Projek Dialog

Apabila Mahathir tegur Najib

Sejarah Melayu di mana watak bendahara, Sang Rajuna Tapa, membuka pintu kota kepada musuh atas kepentingan peribadi. Mahathir mempunyai pengalaman dalam politik selama lebih 40 tahun. Tambahan pula, beliau memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun (1981-2003). Maka, tentulah ramai yang bersetuju bahawa negarawan dan politikus itu mempunyai pengalaman, hak dan kewajaran membuat teguran terhadap pemimpin masa kini, khususnya Najib. Umum mengetahui bahawa Mahathir sendiri yang memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya pada 2003. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Mahathir jugalah yang mengkritik Abdullah secara terbuka serta menyokong Najib menjadi pengganti. Lalu, mengapa Mahathir sendiri tampil menegur Najib, seolah-olah beliau “tersilap” membuat pilihan? Umpama mebuka pekung di dada “Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya,” kata Mahathir di blognya. Timbul pertanyaan mengapa Mahathir melakukan kritikan secara terbuka sehingga semacam membuka pintu kepada “musuh” melakukan serangan bertubi-tubi. Dalam hal ini, mantan perdana menteri itu memberikan alasan bahawa dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah, serta beliau tidak menyangka pencapaian BN di bawah Najib dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (2013) lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU-12 (2008). “Harapan saya, Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU-13. Malangnya sehingga kini tidak nampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya secara langsung kepada Najib,” akuinya di blog. Tanpa sedikit pun menafikan kemungkinan Mahathir berniat baik dalam membuat teguran itu, hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa perbuatan beliau umpama membuka pekung di dada, atau menepuk air di dulang. Umum mengetahui bahawa Najib dikiritik hebat dari pelbagai penjuru oleh pelbagai pihak, sementara Najib sendirian dalam menangani segara serangan itu. Maka, apabila tokoh seperti Mahathir sendiri membuat kritikan yang secara langsung mempersoalkan kredibiliti Najib, maka mudahlah untuk orang ramai memetik kata-kata Mahathir untuk melakukan serangan susulan. Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, misalnya, menyeru Mahathir supaya mendesak Najib meletakkan jawatan perdana menteri. Malah, menurut Ibrahim, jika Najib bermaruah, maka beliau pasti akan melepaskan jawatannya secara serta-merta. Suara-suara kritikan yang lantang, berani dan terbuka juga datang daripada Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang dinaungi Mahathir. Suara sokongan kurang lantang Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah benpendapat bahawa sedangkan kerajaan Singapura sedia menerima nasihat daripada bekas perdana menterinya, Lee Kuan Yew, maka Najib juga perlu bersedia menerima nasihat dan pandangan Mahathir. Secara perbandingan, beberapa pemimpin Umno yang mengemukakan pandangan terhadap kritikan Mahathir masih bersikap berhati-hati. Misalnya, rata-rata mengatakan mereka menghormati teguran, kritikan dan pandangan Mahathir. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Bera menzahirkan sokongan penuh terhadap segala dasar yang diperkenalkan oleh Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Jempol pula dilaporkan oleh Bernama (20 Ogos 2014) sebagai menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Najib menguruskan negara dengan baik. Akan tetapi, siapalah Ismail dan Isa berbanding Mahathir. Pasti sahaja suara, pandangan dan hujah Mahathir selaku seorang pemimpin yang disegani pada peringkat antarabangsa lebih dipandang serius. Sikap berdiam diri media arus perdana juga membuktikan bahawa Mahathir masih digeruni. Mereka seolah-olah mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu menerima kesan buruk jika menyokong Najib – sekali gus tidak menyokong Mahathir – secara terang-terangan. Tanpa menafikan hak dan niat Mahathir membuat teguran dan mengkritik kepimpinan Najib, mantan perdana menteri itu sepatutnya telah menggunakan cara yang lebih sesuai dan profesional untuk menyampaikan tegurannya. Orang ramai – seperti saya, misalnya – pasti tidak ada peluang untuk bertemu Najib sesuka hati. Mahathir pula tentu ada peluang untuk mengatur pertemuan tertutup bersama-sama Najib. Saya yakin Najib tidak akan menolak undangan Mahathir. Terlanjur perahu boleh diundur Bayangkan jika pertemuan empat mata berlangsung antara Mahathir dan Najib. Bayangkan segala kritikan, teguran dan rasa tidak puas hati disampaikan secara langsung dan dari hati ke hati oleh Mahathir kepada Najib. Pastilah kesannya tidak seburuk teguran terbuka yang dilakukan Mahathir menerusi blog – seolah-olah tidak ada langsung peluang bertemu Najib secara bersemuka. Mungkin inilah juga yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila beliau mencadangkan Mahathir tidak lagi memberikan teguran secara terbuka mengenai masalah dalaman Umno dan kepimpinan kerajaan pusat. “Sekarang ini, seluruh negara sedar Najib menjadi lebih teruk daripada Badawi,” Syed Akhbar Ali pula mencatatkan di blognya. Walaupun Mahathir kemudian mengulas bahawa beliau tidak meminta Najib meletakkan jawatan berikutan teguran terbuka itu, penjelasannya sudah tidak bermakna lagi. Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar, misalnya, memetik teguran awal Mahathir dan mengulas bahawa kelemahan Najib yang didedahkan itu perlu dipandang serius oleh rakyat. Mahfuz menambah komen (Harakah Daily, 19 Ogos 2014) bahawa Najib lebih banyak melakukan perkara bombastik demi kepentingan diri tetapi bukan demi negara. Nah! Siapakah yang telah membuka pintu kota seluas-luasnya sehingga memungkinkan segala kritikan pedas ini tersebar tanpa sekatan? Mustahil untuk mendakwa para pengkritik – sama ada politikus dari parti lawan atau orang ramai yang bersikap apolitikal – kerana mereka sekadar mengulas teguran terbuka yang dibuat oleh Mahathir. Saya amat yakin bahawa Mahathir tidak akan sesekali menarik balik kritikan dan tegurannya kerana ia melibatkan soal maruah dan kredibilitinya. Apakah Najib akan dibiarkan sendirian oleh media arus perdana untuk berjuang secara solo untuk membuktikan kata-kata Mahathir tidak benar? Sama-sama kita nantikan dengan penuh harapan.    

