Lihat dan pertahankanlah apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah negara hari ini demi menjaga kesucian agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan juga harta. Semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara. Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran. Untuk konteks, khutbah ini disampaikan semasa negara mengalami musim pilihanraya. Kebetulan? Khutbah juga digunakan untuk menyerang apa yang ditakrifkan sebagai ‘musuh Islam’, tetapi lebih tepat sebenarnya jika kita katakan bahawa mereka adalah ‘musuh pihak yang memegang tampuk kuasa’. Contohnya pada tahun 2011 masjid-masjid di Kuala Lumpur menyampaikan khutbah yang menyerang penganjur Bersih 2.0 dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Liberalisme, pluralisme, sekularisme, Syiah, LBGT dan penganut agama Kristian juga sering menjadi sasaran mereka yang menyediakan teks khutbah Jumaat. Tidak hairanlah ada makmum yang bercakap, tidur, ber-Facebook atau tweet atau makan cendol di luar masjid. Jangan salahkan makmum yang tidak menghayati khutbah sekiranya khutbahnya sedemikian. Jangan terkejut sekiranya orang bukan Islam yang mendengar khutbah atau membaca teks khutbah mempunyai tanggapan negatif tentang agama kita. Bagaimana mahu menunjukkan keindahan agama Islam sekiranya mesej yang disampaikan sering menyerang agama lain? Bukan niat penulis untuk menetapkan apa yang patut disampaikan. Kepakaran dan ilmu penulis tidak di situ. Tetapi penulis merasakan bahawa terdapat peluang dalam masa setengah jam setiap minggu untuk menyampaikan khutbah yang benar-benar bermanfaat kepada para makmum. Sia-sialah sekiranya peluang itu digunakan sebagai saluran propaganda. Penulis berpendapat bahawa penyelesaiannya adalah dengan memberi kebebasan kepada setiap khatib untuk menyampaikan khutbahnya. Kita perlu bebaskan khutbah kita dari tangan pihak berkuasa agama dan kembalikannya kepada khatib-khatib kita. Biar mereka tentukan apa yang mereka ingin sebarkan kepada makmum, bukan pihak berkuasa agama. Biar khatib-khatib kita menjadi sumber maklumat, bukan setakat penyampai maklumat yang ditentukan oleh pihak atasan. Ya, mungkin ada khatib yang masih menyampaikan puji-pujian dan penghargaan kepada pihak yang berkuasa. Mungkin juga masih ada yang akan menyebarkan mesej negatif tentang agama lain. Tetapi sekurang-kurangnya, ada kemungkinan bahawa khatib akan menyampaikan khutbah yang bermanfaat, seperti khatib bermelodi yang pernah menyampaikan khutbah di sebuah masjid di Petaling Jaya suatu ketika dahulu. Bebaskan khutbah kita, biar khatib yang berkhutbah!
]]>Isu kalimah Allah: Perjuangan yang menolak izin Ilahi
“Barangsiapa yang bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, ataupun hendaklah dia diam”. [Sila rujuk Sahih Al-Bukhari, cara bersumpah, Hadis no : 2482) Keadaan sebegini juga pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Saw berkait dengan seorang lelaki yang bernama Budail bin Abi Maryam yang telah memberi wasiat kepada dua rakan perkongsian perniagaannya yang beragama Kristian bernama Tamim Al-Dari dan ‘Adi bin Bada’ agar menghantar segala harta – hartanya kepada ahli keluarganya selepas kematiannya nanti. Setelah dihantar oleh rakannya yang beragama Kristian itu, didapati semua hartanya diserahkan kepada ahli keluarganya kecuali hanya satu bekas yang diperbuat daripada perak dan terdapat tulisan emas pada bekas tersebut. Pihak keluarga Budail telah bertanya kepada Tamim Al-Dari dan ‘Adi bin Bada’ yang beragama kristian tentang bekas perak itu, tetapi dua lelaki kristian itu mendakwa bahawa mereka tidak mengetahuinya. Keadaan semakin kecamuk sehingga berlaku tuduhan