Projek Dialog

Seni dan budaya: apa cerita?

Jalanan-LOGO-02-300x166

Islamisasi, Arabisme, kapitalisme dan kuasa: apa persamaan mereka? Semua memainkan peranan dalam menekan dan mengkongkong hak dan perkembangan seni budaya di Malaysia. Inilah antara isu-isu yang dikupas dalam episod Dialog Jalanan minggu ini.

Zikri Rahman dan Baihaqi Najib kali ini disertai penggerak-penggerak seni Hasmi Hashim dan Aisyah Baharuddin untuk merenung isu kepentingan seni dalam kematangan (?) masyarakat Malaysia dan masa depan seni mereka yang tak tentu. Dendangan suara merdu Mior Yusuf Aziddin turut menyertai perbincangan. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. ]]>

CFM: Satu negara bagi semua

Penyataan Hari Merdeka Christian Federation of Malaysia / Persekutuan Kristian Malaysia: Pada tahun ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-56 bagi Malaya dan ulang tahun yang ke-50 bagi formasi negara Malaysia sejak tahun  1963. Kita mengucap syukur kepada Tuhan yang Maha Besar bagi hikmat dan kekuatan  yang dikurniakan kepada pemimpin nasional dan negeri sepanjang tahun ini bagi  keamanan yang relatif dan kemakmuran yang kita nikmati sebagai satu negara. Seiring dengan bapa-bapa pengasas Malaysia, doa dan harapan kami ialah supaya Tuhan yang Maha Besar akan membimbing kita dalam memberi visi dan  membentuk satu bangsa yang menyatukan semua orang; satu bangsa yang merangkumi semua dan bukan satu negara yang berpecah. Satu negara bagi semua. Perjalanan selama 50 tahun merupakan satu langkah kecil dalam evolusi sebuah negara. Namun, kita boleh berbangga walaupun berdepan dengan banyak dugaan kita telah harunginya sebagai satu bangsa terdiri dari pelbagai kaum yang bersatu dalam keamanan dan harmoni, disebabkan oleh nilai hormat sesama sendiri dan perhubungan harmoni antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, janganlah kita menjadi angkuh tetapi secara aktif membina negara ini bersama dibawah naungan Tuhan dan terus mencari rahmat, damai dan kebaikan untuk yang lain dan komuniti kita. Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengukuhkan negara kita atas tiang berkembar kebenaran dan keadilan dalam usaha untuk memberi semua harapan dan tempat di atas tanah tercinta Malaysia. Kami mengesa semua rakyat Malaysia untuk membentuk satu system undangundang yang akan memberikan kesaksamaan dan perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang untuk kesemua rakyat Malaysia. Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang aman dan yang cintakan keamanan untuk menolak mereka yang mempunyai unsur perkauman dan cauvinis agama dalam pertuturan dan tindakan mereka. Kita perlu menentang dengan aktif semua yang menerap ketakutan dan kebencian terhadap orang lain atas dasar bangsa dan agama demi kepentingan dan kelebihan politik tertentu. Kami meminta semua rakyat Malaysia untuk terus menunjukkan sikap saling hormat menghormati dan menjaga hak-hak asasi manusia dan maruah satu sama lain dan menunjukkan kesemua ini melalui keberanian untuk bersuara menentang ketidakadilan dan semua jenis ekstremisme. Marilah kita mempertingkatkan kesedaran kita dan pertimbangan kita bagi orang lain yang hidup di sekeliling kita dan melayani semua orang dengan kasih sayang, maruah dan hormat kerana kita semua anak-anak Tuhan. Sebagai Kristian di Malaysia kita terus berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan negara kita yang tercinta MALAYSIA. Kami berdoa agar Tuhan yang Maha Besar akan membantu dalam usaha pembinaan negara kita yang terus membentuk dan memakmurkan negara atas dasar kebenaran dan keadilan supaya kita boleh hidup bersama-sama dalam perpaduan, damai dan harmoni. Kita berdoa untuk kesediaan serta kesungguhan polis dan angkatan tentera kita untuk memastikan perlindungan dan keselamatan negara yang kita cintai. Kita terus berdoa untuk berkat kebijaksanaan dan keberanian moral dari Tuhan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet beliau, kesemua Mentri Besar negeri dan Ketua Menteri dan juga ahli-ahli Majlis Eksekutif mereka, dan semua Ahli Parlimen kita dan Wakil Rakyat Negeri, bahawa mereka akan mewakili rakyat dengan penuh tanggungjawab dan integriti, kejujuran dan mentadbir dengan adil, sentiasa mengecapi kebaikan bersama. Ditandatangani oleh: Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi Bishop Emeritus Antony Selvanayagam, Naib-Pengerusi Rev. Datuk Jerry Dusing, Naib-Pengerusi Bishop Philip Lok Oi Peng, Naib-Pengerusi

