Projek Dialog

Kembali kepada asas permasalahan isu Kalimah Allah

oleh Dr. Patricia Anne Martinez Kebanyakkan di kalangan kita telah hilang tumpuan dan keliru akan asal kewujudan permasalahan Kalimah Allah. Hal ini kerana ia telah lama berlarutan, dari satu “drama” ke satu “drama” yang lain. Maka demikian, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai asal usul berlakunya kontroversi kalimah “Allah” di negara ini. Hal ini adalah penting kerana sesetengah “jalan penyelesaian” yang sedang beredar di dalam laman-laman internet, yang dicadangkan bagi masyarakat Kristian, adalah tidak adil serta tidak masuk akal. Sebagai contohnya, ada yang menggunakan petikan Bible dari Isa dan menggesa umat Kristian untuk “memalingkan pipi ke arah lain” (turn the other cheek) bila tersinggung. Dalam maksud lain, umat Kristian di negara ini digesa untuk berundur dan tidak berkonfrontasi dalam isu ini sebagai mengikut contoh Isa. Masalahnya, masyarakat Kristian tidak tersinggung pun, tetapi terdapat perkara penting yang perlu kita lihati berkenaan penggesaan masyarakat Kristian untuk bersabar demi ‘memelihara keamanan dan kestabilan negara’; atau ‘menundukkan kepala, walaupun sedikit’. Masyarakat Kristian sememangnya telah “MEMALING PIPI KE ARAH LAIN”. Sebagai contohnya, demostrasi oleh UMNO dan penyokong-penyokongnya yang lain di luar makamah di Putrajaya dan di tempat-tempat lain, serta ancaman untuk mengadakan demostrasi mega di masa kelak oleh UMNO, roadshow anjuran UMNO untuk ‘menerangkan kebenaran isu kalimah Allah kepada umat Islam’ dimana mereka menuduh dengan sewenang-wenangnya seorang Kristian – Father Lawrence Andrew (walhal SEMUA orang Kristian berdiri teguh dibawah perlembagaan negara ini dalam hak kebebasan beragama), ancaman untuk membakar Alkitab, pelbagai tuduhan tidak berasas dilempari, laporan polis dan ancaman-ancaman oleh beratus-ratus penyokong UMNO, menggunakan kesempatan isu kalimah Allah untuk memburuk-burukkan pihak pembangkang serta membuat tuduhan melulu kononnya masyarakat Kristian ingin menukarkan Malaysia menjadi negara Kristian (Utusan Malaysia), membakar patung dan foto muka Father Lawrence Andrew …. DALAM MASA HANYA DUA TAHUN…. TIADA SATUPUN tindakan balas yang melulu daripada masyarakat Kristian. Paling tidaknya, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dan ketua-ketua Gereja di Sabah dan Sarawak telah mengeluarkan beberapa KENYATAAN berhubung dengan isu ini. Maka itu, masyarakat Kristian sememangnya telah bersabar, dan TELAH “memaling pipi ke arah lain” demi memelihara keamanan antara agama yang merupakan ajaran yang termulia dalam agama Kristian, serta memelihara keharmonian negara kita yang tercinta. Secara jujurnya, kata-kata Muhammad Tajuddin berkenaan “menjaga keselamatan” masyarakat Kristian di negara ini menunjukkan bahawa betapa bahayanya ancaman yang dihadapai oleh masyarakat Kristian di negara ini… TANPA SEBARANG TINDAKAN BALAS selain daripada rayuan untuk kekal bersabar, bersikap rasional, dan berdoa untuk kedamaian. Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jnr. diangkatkan oleh Muhammad Tajuddin sebagai contoh “memaling pipi ke arah lain” i. e. menerima ketidakadilan secara aman: namun begitu TIADA SATUPUN daripada tokoh-tokoh keamanan ini “memaling pipi ke arah lain”. Bahkan, mereka mengajar masyarakat dunia makna “bantahan awam” (civil disobedience) dan mengadakan protes-protes terhadap ketidakadilan dengan melakukan perkara yang DIHARAMKAN, tetapi bukan dengan keganasan – terhadap kerajaan colonial (Gandhi), dan terhadap undang-undang yang tidak adil (undang-undang pengasingan – Martin Luther King, dimana beliau mengadakan  protes dengan menduduki ruangan tempat duduk bas-bas, restaurant dan sebagainya untuk “Orang Putih Sahaja”).  