati, agama Kristian mengakui kemajmukan linguistik di mana semua bahasa dan budaya pada prinsipnya adalah sama rata dalam pengungkapan firman Allah. Allah tiada bahasa kegemaran! Berita Baik mesti didengar dalam semua bahasa ibunda masing-masing. Dalam semangat yang sama, terjemahan tempatan bagi Alkitab (iaitu Alkitab Berita Baik), mengikut amalan selama berabad-abad oleh masyarakat/suku tempatan yang merujuk Allah pencipta sebagai “Allah”. ]]>

Dialog Sunni-Syiah: Mencari persefahaman dalam kepelbagaian (bahagian 3)

(Anda juga dijemput membaca bahagian pertama dan kedua) Hakikat cerita dengan tafsiran terhadap cerita adalah dua perkara yang berbeda. Sesuatu cerita dari si pencerita, jika dilihatnya sebagai positif, makanya cerita itu juga akan kelihatan positif. Jika negatif dilihat oleh pencerita, makanya cerita itu juga akan kelihatan negatif. Di sebelah Sunni, banyak cerita-cerita yang direkacipta lalu disandarkan kepada Syiah. keadaan yang sama juga berlaku di pihak Syiah terhadap Sunni. Sikap sebegini tidak melahirkan natijah yang baik, sebaliknya boleh melahirkan permusuhan yang tidak berkesudahan. Antara kejadian yang berlaku dalam perkara ini adalah seperti dakwaan Syiah bahawa pihak Sunni melakukan tuduhan kepada mereka bahawa ajaran Syiah itu kononnya bermata-airkan kepada fikrah dan usaha dakyah yang dilakukan oleh seorang lelaki yahudi dari yaman yang bernama Abdullah bin Saba’. Di pihak Syiah, mereka mendakwa bahawa individu bernama Abdullah bin Saba’ adalah satu manusia yang wujud, tetapi mereka menyatakan bahawa mengaitkan individu itu dengan Syiah adalah satu perkara yang tidak benar. Pada mereka, kewujudan Abdullah bin Saba’ yang wujud dalam riwayat mereka, hanya cerita tentang Abdullah bin Saba’ yang mengatakan bahawa Saidina Ali sebagai Tuhan. Ekoran itu, ada sarjana Syiah, seperti al-Syaikh Hasan al-Hyari secara terang-terang mengkafirkan Abdullah bin Saba’ dan melaknatinya. Adapun dakwaan bahawa Abdullah bin Saba’ itu sebagai seorang yang mula-mula menyebarkan fahaman Syiah dan berusaha sebagai pembunuh kepada Ali, pada sebilangan sarjana Syiah, ia adalah perkara yang cukup tidak benar jika disandarkan kepada Syiah. Antara tokoh Syiah yang melakukan penjelasan ini adalah Yasir al-Habib dengan beliau menyatakan bahawa kisah tentang Abdullah bin Saba’ yang dikaitkan dengan Syiah dan dikaitkan  pembunuhan terhadap Saidina Osman ini datang dari riwayat seorang perawi bernama Saif bin Omar. Dari sudut pandang Syiah, riwayat Saif bin Omar terus ditolak, tetapi dari sudut Sunni, ada sebilangan mereka menerima riwayat Saif bin Omar, dan ada sebilangan mereka menolak riwayatnya. Antara tokoh Sunni yang menolak itu adalah Ibn Hibban. Ada pula sebilangan lain menolak dalam periwayatannya dari sudut hadis, tetapi menerimanya dalam periwayatan sejarah. Sebilangan Sunni mendatangkan beberapa riwayat selain riwayat Saif bin Umar tentang Abdullah bin Saba’, tetapi dijawab oleh sarjana Syiah bahawa riwayat selain Saif bin Umar itu hanya menceritakan kewujudan Abdullah bin Saba’ yang juga diakui oleh Syiah, tetapi tentang riwayat Abdullah bin Saba’ kononnya pengasas fahaman Syiah dan melakukan usaha pembunuhan terhadap Saidina Osman adalah dakwaan yang tidak ada sandaran riwayat. Jika kita perhatikan ini, kita dapati bahawa tuduhan bahawa Syiah itu bermuarakan kepada fahaman Abdullah bin Saba’, seorang yahudi dari yaman adalah satu tuduhan yang tidak sihat. Ini kerana, tuduhan itu berasaskan kepada melihat dari sisi pandang Sunni, sedangkan riwayat itu tertolak dalam sisi pandang Syiah. Dalam Sunni, hendak menyatakan sesuatu perkara itu haram pun memerlukan kepada nas yang saheh dan sareh, inikan pula dalam melakukan tuduhan terhadap Syiah yang kononnya bermuarakan dari fahaman seorang yahudi dari yaman bernama Abdullah bin Saba’ yang sekadar tanggapan dan sumber yang dikhilafi di kalangan Sunni sendiri. Lebih parah, jika sumber itu sendiri ditolak oleh sarjana-sarjana Syiah sendiri. Paksa terima riwayat Mendesak Syiah menerima riwayat Sunni adalah satu perkara yang ajaib, sepertimana ajaib jika Syiah mendesak Sunni menerima riwayat mereka. Lebih parah lagi, jika setiap pihak sudah mempunyai pegangan bahawa riwayat dari pihak sebelah menyebelah wajib ditolak, seperti Syiah mewajibkan menolak riwayat Sunni, dan Sunni mewajibkan menolak sesuatu riwayat jika di sana wujud perawi Sunni. Soal kekhilafan dalam menerima dan menolak seseorang perawi adalah perkara biasa dalam pengajian ilmu hadis. Usahkan antara Sunni dan Syiah, malahan sesama ulama Sunni sendiri kadangkala berlaku khilaf dalam menentukan status seseorang perawi hadis. Seperti contoh, kupasan Dr Taha Jabir dalam bukunya yang bertajuk “La Ikraha fi al-Din” tentang kekhilafan antara al-Bukhari dan Ibn Solah dalam menentukan status seorang perawi hadis bernama Ikrimah maula Ibn Abbas. Di sisi al-Bukhari, Ikrimah adalah seorang yang saheh, tetapi di sisi Ibn Solah, Ikrimah adalah satu perawi yang bermasalah. Ini dikuatkan dengan beberapa riwayat yang dibawa oleh Dr Taha Jabir seperti ungkapan anak Ibn Abbas yang bernama Ali bahawa beliau ada berkata bahawa Ikrimah selalu berdusta atas nama bapanya. Begitujuga ungkapan Ibn Sirin yang menyatakan bahawa Ikrimah adalah seorang pendusta dan berbagai-bagai lagi riwayat yang dikemukakan. Dr Taha Jabir juga ada menyatakan bahawa riwayat Ikrimah itu tidak diguna pakai oleh Imam Muslim kecuali jika wujud riwayat lain yang mendokongnya. Juga beliau menyatakan bahawa Ikrimah tidak diterima imam Malik kecuali jika wujud syawahid. (La Ikraha fi al-Din (terjemahan), hlmn 127) Di kalangan ulama hadis dari aliran Sunni sendiri, terdapat di kalangan mereka yang berbeda pendapat dengan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim yang dipercayai Sunni sebagai sumber yang terkuat selepas al-Quran. Contohnya adalah al-Syaikh Albani ada menyatakan doif pada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Antaranya adalah seperti hadis bahawa Nabi Muhammad SAW ada menyatakan yang bermaksud; “Sesungguhya hamba yang bercakap dengan sesuatu kalimah yang tidak mendatangkan kerosakan, pasti Allah SWT akan angkat beberapa darjat untuknya” (al-Bukhari, bab menjaga lidah dan perkataan Nabi Muhammad SAW “barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara baik ataupun diam” dalam hadis ke 5997) Hadis ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, tetapi, hadis ini dinilai doif oleh Albani. Pada Albani, perawi bernama Abd al-Rahman bin Mahdi adalah seorang yang lemah ingatan dengan merujuk kepada beberapa tokoh, seperti Yahya bin Muin yang mengatakannya lemah dan sebagainya. (lihat dalam kitab al-Silsilah al-Doifah, dalam hadis ke 1299) Dilihat kepada kekhilafan di kalangan ulama hadis dalam menerima sesuatu riwayat, kita akan dapati bahawa soal penentuan seseorang perawi itu kuat atau tidak adalah perkara yang boleh berlaku khilafiah dalam Sunni. sudah pasti, kekhilafan ini berlaku dengan Syiah. Dikalangan Sunni sendiri berlaku khilaf. kekhilafan itu tidak menjadikan satu pihak boleh memaksa satu pihak yang lain agar mengikuti mereka, begitujuga di pihak satu lagi. Dalam keadaan tidak dapat memaksa, tetapi budaya hormati kepercayaan masing-masing tetap subur, juga satu pihak tidak boleh paksa untuk menerima komentar di pihak lain, begitulah juga sebaliknya, tetapi mereka dibenarkan berhujjah seilmiah mungkin untuk memastikan dipihaknya lebih benar dari pihak satu lagi. Tuduhan Syiah  Jika di pihak unni, mereka menuduh Syiah bermuarakan ajaran yahudi, sedangkan di pihak Syiah pula, mereka juga menuduh dengan tuduhan yang sama. Antara tuduhan Syiah terhadap Sunni dalam hal ini adalah seperti mendakwa bahawa Umar mengambil beberapa serpihan kitab dari kalangan ahli Kitab. Tindakan Umar itu menjadikan Rasulullah SAW marah dan menegur tindakan Umar tersebut. (Hadis Riwayat Ahmad, Bab Musnad Jabir bin Abd Allah, Hadis no : 14623) Juga tuduhan Syiah bahawa kononnya Sunni menjisimkan atau memandang bahawa Allah adalah tuhan yang berjisim. Pada mereka, itu adalah bukti bahawa Sunni bermuarakan yahudi. Semua tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana, Sunni menolak pengambilan sumber hukum dari selain al-Quran dan al-Sunnah yang saheh. Hadis riwayat Umar yang dikemukakan di atas adalah bukti bahawa yahudi tidak dijadikan sebagai sumber Sunni. ekoran itu, dalam Sunni jika sesuatu hukum itu tidak bersumberkan kepada sumber yang saheh, makanya pengamalan tersebut hendaklah ditolak, malahan ia diistilahkan sebagai bidaah yang diharamkan. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari urusan kami, maka ianya tertolak” (Muslim, Bab tertolak amalan batil dan tertolak perkara-perkara baru, hadis no : 3243) Tuduhan bahawa Sunni menganggap Allah SWT sebagai tuhan yang berjisim juga adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana, golongan yang menyatakan Allah adalah tuhan yang berjisim juga ditolak oleh Sunni, malahan dianggap sebagai bukan Sunni. Ini kerana, Sunni berpegang dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Tidaklah Dia menyerupai sesuatu pun. Dia adalah Tuhan yang maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Surah al-Syura, ayat 11). Ataupun dari aliran asyairah pula, mereka menimbulkan istilah mukhalafah taala min hawadis atau tidak menyerupai Allah yang Maha Tinggi itu dari sebarang perkara-perkara baru. AKAN BERSAMBUNG….