]]>

Dialog: Budaya kita ke?

Jalanan-LOGO-02-300x166 Dengan lataran kontroversi basuh anjing dan pergulatan penggunaan surau, Dialog Jalanan pada kali ini membentangkan renungan mereka mengenai kepentingan dialog antara budaya dan kaum untuk konteks Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Episod ini memaparkan perspektif saudara Zaid Kamaruddin dari IKRAM dan saudari Amanda Leonie wakil SALT (School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly). Pure Vibracion juga turut didengari.  Mengenai Dialog Jalanan:

Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami. ]]>

Dialog Sunni-Syiah: Mencari persefahaman dalam kepelbagaian (Bahagian 1)

Khilafiah dalam Aqidah         Perkara khilaf ini berlaku ekoran sifat nas Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri hadir dalam bentuk yang tidak jelas, makanya memerlukan kepada tafsiran yang diistilahkan sebagai ijtihad. Menurut al-Qaradawi, ijtihad itu terhasil berpuncakan kepada tiga perkara, iaitu dalam perkara yang ada nas yang punyai tafsiran yang banyak, atau nas yang banyak dilihat bertembung maksudnya dari sudut pemahaman dari kalangan ulama, dan kewujudan isu disamping tiada nas. (Fatawa Maasarah, jld 2, hlmn 649) Kekhilafan juga boleh berlaku ekoran manhaj pemahaman nas yang berlaku di kalangan para ulama mujtahid. Antaranya adalah seperti mazhab Hanafi yang meletakkan bahawa hadis ahad tidak boleh mengtakhsiskan umum al-Quran, sedangkan dalam mazhab selain Hanafi, perkara ini dibenarkan. Kekhilafan dalam memahami nas ini, bukan sekadar berlaku dalam perkara fiqh, tetapi berlaku juga dalam perkara aqidah. Dari sisi Sunni sendiri, perkara aqidah itu dilihat melalui dua kategori, iaitu perkara dharuri dan perkara nazari. Perkara dharuri adalah perkara yang tidak berlaku khilaf langsung, seperti tiada khilaf dalam menentukan kewujudan Tuhan, tiada khilaf dalam menentukan keesaan Tuhan, tiada khilaf bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penutup segala nabi,  dan sebagainya. Jika wujud mereka yang menyalahi perkara ini, maka ia sudah pasti bukan dari kalangan muslim. Ada satu sudut lagi adalah dalam perkara yang disebut sebagai nazari, iaitu perkara aqidah yang perlu kepada penilikan dan pemerhatian nas yang mendalam. Perkara nazari ini berlaku kerana melihat cara penurunan nas al-Quran dan al-Hadis itu sendiri tertakluk dengan tafsiran, atau disebut sebagai pendalilan secara sangkaan atau dalam sebutan pengajian usul al-Fiqh Zanniy al-Dilalah. Di kalangan ulama Sunni, mereka tidak sepakat dalam menentukan status bapa Nabi Muhammad SAW yang bernama Abdullah sebagai ahli neraka atau tidak. Ini kerana, terdapat satu Hadis yang apabila sahabat bertanya kepada Baginda Nabi SAW tentang keadaan bapa-bapa mereka di akhirat kelak, Nabi Muhammad SAW menjawab bahawa bapa mereka dan bapa Baginda SAW juga turut dalam neraka. (Hadis riwayat Muslim, hadis no : 302) Merujuk kepada aliran literalis dalam sunni dan seangkatan dengan mereka, bapa Nabi muhammad SAW itu dikira sebagai ahli neraka berdasarkan hadis saheh tersebut. Pendapat aliran kedua pula menyatakan bahawa Bapa Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikatakan sebagai