Contoh yang lain: rakyat kulit gelap Amerika Syarikat berjalan beramai-ramai untuk protes secara aman. Mereka langsung tidak berundur atau berdiam diri menerima keadaan pengasingan kaum pada masa itu, dan “memaling pipi ke arah lain”. Ramai rakyat Malaysia terus mencadangkan agar orang Kristian menggunakan perkataan ‘Tuhan’ dan bukan kalimah ‘Allah’. Fakta kajian daripada CFM ( ditulis dalam tiga bahasa ) yang boleh didapati dengan meluas di SEMUA media atas talian dan dari pejabat CFM, menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan isu ini dan isu-isu lain yang berkaitan.Realitinya, Alkitab telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sejak empat abad yang lalu, menggunakan KEDUA-DUA perkataan Tuhan dan kalimah Allah. Dalam petikan di mana Tuhan merujuk kepada diri-Nya sebagai “Tuhan”, ayatnya berbunyi, ” Saya adalah Tuhan dan Allah Kamu” (“I am your Lord and your God”). Maka dengan menggantikan Allah dengan ‘Tuhan ‘ bermakna menulis “Saya adalah Tuhan dan Tuhan Kamu”, secara tidak langsung akan menjadikan Kristian musyrik, hal ini kerana orang Kristian adalah beragama tauhid sebagaimana orang Islam juga. Berkenaan dengan teologi Triniti, seperti yang difahami oleh orang Islam, ‘ ALLAH ‘ HANYALAH MERUPAKAN RUJUKAN LINGUISTIK BAGI MAKNA TUHAN dalam bahasa, budaya dan sempadan geografi daripada tiga agama Ibrahim. Dan agama Kristian telahpun wujud sebelum Islam … Sejak berabad-abad lagi,  masyarakat Kristian yang bertutur dalam bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian mereka membentuk 64% daripada jumlah KESELURUHAN UMAT KRISTIAN MALAYSIA, malah mereka hanya mempunyai Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar mereka…. mereka juga telah menggunakan kalimah ‘Allah’ tanpa sebarang gangguan SEHINGGA BARU-BARU INI. Jika apa yang diinginkan oleh orang Kristian adalah UNTUK MENGEKALKAN HAK ASAL MEREKA MENGGUNAKAN KALIMAH ‘ALLAH’ SEJAK TURUN-KEMURUN, MENGAPAKAH PERLU ORANG KRISTIAN ‘MELEPASKAN’ HAK ASAL MEREKA, DAN ‘BERTOLAK-ANSUR’? Sesungguhnya  mereka yang ingin mengganggu hak penggunaan kalimah ‘Allah oleh masyarakat Kristian yang sepatutnya perlu bertolak ansur? Sememangnya itulah tanggungjawab mereka yang membuka isu ini. Siapakah yang sengaja ingin mengganggu hak asal tersebut? Ia adalah pihak berkuasa agama iaitu dengan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dan termasuk juga perkataan lain seperti ” Haji ” dan ” surau ” oleh orang bukan Islam! Mantan Menteri Negeri Dalam Negeri telah memutuskan bahawa sebuah majalah Gereja Katolik ( The Herald ) yang diedarkan dikalangan penganut Katolik yang melanggani majalah tersebut sahaja, tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen The Herald dalam Bahasa Malaysianya, alasannya kerana The Herald diedarkan di Sabah dan Sarawak. INI ADALAH ASAL SUL ISU ‘ALLAH’ TETAPI FAKTA ISU INI LANGSUNG TIDAK disiarkan kepada SEMUA, terutamanya bagi orang Islam. Selepas bertahun-tahun melakukan pelbagai rundingan, rayuan, melampirkan bukti dan sebagai secara tertutup; pihak Gereja katolik akhirnya menemui jalan buntu. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Mahkamah atas pengharaman penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh masyarakat Kristian. Jalan terakhir ini adalah rekursa yang logik dan muktamad bagi warganegara Malaysia yang dilindungi oleh perjanjian Perlembagaan termasuk kebebasan beragama dan kebebasan untuk mengurus hal ehwal agama seseorang. Maka demikian, BUKAN ORANG KRISTIAN YANG MEMULAKAN KONFLIK ISU ‘ALLAH’ INI. Pihak gereja Katolik telah menjadi mangsa pertama dimana pihak Kementerian Dalam negeri memilih untuk ‘mengharamkan’ penerbitan majalah mereka – namun begitu pihak Kementerian tersebut boleh sahaja memilih untuk mengharamkan mana-mana penerbitan Kristian yang lain. Oleh itu, perjuangan untuk mengekalkan hak asal penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi 64% orang Kristian di Malaysia ini adalah perjuangan untuk SEMUA orang Kristian. Ini bukan lagi “perjuangan” Gereja Katolik dan Father Lawrence Andrew, seorang paderi Katolik Jesuit dan editor The Herald. Beliau juga bukan seorang yang berniat jahat seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Tidak terdapat di mana-mana dalam upacara sembahyang Kristian Malaysia atau di dalam Alkitab bahasa Inggeris, Tamil atau Cina, dimana kalimah ‘Allah’ muncul, dan orang Kristian tidak mempunyai niat untuk menukar perkataan ‘Tuhan ‘ kepada ‘ Allah ‘ di dalam Al-Kitab . Tuduhan yang diedarkan dalam laman sesawang ini adalah salah satu pembohongan yang besar, bahkan ditambah pula dengan adendum bahawa orang Kristian kini cuba untuk merampas ‘hak’ keistimewaan Melayu dan Islam – sebuah isu ‘sensitif’ bagi mereka yang memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’, hal ini termasuk juga pembohongan lain bahawa orang Kristian mahu menggunakan kalimah Allah untuk ‘mengelirukan’ dan ‘ memurtadkan’ umat Islam. Semakin ramai umat Islam sendiri juga mempersoalkan: adakah kepercayaan mereka begitu lemah? Jadi mereka mudah berubah? Sejak Mahkamah Rayuan memberi penghakiman bahawa orang Kristian diharamkan daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, ulama Islam seluruh dunia (dan di Malaysia) – SEMUA bersepakat tidak bersetuju dan mencemuh akan tindakan pengharaman tersebut, mereka juga “berasa aib” terhadap versi Islam di Malaysia yang menjadikan kalimah “Allah” sebagai perkataan ekslusif bagi orang Islam sahaja ( petikan ini telah dipaparkan dalam media alternatif). Dalam pada itu, media daripada negara-negara Islam mentertawa serta mengkritik Malaysia – dari Timur Tengah; dan Turki, Pakistan, termasuk juga jiran kita Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia. Dalam akhbar Jakarta Post terpampang tajuk “Sejak bila orang Islam memiliki Tuhan?” … akhbar tersebut membuat kesimpulan sebagaimana orang Kristian di Malaysia telah simpulkan: bahawa kalimah “Allah” hanya satu rujukan linguistik bagi perkataan Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa masalah besar kepada sesiapa pun. Masyarakat Kristian mencintai keamanan dan tidak sesekali bertindak secara melulu. Kami tidak ingin untuk memberi tindakan balas atau meminta pihak yang menentang orang Kristian dalam isu ini untuk berundur. KITA HANYA INGIN MEMINTA BAHAWA KEMBALIKAN MALAYSIA KEPADA KEADAAN SEDIAKALA YANG AMAN-DAMAI. Namun begitu, isu ini telah DIKACAU-BILAUKAN DAN KEMUDIAN DIMANIPULASI, DIPUTARBELITKAN DAN SEKARANG DIANCAM SERTA DIKEJI sebagai agenda bagi menjatuhkan Islam. Keindahan agama dan dunia Islam kini digunakan sebagai alat untuk agenda-agenda tertentu – termasuk agenda politik. Islam tidak akan terselamat dan menjadi salah satu agama yang paling pesat berkembang di dalam dunia jika penganutnya begitu mudah dimanipulasikan, ‘keliru’ dan ‘dimurtadkan’. Tidak ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan bahawa orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’. Orang Kristian digambarkan sebagai Ahli Kitab dan yang mempunyai hubungan paling erat dengan umat Islam. Sememangnya, terdapat dua jenis petikan di dalam Al-Quran mengenai Kristian dan Yahudi – ayat-ayat yang berbentuk positif (ayat-ayat sedemikian boleh ditemui dengan banyaknya di dalam Al-Quran); dan ayat-ayat berbentuk negatif (ayat-ayat sedemikian agak kurang ditemui di dalam Al-Quran). Teori naskh atau pembatalan ayat-ayat positif TIDAK pula diberi perhatian di sini. Naskh selalunya digunakan sebahagian besarnya untuk isu-isu fiqh, hal ini kerana perundangan Syariah adalah dipetik daripada al-Quran. Namun begitu, ayat-ayat yang tertakluk kepada naskh telah dikurangkan daripada 270 ayat …. kepada kira-kira 20 ayat sahaja. Dan tiada satupun daripada ayat-ayat yang berbentuk positif berkenaan Kristian yang telah dimansukhkan . Saya menulis semua ini dengan harapan untuk menjernihkan isu ini dan membuka ruang pemikiran yang rasional terhadap isu ini, sebelum ia menjadi tidak terkawal dan membahayakan masyarakat negara ini – kebanyakkannya melalui taktik manipulasi, penipuan, kejahilan akal, dan kepentingan politik. Saya menulis ruangan ini berdasarkan rasa hormat yang tinggi terhadap Islam, sebuah agama yang aman, yang sayangnya diputarbelitkan dan difitnah dalam konflik isu kalimah “Allah” ini, dan secara tidak langsung mengganggu kestabilan dan keamanan sekian lama bagi 64% masyarakat Kristian di negara ini.     Dr. Patricia Anne Martinez ialah seorang pembaca projekdialog.com. Rencana ini diterjemahkan dari versi Bahasa Inggeris oleh Nor Arlene Tan dan Ahmad Fuad Rahmat.