]]>

Hentikan tuduhan tak berasas

HENTIKAN TUDUHAN YANG TAK BERASAS DAN TUNTUTAN UNTUK “TINDAKAN” ATAS PENGGUNAAN PERKATAAN “ALLAH”
Memandangkan tarikh pendengaran 10hb September 2013 untuk rayuan oleh Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya untuk membenarkan akhbar The Herald menggunakan perkataan “Allah” kian mendekati, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyatakan kebimbangan atas panggilan oleh pelbagai kumpulan untuk ‘mempertahankan’ Islam daripada dihina dan diancam. Secara khusus, kami merujuk kepada satu program televisyen di mana tuduhan yang dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian untuk memurtadkan umat Islam itu, adalah tidak benar dan tidak berasas, dan kepada khutbah Jumaat rasmi yang ditulis oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan disampaikan pada 6 September 2013, yang memanggil untuk “tindakan” untuk mempertahankan Islam oleh orang Islam ke atas penggunaan perkataan “Allah” merujuk kepada Tuhan oleh orang Kristian, dan bahawa pertahanan sebegitu adalah “perjuangan suci “. Isunya ialah samada panggilan sedemikian boleh menjadi penyebab dan mencetuskan hasutan tindakbalas yang menyebabkan gangguan awam. Pemerhatian sepintas lalu keatas tuduhan-tuduhan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mereka bertindak mengikut perasaan tanpa berlandaskan fakta. Walau bagaimanapun, seruan untuk “tindakan” oleh sesetengah umat Islam memperlihatkan sebagai satu tindakan yang membahayakan dan membimbangkan kepada rakyat umum Malaysia. Lebih membimbangkan, seolah-olah tiada tindakan atau kenyataan dari mana-mana jua pihak berkuasa kerajaan untuk menyeru semua pihak bertenang atau menghentikan tindakan yang boleh menyemarakkan kemarahan dan emosi.
Dijelaskan sekali lagi bahawa: 1. Perkataan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan yang digunakan oleh kira-kira 60% daripada 2.6 juta orang Kristian di Malaysia. Kristian Bumiputera, yang berBahasa Malaysia sebagai bahasa utama yang digunakan untuk beribadah dan berdoa, telah lama menggunakan Alkitab Bahasa Malaysia yang mengandungi perkataan “Allah” merujuk keapda Tuhan tanpa sebarang kekecohan, halangan atau bantahan. 2. Perkataan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan telah digunakan selama beratus-ratus tahun dalam pelbagai terjemahan dan dari Alkitab (sila rujuk kepada Lembaran Fakta CFM yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013). 3. Hanya di Malaysia penggunaan perkataan “Allah” yang merujuk kepada Tuhan oleh orang Kristian menjadi isu bagi orang Islam. Kristian di Timur Tengah bebas menggunakan perkataan “Allah”. Tanpa sebarang kekeliruan. 4. Tuduhan yang berulang kali mengatakan penggunaan perkataan “Allah” merupakan sebahagian daripada alat konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam tidak pernah dibuktikan. Tuduhan yang sedemikian diperlihatkan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tuduhan sedemikan harus dihentikan. Ini adalah bertujuan menyemaikan perasaan ketakutan dan mencetuskan ketegangan antara agama. CFM menyeru teman-teman kita dari pihak Islam untuk merenung, memahami dan menghargai konteks bagaimana, bila dan mengapa orang Kristian menggunakan perkataan “Allah”. Sudah berabad-abad penggunaan perkataan “Allah” digunakan berlanjutan melalui sejarah kita bersama tanpa sebarang masalah, dan kita telah menikmati keamanan dan keharmonian relatif selama bertahun-tahun ketika penggunaan ini telah berterusan.
Dalam menangani isu penggunaan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan, dan isu-isu yang lain berkenaan dengan agama, kita perlu kebenaran, iaitu fakta dan bukti untuk diperiksakan, bukan rayuan kepada sekadar retorik emosi atau asas untuk menghina, atau percakapan komplot dan dakwaan penukaran agama. CFM bersungguh-sungguh menyeru kepada Kerajaan Malaysia, yang mewakili SEMUA rakyat Malaysia, untuk memastikan, menegakkan dan memelihara kebebasan beragama di Malaysia. Jangan biarkan JAKIM menjadi suara rasmi bagi pihak kerajaan yang telah mengatakan bahawa ia adalah sebuah kerajaan yang mewakili rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. CFM menyeru semua orang Kristian untuk terus berdoa untuk keamanan dan keadilan. Semoga Allah memberkati dan melindungi negara kita yang tercinta, dan memberikan keamanan kepada semua rakyat Malaysia.
Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia
]]>

Sosialis macam Pak Sako: Mendalami novel-novel terpilih

Siapa Pak Sako? Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako dilahirkan pada 24 September 1909 di Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang[i]. Nama asal beliau adalah Awang Ahmad Haji Muhammad. Dalam tahun 1924 beliau telah diterima masuk ke Sekolah Inggeris, Clifford School di Kuala Lipis dan lulus cemerlang pada tahun 1929. Pak Sako pernah menempuh karier antara lain sebagai pegawai pentadbir pada tahun 1931, majistret pada tahun 1933, peguam pada tahun 1936, wartawan Utusan Melayu pada tahun 1939, dan terlibat dalam politik mulai tahun 1959. Ketika itu Pak Sako terlibat dalam Parti Buruh Malaya dan pernah ditahan pemerintah kerana kegiatan politiknya antara tahun 1965-1966. Sewaktu inilah Pak Sako menghasilkan novel antara lain Yang Miskin dan Yang Mewah, Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, serta Tijah Tukang Chukor. Novel Budak Beca yang turut dibincangkan dalam kertas ini ditulis lebih awal dari itu, iaitu pada tahun 1956 dan diterbitkan pada tahun Malaya menerima kemerdekaan. Dalam bidang sastera, Pak Sako pernah menerima anugerah Pejuang Sastera daripada kerajaan Malaysia pada 29 Mei 1976. Beliau juga pernah menerima Anugerah Budayawan GAPENA pada tahun 1987 tetapi menolaknya. Pada 29 Jun 1973 beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan oleh Universiti Malaya. Selain itu, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako turut menerima anugerah Bintang Setia Mahkota Pahang oleh DYMM Sultan Pahang (Pak Sako 1987: iv). Pak Sako adalah seorang jurnalis-pengarang yang dihormati pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai seorang ahli politik dari Barisan Sosialis tidaklah menghairankan Pak Sako misalnya lebih diperakukan oleh pendokong parti pembangkang khususnya untuk pengorbanan yang telah beliau berikan sepanjang perjuangannya untuk kemerdekaan Malaysia: I support the proposal that the government give and privileges to Pak Sako for his contribution to the struggle for independence, literature and journalism of Malaysia, as recognition by the nation for Pak Sako’s sacrifice, dedication and contribution to the well-being of Malaysia. I suggest that a special recognition be created by an Act of Parliament whereby the nation accord recognition to illustrious sons and daughters of Malaysia who had rendered distinguished life-long service to the people nation, but who may be out of the mainstream of official recognition, like Pak Sako (Lim Kit Siang 1987). Mereka itulah pejuang-pejuang kemerdekaan. Tetapi tidak…… jarang disebut Dr. Burhanuddin, jarang disebut Pak Sako (Ishak Haji Muhammad). Jarang disebut Ibrahim Yaakob. Jarang disebut Shamsiah Fakeh. Jarang disebut mereka yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan merengkok dalam tahanan (Mohamad Sabu 2003: 94). Salah satu sebab mengapa Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako mendapat perhatian dan penghargaan yang besar dari kumpulan oposisi dan golongan kiri ialah kerana ‘personalitinya yang memandang berat kepada hal ehwal masyarakat’, dan latar belakang beliau yang ‘datang dari keluarga petani (kelas bawahan)’. Selain itu Pak Sako juga dikaitkan dengan politik kepembangkangan kerana sering menyuarakan kritikan keras terhadap pihak berkuasa. Lantaran itu beliau dilihat sebagai ‘pengorak langkah’ yang ‘mendahului zamannya’ dalam ‘menentang ketidakadilan pemerintah dan masyarakat melalui penanya terutama karya-karya sasteranya’ (Abdul Latiff Abu Bakar 1988: 92-95). Novel Sosialis Terdapat beberapa buah novel Pak Sako yang kurang diberi perhatian. Antara lain adalah Yang Miskin dan Yang Mewah, Budak Beca, Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, dan Tijah Tukang Chukor. Novel-novel yang disebutkan ini kurang dikenali pengikut sastera kerana pertamanya, diterbitkan oleh penerbit yang kurang dikenali. Selain novel Yang Miskin dan Yang Mewah, penerbit untuk novel-novel Budak Beca, Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, dan Tijah Tukang Chukor adalah Penerbit Marang. Dalam prakata novel Tijah Tukang Chukor, H.C Mohamad A. Rahman (1967: 8) pemilik Penerbit Marang menyatakan beliau tidak membayar Pak Sako royalti yang tinggi sebab tidak berkemampuan dan berterima kasih kepada Pak Sako kerana sengaja memilih Penerbit Marang. Pak Sako dinyatakan ‘suka menolong penerbit2 kechil seperti saya supaya boleh maju’. Penerbit juga menjelaskan lantaran itu karya-karya Pak Sako ini sukar dikerjakan kerana selain harus dicetak di Singapura, ia juga ‘dijual dengan menjelajah seluroh Malaysia Barat dan Singapura pada tiap2 bulan’. Keduanya, sebagai satu andaian awal, karya-karya ini ditulis dalam bentuk wacana. Ketika tahun 1950 sehingga 1960an, karya-karya bersifat wacana masih belum banyak. Terdapat banyak wacana yang telah diketengah dan dibincangkan oleh Pak Sako. Namun esei ini hanya akan memberi perhatian kepada wacana masyarakat sivil dan juga kritikan beliau terhadap politik tiada etika. Sebelum idea-idea Pak Sako diketengahkan, sinopsis novel-novel yang didalami diturunkan di bawah ini. Novel Yang Miskin dan Yang Mewah diterbitkan oleh Pustaka Melayu Baru pada tahun 1966. Pak Sako menulis novel ini ketika ditahan di bawah Internal Security Act pada tahun 1965. Menurut beliau, novel ini selesai dikarang ‘di Kemah Tahanan Kuala Lumpur di bilek khas No. 65’ dan draf manuskripnya disunting ketika berada ‘di Kemah Tahanan Khas Batu Gajah Perak’ (Pak Sako 1966: 120). Yang Miskin dan Yang Mewah adalah sebuah novel tipis (novelet) yang mengisahkan secebis pengalaman Zarina Zainab Ghafoor. Zarina yang digelar Za Za Gabor ini merupakan setiausaha peribadi Profesor Ali Ahmad, seorang ilmuan dalam bidang kemasyarakatan. Harus dinyatakan di sini novel Yang Miskin dan Yang Mewah ini tidak mempunyai plot yang berkesinambungan. Naratif diikat sebab dan akibatnya antara lain menerusi surat-surat Zarina Zainab Ghafoor kepada kakak angkatnya, Siti Shamsinar. Selain itu ditampilkan perbicaraan akademik antara Abu Bakar dan Masiran, iaitu dua orang pensyarah universiti mengenai sebuah forum yang bakal dianjurkan oleh Profesor Ali Ahmad berjudul – Yang Miskin dan Yang Mewah. Kemuncak novel ini ialah penganjuran forum itu sendiri yang dipengerusikan oleh Dato Osman Lailatulkadar. Perbincangan mengenai taraf hidup orang Melayu, hala tuju negara, propaganda pihak kerajaan, kemiskinan yang semakin melarat dalam kalangan kaum bawahan dan kebejatan moral menjadi inti pati forum ini. Novel seterusnya memperlihatkan Profesor Ali Ahmad dan temannya Profesor Kudus mengupah seorang pemuda kampung yang cerdas bernama Shamsuddin untuk mengkaji dan menyiasat keadaan orang Melayu di pedalaman. Shamsuddin yang diminati oleh Zarina Zainab Ghafoor adalah adik Siti Shamsinar. Ketiga-tiganya iaitu Zarina Zainab Ghafoor, Shamsuddin dan Siti Shamsinar turut hadir di acara forum tersebut. Selepas satu tempoh menjadi pembantu penyelidik kepada Profesor Ali Ahmad, Shamsuddin pulang dan menikahi Zarina Zainab Ghafoor yang baru menjanda. Pada malam Jumaat, ketika perkahwinan mereka masih lagi baharu, novel ini ditamatkan dengan perbualan antara  Zarina Zainab Ghafoor dan suaminya mengenai nasib orang Melayu khususnya kaum wanita yang terdesak sehingga menjadi pelacur. Perbincangan pengantin baharu tersebut disulam dengan adegan urut mengurut, geletek menggeletek dan usik mengusik antara pasangan tersebut. Pak Sako menyatakan beliau menulis novel Yang Miskin dan Yang Mewah ini untuk memberi kritikan yang membina, dan mensasarkan gagasan keadilan masyarakat dan ekonomi. Beliau seterusnya menyebut karya ini terilham dari kisah perjuangan kaum minoriti di Amerika syarikat, Afrika Selatan dan Rhodesia (Pak Sako 1966: ii). Sementara itu, novel Budak Beca pertama kali diterbitkan dalam tahun 1957 dan dicetak kembali oleh Marwillis Publisher pada tahun 1992. Makalah ini akan merujuk kepada edisi tahun 1992. Novel Budak Beca berlatar belakang Trengganu dan Kelantan ketika Malaya di ambang kemerdekaan. Seperti Yang Miskin dan Yang Mewah, novel Budak Beca juga tidak mempunyai satu cerita yang utuh. Ini adalah kerana Pak Sako turut mengabaikan prinsip sebab dan akibat atau plot, sebaliknya memberi keutamaan kepada pemikiran, idea-idea beliau sekitar nasib kaum Melayu di pedalaman. Budak Beca mengisahkan pengalaman Mamat, seorang bekas mata-mata khas (Special Branch Police) yang baru sahaja bersara dari tugasnya dan diberikan imbuhan besar dalam bentuk wang. Dalam keadaan mewah, Mamat terleka dan menghabiskan wang yang ada dengan berpoya-poya dan sentiasa berjoli. Ketika Mamat dalam keadaan lupa tersebut, Pak Sako sengaja menampilkan watak seperti Embong, seorang pengayuh beca yang sering