ahli neraka. Ini kerana, hadis sandaran neraka bapa Nabi Muhammad SAW itu adalah ahad, sedangkan ia bercanggah dengan umum al-Quran yang menyatakan bahawa Allah SWT menyatakan dalam surah al-Isra’, ayat 15 yang mana Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum kecuali Allah SWT datangkan Rasul terlebih dahulu. Dalam kupasan al-Syaikh Muhammad al-Ghazali yang dinukilkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW adalah ahli syurga berdasarkan kepada umum al-Quran ini. Sedangkan hadis yang mengatakan bapa nabi masuk syurga itu adalah merujuk kepada bapa saudara baginda, bukan merujuk kepada bapa Nabi Muhammad SAW, iaitu Abdullah bin Abd al-Muttalib. (Kaifa Nata’amalu Ma’a al-Sunnah, hlmn 118) Khilaf juga berlaku di kalangan ulama-ulama usul al-Din dalam menentukan status Khaidir AS, apakah baginda seorang Nabi ataupun sekadar seorang lelaki soleh. Khilafiah Salafi – Khalaf         Dalam aliran sunni sendiri, terdapat dua aliran aqidah yang sering bertelagah yang kadangkala kelihatan seperti tidak ada jalan untuk mencari titik kesamaan. Perdebatan atas tajuk sifatiyah atau penentuan sifat Allah SWT yang melahirkan perdebatan panjang antara aliran Muktazilah dengan Hanabilah. Aliran Hanabilah ini kemudiannya dikenali sebagai salafi setelah hadir satu lagi aliran yang mengkritik aliran muktazilah yang dikepalai seorang tokoh yang asalnya muktazilah yang telah keluar dari aliran tersebut dan mengakui diri sebagai ahli Sunnah wa al-Jamaah bernama al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari yang alirannya dikenali sebagai Asyairah. (Dr Azmil Zainal Abidin, Sumbangan Aliran Asyairah dan salafiyyah di bidang Usul al-Din : Lakaran semula sejarah Pemikrian Tauhid Ahl al-Sunnah, hlmn 22) Pertembungan kedua-dua aliran ini adalah menjadikan golongan Hanabilah dikenali sebagai Salafi sebagai merujuk golongan terawal bertembung dengan muktazilah, sedangkan kelompok asyairah dikenali sebagai khalaf sebagai golongan terkemudian berhadapan dengan muktazilah. Aliran kedua-dua ini, jika dilihat ia boleh didamaikan dengan memahami bahawa kedua-duanya tumbuh ekoran pertembungan dengan aliran Muktazilah. Perbedaan mereka hanya method penggunaan dalam berhadapan dengan muktazilah; satunya menggunakan method nas secara terus, dan di pihak satu lagi menggunakan method akal. Dalam berbeda method, tetapi mereka hakikatnya punyai satu tujuan, iaitu berhadapan dengan muktazilah. Namun begitu, pertembungan mereka itu tidak dilihat dengan jiwa besar, melahirkan pertembungan yang membimbangkan. Aliran asyairah radikal dikenali sebagai Ahbash dengan berani mengkafirkan sebilangan tokoh-tokoh besar dengan menggunakan lebel wahabi, sedang dipihak dituduh wahabi pula mempertahankan diri mula menyatakan sesat terhadap pihak ahbash. Pertembungan ini hakikatnya boleh diselesaikan dengan sikap berjiwa besar dan bersedia berhadapan dengan khilaf, iaitu mencari damai dalam perbedaan, bukan mencipta retak pada bangunan kukuh. Ini kerana, sifat perbedaan itu sememangnya berlaku dalam kehidupan manusia, malahan ia boleh di atasi dengan sikap toleransi dan hormati perbedaan… (Rencana ini bersambung ke bahagian keduaketiga dan keempatnya)  