kononnya dua lelaki kristian itu telah mencuri, tetapi di pihak kristian tetap mengingkari tuduhan terbabit. Hal ini berlanjutan sehingga sampai kepada pengetahuan Nabi Muhammad saw sehingga Allah swt menyuruh dua lelaki kristian itu bersumpah dengan Nama Allah Swt. Perkara ini terakam dalam firman Allah dari surah Al-Maidah, ayat 106. [Sila rujuk Fakhr Al-Din Al-Razi, Al-Tafsir Al-Kabir, jld 6, hlmn 183) Nyata di sini, dari sudut pandang Al-Quran dan Al-Sunnah, keizinan penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim sudah terbukti. Malahan, di seluruh dunia keizinan penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim adalah satu perkara yang sudah tiada perbedaan dan perselisihan di kalangan umat Islam pun. Namun begitu, di Malaysia perkara ini menjadi perbincangan sehingga menganggap penafian penggunaan itu sebagai ajaran Islam oleh sebilangan si jahil agama, walaupun amat jelas bahawa tiada satu sumber Islam pun yang melarang perkara itu. Alasan mereka melarang itu juga punyai hujjah yang tidak bersumberkan wahyu kecuali sentimen yang bermuarakan hawa nafsu yang tidak berasas Islam pun. Mereka mendakwa larangan pemberian kalimah Allah kepada non-Muslim adalah kerana sudut pandang Muslim terhadap maksud “Allah” tidak sama seperti di fahami non-Muslim. Alasan melarang penggunaan kalimah Allah terhadap non-Muslim dengan menggunakan alasan ini merupakan alasan yang cukup dangkal. Ini kerana, suruhan sumpah dengan nama Allah terhadap kristian adalah suruhan yang bersumberkan Al-Quran (Surah Al-Maidah, ayat 106), sedangkan dalam Al-Quran sendiri mengatakan kekufuran kristian dengan sebab mengatakan Allah itu ketiga dari tiga, dan mengatakan Allah punyai anak bernama Al-Masih. Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya telah kufur mereka yang berkata bahawa Allah itu ketiga dari tiga”. Firman Allah dari surah Al-taubah, ayat 30 yang bermaksud, “berkata Yahudi, Uzair anak Allah. Dan Berkata Nasrani, Al-Masih adalah anak Allah”. Mereka mendakwa lagi bahawa pemberian kalimah Allah SWT kepada non-Muslim adalah usaha menyekat dari kekeliruan Muslim terhadap maksud Allah. Pada mereka, apabila diberikan penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim, nanti kefahaman Muslim terhadap maksud Allah akan menjadi salah. Menjawab alasan dangkal ini adalah cukup sekadar dengan mengatakan bahawa mereka seperti seorang doktor yang memberi ubat sakit perut kepada pesakit yang pening kepala. Dari sudut reality pun, doktor yang dianggap hebat, jika memberi ubat yang salah, maka doktor itu tetap dianggap sebagai salah. Maka begitulah tindakan mereka melarang pemberian kalimah Allah kepada non-Muslim dengan alasan ia boleh mengelirukan Muslim. Jika benar Muslim boleh keliru pun (walaupun dakwaan itu tidak berasas sama sekali), tugasan yang perlu dibuat adalah memberi penjelasan maksud kalimah Allah yang sebenar, bukan dilarang pemberian kalimah Allah terhadap non-Muslim. Ini ditambahi lagi, cara faham Nabi Isa oleh Muslim tidak sama dengan cara faham kristian. Tetapi, sejak dahulu lagi penggunaan itu berlaku, Muslim di Malaysia tidak pernah keliru pun maksud nabi Isa itu. Secara nyatakan, penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim tidak terlarang pun dari sumber nas Al-Quran dan Al-Hadis. Malahan, di seluruh Negara-negara termasuk Sabah dan serawak, larangan itu tidak pernah berlaku kecuali di semenanjung Malaysia. Mereka yang melarang itu juga, hakikatnya tidak berhujjah berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi berhujah menggunakan hawa nafsu sentiment disamping dikepilkan andaian meleset dalam menafikan keizinan Islam itu. Wallahu ‘Alam.