]]>

CFM amat bimbang terhadap ketegangan

KENYATAAN MEDIA: CFM AMAT BIMBANG TERHADAP TINDAKAN TERBARU MENINGKATKAN KETEGANGAN Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyatakan kebimbangan dalam tindakan baru-baru ini yang meningkat ketegangan di pihak kumpulan tertentu berkenaan dengan penggunaan istilah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Malaysia. Khususnya kita merujuk kepada empat kejadian: yang secara khususnya dituju kepada Father Lawrence Andrew, Penerbit The Herald, kritikan dan ancaman “demonstrasi mega” terhadapnya; iklan yang terpapar di The Star pada hari Sabtu 11 Januari, 2014 oleh ketua Majlis Agama Islam Selangor cuba untuk menjustifikasikan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di premis Persatuan Alkitab Malaysia pada 2 Januari 2014; demonstrasi berhampiran Shekinah Glory Church AG, Klang pada hari Sabtu pagi 4 Januari 2014; dan demonstrasi oleh sekumpulan kira-kira 100 orang di luar Gereja Metro Tabernacle di Gombak pada hari Ahad pagi 12 Januari 2014. Kami berpendapat bahawa insiden-insiden ini tidak membantu atau berhemat pada keadaan semasa. 10 Perkara Penyelesaian yang diumumkan oleh Kerajaan pada bulan April 2011 sepatutnya telah menyelesaikan penggunaan Bahasa Malaysia dan istilah “Allah” di dalam Al-Kitab. Malangnya, Kerajaan yang mencipta 10 Perkara penyelesian tersebut kini berdiam diri mengenainya. Oleh itu, jika tiada arahan jelas daripada kepimpinan politik negara kita, apa yang kita saksikan ketika ini adalah setiap kumpulan berlumba-lumba untuk menarik perhatian media untuk diri mereka sendiri. Ini mencerminkan pengurusan negera yang merosot. Kami kesal bahawa kumpulan-kumpulan ini merasakan bahawa mereka perlu melakukan tindakan ini. CFM bagi pihak masyarakat Kristian di Malaysia tetap tidak tergugat dalam menghadapi keadaan ini dan demikian juga pada masa depan. Kami berdiri teguh dan bersatu dalam pemahaman kita tentang prinsip kebebasan beragama dan perlindungan saksama dalam undang-undang, keduaduanya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara kita. Kami melihat kepada mahkamah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang kami hormati. Kami berdiri dengan individu-individu seperti Paderi Lawrence Andrew dan gereja-gereja yang telah dipilih menjadi tempat bantahan yang tidak munasabah dan yang tidak sewajarnya, dan kebanyakan orang-orang Kristian di negara ini yang hanya dipersalahkan kerana keinginan tulus mereka untuk menyembah dan memanggil Allah dalam bahasa mereka sendiri. Kita mengingatkan bahawa 64% orang Kristian di Malaysia tidak mempunyai bahasa lain untuk Alkitab, berdoa dan penyembahan mereka kecuali dalam Bahasa Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan jiran-jiran kami dari agama lain yang memahami sejarah ini dan berdiri dengan kami dan bersama kami pada hari yang gelap ini. Kami menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan di Malaysia dan di seluruh dunia untuk terus berdoa untuk keamanan dan keselamatan orang Kristian, gereja-gereja dan masyarakat, dan agar keadilan berlaku dalam negara kita yang tercinta. Ditanda tangani, Rev. Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia

VERMOX
]]>

JAIS bertindak kurang wajar; rakyat Malaysia di persimpangan

Tahun 2013 hangat dan sarat dengan kontroversi isu agama dan perkauman dipolitikkan telah pun melabuh tirai. Namun, tahun baru 2014 juga tidak dapat menjanjikan kestabilan dan keharmonian negara Malaysia ini terlaksana dengan baik.