]]>

Terungkap bicara Muhammad Haji Salleh

Oleh Zikri Rahman Malam Jumaatnya dingin, dewan baharu Gerak Budaya bertempat di Petaling Jaya, berpusu-pusu warga berkerumun berniat dengar kata-kata dari Sasterawan Negara kita; Profesor Emeritus. Muhammad Haji Salleh. Didendang oleh moderator, Saudara Aziz Suriani dari kelompok budaya Serumpun Senadi; Muhammad Haji Salleh, dirinya seorang aktivis dan intelektual Melayu yang sebenar-benar Melayu menggarap cita anak bangsa Malaysia. Seputar bicara malam ini berlegar tentang nilai budaya yang terhambat dek arus “konsumerisme-materialisme-kosmopolitanisme”, dengan kata lainnya – kapitalisme – yang dipermudah jelas oleh Muhammad Haji Salleh sendiri. Tiga arus ini, terang Muhammad Haji Salleh adalah satu genggaman keras yang begitu dominan dan hegemonik dalam pembentukan nilai budaya warga Malaysia yang masih tidak siap ini dalam mengharung persoalan pasca-kolonialisme. Justeru persoalan ini terus berdegar-degar dalam lingkar budaya kita, soal bahasa, sastera dan falsafah yang tak terbina dalam acuan kita sendiri. Majlis sembang santai ini sendiri dimulai dengan lontar sajak Muhammad Haji Salleh sendiri dari kompilasi sajak yang tertulis sedari tahun 1965 lagi dalam “Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau” berjudul “Ada Apa Pada Nama?”. Tema sajak ini, ditelusuri ertinya adalah persoalan – oleh siapa nama kita diberi maknanya? Muhammad Haji Salleh yang sejak mudanya hingga mengilau emas umurnya sekarang berkelana menimba dan mencurah ilmu sesungguhnya punya satu masalah; namanya sendiri. Berceloteh dirinya tentang bagaimana awal-awal lahir, pegawai polis telah salah mencatat namanya yang lekat hingga sekarang, Mat Salleh yang memanggilnya “Mat” yang bunyi dan maknanya “Tikar” dalam bahasa Melayu dan lain-lain lagi! Difikir pada soal ini, benar nama itu sendiri punya bebannya yang tersendiri samada mahu kita lepas atau pikul sahaja pembentukan identitinya itu. Muhammad Haji Salleh dalam soal ini membawa persoalan tentang manusia “satu dimensi” dan apakah kita di Malaysia terperosok akhirnya menjadi manusia yang mekanistik tanpa ada daya pembentukan identiti yang rencam terangkum soal budaya kita sendiri? Kita bermula dari hati Yang fasih pada lidah Muhammad Haji Salleh malam itu adalah tentang Melayu, tentang bagaimana Melayu itu pusat pemikirannya pada hati walau ketimbang warasnya berpusat pada tiga unsur iaitu akal fikiran, perasaan dan pertimbangan sosial yang terdasar dalam ruang dan masa “Melayu” itu sendiri. Melayu dengan ungkap “patah hati”, “geli hati”, “guris hati”,”busuk hati” dan “padat hati” antara lainnya memberi satu perspektif pertimbangan rasional yang baru;naluri itu terkait soal hati – soal hatilah yang kan memandu arah pembentukan bangsa Malaysia adanya. Yang terngiang-ngiang saat Muhammad Haji Salleh mengungkap soal hati ini, tertambat ingatan pada cerpen seorang lagi maha tokoh sastera negara kita ini, Shahnon Ahmad dalam Tonil Purbawa yang berbunyi begini; “Perjuangan kita cukup mudah, kita bertolak dari hati. Bukan perut yang ingin makan banyak-banyak. Bukan dari mulut yang ingin bercakap banyak-banyak. Bukan dari nafsu yang ingin berkuasa banyak-banyak. Kita selesaikan urusan hati. Dan yang lain akan selesai sendiri…” Apa semudah itu persoalan-persoalan dapat diungkap melalui pertimbangan hati? Nah, di sini Muhammad Haji Salleh segera melihat bagaimana sastera dapat menjawab persoalan pembentukan identiti bangsa Malaysia yang punyai kesedaran. Benar, korpus sastera kita melebar menjangkaui utara ke selatan kepulauan Nusantara, tetapi soal terbesar adalah bagaimana sastera itu berfungsi dalam warga masyarakat khususnya dalam struktur pendidikan yang dihambat tiga arus “konsumerisme-materialisme-kosmopolitanisme” ini. Yang mengongkong adalah sikap pemikiran satu dimensi warga Malaysia sendiri, dengan hegemoni politik yang rakus yang mengempang adanya satu kesedaran hati budi yang total bertitik tolak dari bagaimana pandangan alam kita sendiri terbina. Kita perlu sedari satu hal ini, Malaysia dalam usianya bertatih padat 57 tahun merdeka mempunyai satu gerak tektonik yang merubah struktur masyarakatnya dengan ganas sekali – dalam 57 tahun – dari masyarakat kelas petani dihambat proses moderniti, urbanisasi dan industrialisasi yang pantas lantas terjebak langsung dengan angkasa raya. Dalam pada itu ada semacam satu lohong yang tak terisi, tentang soal hati dan budaya kita sendiri dan ubatnya yang mujarab adalah sastera. Tanpa sastera,sekurang-kurangnya bagi Muhammad Haji Salleh adalah satu kebinasaan masyarakat satu-satu bangsa. Kesopanan dan kesusilaan itu sendi yang menggerakkan tamadun kian luntur dimamah arus “the late capitalism” ini. Terzahir dalam soal ini, penulis merasakan ide Herbert Marcuse dalam bukunya “One Dimensional Man”, tentang bagaimana keperluan-keperluan palsu (the false needs) beriringan memenuhi nafsu konsumeris dipacu material tanpa menjawab sudut pandang kosmopolitan yang kian rencam. Lantas,persoalan-persoalan itu terus digaul dalam membina manusia dan budaya lambak yang segera memeras ruang fikir kritis dan kritikal melanjut sehingga bibit kepembangkangan tidak lagi berbekas dalam norma masyarakat. Ini bagi Muhammad Haji Salleh sesuatu yang menggusarkan, nilai-nilai yang membentuk ketamadunan dari seremeh-temeh sifat malu dan sopan dalam mencapai kesedaran sudah melarut hilang dalam pembentukan ketamadunan bersendi kebudayaan itu sendiri. Malu Menjadi Kurang Ajar. Sistem pembudayaan yang terangka feudal ini,bagi penulis benar-benar memberi kesan dan pada itu, penulis merasakan ada garisan halus yang membezakan antara “malu” dan “kurang ajar” yang perlu dilangkaui oleh semangat zaman generasi kita. Malu biarlah bertempat dalam hormat, kurang ajar biarlah tekad mengujar – persoalan hormat dan rasa harga diri itu sendiri diakui oleh Muhammad Haji Salleh akan membesar dalam diri bilamana kita berupaya melihat dan memahat identiti bangsa Malaysia itu sendiri. Soal mengujar itu sendiri mengajar kita untuk merai rencam budaya, ambil contoh bagi Muhammad Haji Salleh dalam soal pembentukan bahasa Melayu, asasnya adalah kebersamaan dan impiannya dalam hal bahasa ini adalah untuk bahasa Melayu diampuh dengan adunan perkataan pinjam lain-lain suku kaum menjadi bahasa kebersamaan (bukan nasionalisme sempit di mana bahasa jadi monopoli satu dua bangsa yang tidak besar jiwanya). Biarpun Muhammad Haji Salleh mengungkap bahawa Usman Awang, bukanlah seorang penulis yang marah-marah malahan dari dirinya jugalah terzahir di wajahnya ungkapan “menguntum senyuman” yang sebenar-benar tetapi pesannya amat besar untuk kita lewati dalam mengarus deras “konsumerisme-materialisme-kosmopolitanisme” dalam perahu budaya kita; “Sesuatu bangsa tidak menjadi besar, tanpa memiliki sifat kurang ajar…”