]]>Kebebasan beragama melalui kacamata seorang Jedi
manual bagi negara ini, sama seperti manual yang perlu dibaca bagi memandu sebuah kapal angkasa. Perlembagaan mewujudkan badan-badan Perlembagaan, seperti Parlimen, Mahkamah dan Kerajaan, memberi kuasa kepada badan-badan ini dan juga menggariskan had terhadap kuasa-kuasa yang diberikan tersebut. Perlembagaan juga menjamin kebebasan asasi mereka yang berada di negara ini. Contohnya hak untuk berhimpun, hak untuk bersuara dan hak untuk mengundi. Perlembagaan juga menjamin kebebasan beragama bagi semua. Saya mendapati bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia. Ini melegakan saya. Kebebasan beragama juga termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan yang menyatakan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. ‘Saya adalah seorang Jedi’ – ini anutan saya. Saya juga bebas mengamalkan kod-kod dan peraturan-peraturan Jedi sebagai amalan agama saya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ianya berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Maknanya, walaupun peraturan Jedi mengharuskan saya membawa lightsaber (pedang lazer) saya ke mana-mana, tetapi oleh kerana terdapat undang-undang yang menyekat penggunaan senjata di negara ini, maka saya tidak boleh menggunakan Perkara 11 sebagai justifikasi untuk membawa lightsaber saya di khalyak ramai. Tidak mengapa. Saya rasa seteru tradisi Jedi, The Sith, tidak ada di Malaysia. Walaupun saya ada nampak seorang yang mirip Jabba The Hutt di televisyen tempoh hari, sedang melaungkan tentang hak Melayu. Kebetulan, agaknya. Berbalik kepada kebebasan beragama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa saya mempunyai hak untuk mengembangkan agama saya. Jadi, sekiranya saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai orde kami saya boleh. Menurut kajian saya, walaupun saya punya hak untuk mengembangkan agama saya, Perlembagaan membenarkan undang-undang negeri (atau undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal dan menyekat apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang Islam. Di negeri Selangor contohnya, adalah menjadi kesalahan sekiranya saya bercerita tentang perkara-perkara berkenaan anutan dan amalan Jedi kepada seseorang yang beragama Islam. Yang penting bukan agama apa yang disebarkan, tetapi siapa yang menjadi ‘penerima’. Sebab itulah di Selangor juga, ianya menjadi kesalahan sekiranya seseorang Muslim itu berdakwah kepada Muslim yang lain sekiranya dia tidak mempunyai tauliah. Tidak mengapalah. Sebenarnya Jedi memang harus dipupuk dari usia yang amat muda, jika sudah terlalu tua khuatir akan menimbulkan perkara yang tidak diingini. Lihat sahaja apabila Qui Gon Jinn mengambil seorang budak yang terlalu tua bernama Anakin untuk dijadikan Jedi. Sekurang-kurangnya saya kini yakin bahawa hak saya sebagai seorang Jedi dilindungi oleh Perlembagaan. Jadi, jika hak saya untuk menganut dan mengamalkan agama saya dicabuli, saya boleh menegakkan hak saya di Mahkamah. Tetapi saya belum sempat membuat kajian samada Mahkamah di Malaysia telah selama ini menjalankan tanggungjawab mereka untuk menegakkan hak-hak dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Samalah seperti tanggungjawab kami sebagai Jedi untuk berkhidmat dan melindungi seantaro bimasakti daripada anasir-anasir jahat yang mengancam kedamaian. Ah, tak mustahil meraka tidak jalankan tanggungjawab mereka. Apa guna Perlembagaan, jika Mahkamah tidak meluhurkannya, kan? *Nota untuk JAIS, JAKIM dan semua yang sama waktu dengannya, penulis bukanlah seorang Jedi.
]]>Dialog Sunni-Syiah: Mencari persefahaman dalam kepelbagaian (Bahagian 4)
(Anda juga dijemput membaca bahagian pertama, kedua dan ketiga) Menilai sesuatu aliran dengan prejudis tidak akan melahirkan kedamaian. Sebaliknya permusuhan akan membengkak, dan seterusnya permusuhan yang tidak berkesudahan akan membarah. Ekoran itu, menilai sesuatu aliran itu perlu adil, jujur dan ikhlas. Dalam ayat ke 8 dari surah al-Maidah, Allah SWT ada berpesan agar melakukan keadilan, walaupun terhadap mereka yang tidak sealiran dengan kita. Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Maidah, ayat 8) Begitulah sebilangan orang sunni menilai aliran syiah, juga sebilangan orang syiah terhadap aliran sunni. Ekoran kebencian yang membuak-buak, menjadikan mereka menilai sesuatu fahaman itu tidak dengan kerangka yang jujur, sebaliknya penilaian itu berlapikkan sentimen dan prejudis. Antara kaitan dalam perkara ini adalah seperti dalam perbincangan tentang konsep Taqiyyah yang menjadi antara bahan serangan sebilangan tokoh-tokoh sunni terhadap Syiah. Apabila kita memperhalusi fahaman syiah terhadap Taqiyyah dalam kerangka mereka dengan jujur dan adil, pasti kita akan mengambil sikap tidak bermusuh dengan mereka, sebaliknya akan terus dengan berdialog dan saling hormat menghormati satu dengan yang lain. Taqiyyah Di sisi syiah, Taqiyyah bermaksud perkataan atau perbuatan yang tidak serupa dengan kepercayaan hati untuk mengelak dari berlaku kemudaratan pada diri, nyawa atau maruah diri. Dalam maksud yang lain, jika seseorang individu syiah itu tinggal di satu tempat yang bilangan mereka minoriti dan bilangan golongan selain mereka majoriti yang boleh memberi bahaya kepada nyawa, harta dan kemuliaan diri jika mereka pamerkan kesyiahan mereka, maka dibenarkan kepada mereka untuk bertaqiyyah untuk mengelak dari terkena perkara yang memudaratkan itu. Ekoran itu, para fuqaha’ syiah membenarkan kepada individu syiah yang tinggal di kalangan masyarakat sunni sebegitu untuk menunaikan solat seperti orang sunni, atau mereka berwudu’ dengan membasuh kaki (dalam syiah, kaki tidak dibasuh ketika berwudu’, tetapi disapu sahaja). Pengamalan ini adalah untuk mengelak dari tertimpa kemudaratan atau kerosakan yang lebih besar kepada diri, nyawa, harta dan maruah hidup mereka. Asas pemikiran Taqiyyah ini adalah kepada beberapa dalil-dalil naqli dan aqli yang juga merupakan sumber dalil dalam aliran sunni. Ia berasaskan kepada firman Allah SWT dari surah al-Nahl, ayat 106 yang bermaksud, “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar” Penurunan ayat ini adalah merujuk kepada kisah penyeksaan yang dilakukan oleh orang-orang Quraish terhadap seorang sahabat bernama Ammar bin Yasir. Ekoran tidak tahan dengan penyeksaan itu, menjadikan Ammar bin Yasir bertaqiyyah; dengan menyebut kalimah kufur, tetapi hatinya kekal beriman dengan Allah SWT. (Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, jld 9, hlmn 470) Juga ia merujuk kepada firman Allah; Surah ali-Imran ayat 28 berbunyi “illa an Tattaqu Tuqah” yang bermaksud, “Kecuali karena memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka”. kalimah “tuqah” itu memberi maksud taqiyyah. Ini jelas dengan kupasan Ibn Abbas yang perkataannya dinukilkan oleh Ibn Kathir dengan katanya; “Bukan taqiyyah itu dengan perbuatan, tetapi taqiyyah itu dengan lisan”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld 2, hlmn 30) Juga sandaran pengamalan taqiyyah ini adalah kepada satu hadis yang diriwayatkan dalam sumber sunni, iaitu riwayat al-Tarmizi, daripada Asma’ binti Yazid bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud, “tidak halal menipu kecuali pada tiga keadaan; seorang lelaki berkata terhadap isterinya agar dia menggembirakan isterinya, menipu dalam peperangan dan menipu untuk mendamaikan antara manusia yang bergaduh” (al-Tarmizi, hadis no :1862) Di kalangan orang syiah, taqiyyah itu adalah satu keperluan untuk mengelak dari berlaku kerosakan atau kemudaratan yang lebih besar kepada diri mereka. Ekoran itu, apabila mereka sudah punyai Negara seperti Iran, atau mereka tinggal di kawasan atau negeri yang mereka tidak akan tertimpa kerosakan yang lebih besar, dengan terang mereka mengaku dan mengamalkan syiah secara terbuka. Dengan maksud, mereka tidak lagi bertaqiyyah dalam mengamalkan syiah mereka. Melakukan kerosakan yang sedikit demi mengelak dari berlaku kerosakan yang lebih besar, bukan sekadar wujud dalam pengamalan syiah, malahan wujud dalam pengamalan sunni. Ini dapat dilihat kepada beberapa fatwa ulama-ulama sunni yang mengizinkan makan bangkai demi untuk menjaga nyawa, mengizinkan minum arak jika tidak ada cara lain untuk nak elak dari tercekik, melafazkan kalimah kufur untuk mengelak dari terbunuh bagi orang yang beriman dan sebagainya. (al-Imam al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair, hlmn 76) Al-Imam al-Ghazali juga pernah menyatakan kewajipan menipu bagi seorang muslim terhadap orang zalim yang mahu membunuhnya. Perkara ini dirungkaikan oleh al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din dalam bab perkara yang diberikan keringanan untuk menipu. (al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din, jld 2, hlmn 