]]>

Peranan belia dalam menggalakkan dialog antara agama

FABC dan Dialog Antara Agama Semasa mesyuarat para uskup (bishop) Se-Asia pada tahun 1970, para uskup menegaskan bahawa “dialog dengan sesama Asia yang komitmennya dengan agama lain semakin penting”. Salah satu resolusi 1970 mengatakan: “Kami berjanji untuk bersikap terbuka, ikhlas dan secara berterusan berdialog dengan saudara-saudara kita dari agama-agama besar lain di Asia, supaya kita dapat belajar dari satu sama lain bagaimana memperkaya diri secara kerohanian dan bagaimana untuk bekerja lebih efektif bersama-sama pada tugas kita yang sama untuk pembangunan manusia secara keseluruhan”. Sebelum bercakap mengenai antara agama, iaitu topik spesifik artikel ini, adalah diperlukan untuk memberi latar belakang ringkas mengenai Federasi Konferensi-Konferensi Para Uskup Asia (FABC/Federation of Asian Bishop Conference). FABC adalah struktur afiliasi transnasional yang membawa bersama dalam persidangan 14 uskup dari negara-negara berikut sebagai anggota penuh: Bangladesh, India, Indonesia, Jepun, Korea, Laos-Kemboja, Malaysia-Singapura-Brunei, Myanmar (Burma), Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, dan Vietnam. FABC mempunyai 11 ahli bersekutu diambil dari bidang kuasa gereja Timor Timur (East Timor), Hong Kong, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Macau, Mongolia, Nepal, Siberia, Tadjikistan, Turkmenistan, dan Uzbekistan. Oleh itu, secara total, 28 buah negara diwakili dalam FABC, yang berkembang dari pertemuan bersejarah seramai 180 para Uskup Katolik di Asia dengan Pope Paul VI semasa lawatannya ke Asia pada tahun 1970. Selama 30 tahun kewujduan FABC, ia telah membangunkan kaedah teologi mereka sendiri dan visi untuk gereja di Asia, ini boleh dilihat dalam pelbagai laporan dan pernyataan mereka. Seterusnya ini telah merangsang refleksi teologi (theological reflection) kemunculan ramai ahli professional dan ahli teologi Asia yang menyumbang kepada pertumbuhan teologi Asia yang diinkulturasikan. Dialog, Dialog, Dialog Dialog menjadi keutamaan dalam keprihatinan FABC. Fr. Felix Wilfred menyatakan bahawa “jika kita meringkaskan orientasi FABC dalam satu kata, maka itu adalah ‘dialog’”. Menurut dia, dialog “membebaskan Gereja dari menjadi komuniti yang egois, dan menghubungkannya dengan orang-orang di semua bidang dan dimensi kehidupan mereka”. Fr. Michael Amaladoss juga berpendapat bahawa inkulturasi dan dialog adalah perlu dan penting dalam melakukan penginjilan di Asia. Dan Pope Francis juga menekankan perlunya dialog konstruktif dan membina dalam menghadapi masa kini. Agama yang sepatutnya menjadi kuasa-kuasa perpaduan, sedang menyebarkan kebencian, persaingan dan perpecahan. Fundamentalisme agama yang bertumbuh di serata tempat dan ahli politik menggunakan agama dan simbol-simbol agama untuk kepentingan politik mereka sendiri. Menurut Uskup Agung Thomas Menamparampil dalam wawancara dengan Fides News, di Asia, fundamentalisme agama merupakan bahaya terbesar yang sedang kita alami: seperti, Pentakostalisme, yang menarik dan mengambil umat Katolik dari Gereja, dan juga fundamentalisme Islam, yang mengganggu