]]>

Kami Bersama Dr. Azmi Sharom

Kami, ahli akademik dan individu prihatin bersolidariti bersama Dr Azmi Sharom dalam semangat setiakawan yang teguh. Beliau didakwa melakukan ‘jenayah’ semata-mata kerana menggunakan akal fikiran dan berkongsi pendapat dengan masyarakat awam mengenai perkara yang berkaitan dengan kepakarannya sebagai seorang profesor  undang-undang. Menurut laporan, apa yang dilakukan Dr Azmi ialah mengingatkan Pakatan Rakyat Selangor supaya tidak mengambil jalan berlandaskan keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan dalam kes Perak yang membolehkan perubahan kerajaan dan Menteri Besar di negeri itu. Sebailknya beliau menggesa Pakatan Rakyat supaya berpegang pada amalan biasa sejagat, iaitu menguji sokongan terhadap gabungan dan calon Menteri Besar mereka melalui undi percaya dalam dewan undangan negeri. Bagaimanakah ini boleh dianggap sebagai hasutan? Tuduhan ‘menutur dan menerbitkan kenyataan menghasut’ terhadap Dr Azmi Sharom hanya menunjukkan hipokrasi kerajaan. Bukankah kerajaan sendiri yang melantik beliau untuk mendidik mahasiswa mengenai sistem perundangan negara kita, untuk menyelidik, meneliti keputusan penghakiman, dan mengulas tentang maksud keadilan dalam sebuah demokrasi? Tuduhan ‘menutur dan menerbitkan kenyataan menghasut’ atas dasar pandangan beliau yang berasas dan jelas berkelayakan menunjukkan bahawa kerajaan tidak menghormati prinsip-prinsip sejagat kebebasan pendidikan serta kebebasan bersuara. Tindakan ini menunjukkan kerajaan dipimpin oleh ahli-ahli politik yang tidak dapat menghargai nilai-nilai demokratik masyarakat bertamadun yang berteraskan pendidikan sebagai landasan pencerahan sejagat. Azam Perdana Menteri Najib Razak yang kononya bertekad atas nama kecemerlangan akademik, demokrasi serta transformasi kerajaan dan ekonomi kelihatan lemah lagi kekosongan. Kami berpendapat bahawa selagi seseorang itu tidak menyeru keganasan atau kebencian, tiada undang-undang dalam dunia moden ini yang boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan pemikiran dan suara mana-mana individu. Sesungguhnya, menggunakan Akta Hasutan 1948, satu warisan perundangan kolonial British; untuk mendakwa Dr. Azmi Sharom jelas menunjukkan satu ironi, bahawa rakyat Malaysia masih dibebankan dan ditindas oleh kerajaan yang kononya telah memerdekakan Malaysia dari penjajah selama 57 tahun. Undang-undang yang lapuk, kejam dan menindas seperti Akta Hasutan 1948 tidak patut lagi wujud dalam negara Malaysia yang moden, progresif dan demokratik. Ia suatu undang-undang yang hina dan harus dimansuhkan.  Ia berlawanan sama sekali dengan hak kebebasan asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia bertentangan dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Dan ia juga bercanggah dengan fitrah kita sebagai manusia yang mempunyai minda untuk berfikir ke arah pencerahan. Bebaskan segera Dr Azmi Sharom daripada penyelewengan keadilan! Bebaskan Malaysia! Senarai penyokong:

1 Andrew Aeria Academic Kuching
2 Lee Hwok Aun Academic Kuala Lumpur
3 Faisal Hazis Academic Kuching
4 Ahmad Fauzi Abdul Hamid Academic Penang
5 Ahmad Fuad Rahmat Academic Shah Alam
6 Aishah Knight Academic Penang
7 Amanda Whiting Academic Melbourne, Australia
8 Aznijar Ahmad Yazid Academic & PKAUM Klang
9 Chai Ming Hock Academic Kuching
10 Chiew Thiam Kian Academic Kuala Lumpur
11 Chua Hang Kuen Academic Penang
12 Datin Dr. Sameem Abdul Kareem Academic Kuala Lumpur
13 Dato’ Chatar Singh Physicist & Academic /Retired Penang
14 Dato Dr Toh Kin Woon Research Fellow Penang
15 Dato Dr.Sharom Ahmat Academic/Retired Penang
16 Dr Ahmad Farouk Musa Academic Kuala Lumpur
17 Dr Jeff Tan Academic London
18 Dr Lai Suat Yan Academic & PKAUM Kuala Lumpur
19 Dr Lee King Siong Academic/Retired Kuala Lumpur
20 Dr Mavis Puthucheary Academic/Retired Kuala Lumpur
21 Dr Mohd Faizal Musa Academic Bangi
22 Dr Mustafa K Anuar Academic Penang
23 Dr Nur AfifahVanitha Abdullah Academic Kuching
24 Dr Ooi Kee Beng Academic Penang
25 Dr Subramaniam Pillay Academic Kuala Lumpur
26 Dr Tessa J. Houghton Academic Semenyih
27 Dr Wong Chin Huat Academic Penang
28 Dr. Bridget Welsh Senior Research Associate Kuala Lumpur/Taipei
29 Dr. Cecilia Ng Academic Penang
30 Dr. Corinne Hyde Academic Baton Rouge, USA
31 Dr. Khoo Gaik Cheng Academic Kuala Lumpur
32 Dr. Koo Yew Lie Academic KL, UK & Australia
33 Dr. Lee Chai Peng Academic/Retired Petaling Jaya
34 Dr Lee Su Kim Academic/Retired Kuala Lumpur
35 Dr. Leong Yueh Kwong Ecologist Penang
36 Dr. Lim Mah Hui City Councillor Penang
37 Dr. Lim Teck Ghee Policy Researcher Kuala Lumpur
38 Dr. Lucy Bailey Academic Semenyih
39 Dr. Patricia Anne Martinez Academic Petaling Jaya
40 Dr. Rajeswari Kanniah Academic putrajaya
41 Dr. Rusaslina Idrus Academic Kuala Lumpur
42 Dr. Tan Liok Ee Academic/Retired Penang
43 Dr. John Whalen-Bridge Academic Singapore
44 Edmund Terence Gomez Academic Kuala Lumpur
45 FK Phang Academic Kuala Lumpur
46 Francis Loh Academic/Retired & Civil Society Activist Penang
47 Goy Siew Ching Academic Kuching
48 Gregore Pio Lopez Research Fellow Perth, Australia
49 Helen Ting Academic Kajang
50 Ho Sinn-Chye Academic Penang
51 Ivy Loo Academic Penang
52 James Chin Academic Kuala Lumpur
53 Jayaeswari Sangaralingam Academic Penang
54 Jenny Chew Saw Chin Academic Penang
55 Joanne Lim Academic Selangor
56 Jonathan JS Kovilpillai Academic Kuala Lumpur
57 K.Thiruchelvam Academic Petaling Jaya
58 Kam Suan Pheng Academic Penang
59 Kamal Salih Academic/Retired Kuala Lumpur
60 Kamal Solhaimi Fadzil Academic Kuala Lumpur
61 Khoo Ying Hooi Academic Kuala Lumpur
62 Kua Kia Soong Academic Kuala Lumpur
63 Law Tzuo Hann Academic Taiping
64 Lee Hock Guan Senior Research Fellow Singapore
65 Lim Hong Sheng Academic Johor Bahru/Oxford
66 Loh Kong Ken Academic Kuala Lumpur
67 Loh Wei Leng Academic Kuala Lumpur
68 Loo Hong Chuang Academic Kuala Lumpur
69 Maimuna Hamid Merican Academic Kuala Lumpur
70 Mary Varghese Academic Petaling Jaya
71 Molly NN Lee Academic Penang
72 Ng Kah Chuan Academic Kuala Lumpur
73 Ng Mei Peng Academic Petaling Jaya
74 Ngo Sheau Shi Academic Penang
75 Ngu Ik Tien Academic Kuala Lumpur
76 Noraida Endut Academic Penang
77 Paul Lim Academic/Retired Taipei
78 Petra Gimbad Academic Kuala Lumpur
79 Phua Kai Lit Academic Shah Alam
80 Por Heong Hong Academic/Independent Researcher Kuala Lumpur
81 Por Lip Yee Academic & PKAUM Kuala Lumpur
82 Professor Abdul Rahman Embong Academic/Researcher Bangi