Bagi penulis, ianya sudah menjadi ‘trend’ atau ‘lumrah’: bila pemerintah gagal menyelesai kepincangan urus tadbir mereka serta permasalahan rakyat maka bom syak diggunakan sebagai senjata dengan membenarkan isu-isu keagamaan dan perkauman dilaga-lagakan untuk menutup segala isu-isu kepincangan pentadbiran mereka. Jadi kita patut menilai situasi ini dari semua sudut, bermula dengan penelitian konteks isu ini berlaku. Serbuan JAIS dan rampasan Bible Reverand Father Lawrence merupakan paderi Katolik daripada kelompok Jesuit dan editor bagi akhbar mingguan “The Herald (Malaysian Catholic Weekly)” bagi keuskupan (daerah gereja) Kuala Lumpur. Baru-baru beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam upacara Misa dalam bahasa Malaysia. Nah, apa masalah di sini? Pertama, kenyataan media Father Lawrence ini dikatakan satu penderhakaan terhadap titah Sultan Selangor. Kedua, kenyataan ini dituduh sebagai satu langgaran Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri Selangor yang telah diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN). Ketiga, kenyataan beliau disifatkan menghina keputusan mahkamah rayuan Oktober 2013 lalu yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan larangan tersebut hanya dikenakan pada akhbar  “The Herald”. Lantas kenyataan beliau segera dihidu oleh JAIS, NGO Muslim dan UMNO Selangor untuk dijadikan alat melaga-lagakan isu agama dan perkauman serta peluang bagi mereka untuk menjadi ‘hero’ bangsa dan agama serta berusaha untuk mengalih isu kepincangan pentadbiran negara. Undang-undang yang dirujuk di sebalik rampasan Alkitab Bahasa Malaysia oleh JAIS Mengikut sumber daripada Utusan Malaysia dan beberapa media cetak lain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang pada Khamis 2 Januari. Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis itu, Sinclair Wong ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.  Penulis percaya JAIS menggunakan Seksyen 9 Enakmen tersebut yang memperuntukkan “kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumber Islam”. Seksyen 9 menyatakan : (1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia: (a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan; atau (b) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam; atau (c) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang; atau (d) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam. (2) Seseorang yang tidak berugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan jika dia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen kecil (1), menggunakan mana-mana perbahasan yang disenaraikan dalam Bahagian II kepada Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan. (3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM1,000. (4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual. Tanggapan awam Sementara itu, isu ini terus dipermainkan media arus perdana, di mana sifat sensitifnya membuka ruang kepada andaian-andaian yang menyumbang kepada ketegangan keadaan. Hari demi hari kita mendengar luahan marah dari pelbagai NGO-NGO Muslim dan UMNO Selangor. Desas-desus spekulasi pun bertambah: ada yang mengatakan Kristian di Malaysia dilarang guna kalimah ‘Allah’ dalam apa perkara. Ada yang mengatakan Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja boleh menggunakannya dan ada juga yang mengatakan umat Kristian baru bercadang untuk menggunakan kalimah tersebut dan harus ditentang. Bahkan ada yang mempolitikkan isu ini dengan mengatakan parti-parti pembangkang mengadai kalimah ‘Allah’ untuk meraih undi simpati umat Kristian. Realiti dan kebenaran situasi pun terbenam andaian dan jangkaan emosi yang makin menjadi-jadi.  Tindakan JAIS bermasalah Hakikatnya ialah persatuan Bible Malaysia sudah lama beroperasi untuk menerbitkan Alkitab Bahasa Malaysia dan Iban bahkan lama sebelum “Penyelesaian 10 – Perkara” mahupun enakmen tersebut diperkenalkan. Keputusan mahkamah rayuan telah menetapkan larangan pengunaan kalimah tersebut di akhbar mingguan ‘The Herald’ dan bukannya Alkitab mahupun penerbitan serta upacara ibadat. Enakmen yang diguna pakai di negeri Selangor juga boleh dipersoalkan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 11 dan Perjanjian Malaysia 1963 Perkara 1. Oleh itu, enakmen tersebut harus dipinda atau dimansuhkan. Tambahan pula enakmen tersebut tidak rasional untuk diamalkan di Selangor sebagaimana terdapat juga umat Kristian Sabah dan Sarawak menetap di negeri tersebut menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam ibadat mereka dan juga punyai Alkitab. Persatuan Bible Malaysia sewajarnya diberikan hak untuk menerbitkan ‘Alkitab’ kerana ianya diluluskan permit melalui akta cetak serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dimana umat Kristian dibenarkan untuk mengurus hal keagamaannya sendiri. Malah kerajaan Malaysia dibawah ke pimpinan BN telah pun memberi jaminan kepada umat Kristian mengenai “Penyelesaian 10 – Perkara” mengenai Alkitab pada 11 April 2011 yang lalu. Antara kandungan Penyelesaian 10 – Perkara ialah kerajaan membenarkan penerbitan dan mengimport Alkitab semua bahasa termasuklah Bahasa Malaysia/Bahasa Indonesia yang mengandungi kata “Allah” tanpa sebarang sekatan. Namun, ianya tidak akan dapat menyelesaikan kemelut selagi isu kalimah ‘Allah’ yang dibawa dimahkamah tidak diselesaikan diperingkat nasional. Hal-ehwal masyarakat Kristian juga di luar daerah hukum JAIS, malah jabatan agama mana-mana negeri. Perbuatan JAIS dalam merampas Bible dengan cara konfrontasi memang suatu tindakan menceroboh. Persoalan yang sukar? Walau apa pun, rakyat Malaysia yang majmuk dan berbilang kaum, bahasa dan budaya berada di persimpangan soalan-soalan penting yang harus dihadapi bersama: Wajarkah kalimah ‘Allah’ serta perkataan-perkataan lain yang berkaitan agama Islam di‘trademark’kan untuk menjaga umat Melayu dan Islam di Malaysia daripada terpesong akidah dan kekeliruan? Mengapakah  hal mutu akidah umat Islam patut menjadi tanggungjawab masyarakat Kristian?  Wajarkah umat Kristian di Malaysia dipersalahkan kerana menggunakan kalimah ‘Allah’ serta perkataan lain dalam bahasa kebangsaan negara mereka sendiri? Wajarkah pihak pemerintah serta penguasa agama Islam menentukan apa sahaja urusan kepercayaan agama lain? Apakah umat Islam di Malaysia sanggup bertolak ansur untuk membenarkan umat Kristian di Malaysia yang setelah sekian lama telah menggunakan kalimah ‘Allah’ serta perkataan-perkataan lain dalam penerbitan dan ibadat mereka selepas isu ini dipanaskan oleh pihak tertentu? Kesimpulan Marilah kita berdoa dan berharap agar negara kita dipulihkan daripada kemelut isu ni kerana sudah pasti ianya tidak akan membawa perpaduan dan keharmonian yang berkekalan setelah sekian lama Persekutuan Malaysia terbentu pada 1963. Pendekatan adil dan saksama harus disegerakan oleh semua pihak dalam menyelesaikan isu ini. Sampai bilakah rakyat di negera ini perlu dihidangkan dengan isu sebegini? Andai kata, semua pihak setuju bahawa kalimah ‘Allah’ itu universal, sudah pasti kemelut ini tidak wujud. Oleh itu, dialog serta toleransi beragama sangat diperlukan dalam kehidupan pluralistik negara ini. Tinggalkanlah pemikiran jumud dan dangkal serta marilah kita hidup bersama secara aman di negara ini.       unnamed
VERMOX
]]>