keharmonian sosial dan agama “. Untuk fenomena ini Gereja “tidak boleh bertindak balas dengan pendekatan agresif” tapi “menyiasat dan memahami sebab-sebab sosial dan psikologi yang membuatkan mereka bertumbuh”. Istilah fundamentalisme yang bersifat pujian pada tahun 1920 telah kini diiystiharkan sebagai perkaataan yang memegang konotasi negatif atau buruk, sebagai “berfikiran sempit, taksub, membangkang untuk peningkatan dan penyebaran pengetahuan, dan berpuak”. Satu lagi petanda umum dalam fundamentalisme agama adalah kesedaran terhadap ketegangan antara “kita”, “kumpulan dalam” dan “mereka”, “kumpulan luar”. Dengan “perasaan-kekitaan” dan solidariti dalam kumpulan yang kuat, kumpulan fundamentalis ini memiliki kecenderungan untuk menilai kumpulan lain dengan standard dan nilai-nilai mereka sendiri. Disebabkan prasangka dan sikap tidak bertoleransi dari “kumpulan dalam”, perasaan saling hormat dan kerjasama menjadi hampir mustahil. Yang tertindas dan terpinggirkan Kanak-anak, belia dan wanita paling terdedah kepada fundamentalisme agama dan berada dalam kedudukan yang lemah. Untuk kanak-kanak dan belia, proses pembangunan mereka boleh terbantut atau disekat apabila mereka terbentuk dalam konteks ancaman dan takut kepada yang lain daripada mereka, iaitu apabila mereka dilatih untuk menerima tanpa soal apa yang pemimpin ajarkan tentang tradisi, apabila mereka hanya diajar kebenaran mutlak mengenai apa yang benar dan tidak dan tidak diajar mengenai pelbagai alternatif dan budaya berlainan dan ketika mereka dibesarkan dalam persekitaran patriarki yang didominasi oleh lelaki. Fasa-fasa pembangunan untuk mencapai kematangan merupakan satu proses peralihan atau zaman perubahan untuk meningkat dewasa dan pengalaman ini membawa banyak pertanyaan yang menyebabkan belia merasakan tidak selamat atau mempunyai keraguan diri. Dan kumpulan fundamentalis mungkin menjadi menarik untuk orang-orang muda yang masih dalam proses pembentukan untuk menentukan identiti mereka dan memerlukan semangat kekitaan dan keselamatan yang dijanjikan oleh kumpulan fundamentalis. Golongan muda yang sekarang terdedah dengan nilai-nilai moden melalui teknologi dan media, juga berasa keliru dan bingung dengan banyak pilihan yang disajikan kepada mereka. Untuk menjalani kehidupan yang memerlukan refleksi berterusan untuk memikirkan pilihan-pilihan ini mungkin membebankan dan ini membawa mereka untuk mencari asas yang kuat dari iman kelompok fundamentalis yang menawarkan “jawapan mudah untuk segala pertanyaan rumit.” Dalam beberapa kes, kanak-kanak yang lahir dan dibesarkan dalam persekitaran fundamentalis tidak akan menganggap diri mereka sebagai fundamentalis sampailah mereka berinteraksi dengan “kumpulan-luar”. Bagi wanita, semua fundamentalis cenderung untuk mengidealkan struktur patriarki dalam otoritas dan moraliti. Lelaki dinilai sebagai pemerintah, dan perempuan harus tunduk. Sudut pandangan ini menyebabkan banyak pelanggaran hak-hak wanita dan kanak-anak dalam kebanyakan masyarakat. Hal ini juga berpendapat bahawa, negara yang mengambil ideologi fundamentalisme agama sebagai ideologi negara menyediakan kepentingan patriarki dan