Agama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian Realiti masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai kepelbagaian latarbelakang termasuk agama ternyata masih belum berjaya membina hubungan harmoni dengan semangat satu bangsa Malaysia. Kebelakangan ini bermacam-macam isu berkaitan agama sering timbul khususnya melibatkan agama Islam, agama rasmi Negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang turut memberi jaminan hak kebebasan mengamalkan agama-agama lain. Namun, perkara ini gagal ditafsir dengan jelas menyebabkan pelbagai permasalahan berlaku antara komuniti agama. Keadaan politik semasa yang semakin kompetitif terutamanya selepas pilihanraya ke 13 tahun lalu menjadikan situasi hubungan antara agama menjadi lebih rumit, hinggakan sering sekali agama terjerat, lalu mengundang perbalahan berasas sentimen. Permasalahan ini memuncak baru-baru ini berkenaan isu penggunaan nama ‘Allah’, dimana keputusan melalui prosedur kehakiman gagal menghasilkan penghakiman yang memuaskan atau diterima adil oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Tentu sekali banyak lagi permasalahan berkaitan antara agama yang lain termasuk isu perarakan kepala Lembu, sembelihan korban Aidil Adha di sekolah, isu Al-Kitab serta penyebaran agama Kristian, juga penggunaan surau untuk aktiviti agama Buddha. Permasalahan agama juga berlaku dikalangan sesama masyarakat Islam, khususnya penghukuman terhadap komuniti Syiah yang diisytiharkan sesat dan mengancam akidah majoriti penganut Islam di Malaysia. Permasalahan melibatkan hak dan sensitivitI keagamaan ini dilihat akan terus berterusan selagi mana kita sebagai masyarakat Malaysia terus gagal memahami permasalahan serta bersungguh dalam merencana penyelesaian. Atas dasar meningkatkan pemahaman dengan semangat meraikan kepelbagaian, Projek Dialog mengambil inisiatif membincangkan permasalahan dan penyelesaian terhadap isu-isu agama melalui pelbagai perspektif dalam forum “Agama di Malaysia: Masalah dan Penyelesaian” pada Sabtu, 25hb Januari di Pusat Rakyat Loyar Burok, Bangsar (Berhampiran LRT Bangsar). Forum ini akan menampilkan Ust. Wan Ji At-Ta’aduddi, Lindu Livan, Uthaya Sankar dan Fazril Saleh. Forum ini terbuka untuk semua warga Malaysia yang berminat mencipta Malaysia yang lebih aman dan harmoni. Sila daftar kehadiran anda dengan makluman menerusi email kepada ehsanshahwahid@gmail.com. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ehsan di talian 012-2631160. Mengenai panelis: Wan Ji At’ta’aduddi adalah pengasas Sekolah Pemikiran asy-Syatibi. Beliau aktif bergiat dalam dakwah, wacana sosio-politik dan penulisan keagamaan sepenuh masa. Lindu Livan berasal dari Sabah, terlibat dalam memperkasakan golongan muda melalui organisasi School of Acting Justly, Loving Tenderly, Treading Humbly (SALT) dan merupakan mantan exco kepada Persatuan Katolik Pelajar. Uthaya Sankar SB ialah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan dan penulis sepenuh masa yang berani bersuara mewakili golongan yang sering ditindas dan dizalimi. Catatan mindanya boleh diikuti diuthayasb.blogspot.com Fazril Salleh merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bergiat aktif sebagai aktivis belia dan Islam. Beliau juga merupakan tenaga pengajar di Kolej Darul Hikmah bagi subjek Tamadun Islam dan Pengajian Malaysia. Projek Dialog ialah satu ruang wacana sosial yang ingin memajukan deialog dan persefahaman antara pelbagai suku kaum dan agama di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari www.projekdialog.com
]]>Apabila agama dimangsakan untuk darah
“Bismillah al-Rahman al-Rahim” terikat di telinganya.
Perkara yang sama tertimpa pada seorang tokoh sufi bernama Abu Hayyan Al-Tauhidi. Beliau diarahkan bunuh oleh seorang menteri bernama al-Muhallabi ekoran fatwa ulama hadis bernama al-Zahabi (pengarang kitab siyar al-‘alam wa al-Nubala’) yang telah menuduh beliau sebagai mulhid (ateis).
Seorang ulama bernama Ibn Subki menyatakan bahawa Al-Zahabi mengkafirkan Abu Hayyan kerana beliau benci dengan kesufian, sedangkan menurut Ibn Subki beliau tidak berjumpa satu pun alasan untuk membuktikan bahawa Abu Hayyan telah menyanggahi aqidah Islam.
Bughah?
Terbaru dalam salah satu portal akhbar internet, satu lagi kenyataan yang telah keluar dari salah seorang penjawat jawatan mufti di Malaysia yang menhalalkan darah mereka yang terlibat dengan demonstrasi kenaikan kos sara hidup.
Kenyataan pro-pemerintah ini ternyata menyimpang dengan dasar agama Islam dan nilai kemanusiaan. Ini kerana, sifat agama itu adalah mendamaikan dan memberikan hak kepada yang berhak.
Bughah yang dituduh terhadap pendemo pula amat tersasar dari maksudnya. Ini kerana, maksud bughah adalah pemberontakan bersenjata oleh mereka yang sekian lama tidak membayar cukai atau mengangkat senjata dengan melakukan serangan pertumpahan darah terhadap rakyat dan penguasa. Mereka lakukan itu disebabkan ketaatan mereka terhadap ketua yang ditaati.
Gambaran ini dilihat pada definisi Bughah menerusi kitab “Hasyiata Qalyubi wa Umairah” bahawa; “Mereka adalah golongan yang menyalahi pemerintah dengan keluar menentangnya dan meninggalkan ketaatan kepadanya atau melarang dari menunaikan hak yang diwajibkan kepada mereka seperti (tidak membayar) zakat dengan syarat mereka punyai kekuatan persenjataan dan punyai ta’wil untuk keluar mereka terhadap pemerintah itu.”
Demonstrasi bukan gerakan persenjataan yang melibatkan pertumpahan darah, malahan ia sekadar himpunan ramai di kalangan rakyat untuk menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. Tindakan rakyat itu selaras dengan tuntutan hadis bahawa Nabi Muhammad SAW ada menyatakan, “agama itu adalah nasihat”.
Juga selaras dengan hadis yang lain bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang ada hak, maka hendaklah diberikan ruangan bersuara”.
Tindakan rakyat itu juga tidak ada beza sepertimana kritikan seorang perempuan tua terhadap Saidina Umar tentang mahalnya mas kahwin.
Namun, ramai agamawan, sama ada berjawatan mufti atau tidak, sudah tidak punyai jiwa yang berasaskan roh Islam, mereka lebih suka menggunakan agama untuk menafikan hak rakyat ini.
Agama dan pemerintah
Agama adalah indah, tetapi ia dikotori oleh tangan-tangan agamawan yang tidak bertanggungjawab. Sifat agama adalah manusiawi, tetapi ternafi kemanusiaannya ekoran fatwa-fatwi dari individu yang lebih mementingkan diri.
Ekoran itu agama yang dimasukan dalam pemerintahan tidak mendatangkan kebaikan. Keburukan itu datang bukan kerana agama tidak baik, tetapi individu agamawan yang berada dalam pemerintahan yang memanipulasikan agama demi keburukan yang mereka telah atau sedang lakukan.
Menghalalkan darah pengkritik kerajaan bercanggah dengan Islam. Akan tetapi ia akan dilihat seperti benar jika dibalut dengan imej fatwa: Kata-kata sebegitu akan dianggap sebagai dosa jika datang dari mulut orang yang berseluar pendek, tetapi dilihat seperti pahala jika datang dari orang yang memakai kopiah, serban dan jubah, dengan nama-nama yang bermula dengan “sohibus samahah”, “Dato’ mufti” dan sebagainya. Malapetaka ini menjadikan agama kelihatan buruk. Ia wajar dibendung.