memberikan nasihat-nasihat keagamaan dan sedikit sebanyak kritikal terhadap golongan politikus. Mamat dinyatakan menghidap penyakit kelamin ekoran kegemarannya melanggani pelacur. Tanpa memanjangkan nasib Embong, Pak Sako membuka sub-plot baharu dengan memperkenalkan watak Mustapha, seorang petugas masyarakat sivil (anggota badan bukan kerajaan) dari Persatuan Pengisi Kemerdekaan atau PPK. Mustapha hadir di Trengganu untuk menyiasat keadaan golongan miskin dan pedalaman bagi membolehkan kerja-kerja pengupayaan (empowerment) dijalankan kelak. Mamat yang kehabisan wang dan dalam keadaan sakit kini terdesak melakukan kerja seperti Embong iaitu menjadi pengayuh beca. Mustapha berkenalan dengan Mamat dan sering meminta bantuan becanya sebagai pengangkutan utama untuk ke mana-mana. Perkenalan itu menjadi lebih kukuh sehingga mereka duduk serumah. Mustapha sering memberi pandangan politik dan kritis dengan isu semasa. Beliau mendorong Mamat untuk berubat, menyambung pelajaran dan membaiki taraf kehidupan. Menerusi watak Mustapha ini idea, wacana dan juga kritikan terhadap masyarakat diketengahkan. Mustapha juga sering mengutus laporan kepada setiausaha agung persatuannya mengenai sosio-politik orang Melayu di Pantai Timur. Pak Sako turut menampilkan beberapa watak wanita tetapi keberadaan mereka di dalam novel Budak Beca ini tidak signifikan. Watak Mamat berusaha keras untuk belajar dengan bantuan Mustapha kemudiannya telah boleh menulis dan membaca buku-buku falsafah. Di akhir novel Budak Beca, Mustapha dan Mamat memutuskan untuk membeli traktor, meneroka tanah baharu dan berhasrat untuk menjadi ‘kaum tani yang berjaya dan berjasa’ (Pak Sako 1992: 156). Novel ketiga dalam sorotan makalah ini adalah Norita dan Kesah2 Kuching Hitam. Novel ini diterbitkan pada tahun 1966 oleh Penerbit Marang. Novel Norita dan Kesah2 Kuching Hitam dibuka naratifnya dengan hasrat Norita, seorang janda kaya yang bersiap meninggalkan pekan Kluang untuk ke Kuala Lumpur. Norita memberi pesan kepada Abang Leh (Salleh) untuk melihat-lihat keadaan rumah besarnya serta memastikan Minah, orang gajinya cukup wang saraan yang telah siap diagihkan. Plot seterusnya bergerak ke Kuala Lumpur di mana Norita diberi gambaran berperanan sebagai ‘kuching hitam’ yang menggajikan seorang gadis muda bernama Rose. Selain memperdagangkan Rose, watak Noriman, seorang pemuda lupa daratan yang suka berjudi dan berpoya-poya telah hadir di kamar penginapan Norita dalam keadaan mabuk. Norita telah mencuri tiket loteri milik Noriman. Oleh kerana bimbang pekerjaannya melacurkan Rose dihidu pihak berkuasa, dan Noriman mencarinya, Norita telah membawa Rose untuk berpindah ke pekan kecil di Pahang. Di Kuala Lipis, Norita dan Rose cuba menjerat sekumpulan penduduk kampung yang merupakan pelombong bijih dan emas. Mereka berdua menyamar sebagai peniaga batu dan kain batik yang berjaya. Rose telah ditugaskan untuk menggoda Pak Kassim dan mencuri hasil bijih atau emas milik Pak Kassim. Walaubagaimanapun Pak Kassim dan kawan-kawannya tidak berjaya diperdayakan. Akibatnya Norita dan Rose terus menjadi pelarian. Sebagaimana novel Yang Miskin dan Yang Mewah, dan Budak Beca, novel Norita dan Kesah2 Kuching Hitam ini tidak mempunyai plot yang kukuh. Selain berlatar belakangkan Kluang, Kuala Lumpur dan Pahang, novel ini diberi latar masa ketika berlakunya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Berbanding Yang Miskin dan Yang Mewah, dan Budak Beca, novel Norita dan Kesah2 Kuching Hitam bagaimanapun lebih menekankan persoalan pelacuran, dan pemerdagangan manusia sambil menyelitkan kritikan dan idea politik Pak Sako terhadap politikus. Novel ini turut mengabaikan prinsip sebab dan akibat serta menyampaikan idea-idea Pak Sako mengenai kebejatan moral orang Melayu menerusi keratan akhbar, perbualan pelombong bijih dan emas serta tanggapan-tanggapan pelacur dan ibu ayam terhadap isu semasa pada waktu itu. Novel terakhir yang diketengahkan dalam esei ini adalah berjudul Tijah Tukang Chukor. Novel Tijah Tukang Chukor ini juga diterbitkan pada tahun 1967 oleh Penerbit Marang. Novel ini diawali dengan watak Tok Seman atau Osman yang berusaha menyelaraskan dusun durian orang kampung dengan mewujudkan ‘Tabong Bimbingan Belia’ yang bertujuan untuk memberi latihan berniaga. Tabung ini bertujuan menghimpunkan wang supaya dapat membeli alat muzik untuk pasukan pancaragam kampung dan menganjurkan pelbagai acara lokal. Salah seorang teman Osman adalah kadir yang sering ke Kuala Lumpur dan menceritakan perihal sebuah kedai gunting rambut yang dimiliki oleh seorang wanita Melayu. Wanita ini diberi gelaran ‘Tijah tukang chukor’ dan memberi perkhidmatan menggunting, mencukur dan mendandan pelanggan dengan baik. Pekerjaan seorang perempuan Melayu sebagai tukang gunting pada waktu itu sangat langka. Ketika Tijah memberikan perkhidmatan menggunting rambut dan mencukur misai atau janggut pelanggannya, Tijah akan berbual-bual dengan mereka sambil membincangkan pelbagai isu semasa antara lain ialah bagaimana untuk mengatasi persaingan dalam perniagaan. Salah seorang pelanggan setia Tijah ialah Samsuri. Teman baik Samsuri pula adalah Dollah. Plot novel bergerak apabila Samsuri mengikut Dollah ke rumah Pak Ngahnya. Di tengah-tengah novel ini tersela adegan Tijah dan Samsuri berkelah serta cerpen karangan Nuraini yang dibaca oleh Tijah. Ketika perniagaan Tijah semakin merosot, salah seorang pelanggan Tijah bernama Murad yang diberi gambaran sebagai seorang yang kaya dan gemuk telah meminang Tijah. Ibu bapa Tijah membuat keputusan untuk mengahwinkan Tijah dengan Murad meski diketahui keperibadian Murad sangat tidak bermoral. Isteri pertama Murad pula seorang tahi judi dan anaknya, Salleh pula mengalami kemurungan. Walaubagaimanapun Tijah berkeras menolak lamaran Murad. Tijah malah nekad sehingga sengaja membiar diri ditangkap basah dengan Dollah. Novel diakhiri dengan perkahwinan Tijah dan Dollah dan hasrat kedua-duanya untuk membesarkan perniagaan Tijah menjadi ‘Persolekan Tijah dan Dollah’. Seperti mana Yang Miskin dan Yang Mewah, Budak Beca, dan Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, novel Tijah Tukang Chukor juga mengabaikan aspek cerita yang kukuh dan lebih memberi penekanan kepada idea dan kritikan-kritikan Pak Sako terhadap masyarakat khususnya tingkah laku orang Melayu. Sebelum mendalami wacana yang dibentangkan dalam novel-novel terpilih ini, adalah jelas berdasarkan paparan di atas, Pak Sako berusaha mempersembahkan karya beliau  dengan gaya kewacanaan. Keempat-empat novel yang dikemukakan dalam kertas ini iaitu Yang Miskin dan Yang Mewah, Budak Beca, Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, dan Tijah Tukang Chukor ternyata mengabaikan komponen cerita. Pak Sako tidak memberi perhatian kepada aspek konvensional sebuah karya sastera seperti pendahuluan, klimaks dan pengakhiran cerita. Novel Yang Miskin dan Yang Mewah misalnya digubah secara anti-plot. Malahan kemuncak novel ini adalah penganjuran forum mengenai kelas sosial dalam masyarakat yang turut dijadikan judul novel ini. Watak-watak yang diketengahkan juga tidak jelas latar belakangnya, dimatikan begitu sahaja tanpa kesan; dan hanya berguna untuk menggerakkan idea atau wacana dan pemikiran beliau tentang bermacam-macam isu dan persoalan. Dalam novel Budak Beca sebagai misalan, watak pengayuh beca bernama Embong dan Mamat hanya diperalatkan untuk menyampaikan pandangan-pandangan Pak Sako mengenai Malaya di ambang kemerdekaan. Malahan di tengah naratif, watak Embong hilang begitu sahaja dan tidak diperihalkan lebih lanjut. Namun begitu, watak-watak yang ditampilkan oleh Pak Sako dalam karya-karya di atas adalah watak-watak yang selalunya tidak bermoral, iaitu antara lain adalah pelacur, pemaksiat yang akhirnya akan insaf, penjudi, dan pemabuk. Watak beragama seperti Pak Abbas, bapa Tijah dalam novel Tijah Tukang Chukor diberi peranan kecil. Walaupun sedemikian, perlakuan maksiat dan batil watak-watak ini tidak dibesar-besarkan dan diketengahkan secara terkawal. Malahan adegan yang sepatutnya erotis antara suami isteri tidak diberi porsi yang besar dan hanya ditampilkan untuk memancing minat pembaca kepada idea-idea lain. Sering kali juga gurau senda suami isteri, pasangan kekasih atau gandingan pelacur pelanggan tersebut ditamatkan begitu sahaja dan tidak ditokok secara keterlaluan. Dalam karya Norita dan Kesah2 Kuching Hitam misalnya, usaha Rose untuk memancing, menggoda dan memperdaya Pak Kassim lebih disarati dengan jual beli pantun berbanding adegan seksual yang memberahikan. Oleh demikian, karya Pak Sako di atas dapat dikatakan menuju kepada ciri gagasan Persuratan Baru yang memilih untuk mengangkat daya kreatif yang tinggi, terkawal dan beradab’. Dalam erti kata lain seks atau erotisme tidak menjadi komponen