Tidak haram memberi ucapan selamat menyambut perayaan non-Muslim

Tujuan Wahyu: Kedamaian dan keadilan Nabi Muhammad SAW menerima wahyu di zaman keadaan rakyat Mekah yang cukup teruk. Penindasan terhadap kelas bawahan, penipuan dalam perdagangan,  penyelewengan harta anak yatim dan banyak lagi keburukan menjadi perkara yang sebati dalam masyarakat arab pada masa itu. Pesanan dan ajaran Nabi Muhammad SAW menyerang segala amalan tersebut. Namun, Baginda mendapat tentangan yang hebat sehingga ada di kalangan Muslim yang terawal diseksa dan ditindas, malahan ada juga yang dibunuh. Sesampai di Yathrib, pesanan keadilan dan kedamaian sudah menjadi perkara yang penting bagi Nabi. Ekoran itu, peperangan antara Aus dan Khazraj selama 140 tahun (ada riwayat kata 400 tahun), yang berasaskan kekabilahan, berjaya dihentikan oleh Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, Yathrib ditukar nama oleh Nabi Muhammad SAW menjadi Madinah yang memberi maksud kota Tamadun. Pesanan damai dan harmoni ini terus disuburkan oleh Nabi Muhammad SAW. Makanya Madinah ketika itu pun menjadi tempat manusia mencari kebajikan dan keselamatan. Ini amat selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Tidak kami utuskan kamu kecuali memberi rahmat sekelian alam” (Surah al-Anbiya’, ayat 107). Kemanusiaan Non-Muslim diktiraf Islam Mesej damai ini dipamerkan juga dalam hubungan baik antara muslim dengan non-Muslim. Contohnya, ketika Asma’ binti Abu Bakar yang memeluk Islam tidak mahu menerima hadiah yang diberikan oleh ibunya ekoran berbeza agama, menyebabkan turun firman Allah yang bermaksud: “Allah SWT tidak pernah mencegah kamu terhadap mereka (orang bukan Islam) yang tidak menyerang kamu dalam agama dan tidak mengeluarkan kamu dari negara kamu bahawa kamu melakukan kebaikan kepada mereka dan berlaku adil, sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang yang melaksanakan keadilan” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8). Menurut Yusuf Al-Qaradawi ayat ini merupakan dalil bahawa hubungan baik antara Muslim dengan non-Muslim wajar dijaga. Dalam Hadis pula terdapat satu kisah di mana ramai dari kalangan orang Yahudi berlumba-lumba memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW.  Baginda pula menyahut sepertimana menjawab salam orang Islam. Tindakan itu ditanya oleh isteri baginda, Aisyah kerana Yahudi itu tidak menyebut “Assalamu alaikum” yang bermaksud selamat sejahtera, tetapi menyebut “assamu alaikum” yang bermaksud “pergi mampus”. Nabi Muhammad SAW menjawab soalan Aisyah seperti berikut: “sesungguhnya Allah itu amat suka kelembutan pada semua perkara”. Dari lagi hadis mempamerkan tindakan Nabi Muhammad SAW yang amat selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Apabila diucapkan dengan ucapan yang baik, maka balas balik ucapan itu dengan yang lebih baik lagi” (Surah al-Nisa’, ayat 86). Pada suatu hari ada seorang mayat Yahudi yang dipikul di hadapan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu, Baginda berdiri memberi penghormatan. Sahabat yang melihat perbuatan itu bertanya, mengapa Nabi berdiri sedangkan mayat itu adalah orang Yahudi yang tidak beragama Islam. Nabi Muhammad SAW menjawab bahawa walaupun si mati itu adalah Yahudi, dia masih patut dihormati kerana dia masih seorang manusia. Ucaplah Merry Christmas Dari semua hujah yang dikemukakan, nyata dan jelas bahawa ucapan Merry Christmas kepada  mereka yang beragama Kristian, atau ucapan perayaan non-Muslim yang lain, bukanlah perkara yang terlarang. Lebih-lebih lagi Yusuf Al-Qaradawi ada menyatakan bahawa Al-Quran ada mengizinkan perkahwinan antara muslim dan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) (Surah al-Maidah, ayat 5). Malah Al-Quran sendiri akui tujuan perkahwinan adalah kasih sayang dan rahmat (Surah al-Rum ayat, 21). Makanya, lebih-lebih tidak salah jika sekadar mengucapkan tahniah atau salam sejahtera dalam konteks perayaan agama lain. Di kalangan ulama Islam, ada yang menfatwakan haram mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan agama selain Islam. Ulama itu adalah Ibn Taimiyyah menerusi kitab Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah menerusi kitab Ahkam Ahl al-Zimmah. Namun, pandangan mereka sekadar ijtihadi tidak mutlak. Ia boleh dipertimbangkan dalam pertukaran masa, tempat dan situasinya. Fatwa itu mungkin sesuai di era peperangan pada zaman itu, tetapi tidak sesuai di era keamanan seperti Malaysia juga negara-negara yang lain. Malah Al-Qaradawi sendiri pernah menyatakan bahawa ada kemungkinan Ibn Taimiyyah akan mengubah pendapatnya jika beliau berada di era moden kini. Wallahu a’lam. (sila email kami untuk rujukan lanjut – editor)       unnamed

VERMOX
]]>

Sains dan agama: kawan atau lawan?