Justeru itu, nilai-nilai agama perlu dirohkan dalam pemerintah, bukan didominasi agamawan- agamawan atau jabatan-jabatan politik yang berlebelkan agama.
Wallahu alam.
(sila emel editor@projekdialog.com untuk bibliografi dan rujukan penuh petikan-petikan di atas)
Hanya Allah mempunyai kuasa mutlak
“Tidak kami disuruh kecuali mengabdikan diri kepadaNya dalam keadaan Ikhlas kepada agama”. (Surah Al-Baiyyinah, ayat 5)
Dari sudut dunia pula, kebaikan yang dilakukan tetap dikira sebagai kebaikan, tidak kira pelaku itu Muslim atau tidak. Keburukan pula adalah keburukan, tidak kira pelaku itu tidak Muslim atau tidak.
Penilaian sesuatu itu baik, tidak semestinya mesti ia datang dari orang Islam. Sesuatu tindakan oleh orang bukan Islam tidak semestinya buruk hanya kerana akidahnya semata-mata.
Dalam hadis, dipamerkan Nabi memuji keadilan raja Habshah, walaupun ketika itu beliau seorang beragama kristian. Malahan, di suruh para sahabat berlindung di bawah pemerintahan tersebut.
Dalam Al-Quran pula, ada pengiktrafan terhadap amanah yang dilakukan oleh Abdullah bin Salam ketika beliau belum lagi beragama Islam. Firman Allah yang bermaksud, “Sebilangan Ahli Kitab, mereka yang diberikan amanah harta yang banyak, mereka akan diberikan kepada kamu” (Surah Ali-Imran, ayat 75)
Dalam Al-Quran juga, dipamerkan bahawa Allah tidak akan membinasakan negara yang diperintah oleh orang bukan Islam, jika negara itu terdapat rakyat yang saling melakukan islah atau pembaik pulih antara setengah dengan setengah yang lain.
Firman Allah yang bermaksud, “tidaklah Tuhan kamu membinasakan kerajaan secara zalim dalam keadaan ahli (rakyat) saling melakukan islah atau pembaik pulih” (Surah Hud, 117)
Dalam meniliti ayat ini, Al-Imam Fakhr Al-Din Al-Razi menyatakan, “Maksudnya adalah, Allah swt tidak akan membinasakan rakyat sesebuah negara dengan sebab mereka mensyirikkan Allah dalam keadaan mereka saling baiki membaiki dan saling berbuat baik dalam urusan sesama mereka.
Sesungguhnya kebinasaan itu tidak diturunkan dengan sebab rakyatnya tidak beraqidah Islam, tetapi diturunkan kebinasaan dengan sebab buruk dalam urusan sesama mereka, disamping mereka tidak berhenti dari melakukan kerosakan dan kezaliman.”(Rujukan: Fakhr Al-Din Al-Razi (meninggal 606 Hijrah), Mafatih Al-Ghaib (nama lain: Al-Tafsir Al-Kabir), Dar ihya’ Al-Turath Al-‘Arabi – Bairut, tarikh : 1420 Hijrah)
Islam mengutamakan kelayakan
Islam meletak bahawa perlantikan seseorang pemerintah itu berdasarkan kepada kelayakan, bukan berasaskan keturunan. Nabi muhammad SAW ada menyatakan yang bermaksud, “Apabila disandarkan urusan itu kepada orang bukan berkelayakan, tunggulah saat kehancuran”. (Al-Bukhari, Hadis no : 59)
Sebarang tindakan yang mendatangkan kerosakan, bukan dari kehendak Islam. Sabda Nabi yang bermaksud “tiada kerosakan kepada diri sendiri dan kerosakan kepada orang lain dalam Islam” (Al-Tibrani, Al-Mukjam Al-Awsat, hadis no : 5193)
Dari sudut kepercayaan, Nabi SAW menyatakan bahawa kerosakan, malahan kehancuran bakal berlaku dengan melantik pemerintah yang tidak berkelayakan. Jelas dan nyata, perlantikan bukan kerana keturunan, tetapi dengan kelayakan.
Lebih nyata lagi, sistem perlantikan berasaskan kepada keturunan bukan kehendak Islam itu dilakukan oleh seorang sahabat dari kalangan Bani Umayyah bernama Muawiyyah, sedangkan Nabi SAW pernah berkata, “lelaki yang mula-mula menukarkan sunnah aku adalah lelaki dari Bani Umayyah”. (Albani, Silsilah Al-Ahadis Al-Sahihah, Maktabah Al-Ma’arif Li Al-Nasyr wa Al-tawzi’ – Riyadh, tarikh : 1422 – 2002, hadis no : 1749)
Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Albani, malahan dibahas oleh Syaikh Albani bahawa hadis ini bermaksud merujuk kepada menukar sistem pentadbiran kepada monarki. (Albani, Silsilah Al-Ahadis Al-Sahihah, Maktabah Al-Ma’arif Li Al-Nasyr wa Al-tawzi’ – Riyadh, tarikh : 1422 – 2002, jilid 4, muka surat 330)
Politik / siyasah
Siyasah punyai maksud pentadbiran, mendidik, mengurus dan pelbagai lagi. Jika Islam melihat penurunan Syariah untuk memberi kebaikan, manfaat dan kemaslahatan kepada manusia, makanya politik adalah sebagai alat untuk memastikan kebaikan, manfaat dan kemaslahatan itu tercapai.
Ekoran itu, Al-Qaradawi menyatakan bahawa siyasah itu adalah melaksanakan sesuatu yang dapat memberi kemaslahatan (manfaat dan kebaikan) kepada rakyat (Al-Siyasah Al-Syariiyyah Fi Nusus Al-Syariah wa maqasidiha, Maktabah wahbah – Kaherah, tarikh : 2005 – 1426, hlmn 29)
Allal Al-Fasi pula menyatakan bahawa politik itu perlu kepada tiga perkara, iaitu memberikan hak kepada yang berhak, mengakui keadilan dan tadbir urusan rakyat dengan baik. (Maqasid Syariah wa makarimuha, Dar Al-Salam, tarikh : 2011 – 1432, hlmn 165)
Nyata di sini bahawa politik dalam Islam itu adalah berusaha sedaya mungkin agar tercapai kemaslahatan dan kemanfaatan untuk rakyat semaksima mungkin. Sesuatu sistem yang boleh menghalang tercapainya kemaslahatan semaksima mungkin, maka ia bukan kehendak Islam.
Demokrasi
Meneropong dari sudut sejarah politik umat Islam sejak zaman penurunan wahyu dan selepas itu, didapati bahawa sifat politik itu tidak statik, tetapi bersifat berubah-ubah.
Ini dapat dibuktikan dengan cara pelantikan Abu Bakar Al-Siddiq tidak sama dengan cara perlantikan Umar bin Al-Khattab. Begitujuga cara perlantikan Umar tidak sama dengan perlantikan Osman bin Affan, seterusnya cara perlantikan Ali bin Abi Talib.
Di era Muawiyyah, berlaku peperangan saudara melibatkan sesama Muslim, menjadikan bentuk politik umat Islam bertukar kepada monarki. Dari satu sisi, dilihat bahawa perubahan kepada monarki kerana nak elak dari diambil peluang oleh musuh-musuh luaran.
Namun, di era kini pengamalan demokrasi semakin berkembang di negara-negara umat Islam. Dalam keadaan begitu, demokrasi bukan sistem yang baik, tetapi dalam maksud mengurangkan kerosakan, demokrasi jauh lebih baik jika mahu dibandingkan dengan monarki.