wajib dan tidak dijadikan elemen sensasi untuk melicin dan melincirkan cerita. Rumusnya, kesempatan tertentu yang ada ketika berkarya tidak membuatkan Pak Sako memilih untuk menghuraikan adegan seks dan erotisme. Watak-watak dalam gelora seks tersebut akan sebaliknya memilih untuk berhujah idea. Pembentangan wacana tampak mendadak atau spontan justeru tidak disusun atur, atau disaring dan dianalisis secara mendalam. Dalam novel-novel di atas, watak-watak seperti setiausaha peribadi seorang profesor, pengayuh beca, petugas masyarakat sivil, tukang gunting rambut malah ibu ayam ikut menyatakan idea kritis tentang masyarakat. Ini dapat dikatakan sengaja dilakukan oleh Pak Sako memandangkan beliau masih boleh memilih watak ilmuan seperti yang dihadapkan dalam novel Yang Miskin dan Yang Mewah. Sungguh pun wacananya tidak dibahaskan dengan bersungguh-sungguh, kritikan dan idea yang diketengahkan oleh Pak Sako, meski tidak begitu mendalam, dapat dikatakan segar dan elok dikaji. Wacana Masyarakat Sivil Sejak ‘The Universal Declaration of Human Rights’ diperkenalkan pada 10 Disember 1948, kewujudan dan pemerkasaan masyarakat sivil telah diberi perhatian yang besar. Malah deklarasi hak asasi manusia di peringkat global tersebut menegaskan hak asasi manusia sesebuah negara hanya dapat diukur sakit sihatnya menerusi dialog hak asasi manusia yang bertunjangkan keberadaan dan keberkesanan masyarakat sivil (Swiss Federal Department of Foreign Affairs 2008: 31). Dalam hal ini aktor atau watak masyarakat sivil adalah aktivis hak asasi manusia, badan-badan bukan kerajaan yang berperanan untuk mengupayakan kumpulan tertindas, organisasi yang memperjuangkan isu-isu kebajikan masyarakat lokal, gerakan sosial, institusi awam seperti universiti dan golongan profesional yang terlibat dengan hak asasi manusia seperti peguam, doktor perubatan, sarjana dan petugas kemanusiaan (United Nations Human Rights 2008: vii-viii). Keberadaan watak Mustapha di dalam novel Budak Beca selaku seorang penyelidik dan petugas dari sebuah badan bukan kerajaan menjelaskan pandangan Pak Sako mengenai masyarakat sivil. Pengarang memberikan isyarat jelas bahawa parti-parti politik belum tentu dapat dipercayai berbanding masyarakat sivil yang berperanan untuk mengupayakan masyarakat dari pelbagai aspek: Pernah Mamat bertanya dari mana Mustapha dapat wang. “Dari persatuan saya,” jawab Mustapha. “Umno atau negara?” Mamat bertanya. Nama parti-parti politik yang sentiasa bergaduh itu memang Mamat tahu, tetapi dia tidak masuk salah satu dari dua parti itu. “Bukan. Persatuan yang menghantar saya ke mari tidak bertujuan politik, tetapi sebuah persatuan kebajikan yang bertujuan memberikan jasanya kepada orang ramai, kepada masyarakat, yang bertujuan membimbing rakyat jelata kehidupan yang lebih baik, yang bersih dan jujur, berbudi kepada orang ramai.” “Saya tidak faham,” kata Mamat. “Yang saya tahu ialah sekarang orang-orang dalam negeri ini sedang sibuk dan menyebut soal-soal politik. Perkara pilihanraya.” (Pak Sako 1992: 37). Selain itu Pak Sako juga memberi peringatan kepada masyarakat atau pembacanya perihal tipu muslihat ahli politik. Ini berbeza dengan peranan masyarakat sivil yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam akan hak-hak sebenar yang dimiliki oleh mereka. Dialog dalam petikan di bawah ditutur oleh Mamat kepada watak Embung: “Mereka jadi Yang Berhormat ialah kerana kita, sebab kita yang memilih mereka itu dan yang memakmurkan negara kita ini kita juga. Kita yang menanam padi, kita yang mencangkul jalan, kita yang menggali tali air dan saya umpamanya. Sudah tujuh tahun berjuang untuk kepentingan tanahair. Negeri ini boleh jadi merdeka ialah sebab kita semua. Orang-orang yang jadi Berhormat itu ialah kerana tipu muslihatnya, kerana pujuk rayu dan kecek temberangnya. Hidup mereka itu yang sebenarnya tidaklah ada bezanya dengan kita semua.” (Pak Sako 1992: 5). Novel Budak Beca turut membenihkan saranan supaya masyarakat sivil menjana laba menerusi perniagaan dan penerokaan tanah untuk mengupayakan golongan tertindas. Antara lain, bentuk pengupayaan yang difikirkan oleh watak Mustapha sebagai berkesan adalah dengan menanggung pendidikan kaum miskin ini, atau dalam erti kata lain memberikan pendidikan percuma: Jikalau belanja mendidik seorang pemuda di sebuah universiti berjumlah tiga ribu ringgit setahun, dan belanja mendidik ahli-ahli kita hanya seribu ringgit sahaja setahun dalam satu rancangan seperti yang saya syorkan itu maka faedahnya kepada masyarakat boleh dikatakan serupa sahaja sebab nilai tujuannya serupa iaitu menjadikan pemuda-pemuda itu rakyat yang baik, berguna sepenuh hidupnya kepada tanah air dan bangsa (Pak Sako 1992: 92). Surat-surat atau laporan rasmi Mustapha hasil penyelidikannya mengenai mentaliti orang kampung dan miskin di Pantai Timur seperti yang diajukan kepada setiausaha agung persatuannya di Kuala Lumpur berfungsi untuk menjelaskan idea-idea Pak Sako. Idea-idea tersebut adalah untuk memperkasakan masyarakat sivil demi kesejahteraan orang awam atau rakyat. Ini dilakukan, memandangkan parti politik penuh dengan tipu muslihat dan gagal melihat keutamaan atau kepentingan kaum tertindas. Ini dapat dikesani dalam bab yang diberi judul ‘Laporan’ (Pak sako 1992: 86-99) dan bab ‘Mamat Mengarang’ (Pak Sako 1992: 111-125). Dalam pada itu novel Yang Miskin dan Yang Mewah menampilkan watak Profesor Ali Ahmad dan Profesor Kudus dari Universiti Hang Jebat yang mengupah khidmat Shamsuddin untuk melakukan penyelidikan mengenai keadaan masyarakat Melayu di pedalaman dan bagaimana kaum miskin dan melarat ini ditindas dan terkebelakang oleh polisi dan dasar yang diletakkan oleh pemerintah ketika itu. Penganjuran forum berjudul ‘Yang Miskin dan Yang Mewah’ menyediakan platform untuk aktor masyarakat sivil berbahas pro dan kontra mengenai dasar-dasar kerajaan. Forum itu juga menjadi ruang untuk kritikan-kritikan terhadap kerajaan dibentangkan. Sebagai contoh, dalam novel ini, watak Anton Zailani seorang mahasiswa dari Universiti Malaya telah dihadirkan untuk mengkritik dasar kerajaan yang sendeng dan berpihak kepada kaum pemodal: Dato’ Pengerusi yang terhormat. Pada pengajian saya masa’alah kemiskinan orang2 Melayu tidak boleh selesai dengan mengadakan beberapa orang kapitalis Melayu sebab pada dasar-nya penindasan kaum kapitalis itu tidak memileh kaum atau bangsa. Kapitalis Melayu akan menindas buroh2 Melayu atau buroh2 daripada apa bangsa juga pun asalkan mereka itu boleh mendapat keuntongan. Sa-bagai chontoh yang kechil dan mudah, mari-lah kita lihat dan saksikan sa-orang pekedai Melayu yang berniaga dalam kampong sabuah Melayu. Adakah si pekedai itu akan menjual barang2 lebeh murah daripada sa-buah kedai yang lain dalam kampong itu juga yang dipunyai oleh seorang Malbari? Tentu tidak! Sebab-nya mudah benar. Kalau oleh dia saorang Melayu dan pelanggan2nya semau-nya Melaya maka dia menjual barang2nya lebeh murah kepada orang2 Melayu maka dalam sadikit masa sahaja dia akan bengkerap, kedai-nya tutop dan orang Malbari itu akan maju dan beruntong. Jadi, saya ulangi bahawa masa’alah kemiskinan orang2 Melayu tidak boleh hapus atau selesai degan mengadakan beberapa orang kapitalis2 Melayu, pemborong2 Melayu. Inilah yang di-sebut orang teori kachang goreng (Pak Sako 1966: 50). Seperti mana surat-surat yang ditulis oleh Mustapha kepada pimpinan persatuannya dalam novel Budak Beca, surat-surat Zarina Zainab Ghafoor kepada kakaknya Siti Shamsinar dalam novel Yang Miskin dan Yang Mewah turut berisi kritikan terhadap orang Melayu yang belum boleh bersatu merubah nasib mereka sendiri sebaliknya terus terpengaruh dengan hal-hal karut dan khayal. Zarina menegaskan orang Melayu masih di takuk kemiskinan kerana tidak sedar kepada jurang kelas yang semakin lebar. Ini ekoran orang Melayu sentiasa berhibur dan tertutup oleh perkembangan isu semasa (Pak Sako 1966: 9-19). Selain itu watak Osman dalam novel Tijah Tukang Chukor dihadapkan kepada pembaca sebagai berusaha untuk menyelia urus keuntungan yang diperolehi oleh orang kampung Buloh Gading ekoran jualan laris durian (Pak Sako 1967: 10-12). Dalam karya Pak Sako ini, musuh masyarakat sivil diwakili oleh kaum pemodal-hartawan. Kemajuan perniagaan dan kecekalan Tijah menolak lamarannya membuatkan Murad marah dan mengugut untuk menjatuh dan menindas Tijah: “Ooh baru jadi tukang chukor sudah sombong, ya? Nanti saya upah samseng2 jahanamkan tempat anak awak itu”. Inche Murad mengugut lagi. “Tolong-lah tuan. Janganlah tuan buat apa2 padanya, tuan. Kesihan-lah pada kami orang2 miskin. Tuan orang Melayu, saya orang Melayu. Tuan orang Islam, saya pun orang Islam”, Pak Abbas merayu. “Duit saya tidak kenal Melayu dan tidak kenal Islam”, sahut Inche’ Murad dengan takbur dan bongkak (Pak Sako 1967: 162). Tijah juga menyelar sikap ibu-bapanya yang sanggup menjodohkannya dengan Murad atau anaknya Salleh semata-mata kerana Murad berkedudukan tinggi. Secara terang Tijah membantah dan menyifatkan tindakan bapanya tersebut sebagai satu bentuk korupsi: “Ayah dan emak sudah korapsi”, kata Tijah dengan muka masam. “Rumah tangga boleh runtoh apabila sa-orang ayah dan sa-orang emak korapsi, bila makan suap. Kerajaan pun boleh runtoh dan jatoh apabila para menteri dan pemimpin2 kerajaan itu korapsi. Ayah dan emak nak jual saya, ya?’ Tijah menyoal dengan chara marah (Pak Sako 1967: 153). Meskipun idea-idea Pak Sako tentang masyarakat sivil ini diajukan dalam bentuk surat, forum, dan perbualan orang biasa (tidak terpelajar), ia masih memberi keterangan yang memadai untuk persoalan yang ingin disampaikan oleh Pak Sako. Kritikan Terhadap Politik Tiada Etika Antara keempat-empat novel terpilih yang dibincangkan dalam esei ini, novel Norita dan Kesah2 Kuching Hitam sarat memuatkan kritikan terhadap politik liar atau politik tiada etika. Apa yang dimaksudkan dengan politik tiada etika di sini adalah politik kotor yang korup, penyelewengan kuasa, keganasan politik dan budaya politik lucah tanpa integriti. Tersebarluasnya politik korup, batil dan tiada etika ini menyebabkan rakyat atau orang awam kehilangan kepercayaan kepada pemerintah serta memilih untuk cenderung kepada masyarakat sivil yang lebih hampir dengannya: What happens when political leaders behave unethically? The public becomes cynical and suspicious, people morale suffers, and confidence in government is shattered. To combat this cynicism, the political leaders must exhibit the old-fashioned virtues of honesty, respect, integrity, professionalism, accountability, fairness, competence, and responsibility (Chinda Tejavanija 2007: 8). K Ramanathan (1989: 319) misalnya menyebutkan salah satu ciri politik tiada etika adalah apabila terdapatnya ciri-ciri totalitarian. Antara ciri totalitarian ini adalah apabila ‘hanya satu parti politik sahaja yang wujud meliputi peratusan yang kecil daripada jumlah penduduk keseluruhannya’. Beliau seterusnya menyatakan pemonopolian media massa dan pengawasan semua aspek kehidupan dengan pengawalan dan pemantauan terhadap semua lapisan masyarakat merupakan salah satu ciri politik rejim atau politik yang mengikat. Suatu hal yang wajar disentuh ialah politik tidak bermoral menjadi tema khusus dalam Norita dan Kesah2 Kuching Hitam. Persoalan ini ditampilkan menerusi watak Norita dan Rose, dua watak yang tidak bermoral iaitu ibu ayam dan pelacur (tukang urut). Pak Sako kelihatannya ingin menegaskan ketidaksenangan beliau terhadap gaya politik biadab yang berleluasa dalam politik negara ketika itu. Terdapat kemungkinan Pak Sako sengaja memilih watak yang tidak bermoral seperti ibu ayam dan pelacur untuk menjelaskan persoalan keruntuhan moral ahli politik. Sebagai contoh, watak Norita (seorang ibu ayam) membacakan kepada Rose keratan akhbar mengenai niat dan azam ahli politik wanita dari parti UMNO untuk membela nasib kaum perempuan. Dapat diandaikan di sini, bahawa watak pelacur yang bercakap mengenai hasrat seorang pemimpin wanita untuk membela kaum wanita adalah satu sindiran pedas terhadap parti tersebut: Aku bersukachita bahwa sekarang sudah ada tindakan2 atau sa-kurang-kurangnya suara2 daripada pemimpin2 kaum wanita untok menjaga maruah, kehormatan dan kepentingan kita kaum wanita seluroh-nya” – sambong Norita yang kemudian membachakan satu berita dari Batu Pahat yang tersiar dalam Utusan Melayu… …Norita meletakkan kertas-khabar itu balek ka-atas meja. Berita itu yang sa-benarnya bukan besar dan tidak pula luar biasa kapada-nya. Bagaimana pun dia besar hati mengetahui bahwa wanita2 Melayu sekarang sudah bertambah ramai yang berani menyatakan pendapat dan fikirannya. Dia sedar, kemajuan dalam berbagai-bagai lapangan, telah dichapai oleh kaum wanita bangsa-nya. Hal ini juga menyenangkan hati-nya. Tetapi nasib golongan wanita2 saperti Rose, Lili, Mary, Maria dan lain2 yang beraih malam di bandar2 besar dan kechil dalam Malaysia adalah mendesak dan menggesa perasaan-nya supaya berbuat sa-suatu yang baik dan menguntongkan untok mereka itu. “Saya angkat tangan beri hormat pada Che’ Sumiah” – kata Rose olok-olok berbangga (Pak Sako 1968: 89-94). Dalam satu sedutan lain dari novel Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, Pak Sako menegur perseteruan politik antara pemimpin-pemimpin Melayu di Pahang pada waktu itu. Beliau menyifatkan perselisihan politik mereka adalah bersumberkan kebendaan dan kuasa dan bukan untuk kepentingan masyarakat atau rakyat. Watak Kassim yang sedang diperhatikan Norita dan Rose mengeluh kepada teman bualnya: “Yang dah kaya nak kaya lagi. Pada hal rezeki banyak dalam negeri ini, terutama macham negeri pahang ini. Kalau berbagi dengan adil neschaya tak habis sampai ka-chuchu chichit. Tetapi apa sudah jadi? Lihat saja-lah perkara Rahman Talib dengan Bakar Ismail, mithal-nya. Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Lesong dengan chupak berlaga, ayam yang kenyang, dan antan yang patah” – bersungut lagi orang tua itu. “Betul. Inche’ Kassim, betul” – Mat Din menyokong dan bersimpati dengan perasaan tak puas hati-nya itu. “Baru2 ini pulak, Inche Kassim” – Omar pula menokok – “Ada chadangan nak buat undang2 untok kepentingan orang2 yang memegang tampok kerajaan negeri ini. Kalau mereka itu mati atau dapat kemalangan, hilang mata atau tangan, mithalnya, kerajaan negeri ini akan bayar kepada mereka itu atau waris-waris-nya” (Pak Sako 1968: 124). Seperti yang dinyatakan oleh Chinda Tejavanija (2007) sebelumnya, politik tiada etika hanya akan menyebabkan rakyat tidak berpartisipasi, putus asa dan hilang kepercayaan kepada pemerintah atau kerajaan, khususnya jika kerajaan tersebut kerajaan yang korup. Dalam konteks ini, watak Norita dalam novel Norita dan Kesah2 Kuching Hitam menyatakan kerajaan tidak menyumbang apa-apa kepada kehidupannya yang sudah sedia tidak bermoral itu: Itu semua-nya tidak berarti apa2 kepada Norita. Kabinet turun naik, kerajaan2 hanchor lebor, dan bertukar ganti. Itu sudah berulang2 kali semenjak zaman dahulu kala. Sa-puloh jong masok, anjing berchawat ekor juga. Dua puluh jong pechah, ikan2 yu yang kenyang (Pak Sako 1968: 168). Teguran dan kritikan Pak Sako terhadap politik tiada etika ini wajar menjadi renungan. Pak Sako, sebagai tokoh besar kesusasteraan dari Pahang sendiri pernah menjadi mangsa politik tanpa etika. Menurut Wahba (1987: 54-55), Pak Sako pernah bertanding di parlimen Temerloh mewakili Barisan Sosialis pada tahun 1959. Meskipun Pak Sako mendapat sokongan yang menggalakkan, beliau telah tewas kerana terdapatnya propaganda jahat bahawa kononnya Pak Sako bertanggungjawab membawa masuk Jepun ke Tanah Melayu. Propaganda atau fitnah Pak Sako selaku ejen asing ini disebarkan oleh ‘pendatang-pendatang daripada Sumatra (Kampar)’ yang berfahaman ‘mahu kaya dan senang’. Tan Sri Abdul Samad Ismail (1996: 26) dalam mengulas aktiviti politik Pak Sako menyatakan ‘Ishak berhasrat menjadi seorang wakil rakyat di barisan pembangkang’ dan tidak pernah berharap ‘untuk menjadi Perdana Menteri’. Malah Abdul Samad menegaskan kehidupan seorang pemimpin pembangkang agak sukar walau beliau ‘terletak di luar arus perdana’. Apa yang lebih penting, Abdul Samad juga mencatatkan yang perjuangan politik Pak Sako ‘tidak pernah mencetuskan konflik yang tajam dengan golongan lain’ dan ideologi ‘politiknya tidak mempengaruhi nilai-nilainya sebagai seorang manusia yang rendah diri’. Kesimpulan Tidak dapat dinafikan lagi Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad adalah figur besar dari negeri Pahang. Kewibawaan beliau sebagai sasterawan bukan sahaja menyerlah dalam karya beliau seperti Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, bahkan pengarang kelahiran Temerloh, ini turut menyerlah dalam karya terpilihnya seperti Yang Miskin dan Yang Mewah, Budak Beca, Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, dan Tijah Tukang Chukor. Karya-karya Pak Sako ini kurang diketahui umum sedangkan ia menampilkan mesej yang kuat serta baik persembahannya. Karya-karya Pak Sako yang terpinggir ini ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri dan sangat relevan dengan lingkungan sosio-politik hari ini. Dua wacana yang kelihatan jelas sekali dalam novel-novel terpilih beliau ini adalah wacana masyarakat sivil dan juga kritikan beliau terhadap politik tiada etika. Dalam wacana-wacananya ketika tahun 1960an itu Pak Sako berpendapat kerajaan yang ada tidak banyak membantu orang Melayu dan memusuhi keadilan untuk golongan miskin. Novel-novel terpilih Pak Sako iaitu Yang Miskin dan Yang Mewah, Budak Beca, Norita dan Kesah2 Kuching Hitam, dan Tijah Tukang Chukor masih boleh dan enak ditatap wacananya kali ini.