83 Professor William G. Tierney Academic Los Angeles, USA
84 Professor Andrew Harding Academic Singapore
85 Professor Khoo Boo Teik Academic Tokyo
86 Professor Maude E Phipps Academic Petaling Jaya
87 Professor Surichai Wungaeo Academic Bangkok
88 Rafidah Md. Noor Academic Kuala Lumpur
89 Raja Ariffin Raja Ghazilla Academic & PKAUM Kuala Lumpur
90 Richard Mason Academic Kuala Lumpur
91 Rokiah Alavi Academic Kuala Lumpur
92 Rom Nain Academic Selangor
93 Rosli H Mahat Academic & PKAUM Kuala Lumpur
94 Rosli Omar Academic/Retired Kuala Lumpur
95 Ruhana bt. Padzil Academic Kuala Lumpur
96 Santhiram Raman Academic Penang
97 Shamsul AB Social Anthropologist Seremban
98 Sharifah Muhairah Shahabudin Academic Petaling Jaya
99 Sharon A. Bong Academic Petaling Jaya
100 Sharon Kaur Academic Petaling Jaya
101 Soon Chuan Yean Academic Penang
102 Sue Khor Academic Penang
103 Sumit Mandal Independent Scholar Petaling Jaya
104 Suresh Narayanan Academic Penang
105 Tamir Moustafa Academic Burnaby, Canada
106 tan beng hui Academic Kuala Lumpur
107 Tan Ka Kheng Academic Kuala Lumpur
108 Tan Sooi Beng Academic Penang
109 Tan Sri Dato’ Emeritus Professor Gajaraj Dhanarajan Academic Penang
110 Thock Ker Pong Academic Kuala Lumpur.
111 Ting Su Hie Academic Kuching
112 Too Shaw Warn Academic Semenyih
113 VGR Chandran Govindaraju Academic Petaling Jaya
114 Wan Chang Da Academic Penang
115 Wan Manan Academic Kota Bharu
116 Wang Lay Kim Academic Penang
117 Wei Keong Too Academic Semenyih
118 Wong Mun Loong Academic Kajang
119 Wong Soak Koon Academic/Retired Kuala Lumpur
120 Yap Tuan Gee Academic & Medical Doctor Kuala Lumpur
121 Yeoh Seng Guan Academic Kuala Lumpur
122 Yuen Kok Leong Academic Kuching
123 Zabdi Zamrod Academic/Retired Penang
124 Zaidi Razak Academic & PKAUM Kuala Lumpur
125 Zawawi Ibrahim Academic Kuala Lumpur
126 Aerleen Justim Concerned Citizen Petaling Jaya
127 Ahmed Bin Chee Engineer Penang
128 Aidan Yang Concerned Citizen/Retired Petaling Jaya
129 Alex Heng Bank Manager/Retired Penang
130 Al-Mustaqeem M Radhi Writer Kuala Lumpur
131 Altaf Deviyati Ismail Researcher Penang
132 Ambiga Sreenevasan Lawyer Kuala Lumpur
133 Anas Alam Faizli Project Management Professional Kuala Lumpur
134 Ang Hiok Gai Educator Petaling Jaya
135 Angela Tan PR Consultant Kuala Lumpur
136 Angeline Loh Writer Penang
137 Angie Santhanam Teacher Kuala Lumpur
138 Anil Netto Freelance Writer Penang
139 Anna Har Mei Yoke Filmmaker and Producer Kuala Lumpur
140 Anne Lasimbang Social/Community Activist Kota Kinabalu
141 Annette Vijiarungam Web Administrator Kuala Lumpur
142 Annie Lim Administrator Penang
143 Anwar Fazal Social Activist/Concerned Citizen Penang
144 Basil Fernando Attorney At Law Sri Lanka
145 Ben Rethual Concerned Citizen Kuala Lumpur
146 BK Ong Social Activist Kota Kinabalu
147 Boon Kia Meng PhD Candidate Kyoto, Japan
148 C.L.Chan Concerned Citizen/Retired Kuala Lumpur
149 Charles Hector Lawyer, Human Rights Defender and Writer Temerloh
150 Chi Too Artist Kuala Lumpur
151 Chia Che Hieng Engineer Singapore
152 Chin Khuan Sui Teacher Penang
153 Chitra Alagan Manager Penang
154 Chok Pit Yuen Secretary Kuala Lumpur
155 Chong Wui Howe Business Analysis Manager Ipoh
156 Chow Chee Keong Principal Penang
157 Chua Ai Ling Advocate & Solicitor
158 Chua Sieh Mann Lawyer Petaling Jaya
159 Chua Tee Tee Educator Petaling Jaya
160 Chung Tack Soon Marketing Manager Kuala Lumpur
161 Clare Rewcastle Brown Journalist London