Jalanan-LOGO-02-300x166

Sains bukan sekadar satu matapelajaran wajib lulus. Sains memainkan peranan besar dalam pembentukan sesebuah masyarakat dalam memahami bagaimana politik, sosial dan ekonomi saling berkait. Ia bermain peranan penting sebagai dasar ilmu Humanisme. Di dalam episod kali ini, kami bersama sama dengan Saudara Zurairi AR dari Unscientific Malaysia untuk membincang mengenai sains sebagai satu falsafah dan cara hudup. Turut ditelaah adalah kaitan antara sains dan humanisme dan sekularisme. Secara keseluruhannya, panel Dialog Jalanan minggu ini  akan merenung tentang bagaimana sains dapat  membentuk sebuah masyarakat manusiawi yang skeptik dan rasional tetapi masih adil dan aman. Antara persoalan yang dipertimbangkan adalah: bagaimanakah kita boleh membudayakan sudut pandang skeptisisme supaya mematangkan lagi wacana politik dan kemasyarakatan negara? Apakah cabaran sains ke amalan tahyul yang makin lama makin menjadi-jadi? Apakah hubungan di antara agama dan semangat persoalan saintifik? Adakah sains dan agama itu patut bercanggah? Bolehkah kita berlaku adil, tanpa kepercayaan kepada tuhan? Selain itu, dikongsi juga lagu dari kugiran Plague of Happiness dengan lagunya, Konspirasi. Mengenai Dialog Jalanan: Dialog Jalanan merupakan satu podcast yang bertujuan untuk meluaskan wacana kritis melalui renungan mengenai isu-isu semasa, terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan hal hubungan antara budaya dan agama di negara Malaysia yang kaya dengan kemajmukan. Niat asas kami hanyalah untuk mendalamkan pemahaman kami terhadap isu-isu yang biasanya digelar sensitif dengan cara yang berpaksikan nilai kemanusiaan. Niat dan matlamat kami bukan untuk menyebar mana-mana ideologi atau agama. Podcast ini diterbitkan dengan kerjasama Buku Jalanan. Buku Jalanan ialah sebuah gerakan perpustakaan jalanan yang berkonsepkan peminjaman buku secara percuma, tanpa birokrasi dan seiringan dengan aktiviti seni serta kebudayaan. Ianya bermula di Shah Alam pada tahun 2011 dan kini telah berkembang kepada lebih dari 30 buah perpustakaan – semuanya bergerak dengan autonomi penuh dan dicorakkan oleh keadaan dan agenda tempatan masing-masing. Yang menyatukan kesemua Buku Jalanan ialah sebuah aktivisme untuk membawa kesusasteraan dan kebudayaan ke masyararakat umum dengan menggunakan ruang awam di setiap kota yang mereka diami.
VERMOX
]]>