kapitalis di mana tuntutan ekonomi kapitalis mempunyai implikasi yang sangat serius bagi wanita. Peranan belia Kita perlu untuk menyesuaikan dan mendidik orang ramai terutama wanita dan belia dalam tafsiran yang betul dan pengunaan Kitab Suci, untuk mempromosikan nilai-nilai yang membawa kepada perkembangan manusia. Jadi, apabila kita membina program pembentukan, pemahaman teologi harus menjadi sebahagian daripadanya. Ini perlu membantu mereka mengembangkan kepercayaan dan identiti mereka. Pendidikan agama perlu pergi jauh lagi dan kreatif dan bukan hanya mengulangi doktrin-doktrin Gereja. Kerana dengan mengatakan bahawa kita adalah baik, tidak semestinya bermakna bahawa yang “lain” tidak baik, mereka juga boleh jadi baik. Program pembentukan belia seharusnya mempunyai elemen antara agama, dan ia tidak seharusnya mengambil pendekatan benci. Pendidikan antara agama harus memasukkan aktiviti yang boleh membina komuniti dan tidak bersikap ekslusif, berpecah dan diskriminasi. Antara lain, ia harus: – Membantu dalam menggambarkan stereotype kita terhadap “mereka”. – Membantu dalam menilai dan memahami struktur sosio-ekonomi, budaya dan politik yang membawa kepada ketidaksamarataan, ketidakadilan dan diskriminasi. – Menggalakkan belia untuk melibatkan diri dalam tindakan-tindakan yang boleh membawa kepada perubahan sosial dan hak asasi untuk semua. Bukan itu sahaja tetapi ianya harus kreatif dan tidak tertakluk dalam bilik darjah sahaja. Dimana ianya juga boleh dilakukan secara tidak formal, dan memasukkan ajaran agama, iman dan spiritualiti lain. Contohnya: – Membuat seminar, persidangan, latihan mengenai ajaran agama yang lain. – Mengajak agama lain untuk memimpin doa/servis dalam tempat latihan. Melawat dan menyertai servis agama lain. Merayakan perayaan agama lain. – Merayakan perayaan antara agama yang penting seperti, hari hak asasi manusia, hari wanita sedunia. – Dan mempertahankan “agama lain” apabila mereka dianiayai, walaupun komuniti agama anda sendiri menyokong penganiayaan itu. – Bekerjasama dengan agama lain untuk keadilan, keamanan, hak asasi manusia dan pembangunan manusia. Apa Gereja boleh pelajari daripada dialog dengan agama lain di Asia dan pengetahuan yang diperolehi? Menurut Persidangan Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei;- Dari Islam Gereja boleh belajar tentang solat, puasa dan zakat. Dari Hindu Gereja boleh belajar tentang renungan rohani (meditation). Dari Buddha Gereja boleh belajar tentang pelepasan dari barang-barang material dan menghargai kehidupan. Dari Konfusianisme Gereja boleh belajar tentang berbakti dan menghormati orang tua. Dari Taoisme Gereja boleh belajar tentang kesederhanaan dan kerendahan hati. Dari Animisme Gereja boleh belajar tentang penghormatan dan penghargaan terhadap alam sekitar dan terima kasih atas tuaian. Gereja boleh belajar dari simbolisme yang kaya dan upacara yang sedia ada dalam kepelbagaian adat mereka. Gereja boleh, seperti agama-agama Asia, belajar menjadi lebih menerima, terbuka, sensitif, bertolak ansur, dan mengampuni di tengah-tengah kepelbagaian agama.     (untuk bibliografi lanjut, sila hubungi editor@projekdialog.com)