[i] Dalam sebuah buku yang lain, Pak Sako dinyatakan berasal dan lahir di Kampung Segentang. Lihat A. Karim Haji Abdullah. 1988. Pak Sako Bestari. Binakarya Sdn Bhd. Petaling Jaya. Halaman 1. Pak Sako sendiri turut menyatakan beliau dilahirkan di Kampung Segentang. Lihat Pak Sako. 1996. Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 29.   Rujukan A. Karim Haji Abdullah. 1988. Pak Sako Bestari. Petaling Jaya. Binakarya Sdn Bhd. Abdul Latiff Abu Bakar. 1988. ‘Ishak Sebagai Seorang Penulis dan Ahli Politik’. Dlm. A. Karim Haji Abdullah (ed.). Pak Sako Bestari. Petaling Jaya. Binakarya Sdn Bhd. Abdul Samad Ismail. 1996. ‘Kata Pendahuluan’. Dlm. Pak Sako. Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Chinda Tejavanija. 2007. Ethics Of Political Leaders: The Comparative Study Of George W. Bush & Thaksin Shinawatra. Tanpa Tempat. King Prajadhipok’s Institute. http://www.spu.ac.th/intl/files/2011/02/Article-2.pdf H.C Mohamad A. Rahman. 1967. Dlm. Ishak Haji Muhammad. Tijah Tukang Chukor. Marang. Penerbit Marang. Ishak Haji Muhammad. 1966. Yang Miskin dan Yang Mewah. Kuala Lumpur. Pustaka Melayu Baru. Ishak Haji Muhammad. 1967. Tijah Tukang Chukor. Marang. Penerbit Marang. Ishak Haji Muhammad. 1968. Norita dan Kesah2 Kuching Hitam. Marang. Penerbit Marang. K. Ramanathan. 1989. Asas Sains Politik. Shah Alam. Fajar Bakti. Mohamad Sabu. 2003. Hansard Parlimen:  Perbahasan Rang Undang-undang Arkib Negara 2003. Dokumen Kerajaan DR.25.6.2003. Cawangan Dokumentasi Parlimen Malaysia. Kuala Lumpur.1-109. Pak Sako. 1987. Catatan Pengalaman Pak Sako. Petaling Jaya. Binakarya Sdn Bhd. Pak Sako. 1992. Budak Beca. Kuala Lumpur. Marwilis Publisher & Distributor Sdn Bhd. Pak Sako. 1996. Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Siang, L.K. 1987. Pursuit of a Malaysian Dream: Parliamentary Opposition Leader DAP Secretary-General and MP for Tanjung. 29 September. Bibliotheca. http://bibliotheca.limkitsiang.com/ Swiss Federal Department of Foreign Affairs. 2008. ABC of Human Rights. Bern. Directorate of Public International Law. United Nations Human Rights. 2008. Working With the United Nations Human Rights Programme: A Handbook for Civil Society. Geneva. Office of the High Commisioner for Human Rights. Wahba. 1987. Pak Sako Tokoh Tiga Zaman. Kuala Lumpur. Progressive Products Supply.
VERMOX
]]>

Fasting for Malaysia

Zu1On 31 July 2013 a group of Malaysians of different faith joined their Muslim sisters and brothers for a day of fasting in the month of Ramadan. This noble act of solidarity demonstrated our desire to reach out in friendship and respect for each other’s beliefs and not to be influenced by discriminatory remarks and accusations.  On 16 September 2009 (Malaysia Day), people of  different faiths and ethnicities did a day of fasting alongside their Muslim friends with a pledge “Fast for the Nation: Peace for Malaysia” after the cow head incident. We cannot afford to stand by and watch our respect and appreciation for each other’s culture and traditions crumble before our eyes just because a group of insensitive Malaysians made wild accusations and discriminatory remarks.  We need to embrace compassion in order to attain harmony among humanity. I invited some friends to join me for sahur (pre-fasting meal) at 4.30 am and to buka puasa (breaking fast) that evening. We had lively discussions on a wide range of topics from significance of Ramadan, polygamy, hijab, snatched thieves, religious intolerance, Muslim & Christian views on Creation, fasting by people of different faiths and the Japanese occupation. On reflection, it never crossed my mind that my friends are of different religion and ethnicity.   I see them as friends and fellow human beings sharing the same aspirations and dreams. – Sharifah Zuriah Aljeffri (Kak Zu) Reflections on the Sahur Asma Abdullah Zu2I was at my pc doing some work on Wednesday night when Ka’  Zu called to say “ are you coming for sahur?”   I had some mixed feelings about driving so early in the morning to Segambut to be with her. So, I thought maybe I should sleep in her guest room and give her a helping hand with her preparations for the morning meal.   So, there I was at Ka’ Zu’s doorsteps before 12 midnight. Upon arrival I saw that Ka’ Zu had prepared the dining table for 8 of us to have our sahur. There was’nt much to do as she had already pre ordered nasi lemak, bread and fruits.  So, we decided to go to sleep and cut the fruits when we wake up. We were in bed before 12.30 am. At 4am Ka’  Zu knocked on my door and asked me to join her in the kitchen. I did and helped cut the papaya, watermelon and oranges. I had to heat up the bread and buns and prepare the hot drinks. Meanwhile Ka’  Zu had already prepared her nasi lemak ready to be served when the time comes. At  4.30 our non-Muslim guests arrived –  Yuet Mee & Venu (of Bahai faith), followed by Ahmad Yazid(film-maker), Tia and Haridas (of Hindu faith) and Yati – the last to join us.  We enjoyed our meal together and who would imagined having a most engaging conversation so early in the morning!  We covered a wide range of topics from polygamy, Quran, second wives and touched on the latest happenings in Malaysia on religion, dressing and sex bloggers. For me it was a real change from my usual routine of a bowl of Whole Grain weetbix with milk and a cup of coffee for sahur. I would then go to my pc to attend to my emails and wait for the azan to do the first prayer for the day.  Usually I’ll stay on to do my work till noon when I may take a short nap. This idea of a Fast 4Malaysia is most laudable – an initiative that was triggered by the recent happenings that tend to suggest that there are cracks in our intercultural relationships among the many races in the country. We are so diverse in our outlooks on so many things. Not a day passes by where we do not read and hear about some critical encounters that reveal our lack of empathy and understanding of those who are different from us in terms of religion, culture and worldviews. We have come to a stage where our brand of unity and multiculturalism has to be deconstructed in view of our current realities.   How can we promote unity among the groups and what criteria should we use to measure national unity? What is our brand of multiculturalism? What features of our multiculturalism can we model to the world?  Obviously our ideal response would be one where there is true integration where we are allowed to preserve our own cultural identity but we are also attracted and curious of the others. By eating together we can begin to have some common experience and learn about one another and in the process – enlarge our circle of intercultural friends. So, let’s find opportunities to do things together. We can start by having a meal together and learn about one another when we celebrate our many festivals and religious rituals.  After all, we Malaysians love to eat.  It’s one sure way of building relationships!  So let’s find many more ways when and where we can meet, talk and eat together more often. Yuet Mee Ho & Venu Nambier Thank you for inviting us to join you in ‘To Fast for Malaysia’.  What an inspirational and positive way to express such a desire for change!  We all know fasting from food is not an end in itself but a symbol, an act which when carried out devotedly, helps us spiritually refresh and reinvigorate and helps us make the adjustments we desire in our lives. The food was scrumptious and the company most fascinating.  It was a gathering of like-minded people early in the morning dawn of that new day.  