Malahan, sebilangan sarjana-sarjana Muslim seperti Rashid Al-Ghanoushi dan Hasan Al-Turabi menyatakan bahawa demokrasi dari sudut rohnya selaras dengan ajaran Islam.
Dari perbahasan ini, kelihatan bahawa monarki bukan sistem yang dianjur oleh Islam, tetapi penggunaannya di era Muawiyyah adalah berasaskan darurat, iaitu keterpaksaan kerana hendak mengelak dari berlaku kerosakan yang lebih besar.
Ia sama seperti Islam mengharamkan makan babi, tetapi diizinkan makan kerana darurat, seperti tiada makanan lain kecuali babi untuk menjaga nyawa, maka babi itu dibenarkan untuk dimakan.
Namun, selepas nyawa sudah terjaga, maka hukum makan babi itu menjadi haram semula. Dalam mantiq yang sama dalam melihat pengamalan monarki di era Muawiyyah.
Wallahu alam
Temubual khas bersama ketua pengarang The Herald
Nor Arlene Tan.
Nor Arlene Tan: Pertama sekali, saya ingin bertanya mengenai ‘The Herald’. Mengapa pihak gereja Katolik menerbitkan akhbar mingguan tersebut?
Rev. Lawrence Andrew: The Herald merupakan sebuah akhbar mingguan Katolik untuk masyarakat beragama Katolik. Maknanya, ia dijual khas untuk orang-orang Katolik sahaja dan bukan kepada orang lain. Setiap akhbar mingguan Herald akan dibungkuskan dan dihantar ke alamat gereja tertentu di seluruh Malaysia, kami tidak menjual dengan sesuka hati di luar kawasan gereja.
Ia merupakan sebuah akhbar keagamaan untuk orang Katolik berkenaan isu-isu perkembangan yang berlaku di gereja dalam negara mahupun di luar negara. Masyarakat Katolik akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam akan agama mereka sendiri.
Nor Arlene Tan: Mengapa menerbitkan akhbar mingguan The Herald dalam Bahasa Melayu?
Rev. Lawrence Andrew: Mengapa kami menerbitkan The Herald dalam Bahasa Melayu? Mengapa dalam Bahasa Tamil? Mengapa dalam Bahasa Cina? Mengapa dalam Bahasa Inggeris? Kami menerbitkannya dalam Bahasa yang difahami oleh pembaca-pembaca kami yang rata-ratanya lebih selesa membaca dalam Bahasa Melayu.
Nor Arlene Tan: Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu Islam boleh menjadi keliru jika perkataan “Allah” dipergunakan oleh agama lain. Setujukah anda dengan kenyataan tersebut? Bolehkah anda jelaskan sejarah dan makna “Allah”?
Rev. Lawrence Andrew: “Allah” adalah sebuah perkataan Arab, iaitu “Al-Ilah”, dan perkataan tersebut telah wujud sejak dari awal-awal lagi. Sebelum perkataan tersebut wujud dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu, ia telahpun wujud dan dipergunakan dengan luas orang ramai. “Allah” bukan perkataan Bahasa Melayu seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.
[caption id="attachment_2712" align="alignleft" width="225"] Reveren Lawrence membaca Herald Bahasa Inggeris.[/caption]
Sebagai contoh perkataan seperti “suci” dan “dosa” bukan sebuah perkataan Bahasa Melayu. Cuba bertanya dengan orang Melayu apakah perkataan “dosa” dalam Bahasa Arab?
Sebaliknya, “suci” dan “dosa” merupakan perkataan Sanskrit yang berasal dari India. Jadi, bila kita mula memahami asal-usul Bahasa Melayu, kita akan dapati Bahasa Melayu adalah berakar daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain.*
Maka demikian, perkataan “Allah” muncul dari zaman Arab dan juga pra-Arab, sebelum kemunculan agama Kristian yang awal. Dan agama Islam muncul selepas kedatangan Kristian.
Tidak sepatutnya wujud kekeliruan dikalangan orang Melayu kerana kamus yang terawal di negara ini adalah kamus terjemahan Latin-Melayu yang diterbitkan dalam tahun 1613, dan di dalam kamus tersebut telahpun terdapat penterjemahan perkataan “Allah” dari Bahasa Latin ke Bahasa Melayu. Yang menariknya, kamus Melayu masih belum wujud, tetapi kamus terjemahan Latin-Melayu telah wujud.
Jika kita melihat akan perkara ini, perkataan “Allah” telah wujud lebih awal daripada apa yang diperkatakan oleh sesetengah orang Melayu.
Nor Arlene Tan : Apakah sejarah penggunaan kalimah “Allah” di Malaysia?
Rev. Lawrence Andrew: Bahasa yang digunapakai oleh gereja Katolik di Malaysia atau Tanah Melayu sebelum jajahan kuasa kolonial British selama ini adalah dalam Bahasa Melayu. Bahasa tersebut ditukarkan ke Bahasa Ingeris selepas kedatangan kuasa kolonial British ke Tanah Melayu.
Apabila pihak British menyarankan penggunaan Bahasa Ingeris sebagai Bahasa pengantar dan juga orang ramai menjadi lebih berpendidikan, mereka mulai bertutur dalam Bahasa Ingeris. Apabila mereka menjadi lebih selesa bertutur dalam Bahasa Ingeris, Bahasa pengantar dalam gereja Katolik ditukarkan sebahagiannya daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Ingeris.
Selain itu, terdapat juga migrasi daripada India, orang-orang Tamil yang datang ke Tanah Melayu, serta imigrasi orang-orang Cina daripada China ke Tanah Melayu, wujudnya Bahasa-Bahasa penghantar yang lain digunapakai oleh gereja Katolik, bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Bahasa kuno yang telah dipakai sekian lama oleh pihak gereja Katolik di Tanah Melayu.
Bahasa Melayu bukan Bahasa yang baru sahaja digunapakai oleh gereja Katolik, ia telah digunapakai dalam Bahasa Melayu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Malah pihak gereja Katolik telah mengunakan Bahasa Melayu sejak kurun awal lagi semasa mesin pencetakan baru-baru digunakan untuk mencetak buku pada kurun ke-16.
Pada masa tersebut, gereja Katolik telahpun mempunyai buku-buku dalam Bahasa Melayu, dimana masyarakat Melayu zaman kini mungkin agak sukar membaca dan memahami kerana ejaan dan ayatnya adalah amat kuno.
Nor Arlene Tan : Apakah sejarah pengaruh dan perkembangan Bahasa Melayu dalam ilmiah Katolik?
Rev. Lawrence Andrew: Pernahkah anda mendengar nama tokoh Munshi Abdullah? Beliau adalah bapa persuratan Melayu. Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau juga telah menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu.
Sebutan ejaan Bahasa Melayu pada zaman itu dipengaruhi oleh pihak Portugis, Belanda dan British. Jadi bunyi sebutan tersebut adalah berdasarkan bunyi sebutan Bahasa Portugis.
Bahasa Melayu juga mempunyai pengaruhi daripada masyarakat kolonial, sebagai contoh, perkataan “motocycle” dalam Bahasa Ingeris, di dalam Bahasa Melayu adalah “motosikal”, di Indonesia adalah “sepeda motor”.
Lihatlah pengstrukturan Bahasanya adalah berbeza; Bahasa Melayu adalah dipengaruhi daripada Bahasa Ingeris, walhal Bahasa Indonesia dipengaruhi daripada Bahasa Belanda.
Jadi, kita dapat simpulkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai akar pengaruh yang mendalam daripada pelbagai Bahasa-Bahasa yang lain, termasuk juga Bahasa kolonial.