Agama asal: suatu pengenalan

Sumber alam Agama asal ataupun dipanggil sebagai “Pagan” merupakan agama yang menyeluruh dan berhubung rapat dengan sumber alam dan bumi. Antara elemen-elemen sumber alam adalah seperti tanah, sungai, pokok, batu dan haiwan dimana ianya menjadi nadi utama kepada pengamal agama asal. Sumber alam menjadi teras kehidupan kepada bumi dimana tanah, sungai, pokok, batu dan haiwan mempunyai semangat kehidupan yang sama seperti manusia. Sumber alam juga mempunyai bahasanya sendiri dimana pengamal agama asal dapat memahami bahasa alam walapun bahasa tersebut tidak di ucapkan di dalam perkataan sepertimana bahasa yang digunakan oleh manusia. Pengamal agama asal sangat mempercayai bahawa sumber alam mempunyai satu tenaga kosmik yang sangat berkuasa dan menyeluruh di bumi. Manusia tidak akan hidup tanpa sumber alam tetapi sumber alam akan kekal selama-lamanya walaupun tanpa manusia. Perkongsian Perkongsian ini menyebabkan pengamal agama asal sangat menghormati batu, pokok, sungai dan tanah dengan melakukan upacara-upacara tradisi sebagai tanda terima kasih kepada alam kerana memberikan kehidupan kepada mereka. Pengamal agama asal biasanya mendiami kawasan pergunungan, hutan dan sungai kerana ianya dekat dengan sumber alam dan Ini merupakan gambaran asas tentang apakah itu agama asal. Semangat pelindung Secara khususnya saya di sini akan menyentuh kepada pengamalan agama asal dari perspektif agama asal suku kaum Dusun Tindal yang terletak di kawasan Kota Belud. Ini kerana latar belakang keluarga saya yang masih mengamalkan agama asal ini. Pengamal agama asal suku kaum Dusun Tindal sangat dekat dengan sumber alam terutamanya hutan, sungai, haiwan dan pokok. Mereka mempercayai bahawa pokok mempunyai roh dan semangat dan boleh berkomunikasi dengan manusia. Sebagai satu contoh sudut pandang alam ini, kita boleh mempertimbangkan satu cerita daripada nenek saya, di mana ketika perang Jepun, penduduk kampung tidak dibenarkan keluar bersendirian untuk ke sungai ataupun memburu haiwan. Akan tetapi nenek saya mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Buko (bukan nama sebenar) telah memberanikan diri ke sungai seorang diri. Sungai yang menjadi tempat permainannya mempunyai sebuah pokok yang sangat besar. Seperti biasa, Buko akan bermain-main dengan pokok tersebut dan tetapi mengikut ceritanya Buko sangat terperanjat apabila melihat batang pokok tersebut mengeluarkan mata, hidung dan mulut dan membentuk muka manusia. Berdasarkan naratif ini, pokok tersebut memarahi Buko kerana keluar bermain dalam keadaan yang bahaya dan menyuruh Buko untuk pulang ke rumah. Pokok besar tersebut telah memberikan perlindungan kepada Buko dan ini menunjukkan roh alam sangat nyata pada masa tersebut. Ini menunjukkan interaksi diantara alam dengan manusia sangat rapat dan mereka boleh memahami antara satu sama lain. Penyembuhan Selain itu, pengamal agama asal suku kaum Dusun Tindal juga mempercayai bahawa sumber alam memberikan penyembuhan penyakit tidak kira dari segi fizikal dan mental. Contohnya, nenek saya selalu menggunakan sejenis air yang dipanggil “wonod”. Wonod boleh didapati daripada akar batang pokok yang melilit di pokok-pokok besar. Air Wonod ini boleh menyembuh penyakit seperti deman dan sakit tekak. Pengamal agama asal ini juga mempunyai pengetahuan yang meluas tentang daun herba dalam perubatan tradisional. Kebiasaanya mereka akan menggunakan sejenis daun yang dipanggil “Totopis” dalam bahasa Dusun Tindal yang bermaksud daun berubat untuk mengubati penyakit bengkak di leher dan muka. Ini menunjukkan sumber alam mempunyai penyembuhan yang sangat tinggi dalam kehidupan manusia. Penyembahan Suku kaum Dusun Tindal juga menggamalkan beberapa jenis upacara tradisi di dalam penyembahan mereka. Upacara utama yang sering diamalkan adalah upacara “Tombilon” yang bermaksud upacara memanggil ataupun berkomunikasi dengan semangat alam yang dipanggil “Himbou”. Himbou bermaksud malaikat-malaikat di langit yang mempunyai tenaga penyembuhan dan penglihatan yang tinggi. Himbou juga memyembah semangat alam yang paling berkuasa iaitu “Kinorohingan” atau bermaksud “Tuhan”. Melalui Kinorohingan, Himbou mendapat kuasa yang luar biasa untuk membantu pengamal agama asal di dalam penyembahan mereka. Upacara “Tombilon” biasanya dilakukan untuk melihat kesakitan dalaman seseorang tidak kira dari segi fizikal dan mental dimana upacara ini membolehkan pengamal dapat melihat dunia lain melalui mimpi. Himbou mempunyai kehidupan seperti manusia tetapi tinggal di dunia yang berlainan dimana mereka mempunyai keluarga dan kawasan-kawasan perkampungan. Himbou juga mempunyai nama panggilan dan bahasa sendiri dimana hanya pelaku Tombilon memahaminya. Pemilikan bersama Selain daripada itu, Konsep “mitatabang” yang bermaksud pemilikan bersama juga sangat harmoni di kalangan pengamal agama asal kerana mereka percaya bahawa semangat alam juga mengamalkan konsep ini. Pada musim memburu, memungut hasil hutan dan menuai padi, mereka akan turun bersama-sama untuk melakukan kerja tanpa gaji dan hasil pungutan daripada tuaian dan buruan akan dikongsikan dengan semangat alam melalui satu upacara tanda kesyukuran. Mereka percaya bahawa semangat alam telah memberikan makanan kepada mereka melalui hasil tanaman dan tanah yang menjadi tempat penanaman. Oleh itu, Pengamal agama asal suku kaum ini sangat menghormati semangat tanah dengan meminta kebenaran daripada semangat tanah terlebih dahulu untuk membuka kawasan tersebut melalui penyembahan tradisi. Ini merupakan satu perhubungan kosmik yang sangat luar biasa di antara pengamal agama asal dengan semangat alam. Agama atau kepercayaan semata-mata? Pengamal-pengamal agama asal adalah golongan yang berumur dalam linkungan 50an, 60an, 70an dan 80an. Golongan yang dibawah 50an seolah-olah sudah tidak mengamalkan agama asal ini. Persoalan yang timbul ialah adakah agama asal merupakan satu agama ataupun hanya kepercayaan semata-mata? Persoalan ini akan direnungi dengan lebih mendalam dalam penulisan saya yang seterusnya.       unnamed

VERMOX
]]>

Indahnya Malaysia: Majlis perkahwinan agama Buddha

Minggu ini siri karangan bergambar mingguan Indahnya Malaysia memaparkan majlis perkahwinan agama Buddha. Oleh kerana Buddha tidak menganggap berkahwin itu sebagai satu majlis keagamaan, maka perkahwinan dalam agama Buddha adalah upacara yang lebih berunsur pergaulan sosial. Di Malaysia ada beberapa kuil Buddha yang telah dilesenkan sebagai tempat perkahwinan rasmi. Pasangan boleh meminta sami-sami Buddha untuk memberkati perkahwinan mereka. Pasangan itu biasanya duduk di antara sekumpulan Sami untuk berdoa bersama-sama sementara membawa jubah panjang sebagai simbol perpaduan. Majlis ini biasanya amat ringkas dan berbeza di antara negara-negara lain. Untuk melihat siri karangan ini, dan karangan bergambar kami yang lain, layarilah projekdialog.tumblr.com.

VERMOX
]]>