332) Tafsiran prejudis Tidak dinafikan bahawa di sana terdapat tafsiran prejudis dari pihak sunni terhadap pemahaman syiah tentang taqiyyah dengan mengemukakan beberapa sumber-sumber syiah. Antaranya adalah, mereka kemukakan perkataan beberapa tokoh syiah, seperti al-Imam al-Sodiq yang berkata yang bermaksud, “sekiranya kamu berkata bahawa orang yang meninggalkan taqiyyah adalah seperti orang yang meningalkan solat, maka kamu adalah orang yang benar” (Ibn Babayaih, Man La Yahduruh al-Faqih, jld 2, hlmn 127) Juga perkataan al-Imam al-Sadiq dalam nukilan yang lain yang bermaksud, “tiada agama bagi mereka yang tidak bertaqiyyah” (al-Hur al-Amili, jld 10, hlmn 131) Perkataan-perkataan ini menjadikan sebilangan orang-orang sunni menuduh bahawa syiah menjadikan taqiyyah sebagai rukun-rukun dalam agama, bukan sebagai perkara rukhsah. (Dr Sardar Damiral, ‘Ulum al-Hadis Bain Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah wa al-Syiah al-Imamiyyah al-Isna ‘Asyariyyah, hlmn 48) Dakwaan sebegini amat bercanggah dengan maksud atau definisi taqiyyah yang terdapat dalam kupasan di kalangan sarjana syiah. Ini kerana, jika diakui benar seperti dakwaan orang-orang sunni itu, sudah pasti dari sudut pandang syiah, segala aqidah syiah di kalangan sarjana-sarjana syiah di Iran dan Iraq sudah rosak ekoran mereka mempamerkan kesyiahan mereka di sana. Begitu juga sudah rosak aqidah syiah dalam diri orang-orang syiah yang menunaikan ritual mereka secara terbuka seperti yang dapat dilihat berlaku di Negara-negara yang kuat fahaman syiahnya. Dakwaan orang-orang sunni itu sebenarnya adalah gambaran tidak memahami terhadap nukilan perkataan sumber syiah tersebut ekoran membaca perkataan itu dalam pemahaman literal dan prejudis, sedangkan syiah bukan seperti salafi atau wahabi yang menilai nas secara literal, sebaliknya mereka punyai manhaj pemahaman cara mereka tersendiri apabila menilai sumber-sumber mereka. Dalam erti kata yang lain, menafsirkan taqiyyah sebagai salah satu rukun agama dalam fahaman syiah ekoran melihat literal pada perkataan al-Imam al-Sodiq yang menyatakan kewajipan taqiyyah sama tahap dengan kewajipan solat adalah tafsiran yang tidak benar. Sebaliknya maksud dari nukilan itu adalah, jika dengan tidak taqiyyah itu mendatangkan kerosakan yang lebih besar, makanya ketika itu bertaqiyyah adalah wajib, seperti sepertimana wajibnya solat. Rukhsan Taqiyyah Ada pihak mendakwa bahawa taqiyyah yang dibenarkan adalah dalam perkara rukhsah sahaja. Itu adalah pemahaman taqiyyah mengikut ajaran sunni. Hakikatnya, perkara yang sama juga berlaku dalam ajaran syiah. Namun begitu, jika diandaikan bahawa taqiyyah itu satu perkara yang azimah dalam fahaman syiah, didapati dalam sunni sendiri berlaku khilaf antara fuqaha’ mazhab jumhur dengan fuqaha’ mazhab Hanafi antara mendahulukan azimah atau rukhsah jika berlaku pertembungan. (Lawan bagi rukhsah adalah azimah. Rukhsah bermaksud memilih yang ringan, sedangkan azimah adalah memilih yang beban walaupun dibenarkan memilih rukhsah). Dalam fuqaha’ mazhab jumhur, didahulukan rukhsah berbanding azimah jika berlaku pertembungan, sedangkan di kalangan fuqaha’ mazhab Hanafi, didahulukan Azimah berbanding rukhsah. Alasan Fuqaha’ Mazhab Hanafi adalah merujuk kepada satu hadis yang berkaitan dengan dua orang sahabat yang telah masuk ke kampung yang dikuasai oleh Musailamah al-Kazzab yang mengaku jadi nabi. Salah seorang dari dua orang tersebut telah dibunuh ekoran menolak Musailamah sebagai nabi, sedangkan satu lagi terselamat dari dibunuh ekoran mengakui musailamah sebagai nabi, tetapi hatinya kekal menafikan kenabian musailamah. Perkara itu diketahui oleh Nabi, menjadikan Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang terselamat dari terbunuh itu mengambil rukhsah yang diberikan Allah, sedangkan yang terbunuh pula dia mempertahankan kebenaran dan dia berbahagia (masuk syurga)” (petikan dari Dr Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jilid 1, halaman 113). Jadi dengan itu, jika diandaikan syiah menjadikan taqiyyah sebagai perkara azimah, ia tidaklah menjadikan perkara itu sebagai sebab atau punca permusuhan antara sunni dan syiah sehingga tidak boleh didialogkan. Ini kerana, di kalangan sunni sendiri terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ dalam mendahulukan antara rukhsah dan azimah apabila diberikan pilihan. (Akan bersambung…. )
]]>