Nor Arlene Tan: Bolehkah anda menunjuk contoh bahan ilmiah Katolik dalam Bahasa Melayu pada zaman dahulu?
Rev. Lawrence Andrew: Saya akan menunjukkan sebuah buku daripada abad ke-19 bertajuk “Porkara Terakhir”. Ia sebuah buku bacaan doa bagi orang-orang Katolik dalam Bahasa Melayu. Ia BUKAN Bahasa Indonesia. Ia adalah Bahasa Melayu asli.
[caption id="attachment_2706" align="alignleft" width="300"]
Bab “Sombahiang” Porkara Terakhir.[/caption]
Sebagai contoh teks dalam buku Porkora Terakhir – “Ia, Maha Penebus ku, tiap kali beita sudah buat dosa, sudahlah beita mengalau angkau deri hati ku, sambel choba membunoh Allah sabuleh nha…”, ia adalah sebuah Bahasa sehari-harian di dalam Bahasa Melayu kuno; penggunaan ayat seperti ini tidak wujud dalam Bahasa Indonesia.
Yang satu lagi ini adalah buku bacaan doa Katolik bertajuk Kebaktian Se’hari Harian yang diterbitkan pada tahun 1890 juga menggunakan Bahasa Melayu kuno. Sebagai contoh teks dalam buku tersebut adalah “Sapuloh Penhurohan Allah”, ia merupakan 10 Rukun Perintah Allah daripada Bible (Ten Commandments).
Kedua-dua buku tersebut menggunakan kalimah “Allah” sebagai erti Tuhan.
Selain itu, perkataan lain yang digunapakai dalam Bible dan ilmiah Katolik dalam Bahasa Melayu adalah perkataan “Rasul”. Contohnya di dalam buku Kebaktian Se’hari Harian, perkataan Bahasa Ingeris “St. Paul” (Paul the Apostle) digelar sebagai “Elrasul Paulus” dalam Bahasa Melayu; dan “St. Luke” (Luke the Evangelist) digelar sebagai “Elrasul Lukas”.
Maka anda dapat melihat Bahasa Melayu telahpun digunapakai dalam gereja-gereja Katolik di Malaysia sejak lama dahulu sebelum pengaruh bahan ilmiah Katolik Bahasa Indonesia di negara ini.
Nor Arlene Tan: Adakah penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat bukan Islam diterima oleh masyarakat Melayu dan Islam ketika itu?
Rev. Lawrence Andrew: Bagaimana masyarakat pada masa itu menerima perkataan tersebut adalah sama seperti bagaiamana masyarakat pada masa itu menerima orang-orang India, Cina dan Eropah sebelum kemerdekaan. Mereka semua adalah kawan.
[caption id="attachment_2714" align="alignleft" width="300"]
Reveren Lawrence menerangkan mengenai Porkara Terakhir sebagai contoh dalam sejarah penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks Kristian di Semenanjung.[/caption]
Tanyalah pada datuk anda, pada masa dulu mereka akan duduk bersama bersembang sambil minum teh tarik atau makan nasi lemak dengan orang Cina dan orang India tanpa masalah perkauman atau agama.
Mereka juga akan pergi berkunjung ke rumah masing-masing. Dahulu, kawan-kawan Melayu saya sering berkunjung ke rumah saya, mereka akan datang bermakan sama-sama di rumah saya. Tetapi kini orang Melayu sudah tidak berani mengunjungi rumah orang bukan Islam.
Bapa saya mempunyai seorang pemandu Melayu yang selalu memandu kami ke sana-sini, dan dia akan selalu teman makan bersama-sama dengan kami.
Oleh kerana kami menghormati amalan agamanya, bila-bila masa kami memasak ayam di rumah, pada masa dahulu tiada supermarket, maka kami akan membeli ayam hidup di pasar dan dia akan menyembelihkan ayam tersebut untuk dimasak dan makan bersama-sama kami sekeluarga.
Pada masa dahulu, terdapat penerimaan semua agama dan bangsa, kami saling hormat-menghormati dan menerima amalan budaya dan agama setiap kaum.
Nor Arlene Tan: Adakah pihak gereja Katolik menyebarkan ajaran Katolik ke orang ramai?
Rev. Lawrence Andrew: Bagi pihak yang menuduh kami menggunakan Bahasa Melayu untuk menukarkan agama orang Melayu Islam, cuba mereka nyatakan berapakah orang Melayu telah menukar agama ke Kristian?
Cuba anda bertanya dengan A-G Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara Malaysia) apakah maksud perkataan “Our Father” dan “Hail Mary” dalam Bahasa Ingeris? Beliau akan memberitahu bahawa beliau pernah belajar di sekolah Katolik. Adakah beliau telah menukarkan agamanya ke Katolik? Tidak, beliau masih seorang Islam. Cuba bertanya dengan Dato’ Sri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) adakah beliau kenal “Our Father”, beliau juga pernah belajar di sekolah Katolik St. John.
Pihak gereja Katolik tidak sesekali pergi untuk menukarkan agama orang lain ke Kristian dengan sesuka hati. Jika mereka telah menukar agama dengan belajar di sekolah Katolik, mereka tidak akan menjadi orang Islam sampai sekarang.
Nor Arlene Tan: Barbincang berkenaan keputusan Makamah Rayuan kelmarin, bolehkah anda berkongsi pandangan anda dengan keputusan tersebut?
Rev. Lawrence Andrew: Keputusan Makamah yang pertama diputuskan pada 2009 adalah berasaskan undang-undang yang terdapat di negara ini. Ia berdasarkan kuasa kehakiman dan pengintepretasian prinsip undang-undang negara ini. Keputusan tersebut dihujahkan secara logik.
Tetapi di dalam Mahkamah Rayuan baru-baru ini, mereka sepatutnya mencari kesalahan dalam proses penghakiman bagi keputusan Makamah yang lepas jika mereka ingin mengubah keputusan di Mahkamah Rayuan.
Nor Arlene Tan: Mengapakah terdapat sensitiviti dan tentangan berkenaan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam di kalangan sesetengah orang Melayu Islam?
Rev. Lawrence Andrew: Siapakah orang-orang tersebut? Ibrahim Ali dan Perkasa. Siapakah mereka?
Mereka telah membuat bising dan bersikap anti terhadap orang bukan Melayu dan orang bukan Islam. Mereka memanggil orang bukan Melayu sebagai pendatang dan menyuruh mereka keluar ke negara ini jika tidak puas hati, mereka juga sibuk mengancam untuk membakar Bible, dsb.
Adakah ini budaya seorang Melayu? Orang Melayu tidak pernah mempunyai perlakuan sebegini.
Dimanakah perangai jahil ini muncul? Orang Melayu tidak pernah biadap seperti ini. Saya sendiri sejak dahulu tidak pernah mengalami atau berjumpa dengan seorang Melayu berakhlak sedemikian. Jika terdapat perselisihan atau persengketaan diantara agama atau kaum, orang Melayu akan duduk berbincang bersama-sama kami untuk menyelesaikan masalah dengan aman.
Apabila perkara buruk berlaku, mereka (Perkasa) akan sibuk berdemonstrasi di sana sini, tetapi kami dari pihak gereja tidak akan berdemonstrasi.
Kami menghormati undang-undang negara ini. Adakah kami membuat bising? Tidak sama sekali. Kami akur dengan proses undang-undang mahkamah dan bersedia melalui peringkat-peringkat seterusnya dalam prosedur penghakiman.
Nor Arlene Tan: Bagaimanakah reaksi masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak berkenaan dengan isu kalimah “Allah” ini?
Rev. Lawrence Andrew: Itulah mereka berasa sangat tersinggung.
Mereka berkongsi satu Bahasa – Bahasa Melayu. Oleh kerana mereka bertutur dalam Bahasa yang sama, secara tiba-tiba orang Kristian di sana dihalang daripada menggunakan kalimah “Allah”.