162 Colin Kirton Artist Subang Jaya
163 Colin Nicholas Indigenous Rights’ Activist/ Researcher Petaling Jaya
164 Daniel John Jambun Civil Society Activist Kota Kinabalu
165 Daniel Soon Social Care Giver Penang
166 Datin Fakhitah Mohd. Darus Welfare Officer/Retired Penang
167 Dato VL Kandan Lawyer Kuala Lumpur
168 Dato’ Thasleem Mohamed Ibrahim Entrepreneur & Civil Society Activist Kuala Lumpur
169 Dorathy Benjamin Civil Society Activist Subang Jaya
170 Dr SP Choong Medical Doctor Penang
171 Dr Yolanda Augustin Medical Doctor London
172 Dr. Beth Baikan Environmental Consultant Kota Kinabalu
173 Dr. Carol Yong Independent Consultant & Researcher Kuala Lumpur
174 Dr. Regina Lim Legal Researcher Kota Kinabalu
175 Dr. Thomas Mason Consultant Kuching
176 Edda de Silva Publisher/Retired Kuala Lumpur
177 Engku Kamanurrull Zahara Bt Engku Kamarudin Legal Assistant Kuala Lumpur
178 Esther Gauri Project Manager Kuala Lumpur
179 Esther Yew Sales & Marketing Kuala Lumpur
180 Evelyn Tang Administrator Penang
181 Farida Jivamala binti Md Ibrahim Teacher Petaling Jaya
182 Gebril Atong Indigenous Peoples’ Activist Miri
183 Geh Cheng Lok Advocate & Solicitor Penang
184 Gerard F. Robless Concerned Citizen/Retired Penang
185 Gurdip Singh Concerned Citizen/Retired Ipoh
186 Haris Ibrahim Activist Kuala Lumpur
187 Harrison Ngau Laing Lawyer Miri
188 Ho Yock Lin Social Activist Kuala Lumpur
189 Honey Tan Human Rights Activist Kuala Lumpur
190 Ibrahim Suffian Researcher Bangi
191 Ineke Roskam Nurse Petaling Jaya
192 Ir. Lam Kar Keong Engineer Kuala Lumpur
193 Ir. Lim Thean Heng Engineer Penang
194 Ir. Tan Keng Tong Engineer Penang
195 J Hoon Lawyer Penang
196 Jacqueline Ann Surin Journalist & Editor Selangor
197 Janarthani, A. Social Activist Penang
198 Janet Pillai Independent Researcher Kuala Lumpur
199 Jayanath Appudurai Concerned Citizen/Retired Kuala Lumpur
200 Jeffrey Wei Concerned Citizen/Retired Kuching
201 Jerald Joseph Human Rights Trainer Kuala Lumpur
202 Joan Shori Economist Penang
203 Joe Sidek Festival Director Penang
204 John Kim Lean Hwa Social Worker/Retired Penang
205 Jonson K.W. Chong Educator Petaling Jaya
206 Josef Benedict Campaigner Petaling Jaya
207 Josephine Ho Secretary Klang
208 Josie Fernandez Civil Society Activist Kuala Lumpur
209 Jude Manickam Technician Bukit Mertajam
210 Julie Wong Community Organiser/Facilitator Kuala Lumpur
211 Julitah Palalun Lawyer Kuala Lumpur
212 Kavitha Rajan Lawyer Singapore
213 Khoo Salma Nasution Editor Penang
214 KJ John Columnist/Civil Activist Petaling Jaya
215 Lau Chee Boon Entrepreneur & Civil Society Activist Seremban
216 Lee Cheng Tue Engineer Petaling Jaya
217 Lee Chin Chuah Teacher/Retired Kuala Lumpur
218 Lee Kiong Hock Concerned Senior Citizen Washington DC
219 Lee Soo Wei Social Activist Kajang
220 Lee Soon Ching Teacher & School Principal /Retired; Writer Ipoh
221 Lena Hendry Social activist Kuala Lumpur
222 Leong Yew Kee Concerned Citizen/Retired Ipoh
223 Lim Kah Cheng Company Director/Lawyer/Retired Penang
224 Lim Kai Shen Teaching Assistant Petaling Jaya
225 Lim Poh Yan Concerned Citizen Petaling Jaya
226 Loh Cheng Kooi Civil Society Activist & Executive Director Penang
227 Loo Ah Hooi Investor Ipoh
228 Low Ai Yun Concerned Citizen/Retired Petaling Jaya
229 Low Siak Kheang Concerned Citizen/Retired Penang
230 Lucia Lai Admin Clerk Penang
231 M Shanmughalingam Managing Director Kuala Lumpur
232 M. Nadarajah Consultant Penang