VERMOX
]]>

Dialog Jalanan: "Syiah di Malaysia: Satu ancaman?"

Dialog Jalanan

Minggu ini kami merenungkan isu Syiah yang sedang hangat digembar-gemburkan wacana arus perdana. Kami bertanya: apa itu Syiah? Siapa itu Syiah? Dan mengapa mereka sering ditindas di negara ini? Episod ini juga menampilkan penjelasan asas mengenai Syiah di Nusantara oleh saudara Faisal Tehrani dan sepetik lagu oleh Dum Dum Tak. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami.
VERMOX
]]>

Projek Dialog membantah stigmatisasi penganut Mazhab Syiah

Projek Dialog Membantah Pengharaman dan Stigmatisasi Penganut Mazhab Syiah 

Projek Dialog berasa kesal akan tindakan kerajaan untuk mengharamkan penganutan fahaman Syiah di Malaysia. Hal ini adalah berikutan daripada kenyataan anti-Syiah oleh beberapa menteri kabinet dan ahli politik, diantaranya ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri, dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Projek Dialog membantah akan ancaman keras, penindasan dan prejudis pihak berkuasa serta sesetengah pihak berkepentingan terhadap golongan bermazhab Syiah di negara ini. Sebelum ini, Projek Dialog pernah menulis sebuah kenyataan media berkenaan bantahan kami terhadap Bengkel Bahaya Syiah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kami juga telah menulis rencana mengenai isu-isu yang dihadapi oleh golongan Syiah di negara ini. Penghukuman golongan bermazhab Syiah oleh pihak berkuasa kerajaan berakar sejak tahun 1980-an akan tetapi menjadi lebih buruk sejak 1990-an. Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan Kementerian Penerangan juga telah bersatu mengambil langkah drastik untuk menekan golongan minoriti Islam ini. Pihak media dan alim ulama arus perdana juga tampak giat menfitnah Syiah sebagai bukan agama Islam. Ini adalah aneh memandangkan mazhab Syiah diiktiraf oleh OIC seperti termaktub dalam Islamabad Declaration 2007. Projek Dialog juga mengingatkan kerajaan bahawa Malaysia tidak terlepas dari Universal Declaration of Human Rights (1948) dan ASEAN Human Rights Declaration (2012) yang telah ditandatangani oleh negara. Islam mengajar umatnya mendalami nilai-nilai kemanusiaan dan kedamaian sejagat, dan nilai-nilai tersebut adalah terpaut dalam sejarah kedatangan Islam di sini. Sejarah menunjukkan ajaran Sunni dan Syiah telah berkembang dengan amannya di Asia Tenggara, termasuk juga di negara ini. Kerajaan-kerajaan Melayu dahulu kala menghormati, malah menerima kepelbagaian beragama di kalangan masyarakat majmuk. Sejarah kedatangan agama Syiah di Malaysia telah wujud sejak kurun ke-12. Ia tersebar luas ke kawasan-kawasan di Indonesia (terutamanya Aceh), Thailand dan Malaysia oleh pedagang-pedagang dari Selatan India. Bahkan, penerapan fahaman Syiah adalah amat mendalam dan mempengaruhi kebudayaan dan kesusasteraan masyarakat Melayu di sini. Antaranya adalah Hikayat Muhammad Hanafiyyah, ia merupakan manuskrip teks Melayu yang terawal, dipercayai berasal-usul daripada Parsi. Hikayat tersebut menceritakan sejarah awal Syiah melalui peperangan epik di antara puak regim Umayyad yang diketuai oleh Muawiyah dan Abu Hurairah, terhadap Muhammad Ibn Al-Hanafiyyah, anak kepada Khalifah Ali Bin Abi Talib. Selain itu, tokoh sastera awal seperti penyair terkenal kurun ke-17, Hamzah Fansuri, sering menyelitkan unsur-unsur falsafah mistik Syiah dalam syair-syairnya. Syair-syairnya nan indah juga telah sedikit sebanyak mengembangkan pemikiran Wahdatul Wujud (unity of existence). Sejarah perkembangan Syiah tersebut menunjukkan dakwaan bahawa Syiah akan memesongkan umat Islam adalah tidak benar sama sekali, bahkan Syiah telah memperkayakan lagi budaya dan pemikiran masyarakat Melayu di benua ini. Malaysia tidak boleh bermuka-muka di peringkat lokal dan bersikap lain di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh sepuluh orang qari bermazhab Syiah dari Iran dan Iraq telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia sejak tahun 1961, akan tetapi di peringkat tempatan  penganut Syiah dianiayai dengan begitu teruk sekali. Kita sebagai umat Islam sepatutnya menghargai kepelbagaian dan keunikan agama di Malaysia, sumber-sumber keintelektualan dan sastera Melayu yang disumbangkan oleh agama-agama termasuklah dari Syiah adalah tidak terhingga nilainya. Al-Quran juga memberi penekanan dalam kepentingan kepelbagaian dan sikap inklusif di kalangan umatnya. Manusia yang tidak menghargai sejarah dan kebudayaan di sekelilingnya, akhirnya akan menjadi seorang yang daif ilmu dan cetek nilai. Negara yang tidak memelihara kepelbagaian di kalangan umatnya, akhirnya akan ketandusan nilai kemanusiaan dan ketuhanannya. Demikian itu, Projek Dialog berharap rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di negara ini mampu mencelikkan kerohanian minda mereka agar tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur ancaman dan penindasan terhadap komuniti Syiah yang dibawa oleh pihak-pihak berkepentingan. Kami menyarankan agar alim ulama negara ini memainkan peranan penting dalam mendidik umat dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat, serta mengamalkan prinsip berdialog atau bermuzakarah dalam menangani isu-isu keagamaan minoriti. Akhir sekali, kami berharap pihak berkuasa dapat menarik balik kenyataan mereka terhadap pengharaman penganutan Syiah di negara ini, dan sebaliknya mengamalkan pemerintahan yang memelihara kemajmukan dan keadilan sosial di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.
VERMOX
]]>