Di dalam penerbitan The Herald bulan Oktober ini, terdapat nukilan editorial dari akhbar-akhbar utama di Pakistan dan Turki yang mengatakan keputusan penghakiman ini adalah salah. Sesiapa tidak boleh mempunyai hak cipta terhadap perkataan “Allah”, ini termasuk juga orang Melayu.
Nor Arlene Tan: Adakah pihak gereja Katolik mengadakan penglibatan komuniti atau dialog antara agama dengan orang Melayu Islam untuk menjelaskan situasi sebenar dan meredakan sentimen?
Rev. Lawrence Andrew: Kami aktif dalam Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST). Mereka mengetahui dan simpati tentang isu tersebut, dan hadir memberi sokongan kepada kami semasa pengumuman keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
Kami juga menerima banyak sokongan daripada orang Islam dan organisasi Islam seperti Sisters In Islam (SIS). Marina Mahathir juga telah bersuara dan menulis terhadap isu ini.
Menariknya, juga terdapat di internet berkenaan cerita “Ayah” – jangan membiarkan anak-anak kamu memanggil dirimu “Ayah”, kerana anak-anak kami memanggil kami “Ayah”.
Nor Arlene Tan: Pada pendapat anda, apakah pengislamisasian (Islamization) yang merebak ke negara ini adalah pengaruh daripada perkembangan Islam global atau situasi politik dalam negara ini?
Rev. Lawrence Andrew: Ramai yang mengatakan pencambahan pengislamisasian ini berlaku kerana perkembangan Islam global yang berlaku di Iran dan Timur Tengah, seperti kebangkitan Arab (Arab Spring) di Timur Tengah.
Pada pendapat saya, peristiwa tersebut tidak memberi kesan mendalam kepada pemikiran masyarakat kita.
[caption id="attachment_2716" align="alignleft" width="225"]
Penggunaan Bahasa Melayu memang tidak asing dalam sejarah Kristian di Malaysia.[/caption]
Namun begitu, saya akui terdapat pengarabisasian (Arabization) di negara ini semasa zaman 90-an, sebagai contohnya wujudnya pergerakan Al-Arqam yang kini telah diharamkan, wanita mereka berpakaian jubah penuh dan berniqab, ini sememangnya adalah pengaruh daripada budaya Arab.
Dahulunya, orang-orang Melayu lebih suka bersongkok. Songkok bukan budaya Islam, ia adalah budaya asli Melayu, dan ia juga budaya di Indonesia.
Saya selalu memakai songkok pada masa dulu, dan masyarakat pada masa itu dapat menerimanya. Tetapi jika saya memakai songkok pada hari ini, dan makan pula di kedai makanan Cina, saya mungkin akan dipersoal dan mereka mungkin fikir bahawa saya adalah Melayu (Islam).
Kini, jika anda ke Putrajaya anda hanya akan berjumpa dengan orang-orang Melayu sahaja. Walhal pada dahulu kala, ketua bagi tentera laut adalah orang India, termasuk juga dalam pasukan polis, polis-polis dahulu adalah berbilang kaum.
Namun sekarang para penjawat awam (civil servants) telah menjadi semakin Melayu (mono-etnik). Jika anda ingin mendapat pekerjaan dalam kerajaan dan anda bukan orang Melayu, lupakan sahaja untuk memohon pekerjaan tersebut. Sesiapa yang ingin dinaikkan pangkat dalam kerajaan terpaksa menukar agamanya ke Islam.
Jadi, bukan perkembangan global yang mempengaruhi pengislamisasian di negara ini, ia adalah politik dalaman di kalangan yang berkuasa yang sibuk menyebarkan pengislamisasian di keseluruhan negara ini.
Terdapat pertelagahan yang berterusan diantara parti politik PAS dan UMNO untuk saling bersaing bagi mengislamkan negara ini.
Malah, keputusan menghalang penggunaan kalimah “Allah” oleh Makamah Rayuan ini juga merupakan salah satu cara pengislamisasian di negara ini.
Nor Arlene Tan: Soalan terakhir saya, apakah cabaran terbesar rakyat Malaysia hadapi dinegara ini dalam konteks bangsa dan agama, dimana kerajaan dan masyarakat sivil perlu memainkan peranan yang lebih mendalam?
Rev. Lawrence Andrew: Pada pendapat saya, cabaran utama yang kita hadapi, jika kita jujur dengan semangat 1 Malaysia; 1 Malaysia di sini bermaksud semua kaum sama-sama bersatu, dan bukannya asimilasi menjadi satu bangsa sahaja – setakat ini maksud 1 Malaysia adalah Satu Bangsa.
Jika kita benar-benar hidup dalam semangat 1 Malaysia seperti saya katakan, setiap kaum sama-sama bersatu, perpaduan diperkukuhkan seperti semasa kita mencapai kemerdekaan, maka apa yang diperlukan oleh kita semua adalah untuk menerima satu sama lain. Jangan memandang rendah kaum lain.
Cabaran yang terbesar dalam diri kita semua adalah kita telah mengasingkan diri kita daripada komuniti lain dan kita telah memecahbelahkan negara ini kepada Melayu dan bukan Melayu.
Oleh kerana masyarakat kita telah dipolarisasi, ketuanan Melayu telah menjadi agenda utama negara ini. Konteks perbincangan negara ini telah bertukar menjadi ketuanan Melayu atau UMNOputra (seperti dilebelkan oleh sesetengah orang) dimana orang Melayu perlu mendapat keistimewaan yang lebih daripada semua kaum yang lain. Dan ini telah menyebabkan ketegangan antara kaum.
Jadi, cara yang bagus untuk meredakan sentimen ini adalah kita semua perlu menerima negara ini sebagai negara kita. Kita semua adalah pendatang, termasuk kesemua perdana menteri negara kita, yang aslinya adalah orang asal dan orang asli di negara ini.
Nor Arlene Tan: Terima kasih kerana sudi mengadakan temubual ini bersama Projek Dialog.
Rev. Lawrence Andrew: Sama-sama.
Nota:
*Kata-kata lain yang berasal daripada Bahasa Sanskrit sebagai contoh adalah: “sandiwara”, “bumi”, “istana”, “merdeka”, dan lebih lagi.
Dalam “Malay Words of Sanskrit Origin” menyatakan: Hari ini, jika seorang Melayu bertutur dalam sebuah ayat yang mempunyai sepuluh perkataan, kemungkinan besar lima hingga tujuh perkataan tersebut adalah perkataan Sanskrit dan selebihnya adalah berasal dari perkataan Arab, Tamil, Hindi, Inggeris, Cina, Farsi atau dari beberapa asal yang lain.
Fasting for Malaysia
On 31 July 2013 a group of Malaysians of different faith joined their Muslim sisters and brothers for a day of fasting in the month of Ramadan.
This noble act of solidarity demonstrated our desire to reach out in friendship and respect for each other’s beliefs and not to be influenced by discriminatory remarks and accusations. On 16 September 2009 (Malaysia Day), people of different faiths and ethnicities did a day of fasting alongside their Muslim friends with a pledge “Fast for the Nation: Peace for Malaysia” after the cow head incident.
We cannot afford to stand by and watch our respect and appreciation for each other’s culture and traditions crumble before our eyes just because a group of insensitive Malaysians made wild accusations and discriminatory remarks. We need to embrace compassion in order to attain harmony among humanity.
I invited some friends to join me for sahur (pre-fasting meal) at 4.30 am and to buka puasa (breaking fast) that evening. We had lively discussions on a wide range of topics from significance of Ramadan, polygamy, hijab, snatched thieves, religious intolerance, Muslim & Christian views on Creation, fasting by people of different faiths and the Japanese occupation.