233 M.Jaya Gobi Consultant Petaling Jaya
234 M.Sujata Lawyer Petaling Jaya
235 Magdalene Tang Geologist Kuala Lumpur
236 Mark Bujang Indigenous Peoples’ Activist Miri
237 Michael Quah Teacher /Retired Penang
238 Mohamed Kamar Managing Director/Retired and Environmentalist Petaling Jaya
239 Nicholas Chan Researcher Penang
240 Nicholas Mujah ak Ason Indigenous Peoples’ Activist Kuching
241 Nimai Bhattacharjee Financial Consultant Ipoh
242 Noor Mahnun Mohamed Artist Kuala Lumpur
243 Noraini Dhiauddin Concerned Citizen/Student Bangi
244 Noreen Ariff Legal Counsel Johor Bahru
245 Noriah bt Abdullah Teacher/Retired Penang
246 P.Ramakrishnan Teacher/Retired & Civil Society Activist Penang
247 Pan Choi Yen General Manager Petaling Jaya
248 Peter John Radio Journalist/Social Activist Kuching
249 PY Wong Social Activist Kuala Lumpur
250 R. Mageswaran Lawyer Petaling Jaya
251 Ragahavan A/L Annamalai Entrepreneur & Civil Society Activist Kuala Lumpur
252 Ramesan Navaratnarajah Consultant Gynaecologist Petaling Jaya
253 Ramon Navaratnam Civil Servant/Retired & Author Bangsar
254 Rayner Sylvester Yeo Civil Society Activist/Writer Kuala Lumpur
255 Robert Cheong Eng Tick Concerned Citizen/Retired Kuala Lumpur
256 Robert Foo Wealth Management Consultant Kuala Lumpur
257 S. Arutchelvan Social Activist Kuala Lumpur
258 Santalia Deane-Johns Student Sydney
259 Sarah Karmila Benedict Lawyer Kuala Lumpur
260 Sarajun Hoda Entrepreneur & Civil Society Activist Port Klang
261 Satish Chand Bhandari Federal Inspector Of Schools, Ministry of Education/Retired Penang
262 Selvaratnam Saba Concerned Citizen/Pensioner Kluang
263 Sharaad Kuttan Journalist Petaling Jaya
264 Sharifuddin Abdul Latiff Freelance Media Specialist Kuala Lumpur
265 Sheila Pakiam Counsellor Penang
266 Siah Sy Jen Lawyer Kuching
267 Sivin Kit Doctoral Researcher Kristiansand
268 SK Tio Concerned Citizen/Retired Penang
269 Sophie Marie Helene Chao Environmentalist Jakarta
270 Susanna George Organisational Consultant Petaling Jaya
271 Suzanne Tan Gaik Leng Decorative Painter Kuala Lumpur
272 Syerleena Abdul Rashid Social Activist Penang
273 T.S. Gill Consultant Engineer Petaling Jaya
274 Tan Gaik Hoon Accountant Petaling Jaya
275 Tan Hwang-Ee Lawyer Penang
276 Tan Keat Chooi Executive Secretary Penang
277 Tan Paik Sim Concerned Citizen Ipoh
278 Tan Pek Leng Researcher Penang
279 Tan Pong Soo Entrepreneur & Civil Society Activist Kuala Lumpur
280 Tan Seng Keat Researcher Bangi
281 Tan Yew Sing Entrepreneur & Civil Society Activist Kuala Lumpur
282 Tengku Idaura Concerned Citizen/Retired Penang
283 Teo Ann Siang Social Activist Kuala Lumpur
284 Terry Ch’ng Hwa Lian Concerned Citizen/Pensioner Alor Setar
285 Thomas Jalong Indigenous Peoples’ Activist Miri
286 TK Fong Concerned Citizen Kuala Lumpur
287 Tricia Yeoh Public Policy Analyst Kuala Lumpur
288 Vicky Chan Webmaster Petaling Jaya
289 Vijaye Jayanath Engineer Kuala Lumpur
290 Wan Saiful Wan Jan Researcher Kuala Lumpur
291 Wong Hoy Cheong Researcher Petaling Jaya
292 Wong Siew Lyn Freelance Writer Petaling Jaya
293 Yap Swee Seng Social Activist Petaling Jaya.
294 Yee Lai Wan Researcher/Retired Penang
295 Yew Wei Lit PhD Candidate Hong Kong
296 Yin Shao Loong Researcher Kuala Lumpur
297 Yoong Chew Hing Teacher/Retired Kuala Lumpur
298 Yow Chee Keong Software Engineer Sydney
299 Yow Lee Fung Education Activist Kuala Lumpur
300 Zaid Kamaruddin Civil Society Activist Kuala Lumpur
    ]]>