Diverse in our cultures, professions and interests, yet each purposeful and socially responsible in his or her own space, and each passionately believing that through participation in constructive discourse with neighbours, co-workers, friends and acquaintances, we can contribute to the advancement of our nation and our people. The conversation around the table that morning really resonated with us as Bahá’ís too believe that no deed in the world is nobler than service to the common good, and that all of us are given the opportunity to arise and energetically devote ourselves to the service of humanity as we all share the right and duty to contribute to creating a better society. Venu and I left your lovely home that morning feeling spiritually refreshed and feeling so proud to be Malaysians.  Also felt really blessed to have friends like yourself Zuriah… Haridas & Tia It was a wonderful morning to spend with our Muslim friends in Ka’ Zuriah’s home and to have shared a meal prior to beginning of fasting.  Tastefully prepared Nasi Lemak combined with meaningful conversations with others who came added to the richness of the morning.  For us it was a shared Malaysian experience which we cherish. Zu5Reflections on Buka Puasa Santha Oorjitham For about ten years, I fasted with my Muslim colleagues every Ramadan in the spirit of muhibbah–but that was many years ago. I was happy to join #Fast4Malaysia and fast for such a worthy cause. It was a privilege to buka puasa with friends of all faiths. I believe our fasting together and praying for the country will have a positive effect.. Sanggat Singh                                                                                                                      Thanks Ka’  Sharifah Zuriah for arranging a fast during the holy month of Ramadan for peace for  Malaysia at  your  house.  This concept needs to be promoted widely in Malaysia.  Being at your house this evening reminded me of the school days when we used to be with our Muslim friends without invitation. I hope I’ll be around next year with many more of us breaking fast with friends of different faiths. This is the least we can do for a happy and prosperous life for all Malaysians.  Wishing you a very happy Hari Raya. The greatest gift is to have love in us. May God’s blessing be upon all Malaysian. Phillip Wong                                                                                                                                  Fast for Malaysia is a very unique concept and for us to get together to share our love, peace & harmony. I feel we are truly Malaysians and that we can live together in harmony even though we come from different culture & religion. From time to time we learn to understand our different lifestyles and to show our appreciation to one another. The greatest gift is the love within us. May God’s blessing be on all Malaysians. Sandra Sodhy It was lovely meeting old friends and new last night.  Many thanks, Zuriah who made all this happen.  

VERMOX
]]>

Dialog Sunni-Syiah: Mencari persefahaman dalam kepelbagaian (Bahagian 2)

Bahagian 1 rencana ini boleh dibaca di sini Masalah ketara berlaku apabila tiada dialog yang sihat untuk memadamkan api pertembungan. Semua kupasan dari satu pihak terhadap satu pihak yang lain akan hanya berasaskan tuduhan dan salah anggap, bukan fakta dan cara faham yang benar.  Di pihak Ahbash ada yang mengkafirkan seorang tokoh besar Sunni bernama Ibn Taimiah, tanpa berasaskan sudut pandang jujur atau sikap ingin mengetahui maksud sebenar, tetapi dengan sesuatu tuduhan yang cukup meragui. Tuduhan kononnya Ibn Taimiah berkata bahawa Allah SWT turun dari langit ke dunia seperti beliau turun dari mimbar masjid damsyik adalah tuduhan yang tidak sewajarnya berlaku. Ini kerana, setelah kajian dilakukan didapati bahawa tarikh ungkapan Ibn Taimiah yang diriwayat Ibn Batootah didapati tidak benar sama sekali, kerana ketika itu Ibn Taimiah berada dalam penjara. Namun, dengan tidak berdialog secara sihat dan jujur; dengan tidak dialog untuk mencari kebenaran, menjadikan sumber yang diragukan itu dibahas sedemikian rupa sehinggakan tokoh sehebat Ibn Taimiah dikafirkan dalam keadaan penuh tidak bertanggungjawab. Mashaf Fatimah Dilema yang sama juga berlaku apabila sebilangan Sunni menuduh bahawa Syiah itu punyai al-Quran yang kandungannya lebih sebanyak tiga kali ganda. Contohnya, dalam kelampauan, Mashaf Fatimah yang sememangnya wujud dalam riwayat Syiah, dituduh oleh Sunni sebagai al-Quran mengikut versi Syiah. Sebenarnya mashaf fatimah bukanlah al-Quran seperti tuduhan sebilangan Sunni, tetapi ia sekadar sebuah kitab hadis-hadis qudsi yang datang dari Fatimah yang dikagumi oleh Syiah. Pada tahun 2011, seorang tokoh Syiah bernama Yasir al-Habib pernah ditanya dalam satu rancangan fadak tentang Mashaf Fatimah, beliau menyatakan bahawa definisi bagi mashaf Fatimah adalah “satu kitab yang dipenuhi dengan himpunan hadis-hadis Qudsi yang telah Allah SWT wahyukan kepada Fatimah al-Zahra’ melalui jibril” Dalam kupasan beliau terhadap definisi tersebut, beliau menyatakan di sana ada perbedaan antara wahyu yang berbentuk ta’abbudi, iaitu diberikan pahala yang dibaca seperti al-Quran. Juga wahyu yang berbentuk pensyariatan yang boleh diistinbatkan hukum daripadanya. Kupasan beliau, al-Quran bersifat Taabbudi dan tasyrik (pensyariatan) yang diberikan pahala bagi pembacanya dan boleh diistinbatkan hukum darinya, sedangkan mashaf Fatimah, ia sekadar himpunan-himpunan hadis Qudsi melalui Fatimah, sepertimana wujud dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, yang tidak diberikan pahala kepada pembacanya, dan tidak boleh diistinbatkan hukum daripadanya. Ia sekadar wasiat-wasiat baik dari Fatimah yang dijadikan pegangan oleh orang-orang Syiah. Beliau juga menjelaskan bahawa pemberian wahyu kepada Fatimah bukan menjadikan Fatimah itu sebagai Nabi sepertimana yang ditohmah oleh sebilangan Sunni yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana, dalam al-Quran, Allah SWT ada menyatakan bahawa Allah SWT telah memberi wahyu juga kepada ibu kepada Nabi Musa, sedangkan Ibu Nabi Musa itu bukan nabi sama sekali. Beliau merujuk kepada ayat 7 dari surah al-Qasas yang bermaksud; “Dan kami wahyukan  kepada ibu Musa; “Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul” Dalam kupasan seorang tokoh Syiah bernama al-Syaikh Hasan Yari pula dinyatakan bahawa Mashaf Fatimah bukanlah al-Quran, tetapi ia adalah Mashaf Fatimah sepertimana wujud dalam Sunni apa yang dinamakan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Ma’sum Di pihak Syiah pula, ada sebilangan mereka melakukan tuduhan yang melampau tentang Sunni, seperti mendakwa bahawa Sunni menganggap bahawa para sahabat itu seperti Ma’sum. Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Ini kerana, dalam Sunni, sahabat bukan sebagai sumber hukum, sebaliknya sumber hukum dalam Sunni adalah al-Quran dan al-Sunnah. Adapun sahabat, mereka adalah orang yang lebih mengetahui tentang pengamalan Nabi Muhammad ekoran mereka bersama dengan Nabi Muhammad SAW; mereka melihat dan mendengar pergerakan dan perkataan baginda SAW, makanya mereka diperhatikan dalam Sunni untuk diketahui maksud sebenar sesuatu pengamalan Nabi Muhammad SAW. Di sisi Sunni, pengamalan para sahabat diterima secara muqayyad atau keterikatan, iaitu sekiranya mendatangkan kebaikan kepada umat. Tetapi, jika sesuatu perkataan atau perbuatan mereka mendatangkan keburukan dan kerosakan, ia hendaklah dita’wil dan dikaji balik berdasarkan kesesuaian zaman, masa dan keadaan mereka. Tindakan Sunni mempertahankan sahabat dari dikafirkan itu tidak bermaksud Sunni menganggap para sahabat itu sebagai ma’sum seperti ditohmah oleh sebilangan pihak dari Syiah yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana, pada tanggapan Sunni bahawa sahabat itu tidak kafir kerana mereka berpegang dengan Firman Allah SWT yang menyatakan dalam ayat 100 dari surah al-Taubah yang bermaksud; “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar” AKAN BERSAMBUNG…

VERMOX
]]>