On reflection, it never crossed my mind that my friends are of different religion and ethnicity. I see them as friends and fellow human beings sharing the same aspirations and dreams.
– Sharifah Zuriah Aljeffri (Kak Zu)
Reflections on the Sahur
Asma Abdullah
I was at my pc doing some work on Wednesday night when Ka’ Zu called to say “ are you coming for sahur?” I had some mixed feelings about driving so early in the morning to Segambut to be with her. So, I thought maybe I should sleep in her guest room and give her a helping hand with her preparations for the morning meal. So, there I was at Ka’ Zu’s doorsteps before 12 midnight.
Upon arrival I saw that Ka’ Zu had prepared the dining table for 8 of us to have our sahur. There was’nt much to do as she had already pre ordered nasi lemak, bread and fruits. So, we decided to go to sleep and cut the fruits when we wake up. We were in bed before 12.30 am.
At 4am Ka’ Zu knocked on my door and asked me to join her in the kitchen. I did and helped cut the papaya, watermelon and oranges. I had to heat up the bread and buns and prepare the hot drinks. Meanwhile Ka’ Zu had already prepared her nasi lemak ready to be served when the time comes.
At 4.30 our non-Muslim guests arrived – Yuet Mee & Venu (of Bahai faith), followed by Ahmad Yazid(film-maker), Tia and Haridas (of Hindu faith) and Yati – the last to join us. We enjoyed our meal together and who would imagined having a most engaging conversation so early in the morning! We covered a wide range of topics from polygamy, Quran, second wives and touched on the latest happenings in Malaysia on religion, dressing and sex bloggers.
For me it was a real change from my usual routine of a bowl of Whole Grain weetbix with milk and a cup of coffee for sahur. I would then go to my pc to attend to my emails and wait for the azan to do the first prayer for the day. Usually I’ll stay on to do my work till noon when I may take a short nap.
This idea of a Fast 4Malaysia is most laudable – an initiative that was triggered by the recent happenings that tend to suggest that there are cracks in our intercultural relationships among the many races in the country. We are so diverse in our outlooks on so many things. Not a day passes by where we do not read and hear about some critical encounters that reveal our lack of empathy and understanding of those who are different from us in terms of religion, culture and worldviews. We have come to a stage where our brand of unity and multiculturalism has to be deconstructed in view of our current realities. How can we promote unity among the groups and what criteria should we use to measure national unity? What is our brand of multiculturalism? What features of our multiculturalism can we model to the world? Obviously our ideal response would be one where there is true integration where we are allowed to preserve our own cultural identity but we are also attracted and curious of the others. By eating together we can begin to have some common experience and learn about one another and in the process – enlarge our circle of intercultural friends.
So, let’s find opportunities to do things together. We can start by having a meal together and learn about one another when we celebrate our many festivals and religious rituals. After all, we Malaysians love to eat. It’s one sure way of building relationships! So let’s find many more ways when and where we can meet, talk and eat together more often.
Yuet Mee Ho & Venu Nambier
Thank you for inviting us to join you in ‘To Fast for Malaysia’. What an inspirational and positive way to express such a desire for change! We all know fasting from food is not an end in itself but a symbol, an act which when carried out devotedly, helps us spiritually refresh and reinvigorate and helps us make the adjustments we desire in our lives.
The food was scrumptious and the company most fascinating. It was a gathering of like-minded people early in the morning dawn of that new day. Diverse in our cultures, professions and interests, yet each purposeful and socially responsible in his or her own space, and each passionately believing that through participation in constructive discourse with neighbours, co-workers, friends and acquaintances, we can contribute to the advancement of our nation and our people. The conversation around the table that morning really resonated with us as Bahá’ís too believe that no deed in the world is nobler than service to the common good, and that all of us are given the opportunity to arise and energetically devote ourselves to the service of humanity as we all share the right and duty to contribute to creating a better society.
Venu and I left your lovely home that morning feeling spiritually refreshed and feeling so proud to be Malaysians. Also felt really blessed to have friends like yourself Zuriah…
Haridas & Tia
It was a wonderful morning to spend with our Muslim friends in Ka’ Zuriah’s home and to have shared a meal prior to beginning of fasting. Tastefully prepared Nasi Lemak combined with meaningful conversations with others who came added to the richness of the morning. For us it was a shared Malaysian experience which we cherish.
Reflections on Buka Puasa
Santha Oorjitham
For about ten years, I fasted with my Muslim colleagues every Ramadan in the spirit of muhibbah–but that was many years ago.
I was happy to join #Fast4Malaysia and fast for such a worthy cause.
It was a privilege to buka puasa with friends of all faiths. I believe our fasting together and praying for the country will have a positive effect..
Sanggat Singh
Thanks Ka’ Sharifah Zuriah for arranging a fast during the holy month of Ramadan for peace for Malaysia at your house. This concept needs to be promoted widely in Malaysia. Being at your house this evening reminded me of the school days when we used to be with our Muslim friends without invitation. I hope I’ll be around next year with many more of us breaking fast with friends of different faiths.
This is the least we can do for a happy and prosperous life for all Malaysians. Wishing you a very happy Hari Raya. The greatest gift is to have love in us. May God’s blessing be upon all Malaysian.
Phillip Wong
Fast for Malaysia is a very unique concept and for us to get together to share our love, peace & harmony. I feel we are truly Malaysians and that we can live together in harmony even though we come from different culture & religion. From time to time we learn to understand our different lifestyles and to show our appreciation to one another. The greatest gift is the love within us. May God’s blessing be on all Malaysians.
Sandra Sodhy
It was lovely meeting old friends and new last night. Many thanks, Zuriah who made all this happen.