Indahnya Malaysia: Agama Buddha

Agama Buddha adalah agama kedua terbesar di Malaysia, di mana 19.2% dikalangan warganegara kita terdiri daripada penganutnya. Sebagai satu agama yang tiada otoriti muktamad untuk menetapkan hala tuju agama ini, Buddhisme diamal dalam pelbagai bentuk. Satu inisiatif sedang digerakkan oleh Malaysian Buddhist Council, yang mewakili pelbagai aliran kepercayaan Buddhisme, untuk membangunkan agama Buddha, terutamanya dalam merelevankan lagi pesanan agama tersebut untuk keadaan masakini, termasuklah memupuk solidariti dikalangan masyarakat penganut Buddha secara amnya.  02                                     03                           04                                   05                                     07                                 06

]]>

Pelihara kebebasan bersuara, tegakkan hak asasi

Kami di Projek Dialog ingin menyatakan rasa marah, benci dan jengkel kami terhadap pencabulan kebebesan besuara, terkandung dalam Piagam Hak Asasi Manusia 1948 yang berleluasa menerusi Akta Hasutan di negara ini.

Berita pendakwaan terhadap Profesor Madya Dr Azmi Sharom di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan adalah contoh kekangan yang terpilih ini.

Dalam sebuah negara, apabila pihak berkuasa mulai mensasarkan ahli akademik, sarjana, wartawan dan seniman; itu menjadi petanda dan kayu ukur yang negara tersebut sedang mengamalkan pendekatan autoritarian.

Kami ingin mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa piagam UNESCO 1997 menerusi ‘Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel’ sejak 11 November 1997, pada Artikel 26 dan 27 menyatakan bahawa ahli akademik mempunyai hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial di mana mereka bebas memberi pandangan akademik terhadap sebarang dasar kerajaan dan dasar yang memberi kesan terhadap pendidikan tinggi; “the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education”.

Kami di Projek Dialog dengan ini menyatakan solidariti terhadap ahli-ahli akademik di Malaysia yang berani mengkritik dan bekerja untuk mendaulat amanah negara, malah amanah kemanusiaan.

Kami telah mengajukan masalah-masalah yang menimpa ahli akademik di negara ini seperti pengharaman karya, arahan menerusi surat tunjuk sebab dan kini pendakwaan di bawah Akta Hasutan kepada badan-badan internasional.

Kami akan memastikan pendekatan dialog digunakan, dan bukannya pendekatan kuku besi.

Malaysia baru sahaja menyambut kemerdekaan yang ke 57, sebarang tindakan ke belakang adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Kami ingin mengingatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan komitmen beliau terhadap peningkatan hak asasi manusia.  

]]>