Dialog Sunni-Syiah: Mencari persefahaman dalam kepelbagaian (Bahagian 1)
Khilafiah dalam Aqidah Perkara khilaf ini berlaku ekoran sifat nas Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri hadir dalam bentuk yang tidak jelas, makanya memerlukan kepada tafsiran yang diistilahkan sebagai ijtihad. Menurut al-Qaradawi, ijtihad itu terhasil berpuncakan kepada tiga perkara, iaitu dalam perkara yang ada nas yang punyai tafsiran yang banyak, atau nas yang banyak dilihat bertembung maksudnya dari sudut pemahaman dari kalangan ulama, dan kewujudan isu disamping tiada nas. (Fatawa Maasarah, jld 2, hlmn 649) Kekhilafan juga boleh berlaku ekoran manhaj pemahaman nas yang berlaku di kalangan para ulama mujtahid. Antaranya adalah seperti mazhab Hanafi yang meletakkan bahawa hadis ahad tidak boleh mengtakhsiskan umum al-Quran, sedangkan dalam mazhab selain Hanafi, perkara ini dibenarkan. Kekhilafan dalam memahami nas ini, bukan sekadar berlaku dalam perkara fiqh, tetapi berlaku juga dalam perkara aqidah. Dari sisi Sunni sendiri, perkara aqidah itu dilihat melalui dua kategori, iaitu perkara dharuri dan perkara nazari. Perkara dharuri adalah perkara yang tidak berlaku khilaf langsung, seperti tiada khilaf dalam menentukan kewujudan Tuhan, tiada khilaf dalam menentukan keesaan Tuhan, tiada khilaf bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penutup segala nabi, dan sebagainya. Jika wujud mereka yang menyalahi perkara ini, maka ia sudah pasti bukan dari kalangan muslim. Ada satu sudut lagi adalah dalam perkara yang disebut sebagai nazari, iaitu perkara aqidah yang perlu kepada penilikan dan pemerhatian nas yang mendalam. Perkara nazari ini berlaku kerana melihat cara penurunan nas al-Quran dan al-Hadis itu sendiri tertakluk dengan tafsiran, atau disebut sebagai pendalilan secara sangkaan atau dalam sebutan pengajian usul al-Fiqh Zanniy al-Dilalah. Di kalangan ulama Sunni, mereka tidak sepakat dalam menentukan status bapa Nabi Muhammad SAW yang bernama Abdullah sebagai ahli neraka atau tidak. Ini kerana, terdapat satu Hadis yang apabila sahabat bertanya kepada Baginda Nabi SAW tentang keadaan bapa-bapa mereka di akhirat kelak, Nabi Muhammad SAW menjawab bahawa bapa mereka dan bapa Baginda SAW juga turut dalam neraka. (Hadis riwayat Muslim, hadis no : 302) Merujuk kepada aliran literalis dalam sunni dan seangkatan dengan mereka, bapa Nabi muhammad SAW itu dikira sebagai ahli neraka berdasarkan hadis saheh tersebut. Pendapat aliran kedua pula menyatakan bahawa Bapa Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikatakan sebagai ahli neraka. Ini kerana, hadis sandaran neraka bapa Nabi Muhammad SAW itu adalah ahad, sedangkan ia bercanggah dengan umum al-Quran yang menyatakan bahawa Allah SWT menyatakan dalam surah al-Isra’, ayat 15 yang mana Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum kecuali Allah SWT datangkan Rasul terlebih dahulu. Dalam kupasan al-Syaikh Muhammad al-Ghazali yang dinukilkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW adalah ahli syurga berdasarkan kepada umum al-Quran ini. Sedangkan hadis yang mengatakan bapa nabi masuk syurga itu adalah merujuk kepada bapa saudara baginda, bukan merujuk kepada bapa Nabi Muhammad SAW, iaitu Abdullah bin Abd al-Muttalib. (Kaifa Nata’amalu Ma’a al-Sunnah, hlmn 118) Khilaf juga berlaku di kalangan ulama-ulama usul al-Din dalam menentukan status Khaidir AS, apakah baginda seorang Nabi ataupun sekadar seorang lelaki soleh. Khilafiah Salafi – Khalaf Dalam aliran sunni sendiri, terdapat dua aliran aqidah yang sering bertelagah yang kadangkala kelihatan seperti tidak ada jalan untuk mencari titik kesamaan. Perdebatan atas tajuk sifatiyah atau penentuan sifat Allah SWT yang melahirkan perdebatan panjang antara aliran Muktazilah dengan Hanabilah. Aliran Hanabilah ini kemudiannya dikenali sebagai salafi setelah hadir satu lagi aliran yang mengkritik aliran muktazilah yang dikepalai seorang tokoh yang asalnya muktazilah yang telah keluar dari aliran tersebut dan mengakui diri sebagai ahli Sunnah wa al-Jamaah bernama al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari yang alirannya dikenali sebagai Asyairah. (Dr Azmil Zainal Abidin, Sumbangan Aliran Asyairah dan salafiyyah di bidang Usul al-Din : Lakaran semula sejarah Pemikrian Tauhid Ahl al-Sunnah, hlmn 22) Pertembungan kedua-dua aliran ini adalah menjadikan golongan Hanabilah dikenali sebagai Salafi sebagai merujuk golongan terawal bertembung dengan muktazilah, sedangkan kelompok asyairah dikenali sebagai khalaf sebagai golongan terkemudian berhadapan dengan muktazilah. Aliran kedua-dua ini, jika dilihat ia boleh didamaikan dengan memahami bahawa kedua-duanya tumbuh ekoran pertembungan dengan aliran Muktazilah. Perbedaan mereka hanya method penggunaan dalam berhadapan dengan muktazilah; satunya menggunakan method nas secara terus, dan di pihak satu lagi menggunakan method akal. Dalam berbeda method, tetapi mereka hakikatnya punyai satu tujuan, iaitu berhadapan dengan muktazilah. Namun begitu, pertembungan mereka itu tidak dilihat dengan jiwa besar, melahirkan pertembungan yang membimbangkan. Aliran asyairah radikal dikenali sebagai Ahbash dengan berani mengkafirkan sebilangan tokoh-tokoh besar dengan menggunakan lebel wahabi, sedang dipihak dituduh wahabi pula mempertahankan diri mula menyatakan sesat terhadap pihak ahbash. Pertembungan ini hakikatnya boleh diselesaikan dengan sikap berjiwa besar dan bersedia berhadapan dengan khilaf, iaitu mencari damai dalam perbedaan, bukan mencipta retak pada bangunan kukuh. Ini kerana, sifat perbedaan itu sememangnya berlaku dalam kehidupan manusia, malahan ia boleh di atasi dengan sikap toleransi dan hormati perbedaan… (Rencana ini bersambung ke bahagian kedua, ketiga dan keempatnya)
]]>MCCBCHST: Perlihara kesetaraan hak ibu bapa dalam isu penukaran agama kanak-kanak
RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIDAK MENGIKTIRAF PERTUKARAN AGAMA ANAK OLEH HANYA SALAH SEORANG IBU ATAU BAPA Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu,Sikh dan Taois (MCCBCHST) membantah sebulat suara akan berberapa perkara yang berkaitan dengan RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 yang dibentangkan di Parlimen pada sesi bacaan pertama pada 26 Jun 2013. Ini kerana ia akan menjejaskan hak asasi manusia rakyat bukan Islam. Rang undang-undang tersebut bukan sahaja menyamar sebagai undang-undang Islam, bahkan ia cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan secara satu hala dengan menterjemahkan perkataan “ibu bapa” di dalam perlembagaan tersebut kepada “ibu atau bapa”. Pengislaman seorang kanak-kanakoleh hanya salah satu ibu atau bapanya yang telah memasuki Islam akan mengakibatkan ketidakadilan yang serius terhadap ibu bapayang bukan Islam dan anak-anak yang terlibat dalam perkahwinan tersebut – Seksyen 107 (b): “”jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama lslam olehnya”. Peruntukan ini tidak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan negara kita dan akan membawa kepada ketidakadilan sosial. Kami berpendirian bahawa Kabinet Persekutuan harus bertanggungjawab terhadap percanggahan ini. Walhal Kabinet pernah memutuskan pada perbincangan 2314/2009 bahawa salah seorang ibu atau bapa tidak berhak untuk menukarkan agama anak yang dibawah umur dalam perkahwinan tersebut. Namun begitu, Kabinet telah bercanggah dengan keputusan ini dan memutuskan dalam perbincangan D. R. 1/2013 bahawa pertukaran agama seorang kanak-kanak oleh hanya seorang ibu bapa adalah sesuai untuk diperkuatkuasakan. Hal ini menunjukkan bahawa kabinet langsung tidak telus akan janji dan tindakannya dalam menangani isu ini. MCCBCHST bersepakat membantah mana-mana penukaran agama anak secara satu hala oleh hanya salah seorang ibu atau bapa, kerana ia akan menjejaskan hak dan kehidupan rakyat bukan Islam. Bahkan, pengIslaman secara satu hala tersebut tidak bermoral mahupun berakhlak. Kami ingin bertanya kepada anggota-anggota Kabinet, apakah perasaan anda jika anak-anak anda dipaksa menukarkan agama tanpa persetujuan anda? Seperti bak kata pepatah, “Alang berjawab, tepuk berbalas.” Kami ingin menegaskan bahawa jika perkataan “Ibu bapa” di dalam artikel 12(4) di-tafsirkan sebagai “salah seorangibu atau bapa”, maka ia akan bercanggah dengan intipati persuratan perkara4 dalam Perlembagaan Persekutuan – yang juga merupakan perundangan tertinggi di negara ini. Malah, jika penafsiran tersebut digunakan dalam perbicaraan perundangan, maka tiada lagi jalan lain yang dapat dilakukan oleh ibu atau bapa yang bukan Islam tersebut bagi mengembalikan anaknya ke agama yang dianuti sebelum agamanya ditukarkan. Kesan daripada penafsiran ini tidak masuk akal kerana ia tidak berlandaskan intipati pengislaman yang sebenar dan sebaliknya hanyalah bersifat cetek . Berdasarkan kes SUBASHINI (2008), keputusan kes tersebut ternyata kelihatan seperti setengah masak kerana sebab-sebab berikut:- I) Mahkamah tidak memohon Fasal Tafsiran Berkanun Artikel 160(1) (jadual kesebelas) dimana “perkataan yang berasal daripada jantina maskulin juga membawa maksud perempuan” dan “perkataan yang bersifat singular juga membawa maksud plural, dan perkataan yang bersifat plural juga membawa maksud tunggal”. II) Akta Penjagaan Kanak Kanak1961 menyatakan bahawa ia menjamin kesamarataan hak penjagaan ibubapa. III) Jika hanya salah seorang“ibu atau bapa” memilih untuk menukarkan agamanya dan juga melalui proses tersebut menukarkan agama anaknya tanpa persetujuan pasangan mereka, maka ia akan mengakibatkan kesan yang tidak masuk akal dan ironis. Ini kerana pasangan suami atau isteri mereka yang kekal dengan agama asalnya pun secara teknikal boleh mengembalikan anaknya ke agama asal yang dianuti sebelum ini. Kami memahami bahawa Rang Undang-undang tersebut membolehkan Mahkamah Syariah memutuskan sama ada seseorang itu adalah Muslim atau tidak. Sila lihat seksyen 51(3)(b) (x) dan (xi). Selama ini penguatkuasaan perundangan ini adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah. Oleh itu, pindaan yang dicadangkan tidak sejajar denganPerlembagaan Persekutuan. Justeru itu, MCCBCHST menyaran pihak Kabinet untuk menarik balik Rang Undang-undang di atas, sehingga isu-isu penting yang kami ulas diatas dibahaskan dengan teliti oleh semua pihakyang berkenaan. Mana-mana penguatkuasaan Rang Undang-Undang secara membuta-tuli tidak akan diterima bahkan ia juga tidak sealiran dengan Perlembagaan, mengakibatkan pihak yang terjejas tidak mempunyai pilihan dalam mencari penyelesaian aman melalui saluran undang-undang lain, sama ada dalam ataupun luar negara.
]]>Projek Dialog membantah ISMA
Projek Dialog membantah kenyataan ISMA berhubung isu undang-undang jenayah syariah. Projek Dialog membantah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam sahutan mereka kepada The Joint Action Group for Gender Equality (JAG). Hal ini berkaitan isu undang-undang jenayah syariah dimana sebatan syariah dikenakan terhadap 39 orang pesalah yang melakukan sumbang muhrim dan zina. Kami mendapati bahawa hujah-hujah yang diketengahkan oleh ISMA agak sempit dan bersifat reaksioner. ISMA menyaran bahawa undang-undang Syariah adalah wajib dijatuhkan terhadap pesalah-pesalah tersebut atas sebab mereka telah melakukan dosa besar dan melanggar syariat islam. ISMA terlalu menekankan prinsip hukuman Syariah yang terlalu literal tanpa memahami konteks dan intipati sebenar Islam yang mementingkan semangat kemanusiaan and kecintaan. Ad-deen yang dipupukkan melalui Al-Quran adalah bertujuan untuk manusia senantiasa bersifat memaaf-maafan, berhati mulia, sentiasa bermuhasabah, dan mempunyai semangat kasih sayang terhadap manusia yang lain. Realitinya, Projek Dialog juga berasa risau akan perkembangan politik Islam di Malaysia, dimana Islam hanya digerak sebagai sebuah lebel identiti yang dihargai melalui sudut pandang yang amat sempit. Walhal Islam bukanlah sebuah agama yang bersifat institusi mahupun politik yang hanya rakus menghukum dan mengaibkan umatnya. Dakwaan ISMA bahawa hukuman Syariah adalah berdasarkan syariat Islam juga tidak betul. Sistem penghakiman dan undang-undang Syariah dilaksanakan oleh manusia dan begitu mudah digunakan bagi menindas golongan yang tiada hak dan suara. Tidak hairanlah wanita yang kebanyakkannya menjadi mangsa undang-undang Syariah. Kami juga risau akan penjelasan ISMA akan cara penghukuman tersebut dan mengatakan bahawa “hukuman perlu dilaksanakan tanpa menunjukkan belas kasihan.” Dimanakah nilai-nilai kemanusiaan kita jika Islam hanya dizahirkan sebagai satu fahaman yang gemar menghukum? ISMA juga bersikap biased terhadap golongan yang tidak bersetuju dengan mereka dan melebelkan mereka sebagai pejuang feminisme dan liberalisme tanpa memahami konteks label-label tersebut. Sebaliknya apa yang diperjuangkan JAG juga ditegakkan oleh Islam seperti keadilan sosial, hak kebebasan asasi, dan hak kemanusiaan. Bahkan, ISMA tidak mempunyai asas kukuh dalam menilai konteks keadilan. Mereka terlalu memandang berat isu maruah keturunan dan zuriat tetapi tidak mempunyai nilai perikemanusiaan akan hak dan suara seseorang individu. ISMA terlalu khusyuk dengan pembanterasan dosa-dosa besar di kalangan umat Islam dalam konteks seksual yang sempit seperti peraturan-peraturan dan perlaksanaan undang-undang jenayah Syariah yang mengawal hak kebebasan asasi masyarakat. Seperti kata pepatah “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”, ISMA juga tidak mempunyai tahap keintelektualan Islam yang mendalam mengenai isu jenayah dan hukuman. Sebagai contoh, memberi dan menerima rasuah adalah jenayah yang jauh lebih keji tetapi tidak pula diperjuang keras oleh ISMA untuk menetapkan undang-undang yang lebih berat dan saksama. Kami berpendapat ISMA sepatutnya memperjuangkan intipati keadilan Islam yang sebenar. Isu seperti ketidakadilan sosial, rasuah yang berlaluasa, pembinasaan alam sekitar, kemiskinan dan penindasan terhadap golongan kelas bawahan, sistem keadilan syariah yang dikawal oleh golongan ulama-ulama elitis, hak kebebasan bersuara dan beragama yang ditegakkan Islam, dsb, wajiblah diberi perhatian sepenuhnya oleh ISMA jika ia serius akan moto organisasinya iaitu “Membangun Umat Beragenda”. Lebih dikesali kami adalah dakwaan membuta-tuli ISMA terhadap ‘pandangan liberal’ dengan memberi contoh kursus “Sumbang Mahram Adik Beradik (Sibling Incest)” oleh University of Missouri dan ponorgrafi bertemakan sumbang mahram dari Barat. Kami berpendapat ISMA cenderung membuat andaian yang rawak dan tidak betul. Kursus yang disebutkan oleh ISMA sebenarnya merupakan sebuah subjek yang mengkaji perspektif sejarah bagi topik tersebut, ia tidak langsung berkaitan dengan agenda liberal yang dimaksudkan ISMA. Walhal isu pornografi adalah sebuah fenomenon global yang dipandang serius akan implikasi sosialnya, baik oleh Projek Dialog mahupun NGO-NGO hak asasi lain. Projek Dialog berpendirian teguh akan prinsip kami menentang undang-undang yang tidak berperikemanusiaan. Kami percaya Islam yang sebenar merupakan ad-deen yang menyeru kepada keadilan, kemanusiaan dan persaudaraan, bukannya lebelan politik yang bersifat menghukum, menindas dan mengaibkan.
]]>